www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Al-Humaidi (wafat 219H) Nama lengkap beliau adalah ‘Abdullah bin Zuber bin ‘Isa, Abu Bakar Al-Humaidi . Beliau adalah juga murid langsung dari Imam Syafi’i . Beliaulah yang membawa dan mengembangkan Mazhab Syafi’i ketika di Makkah, sehingga beliau diangkat menjadi Mufti Makkah. Wafat di Makkah pada tahun 219H. Inilah di antara 11(1) orang murid-murid langsung dari Imam Syafi’i yang kemudian menjadi Ulama’ Besar dan tetap teguh memegang Mazhab Syafi’i. Maka dengan perantaraan beliau-beliau inilah Mazhab Syafi’i tersiar luas ke pelusuk-pelusuk dunia Islam terutama ke bahagian Timur dari Hijaz, iaitu Iraq, ke Khurasan, ke Maawara An-Nahr, ke Azerbaiyan, ke Tabristan, juga ke Sind, ke Afghanistan, ke India, ke Yaman dan terus ke Hadhramaut, ke Pakistan, India dan Indonesia. Beliau-beliau ini menyiarkan Mazhab Syafi’i dengan lisan dan tulisan. Selain dari itu ada dua orang murid Imam Syafi’i iaitu Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241H) yang kemudian ternyata membentuk satu aliran dalam fiqih yang bernama Mazhab Hanbali. Yang kedua Syeikh Muhammad bin ‘Abdul Hakam , seorang Ulama’ murid langsung dari Imam Syafi’i yang ilmunya tidak kalah dari Al-Buwaiti . Beliau ini pada akhir umurnya berpindah ke Mazhab Maliki dan wafat dalam tahun 268H. di Mesir. Ulama’-ulama’, murid yang langsung dari Imam Syafi’i ini boleh dinamakan Ulama’-ulama’ Syafi’iyah, iaitu Ulama’-ulama’ Syafi’iyah tingkatan pertama. Ada tingkatan kedua, iaitu Ulama’- ulama’ Syafi’iyah yang wafat dalam abad ketiga juga, tetapi tidak belajar
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 kepada Imam Syafi’i sendiri, melainkan kepada murid-murid Imam Syafi’i . Ulama’-ulama’ itu adalah: (2) ______________________________________ (1) Ulama’-ulama’ 11 orang yang dimaksudkan oleh K.H Sirajuddin ‘Abbas ialah: Imam Ar-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi, Al-Buwaiti, Al-Muzani, Harmalah At-Tujibi, Az-Za’farani, Al-Karabisi, At-Tujibi, Muhammad bin Syafi’i, Ishaq bin Rahuyah dan Al-Humaidi . (2) Ulama’-ulama’ yang dimaksudkan oleh K.H Sirajuddin ‘Abbas ialah: Ahmad bin Syayyar Al-Marwazi, Imam Abu Ja’far At-Tirmizi, Abu Hatim Ar-Razi, Imam Bukhari, Al-Junaid Baghdad, Ad-Darimi, Imam Abu Daud dan lain-lain. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Ishaq bin Rahuyah (wafat 238H) Nama lengkap beliau adalah Ishaq bin Ibrahim bin Makhlad bin Ibrahim yang terkenal dengan nama Ibnu Rahuyah . Lahir tahun 166H. wafat tahun 238H. Beliau belajar fiqih kepada Imam Syafi’i yang terkenal . Bukan saja dalam ilmu fiqih tetapi juga dalam ilmu Hadits. Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ahmad bin Hanbal , banyak mengambil hadits kepada Ishaq bin Rahuyah ini. Imam Nasa’i mengatakan bahawa Ibnu Rahuyah adalah “Tsiqqah”, iaitu “dipercayai”. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Muhammad bin Syafi’i (wafat 240H) Muhammad bin Syafi’i , gelar Abu Utsman Al-Qadi. Beliau adalah anak yang tertua dari Imam Syafi’i . Pada akhir usia beliau, menjabat kedudukan Qadi di Jazirah dan wafat di situ tahun 240H. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
Kitab SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I Oleh : K.H SIRAJUDDIN ‘ABBAS Kitab SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I Oleh : K.H SIRAJUDDIN ‘ABBAS Harmalah At-Tujibi (lahir tahun 166H – wafat tahun 243H Nama lengkapnya Harmalah bin Yahya Abdullah At-Tujibi, murid Imam Syafi’I Rahimahullah.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Al-Karabisi (wafat 458H) Nama lengkap beliau adalah Imam Abu ‘Ali, Husein bin ‘Ali Al-Karabisi . Beliau juga seorang murid langsung dari Imam Syafi’i sesudah terlebih dahulu menganut ajaran Imam Abu Hanifah (Hanafi) dan kemudian masuk dalam Mazhab Syafi’i, beliau adalah menjadi tiang tengah dalam menegakkan fatwa dan aliran-aliran Imam Syafi’i . Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam At-Tujibi (wafat 250) Ahmad bin Yahya bin Wazir bin Sulaiman At-Tujibi . Beliau adalah seorang Ulama’ yang belajar langsung dalam ilmu fiqih kepada Imam Syafi’i . Meninggal dan bermaqam di Mesir. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Bukhari (wafat 256H) Nama lengkap beliau Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughitah bin Bardizbah Al-Jufri Al-Bukhari . Lahir tahun 194H. di Bukhara Asia Tengah. Sedari kecil beliau sudah menghafal Al-Qur’an di luar kepala dan sangat menyukai mencari dan mendengar Hadits-hadits Nabi j. Kemudian selama 16 tahun beliau menyusun dan mengarang kitab sohihnya yang berjudul kitab “Sohih Al-Bukhari”. Beliau selalu mengedar ke daerah-daerah dan kota-kota negeri Islam ketika itu. Beliau belajar Hadits di negerinya dan kemudian pergi ke Balkha, ke Marwa, ke Nisabur, ke Rai, ke Basrah, ke Kufah, ke Makkah, ke Madinah, ke Mesir, ke Damaskus, ke Asqalan dan lain-lain. Perjalanan beliau ini adalah dalam rangka mencari ulama’- ulama’ yang menyimpan hadits dalam dadanya untuk dituliskannya di dalam kitab yang ketika itu sangat kurang sekali. Kitab Sohih Bukhari itu adalah kitab agama Islam yang kedua sesudah Al-Qur’an. Hadits-hadits di dalamnya menjadi sumber hukum yang kuat dalam fiqih (hukum) Islam. Pada mulanya beliau sampai menghafal hadits sebanyak 600,000 hadits yang diambilnya dari 1,080 orang guru, tetapi kemudian setelah disaring dan disaringnya lagi, maka yang dituliskannya dalam kitab Sohih Bukhari hanya 7,275 hadits. Kalau disatukan hadits yang berulang-ulang disebutnya dalam kitab itu, jadinya berjumlah 4,000 hadits yang kesemuanya hadits sohih dan diterima oleh seluruh dunia Islam, terkecuali oleh orang yang buta mata hatinya.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 Di antara guru beliau dalam fiqih Syafi’i adalah Imam AlHumaidi , sahabat Imam Syafi’i yang belajar fiqih daripada Imam Syafi’i ketika berada di Makkah Mukarramah. Juga beliau belajar fiqih dan Hadits daripada Za’farani, Abu Thur dan Al-Karabisi , ketiganya adalah murid Imam Syafi’i . Demikianlah diterangkan oleh Imam Abu ‘Asim Al-Abbadi dalam kitab “Tobaqat”nya. Beliau tidak banyak membicarakan soal fiqih, tetapi hampir semua pekerjaan beliau berkisar kepada hadits-hadits saja yang tidak mengambil hukum dari hadits-hadits itu. Ini suatu bukti bahawa beliau bukan Imam Mujtahid, tetapi ahli hadits yang di dalam furu’ Syari’at beliau menganut Mazhab Syafi’i. Di dalam kitab “Faidhu Qadir” syarah Jamius Saghir pada juzu’ I halaman 24 diterangkan bahawa Imam Bukhari mengambil fiqih daripada Al-Humaidi dan sahabat Imam Syafi’i yang lain. Imam Bukhari tidak mengambil hadits daripada Imam Syafi’i kerana beliau meninggal dalam usia muda, tetapi Imam Bukhari belajar dan mengambil hadits daripada murid-murid Imam Syafi’i . Tetapi sesungguhnya begitu, di dalam kitab Sohih Bukhari ada dua kali Imam Syafi’i disebut, iaitu pada bab Rikaz yang lima dalam kitab Zakat dan pada bab Tafsir ‘Araya dalam kitab Buyu’. (Lihat Fathul Bari juzu’ IV, halaman 106 dan pada juzu’ V halaman 295). Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
Kitab SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I Oleh : K.H SIRAJUDDIN ‘ABBAS Kitab SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I Oleh : K.H SIRAJUDDIN ‘ABBAS
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Ahmad bin Syayyar Al-Marwazi (wafat 268H) Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin Syayyar bin Ayub Abu Hasan Al-Marwazi . Beliau adalah murid dari Ishaq bin Rahuyah dan Ulama’- ulama’ Syafi’i yang lain, ulama’-ulama’ seperti Nasa’i, Ibnu Khuzaimah, Imam Bukhari dan lain-lain, mengambil ilmu kepada beliau. Syeikh Ahmad bin Syayyar yang membawa dan memajukan Mazhab Syafi’i ke Marwin, ke Ghazanah di India, ke Afghanistan dan lain-lain. Beliau adalah pengarang kitab “Tarikh Marwin”. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Abu Daud (wafat 275H) Nama lengkap beliau adalah Sulaimam bin Asy’ats bin Ishak As-Sijistani , yang kemudian terkenal dengan Imam Abu Daud saja. Beliau berasal dari Sijistan sebuah desa di India, lahir pada tahun 202H. Seorang ulama’ ilmu hadits yang terkenal, yang kitabnya “Sunan Abu Daud” termasuk kitab hadits yang enam, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Tirmizi. Selain dari itu beliau adalah ahli fiqih Syafi’i, yang dipelajarinya dari Ishaq Ibnu Rahuyah dan lain-lain ulama’ Syafi’iyah. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Abu Hatim Ar-Razi (wafat 277H) Nama lengkap beliau adalah Muhammad bin Idris bin Munzir bin Daud bin Mihran. Abu Hatim Ar-Razi , lahir tahun 195H. beliau adalah seorang Ulama’ Syafi’iyah yang besar, yang mengatakan bahawa beliau telah berjalan kaki mencari hadits pada tingkat pertama sepanjang 1,000 farsakh. Beliau berjalan kaki dari Bahrin ke Mesir, ke Ramlah di Palestin, ke Damaskus, ke Intakiah, ke Tarsus, kemudian kembali ke Iraq dalam usia 20 tahun. Di antara guru beliau dalam fiqih ialah Yunus bin ‘Abdul A’ala , iaitu sahabat-sahabat Imam Syafi’iyah . Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Ad-Darimi (wafat 280H) Nama lengkap beliau adalah ‘Utsman bin Sa’id bin Khalid bin Sa’id As-Sijistani Al-Hafiz Abu Sa’ad Ad-Darimi . Beliau seorang ahli hadits yang terkenal dan juga ahli fiqih Syafi’i. Beliau belajar fiqih daripada sahabat-sahabat Imam Syafi’i iaitu Al-Buwaiti dan juga daripada Ishak bin Rahuyah . Beliau mengarang kitab hadits besar bernama “Musnad Darimi” dan juga mengarang kitab untuk menolak Bisyir Al-Marisi, Imam Mu’tazilah. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Abu Ja’far At-Tirmizi (wafat 295H) Nama lengkap beliau ini adalah Muhammad bin Ahmad bin Nasar, Abu Ja’far At-Tirmizi . Beliau adalah seorang Ulama’ Besar Syafi’iyah di Iraq sebelum masanya Ibnu Surej . Beliau mengarang sebuah kitab dengan judul “Kitab Ikhtilaf Ahlis Salat” dalam usuluddin. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam An-Nasa’i (wafat 303H) Nama lengkap beliau Abu ‘Abdirrahman Ahmad bin Syu’ib bin ‘Ali bin Bahar bin Sinan bin Dinar An-Nasa’i , lahir di satu desa yang bernama Nasa’ di daerah Khurasan pada tahun 215H. Beliau adalah seorang ulama’ hadits yang terkenal, yang mana kitabnya termasuk kitab hadits yang enam, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi dan Nasa’i. Guru-guru beliau di antaranya adalah Ishaq Ibnu Rahuyah , Yunus bin ‘Abdul Ya’la (sahabat/murid Imam Syafi’i ), Qutaibah bin Sa’id Hasan bin Muhammad Za’farani , Abu Daud As-Sijistani dan lain-lain. Tersebut dalam kitab Sunan Nasa’i, bahagian terjemahan pengarang, bahawa beliau adalah seorang yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafi’i dan mengarang sebuah kitab “Manasik haji” atas dasar Mazhab Syafi’i. Di antara kitab-kitab yang dikarang beliau adalah : 1. Kitab hadits Sunan Nasa’i, 4 jilid besar. 2. Kitab Manasik. 3. Kitab Sunan Al-Kubra. 4. Dan lain-lain. Riwayat beliau sedikit menyedihkan. Pada tahun 302H, beliau datang ke Damaskus, di mana ketika itu yang berkuasa adalah pengikut-pengikut Saiyidina Mu’awiyah yang membenci Saiyidina ‘Ali . Banyak orang ketika itu yang menghina Saiyidina ‘Ali .
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 Imam Nasa’i bukan kaum Syi’ah, tetapi beliau mencintai Ahlil Bait, khususnya Saiyidina ‘Ali . Beliau mengarang sebuah kitab untuk menerangkan kelebihan-kelebihan Saiyidina ‘Ali . Dengan keluar dan beredarnya kitab ini menjadikan penguasa di Damaskus marah kepada beliau. Akhirnya beliau diusir dari Damaskus, sampai-sampai khabarnya dipukuli sehingga beliau wafat di sesuatu tempat yang bernama Ramlah di Syria. Ada oarng mengatakan bahawa jenazahnya dibawa ke Makkah dimaqamkan antara Sofa dan Marwah. Berkata Imam Daruqutni , bahawa Imam Nasa’i adalah seorang ulama’ yang terkenal di zamannya. Berkata Abu Ja’afar Tahawi bahawa Imam Nasa’i adalah Imam umat Islam seluruhnya. Berkata Abu ‘Ali Nisaburi bahawa Imam Nasa’i adalah Imam Hadits tidak ada yang membantah keimamannya itu. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam At-Tobari (wafat 305H) Nama lengkap beliau adalah Abu ‘Ali Hasan bin Qasim AtTobari . Beliau adalah seorang Ulama’ Syafi’iyah yang banyak mengarang kitab Syafi’iyah yang terkenal, iaitu kitab “Al-Muharrar fin Nazhar”, Al-Ifsah fil Fiqih”, Kitab “Fil Usul”, kitab “Fil Jidal” dan lainlain. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Ibnu Surej (wafat 306H) Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin ‘Umar bin Surej Abul ‘Abbas Al-Qadi . Guru-guru beliau dalam ilmu fiqih adalah Abu Qasim AlAnmary, Hasan bin Muhammad Az-Za’farani, Abu Sijistani dan lainlain. Mulanya beliau menjadi Qadi di Syirazi, kemudian pindah ke Baghdad dan akhirnya masyhur dengan nama Ibnu Surej Al-Baghdadi. Berkata Imam Ad-Dija’ bahawa Ibnu Surej adalah sahabat Imam Syafi’i yang paling pintar dalam ilmu kalam dan ilmu fiqih (maksud perkataan sahabat di sini ialah pengikut faham). Ibnu Surej ini mengarang kitab-kitab sebanyak 400 buah dalam bermacam-macam ilmu pengetahuan. Kalau tersebut Ibnu Surej dalam kitab Muhazzab maka beliau inilah yang dimaksudkan. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam ‘Abdullah bin Muhammad Ziyad An-Nisaburi (wafat 324H) ‘Abdullah bin Muhammad Ziyad An-Nisaburi seorang ulama’ Syafi’i yang besar pada zamannya itu. Beliau adalah seorang yang banyak menghafal hadits-hadits sehingga diberi gelar juga dengan “Hafiz”. Beliau adalah seorang ulama’-ulama’ yang mula-mula membicarakan tentang “Ilmu Munasabah” iaitu ilmu tentang persesuaian ayat suci antara satu ayat dengan yang lain. Apa hubungannya, apa pertaliannya maka ayat ini didekatkan dengan ayat yang lain, surah ini didekatkan dengan surah yang lain. Beliau pernah mencari ilmu ke Baghdad, Syam, Mesir dan berguru kepada Imam Muzani sahabat Imam Syafi’i . Akhirnya beliau tetap di Baghdad menjadi Imam Umat Islam Iraq dalam Mazhab Syafi’i. Wafat dan Maqam di Iraq tahun 324H. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Ibnul Qasi (wafat 335H) Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin Abi Ahmad Abul ‘Abbas Ibnul Qasi , seorang Ulama’ Syafi’iyah di Tabaristan. Beliau banyak mengarang kitab-kitab, di antaranya “Talkhis”, “Al-Mifta”, “Adabul Qadhi”, “Al-Mawaqiit”,”Adabul Qadha” dan lainlain. Semuanya atas dasar Mazhab Syafi’i. Guru beliau adalah Surej yang terkenal. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam As-Su’luki (wafat 337H) Nama lengkap beliau Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman Abu Taib As-Su’luki wafat di Nisabur (Parsi) tahun 337H. Beliau seorang terkuat. Dan beliau juga Tsiqqah dipercaya dalam meriwayatkan hadits-hadits Nabi j. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Abu Ishaq Al-Marwazi (wafat 340H) Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad Al-Marwazi , adalah nama lengkap beliau dan dilahirkan di sebuah desa yang bernama Marwazi di Parsi. Beliau meninggal di Baghdad pada tahun 340H. Kalau disebut “Abu Ishaq” dalam kitab Muhazzab maka beliau inilah yang dimaksudkannya. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Ibnu Abi Hurairah (wafat 345H) Nama lengkap beliau, Hasan bin Husein Qadi Abu ‘Ali bin Abi Hurairah . Beliau adalah seorang Syeikh besar dari Mazhab Syafi’i. Beliau mengarang sebuah kitab fiqih Syafi’i dengan nama Syarah Mukhtasar, di mana di dalamnya banyak dimuat masalah fiqihiyah Syafi’iyah. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Abu Hamid Al-Marwazi (wafat 362H) Nama lengkap beliau adalah Ahmad bin Basyar bin ‘Ami Al- ‘Amiri , Qadi Abu Hamid Al-Marwazi , dan berasal dari Marwazi (Parsi). Beliau ini pengarang kitab “Al-Jami’i” sebuah kitab yang menjadi tiang dari fiqih Syafi’i. Selain itu beliau mengarang juga kitab Syarah Al-Muzani, iaitu kitab Imam Syafi’i yang diriwayatkan oleh Imam Muzani (sahabat Imam Syafi’i ). Hampir seluruh Ulama’ fiqih di Basrah (Iraq) mengambil pengajiannya dari Syeikh Abu Hamid Al-Marwazi ini. Apabila dikatakan dalam kitab Syarah Al-Muhazab “Qadi Abu Hamid” maka beliau inilah yang dimaksudkan. Perlu diperhatikan bahawa ada dua nama Al-Marwazi yang terkenal dalam Mazhab Syafi’i, iaitu Syeikh Abu Ishaq Ahmad AlMarwazi (wafat 340H) dan Syeikh Abu Hamid Al-Marwazi ini (wafat tahun 362H). Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Abu Sa’ib Al-Marwazi (wafat 362H) Nama lengkap beliau, adalah Imam Abu Sa’ib Al-Qadi ‘Utbah bin ‘Ubaidillah bin Musa . Beliau adalah seorang Ulama’ Syafi’iyah yang mula-mula menjabat pangkat Qadhil Qudhaat (Qadi dari sekalian Qadi). Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam As-Sijistani (wafat 363H) Nama lengkap beliau adalah Muhammad bin Husein bin Ibrahim Abul Husein As-Sijistani . Beliau mengarang kitab “Manaqib Syafi’i”. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Al-Qaffal Al-Kabiir (wafat 365H) Nama lengkap beliau Muhammad bin Ismail Al-Qaffal AlKabiir As-Sathi , dilahirkan tahun 291H. di negeri Sath di daerah Ma Waraan Nahr (Khurasan). Beliau ini dinamai “Imam lengkap” kerana beliau dalam kenyataannya adalah Imam dalam ilmu Hadits, Imam dalam ilmu Tafsir, Imam dalam ilmu Kalam, Imam dalam ilmu Furu’, Imam dalam ilmu Bahasa, Imam dalam kesalihan dan kezuhudan. Pendeknya ulama’ dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam ilmu usuluddin beliau ini belajar langsung daripada Abu Hasan Al-Asy’ari Imam Ahlus Sunnah, tetapi dalam ilmu fiqih Imam Abul Hasan belajar langsung kepada Imam Qaffal Al-Kabiir ini. Di antara karangan beliau terdapat Kitab fi Usulil Fiqhi, Syarah Ar-Risalah (karangan Imam Syafi’i ). Dalam ilmu Kalam beliau ini terderet dalam barisan Kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah, pengikut Asy’ari yang terkuat. Dalam kitab Muhazzab tersebut “Al-Qaffal” dalam bab nikah adalah maksudnya beliau. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Ad-Dariki (wafat 375H) Nama lengkap beliau adalah ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdil ‘Aziz, ‘Abdul Qasim Ad-Dariki , dilahirkan di Baghdad. Berkata Imam Hakim : Ad-Dariki adalah seorang ulama’ Syafi’iyah terbesar di Naisabur yang tidak ada tandingannya. Imam Abu Taib mengatakan bahawa beliau belum pernah berjumpa dengan orang yang se’alim Dariki dalam fiqih. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Ibnu Hatim (wafat 381H) Nama lengkap beliau adalah Abdur Rahman bin Abi Hatim Muhammad bin Idris bin Muzir . Di antara karangan beliau yang banyak, terdapat Kitab Tafsir 4 jilid, kitab Jarah wat Ta’dil, kitab Rad Al-Jamiyah, kitab Al-Masnad, kitab Al-Fawadil Kabir dan lain-lain. Juga beliau mengarang kitab Manaqib Syafi’i (tuah-tuah Imam Syafi’i ). Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Al-Baihaqi (wafat 458H) Ahmad bin Husein bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin Musa, Abu Bakar Al-Baihaqi An-Nisaburi , demikian nama lengkap beliau, dilahirkan di sebuah desa kecil Khuraujirdi di Negeri Baihaqi (Nisaburi) pada tahun 384H. Beliau adalah seorang Ulama’ Hadits yang terkenal, juga seorang penganut faham Ahlus Sunnah wal Jama’ah dari Asy’ari dan juga terkenal dalam ilmu Fiqih Syafi’iyah. Beliau banyak mengarang kitab-kitab, di antaranya: 1. Kitab Ahkamul Quran. 2. Kitab Da’awat 3. Kitab Al-Ba’athi wan Nuthur. 4. Kitab Az-Audul Kabiir. 5. Kitab Al-I’itiqad (ilmu Usuluddin). 6. Kitabul Adaab. 7. Kitabul Asrar. 8. Kitabul Arba’in. 9. Kitab Fadhailul Auqaat. 10. Kitab Al-Ma’arifah. 11. Kitab Dalilun Nubuwah. 12. Kitab Manaqib Syafi’i. 13. Dan lain-lain. Menurut Imam Subki dalam kitab Tobaqatus Syafi’iyah AlKubra bahawa Imam Baihaqi ini telah mengarang lebih dari 1,000 jilid kitab dari bermacam-macam jurusan. Beliau ini adalah ahli Hadits dan penyiar terbesar dari faham Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang bermazhab Syafi’i. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Syahrastani (wafat 548H) Nama lengkap beliau Muhammad bin ‘Abdil Kariim, ‘Abdul Fatah, Asy-Syahrastani . Lahir di desa Syahrastan tahun 479H. dan wafat tahun 548H. dalam usia 70 tahun. Beliau adalah seorang ulama’ besar dalam Mazhab Syafi’i dan juga ulama’ terbesar dari Kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Belajar fiqih kepada Syeikh Ahmad Al-Khawafi , teman Imam Ghazali , dan Qadi di Tus (Parsi). Dalam ilmu usuluddin beliau berguru kepada Syeikh Abul Qasim Al-Ansari , seorang ulama’ usuluddin terbesar ketika itu, dan tentang ilmu hadits beliau belajar kepada Abul Hasan Al-Madaaini . Dari mulai muda remaja Syahrastani belajar ilmu, pindah dari satu negeri ke negeri yang lain dalam mengajar ilmu pengetahuan. Pada ketika usia 30 tahun ia naik haji ke Makkah, kemudian ia datang ke Baghdad dan mengajar di sekolah Tinggi “Nizamiyah” sebuah Universiti tertua di Baghdad. Ketika menjadi pengajar pada perguruan tinggi ini banyak sekali mahasiswa-mahasiswanya yang belajar kepada beliau dan kemudian menjadi ulama’-ulama’ pula, seumpama Imam Abu Mansur , Imam Abul Hasan bin Hamaweh dan lain-lain banyak lagi. Syahrastani mencapai puncak ilmu pengetahuan yang sangat tinggi maka kerana itu beliau diberi titel julukan “Imamul Afdhal” (Imam yang paling baik). Yaqut, seorang ahli tarikh mengatakan bahawa Syahrastani adalah seorang ahli dalam bermacam-macam ilmu dan mempunyai karangan yang banyak.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 Beliau banyak mengarang kitab-kitab. Ada kira-kira 17 buah, di antaranya yang terbesar dan terpenting kitab: 1. Al-Milal wan Nihal, sebuah kitab yang menerangkan perbandingan-perbandingan yang berbeza-beza dalam kalangan Islam, seumpama faham Syi’ah, Mu’tazilah, Khawarij dan Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Juga kitab ini berisi kupasan tentang faham-faham bermacam-macam sekta dalam Kristian, dalam Yahudi, dalam Budha. Juga dikupas di dalamnya faham Plato, Aristoteles dan failusuf-failusuf yang lain. 2. Kitab Irsyad ila Aqaidil ‘Ibad, iaitu kitab tentang I’tiqad. 3. Syubahat Aristoteles dan Ibnu Sina. 4. Nihyatul Aqdam fi Ilmi Kalam, tentang tauhid. 5. Dan lain-lain. Dengan adanya Imam Syahrastani ini terhapuslah tuduhantuduhan orang yang mengatakan bahawa Ulama’-ulama’ dalam Mazhab Syafi’i adalah ulama’-ulama’ yang taqlid buta saja, tidak tahu Qur’an dan Hadits dan lain-lain tuduhan bohong yang palsu. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam ‘Izzuddin bin ‘Abdissalam (wafat 606H) Nama lengkap beliau ‘Izzuddin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdissalam bin Abil Qasim . Kadang-kadang nama beliau dipendekkan saja dengan ‘Izz bin ‘Abdissalam . Lahir di Damaskus tahun 577H. Beliau sedari mudanya belajar fiqih Syafi’i kepada Syeikh Ibnu ‘Asakir Syeikh Syaifuddin Al-Amidi dan lain-lain. Beliau menjadi seorang ulama’ besar pada ketika itu, sehingga diberi gelar julukan “Sultan Ulama’”. Sampai tahun 638H. beliau tinggal di Damaskus menjadi guru mengarang kitab-kitab agama, bertabligh, berfatwa dan kadang-kadang menjadi Qadi. Beliau adalah seorang ulama’ yang tidak segan-segan mengatakan yang hak kepada raja-raja yang berkuasa. Ia mengancam sekeraskerasnya sikap Sultan Damaskus Salih Ismail Al-Ayubi’ kerana Sultan main-mata dengan kaum Salib. Maka ia ditangkap dan dipenjarakan. Kemudian beliau pindah ke Kairo dan diangkat oleh Penguasa di Kairo menjadi Qadhil Qudhat (Ketua seluruh Qadi). Tetapi kemudian ia berhenti dari jabatannya itu kerana berselisih faham dengan Waziruddalah Ya’isyuddin Hasan. Beliau tinggal bertekun mengajar fiqih Syafi’i pada Madrasah Salihiyah, di samping mengarang dan berfatwa. Orang banyak melihat bahawa darjat beliau sudah sampai ke darjat Imam Mujtahid, tetapi beliau mengatakan belum boleh terpikul
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 soal itu kerana sangat beratnya. Beliau tetap menganut Mazhab Syafi’i dan mempertahankannya sekuat-kuatnya. Beliau adalah pejuang melawan serbuan Tartar ke Mesir di bawah komando Raja Qutuz, sehingga Umat Islam mendapat kemenangan pada perjuangan di Sungai Jalut melawan askar Tartar. Di antara murid beliau yang kemudian menjadi ulama’ besar pula adalah Syeikh Taqiyuddin ibnu Daqiqul ‘Id , dan murid inilah yang memberikan gelar “Sultan Ulama’” kepada beliau. Beliau banyak mengarang kitab-kitab besar dalam ilmu-ilmu fiqih, tafsir, Hadits, tauhid, tasawuf dan lain-lain. Ada 30 buah kitab agama karangan beliau. Karangan-karangannya yang besar ialah: 1. Qawa’idul Ahkam fi Masalihil Anaam yang dinamakan dengan “Al-Qawaidul Kubra”. 2. Mazazul Qur’an. 3. Fatawi Al-Masriyah. 4. Al-Fawaid fi Musykilil Qur’an, iaitu sebuah kitab yang sangat berharga menerangkan soal-soal yang musykil dalam ayatayat Al-Qur’an. (Kitab ini ada tersimpan dalam Kutubkhazanah pengarang buku ini, cetakan Kuwait) 5. Dan lain-lain. Beliau wafat dan bermaqam di Kairo tahun 660H. dalam usia 83 tahun yang penuh dengan perjuangan, penuh dengan fatwa, mengarang, berpidato dan menjadi Qadi. Inilah bintang Ulama’ Syafi’i dalam abad ke-07 Hijrah. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Imam Badruddin Muhammad bin ‘Abdullah Az-Zarkasyi (wafat 794H) Beliau adalah seorang ulama’ Syafi’i yang terkenal di Mesir pada abad ke-08, yang dilahirkan di Kairo tahun 745H. Kairo ketika itu penuh dengan ulama’-ulama’ dan Sarjana-sarjana Islam pintar. Di antara guru beliau terdapat Syeikh Sirajuddin Al-Bulqini , Mufti Mesir yang terkenal dalam lingkungan Ulama’-ulama’ Syafi’iyah yang terkenal besar. Zarkasyi pada waktu remajanya belajar fiqih-fiqih Syafi’iyah, sehingga beliau menghafal kitab Minhaj karangan Imam Nawawi di luar kepala dan kerana itu beliau kadang-kadang diberi gelar julukan dengan “Minhaj”. Di antara guru beliau terdapat Syeikh Jamaluddin Al-Asnawi , seorang ulama’ Syafi’iyah yang terkenal di Mesir. Imam Zarkasyi banyak mengarang kitab-kitab Agama sampai sebanyak 32 buah naskhah, di antaranya terdiri dari kitab-kitab besar berjilid dan kitab-kitab kecil. Di antara karangan beliau yang tersiar di Indonesia adalah “AlBurhan fi Ulumul Quran” terdiri dari 4 jilid besar, cetakan Isa Al-Babil Halaby di Kairo. Yang bertalian dengan fiqih Syafi’i, beliau telah mengarang : 1. Fathul ‘Aziz Al-Kitabil Wajiz, membahas hadits-hadits dalam Syarah Al-Kabir, karangan Imam Rafi’i . 2. Takmilah, syarah kitab Minhaj.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 3. Khadimur Rafi’i war Raudhah, 14 jilid besar. 4. Khabayaz Zawaya fil furu’. 5. Al-Dibaj fi Taudhihil Minhaj. 6. Az-Zahabul Ibriz. 7. Syarah kitab Tanbih, karangan Abu Ishaq Asy-Syirazi . 8. Syarah Al-Wajiz, karangan Imam Ghazali . 9. Fatwa Az-Zarkasyi. 10. Al-Qawa’id fil furu’. 11. Majmu’atuz Zarkasyi. 12. Al-Mu’tabar fi Takhriji Al-Haditsil Minhaj wal Mukhtasar. 13. Dan lain-lain. Imam Badruddin Zarkasyi ini adalah bintang Ulama’ Syafi’i dalam abad ke-08, sehingga dengan karangan-karangan beliau, Mazhab Syafi’i berkembang dari zaman ke zaman. Beliau wafat tahun 794 dalam usia 49 tahun. Sumber : SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh: K.H Sirajuddin Abbas
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Al-Imam Ibnu Hajar Al-Haitami (wafat 974H) Nama lengkap beliau adalah Syihabuddin Ahmad bin Hajar AlHaitami . Lahir di Mesir tahun 909 H. dan wafat di Makkah tahun 974H. (I’anatut Talibin Juzu’ I halaman 18). Pada waktu kecil beliau diasuh oleh dua orang Syeikh, iaitu Syeikh Syihabuddin Abul Hamail dan Syeikh Syamsuddin AsySyanawi . Pada usia 14 tahun beliau dipindahkan belajar masuk Jami’ AlAzhar. Pada Universiti Al-Azhar beliau belajar kepada Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansari dan lain-lain. Kitab-kitab karangan beliau banyak sekali, di antaranya: 1. Kitab Tohfatul Muhtaj Al-Syarhil Minhaj (10 jilid besar), sebuah kitab fiqih dalam Mazhab Syafi’i yang sampai saat ini dipakai dalam sekolah sekolah tinggi Islam di seluruh dunia, khususnya di Indonesia. Kitab ini setaraf dengan kitab Nihayatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj (8 jilid besar) karangan Imam Ramli (wafat 1004H). Kedua-dua kitab ini adalah tiang tengah dari Mazhab Syafi’i, tempat kembali Ulama’-ulama’ Syafi’iyah dalam masalah-masalah agama di Indonesia pada waktu ini. 2. Kitab fiqih Fathul Jawad. 3. Kitab fiqih Al-Imdad. 4. Kitab fiqih Al-Fatawa. 5. Kitab fiqih Al-‘Ubad. 6. Kitab Fatawa Al-Haditsiyah.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 7. Kitab Az-Zawajir, Fightirafil Kabaari. 8. Asy-Syawa’iqul Muhriqah Firradi Al-Azzindiqah. 9. Dan banyak lagi yang lainnya. Perlu diperingkatkan kepada pembaca bahawa dalam lingkungan Ulama’-ulama’ Syafi’iyah terkenal dua orang Ibnu Hajar, iaitu: 1. Ibnu Hajar Al-‘Asqolani (wafat 852H) pengarang kitab Fathul Bari Al-Syarhil Bukhari dan kitab hadits Bulughul Maram dan lain-lain. 2. Ibnu Hajar Al-Haitami (wafat 974H), pengarang kitab Tohfah yang kita bicarakan sekarang ini. Tetapi yang sangat terkemuka di antara dua orang Ulama’ Ibnu Hajar ini, adalah Ibnu Hajar Haitami kerana Ibnu Hajar Al-‘Asqolani lebih banyak kesibukannya dalam ilmu hadits daripada ilmu fiqih. Sumber : Sejarah dan Keagungan Mazhab Syafi’i, Oleh K.H Sirajuddin Abbas.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com Imam Ar-Ramli (wafat 1004H) Nama lengkap beliau adalah Syamsuddin Muhammad bin Abil ‘Abbas Ahmad bin Hamzah Ibnu Syihabuddin Ar-Ramli , lahir di Kairo. Beliau ini pengarang kitab Nihayatul Muhtaj (Nihayah), 8 jilid besar, untuk kitab Al-Minhaj karangan Imam Nawawi . Beliau diberi nama julukan “Imam Syafi’I kecil” dan Mujtahid kurun ke 10. Kitab karangan beliau Nihayatul Muhtaj yang dikarang dalam abad ke 10. Sebagai komentar syarah dari kitab Al-Minhaj karangan Imam Nawawi kitab fiqih besar dalam Mazhab Syafi’I (8 jilid). Di Indonesia kitab ini sangat terkenal dan terpakai dalam perguruan-perguruan Tinggi dan pesantren Syafi’iyyah. Kitab ini setaraf dengan kitab Tuhfatul Muhtaj karya Imam Ibnu Hajar Al-Haitami (wafat 946H) yang juga pensyarah kitab Minhaj karangan Imam Nawawi . Sumber : Kitab SEJARAH DAN KEAGUNGAN MAZHAB SYAFI’I, Oleh : K.H SIRAJUDDIN ‘ABBAS
Ringkasan Riwayat Hidup Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi Al-Haddad NASAB, KELAHIRAN DAN PEMBESARAN Beliau bernama ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. AlHabib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu. Al-Habib pernah berkata “ketika aku masih kecil, aku telah berusaha bersungguh-sungguh untuk beribadat dan melaksanakan pelbagai mujahadah yang lainnya, sehingga ditegur oleh nindaku yang solehah bernama Salma binti Said Al-Wali Omar Ba’Alawi, supaya menjaga diriku. Dia sering berkata demikian jika dikira ibadat serta mujahadah yang aku usahakan dianggap terlalu kuat dan banyak. Sebaliknya aku telah banyak meninggalkan mujahadah semenjak permulaan perjalanan ini semata-mata memelihara hati kedua ibubapaku yang amat prihatin terhadap keadaanku”. Walaupun Al-Habib (radhiAllahu ‘anhu) sering keluar ke kawasan sekitarnya dan perkampungan di sekeliling Tarim, beliau berkata “aku lebih seronok bersendirian demi kerana Allah kerana alangkah ne’matnya kelazatan (al-uns) bersama dengan Allah”. Pada permulaan perjalanan hidup Al-Habib, beliau sentiasa menyusuri negerinya untuk bertemu para solihin, menziarahi pusara para ulama’ dan auliya’. Pada masa beliau berada di perkampungannya, beliau sering duduk di sudut ‘Masjid Al-Hijriah’ dan pada waktu malamnya sering bersolat bergiliran di setiap masjid dalam kota Tarim. Sesungguhnya inilah yang membuka hati beliau semenjak kecil lagi. Al-Habib sering membaca Surah Yaasin yang mempengaruhi jiwanya dan menyebabkan beliau menitiskan air mata yang begitu banyak. Keadaan demikian sering mengakibatkan ketidakmampuannya membaca surah yang mulia ini. Inilah yang mendorong Sayyed Abdullah Bilfagih menjelaskan tentang Al-Habib dengan katanya “Disinilah futuh (pembukaan) bagi Al-Habib”. AKHLAK DAN BUDI PEKERTI Al-Imam Al-Haddad (rahimahullah) memiliki perwatakan badan yang tinggi, berdada bidang, tidak terlalu gempal, berkulit putih, sangat berhaibah dan tidak pula di wajahnya kesan mahupun parut cacar. Wajahnya sentiasa manis dan menggembirakan orang lain di dalam majlisnya. Ketawanya sekadar senyuman manis; apabila beliau gembira dan girang, wajahnya bercahaya bagaikan bulan. Majlis kendalian beliau sentiasa tenang dan penuh kehormatan sehinggakan tidak terdapat hadhirin berbicara mahupun bergerak keterlaluan bagaikan terletak seekor burung di atas kepala mereka. Mereka yang menghadhiri ke majlis Al-Habib bagaikan terlupa kehidupan dunia bahkan terkadang Si-lapar lupa hal kelaparannya; Si-sakit hilang sakitnya; Si-demam sembuh dari demamnya. Ini dibuktikan apabila tiada seorang pun yang yang sanggup meninggalkan majlisnya. Al-Imam sentiasa berbicara dengan orang lain menurut kadar akal mereka dan sentiasa memberi hak yang sesuai dengan taraf kedudukan masing-masing. Sehinggakan apabila dikunjungi pembesar, beliau memberi haknya sebagai pembesar; kiranya didatangi orang lemah, dilayani dengan penuh mulia dan dijaga hatinya. Apatah lagi kepada Simiskin.
Beliau amat mencintai para penuntut ilmu dan mereka yang gemar kepada alam akhirat. Al-Habib tidak pernah jemu terhadap ahli-ahli majlisnya bahkan sentiasa diutamakan mereka dengan kaseh sayang serta penuh rahmah; tanpa melalaikan beliau dari mengingati Allah walau sedetik. Beliau pernah menegaskan “Tiada seorang pun yang berada dimajlisku mengganguku dari mengingati Allah”. Majlis Al-Imam sentiasa dipenuhi dengan pembacaan kitab-kitab yang bermanfaat, perbincangan dalam soal keagamaan sehingga para hadhirin sama ada yang alim ataupun jahil tidak akan berbicara perkara yang mengakibatkan dosa seperti mengumpat ataupun mencaci. Bahkan tidak terdapat juga perbicaraan kosong yang tidak menghasilkan faedah. Apa yang ditutur hanyalah zikir, diskusi keagamaan, nasihat untuk muslimin, serta rayuan kepada mereka dan selainnya supaya beramal soleh. Inilah yang ditegaskan oleh beliau “Tiada seorang pun yang patut menyoal hal keduniaan atau menyebut tentangnya kerana yang demikian adalah tidak wajar; sewajibnya masa diperuntuk sepenuhnya untuk akhirat sahaja. Silalah bincang perihal keduniaan dengan selain dariku.” Al-Habib (rahimahullah) adalah contoh bagi insan dalam soal perbicaraan mahupun amalan; mencerminkan akhlak junjungan mulia dan tabiat Al-Muhammadiah yang mengalir dalam hidup beliau. Beliau memiliki semangat yang tinggi dan azam yang kuat dalam hal keagamaan. Al-Imam juga sentiasa menangani sebarang urusan dengan penuh keadilan dengan menghindari pujian atau keutamaan dari oramg lain; bahkan beliau sentiasa mempercepatkan segala tugasnya tanpa membuang masa. Beliau bersifat mulia dan pemurah lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ciri inilah menyebabkan ramai orang dari pelusuk kampung sering berbuka puasa bersama beliau di rumahnya dengan hidangan yang tidak pernah putus semata mata mencari barakah Al-Imam. Tidak terputus pengunjung bertamu dengan beliau pada bulan mulia ini di rumah perkampungan beliau di Al-Hawi. Al-Imam menyatakan “Sesuap makanan yang dihadiahkan atau disedekahkan mampu menolak kesengsaraan”. Katanya lagi “Kiranya ditangan kita ada kemampuan, nescaya segala keperluan fakir miskin dipenuhi, sesungguhnya permulaan agama ini tidak akan terdiri melainkan dengan kelemahan Muslimin”. Beliau adalah seorang yang memiliki hati yang amat suci, sentiasa sabar terhadap sikap buruk dari yang selainnya serta tidak pernah merasa marah. Kalaupun ia memarahi, bukan kerana peribadi seseorang tetapi sebab amalan mungkarnya yang telah membuat Al-Imam benar-benar marah. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Habib “Adapun segala kesalahan berkait dengan hak aku, aku telah maafkan; tetapi hak Allah sesungguhnya tidak akan dimaafkan”. Al-Imam amatlah menegah dari mendoa’ agar keburukan dilanda orang yang menzalimi mereka. Sehingga bersama beliau terdapat seorang pembantu yang terkadangkala melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kemarahan AlImam. Namun beliau menahan marahnya; bahkan kepada si-Pembantu itu diberi hadiah oleh Al-Habib untuk meredakan rasa marah beliau sehinggakan pembantunya berkata: “alangkah baiknya jika Al-Imam sentiasa memarahiku “. Segala pengurusan hidupnya berlandaskan sunnah; kehidupannya penuh dengan keilmuan ditambah pula dengan sifat wara’. Apabila beliau memberi upah dan sewa sentiasa dengan jumlah yang lebih dari asal tanpa diminta. Kesenangannya adalah membina dan mengimarahkan masjid. Di Nuwaidarah dibinanya masjid bernama Al-Awwabin begitu juga, Masjid Ba-Alawi di Seiyoun, Masjid Al-Abrar di As-Sabir, Masjid Al-Fatah di Al-Hawi, Masjid Al-Abdal di Shibam, Masjid Al-Asrar di Madudah dan banyak lagi. Diantara sifat Al-Imam termasuk tawaadu’ (merendah diri). Ini terselah pada kata-katanya, syair-syairnya dan tulisannya. Al-Imam pernah mengutusi Al-Habib Ali bin Abdullah Al-Aidarus .” Doailah untuk saudaramu ini yang lemah semoga diampun Allah“… IBADAH DAN MUJAHADAH Tiada siapa yang pernah menyatakan Al-Imam bersolat walau satu waktu bersendirian, atau tidak solat di awal waktu, sembahyang dalam situasi yang tergapah-gapah, atau meninggalkan qiamullail. Diantara sifat mulianya Al-Imam ialah tidak berbicara ketika menunggu waktu solat dan amat marah jika ada yang cuba berkata-kata di waktu itu. Bahkan beliau menegahnya serta memberi amaran kepada sahabatnya dari menegurnya ketika waktu tersebut. Inilah yang ditegaskan oleh Al-Imam dengan katanya: “Kami keluar dengan penuh menghadhirkan diri dan meninggalkan segala kerunsingan”.
Dan tegasnya lagi: “Kami tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang solat sunat An-Nawaafil (solat sebelum dan selepas sembahyang fardhu) kecuali setelah hati kami benar-benar hadhir dan iqbal (menuju) kepada Allah”. Al-Imam amat memeliharai amalan solat Ar-Rawaatib. Doa-doa serta wirid-wiridnya yang ma’thur dari amalan Raul J termasuk mendirikan solat Ad-Dhuha sebanyak lapan rakaat dan solat Al-Isyraq sebanyak empat rakaat sebelumnya, solat Al-Awwaabin sebanyak dua puluh rakaat selepas sunat maghrib; dimana Al-Imam menyempurnakan empat rakaat sebelum setiap salam. Di waktu subuh pada hari Jumaat, Al-Imam berjemaah solat Fajar di masjid Al-Jame’ seterusnya beri’tiqaf sehingga solat Jumaat demi mendapat keutamaan berawal-awalan untuk solat tersebut. Al-Imam juga amat sedikit tidur, sekadar merehatkan diri sahaja. Kebiasaan Al-Imam melambatkan solat witir sehingga hampir fajar; ini disebabkan Al-Imam tidur sedikit (qailulah) selepas solat-solat qiamullail. Kemudian barulah berwudu’ untuk solat witir sebelum subuh. Beliau sentiasa berzikir seumpama ‘La ila ha illallah’ yang terlalu banyak jumlahnya sehinggalah tidak pernah berhenti; Al-Imam membiasakan dirinya dengan ini walaupun diundang perbualan dengan sesiapa. Al-Imam juga memperbanyakkan puasa, terutamanya pada hari yang diutamakan iaitu Isnin dan Khamis, Ayyaamul Baidh (hari ke 13, 14 dan 15 tiap-tiap bulan), hari ‘Asyura; hari ‘Arafah, enam hari dalam bulan Syawwal ;sehinggalah terhentinya amalan ini apabila Al-Imam sudah berumur dan lemah. Adapun pada bulan Ramadhan, Al-Imam telah menjelaskan kepada para sahabatnya “Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan amal, perkurangkanlah/tinggalkan sementara ilmu semata-mata untuk beribadah dalam bulan ini”. Seterusnya dapat dilihat orang-orang yang ramai mengurangan kelas-kelas ilmu kecuali selepas Asar, sebagai peringatan beliau kepada sahabat-sahabat yang utamakan amal bersungguh-sungguh dan membersihkan dalaman (batin). Walaubagaimanapun Al-Imam tidak pernah menunjuk-nunjukkan amalnya kecuali keadaan memaksakan seperti supaya ianya dijadikan tauladan kepada yang lain. Kata Al-Imam: “tidak aku tonjolkan amalan ini dengan sengaja, walaupun itu Alhamdulillah aku tidak bimbang dari sifat riya’ (disebabkan orang mengetahui amalan aku). Ingatlah sebagaimana Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan tentang perkara ini berlandaskan firman Allah (yang bermaksud) “Sama sekali aku tidak memuji diri ini dengan kebaikan, maka ketahuilah sesungguhnya inilah yang mendorongkannya kepada perbuatan buruk”. Al-Imam juga telah menegaskan: “sesungguhnya aku telah melaksanakan kesemua sunnah Nabi dan tidak ada sunnah yang ditinggalkan, kecuali rambut”. Akhirnya Al-Imam mengekalkan rambut hingga ke telinganya sebagai yang dilaksanakan oleh Rasul J . Al-Imam juga sering menziarahi Nabi Allah Hud, selawat dan salam keatasnya dan Nabi kita; dimana makam Nabi Hud terletak di Wadi Hadramaut. Sebanyak tiga puluh kali Al-Imam telah menziarahinya, kesemuanya pada bulan Sya’ban. Al-Imam telah pergi berjalan kaki bersama-sama sanak saudaranya, kaya dan miskin. Kebiasaannya Al-Imam berada dimaqam itu selalunya di waktu maghrib dari 12 haribulan hingga 15 haribulan Sya’ban. Dalam perjalanan ke sana, Al-Imam sering singgah di Ainat untuk menziarah As Syeikh Al-Kabir Abu Bakar bin Salim dan As-Syeikh Ahmad bin Al-Faqih Al-Muqaddam. Al-Imam juga menziarah maqam Basyar selepas solat Asar setiap hari Jumaat dan hari Selasa. Al-Imam menjelaskan: “pada mulanya, kebiasaan kami menziarahi Basyar ialah pada setiap hari Jumaat, tetapi setelah diantara sahabat kami bertemu Al-Faqih Al-Muqaddam dalam mimpinya dimana dia berkata: katakan kepada Al-Sayyed Abdullah Al-Haddad: “Ziarah Basyar pada hari Jumaat sahaja tidak memadai”; maka berdasarkan itu kami menziarahi juga Basyar pada hari Selasa juga”. Sebenarnya sebelum Allah menzahirkan kemuliaannya dan orang ramai berpusu-pusu kepadanya, memanglah Al-Habib menziarahi Basyar setiap hari Selasa. Semoga Allah merahmati Al-Imam dan menempatkan beliau di Syurga, dan dihimpunkan kita bersamanya dengan berkat Saiyidina Muhammad J, keluarganya dan sahabatnya serta selawat keatas Nabi Muhammad yang mulia serta keluarga dan sahabatnya. (Kata-kata diatas ini merupakan sedikit petikan yang diterjemahkan dari bahasa Arab dari kajian dan tulisan Ustaz Haji Muhammad Nooruddin Merbau Al-Banjari dari Kedah. Semoga Allah berkati beliau. InsyaAllah sambungan riwayat Al-Imam dapat dimuatkan dalam ruangan ini. Terjemahan ini adalah sebahagian dari juz kedua kitab ” Hadiah Dari Imam Al-Haddad“
Ratib HaddadRatib HaddadRatib HaddadRatib Haddad Sekilas Tentang Imam Al-Habib ‘Abdullah Al-Haddad Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ahmad bin Abu Bakar bin Ahmad bin Abu Bakar bin Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdulah bin Al-Faqih Ahmad bin ‘Abdur Rahman bin ‘Alwi bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Ubaidillah bin Ahmad Al-Muhajir bin ‘Isa bin Muhammad bin ‘Ali Al-‘Uraidhi bin Ja’far AshShadiq bin Muhammad Al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Al-Husain bin Fathimah Az-Zahra binti Rasulillah . Dilahirkan pada malam Isnin 5 Safar 1044 H. di Subair, di pinggiran Kota Tarim, sebuah Kota terkenal di Hadramaut, Yaman. Imam Habib ‘Abdullah Al-Haddad wafat pada malam Selasa 7 Zulqaidah 1132 H. dalam usia 89 tahun. Imam Habib ‘Abdullah Al-Haddad menganut Mazhab Syafi’i dan Mujaddid (pembaharu) abad 11 H. Pendapat ini diutarakan oleh Ibnu Ziyad (seorang ahli Fiqh terkemuka di Yaman). Ketika Imam Habib ‘Abdullah Al-Haddad berusia 27 tahun, beberapa orang (Syi’ah) Zaidiyyah masuk ke Yaman. Para ulama’ khawatir akidah masyarakat akan rosak kerana terpengaruh ajaran para pendatang Syi’ah itu. Lalu mereka meminta Imam Habib ‘Abdullah Al-Haddad untuk merumuskan sebuah zikir yang dapat mengukuhkan akidah masyarakat dan menyelamatkan mereka dari fahaman sesat. Imam Habib ‘Abdullah Al-Haddad memenuhi permintaan mereka lalu menyusun sebuah zikir yang akhirnya dikenali dengan nama Ratib Haddad.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Syeikh Muhammad Arsyad AlBanjari (wafat 1227H) (17/3/1710M – 13/10/1812M) Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dilahirkan pada 15 Safar 1122 Hijrah bersamaan 17 Mac 1710 Masihi di Kampung Lok Gabang, Martapura, Banjarmasin. Bapanya ‘Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700-1734M). Bapanya bukan asal orang Banjar, tetapi datang dari India, mengembara untuk menyebarkan dakwah. Beliau seorang ahli seni ukiran kayu. Semasa ibunya hamil, kedua ibu bapanya sering berdoa agar dapat melahirkan anak yang ‘alim dan zuhud. Setelah lahir, ibu bapanya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yang dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul-husna, di samping berdoa kepada Allah. Setelah itu diberi pendidikan Al-Quran kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya iaitu 'Abidin, Zainal Abidin, Nurmein, dan Nurul Amien. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Semasa Kecil Sejak kecil, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari kelihatan cergas dan cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni lukis dan seni tulis, sehingga sesiapa sahaja yang melihat karyanya akan berasa kagum dan terpukau. Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan ke kampung-kampung. Apabila baginda sultan sampai ke kampung Lok Gabang, baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. Justeru, sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun. Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh di istana sehingga usianya mencapai 30 tahun. Kemudian, beliau dikahwinkan dengan seorang perempuan yang solehah bernama Tuan Bajut. Hasil perkahwinan, beliau memperoleh seorang puteri yang diberi nama Syarifah. Syeikh Muhammad Arsyad telah meneruskan pengembaraan ilmunya di Makkah dan Madinah. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Tamjidillah (1745-1778M) dan pengganti baginda Sultan Tahmidillah (1778-1808M). Selama belajar di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad tinggal di sebuah rumah yang dibeli oleh Sultan Banjar yang terletak di kampung Samiyyah iaitu dikenali sebagai Barhat Banjar. Syeikh Muhammad Arsyad AI-Banjari Semasa Di Makkah Dan Madinah Semasa di Makkah, Syeikh Muhammad Arsyad belajar dengan tekun di Masjidil Haram dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau berguru dengan ulama'-ulama' terkenal pada masa itu seperti Syeikh Ataillah Bin Ahmad al-Misriy, Syeikh Muhammad Bin Sulaiman al-Kurdiy, Syeikh Muhammad Bin Abd Karim al-Qadiri, Syeikh Ahmad Bin Abd Mun'im al-Damanhuri, Syeikh Hasan Bin Ahmad 'Akisy al-Yamani, Sheikh Salim Bin Abdullah alBasri , dan banyak lagi.
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 3 Sahabat-sahabat Syeikh Muhammad Arsyad merupakan golongan pencinta kepada ilmu pengetahuan sehingga setiap pertemuan yang merupakan majlis ilmu, mereka saling bermuzakarah bersama-sama. Antara sahabat beliau ialah: Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, Syeikh Abdul Rahman Mesri, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Abdul Wahab Sadengreng (Bugis), dan Syeikh Muhammad Salih bin Umar al-Samarani atau 'Semarang' . Untuk menambah ilmu, Syeikh Muhammad Arsyad bersama sahabatnya ingin merantau pula ke Mesir. Namun, setelah bersiap untuk berangkat, mereka mendapat khabar bahawa ulama' besar Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bin Sulaiman alKurdie datang ke Madinah. Lantas beliau bersama sahabat pergi ke Madinah untuk berguru dengan syeikh tersebut. Pulang Ke Tanah Air Setelah berada selama 30 tahun di Makkah dan lima tahun di Madinah, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari pulang ke tanah air untuk menyebarkan Islam. Setibanya beliau ke kampung halaman, beliau membuka pusat-pusat pengajian untuk memudahkan masyarakat Islam menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, Syeikh Muhammad Arsyad turut membiasakan diri bersama orang kampung berkebun, bersawah, dan bertani. Di samping aktif mengajar dan mendidik masyarakat Islam yang datang dari pelbagai pelosok daerah, beliau turut turun berdakwah ke segenap lapisan masyarakat yang terdiri daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan pembesar dan bangsawan. Dalam menyampaikan dakwah, Syeikh Muhammad Arsyad menggunakan pelbagai kaedah pendekatan iaitu Dakwah bil Hal (dakwah yang menggunakan pendekatan contoh dan akhlak yang dipamerkan oleh beliau), Dakwah bil Lisan (dakwah dengan
www.tobaqatsyafii.blogspot.com 4 menggunakan pendekatan lidah iaitu mengajak dan menyeru) dan Dakwah bil Kitabah (dakwah dengan menggunakan pendekatan penulisan buku dan risalah). Karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad AI-Banjari 1. Kitab Usuluddin - Ditulis pada 1188H (1774 M), ditulis dalam bahasa Melayu, yang memuatkan masalah tauhid dan keimanan. Risalah ini belum pernah dicetak. 2. Luqthatul 'AjIan fi Bayan Haid wa istihadhati wa nifas al-Niswan - Iaitu kitab yang mengupas mengenai masalah haid, istihadhah, dan nifas. Isi kitab ini terdiri daripada muqaddimah, 15 fasal, dan penutup. Dicetak pada tahun 1992 di Indonesia. Dalam kitab ini dinyatakan bahawa wajib hukumnya bagi perempuan belajar masalah haid, istihadhah, dan nifas. Jika suami orang berilmu, dia wajib mengajar isterinya; jika sebaliknya, dia wajib memberi keizinan kepada isterinya untuk belajar mengenainya. 3. Kitab Tuhfat al-Raghibin - Ditulis pada 1188H (1774M). Pernah diterbitkan di Mesir pada 1353H. Kitab ini membincangkan masalah tauhid iaitu penjelasan tentang hakikat iman, perkara-perkara yang boleh merosakkan iman, tanda seseorang menjadi murtad, dan sebagainya. Kitab ini terdiri daripada muqaddimah, tiga fasal, dan penutup. 4. Kitab al-Qawl al-Mukhtasar fi 'Alamat alMahdi al-Muntazar - Kitab ini mula dikarang pada tahun 1196H. Mengandungi perbahasan tentang tanda-tanda kiamat seperti Imam Mahdi, Dajjal, turunnya Nabi Isa, terbit matahari sebelah barat. Ditulis dalarn tulisan jawi dan pernah dicetak di Singapura tahun 1356H (1937M).
Salasilah Sheikh Daud Abdullah Fathani Koleksi Tulisan Allahyarham: WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH NAMA penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani ini mempunyai lima beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir, Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris dan seorang adik perempuan namanya Siti Khadijah bin Abdullah al-Fathani. Syeikh Daud al-Fathani adalah keturunan Faqih Ali. Rujukan asal yang mengatakan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Faqih Ali diperolehi tulisan Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan iaitu: “Syahdan dan pada suatu masa bulan sedang mengambang di tepi langit, tersebutlah cerita anak raja Bugis lari daripada saudaranya menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri rumah Laksamana Kota Tinggi, dipanggil Andik Ali. “Tatkala Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dan dipeliharanya sebagai anak angkatnya sendiri. Tidak berapa tahun kemudian diperjodohkan dengan anaknya Wan Tija. Tidak berapa lama selepas itu Andik Ali serta dengan isterinya pun beredar ke Patani menumpang di rumah Mekong Damit Kampung Bira pada tahun 1049 H. “Maka kerana lemah lembut tingkah lakunya dan berpelajaran orang di Patani memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri kepada Ce' Dewi anak Sri Biji Diraja. Baginda sampai di Patani kira-kira tahun 1637 M”. Berbalik kepada Syeikh Daud al-Fathani, beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Kota Kerisek ini terkenal dalam sejarah kerana di sinilah Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah tinggal dan mengajar, sebelum berpindah ke Jawa Timur. Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H. Sheikh Daud dan ilmu pengetahuan
Ayah Sheikh Daud iaitu Sheikh Wan Abdullah dan datuknya Sheikh Wan Idris adalah ulama besar untuk zamannya. Sejak kecil Sheikh Daud al-Fathani ditanam dan dididik dengan ajaran Islam oleh datuk dan ayahnya. Tambahan pula menjadi tradisi zaman itu di Patani sentiasa diperkenalkan Islam sejak kanak-kanak lagi. Anakanak yang berumur lima atau enam tahun dipaksa supaya menghafal pengetahuan mengenal Allah (ilmu tauhid), dan seterusnya diberi pelajaran nahwu dan sharaf juga secara menghafal. Syeikh Daud al-Fathani telah melalui kesemua sistem pendidikan tradisional yang ada di Patani pada ketika itu. Pada peringkat awalnya Syeikh Daud berguru dengan kaum keluarganya sendiri yang memang terkenal alim. Seorang daripada mereka ialah bapa saudaranya, Sheikh Shafiyuddin. Ada yang berpendapat bahawa Sheikh Daud al-Fathani menerima pelajaran asasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama dua tahun. Sheikh Muhammad Zain al-Asyi adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Aceh. Namun yang dapat dipercayai bahawa Sheikh Daud al-Fathani dan kawan-kawannya telah belajar di Mekah selama 30 tahun dan lima tahun di Madinah. Disebabkan masa belajar yang lama itu beliau digelar al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani. Setelah demikian lama beliau menuntut ilmu pengetahuan, maka beliau pulang ke Patani untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di negeri tumpah darah sendiri. Namun timbul krisis peperangan antara Patani dengan Siam pada ketika itu. Diriwayatkan bahawa beliau melibatkan diri dalam peperangan itu, terjun secara langsung di gelanggang jihad fi sabilillah. Apabila terjadi peperangan tersebut, akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-sama beberapa pelarian politik. Sampai di Mekah, beliau dilantik menjadi Ketua Sheikh Haji dan beliau adalah orang pertama dilantik secara langsung sebagai ketua. Beliau juga melibatkan diri dengan penulisan yang merupakan hobi beliau, di samping mengajar di Masjidil Haram. Karangannya dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab. Karangan beliau dalam bahasa Arab tidak banyak tersebar di Asia Tenggara. Adapun dengan bahasa Melayu tersebar secara meluas, walaupun di zamannya masih merupakan kitab tulisan tangan sahaja kerana belum ada yang bercetak. Dalam beberapa karyanya, beliau mengupas masalah-masalah keilmuan. Antara lain tulisan beliau: Maka lazimkan olehmu hai saudaraku dengan menuntut ilmu yang fardu ain yang wajib atasmu. Belajar akan dia pada syarak supaya engkau dapat sahkan iktikad kamu dan ibadat kamu. Dan supaya sejahtera daripada seksanya. Dan supaya engkau akan dapat pahala, keredaan dan kasihnya”. Pada mukadimah karyanya Bughyatuth Thullab, beliau menulis, ertinya “Dan adapun kemudian daripada itu maka bahawasanya beberapa nafas yang cerdik-cerdik yang menuntut bagi beberapa martabat yang tinggi-tinggi sentiasa perangainya itu di dalam menghasilkan beberapa ilmu syarak. Beliau juga membuat penafsiran dalam beberapa hadis. Antaranya hadis berikut, “Sedikit Fiqhi itu lebih baik daripada banyak ibadat” yang ertinya: “Barang siapa belajar ilmu dan tiada berkehendak dengan dia akan wajah