The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MEI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Majlis Amanah Rakyat, 2023-06-15 21:34:46

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MEI 2023

KOMPILASI MEDIA SOSIAL MARA EDISI MEI 2023

e-KOMPILASI MEI 2023 51


52 e-KOMPILASI MEI 2023 PERLIS, 22 Mei 2023 – Kem Pemantapan Karisma (KARISMA) bantu 130 orang pelajar persediaan ke luar negara perkukuh semangat jati diri. Program KARISMA merupakan inisiatif MARA untuk membina jati diri kebangsaan yang mantap dalam kalangan pelajarpelajar persediaan ke luar negara sebagai golongan yang beridealisme agar selari dengan matlamat utama MARA. Program ini dapat meningkatkan teknik berfikiran kritis dan memupuk aspek kepimpinan untuk menghasilkan generasi yang berpotensi dan berkemahiran tinggi. KARISMA PERKUKUH JATI DIRI PELAJAR PERSEDIAAN KE LUAR NEGARA KARISMA merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dipenuhi oleh semua pelajar sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara dengan penajaan MARA. Lima modul utama telah dirangka khas dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Antaranya adalah Kenegaraan, Pemikiran Kritis, Pemimpin Muda, Kesedaran Kesihatan Mental dan Maqasid Syariah.


e-KOMPILASI MEI 2023 53 Pada kali ini, jumlah keseluruhan peserta yang terpilih menjalani KARISMA adalah seramai 429 orang melibatkan tiga kem yang berjalan serentak iaitu Kem Wawasan Negara Kaki Bukit Perlis, Kem Wawasan Negara Lipis Pahang dan Kem Permata Resort Melaka yang bermula 20 hingga 23 Mei 2023. Para pelajar ini adalah kumpulan yang baru menamatkan peperiksaan Program International Baccalaureate di Kolej MARA Banting dan peperiksaan A-Level di Kolej MARA Seremban. Majlis perasmian program KARISMA telah diadakan pada 20 Mei 2023 di Kem Wawasan Negara Kaki Bukit, Perlis yang disempurnakan oleh Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA. Turut hadir, Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Encik Mohd Azam bin Jamaluddin, Pengarah MARA negeri Perlis dan Encik Mohammad Khairuddin Bin Mohd Asari, Pengarah Institut Kemahiran MARA Berseri.


54 e-KOMPILASI MEI 2023 Sedang berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersama YAB Dato’ Seri Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah di Dewan Seri Lestari, KKDW, Putrajaya. Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat diadakan setiap bulan yang dikendalikan oleh setiap agensi di bawah KKDW dan bulan Mei ini dikendalikan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT KKDW Turut hadir ialah YB Datuk Hjh Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW, Ketuaketua Agensi, Ahli Pengurusan KKDW, MARA, dan pegawai-pegawai dari KKDW dan agensi-agensi.


e-KOMPILASI MEI 2023 55


56 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 - Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf telah menerima kunjungan hormat dari Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB). Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan hasrat ASSB untuk mendapatkan pelajar MARA dalam bidang kejuruteraan bekerja di ASSB. ASSB juga berbesar hati untuk mengadakan kerjasama dengan MARA dalam meningkatkan kemahiran pelajar yang berpotensi menjadi tunjang guna tenaga negara. KUNJUNGAN HORMAT ALLIANCE STEEL (M) SDN BHD KEPADA KETUA PENGARAH MARA Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut ialah Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik Zuriat bin Dato’ Tejuddin, Ketua Unit Penyelaras, Wakil Bahagian Penganjuran Pelajaran, Wakil Bahagian Kemahiran Teknikal dan Encik Steve Hu, Chief Technology Officer ASSB.


e-KOMPILASI MEI 2023 57 KUNJUNGAN HORMAT ALLIANCE STEEL (M) SDN BHD KEPADA KETUA PENGARAH MARA


58 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 25 Mei 2023 - Delegasi Afy Mobility Industry (AMI) dan Wakil Syarikat Fantic Motor telah hadir ke Ibu Pejabat MARA untuk Kunjungan Hormat keatas YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA. Fantic Motor merupakan rakan strategik teknikal AMI dalam pembangunan projek motosikal ini. Dalam kunjungan hormat ini, Vittorino Filippas, Ketua Pegawai Operasi (COO) dari Syarikat Fantic Motor memberikan serba-sedikit penerangan mengenai latar belakang, halatuju , produk terbaru mereka serta kerjasama antara AMI sebagai Rakan Strategik Teknikal. Seperti umum tahu, Fantic Motor dahulunya pernah menjadi syarikat pemotoran yang terkemuka di era 80-an di luar negara dan kini syarikat Fantic Motor masih merupakan antara syarikat pemotoran yang masih menempa nama kerana mereka mengamalkan kualiti yang premium pada motosikal dengan harga yang mampu milik bagi semua golongan yang berminat dengan produk Fantic Motor ini. Dalam majlis yang sama, YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf dan Encik Mohd Diah Bin Abas selaku Pengarah Kanan (Pelaburan) turut teruja melihat teknologi pemotoran Itali yang kian pesat membangun di luar negara. MARA menyambut baik kunjungan hormat Delegasi Fantic Motor dan wakil dari AMI. Diharapkan MARA dan wakil dari Syarikat Italy ini dapat mewujudkan kerjasama yang hebat dan setanding dengan negara antarabangsa pada masa hadapan. Turut serta dalam sesi tersebut IR. Mahzan Bin Teh, Pengarah Perancangan Strategik MARA. KUNJUNGAN HORMAT FANTIC MOTOR DAN AMI KE MARA


e-KOMPILASI MEI 2023 59


60 e-KOMPILASI MEI 2023


e-KOMPILASI MEI 2023 61 Tahniah dan Syabas 10 orang pelajar tahun 1 program A Level Kolej MARA Seremban (KMS) telah menyertai pertandingan Matematik anjuran American Scholastic Mathematics Association (ASMA). Pertandingan ini dijalankan setiap bulan sejak 6 bulan lepas dan berakhir April 2023. KMS berjaya menempatkan diri dalam kelompok First Place Award bagi kategori Senior, sekaligus wakil tunggal dari Malaysia berjaya melepasi skor yang ditetapkan di antara 187 kolej antarabangsa lain yang bersaing. Seorang pelajar KMS, Mohamad Amir Hamzah bin Mohamad Nasrin juga berjaya disenarai pendek antara peserta terbaik pertandingan bagi kategori sama. Berikut adalah senarai 9 lagi peserta pertandingan: 1.Nik Afif Akmal Azizi bin Nik Mat Kamil 2.Imran Adham bin Azmin 3. Muqri Mahdi bin Feroz Hanif 4. Muhammad Izzamir bin Jamalulail 5. Dhiya Adelia binti Zulrushdi 6.Muhammad Shahid bin Sahari 7.Muhammad Amin bin Mohd Hafeez 8. Muhammad Aydin bin Mohammad Jefri 9.Darwish Hakimi bin Jasni Sekalung tahniah diucapkan kepada KMS, guru pembimbing Puan Nurulhuda Ramlan dan pelajar-pelajar yang telah berusaha dan memberi komitmen sepanjang pertandingan ini berlangsung.


62 e-KOMPILASI MEI 2023 MARA Australia Teroka Peluang Pekerjaan Menepati Keperluan Industri Melalui Bidang Pengajian Baharu dan Nilai Keusahawanan bersama University of New South Wales, Sydney, Australia.


e-KOMPILASI MEI 2023 63


64 e-KOMPILASI MEI 2023 PULAU PINANG, 29 Mei 2023 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) dandisokong bersama oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, Bahagian Pendidikan Menengah, MUAFAKAT, ANSARA, Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dan Bank Rakyat berjaya menganjurkan menganjurkan bengkel Rise Above Challenges Camp (RACE) di Akademi Kecemerlangan MARA (AKM). RACE merupakan usaha dalam meningkatkan keupayaan dan keyakinan pelajar BUDI MRSM dari kumpulan B40 untuk memiliki daya saing tinggi, berketrampilan hebat dan kemantapan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bengkel yang diadakan selama hampir sebulan di AKM ini bertujuan membentuk generasi akan datang, terutama mereka dari kumpulan B40, menjadi serba boleh (versatile) dan mampu menjadi pemain RACE GILAP BAKAT KEPIMPINAN DAN DAYA SAING PELAJAR BUDI MRSM DALAM MENDEPANI ALAM UNIVERSITI industri di peringkat dunia (global industry player), disamping mengasah bakat kepimpinan dalam setiap diri mereka. Sepanjang tempoh berkampung di AKM, pelajar diwajibkan berbahasa Inggeris dalam setiap program yang dijalankan seperti pementasan drama, ruang syarahan bebas (speaker’s corner), latihan temuduga (mock interview), silat dan juga kompas pemantapan diri (compass marching) yang menekankan kepentingan displin dan meningkatkan kecekapan kemahiran diri. Pengisian program tersebut merupakan elemen penting dalam melengkapkan diri seorang pelajar sebelum melangkah ke alam universiti. Pelajar juga turut berpeluang melawat ke beberapa institut pendidikan tinggi terkemuka, seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Petronas


e-KOMPILASI MEI 2023 65 (UTP) bagi melihat sendiri suasana kehidupan sebenar seorang pelajar universiti. Mereka juga berpeluang mendapat pandangan secara bersemuka dari ilmuan di institusi pebgajian tersebut tentang panduan pemilihan bidang atau jurusan yang sesuai dan tepat sejurus tamat peperiksaan SPM kelak. Ini amat penting bagi memastikan kursus yang dipilih adalah kursus yang mempunyai nilai kebolehpasaran kerjaya yang tinggi dan mampu menyumbang kepada peningkatan modal insan negara di masa hadapan. Encik Razlan Hj. Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA semasa dalam ucapan penutupan beliau, turut menekankan bahawa latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan bukan penghalang untuk menjadi seseorang yang unggul dan berjaya di masa hadapan. Ini kerana setiap individu mempunyai peluang yang luas dalam menerokai kemampuan, kebolehan dan jati diri mereka sepanjang bergelar pelajar terutamanya semasa di peringkat MRSM lagi. Beliau turut berkongsi peluang dan program melanjutkan pelajaran dalam dan luar negara khusus untuk pelajar cemerlang seperti Young Talent Development Programme (YTP) yang sentiasa mendapat pemintaan tinggi dengan 12,521 permohonan pada tahun lepas berbanding dengan 2,800 kuota yang disediakan. Pemilihan peserta RACE pada kali ini melibatkan seramai 191 orang pelajar dari kalangan pelajar BUDI lepasan SPM 2022 dari seluruh MRSM yang telah mencapai sekurang-kurangnya 3.40 dalam gred mata terkumpul (CGPA). Turut bersama di majlis penutup tersebut ialah Encik Mohd Farris Radzuan, Timbalan Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) dan Encik Jazmin Abd. Shukor, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM).


66 e-KOMPILASI MEI 2023 PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 - Seramai 5 orang Pegawai dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menerima Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) Tahun 2022 di dalam Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah diadakan di Le Meridien Putrajaya. Pegawai-Pegawai yang menerima PPC tersebut ialah Puan Wan Rohila binti Wan Hassan dari MRSM Terendak, Encik Abdul Razak bin Abdul Majid dari KPM Bandar Penawar, Encik Ahmad Mudzafar bin Deraman dari MRSM Pengkalan Hulu, Encik LIMA PEGAWAI MARA TERIMA ANUGERAH PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG KKDW Mohd Azrul bin Che Mustapha dari MRSM Merbok dan Puan Rusliana binti Hashim dari KPM Bandar Penawar. Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. MARA mengucapkan tahniah kepada semua penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) atas kejayaan yang membanggakan dan semoga dengan penganugerahan ini menjadi contoh dan dorongan kepada Pegawai MARA yang lain.


e-KOMPILASI MEI 2023 67 Tahniah dan syabas Universiti Kuala Lumpur (UniKL) atas penerimaan anugerah ‘Top Course Provider’ sempena National Training Week 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Majlis ini merupakan anjuran Kementerian Sumber Manusia dan Human Resource Development Corporation (HRD Corp).


68 e-KOMPILASI MEI 2023 Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini menerima Sijil ISO 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat bagi pelaksanaan pensijilan Information Security Management System (ISMS). Pensijilan ISMS ini merupakan inisiatif Bahagian Teknologi Maklumat bagi kawalan dan jaminan keselamatan maklumat di MARA. Ia juga sebahagian daripada keperluan Malaysia Cyber Security Strategy 2020-2024. SOROTAN MAJLIS PENYERAHAN SIJIL ISO 27001:2013 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT Penyerahan sijil ISMS MARA telah disampaikan oleh Encik Mohd Hamim Imam Mustain, Senior General Manager, SIRIM QAS International Sdn Bhd kepada Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) selaku Ketua Pegawai Maklumat (CIO) MARA bertempat di Ibu Pejabat MARA.


e-KOMPILASI MEI 2023 69


70 e-KOMPILASI MEI 2023 KUALA LUMPUR, 31 Mei 2023 – MARA tetap unggul di 16th International, Invention and Innovation (INTARG) Poland 2023 dengan merangkul 2 pingat emas dan 1 pingat perak. Pertandingan ini telah berlangsung pada 24 hingga 25 Mei 2023 di Katowice, Poland. INTARG 2023 telah menerima penyertaan sebanyak 590 inovasi dari 40 negara MARA RANGKUL 2 PINGAT EMAS DAN 1 PINGAT PERAK DI 16TH INTERNATIONAL, INVENTION AND INNOVATION (INTARG) POLAND 2023 seluruh dunia seperti Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Iran, Czech, Kanada,Sweden, UAE dan Sepanyol. MARA telah menyertai pertandingan ini secara dalam talian dengan mempertaruhkan Bibliotheraphy Technique For Self Healing dari Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif (BITK) dan The 4IR Learning Kit


e-KOMPILASI MEI 2023 71 With Gamification Approach For Lower Secondary Science at Junior MARA Science College (MRSM) dari Bahagian Pendidikan Menengah di mana kedua-dua penyertaan ini telah memperoleh pingat emas. Manakala Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya pula menerima pingat perak melalui produk inovasi Sustainable Particleboard from Agro-Waste and Natural Base Oil Polyurethane Adhesive for Eco Furniture Consumer Products. Penyertaan MARA dalam pertandingan ini bukan sekadar untuk mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, bahkan ia adalah salah satu cara untuk mempromosikan produk inovasi yang berimpak tinggi untuk dikomersialkan. Produk inovasi MARA ini telah menjalani proses pendaftaran harta intelek di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi memastikan tiada aktiviti plagiat dilakukan terhadap produk inovasi MARA. Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif (BITK) yang mengendalikan penyertaan dalam pertandingan ini, menetapkan bahawa produk inovasi MARA mencapai tahap Technology Readiness Level (TRL) tertentu bagi memastikan ia kompetitif di peringkat antarabangsa. Selain itu, dengan menyertai pertandingan sebegini dapat memberikan satu pengalaman berharga kepada ‘innovator’ MARA mengenai aspek teknikal yang perlu diberi perhatian dalam menghasilkan inovasi dan laporan berkaitan. Kejayaan ini diharap memberikan satu semangat kepada ‘innovator’ MARA yang lain dalam menghasilkan produk inovasi yang berkualiti serta dapat memenuhi kehendak pasaran serta berupaya memberikan pulangan kepada MARA dari aspek pengkomersialan.


72 e-KOMPILASI MEI 2023 Syabas dan Tahniah! Pelajar MRSM Gemencheh ungguli Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 2023 dengan kemenangan yang membanggakan. Johan akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Sekalung penghargaan buat pengurusan maktab, Unit Quranik, guru tasmik, jurulatih dan semua yang terlibat.


e-KOMPILASI MEI 2023 73


74 e-KOMPILASI MEI 2023 www.fb.com/majlisamanahrakyat www.instagram.com/majlisamanahrakyat www.twitter.com/maragov www.youtube.com/c/mupdates t.me/majlisamanahrakyat www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat


Click to View FlipBook Version