45 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 2 Kes Denggi Bilangan kes denggi di negeri Perlis sehingga November 2023 adalah sebanyak 801 kes. Gotong Royong Perangi Aedes Peringkat Negeri Perlis Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran wabak oleh Jabatan kerajaan bersama dengan komuniti bagi mencegah kejadian wabak Denggi berulang. 1. Gotong Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri Perlis Bil 1 bagi Tahun 2023 telah diadakan pada 17 Jun 2023 di Kuala Perlis dengan anggaran kehadiran seramai 400 orang yang terdiri daripada penduduk tempatan dan juga agensiagensi kerajaan negeri Perlis. 2. Gotong Royong Ganyang Aedes dan 1 Hour Clean Up pada 5 Ogos 2023 telah dilaksanakan di Taman Jali yang merupakan kawasan wabak denggi ketika itu. 3. Gotong Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Negeri Perlis Bil 2 bagi Tahun 2023 telah diadakan pada 21 September 2023 di Kuarters KTMB, Kg Kolam, Titi Tinggi dengan anggaran kehadiran seramai 300 orang penduduk dan juga agensi-agensi kerajaan negeri Perlis. Kesemua program ini telah dirasmikan oleh EXCO Kesihatan Negeri Perlis.
46 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 3 Projek Kesihatan Projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh, Perlis: YB EXCO Kesihatan telah hadir dan terlibat sama semasa majlis perasmian pengoperasian Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh pada 24 Mac 2023. Projek telah siap mengikut jadual dan telah mula beroperasi dan memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat bermula pada bulan Mac 2023. Projek pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Padang Besar YB EXCO Kesihatan, YB ADUN Titi Tinggi, YB Timbalan Menteri Kerja Raya telah hadir dan terlibat sama semasa majlis penyerahan dan perasmian pengoperasian Klinik Kesihatan (Jenis 3) Padang Besar pada 5 September 2023. Projek telah siap mengikut jadual dan telah mula beroperasi dan memberikan perkhidmatan kepada penduduk setempat bermula pada bulan September 2023 Menyiapkan Baki Kerja Naiktaraf Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis Majlis penyerahan oleh JKR kepada pihak KKM dijangka akan dilaksanakan pada 28 November 2023. Projek menyiapkan baki kerja naiktaraf Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah telah berjaya disiapkan mengikut jadual pada tahun 2023.
47 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN Projek Menaiktaraf, Ubah suai dan Pembaikan Fasiliti Kesihatan Klinik Daif Tahun 2023 Negeri Perlis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5juta kepada negeri Perlis bagi tujuan pelaksanaan projek naik taraf, ubah suai dan pembaikan bagi fasiliti klinik daif tahun 2023. Terdapat empat (4) projek telah disenarai pendek bagi pelaksanaan naik taraf, ubah suai dan pembaikan bagi fasiliti klinik daif tahun 2023 iaitu: i. Klinik Kesihatan Kangar ii. Klinik Kesihatan Simpang Empat iii. Klinik Desa Guar Nangka iv. Klinik Desa Panggas Status penyiapan projek naik taraf, ubah suai dan pembaikan bagi fasiliti Klinik Daif tahun 2023 adalah seperti berikut: i. Klinik Kesihatan Kangar – siap pada 13 November 2023 ii. Klinik Kesihatan Simpang Empat – siap pada 13 November 2023. iii. Klinik Desa Guar Nangka – prestasi fizikal semasa 80%. iv. Klinik Desa Panggas – siap pada 3 November 2023.
48 Strategi Pelaksanaan IV: Memanfaatkan Sukan Dalam Membina Masyarakat Yang Aktif BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Projek Pembangunan Infrastruktur Sukan Memastikan kemudahan sukan boleh digunakan dalam keadaan kondusif dan selamat. Menaik taraf dan membina baharu kemudahan sukan berimpak tinggi kepada rakyat. 1. Sebanyak 4 kerja-kerja menaik taraf infrastruktur / kemudahan sukan. Kesemua projek telah selesai kecuali 1 projek sedang dilaksanakan. Antara projek tersebut ialah: i) menaiktaraf jalan basikal kretarium; ii) menaiktaraf pagar keselamatan padang bola sepak; iii) menaiktaraf gymnasium, bilik rehabilatasi dan bilik sains sukan iv) menaiktaraf litar motorcross di Sungai Batu Pahat (status semasa projek : 65%) 2. Kerja-kerja Menaik Taraf Stadium Tuanku Syed Putra sedang dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM8juta yang meliputi trek balapan, bumbung, bilik VIP, perpaipan, PA system dan water proofing. Kemajuan semasa projek ini ialah 80%. Jangkaan siap pada Februari 2024. 3. Projek bina baru dewan angkat berat di Kompleks Sukan.
49 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 2 Pembangunan Penstrukturan Sistem Bola Sepak Perlis Penstrukturan sistem pembangunan bola sepak negeri dan memperkasakan usaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Perlis. 1. Penganjuran Liga Super Perlis berstatus M5 sebanyak 45 perlawanan dan terdapat 14 pasukan. 2. Penganjuran Liga Tunas Perlis dengan penglibatan 46 pasukan dan 121 perlawanan 3. Pemberian dua kali bantuan kepada Persatuan Bola Sepak Perlis sebagai sokongan kepada penyertaan pasukan Perlis United bagi saingan liga entry meliputi bantuan pengukuhan dari segi pendaftaran pasukan dengan pejabat pesuruhjaya sukan, bantuan pengadil bola sepak dengan mengadakan seminar dan ujian kecergasan dan bantuan bola sepak pembangunan bola sepak kebangsaan (NFTP). 4. Kelulusan Permohonan Projek Membina Padang Sintetik di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra 5. Dasar 1 Parlimen, 1 Padang Bola Sepak. 3 Pencapaian Atlet Negeri Perlis Pencapaian Program pembangunan sukan Negeri Perlis bagi sukan berprestasi tinggi melibatkan 25 jenis sukan yang dilaksanakan di negeri ini. Program pembangunan sukan negeri bersistematik dengan memberi fokus untuk menjadi juara di peringkat kebangsaan. 1. Lebih 62 kejayaan di peringkat kebangsaan pada tahun 2023. 2. Lebih 21 kejayaan di peringkat antarabangsa tahun 2023.
50 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 4 Insentif Kewangan Sukan Pemberian insentif di atas kejayaan atlet Negeri Perlis di temasya sukan utama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 1. SUKMA MSN 2022 – RM144,000.00; 2. PARA SUKMA MSN 2022 – RM80,500.00; 3. Sukan PARA ASEAN Solo 2022 – RM3,000.00; 4. Sukan KOMANWEL Birmingham 2022 – RM5,000.00; 5. Sukan SEA Kemboja 2023 – RM13,625.00; 6. Sukan Para SEA Kemboja 2023 – RM5,000.00; 7. Sukan Asia Hangzhou 2023 – RM4,000.00; 8. Sukan Para Asia Hangzhou 2023 – RM16,000.00. Nota : Jumlah keseluruhan insentif kewangan berjumlah RM2.71 juta.
51 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 5 Pendidikan & Kebajikan Atlet Penekanan kepada pendidikan sepanjang hayat kepada atlet dan jurulatih. Skim perlindungan kepada atlet yang menyeluruh dengan penekanan kepada kebajikan atlet. 1. Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik (CoC) Antara Majlis Sukan Negeri Perlis & Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin; 2. Caruman Perlindungan Atlet melalui Skim PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. 3. MOU dengan Yayasan G2R Dan Ekonomi Golf National. 4. Program Sukan Jelajah IPT di UiTM Arau yang diadakan pada tahun 2022. 5. Kolaborasi bersama Persatuan Orang Pekak Bisu dalam pembangunan atlet 6 Penganjuran Acara Sukan & Pelancongan Sukan Penganjuran program sukan di Negeri Perlis sebagai tuan rumah atau hub penganjuran program sukan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penggalakkan penganjur dari dalam & luar negeri untuk mengadakan acara di Negeri Perlis. 1. 34 program sukan sepanjang tahun 2023 melalui kerjasama Kerajaan Negeri 2. 11 kejohanan sukan peringkat kebangsaan 3. 4 kejohanan sukan peringkat antarabangsa. 4. 18 jenis sukan yang berjaya di anjurkan di Perlis.
52 PROGRAM PERKASA SYIAR ISLAM 1. Ambil Tau Fatwa: Syahadah Dan Rukunnya 2. Wacana Ilmiah Siri 1 / 2023: Perubatan Islam Antara Fantasi Dan Realiti 3. Ambil Tau Fatwa: Beriman Dengan Malaikat 4. Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil. 4 / 2023 5. Ambil Tau Fatwa: Hukum Fiqh Puasa 6. Majlis Rukyah Hilal Ramadhan Tahun 1444H / 2023M 7. Ambil Tahu Fatwa: Doa Yang Mustajab 8. Kunjung Hormat Rabitah Ulamak Dan Duat Asean Dan GASMA 9. Seminar I’jaz Al-Quran 10. Majlis Rukyah Hilal Syawal Tahun 1444H / 2023M 11. Ambil Tahu Fatwa: Fatwa Rumah Hantu 12. Multaqa Ahlus Sunnah Asia Tenggara 13. Ambil Tau Fatwa: Ibadat Haji Rasulullah 14. Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah Tahun 1444H / 2023M Dan Forum Safar Ilmu 15. Ambil Tau Fatwa: Sifat Allah Di Sisi ASWJ 16. Daurah Hadis Sahih Al-Bukhari 17. Majlis Pelancaran Ulangtahun Ke-10 KUIPs 18. Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil. 6 / 2023 19. Daurah Kitab Usul As-Sunnah Oleh Imam Al-Humaydi 20. Seminar Zikra Al-Rasul: Rabiulawal Bulan Menghayati Sirah 21. Kursus Pengurusan Jenazah 22. Daurah Ilmiyyah: Bacaan Kitab I’tiqad Imam Al-Syafie RH Bersama Sheikh Dr. Abdul Rahman Ibn Soleh Al-Muzaini 23. Simposium Guru Agama Dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2023 24. Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Negeri 25. Mudahnya pensijilan halal Malaysia 26. Penggerak Daya Membaca dan Pemartabatan Tulisan Jawi 27. World Quran Hour 28. Kem Daie Pena Muda 29. Nadwah Kepemimpinan Islam 30. Ihtifal Lughawi 31. Mahrajan al-Quran 32. Program Haiyya Alla Solah (Program Ihya’ Masjid dan Kelas KAFA)
53 Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-8 Walkabout Kawasan wabak denggi Pembaikan Bumbung Arena Futsal Perlawanan Akhir Liga Tunas Perlis 2023 Liga Super Perlis 2023 Gambar Pelaksanaan Program / Aktiviti Bagi Teras 2 : Melestarikan Kesejahteraan Rakyat Negeri Perlis
54
TERAS UTAMA 3 MEMPERTINGKAT KEMAMPANAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN DI NEGERI PERLIS
56
57 Teras Utama 3 adalah berkisarkan kepada peningkatan infrastruktur dan fasiliti awam bagi kemudahan rakyat. Penekanan dalam penyediaan infrastruktur terancang perlu dititikberatkan bagi menarik pelaburan, menjana aktiviti ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan kemudahan lain yang komprehensif adalah penting bagi keselesaan rakyat selain mewujudkan ekosistem pelaburan yang sihat dalam memastikan projek pembangunan dijalankan dengan lancar. Usaha juga akan dipergiat untuk menambahbaik akses dan ketersediaan infrastruktur digital ke arah kesalinghubungan digital yang lebih baik terutamanya berkenaan penyediaan liputan perkhidmatan jalur lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi bagi mempersiapkan negeri Perlis untuk peralihan kepada teknologi 5G secara mantap dengan kerjasama rapat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
58 Teras Utama 3 ini mengandungi tiga (3) strategik pelaksanaan merangkumi: i. Mentransformasi Infrastruktur dan Sistem Bekalan Air Secara Inklusif • Program Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) dengan 3 skop projek telah siap 77 peratus pada tahun 2023 dengan matlamat untuk mengurangkan kadar NRW daripada 62 peratus ke 25 peratus dalam jangka masa 10 tahun. (kadar NRW nasional pada tahun 2022 adalah pada 37.2 peratus1 ). • Program Mitigasi Bekalan Air Jangka Pendek Negeri Perlis telah selesai dengan kos RM40.7 juta pada Jun 2022. • Empat teknologi baru telah digunakan dalam mentransformasi infrastruktur dan sistem bekalan air secara inklusif. ii. Mempertingkat Prasrana dan Kemudahan Awam • Sebanyak empat2 projek pembinaan prasarana awam baru termasuklah 151 projek penyenggaraan jalan3 telah berjaya disiapkan pada tahun 2023. • Penggunaan panel fotovolta penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di Kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis. iii. Melonjakkan Pendigitalan dan Teknologi Termaju • Capaian 100 peratus liputan 4G dan 91 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk negeri Perlis. 1 Sumber : Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2 Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Pauh, Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Padang Besar, Pembinaan Bangunan Tambahan 7BD Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Datuk Jaafar Hassan dan Pembangunan Ecotourism Taman Eko-Rimba Bukit Ayer 3 Projek penyenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS
59 Strategi Pelaksanaan I: Mentransformasi Infrastruktur dan Sistem Bekalan Air Secara Inklusif BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Program Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) Kenal pasti lokasi sebenar Meter Pengguna i) Kerja ini meliputi keseluruhan akaun meter pengguna di seluruh negeri Perlis. Tujuan kerja ini di lakukan supaya memudah lagi zone meter di lakukan disamping membantu kerja yang melibatkan penggunaan akaun meter pengguna sebagai contoh mengenalpasti kebocoran paip terdekat berdasarkan akaun meter pengguna Kerja-kerja pembaikan paip kebocoran paip ii) Kerja pembaikan paip ini dilakukan bagi membaiki setiap paip air sebelum meter pengguna Program Penurunan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) iii) Program ini dalam fasa perancangan. Matlamat program ini adalah menurunkan kadar NRW daripada 62 % ke 25 % dalam jangka masa 10 tahun. Program Penukaran Meter Minimum Charge iv) Program ini melibatkan meter yang di baca dengan minimum charge. 25,000 akaun pengguna yang terlibat. Setiap meter akan di periksa sama ada kesahihan bacaan minimum charge tersebut, jika salah akan di tukar ke meter baru. Projek telah siap 77% sehingga November 2023
60 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 2 Program Mitigasi Jangka Sederhana Sistem Bekalan Air Negeri Perlis Objektif utama perlaksanaan projek ini adalah untuk menghasilkan air minuman berkualiti dan memenuhi keperluan air bersih seiring dengan peningkatan penduduk dan pertumbuhan pembangunan. Projek ini melibatkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) beserta skop projek yang berlainan: a. Program Peningkatan Bekalan Air Terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Timah Tasoh Negeri Perlis. i. Membina tambahan proses unit berkapasiti 24MLD dan menaiktaraf sistem pendosan bahan kimia di LRA Timah Tasoh sediada, ii. Pemasangan saluran paip air berdiameter 500mm dari LRA Timah Tasoh ke tangki sedutan Pembangunan Lembah Chuping serta kerja-kerja berkaitan. b. Menaiktaraf Loji Rawatan Air Arau Fasa IV, Negeri Perlis. i. Membina tambahan proses unit berkapasiti 40MLD dan menaiktaraf sistem pendosan bahan kimia di LRA Arau Fasa IV sediada, ii. Kerja-kerja membekal, memasang dan mengujiterima peralatan mekanikal dan elektrikal enapcemar sistem pam. c. Menaiktaraf Pam Air Mentah dan Pam Air Bersih Bertekanan Tinggi di Loji Rawatan Air Arau Fasa I, II Dan Ill serta Muka Sauk Guar Sanji. a. 23.56% telah siap sehingga November 2023 b. 82.0% telah siap sehingga November 2023 c. 6.59% telah siap sehingga November 2023
61 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 3 Projek Retikulasi Air a. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Retikulasi Negeri Perlis Tahun 2022 yang melibatkan 5 Kampung b. Projek Pemasangan Paip Air Dari Kolam Takungan Oran Ke Tangki Batu Bertangkup 95 % siap 95 % siap 4 Aduan Air Selesai Aduan air dibahagikan kepada beberapa kategori seperti berikut: Peratus aduan air selesai mengikut kategori adalah seperti berikut: i. Bocor Paip Sambungan: (4124 kes terima, 3510 kes selesai ) i. Bocor Paip Sambungan: 85.1% ii. Masalah Kualiti Air: (89 kes terima, 15 kes selesai ) ii. Masalah Kualiti Air: 16.9% iii. Bil Tinggi: (73 kes terima, 49 kes selesai ) iii. Bil Tinggi: 67.1% iv. Tekanan Rendah: (366 kes terima, 241 kes selesai ) iv. Tekanan Rendah: 65.8% v. Paip Bocor: (332 kes terima, 289 kes selesai ) v. Paip Bocor: 87.1% vi. Bekalan Air Putus: (760 kes terima, 522 kes selesai ) vi. Bekalan Air Putus: 68.7% vii.Kecurian Air: (23 kes terima, 19 kes selesai ) vii. Kecurian Air: 82.6%
62 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 5 Bil Akaun Pengguna Statistik pada tahun 2022: i) Domestik: 67,851 ii) Bukan Domestik: 10,114 iii)Rumah Ibadat: 357 Jumlah akaun pengguna: 78,322 Statistik pada tahun 2023: i) Domestik: 68,627 ii) Bukan Domestik: 10,541 iii)Rumah Ibadat: 371 Jumlah akaun pengguna: 79,539 Peratus peningkatan bil akaun pengguna mengikut kategori adalah seperti berikut: i) Domestik: 1.13% ii) Bukan Domestik: 4.05% iii) Rumah Ibadat: 3.8%
63 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 6 Teknologi / Inovasi Baru Digitizing Pipeline and Asset Hampir kesemua data pipeline dan aset air seluruh negeri Perlis telah didigitalkan supaya data ini mudah di simpan dan dikemaskini dalam bentuk mapping Integrasi di antara aplikasi di telefon pintar dan aplikasi di desktop Daripada software ArcGIS Online pengguna software ni mampu mencipta satu dashboard yang boleh mengtegrasikan data daripada aplikasi mobile ke aplikasi dekstop yang boleh mendapatkan data secara real time. Contoh: Dashboard Geocode Meter Pengguna, Dashboard Kerja Kebocoran Pengurusan NRW yang lebih berkesan Sistem NRW Manager dapat membuat analisis berkaitan dengan pengurusan data NRW yang lebih tepat dan mudah dianalisis. Alat mengesan kebocoran yang lebih tepat Alat ini diserahkan semasa projek NRW Pendekatan 1 yang membantu dalam pengesanan kebocoran yang lebih tepat dan efektif
64 Strategi Pelaksanaan II: Mempertingkat Prasarana dan Kemudahan Awam BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Projek RMK Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh, Perlis Projek telah diserahkan pada 30 Disember 2022. Klinik Kesihatan (Jenis 3) dengan Kuarters (2F/2G) Padang Besar, Perlis Projek telah diserahkan pada 10 Ogos 2023. Pembinaan Bangunan Tambahan 7BD Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Dan Lain-Lain Kemudahan Pendidikan Khas Di SMK Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Perlis Projek telah diserahkan pada 5 Mac 2023 Kompleks ICQS Wang Kelian Projek telah diluluskan menerusi projek sempadan pada tahun 2023 dan dijangka siap 2025. 2 Projek Pembangunan Negeri Menaiktaraf Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong, Perlis Projek telah diserahkan pada 16 Disember 2022. Menaiktaraf Masjid Darul Ulum, Wang Ulu, Bintong, Perlis Dijangka siap 29 Januari 2024 Pembangunan Ecotourism, Taman Ecotourism Taman Eko-Rimba Bukit Ayer, Perlis Projek telah diserahkan pada 15 April 2023. 3 Projek Tebatan Banjir Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Perlis, Perlis. Kos projek RM47.9 juta Terdapat 85 projek berkaitan Projek tebatan banjir Kos keseluruhan RM12.13 juta 4 Projek Infrastruktur Jalan Projek penyelenggaran jalan-jalan negeri di bawah peruntukan MARRIS Melibatkan 415 jalan dengan kos perbelanjaan sebanyak RM37.7 juta 5 Projek Empangan Timah Tasoh Projek Menaiktaraf Empangan Timah Tasoh (Fasa 3) Pembinaan Ban Perlindungan L5, L6 dan L7 Serta Kerja-Kerja Berkaitan (Pakej 3) Kos projek RM99.8 juta Projek dijangka siap pada 20 April 2026
65 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 6 Penggunaan Tenaga Diperbaharui Pemakaian panel fotovolta di kawasan terbuka bagi menjana tenaga elektrik sendiri menerusi Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui melalui program Pemeteran Tenaga Bersih 3.0 (NEM) Perjanjian Supply Agreement for Renewable Energy (SARE) di antara Syarikat Swasta (Mestron Energy Sdn Bhd) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran pada 5 Julai 2023 bagi Kompleks JPS Perlis 7 Projek Kemudahan Awam Projek infrastruktur dan kemudahan awam yang telah selesai penyerahan 1. Pembangunan Ecotourism Taman EkoRimba Bukit Ayer, Perlis 2. Kerja-kerja menaik taraf Dataran Sena, Kangar dan Kerja-Kerja Berkaitan. 3. Kerja-kerja membekal dan memasang tangka ‘horsereel’ dan ‘sprinkler’ di Padang Waremart, Padang Besar.
66 Strategi Pelaksanaan III: Melonjakkan Pendigitalan dan Teknologi Termaju BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Program Digitalisasi Sebanyak 36 inisiatif Pelan Digital telah dikenalpasti untuk dilaksanakan pada tahun 2023 dan sehingga November 2023 sebanyak 80.56% inisiatif telah dilaksanakan yang melibatkan 29 dari 36 inisiatif yang telah dikenalpasti. 80.56% telah siap sehingga November 2023 2 Jalur lebar talian tetap Penyediaan infrastruktur serta akses kepada internet jalur lebar berkelajuan gigabit melalui sambungan kabel gentian optik ke premis-premis di Negeri Perlis. Suku Ke-3 2023 : Tambahan baharu sejumlah 4,846 premis telah tersedia dengan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi. 3 Jalur lebar mudah alih (naiktaraf stesen pemancar 4G/LTE) Menaiktaraf stesen pemancar sedia ada daripada teknologi 2G/3G kepada teknologi 4G dan LTE-A bagi meningkatkan keupayan serta kelajuan internet mudah alih. Suku Ke-3 2023 : Tambahan baharu sejumlah 25 stesen pemancar telah dinaik taraf 4 100% liputan 4G di kawasan berpenduduk Menyediakan liputan mudah alih 4G dengan sekurang-kurangnya satu (1) operator pemberi perkhidmatan di kawasan yang mempunyai populasi penduduk. Suku Ke-3 2023 : Negeri Perlis telah mencapai 100% liputan 4G di kawasan berpenduduk. 5 Liputan 5G Menyediakan liputan serta akses kepada teknologi mudah alih 5G yang dapat meningkatkan kelajuan internet mudah alih ke tahap yang lebih tinggi. Oktober 2023: 44 lokasi telah selesai integrated oleh pihak DNB. Negeri Perlis telah mencapai 91.4% liputan 5G di kawasan berpenduduk.
67 Kerja Geocode Meter Pengguna Klinik Kesihatan (Jenis 3) Pauh, Perlis Menaiktaraf Loji Rawatan Air Arau Fasa IV, Negeri Perlis. Menaiktaraf Loji Rawatan Air Arau Fasa IV, Negeri Perlis. Menaiktaraf Pam Air Mentah dan Pam Air Bersih Bertekanan Tinggi di Loji Rawatan Air Arau Fasa I, II Dan Ill serta Muka Sauk Guar Sanji. Menaiktaraf Masjid Nurul Hikmah, Wang Besar, Bintong, Perlis Gambar Pelaksanaan Program / Aktiviti Bagi Teras 3 : Mempertingkat Kemampanan Infrastruktur Dan Kemudahan Di Negeri Perlis
68
TERAS UTAMA 4 MEMPERKUKUH PERLINDUNGAN SOSIAL DAN KEBAJIKAN RAKYAT NEGERI PERLIS
70
71 Teras utama 4 menyentuh hal ehwal kebajikan dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat negeri Perlis sentiasa terbela. Program kebajikan sosial sedia ada bagi isi rumah kurang berkemampuan seperti bantuan seperti pindahan tunai dan sokongan pendidikan akan terus disedia berdasarkan keperluan. Program kebajikan produktif seperti keusahawanan dan pembiayaan mikro akan dipergiat untuk menyediakan peluang ekonomi kepada peniaga yang berkelayakan. Selain itu, penyediaan bantuan baik pulih dan bina baru rumah kepada golongan sasar dan miskin tegar akan sentiasa dititikberatkan selain meningkatkan peluang golongan B40 untuk memiliki rumah melalui dasar dan penyediaan program perumahan mampu milik. Pemantapan kecekapan tadbir urus di peringkat Kerajaan Negeri menerusi pelaksanaan pelan-pelan strategik sedia ada akan dikoordinasi dengan sistematik bersama jabatan/ agensi bagi memastikan kejayaan organisasi dalam mencapai matlamat Perlis Negeri Bandaraya 2030. Selain itu, peningkatan pembudayaan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada penjawat juga sentiasa diberi penekanan menerusi latihan berdasarkan kompleksiti tugas dan lanskap persekitaran pekerjaan yang semakin kompleks.
72 Teras Utama 4 ini mengandungi tiga (3) strategik pelaksanaan merangkumi: i. Memperkasa Bantuan Kebajikan Bagi Pembangunan Sosio Ekonomi Rakyat • Peningkatan kadar Bantuan Am di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM800.00 dengan tambahan sebanyak RM400.00 daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. • Program bantuan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kadar RM1,000.00 hingga RM1,800.00. • Penghapusan Caj Perkhidmatan Wang Bantuan Pendidikan di bawah Dana Pendidikan Kerajaan Negeri bermula tahun 2023. ii. Menambah Baik Akses Kepada Rumah Mampu Milik • Bagi memastikan rakyat mendapat akses kepada rumah mampu milik, projek pembinaan 75 unit baru Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Besar telah bermula dan dijangka siap pada Julai 2025. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapat kelulusan bagi penyediaan Residensi Awam Simpang Empat. • Sehingga November 2023, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM0.7 juta bagi projek baik pulih dan bina baharu rumah kepada golongan sasar. iii. Memperkukuh Tadbir Urus Pentadbiran Kerajaan Negeri • Penyediaan Polisi Whistle Blower Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis yang dibangunkan selaras dengan Pelan Anti Rasuah Negeri Perlis (PAPs) 2021-2025, pelaksanaan Agenda Perlis Bersih Sihat 2021-2025 dalam memastikan kesejahteraan persekitaran. • Penambahbaikan Kemudahan dan Penawaran Gaji Baharu bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract For Service) yang telah berkhidmat selama lima tahun dengan kadar RM72.00 hingga RM200.00 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024. • Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis yang telah dinaiktaraf daripada Bahagian Pendakwaan Syariah daripada Jabatan Agama Islam Negeri.
73 Strategi Pelaksanaan I: Memperkasa Bantuan Kebajikan Bagi Pembangunan Sosio Ekonomi Rakyat BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Bantuan Kebajikan JKM Peningkatan kadar bantuan am di bawah peruntukan Kerajaan Negeri 1. Peningkatan kadar bantuan am di bawah JKM kepada RM800.00 dengan tambahan sebanyak RM400.00 daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. 2. Pemberian dan bantuan untuk kebajikan masyarakat termasuk individu dan keluarga melibatkan 10 buah Pusat Dalam Komuniti (PDK), 3 buah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) , 3 buah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dengan jumlah keseluruhan RM0.03 juta. 3. Pemberian dan bantuan untuk kebajikan masyarakat termasuk individu dan keluarga melibatkan 28 Pertubuhan Sukarela (NGO): Majlis Kebajikan Negeri Perlis berjumlah RM0.27 juta. 2 Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Pinjaman pendidikan serta bantuan dana pendidikan kepada mahasiswa dengan kadar yang berbeza mengikut taraf pengajian. Bantuan pendidikan ini telah memberi manfaat kepada 37 orang pelajar dengan peruntukan sebanyak RM0.17 juta. 3 Penghapusan Caj Perkhidmatan Wang Bantuan Pendidikan Sebelum ini, bantuan pendidikan yang diberikan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% Penghapusan caj perkhidmatan dikuatkuasan pada tahun 2023. 4 Bantuan Kemiskinan Tegar Pelaksanaan Program Basmi Miskin Tegar selaras dengan objektif nasional bagi menyifarkan miskin tegar pada tahun 2025 Bantuan peralatan keusahawanan, menjahit, pertanian, penternakan dan nelayan berjumlah RM0.32 juta. 5 Bantuan Bencana Bantuan kepada mangsa penjaja kecil akibat ribut, kebakaran di negeri Perlis dan kerjakerja penyelenggaraan pusat pemindahan sementara mangsa banjir Bantuan bencana yang telah disalurkan berjumlah RM0.49 juta.
74 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 6 Bantuan Kebajikan MAIPs Program Bantuan Serta Merta ke iPTA Bantuan sijil, diploma dan ijazah pertama. Bagi penerima sijil akan memperoleh sebanyak RM1,000.00, penerima diploma ialah sebanyak RM1,400.00, penerima ijazah sarjana muda sebanyak RM1,800.00 bagi setiap kali kemasukan. Melibatkan 2,599 orang. 7 Perkhidmatan Vending Machine Beras Pusat Khidmat ADUN Titi Tinggi telah menyediakan perkhidmatan vending machine beras kepada rakyat tempatan dengan tawaran harga yang lebih rendah iaitu RM2.00 / kilogram. Inisiatif ini telah dilaksanakan bermula daripada Oktober 2023. 8 Program Pembangunan Wanita Meningkatkan penglibatan dan kapasiti wanita dalam pelbagai sektor di semua peringkat melalui pelbagai program dan aktiviti pembangunan wanita. Terdapat 52 program yang dijalankan di bawah 4 teras bagi pemerkasaan dan pembangunan wanita seperti berikut: i. Wanita & Ekonomi; ii. Wanita & Kepimpinan; iii. Wanita Selamat iv. Wanita Sejahtera.
75 Strategi Pelaksanaan II: Menambah Baik Akses Kepada Rumah Mampu Milik BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Program Perumahan Rakyat Pembinaan Projek Perumahan Padang Besar iaitu Projek Rumah Malaysia (sewa) Padang Besar, Perlis oleh KPKT melibatkan peruntukan berjumlah RM23.4 juta PPR Padang Besar melibatkan 2 blok walkup apartment sebanyak 75 unit yang dijadualkan mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan pada Julai 2025. 2 Projek Naiktaraf Perumahan (RM) Kerja-kerja pembaikan yang melibatkan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Negeri Perlis. 1. Pembaikan dan penyelenggaraan Unit Rumah PAKR Wang Kelian dengan kos peruntukan berjumlah RM0.38 juta dijangka siap pada 15 November 2023. Projek ini ialah bagi membaik pulih unit-unit rumah PAKR sebelum dijual semula kepada umum. 2. Kerja – kerja mengecat dinding bangunan di PPR Bintong berjumlah RM0.41 juta 3. Kerja – kerja penyelenggaraan jalan di PPR Bintong berjumlah RM0.36 juta 4. Kerja-kerja penggantian tangki air dan sistem retikulasi serta kerja-kerja berkaitan di Blok B PPR Sena berjumlah RM0.26 juta. 5. Kerja-kerja penggantian 6 unit lif dan kerja-kerja berkaitan di PPR Sena berjumlah RM2.96 juta Nota : Jumlah peruntukan keseluruhan projek adalah RM4.37 juta 3 Residensi Awam Perlis Kelulusan bagi penyediaan PPR di kawasan Simpang Empat di bawah RP3 RMKe-12
76 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 4 Penempatan Semula Nelayan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah membangunkan Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) Fasa I di atas tanah milik Kerajaan Negeri di Kampung Wai, Mukim Kuala Perlis, Perlis. Projek ini menelan belanja RM10.54 juta di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan (TKPN) merangkumi komponen satu blok rumah kediaman pangsa lima tingkat mengandungi 60 unit rumah, pembinaan kemudahan awam iaitu surau dan dewan. Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) ini disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis kepada 17 penerima yang terdiri daripada golongan nelayan pada 21 Disember 2023. 5 Projek Baik Pulih dan Bina Baharu Rumah Projek membaik pulih dan membina rumah di bawah Kerajaan Negeri Perlis 1. Projek baik pulih rumah: 79 Projek RM0.56 juta 2. Projek bina baru: 3 Projek RM0.14 juta Nota : Jumlah peruntukan keseluruhan projek adalah RM0.7 juta. 6 Stok Perumahan Stok Perumahan: 4,848 unit 1. Perumahan awam: 4,652 unit. 2. Perumahan swasta: 196 unit. 7 Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) Kelulusan Kebenaran Merancang bagi projek Pembangunan dalam negeri • Bilangan permohonan KM : 37 permohonan • Lulus : 9 permohonan • Tolak : 4 permohonan • Dalam proses tunai syarat : 24 permohonan
77 Strategi Pelaksanaan III: Memperkukuh Tadbir Urus Pentadbiran Kerajaan Negeri BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 1 Penandaan dan pengukuran Sempadan Darat dan Maritim antara Negeri Kedah dan Negeri Perlis Pengukuran kawasan darat sepanjang 44.3 kilometer & sempadan maritim sepanjang 5.6 kilometer atau tiga batu nautika Negeri Kedah dan Perlis merupakan negeri pertama memuktamadkan Perjanjian sempadan darat dan maritim secara serentak. Majlis menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Negeri Kedah-Perlis ini telah ditandatangani pada 29 Mei 2023. 2 Agenda Perlis Bersih Sihat (2021-2025) Model Perlis Bersih Sihat merupakan satu pendekatan holistik bagi mewujudkan sebuah negeri yang bersih, sihat, indah, mampan dan Sejahtera melalui pembudayaan amalan kebersihan diri, penjagaan Kesihatan keluarga, komuniti dan Masyarakat dalam usaha melestarikan alam sekitar. 1. Penyediaan 20 tong sampah kecil dan 7 tong pusat di kawasan tumpuan baru Persisiran Pantai Kuala Perlis 2. Kempen ‘Nat’ Bebas Sampah Negeri Perlis telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Perlis pada 17 Mac 2023 di Nat Behor Lateh, Kayang 3. Program pembersihan awam/ gotongroyong di beberapa kawasan terpilih (Jeti LKIM Kurong Tengar dan Pulau Batu Layang pada 9 Februari 2023, Gotong-Royong Mega 1.0 2023 Peringkat Negeri Perlis, World Clean Up Day Peringkat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis) 4. Sebanyak RM0.10 juta telah diperuntukkan bagi membina perangkap sampah (log boom) termasuk kerja-kerja pembersihan di Sungai Baru, Simpang Empat di bawah Projek Pembersihan Pantai (Perangkap Sampah) 5. Projek rintis kutipan sampah di 15 buah kampung terpilih dengan kos tahunan sebanyak RM0.03 juta.
78 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 3 Operasi Tindakan Bersepadu Penguatkuasaan Gerai-Gerai Tepi Jalan dan Gerai-Gerai Terbiar Negeri Perlis melalui Jawatankuasa Operasi Tindakan Bersepadu sepanjang tahun 2023. 96% atau 135 buah Gerai Tepi Jalan dan Gerai Terbiar telah selesai dirobohkan meliputi gerai berstruktur binaan kekal dan tidak kekal yang dibina di atas tapak yang tidak dibenarkan termasuklah di rezab-rezab kerajaan dan di kawasan perumahan. 4 Polisi Pentadbiran Kerajaan Menyediakan satu platform whistle blower sebagai kaedah melaporkan penyalahgunaan kuasa dan memanipulasi fakta/ maklumat. Ianya bagi menangkis persepsi dan prasangka negatif masyarakat terhadap Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistle Blower), Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis yang dibangunkan selaras dengan Pelan Anti Rasuah Negeri Perlis (PAPs) 2021-2025. Menyediakan satu polisi dan prosedur untuk mengkoordinasi komunikasi di dalam organisas dan juga lain-lain agensi luar termasuk pihak media, badan pengawal, pelanggan, pembekal dan stakeholder semasa berlakunya sesuatu krisis/bencana ataupun isu-isu kontroversial. Pelan Komunikasi Krisis (CCP), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. 5 Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) Tahun 2023. i. Penilaian naziran SKPPSM diadakan dua (2) tahun sekali oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). ii. Objektif naziran adalah untuk memastikan perkhidmatan psikologi adalah relevan, berkualiti dan berdaya saing. Selain memastikan pelaksanaan aplikasi psikologi adalah menyeluruh. Penarafan empat (4) bintang.
79 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 6 Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) i. IKPM dilaksanakan pada setiap tahun. ii. Ia mengukur tahap kesejahteraan psikologi penjawat awam berdasarkan lima (5) domain iaitu; emosi positif, emosi negatif, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan kesejahteraan sosial. iii. IKPM menjadi penanda aras dalam usaha mengenalpasti dan mewujudkan intervensi dalam meningkatkan kesejahteraan psikologi rakyat dan khususnya penjawat awam. Pada tahun 2023, indeks komposit IKPM di pentadbiran ini ialah 7.94 (sederhana). 7 Pengukuhan perjawatan dan struktur organisasi jabatan negeri i. Pengukuhan perjawatan dan struktur organisasi adalah perlu dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan bilangan perjawatan, gred perjawatan dan skim adalah relevan dan bertepatan dengan kompleksiti, bebanan tugasan fungsi semasa agensi. ii. Pengukuhan perjawatan hendaklah dilaksanakan hanya melalui kaedah tukar ganti (trade-off) jawatan sedia ada atau redeployment. Setelah bebarapa siri libat urus/ Bengkel dan mesyuarat bersama pihak JPA, pihak JPA memaklumkan bahawa permohonan pengukuhan perjawatan Jabatan Pengairan dan Saliran Perlis telah berada di fasa akhir untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Organisasi (JKKPO) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.
80 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 8 Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis i. Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pengasingan Bahagian Pendakwaan Syariah daripada Jabatan Agama Islam Negeri untuk dinaktaraf kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri. ii. Rasionalnya Pendakwa dan Pegawai Siasatan tidak boleh bersekali dalam menjalankan peranan dan tugas hakiki. iii. 12 perjawatan telah diwujudkan melalui kaedah trade off dan redeployment. Jabatan ini akan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2023. 9 Pelantikan Majlis Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (MPKK) Negeri Perlis Pelantikan anggota MPKK dalam memastikan pengurusan tadbir kampung dan bertindak sebagai perantara di peringkat akar umbi yang akan menyalurkan sebarang permasalahan atau aduan kepada pihak-pihak yang berkuasa dan berkaitan terhadap sesuatu isu yang melibatkan komuniti. Pelantikan MPKK yang melibatkan 387 cawangan dan 4,644 orang anggota di peringkat komuniti telah dilaksanakan pada 6 November 2023.
81 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 10 Penambahbaikan Kemudahan dan Penawaran Gaji Baharu Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract For Service) Di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis i. Lantikan Kakitangan Kontrak CFS adalah seramai 182 orang ii. Keperluan penambahbaikan kemudahan dan penawaran gaji kepada pegawai lantikan kontrak CFS adalah untuk menambahbaik kemudahan, gaji serta sebagai penghargaan kepada mereka. iii. Penambahbaikan ini adalah seiring dengan Manifesto Kerajaan Negeri yang memberi fokus kepada kebajikan rakyat Perlis. Manifesto ini mengkaji pemberian cuti serta bayaran insentif tahunan yang lebih mesra sejajar dengan penyusunan dan peningkatan kejayaan Ekonomi Negeri. Penambahbaikan ini akan dilaksanakan sepenuhnya kepada pegawai lantikan secara CFS mulai Januari 2024. Penambahbaikan kemudahan dan penawaran gaji baharu seperti berikut: 1. Cuti sakit (kerajaan/ swasta) dan cuti hospitalisasi bergaji penuh sebanyak 10 hari. 2. Cuti bersalin bergaji penuh selama 30 hari terhad kepada dua (2) orang anak dalam tempoh kontrak bagi pegawai yang telah berkhidmat sekurangkurangnya 12 bulan. 3. Cuti isteri bersalin bergaji penuh selama tiga (3) hari terhad kepada tiga (3) orang anak bagi pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 12 bulan. 4. Cuti kuarantin bagi menjaga anak yang terkena penyakit berjangkit selama lima (5) hari bagi pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 24 bulan. 5. Penawaran gaji baharu diberikan kepada Pegawai Lantikan CFS yang telah berkhidmat lima (5) tahun atau 60 bulan ke atas dengan penawaran satu amaun kadar kenaikan daripada gaji lantikan tahun semasa seperti berikut: Kesetaraan Gred Kadar Kenaikan 41 RM200.00 29 RM130.00 19 RM90.00 11 RM72.00
82 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 11 Pelaksanaan latihan kepada penjawat awam Peningkatan kompetensi penjawat awam melalui penganjuran latihan secara generik / fungsian adalah sangat penting bagi memantikan kompetensi penjawat awam adalah di tahap tertinggi bagi menggerakkan jentera Kerajaan negeri. Sebanyak 54 Latihan telah dijalankan meliputi pelbagai bidang generic dan fungsian kepada penjawat awam di Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri. 12 Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Program ini bertujuan untuk: i. Memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan penjawat awam. ii. Menyediakan platform bagi meningkatkan kebolehan dan keupayaan penjawat awam untuk berinovasi. iii. Mengiktiraf hasil projek inovasi dan penciptaan dalam sektor awam. Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis 2023 telah dilaksanakan pada 16 Oktober 2023. Pelbagai projek inovasi telah dihasilkan melalui pertandingan penghasilan inovasi sempena program berkenaan.
83 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 13 Enakmen dan Perundangan Subsidiari Negeri Perlis i. Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam Bagi Pengeluaran Tanah Daripada Hutan Simpanan Kekal Negeri Perlis 2023 Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1987 ii. Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Perlis (Pindaan Jadual Keempat) 2020 Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1987 iii. Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam (Perakuan Pemastautin) Negeri Perlis 2023 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006 iv. Kaedah-Kaedah Undang-Undang Keluarga Islam (Borang & Fi) Negeri Perlis 2023 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006 v. Peraturan-Peraturan Taman Awam Negeri Taman Buah-Buahan Eksotik (Fi) 2023 Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 vi. Peraturan-Peraturan Taman Awam Negeri Pusat Kecemerlangan Mangga Harumanis Bukit Bintang 1 (Fi) 2023 Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 vii. Peraturan-Peraturan Taman Awam Negeri Taman Agrovet Perlis (Fi) 2023 Enakmen Taman Awam Negeri Perlis 2021 viii. Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) (No. 22) 2022 ix. Enakmen Kumpulan Wang Bantuan Pendidikan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 x. Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No. 1) 2023 xi. Enakmen Perhutanan Negara (Pindaan) (No.2) (Pemakaian) 2023 11 enakmen telah diwartakan.
84 BIL PROGRAM / AKTIVITI KETERANGAN PENCAPAIAN 1 TAHUN 14 Pengukuhan Integriti Sebanyak 3 bengkel berkaitan pengukuhan integriti dan pengurusan tatatertib telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Korporat dan Integriti. Sebanyak 148 jumlah aduan telah diterima sepanjang November 2022 hingga November 2023 dalam 7 kategori (tanah, ketenteraman awam, kemudahan awam, kebersihan, kakitangan, infrastruktur dan aduan pelbagai) dan telah diambil tindakan dan diselesaikan sepenuhnya. Memuktamadkan pindaan bagi PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Negeri Perlis 1993 serta PeraturanPeraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Perlis 1993 agar kedua-dua peraturan utama ini lengkap serta seragam dengan peraturan yang digunakan di peringkat persekutuan.
85 PPR Padang Besar Pembaikan Rumah PAKR Wang Kelian Papan Tanda Kebersihan di bawah Agenda Perlis Bersih Kempen ‘Nat’ Bebas Sampah Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) Tahun 2023. Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis Gambar Pelaksanaan Program / Aktiviti Bagi Teras 4 : Memperkukuh Perlindungan Sosial Dan Kebajikan Rakyat Negeri Perlis
86
87 RUMUSAN DAN HALATUJU KERAJAAN NEGERI PERLIS Melihat kepada pencapaian Kerajaan Negeri Perlis 2022-2023, usaha dibuat secara menyeluruh bagi membangunkan Negeri Perlis dan dalam pada yang sama membantu rakyat mendepani cabaran yang mendatang. Pencapaian ini melibatkan sokongan dan penglibatan pelbagai pihak dalam usaha memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di Negeri Perlis. Kerajaan Negeri Perlis akan terus mengorak langkah untuk memastikan kesinambungan pembangunan negeri dan sistem penyampaian mantap dapat dilaksanakan. Ia adalah selaras dengan usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi serta kehidupan rakyat Negeri Perlis ke arah yang lebih baik. Penerokaan peluang-peluang baharu akan dilaksanakan bagi memastikan ekonomi Negeri Perlis terus bertambah maju, berdaya saing dan mampan. Bagi maksud ini, Kerajaan Negeri Perlis memerlukan sebuah organisasi yang utuh bagi menyokong keperluan perancangan pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan yang akan dijalankan. Jabatan / Agensi Kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat ini serta disokong oleh kesemua jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis. Melalui Rancangan Struktur Negeri (RSN) 2030 yang disediakan, tekad dan iltizam akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri bagi merealisasikan matlamat Perlis Negeri Bandaraya menjelang tahun 2030. Pelan-pelan yang dirancang menjadi panduan kepada hala tuju dasar dan program yang seterusnya memandu ke arah pelaksanaan secara strategik untuk mencapai sasaran yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri. Kerajaan Negeri Perlis akan turut memberikan penekanan terhadap pembangunan digital Negeri Perlis. Penggunaan teknologi terkini dalam semua usaha dan inisiatif dapat meningkatkan produktiviti dan nilai tambah. Dasar dan pendekatan yang mesra pelabur akan diteruskan sebagai bukti komitmen tinggi Kerajaan untuk bekerjasama dan menerima kehadiran para pelabur sebagai rakan usahasama dalam membangunkan ekonomi. Usaha menarik pelabur perlu digerakkan secara bersepadu merentasi kementerian dan agensi dengan kepentingan negeri diletakkan sebagai matlamat utama. Agenda Perlis Baharu memerlukan keprihatinan dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Kemakmuran akan dapat dicapai melalui tanggungjawab bersama, termasuk hubungan rapat di antara Kerajaan Negeri Perlis dan Kerajaan Persekutuan. Komitmen yang tidak berbelah bahagi dengan sepenuh jiwa dan raga amatlah diperlukan dalam pekerjaan untuk merealisasikan perubahan dan aspirasi rakyat.
88 PENGHARGAAN Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam penyediaan Buku Pencapaian Setahun Kerajaan Negeri Perlis 2022 – 2023 ini. Sumbangan idea, fakta, informasi, pandangan, kritikan membina dan apa jua bentuk nilai tambah yang diterima diselaraskan dan dimasukkan ke dalam buku pencapaian ini.
HARI KELEPASAN AM NEGERI PERLIS TAHUN 2024 BIL PERISTIWA TARIKH 1 Tahun Baru Cina * Tahun Baru Cina (Hari Kedua) * 10 Februari 2024 11 Februari 2024 2 Israk dan Mikraj # 8 Februari 2024 3 Hari Nuzul Al – Quran # 28 Mac 2024 4 Hari Raya Puasa * Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * 10 April 2024 11 April 2024 5 Hari Pekerja * 1 Mei 2024 6 Hari Wesak * 22 Mei 2024 7 Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis # 17 Mei 2024 8 Hari Keputeraan SPBYDP Agong Malaysia * 3 Jun 2024 9 Hari Raya Qurban * Hari Raya Qurban (Hari Kedua) # 17 Jun 2024 18 Jun 2024 10 Awal Muharam (Maal Hijrah) * 8 Julai 2024 11 Hari Kebangsaan * 31 Ogos 2024 12 Hari Malaysia * 16 September 2024 13 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) * 15 September 2024 14 Hari Deepavali * 31 Oktober 2024 15 Hari Krismas* 25 Disember 2024 Catatan * Hari Kelepasan Am Persekutuan # Hari Kelepasan Am Negeri ** Tertakluk Kepada Perubahan Jika mana-mana hari kelepasan am itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari kelepasan am yang lain, maka hari tersebut hendaklah digantikan dengan hari esoknya dan jika hari esoknya itu juga telah sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya pula hendaklah dijadikan hari kelepasan, dan begitulah seterusnya. Jika hari kelepasan itu jatuh pada hari Sabtu, tidak ada hari kelepasan ganti baginya.
KALENDAR PELANCONGAN NEGERI PERLIS TAHUN 2024 JANUARI FEBRUARI MAC Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program 27 & 28 Januari MAIPs Perlis International Sunnah Convention 2024 PKENPs Karnival Tekstil Dan Perabot 1 – 3 Mac Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Perlis Pesta Angin Timur Di Kg. Lat 1000 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Himpunan Lembu Sado 3.0 Utara Di Taman Agrovet 6 Mac MAIPs, JMNPs, JAIPs, JKSNPs, KUIPs, UMAM, PCW, YIPs Seminar Serantau Jati Diri Melayu Islam 16 & 17 Februari JMNPs Majlis Ilmuan Nusantara 10 Mac MAIPs Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1445h & Pelancaran Zakat Fitrah & Bulan Wakaf MAIPs JAIPs Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Perlis 24 & 25 Februari MAIPs Revert Gathering 2024
APRIL MEI JUN Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program 8 April JMNPs Majlis Ruqyah Hilal Syawal 1445h 10 – 12 Mei JMNPs Program Perkampungan Sunnah 2024 6 Jun MAIPs Majlis Rukyah Hilal Zulhijjah 1446H 19 – 21 April Persatuan Pelukis Negeri Perlis Program Seni & Komuniti: Seharum Manis 10 – 12 Mei Jabatan Mineral Dan Geosains Fossil Festival Jabatan Pertanian Negeri Perlis Pesta Buah-Buahan Jabatan Pertanian Negeri Perlis Festival Mangga Harumanis Perlis 16 Mei MAIPs Wacana Wansa Jamalulail Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Musim Bunga Kenaf Jabatan Pertanian Negeri Perlis Harumanis Run 16 – 18 Mei Pejabat DYMM Malam Kilauan Cahaya LKIM Festival Mencandat Sotong Dan Memukat Ikan 24 – 26 Mei Hari Peladang, Pentenak dan Nelayan (HPPN) 24 – 26 Mei Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Himpunan Outdoorians Malaysia 24 – 26 Mei MAIP & PCW The 10th Regional Dakwah Conference 2024 Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara Musim Bunga Kenaf
JULAI OGOS SEPTEMBER Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program 24 – 26 Julai Jabatan, Mineral Dan Geosains Junior Camp Geologist Camp 2 – 4 Ogos Jabatan Pertanian Negeri Perlis Wang Gunung Trail Run MOTAC Pesta Air Kuala Perlis Jabatan Pertanian Negeri Perlis Hari Terbuka Taman Buah-Buahan Eksotik 2 – 4 Ogos Jabatan Pertanian Negeri Perlis Perasmian Pembukaan Taman Buah-Buahan Eksotik MOTAC & LKIM Pesta Makanan Dan Hasil Laut Jabatan Perikanan Negeri Perlis Rasa-Rasa Akuakultur NGO The North Wall 3.0 Rock Climibing Competition Bukit Keteri LKIM Pertandingan Bot Berhias NGO Pertandingan Paintball Piala YB SUK JPS Sambutan Hari Sungai Peringkat Negeri Perlis 29 September Muzium Kota Kayang Cilik Merdeka @ Muzium 30 September – 1 Oktober JKKN PERLIS Mai Pakat Hingaq @Perlis 2024(Siri 1)
OKTOBER NOVEMBER DISEMBER Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program Tarikh / Tempat Program 21 & 22 Oktober JKKN Perlis Mai Pakat Hingaq @ Perlis 2024(Siri 2) Lembaga Kenaf & Tembakau Negara Musim Bunga Kenaf 7 – 8 Disember Jabatan Pertanian Negeri Perlis Nakawan Ultra Run 23 – 25 Oktober Jabatan Mineral Dan Geosains Himpunan Geoguide Ekopelancongan 28 & 29 Disember Jabatan Pertanian Negeri Perlis Hooligan Camping 26 & 27 Oktober Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Bird Race MAIPs & Al Khaadem International Youth Camp Lembaga Kenaf & Tembakau Negara Musim Bunga Kenaf MSN Perlis International Marathon Jabatan Belia dan Sukan Hari Sukan Negara PKENPs Border Fest 25 – 27 Oktober Muzium Kota Kayang Karnival Silang Budaya Malaysia- Thailand
SMART MAP PELANCONGAN NEGERI PERLIS