The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYARIFAH SHERIL AZLIN BINTI SY. BAHARIN / KAUNSELING, 2023-06-20 21:50:23

Buku Hala Tuju Kerjaya - FinalMei

Buku Hala Tuju Kerjaya - FinalMei

KAEDAH KENAIKAN PANGKAT Kenaikan pangkat bagi skim Pegawai Tadbir adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memenuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN P EGAWAI TA D B IR MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,080.00- Gaji minima (Gred-N41) Bertanggungjawab merancang, mengelola, menyelia, menyelaras, mengawal, melaksana dan pelaporan bagi pengurusan aset, pengurusan rekod perubatan, pengurusan hal-ehwal pendidikan kesihatan, pengurusan perhubungan awam, pengurusan hal-ehwal kerja sosial dan pembangunan masyarakat, serta pengurusan hal-ehwal pentadbiran am. Turut bertanggungjawab merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar Universiti/Hospital Pengajar mengenai pengurusan sumber manusia dan organisasi, sumber kewangan, pentadbiran dan pembangunan Hospital Pengajar. 48 HALA TUJU KERJAYA UPM


HALA TUJU KERJAYA UPM Dr. Norfaryanti binti Kamaruddin seorang yang murah dengan senyuman. Beliau memakai baju kurung batik dan sedang bercakap dengan rakan sekerjanya. Perjumpaan bersama telah diaturkan lebih awal, beliau melambai tangan tanda sedia untuk ditemubual. Sesi temubual bermula dengan borak santai dan mempamerkan karekter individu yang mudah mesra. Beliau merupakan seorang pegawai penyelidik gred Q52 di Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia. Alumni Universiti Putra Malaysia ini merupakan seorang pekerja yang berdedikasi menggunakan ilmu yang telah dipelajari di Universiti Putra Malaysia sejak peringkat Ijazah Sarjana Muda lagi sehingga mendapat Ijazah Kedoktoran. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai pembantu penyelidik di Pusat Pembangunan Akademik (CADE) UPM selama dua tahun iaitu pada tahun 2005 sehingga 2007 sejurus tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Rezeki sentiasa datang dengan baik buat beliau, tahun berikutnya beliau telah ditawarkan sebagai Pegawai Penyelidik sebagai lantikan tetap di UPM bertarikh 8 Ogos 2008 dan lokasi perkhidmatan beliau di institut kini. Ibu kepada sepasang kembar perempuan ini tidak pernah jemu menimba ilmu pengetahuannya dalam bidang penyelidikan bagi meningkatkan kemahirannya dalam kerjaya. Apabila ditanya tentang keluarganya, raut wajah yang manis beliau bertukar menjadi lebih ceria. Wajah awet muda beliau ini membuat sesiapa yang bertanya tentang usia dan anak-anaknya akan terkejut. Beliau mempunyai keluarga yang bahagia dan sentiasa memberi sokongan padu kepada beliau dalam menempuh hidup sebagai wanita bekerjaya. Wanita manis ini adalah seorang ibu kepada empat orang anak iaitu tiga (3) orang perempuan dan seorang (1) anak lelaki, yang berumur antara sembilan (9) hingga 15 tahun kini. Sebagai wanita bekerjaya, beliau juga merupakan seorang isteri dan menantu yang sungguh rajin dan dapat membahagikan masa dengan baik dalam urusan rumahtangga kerana ibu mertua beliau juga tinggal bersama. 49 KISAH KERJAYA PEGAWAI PENYELIDIK Penulisan oleh : Syarifah Sheril Azlin Binti Syed Baharin


. 50 HALA TUJU KERJAYA UPM Perjalanan beliau menjadi seorang pegawai penyelidik adalah satu perjalanan yang penuh cabaran dan menarik. Apabila diminta berkongsi tentang pengalaman manis sepanjang kerjaya, beliau menyatakan bahawa peluang melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran dan cuti belajar bergaji penuh satu perkara membuatkan beliau sangat gembira dan bersemangat. Ini kerana peluang keemasan ini memberikan impak terhadap kematangan kerjaya dan peningkatan kemahiran beliau dalam mengendalikan penyelidikan. Ekoran itu, beliau sedar berlaku perkembangan kerjaya dan pembangunan diri beliau selepas menjalani proses pengajian Ijazah Kedoktoran berkenaan. Apabila menyebut tentang pengalaman pahit sepanjang kerjaya, wanita penuh senyuman ini juga menyatakan sepanjang pengajian berkenaan beliau menghadapi kesulitan dan cabaran yang besar dalam membuat kutipan data dalam penyelidikannya. Beliau hampir putus asa namun dengan semangat yang kuat dan sokongan daripada semua pihak ketika itu, beliau terus berjuang dan akhirnya dapat menghabiskan pengajiannya dengan jayanya. Pegawai penyelidik yang cekap ini mempunyai resepi kejayaan yang cukup luar biasa. Peningkatan kerjaya bermula gred Q41 sehingga Q52 mengambil masa dalam 14 tahun ini adalah satu tempoh masa yang pantas. Kata Dr. Norfaryanti, beliau sangat percaya dan yakin apabila melakukan kerja dalam penyelidikan dan setiap pegawai penyelidik perlu menanam dalam minda dan hati bahawa tidak akan pernah jemu untuk mencungkil, menggali serta sangat cintakan maklumat. Cabaran pegawai penyelidik sepertinya adalah berhadapan dengan geran penyelidikan yang terhad dan kebanyakannya memberi fokus kepada Pegawai Akademik. Perkara tersebut tidak pernah memutuskan semangat beliau dan pasukan di institut dalam memperkembangkan serta meneruskan penyelidikannya. Beliau bergerak secara pantas dengan memaksa diri untuk membina jaringan dengan agensi luar atau organisasi luar dalam mendapatkan geran penyelidikan. Kerjasama seperti ini memberikan hasil yang lumayan buat beliau dan pasukan dalam meningkatkan pelbagai peluang dan ruang dalam penyelidikan mereka.


. 5 HALA TUJU KERJAYA UPM 1 Kata Dr. Norfaryanti, ‘Take a break, don’t push yourself.’ Mahal sungguh kata-kata ini yang merupakan kunci utama bagi beliau apabila mengendalikan segala konflik dan tekanan dalam menghadapi tekanan ketika bekerja. Sungguh benar dan ia sangat penting dalam menjaga serta mengekalkan kesejahteraan emosi kita. Beliau berkata tekanan yang dialami bukanlah sesuatu masalah yang perlu kita fokus semata-mata, namun ia perlu ada limitasinya. Sebagai pekerja, kita perlu ambil masa sehari dua untuk bercuti atau rehat daripada segala bentuk fikiran dan tindakan untuk kerja. Dan selepas bercuti, kita akan mendapat semangat yang baharu dan lebih rasional dalam membuat keputusan. Selain itu, beliau berkata dalam menghadapi tekanan atau konflik kerjaya, kita perlu membina kepercayaan terhadap rakan sekerja atau pasukan. Beliau sangat selesa meluahkan segala isu kerjaya yang dihadapi bersama rakan sekerja atau pasukan beliau. Ini kerana ia memberikan impak yang luar biasa kerana beliau dapat sokongan daripada rakan sekerja atau pasukan yang sememangnya jelas akan sahaja isu yang dihadapi. Dr. Norfaryanti sangat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mempunyai ketua jabatan serta pasukan yang sangat memberi sokongan, bantuan serta peluang kerjasama yang diberikan oleh orang sekeliling beliau di ruang lingkup kerjayanya. Apa yang menjadikan penyelidik wanita ini sentiasa positif serta berkembang terus dalam bidangnya adalah usaha tanpa jemu beliau dalam terus menerus menuntut ilmu dan menambahkan kemahiran. Beliau sanggup menghabiskan masa walaupun bukan waktu kerja dalam menuntut ilmu sehingga peringkat antarabangsa iaitu menyertai Program Strategic Planning yang melibatkan kos yang agak besar sebanyak 300 euro selama tiga (3) minggu secara talian maya. Ilmu tersebut memberi impak yang sungguh besar buat pembangunan kerjaya beliau dalam bidang mentadbir penyelidik dan juga meluaskan jaringan dalam bidangnya. Dr. Norfaryanti memandang segala bentuk latihan secara formal iaitu menyertai kursus teknikal dalam bidang penyelidikan adalah satu usaha yang sangat perlu secara berkala buat pegawai penyelidik. Dan ini adalah jalan yang beliau selalu lalui kini. Manakala latihan secara informal seperti tunjuk ajar daripada mentor atau rakan sekerja yang lain adalah sangat penting setiap hari. Beliau sering terbuka mendapatkan latihan informal ini, dan menjadikan beliau lebih terpandu ke arah kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan.


. HALA TUJU KERJAYA UPM Nasihat beliau kepada pegawai penyelidik muda, usah tunggu orang memberikan ilmu, kita yang perlu berkejar-kejar mencari ilmu. ‘On job training’ adalah satu situasi dan pengalaman sebagai ruang dan peluang dalam meningkat kemahiran dalam menyelidik. Wanita ini akan berebut-rebut untuk melibatkan diri secara langsung dalam projek penyelidikan yang besar dan ini katanya adalah emas buat dirinya untuk terus membangun. Apabila ditanya tentang pembahagian masa beliau sebagai wanita pelbagai peranan. Jelas terpancar wajah berpuas hati beliau. Dengan penuh senyuman, beliau berkata,’Saya sangat bersyukur kerana mempunyai suami dan ahli keluarga yang sangat memahami tugas kerjaya saya.’ Beliau akui masa urusan keluarganya banyak juga dibantu suami dan ibu mertuanya, namun beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab beliau sebagai isteri, menantu dan ibu. Sebagai penyelidik, masa bekerja beliau bukan hanya terhad kepada sembilan (9) jam bekerja namun memerlukan komitmen yang jitu walaupun waktu malam. Sokongan ahli keluarga terutama suami amatlah dihargai. Malah beliau berkata, ketika anak masih kecil dahulu, beliau melakukan kerja sambil mendodoikan anak. Inilah pengorbanan masa bagi wanita bekerjaya. Beliau juga amat terharu kerana sokongan daripada Ketua Jabatan yang sentiasa memahami segala kekangan masa beliau sebagai wanita bekerjaya tiada hentinya. Ini meyebabkan beliau terus bermotivasi untuk melaksana penyelidikan untuk Universiti Putra Malaysia tanpa jemu. “Jangan berputus asa apabila menghadapi segala cabaran dan sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain, itu kerana end of the day nanti itulah kayu pengukur sepanjang kita hidup banyak mana manfaat kita beri pada orang.”. Inilah kata-kata inpirasi yang dikatakan penyelidik wanita ini untuk kita semua. Nampak macam ringkas, namun ia sungguh dalam. Kata-kata ini menunjukkan beliau sangat berpuas hati dalam perkembangan kerjaya selama 14 tahun ini. Fokus beliau adalah memberi manfaat pada orang lain. Setiap kali bertanya, apa yang menyebabkan beliau menyelidik, beliau tidak habis-habis akan menerangkan ini semua untuk manfaat untuk orang lain seperti golongan petani, pengusaha ekonomi dan industri perhutanan. Penulis berpandangan, Dr. Norfaryanti merupakan wanita cekal dan berhati besar dalam melaksana tugasnya. Universiti Putra Malaysia amat bertuah memilikinya sebagai warga kerja dan beliau juga merupakan salah seorang penyumbang dalam meningkatkan nama UPM sebagai Universiti Penyelidikan Bereputasi Antarabangsa. 52


Waran Pegawai Penyelidik adalah waran terbuka, iaitu pegawai tidak perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Pegawai perlu mencapai Key Performance Index (KPI) yang ditetapkan oleh Universiti. Terdapat 2 Laluan iaitu Laluan Pengurusan Penyelidikan dan Laluan Kecemerlangan Penyelidikan, dan pemilihan laluan adalah tertakluk kepada penempatan PTJ pegawai. Perkara yang akan dilihat untuk menilai pegawai penyelidik: a)Penyelidikan dan penerbitan b)Jaringan, penglibatan, di peringkat universiti kebangsaan dan antarabangsa c)Kerjasama dengan industri dan komuniti d)Kepimpinan/aktiviti berkaitan pengurusan HALA TUJU KERJAYA UPM GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT P EGAWAI P E N YE LI D IK MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,315.00- Gaji minima (Gred-Q41/Q43/Q47) Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan. 53


Anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang ini mudah mesra dan murah senyuman sepanjang sesi temubual membuatkan aktiviti tersebut begitu santai. Dr. Mazila Ghazali merupakan seorang Pegawai Psikologi di Universiti Putra Malaysia dan kini sedang mengetuai Bahagian Kaunseling UPM sejak tahun 2019 sehingga kini. Perjalanan selama 18 tahun di Universiti Putra Malaysia memberikan makna yang besar dalam proses perkembangan kerjaya beliau. Dr. Mazila mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Machang, Kelantan sehinggalah berjaya ditawarkan ke pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda Kaunseling pada tahun 2000. Pengalaman yang berharga bersama guru kaunselor di sekolah menengah membuatkan beliau membina keyakinan diri yang tinggi untuk terus maju dan bertekad bahawa kesusahan hidup bukanlah penghalang untuk terus melangkah jauh. Kata beliau, ‘Apabila saya mahukan sesuatu, saya akan buat sampai dapat’, itulah pegangan dirinya yang menjadikan beliau terus menerus berusaha mendapatkan Ijazah Kedoktoran dalam bidang pengajian Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2017. Anak tunggal ini mempunyai hobi yang sangat bagus untuk pembangunan diri iaitu suka menghabiskan masa dengan membaca buku motivasi. Ekoran ini, beliau seorang yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa tenang dalam menghadapi pelbagai cabaran. Dr. Mazila tersenyum manis apabila berkongsi tentang hobinya iaitu memasak masakan melayu. Katanya, ‘saya berasa puas hati apabila saya melihat orang makan masakan saya’. Hobi memasak ini juga menyebabkan beliau mempunyai niat iaitu membuka sebuah restoran yang menjual aneka mi atau laksa pada masa akan datang ataupun selepas beliau bersara. Ibu kepada empat anak gadis ini menjadikan Permaisuri Sultan Selangor iaitu Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Tengku Norashikin binti Abdul Rahman sebagai idola. Beliau sangat mengagumi perwatakan Tengku Permaisuri yang lemah lembut dan personaliti yang unggul. 54 HALA TUJU KERJAYA UPM KISAH KERJAYA PEGAWAI PSIKOLOGI Penulisan oleh : Syarifah Sheril Azlin Binti Syed Baharin


Dr. Mazila berkongsi kenangannya dalam membantu pelajar di kolej kediaman ketika menjadi Felo Kolej Canselor, UPM. Dapat dilihat kesungguhan beliau untuk membantu pelajar dalam apa jua keadaan. Dedikasi dan kecintaan beliau untuk membantu pelajar apabila beliau menggalas tanggungjawab Kaunselor di UPM sejak 4 Oktober 2004 lagi. Apabila beliau ditanya tentang pengalaman mengendalikan kes kaunseling pelajar, dapat dilihat dari raut wajah yang manis itu sentiasa bersedia dari segi fizikal, emosi dan mental untuk terus membantu seluruh warga Universiti Putra Malaysia bagi mencapai kesejahteraan emosi. Resepi rahsia kecekalan dan kekuatan sebagai Kaunselor Berdaftar ini adalah hasil usaha beliau yang tidak jemu menambah ilmu pengetahuan ke tahap tertinggi pengajian dan mendalami pelbagai kemahiran kaunseling. Dr. Mazila juga berkongsi tentang pengalamannya yang bekerja di pusat tanggungjawab yang berbeza menjadikan pembangunan kerjaya beliau dapat ditingkatkan secara efektif. Dr. Mazila berasa sangat gembira dengan pengalaman yang berharga kerana berpeluang berinteraksi dengan pelbagai agensi dan organisasi luar ketika beliau bertugas di Pusat Pembangunan Keusahawanan Dan Kebolehpasaran Graduan (CEM), UPM sebagai kaunselor kerjaya sebelum ini. Cabarannya dalam mengendalikan pelbagai program kerjaya bersama agensi dan organisasi luar menyebabkan Dr. Mazila tidak putus asa menghadapi isu kerjaya malah beliau menganggap ia sebagai titik permulaan untuk beliau terus meningkatkan kemahiran berhadapan dengan manusia yang pelbagai. Perpindahan beliau dalam tiga pusat tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), CEM dan Bahagian Kaunseling UPM memberikan nilai kerjaya yang sungguh bermakna. Dr. Mazila memandang positif setiap cabaran yang dilalui sepanjang berkhidmat di setiap PTJ berkenaan. Titik permulaan sebagai kaunselor di Bahagian Hal Ehwal Pelajar memberikan pelbagai memori indah dan duka, namun ia tidak pernah mematahkan semangat beliau. Walaupun dihujani pelbagai peranan dan tanggungjawab terutamanya dalam pengendalian pentadbiran ketika di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, pengalamannya mengendalikan kerjakerja pentadbiran sebagai nilai tambah yang positif dalam kerjaya beliau. Cabaran menghadapi stigma orang lain terhadap ukuran kejayaan seseorang atau organisasi antara situasi yang mencabar. Perkhidmatan kaunseling tidak boleh diukur kejayaannya seperti pencapaian akademik iaitu ada lulus dan gagal. Ini kerana kesulitan dan kerahsiaan kes kaunseling adalah satu kunci utama dan tanggungjawab besar buat setiap kaunselor atau pegawai psikologi dan bukan untuk dicanang-canang. Cabaran dalam kerjaya sering mematangkan perkembangan kerjaya bagi Dr. Mazila, ini menjadikan beliau seorang yang sentiasa berfikir ke hadapan. 55 HALA TUJU KERJAYA UPM


Apabila ditanya apakah rahsia awet muda, Dr. Mazila berkongsi mengenai pendekatan beliau dalam mengurus konflik. Katanya, perkara yang akan dilakukan untuk mengurus tekanan ketika bekerja adalah sentiasa mengamalkan berfikir secara positif dan sangka baik. Bermula dengan menerima situasi dan cabaran yang dialami, beliau sering mengingatkan dirinya setiap masalah ada penyelesaian dan pastinya memberi impak positif kepada dirinya. Amalan ini begini adalah satu contoh yang baik buat kita semua dalam menghadapi tekanan dalam kerjaya. Kata Dr. Mazila, ‘segala masalah dalam hidup, mesti ada jalan penyelesaian, kita yang tentukan segala tindakan kita’. Sepanjang dalam perkembangan kerjaya sebagai Pegawai Psikologi di UPM, beliau tidak pernah jemu menghabiskan masa untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kaunseling, pengurusan pentadbiran dan juga pembangunan kerohanian. Sebagai pegawai psikologi, ia adalah satu tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan pembangunan diri kerana manusia ini sering menjadi contoh teladan buat orang lain. Kepercayaan daripada orang lain adalah kunci utama dalam proses membantu. Menurut Dr. Mazila, beliau masih mengikuti kelas-kelas teori kaunseling, teknik kaunseling dan juga penyelidikan kaunseling bagi memantapkan kemahiran dan ilmu dalam bidang kaunseling. Dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Bahagian Kaunseling UPM, ilmu-ilmu pengurusan pentadbiran dan sumber manusia juga perlu diberi perhatian kerana beliau merasakan perlu untuk persiapkan diri dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran yang akan datang. Kata beliau, ilmu pembangunan kerohanian menjadi syarat wajib baginya setiap hari kerana ia adalah resepi ketenangan dalam kehidupannya. Sebagai wanita bekerjaya, Dr. Mazila tidak pernah berhadapan dengan masalah dalam pelbagai peranan beliau sebagai seorang isteri, ibu dan pekerja. Beliau tiada masalah dalam membahagikan masa untuk mengendalikan keluarga dan juga kerjayanya. Pengalaman beliau sebagai Felo di Kolej Canselor selama 16 tahun membuktikan beliau mampu membahagikan masa dengan baik. Kata Dr. Mazila lagi, sokongan daripada suami dan anak-anak yang sentiasa memahami membuatkan beliau dan keluarganya dapat melalui cabaran dan ujian dengan baik. 56 HALA TUJU KERJAYA UPM


Sepanjang kerjaya di Universiti Putra Malaysia, terlalu banyak kenangan manis yang telah berlaku. Situasi manis yang paling tidak boleh dilupa oleh wanita tegas ini adalah mendapat tawaran dari Universiti Putra Malaysia sebagai kaunselor secara tetap sehingga kini kerana beliau mempunyai impian sejak sekian lama untuk membina kerjaya di UPM. Kata Dr. Mazila, kenangan pahit sepanjang berada di UPM adalah terpaksa berulang alik dari rumah yang jauh di kotaraya Kuala Lumpur dengan menaiki bas ke UPM selama 6 bulan ketika permulaan kerjaya beliau dahulu. Ini kerana ia mengganggu tumpuan beliau ketika bekerja kesan daripada kepenatan berulang alik. Walaubagaimanapun, beliau dapat mengatasi dengan baik dan berusaha untuk tinggal berdekatan UPM. Apabila ditanya tentang kepuasan kerjaya sebagai Pegawai Psikologi di UPM, wajah doktor falsafah ini kelihatan berseri-seri kerana beliau menyatakan sangat berpuas hati ketika menjalankan tanggungjawab sebagai pegawai psikologi iaitu mengendalikan pelbagai kes kaunseling yang pelbagai. Membantu pelajar dan staf adalah satu keseronokan bekerja buat diri kaunselor berdaftar ini. Beliau juga menyatakan syukur dan berpuas hati dengan kemudahan yang diberikan kepada beliau oleh UPM ketika bekerja iaitu menyambung pengajian dari peringkat sarjana hinggalah kedoktoran. Melalui peluang berkenaan, beliau mendapat manfaat dalam pembangunan kerjaya dan lebih yakin dalam mengendalikan pengurusan pentadbiran jabatan dan juga kes kaunseling yang semakin mencabar kini. Temubual bersama Dr.Mazila, diakhiri dengan kata-kata inspirasi yang sungguh bermakna. 'Kita perlu sentiasa berfikir positif, hadirkan dalam minda dan pastinya kita akan bahagia serta tenang. Namun, jika kita berfikir sebaliknya iaitu berfikir negatif akan menyebabkan tingkahlaku kita akan negatif dan kita akan mengambil keputusan yang tidak tepat dalam hidup kita.' Kata-kata inspirasi ini sebagai panduan untuk digunakan seharian. Wanita ini juga sempat menamatkan sesi temubual dengan menyampaikan pesanan buat graduan kaunseling yang ingin menjadi seorang pegawai psikologi. Pesanan emas tersebut adalah. ' Seorang pegawai psikologi yang berjaya adalah seorang yang ikhlas dan seronok membantu klien serta tidak mudah putus asa dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik.'. 57 HALA TUJU KERJAYA UPM


Kenaikan pangkat bagi skim Pegawai Psikologi adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memnuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. HALA TUJU KERJAYA UPM GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT P EGAWAI PSIK O L O GI MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,281.86- Gaji minima (Gred-S41) Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada pesakit dan staf. 58


HALA TUJU KERJAYA UPM Bagaimana Haslina seorang yang lembut dan penuh dengan ciri kewanitaan akan dapat memimpin dan mempengaruhi staf Perpustakaan Sultan Abdul Samad? Adakah mereka akan menurut dan mendengar arahan dan dasar yang akan beliau perkenalkan? Seorang yang bersemangat waja dan mempunyai kredebiliti seorang pemimpin, itulah dia Cik Haslina Abu Seman@Talib, seorang yang sederhana dan mesra dan moto yang sentiasa diingati oleh beliau ialah “teruskan jalan”. Itulah pesanan yang akan sentiasa diingati oleh tokoh ini. Meskipun beliau merupakan siswazah dari Bacelor Pengajian Sains Kemanusiaan, minat beliau terhadap perpustakaan membuatkan beliau menyambung pengajian ke Sarjana Sains Perpustakaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Haslina merupakan Timbalan Ketua Pustakawan di bawah portfolio perkhidmatan telah berkhidmat selama 26 tahun bermula pada 15 November 1996 yang lalu. Menyusuri kembali permulaan kepada perkhidmatan beliau di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1996 sebagai Pustakawan S3 bersamaan dengan Gred S41. Pada tahun 2005, beliau diberi tangunggjawab dan kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Gred S48. Setelah 10 tahun menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Bahagian, beliau dinaikkan pangkat ke Gred S52 pada tahun 2015 dan lima tahun kemudian dinaikkan pangkat ke Gred S54 pada tahun 2020. Dalam usaha Haslina memantapkan portfolio sebagai Timbalan Ketua Pustakawan dan sekali lagi beliau diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas di bawah portfolio pengurusan dan maklumat. Haslina mahu barisan staf di bawah pimpinannya sentiasa proaktif, berwawasan, peka dan berinovatif dalam setiap tindakan mereka. Imbas kembali antara kenangan manis beliau sepanjang berkhidmat di UPM apabila beliau yang pada masa itu baru 6 tahun bekerja telah diarahkan untuk ke UPM Kampus Bintulu pada tahun 2002 untuk membangunkan perpustakaan kampus Bintulu. Pada masa itu, UPM cawangan Bintulu baru dibuka pada tahun 2001. Beliau menerima tangungjawab yang diamanahkan dengan tenang dan rela hati dan yakin dengan perancangan Allah kepada dirinya. Atas dorongan daripada ayahnya pada masa itu ditambah dengan kelebihan yang ada sebagai pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Universiti Sultan Zainal Abiddin (KUSZA). 59 KISAH KERJAYA PUSTAKAWAN Penulisan oleh : Izwana Ismail & Anis Akmilah Mat Hassan


60 HALA TUJU KERJAYA UPM Menurut beliau, pada masa itu kampus Bintulu terletak di kawasan yang belum membangun dan kebanyakan bangunan adalah bangunan yang dibuka semula. Kenangan yang tidak pernah beliau lupakan apabila terpaksa membawa batu ke tandas kerana kawasan tersebut banyak ular dan beliau juga pernah diuji dengan sakit saraf menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dan melalui pengalaman ini menyebabkan hubungan dengan staf di Bintulu menjadi sangat rapat dan berkekalan hingga kini. Sepanjang menceritakan tentang kenangan manis tersebut, senyum tidak lekang dari bibir beliau dan raut wajah yang sangat gembira kerana melalui pengalaman tersebut mengajar beliau untuk jadi seorang yang berani, bersemangat dan sentiasa optimis dengan sesuatu. Akhirnya dengan semangat kerja berpasukan yang kuat dengan tim Bintulu membolehkan mereka membentuk dan memperkukuhkan Perpustakaan UPM Kampus Cawangan Bintulu. Namun begitu, sesuatu yang indah pasti akan ada pahitnya. Itulah asam garam lumrah kehidupan. Kenaikan pangkat lebih awal dikalangan rakan sejawatan menyebabkan hubungan terutama dengan rakan yang lebih senior menjadi renggang. Kawan-kawan sejawatan S41 sebelum ini mula menjauhkan diri masing-masing dan beliau rasa terasing yang mana sebelum ini hubungan mereka sangat baik dan apabila dinaikkan pangkat, mereka menjarakkan diri. Bertentangan dengan nilai diri, beliau rasa kurang harmoni dengan situasi yang berlaku. Haslina mempunyai harapan supaya hubungan dengan rakan-rakan akan baik seperti dahulu. Namun, tanggungjawab dan amanah yang diberikan perlu diteruskan. Beliau perlu meneruskan perjuangan dan yakin bahawa mereka akan bersama menuju matlamat yang sama iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Beliau yakin dan percaya, kerja biar ikhlas walaupun ikhlas itu umpama seekor semut hitam yang berjalan di atas batu yang sangat hitam pada malam yang gelap gelita, katanya lagi.


61 HALA TUJU KERJAYA UPM Beliau berkongsi resepi kejayaan dalam perkhidmatan iaitu dalam melaksanakan sesuatu perlu ada semangat yang kuat, belajar setiap masa kerana peluang dan kerja yang dilaksanakan ada cabaran tersendiri. Beliau juga berkongsi bahawa seseorang itu perlu kuat dari segi fizikal dan mental dan tidak mudah patah semangat dalam melaksanakan sesuatu kerja. Menurut Haslina lagi, dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua, Latihan yang disertai tidak lagi berfokus pada bidang tetapi lebih kepada pengurusan dan kepimpinan. Katanya, latihan yang diperlukan oleh seorang pustakawan telah ditetapkan oleh Pustakawan Malaysia. Malah, Jawatan Kuasa Pustakawan Universiti Awam bekerja sama dengan AKEPT juga telah merancang modul Latihan untuk sijil Program Kecemerlangan Ketua pustakawan dan Timbalan Ketua Pustakawan bagi pustakawan yang baru iaitu dalam tempoh 2 tahun dilantik sebagai ketua pustakawan. Ini kerana, sebagai seorang ketua, mereka harus mengikuti kursus-kursus yang lebih berat yang mana melibatkan pengurusan sumber manusia seperti Kursus Pengurusan Staf Bermasalah, Kursus Pengurusan Konflik, Kursus Pentadbiran dan Pengurusan Emosi. Dengan itu, apabila menjadi seorang ketua dapat mengendalikan sesebuah pentadbiran dengan baik. “Laut sangat dekat dengan diri saya”, kata Haslina. Katanya sebagai anak kelahiran negeri Terengganu, seronok dapat cuti sehari sekurang-kurangnya dan beliau dapat melihat laut. Apabila ditanya mengenai bagaimana beliau mengimbangi kehidupan kerjaya dan peribadinya, beliau mengakui beliau gemar melancong namun tidak dapat mengisi hobinya apabila negara dilanda pandemik Covid-19, pada tahun 2020 yang lalu. Oleh itu, katanya pantailah yang membuatkan beliau tenang dan rasa segar di kala kesibukan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Pustakawan. “Jadilah seorang yang memberi manfaat kepada orang lain berikan yang terbaik kepada yang lain, InsyaAllah yang baik-baik datang kepada anda.” Haslina berkongsi kata-kata yang diungkapkan oleh ayahnya semasa beliau mula-mula bekerja. Atas dorongan dan nasihat ayahnya, Haslina terus cemerlang dalam kerjayanya sehingga ke hari ini. Katanya, beliau berasa puas dalam kerjayanya apabila beliau dan perpustakaan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Haslina berharap beliau dapat memacu perubahan dan perkembangan perpustakaan lebih jauh dengan memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang ada sebagai pustakawan untuk kepentingan komuniti.


Kenaikan pangkat bagi skim Pustakawan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memnuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. HALA TUJU KERJAYA UPM GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT P U S TAKAWA N MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM2,281.86- Gaji minima (Gred-S41) Bertanggungjawab melaksanakan secara profesional program pembangunan sumber maklumat, pengurusan pentadbiran dan kewangan, aplikasi ICT di perpustakaan, pemeliharaan keselamatan sumber maklumat, dokumentasi dan pengurusan maklumat, penyediaan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan serta penyeliaan kakitangan sokongan. 62


HALA TUJU KERJAYA UPM “Kesihatan adalah nikmat yang terindah dan sangat penting dalam kehidupan manusia. Namun, nikmat ini jarang disyukuri oleh manusia dan kadang-kadang kita lupa untuk menjaga nikmat kesihatan”. Begitulah pesanan ringkas Dr. Fauziah yang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia (PKU, UPM) sejak 25 tahun yang lalu. Beliau sebelum ini, bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Universiti Petaling Jaya selama setahun dan kemudian berpindah di Hospital Kuala Lumpur sebagai Doktor Perubatan. Pengalaman selama empat (4) tahun di Hospital Kuala Lumpur memberi peluang kepadanya untuk terus menyambung khidmat baktinya sebagai Pegawai Perubatan di PKU bermula tahun 1997 sehingga kini. Dr. Fauziah binti Adnan adalah seorang anak kelahiran Kluang, Johor. Merupakan anak bongsu bagi pasangan Adnan bin Hj. Ibrahim dan Hajah Gayah binti Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 15 September 1967 dan merupakan anak ketujuh daripada tujuh orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan sepanjang sekolah menengah, beliau tinggal di asrama yang mana mengajar beliau untuk berdikari. Sokongan daripada kedua ibu bapanya, mendorong beliau untuk memilih untuk belajar bidang perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Pada masa itu, berlaku transisi pengurusan yang menempatkan pelajar perubatan USM untuk dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Dr. Fauziah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1989 dan masa itu masih bergelar seorang pelajar perubatan. Berkahwin dengan pilihan keluarga dan mempunyai empat orang cahaya mata merupakan anugerah terindah dalam hidupnya. Kehilangan anak kedua beliau membuatkannya lebih kuat dan tabah dalam membesarkan ketiga-tiga orang anaknya yang kini telah meningkat remaja. 63 KISAH KERJAYA PEGAWAI PERUBATAN Penulisan oleh : Izwana Ismail & Anis Akmilah Mat Hassan


Apabila disoal mengenai jawatannya di Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Fauziah menyatakan bahawa beliau diberi amanah dan kepercayaan untuk menjadi Ketua Pusat Kesihatan Universiti yang mempunyai 128 orang staf sejak 10 Februari 2016 yang lalu. Mengetuai pasukan besar memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada seluruh warga kampus UPM menjadikan Dr. Fauziah seorang ketua yang berdedikasi dan berkepimpinan yang tinggi. Perjalanan beliau menjadi seorang pengamal perubatan adalah satu perjalanan yang penuh cabaran dan menarik. Beliau tersenyum apabila mengimbau kembali tentang pengalamannya dalam dunia kerjaya sebagai pengamal perubatan. Pastinya setiap kerjaya mempunyai cabaran yang berbeza dan tidak terkecuali dirinya. Dalam awal perkhidmatannya bergelar doktor perubatan, sangat mencabar bagi dirinya apabila berhadapan saat genting untuk memaklumkan kepada keluarga pesakit yang pesakit tidak dapat diselamatkan. Runtun hatinya melihat penerimaan keluarga terhadap berita yang disampaikan. Namun dengan semangat yang kuat dan sokongan daripada semua pihak ketika itu terutama daripada jururawat senior, konsultan beliau dapat mengatasi keadaan itu. Daripada pengalaman itu, beliau belajar sesuatu bahawa untuk menjadi seorang pegawai perubatan memerlukan minat yang sangat mendalam, ketahanan fizikal dan mental yang tinggi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memberikan perkhidmatan. Dalam lembut ada ketegasan dapat dilihat dalam diri Dr. Fauziah dalam memimpin Pusat Kesihatan Universiti. Menurutnya sebagai seorang ketua, beliau dapat melihat dan merasai konflik yang berlaku dalam pentadbirannya. Baginya, fenomena ini biasa boleh berlaku di mana-mana dalam profesyen pekerjaan. Sebagai pemimpin yang sentiasa mendambakan ilmu, beliau sering merujuk rakan-rakan ‘senior’ apabila berlakunya konflik isu pentadbiran khususnya untuk membantunya membuat penilaian dan bertindak dengan bijak bagi mengendalikan isu tersebut secara okjektif. 64 HALA TUJU KERJAYA UPM


Dr. Fauziah yang tidak lokek dengan senyuman berkongsi rahsia bagaimana beliau mengendalikan konflik dalam pentadbirannya. Menurutnya, pendekatan paling ideal yang dirasakan boleh menyelesaikan isu-isu yang berlaku apabila seorang ketua memberi perhatian, mendengar keluhan serta menjadi kawan kepada staf sokongan. Komunikasi baik di antara pegawai dan staf mampu mengatasi konflik yang sedang berlaku. Ini kerana hubungan yang baik di kalangan staf menggalakkan keterbukaan mereka untuk berkongsi malah proses kerja juga dapat dilaksanakan dengan baik. Menjengah keperluan latihan yang diperlukan oleh pegawai-pegawai perubatan di Universiti Putra Malaysia. Sebagai pegawai perubatan profesional, mereka perlu memperbaharui lesen perubatan setiap tahun. Oleh itu. Mereka perlu melalui latihan berterusan melalui “Continuous Medical Education” atau “Continuous Professional Development” yang mana pegawai-pegawai perubatan ini perlu mendapatkan ilmu pengetahuan seiring dengan keperluan semasa dalam bidang perubatan. Di Pusat Kesihatan Universiti, pegawai-pegawai perubatan perlu menyertai dua jenis kategori latihan seperti latihan dalam Pendidikan Perubatan dan latihan Generik contohnya asas kepimpinan, pengurusan staf, pengurusan kewangan, penulisan kertas kerja dan lain-lain. Apabila ditanya mengenai kepuasan dalam kerjaya, Dr. Fauziah memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dapat menyumbang baktinya di Universiti Putra Malaysia selama lebih 20 tahun. Menurutnya, profesyen sebagai pegawai perubatan di universiti agak mencabar namun masih teratur. Sebagai orang lama dalam dalam profesyen perubatan dan kesihatan adalah menjadi satu kepuasan apabila dapat bekerjasama dengan komuniti universiti seperti pensyarah pelbagai bidang, pentadbir, jurutera dan pegawai pertanian untuk membantu anak-anak muda membina masa depan di universiti. Malah dapat dilihat generasi-generasi bijak pandai yang sangat berbeza dalam setiap kohort, lebih-lebih lagi pendekatan kepada mereka juga berbeza. Ini juga memberi impak terhadap kematangan kerjaya dan peningkatan kemahiran beliau dalam meneruskan kerjaya sebagai pegawai perubatan. Harapan Dr. Fauziah kepada komuniti khususnya bakal-bakal pemimpin negara supaya terus menjaga kesihatan kerana kesibukan dalam mengejar tanggungjawab sebagai pelajar membuatkan mereka terlupa untuk menjaga kesihatan mereka. 65 HALA TUJU KERJAYA UPM


GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT P EGAWAI P ER U BATA N MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM3,611.00- Gaji minima (Gred-UD43) Bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit. Menjalankan tugasan atas panggilan (on-call). Menyediakan laporan-laporan berkaitan. Menyampaikan ceramah-ceramah berkaitan. Memberikan perkhidmatan dan bertanggungjawab dalam bidang perubatan dan kesihatan dari segi pencegahan diagnostik, perawatan dan pemulihan bagi mengawal dan mempertingkatkan taraf kesihatan warga universiti dan masyarakat setempat. 1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.; atau (ii) Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia. Gaji permulaan lantikan pada Gred UD43 : RM3,611.00 b) Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 66 HALA TUJU KERJAYA UPM


67 HALA TUJU KERJAYA UPM KISAH KERJAYA PEGAWAI KEWANGAN Penulisan oleh : Kamariah Derasol Peluang menemuramah Puan Hajjah Izariahwati Mohd Isa merupakan peluang yang sangat istimewa bagi kami. Tambahan pula beliau baru sahaja dilantik menjadi Bendahari Universiti Putra Malaysia pada 15 Jun 2022. Sebagai seorang yang mempunyai jawatan tertinggi dalam gred W di Universiti Putra Malaysia, sudah semestinya beliau mempunyai jadual yang padat. Namun begitu, beliau sudi melapangkan masa untuk ditemuramah. Dengan kelembutan dan santun bahasanya, Puan Hajjah Izariah sangat tenang, mesra serta ‘humble’ orangnya. Puan Hajjah Izariahwati dilahirkan pada tanggal 16 Oktober 1967 di Kampung Morten, Melaka. Beliau dibesarkan daripada keluarga yang berpendapatan rendah. Beliau bersyukur apabila diterima bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Seremban pada tahun 1980. Pendidikan yang beliau terima telah membenihkan minatnya di dalam bidang perakaunan. Minat tersebut diperkukuhkan lagi dengan beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang Bacelor Sc. Business Admin Major Accounting di University of Arkansas. Di sana, beliau telah berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dengan mendapat Anugerah Kepujian Dekan dalam setiap semester. Seterusnya, beliau menyambung pengajiannya ke Amerika Syarikat dalam program MBA Pentadbiran Perniagaan dengan pinjaman MARA selama satu setengah tahun. Antara motivasi yang menyumbang kepada kegigihannya belajar dengan memperolehi keputusan cemerlang adalah matlamatnya untuk menukar pinjaman pelajaran menjadi biasiswa. Sekaligus, tidak akan membebankan keluarganya kelak, setelah tamat pengajian. Sepulangnya beliau dari Amerika Syarikat, beliau mendapat dua tawaran kerja iaitu sebagai pensyarah pengurusan di Universiti Utara Malaysia dan jawatan Pegawai Kewangan di Universiti Pertanian Malaysia. Oleh kerana minatnya lebih kepada bidang kewangan, maka pilihannya adalah untuk berkhidmat di UPM. Oleh itu, bermula dari 1 Julai 1992, bermulalah kerjayanya di UPM yang kini sudah genap 30 tahun perkhidmatannya. Dengan izin Allah, Puan Hajjah Izariahwati akan bersara pada usia 60 tahun, iaitu berbaki 5 tahun lagi perkhidmatannya semasa kisah ini ditulis.


68 HALA TUJU KERJAYA UPM Apabila diminta mengimbau kembali kenangan pahit manis dalam meniti alam kerjaya yang dilaluinya, beliau memaklumkan bahawa tiada kenangan yang dianggap pahit baginya namun hanyalah sebagai cabaran. Prinsipnya adalah untuk melakukan apa jua amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya walaupun sesukar mana sekalipun tugasnya. Apabila diimbas kembali latar belakang pendidikannya, Puan Hajjah Izariahwati didedahkan dengan sistem perakaunan di Amerika Syarikat, sedangkan dalam konteks Malaysia sistem perakaunan yang digunakan secara meluas adalah sistem perakaunan dari England. Oleh itu, beliau perlu membuat penyesuaian ilmu yang dipelajari dengan aplikasi di tempat kerja. Dalam menghadapi rakan sekerja dan staf bawahan, menurut Puan Hajjah Izariahwati, aspek komunikasi dua hala adalah amat penting demi kejelasan sesuatu perkara yang perlu dilakukan dalam sesuatu tugas. Dengan komunikasi yang berkesan, kita akan dapat mengurangkan konflik yang boleh dijangkakan. Namun begitu, apabila menghadapi tekanan dalam pekerjaan yang lebih berat, Puan Hajjah Izariahwati mengambil pendekatan spiritual, iaitu untuk kembali kepada Allah. Walau sebesar manapun masalah, dan sehebat manapun cabarannya, beliau percaya bahawa semuanya berlaku dengan izin Allah dan dimiliki oleh Allah. Ada kalanya Puan Hajjah Izariahwati mencari maklumat doa – doa yang sesuai bagi menguatkan jiwa dan hatinya. Puan Hajjah Izariahwati juga suka mendengar perkongsian motivasi Prof. Dr Muhaya Mohamad, Pakar Mata yang menjadi idola dan memberi inspirasi kepadanya. Selain itu, Puan Hajjah Izariahwati juga suka mengikuti kuliah dan perkongsian ilmu dari Ustazah Asma dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Sepanjang bertugas di dalam skim perjawatan kewangan, sudah semestinya Puan Puan Hajjah Izariahwati terdedah dengan pelbagai kursus dan latihan sama ada dari aspek pembangunan diri dan kemahiran berkaitan kerjayanya. Antara kursus yang memberi impak kepadanya adalah apabila diberi peluang menggantikan Dato’ Zulkiflee bin Othman, Bursar pada masa itu untuk menghadiri kursus anjuran organisasi luar. Ianya adalah sebahagian daripada latihan setelah Puan Hajjah Izariahwati menjawat gred W 54. Dato’ Zulkiflee bin Othman juga kerap melibatkan sekali Puan Hajjah Izariahwati di dalam kursus anjuran pihak UPM sebagai pemantapan ilmu dalam pengurusan kewangan organisasi.


Semasa menjalankan fungsi Bursar selama 2 bulan, Puan Hajjah Izariahwati yang sedang menjawat jawatan Timbalan Bendahari Kanan berpeluang merasai sendiri pengalaman mengendalikan tugas Bursar. Beliau turut mendapat pendedahan ilmu kepimpinan dan organisasi melalui Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) pada tahap pengurusan tertinggi. Tambahan pula, apabila kursus yang melibatkan konsultan dari luar negara, ilmu yang ditimba olehnya mencakupi isu-isu global, baik daripada segi kepimpinan mahupun ekonomi. Secara peribadi, Puan Hajjah Izariahwati berpendapat, walaupun seseorang pegawai itu sudah memiliki kelayakan akademik sama ada dari segi pentadbiran atau kewangan, mereka tetap mempunyai keperluan untuk menghadiri kursus berkaitan dengan perancangan, pemikiran dan pengurusan strategik. Ianya adalah satu keperluan untuk mendepani perubahan dunia VUCA iaitu Volatile, Uncertain, Complex dan Ambiguous. Cabaran yang dihadapi dalam VUCA perlu ditangani dengan perancangan strategik, membuat keputusan yang tepat, dan bersedia dengan sebarang kemungkinan apabila adanya ketidakpastian. Dalam hal ini, kemahiran untuk membuat keputusan dan melakukan pemikiran secara kritikal adalah sangat penting. Untuk itu, beliau menyarankan supaya pegawai yang masih baru atau berada di gred W41, W44 untuk menambah ilmu dengan mengikuti kursus anjuran agensi kerajaan seperti INTAN agar memperolehi kemahiran yang bersesuaian dalam jawatan yang disandang. Bagi seseorang yang menyandang jawatan tinggi dalam organisasi, Puan Hajjah Izariahwati memikul tugas dan tanggungjawab yang besar di tempat kerja. Dedikasinya dalam menjalankan tugas ada kalanya menyebabkan beliau terpaksa membawa balik kerja ke rumah. Namun begitu, Puan Hajjah Izariahwati bersyukur kerana keluarganya memahami situasi dan tuntutan kerjanyanya. Malahan, anak-anaknya akan mengingatkan beliau untuk berzikir dan berdoa apabila menghadapi tugas yang banyak dan mencabar. Memandangkan pada masa sekarang anak-anaknya sudah besar, masa kualiti bersama keluarganya adalah dengan makan bersama dengan anak-anak dan keluarga. Sekali sekala, apabila bercuti, suaminya akan membawa Puan Hajjah Izariahwati menziarahi sanak saudara dan ahli keluarga yang jauh. 69 HALA TUJU KERJAYA UPM


Dari segi kepuasan kerja, Puan Hajjah Izariahwati berpendapat bahawa seseorang ketua perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang boleh membimbing staf bawahannya. Malahan, beliau sendiri sanggup meluangkan masa untuk mengajar staf bawahannya mengenai sesuatu perkara dan beliau akan mendapat kepuasan apabila staf tersebut memahami apa yang diajarnya. Selain itu, kerjasama dan perkongsian pandangan adalah penting untuk menghasilkan idea-idea baharu dalam pekerjaan, terutamanya apabila mendepani keperluan terkini universiti yang perlu menjana pendapatan sendiri. Dengan kerjasama kolektif, sesuatu idea yang dilontarkan dapat direalisasikan dalam bentuk tindakan untuk mencapai hasrat organisasi. Pokok pangkalnya, perkongsian ilmu dan kerjasama membuahkan hasil yang disasarkan, malahan berpotensi untuk melangkaui jangkaan yang diharapkan. Dalam usianya yang sudah mencecah 55 tahun, Puan Hajjah Izariahwati bersama sahabatnya dari MRSM bergabung untuk memberi balik manfaat kepada MRSM, bak ‘sirih pulang ke gagang’. Beliau dan rakan-rakan bergabung dan berkongsi kepakaran masing-masing untuk memberi motivasi kepada pelajar, menyumbang secara kewangan dan material serta membantu hal ehwal kebajikan pelajar sesama sahabat alumni MRSM. Tidak ketinggalan, ilmu akhirat juga diberikan perhatian dengan mereka juga menganjurkan kelas membaca Al Quran secara dalam talian. Sesi temuramah tidak lengkap tanpa menitip pesanan hikmah daripada Puan Hajjah Izariahwati. Antara pesanan beliau kepada warga Universiti Putra Malaysia: “Dunia sekarang adalah dunia yang mencabar, dari segi organisasi dikenali sebagai VUCA world yang mana kita perlu menyediakan diri kita dengan ada visi, menjangkakan apa yang ada di hadapan kita, faham keadaan dan jelas. Untuk menanganinya kita perlulah ada ketahanan diri, kerjasama berpasukan. Yang penting juga adalah untuk melihat sesuatu perkara secara skop yang meluas, tidak bekerja secara ‘solo’ ataupun secara bersendirian. Kita menghubung kaitkan sesuatu tugasan supaya apa-apa pun penyelesaian dapat dijalankan secara menyeluruh. Dan sebagai seorang yang beragama Islam, kita kena ingat bahawa walau sebagus manapun kita, Allah Maha Berkuasa dan kita tiada kuasa dan bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik. Dan kita hendaklah sentiasa bersyukur dan laksanakan yang terbaik, Insya-Allah” 70 HALA TUJU KERJAYA UPM


KAEDAH KENAIKAN PANGKAT Kenaikan pangkat bagi skim Pegawai Kewangan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, iaitu pegawai perlu menunggu waran gred tinggi dikosongkan oleh penyandang, sama ada penyandang meninggal dunia, bersara wajib/pilihan, meletak jawatan, dinaikkan pangkat dan lain-lain. Apabila terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat, selalunya iklan akan dibuka dan calon yang memenuhi syarat umum kenaikan pangkat akan memohon melalui sistem yang disediakan. Panel Jawatankuasa Pemilih akan membuat pemilihan calon melalui kriteria berikut yang akan dinilai oleh penyelia calon dan juga perakuan dari Ketua PTJ tentang prestasi dan kompetensi calon untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi: i) Sifat Peribadi merangkumi Kualiti Peribadi dan Sumbangan di Luar Tugas ii) Kriteria Kecemerlangan merangkumi Kecemerlangan Diri dan Pengetahuan & Kemahiran Walaubagaimanapun, pada tahun 2015, UPM telah memperkenalkan kaedah kenaikan pangkat secara Fleksi berdasarkan kelulusan penulisan semula waran oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui kaedah ini, pegawai gred 41 boleh dinaikkan pangkat ke gred 44 selepas memnuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan setelah memenuhi genap tempoh perkhidmatan selama 5 tahun di UPM Serdang atau 4 tahun di UPM Bintulu. Oleh itu pegawai mempunyai sekurang-kurangnya sekali peluang kenaikan pangkat melalui warannya sendiri dalam tempoh perkhidmatannya sekiranya tiada waran gred yang lebih tinggi dikosongkan oleh penyandang. GAJI DAN GRED PERMULAAN SYARAT KELAYAKAN MEMOHON TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN P EGAWAI KEWA N GA N MA K LUMA T PENT ING Y ANG PERLU ANDA T AHU T ENT ANG J AWA T AN INI Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR RM-2,094.00- Gaji minima (Gred-W41) Bertanggungjawab menyelaras dan menyelenggara fungsi-fungsi mengenai urusan pembayaran gaji, elaun kerja lebih masa dan tuntutan panjar wang runcit pegawai/ kakitangan. Bertanggungjawab dalam menguruskan aktiviti kewangan agensi serta terlibat dalam penggubalan dasar kewangan, pelaburan, pengurusan kewangan, perakaunan dan perancangan keseluruhan bagi setiap proses kerja kewangan iaitu menguruskan perolehan dan pembayaran, mengawal peruntukan, meluluskan pemindahan imbuhan, meluluskan permohonan perbelanjaan, mengurus, mengawal dan memantau pelaburan, mengawal dan memantau pengeluaran cek dan panjar wang runcit, memantau pertanyaan audit dan mengawal harta dan inventori pejabat. Juga bertanggungjawab menyelaras pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Akaun dan Aliran Tunai serta menyelia dan mengaplikasi Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan Akta-Akta yang sedang berkuat kuasa dalam Pengurusan Kewangan dan Akaun. 7 HALA TUJU KERJAYA UPM 1


GARIS PANDUAN SARINGAN . 1) Setiap permohonan akan disaring bagi mendapatkan calon yang sesuai. 2) Calon yang layak disaring adalah calon yang tidak pernah disabitkan kesalahan atas tuduhan jenayah dan tidak pernah dibuang kerja oleh Kerajaan/Badan-badan Berkanun/Kuasa-kuasa Tempatan. 3) Panduan penyaringan pada peringkat awal mestilah berdasarkan Skim Perkhidmatan jawatan berkenaan. 4) Saringan seterusnya adalah tertakluk kepada syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa termasuklah kelayakan tambahan dan pengalaman yang berkaitan dengan tugasan jawatan yang hendak diisi. Syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti adalah seperti berikut: 72 HALA TUJU KERJAYA UPM Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR


LATIHAN YANG DISEDIAKAN OLEH UPM Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSA) telah diperkenalkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 yang menetapkan bahawa setiap anggota sektor awam perlu melengkapkan diri dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang serta berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar, merupakan Penyelaras Latihan UPM yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan latihanuntuk semua skim jawatan di UPM bagi memantapkan kompetensi dalam kalangan pekerja UPM. Bagi latihan jangka pendek, Pejabat Pendaftar bekerjasama dengan rakan strategik yang terdiri daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM yang dilantik berdasarkan kepakaran dan bidang yang diterajui oleh PTJ berkenaan yang dilantik sebagai Pelaksana Latihan UPM seperti Jadual 1. LATIHAN YANG DILAKSANAKAN DI PEJABAT PENDAFTAR 73 HALA TUJU KERJAYA UPM Rujuk Jadual 1 dengan mengimbas kod QR Takwim Latihan UPM setiap tahun dirancang bagi memenuhi kompetensi teras/kepemimpinan dan fungsian. Kompetensi teras diperlukan oleh setiap pekerja dalam organisasi sementara kompetensi khusus menjurus kepada sesuatu jawatan dalam organisasi. Rujuk lampiran dengan mengimbas kod QR Pejabat Pendaftar melaksanakan kursus teras dan kepemimpinan bagi Pegawai Kumpulan Akademik, Pengurusan & Profesional dan Pelaksana mengikut skim/gred jawatan seperti dalam jadual berikut: Rujuk jadual dengan mengimbas kod QR


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA PENSYARAH UNIVERSITI (KLUSTER SAINS DAN TEKNOLOGI) 74 HALA TUJU KERJAYA UPM Nota: Pemberat kriteria bagi setiap gred adalah berbeza mengikut Laluan Kerjaya (Pengajaran / Penyelidikan / Pengamal) Contoh di bawah bidang kluster sains dan teknologi antaranya adalah bioteknologi, dasar ICT, dan industri. Telah berada sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam jawatan Profesor Gred VK6. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa dan bermutu tinggi dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti VK5 VK5 VK6 VK7 DS54 DS52 Telah berada sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam jawatan Profesor Gred VK7. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa dan bermutu tinggi dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti. Telah memberikan Syarahan Inaugural. VK6 Bilangan Projek Penyelidikan Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Ds52 Bilangan Projek Penyelidikan Nilai Projek Penyelidikan H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Vk7 Bilangan Projek Penyelidikan Nilai Projek Penyelidikan H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Ds54


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA PENSYARAH UNIVERSITI (KLUSTER SAINS SOSIAL) 75 HALA TUJU KERJAYA UPM Nota: Pemberat kriteria bagi setiap gred adalah berbeza mengikut Laluan Kerjaya (Pengajaran / Penyelidikan / Pengamal) Contoh di bawah bidang kluster sains sosial antaranya adalah Kaunseling, Ekonomi, Pendidikan, Sains Politik, Psikologi, Sosiologi Telah berada sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam jawatan Profesor Gred VK6. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa dan bermutu tinggi dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti VK5 VK5 VK6 VK7 DS54 DS52 Telah berada sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam jawatan Profesor Gred VK7. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa dan bermutu tinggi dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti. Telah memberikan Syarahan Inaugural. VK6 Bilangan Projek Penyelidikan Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Ds52 Bilangan Projek Penyelidikan Nilai Projek Penyelidikan H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Vk7 Bilangan Projek Penyelidikan Nilai Projek Penyelidikan H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Ds54


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA PENSYARAH UNIVERSITI (KLUSTER KLINIKAL) 76 HALA TUJU KERJAYA UPM Nota: Pemberat kriteria bagi setiap gred adalah berbeza mengikut Laluan Kerjaya (Pengajaran / Penyelidikan / Pengamal) Contoh di bawah bidang kluster klinikal antaranya adalah Dermatologi, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Pembedahan, Anestesiologi, Rawatan Rapi, Oftalmologi & Ortopedik. Telah berada sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam jawatan Profesor Gred VK6. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa dan bermutu tinggi dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti VK5 VK5 VK6 VK7 DS54 DS52 Telah berada sekurang-kurangnya 2 tahun di dalam jawatan Profesor Gred VK7. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa dan bermutu tinggi dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Universiti. Telah memberikan Syarahan Inaugural. VK6 Bilangan Projek Penyelidikan Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Ds52 Bilangan Projek Penyelidikan Nilai Projek Penyelidikan H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Vk7 Bilangan Projek Penyelidikan Nilai Projek Penyelidikan H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Ds54


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA PEGAWAI PENYELIDIK 77 HALA TUJU KERJAYA UPM Nota: Pemberat kriteria bagi setiap gred adalah berbeza mengikut kluster (SainsTeknologi / Sains Sosial) Q52 Q44 Q41 Q48 Q54 Nilai Projek Penyelidikan: H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Q44-Q54 Kluster Sains Dan Teknologi (ST) Nilai Projek Penyelidikan: H-indeks Penerbitan Artikel Projek JINM Berimpak Penglibatan Di Peringkat Ptj/Universiti Keahlian Profesional Q44-Q54 Kluster Sains Sosial (Ss)


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA PEGAWAI SAINS, PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT, PEGAWAI PERTANIAN, PEGAWAI VETERINAR, PEGAWAI PSIKOLOGI, PEGAWAI KEWANGAN, PERPUSTAKAWAN, & JURUTERA 78 HALA TUJU KERJAYA UPM telah disahkan dalam perkhidmatan; mencapai prestasi yang ditetapkan sekurang-kurangnya 80% untuk Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) bagi tiga (3) tahun terakhir di gred semasa; dan bagi Pegawai Akademik haruslah mencapai sekurangkurangnya 80% untuk kriteria yang ditetapkan. diperaku oleh Ketua Pusat Tanggungjawab; mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa; bebas daripada sebarang hukuman tatatertib; lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan Penilaian Khas (jika diperlukan) yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik. Syarat Umum 1. 2. LPPT (55%) - 80% bagi 3 tahun terakhir sebelum permohonan Tahun ke-3: 20% Tahun ke-2: 35% Tahun terkini: 45% Penilaian Ketua Jabatan (35%) Sifat peribadi (kualiti peribadi + sumbangan luar tugas rasmi) Kriteria kecemerlangan (kecemerlangan diri + pengetahuan & kemahiran) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (5%) 5% kepada calon yang pernah dapat APC Tempoh Perkhidmatan (5%) 5% kepada calon paling lama berkhidmat dalam gred semasa Kriteria Kenaikan Pangkat 1. 2. 3. JUSA Jawatan Pentadbiran 41 44 48 52 54 Gred Lantikan Kekosongan Waran Fleksi (5 tahun) Kekosongan Waran Kekosongan Waran


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA PEGAWAI TADBIR 79 HALA TUJU KERJAYA UPM telah disahkan dalam perkhidmatan; mencapai prestasi yang ditetapkan sekurang-kurangnya 80% untuk Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LPPT) bagi tiga (3) tahun terakhir di gred semasa; dan bagi Pegawai Akademik haruslah mencapai sekurangkurangnya 80% untuk kriteria yang ditetapkan. diperaku oleh Ketua Pusat Tanggungjawab; mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa; bebas daripada sebarang hukuman tatatertib; lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan; dan Penilaian Khas (jika diperlukan) yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Melantik. Syarat Umum 1. 2. LPPT (55%) - 80% bagi 3 tahun terakhir sebelum permohonan Tahun ke-3: 20% Tahun ke-2: 35% Tahun terkini: 45% Penilaian Ketua Jabatan (35%) Sifat peribadi (kualiti peribadi + sumbangan luar tugas rasmi) Kriteria kecemerlangan (kecemerlangan diri + pengetahuan & kemahiran) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (5%) 5% kepada calon yang pernah dapat APC Tempoh Perkhidmatan (5%) 5% kepada calon paling lama berkhidmat dalam gred semasa Kriteria Kenaikan Pangkat 1. 2. 3. JUSA Jawatan Pentadbiran 41 44 48 52 54 Gred Lantikan Kekosongan Waran Fleksi (5 tahun) Kekosongan Waran Fleksi (5 tahun)


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA GURUBAHASA 80 HALA TUJU KERJAYA UPM Bagi syarat ujian bahasa, ia disemak oleh Pusat Kemajuan dan Kompetensi Bahasa (CALC) dan Ketua Pusat Tanggungjawab yang berkenaan. Secara amnya, markah lulus bagi setiap ujian adalah bersamaan tahap C1 (rendah) untuk kenaikan pangkat dari gred DG44 ke DG48 dan gred DG48 ke DG52 dan tahap C1 (pertengahan) untuk kenaikan pangkat dari gred DG52 ke DG54 mengikut rangka Common European of Reference of Languages (CEFR). 41 Gred Lantikan 44 48 52 54 5 Tahun (UPM Serdang) 4 Tahun (UPM Bintulu) 5 Tahun (UPM Serdang) 4 Tahun (UPM Bintulu) 5 Tahun (UPM Serdang) 4 Tahun (UPM Bintulu) 5 Tahun (UPM Serdang) 4 Tahun (UPM Bintulu) Disahkan dalam perkhidmatan Markah sekurang-kurangnya 80% untuk Laporan Nilaian Prestasi Tahunan Bagi 3 tahun terakhir ; Tempoh perkhidmatan gred semasa* Lulus ujian bahasa* Diperakukan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab Syarat Umum


INFOGRAFIK LALUAN KERJAYA PEGAWAI PERUBATAN 8 HALA TUJU KERJAYA UPM 1 Kerajaan telah mengeluarkan pelan laluan kerjaya baharu yang lebih baik bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kerajaan juga turut memanjangkan keputusan tersebut untuk diguna pakai di Universiti Awam (UA). Lembaga Pengarah Universiti dalam mesyuaratnya yang ke-80 bertarikh 12 April 2010 juga telah meluluskan untuk menerima pakai pelan laluan kerjaya baharu bagi Skim Perkhidmatan Pegawai Perubatan di UA. Dengan pelaksanaan laluan kenaikan pangkat baharu ini, akan berlakunya kenaikan pangkat secara pelangkauan gred berdasarkan tempoh perkhidmatan selama 9 tahun dengan mengambil kira perkhidmatan di KKM dan perlu disahkan dalam perkhidmatan di gred DU45/51 di UPM. Tarikh kuat kuasa juga telah dipanjangkan penggunaannya ke UA iaitu berkuat kuasa mulai 9 Mac 2010. Pegawai hendaklah memenuhi semua syarat umum kenaikan pangkat dan juga syarat khusus seperti jadual di bawah: Rujuk infografik dengan mengimbas kod QR


KENALI PENULIS 82 HALA TUJU KERJAYA UPM Mohd Redzuan Zamberi Syarifah Sheril Azlin Syed Baharin Izwana Ismail Wan Azurani Wan Ahmad Anis Akmilah Mat Hassan Mohamad Ashaari Awab Noorihayatti Noorudin Kamariah Derasol Haniff Abdullah Hashim Kemelia Omar Mohamad Za'im Rosli Bahagian Kaunseling UPM Suhana Md Chairi Noremy Busu Muhammad Fakarrudeen Zulkifli Siti Maryam Othman Siti Khadijah Ahmad Pendaftar UPM


NOTA 83 HALA TUJU KERJAYA UPM Video Khas : Kata-Kata Inspirasi Dari Pendaftar UPM Rujuk video khas dengan mengimbas kod QR


NOTA 84 HALA TUJU KERJAYA UPM Kenali Wajah Tokoh Kerjaya : Rujuk gambar wajah tokoh kerjaya dengan mengimbas kod QR


HalaTuju Kerjaya Kisah Inspirasi 13 Jawatan Popular di UPM KENAPA ANDA PERLU BACA BUKU INI Buku ini adalah sebagai pemandu dalam proses membina hala tuju kerjaya awal pengajian buat 13 jawatan yang ada dalam buku ini. Memiliki 'Hala Tuju Kerjaya' diibaratkan seperti anda sedang membina hala tuju kerjaya yang tepat dan ia boleh dijadikan sebagai pembakar semangat dan suntikan motivasi kepada anda dalam membina kerjaya. Konsep buku ini adalah memudahkan pembaca dalam merangka perancangan, pembangunan dan perkembangan kerjaya melalui kandungan, kisah inspirasi secara 'real' dan infografik laluan kerjaya. APA YANG ADA DALAM BUKU INI Kisah Inspirasi 13 Jawatan Popular di UPM iaitu pengalaman asli daripada 13 orang tokoh yang dipilih. Maklumat lengkap berkaitan tanggungjawab dan peranan, gaji, kelayakan memohon serta kenaikan pangkat bagi setiap 13 jawatan popular di UPM. Maklumat kaedah persaringan jawatan yang ditawarkan di UPM. Inforagik menarik laluan kerjaya bagi 13 jawatan popular di UPM. Pemberitahuan berkaitan latihan yang telah ditawarkan dan diberikan kepada semua warga kakitangan UPM bagi perkembangan kerjaya di UPM. Penafian : Sebarang maklumat yang terkandung di dalam buku ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat yang komprehensif atau lengkap. Buku ini tidak bermaksud untuk memberikan apaapa nasihat profesional berkaitan bimbingan dan kaunseling kerjaya. Oleh yang demikian, pembaca adalah dinasihatkan mendapat bantuan profesional bagi keterangan lanjut.


Click to View FlipBook Version