The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bpm.mpic, 2022-04-23 19:29:25

Laporan Tahunan MPI

Laporan Tahunan MPI

Keywords: Laporan Tahunan 2018,MPIC.,MPI

TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN ICT

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 149

TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN ICT

Pada tahun 2018 momentum transformasi MPI melalui elemen penggunaan teknologi dan maklumat (ICT) terus
dilonjakkan dengan pewujudan dan penambahbaikan aplikasi-aplikasi sokongan dan teras. Inisiatif ini adalah selari
dengan usaha penambahbaikan proses kerja manual kepada proses digital yang lebih pantas dan cekap.

Program Kesedaran Keselamatan ICT 2018

Program Kesedaran Keselamatan ICT merupakan program dwi-tahunan anjuran BPM untuk warga MPI. Bagi tahun
2018, program ini telah diadakan pada 22 Oktober 2018. Objektif program ini adalah untuk memberikan informasi
terkini kepada warga MPI berhubung teknologi-teknologi ICT disamping memberi kesedaran kepada warga MPI
berhubung kepentingan mengutamakan keselamatan siber dalam mengendalikan kemudahan ICT sama ada
dalam kerja seharian mahupun diluar waktu kerja. Penceramah-penceramah yang telah dijemput ialah dari Pejabat
Pegawai Keselamatan Negara (CGSO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).

150 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Penggunaan Nama Domain Baharu Kementerian Industri Utama
(MPI)

Selaras dengan pertukaran nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (Ministry Of Plantation
Industries and Commodities (MPIC)) kepada Kementerian Industri Utama (Ministry Of Primary Industries (MPI)),
penggunaan domain laman web dan e-mel Kementerian kepada www.mpi.gov.my telah dikuatkuasakan bermula
pada bulan 15 November 2018. Penggunaan domain lama iaitu www.mpic.gov.my dikekalkan sehingga enam (6)
bulan untuk proses migrasi aplikasi sebelum domain berkenaan ditutup sepenuhnya. Surat pemakluman kepada
semua Kementerian telah dikeluarkan pada 11 Disember 2018.

https://www.mpic.gov.my https://www.mpi.gov.my

Inisiatif Data Terbuka Sektor Awam

MAMPU telah menetapkan sasaran Key Performance Indicator (KPI) Data Terbuka kepada MPI sebanyak 300 set
data untuk tahun 2018. Bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan, MPI telah menetapkan dua (2) strategi utama
iaitu:

a) Memantapkan kepimpinan dan tadbir urus; dan
b) Mengukuhkan perkongsian data.

Melalui strategi pertama, lantikan Jawatankuasa Data Terbuka yang baharu telah dibuat pada 30 April 2018 dengan
terma rujukan yang lebih spesifik. Manakala untuk strategi kedua pula, pengumpulan dan pemurnian data daripada
semua bahagian dan agensi telah dijalankan bagi mencapai sasaran set data terbuka yang telah ditetapkan.
Sehingga penghujung Disember 2018, sebanyak 260 set data terbuka MPI telah diluluskan oleh MAMPU dan MPI

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 151

telah mencapai 86.7% sasaran yang telah ditetapkan. Untuk tahun-tahun yang akan datang, MPI akan meningkatkan
usaha untuk mencapai sasaran yang akan ditetapkan oleh MAMPU.

Jadual 1: Status Pencapaian KPI Data Terbuka Sektor Awam MPI Bagi Tahun 2018

Perkara Sasaran (300) Muat Naik ke Portal DTSA oleh MAMPU Lulus MAMPU Tolak
MPI

MPI 120 115 111 4

MPOB 40 20 20 0

LGM 40 40 37 3

MTIB 40 38 38 0

LKTN 20 20 19 1

MPB 20 20 16 4

152 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Perkara Sasaran (300) Muat Naik ke Portal DTSA oleh MAMPU Lulus MAMPU Tolak
MPI 19 1
LKM 20 22 260 13
JUMLAH 300 275
PENERBITAN
PERATUS 86.7%
PENERBITAN

Penilaian dan Penarafan Bintang Laman Web Rasmi Kementerian

Kementerian dan Agensi Mystery Shopping MAMPU

MPI 8/8

MPOB 6/8

LGM 8/8

MTIB 7/8

LKM 4/8

MPB 6/8

LKTN 5/8

Pemantauan Laman Web Sektor Awam dilaksanakan pada setiap tahun bagi memastikan kualiti sistem penyampaian
perkhidmatan kepada pihak berkepentingan seperti rakyat, pelabur dan kepada pihak industri adalah sentiasa yang
terbaik.

Sebagai langkah berterusan, MAMPU telah mengadakan beberapa program pengukuhan Laman Web Sektor
Awam dengan kerjasama INTAN, antaranya latihan praktikal secara komprehensif kepada pengendali Laman Web
(webmaster) agensi bagi memastikan kandungan Laman Web Sektor Awam sentiasa memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan.

Pada 15 hingga 26 Januari 2018, MAMPU telah mengadakan Mystery Shopping ke atas setiap Laman Web
Kementerian dan Agensi Sektor Awam. Pemantauan kandungan laman web ini dilaksanakan melalui semakan
pengemaskinian kandungan secara fizikal. Sebanyak sepuluh (10) kriteria pemantauan kandungan laman web telah
diambil kira. Kriteria ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu lapan (8) kriteria generik dan dua (2) kriteria spesifik.
Sebagaimana yang dilaporkan oleh MAMPU, MPI telah berjaya memperolehi markah penuh iaitu 8/8 dari penilaian
kriteria generik.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 153



KOMUNIKASI
KORPORAT

KOMUNIKASI KORPORAT

Pada Disember 2018, UKK telah diamanahkan menyelaras pameran Kementerian Industri Utama

PSA Penggubalan Sesi Misi Penerbitan Data
Dasar Konsultasi Perdagangan Tahunan Komoditi

PPK Projek Pembangunan Pembayaran Bil

UKK Aduan Pelanggan Sesi Bertemu Pelanggan

BPM Laman Web

BBA Lesen Biobahan Api

UUU Penggubalan Perundangan

156 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Bahagian Menepati Masa/Standard
Bertanggungjawab
Piagam Pelanggan

Jumlah Peratus

Penggubalan Dasar Bahagian 1 Blueprint Kertas 100%
Menggubal dasar dan strategi yang jelas Perancangan Strategi MPIC
mengenai industri komoditi perladangan Strategik dan
berlandaskan kepada keperluan semasa dalam Antarabangsa
tempoh masa seperti berikut: (PSA)

§ 18 bulan bagi penggubalan dasar, dan strategi
baharu; dan

§ Enam (6) bulan bagi meminda dasar dan
strategi sedia ada.

Penerbitan Data Tahunan Komoditi Bahagian Telah selesai 100%
Memuatnaik data Perangkaan Komoditi dalam Perancangan dimuatnaik
Laman Web MPI dan Portal Data Terbuka yang di Strategik dan
selenggara oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Antarabangsa
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) (PSA)

Sesi Konsultasi Bahagian Sesi Konsultasi 100%
Mengadakan sesi konsultasi dengan kerajaan- Perancangan Bajet 2019 bersama
kerajaan negeri, pihak industri dan Pertubuhan Strategik dan wakil Industri
Bukan Kerajaan (NGO): Antarabangsa telah diadakan
a) Peringkat Menteri: (PSA) pada 7 Ogos 2018
bertempat di Dewan
§ Satu (1) dialog sesi konsultasi setahun bagi Integriti Aras G, MPI
setiap komoditi dengan persatuan industri
komoditi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO)

b) Peringkat Pegawai :
§ Enam (6) sesi konsultasi dengan industri

Misi Perdagangan

Menganjurkan misi galakan pasaran dan Bahagian Misi Perdangangan 100 %
perdagangan/lawatan kerja bagi memperkukuhkan Perancangan 1. Misi ekonomi dan
pasaran sedia ada dan menerokai pasaran baru Strategik dan
sekurang-kurangnya lima (5) kali setahun serta Antarabangsa promosi sawit ke
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. (PSA) Eropah

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 157

Bahagian Menepati Masa/Standard
Bertanggungjawab
Piagam Pelanggan

Jumlah Peratus

Penggubalan Perundangan

Menggubal perundangan utama dan perundangan Unit Undang-undang Telah menepati -
subsidiari berkaitan industri perladangan dan (UUU) masa dan
komoditi berlandaskan kepada perkembangan dan sebanyak satu (1)
keperluan semasa dalam tempoh seperti berikut:- perundangan utama
dibuat sebagaimana
Perundangan Utama: yang diarahkan.

Deraf Perundangan Utama (kedua-dua Bahasa
Melayu dan Inggeris) disediakan oleh Bahagian/
Agensi yang kemudiannya dipanjangkan ke Unit
Undang-undang (UUU) melalui Bahagian di MPI.

Dalam masa 20 hari bekerja dari tarikh
penyelesaian isu dasar dan perundangan. Jika
ada isu dasar atau perundangan berbangkit
tempoh 20 hari terhenti sehingga isu dasar atau
perundangan selesai.

Kualiti : Selaras dengan Perlembagaan
Persekutuan, Akta ibu, Akta lain dan menepati
kehendak pelanggan.

Perundangan Subsidiari:

Deraf Perundangan Subsidiari (kedua-dua Bahasa Unit Undang-undang Telah menepati -
Melayu dan Inggeris) disediakan oleh Bahagian/ (UUU) masa dan sebanyak
Agensi yang kemudiannya dipanjangkan ke Unit empat belas (14)
Undang-undang melalui Bahagian di MPI. perundangan
subsidiari dibuat
Dalam masa 14 hari bekerja bagi teks kurang sebagaimana yang
50 mukasurat dan 21 hari bekerja bagi teks diarahkan.
melebihi 50 mukasurat. Jika ada isu dasar atau
perundangan berbangkit tempoh itu terhenti
sehingga isu dasar atau perundangan selesai.

Pembayaran Bil

§ Memastikan 90% pembayaran bil yang Bahagian Bil. bil = 2,094 ≤ 14 hari
lengkap diselesaikan dalam tempoh 7 hari; dan Pengurusan (RM439,341,561.59) 100%
Pembangunan dan 1-7 hari = 1,909 bil
§ Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang Kewangan (PPK) (91.17 %)
tidak menerima pembayaran dalam tempoh 14 (RM346,125,705.26)
hari, aduan yang diterima akan diselesaikan  
dalam tempoh 72 jam. 8-14 hari = 185 bil
(8.83 %)
(RM93,215,856.33)

158 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Bahagian Menepati Masa/Standard
Bertanggungjawab
Piagam Pelanggan

Jumlah Peratus

Aduan Pelanggan

Memastikan semua aduan pelanggan diberi: Unit Komunikasi 11 100
§ Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari; Korporat (UKK)

§ Maklum balas awal dalam masa lima (5) hari;
dan

§ Diselesaikan dalam tempoh 15 hari bagi aduan
yang tidak melibatkan perkara dasar.

Laman Web Bahagian 1,600 100%
Memuat naik maklumat program terkini MPI ke Pengurusan
laman web MPI dalam tempoh 24 jam. Maklumat (BPM)

Sesi Bertemu Pelanggan Unit Komunikasi 1. Program Hello 100%
Mengadakan sesi bertemu pelanggan melalui Korporat Komoditi di
program-program turun padang seperti Program Bagan Datuk,
Hello Komoditi sekurang-kurangnya dua (2) kali Perak – 27
setahun. Januari 2018

Penglibatan dalam pameran bagi memberikan info 2. Program
terkini dalam anjuran Kementerian Industri Asas Malaysian
Tani. Agriculture and
Agrotourisme
(MAHA), MAEPS,
Serdang-22
November hingga
2 Disember 2018

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 159

Bahagian Menepati Masa/Standard
Bertanggungjawab
Piagam Pelanggan

Jumlah Peratus

Lesen Biobahan Api Bahagian Bio Bahan 88 100%
• Mengeluarkan akuan penerimaan Api (BBA) 47 100%
bagi permohonan yang lengkap dalam
tempoh satu (1) hari; --
• Mengeluarkan lesen dalam tempoh tiga
(3) hari selepas lesen ditandatangani
oleh Pihak Berkuasa Pelesenan
Biobahan Api; dan
• Memberi jawapan kepada permohonan
yang tidak berjaya dalam tempoh tiga
(3) hari selepas keputusan dibuat Pihak
Berkuasa Pelesenan Biobahan Api.

Komunikasi Strategik dan Media Sosial

1. Media Sosial Rasmi MPI

Media sosial merujuk kepada sejenis saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna
berinteraksi dengan mudah dan bebas dalam berkongsi dan membincangkan sebarang maklumat.
Perkembangan pesat penggunaan media sosial masa kini menjadikan ianya medium komunikasi yang penting
bagi masyarakat awam mendapatkan maklumat dengan mudah, cepat dan segalanya di hujung jari.

MPI turut mengoptimumkan penggunaan platform media sosial bagi tujuan promosi, publisiti dan
memperkenalkan inisiatif-inisiatif Kementerian, agensi serta majlis di bawahnya. Ini memberi peluang
masyarakat awam dapat berhubung dan berinteraksi dengan Kementerian secara tidak langsung.

Laman media sosial MPI seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Saluran YouTube mempunyai peningkatan
Followers dan Likes yang ketara berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini menunjukkan media sosial
merupakan platform untuk menambahbaik kaedah hubung jalin (engagement) antara kementerian dan rakyat.

Infografik

MPI mengambil langkah menggunakan infografik dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan
Kementerian. Ini kerana paparan visual grafik yang menarik serta interaktif mampu menyampaikan sesuatu
maklumat dengan berkesan dan mudah difahami berbanding penggunaan teks secara bersendiri. Infografik
yang dihasilkan juga boleh dijadikan rujukan kepada masyarakat awam yang ingin mengetahui lebih mendalam
mengenai Kementerian serta agensi dan majlis di bawahnya.

160 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

2. Penghasilan Video

MPI turut menghasilkan video bagi program
dan majlis yang melibatkan pengurusan
tertinggi terutamanya YB Menteri, YB
Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha
Kementerian. Video yang dihasilkan adalah
berdurasi tidak melebihi dua minit dan
dimuatnaik di media sosial MPI dan Saluran
YouTube MPI di bawah nama ‘Commodity
Channel TV’ (CCTV) yang dilancarkan
pada 2017. Melalui video yang dihasilkan,
masyarakat awam dapat melihat dengan
lebih jelas lagi mengenai program yang
berlangsung terutamanya program turun
padang bersama orang awam. Meskipun
bilangan Pelanggan (Subscriber) CCTV
tidak tidak memberangsangkan berikutan
teras subjek (core business) Kementerian
tidak mempunyai kaitan begitu rapat dengan masyarakat (mass), namun capaian penonton (viewers) tertinggi
pernah dicatatkan mencecah 1364 penonton.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 161

SOSIAL MEDIA KEMENTERIAN

162 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 163

164 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 165

PENGAUDITAN
DAN INTEGRITI

Pengauditan

Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1 mengkehendaki Unit
Audit Dalam (UAD) mengaudit pengurusan kewangan dan
aktiviti Kementerian/Agensi dan mengemukakan laporan
mengenainya kepada Ketua Eksekutif. Bagi memenuhi
tanggungjawab ini, UAD telah menjalankan pengauditan
berkenaan seperti berikut:

Pengauditan Dijalankan Pada Tahun 2018 Tarikh Tarikh Laporan Tarikh Maklum
Sasaran Pengauditan Dikemukakan Balas

Pengauditan Pengurusan Kewangan 19.9.18 – 30.10.18 5.11.18 13.12.18
Pengauditan Terhadap Pengisian Perjawatan – 15.10.18 – 16.1.19 17.12.18 31.12.18
MPI
Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks 6.12.17 – 21.2.18 15.3.18 5.4.18
Akauntabiliti) – MPI 24.4.18 – 3.7.18 6.8.18 7.9.18
Pengauditan Prestasi Dan Perolehan 18.4.18 – 7.6.18 5.7.18 6.8.18
Pengauditan Terhadap Pengurusan dan 12.12.17 – 9.2.18 12.3.18 2.4.18
Pembangunan Hartanah di Lot 481 - LGM Digugurkan
Pengauditan Terhadap Pengurusan dan
Pembangunan Hartanah di Lot 5 & Lot 211 –
LGM
Pengauditan Terhadap Pengurusan dan
Pembangunan Hartanah di Lot 282 –LGM
Pengauditan Pengurusan Skim Tanam Baru
Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) dan Tanam
Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) – MPOB
Pengurusan Skim Pinjaman Bagi Program
Pembangunan Ladang Hutan Bersaiz Besar dan
Sederhana – MTIB

166 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Sasaran Tarikh Tarikh Laporan Tarikh Maklum
Pengauditan Terhadap Pengurusan Pembinaan Pengauditan Dikemukakan Balas
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko –
LKM 16.4.18 – 17.5.18 27.6.18 7.7.18
Pengauditan Khas
Pengauditan dijalankan secara berterusan sepanjang
Jawatankuasa Audit Dalaman Khas IPG – LGM tahun dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemandu
Pelaksanaan Insentif Pengeluaran Getah
Verifikasi Baki Aset 31 Disember 2017 – MPI
Verifikasi Baki Aset 30 Jun 2018 – MPI 8.1.18 – 12.1.18 12.1.18 Tiada Isu

26.7.18 – 10.8.18 10.8.18 Tiada Isu

Laporan Tahunan UAD ini mengandungi penemuan Audit hasil daripada pengauditan yang telah dilaksanakan
di Kementerian Industri Utama dan Agensi di bawah Kementerian. Pada umumnya masih terdapat kelemahan
dalam pematuhan peraturan/prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan serta pemantauan yang kurang berkesan.
Namun begitu, semua kelemahan tersebut boleh dielakkan sekiranya pegawai yang bertanggungjawab mematuhi
sepenuhnya peraturan/prosedur yang telah ditetapkan.

Seperti mana tahun yang lalu, Ketua Agensi yang berkenaan telah dimaklumkan terlebih dahulu tentang perkara
yang dilaporkan di dalam laporan ini. Ini bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil
oleh Ketua Agensi berkenaan terhadap kelemahan yang dibangkitkan. Sepanjang pengauditan dijalankan pihak
UAD telah menerima kerjasama yang baik daripada pihak auditi yang turut memberi maklum balas positif terhadap
teguran yang dikemukakan. Pihak auditi juga telah mengambil tindakan pembetulan terhadap kelemahan yang
dibangkitkan di dalam laporan.

INTEGRITI

Laporan Aktiviti Unit Integriti (UI) MPI Tahun 2018

Unit Integriti (UI) Kementerian Industri Utama (MPI) telah melaksanakan program-program kesedaran, pendidikan
serta pengukuhan sahsiah dan integriti sepanjang tahun 2018 dengan pelbagai bentuk pengisian seperti kursus,
bengkel, dialog, ceramah dan diskusi ilmu. Ianya bertujuan untuk memastikan imej warga MPI dan Agensi-Agensi
di bawah MPI sentiasa bersih daripada jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di samping
mengekalkan status risiko rendah rasuah.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 167

Program-program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

1. Bengkel Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)
yang diadakan pada 07 Mac 2018 di Dewan
Keruing, Aras 9, MPI yang dihadiri oleh warga
MPI dan Agensi-Agensi di bawah MPI.

2. Kursus Pengurusan
Terakhir Insan diadakan
pada 12-13 Mac 2018
dengan kerjasama
Kelab MPI dan Masjid
Tuanku Mizan Zainal
Abidin, Putrajaya.
Pengisiannya berbentuk
ceramah dan praktikal
yang mana lokasinya
adalah di Masjid Tuanku
Mizan dan juga Tanah
Perkuburan Presint 20,
Putrajaya.

168 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

3. Kursus Smart Integriti MPI 2018
yang telah dilaksanakan di
Pusat Inovasi & Teknologi Koko,
Lembaga Koko Malaysia, Nilai
pada 31 Oktober – 01 November
2018.

4. Program Hari Integriti MPI 2018
sempena bulan Integriti
Kebangsaan pada
12 November 2018 bertempat
di Dewan Keruing, Aras 9, MPI.

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 169

5. Mengadakan program
Pengukuhan Integriti
dan Penerapan Nilai-
Nilai Islam bermula April
sehingga November 2018.

170 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

6. Diskusi Ilmu kerjasama dengan Kelab MPI bermula Mac sehingga Disember 2018.

7. Program Bicara Ilmu kerjasama dengan
PUSPANITA Unit MPI - 4 siri

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 171

Unit Integriti (UI) Kementerian Industri Utama (MPI) dalam usaha memastikan imej warga MPI dan Agensi-Agensi
di bawah MPI bersih daripada jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di samping mengekalkan
status risiko rendah rasuah sentiasa melaksanakan program-program kesedaran dan pendidikan serta pengukuhan
sahsiah dan integriti sepanjang 2018 dengan pelbagai bentuk pengisian seperti kursus, bengkel, dialog, ceramah
dan diskusi ilmu.
Unit Integriti (UI) Kementerian Industri Utama (MPI) telah melaksanakan program-program kesedaran, pendidikan
serta pengukuhan sahsiah dan integriti sepanjang tahun 2018 dengan pelbagai bentuk pengisian seperti kursus,
bengkel, dialog, ceramah dan diskusi ilmu. Ianya bertujuan untuk memastikan imej warga MPI dan Agensi-Agensi
di bawah MPI sentiasa bersih daripada jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di samping
mengekalkan status risiko rendah rasuah.
8. Program Bicara Ilmu kerjasama dengan PUSPANITA Unit MPI

172 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

9. Diskusi ilmu kerjasama dengan Kelab MPI
KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 173

174 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 175

PERAKAUNAN

Pengenalan
Kerajaan Persekutuan sebelum ini mengamalkan asas perakaunan tunai ubahsuai iaitu satu kaedah perakaunan
yang mengiktiraf dan merekod sesuatu urusniaga kewangan apabila tunai diterima atau dibayar dalam tempoh
perakaunan tersebut. Di bawah kaedah ini, perbelanjaan aset tidak dipermodalkan dan liabiliti tidak dilaporkan di
dalam penyata kewangan, segala perbelanjaan akan menggunakan peruntukan tahun semas​ a dan pembayaran
dibuat sehingga bulan Januari tahun berikutnya. ​
Bermula 1 Januari 2018, Pelaksanaan perakaunan akruan telah Go Live melalui penggunaan Integrated
Government Financial and Management Accounting System (iGFMAS) bagi menggantikan tiga (3) sistem sedia
ada iaitu GFMAS, eSPKB dan eTerimaan. Pelaksanaan sistem perakaunan Kerajaan Persekutuan berasaskan
akruan ini adalah selaras dengan Dasar Transformasi Sektor Awam dalam Model Baru Ekonomi dan pelaksanaan
Outcome Based Budgeting (OBB) yang akan memberi kesan signifikan dalam pengurusan fiskal berhemat serta
mempertingkatkan kecekapan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan.YAB Perdana Menteri
telah meluluskan pelaksanaan perakaunan akruan ini pada 11 Mei 2011, yang merupakan salah satu daripada 21
inisiatif dalam Strategic Reform Initiative Public Finance Lab.

Ilustrasi 1: Transformasi
Daripada Perakaunan
Tunai Ubahsuai Kepada
Perakaunan Akruan

Perakaunan Akruan merupakan asas perakaunan bagi pelaporan kedudukan dan prestasi kerajaan yang lebih tepat
dan telus. Transformasi daripada perakaunan tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan adalah menjurus kepada
pengurusan fiskal yang lebih cekap dan berkesan.​​

176 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Mengiktiraf urusniaga dan peristiwa apabila ianya berlaku

Memperakaun semua aset dan liabiliti

Komitmen perbelanjaan serta peruntukan kerajaan dinyatakan dengan lebih jelas

Malaysia setaraf dengan negara-negara maju berdasarkan kemampanan polisi kewangan dan perbelanjaan negara
Ilustrasi 2: Impak Pelaksanaan Perakaunan Akruan

Prestasi Pengurusan Perakaunan
Pengurusan Bayaran

Bahagian Akaun bertanggungjawab menyemak dan meluluskan baucar bayaran di Pejabat Perakaunan melalui
sistem iGFMAS setelah diperaku oleh Bahagian Pengurusan, Pembangunan dan Kewangan sebagai Pusat
Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian Industri Utama. Secara keseluruhan sebanyak 2,865 baucar bayaran
berjumlah RM461,341,305.78 telah berjaya diproses dalam tempoh empat (4) hari seperti di Carta 1.

PRESTASI PROSES PEMBAYARAN SEMPURNA BAGI TAHUN 2018

311 309

279 272 258 242 251
229
Bilangan Baucar
191 196
157 170

JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
Bulan

Carta 1: Prestasi Proses Pembayaran Sempurna Bagi Tahun 2018

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 177

Bilangan Pegawai Yang Menerima GajiPengurusan Gaji

Dengan pelaksanaan sistem iGFMAS, pada tahun 2018 modul pembayaran gaji telah berintegrasi dan boleh dikunci
masuk oleh PTJ. Bahagian Akaun bertanggungjawab untuk membuat larian bayaran gaji mengikut tarikh yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Secara keseluruhan, sebanyak 3,050 pembayaran gaji
telah dilaksanakan berjumlah RM17,869,378.79 seperti di Carta 2.

PRESTASI PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2018

233 246 248 254 260 258 266 249 255 257 260 264

JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS
Bulan

Carta 2: Prestasi Pembayaran Gaji Bagi Tahun 2018

Pelaksanaan Naziran

Selaras dengan Arahan Perbendaharaan 139, Bahagian Akaun bertanggungjawab untuk memastikan semua
bayaran dan terimaan telah diakaunkan dengan betul dan mematuhi semua peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Naziran Perolehan PRESTASI NAZIRAN (VALUE)
PEROLEHAN TAHUN 2018
Pada tahun 2018, Pasukan Naziran telah
menjalankan dua (2) siri naziran ke atas (VALUE)
pengurusan perolehan di peringkat PTJ.
Secara keseluruhan, prestasi perolehan Siri I
yang dilaksanakan oleh PTJ adalah Siri II
cemerlang seperti di Carta 3.

Carta 3: Prestasi Naziran Perolehan
Tahun 2018

178 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

Pengurusan Hasil dan Terimaan

Sepanjang tahun 2018, sebanyak 12 Dokumen Akaun Terimaan (DAT) daripada Pejabat Pemungut telah diterima
mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Jumlah kutipan hasil bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM513,573.95
yang meliputi hasil lesen Bio Bahan Api dan pulangan balik gaji serta emolumen lain. Naziran terimaan juga telah
dijalankan ke atas Pejabat Pemungut pada 12 hingga 16 November 2018.

Pengumpulan Data Aset dan Liabiliti

Sepanjang tahun 2018, aktiviti pengumpulan data aset dan liabiliti bagi MPI dijalankan selaras dengan pelaksanaan
perakaunan akruan. Status pengumpulan data sehingga akhir Disember 2018 yang dimuatnaik sebagai data migrasi
adalah seperti berikut:

ASET Aset Tak Alih (ATA) Akaun Belum Bayar (ABB)
Tiada Tiada

Aset Dalam Pembelian (AUC) Pajakan Kewangan (FL)
Tiada RM 85,767,173.20

Aset Alih (AA) Akaun Belum Terima (ABT) LIABILITI
RM 3,534,944.06 RM 412.00

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 179

Penganjuran Latihan/Kursus Kewangan dan Perakaunan

Sejajar dengan peralihan asas perakaunan tunai ubahsuai kepada asas akruan, kesemua aktiviti yang diadakan
sepanjang tahun 2018 melibatkan tajuk berkaitan perakaunan akruan. Kumpulan sasaran bagi aktiviti tersebut
adalah peserta daripada Bahagian Akaun serta Bahagian Pengurusan Pembangunan dan Kewangan.

Sesi Perkongsian Ilmu Bil. 1 14 20 Sesi Hands On Bil. 1
- Refresher Carta Akaun MAC apr - Modul Akaun Terimaan
27 18
Akruan (CAA) 1 GFMAS apr mei Sesi Hands On Bil. 2
23 - Modul Akaun Terimaan
Sesi Perkongsian Ilmu Bil. 2 mei 4
- Inter Entity 28 jun Sesi Hands On Bil. 4
jun 3 - Modul Arahan Pembayaran
Sesi Hands On Bil. 3 jul
- Modul Data Induk Aset & 5 26 Tanpa Pesanan Tempatan,
jul jul Waran Dan Baucar Jurnal
Perakaunan Aset 30 26
(Perolehan Aset Sumbangan) ogos nov Sesi Hands On Bil. 6
- Modul HCM - Larian Gaji
Sesi Hands On Bil. 5
- Modul Panjar Wang Runcit - Bulanan

Rekupmen Panjar Sesi Hands On Bil. 8
- Modul Arahan Pembayaran
Sesi Hands On Bil. 7
- Modul Data Induk Aset & - Baucar Jurnal (KJ)
Pendahuluan Diri dan
Perakaunan Aset Terimaan (Resit - Bayaran
(Perolehan Aset Sumbangan) Balik Lebihan Pendahuluan
Diri)
Sesi Hands On Bil. 9
- Modul Panjar - Rekupmen Taklimat Pengurusan Modul
Terimaan iGFMAS
Panjar dan Penerimaan
Rekupmen serta Pelarasan
Modul dari Panjar di bawah
Modul AP kepada Panjar
di bawah Modul CM

180 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

DIREKTORI AGENSI DAN MAJLIS
DI BAWAH MPIC

Lembaga Minyak Sawit Malaysia Lembaga Koko Malaysia (LKM)
No.6, Persiaran Institusi, Tingkat 5,6 & 7, Wisma SEDCO
Bandar Baru Bangi,
43000 Selangor, Lorong Plaza Wawasan
Peti Surat 10620, Off Coastal Highway
50720 Kuala Lumpur. Beg Berkunci 211

T : 03-8769 4400 88999 Kota Kinabalu, Sabah.
F : 03-8925 9446
W : http://www.mpob.gov.my T : 088-234477
F : 088-259403, 088-253037, 088-239575

W : http://www.koko.gov.my

Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN)
Tingkat 18, Bangunan Getah Asli (Menara) Kubang Kerian
Peti Surat 198,
148, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur 15720 Kota Bharu, Kelantan

T : 03-92062000 T : 09-766 8000 / 766 8008
F : 03-21613139 F : 09-766 8071
W : http://www.lgm.gov.my
W : http://www.lktn.gov.my

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Lembaga Lada Malaysia (MPB)
Lot 14.01, Tingkat 13-17, Menara PGRM Lot 1115, Jalan Utama, Tanah Putih
No.8, Jalan Pudu Ulu
Peti Surat 10887 93450 Kuching
50728 Kuala Lumpur Sarawak.

T : 03-9282 2235 T : 082-331811
F : 03-9200 3769 F : 082-336877
W : http://www.mtib.gov.my W : http://www.mpb.gov.my

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 181

DIREKTORI AGENSI
DI BAWAH MPI

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Majlis Pensijilan Kayu Malaysia
Tingkat 2, Wisma Sawit C-08-05, Blok C, Megan Avenue II

Lot 6 SS6, Jalan Perbandaran No. 12, Jalan Yap Kwan Seng
47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor D.E 50450 Kuala Lumpur

T : 03-7806 4097 T : 03-2161 2298
F : 03-7806 2272 F : 03-2161 2293
L : http://www,mpoc.org.my W : http://www.mtcc.com.my

Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC) Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia
15th Floor, Bangunan Getah Asli (Menara)
Unit No.36-02, Aras 36 Q Sentral
2A Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral 148, Jalan Ampang,

50470 Kuala Lumpur 50450 Kuala Lumpur, Malaysia

T : 03-2782 2100
F : 03-2782 2199
W : http://www.mrepc.com

Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC)
18th Floor, Menara PGRM

No. 8 Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100 Kuala Lumpur.
T : 03-9281 1999
F : 03-9282 8999

W : http://www.mtc.com.my

182 LAPORAN TAHUNAN MPI 2018

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA 183


Click to View FlipBook Version