1 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 MAJLIS AMANAH RAKYAT EDISI SEPTEMBER 2023 MEDIA SOSIAL & ADVERTORIAL e-KOMPILASI
2 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 PENERBIT EKSEKUTIF Adham Hatta Ab. Samad Pengarah PENERBIT Abdul Fareas Noew Hanzah Timbalan Pengarah EKSEKUTIF EDITOR Haryati Husin Muhd Fadhly Hamzah EDITOR Muhammad Akmal Mohamad Azlan Azilawati Mat Amin Zahemi Azul Islami Syamimi Kamarul Zaman Raja Elyna Zurin Raja Azli KREATIF Ernie Yusnida Mohamed Yunus Muhd Fadhly Hamzah JURUFOTO Mohd Irwan Shah bin Ahmad Norsuhaimie Musa Muhammad Akmal Syafiq Ahmad Tarmizi Bahagian Inovasi & Teknologi Kreatif TEKNIKAL & HEBAHAN Azrina Abdul Aziz Natrah On Puteri Khairul Anieza Che Kamarudin TENAGA SOKONGAN Warga Kerja BKOM Sidang Editor e-KOMPILASI berhak meminda mengubah dan menggarap manuskrip yang dihantar agar bersesuaian dengan garis panduan yang ditetapkan dan tidak mengubah isi asalnya. Semua manuskrip ini boleh digunapakai oleh pihak yang diberi kebenaran untuk masa-masa akan datang. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan atau komentar, surat-menyurat, rencana dan ulasan ke meja sidang Redaksi atau email ke: [email protected] Sebarang pertanyaan hendaklah dialamatkan kepada: Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Tel: 03-2613 4600 Faks: 03-2692 7386 Emel: [email protected] Hak cipta terpelihara. PENERBIT : BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT MARA MAJLIS AMANAH RAKYAT Edisi September 2023 e-KOMPILASI
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 3
4 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Seramai 20 usahawan di bawah Program Khas Pembangunan Usahawan Resort (PURE) MARA menyertai Pameran MATTA Fair 2023 yang berlangsung bermula 1 hingga 3 September di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dan pakej percutian menarik diadakan dan ditawarkan oleh usahawanusahawan PURE sepanjang karnival berlangsung antaranya, bicara santai, pakej dan diskaun percutian dan pelancongan sehingga 50%, jaringan perniagan (B2B DAN B2C), cabutan bertuah serta sesi ramah mesra bersama pempengaruh. SOROTAN LAWATAN AHLI MAJLIS MARA KE PAVILION PURE @ MATTA FAIR Ahli Majlis MARA, YBhg. Dato’ Seri Hasan bin Malek hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan ke Pavilion MARA seterusnya menyempurnakan program tersebut. Dato’ Seri Hasan turut menyaksikan Majlis Pertukaran MOU antara usahawan PURE dan syarikat pelancongan lain antaranya AG Holiday Sdn Bhd, Kampungstay Holiday Sdn Bhd, AVS Travel Sdn Bhd, Glamping Park Travel & Tour Sdn Bhd, Impian Global Enterprise dan Saknas Travel & Tours Sdn Bhd.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 5
6 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, hari ini mengadakan lawatan ke Pavilion PURE @ MATTA Fair. Dato’ Zulfikri memulakan lawatan dengan menyantuni pempamer yang merupakan usahawan di bawah Program Khas Pembangunan Usahawan Resort (PURE) MARA dan menyerahkan sijil penyertaan kepada usahawan tersebut. Beliau turut menyaksikan Majlis Pertukaran MOU antara usahawan PURE dengan beberapa syarikat pelancongan antaranya AG Holiday Sdn Bhd, Kampungstay Holiday Sdn Bhd, AVS Travel Sdn Bhd, Glamping Park Travel & Tour Sdn Bhd, Impian Global Enterprise dan Saknas Travel & Tours Sdn Bhd. MATTA Fair 2023 yang berlangsung mulai 1 hingga 3 September di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) Kuala Lumpur turut disertai oleh MARA dengan mengetengahkan seramai 20 usahawan kluster pelancongan. Pelbagai aktiviti dan pakej percutian menarik ditawarkan oleh usahawan-usahawan PURE sepanjang karnival ini berlangsung antaranya, pakej dan diskaun percutian/ pelancongan sehingga 50%, jaringan perniagan (B2B DAN B2C), bicara santai, cabutan bertuah serta sesi ramah mesra bersama pempengaruh. SOROTAN LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (KEUSAHAWANAN) MARA KE PAVILION PURE @ MATTA FAIR 2023
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 7
8 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Majlis Penutupan Program Sentuhan Kasih Desa telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Dewan Terbuka JDT, Sg. Abong, Simpang Jeram, Muar, Johor hari ini. Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyaf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA dan YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, diiringi oleh Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor. MARA yang turut serta sebagai pempamer mempromosikan Pendidikan TVET@KKDW yang diwakili oleh UniKL MITEC, KKTM SOROTAN PROGRAM SENTUHAN KASIH DESA @ SIMPANG JERAM, MUAR, JOHOR Ledang, KKTM Sri Gading dan IKM Johor Bahru. Selain itu, GIATMARA turut menawarkan perkhidmatan servis basikal, penghawa dingin dan menukar minyak hitam motosikal. Usahawan-usahawan MARA di Daerah Muar juga turut serta mempromosikan produk mereka. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 9
10 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki telah mengadakan Lawatan Kerja ke IKM Johor Bahru hari ini. Pengerusi MARA juga menyaksikan persembahan Robot Fighto IKM Johor Bahru semasa ketibaan beliau. Beliau turut berkesempatan mengadakan sesi libat urus bersama tenaga pengajar serta pelajar. Antara kemudahan pengajian yang turut dilawati adalah Bengkel Program Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan SOROTAN LAWATAN KERJA PENGERUSI MARA KE IKM JOHOR BAHRU Bengkel Program Diploma Kompetensi Kimpalan. Hadir bersama dalam lawatan ini adalah YB Tuan Mohd Hairi bin Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor serta Encik Abdul Fareas bin Noew Hanzah, Pengarah IKM Johor Bahru.
11 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023
12 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM merupakan acara tahunan bagi meraikan kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan Anugerah Huffaz Cemerlang. Kini sedang berlangsung, penyampaian anugerah kepada 51 orang pelajar MRSM yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA di Hotel Premiera Kuala Lumpur. MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK MRSM 2023
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 13
14 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Seramai 51 orang pelajar MRSM seluruh Malaysia telah diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM di Hotel Premiera, Kuala Kumpur sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas pencapaian keputusan yang cemerlang. Program ini merupakan acara tahunan bagi meraikan kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Peperiksaan Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan Anugerah Huffaz Cemerlang. Majlis kali ini menyaksikan 9 pelajar yang SOROTAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK MRSM 2023 membarisi penerima Huffaz Cemerlang dari MRSM ATM Bera, Gemencheh, Kepala Batas, Kota Putra dan Sungai Besar. Manakala 8 penerima Anugerah Cemerlang Peperiksaan Cambridge IGCSE adalah dari MRSM Baling, Kuala Klawang, Kuantan, Kubang Pasu, Langkawi dan Tun Abdul Razak. Sementara itu, 34 pelajar dari MRSM Alor Gajah, Gemencheh, Johor Bahru, Kepala Batas, Kuala Berang, Kuala Kubu Bharu, Kubang Pasu, Kuching, Langkawi, Muadzam Shah, Parit, Pendang, Pengkalan Chepa, Pengkalan Hulu, Taiping, Tumpat, Tun Abdul
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 15 Razak dan Tun Ghafar Baba turut menerima anugerah cemerlang menerusi pencapaian semua A+ dalam SPM 2022. Pencapaian Lonjakan GPM SPM Terbaik pula dianugerahkan kepada MRSM Semporna. YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA yang hadir menyempurnakan majlis, menzahirkan rasa bangga dan percaya bahawa kejayaan ini sangat berkait rapat dengan usaha dan perencanaan di peringkat Bahagian Pendidikan Menengah yang sentiasa memberikan komitmen dalam melaksanakan pelbagai aktiviti dan program ke arah kecemerlangan kualiti pendidikan di MRSM. Tambah beliau, bagi merealisasikan impian melahirkan pelajar holistik, seseorang pelajar wajib memastikan kecemerlangan dalam akademik bergerak seiring dengan sahsiah terpuji. “Dari sinilah pembangunan modal insan yang berminda kelas pertama dapat dilahirkan,”ujar Dato’ Sri Azhar. Turut hadir, Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Encik Shahrizal bin Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah, YBhg. Dato’ Sayed AlFeizal bin Sayed Ahmad, Yang Dipertua Muafakat Nasional serta Pengurusan MARA.
16 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Penganjuran MERCU 2023: Aspirasi Keusahawanan Bumiputera yang dianjurkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan satu platform yang berfungsi sebagai One Stop Centre untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai ekosistem MARA, merangkumi keusahawanan dan dan Pendidikan. Usaha ini membantu untuk membangunkan modal insan atau usahawan, meningkatkan kapasiti syarikat dan produktiviti serta meluaskan akses pasaran produk hingga ke pasaran antarabangsa. LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (KEUSAHAWANAN) MARA KE MERCU 2023 Pelbagai pengisian menarik diadakan antaranya Seminar Keusahawanan BLESS Talk 3.0, Pemadanan Perniagaan, Pocket Talk, Showcase Program Khas MARA serta acara santai seperti Klinik E-Sport, Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Jualan Produk Usahawan. Kini sedang berlangsung, lawatan Timbalan Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman ke Program Mercu 2023 di Medan MARA dan Menara Busana MARA, Kuala Lumpur.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 17
18 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 YB Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hadir menyempurnakan program Jom Bisnes Negeri Johor 2023 pada 4 September yang lalu di Kompleks Usahawan Teknologi MARA (KUT), Technovation Park, UTM. Program yang berlangsung sehari itu turut dijayakan bersama Institusi Pendidikan MARA (IPMA) terdiri daripada UniKL MITEC, KKTM Ledang, KKTM Sri Gading dan IKM Johor Bahru yang mengadakan pameran bagi mempromosikan pendidikan TVET MARA@KKDW. SOROTAN PROGRAM JOM BISNES NEGERI JOHOR 2023 Timbalan Menteri turut menyempurnakan penyampaian kemudahan program keusahawanan MARA kepada penerima di bawah Program Pembangunan Usahawan iaitu Advanced Technology Entrepreneur Development Program (ADAPT) dalam pelbagai industri serta menyerahkan surat tawaran kepada peserta Start-up Accelerator Program (STAR) dalam bidang Teknologi Kreatif dan Multimedia. 60 orang usahawan turut berpeluang menyertai Seminar Keusahawanan JOM BISNES yang menampilkan perkongsian hebat oleh usahawan berjaya MARA iaitu Dr. Irma Shida Abu Samah dari Medeseri
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 19 Erdina Sdn. Bhd. dan Perunding Latihan, Abdul Wafiy Mohd Hamid (Coach Wafey) dari OMG Academy. YB Datuk Hajah Rubiah turut menyampaikan Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan bantuan Cermin Mata kepada tiga buah sekolah iaitu SMK Dato’ Abdul Rahman Yassin, SMK Tun Syed Nasir dan SMK Tan Sri Mohamed Rahmat. GIATMARA Negeri Johor turut menawarkan khidmat sosial masyarakat seperti servis menukar minyak hitam motosikal dan servis membaikpulih basikal secara percuma di samping mengendalikan slot Teknik Gubahan Kek dan Pastri, pertandingan Gubahan Kek Bendera Malaysia serta Solekan. Program yang padat dengan pengisian itu turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, En. Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor serta barisan pengurusan agensi di bawah KKDW Negeri Johor.
20 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman meluangkan masa ke Aura Kasih SPA ketika sesi lawatan kerja beliau ke negeri Johor pada 3 dan 4 September lalu. Aura Kasih SPA yang dimiliki oleh Alumni GIATMARA Ayer Hitam, Puan Noraisah binti Onn menawarkan pakej urutan tradisional, pakej ibu berpantang dan pakej langsing kepada pelanggan. Hasil usaha dan kesungguhan Pn Noraisah mengendalikan perniagaan, beliau yang sebelum ini membuka perniagaan secara kecil-kecilan, kini berjaya mengembangkan SOROTAN LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH (KEUSAHAWANAN) MARA KE AURA KASIH SPA, JOHOR BAHRU perniagaan dengan menyewa premis di pusat membeli belah Paradigm Mall Johor Bahru. Pusat kecantikan ini telah berjaya menarik ramai pelanggan terutamanya kepada mereka yang meminati urutan tradisional. Turut mengiringi kunjungan ke SPA ini, Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dan Puan Nor Uyon binti Shoib, Pengarah MARA Negeri Johor.
21 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023
22 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Sedang berlangsung lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah binti Mohd Zain ke Program MERCU 2023 di Medan MARA dan Menara Busana MARA, Kuala Lumpur yang sedang berlangsung bermula 4 hingga 8 September 2023. Puan Rohayah yang diiringi barisan Pengurusan MARA mengadakan lawatan ke reruai pameran dan menyampaikan hadiah bagi pertandingan e-sport. Beliau turut menyaksikan pertukaran Perjanjian Persefahaman (MoU) antara usahawan di bawah Program Gate LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (KHIDMAT PENGURUSAN) MARA KE MERCU 2023 To Global (GTG) MARA, PUMAR Solar Power Sdn Bhd dan beberapa syarikat di bawah bidang kepakaran masing-masing antaranya Heblun Sdn Bhd (Pembangunan Sumber Manusia), Premier Wealth Advisor (Pembangunan Sumber Manusia), iReal Property Sdn Bhd (Strategi Pemasaran ) dan PINTARE (Persatuan Tenaga Boleh Baru dan Alam Sekitar) (Rakan Pemasaran).
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 23
24 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 MERCU 2023 yang diadakan adalah antara satu daripada pelbagai komitmen dan platform diusahakan MARA untuk membantu memperkasakan ekonomi dengan memartabatkan produk usahawan tempatan, sebagai One Stop Centre untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai ekosistem MARA, merangkumi Keusahawanan dan Pendidikan. MERCU 2023 berlangsung selama 5 hari bermula 4 hingga 8 September 2023 itu diadakan di Medan MARA dan Busana Menara MARA, Kuala Lumpur dengan menyasarkan lebih 2,000 usahawan terlibat dalam program ini. MAJLIS PERASMIAN MERCU 2023: ASPIRASI KEUSAHAWANAN BUMIPUTERA Kini, sedang berlangsung Majlis Perasmian MERCU 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 25
26 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Petikan ucapan YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki sempena Majlis Perasmian MERCU 2023: ASPIRASI KEUSAHAWANAN BUMIPUTERA.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 27
28 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 BLESS TALK kali ini merupakan Siri Ke-3 anjuran Sektor Keusahawanan MARA dengan menampilkan dua figura hebat iaitu YBhg. Dato’ Zulfikri Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA sebagai moderator bersama seorang tetamu istimewa iaitu YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Eksekutif Dagang NeXchange Berhad (DNeX). Pelbagai topik menarik berkenaan ilmu keusahawanan yang boleh menyuntik inspirasi dan motivasi khususnya buat para usahawan di bawah bimbingan SOROTAN BUILDING LEADERS AND ENTREPRENEURIAL SOCIETY (BLESS) TALK SIRI 3 2023 MARA dan warga kerja dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi kesan daripada pandemic COVID-19 MARA mengharapkan agar perkongsian ilmu melalui platform BLESS TALK dapat membantu perniagaan bangkit semula, serta membina keupayaan dan daya saing untuk bersaing di pasaran tempatan dan global.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 29
30 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 262 orang anggota kerja MARA telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Zon Utara di Hotel Grand Alora, Alor Setar sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas prestasi perkhidmatan mereka yang cemerlang sepanjang tahun 2022. Pengiktirafan yang dianugerahkan ini diharapkan dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk terus meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang, seterusnya menjadi mentor terbaik kepada rakan sekerja. SOROTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARA 2022 PERINGKAT ZON UTARA Majlis APC MARA 2022 memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 904 penerima yang diadakan mengikut zon tengah, zon utara, zon pantai timur, zon selatan, Sabah dan Sarawak. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini disempurnakan oleh Tuan Ir. Mahzan bin Teh, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik yang menjalankan tugas Pengarah Kanan Pelaburan MARA. Turut hadir barisan Pengurusan MARA serta Pengarah MARA Negeri dan Pengawai Mengawal Pusat Zon Utara.
31 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023
32 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 KUALA LUMPUR, 8 September 2023 – Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneruskan misinya untuk terus merangsang pertumbuhan ekonomi usahawan bumiputera dengan menganjurkan Program MERCU 2023 bagi merealisasikan Aspirasi Keusahawanan Bumiputera untuk kekal dan berdaya saing di pasaran. Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki berkata, MERCU bukan sahaja untuk menyampaikan informasi tentang kemudahan keusahawanan yang ditawarkan MARA tetapi turut membuka laluan kepada usahawan bumiputera untuk meluaskan akses pasaran ke peringkat MERCU 2023 REALISASI ASPIRASI KEUSAHAWAN BUMIPUTERA UNTUK KEKAL BERDAYA SAING antarabangsa agar kewujudan mereka memberi impak dalam industri. “MERCU 2023 akan membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (pmks) untuk meninjau peluang dan mengambil bahagian di dalam program keusahawanan khas yang dirangka MARA bagi memperkukuhkan daya saing mereka di pasaran tempatan dan global,” kata Asyraf Wajdi ketika ditemui pada Majlis Perasmian MERCU 2023 yang diadakan semalam di Hotel Premiera. Seiring dengan kejayaan MARA membangunkan Program Pembangunan
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 33 Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang perubatan, MARA kini sedang giat membangunkan golongan profesional dalam bidang perakaunan dengan 11 outlet beroperasi di bawah jenama Kumpulan Prudence Consulting Group atau (PACCT). Berikutan sambutan dan kejayaan yang dicapai hari ini, MARA menambahbaik dan menjenamakan skim ini sebagai ProSPEC 2.0 di mana kemudahan ini akan diperluaskan kepada Usahawan Profesional di bawah 15 bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan memperuntukkan sebanyak RM20 juta tahun ini dengan mensasarkan 150 usahawan menerima manfaat kemudahan. Semalam telah menyaksikan penyambungan Perjanjian Persefahaman antara MARA dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang dimeterai untuk tambahan tempoh 3 tahun lagi sehingga tahun 2026. Perjanjian ini dijangka akan memberi nilai tambah kepada skop kerjasama sedia ada dengan memberi peluang kepada pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) dalam bidang berkaitan untuk menempatkan diri di syarikat-syarikat di bawah PDB. Ini merupakan peluang terbaik kepada pelajar untuk mencipta kerjaya yang lebih cemerlang bersama syarikat multinasional. Pada masa yang sama, di bawah Program Pembangunan Usahawan Teknikal (ProTECH), MARA telah membangunkan usahawan atau vendor dalam bidang teknologi tinggi ProSOLAR melalui industri tenaga boleh diperbaharui (Renewable Energy). Sementara itu, melalui Program ProPOWER iaitu Program Pembangunan Usahawan Teknikal Elektrik, 6 orang usahawan telah dilantik sebagai vendor yang memperolehi kontrak kerja daripada Telekom Malaysia (TM) dengan nilaian RM10 juta. Dalam majlis yang sama, Asyraf Wajdi turut mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi kemudahan pembiayaan perniagaan tahun 2023 menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM480 juta yang bakal memberi manfaat kepada 4,800 usahawan. MERCU 2023 berlangsung selama 5 hari bermula 4 hingga 8 September 2023 di Medan MARA dan Busana Menara MARA mengetengahkan reruai pameran program khas MARA, jualan produk usahawan, seminar keusahawanan, sesi padanan perniagaan dan lain-lain pengisian menarik.
34 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Pembangunan Program Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang perakaunan dengan konsep rangkaian firma akauntan Bumiputera bersekutu di bawah jenama kumpulan Prudence Consulting Group (PACCT) telah berjaya membangunkan 11 usahawan yang telah membuka firma perakaunannya sendiri. Pada 7 September 2023, Pengerusi MARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki telah mengadakan lawatan kerja dan seterusnya merasmikan outlet Hazli Johar & Co. yang dimiliki oleh Encik Mohamad Hazli bin Johari di Busana Menara MARA, Kuala Lumpur. SOROTAN PERASMIAN OULET PACCT DAN LAWATAN PENGERUSI MARA KE RERUAI MERCU 2023 Hazli Johar & Co. yang mula beroperasi pada Januari 2023 telah berjaya mencapai nilai jualan sebanyak RM412,391.74. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi yang diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan) MARA, Dato’ Zulfikri bin Osman serta Pengurusan MARA kemudiannya mengadakan lawatan ke Reruai Pameran MERCU 2023. Semasa lawatan ke Pavilion Gate To Global (GTG), beliau turut melancarkan produk baharu usahawan GTG Syarikat Akifcafe Coffee Sdn Bhd yang akan dieksport ke Kuwait dan Dubai dengan nilai jualan sebanyak RM350,000.00.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 35
36 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 HARI BERTEMU PELANGGAN MARA
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 37 Anda ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan tentang MARA? Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pegawai-pegawai kami di Hari Bertemu Pelanggan MARA pada tarikh dan lokasi seperti yang tertera di poster atau layari www.mara.gov.my Dapatkan informasi terkini serta khidmat nasihat program dan kemudahan MARA meliputi pendidikan, keusahawanan dan pelaburan. Jumpa anda di sana!!!
38 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Sekitar Hari Bertemu Pelanggan MARA yang diadakan serentak di semua negeri bermula 11 hingga 12 September 2023 kecuali Pulau Pinang (10 hingga 12 September 2023) dan Melaka (13 dan 14 September 2023). Orang ramai dijemput hadir ke Hari Bertemu Pelanggan MARA untuk mendapatkan informasi terkini serta khidmat nasihat berkenaan program dan kemudahan MARA. Untuk maklumat lanjut, sila layari www. mara.gov.my atau ikuti laman rasmi media sosial MARA. HARI BERTEMU PELANGGAN MARA
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 39
40 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Seramai 189 orang anggota kerja MARA telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MARA Zon Selatan di Hotel Ames, Melaka yang disempurnakan oleh YBhg. Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA dan diserikan dengan kehadiran Pengarah-Pengarah MARA Negeri serta Pengawal Pusat Zon Selatan. Majlis APC diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan warga kerja MARA dalam menggalas tanggungjawab mereka dengan jayanya. SOROTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARA 2022 PERINGKAT ZON SELATAN Secara keseluruhan Majlis APC MARA 2022 memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 904 penerima yang diadakan mengikut zon tengah, zon pantai timur, zon selatan, zon utara, Sabah dan Sarawak. Semoga yang diraikan dapat mengekalkan momentum kecemerlangan dan komitmen yang ditunjukkan selama ini supaya MARA berkembang membangunkan komuniti Bumiputera.
41 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023
42 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 KUALA LUMPUR, 12 September 2023 - Malaysia Canada Business Council (MCBC) pada 11 September 2023 telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman yang kini sedang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah MARA. Pertemuan selama dua jam di Ibu Pejabat MARA itu diwakili oleh Presiden MCBC,Nancy Fortner diiringi Mohd Syafeeq Asyraf bin Samdin, Business Development Manager dan Natasha Abu Al-Ashari, Events & Administration Manager. KUNJUNGAN HORMAT MALAYSIA CANADA BUSINESS COUNCIL KE MARA Nancy memulakan perbincangan dengan penerangan ringkas pasaran halal di Kanada terutamanya pasaran produk halal Malaysia yang mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat negara tersebut. Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas penyertaan MARA dalam Canada Halal Expo bagi tahun 2022 dengan penglibatan 4 syarikat, manakala bagi tahun 2023 dengan penyertaan 10 buah syarikat. Pada penganjuran ekspo tersebut, syarikatsyarikat di bawah bimbingan MARA ini telah berjaya memeterai Perjanjian Persefahaman
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 43 bersama syarikat-syarikat pengedar negara itu. Sewaktu kunjungan hormat itu, perbincangan antara lain turut tertumpu kepada usaha MARA dalam mengenalpasti bidang-bidang perniagaan baharu yang boleh diterokai di negara itu. Selain itu, MARA turut bersetuju untuk menyediakan tenaga kerja mahir mengikut bidang kepakaran kepada Kanada sekiranya mereka berminat untuk membuka syarikat di negara ini. Bagi tujuan itu, Dato’ Zulfikri turut menggalakkan kolaborasi antara Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bersama MCBC. Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan, Encik Yahaya bin Sani turut serta dalam perbincangan tersebut.
44 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 45 Syabas! Seluruh warga MARA mengucapkan tahniah kepada pelajar Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan (DPP), Mohamad Azri Syafiq bin Mohd Amin kerana menerima ‘Top Student Award 2022’ di MARVEX Party anjuran Malaysian Air- Conditioning & Refrigeration Association (MACRA). Mohamad Azri Syafiq kini merupakan pelajar semester 4 telah mewakili IKM Johor Bahru dalam Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2023. Beliau mempunyai impian untuk bergelar ‘specialist’ dan usahawan berjaya dalam bidang Air-Conditioning and Mechanical Ventilation (ACMV) satu hari nanti. Semoga impian beliau tercapai. MACRA TOP STUDENT AWARD 2023
46 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid bin Hamidi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pavilion Gate To Global (GTG) @ MIHAS 2023 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre ( MITEC). MIHAS yang berlangsung selama 4 hari bermula 12 hingga 15 September itu disertai oleh lebih 620 pempamer dari 32 buah negara. SOROTAN LAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH KE PAVILION GTG @ MIHAS 2023 Seramai 30 usahawan di bawah Program GTG MARA yang membawa 150 sku pelbagai produk antaranya makanan dan minuman, penjagaan kesihatan, gaya hidup dan fesyen turut serta dalam pameran halal terbesar itu. Penyertaan ini diharap dapat membina jaringan perniagaan usahawan untuk meluaskan pasaran produk ke peringkat antarabangsa.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 47
48 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 KUALA LUMPUR, 13 September - Usahawan Gate To Global (GTG) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) mensasarkan pencapaian nilai transaksi jualan sebanyak RM20 juta sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang sedang berlangsung dari 12 hingga 15 September 2023 di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak 30 usahawan di bawah GTG, MARA menyertai MIHAS 2023. “Kita juga turut membawa 10 usahawan Program Keusahawanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), 8 usahawan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan 2 usahawan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (FELCRA) untuk turut menyertai pameran halal terbesar kali ini,” katanya semasa lawatan ke Pavilion GTG. Penyertaan itu adalah bagi memperkukuh akses pasaran eksport ke luar negara bagi usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selain meneroka peluang perniagaan ke negara lain yang terlibat dalam pameran halal tersebut. Di bawah Program GTG, MARA berperanan meningkatkan keupayaan usahawan dalam aspek pembangunan produk, pengukuhan penjenamaan dan pemasaran strategik melalui kemudahan keusahawanan yang USAHAWAN GTG, MARA SASAR NILAI JUALAN RM20 JUTA DALAM MIHAS 2023
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 49 disediakan seperti geran dan pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat dan bimbingan eksport kepada usahawan PKS. Inisiatif itu dilaksana bagi memastikan produk usahawan PKS memenuhi kriteria produk export ready dan syarat-syarat kemasukan ke negara berkaitan. Sementara itu, pada majlis yang sama, Datuk Seri Ahmad Zahid turut akan menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara usahawan di bawah Program GTG MARA antaranya Aducktive Food Sdn Bhd, Solution Inspirasi Resources Sdn, Dr Aishah Solution Sdn Bhd dan AW Manufacturing Sdn Bhd dengan pengedar luar negara. Secara keseluruhannya, lebih 400 sku produk usahawan KKDW dan agensinya terlibat di pameran ini yang terdiri daripada produk makanan dan minuman, fesyen dan gaya hidup serta kosmetik dan penjagaan diri.
50 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 KLANG, 14 September 2023 - MARA memberi fokus kepada bidang maritim dan kelautan dengan memainkan peranan penting dalam melahirkan guna tenaga berkualiti dan berkemahiran tinggi melalui program latihan khusus industri perkapalan. Bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak autoriti, MARA melalui Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) telah menaja graduan Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering MARA LAHIR GRADUAN PENUHI SEKTOR MARITIM NEGARA Technology (UniKL MIMET) untuk menjalani Program Latihan Bridging Electro-Technical Officer (BETO). Program BETO ini dibangunkan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM) bersama Technology Depository Agency (TDA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia bagi melatih dan mengiktiraf juruelektrik penyelenggaraan tempatan di kapal komersial sebagai Pegawai Teknikal. Selain itu, MARA melalui kerjasama TDA, turut menaja program Dynamic Positioning