The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MEI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-06-15 21:34:46

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MEI 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MEI 2023

e-KOMPILASI MEI 2023 1 MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI MEI 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI


2 e-KOMPILASI MEI 2023 PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Mohd Irwan Shah bin Ahmad Norsuhaimie Musa Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi Mei 2023 e-KOMPILASI


e-KOMPILASI MEI 2023 3 SELAMAT HARI PEKERJA 2023 “Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani”


4 e-KOMPILASI MEI 2023 KOTA KINABALU, 4 Mei 2023 – Sebanyak RM50 juta diperuntukkan kerajaan di bawah peruntukan pembangunan bagi projek menaik taraf dan membaik pulih Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tahun 2023. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM25 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), RM17 juta kepada Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), manakala RM8 juta diperuntukkan kepada Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM). RM50 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK BELANJA SELENGGARAAN INSTITUSI PENDIDIKAN MARA Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid mengumumkan perkara tersebut semasa lawatan kerja rasmi beliau ke MRSM Kota Kinabalu hari ini. Selain itu, beliau turut mengumumkan pertukaran nama Maktab Rendah Sains MARA Kota Kinabalu kepada MRSM Tan Sri Musa Aman sebagai menghargai jasa bekas Ketua Menteri Sabah sebelum ini. Beliau yang diiringi Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi sempat meninjau MRSM itu yang telah berusia 21 tahun dan kini mempunyai 657 orang murid. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa bangga kerana MARA dan MRSM mempunyai standard Pendidikan yang baik. Imej yang


e-KOMPILASI MEI 2023 5 berprestij ini haruslah dipertahankan sebaiknya, termasuk dari segi infrastruktur dan pengisiannya. Beliau turut menggesa agar semua warga MARA mempunyai mentaliti penyelenggaraan (Maintenance Mentality) serta bersama-sama menyayangi dan melindungi premis agar semua pihak selesa, dan ramai lagi selepas ini dapat merasai keselesaan yang sama. Dalam sesi lawatan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) kepada pelajar-pelajar MRSM dari keluarga B40 serta penyampaian Surat Arahan Pelaksanaan (SAP) Bina Baru Rumah PPRT kepada seorang pelatih Pusat GIATMARA Beaufort yang merupakan mangsa kebakaran. Untuk rekod, MARA Negeri Sabah mempunyai seramai 701 warga kerja yang merangkumi 51 Pusat MARA terdiri daripada Pejabat MARA Negeri dan Daerah, MRSM, IKM, KPM sehinggalah GIATMARA. Manakala, MARA mempunyai 3 lagi MRSM yang lain di negeri tersebut iaitu MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan, MRSM Tun Datu Mustapha Tawau dan MRSM Semporna.


6 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Lawatan Kerja Rasmi YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke MRSM Kota Kinabalu, Sabah. MRSM Kota Kinabalu yang ditubuhkan pada 7 Mac 1999, merupakan MRSM pertama di Sabah dengan kapasiti pelajar keseluruhan seramai 657 orang. MRSM yang menawarkan program pendidikan premier itu, kini turut menawarkan program IGCSE sejak tahun 2022. LAWATAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU, SABAH Turut mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Encik Razlan bin Hj. Samsuri.


e-KOMPILASI MEI 2023 7


8 e-KOMPILASI MEI 2023 PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI (TESP) KINI DIBUKA! MARA menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi / STPM / STAM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah pertama dalam bidang kursus dan di Institusi Pengajian Tinggi tempatan terpilih sahaja. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama juga boleh memohon.


e-KOMPILASI MEI 2023 9 Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM Kuala Kubu Bharu 2023 telah disempurnakan oleh Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA pada 8 Mei 2023. Seramai 341 orang di kalangan guru dan para pelajar telah menerima anugerah dari pelbagai kategori. Majlis ini secara tidak langsung diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai usaha SOROTAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK MRSM KUALA KUBU BHARU 2023 berterusan guru-guru dalam merealisasikan prestasi akademik para pelajar untuk berada pada tahap cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar kerana telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang. Semoga MRSM KKB akan terus maju serta mencipta lebih banyak kejayaan pada tahun-tahun akan datang.


10 e-KOMPILASI MEI 2023 PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI Apakah bentuk tajaan yang akan saya terima sekiranya ditawarkan dalam Program TESP MARA 2023? Apakah kursus dan syarat kelayakan untuk melayakkan saya memohon Program TESP MARA 2023? Ketahui Versi 4 Education Loan bagi permohonan TESP MARA 2023. Semua jawapan anda boleh dapatkan dengan menonton siaran langsung Tanya Apa Saja: Tertiary Education Sponsorship Programme Institusi Pengajian Tinggi Terpilih Dalam Negara bersama pegawai-pegawai Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA pada 10 Mei 2023 (Rabu) jam 3.00 petang di Facebook Page Majlis Amanah Rakyat. Selamat menonton!


e-KOMPILASI MEI 2023 11 Tahniah dan Syabas Saudara Ahmad Haikal Bin Abdul Ghaful dari Pennsylvania State University Kampus University Park atas penerimaan “Outstanding Cultural Ambassador Student” dari Department of Asian Studies, Pennsylvania State University dalam Asian Studies 2023 Award.


12 e-KOMPILASI MEI 2023 GERIK, 7 Mei 2023 - Hari MARA Bersama Rakyat yang diadakan bersekali dengan Jelajah Pendidikan Luar Bandar (JPLB) hari ini di Arena Dato’ Hasbullah fokus dalam menyampaikan maklumat terkini berkaitan program-program pendidikan yang disediakan oleh MARA kepada masyarakat setempat. Pendidikan adalah perkara yang amat penting bagi mengubah masa depan individu atau setiap keluarga itu sendiri, justeru bertepatan dengan matlamat ini, JPLB juga memberi tumpuan dalam membantu pelajar miskin dan kurang berkemampuan (B40) untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. HARI MARA BERSAMA RAKYAT SEDIA PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPMA Siri jelajah itu juga merupakan medium penyampaian maklumat berkenaan programprogram khas Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA kepada pelajar-pelajar bagi memastikan kemudahan-kemudahan tersebut juga dinikmati oleh masyarakat luar bandar. JPLB yang diadakan setiap tahun terhenti pelaksanaannya selama dua tahun disebabkan COVID 19 dan dimulakan semula tahun ini secara fizikal. Selain daripada mendapatkan informasi peluang melanjutkan pelajaran, pengunjung juga boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang ditawarkan oleh UniKL RCMP, konsultasi pengurusan


e-KOMPILASI MEI 2023 13 bayaran balik pinjaman oleh Bahagian Kawalan Kredit MARA dan Rural Capital Berhad serta perkhidmatan servis motosikal percuma oleh pelatih-pelatih GIATMARA. Program sehari yang dijalankan itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad dan Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki yang turut mengadakan walkabout di sekitar kaunter dan booth pameran. Lebih 5,000 pengunjung telah hadir ke Hari MARA Bersama Rakyat.


14 e-KOMPILASI MEI 2023 KOTA KINABALU, 9 Mei 2023 – Seramai 412 graduan dari pelbagai bidang pengajian TVET peringkat sijil diraikan dalam Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu kali ke-13 di Dewan Sri Kinabalu pada 7 Mei lalu. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik Razlan bin Haji Samsuri. Encik Razlan berkata, MARA sedang fokus dalam menambah baik Pendidikan profesional dan TVET agar terus berkembang merangkumi pelbagai aspek antaranya memberikan akses kemudahan, membantu pemilikan ekuiti dan penawaran pendidikan yang berkualiti terutamanya kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat. KONVOKESYEN IKM KOTA KINABALU RAI 412 GRADUAN Melalui program pengajian TVET, 25 institusi yang terdiri daripada KKTM, MJII dan IKM akan memberikan tumpuan dalam pelbagai bidang teknikal di bawah 12 bidang utama termasuk program berasaskan revolusi industri 4.0 (IR 4.0) seperti bidang internet of things (IOT), cloud computing, cyber security dan robotic and automation. “MARA juga memberikan peluang yang lebih besar kepada graduan-graduan IKM menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan melaksanakan program-program bridging bersama UniKL. “Selain itu, TVET MARA juga menawarkan lapan ( program Diploma Teknousahawan dalam pelbagai bidang yang mensasarkan


e-KOMPILASI MEI 2023 15 lebih ramai usahawan teknikal dilahirkan menggunakan konsep Technopreneur Based Training (TBT),” jelas Encik Razlan. Para graduan IKM Kota Kinabalu yang diraikan hari ini juga telah dilatih sebagai tenaga kerja mahir, separa mahir dan teknousahawan melalui pendedahan bersama pemain industri melalui program Sharing Knowledge and Technology, latihan industri, training and placement (TRAM) kursus-kursus pengurusan perniagaan, keusahawanan dan digital, yang telah diadakan secara dalaman mahupun di syarikat-syarikat berkaitan yang turut hadir pada majlis konvokesyen itu. “Kemenangan dan kejayaan graduangraduan IKM Kota Kinabalu dalam meraih pelbagai pingat dalam bidang kemahiran dan inovasi merupakan kejayaan yang amat besar kepada TVET MARA. Kejayaan ini sekaligus menyokong kepada sasaran guna tenaga graduan IKM Kota Kinabalu dapat dicapai pada kadar 90% dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian dan 20% daripadanya berpendapatan RM2001 dan ke atas,” katanya.


16 e-KOMPILASI MEI 2023 HIT BARBER KOTA KINABALU JUARA PERTANDINGAN MIVA ASIA EXCELLENT AWARD 2023 KATEGORI GENTS TREND HAIRCUT


e-KOMPILASI MEI 2023 17 KUALA LUMPUR, 7 Mei 2023 – Willy Soo, pemilik kedai Hit Barber Kota Kinabalu, berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan MIVA ASIA EXCELLENT AWARD 2023 kategori GENTS TREND HAIRCUT yang berlangsung di KLCC pada 7 Mei 2023. Beliau turut merekodkan kemenangan tempat ketiga dalam Asean Skill Competition 2018 di bawah pimpinan dan tunjuk ajar Encik Khaljaksa Khalil selaku mentor program HiT Barber. Latihan dan sokongan yang disediakan oleh MARA semestinya memberikan kelebihan kepada beliau sebagai penggaya rambut yang turut berjaya memiliki premis perniagaan gunting rambut di bawah jenama HiT Barber. HIT BARBER KOTA KINABALU JUARA PERTANDINGAN MIVA ASIA EXCELLENT AWARD 2023 KATEGORI GENTS TREND HAIRCUT HiT Barber Kota Kinabalu yang bertempat di pejabat MARA negeri Sabah telah beroperasi selama 4 tahun dan mempunyai “review” yang tinggi di Google berbanding kedai gunting rambut yang lain. Program Hair in Trend (HiT) Barber merupakan program khas keusahawanan MARA telah diperkenalkan pada tahun 2017 bagi melahirkan usahawan tukang gunting rambut dan juga penggaya rambut (stylist) yang profesional serta mempunyai premis perniagaan gunting rambut secara berkonsep menggunakan jenama ‘HiT BARBER’.


18 e-KOMPILASI MEI 2023


e-KOMPILASI MEI 2023 19 INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) KOTA KINABALU Untuk maklumat lanjut berkenaan program pendidikan yang ditawarkan oleh IKM Kota Kinabalu sila layari www.mara.gov.my atau berhubung terus dengan institusi ini di alamat seperti berikut: Institut Kemahiran MARA Kota Kinabalu No 3 (Lot 5) Malawa Zone, Jalan 2 KKIP Selatan 2, Kota Kinabalu Industrial Park, 88460 Kota Kinabalu, Sabah. Tel :088-490697 / 496645 Fax :088-497512 Laman Web:http://kotakinabalu.ikm.edu.my/


20 e-KOMPILASI MEI 2023 Majlis Konvokesyen Ke-54, IKM Kuching telah disempurnakan oleh Ahli Majlis MARA, Puan Ajar @ Siti Ajar binti Yasin pada 10 Mei 2023 di CIDB Convention Centre, Kuching. Konvokesyen ini telah meraikan seramai 316 orang graduan yang telah menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang diperingkat sijil dan diploma. SOROTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE54, INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) KUCHING IKM Kuching merupakan sebuah intitusi teknikal yang tertua di negeri Sarawak, sentiasa proaktif bagi memastikan anakanak Sarawak mendapat tempat dan latihan dalam bidang teknikal. Sehingga hari ini, IKM Kuching telah melahirkan seramai 13,647 graduan yang mana 90% daripadanya merupakan anak jati Sarawak.


e-KOMPILASI MEI 2023 21


22 e-KOMPILASI MEI 2023 Majlis Konvokesyen Ke- 7, IKM Bintulu telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Talib bin Zulpilip, Ahli Dewan Undangan Negeri (Jepak) pada 14 Mei 2023 di Dewan Perdana Sri Kenyalang IKM Bintulu, Sarawak. Konvokesyen ini telah meraikan seramai 314 orang graduan yang telah menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang diperingkat sijil dan diploma. SOROTAN MAJLIS KONVOKESYEN KE7, INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) BINTULU


e-KOMPILASI MEI 2023 23


24 e-KOMPILASI MEI 2023 Petikan Ucapan Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki sempena Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Anjung Korporat, Tingkat 24, Bangunan Ibu Pejabat MARA. 159 ANAK WARGA KERJA MARA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN


e-KOMPILASI MEI 2023 25 KUALA LUMPUR, 15 MEI 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) serta Badan Ugama Kebajikan MARA (BUKM) mengagihkan sumbangan bantuan awal persekolahan bernilai keseluruhan RM10,900 kepada 109 pelajar asnaf yang merupakan anak kepada warga kerja MARA dari MARA Ibu Pejabat, Pejabat MARA Wilayah Persekutuan serta Institut Kemahiran MARA di sekitar Lembah Klang. Program Bantuan Awal Persekolahan ini merupakan program kerjasama di antara MARA dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) serta Badan Ugama Kebajikan MARA (BUKM) dan sumbangan itu berlangsung di tingkat 24, Anjung Korporat Ibu Pejabat MARA pada 12 Mei 2023. Program ini merupakan tanda kecaknaan MARA buat warga kerja dalam meringankan beban kewangan ibubapa bagi permulaan 159 ANAK WARGA KERJA MARA TERIMA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN awal persekolahan anak-anak dengan memberikan sumbangan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar. Kriteria Pemilihan adalah berdasarkan kepada pendapatan isi rumah iaitu pendapatan RM3500 ke bawah sebulan dan bagi golongan B40. Dalam sesi yang sama, Dr. Salpiah Binti Suradi kaunselor dari Bahagian Sumber Manusia turut memberikan ceramah mengenai Kesejahteraan dalam Pengurusan Kewangan dan Kesihatan. Yang berbahagia Puan Rohayah Binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) bersama Encik Mohd Amran Bin Mohd Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM) hadir bagi memberikan sumbangan kepada anak warga kerja MARA.


26 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di Anjung Korporat, Tingkat 24, Bangunan Ibu Pejabat MARA. MoU ini ditandatangani oleh Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf dan Ketua Pegawai Eksekutif YIM, Dr. Sharmila binti Mohamed Salleh. Majlis pemeteraian MoU ini disaksikan oleh Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN YAYASAN INOVASI MALAYSIA Dato’ Dusuki dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Puan Ruziah binti Shafei. MoU ini merupakan inisiatif bersama dalam meningkatkan pembudayaan dan pembangunan inovasi di kalangan komuniti MARA sekaligus mempromosikan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di kalangan rakyat Malaysia.


e-KOMPILASI MEI 2023 27


28 e-KOMPILASI MEI 2023 Program Hari Bertemu Pelanggan MARA (HBPM) 2023 kini kembali dengan siri pertamanya bagi tahun ini setelah tertunda selama hampir 4 tahun sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. Sesi pertemuan secara bersemuka bersama pelanggan ini diadakan di Ruang Legar Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur dari 15 hingga 16 Mei 2023 mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Matlamat utama penganjuran HBPM 2023 ini merupakan usaha “Merakyatkan MARA” dan komitmen MARA dalam menyediakan platform kepada masyarakat terutamanya mereka yang bergelar pelanggan MARA untuk mengetahui program dan kemudahan yang disediakan melibatkan pendidikan, keusahawanan dan pelaburan MARA. PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MARA (HBPM) 2023 Selain itu, MARA juga menyediakan khidmat nasihat serta runding cara pengurusan pinjaman dan kredit. MARA dalam memastikan setiap pelanggannya mendapat peluang dan kesempatan yang sama rata juga melaksanakan HBPM 2023 di setiap Pejabat MARA Negeri di seluruh negara, kecuali di Selangor, melalui penglibatan bersama Bahagian Infratruktur Komersial (BIK), Bahagian Kawalan Kredit, Bahagian Pembangunan Usahawan, Bahagian Pendidikan Tinggi, Bahagian Kemahiran Teknikal, Bahagian Penganjuran Pelajaran dan beberapa lagi bahagian yang berkaitan.


e-KOMPILASI MEI 2023 29


30 e-KOMPILASI MEI 2023 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Saudari Sharifah Alia Husna binti Syed Fakrrurozi pelajar Diploma In Business Studies, Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang, Selangor atas kejayaan merangkul pingat Gangsa menerusi acara Mobile Legend Bang Bang di Sukan Sea Kemboja 2023. Beliau bukan sahaja jaguh dalam sukan yang diceburi tetapi merupakan seorang Hafizah Al-Quran 30 Juzuk serta mencatatkan prestasi akademik cemerlang secara konsisten dengan memperoleh Grade Point Average (GPA) 4.00 bermula dari semester 1 hingga 5 di KPM Beranang. Kini, Sharifah Alia Husna sedang menduduki semester terakhir untuk menamatkan pengajian di kolej tersebut. Terima kasih buat Saudari Sharifah Alia Husna atas sumbangan pingat gangsa yang turut mengharumkan nama Malaysia di arena Sukan Sea Kemboja 2023!


e-KOMPILASI MEI 2023 31 Tahniah dan syabas buat adik Wan Amina Afreen binti Wan Mohd Zuhdi dan guru penasihat Encik Mohd Rahimy Fitry bin Ismail dari MRSM Tumpat kerana telah berjaya memenangi pingat perak dalam International Science Technology Engineering Competition (ISTEC) 2023 di Bali Indonesia baru-baru ini. Mereka telah mempertaruhkan produk inovasi Cymbopogan Citratus (CC) Teeth Chlorox Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua warga MARA untuk menghasilkan produk inovasi yang berdaya saing dan bertaraf dunia.


32 e-KOMPILASI MEI 2023 Majlis Hari Terbuka MARA Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Hasan Bin Malek, Ahli Majlis MARA di Bangunan Seremban Plaza. Program ini merupakan inisiatif MARA dalam menyampaikan informasi berkenaan ekosistem keusahawanan dan pendidikan MARA khususnya kemudahan latihan keusahawanan, pinjaman perniagaan, pinjaman pelajaran serta kemasukan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA). SOROTAN MAJLIS HARI TERBUKA MARA NEGERI SEMBILAN Pada majlis tersebut, Dato’ Seri Hasan telah meluangkan masa meninjau Kursus Marketing dan Branding serta Kursus Creating Content yang disertai oleh 70 usahawan MARA Negeri Sembilan. Beliau turut menyampaikan Sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 150 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Gemencheh, Kuala Klawang dan Serting serta penyerahan Sijil Penyertaan Kursus kepada 70 orang usahawan yang terlibat.


e-KOMPILASI MEI 2023 33


34 e-KOMPILASI MEI 2023 NEGERI SEMBILAN, 18 Mei 2023 - U.n.i KLINIK Mantin merupakan cawangan kedua selepas U.n.i KLINIK Semenyih di Selangor yang dimiliki dan diusahakan oleh Dr. Siti Farhana dan Dr. Muhammad Nurfaizeen yang juga merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pasir Tumboh dan bekas pelajar tajaan MARA di Mansoura. Dr. Muhammad Nurfaizeen yang turut mahir dalam bidang Pediatrik (Perubatan Kanak - Kanak dan pembedahan kecil (Minor Surgery) membuka peluang yang lebih cerah dalam memajukan dua (2) U.n.i KLINIK yang diusahakan bersama pasangannya. U.n.i KLINIK Mantin merupakan U.n.i KLINIK ke-7 di Negeri Sembilan dan telah beroperasi sejak Mac 2023. Sehingga kini sebanyak 55 U.n.i KLINIK yang telah beroperasi di seluruh negara. U. n. i KLINIK BUKA CAWANGAN BAHARU DI MANTIN U.n.i KLINIK merupakan rangkaian klinik yang dibangunkan oleh MARA di bawah Program Pembangunan Usahawan Professional (ProSPEC) dalam bidang perubatan dan telah dilancarkan pada 14 Julai 2018 serta merupakan jaringan klinik di bawah satu jenama iaitu U.n.i KLINIK (You and I). U.n.i Klinik menawarkan perkhidmatan premium di bawah satu sistem yang cekap dengan harga mampu milik dengan matlamat membantu usahawan dalam bidang profesional bagi meningkatkan perniagaan dan ekuiti serta memberi galakan kepada lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa), Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) khususnya kepada pelajar tajaan MARA untuk menceburi atau menjalankan perniagaan dalam bidang profesional, terutamanya dalam bidang perubatan.


e-KOMPILASI MEI 2023 35 Dalam majlis yang sama, Pejabat MARA Negeri Sembilan turut menyampaikan Mock-Cheque Skim Pembiayaan Putek bernilai RM169,000 kepada U.n.i KLINIK Mantin bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan yang diusahakan ini. Diharapkan Program Khas di bawah Bahagian Infrastruktur Komersial MARA ini mampu meningkatkan lagi penyertaan usahawan Bumiputera dalam bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan, guaman, perakaunan, senibina dan juruukur bahan.


36 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang Berlangsung Majlis Perasmian U.n.i KLINIK di bawah Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang perubatan di Mantin, Negeri Sembilan. U.n.i KLINIK Mantin merupakan cawangan kedua selepas U.n.i KLINIK Semenyih di Selangor yang dimiliki dan diusahakan oleh Dr. Siti Farhana dan Dr. Muhammad Nurfaizeen. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg Dato’ Seri Hasan Bin Malek, Ahli Majlis MARA dan turut dihadiri oleh Encik Zahari Bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial, Encik Zahrail Affenday Bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Sembilan, Pengarah dan Wakil Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Warga Kerja MARA. MAJLIS PERASMIAN U.n.i KLINIK MANTIN


e-KOMPILASI MEI 2023 37


38 e-KOMPILASI MEI 2023 SHAH ALAM, 19 Mei 2023 – Berikutan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diumumkan tidak lama lagi, pihak MARA mengambil inisiatif untuk menyalurkan maklumat dan menawarkan peluang pendidikan lanjutan kepada pelajar di semua peringkat. Program bersifat jelajah sehingga ke peringkat akar umbi ini mensasarkan pelajar lepasan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lanjutan atau ingin mempelbagaikan bidang kemahiran. Pengerusi MARA, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi berkata, usaha bersifat outreach ini bukan sekadar untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang mendapat keputusan MARA ADAKAN ROADSHOW PENDIDIKAN DAN PROGRAM JELAJAH LUAR BANDAR BUKA PELUANG LANJUTKAN PELAJARAN cemerlang sahaja, tetapi turut menawarkan peluang untuk semua pelajar tanpa mengira tahap pencapaian akademik mereka. Pihak MARA akan mencadangkan peluang pendidikan yang bersesuaian dengan ,minat mereka. “MARA mempunyai pelbagai peluang pendidikan dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian sama ada bagi pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam negara sehinggalah ke peringkat luar negara, atau untuk mereka yang berminat menceburi bidang kemahiran (TVET),” ujarnya. MARA akan melaksanakan dua program di seluruh negara bermula hujung Mei ini


e-KOMPILASI MEI 2023 39 hinggalah penghujung tahun. Program pertama adalah Karnival Pendidikan IPMA yang akan diadakan di 12 lokasi di beberapa negeri. Manakala program kedua adalah Jelajah Pendidikan Luar Bandar yang akan diadakan di daerah-daerah. Bagi negeri Selangor ini, program Jelajah Pendidikan Luar Bandar akan diadakan di tujuh buah daerah luar bandar bermula dengan Daerah Sabak Bernam yang akan diadakan di Plaza Sungai Besar pada 27 Mei ini. Negeri-negeri lain juga akan turut mengadakan program yang sama dengan sasaran utama adalah daerah-daerah luar bandar demi memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mendapat informasi pendidikan dan boleh mendapatkan maklumat daripada pegawai-pegawai MARA secara langsung. MARA juga turut mengambil inisiatif untuk mengadakan konsultasi kerjaya bagi mengenalpasti minat dan kecenderungan pelajar. Melalui ujian e-potensi dan seterusnya sesi konsultasi bersama kaunselor bertauliah, pelajar akan dapat mengenalpasti minat dan bidang pengajian yang bersesuaian dengan kebolehan, bakat dan kecenderungan mereka. Pada tahun ini, MARA menawarkan 9,300 tempat pengajian di bidang lanjutan meliputi 3,300 tempat dalam bidang profesional dan 6,000 tempat dalam bidang TVET. Manakala, sebanyak 20,000 peluang penajaan baharu (pinjaman pelajaran) akan ditawarkan di bawah pelbagai bidang mengikut peringkat pengajian. Peluang pendidikan ini disediakan di 287 buah Institusi Pendidikan MARA di seluruh negeri dengan 269 adalah dalam bidang TVET.


40 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Walkabout Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki ke Program Hari MARA Bersama Rakyat dB Jelajah Pendidikan Luar Bandar bertempat di UTC @ Anggerik Mall, Shah Alam. Program ini merupakan saluran informasi yang dibawakan terus kepada rakyat berkaitan fungsi MARA di bawah Sektor Keusahawanan, Pendidikan dan Pelaburan. Turut hadir ke Program ini, Ketua Pengarah MARA, Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf. PROGRAM HARI MARA BERSAMA RAKYAT DAN JELAJAH PENDIDIKAN LUAR BANDAR


e-KOMPILASI MEI 2023 41


42 e-KOMPILASI MEI 2023 YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi hari ini hadir menyempurnakan Program MARA Prihatin Daerah Gerik. Program ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksana oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) memberi tumpuan dalam membantu golongan kurang berkemampuan (B40) di peringkat persekolahan dalam meningkatkan prestasi akademik mereka. Hari ini Dato’ Dr. Asyraf menyampaikan sumbangan kepada 221 pelajar dari Sekolah Kebangsaan RPS Banun, Gerik yang merangkumi 148 pelajar dari sekolah rendah dan 73 pelajar sekolah menengah. Bantuan berbentuk peralatan kelengkapan persekolahan dan wang tunai itu diharap SOROTAN PROGRAM MARA PRIHATIN DAERAH GERIK dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Bantuan yang disalurkan YPM itu sebahagiannya disumbangkan oleh syarikat korporat, agensi luar dan individu. YPM turut mengalu-alukan syarikat-syarikat korporat, agensi luar dan individu untuk terus menyumbang dalam Program CSR Pendidikan YPM. Turut hadir, Pengarah MARA Negeri Perak, Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Setiausaha Majlis MARA, Encik Khairil Annuar bin Sobri dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin.


e-KOMPILASI MEI 2023 43


44 e-KOMPILASI MEI 2023 SARAWAK, 21 Mei 2023 - Get Ready For University Programme (Gear-Up! 2023) bantu 1,400 pelajar lepasan SPM tempuh alam universiti. Program GEAR Up! 2023 ini merupakan inisiatif MARA untuk melahirkan lebih ramai graduan atau pelajar yang cemerlang serta memiliki ciri-ciri kepimpinan dari kalangan pelajar B40. Program ini dapat meningkatkan nilai kepimpinan dan keyakinan diri serta kemahiran berkomunikasi pelajar sebagai ‘global player’ untuk bersaing dengan pelajar lain. Kesedaran mengenai kepentingan Bahasa Inggeris juga ditekankan sebagai persediaan memasuki alam universiti kelak. Program Gear Up ini merupakan siri kedua yang diadakan di mana siri pertama telah berlangsung pada Mac yang lalu. Pada kali ini, 2 lokasi telah dipilih iaitu Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang GEAR UP! 2023, BANTU PELAJAR B40 TEMPUH ALAM UNIVERSITI dan Universiti Malaysia Sarawak yang berlangsung pada 19-21 Mei 2023. Di samping itu, program ini menjadi platform untuk menyalurkan maklumat mengenai bidang pengajian dan penajaan MARA terutamanya Young Talent Development Programme (YTP), Tertiary Education Sponsorship Programme dan Asasi Kolej MARA kepada pelajar lepasan SPM. Majlis Penutupan Program Gear Up! Siri 2 ini telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak yang disempurnakan oleh Puan Ajar @ Siti Ajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA. Turut hadir, Puan Hartini Binti Mustaffa, Timbalan Pengarah II Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, En.Abd Munap bin Tahir, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sarawak dan Prof. Ir. Ts. Dr. Al-Khalid bin Hj. Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).


e-KOMPILASI MEI 2023 45


46 e-KOMPILASI MEI 2023 PULAU PINANG, 21 Mei 2023 – Get Ready For University Programme (GEAR-Up 2023!) beri suntikan motivasi yang menumpukan bakal pelajar lepasan SPM bagi B40 agar memiliki ciri kepimpinan dan kecemerlangan dalam bidang akademik. Program anjuran MARA dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu mendedahkan para pelajar menerusi Modul Self-Reflection bagi mengenalpasti keupayaan dan kecenderungan pelajar dalam bidang serta minat yang ingin diceburi. Encik Razlan Bin Hj Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA yang turut hadir menyempurnakan progam GEAR-Up 2023 itu mengambil peluang menyampaikan nasihat kepada pelajar agar tidak merasa takut sekiranya gagal tapi bangkitlah dari kegagalan dengan semangat jitu untuk menghadapi keputusan SPM 2023 nanti. Beliau juga menyeru kepada semua memanfaatkan peluang-peluang pengajian dan tajaan di bawah MARA untuk GEAR-UP SUNTIK MOTIVASI BAKAL PELAJAR LEPASAN SPM 2023 meneruskan hala tuju di peringkat tertinggi selepas SPM kelak. Tambahnya lagi kepada pelajar ialah hadir beramai-ramai ke Karnival Pendidikan MARA 2023 di Mydin Mall Seberang Jaya pada 15 hingga 17 Julai 2023 yang menyediakan pelbagai info serta konsultasi laluan pendidikan yang disediakan oleh MARA. Program GEAR Up! USM Pulau Pinang anjuran Bahagian Penganjuran MARA dan USM Pulau Pinang telah diadakan di Balai Pese’ban Agung, Pusat Pengajian Seni selama 3 hari 2 malam bermula 19 hingga 21 Mei 2023. Turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Habibah binti A. Wahab, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Timbalan Pendaftar Kanan Tn. Haji Ramli bin Osman, dan Pengarah MARA Pulau Pinang, Encik Norsiden bin Ahmad.


e-KOMPILASI MEI 2023 47


48 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 22 Mei 2023 – Penyertaan 10 usahawan di bawah Program Gate To Global (GTG) Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke Halal Expo Canada 2023 di The Internatioanal Centre,Toronto, Kanada itu membuahkan hasil apabila usahawanusahawan ini telah berjaya merekodkan potensi jualan sebanyak RM21 juta bagi tempoh 2 tahun. Syarikat Medic Pets International Sdn Bhd telah menandatangani Memorandom Of Aggrement (MOA) dengan pengedar Italy untuk tempoh dua (2) tahun dengan nilaian kontrak sebanyak RM1.6 juta, manakala syarikat Bubble02 Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian bersama pengedar dari Kanada dengan nilaian RM2 juta. Syarikat Jardin Pharma Berhad dan Dr Aishah Solution Sdn Bhd juga telah menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) dengan pengedar Kanada bagi usahasama PRODUK USAHAWAN GTG MARA TEMBUSI PASARAN KANADA pengedaran produk ke negara itu dan Amerika Utara bagi tempoh 2 tahun dengan nilaian kontrak masing-masing berjumlah RM3 juta dan RM1.2 juta. Apa yang membanggakan dalam expo yang diadakan pada 17 dan 18 Mei itu, pavilion MARA telah terpilih sebagai “BEST BOOTH AWARD”. Majlis penyerahan anugerah telah disampaikan oleh MAYOR Bonnie Crombie, Mayor of Mississauga, Canada kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Kanada, YBhg. Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin diringi oleh Trade Commisioner dari Matrade New York, USA, Nyaee Ayup sebagai wakil dari MARA dan Malaysia. Selain daripada menyertai Halal Expo Canada 2023 itu, usahawan-usahawan turut dibawa ke ke beberapa syarikat pengedar di Toronto, Kanada bagi sesi Padanan Perniagaan.


e-KOMPILASI MEI 2023 49


50 e-KOMPILASI MEI 2023 MELAKA, 22 Mei 2023 - Majlis Taklimat Dan Pemilihan Peserta Program Pembangunan Usahawan Teknikal Elektrik (ProPower) Zon Selatan telah diadakan pada 17 dan 18 Mei 2023 di Hatten Hotel Melaka. Sesi taklimat yang telah dihadiri oleh seramai 100 usahawan dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor ini telah disempurnakan oleh YBhg. En Nurul Azmi Bin Johari, Pengarah MARA Negeri Melaka. ProPower merupakan program pembangunan usahawan teknousahawan dalam bidang teknikal elektrik yang akan membuka premis perniagaan berkonsep dalam bidang elektrik dan juga memberi perkhidmatan elektrikal secara bergerak. PROGRAM PROPOWER LEBAR SAYAP KE ZON SELATAN Program ini turut mendapat Kerjasama daripada pihak Telekom Malaysia (TM) dan National Institute of National Institute of Occupational Safety and Occupational Safety and Health (NIOSH) Malaysia bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam industry. Untuk rekod, setakat hari ini, seramai 33 usahawan telah terpilih untuk menyertai program ProPower dan sebanyak empat (4) outlet telah dibuka dan enam (6) outlet dalam proses ubahsuai. Sejak beroperasi pada bulan Mei 2022 sehingga Februari 2023, usahawan-usahawan ini telah berjaya mencapai jualan sebanyak RM11.1 juta dan telah membuka peluang pekerjaan kepada 67 orang.


Click to View FlipBook Version