The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL PENCAPAIAN 1 TAHUN KERAJAAN NEGERI PERLIS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul husna, 2024-01-04 01:51:57

FINAL PENCAPAIAN 1 TAHUN KERAJAAN NEGERI PERLIS

FINAL PENCAPAIAN 1 TAHUN KERAJAAN NEGERI PERLIS

3 Cetakan Pertama 2024 © Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar-ulang mana-mana bahagian artikel ini dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan bahagian dengan cara apa jua sama ada secara bentuk elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.


4


5 PRAKATA YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PERLIS “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju” “Perlis Baharu: Bersih, Cekap, Stabil” Tanggal 19 November 2022 telah melakar sejarah baru lanskap pentadbiran negeri Perlis di mana Perikatan Nasional (PN) berjaya untuk membentuk satu kerajaan yang baharu dan saya telah di amanahkan untuk mengetuainya selaku Menteri Besar. Saya menerima tugasan dan tanggungjawab ini dengan redha dan ikhlas bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri Perlis dapat diteruskan bagi mensejahterakan rakyat Perlis. Untuk itu, saya bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Kerajaan Negeri komited untuk merealisasikan impian ini tanpa mengira idealogi, kaum dan latar belakang. Perlis Baharu mengambil pendekatan yang lebih matang, mesra rakyat dan inklusif. Transformasi Perlis Baharu berorientasikan kepada kemashlahatan rakyat yang bertunjangkan kepada manifesto Kerajaan Negeri merangkumi aspek pembangunan ekonomi, kelestarian kesejahteraan rakyat, kemampanan infrastruktur dan kemudahan serta perlindungan sosial yang turut menjaga kebajikan rakyat Perlis. Sehubungan itu, buku pencapaian ini menjadi satu manifestasi pencapaian setahun Kerajaan Negeri Perlis yang baharu dan sebagai kerangka hala dalam terus memperkasakan pembangunan negeri untuk manfaat rakyat. Saya menyeru agar semua pihak dapat bersatu hati dalam menggembleng tenaga membangunkan negeri yang tercinta ini sepertimana firman Allah di dalam surah Al-Maidah sebahagian ayat 2 yang bermaksud; “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya seksa azab Allah maha berat bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya.” Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih. YAB TUAN MOHD SHUKRI BIN RAMLI


6 KATA ALUAN YANG BERHORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI Bagi pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri merakamkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Tuan Mohd Shukri Bin Ramli sebagai Menteri Besar Negeri Perlis yang ke-10. Seperti umum maklum, melalui pilihan raya yang lalu, Negeri Perlis pertama kalinya telah berubah tampuk pimpinan parti berdasarkan pemilihan rakyat. Pelbagai perubahan dan pendekatan telah dibawa oleh tampuk pimpinan ‘Perlis Baharu’ sepanjang tempoh setahun ini. Setiap perancangan dan inisiatif yang dilaksanakan dilihat sentiasa menjadikan rakyat sebagai keutamaan. Mendepani cabaran yang ada terutamanya dari segi kewangan dan perbezaan politik dengan Kerajaan Persekutuan, tampuk pimpinan di bawah pimpinan juga sentiasa pro aktif dan menggembleng tenaga menggunakan sumber yang ada dalam memastikan negeri Perlis maju dan berada setanding dengan negeri-negeri yang lain terutamanya dalam sektor pelancongan dan pertanian. Semoga pentadbiran di bawah YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli sentiasa mengorak perubahan baharu yang akan terus membawa Perlis ke mata umum dan akhirnya memberi pulangan kepada ekonomi dan rakyat negeri. Insya-Allah. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih. YB DATUK MUHD KHAIR RAZMAN BIN MOHAMED ANNUAR


1


2


3 PENGENALAN PERLIS BAHARU : BERSIH, CEKAP, STABIL Negeri Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia yang terletak di utara Semenanjung dengan keluasan hanya 819 km2 atau 81,391.20hektar1 dan bersempadan dengan wilayah selatan Thailand. Pentadbiran Negeri Perlis diterajui oleh institusi Diraja dan dibahagikan kepada 3 Parlimen iaitu, Kangar, Padang Besar dan Arau dengan pecahan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai 22 Mukim di bawah satu Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Kangar. Ekonomi negeri telah menyaksikan pengembangan sebanyak 5.7 peratus pada tahun 2022 (2021: 1.4%), mencatatkan nilai ekonomi RM6.2 bilion berbanding RM5.9 bilion pada tahun sebelumnya. Sektor Perkhidmatan menunjukkan peningkatan sebanyak 5.7 peratus (2021: 2.2%), disokong oleh subsektor Perdagangan borong & runcit, makanan & minuman dan penginapan serta Perkhidmatan kerajaan. Sektor Pertanian pada tahun 2022 pula telah meningkat 2.2 peratus berbanding tahun 2021 yang mencatatkan penurunan 5.9 peratus, didorong oleh perkembangan dalam subsektor Perikanan dan Ternakan. Sektor Pembuatan berkembang 4.5 peratus (2021: 5.4%), dipacu oleh minyak & lemak daripada sayuran & haiwan dan pemprosesan makanan2 . Kadar Pertumbuhan Mengikut Sektor Utama Ekonomi Negeri Perlis Pecahan Sektor Ekonomi Utama Negeri Perlis Melihat kepada perspektif sumbangan sektor ekonomi Negeri Perlis, sektor Perkhidmatan mendominasi ekonomi Perlis dengan sumbangan sebanyak 70.2 peratus manakala sektor Pertanian menyumbang sebanyak 16.9 peratus diikuti sektor Pembuatan, menyumbang 7.9 peratus. Selain itu, sektor Pembinaan menyumbang sebanyak 2.5 peratus dan disusuli dengan sektor Perlombongan dan pengkuarian sebanyak 0.5 peratus. 1 Sumber : i-Plan Negeri Perlis, PLANMalaysia@Perlis 2 Sumber : Laporan Sosioekonomi Negeri Perlis 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia


4 Perlis Baharu merupakan satu idea, cetusan ilham dan satu manifestasi Kerajaan Negeri dalam membangun, merekayasa, dan melestarikan ekonomi negeri bagi manfaat rakyat Perlis. Konsep Perlis Baharu ini mencakupi lima kerangka utama iaitu dari aspek: i. Mentransformasi kepimpinan Kerajaan Negeri yang merangkumi elemen Bersih, Cekap dan Stabil; ii. Meningkatkan ekonomi negeri ke arah matlamat Perlis negeri berkelebihan hasil dan bebas berniaga; iii. Mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur awam serta pemilikan kediaman bagi kelestarian rakyat; iv. Melindungi kebajikan rakyat dalam konteks memperkukuh kedudukan ekonomi; dan v. Menekankan pembangunan anak muda dalam meningkatkan kebersamaan dan peranan golongan ini dalam pembangunan negeri.


5 Berdasarkan daripada konsep ini sebanyak lima teras strategi telah digarap bagi merealisasikan polisi Perlis Baharu dengan teras strategi pelaksanaan seperti yang berikut : BIL KERANGKA UTAMA KETERANGAN DAN STRATEGI 1 Kepimpinan Kerajaan Negeri merangkumi elemen BERSIH (pentadbiran), CEKAP (keputusan) dan STABIL (penyatuan ummah) Kepimpinan kerajaan negeri menjadi pemudahcara dan komited dalam membangunkan potensi kemajuan ekonomi negeri Memperkenalkan polisi pelaburan yang mesra pelabur dengan tawaran insentif yang terbaik dan didukung oleh prosedur kelulusan yang cekap Memberikan ruang yang inklusif bagi mempermudahkan rakyat meningkatkan pendapatan secara berterusan 2 Peningkatan ekonomi negeri melalui Perlis negeri berkelebihan hasil & bebas berniaga dan mudah cari makan. Penstrukturan semula sayap pelaburan negeri Mengubah status ekonomi negeri Perlis kepada negeri berkelebihan hasil (Memperkasa sektor pertanian dan meneroka sektor pembuatan) Memajukan perdagangan, pertanian komersial dan sektor ekonomi Industri Kecil Sederhana (IKS) secara strategik dan bersasar (contoh, sempadan Thailand & Malaysia) Memperkasakan pembangunan usahawan muda melalui pemasaran secara digital. (Ekonomi Bumiputera dan NonBumiputera) Merancakkan pembangunan Perlis sebagai pusat Ecotourism, Agrotourism, Food Tourism dan Sport Tourism yang sebahagian besarnya diterajui oleh orang muda Menjadikan Perlis negeri bebas berniaga dan berusaha Sokongan kepada peniaga kecil dalam bentuk kelulusan lesen dan tapak perniagaan yang terancang, pemberian dana permulaan serta rekabentuk premis perniagaan sementara yang diseragamkan dengan mengambilkira keceriaan, keseragaman dan keselamatan


6 BIL KERANGKA UTAMA KETERANGAN DAN STRATEGI 3 Menambah baik kemudahankemudahan merangkumi kemudahan asas, menaik taraf pekan – pekan kecil dan pemilikan kediaman Penyelesaian masalah gangguan air, penggantian paip lama dan isu air tidak terhasil (NRW) dalam tempoh 5 tahun Meningkatkan kapasiti tenaga elektrik yang mencukupi untuk keperluan industri Meningkatkan capaian internet terutamanya infrastruktur 5G di seluruh Negeri Perlis Sistem saliran air yang cekap. Tebatan air parit ke arah penggunaan tenaga di perbaharui. Menaik taraf pekan-pekan kecil di seluruh perlis: Menawarkan kepada rakyat yang berada di pekan kecil termasuk golongan bukan Bumiputera Penyusunan Pekan Terancang (Contoh, Pekan Sayur Kaki Bukit Pemilikan Kediaman: Penghuni RPA (Rancangan Perumahan Awam) dan Rumah Mampu Milik Kos berpatutan Permit kekal kediaman (Kuala Perlis); Pemilikan Surat Hak Milik 4 Melindungi kebajikan rakyat, menyokong perniagaan dalam konteks memperkukuh kedudukan ekonomi Menyediakan prasarana dan dukungan bagi wanita mengembangkan minat mereka dalam bidang keusahawanan Membangunkan kompleks perniagaan ala Pasar Siti Khadijah dan Pasar Payang bagi menyediakan ruang perniagaan untuk tarikan utama pelancong berbelanja di Negeri Perlis Geran khas khusus kepada Wanita / Ibu Tunggal untuk kelangsungan hidup dan pekerjaan Mengkaji pemberian cuti yang seiring untuk menjaga isteriisteri bersalin / Ibu-bapa / keluarga di Hospital Mengkaji Bayaran Insentif Tahunan yang lebih mesra sejajar dengan penyusunan & peningkatan Kejayaan Ekonomi Negeri


7 BIL KERANGKA UTAMA KETERANGAN DAN STRATEGI 5 Meningkatkan kebersamaan dan peranan anak muda dalam pembangunan negeri Menghasilkan anak muda yang dinamik dan progresif dalam Sukan, Bermaklumat, Minda Kreatif dan Keusahawanan Menambah pusat sukan dan rekreasi di setiap kawasan parlimen menjadikan Perlis sebagal State of Multiple Events bagi merancakkan lagi Sport Tourism Memperkasakan pembangunan usahawan muda melalui pemasaran secara digital Merancakkan pembangunan Perlis sebagai pusat Ecotourism, Agrotourism Food Tourism dan Sport Tourism yang sebahagian besarnya diterajui oleh orang muda


8 KERANGKA PEMBANGUNAN PERLIS BAHARU


9 PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PERLIS (NOV 2023 - KINI) AHLI – AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI


10 AHLI – AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (NOV 2022- NOV 2023)


11 N.1 DUN Titi Tinggi N.2 DUN Beseri N.3 DUN Chuping N.4 DUN Mata Ayer N.5 DUN Santan N.6 DUN Bintong N.7 DUN Sena N.8 DUN Indera Kayangan N.9 DUN Kuala Perlis N.10 DUN Kayang N.11 DUN Pauh N.12 DUN Tambun Tulang N.13 DUN Guar Sanji N.14 DUN Simpang Empat N.15 DUN Sanglang AHLI – AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YB Tuan Izizam bin Ibrahim YB Tuan Haziq Asyraf bin Dun YB Tuan Haji Saad bin Seman YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad YB Tuan Muhammad Azmir bin Azizan YB Tuan Fakhrul Anwar bin Ismail YB Datin Marzita binti Mansor P.M.P YB Tuan Asrul Aimran bin Abd Jalil YB Tuan Abu Bakar bin Hamzah P.P.N., A.M.P., P.M.P., P.J.K. YB Tuan Megat Hashirat bin Hassan YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak YB Tuan Mohd Ridzuan bin Hashim YB Tuan Haji Razali bin Saad YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli YB Puan Gan Ay Ling


12


TERAS UTAMA 1 MEREKAYASA PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI PERLIS


14


15 Teras utama 1 berpaksikan kepada strategi bagi meningkatkan pembangunan ekonomi negeri menerusi pengukuhan sektor pelaburan sedia ada dan penerokaan hasil baharu selain memberi peluang kepada usahawan-usahawan negeri Perlis mengetengahkan produk melalui penajaan ke ekspo di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Selaras dengan Pelan Induk Perancangan Fizikal Pelancongan Negeri Perlis, gerak langkah bagi memacu sektor pelancongan negeri yang maju dan lestari berasaskan produk pelancongan eko dan warisan budaya negeri. Sektor pelancongan ini dilihat berpotensi mewujudkan kawasan pertumbuhan baru serta memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat. Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh YAB Menteri Besar pada 20 Disember 2022 yang bertemakan Merangka Perubahan, Menjana Kestabilan, Mendepani Cabaran melalui tiga teras utama iaitu peningkatan ekonomi melalui pelaburan, peningkatan kualiti hidup rakyat dan pembangunan negeri yang mampan telah merencanakan sejumlah RM293.36 juta bagi perbelanjaan mengurus sebanyak RM180.41 juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM112.95 juta bagi memastikan rakyat mendapat manfaat sebaiknya melalui pelaksanaan projek pembangunan di bawah agensi pelaksana yang bertanggungjawab dalam setiap komponen.


16 Teras Utama 1 ini mengandungi lima (5) strategik pelaksanaan merangkumi: i. Memperkasa Pembangunan Ekonomi dan Peningkatan Hasil Negeri • Jumlah kutipan hasil daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil bagi keseluruhan Negeri Perlis pada tahun 2023 adalah berjumlah RM132 juta. • Penerokaan inisiatif peningkatan hasil baharu Kerajaan Negeri menerusi portal e-Tanah dengan kutipan sebanyak RM0.4 juta. • Peningkatan terimaan tanpa tunai (cashless) di kaunter jabatan sebanyak 55.3 peratus berbanding 2023 selaras dengan Pelan Digital Perlis 2021-2025. ii. Memperkukuh Sektor Pelaburan Sedia Ada dan Menerokai Potensi Sektor Baru • Pelaburan baru berjumlah RM400juta telah dimuktamadkan melibatkan 5 pelabur baru. • Kerjasama strategik bersama rakan industri bagi pembangunan perusahaan Mangga Harumanis yang menjadi ikon negeri Perlis. • Pemberian Geran Agropreneur Muda kepada 6 orang usahawan tani yang berpotensi di negeri Perlis dengan peruntukan berjumlah RM0.12 juta. iii. Melestarikan Pembangunan Ekonomi Bumiputera Secara Komprehensif • Sebanyak 6,158 lesen telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kangar di bawah Polisi Perlis Bebas Niaga. • Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Perlis telah dilancarkan pada 10 November 2023 dengan jumlah peruntukan RM0.5 juta dan menggunakan prinsip Qard (0% kadar faedah) dan tidak memerlukan cagaran atau penjamin. iv. Menggalakkan Sektor Keusahawanan dan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) • RM0.7 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan anjung medan niaga yang lebih selesa dan kondusif di salah satu kawasan tumpuan pelancongan Kuala Perlis. • Penyertaan usahawan Perlis bagi tujuan promosi produk di peringkat nasional dan antarabangsa. v. Memacu Sektor Pelancongan Negeri Dengan Lebih Dinamik • Pelaksanaan 55 promosi di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa bagi Tahun Melawat Perlis 2024-2025. • Wang Kelian View Point dan Kampung Seberang Ramai, Kuala Perlis telah berjaya memenangi anugerah lokasi pelancongan daripada Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022 dan Majlis Anugerah Perancangan Cemerlang oleh Institut Perancang Bandar Malaysia Malaysia. • Kehadiran pelancong juga telah merekodkan peningkatan sebanyak 250,000 orang pelancong pada tahun 2023 berbanding tahun 2022 menunjukkan Perlis telah berada di landasan yang tepat selaras dengan program Tahun Melawat Perlis 2024-2025. • Kehadiran pelancong juga telah merekodkan peningkatan sebanyak 250,000 orang pelancong pada tahun 2023 berbanding tahun 2022 menunjukkan Perlis telah berada di landasan yang tepat selaras dengan program Tahun Melawat Perlis 2024-2025.


17 Strategi Pelaksanaan I: Memperkasa Pembangunan Ekonomi dan Peningkatan Hasil Negeri BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Kutipan Hasil Keseluruhan Negeri Perlis Jumlah kutipan hasil daripada hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil Kutipan Hasil Keseluruhan : RM RM132 juta Nota : Data sehingga 11 Disember 2023 2 Hasil Baru Kerajaan Negeri Semakan semula kadar sewaan terkini di bawah kawasan penyelenggaraan Jabatan Perhutanan dan caj tiket berdasarkan Kaedah-Kaedah Hutan Perlis. Caj kutipan hasil kemasukan ke kawasan pelancongan di bawah jabatan / agensi berkaitan berdasarkan Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 dan Enakmen Fi Negeri Perlis. Jabatan Perhutanan telah menyemak semula kadar sewaan sedia ada kepada kadar sewaan terkini berdasarkan keluasan premis bagi semua premis perniagaan di dalam kawasan penyelenggaraan jabatan. Caj tiket turut dikenakan kepada pengunjung di beberapa tempat pelancongan (Gua Kelam, Kolam Bukit Ayer, Viewpoint Wang Kelian), caj sewaan helmet bagi kegunaan pendakian dan caving dalam kawasan hutan simpan serta permit penggunaan Basecamp Gua Kelam, Taman Buah Buahan Eksotik Perlis dan Pusat Kecemerlangan Mangga Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang 1 3 Pemberimilikan tanah Pemberimilikan tanah kepada orang perseorangan, organisasi atau agensi kerajaan di bawah Kanun Tanah Negara dan Kaedah-Kaedah Tanah Negeri. Bilangan pemberimilikan tanah adalah seperti berikut : 1. Syarikat : 11 2. Individu : 192 4 Lesen Pendudukan Sementara Pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan mengusahakan tanah Kerajaan. Bilangan lesen pendudukan sementara yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 300 lesen.


18 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 5 Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Secara Tanpa Tunai (Cashless) Kempen Bayaran Tanpa Tunai (Cashless) telah dilaksanakan dengan beberapa program seperti berikut: 1. Cabutan Bertuah kepada pembayar cukai secara tanpa tunai sahaja pada bulan Januari sehingga Mac 2023. 2. Hari Tanpa Tunai telah dilaksanakan secara berperingkat: Fasa 1: Hari Jumaat sahaja mulai 1 Mac 2023 Fasa 2: Hari Isnin dan Jumaat mulai 1 April 2023 Fasa 3: Hari Isnin, Selasa dan Jumaat mulai 1 Ogos 2023 3. Kaunter Pandu Lalu dibuka pada Januari sehingga Mac 2023 – hanya menerima bayaran secara tanpa tunai sahaja (menggunakan kad debit atau kad kredit) . 1. Kutipan hasil Cukai Langsung meningkat dengan terimaan sebanyak RM19.99 juta mulai Januari sehingga 30 November 2023 berbanding tahun-tahun sebelum ini. 2. Kutipan secara tanpa tunai telah meningkat berbanding dengan secara tunai Terimaan Tanpa Tunai: 55.27% Terimaan Tunai: 44.73% 6 Inisiatif Hasil Baru melalui Pelaksanaan Portal eTanah Perlis (eTP) Portal eTanah Perlis (eTP) telah mula dilaksanakan pada 13 Mei 2023. Portal ini membenarkan pelanggan membuat bayaran secara atas talian bagi urusan-urusan berikut: i. Bayaran Cukai Tanah ii. Carian Rasmi iii. Carian Persendirian Kutipan hasil daripada pelaksanaan portal eTP: Kutipan keseluruhan : RM0.39 juta bagi 2,573 transaksi


19 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 7 Gerak Kerja (task force) Kutipan Cukai Tanah yang belum dijelaskan Gerak kerja bagi membuat kutipan cukai tanah bagi tahun semasa dan tertunggak yang belum dijelaskan. Program ini dijalankan mulai dari 1 September sehingga November 2023. Aktiviti yang dijalankan adalah: i. Program turun padang bagi menyampaikan notis peringatan kepada pemilik tanah ii. Penghantaran notis peringatan secara pos iii. Penghantaran mesej secara whatsapp iv. Penyerahan Notis 6A Kutipan hasil Cukai Langsung yang diperolehi semasa Gerak Kerja Kutipan Cukai Tanah adalah sebanyak RM1.41 juta sehingga 30 November 2023. 8 Penyelesaian Hakmilik Projek Perumahan Warga Felda (PWF) Fasa 1 Menyelesaikan proses Serah Balik, Beri Milik semula bagi Projek Perumahan Warga Felda (PWF) Fasa 1 di Felda Chuping mengikut Seksyen 204D Kutipan hasil yang diperolehi daripada kelulusan Projek Perumahan Warga Felda (PWF) Fasa 1 adalah sebanyak RM0.75 juta. Selain daripada hasil yang diperolehi, Kerajaan Negeri juga telah memberi peluang kepada generasi Felda untuk memiliki rumah sendiri memandangkan projek PWF Fasa 1 ini diperuntukkan khas kepada warga Felda sahaja dan ditawarkan pada harga yang amat berpatutan. 9 Tindakan penguatkuasaan ke atas pelanggaran syarat nyata tanah Kenaan denda ke atas permohonan ubah syarat yang telah menjalankan aktiviti yang bercanggah daripada yang dinyatakan di atas dokumen hakmilik sebelum kelulusan ubah syarat diperolehi Kutipan hasil sebanyak RM0.44 juta bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 November 2023.


20 Strategi Pelaksanaan II: Memperkukuh Sektor Pelaburan Sedia Ada dan Menerokai Potensi Sektor Baru BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Pengaktifan SSI Pengaktifan semula State Secretary Incorporated bagi tujuan pembangunan ekonomi melalui sektor terpilih Kertas MMKN berhubung pengaktifan PSSI telah diluluskan pada 22 Mac 2023 2 Projek Pelaburan Swasta Baru 2023 Pelaburan swasta yang menjadi engine of growth dalam pembangunan ekonomi negeri. Kerajaan Negeri telah menyediakan Chuping Valley Industrial Area (CVIA) bagi tujuan pelaburan swasta berskala besar. Pelaburan baharu daripada pihak swasta yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan nilai pelaburan RM 400.0 juta 5 projek baharu telah diluluskan iaitu : 1. Projek Kilang Fasiliti Pemprosesan Kenaf oleh Kenaf Venture Global Sdn Bhd; 2. Projek Pembangunan Kilang Fabrikasi oleh Walta Engineering Sdn Bhd; dan 3. Projek Pembangunan Kilang Pisau Pembedahan dan Peralatan Perubatan oleh PGMedic (M) Sdn Bhd 4. Pelaburan Dan Pembangunan Swasta Bagi Projek Operasi Logistik Minyak Mentah dan Gas dari Malaysia ke Thailand oleh Syarikat MTIEL Holding Sdn Bhd dan Syarikat Nodrad Sdn Bhd 5. Pelaburan Projek Tanaman Kelapa Seluas 250 ekar di Kawasan Hutan Simpan Mata Ayer, Peringkat 5 dan 6 FELCRA Lubuk Sireh oleh Ladang GS Sdn Bhd


21 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 3 Pembangunan Industri Harumanis Perlis Pemasaran dan pembangunan industri Mangga Harumanis Perlis bersama syarikat swasta. i. Pihak syarikat bersedia membeli semua kategori gred daripada pengusaha untuk mengelak lambakan buah di ladang. ii. Pihak syarikat mensasarkan pemasaran sebanyak 1,000 tan Mangga Harumanis Perlis dengan melibatkan petani seramai 500 orang dengan keluasan 250 hektar iii. Pihak syarikat menyediakan pusat pemprosesan buah yang dilengkapi dengan Hot Water Treatment untuk merawat buah yang dibekalkan oleh pengusaha-pengusaha bagi menjamin kualiti yang akan dipasarkan. Kerjasama Strategik dengan Syarikat Kayangan Agro Farm Sdn. Bhd untuk memasarkan dan membangunkan industri Harumanis di Perlis. Pembangunan Produk Hiliran Berasaskan Mangga Harumanis Perlis seperti berikut: i. Minuman teh ii. Cereal food iii. Gula-gula iv. Serbuk Aiskrim Kerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi (UiTM Arau Perlis) Penghasilan produk berasaskan daun dan buah Mangga Harumanis Perlis


22 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 4 Peningkatan Hasil Sektor Pertanian Pembangunan Projek Tanaman Buah-Buahan Jangka Pendek, Tanaman Buah-Buahan Jangka Panjang, Sayuran, Industri Kelapa, Jagung Bijian 1. Tanaman Buah-Buahan Jangka Pendek : 24 buah projek kelompok yang melibatkan 628 petani dengan keluasan keseluruhan 346.25 hektar 2. Tanaman Buah-Buahan Jangka Panjang : 10 buah projek kelompok yang melibatkan 23 petani dengan keluasan keseluruhan 39.13 hektar 3. Tanaman Sayuran : 10 buah projek kelompok yang melibatkan 46 petani dengan keluasan keseluruhan 29.83 hektar 4. Tanaman Kelapa : 7 buah projek kelompok yang melibatkan 29 petani dengan keluasan keseluruhan 19.09 hektar 5. Tanaman Jagung Bijian : 18 buah projek kelompok yang melibatkan 23 petani dengan keluasan keseluruhan 186.0 hektar Nota : Jumlah keseluruhan projek tanaman i. Projek kelompok : 69 buah projek ii. Petani : 749 orang iii. Luas : 620.3 hektar Geran Agropreneur Muda 6 orang telah diluluskan di bawah Geran Agropreneur Muda dengan jumlah peruntukan sebanyak RM0.12 juta 5 Penstrukturan Semula Sayap Pelaburan Pengukuhan sayap pelaburan negeri melalui anak syarikat iaitu PKENPs, MBI dan YIPs PKENPs telah berjaya memeterai perjanjian dengan Kumpulan Medik Iman. MBI dalam fokus pelaksanaan projek Perlis Inland Port.


23 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 6 Kajian Pembangunan Ekonomi Pembangunan ekonomi perlu didokong dengan kajian yang komprehensif dan holistik bagi memacu pembangunan yang terancang. 1. Kajian Gerbang Antarabangsa Satun-Kuala Perlis 2. Kajian Pembangunan Jeti Kuala Perlis 3. Kajian Kebolehlaksanaan dan Pelan Pelaksanaan Pembangunan Maritim Sanglang 4. Rancangan Khas Kawasan (RKK) Wang Kelian.


24 Strategi Pelaksanaan III: Melestarikan Pembangunan Ekonomi Bumiputera Secara Komprehensif BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Perkukuh Polisi Perlis Bebas Niaga Polisi Perlis Bebas Niaga mula dilaksanakan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan selepas hilang punca pendapatan berikutan pandemik Covid-19 dengan syarat peniaga perlu mematuhi aspek 3K iaitu Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan bagi pertimbangan kelulusan lesen dan permit. Sebanyak 6,158 lesen telah diluluskan pada tahun 2023 di bawah lesen kategori gerai, kereta sorong, penjaja bergerak, meja jualan, pasar malam/ pasar sehari, penganjur pasar malam/ pasar sehari. 2 Dana Usahawan Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Perlis Tahun 2023- 2026 merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan khususnya perusahaan mikro dalam memula, mengembang dan meningkatkan perniagaan. Jumlah keseluruhan peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM500,000.00. Saiz pinjaman yang dibenarkan bagi setiap peminjam adalah RM4,000.00. Skim Pembiayaan ini menggunakan prinsip Qard (0% kadar faedah) dan tidak memerlukan cagaran atau penjamin. Tempoh pinjaman yang dibenarkan adalah sehingga 36 bulan (3 tahun) dengan moratorium selama 2 bulan. Skim Pembiayaan Usahawan Mikro Negeri Perlis Tahun 2023- 2026 telah dilancarkan pada 10 November 2023. Tempoh permohonan bermula pada 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2023. 3 Karnival Usahawan Digital Telah diadakan pada 10-12 November 2023 1. Hasil Jualan Usahawan: RM0.07 juta 2. Sesi Padaniaga: 38 sesi pemadanan dengan potensi perniagaan RM0.41 juta 3. Jumlah Pengunjung: 2,742 orang


25 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 4 Syarikat Baru SSM Bilangan usahawan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Perlis yang terbahagi kepada 3 kategori iaitu perniagaan, syarikat dan perkongsian liabiliti terhad. Bilangan pendaftaran : 1. Perniagaan : 3,477 2. Syarikat : 66 3. Perkongsian Liabiliti Terhad : 485 Jumlah pendaftaran keseluruhan : 4,028


26 Strategi Pelaksanaan IV: Menggalakkan Sektor Keusahawanan dan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Menaiktaraf / Membina Premis Perniagaan Baharu Menaiktaraf / Membina premis baharu bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk berniaga dengan persekitaran yang kondusif 1. Projek pembinaan medan selera Anjung Selera MPK PS @ Kuala Perlis yang merangkumi 13 unit gerai dengan kos RM0.70 juta. 2. Naik taraf 17 unit gerai Kawasan Pasar Borong Sena dan 1 unit gerai di Kawasan Pasar Utan Aji. 2 Perpindahan Medan Ikan Bakar Kuala Perlis Medan Ikan Bakar Kuala Perlis sedia ada telah uzur dan tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Medan Ikan Bakar telah dipindahkan ke kawasan yang lebih kondusif dan 17 peniaga terlibat. Kawasan sedia ada dirobohkan bagi tujuan pembangunan akan datang. 3 Penyertaan Usahawan ke Ekspo Penyertaan usahawan negeri Perlis ke ekspo peringkat nasional dan antarabangsa bagi tujuan promosi produk serta mengembangkan perniagaan. 1. World HAPEX Thailand (13 – 16 Julai 2023) • MoU dimeterai : Melibatkan 33 SKU dengan potensi jualan RM0.8 juta • Padanan perniagaan: Melibatkan 14 SKU dengan potensi perniagaan RM0.63 juta • Hasil / Potensi Jualan Langsung: Melibatkan 47 SKU dengan nilai RM1.43 juta. 2. Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Kebangsaan • Hasil: RM0.06 juta


27 Strategi Pelaksanaan V: Memacu Sektor Pelancongan Negeri Dengan Lebih Dinamik BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Tahun Melawat Perlis 2024 - 2025 Satu program pelancongan khas yang diadakan untuk menarik pelancong ke negeri Perlis Objektif penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024-2025 adalah untuk menaikkan imej Perlis agar lebih dikenali dengan kawasan pelancongan yang menarik, meningkatkan bilangan kehadiran pelancong ke Negeri Perlis sama ada pelancong domestik atau antarabangsa, memperkukuhkan jenama produk pelancongan Negeri Perlis merangkumi kawasan dan acara pelancongan, mengetengahkan Negeri Perlis sebagai destinasi pelancongan utama di negara dan meningkatkan pendapatan pemain industri pelancongan negeri seterusnya mengukuhkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi sektor pelancongan Pelancaran Perdana Telah diadadakan pada 8 Disember 2023 yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis. Beruk kentoi (Macaca arctoides) telah dipilih sebagai mascot rasmi dengan nama Si Kentoi. Manakala lagu Jom Ke Kota Gapura Utara menjadi lagu rasmi Tahun Melawat Perlis. Satu kalendar pelancongan negeri tahun 2024 telah disediakan. 2 Anugerah Lokasi Pelancongan Negeri Perlis berada di landasan untuk menjadi antara negeri pilihan utama pelancong. Terdapat produk pelancongan Negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan. 1. Wang Kelian View Point mendapat anugerah Gold Award Must Visit Place (Northern) di Malaysia Tourism Council Gold Awards 2022 pada November 2022. 2. Kampung Seberang Ramai mendapat Anugerah Presiden sempena Majlis Anugerah Perancangan Cemerlang oleh Institut Perancang Bandar Malaysia Malaysia pada 31 Januari 2023 3 Kehadiran Pelancong Data Pelancong ke Negeri Perlis diambil daripada keluar masuk Jeti Kuala Perlis, Jeti Roro, Kompleks ICQS Padang Besar, Stesen KTMB Padang Besar dan Kompleks ICQS Wang Kelian Sasaran pelancong tahun 2024: 3.5 juta orang Rekod kehadiran pelancong; 2020: 1,675,116 2021: 958,064 2022: 2,991,062 sehingga Oktober 2023: 3,244,580


28 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 4 Acara Promosi Pelancongan Promosi pelancongan Negeri Perlis giat dijalankan bagi memperkenalkan dan menarik pengunjung untuk melancongan ke Negeri Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 Sebanyak 55 program promosi pelancongan yang telah disertai sama ada di dalam atau di luar negara. 5 Produk Pelancongan Baharu Kewujudan produk-produk pelancongan baharu dapat menarik ramai orang untuk hadir dan berkunjung ke Negeri Perlis dalam merancakkan lagi sektor pelancongan di Negeri Perlis 1. Perlis Geopark 2. Pavilion Padang Besar 3. Plazaria Padang Besar 4. Gunung Medan View Point 5. 68 kedai kopi di sekitar negeri Perlis 6 Penarafan Perlis Geopark Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan telah diadakan pada 4 hingga 7 September 2023 yang melibatkan 6 lokasi tapak geologi, 2 tapak biologi dan 2 warisan budaya di seluruh negeri Perlis. Menerusi proses penilaian yang dijalankan pada September lalu, Perlis Geopark telah memenuhi skop untuk diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan Ke-10 dengan memperoleh markah 92.96 peratus. 7 Produk Homestay Penginapan alternatif selain daripada hotel, motel dan chalet. Bilangan Rumah Sewa Pelancongan sebanyak 300 buah jumlah bilik 1,135 direkodkan. 8 Pelancongan Eko Perlis kaya dengan kawasan bagi pelancongan eko merangkumi Meneroka Gua Kelam, Gua Wang Burma, Galeri Gua Kelam, Virtual Reality (VR), Rumah Cermin, Viewpoint Wang Kelian, Kolam Renang Bukit Ayer dan Rimba Herba Perlis Kutipan hasil di kawasan Ekopelancongan = RM1.37 juta Bilangan pengunjung = 0.88 juta orang Kutipan hasil dan kehadiran pendaki ke kawasan Denai Pendakian bagi menjalankan aktiviti seperti: Aktiviti pendakian ke Gunung Perlis, Bukit Pelarit, Bukit Wang Mu, Bukit Jernih dan Pintu Wang Gunung Kutipan hasil aktiviti pendakian = RM3,345.00 Bilangan pendaki direkodkan = 1,128 orang


29 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 9 Jumlah kehadiran tempat pelancongan Agensi Kerajaan Negeri turut menguruskan lokasi pelancongan utama termasuklah Taman Ular dan Reptilia (PKENPs), Taman Agrovet (JPV) dan Taman Buah-Buahan Eksotik (Jabatan Pertanian). 1. Taman Ular : 136,087 pengunjung 2. Taman Agrovet : 48,000 pengunjung 3. Taman Buah-Buahan Eksotik : 246,185 pengunjung


30 PROGRAM PROMOSI PELANCONGAN SEMPENA TAHUN MELAWAT PERLIS 2024-2025 1. Sesi Penerangan Perlis Sebagai Hub Pelancongan Sempena Lawatan Rombongan Ketua Mufti Samarkand / Republic of Uzbekistan ke Perlis: 29 Januari 2023 2. Program Memancing Santai Dataran Empangan Timah Tasoh, Anjuran JPS: 26 Februari 2023 3. Pesta Angin Timur 2023: 3 – 5 Mac 2023 4. Majlis Seni Budaya, Alam dan Kopi Bersama Geoguide Aspiring Perlis Geopark: 18 Mac 2023 5. Program Menggagau Ikan di Pasar Terapung, JPS: 18 Mac 2023 6. Majlis Malam Apresiasi Pelancongan Negeri Perlis 2023: 20 Mac 2023 7. Program Rakyat Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke – 80 DYMM Tuanku Raja Perlis: 17 Mei 2023 8. Program I-Explore Jelajah Perlis 2023 (I-IdeA2023): 27 Mei 2023 9. Promosi Pelancongan di Jeti Kuala Perlis: 27 Mei 2023 10. Majlis Perasmian Penutup Perkampungan Sunnah Siri ke-8 Tahun 2023: 28 Mei 2023 11. Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara Team MB Perlis dan Team MB Kelantan: 31 Mei 2023 12. Festival Silang Budaya Negeri Kelantan dan Perlis: 30 Mei 2023 – 1 Jun 2023 13. Majlis Perasmian Pra-Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024: 16 Julai 2023 14. Pelancaran Tempat Perkhemahan FRIM: 27 Julai 2023 15. Promosi Tahun Melawat Perlis Los Angeles: 5 Ogos 2023 16. Rakaman Video Promosi Bersama Artis Zeel Production: 18 Ogos 2023 17. The North Wall 2.0 Bukit Keteri Rock Climbing: 19 - 20 Ogos 2023 18. Kejohanan Paintball Piala SUK Negeri Perlis: 20 Ogos 2023 19. Walkabout Kesenian Alu Bunyi bersama YAB Menteri Besar: 25 Ogos 2023 20. Art Bridge International Art Camp 2023: 25 – 28 Ogos 2023 21. Inter-State Tourism Networking Forum 2023 Pacific Asia Association (PATA): 26 – 29 Ogos 2023 22. Malaysian Association of Tour and Travel Agents: 1 – 3 September 2023 23. Sesi Penilaian Aspiring Perlis Geopark Ke Arah Penarafan Kebangsaan: 4 – 7 September 2023 24. Kejohanan Junior Malaysia Badminton: 5 – 9 September 2023 25. Majlis Perasmian Country Road Homestay: 9 September 2023 26. Konsert Kita Malaysia: 16 September 2023 27. Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2023 (UniMAP): 18 September 2023 28. Festival Kraf Utara (FKU) 2023: 22 September 2023 – 1 Oktober 2023 29. Kejohanan Futsal Media Utara 2023: 23 September 2023 30. Mesyuarat Menteri-Menteri IMT-GT Ke-29 Dan Mesyuarat-Mesyuarat Lain Berkaitan Berserta Pameran Ekspo Di Batam: 25 September – 29 September 2023 31. Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2023: 24 September 2023 32. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023: 29 September 2023 – 1 Oktober 2023 33. Program Pemerkasaan Sektor Pelancongan ‘State-Goverment 4’ (SG4): 6 – 9 Oktober 2023 34. Majlis Libat Urus YAB Menteri Besar Bersama Pengusaha Rumah Sewa Pelancongan (Homestay) dan Pengusaha Restoran Negeri Perlis Sempena Tahun Melawat Perlis 2024 – 2025: 11 Oktober 2023 35. Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Negeri Perlis: 14 Oktober 2023 36. Walkabout bersama YAB Menteri Besar dan AMMK (Pelancongan) ke Big Food Festival Sempena Promosi Tahun Melawat Perlis 2024 – 2025: 14 Oktober 2023 37. Sepak Takraw dan Oreinteering Malaysia 2023 (MAKSAK Games): 26 – 29 Oktober 2023 38. Perlis Ultra Marathon (Putra 2.0): 27 – 28 Oktober 2023 39. Kangar Street Art @ Fiesta Seni 2023 dan Retro Fest: 27 – 29 Oktober 2023


31 PROGRAM PROMOSI PELANCONGAN SEMPENA TAHUN MELAWAT PERLIS 2024-2025 40. The Northernmost Bird Race Wang Kelian Perlis: 27 – 29 Oktober 2023 41. Himpunan Kenderaan Klasik di Pekan Warisan Arau: 28 Oktober 2023 42. Program Citra Nusa @ Muzium Kota Kayang: 3 – 5 November 2023 43. Promosi Pelancongan Sempena Tahun Melawat Perlis 2024 – 2025: 6 November 2023 – 5 Disember 2023 44. World Travel Market London 2023: 8 November 2023 45. Karnival Usahawan Digital 2023: 10 – 12 November 2023 46. Program Santai Anak Utara (SAU-11): 11 November 2023 47. Istiadat Konvokesyen UniMAP 2023: – 21 November 2023 48. Malaysia Festival 2023: 17 – 19 November 2023 49. Sesi Lawatan ke Perusahaan Belacan: 21 November 2023 50. Program Alam Ria PASTI Kebangsaan: 25 November 2023 51. Lawatan Media Thailand Bersama Tourism Malaysia: 25 November 2023 52. Program Himpunan Lembu Sado Negeri Perlis: 22 Disember 2023 - 24 Disember 2023 53. Program Majlis Apresiasi Sempena Pameran Rahsia Kebaya: 19 Disember 2023 54. UniMAP Half Marathon 2023: 30 Disember 2023 55. Karnival Jualan Rahmah "Mai Pakat Mai" Perlis: 23 Disember 2023


32 Integrated Business Centre (IBC) Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) Tindakan penguatkuasaan ke atas pelanggaran syarat nyata tanah Anjung Selera MPK.Ps @ Kuala Perlis Pavilion Perlis Showcase SDSI Madani 2023 Promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 Meneroka Gua Kelam 2 secara Virtual Reality (VR) Gambar Pelaksanaan Program / Aktiviti Bagi Utama 1: Merekayasa Pembangunan Ekonomi Negeri Perlis


33


TERAS UTAMA 2 MELESTARIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT


35


36 Teras Utama 2 adalah bertunjangkan kepada konsep penambahbaikan elemen kesejahteraan dalam kehidupan seharian menerusi pemerkasaan syiar Islam, menambah baik persekitaran kesihatan serta memupuk bakat muda melalui program belia dan sukan. Usaha bagi memartabatkan syiar Islam dan pembangunan umat akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Negeri melalui usaha mengarusperdanakan program pendidikan bermula dari peringkat pendidikan sekolah rendah. Liputan penjagaan kesihatan juga diberi penekanan melalui pembinaan dan penaiktarafan klinik kesihatan di negeri ini. Pencarian bakat muda di peringkat awal memerlukan usaha yang kolektif serta inisiatif pembudayaan sukan oleh entiti utama sukan di negeri Perlis. Selaras dengan agenda Perlis Bersukan dan Pelan Pembangunan Sukan Perlis, empat teras pembudayaan sukan utama telah dikenalpasti untuk implementasi awal bagi memacu kemajuan sukan di negeri Perlis.


37 Teras Utama 2 ini mengandungi empat (4) strategik pelaksanaan merangkumi: i. Mendukung Pengembangan Syiar Islam Secara Holistik • Sebanyak 14 fatwa1 telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis sepanjang tahun 2023. • Platform Perkampungan Sunnah yang telah diadakan pada 26 hingga 28 Mei 2023 telah berjaya menarik kehadiran lebih 30,000 orang pengunjung. • Sebanyak 2 buah masjid2 telah selesai dinaiktaraf pada tahun 2023 dan lebih daripada 30 buah program pemerkasaan syiar Islam telah dianjurkan oleh jabatan pemegang taruh di negeri Perlis. • 74 orang saudara baru telah direkodkan memeluk Islam sepanjang tahun 2023. ii. Memantapkan Sistem Pendidikan Bagi Melahirkan Rakyat Berilmu • Kolaborasi Agensi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bersama rakan strategik dalam membangunkan industry TVET turut memberi manfaat kepada 267 orang asnaf negeri Perlis melalui 7 program latihan bersama industri. • Peningkatan peratusan murid layak mendapat sijil pencapaian akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 negeri Perlis meningkat kepada 93.33 peratus berbanding 88.35 peratus pada tahun sebelumnya. iii. Menambah Baik Perkhidmatan Kesihatan Untuk Kesejahteraan Rakyat • Projek pembinaan dua fasiliti kesihatan3 baharu di negeri Perlis telah selesai mengikut jadual dan telah mula beroperasi. iv. Memanfaatkan Sukan Dalam Membina Masyarakat Yang Aktif • Penganjuran Liga Super Perlis yang berstatus M5 dan Liga Tunas Perlis sebagai usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Perlis. Dasar 1 Parlimen 1 Padang Bola Sepak. • 62 kejayaan di peringkat kebangsaan dan 20 kejayaan di peringkat antarabangsa telah dicatatkan oleh atlet negeri Perlis dengan pemberian insentif kewangan sebanyak RM0.3 juta kepada semua atlet yang telah membawa kejayaan kepada negeri. • Caruman Perlindungan Atlet melalui Skim PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 bagi menjaga Kebajikan atlet-atlet Perlis. 1 Sumber : Jabatan Mufti Negeri Perlis, https://muftiperlis.gov.my/index.php/himpunan-fatwa-negeri 2 Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong dan Masjid Al-Taqwa, Alor Redis 3 Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh dan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Padang Besar


38 Strategi Pelaksanaan I: Mendukung Pengembangan Syiar Islam Secara Holistik BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Fatwa Judi Fatwa Tentang Mesin Permainan Anak Patung Kanak-Kanak: Mesin Permainan Kanak-Kanak (K.B. FUN) atau seumpama dengannya adalah termasuk dalam perjudian (al-Maisir). Ini adalah kerana terdapat pertaruhan yang melibatkan wang yang mana jika berjaya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal akan kerugian wang tersebut. Ini adalah satu bentuk pertaruhan yang dilarang oleh syara’ iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak akan kerugian. Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan. Program Bicara Live Di RTM Perlis Setiap Jumaat Jam 3:15 - 3:45 Petang telah diadakan sebanyak 7 kali 2 Penutupan Premis Perjudian Penamatan operasi premis perjudian secara berperingkat. Menghentikan pembaharuan lesen premis perjudian di negeri Perlis 3 Program Perkampungan Sunnah Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 Tahun 2023 Pelaksanaan Program Perkampungan Sunnah di Masjid Alwi, Kangar. Seramai lebih kurang 30,000 pengunjung telah hadir.


39 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 4 Naiktaraf Masjid Projek naik taraf masjid-masjid Negeri Perlis. Projek selesai penyerahan : 1. Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, RM1.5 juta 2. Masjid Al-Taqwa, Alor Redis, RM0.86 juta (ICU) Projek dalam pelaksanaan : 1. Masjid Darul Ulum, Bintong, RM1.5 juta 2. Masjid Al-Hakim, Padang Malau, RM5.0 juta 3. Masjid Ar-Rahman, Simpang Sanglang, RM1.5 juta 4. Masjid Muhammadi, Sungai Adam, RM1.5 juta (ICU) 5 Kutipan Zakat Pada tahun 2013 kutipan zakat telah mula melonjak dan kutipan sedang berlangsung pada setiap tahun. Antara terbaik kutipan dan agihan zakat.


40 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 6 Saudara Baru Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPS) telah melakukan beberapa program untuk penarian saudara baru. Antara program-program yang dijalankan adalah seperti yang berikut: i) Program Bengkel Perbandingan Agama; ii) Program Berbuka Puasa Bersama Mualaf (Fasinating Saudara Baru ke JAKIM); iii) Bengkel Pemantapan Teknik Pengajaran Guru Mualaf; iv) Program Malam Penghayatan Islam (Jom Ke Masjid) – program ini adalah untuk semua orang termasuk mualaf; v) Konvensyen masjid – program untuk imam-imam masjid; vi) Muzakarah (penolong pendaftar) perkahwinan orang islam negeri Perlis (Jurunikah) Bilangan saudara baru sehingga November 2022 ialah seramai 14 orang. Manakala pada tahun 2023 bermula Januari hingga awal Disember 2023 seramai 60 orang saudara baru telah direkodkan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAIPS). 7 Program Perkasa Syiar Islam Pelbagai program telah dilaksanakan seperti Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan, World Quran Hour, Daurah dan Seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan bagi memartabatkan syiar Islam dan membangunkan ummah. Sebanyak 30 program pemerkasaan syiar Islam telah dijalankan sepanjang bulan November 2022 hingga November 2023.


41 Strategi Pelaksanaan II: Memantapkan Sistem Pendidikan Bagi Melahirkan Rakyat Berilmu BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Program Pendidikan Pelaksanaan Program CSR #09EXCELLENCE pada Januari 2023 Memberi manfaat kepada 240 orang murid Sijil Pelajaran Malaysia iSnapped #09 Perlis International Education Expo 2023 Seramai 15,000 pengunjung telah hadir menyerikan program tersebut. Mobile Makerspacer Penyediaan perkhidmatan digital dan robotik di bawah Perpustaan Negeri. Memudahkan akses digital dan robotik kepada rakyat Perlis. Program KAIL Perpustakaan Negeri telah membenarkan pinjaman buah buku Pinjaman 10 buah buku kepada pelajar B40 setiap dua minggu di bawah 48 buah sekolah terlibat. Pesta Buku dan Karnival Membaca Negeri Perlis 2023 Seramai 35,000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan karnival tersebut. 2 Kolaborasi Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bersama pihak swasta Walta Centre of Excellence (WCOE) i. Kursus: Kejuruteraan Automasi Industri (8 Bulan) Tahun 2022 & 2023 ii. Kursus: Operasi Pemesinan beserta Modul Tambahan CNC Miling (10 Bulan) Pencapaian WCOE i. 75 Orang ii. 25 Orang Akademi Binaan Malaysia (ABM) i. Fibre Optic & Building Wiring Installation (2 Bulan) ii. Welding 3G (2 Bulan) iii. Building Operation Maintenance (2 Bulan) iv. Blasting & Painting (1 bulan) Pencapaian ABM i. 10 Orang ii. 20 Orang iii. 10 Orang iv. 15 Orang The Welding Institute (TWI) Program Zero to Hero Welding 6G SMAW CSWIP UK (4 Bulan) Pencapaian TWI 112 Orang Jumlah keseluruhan penerima manfaat: 267 orang asnaf Perlis


42 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 3 Projek Pembinaan Kluster Pendidikan Projek sekolah Pembinaan Sekolah Baharu: i) SK Padang Besar Baharu ii) SMK Agama Kangar Status semasa : Pelaksanaan kerja fizikal di tapak melebihi 30%. Projek dijangka siap pada Disember 2024. Projek selesai : i) Pembinaan Bangunan Tambahan 7BD Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Dan Lain-Lain Kemudahan Pendidikan Khas Di SMK Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Perlis Pembinaan Kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Perlis Baharu Status semasa : Pelaksanaan kerja fizikal di tapak melebihi 30%. Projek dijangka siap pada Disember 2024. Pembinaan Pusat Repositori Negara Negeri Perlis yang menempatkan buku-buku terbitan negara. Buku yang tertakluk kepada akta penerbitan, salah satu salinan berada di Perlis. Kemajuan Fizikal: 69%. Jangkaan asal siap 22 April 2024.


43 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 4 Kes Keciciran Murid Definisi keciciran1 : Warganegara Malaysia berumur 6 hingga 16 tahun yang tidak berdaftar di sekolah / institusi pendidikan atau keluar daripada sistem sebelum tamat / menghabiskan tempoh pendidikan, tidak termasuk murid: • Meninggal dunia; • Sakit kritikal; • Terapi rehabilitasi / intervensi; • Pindah ke luar negara; • Dikecualikan oleh Menteri di bawah subseksyen 29A(3) Akta Pendidikan 1996 Peratus insiden keciciran murid sekolah rendah & menengah di negeri Perlis : Peratus 2019 1.36% 2020 0.01% 2021 0% 2022 0% Nota : Data sehingga November 2023 5 Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia Negeri Perlis Pencapaian SPM dan pentaksiran berasaskan sekolah. Bilangan murid layak mendapat sijil: Peratus Gred Purata 2020 88.41% 5.15 2021 88.35% 4.99 2022 93.33% 4.82 Nota : Data sehingga November 2023 1Sumber:KementerianPendidikanMalaysia


44 Strategi Pelaksanaan III: Menambah Baik Perkhidmatan Kesihatan Untuk Kesejahteraan Rakyat BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Pelaksanaan State Environmental Health Action Plan (SEHAP) Perlis SEHAP merupakan salah satu projek proaktif Jabatan Kesihatan dengan sokongan EXCO Kesihatan yang bertujuan menyediakan satu platform dasar dan perancangan strategik untuk kawalan persekitaran terutama melibatkan kebersihan terutama untuk masa hadapan Negeri Perlis. 1. Kertas cadangan SEHAP Perlis telah dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Perlis Bersih Bil 2 tahun 2023 pada 22 Mac 2023 yang telah dipengerusikan oleh TSUK (Pembangunan). 2. Kertas cadangan SEHAP telah dibentangkan di dalam MMKN pada 16 Ogos 2023 dan diluluskan dengan penubuhan Kumpulan Kerja Bertema (Thematic Working Group, TWG) seperti berikut: a) TWG1: Sisa Pepejal, Kebersihan dan Sanitasi b) TWG2: Bekalan Air Mesyuarat pertama bagi Jawatankuasa Pemandu akan diadakan pada 27 November 2023 dimana akan dipengerusikan oleh YB EXCO Kesihatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu SEHAP


Click to View FlipBook Version