The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gulson, 2021-05-21 00:32:04

jurnal research bil 1

10 seletion action research

Keywords: Junral

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Figure 5.3 Mean scores Obtained from Students’ Responses to Questionnaire
5.5.3 Students’ Responses on Mentimeter Word Cloud
The effectiveness of WS Strategy was reflected in the frequent words and phrases added on the
Mentimeter word cloud as shown in Figure 5.4. The words and phrases, ‘happy’, ‘fun’, ‘easy’,
‘understand’, ‘creative’, ‘effective’, ‘enjoyable’, ‘easy to remember’, ‘easy to learn’ and ‘easy to
understand’, etc. , which are arranged in a descendent order according to the frequency of common
words or phrases added. With regard to Research Question 2, based on the students’ responses on
the Mentimeter Word Cloud, it can be inferred that the students are positively inclined towards the
use of WS Strategy in relation to spelling learning

Figure 5.4 Student’s responses on Mentimeter Word Clouds
42

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
6.0 CONCLUSION
In conclusion, WS Strategy can be used as visual-cue-based spelling instruction to help improve
ESL learners’ spelling in language learning for it offers them substantial benefits in many aspects.
Not only does it promote better comprehension, attentiveness and discovery of errors but it also
enables learners to make word-meaning connections. Furthermore, it helps increase learning
interest, stimulate creativity and boost memory retention. In addition, it facilitates language
learning and creates a motivating and fun-filled learning atmosphere for ESL learners. In short, WT
Strategy has a direct positive impact on language learning.

7.0 FURTHER RESEARCH RECOMMENDATIONS
Considering visualization cues as an important teaching and learning strategy, it is hoped that ESL
educators, teachers and parents and students are able to benefit from the results of this action
research. Language practitioners can tap into the potential of WS Strategy to enhance the spelling
instruction in ESL classrooms. Additionally, it is also recommended that the idea of WS Strategy
can be innovated as a versatile learning instruction to help learners who struggle with other aspects
of writing such as capitalization and grammar either in the ESL or the Malay Language context.

43

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
BIBLIOGRAPHY
Amnah Ahmad Nahari & Hind Abdulaziz Alfadda. (2016). From Memorising to Visualising: The
Effect of Using Visualisation Strategies to Improve Students’ Spelling Skills. Canadian
Center of Science and Education, Journal of ELT Research, Vol. 9, No.6.
Botley, S. and Dillah, D. (2016). Investigating spelling errors in a Malaysian learner corpus.
Malaysian Journal of ELT Research, 3(1): 74-93.
Cole, J. and Feng, J. (2015). Effective strategies for improving writing skills of elementary English
language learners. Chinese American Educational Research and Development Association
Annual Conference April 15-16, 2015 in Chicago, IL.
Halwani, N. (2017). Visual aids and multimedia in second language acquisition. Canadian Center
of Science and Education 53, Vol. 10, No. 6.
Mofareh Alqahtani. (2015). The importance of vocabulary in language learning and how to be
taught. International Journal of Teaching and Education, Vol. III(3), pp. 21-34.,
10.20472/TE.2015.3.3.002
Morrison, L. (2017). The true importance of good spelling. BBC Worklife. Retrieved from:
https://www.bbc.com/worklife/article/20170807-the-true-importance-of-good-spelling
Subadrah, M. N. & Liang, L. H. (2018). An analysis of common errors in ESL descriptive writing
among Chinese private school stud students in Malaysia. International Journal of Education
and Practice. Vol. 6, No. 1, pp. 28-42.
Van Staden, A. (2011). Improving the spelling ability of Grade 3 learners through visual imaging
teaching strategies. Per Linguam, 26(1): 13-28.

44

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

APPENDIX 1

QUESTIONNAIRE ON WS STRATEGY INTERVENTION IN ESL SPELLING
LEARNING

Email address :

Name :

Class :

Instructions:
The following statements are about learning behaviours and mental processes related to the WS
Strategy. Choose and tick the number that best indicates your assessment regarding each statement
related to the WS Strategy activities. Your responses will be used only for the analysis and
interpretation of this research. Your individual response will not be revealed to anyone. (1 -
Strongly disagree; 2 – Disagree; 3 – Agree and 4 - Strongly agree)

No. Item 1234
1 The WS Strategy has been effective in developing better

understanding of the words.

2 The WS Strategy enables me to pay attention while spelling.

3 The WS Strategy enables me to identify my errors in spelling.

4 The WS Strategy enables me to make connections between
words and their meanings.

5 The WS Strategy engages me to have a good memory for the
words learned with the eyes drawn on the selected letters.

6 I enjoy the WS Strategy spelling lessons.

7 I would like to use the WS Strategy to improve my spelling skills
again.

8 I can create meaningful pictures with the words using WS
Strategy.

9 The WS Strategy enables me to focus on useful words.

10 The WS Strategy enables me to master spelling with ease.

45

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

APPENDIX 2
Examples of Students’ WS illustrations

46

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

TEKNIK PUTARAN NAZI BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID
MENJAWAB SOALAN PUTARAN DALAM TOPIK PENJELMAAN
MATA PELAJARAN MATEMATIK

Nooraini binti Majin
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam menentukan
imej bagi sesuatu titik di bawah putaran bagi topik Penjelmaan Mata Pelajaran Matematik.
Seramai 30 orang murid yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 20 orang murid
perempuan dari kelas 5SRC SMK Kuhara terlibat dalam kajian ini. Strategi tindakan
difokuskan kepada menenentukan imej bagi sesuatu titik apabila putaran 90° ikut arah jam
dan lawan arah jam serta putaran 180° dilakukan. Tinjauan awal telah dilaksanakan semasa
sesi ulangkaji topik tersebut dimana murid menunjukkan reaksi kurang berminat dan
beranggapan topik ini sukar dikuasai. Hasil tinjauan melalui ujian pra mendapati hanya
6.67% murid mendapat gred A+ manakala 13.33% mendapat gred A dan A-, 10.00 % gred
B+, 23.33% gred B, 26.67% gred C+ dan 6.67% gred C. Satu sesi pengajaran dan
pembelajaran selama 60 minit telah dijalankan berkenaan topik tersebut menggunakan
Teknik Putaran NAZI dan keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan peratus
murid mendapat gred A+ dan mereka menunjukkan minat terhadap topik ini.

1.0 REFLEKSI

Saya telah mengajar mata pelajaran Matematik SPM selama 14 tahun, tetapi subtopik putaran dalam
topik Penjelmaan ini amat sukar dikuasai oleh murid. Saya dapati prestasi markah murid adalah
rendah apabila mereka menjawab soalan ini. Saya juga telah membeli alat bantu mengajar seperti
pembaris kayu panjang dan protektor besar untuk membantu saya dalam menyampaikan kandungan
subtopik ini. Walaupun begitu, keputusan ujian masih sangat mengecewakan.

Ketika saya membuat ulang kaji topik Penjelmaan bersama kelas 5SRC, saya dapati mereka
kurang berminat dengan topik ini dan kurang bertanya. Apabila saya mengemukakan soalan,
mereka tidak dapat menjawab dengan yakin dan betul. Berdasarkan latihan mereka, saya dapati
mereka menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan putaran. oleh
itu, saya duduk berfikir dan mengimbas kembali tentang perkara ini. Akhirnya, saya sedar bahawa
saya perlu membantu murid dengan menyediakan kaedah yang sesuai supaya murid mempunyai
satu teknik dalam menentukan imej bagi sesuatu titik di bawah putaran 90° ikut arah jam dan lawan
arah jam serta putaran 180°.

2.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tingkatan 5SRC SMK Kuhara seramai 30 orang yang terdiri daripada:
i. 10 orang lelaki.
ii. 20 orang perempuan

47

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

3.0 FOKUS / BIDANG KAJIAN

Berdasarkan analisis ujian pra, 93.33% murid tidak mendapat gred A+. Mereka belum menguasai
sepenuhnya putaran tersebut. Maka kajian yang dijalankan ini adalah berfokus kepada menentukan
imej bagi sesuatu titik di bawah putaran 90° ikut dan lawan arah jam serta putaran 180°.

Oleh itu, saya akan menggunakan Teknik Putaran NAZI yang telah saya pelajari daripada
seorang guru Matematik gred Jusa C iaitu Puan Noraini Kassim semasa lawatan beliau ke Tawau
tanpa perlu melukis garis L Shape merentas kotak grid. Hal ini demikian kerana murid cenderung
untuk membuat kesalahan dengan melukis garisan condong yang tidak bersudut tepat 90° walaupun
mereka menggunakan pembaris dan protektor. Saya berharap, dengan cara ini dapat membantu
murid saya mendapat markah penuh, sekaligus menarik minat mereka terhadap topik ini.

4.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Matematik.

4.1 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, saya berharap agar murid 5SRC akan:

i. dapat meningkatkan penguasaan berkaitan penentuan imej bagi sesuatu titik di bawah
putaran 90° ikut arah jam dan lawan arah jam serta putaran 180°.

ii. dapat menjawab dan menyelesaikan semua soalan berkaitan putaran.
iii. lebih yakin dalam menjawab soalan berkaitan putaran.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Temu bual secara lisan

Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan daripada temu bual yang dijalankan terhadap murid 5SRC.

Jadual 1: Hasil Temu Bual Dengan Murid

BIL FAKTOR KEKERAPAN PERATUS
(%)

1 Tidak minat topik putaran 20 21.5

2 Tidak faham konsep putaran 21 22.6

3 Kurang membuat latihan 24 25.8
28 30.1
4 Tidak dapat melukis dengan tepat sudut 90°
menggunakan hujung pembaris

JUMLAH 93 100

48

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Ujian Pra

Bagi mengenal pasti tahap pencapaian murid dalam subtopik putaran, satu ujian pra telah
dijalankan. Ujian ini mengandungi soalan berbentuk subjektif yang mengandungi 6 soalan. Jadual 2
menunjukkan keputusan ujian pra mengikut gred yang telah diadakan pada peringkat awal.

Jadual 2: Keputusan Ujian Pra Mengikut Gred

Markah Gred Bilangan murid Peratus Gred (%)
A+ 2 6.67
90 – 100 A 4 13.33
80 – 89 A- 4 13.33
70 – 79 B+ 3 10.00
65 – 69 B 7 23.33
60 – 64 8 26.67
2 6.67
55 - 59 C+ - -
50 – 54 C - -
45 – 49 D - -
40 – 44 E
0 – 39 G 30 100

JUMLAH

MURID/PERATUS

Berdasarkan Jadual 2, analisis data menunjukkan murid yang mendapat gred A+ dalam
Ujian Pra adalah seramai 6.67%, sementara murid yang mendapat Gred A dan A- adalah sama iaitu
seramai 13.33%. Gred B+ pula seramai 10.00%. Gred B, C+ dan C masing-masing seramai 23.33%,
26.67% dan 6.67%. Seramai 28 orang murid tidak dapat mencapai Gred A+ dalam ujian pra ini.

5.3 Teknik Putaran NAZI

Secara umumnya kita semua tahu bahawa simbol Nazi ini terdapat dalam bendera Jerman
Nazi atau Reich Ketiga yang khusus merujuk kepada tahun 1933 hingga 1945, sewaktu Adolf
Hitler memimpin negara Jerman sebagai Diktator yang menyebarkan ideologi nasionalisme-
sosialisme. Rajah 1 di bawah menunjukkan simbol Nazi yang terdapat dalam bendera Jerman Nazi.

Rajah 1: Simbol Nazi
Teknik Putaran Nazi ini akan menggunakan simbol Nazi yang diubah suai sedikit mengikut
objek dan pusat putaran yang diberikan dalam soalan.
Contoh soalan: Tentukan imej bagi titik P (5, 5) di bawah putaran 90° melawan arah jam
pada pusat C (4, 2).

49

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Cara Pelaksanaan:

Langkah 1:
 Titik P (5, 5) ialah objek dan disambungkan kepada pusat putaran C (4, 2) seperti Rajah 2
(a) atau Rajah 2 (b).
 Kedua-dua Rajah 2 (a) dan Rajah 2 (b) boleh digunakan. Untuk penerangan langkah
selanjutnya, saya akan menggunakan Rajah 2 (a).

Rajah 2 (a) Rajah 2 (b)

Langkah 2:
 Kemudian lukis sayap NAZI ke kiri, kanan dan bawah mengikut ukuran garisan objek ke
pusat seperti Rajah 3 di bawah.

Rajah 3
50

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Langkah 3:
 Tandakan anak panah 90° ke kiri, 90° ke kanan dan 180° ke bawah seperti Rajah 4.

Rajah 4
 Berdasarkan Rajah 4, maka kita akan mendapat sekaligus tiga jawapan iaitu:

i) apabila objek diputaran 90° lawan arah jam, maka jawapannya ialah (1, 3).
ii) apabila objek diputaran 90° ikut arah jam, maka jawapannya ialah (7, 1).
iii) apabila objek diputaran 180°, maka jawapannya ialah (3, -1).
 Oleh kerana contoh soalan yang hendak kita jawab ialah menentukan imej bagi titik P (5, 5)
di bawah putaran 90° melawan arah jam pada pusat C (4, 2), maka jawapannya ialah (1, 3).

Gambar 1: Gambar-gambar ketika menggunakan Teknik Putaran NAZI,
pelajar kelihatan berasa sangat gembira kerana dapat menjawab soalan putaran

51

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

5.4 Refleksi Kajian

5.4.1 Ujian Pos

Ujian pos yang juga mengandungi 6 soalan subjektif telah diberikan kepada murid. Jadual 3 dan
Rajah 6 menunjukkan perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos mengikut gred.

Jadual 3: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred

Ujian Pra Ujian Pos

Markah Gred Bil Murid Peratus % Bil Murid Peratus %

90 – 100 A+ 2 6.67 27 90.00

80 – 89 A 4 13.33 2 6.67

70 – 79 A- 4 13.33 1 3.33

65 – 69 B+ 3 10.00 - -

60 – 64 B 7 23.33 - -

55 - 59 C+ 8 26.67 - -
50 – 54 C 2 6.67 - -
45 – 49 D--- -
40 – 44 E--- -
0 – 39 G--- -

JUMLAH MURID/PERATUS 30 100 30 100

30 UJIAN PRA
25 UJIAN POS
20
15
10

5
0

A+ A A- B+ B C+ C D E

Rajah 5: Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos Mengikut Gred

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 6, analisis data menunjukkan murid yang mendapat gred
A+ dalam ujian pos telah meningkat secara drastik iaitu daripada 6.67% kepada 90.00%. Tiada
murid mendapat Gred B+ ke bawah dalam ujian pos berbanding ujian pra.

52

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

6.0 RUMUSAN DAN PENILAIAN
Secara kesimpulannya, apabila kita sebagai guru menyedari terdapat beberapa orang murid kita
yang tidak dapat menguasai sesuatu topik, saya berpendapat guru haruslah berusaha
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran tanpa menjejaskan konsep topik tersebut.
Selain itu, guru juga perlu lebih kreatif dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran untuk
membantu murid menjawab soalan dengan tepat, seterusnya membolehkan murid memperoleh
markah penuh.

Dengan menggunakan Teknik Putaran NAZI, saya telah menarik minat murid untuk sentiasa
menantikan soalan putaran. Mereka berasa yakin untuk menjawab soalan dengan betul.
Permasalahan sebelum ini iaitu murid tidak dapat menentukan imej bagi sesuatu titik di bawah
putaran 90° ikut arah jam dan lawan arah jam serta putaran 180° kini dapat diatasi dengan
menggunakan Teknik Putaran NAZI.

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah berjaya mencapai objektif. Murid
menunjukkan peningkatan dari segi penguasaan kemahiran menentukan imej bagi sesuatu titik di
bawah putaran 90° ikut arah jam dan lawan arah jam serta putaran 180°.

Saya juga telah melaksanakan perkongsian ilmu bersama guru-guru mata pelajaran
Matematik di Daerah Tawau tentang Teknik Putaran Nazi ini semasa saya dipanggil untuk menjadi
penceramah dalam Bengkel Perkongsian Matematik yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah Tawau.

Gambar 2: Gambar-gambar ketika menyampaikan Teknik Putaran NAZI kepada semua guru
Matematik Daerah Tawau

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini merupakan suatu kajian yang mempunyai batasan dalam beberapa aspek. Kajian ini
masih boleh dibuat dengan lebih meluas dan mendalam. Cadangan saya adalah menggunakan
sasaran yang berlainan dan bilangan yang lebih besar. Hal ini demikian kerana kajian ini hanya
melibatkan murid 5SRC sahaja. Justeru, generalisasi yang dibuat dalam kajian ini hanya
menggambarkan keadaan setempat dan tidak menggambarkan keseluruhan pemahaman murid di
seluruh peringkat. Dapatan ini juga terbatas untuk kelompok pelajar kelas pertengahan SMK
Kuhara sahaja. Kajian lanjut boleh melibatkan kelompok murid kelas hadapan dan kelas belakang.

53

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

RUJUKAN

Noraini Kassim dan Kaharuddin. (2019) Modul Pembelajaran & Pengajaran Abad Ke-21
Matematik Tingkatan 4.

Mokhtar Bin Mahamad. 2018. Menentu Pusat Putaran 90° Dengan Menggunakan Konsep Segitiga
Sama Kaki, Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana, 21100 Setiu, Terengganu.

54

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK TEMU BUAL DENGAN MURID

Sila tandakan (√) pada ruang jawapan yang berkenaan Ya Tidak
Bil Perkara
1 Adakah anda minat tajuk Putaran
2 Adakah faham konsep putaran
3 Adakah anda selalu membuat latihan
Adakah anda dapat melukis dengan tepat sudut 90°
4
menggunakan hujung pembaris

55

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

LAMPIRAN 2

SOALAN UJIAN PRA
PENJELMAAN

1. Penjelmaan T ialah satu translasi dan penjelmaan R ialah satu putaran 90°lawan arah

jam pada pusat (0, 2).

Nyatakan koordinat imej bagi titik (2, 6) di bawah penjelmaan berikut:

(i) T

(ii) TR

2. Penjelmaan U ialah translasi .
Penjelmaan V ialah putaran 90° ikut arah jam pada pusat (2, 1).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (–2, 3) di bawah penjelmaan berikut:

(i) U

(ii) UV

3. Penjelmaan T ialah translasi .

Penjelmaan R ialah putaran 90° ikut arah jam pada pusat (1, 2).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (–3, 4) di bawah penjelmaan:

(i) R
(ii) T2

4. Penjelmaan T ialah suatu translasi dan penjelmaan W ialah suatu putaran 90° lawan arah

jam pada pusat (1, 2).

Nyatakan koordinat imej bagi titik (-3,-4) di bawah setiap penjelmaan yang berikut:

(i)T

(ii)TW

5. Penjelmaan R ialah satu putaran 180° pada pusat (1,4). Penjelmaan S ialah satu pembesaran
dengan faktor skala 2 pada pusat (3,4).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (-1,2) di bawah penjelmaan berikut:
(i) R
(ii) RS

6. Penjelmaan T ialah translasi , penjelmaan U ialah satu pantulan pada garis y= –x dan

penjelmaan V ialah putaran 90° ikut arah jam pada pusat (2, 1).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (–1, 3) di bawah penjelmaan berikut:
(i) T2

(ii) TU

(iii) TV

56

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

LAMPIRAN 3

SOALAN UJIAN POS
PENJELMAAN

1. Penjelmaan T ialah satu translasi dan penjelmaan R ialah satu putaran 90° lawan arah

jam pada pusat (0, 2).

Nyatakan koordinat imej bagi titik (2, 6) di bawah penjelmaan berikut:

(iii)T
(iv)TR

2. Penjelmaan U ialah translasi .

Penjelmaan V ialah putaran 90° ikut arah jam pada pusat (2, 1).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (–2, 3) di bawah penjelmaan berikut:

(iii) U

(iv)UV

3. Penjelmaan T ialah translasi .

Penjelmaan R ialah putaran 90° ikut arah jam pada pusat (1, 2).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (–3, 4) di bawah penjelmaan:

(iii)R
(iv) T2

4. Penjelmaan T ialah suatu translasi dan penjelmaan W ialah suatu putaran 90° lawan arah

jam pada pusat (1, 2).

Nyatakan koordinat imej bagi titik (-3,-4) di bawah setiap penjelmaan yang berikut:

(i)T

(ii)TW

5. Penjelmaan R ialah satu putaran 180° pada pusat (1,4). Penjelmaan S ialah satu pembesaran
dengan faktor skala 2 pada pusat (3,4).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (-1,2) di bawah penjelmaan berikut:
(i) R
(ii) RS

6. Penjelmaan T ialah translasi , penjelmaan U ialah satu pantulan pada garis y= –x dan

penjelmaan V ialah putaran 90° ikut arah jam pada pusat (2, 1).
Nyatakan koordinat imej bagi titik (–1, 3) di bawah penjelmaan berikut:
(i) T2

(ii) TU

(iii) TV

57

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

KIT SINAR OPTIK: MENYELESAIKAN MASALAH MELUKIS GAMBAR RAJAH SINAR
CERMIN DAN KANTA SERTA DAPAT MENYATAKAN CIRI-CIRI IMEJ YANG
DIHASILKAN BAGI SUBJEK FIZIK TINGKATAN 4

Omar Bin Hanafiah
SMK Merotai Besar, Tawau
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah pembelajaran subjek Fizik
Tingkatan 4 dalam tajuk melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta serta
menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan kepada pelajar 5A SMK Merotai Besar. Kajian ini
memfokuskan kepada cara penyelesaian kepada masalah yang diberikan. Kajian sebenar
melibatkan seramai 17 orang responden dari Tingkatan 5A melalui penilaian soalan ujian
berfokus tajuk melukis gambar rajah sinar cermin dan kanta serta menyatakan ciri-ciri imej
yang dihasilkan. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan pelajar untuk melukis serta
menyatakan ciri-ciri imej terbentuk dalam tajuk ini adalah amat lemah. Semua pelajar tidak
dapat melukis gambar rajah sinar serta menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan dengan
baik. Cadangan pemilihan untuk tajuk ini adalah dengan menggunakan inovasi kit sinar
optik dan kaedah akronim untuk memudahkan pelajar mengikut langkah-langkah melukis
gambar rajah sinar serta menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan. Dapatan daripada
penggunaan kit sinar optik 100% pelajar dapat melukis gambar rajah sinar cermin dan
kanta serta dapat menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan. Harapan saya dengan
menggunakan kit sinar optik ini akan memberi lebih peluang kepada untuk menjawab soalan
yang berkaitan cermin dan kanta dalam SPM.

1.0 REFLEKSI

Daripada penyemakan tugasan yang diberikan kepada pelajar, saya dapati mereka menghadapi
kesukaran untuk melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta serta tidak dapat menyatakan
ciri-ciri imej yang dihasilkan. Lebih separuh pelajar tidak dapat melukis dengan baik.
Daripada temu bual secara individu dan juga secara menyeluruh semasa sesi PdPc, saya dapati
masalah utama pelajar adalah mereka tidak mengetahui kaedah untuk melukis gambar rajah sinar
dan sukar untuk pelajar ingat ciri-ciri imej yang dihasilkan oleh cermin dan kanta.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini tertumpu kepada salah satu topik dalam tingkatan 4 Fizik iaitu Cermin dan Kanta. Fokus
kajian adalah masalah pelajar tidak dapat melukis dan menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan
oleh cermin dan kanta sewaktu membuat latihan pengukuhan. Selain daripada itu kajian ini juga
adalah untuk mencari kaedah dan panduan yang lebih sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi
melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta. Hal ini perlu dititikberatkan kerana tajuk ini
merupakam antara asas Fizik yang akan dikembangkan di peringkat yang lebih tinggi lagi.

58

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Masalah pembelajaran dalam Fizik bagi tajuk Cermin dan Kanta ini adalah satu kajian untuk
membantu pelajar serta guru-guru pada masa yang akan datang dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas agar pelajar-pelajar dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan cermin dan kanta
dengan kaedah yang lebih senang dan praktikal.
3.2 Objektif Khusus
i. Mengenalpasti masalah dan kesalahan yang dilakukan oleh pelajar berkenaan melukis

gambarajah sinar bagi cermin dan kanta (20 gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta).
ii. Mengemukakan kaedah yang lebih senang dan praktikal untuk digunakan oleh pelajar bagi

melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta.
iii. Membolehkan pelajar dengan mudah menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan oleh cermin

dan kanta (60 ciri-ciri imej yang perlu pelajar nyatakan)..

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya merangkumi 17 orang pelajar fizik dari kelas 5A SMK Merotai Besar tahun
2019.

Rajah 1 : Kumpulan sasaran

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal
Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan telah dilakukan untuk mengenalpasti masalah pelajar
yang masih kurang memahami cara untuk melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta serta
menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan daripada cermin dan kanta. Tinjauan masalah yang
dijalankan adalah menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik dan ujian pra.
5.1.1 Pemerhatian
Semasa diberi latihan tambahan di dalam kelas, pelajar kelas ini masih tidak dapat melukis gambar
rajah sinar dengan betul. Ternyata pelajar ini masih tidak dapat menguasai tajuk ini. Selain daripada
pemerhatian semasa sesi ulangkaji, guru juga telah menyemak hasil kerja pelajar yang diberikan.
Didapati pelajar masih tidak dapat melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta serta tidak
dapat menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan.

59

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

5.1.2 Ujian Pra

Soalan ujian pra terdiri daripada 20 soalan gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta yang telah
diberikan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang diberikan berdasarkan topik yang
diajar berkaitan dengan cermin dan kanta.

5.1.3 Soalan soal-selidik

Guru telah menghasilkan satu laman Projek Inovasi Panitia Fizik. Didalam laman ini guru membuat
beberapa soalan soal-selidik kepada pelajar berkaitan dengan tajuk ini. Soalan-soalan dalam soal-
selidik ini lebih kepada minat pelajar terhadap tajuk ini.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Ujian Pra

Gambar 1 : Ujian Pra dijalankan

Jadual 1: Senarai murid dan markah ujian pra

Bil Murid Ujian Pra(40 Markah)
1. Murid 1 10
2. Murid 2 12
3. Murid 3 14
4. Murid 4 20
5. Murid 5 16
6. Murid 6 14
7. Murid 7 14
8. Murid 8 16
9. Murid 9 15
10. Murid 10 12
11. Murid 11 13
12. Murid 12 14
13. Murid 13 16
14. Murid 14 10
15. Murid 15 10
16. Murid 16 12
17. Murid 17 14

Peratus Lulus 24 %

60

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Hasil dapatan daripada pemerhatian, ujian soal-selidik yang telah dijalankan didapati pelajar tidak
dapat menguasai tajuk yang diajar dan tidak ada kaedah yang digunakan untuk melukis gambar
rajah sinar bagi cermin dan kanta. Mereka juga tidak dapat menyatakan ciri-ciri imej yang terhasil
oleh cermin dan kanta dengan betul. Bagi menyelesaikan masalah ini saya telah menghasilkan satu
inovasi yang dikenali Kit Sinar Optik yang telah digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas.

Jadual 2: Aktiviti / Tugasan serta tarikh tindakan

Bil Aktiviti/Tugasan Tarikh
1. Membuat tinjauan masalah melalui semakan latihan, soal 21/04/2019

selidik dan Ujian Pra 23/04/2019
2. Membuat pemakluman kepada Pihak Pentadbir tentang
25/04/2019-
Kajian Tindakan dan membuat perbincangan. 30/04/2019
3. Melaksanakan Kajian Tindakan. 2/05/2019-
4/05/2019
4. Menyiapkan Laporan Kajian Tindakan. 24/06/2019

5. Menyerahkan Laporan Kajian

Rajah 2: Inovasi Kit Sinar Optik

Pada peringkat awal kit ini digunakan oleh pelajar secara berkumpulan (4 pelajar setiap
kumpulan) untuk menarik minat dan mengukuhkan lagi ingatan mereka dengan kaedah melukis
gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta. Setelah pelajar mahir melukis dengan bantuan kit sinar
optik, pelajar akan diberikan 20 soalan untuk melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta
serta menyatakan ciri-ciri bagi imej.

61

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Gambar 2: Ujian Pos dijalankan

Rajah 3: Manual Operasi Pelaksanaan Kajian
62

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

6.0 RUMUSAN PENILAIAN KAJIAN

Hasil kajian diperoleh melalui markah yang diperolehi selepas ujian pos didapati peratus pelajar
yang lulus adalah 100% berbanding dengan ujian pra hanya 24 %. Maklumat ini ditunjukkan pada
jadual 3 dibawah.

Jadual 3: Senarai nama pelajar dan markah ujian pra dan ujian pos

Bil Nama Pelajar Ujian Pra Ujian Pos
(40 Markah) (40 Markah)
1. Murid 1
2. Murid 2 10 36
3. Murid 3 12 38
4. Murid 4 14 38
5. Murid 5 20 38
6. Murid 6 16 40
7. Murid 7 14 36
8. Murid 8 14 36
9. Murid 9 16 38
10. Murid 10 15 38
11. Murid 11 12 38
12. Murid 12 13 36
13. Murid 13 14 36
14. Murid 14 16 35
15. Murid 15 10 36
16. Murid 16 10 36
17. Murid 17 12 36
14 38
Peratus Lulus 24 % 100%

Peningkatan peratus lulus dalam ujian pos adalah tinggi berbanding ujian pra. Ini
menunjukkan hasil daripada penggunaan kit sinar optik telah berjaya. Pelajar lebih yakin dalam
melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta. Peningkatan peratus pelajar dapat melukis
gambar rajah sinar cermin dan kanta adalah amat tinggi. Selain itu pelajar lebih yakin untuk melukis
gambarajah sinar cermin dan kanta serta dapat memberi ciri-ciri imej yang dihasilkan.

Sekiranya penggunaan Kit Sinar Optik ini diperluas, proses PdPc akan lebih mudah dan
menarik terutamanya untuk tajuk cermin dan kanta. Hasil daripada kajian tindakan yang dijalankan
dapatan yang diperolehi adalah seperti berikut :

 Dapatan soal selidik 100% pelajar memilih Bab 5 Cahaya adalah tajuk yang sukar.
 Dapatan soal selidik 100% pelajar memilih sub tajuk optik merupakan tajuk yang sukar.
 Dapatan soal selidik 100% pelajar tidak dapat melukis gambar rajah sinar bagi kanta cembung

dan cekung.
 Dapatan soal selidik 100% pelajar tidak dapat menyatakan ciri-ciri imej kanta cembung dan

cekung dengan tepat.
 Penghasilan KIT SINAR OPTIK ini dapat membantu guru menjimatkan masa mengajar tajuk

melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta.
 Membantu pelajar melukis gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta serta menyatakan

ciri-ciri imej yang dihasilkan dengan mudah dan cepat.
 Dapat meningkatkan keputusan ujian / peperiksaan.

63

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Jadual 4: Dapatan soal-selidik sebelum dan selepas kajian dijalankan

Bil Soalan Soal-selidik Bilangan Peratus

1. Apakah Bab yang paling susah dalam Fizik T4? 17 100

2. Didalam Bab 5 Cahaya apakah sub tajuk yang anda 17 100

paling susah hendak faham?

3. Adakah anda menghadapi masalah melukis gambar rajah 17 100

sinar bagi kanta cembung dan cekung?

4. Adakah anda menghadapi masalah untuk menentukan 17 100

ciri-ciri imej bagi kanta cembung dan cekung?

5. Adakah anda berpuas hati menggunakan Kit Sinar Optik 17 100

bagi membantu anda mempelajari tajuk cermin dan kanta.

Setelah pengajaran dan pembelajaran dan latihan diberikan kepada pelajar selama satu
minggu saya dapati penggunaan Kit Sinar Optik ini banyak membantu pelajar melukis dan
menyatakan ciri-ciri imej yang dihasilkan oleh cermin dan kanta. Mereka juga dapat menyelesaikan
masalah 20 gambar rajah sinar bagi cermin dan kanta. Hasil daripada soal-selidik kepada pelajar
selepas menggunakan kit ini didapati 100 peratus pelajar bersetuju kit ini banyak membantu mereka
bagi tajuk ini. Saya berpuas hati dengan hasil penggunaan kit sinar optik ini.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Peningkatan peratus pelajar dapat melukis gambar rajah sinar cermin dan kanta adalah amat tinggi.
Selain daripada itu pelajar lebih yakin untuk melukis gambar rajah sinar cermin dan kanta serta
dapat memberi ciri-ciri imej yang terbentuk. Sekiranya penggunaan Kit Sinar Optik ini
diperluaskan, proses PdPc akan lebih mudah dan menarik terutamanya untuk tajuk cermin dan
kanta.

Pembinaan bahan inovasi ini secara tidak langsung mengubah tradisi pembelajaran pelajar
dengan cara melukis dan menghafal. Selain mewujudkan satu bahan yang praktikal, mudah untuk
dibawa dan ringan. Inovasi Kit Sinar Optik ini membantu mengurangkan kos pembelian bahan
bantu mengajar yang mahal kerana menggunakan bahan-bahan yang mempunyai kos rendah. Pada
masa akan datang penggunaan bahan terpakai seperti botol, kertas, plastik dan lain-lain lagi akan
digunakan untuk menyokong saranan kerajaan dengan membangunkan inovasi menggunakan
teknologi hijau.

Saya berharap dan mencadangkan agar kajian ini digunakan oleh guru-guru lain untuk
menambah minat kepada pelajar Fizik agar menjawab soalan berkaitan cermin dan kanta. Semoga
usaha ini memberi manfaat kepada pelajar. Saya akan cuba mencari cara untuk pelajar lebih mudah
dan meminati tajuk bab cahaya ini yang dilihat masih agak sukar untuk dikuasai oleh pelajar Fizik
di SMK Merotai Besar. Usaha untuk memasukkan rumus yang berkaitan dengan tajuk ini juga perlu
untuk memantapkan lagi penggunaan Kit Sinar Optik ini kerana ia dilihat memainkan peranan yang
amat penting dalam penyelesaian masalah bagi tajuk cermin dan kanta ini.

64

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

RUJUKAN

Mok Soon Sang,(2010).Penyelidikan dalam Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mohd Majid Konteng, (1990).Kaedah Penyelidikan Pendidikan. DBP Kuala Lumpur.

Siti Hadijah, Phang Sin Nan, (2017). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Fizik,
Nilam Publication Sdn Bhd

Badariah Binti Hamzah, (2011) Buku Teks Fizik T4 KBSM, Zeti Enterprise

INTERNET

https://cikgujumrah.blogspot.com/2019/04/bagaimana-mendapatkan-hak-cipta-harta.html
https://youtu.be/JnY1F3qBcIM
https://drive.google.com/file/d/19l7vuYj4QHCI7eDEwhWY_IuWX5Cp-gy-/view?usp=sharing

65

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

LAMPIRAN

66

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

67

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

68

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

69

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

70

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

PROJEK ‘D.I.Y’ SEBAGAI KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH UNTUK
MATA PELAJARAN SEJARAH

Rosni Binti Ruddin
SM. Holy Trinity Tawau
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan menambah baik amalan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah
(PdPR) untuk Bab 4 bertajuk Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita dalam sukatan
pelajaran baharu KSSM Tingkatan 4. Kajian ini dinamakan sebagai Projek “Do It Yourself
(DIY)” kerana pelajar akan terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran tentang tajuk
melalui penghasilan bahan/produk/hasil secara kendiri. Kajian ini melibatkan kumpulan
sasaran seramai 31 orang pelajar Tingkatan 4 Carnation SM Holy Trinity, Tawau. Tinjauan awal
yang telah dilaksanakan melalui temubual rawak mendapati pelajar kelas ini mengaku sukar
untuk mengingat fakta yang telah dipelajari tentang tajuk pelajaran semasa proses PdPR
berlangsung. Data dalam Ujian Pra juga jelas menunjukkan hanya 3 orang (9.67%) pelajar
yang faham kandungan tajuk tersebut dengan baik. Kajian ini dilaksanakan selama dua minggu
sepanjang tempoh PdPR yakni pada 4hb - 16hb Mei 2020. Dapatan kajian mendapati
penggunaan projek DIY ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan pengajaran
dan pembelajaran dari aspek merangka dan merancang seterusnya melaksanakan aktiviti pdp
yang berpusatkan pelajar tanpa menjejaskan elemen isi kandungan yang perlu dikuasai oleh
pelajar, khasnya dalam tempoh PKP. Ini dapat dilihat melalui keputusan dalam Ujian Pos,
daripada 14 orang pelajar (45.1%) yang berjaya melaksanakan Projek DIY ini, seramai 11
orang (78.5%) memperolehi markah lingkungan 11-15 markah dan seramai 3 orang (21.4%)
yang memperoleh lingkungan 6-10 markah. Jelas bahawa telah berlaku peningkatan bilangan
pelajar yang faham isi kandungan pelajaran berbanding sebelumnya.

1.0 REFLEKSI

Sukatan pelajaran KSSM Sejarah baharu meliputi pendekatan tematik yang lebih luas dan
kupasan kandungan yang lebih rinci meninggalkan cabaran yang amat besar kepada pelajar
khasnya dalam konteks mengingat fakta. Cabaran kepada guru sebagai medium ilmu juga tidak
terkecuali apabila pandemik Covid-19 melanda dunia, di mana hampir 70% sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, PdP kontemporari (bersemuka) telah
berubah kepada pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Semasa tempoh PKP, saya melaksanakan PdPR dengan berkongsi pelbagai bahan berupa
rakaman video presentasi, modul latihan, penerangan melalui platform Google Classroom/Meet,
namun prestasi pelajar apabila diulang tanya amat merisaukan. Pelajar mengaku bahawa sukar
mengingati fakta yang dikongsi dan diterangkan guru semasa sesi PdPR. Sekiranya perkara ini
dibiarkan berterusan, pasti akan menjejaskan prestasi mereka dalam peperiksaan kelak.

Situasi ini telah menyebabkan penulis mencari alternatif PdPR yang lebih praktikal demi
mengurangkan kesukaran yang melanda pelajar, seterusnya menyelesaikan permasalahan yang
disebutkan. Oleh kerana pelajar berada di rumah masing-masing, projek intervensi ini harus
mengambilkira sumber dan kesediaan pelajar. Maka, di sinilah akhirnya Projek DIY dilaksanakan

71

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

iaitu pelajar akan melibatkan diri secara total dalam pembinaan produk tentang tajuk sebagai
bahan pembelajaran.

2.0 FOKUS BIDANG KAJIAN
Kemahiran mengingat fakta dalam PdP Sejarah sangat penting khususnya dalam pengujian
Kertas 1 (Soalan Objektif) dan Kertas 2 (Soalan Struktur dan Soalan Esei) di peringkat SPM. Tanpa
fakta yang betul, pelajar tidak akan dapat menjawab soalan dalam kedua-dua kertas ini dengan
baik dan pasti memberi kesan kepada prestasi keseluruhan mereka untuk mata pelajaran Sejarah.
Oleh yang demikian, saya memperkenalkan intervensi berupa Projek D.I.Y untuk mengatasi isu
ini dengan harapan pelajar dapat mengingati fakta penting dalam tajuk terpilih kerana pelajar
terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran. Melalui tajuk terpilih, pelajar akan dibekalkan
satu set soalan yang memandu mereka menterjemahkan set soalan itu dalam bentuk
produk/hasil/bahan secara kendiri.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan isu dan fokus bidang kajian ini, objektif kajian yang hendak dicapai adalah seperti berikut:
3.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk meningkatkan bilangan pelajar yang memperolehi
gred yang baik untuk mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan.

3.2 Objektif Khusus:
1. Meningkatkan tahap kebolehingatan pelajar terhadap fakta penting dalam tajuk
pembelajaran.

2. Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan objektif, struktur dan esei secara
tepat dan mudah.

3. Meningkatkan minat dan keyakinan pelajar untuk belajar mata pelajaran Sejarah
seterusnya memperolehi markah yang baik dalam peperiksaan.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan seramai 31 orang pelajar dari kelas Tingkatan Empat Carnation yang
terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan awal
Tinjauan awal terhadap masalah ini telah dikenalpasti melalui temubual yang dibuat secara
rawak oleh guru kepada pelajar setelah selesai mengadakan PdPR untuk Bab 4. Sebelum itu,
guru menjalankan sesi PdPR dengan menggunakan kaedah penerangan untuk tajuk melalui

72

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

platform Google Meet. Pada ketika yang lain, guru melaksanakan PdPR dengan berkongsi
pelbagai bahan berupa rakaman video presentasi sama ada menggunakan rakaman guru sendiri
mahupun daripada perkongsian link daripada pelbagai channel rakan guru yang sedia ada.
Namun, apabila pelajar menghantar tugasan sebagai latihan pengukuhan, ramai kalangan pelajar
tidak dapat menjawab soalan dengan betul apabila diminta menjawab tanpa merujuk buku teks
atau buku rujukan. Melihat situasi ini, guru mengadakan temubual rawak dan mereka mengaku
bahawa mereka tidak dapat mengingati fakta dengan baik dan kekal kerana PdPR yang bersifat
sehala dan lebih berpusatkan guru. Ingatan terhadap fakta yang dikongsi dan diterangkan guru
tidak dapat kekal lama kerana pelajar hanya sebagai pendengar dan pasif semasa sesi PdPR.

5.2 Analisis Tinjauan awal

Daripada hasil temubual tersebut, maka Ujian Pra pun dijalankan untuk meninjau sejauhmana
tahap permasalahan ini dihadapi oleh pelajar. Satu set soalan diberi kepada pelajar dalam
bentuk melengkapkan jadual dalam Modul Jelajah dan Takluk T4 KSSM (Lampiran 1) bagi
mengukur tahap ingatan mereka terhadap isi pelajaran yang baharu dipelajari. Pelajar diminta
untuk tidak meniru jawapan dari pada buku teks ataupun buku rujukan untuk mendapatkan hasil
yang betul dan tepat.

Jadual 1: Hasil Ujian Pra

MARKAH BILANGAN PELAJAR PERATUS

0 - 5 17 54.83%

6 - 10 8 25.80%

11 - 15 3 9.67%

Tidak Hadir 3 9.67%

JUMLAH 31 100

Jadual 1 di atas menunjukkan hanya 3 orang daripada 31 orang pelajar dapat menjawab dengan
baik (yakni memperolehi jawapan betul 11 - 12/15 dan ke atas). Pelajar yang lain rata-rata dapat
10 markah dan kurang. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa guru perlu melakukan sesuatu untuk
memperbaiki permasalahan yang dihadapi oleh pelajar ini. Hasil Ujian Pra boleh dilihat jelas
melalui rumusan di atas.

5.3 Pelaksanaan Tindakan

Intervensi Projek DIY merujuk kepada satu set tugasan berupa soalan-soalan khusus kepada
individu pelajar tentang tajuk pelajaran yang dipilih. Dalam konteks kajian tindakan ini tajuknya
ialah Bab 4: Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita. Set tugasan ini dirangka oleh pengkaji
secara berpusat yang kemudian digunakan oleh pelajar sebagai panduan dan bimbingan untuk

73

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

membina hasil pemahaman (pembelajaran) mereka kepada hasil tugasan dalam bentuk bahan
atau produk DIY.

Pembelajaran tentang tajuk (ingatan terhadap fakta-fakta penting) akan berlaku secara tidak
langsung apabila pelajar dari awal proses akan terlibat menyelesaikan permasalahan set tugasan
melalui soalan-soalan khusus tadi sehingga berjaya menghasilkan bahan/produk DIY secara
kendiri. Pelaksanaan intervensi projek DIY terhadap 31 pelajar Tingkatan 4 Carnation adalah
jelas melalui Jadual Pelaksanaan di bawah:

Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Intervensi Projek DIY

TEMPOH / AKTIVITI / TINDAKAN
TARIKH

4 - 5 Mei 2020 Proses penerangan pengkaji kepada pelajar melalui Google Meet.

Pembentukan kumpulan pelajar (telegram) untuk perkongsian bahan /
contoh-contoh projek DIY dan perbincangan maya.

6 -15 Mei 2020 Bimbingan dan seliaan pengkaji secara kumpulan kecil / individu.

16 Mei 2020 Penghantaran hasil projek DIY oleh pelajar (secara maya)

Langkah Pertama: PENERANGAN PROJEK DIY KEPADA PELAJAR

Gambar 1: BEBERAPA SIRI PENERANGAN GURU KEPADA TING 4 CARNATION

Guru menerangkan kepada pelajar terpilih (kumpulan kawalan) melalui aplikasi google meet
tentang matlamat, objektif kajian dan kaedah pelaksanaan sehingga menghasilkan satu produk
DIY. Secara jelas penerangan yang dibuat adalah meliputi perkara-perkara berikut:
1. Deskripsi pelaksanaan Projek DIY dan set soalan tugasan.
Deskrips ini meliputi tarikh pelaksanaan projek, tajuk projek, sumber rujukan yang boleh
digunakan dan tahap penguasaan pentaksiran bilik darjah yang berkaitan.

74

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Rajah 1: Deskripsi Pelaksanaan Projek DIY
Semua perkara di dalam deskripsi dalam Rajah 1 di atas dijelaskan kepada pelajar kawalan.
Pelajar yang tidak hadir semasa sesi taklimat yang diadakan pada 4hb Mei 2020, dihubungi
melalui pesanan ringkas dan talian tetap. Setiap pelajar dipastikan menerima maklumat yang
betul dan faham setiap proses yang terlibat. Selain itu, deskripsi ini juga merangkumi set
soalan tugasan yang perlu ditumpukan oleh pelajar dalam membina projek DIY.

75

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Rajah 2: Set soalan tugasan.
Rajah 2 di atas merupakan set soalan tugasan yang digunakan. Set ini diberikan lebih awal 2-3
hari sebelum sesi taklimat bagi memberi maklumat awal kepada pelajar. Di dalamnya
terkandung soalan tugasan yang lebih terperinci agar standard pembelajaran dan objektif
pembelajaran yang digariskan dapat dicapai.

76

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Jadual 3: Set Soalan Khusus.

1. Apa maksud penjajahan?
2. Mengapa penjajah datang menjajah ke negara kita?
3. Mengapa rakyat tempatan melakukan penentangan terhadap pentadbiran British?
4. Bagaimana penjajah menjalankan pemerintahan di negara kita?
5. Siapakah tokoh-tokoh pejuang yang melancarkan penentangan ke atas penjajah British?
6. Bagaimanakah pejuang tempatan melancarkan serangan ke atas pendudukan British di

negara kita?
7. Jelaskan kesan penentangan pejuang tempatan ke atas pemerintahan British.
8. Bagaimanakah British menangani penentangan daripada kalangan pejuang tempatan?
9. Beri cadangan bagaimana sebagai generasi muda memelihara kedaulatan negara yang

telah dikecapi kini?

Jadual 3 di atas berupa set soalan khusus diberi kepada pelajar bagi memandu mereka agar lebih
jelas dengan kehendak tugasan.

2. Contoh-contoh produk DIY

Contoh produk DIY yang boleh didapati banyak dalam aplikasi Pinterest diterangkan kepada
pelajar. Kesesuaian pemilihan jenis produk sangat ditekankan kepada pelajar agar produk
tersebut dapat menjawab soalan yang terkandung di dalam set soalan tugasan yang diberi.

3. Rubrik penskoran untuk penilaian.

Rubrik penskoran untuk penilaian juga disedia dan diterangkan kepada pelajar untuk menjadi
panduan agar hasil produk memenuhi standard yang ditetapkan. Rubrik ini dibuat sebagai
motivasi agar mereka berusaha menghasilkan produk DIY yang berkualiti. Ia meliputi kriteria
rekabentuk, proses, aplikasi, pengetahuan, dan persembahan. Peruntukan markah adalah seperti
berikut:

KRITERIA Jadual 4: Rubrik penskoran untuk penilaian. PERUNTUKAN
ASPEK YANG DINILAI MARKAH

REKABENTUK Tajuk, Tema, Tarikh Pelaksanaan, Nama Murid, 10
Tingkatan, Nama Guru
PROSES Langkah, Objektif kajian, Pelaporan Kajian 50
APLIKASI Kemahiran penyelesaian masalah, berkomunikasi 10
PENGETAHUAN Menepati isi kandungan pelajarn / tajuk tugasan 10
PERSEMBAHAN Rupa produk, kreativiti, penyampaian, kekemasan 20
100 MARKAH
JUMLAH

4. Borang refleksi kendiri.
Borang refleksi kendiri berupa set soalan mudah yang perlu dijawab oleh pelajar dengan jujur.
Soalan-soalan ini dibina sedemikian rupa untuk memandu pelajar agar sentiasa berada dalam

77

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

landasan tugasan yang difokuskan. Soalan-soalannya adalah meliputi soalan asas Apa, Mengapa,
Bagaimana dan Kesan.

Apa Jadual 5: Borang refleksi kendiri. berjaya
Mengapa Apakah tajuk yang kamu pelajari?
Bagaimana Mengapakah kamu mempelajari tajuk ini?
Kesan Bagaimana kamu tahu yang kamu telah memahami tajuk ini?
Apakah pengajaran yang kamu telah pelajari setelah
menghasilkan produk berkenaan tajuk ini?

Semasa sesi ini, pelajar diberi penegasan tentang cabaran menjalankan projek ini dalam tempoh
10 hari selepas tarikh penerangan. Dalam sesi ini juga, setiap pelajar diberi peluang untuk
mengemukakan pertanyaan akan proses yang terlibat dalam penghasilan produk projek. Malah
pengkaji juga telah membentuk beberapa kumpulan perbincangan maya menerusi aplikasi
Telegram (Projek DIY Sejarah SMHT) bertujuan membuat perkongsian dan perbincangan di luar
waktu PdPR.

Gambar 2: PEMBENTUKAN KUMPULAN Gambar 3: PERBINCANGAN DAN
PERBINCANGAN MAYA (APLIKASI MAKLUMAN DALAM KUMPULAN
TELEGRAM)

Langkah Kedua: BIMBINGAN DAN SELIAAN GURU

Langkah ini berlangsung pada 6 - 15 Mei 2020. Dalam langkah ini, pelajar dibimbing secara
individu/kumpulan kecil dengan cermat berpandukan set soalan tugasan yang telah diberi lebih
awal untuk pelajar baca dan hadam. Perbincangan dibuat semua melalui maya, sama ada
melalui group telegram, whatsuup chat personal, panggilan tetap mahupun secara video call.
Pelajar dibimbing untuk memastikan produk DIY yang dibina memenuhi soalan yang

78

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
terkandung dalam set soalan tugasan agar objektif pembelajaran dapat dicapai dan seterusnya
memenuhi standard pembelajaran yang telah digariskan untuk tajuk tersebut.
Setiap proses pelaksanaan tugasan dibuktikan melalui rakaman bergambar dan satu set borang
refleksi kendiri dibekalkan kepada setiap pelajar untuk diisi secara jujur. Pelajar mengisi borang
refleksi kendiri dan ditunjuk kepada guru untuk perbincangan. Langkah seterusnya jika dirasakan
perlu, pelajar akan membuat penambahbaikan berdasarkan perbincangan tadi.
Berikut merupakan antara contoh bukti bergambar pelaksanaan tugasan oleh pelajar dan contoh
borang refleksi kendiri yang telah diisi oleh pelajar.

Gambar 4: RAKAMAN BERGAMBAR PROSES PELAKSANAAN PROJEK

Gambar 5: CONTOH REFLEKSI KENDIRI YANG DIBUAT PELAJAR

Langkah Ketiga: PENGHANTARAN DAN PENILAIAN PROJEK DIY
Melalui langkah ini, setiap pelajar dalam kawalan diminta menghantar produk DIY masing-
masing pada 16 Mei 2020 (tarikh akhir dalam jadual pelaksanaan). Bentuk penghantaran dibuat
dalam dua bentuk iaitu bukti bergambar rupa produk DIY yang telah dibina secara maujud dan
rakaman video pembentangan. Melalui pembentangan tersebut, pengkaji membuat penilaian
berdasarkan rubrik penskoran yang telah dikongsikan awal kepada pelajar. Semua pelajar yang
berjaya menghantar telah diberi sijil penghargaan dan pemenang hasil penilaian pula adalah
bonus (Lampiran 2) kerana telah berjaya menghasilkan produk DIY yang berkualiti. Mereka
menerima ganjaran hadiah sebagai penghargaan. Semua hasil produk dan pembentangan pelajar
boleh dirujuk dalam Lampiran 3.

79

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

6.0 RUMUSAN/PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

Seramai 14 orang pelajar daripada 31 orang pelajar kawalan telah berjaya menyahut cabaran
melaksanakan projek DIY ini. Mereka kemudian diuji dengan set soalan (Rujuk Lampiran 1)
untuk melihat sejauhmana intervensi projek DIY ini dapat menyelesaikan isu yang mereka
hadapi. Rumusan hasil ujian adalah seperti berikut:

Jadual 6: Rumusan Ujian Pos

MARKAH BILANGAN PELAJAR PERATUS

0-5 0 0

6 - 10 3 21.4

11 - 15 11 78.5

Tidak Hadir 0 0

JUMLAH 14 100

Dari data di atas jelas, bahawa tahap kebolehingatan pelajar terhadap fakta dalam tajuk yang
difokus telah bertambah baik berbanding sebelum ini. Keadaan ini membuktikan bahawa
penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam proses pembinaan produk DIY, dipandu dengan set
soalan dan bimbingan serta seliaan guru, maka pelajar dapat menyelesaikan isu yang mereka
hadapi.

Daripada pemerhatian pula, pelajar-pelajar ini telah menunjukkan perubahan tingkahlaku
yang amat ketara. Semasa kelas online atau offline berlangsung, mereka telah mula aktif
bertanya dan sudah yakin untuk mengajukan soalan yang agak matang. Mereka juga sudah
berani untuk mesej peribadi guru untuk bertanya lebih lanjut untuk kemusykilan yang mereka
hadapi.

Temubual ringkas juga telah dibuat yakni melalui whatsuup message dan ada juga
melalui panggilan langsung, di mana hampir semua pelajar yang berjaya menghantar tugasan
projek ini menyatakan mereka dengan mudah dapat mengingati fakta tajuk yang dipelajari.
Malah mereka turut menyatakan rasa seronok dan memperolehi keyakinan baharu kerana
mereka berpeluang meneroka pelbagai ilmu lain dalam proses pelaksanaan projek. (Rujuk
Lampiran 4)

Dari pihak pengkaji sendiri, belenggu ketidakfahaman pelajar dengan isi pelajaran dalam
konteks PdPR sedikit sebanyak telah memberi kelegaan apabila terbukti melalui kaedah
intervensi membina produk DIY ini telah dapat membantu pelajar mengingat fakta dengan baik
dan lebih teratur. Pengkaji melihat bahawa pelaksanaan projek DIY telah memberi kemahiran
tertentu kepada pelajar tentang bagaimana mengingat fakta dengan kaedah yang berkesan.
Penguasaan terhadap fakta pelajaran akan memberi pelajar keyakinan untuk terlibat aktif dalam
PdPR seterusnya mengikuti sesi dengan lebih baik. Maka dengan itu juga, pelajar akan lebih
yakin untuk menjawab soalan dalam peperiksaan kelak sama ada soalan objektif, struktur
mahupun soalan esei.

80

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Manakala, secara umumnya apabila pengkaji melaksanakan intervensi Projek DIY untuk
mengatasi isu yang dihadapi dalam proses menjalanakan PdPR , pengkaji berpendapat bahawa
intervensi ini sangat sesuai digunakan untuk mempelajari bab yang agak panjang dan skopnya
besar, contohnya dalam Sukatan Pelajaran Tingkatan Empat ialah Bab 2, Bab 3, dan Bab 4 . Ini
kerana, pelajar akan menghasilkan produk berdasarkan bab, maka pelajar secara tidak langsung
akan menelaah semua maklumat yang terkandung di dalam bab berkenaan. Dengan bimbingan
guru, pelajar akan memilih maklumat-maklumat penting, diringkaskan kemudian dibentuk
menjadi produk DIY. Sebenarnya dalam setiap proses yang terlibat, pelajar secara tidak
langsung telah mempelajari bab berkenaan dengan menyeluruh. Selain intervensi ini
memudahkan proses PdPR, ia juga menjadikan proses belajar pelajar lebih bermakna.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN KAJIAN SETERUSNYA
Terbukti bahawa intervensi melalui Projek DIY dapat membantu mengatasi masalah
ketidakfahaman dan kesukaran pelajar mengingati fakta semasa mengikuti pembelajaran dan
pengajaran dari rumah (PdPR), maka pengkaji bercadang untuk meneruskan intevansi ini untuk
sesi seterusnya. Situasi pandemik yang tidak menentu, meninggalkan trend PdPR tidak akan
berakhir dengan serta-merta. Maka pengkaji cuba menggunakan kaedah yang lebih praktikal dan
dekat dengan dunia pelajar sebagai seorang remaja iaitu dengan menggunakan aplikasi media
sosial bernama TikTok. Perancangannya, setelah pelajar mengikuti satu-satu tajuk PdPR, pelajar
secara individu akan diberi senarai subtajuk pilihan untuk diterjemahkan dalam TikTok.
Kemudian semua hasil tersebut akan dikompilasikan menggunakan Youtube link untuk mudah
akses. Pengkaji berharap bukan sahaja pelajar akan lebih memahami kandungan pelajaran, tetapi
bahan yang dihasilkan oleh mereka turut boleh dimanfaatkan oleh pelajar lain sebagai bahan
pembelajaran kendiri sama ada sebagai bahan ulangkaji, bahan nota dan sebagainya. Semoga
kajian ini akan memandu kepada bentuk dan penemuan baharu bagi meningkatkan prestasi mata
pelajaran Sejarah dan peperiksaan amnya.

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2014). Elemen KBAT dalam pedagogi. Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. (2018). Kompilasi Panduan Pelaksanaan PdPc PAK21.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

81

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
LAMPIRAN
Lampiran 1
Set soalan Ujian Pra dan Ujian Pos: Melengkapkan Jadual (Modul Jelajah dan
Takluk T4 KSSM oleh Sukaina Maseliang)

82

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Lampiran 2:
GAMBARFOTO ANTARA PELAJAR YANG BERJAYA DENGAN PENGHARGAAN
MASING-MASING.
(Bercampur dengan pemenang kategori pertandingan lain)

83

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Lampiran 3: PELBAGI HASIL PRODUK DIY PELAJAR DAN LINK PRESENTASI

84

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
Lampiran 4: MESEJ PERIBADI PELAJAR KEPADA GURU TENTANG PROJEK DIY
YANG MEREKA TELAH LAKSANAKAN.

85

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

KAEDAH “OooYES” BAGI MENINGKATKAN PELIBATAN MURID
DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT

Mohd Danial bin Abd Rahim
SK Kem Kabota Tawau

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah pelibatan murid lemah yang pasif dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian yang dilakukan, pelajar
lemah didapati kurang terlibat dalam sesi soal jawab semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid yang lemah memilih untuk bersikap pasif terhadap rangsangan
soalan guru kerana kurangnya keyakinan diri dan tidak bermotivasi. Tinjauan awal yang
dijalankan di sekolah rendah SK Kem Kabota, Tawau bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu Tahun 4 melibatkan seramai 10 orang murid lemah yang terdiri daripada 6
lelaki dan 4 perempuan dari kelas 4UMS. Melalui pemerhatian awal yang dilakukan,
murid lemah ini tidak melibatkan diri dalam sesi soal jawab. Intervensi yang dijalankan
adalah menggunakan kaedah”OooYES” bagi meningkatkan pelibatan murid untuk
terlibat aktif dalam pembelajaran. Kaedah pemerhatian digunakan dengan mengambil
kira peningkatan jumlah murid lemah yang mengangkat tangan dalam sesi soal jawab
selepas kaedah ini dijalankan. Setelah dua minggu dijalankan, didapati bahawa 6
daripada 10 orang murid pasif telah berani melibatkan diri dalam aktiviti soal-jawab
guru. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah “OooYES” ini mudah dijalankan dan
dapat memberi impak yang ketara dalam merangsang dan memotivasikan murid lemah
untuk terlibat aktif dalam pembelajaran yang dijalankan.

1.0 REFLEKSI

Murid pasif yang kurang melibatkan diri secara aktif semasa sesi soal jawab dalam PdPc merupakan
masalah kepada guru. Masalah yang timbul adalah guru sukar untuk mengesan keberkesanan
penyampaian isi pelajaran yang disampaikan sekiranya murid bersifat pasif. Melalui sesi soal jawab
yang dijalankan, guru dapat mengenal pasti kejayaan isi pelajaran yang disampaikan dapat diterima
oleh murid melalui jawapan dan tindak balas terhadap soalan yang diajukan. Namun, sekiranya
murid lemah kurang membuat respon terhadap soalan yang diajukan, murid lemah tidak dapat
melibatkan diri secara aktif dan lebih bersifat pasif. Murid pasif yang tidak melibatkan diri dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran akan tertinggal dalam menakul isi pelajaran yang disampaikan
kerana tidak bermotivasi untuk belajar.

Keadaan yang sama saya alami dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Tahun 4 yang dijalankan di SK Kem Kabota. Murid lemah lebih bersifat pasif semasa sesi
penerangan guru serta kurang terlibat dalam aktiviti pembelajaran serta tidak menghantar tugasan
mengikut masa yang ditetapkan. Kurangnya keyakinan diri serta rasa rendah diri menyebabkan
mereka bersifat pasif terhadap soalan yang diajukan kerana beranggapan soalan yang diajukan sukar
untuk dijawab. Ekoran daripada permasalahan yang timbul, saya mencipta satu kaedah yang
dinamakan “OooYES”. Kaedah “OooYES” adalah kaedah rangsangan permainan minda yang
menggunakan teka-teki mudah sebagai bahan rangsangan permainan. Sebelum sesuatu pengajaran
dimulakan, guru akan memberikan sedikit rangsangan minda sambal bermain dengan memberikan
teka-teki mudah agar guru dapat merangsang kemahiran berfikir dalam kalangan murid.

86

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Berdasarkan kajian literatur yang dijalankan berkaitan masalah ini, didapati bahawa kanak-
kanak akan mempunyai motivasi untuk belajar dan meningkatkan minatnya untuk terus mengikuti
pembelajaran dengan rela hati tanpa adanya tekanan apabila keperluan bermain mereka dipenuhi
(Ramlah, 2016). Aktiviti bermain merupakan aktiviti yang amat disukai oleh murid-murid. Justeru
itu, adalah wajar sekiranya satu permainan kecil dapat dilakukan sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran sebenar dilaksanakan. Salah satu kaedah bermain yang saya fikirkan adalah
menggunakan teknik teka-teki mudah. Teka teki mudah yang diberikan kepada kelas adalah untuk
merangsang pelibatan respon murid terutama murid pasif terhadap soalan teka teki mudah yang
diberikan.

Murid lemah didapati tidak mahu terlibat aktif dalam pembelajaran mereka terutama dalam
sesi soal jawab. Justeru, satu usaha untuk memotivasikan murid lemah agar terlibat secara aktif
dalam pembelajaran perlu dibuat. Usaha ini perlu dibuat untuk memastikan bahawa murid lemah
dan pasif ini dapat melibatkan diri secara suka rela dan rasa seronok belajar. Banyak kajian yang
telah dibuat oleh pengkaji berkaitan masalah yang dihadapi. Antaranya saranan untuk mewujudkan
permainan dan juga kelucuan. Namun masih ramai yang tidak menggunakan teka-teki sebagai
medium untuk mencetuskan minat murid untuk berfikir serta menarik minat murid untuk belajar
secara suka rela dan gembira.

Murid lemah secara umumnya tidak melibatkan diri dalam sesi soal jawab yang biasanya
dijalankan di hujung pengajaran guru. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dengan guru
beranggapan bahawa soalan-soalan yang diajukan kepada kelas boleh dijawab oleh murid-murid
yang pandai. Guru tidak dapat menilai sama ada murid lemah dapat mengikuti isi pelajaran yang
diajar sekiranya murid lemah ini terus bersifat pasif. Mereka seolah-olah tidak wujud kerana guru
lebih senang meminta murid pandai yang menjawab soalan kerana kebanyakan murid pandai aktif
mengangkat tangan sewaktu disoal.

Justeru itu, perlu ada satu kaedah yang dapat merangsang minda murid-murid untuk berlatih
berfikir secara mudah. Kaedah “OooYES” yang digunakan oleh penulis adalah satu kaedah untuk
merangsang murid-murid mengasah minda untuk berfikir secara mudah terhadap rangsangan soalan
teka-teki mudah yang diberikan di awal sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini diharap dapat
membantu murid lemah dan pasif untuk membina keyakinan diri, berani dan bermotivasi untuk
turut sama terlibat dengan rakan-rakan mereka di dalam aktiviti pembelajaran.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini memfokuskan pada perubahan peningkatan pelibatan murid pasif dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran menjadi murid yang aktif terutama semasa sesi soal jawab berlangsung.
Pemerhatian ke atas murid pasif ini juga berdasarkan perubahan sikap murid pasif terhadap latihan-
latihan yang diberikan dapat dihantar mengikut masa yang ditetapkan. Perubahan tingkah laku
murid pasif menjadi murid aktif diharapkan berlaku setelah dilibatkan secara aktif melalui kaedah
“OooYES” iaitu penggunaan soalan teka teki mudah yang diberikan dalam tempoh yang ditentukan
sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Soalan teka teki mudah digunakan kerana teknik ini dapat
melatih pelibatan semua murid untuk cuba menjawab soalan-soalan mudah melalui teka teki mudah
ini. Keadaan ini lambat laun akan mengikis sifat pasif murid lemah dan akan merubah tingkah laku
menjadi murid yang aktif dan terlibat sama dengan murid-murid pandai dan aktif dalam aktiviti
pembelajaran terutama dalam sesi soal jawab dan pengukuhan.

87

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan isu dan fokus bidang kajian ini, objektif kajian yang hendak dicapai adalah seperti
berikut :

3.1 Objektif Umum

Penglibatan murid lemah dalam aktiviti pembelajaran meningkat terutama dalam sesi soal
Jawab.

3.2 Objektif Khusus

1. Jumlah pelibatan murid lemah dan pasif dalam aktiviti pembelajaran mencapai 60%.

2. Murid lemah dan pasif termotivasi untuk mengikuti pengajaran guru yang menarik dan
menyeronokkan.

3. Murid lemah melakukan perubahan tingkah laku daripda bersifat pasif menjad aktif dalam
aktiviti pembelajaran.

4.0 SASARAN KAJIAN.

Kajian ini dijalankan ke atas 10 orang murid pasif murid 4UMS di SK Kem Kabota yang terdiri
daripada 6 lelaki dan 4 perempuan. Tempoh kajian dijalankan selama 3 minggu bermula 8 Mac
2021 hingga 26 Mac 2021.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Kaedah “OooYES” adalah gabungan dua perkataan „Ooo” dan “YES” yang diambil daripada
respon murid-murid apabila diberikan jawapan kepada soalan teka-teki yang diberikan. Murid yang
tidak dapat menjawab soalan teka teki akan berkata “Ooo” apabila jawapan diberikan manakala
murid yang berjaya menjawab teka-teki akan berkata “YES” kerana jawapan yang diberikan adalah
jawapan yang betul.. Kaedah “OooYES” ini menggunakan soalan-soalan teka-teki yang bertujuan
untuk bermain-main dan berseronok. Teka-teki yang diberikan adalah teka-teki mudah yang boleh
dicapai oleh semua murid serta berkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan berlaku dalam
kehidupan seharian mereka.

Pelaksanaan kajian tindakan ini dilakukan menggunakan pendekatan kualitatif. Pelaksanaan
kajian ini dijalankan selama 2 minggu dengan menggunakan kaedah “OooYES”. Dalam kaedah
“OooYES” ini, sebelum sesi pembelajaran dimulakan, guru akan memberikan beberapa teka-teki
mudah untuk dijawab oleh murid. Tujuan utama teka teki mudah diberikan adalah untuk
merangsang pelibatan murid lemah yang pasif untuk turut sama dalam menjawab soalan teka-teki
yang diberikan. Tumpuan dan fokus utama untuk menjawab soalan teka teki diberikan kepada
murid lemah agar mereka berani menjawab dan berasa dihargai.

Sampel-sampel murid yang dipilih akan diperhatikan melalui pelibatan mereka dalam
permainan teka-teki sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Permainan teka-teki mudah akan
merangsang murid lemah untuk turut sama mengangkat tangan dan memberikan jawapan. Namun
fokus sebenar kaedah ini adalah memberikan peluang yang lebih kepada murid lemah yang dikenal

88

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

pasti kedudukannya untuk memberikan jawapan. Cara ini akan membiasakan murid lemah untuk
terlibat sama dan memberikan tumpuan terhadap soalan guru.

Pemerhatian seterusnya adalah pemerhatian pelibatan murid lemah dan pasif ini dalam
pembelajaran sebenar. Perubahan tingkah laku akan diperhatikan semasa sesi pembelajaran sebenar
dilaksanakan. Pelibatan murid dalam sesi soal jawab serta perubahan tingkah laku daripada pasif
kepada aktif akan dijadikan kayu ukur kepada kejayaan kajian tindakan ini. Pemerhatian pelibatan
murid lemah dan pasif ini akan dilihat dalam pelibatan mereka dalam sesi soal-jawab dan
pengukuhan di akhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan teka-teki mudah dapat melatih murid menggunakan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir pertama yang dapat dirangsang melalui teka-teki ini adalah kemahiran menciri
atau memberikan konsep. Ciri-ciri sesuatu benda sepeti sifat, bentuk, warna, kelakuan, serta
pergerakan dikenal pasti dan difahami. Teka-teki mudah juga dapat melatih kemahiran berfikir
melalui kemahiran membanding beza. Kemahiran membanding beza dapat dilatih dengan
perbandingan sifat, warna, kelakuan, serta pergerakan sesuatu. Bergantung kepada kehendak soalan,
murid-murid akan menggunakan pengetahuan sedia ada serta persekitaran yang mereka miliki
untuk cuba menciri, membanding beza, mengkategori dan menghubung kait dengan soalan sebelum
jawapan soalan teka-teki diberikan.

5.1 Pemilihan Sampel

Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan mengenal pasti 10 orang murid lemah yang didapati
kurang menunjukkan minat untuk terlibat sama dalam sesi pembelajaran. Maklumat peribadi
diambil untuk mengenal pasti latar belakang keluarga dan tahap pencapaian akademik mereka.

Jadual 1 : Maklumat Murid Lemah dan Pasif

Bil Sampel Murid Jantina Pencapaian BM Pekerjaan Bapa
1 Murid 1 (M1) L 40 Pekerja Swasta
2 Murid 2 (M2) P 46 Pekerja Swasta
3 Murid 3 (M3) L 30 Jaga
4 Murid 4 (M4) L 30 Buruh Bangunan
5 Murid 5 (M5) L 50 Pemandu Lori
6 Murid 6 (M6) L 40 Buruh Bangunan
7 Murid 7 (M7) L 42 Buruh Bangunan
8 Murid 8 (M8) P 40 Nelayan
9 Murid 9 (M9) P 46 Pemandu Lori
10 Murid 10 (M10) P 48 Nelayan

Kedudukan sampel murid-murid yang dibuat pemerhatian juga ditetapkan agar memudahkan proses
membuat pemerhatian. Label M1 hingga M10 digunakan untuk memudahkan pengecaman. Berikut
adalah kedudukan mereka di dalam kelas. Pada setiap baris meja murid terdapat sekurang-
kurangnya dua orang murid yang menjadi sasaran kajian. Berdasarkan kedudukan yang teratur dan
mudah dilihat dapat membantu guru untuk menjalankan aktiviti. Semasa menggunakan kaedah
“OooYES” ini, pemerhatian akan dibuat berdasarkan pelibatan murid mengangkat tangan untuk
menjawab soalan teka-teki mudah. Pemerhatian seterusnya akan dilakukan semasa sesi soal jawab
sesi pembelajaran sebenar. Kedudukan sampel murid yang dikaji ini dapat memudahkan guru
membuat pemerhatian yang berterusan. Berikut adalah kedudukan mereka di dalam kelas.

89

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

M3 M10
M2 M7
M1 M5
M6 M9
M4 M8

Rajah 1: Pelan kedudukan Murid

5.2 Pemerhatian Sampel.

Pemerhatian pelibatan murid lemah dalam aktiviti “OooYES” dicerap secara melihat pelibatan
mereka dalam menjawab soalan teka teki yang diajukan. Fokus pemerhatian diberikan kepada
murid lemah dan pasif yang telah dikenal pasti. Tempoh pemerhatian disasarkan hanya 3 minggu.
Minggu 1 dan Minggu 2 akan berfokuskan kepada pemerhatian terhadap pelibatan murid yang telah
dikenal pasti yang terlibat dalam mengangkat tangan dan menjawab soalan teka-teki mudah.
Tempoh dua minggu digunakan untuk membiasakan murid-murid lemah dan pasif membina
keyakinan diri serta terlibat dalam memberikan jawapan. Pemerhatian pada minggu ke-3 pula
adalah merupakan penentu kepada kejayaan kaedah “OooYES” ini. Pemerhatian beralih kepada
pelibatan murid dalam sesi soal-jawab dan sesi pengukuhan di akhir sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Jika bilangan murid lemah dan pasif yang aktif dalam aktiviti pembelajaran dan
penghantarana tugasan yang diberi mencapai 60 %, maka objektif kajian ini berjaya dicapai.

5.2.1 Pemerhatian Minggu 1 (8/3/2021 – 12/3/2021)
Jadual 3 : Pemerhatian Penggunaan Kaedah “OooYES” Minggu 1

Tarikh Pemerhatian Hasil Pemerhatian
8/3/2021 M1 , M2, Pelibatan Murid Dalam Teka-Teki Mudah.
M3
M1 dan M3 mula mengangkat tangan untuk menjawab soalan
teka-teki. Guru memberikan peluang M1 dan M3 untuk
memberikan jawapan walaupun jawapan yang diberikan salah.
Penulis berasa gembira kerana berjaya mempengaruhi mereka
untuk turut sama terlibat dalam menjawab teka-teki. Petanda
baik bahawa mereka sudah mula menunjukkan keberanian.

90

Jurnal Pendidikan Bil. 1 / 2021
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

Jawapan M2 juga salah namun dipuji oleh guru kerana selalu
mencuba.

9/3/2021 M8, M9, M8, M9, M10 mengangkat tangan namun jawapan teka-teki
M10 yang diberikan salah.

10/3/2021 M1,M2, M4 M4 mengangkat tangan dan menjawab soalan teka-teki “Kereta
apa pemandunya di belakang”. Dialah murid yang dapat

menjawab soalan teka-teki dengan betul. Pujian diberikan.

Nampak gembira pada wajahnya.

M1 dan M2 terlibat dalam mengangkat tangan.

11/3/2021 M6, M7,M9 Masih belum melibatkan diri secara aktif dalam sesi teka-teki
sebelum pembelajaran dimulakan.

12/3/2021 M3 dan M4 Kelihatan aktif mengangkat tangan sebaik sahaja selesai soalan
teki-teki diutarakan oleh guru. Bunyi riuh rendah untuk
menjawab soalan teka teki sedikit mengganggu guru kerana
ramai yang mahu memberikan jawapan.

M3 memberikan jawapan yang salah.
M4 juga memberikan jawapan yang salah.

Pada minggu pertama kajian ini dijalankan, penulis akan memfokuskan kepada tindak balas murid
lemah yang pasif terhadap rangsangan teka-teki mudah yang diberikan. Pemerhatian utama yang
ditumpukan adalah pelibatan murid lemah untuk mengangkat tangan dan memberikan jawapan
teka-teki mudah. Berdasarkan Jadual 3 di atas, didapati bahawa M1.M2 dan M3 mula terlibat
mengangkat tangan untuk memberikan jawapan teka-teki. Walaupun jawapan yang diberikan
adalah jawapan yang salah, namun keberanian mereka dipuji oleh guru. Muird-murid lain dalam
kelas diarah memberikan tepukan kepada rakan-rakan yang dapat menjawab soalan teka-teki
dengan betul.

Pada hari Khamis pemerhatian, penulis dikejutkan dengan jawapan betul yang diberikan
oleh Murid 4 (M4). Murid lemah dan pasif ini berjaya menjawab soalan teka-teki yang diberikan
dengan jawapan yang betul. Sungguh pun jawapan yang diberikan adalah “gerobak” yang bererti
“kereta sorong”, guru tetap membenarkan jawapannya. Guru memuji M4 kerana berjaya menjawab
soalan teka-teki dengan betul. Pada fikiran penulis, jawapan teka-teki berjaya dijawab dengan betul
kerana pengalaman sedia ada ayahnya yang bekerja sebagai buruh binaan. Kereta sorong adalah
jawapan kepada soalan teka-teki “ Kereta apa pemandunya di belakang” tersebut.

Murid-murid lemah dan pasif ini turut aktif mengangkat tangan untuk cuba memberikan
jawapan terhadap rangsangan soalan teka-teki mudah. Sungguh pun suasana kelas menjadi sedikit
kelam-kabut kerana murid-murid berebut-rebut untuk memberikan jawapan, namun atas
kebijaksanaan guru, murid lemah yang menjadi sasaran kajian ini diberi keutamaan untuk
menjawab soalan teka-teki. Hal ini disebabkan oleh tujuan asal kaedah “OooYES” ini dijalankan
adalah untuk mencetuskan rasa berani dan meningkatkan keyakinan diri murid lemah dan pasif ini
untuk memberikan jawapan yang mereka faham dan tahu.

91


Click to View FlipBook Version