The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kamaruddin S.Pd.I, 2024-05-09 05:14:01

Mengenal Ulama Mazhab Syafi'i

Mengenal Ulama Mazhab Syafi'i

Allah , tiada kerana-Nya melainkan supaya mengena dengan dia akan kehendaknya daripada dunia tiada akan bilik syurga yang ke atas pada hari kiamat”. Beliau mengulas tentang hadis-hadis tersebut dalam Bughyatuth Thullab seperti berikut: “Maka dapat difahami hadis ini, tiada dipuji daripada kelebihan ilmu itu melainkan jikalau ada qasadnya dan tuntutnya itu berkehendak dengan dia akan wajah Allah  dan berkehendak ia mengeluarkan dirinya daripada kelam kabut jahilnya kepada Nur ilmu. “Maka jika ada qasadnya akan dunia seperti harta atau kebesaran atau gelaran atau kemegahan atau masyhur atau melengkapi muka manusia kepadanya dan lainnya maka iaitu dicela seperti barang yang tersebut pada hadis itu”. Menurut beliau lagi: “Maka tatkala adalah kelebihan ilmu demikian itu maka sebenarnya bahawa tiap-tiap orang yang kasih bagi dirinya kebajikan maka hendaklah ia ijtihad atas qadar kuasa pada menghasilkan dia, kadangkadang mengaji, kadang-kadang mengajar, kadang-kadang menunjukkan orang yang jahil satu bab daripada masalah memberi manfaat pada agama istimewa pula jikalau lebih lagi”. Daripada kalimat-kalimat beliau itu dapatlah kita fahami bahawa seseorang Islam yang bertanggungjawab adalah terlebih dahulu memberikan pendidikan agama Islam kepada anak-anaknya. Ini adalah merupakan kewajipan agama Islam. Adapun pendapat Sheikh Daud al-Fathani bahkan ulama-ulama di zaman lampau lebih terikat dan menitikberatkan pendidikan Islam berbanding pendidikan lainnya. Menurut Islam, yang utama dipelajari ialah belajar akan memberi faham dua kalimah syahadat, wajib taharah (bersuci), solat, puasa, hukum zakat, hukum berjual-beli menurut Islam dan lain-lainnya, semuanya telah diatur dalam fikah Islam. Sheikh Daud al-Fathani dalam Bughyatuth Thullab berkata: “Selagi seseorang masih tidak mengerti akan seluk belok tentang keIslaman, maka seseorang itu tetap masih jahil, walau pengetahuan lain masih dikuasai demikian rupa”. Kewafatan Sheikh Daud al-Fathani wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah J. Tahun kewafatannya juga belum diketahui dengan pasti. Tetapi ada yang berpendapat beliau wafat sekitar tahun 1847 M, juga ada yang menyebut tahun 1265 H. Menurut cerita ibu penulis Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, beliau mendengar daripada ibunya, Hajah Wan Siti Saudah binti Abdullah bahawa jenazah beliau telah dipindahkan oleh Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani ke Mekah, ditanam di bawah pohon Bedara di rumahnya. Hal ini disebabkan pada zaman itu pihak Wahabi akan membongkar semua kubur yang dikeramatkan termasuk kubur Sheikh Daud al-Fathani. Bagi penulis, walaupun beliau telah lama meninggal dunia namun jenazahnya tidak hancur, darah masih berjalan kecuali nafas sahaja yang tiada.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 5 5. Kitab Ilmu Falak - Kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Penulisannya mernuatkan kaedah bila terjadinya gerhana matahari dan bulan. Walau bagaimanapun kitab ini belum sempat dicetak. 6. Kitab al-Nikah - Kitab ini menerangkan tentang pengertian wali dan kaedah melaksanakan akad nikah berdasarkan apa yang telah diajar oleh Rasulullah J. Kitab ini pernah diterbitkan di Istanbul pada 1304H. 7. Kitab Kanzul Ma'rifah - Kitab ini berkaitan dengan ilmu tasawuf serta penjelasan mengenai hakikat mengenal diri untuk mencapai makrifat kepada Allah. Isi kandungannya ditulis dalam bahasa Melayu dan belum dicetak. 8. Kitab Sabil al-Muhtadin - Inilah kitab beliau yang paling masyhur. Kemasyhuran kitab ini akhirnya menjadi khazanah di beberapa perpustakaan besar iaitu di Makkah, Mesir, Turki, dan Beirut. Kitab ini amat popular di Nusantara yang merangkumi Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Kemboja, dan Brunei. Karya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari  yang paling terkenal ini merupakan kitab fiqh Melayu yang tersebar luas di seluruh alam Melayu. Terdapat di dalam dua jilid, jilid pertama mempunyai 252 halaman dan jilid kedua 272 halaman. Perbincangan dalam kitab ini meliputi persoalan ibadah yang menyentuh thaharah, solat, puasa, zakat, haji, akikah, korban, makanan yang halal dan haram serta sembelihan. Kitab ini ditulis atas permintaan Sultan Tahmidillah Bin Sultan Tamjidillah. Penulisannya mengambil masa selama dua tahun iaitu dimulai pada 1193H/1779M dan selesai pada 27 Rabiul


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 6 Akhir 1195H. Kitab ini pertama kali dicetak di Istanbul pada tahun 1300H/1882M kemudian diulang cetak di Kaherah dan Makkah. Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari  Meninggal Dunia Beliau meninggal dunia pada malam Selasa iaitu di antara waktu Maghrib dan Isyak, pada 6 Syawal 1227 Hijrah bersamaan 13 Oktober 1812 Masihi. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat Islam di Nusantara. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, beberapa tempat di Indonesia telah mengabadikan nama dan karya beliau. Antaranya ialah Universitas Islam Kalimantan Muhammad Arsyad al-Banjari dan Masjid Raya Sabilal Muhtadin. (Sumber: Dewan Agama, Mei 2005, ms46-47)


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Semalam aku [abu zahrah] bersembang di warung kopi dengan seorang kenalan yang aku kenali dari sebuah forum di internet. Kebetulan beliau tinggal berhampiran dengan rumahku. Dalam perbualan tersebut beliau meminta aku untuk menulis mengenai seorang ulama yang bernama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan [gambar sebelah]. Katanya beliau mengetahui nama ulama ini melalui penulisan yang dibaca sahaja, terutama apabila menyentuh pertembungan antara kaum Ahlus Sunnah wal Jamaah dengan Wahabi, tetapi tidak mengenali siapakah sebenarnya ulama ini. Aku sekadar mendiamkan diri, tak berani janji takut tidak terkotakan. Maka bila kembali kerumah aku cuba mencari bahan mengenai ulama tersohor ini, demi untuk tidak menghampakan kenalan baruku itu. Tulisan ini sebagai hadiah untuk beliau walaupun agak sukar bagiku. Namun aku bersyukur sahabatku Ustaz Abu Muhammad, rupanya telah menulis mengenai ulama ini sebelumnya diblog beliau Bahrus Shofa. Alhamdulillah, memudahkan aku. Lalu aku kumpul dan susun semula tulisan tersebut dengan sedikit penambahan. [Sidi Abu Muhammad .. izinkan hamba ya] Semoga ianya memberi manfaat kepada para pembaca. Di kalangan penuntut ilmu dipondok atau pesantren, nama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sudah tidak asing lagi. Namanya harum dan masyhur dikalangan mereka kerana sebahagian besar daripada sanad keilmuan para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Fathoni) bersambung kepada ulama besar ini. Dan di kalangan para ulama ianya sangat terkenal sebagai ulama seorang pembela Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam pertembungan dengan Wahabi. Ulama besar ini amat dimusuhi oleh puak Wahabi atau kaum muda[h]. Maka banyak fitnah yang ditaburkan terhadap ulama besar ini agar orang-orang yang jahil macam kita menjauhinya. Ulama besar inilah yang telah memberi perlindungan kepada Syaikh Rahmatullah bin Khalilurrahman alKiranawi al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226H/1811M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233H/9 Mac 1818M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308H/2 Mei 1891M) ketika diburu oleh penjajah British bahkan memperkenalkan kepada pemerintah Makkah. Seterusnya memberi laluan untuk Syeikh Rahmatullah membuka Madrasah Shaulatiyah. Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah. Berdasarkan kepada kitab “Taajul-A’raas”, juzuk 2,


www.tobaqatsyafii.blogspot.com mukasurat 702 karya al-Imam al-’Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib ‘Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja’faar al-’Aththaas. Nasabnya adalah seperti berikut:- Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin ‘Utsman Dahlan bin Ni’matUllah bin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Utsman bin ‘Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin ‘Abdul Wahhaab bin Muhammad bin ‘Abdur Razzaaq bin ‘Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi ‘Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina ‘Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya azZaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin ‘Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin alHasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam ‘Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul. Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada 1232H/1816M. Selesai menimba ilmu di kota kelahirannya, ia lantas dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh alHaram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki. Beliau sangat masyhur, dan daripada kemasyhuran inilah maka beliau diberi pelbagai gelaran dan julukan antaranya al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi - Shallalahu ‘Alaihi wa Sallam - wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dan Bintang-bintang langitnya), Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik). Murid beliau Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi [gambar atas - kanan] dalam “Nafahatur Rahman” antara lain menulis:- “Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab “asy-Syaathibiyyah” dan “al-Jazariyyah”, dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Murid-muridnya Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:- • Kiyai Nawawi Banten • Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi • Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat • Kiyai Muhammad Saleh Darat • Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi • Sayyid Utsman Betawi • Tuan Hussin Kedah • Syeikh Ahmad Yunus Lingga, • Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah, • Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei, • Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni, • Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II), • Syeikh Abdul Hamid Kudus, • Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri, • Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama, • Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani, • Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdur Rahman bin ‘Utsman al-Fathoni • Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)] • Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) • Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah - kanan] • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi. Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya. Karangan Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:- 1. al-Futuhatul Islamiyyah; 2. Tarikh Duwalul Islamiyyah; 3. Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram; 4. al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin; 5. ad-Durarus Saniyyah fi raddi ‘alal Wahhabiyyah; 6. Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib; 7. Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul ‘Abidin; 8. Hasyiah Matan Samarqandi; 9. Risalah al-Isti`araat; 10. Risalah I’raab Ja-a Zaidun; 11. Risalah al-Bayyinaat; 12. Risalah fi Fadhoilis Sholah; 13. Shirathun Nabawiyyah; 14. Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah; 15. Fathul Jawad al-Mannan; 16. al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi; 17. Manhalul ‘Athsyaan; Setelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan disana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan alHasani. Peringatan!!!!Berhati-hatilah wahai saudaraku dengan fitnah yang ditaburkan oleh puak Wahabi keatas al- ‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. Janganlah ditelan terus akan dakyah mereka itu. Mereka menuduh al- ‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sebagai tukang buat fitnah, rafidhi dan lain-lain lagi. Allahu Allah. Itu adalah merupakan jarum halus musuh untuk menghancurkan kebenaran. Tujuan mereka menabur fitnah keatas al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah semata-mata untuk meruntuhkan sanad keilmuan dan pengetahuan sebenar para ulama kita bahkan ulama seluruh dunia, agar kebathilan mereka [Wahabi] diterima. Allahu Allah … apakah tergamak kita mengatakan para ulama kita seperti Syeikh Ahmad al-Fathoni, Syeikh


Syeikh Nawawi Banten Nama Syekh Nawawi Banten sudah tidak asing lagi bagi umat Islam Indonesia. Bahkan sering terdengar disamakan kebesarannya dengan tokoh ulama klasik madzhab Syafi'i Imam Nawawi (w.676 H/l277 M). Melalui karya-karyanya yang tersebar di pesantren-pesantren tradisional yang sampai sekarang masih banyak dikaji, nama Syekhasal Banten ini seakan masih hidup dan terus menyertai umat memberikan wejangan ajaran Islam yang menyejukkan. Di setiap majlis ta'lim karyanya selalu dijadikan rujukan utama dalam berbagai ilmu; dari ilmu tauhid, fiqh, tasawuf sampai tafsir. Karya-karyanya sangat berjasa dalam mengarahkan mainstrim keilmuan yang dikembangkan di lembaga-Iembaga pesantren yang berada di bawah naungan NU. Di kalangan komunitas pesantren Syekh Nawawi tidak hanya dikenal sebagai lama penulis kitab, tapi juga ia adalah mahaguru sejati (the great scholar). Nawawi telah banyak berjasa meletakkan landasan teologis dan batasan-batasan etis tradisi keilmuan di lembaga pendidikan pesantren. Ia turut banyak membentuk keintelektualan tokoh-tokoh para pendiri pesantren yang sekaligus juga banyak menjadi tokoh pendiri organisasi Nahdlatul Ulama (NU). Apabila SYEIKH Hasyim Asyari sering disebut sebagai tokoh yang tidak bisa dilepaskan dari sejarah berdirinya NU, maka Syekh Nawawi adalah guru utamanya. Di sela-sela pengajian kitab-kitab karya gurunya ini, seringkali SYEIKH Hasyim Asyari bernostalgia bercerita tentang kehidupan Syekh Nawawi, kadang mengenangnya sampai meneteskan air mata karena besarnya kecintaan beliau terhadap Syekh Nawawi. Hidup Syekh Nawawi Syekh Nawawi Banten memiliki nama lengkap Abu Abd al-Mu'ti Muhammad Nawawi ibn Umar al- Tanara al-Jawi al-Bantani. Ia lebih dikenal dengan sebutan Muhammad Nawawi al-Jawi al-Bantani. Dilahirkan di Kampung Tanara, Serang, Banten pada tahun 1815 M/1230 H. Pada tanggal 25 Syawal 1314 H/1897 M. Nawawi menghembuskan nafasnya yang terakhir di usia 84 tahun. Ia dimakamkan di Ma'la dekat makam Siti Khadijah, Ummul Mukminin istri Nabi. Sebagai tokoh kebanggaan umat Islam di Jawa khususnya di Banten, Umat Islam di desa Tanara, Tirtayasa Banten setiap tahun di hari Jum'at terakhir bulan Syawwal selalu diadakan acara khol untuk memperingati jejak peninggalan Syekh Nawawi Banten. Ayahnya bernama Syekh Umar, seorang pejabat penghulu yang memimpin Masjid. Dari silsilahnya, Nawawi merupakan keturunan kesultanan yang ke-12 dari Maulana Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati, Cirebon), yaitu keturunan dari putra Maulana Hasanuddin (Sultan Banten I) yang bemama Sunyararas (Tajul 'Arsy). Nasabnya bersambung dengan Nabi Muhammad melalui Imam Ja'far As- Shodiq, Imam Muhammad al Baqir, Imam Ali Zainal Abidin, Sayyidina Husen, Fatimah al-Zahra. Pada usia 15 tahun, ia mendapat kesempatan untuk pergi ke Mekkah menunaikan ibadah haji. Di sana ia memanfaatkannya untuk belajar ilmu kalam, bahasa dan sastra Arab, ilmu hadis, tafsir dan terutama ilmu fiqh. Setelah tiga tahun belajar di Mekkah ia kembali ke daerahnya tahun 1833 dengan khazanah ilmu keagamaan yang relatif cukup lengkap untuk membantu ayahnya mengajar para santri. Nawawi yang sejak kecil telah menunjukkan


kecerdasannya langsung mendapat simpati dari masyarakat Kedatangannya membuat pesantren yang dibina ayahnya membludak didatangi oleh santri yang datang dari berbagai pelosok. Namun hanya beberapa tahun kemudian ia memutuskan berangkat lagi ke Mekkah sesuai dengan impiannya untuk mukim dan menetap di sana. Di Mekkah ia melanjutkan belajar ke guru-gurunya yang terkenal, pertama kali ia mengikuti bimbingan dari Syeikh Ahmad Khatib Sambas (Penyatu Thariqat Qodiriyah-Naqsyabandiyah di Indonesia) dan SyekhAbdul Gani Duma, ulama asal Indonesia yang bermukim di sana. Setelah itu belajar pada Sayid Ahmad Dimyati, Ahmad Zaini Dahlan yang keduanya di Mekkah. Sedang di Madinah, ia belajar pada Muhammad Khatib al-Hanbali. Kemudian ia melanjutkan pelajarannya pada ulama-ulama besar di Mesir dan Syam (Syiria). Menurut penuturan Abdul Jabbar bahwa Nawawi juga pemah melakukan perjalanan menuntut ilmunya ke Mesir. Salah satu Guru utamanya pun berasal dari Mesir seperti SyekhYusuf Sumbulawini dan SyekhAhmad Nahrawi. Setelah ia memutuskan untuk memilih hidup di Mekkah dan meninggalkan kampung halamannya ia menimba ilmu lebih dalam lagi di Mekkah selama 30 tahun. Kemudian pada tahun 1860 Nawawi mulai mengajar di lingkungan Masjid al-Haram. Prestasi mengajarnya cukup memuaskan karena dengan kedalaman pengetahuan agamanya, ia tercatat sebagai Ulama di sana. Pada tahun 1870 kesibukannya bertambah karena ia harus banyak menulis kitab. Inisiatif menulis banyak datang dari desakan sebagian koleganya yang meminta untuk menuliskan beberapa kitab. Kebanyakan permintaan itu datang dari sahabatnya yang berasal dari Jawi, karena dibutuhkan untuk dibacakan kembali di daerah asalnya. Desakan itu dapat terlihat dalam setiap karyanya yang sering ditulis atas permohonan sahabatnya. Kitab-kitab yang ditulisnya sebagian besar adalah kitab-kitab komentar (Syarh) dari karya-karya ulama sebelumnya yang populer dan dianggap sulit dipahami. Alasan menulis Syarh selain karena permintaan orang lain, Nawawi juga berkeinginan untuk melestarikan karya pendahulunya yang sering mengalami perubahan (ta’rif) dan pengurangan. Dalam menyusun karyanya Nawawi selalu berkonsultasi dengan ulama-ulama besar lainnya, sebelum naik cetak naskahnya terlebih dahulu dibaca oleh mereka. Dilihat dari berbagai tempat kota penerbitan dan seringnya mengalami cetak ulang sebagaimana terlihat di atas maka dapat dipastikan bahwa karya tulisnya cepat tersiar ke berbagai penjuru dunia sampai ke daerah Mesir dan Syiria. Karena karyanya yang tersebar luas dengan menggunakan bahasa yang mudah dipahami dan padat isinya ini, nama Nawawi bahkan termasuk dalam kategori salah satu ulama besar di abad ke 14 H/19 M. Karena kemasyhurannya ia mendapat gelar: A 'yan 'Ulama' al-Qarn aI-Ra M' 'Asyar Li al-Hijrah,. AI-Imam al-Mul1aqqiq wa al-Fahhamah al-Mudaqqiq, dan Sayyid 'Ulama al-Hijaz. Kesibukannya dalam menulis membuat Nawawi kesulitan dalam mengorganisir waktu sehingga tidak jarang untuk mengajar para pemula ia sering mendelegasikan siswa-siswa seniornya untuk membantunya. Cara ini kelak ditiru sebagai metode pembelajaran di beberapa pesantren di pulau Jawa. Di sana santri pemula dianjurkan harus menguasai beberapa ilmu dasar terlebih dahulu sebelum belajar langsung pada Syekhagar proses pembelajaran dengan Syekhtidak mengalami kesulitan.


Bidang Teologi Karya-karya besar Nawawi yang gagasan pemikiran pembaharuannya berangkat dari Mesir, sesungguhnya terbagi dalam tujuh kategorisasi bidang; yakni bidang tafsir, tauhid, fiqh, tasawuf, sejarah nabi, bahasa dan retorika. Hampir semua bidang ditulis dalam beberapa kitab kecuali bidang tafsir yang ditulisnya hanya satu kitab. Dari banyaknya karya yang ditulisnya ini dapat jadikan bukti bahwa memang Syeikh Nawawi adalah seorang penulis produktif multidisiplin, beliau banyak mengetahui semua bidang keilmuan Islam. Luasnya wawasan pengetahuan Nawawi yang tersebar membuat kesulitan bagi pengamat untuk menjelajah seluruh pemikirannya secara konprehenshif-utuh. Dalam beberapa tulisannya seringkali Nawawi mengaku dirinya sebagai penganut teologi Asy'ari (al-Asyari alI'tiqodiy). Karya-karyanya yang banyak dikaji di Indonesia di bidang ini dianranya Fath ai-Majid, Tijan al-Durari, Nur al Dzulam, al-Futuhat al-Madaniyah, al-Tsumar al-Yaniah, Bahjat al-Wasail, Kasyifat as-Suja dan Mirqat al-Su'ud. Sejalan dengan prinsip pola fikir yang dibangunnya, dalam bidang teologi Nawawi mengikuti aliran teologi Imam Abu Hasan al-Asyari dan Imam Abu Manshur al-Maturidi. Sebagai penganut Asyariyah Syekh Nawawi banyak memperkenalkan konsep sifa-sifat Allah. Seorang muslim harus mempercayai bahwa Allah memiliki sifat yang dapat diketahui dari perbuatannya, karena sifat Allah adalah perbuatanNya. Dia membagi sifat Allah dalam tiga bagian : wajib, mustahil dan mumkin. Sifat Wajib adalah sifat yang pasti melekat pada Allah dan mustahil tidak adanya, dan mustahil adalah sifat yang pasti tidak melekat pada Allah dan wajib tidak adanya, sementara mumkin adalah sifat yang boleh ada dan tidak ada pada Allah. Meskipun Nawawi bukan orang pertama yang membahas konsep sifatiyah Allah, namun dalam konteks Indonesia Nawawi dinilai orang yang berhasil memperkenalkan teologi Asyari sebagai sistem teologi yang kuat di negeri ini. Kemudian mengenai dalil naqliy dan 'aqliy, menurutnya harus digunakan bersama-sama, tetapi terkadang bila terjadi pertentangan di antara keduanya maka naql harus didahulukan. Kewajiban seseorang untuk meyakini segala hal yang terkait dengan keimanan terhadap keberadaan Allah hanya dapat diketahui oleh naql, bukan dari aql. Bahkan tiga sifat di atas pun diperkenalkan kepada Nabi. Dan setiap mukallaf diwajibkan untuk menyimpan rapih pemahamannya dalam benak akal pikirannya. Tema yang perlu diketahui di sini adalah tentang Kemahakuasaan Allah (Absolutenes of God). Sebagaimana teolog Asy'ary lainnya, Nawawi menempatkan dirinya sebagai penganut aliran yang berada di tengah-tengah antara dua aliran teologi ekstrim: Qadariyah dan Jabbariyah, sebagaimana dianut oleh ahlussunnah wal-Jama’ah. Dia mengakui Kemahakuasaan Tuhan tetapi konsepnya ini tidak sampai pada konsep jabariyah yang meyakini bahwa sebenamya semua perbuatan manusia itu dinisbatkan pada Allah dan tidak disandarkan pada daya manusia, manusia tidak memiliki kekuatan apa-apa. Untuk hal ini dalam konteks Indonesia sebenamya Nawawi telah berhasil membangkitkan dan menyegarkan kembali ajaran Agama dalam bidang teologi dan berhasil mengeliminir kecenderungan meluasnya konsep absolutisme Jabbariyah di Indonesia dengan konsep tawakkal bi Allah.


Sayangnya sebagian sejarawan modem terlanjur menuding teologi Asyariyah sebagai sistem teologi yang tidak dapat menggugah perlawanan kolonialisme. Padahal fenomena kolonialisme pada waktu itu telah melanda seluruh daerah Islam dan tidak ada satu kekuatan teologi pun yang dapat melawannya, bahkan daerah yang bukan Asyariyah pun turut terkena. Dalam konteks Islam Jawa teologi Asyariyah dalam kadar tertentu sebenamya telah dapat menumbuhkan sikap merdekanya dari kekuatan lain setelah tawakkal kepada Allah. Melalui konsep penyerahan diri kepada Allah umat Islam disadarkan bahwa tidak ada kekuatan lain kecuali Allah. Kekuatan Allah tidak terkalahkan oleh kekuatan kolonialis. Di sinilah letak peranan Nawawi dalam pensosialisasian teologi Asyariyahnya yang terbukti dapat menggugah para muridnya di Mekkah berkumpul dalam "koloni Jawa".Dalam beberapa kesempatan Nawawi sering memprovokasi bahwa bekerja sama dengan kolonial Belanda (non muslim) haram hukumnya. Dan seringkali kumpulan semacam ini selalu dicurigai oleh kolonial Belanda karena memiliki potensi melakukan perlawanan pada mereka. Sementara di bidang fikih tidak berlebihan jika Syeikh Nawawi dikatakan sebagai "obor" mazhab imam Syafi'i untuk konteks Indonesia. Melalui karya-karya fiqhnya seperti Syarh Safinat a/-Naja, Syarh Sullam a/-Taufiq, Nihayat a/-Zain fi Irsyad a/-Mubtadi'in dan Tasyrih a/a Fathul Qarib,sehingga Syekh Nawawi berhasil memperkenalkan madzhab Syafi'i secara sempurna Dan, atas dedikasi Syekh Nawawi yang mencurahkan hidupnya hanya untuk mengajar dan menulis mendapat apresiasi luas dari berbagai kalangan. Hasil tulisannya yang sudah tersebar luas setelah diterbitkan di berbagai daerah memberi kesan tersendiri bagi para pembacanya. Pada tahun 1870 para ulama Universitas alAzhar Mesir pemah mengundangnya untuk memberikan kuliah singkat di suatu forum diskusi ilmiyah. Mereka tertarik untuk mengundangnya karena nama Syekh Nawawi sudah dikenal melalui karya-karyanya yang telah banyak tersebar di Mesir. Sufi Brilian Sejauh itu dalam bidang tasawuf, Nawawi dengan aktivitas intelektualnya mencerminkan ia bersemangat menghidupkan disiplin ilmu-ilmu agama. Dalam bidang ini ia memiliki konsep yang identik dengan tasawuf. Dari karyanya saja Nawawi menunjukkan seorang sufi brilian, ia banyak memiliki tulisan di bidang tasawuf yang dapat dijadikan sebagai rujukan standar bagi seorang sufi. Brockleman, seorang penulis dari Belanda mencatat ada 3 karya Nawawi yang dapat merepresentasikan pandangan tasawufnya : yaitu Misbah al-Zulam, Qami' al-Thugyan dan Salalim al Fudala. Di sana Nawawi banyak sekali merujuk kitab Ihya 'Ulumuddin alGazali. Bahkan kitab ini merupakan rujukan penting bagi setiap tarekat. Pandangan tasawufnya meski tidak tergantung pada gurunya (pamannya sendiri) Syekh Abdul Karim, seorang ulama tasawuf asal Jawi yang memimpin sebuah organisasi tarekat, Namun atas pilihan karir dan pengembangan spesialisasi ilmu penegatahuan yg ditekuni serta tuntutan masyarakat beliau tidak mengembangkan metoda tarbiyah tasawuf seperti guru2nya. Ketasawufan beliau dapat dilihat dari pandangannya terhadap keterkaitan antara praktek tarekat, syariat dan hakikat sangat erat. Untuk memahami lebih mudah dari keterkaitan ini Nawawi mengibaratkan syariat dengan sebuah kapal, tarekat dengan lautnya dan hakekat merupakan intan dalam lautan yang dapat diperoleh dengan kapal berlayar di laut. Dalam proses pengamalannya Syariat (hukum) dan tarekat merupakan awal dari perjalanan (ibtida'i) seorang sufi, sementara hakikat adalah basil dari syariat dan tarikat.


Pandangan ini mengindikasikan bahwa Syekh Nawawi tidak menolak praktek-praktek tarekat selama tarekat tersebut tidak mengajarkan hal-hat yang bertentangan dengan ajaran Islam, syariat. Paparan konsep tasawufnya ini tampak pada konsistensi dengan pijakannya terhadap pengalaman spiritualitas ulama salaf. Tema-teman yang digunakan tidak jauh dari rumusan ulama tasawuf klasik. Model paparan tasawuf inilah yang membuat Nawawi harus dibedakan dengan tokoh sufi Indonesia lainnya. la dapat dibedakan dari karakteristik tipologi tasawuf Indonesia, seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Abdurrauf Sinkel dan sebagainya. Tidak seperti sufi Indonesia lainnya yang lebih banyak porsinya dalam menyadur teori-teori genostik Ibnu Arabi, Nawawi justru menampilkan tasawuf yang moderat antara hakikat dan syariat. Dalam formulasi pandangan tasawufnya tampak terlihat upaya perpaduan antara fiqh dan tasawuf. Ia lebih Gazalian (mengikuti Al-Ghazali) dalam hal ini. Dalam kitab tasawufnya Salalim al-Fudlala, terlihat Nawawi bagai seorang sosok al-Gazali di era modern. Ia lihai dalam mengurai kebekuan dikotomi fiqh dan tasawuf. Sebagai contoh dapat dilihat dari pandangannya tentang ilmu alam lahir dan ilmu alam batin. Ilmu lahiriyah dapat diperoleh dengan proses ta'alum (berguru) dan tadarrus (belajar) sehingga mencapai derajat 'alim sedangkan ilmu batin dapat diperoleh melului proses dzikr, muraqabah dan musyahadah sehingga mencapai derajat 'Arif. Seorang Abid diharapkan tidak hanya menjadi alim yang banyak mengetahui ilmu-ilmu lahir saja tetapi juga harus arif, memahami rahasia spiritual ilmu batin. Bagi Nawawi Tasawuf berarti pembinaan etika (Adab). Penguasaan ilmu lahiriah semata tanpa penguasaan ilmu batin akan berakibat terjerumus dalam kefasikan, sebaliknya seseorang berusaha menguasai ilmu batin semata tanpa dibarengi ilmu lahir akan tejerumus ke dalam zindiq. Jadi keduanya tidak dapat dipisahkan dalam upaya pembinaan etika atau moral (Adab). Selain itu ciri yang menonjol dari sikap kesufian Nawawi adalah sikap moderatnya. Sikap moderat ini terlihat ketika ia diminta fatwanya oleh Sayyid Ustman bin Yahya, orang Arab yang menentang praktek tarekat di Indonesia, tentang tasawuf dan praktek tarekat yang disebutnya dengan "sistem yang durhaka". Permintaan Sayyid Ustman ini bertujuan untuk mencari sokongan dari Nawawi dalam mengecam praktek tarekat yang dinilai oleh pemerintah Belanda sebagai penggerak pemberontakan Banten 1888. Namun secara hati-hati Nawawi menjawab dengan. bahasa yang manis tanpa menyinggung perasaan Sayyid Ustman. Sebab Nawawi tahu bahwa di satu sisi ia memahami kecenderungan masyarakat Jawi yang senang akan dunia spiritual di sisi lain ia tidak mau terlibat langsung dalam persoalan politik. Setelah karyanya banyak masuk di Indonesia wacana keIslaman yang dikembangkan di pesantren mulai berkembang.. Misalkan dalam laporan penelitian Van Brunessen dikatakan bahwa sejak tahun 1888 M, bertahap


kurikulum pesantren mulai acta perubahan mencolok. Bila sebelumnya seperti dalam catatan Van Den Berg dikatakatan tidak ditemukan sumber referensi di bidang Tafsir, Ushl al-Fiqh dan Hadits, sejak saat itu bidang keilmuan yang bersifat epistemologis tersebut mulai dikaji. Menurutnya perubahan tiga bidang di atas tidak terlepas dari jasa tiga orang alim Indonesia yang sangat berpengaruh: Syekh Nawawi Banten sendiri yang telah berjasa dalam menyemarakkan bidang tafsir, Syekh Ahmad Khatib (w. 1915) yang telah berjasa mengembangkan bidang Ushul Fiqh dengan kitabnya al-Nafahat 'Ala Syarh al-Waraqat, dan Syekh Mahfuz Termas (1919 M) yang telah berjasa dalam bidang Ilmu Hadis. Sebenarnya karya-karya Nawawi tidak hanya banyak dikaji dan dipelajari di seluruh pesantren di Indonesia tetapi bahkan di seluruh wilayah Asia Tenggara. Tulisan-tulisan Nawawi dikaji di lembaga-Iembaga pondok tradisional di Malaysia, Filipina dan Thailand. Karya Nawawi diajarkan di sekolah-sekolah agama di Mindanao (Filipina Selatan), dan Thailand. Menurut Ray Salam T. Mangondanan, peneliti di Institut Studi Islam, University of Philippines, pada sekitar 40 sekolah agama di Filipina Selatan yang masih menggunakan kurikulum tradisional. Selain itu Sulaiman Yasin, seorang dosen di Fakultas Studi Islam, Universitas Kebangsaan di Malaysia, mengajar karya-karya Nawawi sejak periode 1950-1958 di Johor dan di beberapa sekolah agama di Malaysia. Di kawasan Indonesia menurut Martin Van Bruinessen yang sudah meneliti kurikulum kitab-kitab rujukan di 46 Pondok Pesantren Klasik 42 yang tersebar di Indonesia mencatat bahwa karya-karya Nawawi memang mendominasi kurikulum Pesantren. Sampai saat ia melakukan penelitian pada tahun 1990 diperkirakan pada 22 judul tulisan Nawawi yang masih dipelajari di sana. Dari 100 karya populer yang dijadikan contoh penelitiannya yang banyak dikaji di pesantren-pesantren terdapat 11 judul populer di antaranya adalah karya Nawawi. Penyebaran karya Nawawi tidak lepas dari peran murid-muridnya. Di Indonesia murid-murid Nawawi termasuk tokoh-tokoh nasional Islam yang cukup banyak berperan selain dalam pendidikan Islam juga dalam perjuangan nasional. Di antaranya adalah : K.H Hasyim Asyari dari Tebuireng Jombang, Jawa Timur. (Pendiri organisasi Nahdlatul Ulama), K.H Kholil dari Bangkalan, Madura, Jawa Timur, K.H Asyari dari Bawean, yang menikah dengan putri Syekh Nawawi, Nyi Maryam, K.H Najihun dari Kampung Gunung, Mauk, Tangerang yang menikahi cucu perempuan Syekh Nawawi, Nyi Salmah bint Rukayah bint Nawawi, K.H Tubagus Muhammad Asnawi dari Caringin Labuan, Pandeglang Banten, K.H Ilyas dari Kampung Teras, Tanjung Kragilan, Serang , Banten, K.H Abd Gaffar dari Kampung Lampung, Kec. Tirtayasa, Serang Banten, K.H Tubagus Bakri dari Sempur, Purwakarta, KH. Jahari Ceger Cibitung Bekasi Jawa Barat. Penyebaran karyanya di sejumlah pesantren yang tersebar di seluruh wilayah nusantara ini memperkokoh pengaruh ajaran Nawawi. Penelitian Zamakhsyari Dhofir mencatat pesantren di Indonesia dapat dikatakan memiliki rangkaian geneologi yang sama. Polarisasi pemikiran modernis dan tradisionalis yang berkembang di Haramain seiring dengan munculnya gerakan pembaharuan Afghani dan Abduh, turut mempererat soliditas ulama tradisional di Indonesia yang sebagaian besar adalah sarjana-sarjana tamatan Mekkah dan Madinah. Bila ditarik simpul pengikat di sejumlah pesantren yang ada maka semuanya dapat diurai peranan kuatnya dari jasa enam tokoh ternama yang sangat menentukan wama jaringan intelektual pesantren. Mereka adalah Syekh Ahmad Khatib Syambas, Syekh Nawawi Banten, Syekh Abdul Karim Tanara, Syekh Mahfuz Termas, Syekh Kholil Bangkalan Madura, dan Syekh Hasyim Asy'ari. Tiga tokoh yang pertama merupakan guru dari tiga tokoh terakhir.


Mereka berjasa dalam menyebarkan ide-ide pemikiran gurunya. Karya-karya Nawawi yang tersebar di beberapa pesantren, tidak lepas dari jasa mereka. K.H. Hasyim Asya'ari, salah seorang murid Nawawi terkenal asal Jombang, sangat besar kontribusinya dalam memperkenalkan kitab-kitab Nawawi di pesantren-pesantren di Jawa. Dalam merespon gerakan reformasi untuk kembali kepada al-Qur'an di setiap pemikiran Islam, misalkan, K.H. Hasyim Asya'ari lebih cenderung untuk memilih pola penafsiran Marah Labid karya Nawawi yang tidak sarna sekali meninggalkan karya ulama Salaf. Meskipun ia senang membaca Kitab tafsir a/-Manar karya seorang reformis asal Mesir, Muhammad Abduh, tetapi karena menurut penilaiannya Abduh terlalu sinis mencela ulama klasik ia tidak mall mengajarkannya pada santri dan ia lebih senang memilih kitab gurunya. Dua tokoh murid Nawawi lainnya berjasa di daerah asalnya. Syekh Kholil Bangkalan dengan pesantrennya di Madura tidak bisa dianggap kecil perannya dalam penyebaran karya Nawawi. Begitu juga dengan Syekh Abdul Karim yang berperan di Banten dengan Pesantrennya, dia terkenal dengan nama Syekh Ageng. Melalui tarekat Qadiriyah wan Naqsyabandiyah Ki Ageng menjadi tokoh sentral di bidang tasawuf di daerah Jawa Barat. Kemudian ciri geneologi pesantren yang satu sarana lain terkait juga turut mempercepat penyebaran karyakarya Nawawi, sehingga banyak dijadikan referensi utama. Bahkan untuk kitab tafsir karya Nawawi telah dijadikan sebagai kitab tafsir kedua atau ditempatkan sebagai tingkat mutawassith (tengah) di dunia Pesantren setelah tafsir Jalalain. Peranan Syekhpara pemimpin pondok pesantren dalam memperkenalkan karya Nawawi sangat besar sekali. Mereka di berbagai pesantren merupakan ujung tombak dalam transmisi keilmuan tradisional Islam. Para Syekhdidikan K.H Hasyim Asyari memiliki semangat tersendiri dalam mengajarkan karya-karya Nawawi sehingga memperkuat pengaruh pemikiran Nawawi. Dalam bidang tasawuf saja kita bisa menyaksikan betapa ia banyak mempengaruhi wacana penafsiran sufistik di Indonesia. Pesantren yang menjadi wahana penyebaran ide penafsiran Nawawi memang selain mejadi benteng penyebaran ajaran tasawuf dan tempat pengajaran kitab kuning juga merupakan wahana sintesis dari dua pergulatan antara tarekat heterodoks versus tarekat ortodoks di satu sisi dan pergulatan antara gerakan fiqh versus gerakan tasawuf di sisi lain. Karya-karnya di bidang tasawuf cukup mempunyai konstribusi dalam melerai dua arus tasawuf dan fiqh tersebut. Dalam hal ini Nawawi, ibarat alGazali, telah mendamaikan dua kecenderungan ekstrim antara tasawuf yang menitik beratkan emosi di satu sisi dan fiqh yang cenderung rasionalistik di sisi lain. sumber: http://rohimuddin.com/?pilih=news&mod=yes&aksi=lihat&id=14


SYEIKH NAWAWI AL-BANTANI DIGELAR IMAM NAWAWI KEDUA (Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah) NAMA Imam Nawawi tidak asing lagi bagi dunia Islam terutama dalam lingkungan ulama-ulama Syafi'iyah. Ulama ini sangat terkenal kerana banyak karangannya yang dikaji pada setiap zaman dari dahulu sampai sekarang. Pada penghujung abad ke-18 lahir pula seorang yang bernama Nawawi di Banten, Jawa Barat. Setelah dia menuntut ilmu yang sangat banyak, mensyarah kitab-kitab bahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu yang sangat banyak pula, maka dia digelar Imam Nawawi ats-Tsani, ertinya Imam Nawawi Yang Kedua. Orang pertama memberi gelaran demikian ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Gelaran yang diungkapkan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani dalam seuntai gubahan syairnya itu akhirnya diikuti oleh semua orang yang menulis riwayat ulama yang berasal dari Banten itu. Sekian banyak ulama dunia Islam sejak sesudah Imam Nawawi yang pertama (wafat 676 Hijrah/1277 Masehi) sampai sekarang ini belum ada orang lain yang mendapat gelaran Imam Nawawi ats-Tsani, kecuali Syeikh Nawawi, ulama kelahiran Banten yang dibicarakan ini. Rasanya gelaran demikian memang dipandang layak, tidak ada ulama sezaman dengannya mahupun sesudahnya yang mempertikai autoritinya dalam bidang ilmiah keislaman menurut metode tradisional yang telah wujud zaman berzaman dan berkesinambungan. Sungguhpun Syeikh Nawawi ats-Tsani al-Bantani diakui alim dalam semua bidang ilmu keislaman, namun dalam dunia at-thariqah ash-shufiyah, gurunya Syeikh Ahmad Khathib Sambas tidak melantik beliau sebagai seorang mursyid Thariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, tetapi yang dilantik ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, iaitu ayah saudara kepada Syeikh Nawawi al-Bantani, yang sama-sama menerima thariqat itu kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Apakah sebabnya terjadi demikian hanya diketahui oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas dan Syeikh Nawawi al-Bantani. Syeikh Nawawi al-Bantani mematuhi peraturan yang diberikan itu, sehingga beliau tidak pernah mentawajuh/membai'ah seseorang muridnya walaupun memang ramai murid beliau yang menjadi ulama besar yang berminat dalam bidang keshufian. LAHIR DAN PENDIDIKAN Nama lengkapnya adalah Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani. Beliau adalah anak sulung seorang ulama Banten, Jawa Barat, lahir pada tahun 1230 Hijrah/1814 Masehi di Banten dan wafat di Mekah tahun 1314 Hijrah/1897 Masehi. Ketika kecil, beliau sempat belajar kepada ayahnya sendiri, dan di Mekah belajar kepada beberapa ulama terkenal pada zaman itu, di antara mereka yang dapat dicatat adalah sebagai berikut: Syeikh Ahmad an-Nahrawi, Syeikh Ahmad ad-Dumyati, Syeikh Muhammad Khathib Duma al-Hanbali, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Maliki, Syeikh Zainuddin Aceh, Syeikh Ahmad Khathib Sambas, Syeikh Syihabuddin, Syeikh Abdul Ghani Bima, Syeikh Abdul Hamid Daghastani, Syeikh Yusuf Sunbulawani, Syeikhah Fatimah binti Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Yusuf bin Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani, Syeikh Mahmud Kinan al-Falimbani, Syeikh Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani. Demikian saja para gurunya yang dapat dicatat daripada berbagai-bagai sumber, dan berkemungkinan banyak yang belum dapat dicatat di sini. Dipercayai beliau datang ke Mekah dalam usia 15 tahun dan selanjutnya setelah menerima pelbagai ilmu di Mekah, beliau meneruskan pelajarannya ke Syam (Syiria) dan Mesir. Setelah keluar dari Mekah kerana menuntut ilmu yang tidak diketahui berapa lamanya, lalu beliau kembali lagi ke Mekah. Keseluruhan masa beliau tinggal di Mekah dari mulai belajar, mengajar dan mengarang hingga sampai kemuncak kemasyhurannya lebih dari setengah abad lamanya. Diriwayatkan bahawa setiap kali beliau mengajar di Masjidil Haram sentiasa dikelilingi oleh pelajar yang tidak kurang


daripada dua ratus orang. Kerana sangat terkenalnya beliau pernah diundang ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk memberi ceramah atau fatwa-fatwa pada beberapa perkara yang tertentu. Belum jelas tahun berapa beliau diundang oleh ahli akademik di Universiti al-Azhar itu, namun difahamkan bahawa beliau sempat bertemu dengan seorang ulama terkenal di al-Azhar (ketika itu sebagai Syeikhul Azhar), iaitu Syeikh Ibrahim al-Baijuri (wafat 1860 Masehi) yang sangat tua dan lumpuh kerana tuanya. Kemungkinan Syeikh Ibrahim alBaijuri, Syeikhul Azhar yang terkenal itu termasuk salah seorang di antara guru kepada Syeikh Nawawi al-Bantani. MURID MURID Diriwayatkan bahawa Syeikh Nawawi al-Bantani mengajar di Masjidil Haram menggunakan bahasa Jawa dan Sunda ketika memberi keterangan terjemahan kitab-kitab bahasa Arab. Barangkali ulama Banten yang terkenal itu kurang menguasai bahasa Melayu yang lebih umum dan luas digunakan pada zaman itu. Oleh sebab kurang menguasai bahasa Melayu, maka tidak berapa ramai muridnya yang berasal dari luar pulau Jawa (seperti Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu dan Patani). Tetapi Tok Kelaba al-Fathani menyebut bahawa beliau menerima satu amalan wirid daripada Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani, dan Syeikh Abdul Qadir itu menerimanya daripada Syeikh Nawawi al-Bantani. Syeikh Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya II) sebenarnya bukan peringkat murid kepada Syeikh Nawawi al-Bantani tetapi adalah peringkat sahabatnya. Syeikh Nawawi al-Bantani (1230 Hijrah/1814 Masehi) lebih tua sekitar empat tahun saja daripada Syeikh Abdul Qadir al-Fathani (Tok Bendang Daya II, 1234 Hijrah/1817 Masehi). Adapun murid Syeikh Nawawi al-Bantani di pulau Jawa yang menjadi ulama yang terkenal sangat ramai, di antara mereka ialah, Kiyai Haji Hasyim Asy'ari, Pengasas Pondok Pesantren Tebuireng, Jawa Timur, bahkan beliau ini dianggap sebagai bapa ulama Jawa dan termasuk pengasas Nahdhatul Ulama. Murid Syeikh Nawawi al-Bantani yang terkenal pula ialah Kiyai Haji Raden Asnawi di Kudus, Jawa Tengah, Kiyai Haji Tubagus Muhammad Asnawi di Caringin, Purwokerto, Jawa Barat, Syeikh Muhammad Zainuddin bin Badawi as-Sumbawi, Syeikh Abdus Satar bin Abdul Wahhab as-Shidqi al-Makki, Sayid Ali bin Ali al-Habsyi al-Madani dan ramai lagi. Salah seorang cucunya, yang juga mendapat pendidikan sepenuhnya daripada beliau ialah Syeikh Abdul Haq bin Abdul Hannan al-Jawi al-Bantani (1285 Hijrah/1868 Masehi - 1324 Hijrah/1906 Masehi). Pada halaman pertama Al-Aqwalul Mulhaqat, Syeikh Abdul Haq al-Bantani menyebut bahawa Syeikh Nawawi al-Bantani adalah orang tuanya (Syeikhnya), orang yang memberi petunjuk dan pembimbingnya. Pada bahagian kulit kitab pula beliau menulis bahawa beliau adalah `sibthun' (cucu) an-Nawawi Tsani. Selain orang-orang yang tersebut di atas, sangat ramai murid Syeikh Nawawi al-Bantani yang memimpin secara langsung barisan jihad di Celegon melawan penjajahan Belanda pada tahun 1888 Masehi. Di antara mereka yang dianggap sebagai pemimpin pemberontak Celegon ialah: Haji Wasit, Haji Abdur Rahman, Haji Haris, Haji Arsyad Thawil, Haji Arsyad Qasir, Haji Aqib dan Tubagus Haji Ismail. Semua mereka adalah murid Syeikh Nawawi al-Bantani yang dikaderkan di Mekah. KARYA KARYA Berapa banyakkah karya Syeikh Nawawi ats-Tsani al-Bantani yang sebenarnya belum diketahui dengan pasti. Barangkali masih banyak yang belum masuk dalam senarai yang ditulis oleh penulis-penulis sebelum ini. Saya telah memiliki karya ulama Banten ini sebanyak 30 judul. Judul yang telah saya masukkan dalam buku berjudul Katalog Besar Persuratan Melayu, sebanyak 44 judul. Semua karya Syeikh Nawawi al-Bantani ditulis dalam bahasa Arab dan merupakan syarahan daripada karya orang lain. Belum ditemui walau sebuah pun karyanya yang diciptakan sendiri. Juga belum ditemui karyanya dalam bahasa Melayu, Jawa ataupun Sunda. Oleh sebab kekurangan ruangan di antara 44 judul di bawah ini saya catat sekadarnya saja, ialah:


1. Targhibul Musytaqin, selesai Jumaat, 13 Jamadilakhir 1284 Hijrah/1867 Masehi. Cetakan awal Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1311 Hijrah. 2. Fat-hus Shamadil `Alim, selesai awal Jamadilawal 1286 Hijrah/1869 Masehi. Dicetak oleh Mathba'ah Daril Kutubil Arabiyah al-Kubra, Mesir 1328 Hijrah. 3. Syarah Miraqil `Ubudiyah, selesai 13 Zulkaedah 1289 Hijrah/1872 Masehi. Cetakan pertama Mathba'ah al-Azhariyah al-Mashriyah, Mesir 1308 Hijrah. 4. Madarijus Su'ud ila Iktisa'il Burud, mulai menulis 18 Rabiulawal 1293 Hijrah/1876 Masehi. Dicetak oleh Mathba'ah Mustafa al-Baby al-Halaby, Mesir, akhir Zulkaedah 1327 Hijrah. 5. Hidayatul Azkiya' ila Thariqil Auliya', mulai menulis 22 Rabiulakhir 1293 Hijrah/1876 Masehi, selesai 13 Jamadilakhir 1293 Hijrah/1876 Masehi. Diterbitkan oleh Mathba'ah Ahmad bin Sa'ad bin Nabhan, Surabaya, tanpa menyebut tahun penerbitan. 6. Fat-hul Majid fi Syarhi Durril Farid, selesai 7 Ramadan 1294 Hijrah/1877 Masehi. Cetakan pertama oleh Mathba'ah alMiriyah al-Kainah, Mekah, 1304 Hijrah. 7. Bughyatul `Awam fi Syarhi Maulidi Saiyidil Anam, selesai 17 Safar 1294 Hijrah/1877 Masehi. Dicetak oleh Mathba'ah al-Jadidah al-'Amirah, Mesir, 1297 Hijrah. 8. Syarah Tijanud Darari, selesai 7 Rabiulawal 1297 Hijrah/1879 Masehi. Cetakan pertama oleh Mathba'ah `Abdul Hamid Ahmad Hanafi, Mesir, 1369 Masehi. 9. Syarah Mishbahu Zhulmi `alan Nahjil Atammi, selesai Jamadilawal 1305 Hijrah/1887 Masehi. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1314 Hijrah atas biaya saudara kandung pengarang, iaitu Syeikh Abdullah alBantani. 10. Nasha-ihul `Ibad, selesai 21 Safar 1311 Hijrah/1893 Masehi. Cetakan kedua oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1323 Hijrah. 11. Al-Futuhatul Madaniyah fisy Syu'bil Imaniyah, tanpa tarikh. Dicetak di bahagian tepi kitab nombor 10, oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1323 Hijrah. 12. Hilyatus Shibyan Syarhu Fat-hir Rahman fi Tajwidil Quran, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1332 Hijrah. 13. Qatrul Ghaits fi Syarhi Masaili Abil Laits, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1321 Hijrah. 14. Mirqatu Su'udi Tashdiq Syarhu Sulamit Taufiq, tanpa tarikh. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Miriyah, Mekah 1304 Hijrah. 15. Ats-Tsimarul Yani'ah fir Riyadhil Badi'ah, tanpa tarikh. Cetakan pertama oleh Mathba'ah al-Bahiyah, Mesir, Syaaban 1299 Hijrah. Dicetak juga oleh Mathba'ah Mustafa al-Baby al-Halaby, Mesir, 1342 Hijrah. 16. Tanqihul Qaulil Hatsits fi Syarhi Lubabil Hadits, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir, tanpa tarikh. 17.Bahjatul Wasail bi Syarhi Masail, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah al-Haramain, Singapura-Jeddah, tanpa tarikh. 18. Fat-hul Mujib Syarhu Manasik al- 'Allamah al-Khatib, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah at-Taraqqil Majidiyah, Mekah, 1328 Hijrah. 19. Nihayatuz Zain Irsyadil Mubtadi-in, tanpa tarikh. Diterbitkan oleh Syarikat al-Ma'arif, Bandung, Indonesia, tanpa tarikh. 20. Al-Fushushul Yaqutiyah `alar Raudhatil Bahiyah fi Abwabit Tashrifiyah, tanpa tarikh. Dicetak oleh Mathba'ah alBahiyah, Mesir, awal Syaaban 1299 Hijrah.


SYEIKH WAN ALI KUTAN GURU PARA ULAMA MELAYU (Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH) RIWAYAT ini masih dalam rangkaian ulama yang mempunyai hubungan dengan pengajian pondok di Sungai Dua, Seberang Perai, Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani yang dipercayai adalah saudara sepupu ulama yang dibicarakan ini. Nasab ke atas sampai kepada nama Wan Abdul Ghafur yang dianggap sahih kerana tercantum dalam salah sebuah karangan Syeikh Wan Ali al-Kalantani. Penyelidikan penulis yang terkini mendapati bahawa ada orang meriwayatkan ayah Wan Abdul Ghafur itu bernama Syeikh Wan Ali bin Syeikh Wan Izzuddin. Syeikh Izzuddin ini mempunyai dua nama, yang satu lagi ialah Syeikh Wan Taqiyuddin. Tentang ini masih belum dipandang sahih. KELUARGA BESAR Sebagaimana Syeikh Jalaluddin al-Kalantani mempunyai hubungan keturunan yang luas, demikian pula halnya Syeikh Wan Ali al-Kalantani, kerana Syeikh Wan Ali al-Kalantani mempunyai beberapa orang adik beradik. Mereka ialah: 1. Haji Wan Seman, 2. Wan Bulat, 3. Wan Hawa, 4. Wan Kaltsum, 5. Wan Siti Hajar, dan yang bungsu ialah Syeikh Wan Ali. Haji Wan Seman bin Wan Abdur Rahman mendapat tiga orang anak, iaitu Nik Sah, Wan Timun dan Nik Wan Zainab. Melalui anaknya Wan Timun, anak perempuan Wan Timun bernama Wan Embong, anak perempuan Wan Embong bernama Nik Wan Zainab kahwin dengan Tengku Hamzah Tengku Setia Maharaja, anaknya bernama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Wan Hawa binti Wan Abdur Rahman berkahwin dengan Wan Muhammad bin Wan Musa, memperoleh 4 orang anak. Salah seorang di antaranya Wan Salamah yang berkahwin dengan Wan Ya'qub bin Wan Sulaiman, memperoleh anak bernama Wan Kaltsum yang kahwin dengan Wan Ahmad Hakim bin Ibrahim (Hakim di Besut, Terengganu), keturunannya di Terengganu. Di antara anaknya ialah Wan Muhammad Ali, ayah kepada Haji Wan Abdur Rahim Kamil, salah seorang tokoh perbankan Islam.Wan Kaltsum binti Wan Abdur Rahman berkahwin dengan ulama bernama Haji Abdus Shamad Kutan, yang kemudian dikenali dengan gelar Tuan Tabal. Beliau adalah guru kepada Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaitu Dato' Bentara Guru Mufti Terengganu. Mengenai Tuan Tabal yang bererti saudara ipar kepada Syeikh Wan Ali Kutan diperoleh maklumat daripada keluarga ini di Terengganu, secara terperinci akan diceritakan pada siri-siri berikut dalam judul yang tersendiri.Wan Siti Hajar binti Wan Abdur Rahman mempunyai anak iaitu Haji Muhammad Sa'id. Beliau berhijrah ke Langkat, belajar dan berkhidmat kepada Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah yang terkenal, iaitu Syeikh Abdul Wahhab Rokan di Besilam. Akhirnya Haji Muhammad Sa'id menjadi murid kesayangan dan orang kanan ulama yang terkenal itu. Haji Muhammad Sa'id memperoleh enam orang anak, di antaranya ialah Khalifah Haji Abdul Hamid. Anak beliau ialah Haji Muhammad Saleh Hamid, Ketua Majlis Ulama Indonesia, Kabupaten Langkat dan Drs. Haji Usman Hamid, bekas dosen/pensyarah FPOK, IKIP, Medan, Sumatera Utara. KELAHIRAN Wan Ali bin Wan Abdur Rahman adalah saudara bungsu enam beradik yang diriwayatkan ini, oleh itu dalam surat menyurat Syeikh Ahmad al-Fathani memanggil ulama Kelantan tersebut dengan panggilan `Pak Cu Wan Ali'. Syeikh Wan Ali adalah ayah saudara sepupu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Wan Ali al-Kalantani pula berkahwin dengan saudara sepupunya bernama Wan Aisyah binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani, adik beradik dengan Wan Cik binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani, ibu kepada Syeikh Ahmadal-Fathani.Syeikh Wan Ali lahir dekat Kota Kubang Labu, di tepi Sungai Kelantan. Ismail Awang dalam majalah Pengasuh menyebut bahawa beliau lahir tahun 1253 Hijrah/1837 Masihi, tarikh inilah yang diikuti oleh kebanyakan penulis. Penulis sendiri tetap mempertikaikan tahun yang disebutkan itu, jika ditulis tahun 1235 Hijrah/1820 Masihi, barangkali lebih mendekati kebenaran. Hujah-hujah penulis adalah bahawa di kalangan keluarga telah popular cerita tentang Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani adalah sebaya umurnya dengan Syeikh Wan Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani.Selain itu, antara beliau terjadi tukar menukar ilmu pengetahuan dengan Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani (adik Syeikh Muhammad Zain al-


Fathani). Adapun hubungan Syeikh Muhammad Zain al-Fathani dengan Syeikh Wan Ali Kutan itu adalah berbirasan, kerana isteri kedua-duanya adalah adik beradik. Isteri Syeikh Wan Ali Kutan bernama Wan Aisyah binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani dan isteri Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani bernama Wan Cik binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani mencatat tahun kelahiran ayahnya itu pada tahun 1233 Hijrah/ 1817 Masihi dan ibunya lahir pada tahun 1241 Hijrah/1825 Masihi. Sedangkan dalam riwayat bahawa Wan Cik al-Fathani itu walaupun menjadi kakak ipar kepada Syeikh Wan Ali Kutan, namun Syeikh Wan Ali Kutan lebih tua daripada Wan Cik. Wan Aisyah adik Wan Cik pula dilahirkan pada tahun 1243 Hijrah/1827 Masihi, sedangakn Wan Ali Kutan adalah lebih tua daripada isterinya itu. Dengan fakta-fakta tersebut di atas, penentuan tarikh lahir Syeikh Wan Ali Kutan adalah pada tahun 1253 Hijrah/1837 Masihi (yang bererti lebih muda sekitar sepuluh tahun daripada isterinya) itu adalah suatu kekeliruan. Diharapkan kepada para pengkaji sejarah dapat meneliti kembali tahun-tahun yang tersebut itu, mudah-mudahan sejarah yang tepat dapat menjadi pegangan yang tidak menjadi keraguan lagi. PENDIDIKAN Pendidikan ketika di Kelantan tidak jelas, yang dapat dikaji dimulai dari umur 12 tahun, kerana ketika usia itulah beliau dibawa ke Mekah untuk belajar di sana. Pendidikan di Mekah itu merupakan penentuan bahawa Syeikh Wan Ali alKalantani dapat dikategorikan sebagai ulama besar yang lengkap dengan pelbagai ilmu pengetahuan keIslaman. Di antara gurunya di Mekah dapat dicatat ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Muhammad Haqqi an-Nazili an-Naqsyabandi. Kedua-dua ulama ini sangat terkenal.Selain itu, Syeikh Wan Ali al-Kalantani belajar pula kepada Syeikh Ahmad As'ad ad-Dihan, Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong, Kelantan dan lain-lain. Di Madinah Syeikh Wan Ali belajar kepada Syeikh Muhammad Amin bin Sayid Ridhwan al-Madani, terutama sekali menerima ijazah Shalawat Dalailul Khairat dengan sanad yang bersambung sampai kepada pengasasnya Syeikh Sulaiman al-Jazuli. Dalam karangannya Lum'atul Aurad, Syeikh Wan Ali al-Kalantani menyebut bahawa beliau menerima ijazah Hizbul Bahri kepada Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan juga kepada Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong, Kelantan. Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong menerima daripada Syeikh Abdullah bin Muhammad Saleh, beliau menerima daripada ayahnya Syeikh Muhammad Saleh bin Abdur Rahman al-Fathani, beliau pula menerima daripada Syeikh Muhammad Saleh bin Ibrahim Mufti Syafi'ie di Mekah pada zamannya. Silsilah ini bersambung terus hingga kepada pengamal pertama Hizbul Bahri, iaitu Wali Allah Syeikh Abil Hasan asy-Syazili. Syeikh Wan Ali al-Kalantani termasuk pengikut Thariqat Syaziliyah yang sanad/silsilahnya bersambung daripada Syeikh Abil Hasan asy-Syazili hingga kepada Rasulullah s.a.w.Syeikh Wan Ali al-Kalantani juga belajar berbagai-bagai ilmu kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani termasuk beliau menerima Thariqat Syathariyah kepada ulama Patani itu. Syeikh Wan Ali alKalantani juga termasuk pengamal Thariqat Ahmadiyah yang dinisbahkan kepada Sayid Ahmad bin Idris. Dipercayai Syeikh Wan Ali al-Kalantani telah menerima talqin bai'ah Thariqat Ahmadiyah itu daripada Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi. Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman, Kutan al-Kalantani meninggalkan beberapa karangan, yang senarai lengkapnya adalah sebagai berikut: 1. Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub, 1306 Hijrah/1888 Masihi. Kandungannya merupakan terjemahan dan syarah Lubabul Hadits. Matan Lubabil Hadits adalah karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi. Cetakan pertamanya ditashih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Pada cetakan pertama tercantum puisi dalam bahasa Arab gubahan Syeikh Ahmad al-Fathani yang terdiri daripada 27 bait, dua-dua rangkap. 2. Zahratul Murid fi `Aqaidit Tauhid, 1310 Hijrah/1892 Masihi. Kandungannya membicarakan perkara tauhid menurut pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Cetakan pertama, juga ditashih oleh Syeikh Ahmad al- Fathani. Di bahagian muka dan belakang cetakan Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1315 Hijrah terdapat keterangan Syeikh Ahmad al-Fathani. Kitab ini terdapat beberapa edisi cetakan di antaranya dicetak oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan. 3. Lum'atul Aurad, 1311 Hijrah/1894 Masihi. Kandungannya mengenai selawat, wirid dan pelbagai doa. Terdapat pelbagai edisi cetakan, di antaranya oleh Matba'ah al-Miriyah, Mekah, cetakan kedua 1314 Hijrah. Edisi cetakan


Matba'ah Al-Ahmadiah, Singapura, 1346 Hijrah. Dan edisi yang terakhir ialah yang diusahakan oleh cucunya, Haji Wan Abdul Qadir Daud al-Kalantani. Edisi yang terakhir ini dicetak terus menerus dan masih beredar di pasaran kitab sampai sekarang ini. Lum'atul Aurad ini sangat banyak diamalkan oleh para ulama dan orang awam dunia Melayu, bagi pengamal-pengamalnya selalu menceritakan akan keberkesanan amalan tertentu yang termaktub dalam kitab itu setelah mereka mengamalkannya secara teratur dan rutin. 4. Majma'ul Qashaid wal `Awaid, 1320 Hijrah/1902 Masihi. Kandungannya merupakan kumpulan pelbagai qasidah. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1321 Hijrah. 5. Ilmu Perubatan, ditulis dalam bahasa Arab, masih dalam bentuk manuskrip. 6. Ilmu Perubatan, ditulis dalam bahasa Melayu, masih dalam bentuk manuskrip. 7. Catatan-catatan, masih dalam ben-tuk manuskrip. Disebabkan kekurangan ruangan, keturunan Syeikh Wan Ali al-Kalantani tidak dapat dimuat dalam artikel ini, insyaAllah akan dibicarakan pada kesempatan dan waktu yang lain. Tambahan (sumber: Tokoh-Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu 1) Meninggal Dunia pada tahun 1331H (1913M). jenazahnya dikuburkan di Ma’la Makkah Al-Mukarramah.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Saiyid Utsman Betawi - Mufti paling masyhur (Wafat 1333 H) Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH SAIYID Utsman Betawi seorang mufti di dunia Melayu yang paling banyak dipercakapkan orang. Realiti tersebut tidak dapat kita nafikan kerana memang banyak sebab orang bercakap mengenainya, sama ada orang yang suka mahu pun yang kontroversi. Setiap langkah kebijaksanaan seseorang ulama atau tokoh besar memang demikianlah yang akan berlaku. Nama lengkap beliau ialah Saiyid Utsman bin Abdullah bin Aqil bin Umar bin Yahya al-Alawi, yang dipopularkan dengan “Habib Utsman Mufti Batawi”. Lahir di Pekojan Betawi (Jakarta), 17 Rabiulawal 1238 Hijrah/2 Disember 1822 Masihi. Ibunya bernama Aminah anak Syeikh Abdur Rahman al-Mashri. Saiyid Utsman termasuk seorang ulama keturunan Nabi Muhammad s.a.w, masih asli darah Arab mengalir ditubuhnya. Beliau adalah sahabat ulama besar yang terkenal, ialah Saiyid Yusuf an-Nabhani, Mufti di Beirut. Karangan Saiyid Utsman sangat banyak berbentuk naskhah, risalah-risalah dan kitab kecil. Kitab yang tebal kurang diketahui, namun keseluruhan karyanya, berjumlah 109 buah. Selain aktiviti mengarang, beliau adalah mufti di Betawi, di samping itu, di bidang bisnes Saiyid Utsman membuka perusahaan cetak sendiri. Dalam memutuskan sesuatu hukum Saiyid Utsman sangat tegas sekali, tanpa pandang siapapun sehingga mungkin kurang mendapat tempat dalam perkembangan kebudayaan asli di dunia Melayu, jika kebudayaan itu bertentangan dengan hukum-hukum syarak. Ini dapat dibuktikan daripada beberapa karya beliau. Hampir semua ulama asli Jakarta yang ada sekarang merupakan pertalian daripada Saiyid Utsman turun ke murid, tidak ubah seumpama Syeikh Abdul Azhim dengan ulama-ulama Madura, Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dengan ulama-ulama Minangkabau; Tok Kenali dengan ulama-ulama Malaysia dan lain-lain seumpama mereka. Kelicikan seorang Belanda, Snouck Hurgronje kepada Saiyid Utsman mengakibatkan melunturkan namanya di kalangan ahli gerakan nasional Indonesia. Kekeliruannya dalam bidang politik, seolah-olah ia telah tertipu dengan berbagai-bagai pujuk rayu daripada sarjana Belanda itu. Tentang ini tidak saya ceritakan dalam artikel ini, kerana telah diriwayatkan oleh Mr. Hamid Alqadri dalam bukunya, C. Snouck Hurgronje Politik Belanda Terhadap Islam dan Keturunan Arab, diterbitkan oleh Sinar Harapan, cetakan pertama 1984. Walau bagaimanapun, Saiyid Utsman tetap termasuk salah seorang yang dicurigai Belanda. Deliar Noer menulis, “Sedang Saiyid Utsman bin Yahya al-Alawi, yang disebut sebagai “seorang Arab yang berserikat dengan pemerintahan Hindia Belanda” dan yang menafsirkan perang jihad semata-mata sebagai peperangan melawan “nafsu-nafsu jahat”. Jadi bukan perang fizik terhadap orang kafir, tidak mendapat kepercayaan penuh daripada kalangan Belanda. Ketika ia berdoa untuk keselamatan Ratu Belanda pada 1898, ia dituduh “mengelabui mata orang-orang Eropah dengan perbuatannya itu.” (Gerakan Modern Islam di Indonesia, LP 3ES, 1997, hlm. 2). Saya meragui tulisan Chaidar, “… terjadilah di sana yang agak meruncing di antara Syeikh Nawawi al-Bantani (ketika itu masih kanak-kanak) dengan Siayid Utsman al-Alawi.” (Sejarah Pujangga Islam Syeikh Nawawi Al-Bantani, CV. Sarana Utama, 1978, hlm..60). “… bahawa ketika peristiwa itu terjadi Syeikh Nawawi al-Bantani belum dewasa lagi.” (hlm. 62). Padahal Syeikh Nawawi al-Bantani lebih tua lapan tahun daripada Sayid Utsman al-Batawi. Syeikh Nawawi al-Bantani lahir tahun 1230 Hijrah, wafat 1314 Hijrah. Sedangkan Saiyid Utsman al-Batawi lahir 17 Rabiulawal 1238 Hijrah/2 Disember 1822 Masihi, wafat tahun 1333 Hijrah. Saiyid Utsman al-Batawi ketika hidup seringkali mengadakan komunikasi melalui surat-menyurat dengan Saiyid Yusuf an-Nabhani di Beirut. Saiyid Utsman al-Batawi sependapat dalam berbagai-bagai jalan pemikiran dengan ulama Beirut


www.tobaqatsyafii.blogspot.com yang terkenal itu, sama- sama bermazhab Syafie dan sama-sama menentang pemikiran Syeikh Muhammad Abduh dan Saiyid Rasyid Ridha, ulama pembaharuan yang muncul di Mesir itu. Atas pengakuan Saiyid Utsman al-Batawi sendiri, bahawa beliau pernah belajar kepada ulama-ulama di Mekah iaitu; Syeikh Ahmad adDimyathi, Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Saiyid Muhammad bin Husein al-Habsyi dan Syeikh Rahmatullah. Di Hadhramaut, beliau belajar kepada Saiyid Abdullah bin Husein bin Thahir, Saiyid Abdullah bin Umar bin Yahya, Saiyid Hasan al-Bahr dan lain-lain. Di Tunisia, beliau belajar kepada Syarif Muhammad bin Abdul Jawad al-Qabisi. PENULISAN Karya-karyanya ditulis dalam bahasa Arab, Melayu Jakarta, Jawa dan Sunda. Di antara yang dapat disenaraikan ialah; Jawazu Ta’addudil Jumu’ah, ditulis tahun 1286 H. Manhaj al-Istiqamah fi ad-Dini bi as-Salamah, selesai pada 5 Zulkaedah 1307 H/1890 H. Mazil al-Auham wa at-Taraddud fi Amri Shalah al-Jumu’ah Ta’addud, ditulis tahun 1312 H. Taftih al-Maqallatain wa Tabyin al-Mufsidin al-Makhba-ataini fi ar-Risalah al-Ma’mati bi Shulhi al-Juma’ataini, ditulis tahun 1313 H. Al-Qawanin asy-Syar’iyah, ditulis tahun 1317 H. Perhiasan Bagus. Shifat Dua puluh. Samth asy-Syuzur wa al-Jawahir fi Hilli Takhshish an-Nuzur li as-Sadah. Kitab al-Faraidh. Hadits Keluarga. Maslak al-Akhyar. Abadul Insan. Iqazhuniyah fi ma Yata’allaqu bi Lahillah wa Shiyam. Az-Zahrul Basim. I’anah al-Mustarsyidin. Thariq as-Salamah. Salam al-Muslimin. Terjemah Hukum Islam. Sa’adah al-Anam. Tamyiz al-Haq. Perihal Hukum Azan. Irsyad al-Anam. Taftih al-’Uyun. Miftah as-Sa’adah. Tafsir Surah Kahfi. As-Silsalah an-Nabawiyah. Qamus Tiga Bahasa. Qamus Kecil. Hukum Gambar. Hikam ar-Rahman. Hadits Empat Puluh. Bab al-Minan. Mukhtashar al-Qamus. Tujuh Faidah. Dan lain-lain.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com BAHASAN Menurut riwayat, seluruh karangan Sayid Utsman berjumlah 109 judul besar dan kecil, tetapi yang terbanyak merupakan risalah-risalah kecil. Bahasan tentang karya beliau dituangkan di sini sekadarnya sahaja iaitu, yang dianggap perlu dan penting-penting saja. Terjadi peristiwa sedikit pertikaian faham antara Saiyid Utsman Betawi dengan Syeikh Ahmad Khatihb bin Abdul Lathif al-Minankabawi, pada beberapa aspek hukum mengenai solat Jumaat. Ada beberapa kitab karya kedua-duanya, yang bercorak “polemik” yang memakan waktu agak lama. Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Lathif Minangkabau diperkirakan umurnya jauh lebih muda dari Saiyid Utsman Betawi. Salah satu bukti bahawa Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau jauh lebih muda daripada Saiyid Utsman Betawi bahawa dalam tahun 1286 Hijrah Saiyid Utsman Betawi telah mengarang kitab, Jawazu Ta’addudi Juma’atain, Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau waktu itu, baru berusia 10 tahun saja (beliau lahir pada 1276 Hijrah). Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau menyusun sebuah kitab berjudul, Shulhul Juma’atain bi Jawazi Ta’addudil Juma’atain yang merupakan suatu penjelasan atas beberapa kesamaran sebuah kitab Saiyid Utsman Betawi yang ditulis pada 1312 Hijrah. Tulisan Syeikh Ahamad Khatib Minangkabau itu sebahagian sependapat dengan tulisan Saiyid Utsman Betawi dan di antaranya ada yang berlawanan. Tulisan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau itu mengundang kemarahan Saiyid Utsman Betawi sehingga beliau menyusun kitab berjudul, Taftih al-Maqalatain wa Tabyin al-Mufasidatain (ditulis pada 1313 Hijrah). Untuk menyanggah kitab Saiyid Utsman Betawi itu, Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau menyusun kitab berjudul, Istbat az-Zain li Shulhil Juma’atain bi Jawazi Ta’addud al-Jumu’atain fi Raddi ‘alal Kitabil Musamma Taftih al-Maqalatain (ditulis pada 1313 Hijrah). Kitab-kitab polemik kedua-dua ulama besar dunia Melayu itu ditulis dengan bahasa Arab. Sebenarnya sebelum terjadi peristiwa tersebut telah terjadi terlebih dahulu pertikaian di antara Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau dengan “Al-’Allamah Syeikh Salim bin Samir al-Hadhrami” sahabat Saiyid Utsman Betawi. Saiyid Utsman Betawi menyebut bahawa, karya beliau telah disambut dan diakui oleh beberapa ulama besar yang terkenal, iaitu selain Syeikh Nawawi al-Bantani dan Syeikh Junaid Betawi terdapat nama-nama Syeikh Muhammad Sa’id Ba Bashail, Mufti Syafi’iyah di Mekah, Saiyid Ahmad bin Zainal Dahlan Mufti Syafi’iyah Mekah, Saiyid al-Allamah Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur, penyusun kitab fikah terkenal berjudul, Bughyatul Mustarsyidin, pujiannya atas kitab Saiyid Utsman Betawi judul, I’ahatul Mustarsyidin dan al-’Allamah as-Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi. Satu fenomena yang aneh, kerana semua ulama yang membenarkan karangan Saiyid Utsman Betawi adalah para guru Syeikh Ahmad Khathib Minangkabau. Karya Dalam karyanya berjudul, a-Qawanin asy-Syar’iyah li Ahli al-Majalis al-Hukmiyah wa al-Iftaiyah (ditulis pada 1317 Hijrah) banyak juga perkara yang belum pernah dibahas oleh ulama dunia Melayu sebelumnya. Di- antaranya, Saiyid Utsman Betawi mengemukakan pedoman untuk memilih perkara-perkara ‘yang muktamad dan ‘yang tidak muktamad’ menurut Mazhab Syafie, contohnya: 1. Qaul (pendapat, pen:) yang muktamad dalam Mazhab Syafie, iaitu yang dii’timadkan (diperpegangi) oleh Imam an-Nawawi dan Imam ar-Rafie. 2. Jika kedua-duanya bertikai, maka yang muktamad ialah pendapat Imam an-Nawawi. 3. Jika ada qaul yang disebut oleh salah seorang daripada kedua-duanya, maka itu juga dihitung muktamad. 4. Jika tidak terdapat qaul daripada kedua-duanya, maka yang muktamad ialah mengikut ‘Ahli at-Tarjih’.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 5. Jika bertentangan satu sama lain yang dikarang oleh Imam Nawawi sendiri, maka yang muktamad adalah yang dikarang terkemudiannya. Sebagaimana tertib satu-satunya Tahqiq, Majmu’, Tanqih, Raudhah Minhaj dan lain-lain. Demikian pula didahulukan qaul yang mufakat pada banyak kitabnya atas yang mufakat pada yang sedikit. Dan didahulukan qaul yang tersebut di ‘Bab’nya atas yang tersebut pada bukan ‘Bab’nya. 6. Sekalian qaul muktamad Imam Nawawi dan Imam Rafie, iaitu yang dii’timadkan oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah dan Syeikh ar-Ramli di dalam Nihayah. Tuhfah dan Nihayah dipandang yang paling muktamad daripada lainnya. 7. Jika bersalahan kitab Ibnu Hajar sendiri, maka didahulukan Tuhfah, kemudian Fath al-Jawad, kemudian al-Imdad, kemudian, Fatawa, dan seterusnya kitab-kitab yang lain. Pada fasal yang kelima al-Qawanin asy-Syar’iyah, Saiyid Utsman Betawi memperkenalkan aturan mengenal susunansusunan Minhaj dan Tuhfah.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Syeikh Yusuf bin Isma`il al-Nabhani Yusuf al-Nabhani adalah ulama yang sangat alim, cerdas, wara', pemberi hujjah, takwa, dan ahli ibadah. Ia selalu menyenandungkan cinta dan pujian untuk Rasulullah Saw dalam bentuk tulisan, kutipan,riwayat, karangan, dan kumpulan syair. Nama lengkapnya adalah Nasiruddin Yusuf bin Isma`il al-Nabhani, keturunan Bani Nabhan, salah satu suku Arab Badui yang tinggal di Desa Ijzim, sebuah desa di bagian utara Palestina, daerah hukum kota Haifa yang termasuk wilayah Akka, Beirut. Al-Nabhani lahir pada 1265 H (1849 M) dan dibesarkan di Ijzim. Ia mcnghafal Al-Qur'an dengan berguru kcpada ayahandanya sendiri, Isma'il bin Yusuf, seorang syaikh berusia 80 tahun. Pada usia lanjut, Isma`il bin Yusuf masih dikaruniai akal, pancaindra, kekuatan, dan hafalan yang sempuma, rajin beribadah, dan bacaan Al-Qur'an-nya sangat bagus. Setiap tiga hari sekali, Isma`il mengkhatamkan Al-Qur'an, hingga khatam tiga kali dalam seminggu. Keistimewaan dan kelebihan ini sangat mempengaruhi pembentukan dan pertumbuhan pribadi Yusuf al-Nabhani, yang selalu dibekali hidayah dan ketakwaan dari ayahnya yang saleh di lingkungan yang bersih dan suci. Selesai mengkhatamkan hafalan Al-Qur'an, Yusuf al-Nabhani disekolahkan orang tuanya ke Al-Azhar, dan mulai bergabung pada Sabtu awal Muharram 1283 H (1866 M). Ia tekun belajar dan menggali ilmu dengan baik dari imamimam besar dan ulama-ulama umat yang kritis dan ahli ilmu syariat dan bahasa Arab dari empat imam madzhab. Ia sangat tekun berikhtiar dan meminta bimbingan kcpada orangorang berilmu tinggi yang mcnguasai dalil aqli dan naqli, sehingga ia dapat mereguk samudra ilmu mereka dan mengikuti metode keilmuan mereka. Hal ini berlangsung sampai bulan Rajab 1289 H (1872 M). Kemudian ia mulai berkelana meninggalkan Mesir untuk ikut serta menyebarkan ilmu dan mcngabdi kepada Islam, agar bermanfaat bagi kaum muslimin dan meninggikan mercusuar agama. Ketika namanya semakin terkenal, bintangnya semakin bersinar, dan banyak orang mendapatkan bimbingan dan petunjuk darinya, ia diangkat sebagai pejabat pengadilan di wilayah Syam, dan akhirnya menjadi ketua Pengadian Tinggi di Beirut. Pekerjaannya itu dijalaninya dengan penuh kesungguhan dan niat menolong serta dianggapnya sebagai ibadah disertai niat yang tulus ikhlas. Hatinya senantiasa berzikir dan membaca Al-Qur'an, banyak bershalawat untuk Rasulullah Saw., keluarga, dan sahabat-sahabat beliau. Yusuf al-Nabhani selalu mengisi waktu malam dan siangnya dengan melaksanakan ibadah-ibadah wajib dan sunnah tanpa henti, bosan, atau lupa. Tak terhitung banyaknya peristiwa luar biasa yang terjadi padanya, peristiwa-peristiwa yang hanya dikhususkan untuk para wali dan hamba Allah yang selalu dekat dengan-Nya. la juga tidak meninggalkan aktivitas-aktivitas yang biasa dilakukan orang-orang yang luhur dan dicintai, yakni menyusun dan mengarang berbagai kitab yang sangat mengagumkan. Imam besar ini diyakini mendapatkan ilham kebenaran dari Allah. Kitab-kitabnya yang bernilai tinggi dan agung membahas berbagai disiplin ilmu; ilmu hadis, sejarah Nabi, pujian untuk Nabi, tafsir, pembelaan terhadap Islam, pujian kepada Allah Swt., kisah-kisah tentang wali-wali Allah dan orang-orang khusus-Nya, dan lain sebagainya. Kitab-kitab tersebut tidak mungkin lahir dari kemampuan individualnya belaka, tetapi dibantu dengan karamah, kekuatan, dan pertolongan dari Allah Swt. Jika Allah mencintai hamba-Nya yang benar, maka Dia menjadikan pendengaran-Nya scbagai pendengaran hamba- Nya, dan penglihatan-Nya sebagai penglihatan-hamba-Nya.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Yusuf al-Nabhani mereguk samudra ilmu dan imam-imam ternama di Al-Azhar. Di antaranya adalah: 1. Syaikh Yusuf al-Barqawi al-Hanbali, syaikh pilihan dari mazhab Hanbali 2. Syaikh Abdul Qadir al-Rafi'i al-Hanafi al Tharabulusi, syaikh pilihan dari masyarakat Syawam 3. Syaikh Abdurrahman al-Syarbini al-Syafi`i 4. Syaikh Syamsuddin al-Ambabi al-Syafi'i, satu-satunya syaikh pada masanya yang mendapat julukan Hujjatul Ilmi dan guru besar Universitas Al-Azhar pada masa itu. Dan gurunya ini, Yusuf al-Nabhani belajar Syarah Kitab al-Ghayah wa alTagrib fi Fighi al-Syafi`iyyah karya Ibnu Qasim dan Al-Khathib al-Syarbini, dan kitab-kitab lainnya dalam waktu 2 tahun. 5. Syaikh Abdul Hadi Naja al-Ibyari (wafat tahun 1305 H.) 6. Syaikh Hasan al-'Adwi al-Maliki (wafat tahun 1298 H.) 7. Syaikh Ahmad al-Ajhuri al-Dharir al-Syafi`i (wafat tahun 1293 H.) 8. Syaikh Ibrahim al-Zuru al-Khalili al-Syafi'i (wafat tahun 1287 H.) 9. Syaikh al-Mu'ammar Sayyid Muhammad Damanhuri al-Syafi`i (wafat tahun 1286 H.) 10. Syaikh Ibrahim al-Saga al-Syafi'i (wafat tahun 1298 H) Darinya, Yusuf al-Nabhani mempelajari kitab Syarah al-Tahrir dan Manhaj karya Syaikh Zakaria al-Anshari al-Syafi`i, berikut catatan pinggir kedua kitab tersebut, selama tiga tahun, hingga Al-Nabhani dianugerahi ijazah sebagai pertanda atas kapasitas dan posisi keilmuannya. Karya-karya Yusuf al-Nabhani ada sekitar 75 kitab, antara lain : 1. Hadi al-Murid ila Thuruq Al-Asanid 2. Jâmi` Karamaat al-Awliya` 3. Khulasat al-Kalaam fi Tarjih Din Al-Islam 4. Syawahid al-Haqq fi Al-Istighatsah bi Sayyid al-Khalq 5. Hujjat-Allahi ala al-Alamin 6. Jawahir al-bihar 7. Sa'adat al-Darayn fi Shalati 'Ala Sayyid Al-Kaunain 8. Afdhalu Ash-Shalawat 'Ala Sayyid As-Sadat 9. Ahsan al-Was il f Nazmi Asm i al-Nabiyyi al-K mil Anak laki-laki dari puteri Yusuf an-Nabhani, yakni Taqiyuddin An-Nabhani, dikirim oleh Yusuf An-Nabhani kepada para kolega dan gurunya di al-Azhar Kairo untuk belajar di sana. Kelak kemudian hari, cucu Yusuf An-Nabhani ini menjadi pendiri gerakan Islam terkenal di Dunia Islam, yaitu Hizbut Tahrir pada tahun 1953. Setelah Yusuf an-Nabhani pensiun dari tugasnya sebagai Qadhi (Hakim), beliau menghabiskan waktunya untuk menulis dan beribadah. Beliau kemudian pergi ke Madinah Munawwarah dan berdiam di sana untuk beberapa waktu. Kemudian beliau pulang ke Beirut. Beliau meninggal dunia menghadap Allah SWT pada awal bulan Ramadhan tahun 1350 H (1932 M), rahimahullah. Beliau dimakamkan di Pemakaman Basyura, di dekat distrik Bastha di Beirut, Libanon. [ ]


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 1 Catatan Ringkas Riwayat Hidup Abuya K.H Sirajuddin ‘Abbas  Abuya K.H. Sirajuddin ‘Abbas , lahir di kampung (desa) Bengkawas, Kabupaten Agam Bukit Tinggi, Sumatera Barat, pada bulan Mei 1905 Masihi dari keturunan Syeikh ‘Abbas bin ‘Abdi Wahab bin ‘Abdul Hakim Ladanglawas (ayah), dan Ramalat binti Jai Bengkawas (ibu), kecamatan Banuhampu Sungai Puar Kabupaten Agam, Bukit Tinggi Sumatera Barat. Pendidikan: Di samping belajar membaca dan menulis huruf Al-Qur’an dengan ibu sendiri, dan dilanjutkan dengan mempelajari kitab-kitab agama berbahasa ‘Arab dengan ayah beliau Syeikh ‘Abbas , juga pernah belajar di pesantren-pesantren Syeikh H. Husein Pekan Senayan Kabupaten Agam, Tuanku Imran Limbukan Payakumbuh Limapuluh Kota, Syeikh Mhd. Zein dan Syeikh H. Qasim Simabur Batusangkar Tanah Datar, dan Syeikh H. ‘Abd. Malik Ladanglawas Kabupaten Agam Sumatera Barat. Tahun 1927 s/d 1933 bermukim di Makkah Al-Mukarramah dan melanjutkan pelajaran dengan guru-guru: 1. Syeikh Said Yamani  (Mufti Syafi’i ketika itu) mempelajari ilmu fikih dalam Mazhab Syafi’i dari kitab Mahalli. 2. Syeikh Husen Al-Hanafi  (Mufti Hanafi ketika itu) mempelajari ilmu hadits dari kitab Sohih Bukhari. 3. Syeikh ‘Ali Al-Maliki  (Mufti Maliki ketika itu) mempelajari kitab ushul fikih dari kitab Al-Furuq. 4. Syeikh ‘Umar Hamdan  (seorang ulama’ Maliki) mempelajari kitab Al-Muwatho’ karangan Imam Malik .


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 2 Di samping itu memperdalam ilmu bahasa Inggeris dengan seorang guru berasal dari Tapanuli Sumatera Utara, iaitu ‘Ali Basya. Sekembali dari Makkah tahun 1933M mengambil dan menerima bermacam-macam ilmu pengetahuan agama dari guru besar Maulana Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli  Candung Bukit Tinggi, Sumatera Barat, dan menerima ijazah dari beliau. Pekerjaan dan Jabatan: • 1923-1927 Mengajar di berbagai Madrasah di daerah Kabupaten Agam dan Kota Bukit Tinggi Sumatera Barat. • 1927-1933 Bermukim di Makkah Al-Mukarramah (selama 7 kali haji). • 1930-1933 Menjabat Sekretaris pada Konsulat Nederland di Makkah. • 1933-1937 Wartawan beberapa majalah dan harian yang terbit di Medan dan Padang, di samping menulis buku-buku pelajaran agama berbahasa ‘Arab, dan menerbitkan / memimpin sendiri majalah Tiga Bahasa (Arab-InggerisIndonesia). • 1936-1965 Memimpin organisasi – Persatuan Tarbiyah Islamiyah yang berazaskan faham Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam i’itiqad, dan Mazhab Syafi’i dalam syariat dan ibadat. • 1940-1965 Menjabat anggota berbagai Dewan Perwakilan Rakyat, seperti: Minangkabau Raad (1940), Syu Sangi Kai (1944), Komite Nasional Indonesia Pusat (KNIP) (1945), DPR-RIS, DPR-Sementara, DPR hasil Pemilihan Umum (1955), dan DPR-GR s/d 1965. • 1954-1955 Menjabat sebagai Menteri Negara Urusan Kesejahteraan dalam Kabinet Ali-Arifin. Selain itu Abuya K.H. Sirajuddin ‘Abbas  adalah juga pendiri organisasi politik “Liga Muslimin Indonesia” bersama-sama K.H Wahid Hasyim  (wakil dari N.U.), Abikusno Cokrosuyono (wakil dari PSII), dan Abuya K.H Sirajuddin ‘Abbas  (wakil dan Persatuan Tarbiyah Islamiyah).


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 3 Perlawatan dan Peninjauan Ke Negeri-Negeri Islam, dan Negara Lainnya: a. Asia Timur Tengah: - Makkah (Saudi ‘Arabia), tujuh kali haji mukim, iaitu tahun 1927 s/d 1933, kemudian tahun 1954, 1958, 1959, 1961, dan 1963. - Yerusalem (Palestin) tahun 1953. - Oman (Yordania), tahun 1953. - Beirut (Libanon), tahun 1953, 1956, 1958. - Damaskus (Syiria), tahun 1956, 1958. - Baghdad (Iraq), tahun 1956, 1959. - Adan (Yaman Selatan) tahun 1963. b. Asia Tenggara: - Karasyi (Pakistan) tahun 1956, 1958, 1964. - New Delhi (India) tahun 1961. - Cylon (Srilangka) tahun 1961. - Bangkok (Thailand) tahun 1953, 1956, 1961, 1964. - Hong Kong, tahun 1952, 1956, 1961. - Singapore, tahun 1943, 1952, 1953, 1958, 1961, 1963. c. Afrika: - Cairo (RPA), tahun 1953, 1947, 1959, 1961, 1963, 1964, Pada setiap kesempatan, alhamdulillah dapat datang menziarahi maqam Imam Syafi’i . - Tanganyika , tahun 1963. - Nairobi (Kenya), tahun 1963. - Al-Jazair, tahun 1964, 1965. - Rabbath (Marocco) tahun 1964. d. Eropa Barat: - Roma (Itali) tahun 1956. - Paris (Perancis) tahun 1961, 1964, 1965. - London (Inggeris), tahun 1961. - Genewa, Bern (Switserland) tahun 1961.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 4 - Stockholm (Swedwn) 1956, 1958, 1959. e. Eropa Timur: - Moskow (USSR), tahun 1956, 1961, 1965. - Alma Ata (Kazakstan), tahun 1956. - Askabad (Tajikstan), tahun 1956. - Irawan (Armenia) tahun 1956. - Souci (USSR) tahun 1956, 1961, 1965. - Bukharest (Rumania) tahun 1956. - Sofia (Bulgaria) tahun 1959. - Praha (Cekoslowakia), tahun 1956. Buku-Buku Yang Ditulis: Dalam bahasa ‘Arab: 1. Sirajul Munir, (fikih) 2jilid. 2. Bidayatul Balaghah (Bayan). 3. Khulasah Tarikh Islami (Sejarah Islam) 4. Ilmul Insya’, 1 jilid. 5. Sirajul Bayan fi Fihrasati Ayatil Quran, 1 jilid. 6. Ilmun Nafs, 1 jilid. Dalam bahasa Indonesia, huruf Latin: 1. I’itiqad Ahlus Sunnah wal Jama’ah. 2. 40 Masalah Agama, jilid I, II, III, dan IV. 3. Sejarah & Keagungan Mazhab Syafi’i. 4. Thabaqatus Syafi’iyah (Ulama’ Syafi’i dan kitab-kitabnya dari abad ke abad). 5. Kitab Fikih Ringkas. 6. Sorotan atas terjemahan Quran oleh HB. Jassin. 7. Kumpulan Soal-Jawab Keagamaan.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com 5 Pada hari Selasa 5 Ogos 1980 M (23 Ramadhan 1400 H) beliau pulang ke Rahmatullah setelah menderita sakit selama 10 hari dan dirawat di ICU RSCM Jakarta. Jenazah al-marhum disolatkan di Masjid “Baitur Rahman” Tebet Jakarta Selatan, dan dimaqamkan Tanah Kusir Jakarta Selatan. Sumber: Penerbit: CV. Pustaka Tarbiyah, Jakarta


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Mufti Haji Ismail Omar - Pembela Sunni Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz dilahirkan pada T.M. 1911 (T.H. 1329) di Kampong Rengit, Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah AI-Quran Kerajaan Johor (1919-1923) dan kemudian menuntut di Sekolah Arab al-Attas, Johor Bahru (1923-1928). Setelah menamatkan pengajian di Sekolah Arab al-Attas, dalam tahun 1929 beliau diaturkan mengajar di sekolah ini dan Kuliah (Kolej) al-Attas, Johor Bahru sehingga tahun 1937. Dalam tahun 1938, beliau dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Johor untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar dan Universiti Kaherah, Mesir (sehingga 1948) dan berjaya memperolehi tidak kurang daripada lima (5) ijazah tinggi dari lima fakulti pengajian di universiti-universiti berkenaan. Pada 25 September 1991 beliau dianugerahkan ljazah Doktor Kehormat Undang-Undang daripada Universiti Brunei Darussalam. Sekembalinya dari Mesir pada tahun 1949, beliau dilantik menjadi Pegawai Pemeriksa Sekolah Arab dan Pengelola Majalah "Warta Jabatan Ugama Johor" (sehingga 1952). Setelah itu dinaikkan pangkat menjadi Kadhi Daerah Segamat, Johor (1953-1954). Dalam tahun 1955, beliau dipinjamkan menjadi Pengetua di Kolej Islam Malaya, yang baru ditubuhkan bertempat di sebuah istana wakaf Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Selangor. Dalam masa yang sama beliau bersama Tuan Haji Othman bin Haji Mohammad, Ketua Pemeriksa Sekolah-Sekolah Kerajaan Johor (kemudian dilantik menjadi Pengelola Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Brunei Darussalam) telah dijemput ke Negara Brunei Darussalam sebagai anggota meninjau cadangan mendirikan Sekolah Agama Kerajaan Brunei atas titah perkenan Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien. Berikutan daripada lawatan itu, dalam bulan September 1956, sebuah sekolah agama yang bersistem telah ditubuhkan buat pertama kalinya di Negara Brunei Darussalam. Dalam tahun 1956 beliau kembali ke Johor kerana dilantik menjadi Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan Johor. Kemudian menjadi Kadhi Daerah Pontian, Johor (1957); Pemangku Kadhi Besar Johor (1958) dan seterusnya ditetapkan jawatan sebagai Kadhi Besar Johor (1958-1961). Pada 1 April 1962, beliau telah dipinjamkan oleh Kerajaan Johor menjadi Mufti Kerajaan Brunei selama tiga tahun. Beliau menamatkan kontrak perkhidmatan dengan Kerajaan Brunei pada sehingga 31 Mac 1965 dan kembali berkhidmat semula dengan Kerajaan Johor sebagai Timbalan Mufti sehingga bersara pada 1 Januari 1967. Pada 8 Mac 1967, beliau meneruskan perkhidmatannya dengan Kerajaan Brunei sebagai Mufti sehingga kembali ke Rahmatullah di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 3 Februari 1993. Selama berkhidmat dengan Kerajaan Brunei Darussalam, beliau telah dilantik menjadi ahli dalam berbagai majlis negara atau jawatankuasa, antaranya: Ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja; Ahli Majlis Ugama Islam


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Brunei Darussalam; Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman, Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Pengerusi Undang-Undang, Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Ahli Majlis Universiti Brunei Darussalam; Ahli Majlis Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam; Ahli Majlis Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan; Ahli Jawatankuasa Menyesuaikan Undang-Undang dengan Kehendak Syarak; Ahli Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama; Ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat Fitrah bagi Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; dan Penasihat bersama Penubuhan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB). Dianggarkan lebih daripada 40 majlis atau jawatankuasa yang beliau anggotai selama berkhidmat dengan Kerajaan Brunei dan Malaya (Malaysia). Dalam kegiatan keilmuan beliau juga telah beberapa kali mewakili Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri seminar-seminar dan kongres-kongres di peringkat serantau dan antarabangsa, antaranya: Muktamar AIAlamil Islami (di Baghdad, Iraq; di Kuala Lumpur, Malaysia; di Mogadishu, Somalia; di Karachi, Pakistan; dan di Famagusta, Turki); Persidangan As-Siratin Nabawiyyah di Kaherah, Mesir; Persidangan Antarabangsa lktisad dan Ekonomi Islam di Makkatul Mukarramah, Arab Saudi; Persidangan Persekutuan Ulama Indonesia di Jakarta, Republik Indonesia; Persidangan Ahlil Bait (MAAB) di Amman, Jordan dan Persidangan Menteri-Menteri Waqaf di Jeddah, Arab Saudi. Sebagai seorang yang arif dan mendalami bidang agama, beliau sentiasa menyumbangkan buah fikiran dan nasihat yang disalurkan melalui buku atau kitab, risalah dan makalah, antaranya: Kitab Pelajaran Fiqh, Penggal I; Syair Abu Tammam dalam bahasa Arab (1948); Bagaimana Agama Islam Masuk ke Brunei Menurut Kitab-Kitab Lama Bahasa Arab (1965); Bagaimana Kita Mengambil Faedah dari al-Quran (1967); Kitab Ringkasan Aqidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah (1979); Peribadi Orang Islam: (1980); Corak Pendidikan dalam Islam berhubung dengan Pendidikan di Negeri Brunei Darussalam (1981); Risalah Didikan Akhlak (1985); Konsep Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam (1985); Konsep Pengajian Tinggi Islam (1987); Hukum Nikah Kahwin (1987); Kisah Hidup al-'Allaamah Syeikh Muhammad Fadzlullah Suhaimi (1991). Di antara sumbangan beliau yang paling berharga dan penting untuk menjadi panduan hidup umat Islam ialah penghasilan fatwa-fatwa. Sejak tahun 1962 (tidak termasuk tahun 1965-1967) sehingga akhir hayat beliau dianggarkan lebih 600 fatwa (tidak termasuk fatwa yang dihasilkan ketika berkhidmat di Johor) telah dihasilkan. Kesemua fatwa itu berasaskan Mazhab Syafie daripada segi Fiqh dan Ahli Sunnah wal-Jama'ah daripada segi Aqidah. Beliau juga telah menulis beberapa kertas kerja dan memberikan syarahan, antaranya: "Ringkasan Wirid Bacaan Pagi dan Petang dengan Dalil daripada Quran dan Hadith"; "Dalil daripada Quran dan Hadith mengenai al-Wirdul Lathif oleh Qutbul Irsyad wad-Da'wah al-'Allaamah Habib asSayid Abdullah al-Haddad"; "Dalil daripada Quran dan Sunnah mengenai Wirid Asal oleh Qutbud-Dunya al-'Arif Billah asy-Syeikh Abdul Qadir Jailani, Baghdad"; "Pandangan Islam" (dibukukan dalam empat penggal); "Ugama Didikan Sosial"; "llmu Tasawuf dan Hubungannya dengan Islam dan Iman";


www.tobaqatsyafii.blogspot.com "Perkara Panduan Jurunikah dan Hukum-Hukum Nikah yang Berhubung Dengannya"; "Perkara Aqidah Ahli Sunnah wal-Jama'ah dalam Pentadbiran Pegawai-Pegawai Kerajaan Negara Brunei Darussalam"; "Bagaimana Kita Mengkaji Fiqh Aliran atau Mazhab al-Imam asy-Syafie Radhiallahu 'Anhu". Tulisan-tulisan beliau telah diterbitkan dan disiarkan dalam berbagai bentuk dan melalui berbagai media. Beliau juga banyak membuat kajian dan telahan mengenai masalah-masalah Fiqh dan Aqidah, sehingga kebanyakan hasil tulisan Allahyarham dijadikan sumber rujukan asas kajian ilmiah, dan masih disimpan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abd. Aziz adalah tokoh agama dan ulama yang terkenal dan dikagumi bukan sahaja di Negara Brunei Darussalam, bahkan di negara-negara Islam yang lainnya. Allahyarham berjasa dalam memperkembangkan dan mengukuhkan syiar dan pendidikan Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam. Melalui fatwa-fatwa, Allahyarham telah turut membentuk dengan berkesan kehidupan semua peringkat masyarakat beragama dalam berbagai bidang di Negara Brunei Darussalam. Kewibawaan dan kepakarannya dalam bidang ilmu agama tidak dapat dinafikan, kerana Allahyarham sering menjadi tumpuan untuk menghuraikan masalah keagamaan. Malah sehingga Allahyarham kembali ke rahmatUllah pun masih ada pihak- pihak (dalam dan Luar Negeri) yang cuba menghubunginya untuk meminta pandangan dan penjelasan mengenai sesuatu hal yang dimusykilkan. Kewarakan dan ketegasan Allahyarham dalam menegakkan agama adalah berkat tarbiah yang diberikan oleh ayah Allahyarham,Tuan Guru Haji Omar (lebih dikenali dengan nama Faqeeh Omar). Sebagai mewarisi bakat orang tuanya, sejak di alam awal persekolahannya lagi Allahyarham sering mendapat nombor satu dalam kelas, malah selalu membantu gurunya untuk mengajar kelas yang lebih rendah. Sebab itu Allahyarham dipanggil Muallim (tuan Guru). Dengan pendidikan dan asuhan agama yang kuat inilah juga menjadi pendorong utama ke arah pembentukan peribadi mulia pada diri Allahyarham. Daripada tarbiah yang diterima dan diamalkan itu dapat dijadikan teladan dan pengajaran khususnya mengenai sikap dan pendirian dalam menegakkan Islam sebagai cara hidup yang syumul. Antara sikap Allahyarham yang patut dicontohi ialah berjimat cermat dan teliti dalam semua hal. Misalnya dalam penulisan atau menjawab kemusykilan agama yang diutarakan oleh orang ramai, Allahyarham akan terlebih dahulu membaca seberapa banyak kitab tulisan ulama- ulama Mazhab Syafie yang muktabar dan alim. Setelah mengemukakan beberapa pendapat daripada kitab-kitab tersebut, barulah Allahyarham memberikan ulasan mengenainya, dalam bentuk pandangan atau nasihat sahaja, bukan menjatuhkan hukum.Ketelitian dan sikap berhati-hati Allahyarham juga dapat di perhatikan melalui penulisan yang dihasilkan dengan lebih mengutamakan tulisan ulama -ulama muktabar silam daripada tulisan radikal. Apabila menelaah kitab-kitab dan membaca al-Quran, Allahyarham akan mengulanginya sehingga faham. Hasil daripada pengamatan dan kefahaman mengenai perkara yang telah ditelaah, Allahyarham dapat mengingati setiap ayat dalam kitab tersebut berserta baris ayat dan muka suratnya, lebih-lebih lagi latar belakang penulisnya. Dengan kata lain dalam soal yang melibatkan keagamaan Allahyarham begitu tegas. Nyatanya prinsip yang menjadi pegangan Allahyarham ialah berkata benar walaupun pahit, dalam apa jua bidang dan tempat. Oleh itu di dalam apa jua bentuk perbincangan, permesyuaratan atau lainnya, Allahyarham tetap akan membangkang jika sesuatu itu tidak benar walaupun sudah berjam-jam berbincang atau bermesyuarat. Ini adalah satu pegangan hidup Allahyarham di dalam fatwanya yang tidak hanya melihat kepada masalah duniawiyah semata-mata tetapi lebih mengutamakan hukum Allah. Ertinya Allahyarham tidak berganjak atau kompromi dalam menegakkan hukum Allah. Malah Allahyarham pernah diancam dan disihir, namun sedikitpun Allahyarham tidak rasa gentar kerana Allah telah berfirman yang maksudnya "Jika kita tolong agama Allah, Allah akan menolong kita."


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Tegasnya dalam apa jua hal jika Allahyarham kata tidak boleh, maka jawapannya sampai bila-bila pun tetap sama. Umpamanya jika Allahyarham menyuruh menyalin hasil fatwanya, setiap perkataan atau ayat yang Allahyarham nyatakan tidak boleh diubah walaupun diulang sampai empat lima kali salinan, perkara tersebut tetap sama. Sifat cermat dan teliti ini dapat juga dilihat melalui cara berbelanja dan penyediaan permakanan. Dalam soal perbelanjaan sehari-hari Allahyarham mempunyai buku rekod khas yang mencatat barang-barang yang dibeli, harganya, tarikh dan pembelinya.Bercermat di sini bukanlah tandanya Allahyarham bakhil atau sayangkan harta tapi agihan di tempat yang perlu sahaja seperti jika Allahyarham memberikan sesuatu kepada anak sulung, anak-anaknya yang lain akan mendapat nilai pemberian yang sama. Ertinya Allahyarham memberi kasih sayang seadil-adilnya untuk mengelakkan daripada wujudnya perasaan iri hati di kalangan anak- anaknya. Dalam pergaulan dengan orang ramai, Allahyarham lebih suka merendah diri, suatu sikap yang memang sedia tertanam dalam dirinya. Allahyarham juga adalah seorang yang pendiam, terutama jika tidak ada tajuk yang penting baginya untuk bercakap. Bertelingkah bukanlah cara dan disiplin Allahyarham. Namun begitu Allahyarham sering tersenyum dan ceria atau manis muka dengan sesiapapun dan siapa saja yang datang berjumpa dengannya akan merasakan seperti kawan lama yang baru berjumpa. Begitu juga sering diperingatkan kepada anak- anaknya agar jangan melupakan jasa guru-guru dan sentiasa menyambung silaturrahim sesama kerabat yang dekat dan jauh. Allahyarham melayani tetamu tanpa mengira protokol . Jika di rumah Allahyarham sendiri akan menghidangkan air dan berusaha mencari apa sahaja makanan yang boleh dihidangkan sehingga kadang-kadang tersilap di antara kacang yang mentah dengan yang sudah dimasak. Allahyarham adalah ulama yang dapat menyelami kemahuan "hati kecil yang berkata" sebelum seseorang itu meluahkan fikiran dan tujuan berjumpa Allahyarham, dan berbagai keramah yang boleh dilihat ketika hayatnya terutama dari segi fatwa dan "ilmu ladunni" serta "masin cakapnya". Satu daripadanya amalan hidup Allahyarham yang patut dicontohi ialah tabiat suka melakukan amalan sunnah dan zikir yang berterusan. Dalam diari peribadi tersusun zikir-zikir dan amalan pada waktu pagi dan petang. Ini termasuk amalan selepas sembahyang Maghrib, Isya, Tahajud, Subuh, dan pada waktu Dhuha sehingga Zuhur. Semuanya ini dari zikir al-Ma'thurat (amalan Rasulullah) dan Tariqat yang dipegang seperti Tariqat al-Qadiriyyah dan zikir yang Allahyarham susun sendiri. Bagi Allahyarham amalan zikir dan bacaan al-Quran adalah makanan utama dalam hidupnya. Ada di antara zikir-zikirnya diulang hingga 10,000 kali atau paling kurang 1,000 kali. Pada petang Rabu 11 Syaaban 1413 (3 Februari 1993), dengan kehendak Allah Subhanahu Wa ta'ala dalam usia 82 tahun, Allahyarham kembali ke rahmatUllah di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan dan jenazahnya disemadikan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan pada 12 Syaaban 1413 (4 Februari 1993). Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Aamiin.....al-Faatihah.


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Dato' Kiyai Shamsuddin Dato' Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan adalah seorang tokoh ulama tanahair yang disegani. Beliau lahir di Kepet, Madiun, Jawa Timur pada 11 November 1911. Menimba ilmu dari beberapa pesantren di Pulau Jawa sebelum berhijrah ke Malaysia,, antaranya ialah Pesantren Termas dan Pesantren Tebuireng yang masyhur. Beliau merupakan pendiri Madrasah Shamsuddiniah Assalafiah yang didirikannya pada tahun 1940. Madrasah ini terletak di Kampung Parit Medan, Kundang Ulu, Muar, Johor Darul Takzim dan masih ada sehingga kini. Kini ianya dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah. Selain daripada terlibat terus dalam bidang pendidikan, Dato Kiyai juga pernah memegang pelbagai jawatan penting di Negeri Johor, antaranya sebagai penasihat Sultan, Ahli Jemaah Majlis DiRaja Johor, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Fatwa Negeri Johor. Beliau juga bukan sahaja alim dalam ilmuilmu agama, bahkan ahli dalam ilmu-ilmu pertahanan diri. Semasa zaman "Bintang 3" beliau adalah antara tokoh yang berjuang menentang pihak komunis dan mengerahkan anak-anak muridnya untuk berjuang sama demi mempertahankan maruah agama. Dato' Kiyai menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1 Ramadhan 1418 (9 Januari 1997) meninggalkan 18 orang anak termasuklah Shohibus Samahah Datuk Haji Mohd. Tahrir, mufti Johor sekarang. Di antara karya beliau adalah sebuah kitab himpunan sholawat berjodol "Majmuu'atush Sholawaat" yang mengandungi berbagai sholawat yang masyhur termasuklah Sholawat Tafrijiyyah dan Sholawat Syifa`. Pada mukaddimahnya pula disebut, antara lain hadits "lawlak" yang tidak lepas dari khilaf ulama mengenainya. Ada ulama yang mentsabitkannya, ada yang menolaknya dan ada pula yang walaupun tidak mentsabitkannya tetapi menyatakan bahawa maknanya shohih. Insya-Allah wa bi 'awnihi, nantilah kita cuba bicarakan mengenainya. Apa yang zahir dari karya Dato' Kiyai ini, beliau nampaknya tergolong dalam kalangan ulama yang mentsabitkan hadits tersebut. Dalam mukaddimahnya tersebut beliau menulis antara lain:-


www.tobaqatsyafii.blogspot.com Sholawat itu satu amalan atau satu ibadah yang sangat-sangat besar pahalanya dan dituntut pada tiap-tiap orang mukminin memperbanyakkan sholawat atas Rasulullah (se)bagaimana firman Allah s.w.t.:                                        fl  ffi    Dan tiada syak lagi bahawa Rasulullah itu 'waashitah', bahkan Rasulullah itu: ffl   ff fi   ! "  fi  # ( fl  $ % &   ' ( )  * + , fl - .  / 0  1 2 , 3   "Asal bagi kewujudan setiap makhluk", sebagaimana firman Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran (yakni dalam hadits qudsi) yang ertinya: " Jika tidak wujud Rasulullah, Allah ta'ala tidak menjadikan bumi dan langit." Sungguh Junjungan Nabi itu adalah sebab bagi kewujudan segala yang ada di alam ini. Maka hendaklah kita sentiasa menjaga hubungan dengan orang yang menjadi sebab bagi kewujudan kita. Malanglah sesiapa yang memutuskan hubungan dengan baginda. Moga Allah merahmati Kiyai Haji Shamsuddin dan menempatkan beliau bersama para sholihin. Allahumma ... aamiin ... al-Fatihah.


www.alraufi.blogspot.com K.H.M. Syafi`i Hadzami  - (wafat 1427H) KHM Syafi`i Hadzami Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepadaNyalah kita dikembalikan. Pada 7 Mei 2006 yang lalu, Kiyai Syafi`i Hadzami atau Mu`allim Syafi`i Hadzami  telah kembali ke rahmatullah. Antara karangan yang ditinggalkan ulama Betawi yang pernah menjadi Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia cabang Jakarta yang tersebar luas di rantau kita ialah buku soal-jawab beliau yang berjodol "Taudhihul Adillah" atau "100 Masalah Agama" yang penuh sarat dengan berbagai ilmu yang sejalan dengan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama`ah bermazhab Syafi`i. Mudah-mudahan almarhum dirahmati dan diredhai Allah serta ditempatkan bersama-sama para sholihin...............al-Fatihah. Lahir dengan nama Muhammad Syafi`i pada 31 Januari 1931. Anak sulung pasangan Muhammad Saleh Raidi dan Nyonya Mini. Hadzami adalah gelaran yang diberikan sebelum usianya mencapai 30 tahun oleh para ulama senior masa itu kerana ketepatannya dalam membaca, memahami, menghadam serta menjelaskan nas-nas yang rumit. Perjalanannya menimba ilmu agama sungguh lama dan mengkagumkan. Mula belajar al-Quran dan tajwid dengan nendanya, Kiyai Husain , di samping turut belajar K.H. Abdul Fattah, Ustaz Sholihin, K.H.


www.alraufi.blogspot.com Ya'qub Sa`idi, Habib 'Ali bin Husain al-Aththas dan ramai lagi ulama sandaran umat waktu itu. Beliau sering dirujuk sebagai ulama yang multidisipliner kerana penguasaannya dalam berbagai bidang ilmu seperti ilmu tauhid, fiqh, tasawwuf, tafsir, hadits, qira’ah, usul fiqh, usul tafsir, mustholah hadits, nahwu dan balaghah. Beliau adalah seorang ulama yang khumul, yang giat melaksanakan tugas memandu umat ke arah kebenaran tanpa perlu disanjung. Beliau mengasuh 36 majlis ta'lim di seantero Jakarta yang dilaksanakannya dengan istiqamah. Bahkan setengah jam sebelum kembali ke rahmatullah, beliau masih mengajar di Masjid Ni'matul Ittihad, Pondok Pinang, Jakarta Selatan yang diasuhnya sejak 1984. Walaupun khumul menjadi pakaiannya, beliau tetap dikenali tokoh dan ulama tempatan serta luar negeri. Ulamaulama terkemuka dari Timur Tengah pun mengetahui keluasan dan kedalaman ilmunya. Almarhum Syaikh Yaasin bin 'Isa al-Fadani , ulama Makkah yang terkenal bahkan digelar sebagai "Musnidud Dunya", amat menyanjungi beliau. Dalam satu kunjungan Syeikh Yaasin  ke Jakarta, beliau kesempatan memberikan ijazah kitab hadits dan para ulama terkemuka di Jakarta berkumpul kerana ingin mendapatkan ijazah daripada beliau termasuklah Kiyai Syafi`I . Satu per satu para ulama dipanggil untuk menerima ijazah daripada Syeikh Yaasin . Sehingga selesai acara, semua ulama tersebut mendapat ijazah daripada Syeikh Yaasin  kecuali Kiyai Syafi`I . Rupa-rupanya Syeikh Yaasin  tidak merasa sedap hati untuk memberikan ijazah kepadanya dan menganggapnya sebagai murid. Walaupun Kiyai Syafi`i  sendiri menunggu-nunggu kesempatan itu dan sangat ingin dianggap murid oleh Syeikh Yaasin . Demikianlah penghargaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya. Kiyai Syafi`i  meninggalkan beberapa karangan yang berbobot antaranya "al-Hujjajul Bayyinah" yang disiapkannya pada tahun 1960 dan ditunjukkannya kepada gurunya Habib 'Ali bin 'Abdur Rahman al-Habsyi @ Habib Ali Kwitang. Setelah membacanya, Habib 'Ali Kwitang bukan sahaja memuji dan memberikan rekomendasi, bahkan turut menghadiahkan sebuah al-Quran, tasbih dan Rp5,000 kepadanya. Sewaktu berusia 25 tahun, beliau menulis sebuah kitab bermutu yang memuatkan kaedah-kaedah pembacaan al-Quran menurut Imam Warasy dengan jodol "Sullamul 'Arsy fi Qiraat Warasy". Wafatnya beliau pada pagi 7 Mei 2006 bersamaan 9 Rabi`uts-Tsani 1427 dalam usia 75 tahun merupakan satu kehilangan bagi kita. Muridnya K.H. Saifuddin Amsir saat pemakaman almarhum berbicara atas nama para murid almarhum menyebut:- "Beliau memiliki keikhlasan, ketawadhuan dan kearifan seorang guru. Beliau bukan hanya pengajar, melainkan juga mursyid dan murabbi....Kita memiliki universitasuniversitas agama dengan bangunan yang membuat orang berdecak kagum. Tetapi dapatkah institusi-institusi itu menjamin sebuah kurikulum agama yang dapat menjawab persoalan-persoalan agama sebanyak yang dapat dijawab oleh K.H. Syafi`i Hadzami ?....Meski sekilas wafatnya beliau hanya menunjukkan kepergian seorang alim, sesungguhnya kita telah kehilangan sesuatu yang sangat besar dan berharga.


www.alraufi.blogspot.com Wafatnya beliau berarti juga runtuhnya sebuah universitas. Sepanjang pengabdiannya, beliau menyediakan berbagai ilmu yang dibutuhkan umat, seperti fiqih, ilmu kalam, ulumul-Quran, tafsir, hadis, ulumul hadis, ilmu alat dan berbagai ilmu keIslaman lainnya. Semua itu dikuasainya dengan sangat mendalam. Sungguh, kita telah kehilangan sebuah universitas, dan membangunnya kembali sungguh pekerjaan yang sangat berat." (Sumber dari blog Bahrus Shofa)


Click to View FlipBook Version