PENERIMAAN PENGGUNAAN APLIKASI CIRCUIT SIM TERHADAP
KEFAHAMAN PELAJAR IPT DALAM SUBJEK ELEKTRIK. KAJIAN KES
DISEBUAH UNIVERSITI AWAM
PROPOSAL PROJEK TAHUN AKHIR
Nama : Abu Bakar bin Mohamad Arbi
No Matriks : D20172081360
Penyelia : Prof. Madya Dr. Sethuprakhash a/l Vengidason
Penilai : PM. Dr. Mohamed Nor Azhari Azman
: En. Khairul Anuar bin Hasnan
SENARAI KANDUNGAN Muka surat
SENARAI KANDUNGAN 1
SENARAI JADUAL 6
SENARAI RAJAH 8
BAB 1 PENGENALAN 10
10
1.1 Pengenalan 11
1.2 Latar Belakang Kajian 12
1.3 Penyataan Masalah 13
1.4 Tujuan dan Objektif Kajian 15
1.5 Persoalan Kajian 15
1.6 Hipotesis Kajian 18
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Kerangka Konseptual Kajian 19
1.9 Batasan Kajian 20
1.10 Definisi Operasional 23
1.11 Rumusan
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Aplikasi dalam Pembelajaran
2.3 Teori Berkaitan
2.4 Model Berkaitan 28
2.5 Kajian-Kajian Empirikal yang Berkaitan 32
2.6 Rumusan 35
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Populasi dan Sampel 39
3.4 Instrumen Kajian 40
3.5 Pengumpulan Data 44
3.6 Analisis Data 44
3.7 Rumusan 45
RUJUKAN 46
SENARAI JADUAL Muka Surat
42
Jadual 42
3.1 Skala Likert 43
3.2 Julat Interprestasi Skor Min
3.3 Cadangan Taburan Item Soal Selidik
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
1.1 Kerangka Konseptual Kajian Diadaptasi dari Teori 14
Kognitif Belajar Gestalt dan Model Pembelajaran Kolb
2.1 Teori Kognitif Piaget yang Menerangkan Tentang Konsep 26
Utama Teori
2.2 Model Pembelajaran Dua Dimensi Kolb dan Empat Gaya 30
Pembelajaran
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia adalah salah sebuah negara yang sedang giat menuju ke puncak
revolusi teknologi dunia iaitu industri revolusi 4.0 (IR 4.0). Semua bidang
sedang giat untuk mencapai tahap kemajuan ini, termasuklah bidang pendidikan.
Satu anjakan telah dilakukan di Malaysia yang dikenali sebagai salah satu negara
yang pesat membangun di Asia. Oleh itu haruslah membuktikan bahawa
bahagian pendidikan mereka juga telah berada di tahap yang lebih tinggi
1
berbanding dengan negara lain selari dengan unsur penting dalam matlamat
pendidikan negara iaitu untuk memperkembangkan daya intelek seseorang
kepada taraf minda kelas pertama di samping unsur-unsur lain. Oleh itu,
pendidikan merupakan penggerak penting dalam membangunkan sumber
manusia yang berpengetahuan kemahiran serta berinovasi di Malaysia (Ramlee
2013). Falsafah ini sekali gus telah menggambarkan hakikat keseluruhan yang
terdapat dalam sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Di era pembangunan 2020 ini pendidikan adalah salah satu langkah awal
yang harus dititik beratkan untuk memastikan produk yang dikeluarkan iaitu
pelajar mendapat ilmu yang secukupnya berserta dengan tahap pengetahuan
tentang teknologi terkini bukan hanya berdasarkan pengetahuan tradisional.
Tajul Ariffin Noordin (1993) menjelaskan bahawa sistem pendidikan Malaysia
telah memasuki era yang lebih baik dengan tercetusnya Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) pada tahun 1987. Pengajaran konvensional adalah bertunjangkan
kepada kaedah pembelajaran dalam bentuk penyampaian maklumat dan
penerangan idea atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar
melalui komunikasi satu hala sahaja. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar
merasa bosan untuk belajar dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik
pelajar merosot. (Eee Ah Min, 1997). Kebanyakan pelajar dimasa ini dilihat
telah celik teknologi disebabkan faktor sekeliling dan perubahan budaya dan
ditambah pula dengan wujudnya sistem pembelajaran Technical and Vocational
Education and Training (TVET) yang mana sangat memberi impak yang besar
2
dalam dunia Pendidikan masa kini kerana ia membuka peluang kepada pelajar
yang berminat dengan bidang kemahiran untuk lebih mendalami bidang
tersebut.
Pendidikan pembangunan lestari juga telah mengubah corak
penggunaan teknik teknologi dan pengeluaran baru yang diubahsuai mengikut
keperluan yang lebih ke arah kelestarian (Majumdar, 2009). Salah satu topik
yang agak dititik beratkan adalah topik elektrik. Terdapat kajian mendapati
topik elektrik adalah topik yang sukar difahami. Kebanyakan pelajar yang
mempunyai kesukaran dalam litar elektrik adalah terdiri daripada mereka yang
kurang memahami tentang konsep arus yang mengalir dalam sesebuah litar.
(McDermott & Shaffer, 1992). Terdapat pelbagai cara telah diusahakan untuk
memastikan pelajar memahami topik ini dan mendapat pemahaman yang
sepenuhnya. Kebanyakan institusi di Malaysia masih mengamalkan
pembelajaran berasaskan tradisional yang mana mereka menggunakan objek
nyata dalam pembelajaran. Secara am nya penggunaan cara ini tidak
mempunyai banyak kekurangan kerana pengajar hanya boleh menggunakan apa
yang telah mereka sediakan sahaja. Jika terdapat sedikit soalan yang
memerlukan contoh lain maka tenaga pengajar harus menggunakan bahan bantu
mangajar (BBM) lain untuk menunjukkan secara praktikalnya. Antara sebab
utama pelajar tidak menguasai topik elektrik yang dinyatakan oleh kajian
terdahulu adalah kerana kaedah pengajaran guru. Kaedah pengajaran yang
hanya berpandukan buku teks dan syarahan dilihat sebagai sesuatu yang
membosankan dan tidak dapat merungkai dengan jelas konsep elektrik. (Yong,
2005).
3
Elektrik merupakan satu topik yang memerlukan pelajar untuk berfikir
dan melakukan secara teori untuk mendapatkan kefahaman. Terdapat banyak
komponan di dalam elektrik yang harus dikenali serta difahami, dan disetiap
komponan tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Di institusi terdapat
beberapa kekangan yang terjadi kepada tenaga pengajar untuk mengajar topik
elektrik tersebut. Oleh yang demikian disebabkan terdapat banyak kekangan
maka, pelajar akan menjadi tidak berminat untuk belajar topik tersebut,
ditambah pula topik tersebut adalah satu topik yang agak susah. Ini bagi
memastikan bahawa pembentukan konsep awal pelajar dalam memahami dan
membezakan bagaimana arus, voltan, tenaga dan rintangan dapat diterapkan
terlebih dahulu sebelum mereka mempelajari topik elektrik yang lain ataupun
melaksanakan tugasan amali (Kamalularifin Subari et al, 2019).
Tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
pengetahuan pelajar. Antara inisiatif tenaga pengajar bagi meningkatkan
kefahaman pelajar ialah mempelbagaikan teknik pengajaran. Menurut Cristina
(2012) menyatakan guru yang membentuk serta mengunakan kaedah pengajaran
yang memenuhi keperluan gaya pembelajaran pelajar dapat memberi kesan yang
positif terhadap hasil pembelajaran, sikap pelajar terhadap isi pelajaran dan
motivasi untuk belajar, seterusnya membawa kepada pencapaaian tertinggi
dalam akademik. Oleh yang demikian pembelajaran melalui bantuan alat bantu
mengajar berteraskan komputer adalah sangat digalakkan pada masa ini. Hal ini
disebabkan pelajar pada masa sekarang amat mahir menggunakan komputer
kerana komputer mempunyai satu daya tarikan yang mempu memberi fokus dan
menarik minat kepada penggunanya. Penggunaan teknologi perkomputeran
4
sebagai BBM adalah sangat sesuai diaplikasikan pada zaman yang serba
membangun ini supaya selari dengan teknologi luar. Oleh yang demikian
dengan penggunaan teknologi perkomputeran sebagai BBM adalah sangat
sesuai diaplikasikan pada zaman yang serba membangun ini supaya selari
dengan teknologi luar
Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat
digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki
keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum
zaman komputer. Antara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:
• Hubungan Interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di
antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer dapat menggalakkan
inspirasi dan meningkatkan minat.
• Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu
untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki ingatan. Aktiviti
pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti daripada para
pelajar (Clements, 1995).
• Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar
memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta.
Peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan dapat
memotivasikan pelajar.
Penggunaan aplikasi circuit sim ia akan sangat membantu para tenaga
pengajar untuk menyediakan memberi kefahaman yang lebih mendalam dan
sekali gus dapat menarik minat pelajar untuk lebih fokus dalam memahami
5
topik elektrik tersebut. Circuit Simulator adalah satu aplikasi elektrik yang
digunakan untuk membina litar-litar ringkas. Aplikasi ini mudah digunakan
kerana ia menggunakan simbol-simbol yang sama dengan apa yang terdapat
didalam buku. Ia juga boleh digunakan secara percuma. Criswell (1989)
mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan
melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Aplikasi ini
boleh digunakan para tenaga pengajar dan juga pelajar sebagai bahan untuk
mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam kerana mereka hanya perlu
membina litar didalam aplikasi tersebut dan secara langsung boleh melihat
samada litar dapat berfungsi ataupun tidak.
1.2 Latar Belakang Kajian
Menurut Cristina (2012) menyatakan guru yang membentuk serta mengunakan
kaedah pengajaran yang memenuhi keperluan gaya pembelajaran pelajar dapat
memeberi kesan yang positif terhadap hasil pembelajaran, sikap pelajar terhadap
isi pelajaran dan motivasi untuk belajar, seterusnya membawa kepada
pencapaaian tertinggi dalam akademik. Mempelajari teori sahaja tidak
mencukupi bagi seseorang individu untuk menjadi kompeten atau mahir dalam
hands-on skills. Permintaan industri terhadap tenaga kerja mahir pada masa kini
bukan hanya kepada pelajar yang menguasai teori semata-mata, tetapi kepada
pelajar yang lebih menguasai kemahiran yang praktikal dalam bidang-bidang
tertentu (Mohamad, Razali & Jalil, 2009). Kajian oleh Siti Fatimah & Ab Halim
6
(2010) menyatakan bahawa penggunaan BBM berasaskan teknologi maklumat
dan komunikasi (TMK) berada pada paras mininum yang rendah. Hal ini
disebabkan oleh kebiasaan para tenaga pengajar yang telah menggunakan cara
konvensional dalam teknik pengajaran harian semenjak dari permulaan mereka
mengajar.
Litar elektrik ialah sebuah sambungan khas yang mempunyai rangkaian
beberapa elemen seperti perintang yang membolehkan sesebuah arus pergi dan
kembali dan dalam masa yang sama sambungan litar tersebut haruslah berfungsi
dengan baik. Kajian ini adalah berfokuskan kepada penggunaan sebuah aplikasi
perkomputeran yang digelar circuit simulator dan bagaimana ia berfungsi untuk
memberi kefahaman kepada pelajar terutamanya dalam topik elektrik, Maka
dengan adanya penggunakan aplikasi seperti circuit sim dalam pengajaran
tenaga pengajar, maka ia secara tidak langsung boleh menjimatkan masa tenaga
pengajar serta memberi pelajar masa yang lebih banyak dengan skop
pembelajaran yang lebih luas serta fleksibal dalam memahami subjek elektrik
tersebut terutamanya dalam bahagian penyambungan litar. Ditambah pula
dengan kedatangan aplikasi teknologi didalam bidang pendidikan yang
memberi banyak impak positif kepada pelajar dan guru. Teknologi ini akan
banyak memberi kebaikan dan salah satunya ia mampu menjadikan pengajaran
menjadi lebih menarik, relevan dan mudah difahami. Ini bertepatan dengan apa
yang dikatakan oleh Hashimah Hassan (2012) iaitu dalam proses pembelajaran,
sesetengah pelajar hanya dapat memahami apa yang diterangkan melalui
penglihatan mata kasar, manakala sesetengah pelajar pula dapat memahami
dengan jelas apa yang diterangkan oleh guru tanpa perlu divisualkan.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Clark dan Yinger (1977) menyatakan apa yang dibuat oleh guru dipengaruhi
oleh pemikiran mereka. Permasalahan dalam kajian ini adalah menitik beratkan
bagaimana pelajar tidak didedahkan dengan bahan bantu mengajar yang sangat
membantu mereka dan mereka hanya didedahkan dengan pengajaran teknik
konvensional sahaja yang mana ia akan menjerumus kepada kesukaran pelajar
untuk memahami apa yang diajarkan oleh pengajar terutamanya dalam topik
elektrik yang memerlukan pengajar untuk menunjukkan BBM yang mudah
difahami serta amali yang kukuh.
Teori asas kepada kajian ini diambil daripada kajian Azyan binti Md
Zahri (2019) menitikberatkan tentang akibat daripada kurang memahami asas
penyambungan litar, membuatkan pelajar tidak dapat membuat pengubahsuaian
litar seterusnya tidak tahu pada bahagian manakah arus dan voltan boleh diukur
dan beliau juga menyatakan pelajar sering menghadapi masalah untuk
memahami kaedah untuk menyambung litar serta tidak dapat membuat analisis
untuk mengukur nilai voltan dan arus yang mengalir didalam litar tersebut.
Elektrik merupakan sesuatu perkara yang sangat kompleks dan
mempunyai konsep yang terlalu abstrak dan ianya memerlukan kepada model-
model, analogi dan metafora supaya dapat menjelaskan konsep asasnya (Mulhall
et al., 2001; Chambers & Andre, 1996). Antara langkah asas untuk memahami
topik elektrik adalah dengan memahami terlebih dahulu litar selari dan juga litar
sesiri. Litar selari adalah litar yang mana arus elektrik mengalir melalui lebih
8
dari satu lintasan. Manakala litar sesiri pula adalah litar yang mana arus elektrik
mengalir malalui satu lintasan sahaja. Pembelajaran menerusi web dan kaedah
demonstrasi (Nazli, 2002). Oleh yang demikian jelaslah berdasarkan Turgut et
al., 2011; McDermott & Shaffer, (1992), menyatakan terdapat kajian lain
dijalankan untuk mengatasi masalah ketidakfahaman pelajar dan kesukaran
pembelajaran di dalam topik arus elektrik dan ia telah menunjukkan pelajar
memang mempunyai masalah dalam memahami arus elektrik. Tambahan pula
elektrik adalah satu topik asas yang akan berkaitan dengan topik elektronik,
maka sebelum mereka pergi lebih lanjut ke topik elektronik mereka harus
memahami terlebih dahulu topik elektrik yang mana ia adalah asas kepada topik
seterusnya. Hal ini kerana dengan memahami topik elektrik akan menjadi
permulaan kepada pelajar sebagai langkah seterusnya untuk mengambil subjek
elektronik serta digunapakai didalam pengajaran disekolah untuk mengajar anak
murid didalam subtopik elektrik, elektronik dan mekatronik dalam subjek Reka
Bentuk dan Teknologi tingkatan 1, 2 dan 3 di sekolah menengah. Oleh yang
demikian jelaslah yang jika pelajar tidak memahami topik elektrik maka mereka
akan mempunyai masalah untuk memahami topik seterusnya.
1.4 Tujuan dan Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan aplikasi circuit
sim terhadap kefahaman pelajar dalam subjek elektrik di sebuah universiti
awam. Justeru itu, kajian ini menjurus secara spesifik untuk menjawab
persoalan kajian berikut:
9
1. Mengenalpasti samada wujud perbezaan kefahaman pelajar
berdasarkan faktor demografi.
2. Mengenalpasti aplikasi circuit sim yang menjadi moderator kepada
gaya kognitif pelajar.
3. Menentukan samaada terdapat peningkatan antara pengetahuan dan
kebolehupayaan pelajar dalam mendalami subjek elektrik.
1.5 Persoalan Kajian
Didalam kajian ini penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi
memastikan objektif kajian tercapai. Berikut merupakan persoalan kajian yang
telah dibentuk dalam kajian ini.
1. Adakah wujud perbezaan tahap kefahaman pelajar berdasarkan faktor
demografi?
2. Mengenalpasti adakah aplikasi circuit sim yang digunakan sesuai untuk
menarik minat pelajar?
3. Adakah terdapat peningkatan diantara pengetahuan dengan
kebolehupayaan pelajar dalam mendalami subjek elektrik?
1.6 Hipotesis Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan daripada penggunaan aplikasi
circuit sim dalam pengajaran terhadap tahap kefahaman pelajar dalam
10
memahami topik elektrik berdasarkan faktor faktor demografi. Kajian ini juga
untuk menentukan sama ada wujud hubungan yang signifikan di antara
pengetahuan dengan kebolehupayaan pelajar. Berdasarkan persoalan kajian,
beberapa hipotesis nol telah dibentuk seperti berikut:
Persoalan kajian 1: Adakah wujud perbezaan tahap kefahaman pelajar
berdasarkan faktor demografi?
Hipotesis Ho1: Tidak ada perbezaan yang signifikan mengenai sikap pelajar
terhadap Aplikasi Circuit Sim berdasarkan faktor sosio ekonomi.
Hipotesis Ho2: Tidak ada perbezaan yang signifikan mengenai sikap pelajar
terhadap Aplikasi Circuit Sim berdasarkan faktor latar belakang pendidikan.
Hipotesis Ho3: Tidak ada perbezaan yang signifikan mengenai sikap pelajar
terhadap Aplikasi Circuit Sim berdasarkan faktor umur.
Persoalan kajian 2: Adakah dapat menentukan samaada terdapat peningkatan
diantara pengetahuan dengan kebolehupayaan pelajar dalam mendalami subjek
elektrik
Hipotesis Ho4: Tidak ada perbezaan yang signifikan untuk menentukan
sekiranya terdapat peningkatan pengetahuan dengan kebolehupayaan pelajar.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini penting kerana ianya mengenalpasti dan
menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kepada kefahaman pelajar dalam
mempelajari subjek elektrik. Masalah kefahaman pelajar dalam litar asas
11
elektrik bermula dari pelajar sekolah sehingga ke peringkat universiti menjadi
salah satu perkara yang sering dikaji (Borges &Gilbert, 1999). Ini sejajar
dengan dapatan Bowman dan Aubrecht (2007) yang mengatakan kebanyakan
pelajar keliru diantara konsep litar siri dan litar selari. Tambahan pula, kajian
McDermott dan Shaffer (1992) juga menyatakan pelajar tidak memahami
konsep rintangan dengan baik.
Mohsin & Hassan (2011) menyatakan kepentingan menggunakan BBM
dalam proses P&P di kalangan tenaga pengajar adalah membantu pengajar
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dalam proses P&P, menjimatkan masa
dan tenaga pengajar dalam menyediakan BBM, membantu pengajar menyahut
cabaran dengan mempertingkatkan potensi penggunaan teknologi terkini,
memberi kesan positif ke atas pelajar dalam proses P&P, kesejagatan sumber
P&P dan yang terakhir ialah penyediaan pengajar terhadap penggunaan BBM
dalam P&P sejajar dengan abad ke 21. Sehubungan dengan itu, pengajar yang
cekap menguruskan aktiviti P&P dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar
yang berketerampilan, berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan setiap
perlakuan tenaga pengajar akan menjadi kesan kepada pencapaian pelajar (Stapa
et. al. 2012).
Dapatan kajian ini dapat membantu para tenaga pengajar sekolah
menengah dan universiti khususnya guru dan pelajar reka bentuk dan teknologi
agar dapat menggunakan cara yang terbaik dalam pengajaran mereka
terutamanya dalam topik elektrik yang memerlukan kefahaman yang tinggi oleh
pelajar agar mereka dapat mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang.
12
Selari dengan tujuan kajian ini yang mana ia adalah untuk melihat kesan
penggunaan aplikasi circuit sim nya sebagai bahan pengajaran yang mempunyai
banyak kelebihan berbanding dengan cara konvensional yang banyak
kekurangan dalam pengajaran topik elektrik di sekolah menengah.
1.8 Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual dalam kajian ini berdasarkan kepada teori Kognitif Belajar
Gestalt dalam Sutarto. M.Pd (2017) dan Model Pembelajaran Kolb dalam
Rohaila, Norasmah dan Faridah (2004). Didalam teori ini terdapat beberapa
pemboleh ubah dan yang digunakan di dalam kerangka konseptual kajian ini
hanya 2 iaitu teori kognitif yang merangkumi gaya kognitif, pengetahuan dan
juga kefahaman. Manakala yang kedua dibawah model pembelajaran Kolb
menggunakan pemboleh ubah kebolehupayaan untuk menerangkan secara lebih
mendalam untuk melihat keberkesanan penggunaan aplikasi circuit sim.
Menurut teori Gestalt belajar adalah proses pengembangan yang
didasarkan pada pemahaman (insight). Insight adalah pemahaman terhadap
hubungan antara bahagian didalam suatu situasi permasalahan. Ini difahamkan
dengan pendapat yang mengatakan bahawa proses dalam pembelajaran bukan
lah berdasarkan sejauh mana individu tersebut boleh menghafal sesuatu isi
kandungan tetapi ianya berdasarkan bagaimana individu tersebut memperbaiki
cara pembelajaran tersebut.
13
Model Pembelajaran Kolb adalah satu model pembelajaran pengalaman
yang dapat dijelaskan dalam bentuk satu kitaran yang melibatkan pengalaman
konkrit, pemerhatian reflektif, konseptual abstrak dan terakhir sekali
eksperimentasi aktif. Cara pelajar melihat dan memproses maklumat
dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti jenis personaliti, latar belakang
pendidikan dan kerjaya yang diceburi (Kolb 1984).
Pemboleh ubah bebas Moderator Pemboleh ubah
bersandar
Penerimaan penggunaan aplikasi
circuit sim Sosio – ekonomi Kefahaman pelajar
IPT dalam subjek
1. TEORI KOGNITIF BELAJAR Umur
GESTALT elektrik
• KOGNITIF Latar belakang
• PENGETAHUAN pendidikan
• KEFAHAMAN
2. MODEL PEMBELAJARAN
KOLB
• KEBOLEHUPAYAAN
• PENGETAHUAN
Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian di adaptasi dari teori Kognitif
Belajar Gestalt dan model Pembelajaran Kolb
14
1.9 Batasan kajian
Hasil daripada penulisan, batasan kajian juga terdapat didalam penulisan ini.
Hal ini kerana kajian yang dilakukan ini hanya melibatkan pelajar yang telah
mengambil subjek elektrik sama ada pelajar tersebut berada didalam major reka
bentuk dan teknologi dan juga pelajar minor reka bentuk dan teknologi. Kajian
ini juga hanya dikhususkan kepada pelajar jurusan Reka Bentuk dan Teknologi.
Selain daripada itu, untuk mendapatkan informasi juga sedikit terhad
kerana mengalami kekangan untuk informasi hanya boleh diakses di carian
internet sahaja kerana faktor kedudukan yang tidak berada dirumah yang mana
secara tidak langsung membuatkan terhad untuk berinteraksi dengan pensyarah
penyelia. Dalam kajian ini pengkaji juga melihat dari beberapa pemboleh ubah
yang hanya kepada skop individu iaitu seperti pengetahuan dan kemahiran
pelajar.
1.10 Definisi Operasional
Didalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang membawa maksud tersendiri
bagi menjelaskan tentang sesuatu perkara dikaji. Berikut dijelaskan beberapa
istilah yang digunakan dalam penyelidikan ini.
15
1.10.1 Elektrik
Sejenis fenomena yang terhasil daripada kewujudan aliran cas elektrik.
Antara konsep yang selalu digunakan adalah keupayaan elektrik, arus
elektrik, medan elektrik, tenaga elektrik, litar selari dan litar sesiri.
Elektrik juga merupakan sebuah elemen penting yang membantu
manusia di masa sekarang dalam menjalani kerja harian. Pemahaman
awal pelajar dalam tajuk elektrik misalnya memerlukan pemahaman
yang baik dari segi istilah seperti arus, voltan, tenaga dan rintangan
(Chia-Hsing et al., 2007; Engelhardt & Beicher, 2002; Liegeous &
Mullet, 2002). Oleh yang demikian, elektrik haruslah difahami dengan
betul sebelum ianya boleh diadaptasikan kepada bahagian amali
praktikal.
1.10.2 Perkomputeran
Perkomputeran adalah penyampaian berasaskan komputer yang mana ia
menggunakan teknologi komputer dalam penyampaian pembelajaran.
Bagaimanapun penyimpanan dan akses aplikasi yang digunakan
memerlukan rantaian internet dan komputer sepanjang penggunaan nya.
Ianya kini digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam kebanyakan
guru. Bahan Bantu Mengajar pula merupakan sebuah alatan yang
digunakan oleh guru dalam pembelajaran untuk memastikan pelajar
mendapat kefahaman yang maksima. Bahan bantu mengajar yang
dihasilkan sendiri memerlukan tempoh yang lama, tumpuan dan tenaga
16
yang lebih. (Mohd Izham & Noraini Attan, 2007). Oleh yang demikian
dengan menggunakan computer bahan bantu mengajar dapat dihasilkan
dengan lebih pantas
1.10.3 Konvensional
Menurut Djamarah (1996), cara pembelajaran konvensional adalah cara
pembelajaran tradisional atau disebut juga dengan cara ceramah, kerana
sejak dulu cara ini telah dipergunakan sebagai alat komunikasi lisan
antara guru dengan anak didik dalam proses belajar dan pembelajaran.
Pembelajaran cara ini lebih kepada mendengar penjelasan guru
dihadapan kelas dan melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru
setelah habis penjelasan. Cara ini menjadi kurang efektif jika ingin
dilaksakan dimasa kini kerana telah terdapat kepelbagaian kaedah
pengajaran yang mampu menarik minat pelajar.
1.10.4 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku manusia yang
agak kekal dan stabil serta dihasilkan melalui pengalaman atau latihan
(Mok, 2000). Pada kajian ini, pemahaman pengunaan aplikasi circuit sim
diambil berdasarkan daripada pengalaman pelajar di masa lepas.
17
1.11 Rumusan
Tajuk tajuk mengenai pengenalan kajian, latar belakang kajian, pernyataan
masalah kajian akibat daripada isu isu penggunaan guru terhadap BBM dalam
proses pembelajaran dan pengajaran dari aspek kemahiran dan sikap telah
diterangkan dengan terperinci didalam bab ini. Oleh itu dengan adanya kesemua
maklumat ini ia akan memberikan maklumat serba sedikit kepada pembaca.
Kurangnya sokongan pihak sekolah untuk memberikan latihan kemahiran
penggunaan teknologi kepada guru menghalang guru menimba pengetahuan
untuk membangunkan perisian multimedia sebagai bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran (Brinkerhoff, 2006).
18
BAB II
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini mengetengahkan tentang beberapa kajian terdahulu yang ada kaitan
dengan objektif kajian ini. Dalam bab ini juga membincangkan faktor-faktor
yang penting dalam pembacaan literatur yang merangkumi faktor kefahaman
murid dan penerimaan penggunaan aplikasi circuit sim dalam pembelajaran
topik elektrik dikalangan pelajar universiti awam. Kajian literasi ini akan dapat
membantu pembaca memahami latar balakang kajian yang dijalankan dengan
lebih jelas lagi dan mendapatkan hasil yang memuaskan.
19
2.2 Konsep aplikasi dalam pembelajaran
Pembelajaran adalah sebuah proses yang memerlukan interaksi dua hala
diantara pengajar dan juga pendidik. Ia adalah bagaimana seorang pendidik
membantu pelajar memahami sesebuah konsep dan pengetahuan tentang ilmu
yang disampaikan. Dalam kajian Jasmi et al. (2011) menyatakan bahan bantu
mengajar berfungsi sebagai pemudah cara untuk guru bagi meningkatkan
keberkesanan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar. Justeru itu,
pelbagai bentuk BBM yang boleh meningkatkan kefahaman serta pencapaian
pelajar mengikut sesuatu topik yang mereka akan pelajari. Selain dapat
mencapai tahap kefahaman pelajar, tahap pengfokusan pelajar juga boleh
meningkat didalam kelas terutamanya kelas teori.
2.2.1 Aplikasi sebagai bahan pengajaran
Menurut Criswell (1989:1) menyatakan bahawa, computer base
instruction merupakan penggunaan komputer untuk menyajikan bahan
pembelajaran yang memberikan peluang kepada pelajar untuk
mengambil bahagian secara aktif dan memberi respon terhadap aktiviti
pembelajaran. Secara am nya, penggunaan aplikasi yang mempunya
grafik serta animasi yang tersendiri seperti aplikasi circuit sim mampu
menambah kesan pengingatan kepada memori seseorang pelajar. Bahan
bantuan pengajaran dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan
dengan lebih jelas di samping mengekalkan minat belajar. Ini
membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar telah berjaya
mempertingkatkan prestasi pelajar (Charlie Anak Unggang, 2008).
20
Menurut Kemp dan Dayton (1985) arahan berasaskan komputer
merujuk kepada sebarang aplikasi teknologi komputer untuk proses
pengarahan, termasuklah menggunakan komputer untuk menyajikan
maklumat, untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar, untuk
memberikan latihan untuk mengembangkan keterampilan, untuk
merangsang proses yang sedang dipelajari, dan memanipulasi untuk
menyelesaikan masalah. Oleh itu dengan penggunaan aplikasi seperti
circuit sim pasti akan sangat membantu pelajar dalam memahami topik
pembelajaran mereka dalam subjek elektrik kerana aplikasi seperti ini
memberikan apa yang diinginkan oleh pelajar seperti jawapan kepada
permasalahan elektrik bahagian penyambungan litar dan pengenalan
komponan komponan yang terdapat didalam litar elektrik. Walau
bagaimanapun, menurut Musa & Mohamad (2014) menyatakan bahawa
bahan bantu mengajar boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu
elektronik dan bukan elektronik. Bahan bantu mengajar elektronik
adalah seperti penggunaan komputer, video dan projector. Manakala
untuk bahan bantu mengajar bukan elektronik pula adalah seperti model
nyata dan juga gambar rajah tampalan.
2.2.2 Kaedah dalam pembelajaran
Kaedah pengajaran ini adalah berdasarkan penterjemahan membaca
kepada pengajaran. Pembelajaran ini bermakna bahawa pelajar berurusan
dengan bahan pembelajaran dan menyelesaikan masalah pembelajaran
secara lebih mudah. Apabila terdapat aktiviti pembelajaran yang tidak
21
difahami, pelajar boleh juga membincangkan aktiviti pembelajaran
berkenaan dengan pelajar lainnya secara individu. Gaya pembelajaran
sebagai penerangan terhadap sikap dan tingkah laku yang menentukan
kecenderungan cara pembelajaran individu, Honey dan Mumford (1992).
Dalam pembelajaran, kaedah pembelajaran terbahagi kepada
dua jenis dengan adanya kaedah secara konvensional dan juga kaedah
moden. Didalam kaedah konvensional, pengajar tidak cuba untuk
menginovasikan kaedah pengajaran dengan memberi nafas baru kepada
teknik pengajaran mereka. Mereka lebih kepada menggunakan buku
teks dan mengajar secara lisan secara berterusan. Hal ini memberi impak
yang sedikit tidak baik kepada proses pembelajaran kerana ia secara
tidak langsung akan membuatkan pelajar bosan dan akhirnya hilang
fokus. Oleh itu, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P)
sahaja tidak mencukupi dan menjamin berlakunya proses P&P dengan
jayanya dan berkesan terhadap objektif pengajaran tanpa menggunakan
bahan bantu mengajar. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan
kreativiti di dalam bilik darjah (Haji Hassan, 2004).
Kaedah kedua pula adalah dimana pihak pengajar menggunakan
kaedah moden seperti menggunakan bahan bantu mengajar terutamanya
seperti bahan berkomputer. Kaedah ini merupakan kaedah moden yang
menggunakan bahan seperti aplikasi aplikasi yang terdapat didalam
komputer dan menepati dengan perubahan zaman dimana pelajar
sekarang sangat meminati dan mudah belajar dengan menggunakan
22
kaedah komputer. Menurut Guidio Leonarde Ginting (2013) beberapa
penilitian (Bradley, 1983; Marsh, 1984, 1986; Bellows, 1987;
Feldhausen, 1985) menyatakan bahawa penggunaan media berasaskan
komputer sangat berpotensi untuk menciptakan pembelajaran yang lebih
efektif.
2.3 Teori Berkaitan
Teori kognitif belajar Gestalt
Di dalam dunia sains dan teknologi kini pelbagai inovasi, reka cipta dan
pengubahan idea baru yang terhasil oleh individu yang hebat. Hal ini
disebabkan oleh elemen kreativti mereka yang menghaslkan idea-idea baharu
yang belum wujud atau pengubahsuaian yang unik yang kadangkala berada
diluar kotak pemikiran manusia. Didalam teori kognitif Gestalt ini terdapat
beberapa pemboleh ubah yang dititik beratkan dan saya mengetengahkan
pemboleh ubah tentang gaya pemikiran kognitif serta pengetahuan dan
pemahaman. Secara bahasa, kognitif adalah berasal daripada Bahasa latin iaitu
Cogitare yang bermaksud berfikir. Dalam proses pembelajaran kognitif, ia lebih
mementingkan proses belajar daripada hasil belajar. Menurut Sutarto.M.Pd
(2017), Dalam teori kognitif, tingkah laku seseorang ditentukan oleh persepsi
dan pemahamannya tentang situasi yang berhubungan dengan tujuan.
Perubahan tingkah laku seseorang sangat dipengaruhi oleh proses belajar dan
cara berfikir yang terjadi selama proses belajar. Menurut teori Gestalt ia
23
menekankan tentang insight dan pemahaman pula dibahagikan kepada enam
bahagian iaitu:
1. Pemahaman bergantung kepada dasar kemampuan seseorang individu
tersebut.
2. Pemahaman bergantung daripada pengalaman masa lampau yang
relevan.
3. Pemahaman hanya timbul apabila situasi belajar diatur sebaik mungkin
sehingga semua aspek yang diperlukan dapat dilihat.
4. Pemahaman adalah sesuatu yang harus dicari.
5. Belajar dengan konsep pemahaman boleh diulang.
6. Pemahaman yang telah dapat difahami boleh diguna pakai dalam situasi
baru.
Menurut Sutarto. M.Pd dalam teori gestalt secara am nya didalam teori
gestalt terdapat beberapa faktor elemen yang diketengah kan iaitu tujuan belajar
adalah untuk mendapatkan pemahaman atau insight. Pertama belajar dimulai
dari keseluruhan. Keseluruhan yang menjadi permulaan baru menuju ke
beberapa bahagian bahagian. Kemudian ia membahagikan kepada beberapa
bahagian bahagian. Mula-mula pelajar melihat sesuatu sebagai keseluruhan.
Bahagian bahagian tersebut dilihat dalam hubungan diantara keseluruhan
dengan fungsinya. Selepas itu ia membahagikan lagi bahagian tersebut kepada
bahagian yang lebih kecil. Individu belajar dengan menggunakan pemahaman
atau insight. Memahami sesuatu dapat dilakukan dengan melihat hubungan-
hubungan antara berbagai faktor atau unsur dalam situasi sesuatu permasalahan
24
dan kemampuan menghubungkan pengetahuan yang baru dengan pengetahuan
sebelumnya.
Melalui pemahaman penggunaan teori Gestalt ia memberikan sebuah
pembelajaran yang bermakna (meaningful learning) kepada penggunanya. Ia
menjelaskan bahawa semakin jelas dan bermakna hubungan sesuatu unsur maka
semakin efektif sesebuah pembelajaran tersebut selain memberikan kelebihan
kepada penggunanya untuk mempunyai kemampuan berfikir untuk
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Melalui pengalaman yang telah
dapat dipelajari sebelum ini, pelajar dapat memahami dengan secara mendalam
tentang teknik pembelajaran yang baik serta bagaimana untuk memahami
sesuatu perkara tersebut.
Menurut Jean Piaget (1927) dalam Crain (2007) Kognitif merupakan
kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati
perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing masing. Didalam teori
kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget iaitu Teori Perkembangan
Kognitif Piaget, terdapat empat konsep utama iaitu, skema (scheme),
penyerapan (assimilation), pengubahsuai (accommodation) dan akhir sekali
keseimbangan (equilibrium).
Berdasarkan keempat empat konsep ini, konsep penyerapan sangat
berkait rapat dan boleh mengukuhkan pengguaan teori kognitif didalam kajian
ini. Proses penyerapan adalah merupakan proses konitif dimana seseorang
menyatukan maklumat maklumat baharu atau pengalaman baharu kedalam
25
skema yang sedia ada iaitu penyerapan (fitting) maklumat baharu kedalam
struktur sedia ada (Ratna Wilis, 2011). Hasil ini berlaku berana sifat manusia
yang sentiasa melalui sesuatu pengalaman baharu dan memperolehi maklumat
baharu dan kemudiannya di sesuaikan dengan pengalaman sedia ada.
Penyesuaian diri adalah apabila maklumat yang diterima sesuai dengan
dengan skema yang telah sedia ada. Jika maklumat sesuai maka ia akan diserap
masuk ke dalam skema dan jika maklumat yang didapati tidak sesuai maka ia
akan ditolak. Oleh yang demikian, proses penyesuaian diri diterima jika
maklumat yang diterima digabungkan dengan skema yang sedia ada dan
perubahan yang dilakukan dapat diterapkan oleh pelajar. Peningkatan maklumat
dan pengalaman hasil gabungan skema baharu dan lama ini meningkatkan tahap
skema yang sedia ada. Menurut Mohd Surya (2003), proses ini berlaku secara
berterusan sehingga seseorang dapat mencapai tahap pemahaman paling stabil
dan unggul bagi sesebuah kemahiran tertentu.
RAJAH 2.1 Teori Kognitif Piaget yang Menerankan tentang Konsep Utama Teori
Sumber Jean Piaget 1927.
26
Berdasarkan teori beban kognitif, ia mencadangkan agar proses
pembelajaran akan dilaksanakan secara berkesan dalam keadaan yang selaras
dengan reka bentuk kognitif individu (Sweller et al., 1998). Dalam proses
bekerja dan pembelajaran yang menggunakan deria ingatan, maklumat disusun
bertujuan agar maklumat yang disimpan dalam jangka masa panjang boleh
dikeluarkan kembali agar boleh diguna pakai dimasa lain. Ini bersesuaian
dengan pernyataan Sweller (2004) yang menyatakan bahawa maklumat
memasuki ingatan bekerja samada melalui deria ingatan ataupun didapatkan
semua melalui ingatan jangka panjang.
Menurut Kirschener et al, (2006) menyatakan pendekatan berdasarkan
ingatan bekerja yang berlebihan dalam aktiviti pembelajaran akan
menghasilkan keputusan yang kurang berkesan untuk meningkatkan
pembangunan skema. Skema adalah untuk menerima, memikir dan
menyelesaikan masalah dan secara tidak langsung skema ini akan digunakan
untuk menyelesaikan sesebuah masalah serta ia akan menjadi aras kepada tahap
pengetahuan pelajar. Menurut Sweller dan Chandler (1994), menyatakan oleh
kerana tahap faktor interaksi yang diperlukan dalam menyelesaikan sesebuah
masalah adalah tinggi, maka tahap bebanan kognitif juga tinggi serta
menyebabkan sesetengah pelajar menghadapi kesukaran dalam pembelajaran.
Oleh yang demikian hal ini menyebabkan sesetengah pelajar akan menghadapi
masalah seperti sukar mengingati terma terma dalam pembelajaran seperti tahap
ukuran arus dan juga car cara penyambungan litar
27
2.4 Model Berkaitan
Menurut Kolb dalam Sadler-Smith, (1997) menyatakan pembelajaran
merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran dan bermula
dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian tentang
pengalaman tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan
digunakan untuk mengubahsuai tingkahlaku dalam menghadapi satu situsi
pengalaman yang baru. Pembelajaran adalah suatu cara yang haruslah sentiasa
diinovasikan agar ia selari dengan pengalaman seseorang individu tersebut.
Dalam kajian ini penulis lebih kepada menggunakan pemboleh ubah gaya
Accomodator berbanding 3 pemboleh ubah lain disebabkan kajian yang
berteraskan kepada pengalaman. Didalam model pembelajaran Kolb ia memiliki
4 gaya pembelajaran. Keempat empat langkah ini diwakili oleh empat gaya
pembelajaran iaitu:
1. The Converger
Orang yang mempunyai gaya pembelajaran ini mempunyai kebolehan
yang dominan dalam bidang Konsepsi Abstrak dan Eksperimen Aktif.
Mereka sangat mahir dalam pemakaian idea-idea praktikal. Serta boleh
melakukan sesuatu penyelesaian masalah dengan baik.
2. The Diverger
Kebolehan dominan divergers terletak di kawasan Pengalaman Konkrit
dan Pemerhatian Reflektif, pada asasnya. Orang yang mempunyai gaya
pembelajaran ini pandai melihat "gambaran besar" dan membahagikan
28
kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Mereka bagus dalam
menghasilkan idea idea baru.
3. The Assimilator
Asimilator adalah mahir dalam bidang Pengkajian Abstrak dan
Pemerhatian Reflektif. Individu ini mampu memahami dan mencipta
sesebuah model dan teori dengan baik, tetapi mereka tidak berapa
berminat dengan teori praktikal.
4. The Accomadator
Gaya ini adalah bertentangan dengan gaya Assimilator yang mana gaya
ini lebih kepada berdasarkan pengalaman konkrit dan eksperiment aktif.
Gaya ini lebih kepada gaya percubaan dan jika terdapat kesilapan mereka
ulangai sehingga berjaya. Gaya ini kebiasaan nya diterapkan oleh
pembelajaran yang memerlukan bahagian teknikal.
Didalam teori pengalaman Kolb ada membuat satu model pembelajaran.
Kajian ini bertujuan melihat kesan gaya pembelajaran terhadap peningkatan
kemahiran kognitif apabila pelajar melalui strategi pembelajaran pengalaman
berasaskan Model Kolb
29
Pengalaman Konkrit
Dimensi Akomodator Diverger
memproses
Eksperimentasi aktif Pemerhatian reflektif
Konverger Asimilator
Konseptual Abstrak
RAJAH 2.2 Model pembelajaran dua-dimensi Kolb dan empat gaya pembelajaran
Sumber: Kolb (1984)
Gaya pembelajaran Kolb akan dipadankan dengan empat langkah
pembelajaran Kolb. Langkah pembelajaran Kolb pula menerangkan tentang
perkembangan gaya pemikiran dan pemahaman pelajar yang juga
dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Concrete experience, Reflection
Observation, Abstract Conceptualize dan akhir sekali Active experience
1. Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE)
Perlu melibatkan diri dengan pengalaman baru. Intuisi amat
ditekankan kerana ia menjadi titik mula untuk pelajar mengorak
langkah. Pelajar perlu berfikiran terbuka, mudah mengadaptasikan
30
pengalaman baru, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran.
2. Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO)
Perlu menjadi pemerhati yang objektif dimana mereka perlu berfikir
dan memerhatikan pengalaman dari semua sudut yang boleh dicapai.
Kemahiran mendengar, memerhati dan menyedari perubahan amat
penting.
3. Pengkonsepsian Abstrak (KA) / Abstarct Conceptualize (AC)
Perlu mencipta konsep berdasarkan pengalaman daripada pengamatan
teori selain dari berusaha untuk mengatur dan menyusun maklumat
secara sistematik dan logik ke dalam bentuk konsep, teori dan idea.
4. Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE)
Menggunakan teori untuuk menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan dan terlibat secara langsung dengan persekitaran. Gaya
dominan yang terlibat dalam eksperimentasi aktif ialah pengujian.
Cara utama menggunakan langkah ini dengan mencari jalan
penyelesaian yang tepat dan mendapat keputusan yang praktikal.
Konsep gaya pembelajaran adalah kesinambungan daripada konsep
gaya kognitif yang membawa maksud perbezaan kecenderungan pelajar
dalam memproses maklumat, Jonassen & Grabowski (1993). Kebanyakan
pelajar tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam subjek elektrik,
31
maka dengan adanya kepelbagaian kaedah pembelajaran maka pelajar akan
mempunyai banyak pilihan untuk memahami subjek tersebut.
Idea bukanlah satu unsur pemikiran yang tidak boleh diubah tetapi ia
terbentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman (teori pembelajaran kolb,
1984). Kolb mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil bagi
menjadikan teori ini produktif kepada pembelajaran iaitu:
i. Pelajar perlu terlibat secara aktif dalam aktiviti pengalaman
baru.
ii. Menggunakan pemerhatian reflektif bagi menghubungkan
pengalaman sedia ada; secara tak langsung dari pendengaran,
pembacaan dan sebagainya kepada pemerhatian baru.
iii. Membentuk konseptual abstrak bagi membentuk teori dan
generalisasi yang logik.
iv. Menggunakan teori baru dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
2.5 Kajian-kajian Empirikal yang Berkaitan
Bahagian ini membincangkan beberapa kajian dalam negara yang berkaitan
dengan penggunaan bahan perkomputeran dalam pengajaran terutamanya topik
elektrik. Kajian kajian lepas ini diperolehi daripada carian carian lepas (tesis).
Berikut ini adalah huraian beberapa kajian- kajian tersebut.
32
2.4.1 Kajian dalam negara
Hasil daripada kajian Kamalularifin Subari et al (2019) mendapati
kurangnya pengetahuan asas tentang litar siri dan selari menyebabkan
pelajar gagal memahami konsep gabungan litar siri selari. Tambahan
pula dengan teknik pengajaran tradisional, pelajar gagal untuk
memahami konsep asas litar elektrik. Ini kerana, berdasarkan dapatan
temubual, majoriti tenaga pengajar masih menggunakan kaedah
pengajaran secara tradisional. Hal ini kerana pensyarah di Institut
Kemahiran Mara (IKM) hanya mengedarkan nota penerangan kepada
pelajar ketika kelas teori dan menerangkan secara lisan dengan
menggunakan papan putih di sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran berlangsung.
Berdasarkan kajian Rasidah binti abdul Rani (2017) dapatan
kajian daripada dua kaedah yang berbeza iaitu soal selidik dan post-test
menunjukkan ABBM mempunyai elemen keseronokan. Hal ini kerana,
menurut respon soal selidik, hampir keseluruhan murid berpeluang
menggunakan ABBM yang diberikan. Maka, pembelajaran
menggunakan ABBM menimbulkan unsur keseronokan untuk
mempelajari konsep asas komponen elektronik. Respon yang
ditunjukkan ialah hasil penggunaan ABBM, sebagai bahan bantu
mengajar amat membantu fasilitator dalam memberikan penerangan. Di
samping itu, penggunaan ABBM menjadikan proses pengajaran dan
33
pembelajaran menjadi lebih berkesan dan praktikal. Oleh itu, ABBM
merupakan satu alat yang digunakan fasilitator dalam memberikan
rangsangan terhadap pembelajaran konsep asas komponen elektronik
iaitu penggunaan diod dalam aplikasi litar get logik. Justeru itu, dapat
dilihat akan kepentingan bahan bantu mengajar yang baik dalam
menghasilkan proses pembelajaran yang bermakna.
2.4.2 Kajian luar negara
Hasil ujian yang dilakukan oleh Aliangga Kusumam, Mukhidin,
Bachtiar Hasan (2016) dari Universitas Pendidikan Indonesia mendapati
kajian ini untuk melihat bagaimana grafik peningkatan produk diuji
setelah digunakan. Berdasarkan hasil ujian terbatas dan hasil ujian
terbuka yang dilaksanakan oleh peserta didik maka persembahan grafik
hasil dari penilaian peserta didik terhadap kelayakan buku ajar yang
meliputi aspek kelayakan isi, aspek penyajian bahan, dan aspek manfaat
dapat dilihat yang ianya telah mencapai tahap 77,05% dengan kategori
baik, kemudian hasil rata rata pada ujian terbuka mencapai 80,24% dan
diketagorikan sebagai baik.
Seterusnya, Abler (dalam Hamdan et al., 2004) yang telah
menjalankan kajian untuk melihat minat pelajar dalam pendidikan
34
komputer di Universiti Maryland Washington. Seramai 289 pelajar telah
terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah menggunakan Computer
Attitude Scale dan juga alat ukur SDS dan VPI Holland. Hasil kajian
menunjukkan bahawa seramai 56% pelajar perempuan mempunyai
rasaingin tahu yang tinggi tetapi kurang keyakinan dan kurang berminat
dalam komputer. Dapatan kajian pula menunjukkan bahawa setiap
pelajar perempuan yang berpersonaliti enterprising secara signifikannya
terlalu bimbang, kurang keyakinan dan kurang berminat dalam bidang
komputer jika dibandingkan dengan mereka dari personaliti realistik dan
investigatif. Namun, mereka yang berpersonaliti artistik didapati secara
signifikannya lebih tinggi kebimbangannya jika dibandingkan dengan
personaliti realistik, mereka juga kurang berminat jika dibandingkan
dengan mereka yang mempunyai personaliti realistik atau pun
investigatif.
2.6 Rumusan
Bab 2 membincangkan konsep, teori dan model kognitif yang merupakan
sesuatu yang amat penting dan perlu ditekankan oleh pelajar. Pelajar haruslah
lebih terbuka dalam mencari dan menerima gaya pembelajaran baru yang
semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Kebanyakan kajian kajian
lepas telah menfokuskan kepada cara cara pengajaran dan pembelajaran Elektrik
berdasarkan amali dan kit kit fizikal yang dicipta berlainan dengan tujuan kajian
ini dilakukan adalah untuk melihat penerimaan penggunaan aplikasi circuit sim
35
terhadap kefahaman pelajar dalam subjek elektrik di sebuah universiti awam.
Teori utama yang digunakan dalam kajian ini adalah teori kognitif pembelajaran
Gestalt dan juga model pembelajaran Kolb. Kedua dua teori ini dikuatkan
dengan beberapa teori sokongan seperti teori Pemkembangan Kognitif Piaget
dan juga teori Beban Kognitif. Kesemua teori yang digunakan memfokuskan
kepada kaedah yang boleh digunakan oleh pelajar dalam memahami sesebuah
isi pembelajaran dan bagaimana untuk menjana pemikiran yang kreatif untuk
mendapatkan pemahaman dalam pembelajaran. Teori teori tersebut juga
membincangkan mengenai bagaimana pelajar boleh mengadaptasikan gaya
pembelajaran baru untuk mendapatkan pemahaman mereka seterusnya
menjadikan proses pembelajaran mereka menjadi lebih bermutu tinggi dan
pelajar mendapat pengetahuan semaksima mungkin. Kajian kajian lepas juga
dijadikan rujukan yang mana kajian memfokuskan bagaimana pelajar boleh
mendapatkan kefahaman dalam proses pembelajaran dan pengajaran dan
sekaligus memberi kesan yang terbaik kepada pencapaian dan pemahaman
pelajar dalam topik elektrik khususnya dibahagian penyambungan litar dan
pengenalan komponan elektrik. Seseorang guru yang proaktif ialah guru yang
sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu
kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitikberatkan penggunaan bahan
bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu, Mok Soon
Sang (1995). Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa tahap keberkesanan
pengajaran guru di dalam kelas menggunakan bahan berkomputer adalah amat
berguna kepada mereka di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
36
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab tiga ini, penyelidik akan menjelaskan beberapa pekara yang
berkaitan dengan kaedah atau prosedur yang akan digunakan untuk melihat
keberkesanan dan penerimaan aplikasi circuit sim terhadap pemahaman pelajar
dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi bagi topik elektrik. Kajian kes
dilakukan di sebuah universiti awam. Pekara yang dibincangkan ialah reka
bentuk kajian, sampel kajian, prosedur pengumpulan data kajian dan tatacara
penganalisis data kajian.
37
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang memperlihatkan secara
terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Reka bentuk
kajian ini adalah berbentuk kajian kes dan melibatkan pengumpulan maklumat
secara sistematik dan mendalam mengenai penerimaan penggunaan sesebuah
aplikasi dalam pengajaran harian guru terutama terhadap sesetengah topik yang
memerlukan pemahaman yang mendalam. Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk menunjukkan sama ada penerimaan pengggunaan aplikasi dalam
pengajaran mampu meningkatkan pemahaman pelajar serta secara tidak
langsung meningkatkan penggetahuan pelajar delam mendalami subjek elektrik.
Menurut Van Dalen (1979), penyelidikan dapat menerangkan sesuatu fenomena
dengan menganalisis data yang diperolehi daripada soal selidik dan media-
media yang lain. Kajian ini juga menentukan kemampuan penggunaan teknologi
terkini dalam sistem pendidikan terutamanya dalam mata pelajaran sains dapat
ditingkatkan atau sebaliknya. Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan
yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan
(Sabitha, 2006). Justeru, penggunaan kaedah tinjauan yang melibatkan
pendekatan kuantitatif telah digunakan.
Pada dasarnya, kajian ini merupakan sebuah kajian yang berkaitan
dengan pendidikan ditahap universiti. Oleh yang demikian, lokasi kajian untuk
projek penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan aplikasi circuit sim untuk
pelajar semesta 6 yang mengambil subjek reka bentuk dan teknologi di sebuah
38
Universiti awam iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris sahaja. Kajian ini juga
disokong oleh pendekatan kuantitatif. Bagi mendapatkan data, penyelidik telah
memilih untuk menggunakan pendekatan kuantitatif untuk kajian ini. Oleh yang
demikian, penggunaan soal selidik adalah satu kaedah pengumpulan data yang
paling efektif bagi kajian ini. Soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui
faktor terhadap sesuatu masalah dengan menggunakan soalan atau item bebas-
jawab iaitu terbuka, senarai semak atau skala kadar. Soal selidik lebih praktikal
dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar dan sekiranya kaedah
persampelan digunakan untuk mengkaji populasi, soal selidik dapat mengukur
ciri-ciri atau pembolehubah yang hendak diukur daripada saiz sampel yang
banyak, Mohd Majid Konting (2009).
3.3 Populasi dan Sampel
Populasi dapat ditakrifkan sebagai terhad (finite) dan tidak terhad (infinite).
Populasi terhad mengandungi bilangan unit persampelan yang boleh dikira.
Sebaliknya populasi yang tidak terhad adalah mengandungi persampelan yang
terlalu banyak sehingga tidak dapat dikira denga tepat, Abu Hassan (1998).
Populasi dan sampel kajian ini terdiri daripada pelajar semesta 6 jurusan
reka bentuk dan teknologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris ambilan sesi
2017/2018. Pengambilan sejumlah sampel demikian kerana Gay (1981),
menyatakan bahawa persampelan yang diambil secara diskriptif hanyalah
39
melibatkan sejumlah 10 peratus minima daripada jumlah populasinya.
Pemilihan sampel dibuat secara rawak daripada kesemua pelajar yang telah
mengambil subjek elektrik dan jumlah sampel yang diambil adalah 56 daripada
64 orang pelajar semester 6 yang terbabit dan persampelan tersebut diambil
mengikut persampelan Krejcie dan Morgan (1970). Pemilihan sampel bagi
kajian ini dijalankan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah untuk
mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Kaedah persampelan rawak mudah
merupakan proses mengambil atau menggunakan sampel bila mana setiap
individu dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih Mohd
Majid Konting, (2009).
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen adalah alat yang digunakan untuk mengumpul data yang dikehendaki
bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah dibentuk. Menurut Cates (1980),
instrumen berbentuk soal selidik amat berkesan jika disediakan dengan baik dan
mempunyai bahan bahan yang boleh dipercayai. Dalam penyelidikan ini,
penyelidik menggunakan dua jenis instrumen untuk mendapatkan data yang
dikehendaki iaitu soal selidik skala likert, dan juga soal selidik terbuka.
Instrumen soal selidik juga merupakan antara instrumen yang paling berkesan,
menjimatkan, mudah untuk mendapatkan responden dan respondan mudah
kerana mereka tidak perlu untuk mengisi butiran diri. Ini bersesuaian dengan
pernyataan Cockburn (1996) iaitu instrumen soal selidik memudahkan
responden kerana responden tidak perlu menulis nama dan ini meyakinkan
40
responden untuk menjawab dengan jujur.
Soal selidik yang dihasilkan akan dibahagikan kepada 3 bahagian utama.
Bahagian bahagian ini akan mewakili faktor demografi, faktor pengetahuan
dengan kebolehupayaan dan ketiga adalah soal selidik berbentuk terbuka yang
akan berkaitan dengan faktor gaya pembelajaran pelajar melalui aplikasi. Pada
bahagian A dan B soal selidik akan dibuat menggunakan skala likert dan di
bahagian A ia akan meliputi item item berkaitan faktor demografi yang telah
dipilih iaitu sosio-ekonomi, umur dan juga latar belakang pendidikan. Sebanyak
3 item akan dikemukakan didalam bahagian ini yang bertujuan untuk
mendapatkan maklumat barkaitan latar belakang responden yang dikaji iaitu
pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Reka Bentuk dan Teknologi di
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Dalam bahagian B, ia akan melibatkan item item berkaitan dengan
faktor pengetahuan dan kebolehupayaan. Didalam ini ia akan meliputi
mengenaik faktor pengetahuan dan juga kebolehupayaan seseorang individu itu
dalam mempelajari subjek elektrik dengan menggunakan aplikasi. Dalam
bahagian C pula akan berkaitan dengan faktor gaya pembelajaran melalui
aplikasi sama ada ia akan membantu pelajar ataupun tidak. Dalam bahagian C
soalan akan dibuat menggunakan soal selidik terbuka.
Item yang dikeluarkan dalam skala likert adalah dimana respondan
dikehendaki membulatkan jawapan dengan tanda ‘O’ pada pilihan jawapan
yang disedikana. Didalam skala likert ia mempunyai 5 jenis yang berbeza dan
41
setiap jenis akan diukur menggunakan julat interprestasi skor min. Jadual 3.1
akan menunjukkan secara rawak bagaimana skala likert dan jadual 3.2 akan
menunjukkan julat interprestasi yang digunakan. Untuk kaedah soal selidik
terbuka, untuk mendapatkan jawapan yang terbaik, bahagian ini mengandungi
empat soalan subjektif yang mana pelajar diminta untuk memberi pendapat dan
juga fahaman mereka sendiri mengenai gaya pembelajaran dengan aplikasi.
Jadual 3.1 : Skala Likert
Skala Item Singkatan
1 Sangat tidak setuju STS
2 Tidak setuju TS
3 Tidak pasti TP
4 Setuju S
5 Sangat setuju SS
Jadual 3.2 : Julat Interprestasi Skor Min
Min Tahap
4.21 – 5.00 Sangat setuju
3.41 – 4.20
2.61 – 3.40 Setuju
1.81 – 2.60 Tidak pasti
1.00 – 1.80 Tidak setuju
Sangat tidak setuju
Sumber : Ramlee dan Norani (2007)
42
Jadual 3.3 : Cadangan taburan item soal selidik
Perkara No. Item
Latar belakang Responden (Demografi) 1–3
Persoalan Kajian 1 1-8
• Mengenalpasti samada wujud perbezaan kefahaman 1–6
Pelajar berdasarkan faktor demografi. 1–8
Persoalan Kajian 2 1–4
• Mengenalpasti aplikasi yang menjadi moderator
kepada gaya kognitif pelajar
Persoalan Kajian 3
• Mendapatkan hubungan antara pengetahuan
dan kebolehupayaan pelajar dalam mendalami
subjek elektrik
Item terbuka
Jumlah Item 29
43
3.5 Pengumpulan Data
Proses pengumpulan data bermula dengan set soalan soal selidik terlebih dahulu
dan pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan soal selidik skala likert
serta item terbuka. Setiap responden atau sampel diberikan borang soal selidik
secara persendirian. Boring soal selidik yang telah siap dibina akan
dikemukakan terlebih dahulu kepada pensyarah penyelia untuk beliau periksa
dan pastikan samada boring tersebut memenuhi keperluan dan kehendak beliau.
Pengkaji juga akan mendapatkan nasihat daripada beliau sekiranya terdapat
penambahan yang boleh membuatkan instrumen menjadi lebih jelas.
Penambahbaikan instrumen kajian akan dibuat berdasarkan kesesuaian tajuk
tujuan dan juga objektif kajian. Setelah selesai dan mendapat persetujuuan, set
soalan akan diedarkan melalui platform internet dan juga secara bersemuka
kepada respondan.
3.6 Analisis Data
Analisis bermaksud mengagihkan dan mengketogorikan, memberi pangkat,
memanipulasikan serta menyimpulkan data untuk mendapatkan jawapan
kepada kajian (Mohd Najib, 2003). Analisis yang terperinci akan dijalankan
terhadap data yang telah diterima dan dikumpulkan. Data yang dikumpul dan
dianalisis akan melihat sejauh mana penerimaan pelajar terhadap penggunaan
aplikasi circuit sim dalam mempelajari subjek elektrik.
44
Data yang diperolehi daripada sampel akan dianalisis menggunakan
Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 17.0 Windows version.
Menurut Mohd Majid (2009). SPSS dapat memberikan taburan frekuensi,
ukuran-ukuran kecenderungan memusat seperti min, mod dan penengah serta
ukuran-ukuran serakan seperti varians dan sisihan piawai. Keseluruhan
maklumat yang diterima akan dikaji terlebih dahulu dan maklumat yang
diberikan oleh responden terbabit akan dianalisis mengunakan perisisan SPSS.
Data yang diperolehi akan diketogorikan sebagai kuantitif.
3.7 Rumusan
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti bagaimana penerimaan penggunaan
aplikasi circuit sim terhadap kefahaman pelajar di sebuah universiti awam telah
dipilih untuk menjalankan kajian ini. Pelajar yang terlibat merupakan pelajar
bidang reka bentuk dan teknologi tahun 4 dari Universiti Pendidikan Sultan
Idris yang mengambil subjek elektrik.
Secara keseluruhan bab ini telah menjelaskan proses pengumpulan dan
penganalisis data kajian. Seterusnya dengan mengemukakan lokasi dan sampel
kajian, pengkaji memilih Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim
Perak. Dalam bahagian ini juga pengkaji telah menerangkan alat kajian yang
digunakan serta tatacara analisis data. Tambahan dengan adanya penggunaan
“Statistical Package for The Social Science” (SPSS) didalam kajian ini amat
memudahkan penyelidik menilai data data yang diperoleh.
45