Hala Tuju Kerjaya Tim Bahagian Kaunseling UPM & Tim Pejabat Pendaftar UPM Universiti Putra Malaysia Kisah Inspirasi 13 Jawatan Popular di UPM Panduan Lengkap Membantu Anda Membina Hala Tuju Kerjaya Anda Seawal Tahun 1 Pengajian dan Tahun Pertama Dunia Pekerjaan
Cetakan Pertama, 2022 © Bahagian Kaunseling UPM Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk yang lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Bahagian Kaunseling UPM. Diterbitkan dan dicetak oleh Bahagian Kaunseling UPM Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data pengkatalogan-dalam-Penerbitan Bahagian Kaunseling UPM Hala Tuju Kerjaya UPM Kisah Inspirasi/Infografik Kerjaya Kerjaya/ Motivasi/ Kaunselor Berdaftar
ISI KANDUNGAN 01 02 03 Prakata Penghargaan Kisah Inspirasi Kerjaya Mereka & Maklumat Penting Tentang Jawatan Kisah Inpirasi 13 Jawatan Popular dan maklumat penting yang penting bagi setiap jawatan berkenaan. 13 Jawatan tersebut adalah Pensyarah Universiti, Pegawai Sains, Gurubahasa, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Pertanian, Pegawai Veterinar, Jurutera, Pegawai Tadbir, Pegawai Penyelidik, Pegawai Psikologi, Pustakawan, Pegawai Perubatan dan Pegawai Kewangan. 04 05 Maklumat berkaitan kaedah persaringan jawatan secara umum yang telah dijalankan di UPM bagi setiap jawatan yang ditawarkan. Kaedah Persaringan Jawatan Yang Ditawarkan di UPM Latihan yang disediakan oleh UPM Maklumat berkaitan latihan yang disediakan oleh UPM untuk permbangunan dan perkembangan kerjaya bagi jawatan yang ada di UPM. Infografik Laluan Kerjaya Informasi secara grafik bagi laluan kerjaya setiap 13 jawatan popular di UPM Kenali Penulis Nota 06 07 08 1 2 3 71 72 73 81 82
Syukur ke hadrat Allah SWT atas kurnia limpah rezeki, nikmat masa, nikmat kesihatan, nikmat ilmu dan jutaan nikmat lain yang tidak dihitung oleh akal manusia. Buku Hala Tuju Kerjaya ini adalah merupakan hasil gabung jalin idea pasukan Bahagian Kaunseling dan Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia. Saya selaku penyelaras projek ini berasa syukur dengan terhasilnya buku ini sebagai produk perkhidmatan kami di Bahagian Kaunseling UPM. Penghasilan buku ini adalah merupakan salah satu projek Transformasi Perkhidmatan Bahagian Kaunseling UPM, Universiti Putra Malaysia bagi tahun 2022. Buku ini adalah sebagai pemandu dalam proses membina hala tuju kerjaya awal pengajian buat 13 jawatan yang ada dalam buku ini. Memiliki 'Hala Tuju Kerjaya' diibaratkan seperti anda sedang membina hala tuju kerjaya yang tepat dan ia boleh dijadikan sebagai pembakar semangat dan suntikan motivasi kepada anda dalam membina kerjaya. Konsep buku ini adalah memudahkan pembaca dalam merangka perancangan, pembangunan dan perkembangan kerjaya melalui kandungan, kisah inspirasi secara 'real' dan infografik laluan kerjaya. Penghasilan buku ini adalah khusus untuk menjentik hati pembaca untuk meneroka potensi diri dalam membina kerjaya seawal tahun satu pengajian dan tahun pertama di alam pekerjaan. Buku ini relevan untuk semua mahaisiswa dan juga mereka yang telah bekerja. Kisah inspirasi daripada 13 tokoh kerjaya dan infografik yang telah dikongsikan dalam buku ini adalah pencetus minda dan jiwa untuk pembaca bersiap sedia dalam perkembangan kerjaya sehingga mencapai kepuasan kerjaya. Sehubungan itu adalah diharapkan dengan terbitnya buku ringkas ini, para pembaca tidak lagi mengalami kekeliruan dan berasa kurang yakin dalam proses membina kerjaya mereka. Diharap buku ini menjadi satu panduan yang lengkap buat semua golongan pembaca. InsyaAllah. PRAKATA HALA TUJU KERJAYA UPM 1
Dengan nama Allah S.W.T., Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan kuasa dan izin-Nya, buku ini berjaya diterbitkan. Semoga dengan rahmat dan berkat daripada-Nya penulisan Hala Tuju Kerjaya UPM ini memberi manfaat yang besar kepada para pembaca sekalian. Pelbagai isu kerjaya telah dikenalpasti oleh pasukan Bahagian Kaunseling UPM dalam mengendalikan kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada mahasiswa dan staf UPM. Ekoran itu, cetusan idea untuk menghasilkan buku ini yang mampu menjadi sebagai produk perkhidmatan yang hebat buat panduan lengkap buat semua para pembaca dalam merancang, membangun dan memperkembangkan kerjaya masing-masing. Sehubungan itu, Bahagian Kaunseling UPM mengambil inisiatif menjalankan sesi temubual secara 'real' bersama 13 tokoh kerjaya di UPM dan kisah inspirasi mereka dijadikan panduan buat pembaca. Usaha ini bukan hanya dibibir sahaja namun ia telah direalisasikannya dalam bentuk penulisan yang kemas. Penglibatan Pejabat Pendaftar dalam penulisan buku ini juga amatlah dihargai kerana tanpa ilmu pengetahuan mereka, maka tidak cukuplah inti manis dalam buku ini. Perkongsian ilmu ini, dihurai secara ringkas dan padat dengan infografik yang mudah untuk difahami. Diharapkan melalui penulisan ini, dapat menjadi panduan kepada pembaca dalam usaha untuk membantu diri sendiri untuk terus mencapai kepuasan kerjaya kelak. Dr. Mazila Ghazali Ketua Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia PENGHARGAAN 2 HALA TUJU KERJAYA UPM
Berbekalkan minat yang mendalam dalam dunia pendidikan, Prof Dr. Jalila binti Abu, Timbalan Dekan Hospital Veterinar UPM tekad memilih kerjaya sebagai seorang pensyarah Doktor Perubatan Veterinar sebagai kerjaya pilihannya. “You are good to be a teacher..”. Kata-kata azimat daripada arwah ibunda telah membakar lagi semangat dan mempasak kepercayaan kepada dirinya bahawa kerjaya pendidik ini sememangnya kerjaya yang tepat bagi dirinya. Anak kelahiran Felda, Segamat ini terus menyusun langkah melanjut pengajian Diploma Haiwan di Sekolah Pertanian (nama lama bagi Universiti Putra Malaysia). Seterusnya, dengan kecemerlangan akademik yang dicapai, beliau telah terpilih untuk mengikuti program pengajian Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan Veterinar di Kolej Pertanian (nama lama bagi Universiti Putra Malaysia) pada ketika itu, dan menamatkan Sarjana Doktor Perubatan Veterinar dalam bidang Parasitologi di kolej yang sama. “Saya start dengan gaji sikit, doesn’t matter. Hati tu memang nak jadi pensyarah..”. Inilah kisah permulaan seorang wanita yang berjiwa pendidik menempatkan diri sebagai seorang pendidik. Ketekunan, kesungguhan beliau dalam bidang perubatan Veterinar dan minat yang mendalam untuk mendidik telah menjadi tarikan para pensyarah Veterinar Ketika itu yang melihat beliau sebagai bakat baharu. Namun sebelum menawarkan sebarang jawatan, beliau telah diberi peluang oleh pihak fakulti untuk mengendalikan sesi pengajaran sebagai seorang 'demonstrator'. Mengimbau saat ini, satu susuk insan yang tidak dapat dilupakan adalah YBhg. Prof Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris (Mantan Naib Canselor UPM). Beliaulah insan yang berperanan penting membangunkan jati diri dan bakat semula jadi anak kampung ini sekaligus mencalonkan beliau sebagai Tutor di fakulti ini. “Jalila, memang dah time untuk pergi oversea..”. KISAH KERJAYA PENSYARAH UNIVERSITI 3 HALA TUJU KERJAYA UPM Penulisan oleh : Muhamad Za'im Rosli
Dengan jaringan kenalan yang dimiliki YBhg. Prof Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris ketika itu, insan berjiwa besar ini diterbangkan ke Minnesota University bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. “..Saya adalah orang Asia pertama yang mendalami bidang kepakaran ini di Minnesota..” Anak Pegawai Perhutanan ini nekad melangkah kaki dan terbang lebih tinggi meninggalkan keluarga dan saudara demi mencapai impian dan kembali menyumbang kepada negara. Pelbagai cabaran ditempuh sehingga jasanya begitu dikenang di universiti tersebut dan kepakarannya diiktiraf oleh penyelia beliau sendiri yang juga merupakan pakar rujuk burung di Amerika. Beliau adalah orang Asia pertama yang diberi kepercayaan untuk menggantikannya beberapa tugasan penting di hospital disamping amat dikenali dikalangan masyarakat dan penggiat burung. “..Mom why you have to go to school everyday?..” Mengimbau saat berkelana di bumi orang, beliau terlalu sebak mengenang perit jerih yang dilalui sehingga mampu menitiskan air mata. Pengorbanan suami yang bercuti tanpa gaji bagi menyokong cita-cita isteri amat membekas hingga ke hari ini. Ditambah pula perasaan rindu kepada ibu dan ayah, adik beradik yang berjauhan amat meruntuh jiwa apatah lagi sewaktu mendapat berita kematian ibu mertua, mereka sekeluarga tidak dapat menghadiri pengkebumiannya amat menyentuh hati. Namun insan ini cekal jiwanya. “.. I must go home! I must go home..” Kalimah ini menjadi mentera buat dirinya untuk segera melengkapkan pengajian dan pulang ke tanah air. “.. kadang tu, tengah saya dalam snow, tergelincir..menangis..kenapa aku datang sini?.., sambil jalan mengenang nasib ujar beliau. Keluarga kecil pelajar Malaysia di sana menjadi pengubat rindu. Beliaulah ibu, kakak, bahkan penjaga kepada pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian ke Minnesota University ketika itu. “.. Sebenarnya masa mula kerja, saya tak lihat naik pangkat ni perlu segera.. saya suka kerja..” 4 HALA TUJU KERJAYA UPM
Bercerita tentang perancangan beliau merancang kerjaya sehingga ke tahap sekarang, Ketua Pengarah Hospital Veterinar ini memaklumkan beliau bukanlah seorang yang merancang kerjaya, sebaliknya terus melaksanakan amanah kerja yang diberikan tanpa berbelah bahagi. Setelah mengharungi segala cabaran dan dugaan di bumi orang, akhirnya beliau kembali ke tanah air dan memulakan kerjaya rasmi sebagai seorang pensyarah bermula dengan gred DS45 di Fakulti Perubatan Veterinar. Kepakaran beliau terus ditagih bagi menggantikan peranan yang dimainkan oleh sifu beliau sebelum ini iaitu YBhg. Prof Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini Ideris yang pada ketika itu melaksanakan kerja-kerja pengurusan tertinggi di kampus. Sewaktu menyandang jawatan sebagai pensyarah, beliau terus dibimbing oleh rakan pensyarah yang menurut beliau amat supportive. Beliau aktif mencari geran penyelidikan, berkolaborasi bersama mentor dan rakan yang lain dalam usaha membantu mengembangkan bidang ilmu burungan ini di Malaysia melalui projek, kajian, pengajaran, bengkel, seminar dan lain-lain. Beliau mengakui sistem program mentor mentee di fakulti amat berkesan bagi dirinya ketika itu. “..Ketua jabatan dahulu selalu suruh saya pergi kursus kepimpinan, Jalila pergi..macam saya dulu saya tak tolak..saya akan sesuaikan dengan masa saya..” Sikap proaktif, semangat cintakan ilmu yang tertanam dalam diri menjadikan diri beliau umpama permata yang bakal menyirna. Setelah beberapa tahun berkhidmat, dalam usia perkhidmatan yang masih muda, beliau dilantik menjadi Ketua Jabatan di Fakulti Perubatan Veterinar UPM. Sikap suka membantu, tidak beralasan dan mempermudahkan urusan orang lain menjadi sosok pendidik berkarisma ini dikenali dan disenangi bukan hanya dalam kalangan mahasiswa, pensyarah fakulti, malah rakan-rakan pengurusan universiti yang lain. “..Sebagai ketua..kita perlu mendorong para staf kita..kita dulu kena tahu apa yang kita boleh bantu pensyarah kita..kita pun dari bawah juga dulu..” Bila ditanya rahsia beliau dalam mengurus konflik ditempat kerja, tidak lekang perkataan bekerja seperti sebuah keluarga menjadi resipi beliau dalam mengurus kerenah dan kepelbagaian di tempat kerja. 5 HALA TUJU KERJAYA UPM
Kredibiliti beliau mentadbir jabatan memberi impak yang baik terhadap kemajuan jabatan. Semangat kekeluarga dan kekitaan yang diamalkan melatih kakitangan untuk cakna bukan hanya dengan kemajuan diri, malah kemajuan ahli dan organisasi. Beliau percaya setiap individu mempunyai kelebihan yang tersendiri serta berpotensi untuk terus maju. “..saya banyak menerima anugerah dari pelajar dan fakulti setiap kali majlis yang diadakan oleh pihak fakulti..” Pemilik senyuman manis ini menceritakan kenangan manis bagi dirinya sepanjang tempoh perkhidmatan selain daripada menyumbang semula jasa kepada negara dan universiti, beliau sangat terharu apabila menerima banyak anugerah daripada mahasiswa dan rakan fakulti setiap kali majlis keraian dilaksanakan. Walaupun bukan itu yang ditagih, namun pengiktirafan mahasiswa dan rakan sekerja terhadap sumbangan beliau adalah suatu nikmat yang tidak akan dilupakan. Manakala detik paling mencabar dalam kerjaya adalah sewaktu merantau dan berjuang melengkapkan pengalaman dan pengajian di peringkat Doktor Falsafah di bumi orang. Sudah tentu pengalaman yang cukup berharga itulah bukanlah suatu detik hitam dalam fasa pembinaan kerjaya beliau, sebaliknya ianya adalah proses awal kepada sebuah perjalanan kerjaya yang berjaya hari ini. 6 HALA TUJU KERJAYA UPM
GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT P E N SYARA H U N IVERSI T I Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerjakerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar. MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM5,855.00- Gaji minima (Gred-DS51) SYARAT LANTIKAN 1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM5,855.00); b) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; c) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan; dan d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 7 HALA TUJU KERJAYA UPM
Encik Md. Nizam Mahat @ Ibrahim atau lebih mesra dikenali sebagai “Bob” merupakan seorang Pegawai Sains (C48) di Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM. Kini, beliau juga menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Skim C bagi mewakili Pegawai Sains di UPM. Sebagai Alumni dan graduan Bacelor Sains (Pengajian Makanan) di Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, kecintaan beliau terhadap kerjaya dalam bidang makanan tidak boleh disangkal lagi. Ini kerana, beliau turut dinobatkan sebagai Ketua Jenama L’apprenti kerana berjaya menubuhkan sebanyak empat buah cawangan kafeteria iaitu L’apprenti@ Putra Restoran, L’apprenti Deli, L’apprenti Cafe dan L’apprenti Dapur Rakyat@UPM. Encik Md. Nizam Mahat @ Ibrahim telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang isteri serta seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun yang kini menetap di Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Pada masa lapang, beliau gemar bersiar-siar bersama keluarga, bermain pingpong dan catur. Isteri beliau juga seorang kakitangan UPM yang sangat memahami dan menyokong beliau hingga hari ini. Jadi kejayaan hari ini adalah hasil pengorbanan tulang belakang beliau iaitu isteri dan anaknya. Ini kerana En. Nizam lebih mengutamakan kerjayanya terlebih dahulu, yang dianggap rumah keduanya. Jadi segala urusan peribadi, keluarga, anak akan diuruskan oleh isterinya. Walau bagaimanapun sebagai ketua keluarga, beliau akan menebus masa terluang untuk bercuti demi membahagiakan keluarganya yang tercinta. Jika ditanya tentang idola, beliau lebih tertarik dengan perwatakan Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Chef Jo yang sememangnya mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang industri kulinari di Malaysia. Kerjaya beliau yang mencecah hampir 20 tahun di UPM yang bermula sejak tahun 2002 semestinya memberikan pengalaman yang cukup bermakna. Beliau juga menganggap UPM sebagai “rumah keduanya”. KISAH KERJAYA PEGAWAI SAINS 8 HALA TUJU KERJAYA UPM Penulisan oleh : Mohd Redzuan Zamberi & Kemelia Omar
Disepanjang temubual yang diadakan, beliau lebih suka menceritakan pengalaman manis berbanding pengalaman pahit. Beliau berasa sangat teruja setiap kali berjaya menyiapkan projek yang diamanahkan kepadanya. Ini terbukti apabila beliau menerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) pada tahun 2004, 2010 dan 2018. Selain itu, beliau juga bersyukur kerana sentiasa di kelilingi oleh kakitangan dan Ketua Jabatan yang sangat komited dan proaktif. Walaubagaimanapun, sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku, beliau akan cuba menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Dari segi laluan kerjaya, pada tahun 2002 jawatan pertama yang disandang iaitu Pegawai Teknologi Makanan yang merupakan satu-satunya jawatan yang ada di Malaysia. Namun, pada tahun 2015 jawatan tersebut telah dijumudkan dan ditukar kepada Pegawai Sains sehingga kini. Pada tahun 2020, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Sains C48. Cabaran kerjaya semestinya tidak boleh dinafikan, terutamanya isu perjawatan kakitangan. Dahulunya, Jabatan Pengurusan dan Perkhidmatan Makanan mempunyai 18 orang kakitangan dan kini hanya tinggal 7 orang sahaja. Rentetan daripada Pandemik covid 19 yang bermula sejak Mac 2019, tiada penjanaan kewangan yang diperolehi. Situasi ini mengakibatkan beberapa kakitangan telah kehilangan kerjaya mereka. Walaubagaimanapun, beliau cuba memperjuangkan nasib kakitangan ini dan hanya berjaya mengekalkan dua orang kakitangan berstatus kontrak dengan menggunakan dana Tabung Amanah. Beliau juga berkongsi mengenai keseronokan bekerja mulai berkurangan kerana beban tugas yang bertambah dan perlu dilakukan secara solo berbanding dahulu bekerja secara pasukan. Dahulunya En. Nizam mempunyai seorang lagi pegawai iaitu Pn. Normala, tapi kini telah ditukarkan ke jabatan lain. Terdapat beberapa staf pula, terpaksa diberhentikan atas faktor kekurangan tabung amanah untuk membayar gaji pekerja. Terdapat juga beberapa staf beliau yang ditukarkan jabatan tanpa berganti. Inilah antara faktor keseronokan itu mula berkurang kerana bebanan kerja bertambah, pasukan mulai mengecil. Beliau juga dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Skim C (Pegawai Sains) dan Presiden Pegawai Sains bagi tempoh dua tahun (2020 – 2022). Beliau juga bertanggungjawab pada setiap jawatankuasa makanan peringkat universiti dan program besar UPM. Ini membuatkan beliau perlu merencana semua aktiviti dengan baik, dalam masa yang sama perlu menonjolkan prestasi yang cemerlang di tempat kerja. Sebagai ketua Jenama L’apprenti, beliau turut bertanggungjawab untuk memastikan pekerja di bawah seliaannya juga berada dalam prestasi yang terbaik. 9 HALA TUJU KERJAYA UPM
Rahsia di sebalik setiap kejayaan beliau adalah motivasi dirinya yang sentiasa positif, selalu muhasabah diri dan cuba melakukan yang terbaik atas setiap amanah yang diberikan kepadanya. Walaupun dihambat pelbagai tekanan yang timbul, beliau masih tetap teguh dengan cuba positif dan yakin setiap amanah yang diberikan itu pasti beroleh kejayaan apabila bersungguh melakukannya. Beliau berkongsi kisah di mana beliau ditukarkan empat kali dalam fakulti. Cabaran pertama, Beliau diamanahkan oleh Dekan pada ketika itu, Prof. Dr. Yazid untuk melengkapkan fasiliti satu bangunan kosong hingga siap beroperasi (L’apprenti@ Putra kini) pada tahun 2006. Pada ketika itu ia adalah projek besar fakulti yang memakan jutaan ringgit untuk melengkapkan fasiliti bangunan tersebut. Belanjawan RMK-9 untuk projek ini tidak datang sekaligus, di mana ia datang secara berperingkat setiap tahun. Menurut beliau lagi, asalnya bangunan ini di kelilingi oleh hutan belantara, kini telah ada banyak bangunan sekeliling seperti Banquet Hall dan Bangunan Putra Business School kini. Berkat kesabaran beliau, pada tahun 2009 bangunan L’apprenti@ Putra dapat beroperasi sepenuhnya dengan fasiliti yang lengkap. Ia satu kejayaan luar biasa yang dingati beliau hingga kini.Bukan itu sahaja, setelah itu Dekan pada ketika itu meminta beliau bertukar ke fakulti untuk mewujudkan Pusat Keusahawanan Fakulti. Kemudiannya beliau diberi amanah oleh Prof. Datuk Fauzi Ramlan, Naib Canselor UPM untuk mengusahakan Kafe Golf hingga berjaya. Setelah UPM Holding ambil alih Kafe Golf, beliau seterusnya ditugaskan untuk mengusahakan Kafe Rakyat. Setelah berlakunya pandemik, beliau diminta oleh Dekan seterusnya Prof. Dr. Nazamid untuk kembali ke L’apprenti@ Putra hingga kini. Beliau tersenyum bila menyingkap setiap perjalanan cabaran beliau dahulu hingga kini. Kesemua itu hasil dari pemikiran positif beliau untuk melakukan sesuatu dengan terbaik hingga berjaya. Kekuatan ini jugalah membuatkan beliau dapat memotivasikan pekerja seliaannya yang kadangkala ada isu berbangkit. Beliau bersyukur atas semua cabaran ini, beliau dapat mengharungi setiap cabaran yang mendatang. Disebalik kejayaan beliau ini, terdapat beberapa kenangan manis dan pahit sepanjang perkhidmatan. Kenangan manis beliau adalah apabila menerima tiga kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu 2004, 2010 dan 2018. Selain itu beliau menganggap bangunan tempat beliau bekerja sekarang sebagai “baby” kerana susah payah beliau dari awal pembinaan hingga tersergam indah adalah satu kenangan manis beliau bersama pasukan yang sangat baik. Beliau merakamkan terima kasih kepada Dato’ Yazid iaitu Dekan yang banyak mengajar beliau model bisnes dalam dunia pemakanan ini. Ia satu kenangan yang tak dapat dilupakan. HALA TUJU KERJAYA UPM 10
Walaupun begitu terdapat satu kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan iaitu pernah mendapat markah prestasi tahunan yang rendah iaitu 68 markah, semasa berada di Jabatan Teknologi Makanan pada ketika itu. Alhamdulillah markah tersebut dinaikkan sejurus itu. Ia merupakan satu kenangan pahit yang dikenang hingga kini. Tidak banyak kenangan pahit pada dirinya sepanjang 20 tahun perkhidmatan, kerana beliau mengambil sikap buat sehabis baik setiap apa yang diamanahkan. Walaupun sukar namun kejayaan itu menjadi penawar kepada setiap kepahitan itu. Mengenai kepuasan kerjaya beliau menekankan kerjaya dalam bidang perkhidmatan makanan di UPM ini perlu ditambahbaik. Apabila jawatannya dijumudkan kepada Pegawai Sains Skim C, jadi tiada pelan penggantian untuk Pegawai Perkhidmatan Makanan sepertinya pada masa akan datang. Beliau merupakan perintis bagi jawatan ini hingga sekarang, jadi ini merisaukan beliau pada masa akan datang kerana jawatan ini diwujudkan atas dasar program pengajian yang ditawarkan di Fakulti Sains dan teknologi Makanan UPM. Sebaiknya bila diwujudkan program pengajian, ada laluan untuk pelajar memasuki kerjaya ini pada masa akan datang. Beliau mengharapkan jawatan ini dapat diperkemaskan lagi termasuk struktur gred jawatan yang lebih baik pada masa akan datang.Beliau berharap agar jawatan perkhidmatan makanan ini menjadi antara jawatan terpenting, kerana selain melakukan aktiviti pengajaran, jawatan ini terlibat melakukan aktiviti perkembangan dalam majlis-majlis utama universiti. Akhir sekali, beliau merakamkan kata inspirasi buat semua pekerja khasnya yang menjawat jawatan ini untuk bekerja dengan rasa tanggungjawab, amanah dan minat untuk melakukan dengan terbaik. Beliau menekankan pekerja perlu bekerja dengan penuh rasa syukur dan secara sinergi iaitu kerja berpasukan. Paling penting, pekerja perlu menjaga kesihatan agar dapat bekerja hingga tamat perkhidmatan dengan jayanya. HALA TUJU KERJAYA UPM 11
PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) 2) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Sains, Juruteknologi Makmal Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Juruterapi Pergigian dan Juruteknologi Pergigian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Sains Gred C41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(a); dan b) had umur pelantikan: i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT P EGAWAI SAI N S Bertanggungjawab dalam memastikan pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan beroperasi dengan efisien. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar memastikan pengurusan kawalan kualiti, pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi, mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia. MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI SYARAT LANTIKAN 1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,317.00) b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,317.00- Gaji minima (Gred-C41) HALA TUJU KERJAYA UPM 12
Iza Dura Abdul Manan, satu nama yang tidak asing lagi di Universiti Putra Malaysia. Seorang yang sangat komited dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam di Universiti Putra Malaysia. Beliau di lahirkan di Kota Bharu Kelantan pada tahun 1963. Memulakan Pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Machang Kelantan seterusnya bersekolah peringkat menengah di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Beliau seterusnya menyambung pelajaran ke peringkat diploma di UiTM Shah Alam dalam bidang Sains. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan berjaya di terima menjadi mahasiswa Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pendidikan Biologi dan Pendidikan Bahasa Inggeris. Di USM beliau dikenali sebagai seorang pelajar yang aktif dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi. Beliau banyak diberi tanggungjawab memimpin badan kepimpinan pelajar USM di peringkat kolej dan juga Universiti. Setelah tamat pengajian di USM pada April tahun 1988, beliau terus mendapat pekerjaan sebagai Guru Sekolah pada bulan berikutnya dan seterusnya rezeki beliau bekerja di USM sebagai Guru Bahasa bermula bulan Julai 1988. Puan Iza Dura menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan seorang jejaka kacak bernama rosli bin Abdullah pada tahun 1990. Rezeki beliau sememangnya telah ditetapkan Allah S.W.T. Setelah berkahwin pada tahun 1990 beliau kemudian mengikut cinta hatinya berpindah ke Selangor dan berjaya mendapat pekerjaan di Universiti Putra Malaysia UPM (Universiti Pertanian Malaysia pada Ketika itu) pada bulan julai 1990. Beliau memulakan kerjaya di UPM sebagai Guru Bahasa DG41 dan penempatan pertama beliau adalah di Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan. Dengan komitmen dan kesungguhan dalam kerjaya, beliau dinaikkan pangkat keg red DG48 pada usia beliau 32 tahun. Beliau diberi amanah sebagai ketua unit Bahasa inggeris di Pusat Matrikulasi UPM dan seterusnya diberi tanggungjawab menggalas jawatan sebagai Penolong Pengarah. Antara tugas dan tanggungjawab yang diberikan pada Ketika itu, selain daripada mengajar beliau juga melaksanakan tugas pentadbiran antaranya menguruskan perolehan dan menyelia francais matrikulasi UPM di pelbagai kolej-kolej swasta. KISAH KERJAYA GURU BAHASA HALA TUJU KERJAYA UPM 13 Penulisan oleh : Mohamad Ashaari Awab
Sumbangan dan pengalaman beliau dalam bidang Pendidikan sememangnya diiktiraf dan dihargai. Buktinya beliau diberi diberi kepercayaan dengan dijemput turut serta dalam pelbagai aktiviti pembinaan modul bukan sahaja di dalam UPM malah terlibat dalam pembinaan modul untuk matrikulasi seluruh Malaysia. Modul Starting School dan Finishing School UPM adalah merupakan salah satu hasil hasil Kerjasama beliau. Ia merupakan satu modul hebat yang disediakan untuk pelajar-pelajar UPM sebagai persiapan sebagai mahasiswa university juga persediaan untuk melangkah ke alam kerjaya apabila bergraduat kelak. Selain dari tugas hakiki beliau di Pusat Matrikulasi UPM, beliau juga seorang Felo di Kolej ke Empat (Kolej Canselor) UPM. Walaupun tugas felo pada ketika itu dilihat berat dan mencabar tetapi ia merupakan kepuasan beliau dalam menabur bakti kepada anak bangsa. Dengan perwatakan yang mesra dan keazaman mendidik anak bangsa melalui penasihatan aktiviti pelajar beliau akhirnya dilantik sebagai Pengetua Kolej Sebelas UPM oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Dr Azali bin Mohamed. Satu rekod baru di UPM apabila seorang yang bukan dari skim Pegawai Akademik dilantik menjadi Pengetua Kolej pada ketika itu. Perwatakan beliau amat disenangi oleh pemimpin pelajar, pelajar kolej dan juga felo pada waktu itu membuatkan mereka yang bekerjasama di bawah beliau gembira dalam melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi. Hasilnya pelbagai kejayaan dicapai dalam penganjuran aktiviti. Sepanjang beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pengetua di Kolej Sebelas, pelbagai aktiviti telah diselia dan dirancang bersama barisan felo yang hebat. Antara felo yang pernah bekerja bersama beliau di Kolej Sebelas ialah Encik Muhazam Mansor yang kini menjawat jawatan sebagai Pendaftar UPM. Apabila ditanya bagaimana beliau membahagikan masa beliau sebagai seorang Guru, Pentadbir di jabatan, Pengetua Kolej dan juga seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak. Beliau menyatakan, sudah tentu beliau tidak akan berjaya menguruskan seorang diri. Suami beliau antara insan yang menjadi penyokong terkuat beliau dalam membantu menguruskan persekolahan anakanak. Selain itu, bagi memastikan tanggungjawab sebagai ibu dalam aktiviti anak-anak, beliau sering membawa anak-anak terlibat sekali melihat dan mengikuti aktiviti kolej seperti berkhemah, melaksanakan kerja sosial dan pelbagai aktiviti lain. Ia sekaligus dapat mendidik anak-anak beliau beraktiviti, bersosial dan belajar mengendalikan program dan aktiviti. HALA TUJU KERJAYA UPM 14
Watak ibu yang semulajadi ada dalam diri beliau dapat dilihat apabila beliau sering menjemput anak-anak didik beliau ke rumah untuk makan bersama. Beliau juga memberi kepercayaan kepada pelajar kolej dengan menjadikan pelajar kolej sebagai guru peribadi kepada anak-anak beliau. Ia secara tidak langsung dapat membantu pelajar mendapatkan wang saku selain memberi manfaat pendidikan kepada anak-anak beliau. ‘Mama’ merupakan panggilan mesra pelajar-pelajar kolej kepada beliau. Mungkin kerana watak ibu amat menyerlah dalam karakter beliau semasa memimpin kolej. Walaubagaimanapun, beliau sering mengingatkan pelajarpelajar beliau agar memanggil beliau Puan Iza ketika berurusan dalam program rasmi dan juga di fakulti. Niat beliau adalah untuk memastikan para pelajar menghayati sikap profesional dalam kerjaya kelak. Pelbagai kenangan manis beliau perolehi semasa menjawat jawatan Pengetua ini, antaranya ialah melihat sendiri bagaimana pelajar yang dibimbing menjadi insan yang hebat dalam mengelola aktiviti pelajar. Beliau juga mendapat kepuasan apabila melihat pelajar yang dibimbing kini berjaya menjadi insan hebat dalam kehidupan dan kerjaya. Walaubagaimanapun, dalam kemanisan pastinya ada tersulam kisah sedih dan pengalaman pahit beliau. Menguruskan pelajar kolej yang disayangi meninggal dunia semasa di kolej amat perit dan sedih bagi beliau. Sehingga kini, beliau masih merasakan perasaan sedih itu apabila mengimbau peristiwa yang berlaku itu. Perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata apabila beliau harus memberi khabar duka tersebut kepada keluarga pelajar dan juga menguruskan pengkebumian pelajar yang dikasihi. Bagai Sireh Pulang ke Gagang, setelah sebelas tahun di kolej Sebelas, beliau diberi tanggungjawab memimpin Kolej Canselor dengan dilantik menjadi Pengetua Kolej Canselor UPM bermula April 2017 hingga Disember 2017.. Bermula Disember 2017, beliau diberi pula kepercayaan sebagai Timbalan Pengarah Pusat Pemajuan dan Kompetensi Bahasa UPM (CALC). Berbekalkan pengalaman luas beliau dalam pentadbiran dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan tugas, tanggungjawab dan komitmen yang jitu, beliau sekali lagi telah diberi amanah tertinggi dalam pentadbiran CALC. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah CALC bermula 15 Oktober 2021. HALA TUJU KERJAYA UPM 15
Sungguhpun menjawat tugas pentadbiran tertinggi di jabatan, namun tugas mengajar masih diteruskan kerana ia merupakan tanggungjawab utama sebagai Guru Bahasa. Beliau menyatakan tugas mengajar merupakan kerja yang amat disukai beliau. Cinta pertama katanya. Pembelajaran sepanjang hayat merupakan perkara penting dalam kehidupan beliau dengan menghargai ideaidea baru dari pegawai muda yang mana lebih kreatif dalam menggunakan teknologi sebagai alat bantu mengajar. Sebagai pentadbir tertinggi di jabatan, sudah tentu cabaran yang dihadapi beliau juga tinggi. Berbeza dengan pegalaman menjadi pengetua di kolej yang banyak berurusan dengan pelajar, manakala mentadbir di CALC banyak berurusan dengan peringkat dewasa. Namun, sebagai pentadbir yang berpengalaman, beliau menggunakan pendekatan pintu terbuka kepada waga kerja CALC. Beliau sentiasa hadir paling awal ke pejabat dan terbuka agar sekiranya staf ada ingin meluahkan atau berbincang pelbagai isu berkaitan kerja, kenaikan pangkat, tekanan kerja dan sebagainya secara terus kepada beliau. Alhamdulillah, dengan pendekatan pintu terbuka yang dipraktikkan ini, beliau dapat mengurangkan konflik antara staf dan ketua serta mengeratkan lagi hubungan. Beliau juga menyatakan, kepuasan kerja akan dicapai apabila kita gembira melaksanakan tugas kita dan berjaya menjadikan pelajar atau staf di bawah penyeliaan menjadi insan yang berjaya. Disamping menjalankan tugas beliau sebagai pentadbir, beliau juga kini memikirkan dan berusaha membantu laluan kerjaya Guru Bahasa di UPM. Beliau juga menasihatkan kepada generasi atau pegawai-pegawai muda di UPM agar merancang perjalanan kerjaya lebih awal supaya matlamat kerjaya dapat dicapai dengan lancar. Apa pun, rezeki tidak akan salah alamat, beliau kini yang memegang jawatan Guru Bahasa Gred DG54 yang merupakan Guru Bahasa pertama di UPM yang pernah mencapai gred tertinggi itu. Pada pandangan penulis, beliau merupakan seorang Guru Bahasa yang wajar dijadikan contoh kepada semua pegawai UPM. Komitmen dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam mentadbir jabatan dan mendidik anak bangsa amat harus dicontohi dan penulis sangat mengkagumi semangat beliau. Bila ditanya siapa yang menjadi inspirasi beliau dalam kehidupan. Beliau menyatakan ibu beliau menjadi inspirasi hidup beliau. Keikhlasan ibu beliau dalam menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri amat beliau kagumi sehingga kini. Di akhir temubual, beliau sempat memberi nasihat dan kata inspirasi beliau kepada pegawai muda, bekerja dengan ikhlas, cinta kepada kerjaya dah bersemangat kepada tugas yang diamanahkan pastinya akan membuatkan kita gembira bekerja dan berjaya dalam kerjaya. HALA TUJU KERJAYA UPM 16
HALA TUJU KERJAYA UPM GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT G U R U BA H ASA MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,289.73- Gaji minima (Gred-DG41) SYARAT LANTIKAN 1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,289.73); Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Bertanggungjawab menyelaras semua aktiviti program bahasa, termasuk memilih peserta, mengajar, menilai peserta-peserta kursus, di samping membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan latihan. 17
KISAH KERJAYA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT HALA TUJU KERJAYA UPM 18 Penulisan oleh : Syarifah Sheril; Azlin Syed Baharin Apabila disebut tentang teknologi maklumat di Universiti Putra Malaysia, tentunya lelaki yang mempunyai senyuman manis ini menjadi sebutan. Memang tiada asing lagi namanya, Ts. Mohd Faizal Daud adalah orangnya. Pegawai Teknologi Maklumat ini telah berkhidmat bermula April 1992 di Universiti Putra Malaysia. Anak kelahiran Pahang ini sentiasa bersemangat dalam menjawab segala soalan yang ditujukan sepanjang sesi tembual. Sebagai penembual mudah berasa selesa kerana beliau tidak lokek berkongsi rasa. Bermula dengan penempatan pertama di Pusat Komputer UPM ketika tahun 1992, membuatkan Pegawai Teknologi Maklumat ini sering sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua warga Universiti Putra Malaysia. Bagi beliau, perkhidmatan teknologi maklumat adalah perkhidmatan yang utama dan nadi dalam menggerakkan perjalanan dan urusan dalam universiti yang dicintainya. Terimbau kenangan beliau dahulu, apabila musim perayaan sahaja, beliau dan pasukan akan sentiasa bersedia untuk menyediakan perkhidmatan untuk UPM walaupun telah berada di kampung. Ini menunjukkan lelaki ini tidak pernah jauh daripada kerjayanya dalam kehidupannya. Bapa kepada dua orang anak ini adalah seorang yang suka mengembara ke seluruh dunia dan memasak. Jangan terkejut ya, pegawai ini sangat suka memasak ketika mengembara. Wajahnya menunjukkan riak gembira apabila bertanya tentang hobinya ini. Katanya beliau sanggup membuat simpanan untuk mengembara dan membawa peralatan memasak bersama untuk aktiviti memasak ketika mengembara. Ilmunya yang tinggi dalam penggunaan teknologi maklumat telah beliau aplikasikan dalam hobinya iaitu menggunakan aplikasi secara talian maya apabila mengembara tanpa menggunakan mana-mana agensi pelancongan. Kata beliau, hobi beliau ini adalah salah satu cara untuk beliau terus mendapatkan motivasi dalam bekerja dan mengutip idea untuk pembangunan bidangnya. Bak kata pepatah, “sambil menyelam minum air”’. Bapa kepada seorang anak teruna dan anak gadis ini sering membawa ahli keluarga dan rakan sekeliling dalam aktiviti kembara beliau. Ini juga adalah masa yang digunakan untuk bersama keluarga apabila ada masa lapang.
Pada masa kini beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC) dan telah berkhidmat sebagai sejak tahun 1992. Sepanjang berkhidmat, beliau sering mendekati individu yang berjaya dan menjadikan mereka sebagai idola dalam kerjaya beliau. Antara idola dalam kerjaya beliau adalah Allahyarham Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, bekas Naib Canselor UPM. Semangat dan cara kerja Allahyarham membuatkan beliau sangat terinspirasi dan membuatkan beliau terinspirasi untuk memberi komitmen yang jitu dalam membangunkan bidang kerjayanya. Kata Ts. Mohd Faizal, dalam kerjayanya kata-kata unggul ini ‘Silence is goal’ yang telah diucapkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar pada tahun 1992 iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Rahim Md. Sail juga menjadikan titik permulaan dalam perkembangan kerjaya beliau. Beliau menafsirkan bahawa kata-kata ini adalah segala kerja yang kita lakukan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa kecoh, dan akhirnya ia terbukti segalanya segala yang diusahakan. Ini dapat dilihat melalui segala usaha beliau dalam memperkembangkan perkhidmatan teknologi maklumat di UPM sehingga menjadikan UPM sebagai universiti pertama menggunakan kad pengenalan diri secara virtual iaitu Putra VID. Apabila ditanya tentang resepi kejayaan, beliau agak malu untuk berkongsi. Katanya dari pemerhatian beliau, sikap bersungguh-sungguh dalam menjalankan kerja adalah kunci utama. Beliau sering menerapkan nilai berusaha lebih daripada diarah oleh pihak atasan kepada diri beliau dan juga orang bawahan beliau. Ini adalah salah satu faktor kejayaan dalam memberikan perkhidmatan dan sentiasa membuahkan hasil yang cukup luar biasa dalam pasukan beliau. Selain itu, beliau turut terinspirasi oleh pesanan Prof. Dr. Zainal Abidin Mohamed supaya sentiasa berfikir diluar kotak. Pesanan ini menjadikan beliau mampu bergerak dengan pantas untuk membuat keputusan dalam menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat yang kemaskini dan terkini. Bagi Ts. Mohd Faizal, segala usaha yang dilakukan dalam bidangnya adalah untuk kemudahan warga UPM dan beliau perlu sentiasa berfikir lebih depan dari yang ada kini. Selain itu juga, kata lelaki berwajah manis ini bersyukur dengan ketentuan yang telah ditetapkan dari Allah s.w.t adalah salah satu amalan yang perlu diamalkan sebagai resepi kejayaan. Ini kerana melalui pengalaman beliau berada di Gred F52 selama 15 tahun, iaitu tempoh masa yang agak panjang memberikan ketenangan dan rasional dengan mengamalkan konsep bersyukur ini. HALA TUJU KERJAYA UPM 19
20 HALA TUJU KERJAYA UPM Ts. Mohd Faizal juga disoal mengenai cabaran yang dihadapi dalam kerjayanya. Beliau meluahkan antara stigma yang diterimanya termasuk kata-kata seperti “semua pegawai IT yang buat”. Inilah antara cabaran stigma yang dialami oleh Pegawai Teknologi Maklumat seperti lelaki berkulit putih ini. Ramai di luar sana menganggap semua Pegawai Teknologi Maklumat ini menyediakan segala kerja. Hakikatnya, apabila sesuatu projek yang melibatkan pembangunan sistem, ianya perlulah mendapat kerjasama daripada semua pusat tanggungjawab yang terlibat. Pegawai Teknologi Maklumat membangunkan sistem namun pusat tanggungjawab yang terlibat perlulah menyediakan keperluan pembangunan sistem yang diperlukan. Cabaran kerjaya juga berlaku kepada Ts. Mohd Faizal iaitu beliau sering berasa kekok untuk berhadapan dengan majlis formal yang melibatkan ramai individu. Ini kerana personalitinya yang introvert beliau lebih selesa bekerja dengan data berbanding manusia. Menyedari perkara tersebut. Beliau menyedari bahawa mahu atau tidak sebagai Pengarah beliau mesti berhadapan dengan ramai orang secara rasmi. Oleh itu, beliau mengambil langkah penyesuaian untuk membuatkan dirinya selesa berinteraksi dengan manusia dalam tugasnya. Beliau tidak menjadikan cabaran ini sebagai satu kelemahan, malah beliau sering berusaha menyelesakan dirinya dalam berinteraksi dengan manusia. Sebagai Pengarah dan terlibat secara langsung dalam pentadbiran di pusat tanggung jawabnya menjadi kebiasaan untuk terlibat dalam situasi berkenaan. Pengalaman manis sepanjang bekerja memberikan satu kesan motivasi yang mendalam buat Ts. Mohd Faizal kerana beliau sering mendapat peluang keemasan sepanjang kerjaya di Universiti Putra Malaysia yang dicintainya ini. Antaranya mendapat peluang belajar di United States dengan menggunakan wang ganjaran sebanyak RM10,000 kerana terpilih memenangi anugerah Anugerah Naib Canselor ketika dalam 6 tahun pertama perkhidmatannya. Selain itu, peluang mendapat latihan di Jepun selama sebulan yang ditawarkan juga oleh Jabatan Perkhidmatan Awam menjadikan memori yang sungguh indah.
2 HALA TUJU KERJAYA UPM 1 Sepanjang 30 tahun berkhidmat ini, beliau sering mendapat Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada lima ketua jabatan yang berbeza dan tiga kali telah naik pentas untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Pegawai ini adalah bukan calang-calang orangnya, inilah bukti seorang yang komited dengan kerjayanya dan dihargai. Kata Ts. Mohd Faizal sambil tersenyum lebar, ’memori terindah dalam kerjaya ini adalah berjaya membangunkan ‘PUTRA ID’. Itu adalah projek yang paling memberikan kesan mendalam sehingga kini. Bila ditanya berkaitan pengalaman pahit sepanjang kerja, beliau sukar untuk mengeluarkan kata-kata kerana katanya semua indah berlaku dalam hidupnya sebagai Pegawai Teknologi Maklumat. Kalau ada situasi yang tidak seronok berlaku pun, beliau anggap itu adalah cabaran dan bukanlah terlalu pahit. Ts. Mohd Faizal adalah seorang yang mudah tenang. Sememangnya ada masa akan beremosi, namun beliau tenang dalam mengendalikan konflik dan tekanan dalam kerjaya. Beliau menyatakan lebih suka mengelakkan diri dari berhadapan dengan konflik. Dalam mengendalikan rakan sekerja dan pasukannya, beliau menggunakan pendekatan mesra dan tegas dalam bekerja. Beliau suka memberikan kata - kata nasihat dan motivasi kepada pasukan beliau dan hal ini menjadikan dirinya disenangi.Sejak mula bekerja lagi, beliau mengamalkan konsep ‘ bos is always right’, dan kita sebagai orang bawahan perlu sentiasa beri sokongan segala keputusan ketua. Beliau sangat terkesan dengan kata-kata Prof. Dr. Zainal Abidin Mohamed iaitu ‘Kalau kita tidak dapat follow ketua atau organisasi kita, kita quit.’. Kata-kata ini memberi tafsiran bahawa jika tidak selesa dengan keputusan pihak atasan, kita boleh mengambil pilihan. Sama ada bertindak untuk cuba ikut keputusan pihak atasan ataupun pilih jalan keluar. Ini bertujuan agar kita dapat menjaga kesejahteraan diri dan tidak membuang masa serta tenaga.
22 HALA TUJU KERJAYA UPM Berilmu Berbakti adalah motto UPM yang juga dijadikan pegangan Ts. Mohd Faizal. Pengalaman dan peluang belajar dalam pelbagai bidang dalam negeri dan luar negara membantu beliau untuk sentiasa meningkatkan produktiviti serta menjana idea yang terkini dalam memberikan perkhidmatan teknologi maklumat kepada UPM. Buat Ts. Mohd Faizal, segala produk dalam perkhidmatan yang disediakan oleh beliau dan pasukan perlulah seiring dan memenuhi dengan kehendak pelanggan. Contohnya produk yang telah berjaya diusahakan sehingga kini adalah PUTRA ID, PUTRA VIP, PUTRA COMM, PUTRA CLASS dan banyak lagi sistem yang membanggakan universiti tercinta ini. Semua produk perkhidmatan ini semata-mata kemudahan yang pantas seiring dengan kemajuan teknologi maklumat kini. Latihan untuk perkembangan kerjaya beliau banyak beri fokus kepada latihan teknikal. Namun beliau berterus terang, masih kurang mengikuti latihan seperti kemahiran dalam pentadbiran dan kemahiran insaniah apabila ditawarkan.Ts. Mohd Faizal tidak mempunyai masalah dalam mengimbangi masa bersama keluarga dan kerjaya. Ini kerana setiap hari, beliau akan pulang ke rumah di Bandar Baru Bangi untuk memastikan dapat makan malam bersama keluarga. Inilah antara cara beliau mendapatkan masa bersama dan meluahkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anaknya. Malah pada hujung minggu juga, beliau meluangkan masa dengan melayan aktiviti anak dan isteri. Katanya, ini antara salah satu cara beliau menyeimbangkan tuntutan kerja dan keluarga. Kata-kata inspirasi daripada orang hebat ini adalah, ‘Dalam kerjaya ini, pertama you perlu minat yang mendalam terhadap kerja tu. Yang kedua, you perlu happy dengan kerja you supaya ada motivasi dalam kerja. Kalau penat, berhenti kejap pergilah terapi apa pun, macam saya, terapi saya pergi windows shopping dekat Low Yat, camping dan sebagainya. Supaya kita dapat seimbang badan dan perasaan kita serta kita boleh beri lebih tumpuan selepas itu.’. Sungguh penting dipasakkan dalam fikiran kita. Ini akan membantu untuk perkembangan kerjaya kita dan motivasi dalam menjalani kehidupan kerjaya yang penuh cabaran ini. Sesi temubual berakhir dengan hidangan teh yang disediakan oleh staf beliau. Sebelum keluar dari pejabat beliau, beliau sempat menunjukkan sistem kekunci pintu utama yang dibangunkan oleh IDEC. Sungguh teruja dan beliau sempat berpesan, jika mahu dia berkongsi ilmu pada yang lain, beliau sangat bersedia. UPM, sungguh beruntung memiliki orang hebat ini.
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT Kenaikan pangkat bagi skim Pegawai Teknologi Maklumat adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lainlain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memenuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. HALA TUJU KERJAYA UPM GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN P EGAWAI T EK N O L O GI MAKL UMAT MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,315.00- Gaji minima (Gred-F41) Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada. Merekabentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan UPM. 23
KISAH KERJAYA PEGAWAI PERTANIAN 24 HALA TUJU KERJAYA UPM Penulisan oleh : Noorihayatti Noorudin Orangnya tinggi lampai dan sihat tubuh badan walaupun hampir ke usia persaraan. Itulah Encik Johan bin Ali yang merupakan Tokoh Pilihan dari Skim G. Dilahirkan di Miri, Sarawak dan kini menetap di Selangor. Telah berkahwin dengan pilihan hati yang berasal dari Johor dan di anugerahkan dua orang cahaya mata lelaki sebagai pelengkap rumahtangga. Selepas tamat peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat Bacelor Sains Pertanian di Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1987 dan kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM). Semasa di pengajian, beliau juga aktif dalam bidang sukan dan juga menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang membolehkan ditauliahkan sebagai pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda. Bak kata pepatah Melayu “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Sesungguhnya rezeki bekerja hadir begitu cepat kepada beliau apabila mendapat tawaran bekerja di UPM Kampus Bintulu (UPMKB) sejurus selepas menamatkan pengajian. Beliau memulakan langkah kerjaya sebagai Pegawai Pertanian gred G41 (A19) pada 30 November 1987. Pada Ketika itu, penempatan beliau adalah di Bahagian Ladang UPMKB sehingga 1994. Antara tugas yang dilaksanakan ialah mengurus pembangunan dan operasi ladang serta mengendalikan kursus-kursus Latihan Kerja Ladang dan Ladang Kongsi untuk pelajar Diploma Pertanian dan Diploma Perniagaantani. Namun pada Januari 1995, UPMKB telah diberhentikan operasinya, beliau telah berpindah ke Bahagian Ladang, UPM Serdang. Tugasan diamanahkan pada ketika itu, pentadbiran kewangan dan menguruskan permohonan bajet tahunan serta urusan pembelian dan perolehan. Maka, berbekalkan pengalaman yang sebelum ini walaupun tugas ini bukan ada kaitan dengan skim G namun ia bukan menjadi bebanan pada beliau malahan memberi ruang dan peluang kepada beliau untuk mula belajar dan membina hubungan dengan pelbagai pihak. Sungguhpun tugas pentadbiran dilaksanakan, namun tugas mengajar masih diteruskan. Menurut beliau lagi sambil tersenyum, antara yang pernah menjadi pelajar beliau ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin semasa di UPMKB. Selain itu, ada juga di antaranya kini menjadi pensyarah dan juga menjadi Pegawai Tadbir di UPM.
Sudah menjadi lumrah bekerja, beliau sekali lagi mendapat tawaran untuk dipindahkan ke Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset pada tahun 1997. Perpindahan ini berlaku kerana Bahagian Ladang mahu dikecilkan dan semua pekerja berpindah ke beberapa jabatan yang lain. Maka, bermula tugas beliau untuk mewujudkan Bahagian Landskap di Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA). Tugas-tugas bahagian ini ada untuk mengurus penyelengaraan landskap keseluruhan UPM yang merangkumi penyelenggaraan pokok-pokok hiasan, pemotongan rumput dan mengurus pembersihan sampah domestik. Kemudian selepas itu, pada tahun 2002 Bahagian Landskap telah berpindah semula ke Taman Pertanian Universiti (TPU) yang kini dikenali dengan nama Pusat Pertanian Putra. Tidak sampai setahun berada di sana, beliau telah bertukar semula ke Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset pada tahun 2003. Setelah empat tahun berada di sana, pada tahun 2007 beliau kemudiannya berpindah ke Fakulti Pertanian selama dua tahun dan berpindah semula ke PPPA pada tahun 2009. Pada tahun 2012, sekali lagi Bahagian Landskap berpindah ke Pusat Pertanian Putra sehingga 2016 dan pada tahun ini beliau telah berpindah ke Fakulti Rekabentuk dan Senibina sehingga 2021 kini berpindah semula ke Pusat Pertanian Putra dengan dengan memegang jawatan Gred G54 sebagai Ketua Perkhidmatan dan Operasi. Walaupun mempunyai pelbagai pengalaman yang diperolehi dalam membina kerjaya, beliau juga turut mengambil peluang untuk menyambung pengajian sambil bekerja di peringkat Master dalam bidang Komunikasi Korporat pada tahun 2005. Dengan merenung kembali perjalanan kerjaya beliau yang memasuki tempoh 35 tahun, sudah pasti pelbagai pengalaman dan seribu satu kenangan yang dirasai sepanjang bergelar Pegawai Pertanian. Apabila diajukan mengenai pengalaman manis sepanjang beliau bekhidmat, terzahir di raut wajahnya yang sungguh ceria untuk berkongsi pengalaman itu. Kepuasan bekerja merupakan pengalaman manis yang cukup bernilai buat beliau. Baginya, lakukan tugasan sebaik mungkin, tidak mengharapkan pujian daripada orang lain cukup sekadar dirinya tahu apa yang telah dilakukan sehingga berjaya mencapai apa yang diamanahkan dengan mengikut prosedur yang betul. Jika diimbas, hati kecilnya pernah bersuara “bersih juga kawasan ini”. Pada ketika itu beliau bertugas sebagai pegawai yang menjaga landskap dan membuat rondaan di kawasan kampus. Tidak terungkap girangnya hati dan terbitnya kepuasan yang cukup mendalam. 25 HALA TUJU KERJAYA UPM
Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan kerjasama dari semua pihak, projek tersebut berjaya disempurnakan pembinaannya dan dapat digunakan pada Oktober 2011. Tempat tersebut menjadi tumpuan para graduan, ibu bapa, saudara-mara yang hadir bagi merakamkan gambar kenangan bagi tahun tersebut sehingga kini. Pencapaian ini sudah pasti memberi makna yang cukup besar buatnya dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak. Kejelasan optimisnya beliau dapat diterjemahkan apabila dalam bicaranya menyatakan bahawa yang pahit usah sewenang-wenangnya ditolak sebaliknya dijadikan sebagai perkara yang positif dalam hidupnya. Sehubungan itu, beliau menerima segala apa jua yang terjadi dan mengambil langkah dengan membuat sesuatu yang memberi manfaat pada diri dan orang lain. Ibarat kata “Lemak Manis Jangan Ditelan, Pahit Jangan Dimuntahkan”. Kecemerlangan beliau dalam bidang pertanian dikukuhkan lagi apabila beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013 dan 2019. Selain itu, beliau turut cemerlang dalam bidang sukan hoki yang diceburi dengan menjadi wakil UPM sebanyak sembilan (9) kali dengan merangkul lima (5) pingat emas dua (2) pingat perak dan (1) satu gangsa. Di samping itu, atas kepercayaan dan komitmen yang cemerlang, beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Kontrak untuk perkhidmatan pembersihan dan pencucian bangunan oleh YH. Prof. Dato' Dr. Mohd. Roslan Sulaiman (Naib Canselor) bagi tempoh tiga tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai tugas berkaitan dilaksanakan dengan sebaiknya. Cukup membanggakan buat beliau, apabila Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadikan UPM sebagai tempat rujukan dan contoh untuk perkhidmatan penyelenggaraan landskap untuk mereka menggunapakai di UMS. Mereka juga pernah mengadakan lawatan kerja di UPM bagi tujuan tersebut. 26 HALA TUJU KERJAYA UPM Disebalik kemanisan ini, pasti ada disulami dengan kepahitan. Namun beliau, sangat optimis dan positif atas segala pengalaman yang perlu dilalui. Pengalaman itu sungguh mencabar baginya apabila diamanahkan sebagai Pengurus Projek bagi pembinaan dataran di Dewan Besar. Projek tersebut perlu disiapkan dalam tempoh lima bulan bermula Jun 2011. Selain itu, ia amat mencabar buatnya kerana tugas tersebut bukan dalam bidang kepakarannya. Namun tugas tersebut, beliau bekerjasama dengan pasukan dari PPPA, Dekan Fakulti Pertanian, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Taman Pertanian Universiti serta wakil Bursar. Ini menjadikan projek tersebut bukan sebagai satu halangan, malahan beliau dan semua yang terlibat untuk menggembelingkan segala kudrat dan idea bagi memastikan projek tersebut berjaya.
27 HALA TUJU KERJAYA UPM Untuk mendapatkan keseimbangan dalam kehidupan, Encik Johan membahagikan masa dengan sebaiknya antara kerja dan minat. Menurut beliau, “waktu bekerja, kerja betul-betul dan selepas tamat bekerja fokus pada aktiviti lain yang diminati”. Sehubungan itu, sukan untuk beliau kongsikan bahawa aktiviti berbasikal adalah menjadi pilihan beliau. Pelbagai aktiviti yang beliau ceburi. Antaranya seperti berbasikal, sukan tenis, hoki, bola sepak dan olahraga. Tanggungjawab (PTJ) yang lain. Dengan ini secara tidak langsung dapat beliau berkenalan dan memudahkan proses kerja beliau apabila perlu berurusan di lain PTJ. Bicaranya lagi, YH. Prof. Dato' Dr. Mohd. Roslan Sulaiman juga merupakan rakan sukan beliau dalam sukan tenis di kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM). Minatnya dalam sukan sangat terserlah sehingga menjadikan Rafael Nadal yang merupakan salah satu pemain tenis terbaik dunia sepanjang masa sebagai idola. Dalam tutur bicaranya menyatakan bahawa mengapa beliau menganggapnya sebagai idola ialah kerana beliau tertarik dengan nilai murni yang dibawanya dari segi disipilin, ketelitian, sifat merendah diri yang dimiliki dan penampilan yang ditonjolkan. Tambahan beliau, selain dari Rafael Nadal beliau turut mengkagumi YB Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Pembelajaran melalui tauladan ini terus dijadikan untuk mengorak langkah dalam membina kerjayanya. Beliau menyatakan bahawa lalui setiap tahap gred jawatan dengan melakukan tugasan sewajarnya. Nyata beliau, semasa berada di skim G41 fokus utama lebih kepada bidang kepakaran. Kemudian di G44 fokus lebih mencapah kepada bidang pengurusan dan membina hubungan jaringan dan kemudiannya di G48 perlu teroka bidang pengurusan pentadbiran. Tambahan beliau, untuk terus menjadikan seseorang berilmu perlu menghadiri kursus atau latihan. Justeru, beliau sering mengambil peluang untuk hadir dalam kursus yang ditawarkan sama ada anjuran dalaman iaitu Seksyen Latihan UPM, INTAN dan banyak lagi. Antara kursus yang dihadiri seperti kursus komunikasi, kepimpinan, teknikal, pengurusan, pentadbiran dan sebagainya. Ilmu ini sangat bermanfaat baginya untuk kepentingan diri dan organisasi.
28HALA TUJU KERJAYA UPM Pembaca amat bertuah kerana tokoh ini tidak lokek untuk berkongsi rahsia dan tips kejayaannya. Sungguhpun beliau agak lewat untuk mendapatkan gred G54 ini namun beliau sangat positif dan menyatakan segala yang diperolehi adalah rezeki. “Lewat atau cepat sesuatu rezeki itu jika ia ditakdirkan milik kita, maka ia pasti menjadi milik kita”. Justeru itu, nasihat beliau, seharusnya kita terus berusaha dan tidak perlu berputus asa. Beliau turut kongsikan pengalaman sendiri, di mana setiap tawaran permohonan jawatan di buka, tindakan beliau adalah mengambil peluang untuk menghantar permohonan. Baginya sama ada dapat atau tidak bukan isunya, yang penting keputusan kita serah kepadaNYa. Sesungguhnya rezeki itu tidak pernah tersalah alamat. Beliau menutup sesi temubual dengan memberikan kata-kata sebagai inspirasi buat para pembaca. “Buat kerja sebaik-baiknya sehingga mencapai kepuasan untuk diri sendiri dan semua” - JOHAN ALI 2022.
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT Kenaikan pangkat bagi skim Pegawai Pertanian adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memenuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. HALA TUJU KERJAYA UPM GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN P EGAWAI P ERTA N IA N MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,390.37- Gaji minima (Gred-G41) Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menilai program pertanian serta menyediakan khidmat perundingan Teknikal Pertanian dan Perniagaan Tani serta penguatkuasaan Akta Tumbuhan 1976 dan 1981 untuk pelabur dari dalam dan luar negara. Menyediakan pakej Teknologi Pengeluaran Kejenteraan Ladang, maklumat-maklumat pelbagai jenis tanah bagi projekprojek pertanian supaya menepati objektif yang digariskan dalam Dasar Pertanian Negara. Bertindak sebagai urus setia kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai pembangunan kerjaya pegawai-pegawai profesional dan sokongan jabatan. 29
KISAH KERJAYA PEGAWAI VETERINAR HALA TUJU KERJAYA UPM Keinginan untuk berhijrah dari daerah kelahirannya Miri, Sarawak telah membawa Dr. Nor Alimah Rahman ke Universiti Putra Malaysia, Serdang. Itulah satu detik dalam hidupnya apabila membuat satu keputusan tanpa ragu-ragu, menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kesihatan Haiwan. Dari situ bermulalah perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar di bumi Serdang. Berkat ketekunan beliau mendapat keputusan sangat cemerlang dua semester berturut-turut justeru ditawarkan mod pengajian dari peringkat diploma kepada peringkat Bachelor Perubatan Veterinar. Sekali lagi peluang dicapai dan digenggam kemas. Tanpa ragu dia mengambil peluang tersebut untuk mengejar cita-citanya. Ibunya sangat mementingkan pendidikan anak-anak, membuatkan Dr. Nor Alimah Rahman tidak memandang ke belakang lagi, dan beliau yakin pasti ayah dan ibunya memberi restu atas tindakannya tersebut. Pada tahun 2001, Dr. Nor Alimah Rahman bergraduasi dan mendapat kelayakan sebagai pengamal perubatan veterinar. Beliau melangkah masuk ke alam pekerjaan di beberapa tempat. Mengumpul pengalaman dan meningkat kompetensi dan kemahiran. Pada tahun 2003 beliau telah diterima sebagai Pegawai Veterinar Kontrak di UPM. Pada waktu itu UPM hanya mempunyai dua orang pegawai veterinar lantikan tetap, selebihnya adalah lantikan kontrak. Bertitik tolak dari situ bermulah perjalanan beliau sebagai seorang Pegawai Veterinar di Universiti Putra Malaysia. Pada permulaan kerjaya, beliau dipertemukan dengan rakan-rakan sekelas yang menyandang jawatan sama. Alangkah girang hatinya memulakan kerja dengan adanya rakan seperjuangan sebaya dan masing-masing bersemangat. Terpahat kukuh dalam ingatan beliau dan rakan-rakan mengenangkan kenangan berjaga sehingga lewat jam tiga pagi apabila terdapat kes-kes kecemasan. Seusai melakukan tugasan, mereka akan ke restoran mamak bagi melepaskan lelah. Menu utama masih jelas dalam cepu pemikiran Dr. Nor Alimah adalah maggi goreng bersama kuah kari. 30 Penulisan oleh : Haniff Abdullah Hashim
3 HALA TUJU KERJAYA UPM 1 Peluang-peluang yang tersedia ini tidak datang dengan sendiri. Perkara ini perlu dirangkul, jika sekadar hanya tunggu dan lihat. Maka peluang ini akan diraih oleh orang lain dan mungkin dia masih berada di takuk lama sehingga sekarang. Peluang, kenangan manis, kegembiraan dan kepuasan itu datang setelah penat lelah. Ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Ada kes-kes kecemasan dan kritikal perlu diladeni, ditambah mehnah organisasi juga ragam pelajar dan pelanggan. Setelah perkara-perkara itu selesai ditambah usaha dan gerak kerja yang kemas. Pasti pengalaman dan kenangan manis itu datang. Menurut beliau purata umur seekor kucing peliharaan adalah sepanjang sepuluh tahun sahaja. Berkat kesungguhan jaringan, usaha dan kajian dari pelbagai pihak terutamanya dari pegawai veterinar, jabatan kerajaan, farmasi, industri swasta dan sebagainya, kini umur seekor kucing peliharaan boleh mencecah umur sehingga 15 tahun. Ini bukanlah usahanya secara persendirian, namun baginya ini adalah satu pencapaian kepada pegawai veterinar di negara ini, dan indikator prestasi pegawai veterinar dan sektor berkaitan dalam meladeni kerja mereka. Saidatina Khadijah menjadi idolanya nombor satu. Kekagumannya kepada Saidatina Khadijah berlandaskan tiga aspek penting iaitu seorang wanita yang mempunyai visi, mempunyai personaliti teguh (strong personality) dan tokoh berimpian besar (wishful person). Antara kata-kata yang kurang digemarinya adalah “tak apalah dah kita timun,”. Ini menguatkan azamnya untuk mempertingkatkan prestasi dan kemahiran dalam kerjayanya. Apabila mengimbau kenangan masa lalu. Dia akan tersenyum sendiri apabila teringatkan majlis rumah terbuka hari raya di rumahnya. Memandangkan rata-rata pekerja di Hospital Veterinar, UPM pada waktu itu adalah pelbagai kaum. Maka sambutan hari raya dirumahnya agak berbeza. Sehingga ada orang menyatakan seakan-akan sambutan Tahun Baru Cina. Pernah suatu ketika dahulu anggaran rakan sekerjanya 70 peratus dari bangsa melayu, 20% dari bangsa India dan lebih kurang 10% dari bangsa melayu. Pengalaman bekerja dalam suasana kepelbagaian bangsa ini menjadikan Dr. Nor Alimah lebih terbuka dan menjadi progresif dalam menjalankan tanggungjawab. Sedikit pun dia tidak merasa kekok, malah sangat menghargai pasukan kerja yang datang dari pelbagai latar belakang.
32HALA TUJU KERJAYA UPM Kesetiaan kepada Universiti Putra Malaysia bermula semenjak dia masih bergelar pelajar. Peluang menjadi pembantu kepada pakar bedah veterinar bertaraf dunia melakukan demonstrasi di UPM menjadi titik tolak kepada niat dan keazamannya untuk berkhidmat di UPM. Tuhan memakbulkan doa hamba yang berdoa dengan bersungguh. Begitulah mungkin boleh dikatakan jodoh Dr. Nor Alimah dengan Universiti Putra Malaysia, hanya dalam tempoh yang singkat setelah majlis konvokesyen dan ikrar sebagai Doktor Veterinar beliau diterima bekerja di UPM. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Begitulah kisah perjalanan Dr. Nor Alimah sebagai pegawai veterinar. Adat orang bekerja ada pasang surutnya. Kehidupan tidak akan dapat dipisahkan lagi dengan ujian. Jika ada pahit pasti ada manis dalam perjalanan hidup. Hatinya bagai disiat dan dia hampir-hampir terduduk tidak boleh menerima kenyataan. Kata ikrar “untuk menyelamatkan semua nyawa sebaik-baik mungkin” semasa majlis ikrar sebaik di hadapan pendaftar Jabatan Haiwan terngiang-ngiang di telinganya. Kucingnya mati kerana penyakit buah pinggang. Penyakit utama yang meragut nyawa kucing di Malaysia dan seluruh dunia. Pada ketika itu teknologi dan ubatan tidak seperti hari ini lebih canggih. Dia sedaya upaya telah cuba merawat kucing peliharaannya. Namun limitasi teknologi, ubatan dan dirinya sendiri sebagai manusia tidak dapat melawan kehendak ilahi. Dia bersedih, tidak dapat menjalankan tugas selama lebih kurang seminggu ekoran peristiwa itu. Kemudian, hikmah kejadian mula menunjukkan sisi positifnya pada Dr. Nor Alimah. Dia bangkit, dan menjadi seorang yang sangat empati kepada pemilik pesakitnya. Apabila ada kes kritikal atau kehilangan nyawa. Dr. Nor Alimah tidak canggung untuk memegang tangan pemilik haiwan peliharaan dan menyatakan dia sama-sama memahami. Ini membuatkan pemilik haiwan pasrah dengan kehilangan. Keikhlasan itu menjadi nilai tambah kepada perkhidmatan perubatan veterinar di Hospital Veterinar UPM.
Perubatan veterinar adalah satu bidang yang sangat dinamik. Para pengamal perubatan veterinar perlu kompetetif dan bersiap siaga dalam menghadapi masa hadapan. Ini diperakukan sendiri oleh Dr. Nor Alimah. Dia mendapati apa yang dipelajari di dalam kelas dua puluh tahun lalu telah banyak berubah pada masa kini. Kemasukan teknologi perubatan hasil dari kajian dan inovasi perlu kepada kesediaan fizikal dan mental. Beliau nyata mempunyai fleksibiliti yang tinggi. Kesediaan menerima dan beradaptasi dengan teknologi baru, membuatkan pengamalannya sebagai Doktor Veterinar sentiasa segar dan seiring dengan zaman. Dia tidak menghadkan kebolehan dan kecekapannya hanya kepada teknologi dan kaedah tertentu sahaja. Sebaliknya dia berpegang kepada ikrar doktor veterinar “untuk menyelamatkan semua nyawa sebaik-baiknya”. Dia perlu menguasai teknologi yang boleh menyelamatkan semua nyawa. Prinsipnya mudah usah tunggu dipaksa untuk mempelajari teknologi, cari dan belajar. Ilmu tidak akan turun melayang dari langit, sebaliknya memerlukan kesungguhan dalam mempersiapkan diri. Masa beredar dua puluh tahun perkhidmatan bukanlah masa yang singkat. Perubahan bukan dari segi teknologi tetapi juga dari sisi sumber manusia. Jika dahulu seseorang pekerja apabila mendapat sesuatu pekerjaan akan kekal ditempat tersebut dalam tempoh masa lama. Namun kini pekerja akan menimbangtara pelbagai hal dan tidak teragak-agak untuk menukar kerjaya dan tempat kerja. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh Dr. Nor Alimah. Dia tidak menyalahkan sesiapa tetapi memandang perkara ini dari sudut pandang positif. Perkembangan perkhidmatan veterinar begitu luas. Hanya dalam radius satu kilometer berkemungkinan terdapat dua hingga tiga buah klinik perkhidmatan veterinar. Ini memberi ruang dan peluang kepada doktor untuk membuat pilihan dalam bidang kerjaya mereka. Cabaran utama kepada Dr. Nor Alimah dalam isu ini adalah pengambilan pekerja. Apabila terdapat pemberhentian pekerja sama ada di kalangan doktor veterinar lain atau jawatan yang dibawah tanggungjawabnya, beliau terpaksa melakukan semula proses pengambilan pekerja. Proses pengambilan pekerja bukanlah semudah dengan hanya memetik jari. Proses ini melibatkan banyak pihak dan aliran kerja yang kadangkala rumit. Sama ada suka atau tidak dia perlu melakukannya, kerana ini adalah tugasan yang dipertanggungjawabkan di bahunya. 33 HALA TUJU KERJAYA UPM
Disamping pengarah, Dr. Nor Alimah adalah individu utama dalam menentukan halatuju dan operasi Hospital Veterinar UPM. Dia menganggarkan 50% peruntukan dari Tabung Amanah digunakan untuk membayar gaji kepada pekerja-pekerja kontrak. Manakala selebihnya adalah untuk pembelian makanan haiwan dan sebagainya. Dr. Nor Alimah tahu cabaan-cabaran ini akan lebih mematagkannya. Dengan penuh kesedaran dia mengambil tanggungjawab ini untuk digalas. Kerja ini bukanlah hanya untuk dirinya sendiri, sebaliknya demi kesinambungan masyarakat dan generasi seterusnya. Suatu hari nanti dia akan bersara, sekurangnya sudah ada jalan yang rintis untuk memudahkan generasi selepasnya berhadapan dengan halangan-halangan tersebut. Cabaran untuk dihadapi bukan dibiarkan menjadi penghalang kepada misi dan visi organisasi. Dr. Nor Alimah menghadapi cabaran ini penuh keyakinanan. Senjata utamanya adalah kebolehan analitikal (analytical capabilty) yang kritis. Nyata formula ini berjaya menggerakkan Hospital Veterinar dalam mencapai matlamatnya dari tahun ke tahun. Apabila direnung kembali, dua tahun kebelakangan ini adalah tahun penuh liku Dr. Nor Alimah dan pasukannya. Hospital Veterinar menjalankan dua peranan utama iaitu menyediakan perkhidmatan perubatan veterinar kepada pelanggan dan menyediakan platform pengajaran kepada para pelajar. Bayangkan pengajaran yang memerlukan pelajar memegang haiwan, mengenalpasti bahagian haiwan, meneroka anatomi tidak sekadar merujuk buku dan gambarajah sahaja. Sebaliknya terpaksa dilakukan secara atas talian. Sudah pasti kesannya berbeza antara praktikal dan sekadar bayangan di dalam kepala sahaja. Sebaik negara melangkah ke fasa endemik pelajarpelajar ini kembali fakulti dan makmal pengajaran. Sungguh untuk menunjuk ajar mereka ini apa yang telah mereka ketinggalan bukanlah semudah dilafaz. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Perkhidmatan kepada pelanggan di unit kecemasan perlu diberi perhatian, fokus kepada pembelajaran pelajar juga tidak boleh lari. Maka dalam kesukaran itu Dr. Nor Alimah mencuba pelbagai pendekatan supaya tiada yang ketinggalan, perkhidmatan tidak terkurang kualitinya. Apabila berkhidmat di UPM dilantik pula ke jawatan tertinggi dalam skim perkhidmatan Veterinar. Menemukan Dr. Nor Alimah dengan bervariasi konflik. Ada sesetengahnya sudah terjangka, ada pula diluar jangkaan. Konflik yang dihadapi bukanlah semata berkisar tentang kerjaya. Malahan menjangkaui lebih bersifat peribadi di antara pekerja. Mahu atau tidak, sekiranya apabila melibatkan prestasi kerja Dr. Nor Alimah perlu menyelesaikannya segera. 34 HALA TUJU KERJAYA UPM
Inilah senario yang terjadi pada hampir setiap organisasi. Apabila konflik datang. Dr. Nor Alimah akan segera cuba menyelesaikannya supaya tidak melarat menjadi lebih teruk. Apa yang bagi dirinya adalah adalah memahami konflik itu sendiri. Dia faham sekiranya dia terlalu ingin menyelidiki kenapa konflik tersebut terjadi, isu ini sukar untuk diselesaikan malahan menjadi lebih berselirat. Walau kadangkala rasa ingin marah meluap kerana setelah konflik menjadi teruk barulah maklumat sampai kepadanya. Tetapi dia membisikkan kepada nalurinya, supaya meletakkan rasional di hadapan mendahului. Tingkah rasional akan meredakan konflik, manakala tingkah emosi hanya akan memburukkan keadaan. Konflik yang berselirat dihuraikan Dr. Nor Alimah dengan mencari puncanya (root of the problem). Apabila telah mendapat punca barulah diselesaikan satu demi satu. Setiap satu konflik dengan konflik lain, berbeza profil permasalahannya. Oleh itu Dr. Nor Alimah berpegang kepada pegangan No size fit everything. Individu itu unik, jadi pertembungan nilai, pegangan, moral dan prinsip juga. Individu berbeza meletuskan konflik berbeza. Dr. Nor Alimah tidak sesekali akan bersikap lepas tangan. Dia akan berhadapan dengan permasalahan itu secara bersemuka. Kemudian secara optimum menggunakan masa yang ada menyelesaikan perkara tersebut secepat yang mungkin. Semakin segera konflik dapat diselesaikan, semakin cepat organisasi dapat diletakkan kembali di landasan yang tepat. Dr. Nor Alimah merenung kembali konflik-konflik yang pernah dihadapinya sepanjang tempoh perkhidmatan. Konflik disiplin, masalah peribadi, gangguan, konflik berkaitan profesionalisme dan sebagainya. Semua konflik berjaya dikawal dan diselesaikan tanpa mengakibatkan kerugian besar kepada organisasi. Dua elemen penting yang sangat berharga baginya dalam pengurusan konflik adalah sokongan dan dokongan dari ketua jabatan dan mereka yang terlibat. Manakala bagi faktor dalaman supaya lebih bersedia berhadapan dengan konflik adalah dengan menyertai latihan dan kursus yang berkaitan. Antara kursus yang sangat dihargainya adalah kursus penemuduga. Melalui kursus yang disertai sebanyak dua kali ini. Dr. Halimah banyak belajar mengenali personaliti manusia. Menjangkakan prestasi dan tingkah laku seseorang. Pengukuhan kepada latihan yang diterima adalah dengan mengaplikasikan setiap apa yang dipelajari semasa kursus kepada kes sebenar. Sungguh Dr. Nor Alimah sangat menghargai Universiti Putra Malaysia yang menyediakan kursus seperti ini dan latihan-latihan yang lain. 35 HALA TUJU KERJAYA UPM
Sejauh mana minat dan kesungguhan seseorang dalam kerjayanya. Pasti masa yang diperuntuk untuk fokus kepada kerja, berhadapan konflik dan merintis jalan mengatasi cabaran kadangkala mengundang lelah pada emosi. Semua perkara itu seakan menyedut tenaganya saban hari. Dr. Nor Alimah juga tahu, dia tidak boleh sentiasa membelenggu pemikirannya dengan perkara berkaitan kerja sahaja. Dia adalah aset kepada Universiti Putra Malaysia, jadi dia mesti menjaga kesejahteraan dirinya supaya dapat terus menyumbang kepada UPM yang dicintainya. Dr. Nor Alimah bergiat aktif dalam komuniti perumahannya. Mereka telah bersama membangunkan kebun komuniti berhampiran pagsapuri Seri Serdang atau dikenali sebagai Flat Ikan dikalangan warga UPM. Mereka menanam pelbagai jenis tumbuhan boleh makan di sana. Pada peringkat awal setelah tanah kawasan lapang diterangkan dari semak samun, mereka mula bercucuk tanam di sana. Namun usaha mereka gagal, memandangkan tanah dikawasan tersebut tidak sesuai dengan jenis tanaman yang mereka usahakan. Tidak berputus asa mereka menjalin kerjasama dengan Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Universiti Putra Malaysia. Kawasan tersebut ditambak dengan tanah kompos. Usaha mereka tidak sia-sia, hasil tanaman mereka begitu menjadi. Usaha mereka diiktiraf selangkah lebih jauh dengan mendapat liputan meluas oleh media terutamanya dari Radio Televisyen Malaysia (RTM). Penglibatan dan jaringan Dr. Nor Alimah tidak terhad kepada komuniti dan tempat kerja sahaja. Malahan penglibatannya dalam sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Malaysia (IKRAM) bukan kaleng-kaleng. Dia menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Wanita. Aktiviti Wanita IKRAM banyak berfokus kepada berkaitan isu kesihatan mental remaja, masalah sosial remaja dan kebajikan wanita. Kata-kata Dr. Nor Alimah bukan kosong. Dia tidak mahu menjadi timun dan sentiasa menunduk kepada situasi. Ini terbukti apabila Dr. Nor Alimah adalah merupakan salah seorang delegasi dari Malaysia yang mewakili Asian Network for Free Election (ANFREL) ke pilihanraya pertama negara berkonflik Afghanistan. Walau pun sedar akan risikonya, sehingga boleh menyebabkan nyawanya terancam. Dr. Halimah tidak berpatah balik dari keputusannya, demi menunjukkan rasa prihatin dan cakna kepada isu di peringkat global. Detik pesawat mendarat di tanah Afghanistan segala rasa bercampur baur. Berkat doa dan keikhlasan delegasi, semua urusan mereka sepanjang mereka berada di sana dipermudahkan. 36 HALA TUJU KERJAYA UPM
Nuansa apabila bertemu bekas pelajar Doktor Perubatan Veterinar sama ada di seminar atau majlis lain membuatkan hati Dr. Nor Alimah sentiasa berbunga keriangan. Bertugas sebagai Pegawai Veterinar I Hospital Veterinar secara langsung terlibat dengan pengajaran pelajar secara praktikal. Dr. Nor Alimah menganggap dirinya sebagai seorang yang tegas terutamanya apabila melibatkan kes sebenar. Dia tidak mahu pelajarnya bersikap sambil lewa dalam menanggapi kes-kes pesakit sama ada ringan apatah lagi melibatkan kes kecemasan. Jadi dia tahu benar setiap seorang dari pelajar Doktor Veterinar sepanjang perkhidmatannya pasti pernah menerima tunjuk ajar dan bimbingannya secara langsung. Walau pun tidak dilafazkan secara terus kepada bekas pelajar tersebut, tetapi jauh dalam lubuk hatinya dia berbangga dengan mereka. Pemilik haiwan kebanyakannya mempunyai hati yang begitu sensitif dan halus. Hinggakan dalam sesetengah kes pemilik haiwan memberi perhatian yang lebih kepada haiwannya berbanding dengan anaknya sendiri. Perasaan cemas dan bimbang sepanjang mengendalikan kecemasan terbayar apabila berjaya menyelamatkan pesakitnya yang tidak boleh bercakap itu. Tambahan lagi apabila dapat mengkhabarkan sendiri berita baik itu kepada pemilik haiwan kesayangan. Senyum dan kegembiraan yang terukir di wajah pelanggan hospital. Dr. Nor Alimah bukanlah seorang yang mudah berpuashati dengan pencapaiannya yang sedia ada. Pegangannya mudah, peluang tidak datang bergolek, peluang mesti dicari dan diusahakan. Bertitik tolak dari situ dia tidak berhenti belajar. Mempersiapkan diri dengan cabaran mendatang. Usah tunggu masalah tiba baru hendak belajar. Pada waktu itu mungkin orang lain yang lebih kompetetif akan menyambar peluang tersebut. Kenaikan pangkat bermakna bukan sahaja bergulat mengendalikan kes di hospital dan wad. Sebaliknya turut melibatkan pengurusan sumber manusia, perolehan dan terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar. Oleh itu Dr. Nor Alimah sangat menghargai apabila dia berpeluang mengikuti kursus penemuduga. Melalui kursus ini kebolehannya mengendalikan sumber manusia dikesan oleh pihak atasan. Pada permulaan dia mengikut kursus ini, demi untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam pengurusan organisasi. Nyata kursus tersebut sangat membantunya dalam merancang dan menjalankan operasi hospital. Dia tegas menyatakan, temuduga adalah satu titik tolak sangat penting dalam pengambilan kerja. Sekiranya memilih pekerja yang tepat maka organisasi dapat dipacu dengan baik, sebaliknya sekiranya tersilap memilih pekerja maka akan mendatangkan masalah kepada organisasi di kemudian hari. 37 HALA TUJU KERJAYA UPM
Ramai yang mempunyai impian untuk menjawat jawatan lebih tinggi. Sama ada untuk ganjaran berbentuk material atau pun kepuasan diri sendiri. Malangnya tidak ramai menyahut cabaran untuk bekerja lebih berbanding hanya fokus kepada kerja hakiki sahaja. Inilah yang dirintis oleh Dr. Nor Alimah. Dia membebaskan diri dari kepompong kerja hakiki semata-mata. Ini tidak bermakna mengurangkan waktu, kemahiran dan kualiti kerja hakiki. Sebaliknya peningkatan penguasaan dalam kerja hakiki seiring selari dengan keperluan semasa organisasi dalam menyediakan diri sebagai pemimpin dalam organisasi. Dia sedaya upaya memperluaskan jaringan kerjasama sama ada di dalam Universiti Putra Malaysia, juga dengan jabatan dan industri luar. Apabila jaringan terbina baharulah maklumat berkaitan dengan pekerjaan Pegawai Veterinar dapat diperjelaskan. Halangan, peluang, ancaman dan jalan penyelesaian dapat diperbincangkan secara serius dengan pihak atas dan pemegang taruh kepada organisasi. Ini bukanlah kerja mudah. Kadangkala dia sendiri mempersoalkan kemampuan dirinya untuk menggalas tanggungjawab ini. Apa yang menjadi kekuatan kepada dirinya adalah “jika tidak aku memperjuangkan perkara ini, siapa lagi?”. Maka dia meneruskan juga apa yang telah dimulakan olehnya. Dr. Nor Alimah merenung kembali pendakian tangga jawatan dari Pegawai Veterinar Kontrak kepada sehingga jawatan Pegawai Veterinar GV52 yang dijawatnya sekarang. Gred GV 52 tidak ada sebelum ini. Namun apabila pihak atasan melihat kepada bebanan kerja, penglibatan dan tanggungjawab yang dipikul olehnya. Ditambah dengan gerak kerja pengurusan yang sistematik. Akhirnya pihak universiti mewujudkan Gred GV 52, sepadan dengan tanggungjawab dan peranan yang dijalankan oleh Dr. Nor Alimah yang sebelum itu menyandang jawatan Gred GV48. Perkara ini tidak ditawarkan tetapi perlu diusahakan supaya peranan dan kepentingan penjawatan dapat diperluaskan. Seringkali Dr. Nor Alimah mengingatkan bahawa perjalanan sebagai Pegawai Veterinar bukanlah perjalanan satu hala dan lurus. Ada pelbagai halangan dan likunya tersendiri. Apa yang paling penting adalah keazaman untuk mempertingkatkan diri dari masa ke semasa. Juga rasa kebertanggungjawaban yang tinggi kepada organisasi. 38 HALA TUJU KERJAYA UPM
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT Kenaikan pangkat bagi skim Pegawai Veterinar adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memenuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. HALA TUJU KERJAYA UPM GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN P EGAWAI VE T ERI N AR MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,697.00- Gaji minima (Gred-GV41) Bertanggungjawab melakukan aktiviti perubatan seperti mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan, memberi ubat pelali dan menjalankan pembedahan haiwan. Membantu dalam rawatan epidemiologi, radiologi dan pengawasan lain berkaitan kesihatan haiwan, menjalankan bedah siasat untuk menentukan punca kematian dan mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya. Memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan penambahbaikan mutu haiwan ternakan danmemberi nasihat berkaitan kebersihan, makanan, pembiakan dan penjagaan haiwan kepada pemilik haiwan peliharaan di Hospital Veterinar Universiti. 39
KISAH KERJAYA JURUTERA HALA TUJU KERJAYA UPM Kisah tokoh kerjaya di dalam bidang kejuruteraan ini sebagai inspirasi bagi semua pembaca. Beliau merupakan Ir. Maznah binti Sahran, Jurutera Awam (J54), Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset, UPM. Anak Sabah yang mula berhijrah ke semenanjung semenjak melanjutkan pelajaran di UPM ini telah berkhidmat hampir 23 tahun di bumi Serdang, Selangor. Bermula dari Diploma Sains Komputer, UPM, kemudian menyambung pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam UPM, Sarjana Senibina UKM, sehinggalah kini beliau dalam proses menyiapkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) beliau di UPM dalam Integrated Design Studies; menganggap ilmu pengetahuan adalah tunjang kekuatan utama dalam membina kerjaya. Anak jati Sabah ini bukan sahaja individu penting di Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset UPM, bahkan juga merupakan Ketua Skim Perkhidmatan Kejuruteraan (J) di UPM. Ir. Maznah Sahrah berkata, Y.Bhg. Professor Dr. Rahinah Ibrahim, daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM merupakan idolanya. Prof. Rahinah banyak membimbing beliau agar sentiasa menyumbang kepakaran kepada masyarakat berasaskan ilmu yang diperolehi. Konsep integrasi merupakan prinsip yang dipegang dalam menabur bakti dalam perkhidmatan. Ir. Maznah berpendapat semua bidang dan kepakaran perlu diintegrasi agar sumbangan kepada masyarakat dapat dioptimumkan. Beliau mengimbau pengalaman dalam misi Pengurusan Sanitasi untuk Pemuliharan Alam Sekitar yang turut mengetengahkan hasil penyelidikan UPM, teknologi ISTP (teknologi rawatan air kumbahan) di sebuah perkampungan air di Sabah. Dia melihat sendiri betapa ilmu yg diaplikasikan dapat memberikan kemudahan dan kesejahteraan kepada masyarakat. Ini yg dipegang ‘Integrated Knowledge’ sesuatu yang sangat penting kerana melaluinya memberikan hasil dan impak yang baik. Ibu kepada 5 orang anak ini menganggap dia sangat bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari keluarga. Beliau yang juga minat menjahit mengakui bahawa minat ini terbit dari keinginan untuk menggunapakai hasil kerjatangan sendiri dimana ianya menjadi terapi disamping beliau turut dapat mengaplikasikan ilmu lukisan kejuruteraan yang pernah dipelajari untuk memudahkan imaginasi dan seni dalam menyediakan lukisan pola jahitan. 40 Penulisan oleh : Wan Azurani Wan Ahmad
4 HALA TUJU KERJAYA UPM 1 Beliau yang bergelar Jurutera Profesional (Ir.) menganggap pengiktirafan profesional merupakan nilai tambah bagi seseorang jurutera dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi dan masyarakat. Beliau pernah dilibatkan dalam program ADIWIRA STEM dalam usaha KPM memperkasakan STEM dimana beliau menjadi penilai aktiviti pelajar sekolah menengah yang mewakili setiap negeri. Sudah pasti pengalaman dan kenangan kejayaan-kejayaan projek, pengiktirafan kenaikan pangkat merupakan detik manis dan berharga sepanjang karier. Mengimbau kembali kenangan-kenangan di awal memulakan kerjaya di UPM yang terpaksa menggunakan pengangkutan awam teksi dan bas metro dalam melaksanakan tanggungjawab; juga menjadikan detik-detik itu sebagai pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan. Peralihan dari perkhidmatan swasta kepada perkhidmatan awam telah memberi pendedahan kepada pengendalian staf-staf yang lebih berusia. Perubahan kaedah manual kepada teknologi dan pendigitalan, merupakan detik-detik yang agak sukar dan memerlukan kesungguhan yang tinggi. Sewaktu itu, staf di bawah seliaan beliau perlu dilatih secara perseorangan, agar mereka juga dapat seiring dengan perubahan teknologi. Walau bagaimana pun, cabaran ini dapat diatasi hasil komitmen semua pihak. Pengalaman dipanggil oleh penguasa bagi prosedur siasatan juga menjadi satu pengalaman yang berharga dalam beliau matang dalam kerjaya sebagai jurutera. Kini Ir. Maznah adalah antara pengurusan tinggi di PPPA. Bilamana di peringkat pengurusan, beliau menegaskan kreativiti dalam menguruskan organisasi perlukan gaya dan lenggok tersendiri. Beliau bukan sahaja melaksanakan tugas hakiki sebagai seorang jurutera, bahkan berurusan dengan staf yang pelbagai karektor dan personaliti. Kebijaksanaan dalam pengurusan adalah amat penting bagi memastikan sesebuah organisasi menjadi sebuah organisasi yang cemerlang. Setiap seseorang mempunyai kepakaran dan keistimewaan tertentu yang dapat menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Berkata berkaitan stigma masyarakat terhadap jurutera wanita pula, beliau mengakui, stigma itu telah hilang, dek kerana perubahan zaman sekarang tidak lagi memandang profesion jurutera hanya untuk lelaki.
HALA TUJU KERJAYA UPM Mengulas tentang peranan besar PPPA khususnya dalam pembangunan fizikal, penyelenggaraan dan pengurusan aset tak alih UPM, beliau bersetuju tanggungjawab ini merupakan amanah besar yang perlu digalas dan diselesaikan segera sekiranya terdapat sebarang isu atau aduan-aduan dari pengguna. Walaupun kadang-kadang tiada pujian diterima apabila selesai pengurusan sesuatu kerosakan, ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menunaikan tangungjawab. Bertanya mengenai rahsia bagaimana boleh berjaya sehingga kini, beliau menegaskan anjakan perubahan dalam ilmu-ilmu khususnya berkaitan pembanguan adalah kunci utama. Asah diri untuk mempunyai sekecil-kecil ilmu bermula dari membuat sekeping kertas kerja sehingga sebesar-besar tanggungjawab termasuklah mengendalikan tugasan-tugasan besar berimpak tinggi bersama organisasi luar dan masyarakat. Sebagai pekerja UPM, jangan sesekali terlepas dari program-program yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar UPM khususya dalam usaha Universiti mencungkit bakat-bakat kepimpinan baharu. Ir Maznah juga pernah mengetuai IPTA dalam menerbitkan buku berkaitan projek-projek. Ini merupakan satu penghargaan yang juga motivasi kepada beliau agar terus cemerlang. Dalam kerjaya pasti ada cabaran tersendiri. Pahit maung, ranjau dan liku tetap harus dilalui. Bagi memantapkan diri dalam mengharungi cabaran sepanjang kerjaya serta perasaan ingin tahu yang mendalam, beliau nekad untuk mendalami ilmu yang sama seperti pegawai akademik. Perkara inilah yang mendorong beliau untuk menggenggam segulung Ijazah Kedoktoran (PhD) agar setanding dengan para akademik. Trend mengintegrasi melalui kolaborasi menggunakan teknologi maju dalam industri pembinaan menjadi motivasi untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan projek termaju. kajian beliau bertujuan mencari penyelesaian kepada penyatuan proses inovasi teknologi yang dihasilkan oleh penyelidik di dalam proses pembangunan fizikal kampus. Integrasi antara penyelidik (researcher), pengamal (practisioner) diharapkan dapat sama-sama memberikan manfaat kepada UPM dan masyarakat (pengguna). Antara projek-projek yang telah diberikan sentuhan PPPA dalam proses penyelidikan adalah projek rumah prototaip Sistem Kerangka Kayu SABSystem, projek turapan jalan yang melibatkan teknologi Fakulti Kejuruteraan dan terkini projek pembangunan fasiliti penyelidikan sistem OTEC di I-Aquas UPM, Port Dickson, penyelidikan yang melibatkan integrasi diantara UPM, UTM dan penyelidik Jepun. 42
HALA TUJU KERJAYA UPM Dalam organisasi, beliau mempunyai strategi tersendiri dalam mengendalikan diri dalam menghadapi konflik atau tekanan ketika bekerja. Hubungan yang baik dan mesra antara ketua, rakan-rakan sekerja, penglibatan dalam kumpulan-kumpulan whataps santai juga antara tip yang digunakan. Dalam kemajuan kerjaya individu, sudah pastilah pembangunan kerjaya perlu dimantapkan. Bagi memantapkan kerjaya individu, kemahiran, pengetahuan, kepemimpinan perlu diperkukuh. Begitu juga bagi Ir. Maznah, latihan-latihan yang penting bagi kemajuan kerjaya tidak pernah beliau abaikan. UPM sendiri menyediakan latihan khusus bagi kerjaya skim perkhidmatan kejuruteraan J, juga latihan-latihan lain bagi menyokong pemantapan kemahiran pekerja. Beliau tidak akan terlepas dari menyertai latihan anjuran dalaman atau luaran UPM. Sebagai seorang wanita bekerjaya, kesibukan bukanlah asbab keluarga diabaikan. Suami, anak-anak dan keluarga bahkan menjadi tulang belakang dan semangat jitu seorang wanita. Bagi Ir. Puan Maznah, keluarga amat memahami kesibukan beliau. Hujung tahun merupakan waktu yang paling penting bagi beliau untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tip yang beliau gunakan adalah mengambil peluang cuti hujung tahun, untuk pulang ke Sabah dan mengabadikan kenangan dengan menghabiskan masa berkualiti pulang ke kampung dan melancong ke tempat-tempat yang menarik di Sabah. Kini, usia kerjaya beliau menginjak ke 23 tahun. Dalam mengharungi perjalanan kerjaya sebagai Jurutera, mengimbau kembali harapan dan galakan arwah ayah, beliau merasa puas hati kerana dapat menunaikan hasrat ibu ayah, dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang beliau ada dan dapat menyumbang kepada masyakat. Integrasi antara penyelidik, pengamal dan masyarakat memberi rasa kepuasan bagi diri beliau. Beliau juga kini lega, cita-citanya untuk seiring dengan para akademik kini semakin menjadi realiti. Pengalaman menjadi salah seorang pengguna CTScan satu masa dahulu, memberikan rasa puas kerana hasil titik peluh melaksanakan projek pemasangan CT Scan untuk Pengimejan Nuklear PPDN telah berjaya memberikan sumbangan kepada semua masyarakat yang memerlukan termasuk kepada diri beliau sendiri. Beliau juga pernah terlibat sebagai Pengurus Projek Kompleks Perubatan Veterinar dan Hospital Pengajar UPM dan kini sebagai Penyelaras Projek Putra Medical City. Beliau berharap setiap sumbangan dan usaha PPPA ini akan menjadi amal jariah berpanjangan yang tiada penghujungnya. 43
KAEDAH KENAIKAN PANGKAT Kenaikan pangkat bagi skim Jurutera adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memenuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN J U R U T ERA MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,529.00- Gaji minima (Gred-J41) Bertanggungjawab merancang dan menguruskan kemudahan kelengkapan sistem kejuruteraan dalam dan luar bangunan dari segi penyelenggaraan, pembaikan, pembinaan baru/ubahsuai, perolehan peralatan dan perkhidmatan teknikal. Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projek-projek khas dan urusan pentadbiran am pejabat. HALA TUJU KERJAYA UPM 44
KISAH KERJAYA PEGAWAI TADBIR HALA TUJU KERJAYA UPM YBhg. Dato' Rosdi bin Wah yang berasal dari Pulau Pinang, merupakan seorang tokoh yang tidak asing lagi bagi warga UPM. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pentadbiran gred Jusa C di Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik UPM. Beliau juga diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Pengurusan Senat UPM. Pada tahun 1986, beliau mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya melalui Program Pengajian Bacelor Pengurusan Sejarah dan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dalam bidang Sains Pengurusan Sumber Manusia di UPM. Pada masa lapang, beliau gemar mendengar muzik dan mengambil gambar. Namun, ketika pandemik Covid 19 melanda negara beliau cenderung mempunyai minat yang baharu iaitu menulis sajak. YBhg.Dato' Rosdi bin Wah seringkali menyebut tokoh idola beliau yang merupakan Mantan Naib Canselor UPM keempat iaitu YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Ir. Muhammad Zohadie bin Bardaie sebagai individu yang terlalu banyak memberikan tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan tentang kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir yang cemerlang. Malah keperibadian Mantan Naib Canselor UPM keempat itu telah menjadi ikutan dan sumber inspirasi beliau. Selama 35 tahun Berkhidmat di UPM sejak tahun 1987, pastinya memberikan sejuta memori dan pengalaman yang amat bermakna. Beliau berasa sangat teruja apabila mengenang kembali pengalaman pertama beliau menggunakan komputer di UPM sehingga mampu menghasilkan “computer programming”. Cabaran kerja pastinya akan dirasai oleh sesiapa sahaja. Perwatakan beliau yang bersederhana dan tenang, memperlihatkan beliau seperti tidak pernah mengalami sebarang masalah yang membimbangkan. Beliau sering di kelilingi rakan sekerja dan kakitangan yang komited, ini merupakan anugerah yang tidak ternilai untuk beliau berada di posisi sekarang ini. Antara rahsia kejayaan beliau ialah sentiasa belajar dan memahami tugas yang diamanahkan. Beliau juga menasihatkan agar kita mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang udang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan oleh universiti. Pandangan beliau, sekiranya seseorang menyintai pekerjaannya, maka dia perlulah melakukan tugasan tersebut dengan sebaik mungkin. 45 Penulisan oleh : Mohd Redzuan Zamberi & Kemelia Omar
Dari segi cabaran sebagai Pegawai Tadbir, beliau berkongsi sudut pandang mantan ketuanya (Allahyarham Encik Azhan) yang pernah menyatakan kepadanya, Pegawai Tadbir umpama “The Men Behind The Scene”, manakala “Primadona” adalah Pensyarah di universiti. Walaupun begitu, peranan Pegawai Tadbir adalah sama penting dengan pensyarah walaupun keterlihatannnya di belakang tabir tidak dilihat utama dalam pengurusan universiti. Sekiranya tempang peranan pentadbir maka lumpuhlah universiti. Ini kerana pentadbir ibarat fasilitator yang memudahkan segala urusan universiti. Maka, pentadbir seharusnya mempermudahkan segala urusan demi mencapai visi dan misi universiti dan bukan sebaliknya. Pendirian beliau mudah dalam menjalankan urusan kerja, iaitu “permudahkan urusan”. Walaupun Pegawai Tadbir mempunyai kuasa pentadbiran dan melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan S.O.P kerja, pilihan pentadbir untuk menggunakan kuasa tersebut bagi memudahkan urusan, atau untuk menjadikan sesuatu menjadi lebih rumit. Peranan pentabir seharusnya bijak dalam membantu, bukannya menghalang sesuatu pihak kerana prosedur kerja kadangkala ada kelemahan tertentu. Maka gunakan kebijaksanaan masing-masing untuk membantu agar terlaksana sesuatu misi dengan jayanya. Ini adalah cabaran Pegawai Tadbir dalam menggalas tanggungjawabnya. Cabaran seterusnya adalah untuk membuktikan pentadbir berperanan dan berfungsi dalam segala urusan di universiti. Bila menyingkap kenangan lalu ketika awal bekerja di UPM, beliau menjelaskan pada ketika itu agak tenang kerana pelajar dan staf juga tidak seramai ini. Segala urusan universti tidaklah mencabar seperti hari ini, walaupun pada ketika itu Pegawai Tadbir melakukan tugas rencam dan diberi tanggungjawab penuh di sebuah pusat tanggungjawab (PTJ). Pada ketika itu, satu pusat tanggungjawab hanya ada satu Pegawai Tadbir sahaja. Cabaran mula bertambah apabila universiti menyahut untuk menjadi universiti penyelidikan pada tahun 2006. Cabaran terjadi apabila segelintir Pegawai Akademik menyatakan, peranan mereka lebih besar berbanding Pegawai Tadbir dalam usaha mendapatkan martabat “Research University”. Tekanan mula terasa untuk membuktikan pentadbir juga berperanan penting dalam usaha ini. 46 HALA TUJU KERJAYA UPM
Alhamdulillah berkat kegigihan, beliau berjaya membuktikan pada universiti di mana pentadbir berperanan dalam membantu usaha Pegawai Akademik mencapai misi ini. Kejayaan terhasil apabila pentadbir bersinergi baik dengan Pegawai Akademik tanpa menimbulkan konflik. Inilah cabaran terbesar pentadbir untuk menguruskan tekanan, melakukan tugasan “multitasking”, menjadi pemudahcara dan bekerjasama dengan baik dengan mereka. Beliau menegaskan bahawa pentadbir perlu lebih menonjol dalam menyampaikan idea dan pandangan dalam majlis seperti seminar, bengkel dan mesyuarat agar dilihat lebih berkeyakinan dan berpengalaman. Sekiranya pentadbir hanya berdiam dan tidak menunjukkan bakat, maka inilah punca Pegawai Akademik kurang yakin pada pentadbir. Beliau berkongsi cara beliau mengatasi tekanan terhadap cabaran yang dihadapi, antaranya aktif bersukan kegemarannya iaitu sukan badminton. Beliau bersyukur mempunyai isteri, anak-anak dan sahabat-sahabat baik yang sentiasa menyokong beliau hingga hari ini. Tekanan beliau adalah apabila bertukar ke pusat tanggungjawab yang baharu, pihak fakulti misalnya mengharapkan pengganti itu adalah sebaik atau “readymade” tentang tugas tersebut. Beliau menyatakan ini adalah cabaran dan juga tekanan pentadbir, kerana mereka telah berpengalaman di Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan perpindahan ke PTJ baharu perlukan masa untuk memahami skop tugas dan persekitaran baharu, di tambah dengan budaya berbeza setiap PTJ. Ketua PTJ dan staf mungkin telah biasa dengan rentak kerja pentadbir sebelumnya, inilah yang membuatkan beliau dan rakan-rakannya mewujudkan satu jaringan seperti konsortium untuk bertukar pengalaman sesama mereka. Selepas waktu kerja mereka biasanya bertemu untuk bertukar fikiran dan pengalaman untuk membantu satu sama lain. Ada juga ketika mereka menziarah satu sama lain di rumah atau di kampung. Inilah jaringan akrab yang perlu diteruskan oleh pentadbir kini. Apabila hubungan akrab, segala kerja jadi mudah kerana saling membantu. Inilah rahsia yang beliau kongsikan sambil tertawa mesra. 47 HALA TUJU KERJAYA UPM