51 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Officer (DPO) dan Remote Operated Vehicle Officer (ROV) untuk memenuhi keperluan industri perkapalan negara. Bidang penyelenggaraan elektrik dan teknikal kapal mampu menjadi antara pilihan pekerjaan yang diminati graduan masa depan memandangkan gaji yang ditawarkan cukup lumayan sehingga mampu mencecah RM30,000 sebulan. Sementara itu, Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan MARA hadir merasmikan Program Latihan Bridging Electro-Technical Officer (BETO) 2.0 dan menyampaikan surat tawaran penajaan kepada 20 pelatih baharu. Majlis perasmian telah diadakan di atas Kapal MV Polaris milik Jabatan Laut Malaysia di Institut Latihan Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pelabuhan Klang hari ini. Turut hadir, Encik Nordin bin Mohamadin, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia, Dr. Shahroul bin Jambari, Ketua Pegawai Eksekutif Technology Depository Agency (TDA), Puan Siti Aminah binti Abdul Kadir (Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran), dan Pengurusan MARA.
52 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Dalam menyokong Pembangunan industri Perabot di Malaysia, FITEC menggariskan 3 fungsi utamanya iaitu: i. Pembangunan Usahawan - latihan ii.Pembangunan Komersial dan Rekabentuk Iii. Pengujian Perabot Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fitec.com.my Alamat : Lot PT 6301, Mukim Batu, Off KM13, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. F. I. T CENTER SDN. BHD. (FITEC)
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 53 KUALA LUMPUR, 13 SEPTEMBER 2023 - Satu kunjungan hormat dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah diadakan pada 13 September 2023 ke atas Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, YBhg. Puan Rohayah Binti Mohd Zain. Pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat MARA itu turut dihadiri oleh Exco Kesatuan Pegawai-pegawai MARA dan Kesatuan Kebangsaan Kakitangan MARA (KEKAM). KUNJUNGAN HORMAT CUEPACS KE MARA Antara topik perbincangan dałam kunjungan hormat tersebut adalah berkenaan permohonan peruntukan yang dicadangkan oleh CUEPACS untuk penjawat awam bagi tahun 2024. MARA mengharapkan kunjungan hormat ini menjadi titik permulaan bagi kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang terutamanya dalam menjaga kebajikan terutamanya kepada penjawat awam.
54 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Seramai 196 orang anggota kerja MARA telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MARA Zon Timur di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA dan diserikan dengan kehadiran Ahli Pengurusan MARA, Pengarah-Pengarah MARA Negeri serta Pengawal Pusat Zon Timur. Majlis APC diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan warga kerja MARA dalam menggalas tanggungjawab mereka dengan jayanya. SOROTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARA 2022 PERINGKAT ZON TIMUR Secara keseluruhan Majlis APC MARA 2022 memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 904 penerima yang diadakan mengikut zon tengah, zon pantai timur, zon selatan, zon utara, Sabah dan Sarawak. Semoga yang diraikan dapat mengekalkan momentum kecemerlangan dan komitmen yang ditunjukkan selama ini supaya MARA berkembang membangunkan komuniti Bumiputera.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 55
56 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Permohonan kemasukan ke maktab rendah sains mara (mrsm) bagi tingkatan 1 & 4 tahun 2024 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 15 september 2023 jam 3.00 petang. PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM BAGI TINGKATAN 1 & 4 TAHUN 2024 Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https: //www. mara. gov. my.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 57 Seramai 36 orang warga kerja MARA telah diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Pullman Kuching, Sarawak yang dirasmikan oleh Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA. Majlis APC diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan warga kerja MARA dalam menggalas tanggungjawab mereka dengan jayanya. Secara keseluruhan, Majlis APC MARA 2022 memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 904 penerima yang diadakan mengikut zon tengah, zon timur, zon selatan, zon utara, Sabah dan Sarawak. SOROTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARA 2022 PERINGKAT NEGERI SARAWAK Semoga semua penerima yang dirai dapat mengekalkan momentum kecemerlangan dan komitmen yang jitu agar MARA berkembang membangunkan komuniti Bumiputera.
58 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Program Pendigitalan Usahawan Desa Siri 5/2023 yang diadakan pada 17 hingga 19 September 2023 di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru dihadiri seramai 300 usahawan di bawah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) termasuk MARA. Program tiga (3) hari yang dikendalikan oleh pihak ELokal The Enabler itu adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan mengenai pendigitalan pemasaran, pengurusan kewangan, pengurusan produk, gerbang pembayaran dan kemudahan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang menjadi rakan strategik. Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan yang hadir menyempurnakan program itu berharap Program Pendigitalan Usahawan yang dilaksanakan KKDW mampu membantu usahawan luar bandar untuk menambah SOROTAN PROGRAM PENDIGITALAN USAHAWAN DESA DI JOHOR BAHRU baik operasi dan kecekapan pengurusan perniagaan, meningkatkan produktiviti dan mengembangkan perniagaan usahawan. Turut hadir, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan MARA, Encik Yahaya bin Sani dan Pengarah MARA Negeri Johor, Puan Nor Uyon binti Shoib.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 59 Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghargai 40 orang warga kerja MARA Negeri Sabah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diadakan di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu, Sabah pada 19 September 2023. Majlis pengiktirafan itu merupakan pemangkin kepada semua warga kerja agar lebih progresif dalam melaksanakan tanggungjawab membangunkan komuniti bumiputera. Secara keseluruhan, Majlis APC MARA 2022 memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada 904 penerima yang diadakan mengikut zon tengah, zon timur, zon selatan, zon utara, Sabah dan Sarawak. Majlis APC itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA, Puan Rohayah binti Mohd Zain. SOROTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MARA 2022 PERINGKAT NEGERI SABAH
60 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Tahniah GIATMARA yang telah menerima ANUGERAH MALAYSIA’S BEST IN SKILLS DEVELOPMENT (OVERALL EXCELLENCE AWARD 2023) dan YBRS. TS.AHMAD HAMDI BIN HJ. IBRAHIM di atas pengiktirafan sebagai MALAYSIA’S OUTSTANDING PERSONALITY AWARD (SKILLS AND TALENT DEVELOPMENT) sempena MALAYSIA EDUCATION & TVET AWARDS 2023 hari ini. Kejayaan ini merupakan bukti komitmen GIATMARA sebagai sebuah institusi TVET yang menjadi wadah pemangkin pembangunan negara. MALAYSIA EDUCATION & TVET AWARDS 2023
61 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 PERLIS, 21 September 2023 - Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menjadi Johan bagi acara Sepak Takraw di Kejohanan Sukan Badan - Badan Berkanun (SUKANUN) 2023 pada 3 hingga 10 September yang telah diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis. Perlawanan peringkat akhir ini telah mencatatkan keputusan 2-1, dimana pasukan MARA telah berjaya menewaskan pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kontinjen MARA juga telah menyertai 5 daripada 19 acara yang dipertandingkan MARA JOHAN SEPAK TAKRAW SUKANUN 2023 dan berjaya merangkul tempat ketiga dalam Bola Sepak, suku akhir bagi Bola Jaring dan Ping Pong serta peringkat kumpulan bagi acara Hoki Dewan. Secara keseluruhan, MARA telah berjaya menempatkan diri di tempat ke 14 daripada 56 pasukan yang bertanding di kejohanan ini. Semoga kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada warga kerja MARA untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang sukan. Tahniah kontinjen MARA!
62 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Seluruh warga MARA mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahmad Arash bin Mohd Basir, Pelajar Tingkatan 4 MRSM Ulul Albab Kota Putra atas kejayaan yang membanggakan kerana telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Hafazan AlQuran Kategori Remaja (Lelaki) di Majlis Tilawah Al-Quran 2023 anjuran Badan Kebajikan Islam Petronas. Semoga dengan kejayaan ini memberi inspirasi buat anak-anak MRSM untuk menjaga kalamullah yang mulia. MARA akan terus melahirkan hufaz teknokrat terbilang yang akan menjadi kebanggaan negara.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 63 Syabas dan Tahniah Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Poly-Tech MARA kerana telah mencapai taraf Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang Berdaya Saing (Competitive) di bawah penilaian setara 2022. Semoga UPTM terus kukuh mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dalam membentuk masa depan lebih cerah untuk generasi akan datang.
64 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Majlis Perasmian Sukan Kakitangan Teknikal (SUKAT) 2023 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf di KKTM Kuantan, Pahang hari ini. SUKAT edisi ke-10 yang berlangsung dari 22 hingga 27 September itu melibatkan penyertaan 25 kontinjen mewakili Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT), Kolej Kemahiran Tinggi MARA(KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Seramai 1,240 atlet mengambil bahagian dalam 17 acara sukan yang dipertandingkan secara tidak langsung membuktikan komitmen yang tinggi warga kerja dalam menyumbang tenaga menjayakan SUKAT 2023 selain tugas hakiki. SOROTAN MAJLIS PERASMIAN SUKAT 2023 Penglibatan warga kerja dalam sukan dapat membentuk gaya hidup sihat dan membantu membina keyakinan dan keterampilan diri individu. Penganjuran SUKAT 2023 ini telah membuka peluang kepada warga kerja yang terlibat untuk menunjukkan bakat mereka sekali gus mampu menjadi medan pemilihan atlet bagi mewakili MARA ke kejohanan sukan lain. SUKAT 2023 turut mendapat kerjasama daripada Kelab Sukan dan Rekreasi MARA (KSRM) yang bertanggungjawab untuk membantu, merancang dan melaksanakan program sukan MARA.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 65
66 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 PUTRAJAYA, 28 September 2023 - Bekas Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang yang juga Ikon Pejuang Bahasa Melayu 2015 dan Tokoh Pendidik MARA 2023, Puan Hajah Shaariah binti Dahman diumumkan antara enam penerima Anugerah Tokoh bersempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah. Puan Hajah Shaariah sejak kecil bercita-cita menjadi seorang guru kerana berpendapat HAJAH SHAARIAH DIUMUM PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDUR RASUL 1445H/2023 kerjaya sebagai pendidik membuka ruang yang luas untuk berkongsi saham akhirat. Sepanjang 35 tahun berkhidmat sebagai seorang pendidik pelbagai perubahan dalam dunia pendidikan telah diharungi. Jasa dan pengorbanan Hajah Shaariah amat besar ertinya kepada Pembangunan modal insan. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan kepada Puan Hajah Shaariah di atas sumbangan yang cukup bermakna dalam pembangunan ummah dan negara. SYABAS DAN TAHNIAH!
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 67 Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2023 yang bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah turut sama menyertai perarakan pada pagi ini. Seramai 50 orang kakitangan MARA yang terdiri daripada 11 orang wanita dan 39 lelaki telah terlibat sebagai kontingen dalam sambutan ini. Semoga dengan semangat dan komitmen Kakitangan MARA dalam perarakan ini dapat menambah kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W SOROTAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1445 HIJRAH
68 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 KUANTAN, 28 September 2023 - Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan bergelar juara keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Kakitangan Teknikal MARA (SUKAT) 2023. Gelaran naib juara pula telah disandang oleh IKM Tan Sri Yahaya Ahmad manakala tempat ketiga diraih oleh KKTM Kemaman. SUKAT 2023 menyaksikan penglibatan 1,240 orang kakitangan MARA yang terdiri daripada 25 buah institusi TVET untuk bertanding dalam 17 jenis sukan dengan 31 kategori. Kejohanan yang diadakan 2 tahun sekali itu diharap dapat memupuk semangat kerjasama yang lebih erat di antara kakitangan seluruh Malaysia di samping membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti bersukan. KKTM KUANTAN JUARA KESELURUHAN SUKAT KE-10 2023 Majlis Penutupan SUKAT Ke-10 2023 telah disempurnakan oleh En Razlan Bin Hj Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA. SUKAT KE-10 2023 dengan jayanya telah diadakan di KKTM Kuantan bermula 23 hingga 27 September 2023. SUKAT Kali Ke-11 bakal diadakan di IKM Beseri pada tahun 2025. Majlis Penutupan tersebut turut dihadiri oleh Ir Nuriman Bin Yusop, Pengarah Bahagian Kemahiran Teknikal, Encik Soffian Bin Hj. Mustafa Pengarah MARA Negeri Pahang, dan Ir Khairul Hisham Bin Abd Kadar Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan.
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 69
70 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 Sedang berlangsung Majlis Perasmian Program Sentuhan Kasih Desa Simpang Pelangai disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW). Program Sentuhan Kasih Desa @ Simpang Pelangai : Mini KUD dan Ekspo TVET merupakan platfom bagi mempromosikan program keusahawanan luar bandar yang ditawarkan oleh KKDW dan agensi/ institusi di bawahnya di samping mempromosikan program latihan kemahiran dalam pelbagai bidang TVET. Turut hadir YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA, MAJLIS PERASMIAN SENTUHAN KASIH DESA @ SIMPANG PELANGAI YBhg. Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Pengurusan Tertinggi KKDW dan Ketua Agensi di bawah KKDW termasuk MARA.
71 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023
72 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 ADVERTORIAL SEPTEMBER 2023
e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 73
74 e-KOMPILASI SEPTEMBER 2023 www.fb.com/majlisamanahrakyat www.instagram.com/majlisamanahrakyat www.twitter.com/maragov www.youtube.com/c/mupdates t.me/majlisamanahrakyat www.tiktok.com/@majlisamanahrakyat