LAPORAN TAHUNAN
Kata Alu-Aluan Pengarah Maklumat Korporat Memperkasa Agenda Dakwah Pengurusan Pendidikan Yang Holistik Memperkasa Tadbir Urus Institusi Masjid Memperkasa Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Pengukuhan Institusi Keluarga Pemantapan Program Penyelidikan Dan Perancangan Strategik Jabatan Memperkasa Pengurusan Organisasi Dan Pembangunan Fizikal JAWI @ Media ISI KANDUNGAN 45 31 11 47 63 73 83 89 101
MAKLUMAT KORPORAT
2021 merupakan tahun kedua mendepani wabak pandemik Covid-19 dengan pelbagai cabaran menguruskan krisis terbesar yang melanda negara. JAWI selaku agensi peneraju pengurusan hal ehwal Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mengorak langkah berpandukan strategi dan perancangan yang telah diatur bagi menyantuni masyarakat khususnya umat Islam demi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat terus dinikmati oleh pelbagai pihak. Beberapa garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dikemaskini selaras dengan situasi semasa manakala sebahagian besar program dilaksanakan secara hibrid yang mengutamakan inovasi dan kreativiti dalam penyampaian. Sebahagian situasi yang dihadapi adalah pengalaman baharu bagi JAWI seperti pengurusan jenazah Covid-19 dan pernikahan secara dalam talian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh. Namun inisiatif tersebut dilaksanakan agar kemaslahatan masyarakat sentiasa terpelihara. Program sumbangan dan bantuan bagi meringankan beban golongan asnaf dan memerlukan dipergiatkan melalui program JAWI Food Bank dan Dapur It’am. Bahkan agenda meringankan kesusahan yang dialami oleh masyarakat turut diperluaskan dengan penglibatan JAWI dalam misi bantuan bencana dan musibah melalui Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). JAWI juga memberikan khidmat bantuan pelupusan al-Quran yang rosak akibat banjir yang melanda sekitar Lembah Klang dan Pahang di Pusat Pemuliaan Al-Quran Darul Kalam. Selain itu, buat julung kalinya JAWI menganugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan kepada salah seorang penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS) yang merupakan “wira tidak didendang” bagi menghargai dedikasi dan komitmen para petugas barisan hadapan yang telah banyak melalui tempoh getir dan mencabar dalam membantu mempermudahkan urusan umat Islam. KATA ALU-ALUAN PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL PENGARAH Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kolaborasi strategik dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara terus dipergiatkan bagi memastikan impak yang maksimum kepada masyarakat. Segala program dan inisiatif yang memberikan banyak manfaat kepada masyarakat dapat disoroti melalui liputan meluas yang diberikan oleh pelbagai media terhadap gerak kerja JAWI. Semua usaha tersebut dilakukan demi memenuhi ekspektasi para pemegang taruh dan pihak berkepentingan terutamanya rakyat agar penghayatan dan pengamalan cara hidup Islam dapat terus dipertahankan dalam masa yang sama golongan bukan Islam turut merasai keindahan ajaran Islam melalui dakwah bil hal. 4 Laporan Tahunan 2021
SEJARAH PENUBUHAN 1974 2001 2018 1987 2016 1984 1978 Ditubuhkan dengan nama Urus Setia Majlis untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Diletakkan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) setelah kementerian ini diwujudkan JAWI diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selepas KWP dimansuhkan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan ditubuhkan secara berasingan dengan JAWI JAWI diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Pewujudan JAWI Cawangan Labuan Pewujudan JAWI Cawangan Putrajaya . Laporan Tahunan 2021 5
NILAI BERSAMA J W I Sentiasa responsif, kreatif, inovatif, proaktif, progresif, dan berkeperibadian mulia Penyampaian perkhidmatan kepada seluruh masyarakat awam secara inklusif dan berintegriti Mempunyai kompetensi dan kepakaran dalam penyampaian perkhidmatan JIWA JUARA WIBAWA INSANIAH “Sentiasa Dicontohi” MOTO VISI MISI Peneraju Pengurusan Hal Ehwal Islam Secara Komprehensif Ke Arah Kesejahteraan Ummah Memperkasakan Pengurusan Hal Ehwal Islam Secara Efisien Dan Efektif Berteraskan Maqasid Syariah Untuk Kesejahteraan Ummah A Penyampaian perkhidmatan dengan amanah, telus dan sentiasa bersesuaian dengan keperluan semasa AKAUNTABILITI 6 Laporan Tahunan 2021
COGAN KATA: “JAWI” tulisan rumi berwarna merah bermaksud organisasi yang sentiasa berani, tegas dan dihormati. “SENTIASA DICONTOHI” Kedudukan di tepi bucu sebagai keperluan menjaga akhlak dan pelengkap kepada keseluruhan iman di samping JAWI bergerak sebagai organisasi ikutan dan sentiasa berada di hadapan bergerak bersama-sama organisasi yang lain. LOGO JAWI BENTUK: Bentuk seperti kitab yang tidak berbucu bermaksud kebolehan JAWI untuk beradaptasi dengan zaman dan masyarakat. Adaptasi ini meliputi tiga kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Pendukung kepada aspirasi ini menerusi penerapan ilmu dan amalan Al-Quran dan AlHadis yang menjadi petunjuk sepanjang zaman dan generasi. Tiga bentuk Kitab yang menadah ke atas simbolik doa dan tiga negeri. Lima bentuk bulat kecil simbolik masyarakat dan generasi terbilang dan ia mewakili kepada Rukun Islam. KOD LOGO: Sentiasa Dicontohi WARNA: KUNING : Islam di bawah bidang kuasa Diraja dan ketelusan pengurusan BIRU TUA : Kematangan dan Keteguhan Organisasi JAWI MERAH : Keberanian, Ketegasan dan Toleransi PUTIH : Keluhuran dan Kesucian Niat SIMBOL: Corak: Melengkung - yang meliputi logo simbolik kepada kuasa dan penguatkuasaan Garis lengkung- corak disatukan dengan simbol genggaman lima jari bermaksud keteguhan JAWI Anak Bintang Lima: Simbolik Rukun Islam dan kedudukan tertinggi Islam di Malaysia JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kedudukan di dalam bentuk lembaran bermaksud kekuatan dan keteguhan JAWI sebagai organisasi Islam yang utama. Laporan Tahunan 2021 7
DATUK HAJI MOHD AJIB BIN ISMAIL Pengarah SHAMSUL AKMAL BIN ABD. AZIZ Timbalan Pengarah (Pengurusan) HAJI MOHD FADZIL BIN ABU KASIM Timbalan Pengarah (Operasi) PENGURUSAN TERTINGGI 8 Laporan Tahunan 2021
DR. MOHD ZAKUWA BIN RODZALI Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid NOR HANIM BINTI ABDUL HALIM Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran MASTUYAH BINTI SAHARI Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Putrajaya ROZIMI BIN ZAMRI Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan & Pembangunan Keluarga MAHFUZAH BINTI ZOHDI Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan HAJI MUHYIDIN BIN AZIZ @ SAARI Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan KHARUNNA’IM BIN RAMLI Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan AZMAL AZRI BIN ABDUL AZIZ Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan SHARIDAH BINTI ZAINAL ABIDIN Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Labuan SITI RAZMAH BINTI IDRIS Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah LOKMAN HAKIM BIN ABDUL RAHIM Ketua Unit Integriti TIADA DALAM GAMBAR: Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Laporan Tahunan 2021 9
LAGU KORPORAT JAWI Menjulang Tinggi Amanah Agama Menyuluh Jalan Hidup Bahagia Bersatu Hati Dengan Tekad Suci Memimpin Ummah ke Gerbang Jaya Al-Quran dan Sunnah Jadi Panduan Merintis Ummah Hidup Harmoni Akhlak Yang Mulia Jadi Pedoman Pemangkin Hidup Muslim Sejati Membela Ummah Agar Tidak Mundur Teknologi Baru Sentiasa Disalur Ikhlas Berbakti Membentuk Peribadi Menabur Jasa Bantu Pertiwi Membangun Hidup Yang Berkualiti Di Semua Segi Rohani Jasmani Berpadu Ilmu Amal dan Bakti Bangun Menegakkan Syiar Islam Bulatkan Semangat Teruskan Khidmat JAWI Cemerlang Menyahut Seruan JAWI Gemilang Jana Kemajuan JAWI terbilang Sentiasa Dicontohi SENTIASA DICONTOHI 10 Laporan Tahunan 2021
MEMPERKASA AGENDA DAKWAH
SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN DALAM NORMA BAHARU Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan merupakan program rasmi peringkat negeri yang diadakan setiap tahun sebagai manifestasi dalam usaha mengajak umat Islam merenung dan mengambil pengajaran dari peristiwa Hijrah Rasulullah SAW. Bertemakan “Semarak Cinta Rasul 1443H”, penganjuran majlis diadakan dalam suasana norma baharu bagi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Sambutan dimulakan dengan majlis bacaan doa akhir dan awal tahun 1443H di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran yang terhad dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pengumuman Penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H disiarkan secara langsung melalui saluran TV AlHijrah oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 12 Ogos 2021. Tokoh Utama Ma’al Hijrah 1443H telah dianugerahkan kepada Mejar Jeneral (B) Dato’ Haji Kamaruddin bin Haji Mamat yang merupakan mantan Ketua Pengarah KOR KAGAT. Lima penerima Anugerah Khas Ma’al Hijrah ialah Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn. Bhd.; Dato’ Dr Haji Ramly bin Mokni (Kategori Tokoh Korporat), Pengarah Jabatan Kesihatan WP Labuan; Dr Ismuni bin Bohari (Kategori Tokoh Frontliners I) , Penggali Kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah; Encik Roslee bin Ali (Kategori Tokoh Frontliners II), Pembantu Mubaligh di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Puan Nur Maisarah Leong Yoke Keen (Kategori Tokoh Mualaf) dan selebriti TV Media Prima Berhad; Encik Ahmad Fedtri bin Yahya (Kategori Pendakwah Kreatif). 12 Laporan Tahunan 2021
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN SECARA MAYA Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M berlangsung selama empat hari bermula 20 hingga 23 September 2021 secara dalam talian dan melalui facebook rasmi JAWI bagi mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Johan Qari dan Qariah telah dianugerahkan kepada Muhammad Ammar Mukhlis bin Abdul Mohsin dan Puan Lailasari binti Sabran manakala bagi Johan Hafazan Kategori 1-30 Juzuk dimenangi oleh Ahmad Afiq bin Ahmad Shukri dan Athirah Salihah binti AlAzmi. Laporan Tahunan 2021 13
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah hadir menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan pada 19 Oktober 2021 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan bertemakan “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti”. Majlis tersebut dihadiri seramai 300 orang jemputan selaras dengan Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Penerima Anugerah Tokoh Utama bagi tahun 1443H dianugerahkan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Anugerah Khas Individu ialah YBhg. Dato’ Mohd Khay bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group Berhad, manakala bagi Kategori Surau telah dianugerahkan kepada Surau Jumaat Al-Hikmah PPR Beringin. SIRAJ Saidina Uthman bin Affan telah berjaya merangkul anugerah Kategori Sekolah Rendah Agama (SRA)/Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Kategori Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS) iaitu Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dan bagi Kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) dianugerahkan kepada Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jam’iyah). Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan telah menerima Anugerah Khas Organisasi Kategori Masjid yang merupakan masjid perintis program community freezer menempatkan peti simpanan sejuk beku bagi menyediakan bekalan makanan basah seperti ikan, ayam dan daging kepada golongan yang terkesan dan memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Inisiatif tersebut sekaligus menyerlahkan fungsi masjid yang bukan semata-mata menjadi tempat beribadah tetapi juga menyantuni keperluan dan kebajikan ummah. 14 Laporan Tahunan 2021
Seramai 100 orang anak yatim di rumah anak yatim Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia telah disantuni melalui Program Jalinan Kasih dan Khidmat Bakti JAWI sempena Program Semarak Cinta Rasul 1443H/2021M pada 24 Oktober 2021. YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas kepada YBhg. Dato’ Faridah binti Haji Omar Shah, Presiden Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia. PROGRAM JALINAN KASIH DAN KHIDMAT BAKTI JAWI PENGURUSAN JENAZAH ORANG ISLAM YANG DISYAKI ATAU DISAHKAN DIJANGKITI COVID-19 Pasukan Petugas Khas Pengurusan Jenazah Covid-19 (PPJC-19) JAWI telah dibentuk melalui kolaborasi bersama JAKIM di bawah Pasukan Petugas Khas Pengurus Jenazah Negara dengan keanggotaan seramai 120 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI, JAKIM, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Pejabat Mufti (Labuan) dan MAIWP (Labuan). Pasukan yang diwujudkan ini melaksanakan peranan yang penting dalam pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau dijangkiti Covid-19 melibatkan 17 buah hospital/pusat perubatan di Wilayah Persekutuan. Sepanjang tahun 2021 sebanyak 3,734 jenazah telah diuruskan oleh pasukan berkenaan. Laporan Tahunan 2021 15
PROGRAM ZIARAH RAMAH YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad AlBakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir menyantuni pesakit di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) pada 8 April 2021. Turut serta ialah YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dan YBhg. Brig. Jen. Dato’ Dr. Muhammad Amiruddin bin Hamdan, Pegawai Memerintah, HATTM. Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk memberi sokongan moral kepada pesakit di samping mempamerkan komitmen JAWI menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan bebanan pesakit. Sepanjang tahun 2021, JAWI telah melaksanakan empat siri Program Ziarah RAMAH (Rakan Masjid Hospital) yang melibatkan seramai 250 orang pesakit. Program serupa juga turut dianjurkan oleh JAWI Cawangan Labuan secara berkala di Hospital Nukleus Wilayah Persekutuan Labuan. Program yang melibatkan 40 orang peserta merupakan salah satu pendekatan penyampaian dakwah bil hal di samping dapat menghulurkan sumbangan serta menyantuni sesama muslim dalam menyebar luas dakwah dan keindahan Islam. Inisiatif berkenaan juga dapat mewujudkan jaringan kerjasama dakwah dengan pelbagai agensi dalam aktiviti kemasyarakatan. 16 Laporan Tahunan 2021
Bahagian Pengurusan Dakwah melalui Unit Kebajikan Islam telah melaksanakan Program “Masih Ada Yang Sayang” pada 26 Oktober 2021 di Rumah Perlindungan KITA, Kuala Lumpur yang melibatkan 40 orang penghuni. Program dilaksanakan bertujuan untuk menyantuni para penghuni dengan pengisian kerohanian dan motivasi. Penyampaian sumbangan PROGRAM “MASIH ADA YANG SAYANG” Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Tunku Azizah telah berkolaborasi dengan Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI untuk memberikan khidmat nasihat kepada wanita yang melahirkan anak tanpa pernikahan. Khidmat nasihat ini bertujuan untuk memberikan panduan dan bimbingan bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah yang dihadapi. Sesi tersebut juga merupakan dakwah bil lisan yang memberikan penjelasan dan kefahaman berkaitan tanggungjawab dalam agama serta dapat menyalurkan maklumat berkaitan peruntukan undang-undang Islam yang melindungi hak setiap insan terutamanya wanita. Sepanjang tahun 2021, seramai 100 orang peserta telah mengikuti sesi khidmat nasihat berkenaan. berupa cek bernilai RM5,000.00, barang keperluan harian bernilai RM2,000.00 dan barang keperluan asas daripada JAWI Food Bank telah disampaikan oleh YBrs. Puan Suraiti binti Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI kepada YBrs. Puan Suraya binti Abdul Razak, Pengurus Rumah Perlindungan KITA. KHIDMAT NASIHAT KELAHIRAN BERSAMA PESAKIT HOSPITAL TUNKU AZIZAH (HTA) Laporan Tahunan 2021 17
Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama Radio JAWI telah menganjurkan Bengkel Pengacaraan Berkarisma (Pengendalian Radio dan Studio) yang dilaksanakan secara dalam talian pada 2 September 2021 yang disertai seramai 50 orang peserta. Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kaedah serta teknik pengacaraan, pengendalian radio dan Live Streaming. Pengisian bengkel yang dikendalikan oleh Encik Wan Syahrul Amry bin Wan Mansor dari Zayan FM dan Puan Intan Farhani binti Mohd Fadzil, dari Astro Radio telah berkongsi ilmu agar peserta kursus dapat memperluaskan kemahiran dengan memanfaatkan pelbagai aplikasi dakwah media baharu masa kini. BENGKEL PENGACARAAN BERKARISMA ( PENGENDALIAN RADIO DAN STUDIO ) SECARA DALAM TALIAN YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyantuni 67 buah keluarga di Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau, Pantai Dalam Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021. Program yang turut disertai oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merupakan salah satu program dakwah bil hal mendekati masyarakat dalam situasi pandemik Covid-19. PROGRAM MENYANTUNI KOMUNITI SETEMPAT 18 Laporan Tahunan 2021
Program Bicara Santai bersama pelajar-pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur diadakan pada 28 April 2021 melibatkan 40 orang pelajar dan lima orang guru yang diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa di WP Hotel, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. MAJLIS MENYANTUNI PELAJAR SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH, KUALA LUMPUR JAWI dengan kerjasama Masjid Khalid bin Al-Walid telah menganjurkan Program Ceramah Ambang Ramadan 1442H/2021M dan Perasmian Road To Ramadan pada 8 April 2021. Ceramah bertajuk ‘Ku Ketuk Pintu Ramadan’ telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Zahazan bin Mohamed. Program dilaksanakan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk melipatgandakan amalan ibadah PROGRAM CERAMAH AMBANG RAMADAN DAN PERASMIAN ROAD TO RAMADAN 1442H/ 2021 Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyantuni dan mendekati golongan sasar dengan pengisian program tazkirah bersama al-Fadil Ustaz Hanafiah bin Malek. serta mendalami ilmu agama sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Pelancaran Tabung Ihya Ramadan Peringkat Masjid Khalid bin Al-Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan penyerahan Watikah Amil-Amil Zakat Fitrah Masjid Khalid bin AlWalid turut disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah, JAWI. Laporan Tahunan 2021 19
Seramai 96 orang remaja Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi telah menyertai Program Kefahaman Islam pada 13 Oktober 2021. Objektif utama program berkenaan adalah untuk memberikan kefahaman dan motivasi kepada peserta tentang peranan sebagai khalifah Allah SWT. Penceramah jemputan al-Fadil Ustaz Ahmad Nizzam bin Rasali telah berkongsi ilmu dan memberikan pendedahan berkaitan pemantapan rohani dan sahsiah diri. Majlis perasmian telah disempurnakan perasmiannya oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI. PROGRAM KEFAHAMAN ISLAM PENGHUNI SEKOLAH TUNAS BAKTI JAWI dengan kerjasama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur dan Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan OKU Pendengaran pada 24 April 2022 di Dewan Serbaguna masjid. Program bertujuan untuk memberikan kefahaman dan penghayatan mengenai ibadah puasa di samping melahirkan golongan OKU yang unggul dan berjaya di dunia dan akhirat. Al-Fadil Ustaz Azmarul Husnika bin Saat telah menyampaikan ceramah bertajuk “Sucikan Hati Dengan Berpuasa”. 60 orang peserta dalam kalangan asnaf OKU turut menerima sumbangan daripada JAWI berupa barangan keperluan harian. PROGRAM IHYA’ RAMADAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) PENDENGARAN 20 Laporan Tahunan 2021
Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama Masjid Azzubair Ibnu Awwam, Cheras telah menzahirkan keprihatinan terhadap golongan asnaf dan wanita yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 dengan menganjurkan Program Menyantuni Wanita pada 30 September 2021. Seramai 40 orang asnaf wanita telah menerima sumbangan berupa barang keperluan asas yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir YBrs. Tuan Haji Mohammad Jelani bin Ugoh, Pengerusi Masjid Azzubair Ibnu Awwam. PROGRAM MENYANTUNI GOLONGAN ASNAF WANITA KARIAH MASJID AZZUBAIR IBNU AWWAM Mahrajan Amal Islami Mualaf Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 1 hingga 3 November 2021 di Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur. Program telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Peserta terdiri daripada mualaf yang mewakili Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO). Menariknya program kali ini dilaksanakan secara hybrid iaitu bersemuka dan dalam talian melalui platform Zoom dan Facebook rasmi JAWI. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan potensi diri mualaf melalui pembacaan al-Quran, penguasaan hafazan al-Quran serta berupaya melazimi amalan-amalan berkaitan fardu ain di samping melahirkan individu dan komuniti mualaf yang berkualiti serta berupaya menghayati ajaran Islam. MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALAF PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN Laporan Tahunan 2021 21
JAWI dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit dan Bank Islam telah menganjurkan Majlis Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada mualaf pada 4 Mei 2021 bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar, Kompleks Darul Hidayah, Kuala Lumpur. Majlis disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Selain penyampaian sumbangan Ramadan dan Aidilfitri, majlis dimanfaatkan dengan pengisian ceramah khas bertajuk “Andai Ini Ramadan Yang Terakhir” yang disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Ahmad Dusuki bin Abdul Rani. MAJLIS SUMBANGAN RAMADAN DAN AIDILFITRI MUALAF Kursus Intensif Fardu Ain (KIFA) merupakan kursus asas kepada mualaf yang baru melafazkan syahadah. Kursus diadakan secara dalam talian pada 29 Mei 2021 yang disertai seramai 40 orang mualaf. Antara pengisian kursus ialah ceramah bertajuk “Selamat Kembali Kepada Fitrah” dan “Suci dan Solat” disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Mohammad Akmal bin Abdul Aziz (ILIM, Bangi) dan al-Fadil Ustaz Jais Mariappan bin Abdullah (PERKIM) yang memberi pendedahan kepada peserta berkaitan fardu ain terutamanya wuduk dan solat. Turut hadir ialah YBrs. Puan Maizura binti Shamsuddin selaku Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan. KURSUS INTENSIF FARDU AIN (KIFA) MUALAF 22 Laporan Tahunan 2021
Webinar Pemantapan Ibadah Mualaf “Perbaiki Solatku” telah diadakan pada 31 Julai 2021 dengan disertai seramai 187 orang peserta. Al-Fadil Ustaz Wan Ahmad Faiq bin Wan Adnan, Eksekutif Kanan, Hidayah Centre Foundation telah memberikan pengisian slot dengan tiga topik menarik iaitu “Kepentingan Ibadah Solat “(Sejarah Pensyariatan, Hukum, Kepentingan dan Fadhilatnya)”, WEBINAR PEMANTAPAN IBADAH MUALAF – PERBAIKI SOLATKU JAWI melalui Cawangan Kebajikan Saudara Baru, BPD telah menyelaras sumbangan yang diterima daripada MAIWP dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia kepada mualaf peringkat Wilayah Persekutuan. Program dengan kerjasama Bahagian Baitulmal, MAIWP telah diadakan di Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2021. Sumbangan telah INSPIRASI QASEH KAMI KEPADA MUALAF PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN “Asas Bersuci (Wudhu dan Hikmahnya)” dan “Tatacara Solat yang Sempurna (Hikmah, Amalan Sunnah ketika Solat dan sebagainya)”. Objektif utama program berkenaan adalah untuk memantapkan ilmu berkaitan wuduk dan juga solat dalam kalangan mualaf. Webinar telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Seramai 100 orang mualaf menerima sumbangan wang tunai bernilai RM500 daripada MAIWP dan barangan keperluan asas daripada YaPEIM. Laporan Tahunan 2021 23
JAWI melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah menganjurkan Kursus Kemahiran Komunikasi dan Psikologi Menangani Konflik Mualaf pada 23 Oktober 2021 secara dalam talian melalui Aplikasi Zoom melibatkan seramai 55 orang peserta mualaf. Kursus disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Perkongsian dan pengisian slot kursus telah disampaikan oleh YBrs. Encik Shah Kirit Kakulal Govindji, Presiden Global Unity Network. Program ini bertujuan memberikan pendedahan maklumat tentang penyelesaian konflik yang sering berlaku dalam kalangan mualaf. FORUM PERDANA EHWAL ISLAM: “MASYARAKAT CAKNA, WILAYAH SEJAHTERA” JAWI dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Masjid Mahmoodiah dan Geng Surau Putrajaya telah menganjurkan Forum Perdana Ehwal Islam sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang bertajuk ‘Masyarakat Cakna, Wilayah Sejahtera’ pada 31 Januari 2021 secara langsung melalui laman Facebook JAWI. Program tersebut telah menampilkan Ustaz Mohd Zarifi Daud sebagai moderator dan ahli panel YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah bergandingan dengan YBhg. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim. KURSUS KEMAHIRAN KOMUNIKASI & PSIKOLOGI MENANGANI KONFLIK MUALAF 24 Laporan Tahunan 2021
FORUM KEKELUARGAAN: LOVE TILL JANNAH JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Restoran D’Empangan Udang Galah telah menganjurkan Forum Kekeluargaan: Love Till Jannah pada 21 Mac 2021. Program menampilkan penceramah tersohor, YBhg. Dato’ Siti Norbahyah binti Mahamood dan al-Fadil Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Halim. Seramai 200 orang peserta telah memenuhi ruang restoran bagi mendengar kupasan tajuk “Rumahtangga Bahagia - Cinta Hingga Ke Syurga”. Sempena sambutan Awal Tahun Hijrah 1443H, JAWI Putrajaya, Masjid Mahmoodiah, Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya dan Radio Zayyan telah bekerjasama mengadakan Program Semarak Maal Hijrah Peringkat Putrajaya pada 9 Ogos 2021, bertempat di Masjid Mahmoodiah Putrajaya. Pelbagai acara telah disusun diantaranya bacaan al-Mathurat, bacaan doa akhir tahun 1442H dan doa awal tahun 1443H. Forum Hal Ehwal Islam telah disiarkan melalui Facebook rasmi JAWI yang menampilkan ahli panel YBhg. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, al-Fadil Ustaz Zarifi Haji Daud, al-Fadil Ustaz Hariri Haji Daud dan al-Fadil Ustaz Ihsan Haji Daud dengan tajuk “Mencari Cinta Sejati: Hijrah Ketika Musibah”. SEMARAK MAAL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Laporan Tahunan 2021 25
KURSUS MEDIA BAHARU JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Kursus Media Baharu pada 29 September 2021 bertempat di Studio al-Fateh. Seramai 15 orang peserta telah diberi pendedahan secara teori dan praktikal berkenaan pengendalian studio dan program secara dalam talian. Kursus ini dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar seiring dengan perkembangan teknologi terkini. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 21 dan 22 Oktober 2021, bertempat di Studio al-Fateh JAWI Putrajaya. Program tersebut disiarkan secara langsung melalui facebook JAWI Putrajaya. Program diadakan Sempena Semarak Bulan Kebangsaan Tahun 2021, JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Forum Hal Ehwal Islam bertajuk “Keluarga Bahagia Yang Merdeka” pada 4 September 2021 secara langsung menerusi Facebook rasmi JAWI. Program menampilkan tiga orang panel iaitu al-Fadil Ustaz Fazrul Ismail, al-Fadil Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abd Rahman dan al-Fadil Ustaz Ahmad Tirmizi Haji Ali yang membicarakan berkenaan keluarga bahagia berpaksikan al-Quran al-Karim. FORUM HAL EHWAL ISLAM: KELUARGA BAHAGIA YANG MERDEKA bertujuan menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap al-Quran sekaligus melahirkan qari dan qariah peringkat Putrajaya. Johan qari dan qariah bagi tahun 2021 telah disandang oleh al-Fadil Ustaz Zainuddin bin Ab Rahman dan Puan Noorul Hasliza binti Ahmad. MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA 26 Laporan Tahunan 2021
SUKARELAWAN MUSAADAH PASCA BANJIR JAWI PUTRAJAYA JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Sukarelawan Musaadah Pasca Banjir JAWI dan rakan-rakan strategik telah menyertai misi bantuan pasca banjir bermula pada 25 Disember 2021 sehingga 30 Disember 2021. Misi tersebut bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan dan kediaman serta memberi sokongan moral kepada mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas sekitar Selangor dan Pahang. ZIARAH WARIS COVID-19 Program Ziarah Waris Covid-19 telah diadakan bertempat di Tanah Perkuburan Covid-19, Wilayah Persekutuan Labuan pada 1 dan 2 September 2021. Suasana pilu dan hiba menyelubungi tanah perkuburan apabila waris buat pertama kalinya dapat menziarahi pusara ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia disebabkan jangkitan virus Covid-19. Selain itu para waris juga diberikan penerangan tentang tatacara dan standard operating procedure (SOP) pengurusan jenazah Covid-19. ZIARAH MUALAF Sepanjang tahun 2021 seramai 21 orang mualaf telah disantuni melalui Program Ziarah Mualaf yang dilaksanakan secara ziarah rumah ke rumah di sekitar Labuan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi sokongan moral kepada mualaf di samping mempamerkan komitmen JAWI dalam menyalurkan sumbangan serta menyantuni sesama muslim. Laporan Tahunan 2021 27
YBrs. Puan Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Labuan telah merasmikan Majlis Apresiasi Kelas Pengajian Mualaf pada 21 Oktober 2021 bertempat di Dewan Kompleks Darul Kifayah, MAIWP Labuan. Penganjuran majlis tersebut adalah bagi meraikan dan menghargai 70 orang pelajar mualaf sesi 2019- 2021 yang cemerlang serta sentiasa menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang tempoh pengajian. Seramai 60 orang peserta yang terdiri dalam kalangan mualaf telah menyertai Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Cawangan Pengurusan Dakwah, JAWI Cawangan Labuan pada 15 Oktober 2021. Kursus yang dilaksanakan di Surau Kompleks Darul Kifayah MAIWP Labuan tersebut diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang pengurusan jenazah mengikut syariat Islam dan menangkis amalan tahyul serta mistik dalam kalangan mualaf. MAJLIS APRESIASI KELAS PENGAJIAN MUALAF KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 28 Laporan Tahunan 2021
PENGURUSAN JENAZAH Sepanjang tahun 2021, pasukan pengurusan jenazah JAWI yang dianggotai seramai 20 orang petugas telah menguruskan 340 jenazah yang tidak dituntut, tidak berwaris dan jenazah berisiko di hospital/pusat perubatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Antara hospital yang terlibat ialah Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Kanser Negara, Hospital Putrajaya serta hospital-hospital swasta sekitar Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2021 29
PENGURUSAN JENAZAH TIDAK BERWARIS PENGURUSAN ANGGOTA JENAZAH LELAKI JENAZAH WANITA JENAZAH BAYI Januari Jun Febuari Julai April September November Mei Oktober 0 300 600 900 1200 1500 Disember Mac Ogos 82 56 25 23 192 458 1440 1132 173 63 42 PENGURUSAN JENAZAH COVID-19 135 (40%) 128 (37%) 61 (18%) 16 (5%) 30 Laporan Tahunan 2021
PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG HOLISTIK
Seramai 26 orang peserta dalam kalangan guru Sekolah Integrasi Rendah Agama (SIRAJ), Sekolah Rendah Agama (SRA) & Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) telah menyertai Bengkel Peningkatan Kemahiran Seni Grafik dan Multimedia (Video Pendidikan) pada 9 hingga 11 April 2021 bertempat di PD Forest@Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Hanim Binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Bahagian Pelajaran JAWI. Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untuk memperkasakan kemahiran guru-guru dalam menghasilkan video, poster digital, dan Instagram (IG) story yang berkaitan pendidikan di platform media sosial. Hasil daripada pelaksanaan bengkel ini, guru-guru berjaya meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih kreatif, menarik, serta efektif. BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN SENI GRAFIK DAN MULTIMEDIA Bahagian Pelajaran, JAWI telah menganjurkan Program Sembang Santai KAFA pada 7 Julai 2021 secara dalam talian. Program yang melibatkan guru-guru KAFA seluruh Wilayah Persekutuan bertujuan memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr), peperiksaan dan penilaian serta perbincangan isu dan cabaran pelaksanaan PdPr dalam tempoh pandemik COVID-19. PROGRAM SEMBANG SANTAI GURU-GURU KAFA BERSAMA BAHAGIAN PELAJARAN 32 Laporan Tahunan 2021
MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyempurnakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan Peringkat Institusi Pendidikan Islam (IPI) dan Institusi Pendidikan Swasta (IPIS) pada 10 September 2021 secara dalam talian. Seramai 800 orang peserta terdiri daripada guru, murid dan ibu bapa IPI dan IPIS telah menyertai program tersebut. Beberapa buah sekolah telah dipilih untuk menerima Anugerah Sekolah Patriotik iaitu Sekolah Integrasi Rendah Agama Saidina Uthman bin Affan kategori SIRAJ, Sekolah Rendah Agama Darul Huda kategori SRA, KAFA Taman Permata Fadason kategori sekolah KAFA dan Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi bagi Kategori Sekolah Swasta. Penganugerahan ini merupakan salah satu penyuntik semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan warga IPI dan IPIS. LAWATAN KERJA BAHAGIAN PELAJARAN, JAWI KE JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI (JAIN) Selaras dengan hasrat untuk meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan, Bahagian Pelajaran, JAWI telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan kerja ke tiga buah Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) iaitu Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) pada 26 November 2021, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 14 Disember 2021 dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 15 Disember 2021. Seramai 15 orang delegasi dari JAWI telah menyertai lawatan tersebut yang diketuai oleh YBrs. Puan Norhanim binti Abdul Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran. Tujuan utama lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pandangan berkaitan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan Islam (Secara Dalam Talian) dan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) KAFA yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Negeri. Hasil lawatan ini sangat bermanfaat untuk menambah baik pengurusan pendidikan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan agar lebih efektif dan efisien dalam penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Laporan Tahunan 2021 33
MULTAQA PENGERUSI-PENGERUSI KAFA Multaqa Pengerusi-Pengerusi KAFA Wilayahwilayah Persekutuan telah diadakan pada 9 September 2021 secara dalam talian. Program disertai seramai 114 orang peserta telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pengurusan KAFA beroperasi mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Sesi Perkongsian PEMANTAUAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN PERSEKOLAHAN berkaitan “Rejuvinasi KAFA” telah disampaikan oleh Puan Salasia binti Isdal, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan JAKIM dan “Amalan Terbaik (Best Practice) Pengurusan KAFA” disampaikan oleh Puan Mizatul Izwin binti Jamaluddin, Ketua Guru KAFA, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur. Program seperti ini dapat membantu JAWI dalam meningkatkan kualiti pengurusan KAFA di Wilayahwilayah Persekutuan. Selaras dengan peralihan kepada Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), sesi persekolahan telah dibuka semula bermula 18 Oktober 2021. Unit Penaziran Bahagian Pelajaran telah membuat pemantauan ke beberapa buah sekolah SIRAJ dan SRA bagi memastikan sekolah dapat beroperasi dengan baik dalam suasana norma baharu setelah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam talian bagi mengekang wabak COVID-19. Pembukaan sesi persekolahan melibatkan penggiliran pelajar sebanyak 50 peratus hadir bersemuka dan 50 peratus lagi kekal belajar secara PdPr. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institusi Pendidikan Islam (IPI) JAWI juga telah disediakan sebagai panduan kepada semua pentadbir sekolah. Pihak sekolah juga perlu mematuhi Prosedur Pengendalian Standard (SOP) yang ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan di dalam bilik darjah, mewajibkan pemakaian pelitup muka (face mask) serta menggalakkan pelajar kerap mencuci tangan untuk mengurangkan risiko penularan virus COVID-19. 34 Laporan Tahunan 2021
SESI PEMBENTANGAN AKHIR LAPORAN KEWANGAN TAHUN 2020 SIRAJ, SRA DAN KAFA Sesi Pembentangan Akhir Laporan Kewangan Tahun 2020 SIRAJ, SRA dan KAFA telah diadakan pada 9 dan 10 November 2021 bertempat di Dewan Masjid Saidina Uthman bin Affan, Bandar Tun Razak, Cheras. Program dihadiri seramai 72 orang Guru Besar SIRAJ dan SRA serta 102 orang Ketua Guru KAFA bertujuan untuk meneliti Laporan Kewangan Tahunan SIRAJ, SRA dan KAFA bagi memastikan pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan. Program ini juga menjadi platform untuk memberi bimbingan kepada pentadbir sekolah dalam menguruskan kewangan mengikut tadbir urus yang terbaik. Turut hadir ialah YBrs. Puan Nor Hanim binti Abd Halim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran JAWI. KURSUS PENYELIAAN BERKESAN GURU KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) Pada 20 dan 21 Januari 2022 telah dianjurkan Kursus Penyeliaan Berkesan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur yang disertai seramai 50 orang guru-guru KAFA. Peserta kursus diberi pendedahan berkaitan integriti dan etika keguruan bagi membantu meningkatkan profesionalisme menghadapi cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran demi memastikan kemenjadian murid dan kecemerlangan institusi. Laporan Tahunan 2021 35
KAFA D’HIJRAH ALTERNATIF PEMBELAJARAN TERKINI Rancangan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) d’Hijrah yang disiarkan melalui TV AlHijrah merupakan satu program kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Langkah alternatif tersebut dirancang berikutan pelajar tidak dapat belajar secara bersemuka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran kes COVID-19 yang meningkat. Selain daripada belajar secara dalam talian, pelajar dapat menimba ilmu melalui rancangan KAFA d’Hijrah yang disiarkan pada bulan Februari dan Mac 2021 setiap Isnin hingga Sabtu jam 4.30 petang bagi mata pelajaran Al Quran, Ibadah, Sirah, Jawi Khat, Bahasa Arab dan Akidah. Kolaborasi antara JAWI, TV AlHijrah dan JAKIM merupakan salah satu strategi bagi mengisi kekurangan pedagogi moden pembelajaran supaya pelajar tidak tercicir dalam meneruskan proses pembelajaran. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah melancarkan rancangan KAFA d’Hijrah pada 1 Februari 2021. Turut hadir pada majlis pelancaran program ini ialah YBhg. Datuk Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pengarah JAKIM, YBhg.Datuk Haji Mohd Ajib Ismail, Pengarah JAWI dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, YBrs. Encik Namanzee Harris. 36 Laporan Tahunan 2021
TAKLIMAT PENYELARASAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS AL-QURAN DAN FARDU AIN (UPKK) Bahagian Pelajaran, JAWI dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mengadakan Taklimat Penyelarasan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021. Taklimat pada 15 Mac 2021 bertempat di Hotel Maluri ini dihadiri seramai 27 orang yang terdiri daripada Penyelia KAFA, Setiausaha Peperiksaan dan Jawatankuasa Pengurusan Penilaian dan Pentaksiran (JKPPP). Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Nasruu bin Abdul Latif, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan, JAKIM. BENGKEL SEMAKAN DAN PEMETAAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA (KSRA) Bengkel melibatkan 34 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JAWI dan guru Sekolah Rendah Agama (SRA) telah dilaksanakan pada 17 Mac 2021 bertempat di Dewan Muslimin, Masjid Wilayah Persekutuan. Profesor Madya Dr. Mohd Aderi bin Cik Noh dari Fakulti Sains Kemanusian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membentangkan pelaporan pemetaan kurikulum (KSRA) bagi persediaan membina bahan Standard Kurikulum (KSRA) yang baharu. Laporan Tahunan 2021 37
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru KAFA, SRA dan SIRAJ Putrajaya telah diadakan pada 25 hingga 27 Ogos 2021. Seramai 150 orang telah mengikuti kursus yang dianjurkan secara dalam talian bertujuan meningkatkan budaya kerja cemerlang dan memantapkan kompetensi para guru. Program selama tiga hari ini menampilkan empat orang penceramah jemputan iaitu YBhg. Datin Hajah Marzilah binti Abdul Malik, Cikgu Sihasmin binti Omar, al-Fadil Ustaz Naqiuddin bin Ab Wahid dan al-Fadil Ustaz Mohd Ismadi bin Aris. KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU KAFA, SRA DAN SIRAJ PUTRAJAYA PROGRAM MOTIVASI GURU SIRAJ, SRA DAN KAFA PUTRAJAYA JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan Program Motivasi Guru SIRAJ, SRA dan KAFA Putrajaya pada 5 dan 6 Oktober 2021 secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Program yang melibatkan penyertaan seramai 1227 orang guru ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi dan kemahiran diri guru dalam menghadapi norma baharu agar sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 38 Laporan Tahunan 2021
Cawangan Pelajaran JAWI Labuan telah menganjurkan Multaqa Guru-Guru SRA Dan GuruGuru KAFA Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 23 September 2021 bertempat di Dewan Utama, Institut Latihan Perindustrian Labuan. Program telah SEMARAK CINTA RASUL – ADIK-ADIK CINTA RASUL SAW JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru KAFA Putrajaya telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Semarak Cinta Rasul: Adik-adik Cinta Rasul SAW pada 22 Oktober 2021 secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Program dianjurkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dalam kalangan generasi muda. Program ini telah menampilkan Dai Azrin bin Md Isa sebagai penceramah jemputan dan dihadiri seramai 170 orang pelajar KAFA, SRA dan SIRAJ Putrajaya. MULTAQA GURU-GURU SRA & KAFA disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI secara dalam talian. Program ini merupakan salah satu inisiatif JAWI Cawangan Labuan dalam mendekati dan memahami isu yang dihadapi oleh guru dan pihak pentadbir sekolah. Laporan Tahunan 2021 39
FESTIVAL NASYID SRA & KAFA SRA Nuruttaqwa telah dinobatkan sebagai johan pada Festival Nasyid SRA & KAFA JAWI Labuan yang telah diadakan pada 24 Oktober 2021 bertempat di SRA al-Mustaqim Lubuk Temiang, Labuan. Program disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Zaki bin Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pelajaran JAWI Labuan. Festival Nasyid berkenaan merupakan salah satu platform bagi mencungkil bakat baharu dalam bidang nasyid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. 40 Laporan Tahunan 2021
DATA SEKOLAH, GURU DAN MURID INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) JAWI SRA, SIRAJ & KAFA PADA 31 DISEMBER 2021 JUMLAH KAWASAN KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN JUMLAH SIRAJ 4 1 0 5 5 JUMLAH SRA 64 3 5 72 72 JUMLAH KELAS KAFA 79 25 22 126 126 Jadual 1 : Jumlah SRA, SIRAJ & KAFA Wilayah Persekutuan KAEGORI KAWASAN KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN Jumlah Guru SRA Lelaki 129 11 19 159 898 Perempuan 638 52 49 739 Jumlah Guru SIRAJ Lelaki 40 5 0 45 187 Perempuan 130 12 0 142 Jumlah Keseluruhan 937 80 68 1,085 Jumlah Guru KAFA Lelaki 167 179 21 367 1138 Perempuan 418 269 84 771 Jumlah Keseluruhan 585 448 105 1,138 Jumlah Guru Lantikan Lelaki 40 0 0 40 143 Perempuan 103 0 0 103 Jumlah Keseluruhan 143 0 0 143 Jadual 2 : Jumlah Guru SIRAJ, SRA & KAFA Wilayah Persekutuan Laporan Tahunan 2021 41
DATA SEKOLAH, GURU DAN MURID INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM (IPI) JAWI SRA, SIRAJ & KAFA PADA 31 DISEMBER 2021 KATEGORI KAWASAN KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN Jumlah Murid SIRAJ Lelaki 1,266 54 0 1,320 3316 Perempuan 1,944 52 0 1,996 Jumlah Murid SRA Lelaki 14,262 716 940 15,918 30,875 Perempuan 13,304 699 954 14,957 Jumlah Murid KAFA Lelaki 7,496 7,008 1,134 15,638 31,556 Perempuan 7,133 6,985 1,800 15,918 JUMLAH KESELURUHAN 45,404 15,514 4,828 65,747 Jadual 3 : Jumlah Murid SIRAJ, SRA & KAFA GRED KAWASAN GURU TETAP PPP GRED DG GURU KONTRAK PPP GRED DG GURU LANTIKAN SEKOLAH (GLS) GURU KAFA DG29 DG32 DG34 DG29 ELAUN ELAUN Kuala Lumpur 688 36 14 216 143 585 Putrajaya 45 3 1 14 0 448 Labuan 32 0 0 36 0 105 JUMLAH 765 39 15 266 0 1138 JUMLAH KESELURUHAN 1085 143 1138 Jadual 4 : Jumlah Guru Mengikut Gred (Tetap, Kontrak dan Elaun) 42 Laporan Tahunan 2021
DATA MURID, SEKOLAH AGAMA DAN TAHFIZ SWASTA YANG BERDAFTAR DENGAN JAWI KAWASAN KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN JUMLAH Jumlah Sekolah Tahfiz 28 0 3 31 SMA 3 0 0 3 SRA 20 7 0 27 Pondok 1 0 0 1 JUMLAH KESELURUHAN 62 Jadual 5 : Jumlah Sekolah Agama dan Tahfiz Swasta JUMLAH GURU INSTITUSI KATEGORI KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN Sekolah Tahfiz Lelaki 161 0 9 170 322 Perempuan 146 0 6 152 SMA Lelaki 22 0 0 22 57 Perempuan 35 0 0 35 SRA Lelaki 55 20 0 75 296 Perempuan 158 62 0 220 Pondok Lelaki 22 0 0 22 31 Perempuan 9 0 0 9 JUMLAH 608 82 15 706 Jadual 6 :Jumlah Guru Sekolah Agama dan Tahfiz Swasta JUMLAH MURID INSTITUSI KATEGORI KUALA LUMPUR PUTRAJAYA LABUAN JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN Sekolah Tahfiz Lelaki 1592 0 87 1679 2415 Perempuan 680 0 56 736 SMA Lelaki 186 0 0 186 289 Perempuan 103 0 0 103 SRA Lelaki 817 468 0 1285 2648 Perempuan 1047 316 0 1363 Pondok Lelaki 136 0 0 136 136 Jadual 7 :Jumlah Murid Sekolah Agama dan Tahfiz Swasta Laporan Tahunan 2021 43
Penilaian dan Pentaksiran Kurikulum Sekolah Rendah Agama (PPKSRA) yang telah dilaksanakan bertujuan untuk menggantikan Peperiksaan Bertulis UPSRA sejajar dengan pembatalan UPSR oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Pada tahun 2021 seramai 7,668 orang calon telah mendaftar untuk menduduki PPKSRA. Sebanyak 185 pusat peperiksaan PPKSRA telah dibuka di seluruh Wilayah Persekutuan. Kemenjadian murid yang menjadi fokus pelaporan telah diterjemahkan dengan kejayaan murid dalam Mata Pelajaran Al-Qur’an mencatatkan kadar lulus yang tertinggi iaitu 74%. Pencapaian ini sekaligus menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai Tilawah Al-Qur’an. PRESTASI UPSRA DAN UPKK 2021 PRESTASI PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA (PPKSRA) 44 Laporan Tahunan 2021
SEKOLAH RENDAH AGAMA (KAFA): BIL PUSAT GPS KEDUDUKAN 1 SRA AL- FURQAN 1.37 1 2 SRA SAIDINA UMAR AL-KHATTAB 1.41 2 3 SRA AL-TAQWA 1.50 3 4 SRA AL-GHUFRAN 1.53 4 5 SRA AL NAJAH 1.56 5 KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA): BIL PUSAT GPS KEDUDUKAN 1 KAFA NURUSSALAM 1.39 1 2 KAFA MASJID SIRAJUL ISLAM 1.43 2 3 KAFA SKPP 18 (1) 1.54 3 4 KAFA SK JALAN BELAMY 1.57 4 5 KAFA SKPP 11 (3) 1.60 5 INSTITUSI TERBAIK MENGIKUT KATEGORI PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH AGAMA (PPKSRA) TAHUN 2021 SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI (SIRAJ) BIL PUSAT GPS KEDUDUKAN 1 SRA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN 1.44 1 2 SIRAJ AL-ALUSI 1.60 2 Laporan Tahunan 2021 45
Pelaksanaan UPKK bagi tahun 2020 telah disekalikan dengan pelaksanaan UPKK pada tahun 2021. Seramai 20,676 calon UPKK tahun 2021 yang telah didaftarkan untuk menduduki peperiksaan tersebut. Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah dibatalkan pada tahun 2020 disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Ujian Penilaian Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (UPKK) telah dilaksanakan pada tahun 2021 menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA). PRESTASI UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) ANALISA KELULUSAN MATA PELAJARAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA - KELULUSAN MENGIKUT GRED TAHUN 2021 BIL CALON DAFTAR CALON HADIR AGREGAT 8A 7A 6A 5A 4A 1 20676 20103 6393 2591 2263 2107 2002 31.80 % 12.89 % 11.26 % 10.48 % 9.96 % ANALISA MATA PELAJARAN UPKK MENGIKUT GRED TAHUN2021 8A 7A 6A 5A 4A 8A 7A 6A 5A 4A 8A 42% 7A 17% 6A 15% 5A 14% 4A 13% 46 Laporan Tahunan 2021
MEMPERKASA TADBIR URUS INSTITUSI MASJID
PELANCARAN PONDOK MASJID DAN PROJEK TAMAN ILMU DIGITAL Pelancaran Pondok Masjid dan Acara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Taman Digital Ilmu telah disempurnakan oleh YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 9 Mac 2021 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program Pondok Masjid diadakan sebanyak 10 siri bermula pada 6 Mac hingga 29 Ogos 2021 menawarkan peluang pengajian agama bermodul percuma kepada peserta yang berdaftar secara dalam talian. Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Taman Ilmu Digital Tarbiyah Care Bersama JAWI pula bertujuan mewujudkan kerjasama dan meneroka peluang untuk memantapkan pendidikan Islam secara bersepadu dalam masyarakat selari dengan perkembangan teknologi semasa. Program kolaborasi JAWI dan Tarbiyah Care ini berpandukan modul khusus sebagai inisiatif mewujudkan Taman Ilmu Digital melalui kuliah-kuliah pengajian secara dalam talian. Kursus Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau telah diadakan pada 25 Februari 2021 secara dalam talian yang disertai oleh 500 orang peserta terdiri daripada jawatankuasa kariah masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Tujuan utama kursus tersebut adalah untuk memberikan penerangan dan latihan pengurusan kewangan yang sistematik. Program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI. KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN MASJID DAN SURAU 48 Laporan Tahunan 2021
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Program Dapur It’am Ramadan Dan Sinar Kasih Ramadan pada 1 Mei 2021 bertempat di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur. 400 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada masyarakat setempat dan ahli kariah pada hari pelancaran tersebut. Program tersebut bertujuan membantu meringankan beban golongan asnaf yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19. PELANCARAN DAPUR IT’AM RAMADAN DAN SINAR KASIH RAMADAN Program Musaadah Perdana Ibadah Korban Tahun 2021M/1442H telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 21 Julai 2021 bertempat di Colla Cattle Farm, Sabak Bernam, Selangor. Program tersebut dianjurkan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19 bermula pada Hari Raya Pertama Aidiladha sehingga tiga hari Tasyrik bermula jam 6 pagi hingga 6 petang dengan kehadiran tidak melebihi 10 peserta termasuk para petugas. Daging korban yang telah siap dibungkus diedarkan kepada penerima iaitu sebanyak 15,540 pek kepada fakir miskin, 11,655 pek kepada peserta korban dan 11,615 pek muasaadah kepada petugas barisan hadapan dan lain-lain golongan yang memerlukan. MUSAADAH PERDANA IBADAH KORBAN WILAYAH PERSEKUTUAN Laporan Tahunan 2021 49
YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah melancarkan Program Dapur It`am 6.0 pada 4 Oktober 2021 bertempat di Surau AlHikmah PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Dapur It’am 6.0 dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang melibatkan 70 buah masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan bagi membantu anak kariah terutamanya ketika pendemik Covid-19 melanda negara. Dapur it’am mengedarkan pek makanan bermasak kepada 8,400 penerima setiap hari dengan jumlah keseluruhan penerima manfaat seramai 1.285 juta individu sepanjang program berlangsung dengan peruntukan berjumlah RM10.7 juta. MAJLIS PELANCARAN DAPUR IT’AM 6.0 PERSIDANGAN PENGERUSIPENGERUSI JAWATANKUASA MASJID DAN SURAU Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Persidangan PengerusiPengerusi Kariah Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan secara dalam talian pada 8 Oktober 2021. YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyempurnakan perasmian persidangan yang dihadiri oleh 500 orang peserta termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan. Tiga orang panel jemputan telah membentangkan kertas kerja iaitu Sahibus Samahah Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan; YBrs. Encik Jaafar bin Ahmad, Pengarah Negeri Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan YBrs. Tuan Haji Khairulazhar bin Samsudin, Penolong Pengurus Besar Dakwah Zakat PPZ-MAIWP. Dalam persidangan tersebut para peserta diberikan pendedahan berkaitan peranan masjid dan surau sebagai pusat pembangunan ummah merangkumi pelbagai aspek termasuk pemantapan keilmuan, ekonomi dan pengukuhan institusi sosial di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan masjid ke arah pendigitalan seperti pengemaskinian data anak kariah, sistem tempahan fasiliti dalam talian dan penyaluran informasi melalui media sosial. 50 Laporan Tahunan 2021