BENGKEL E-PUSARA Bahagian Pengurusan Masjid JAWI telah menganjurkan Bengkel e-Pusara pada 26 hingga 28 Oktober 2021 bertempat di Bilik Makmal Komputer, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bengkel tersebut dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada penyelia-penyelia tanah perkuburan Islam dengan tujuan untuk memberikan latihan pengendalian sistem e-Pusara yang sedang diguna pakai bagi memudahkan pencarian lot kubur oleh para waris. Program Round Table Discussion (RTD) Smart Mosque telah diadakan pada 10 November 2021 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program berkenaan dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan agensi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta individu berpengalaman bertujuan membincangkan konsep masjid pintar yang dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP. ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) SMART MOSQUE Laporan Tahunan 2021 51
BENGKEL DATA E-KARIAH Bengkel Penyelarasan Data e-Kariah Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan telah dianjurkan pada 15 Disember 2021 bertempat di Tamu Hotel & Suits Kuala Lumpur. Bengkel tersebut melibatkan 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai JAKIM dan JAWI bertujuan untuk mewujudkan satu sistem data e-Kariah di Wilayah Persekutuan. Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. SUMBANGAN DARI KEDUTAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA JAWI Food Bank (JFB) telah menerima sumbangan daripada Duta Besar Republik Rakyat China di Malaysia pada 18 November 2021 bernilai RM100,000.00. Sumbangan disampaikan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Encik Ouyang Yujing kepada YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dengan disaksikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sumbangan tersebut bertujuan menjayakan misi bantuan Musaadah Covid-19 yang memberikan manfaat kepada golongan petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan, golongan B40, peniaga kecil, mualaf, ibu tunggal, pemandu teksi dan bas sekolah, pemandu e-hailing, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta golongan gelandangan. 52 Laporan Tahunan 2021
BANTUAN BAKUL MAKANAN JAWI FOOD BANK Majlis penyampaian bakul makanan JAWI Food Bank diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 14 Oktober 2021. Seramai 50 orang asnaf dan golongan yang memerlukan sekitar Daerah Dang Wangi telah menerima sumbangan berupa makanan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI diiringi oleh YDH ACP Noor Delhan Yahaya Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Pada 15 September 2022 bertempat di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, YB Senator Datuk Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyerahkan sumbangan Tabung Musaadah berjumlah RM90,000.00 dan 300 pek bakul makanan kepada Al-Fadil Ustaz Awang Suffian Awang Piut, CEO Aman Palestin. Sumbangan diserahkan kepada 300 warga Palestin di Malaysia yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara. Turut hadir YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. JAWI FOOD BANK (JFB) DAN AMAN PALESTIN SANTUNI WARGA PALESTIN DI MALAYSIA Laporan Tahunan 2021 53
MCDONALD`S MALAYSIA SANTUNI ASNAF BERSAMA JAWI FOOD BANK YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad AlBakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama McDonald`s Malaysia telah menyantuni 150 orang penghuni Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur pada 7 Julai 2021. Program tersebut merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat McDonald`s Malaysia dengan kerjasama JAWI Food Bank dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah meluangkan masa bersama petugas Dapur It`am JAWI untuk menyantuni penduduk PPR Wangsa Sari, Kuala Lumpur pada 15 Julai 2021. Sumbangan barangan makanan keperluan asas seperti beras, gula, tepung dan minyak masak telah diserahkan kepada 50 buah keluarga asnaf bertujuan membantu meringankan bebanan dalam tempoh pasca pandemik Covid-19. Turut serta dalam program tersebut ialah YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. JAWI FOOD BANK MENYANTUNI PENDUDUK PPR WANGSA SARI, KUALA LUMPUR 54 Laporan Tahunan 2021
JAWI FOOD BANK MENYANTUNI MANGSA BANJIR TEMERLOH DAN KUALA KURAU Pada 28 Disember 2021, seramai 100 orang golongan asnaf sekitar Temerloh dan Kuala Kurau, Pahang telah menerima sumbangan berupa bakul makanan daripada pihak JAWI Food Bank. Program tersebut merupakan salah satu inisiatif JAWI untuk membantu mangsa banjir yang terkesan dengan musibah berkenaan. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). PROGRAM DAPUR IT`AM SANTUNI FRONTLINER PUTRAJAYA JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama masjid dan surau-surau terpilih di sekitar Putrajaya telah menyantuni petugas barisan hadapan menerusi Program Dapur It`am. Program yang dilaksanakan sebanyak tiga siri sepanjang tahun 2021 menyasarkan penerima dalam kalangan petugas barisan hadapan di Hospital Putrajaya, Hospital Serdang, Institut Kanser Negara (IKN), Pusat Bersalin Risiko Rendah MAIWP, Pejabat Kesihatan Presint 11, Pusat Pemberian Vaksin Klinik Kesihatan Presint 18, Polis Bantuan JAKIM, petugas Kubur Presint 20, Pusat Pemberian Vaksin Remaja SMK P8(1) dan petugas Keselamatan Kompleks Islam Putrajaya. Laporan Tahunan 2021 55
Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1442H/2021M, JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Masjid Mahmoodiah dan Surau-surau Jumaat Putrajaya telah melaksanakan Program Musa’adah Perdana Ibadah Korban Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 20 hingga 23 Julai 2021. Sebanyak 96 ekor lembu telah disembelih di pusat sembelihan terpilih untuk diagihkan kepada ahli kariah, asnaf dan petugas barisan hadapan di sekitar Putrajaya. MUSA’ADAH PERDANA IBADAH KORBAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA PROGRAM SEMARAK MERDEKA YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Program Semarak Merdeka JAWI yang telah diadakan pada 31 Ogos 2021 bertempat di Masjid Mahmoodiah, Putrajaya. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, QSR Brands dan Masjid Mahmoodiah tersebut juga dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Datuk Abd Aziz bin Jusoh dan Pengarah JAWI, YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail. Dalam program tersebut, sebanyak 100 set kelengkapan pelindung diri (PPE) disumbangkan kepada petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 JAWI Putrajaya. 56 Laporan Tahunan 2021
TAFAQQUH FIDDIN JAWI Cawangan Labuan telah melaksanakan program Tafaqquh Fiddin pada 26 September 2021 secara dalam talian melibatkan penyertaan seramai 22 orang peserta. Program tersebut bertujuan untuk memperkasakan ilmu para pegawai masjid dan guru-guru takmir di Wilayah Persekutuan Labuan. Sesi ceramah disampaikan oleh Sheikh Haji Abdul Raof bin Nurin, Ahli Majlis Fatwa Negeri Pahang. WILAYAH PERSEKUTUAN BERMUNAJAT JAWI dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Wilayah Persekutuan Bermunajat pada 31 Januari 2021 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan. Program tersebut bertujuan untuk memohon pertolongan Allah SWT dari musibah pandemik COVID-19 serta kesejahteraan ummah dan negara. Majlis telah dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan YB Tan Sri Anuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan. Bacaan Yasin dan Zikir Munajat pada majlis tersebut telah dibimbing oleh YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz, Imam Besar, Masjid Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2021 57
FORUM PERDANA SEMPENA HARI WILAYAH PERSEKUTUAN Forum Perdana sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 telah dianjurkan pada 1 Februari 2021 di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung melalui Facebook dan Youtube rasmi JAWI. Tiga orang personaliti telah menjayakan forum yang bertajuk ‘Kota Bercahaya’ iaitu YBhg. Datuk Dr. Haji Zahazan bin Mohamed, YBhg. Prof Madya Dr.Sharifah Hayati binti Syed Ismail serta YBrs. Tuan Haji Mohd Amri bin Abdullah selaku moderator. Bait Al-Rizq Masjid Wilayah Persekutuan telah memberikan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada 33 keluarga ibu tunggal di sekitar Flat Fasa 8 dan 9, Bandar Baru Sentul pada 19 Februari 2021. Sumbangan tersebut merupakan salah satu aktiviti di bawah Mosque Care Programme dan dalam Pelan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan yang bertujuan membantu meringankan beban golongan sasaran yang terkesan sepanjang pandemik Covid-19. Sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Seramai 100 buah keluarga ahli Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) mendapat perhatian daripada Program Bait Al-Rizq, Masjid Wilayah Persekutuan. Sumbangan berupa barangan keperluan asas telah diserahkan oleh YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan kepada para penerima pada 26 Februari 2021. PROGRAM MASJID PRIHATIN 58 Laporan Tahunan 2021
Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama MyCar telah menyantuni 300 orang Pemandu E-Hailing dan Teksi di sekitar Kuala Lumpur dalam sebuah Majlis Serahan Sumbangan bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 17 Mac 2022. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir YBhg. Datuk Nur Sheena binti Maideen Pengerusi Eksekutif MyCar, Encik Mohd Noah bin Maideen, Ketua Pegawai Eksekutif MyCar dan YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz@Saari Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang penerima daripada pelbagai bangsa dan agama telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas dengan jumlah keseluruhan bernilai RM40,000.00. Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan program agihan bubur lambuk secara percuma di hadapan Medan Selera, Jalan Duta. Pihak masjid menyediakan 500 bungkus bubur lambuk setiap hari di sepanjang bulan Ramadan untuk diagihkan secara pandu lalu kepada orang ramai bermula jam 3.00 petang. Agihan bubur lambuk secara pandu lalu bertujuan untuk menggalakkan amalan bersedekah dan memudahkan orang ramai menerima agihan terutama ketika negara masih dalam pandemik Covid-19. PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SECARA PANDU LALU Laporan Tahunan 2021 59
YBrs Tuan Haji Muhyidin bin Aziz, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan telah mengetuai Misi Bantuan Mangsa Banjir kepada penduduk yang terjejas di Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor pada 27 Disember 2021. Sumbangan yang disalurkan oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan melalui masjid telah diserahkan kepada mangsa banjir yang terjejas. Dua buah van dan dua buah kenderaan pacuan empat roda telah digunakan bagi membawa barangan bantuan ke kawasan tersebut. Seramai 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan masjid serta sukarelawan sahabat masjid telah menyertai Skuad Penyampaian Bantuan dan Pembersihan Agensi Agama ke negeri KULIAH MAGHRIB PERDANA Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus telah menjadi tetamu jemputan dalam program Kuliah Maghrib Perdana pada 20 November 2021 di Masjid Wilayah Persekutuan dengan tajuk “ Kitab Anak Kunci Syurga”. Program yang berlangsung di dewan solat utama tersebut telah dihadiri oleh 600 orang jemaah. Program tersebut turut disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Masjid Wilayah Persekutuan. Pahang. Program yang diadakan pada 30 Disember 2021 bertujuan untuk membantu meringankan beban penduduk yang terjejas dengan banjir. Sebuah van, lori dan kenderaan pacuan empat roda juga telah digerakkan ke pusat pengumpulan Al-Quran yang rosak akibat banjir di Masjid Kampung Raja Mukim Songsang Temerloh, Masjid Taman Seri Semantan Temerloh, Surau Kampung Lompat Temerloh dan Surau Al-Falah Taman Mutiara Semantan Temerloh. Naskhah Al-Quran yang dikumpulkan dibawa ke Darul Kalam, Taman Samudra, Kuala Lumpur untuk proses pelupusan. Beberapa orang penduduk yang terjejas turut menerima sumbangan berupa barangan makanan dan keperluan asas yang disalurkan melalui masjid dan surau terbabit. MISI BANTUAN MANGSA BANJIR 60 Laporan Tahunan 2021
SUMBANGAN JAWI FOOD BANK, DAPUR IT’AM DAN MASJID & SURAU SEHINGGA DISEMBER 2021 JAWI FOOD BANK DAPUR IT’AM SUMBANGAN BILANGAN MASJID DAN SURAU SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN Agihan 275,013 pek Kos RM 4,925,486.00 Agihan 2,370,056 Orang Kos RM 19,471,290.00 Agihan 158,496 Orang Kos RM 7,273,246.03 Dikemaskini sehingga 31 Disember 2021 WILAYAH PERSEKUTUAN MASJID SURAU JUMAAT SURAU KUALA LUMPUR 72 87 483 LABUAN 16 16 29 PUTRAJAYA 1 20 99 JUMLAH 89 123 611 Laporan Tahunan 2021 61
Dikemaskini sehingga 31 Disember 2021 STATISTIK IMAM RATIB, PEMBANTU BILAL, NOJA DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN JAWATAN MASJID SURAU JUMAAT WP KUALA LUMPUR WP LABUAN WP KUALA LUMPUR WP PUTRAJAYA WP LABUAN Imam Ratib 70 2 27 102 27 Pembantu Bilal 85 1 14 74 23 Noja 60 1 15 81 20 JUMLAH 215 4 56 257 70 Dikemaskini sehingga 31 Disember 2021 STATISTIK GURU TAKMIR DI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN WILAYAH PERSEKUTUAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH Kuala Lumpur dan Putrajaya 60 8 68 Labuan 16 6 22 JUMLAH KESELURUHAN 76 14 90 62 Laporan Tahunan 2021
MEMPERKASA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
YBhg Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI telah menyempurnakan Program Penerangan, Pencegahan dan Kesedaran Undang-undang Syariah pada 23 Oktober 2021 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Sesi penerangan dan edaran pamflet kepada orang ramai diadakan secara santai dengan berbasikal di sekeliling tasik. Program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan mencegah jenayah syariah dalam kalangan masyarakat awam. Selain itu, sepanjang tahun 2021 sebanyak enam siri Program Penerangan, Pencegahan dan Kesedaran Undangundang Syariah telah dianjurkan melibatkan institusi masjid, institusi pengajian dan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti Masjid Saidina Ali, PPR Air Panas dan pelajar-pelajar UniKL. JAWI Cawangan Putrajaya juga telah mempergiatkan program cegah jenayah melalui kempen-kempen dan aktiviti di sekitar Putrajaya. Pada 2 Oktober 2021, Program Cegah Jenayah Syariah Jalanan - Hindari Jenayah Syariah, Hidup Bermaruah telah dianjurkan bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat awam berkaitan kesalahan jenayah Syariah agar hasrat menjadikan Putrajaya bebas maksiat tercapai. Selain itu, Pasar Tani Presint 3, Putrajaya, juga merupakan salah satu tempat tumpuan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) JAWI bagi menjalankan program penerangan berkaitan undang-undang kesalahan jenayah Syariah. Program tersebut yang diadakan pada 23 April 2021 turut disertai oleh YBrs. Puan Mastuyah binti Sahari, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Putrajaya. Melalui program seumpama ini, masyarakat awam mendapat maklumat yang jelas dan mudah berkaitan peruntukan undang-undang kesalahan jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan. PROGRAM PENERANGAN, PENCEGAHAN DAN KESEDARAN UNDANG-UNDANG SYARIAH 64 Laporan Tahunan 2021
KURSUS PEMANTAPAN AKHLAK DAN DIRI UMMAH (PADU) JAWI melalui Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah menganjurkan dua siri Kursus Pemantapan Akhlak dan Diri Ummah (PADU) sepanjang tahun 2021. Kursus tersebut menyasarkan peserta dalam kalangan Orang Yang diSyaki (OYDS) bertujuan memberikan penerangan dan kesedaran mengenai sahsiah orang muslim agar mematuhi Undangundang Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan. Sepanjang tahun 2021, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah melaksanakan Aktiviti Menyantuni dan Penerangan berunsur Nasihat (AMPUN) secara berkala di sekitar kawasan terminal bas, stesen LRT, stesen komuter, pasar mingguan dan sekitar pusat membeli belah. Aktiviti edaran pamflet tentang kesalahan jenayah syariah dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman masyarakat berkaitan Undang-undang Syariah di samping lebih peka dan cakna berkaitan pencegahan jenayah Syariah. Program tersebut turut mendekati masyarakat bukan Islam agar mereka dapat membantu menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan jenayah Syariah yang berlaku. Antara lokasi tumpuan aktiviti ialah Pusat Membeli Belah MyTown, Stesen LRT Masjid Jamek, Terminal Besepadu Selatan (TBS) dan tamantaman awam di sekitar Kuala Lumpur. AKTIVITI MENYANTUNI DAN PENERANGAN BERUNSUR NASIHAT (AMPUN) Laporan Tahunan 2021 65
Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi-agensi sahabat dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan undang-undang syariah seperti berikut: Pemantauan bersepadu aktiviti maksiat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); Pemantauan bersepadu aktiviti kutipan derma tanpa kebenaran bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tindakan pemantauan juga dilaksanakan bertujuan untuk mencegah aktiviti haram yang menyalahi undangundang sama ada sivil mahupun syariah. Selain itu, Bahagian Penguatkuasaan juga membuat pemantauan ke atas aktiviti pungutan khairat tanpa kebenaran dan kesalahan tidak menunaikan sembahyang Jumaat. Pemantauan sebegini dijalankan secara berkala sepanjang tahun dan pamflet juga didedarkan di samping penerangan ringkas bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Pemantauan melibatkan segelintir orang Islam yang didapati tidak menghormati Ramadan juga dilaksanakan dengan mengadakan rondaan ke premis-premis berdasarkan aduan orang ramai dan hasil risikan. Selain tindakan penguasaan, Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) juga memberikan nasihat kepada umat Islam supaya menghormati bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan. TINDAKAN BERSEPADU BERSAMA AGENSI SAHABAT KURSUS TEMPUR TANPA SENJATA (TTS) Sepanjang tahun 2021, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah menganjurkan lima siri Kursus Tempur Tanpa Senjata (TTS) kepada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) di perkarangan Kompleks Pusat Islam dan Bukit Tugu, Kuala Lumpur. Kursus tersebut bertujuan untuk mempelajarikan pendedahan tentang pelbagai teknik seni mempertahankan diri, kawad kaki dan menggunakan cotar sebagai pelindung diri. 66 Laporan Tahunan 2021
SEMINAR PENERANGAN DAN KESEDARAN UNDANG-UNDANG Sepanjang tahun 2021, Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah menganjurkan empat siri Seminar Penerangan dan Kesedaran UndangUndang yang menyasarkan penyertaan masyarakat awam. Seminar tersebut diadakan di jabatan kerajaan dan masjid yang terpilih bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai jenayah syariah dan langkah pencegahan terutamanya kes-kes yang sering berlaku di pejabat dan tempat awam. YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menyempurnakan perasmian Program Penerangan, Pencegahan & Kesedaran Undang-Undang Syariah Bagi Jabatan Kerajaan & Agensi Swasta Peringkat Wilayah Persekutuan Siri 3 pada 25 November 2021 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan. PERSIDANGAN JAWATANKUASA TASK FORCE PENGUATKUASAAN ISU-ISU AGAMA DI MEDIA SOSIAL Bahagian Penguatkuasaan JAWI telah menganjurkan Persidangan Jawatankuasa Task Force Penguatkuasaan IsuIsu Agama Di Media Sosial Tahun 2021 pada 4 November 2021 bertempat di Hotel Sri Pacific Kuala Lumpur. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan YBhg Datuk Anas bin Ahmad Zakie, Ketua Bahagian Syariah dan Penyelarasan Undangundang (BSPUU) Jabatan Peguam Negara telah membentangkan kertas kerja dalam persidangan tersebut yang turut dihadiri oleh barisan tertinggi Agensi Sahabat JAWI. Persidangan yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Wan Rohimi bin Wan Daud, Setiausaha Politik Meneri di Jabatan Perdana Menteri diadakan bagi meneliti dan mengkaji secara mendalam langkah-langkah yang boleh diambil terhadap isu-isu menghina agama Islam, transgender dan ajaran sesat di media sosial dengan mengambil kira aspek tarbiah, penerangan, pemulihan, pencegahan dan undang-undang dalam konteks Wilayah-Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2021 67
KURSUS TEKNIK SIASATAN DAN RISIKAN Pegawai Penguatkuasa (PPA) JAWI menerima pendedahan berkaitan teknik penyiasatan dan risikan melalui perkongsian ilmu oleh beberapa orang pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengendalikan siasatan dan risikan bagi kes-kes berpofil tinggi. Perkongsian tersebut disampaikan dalam suatu kursus yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 November 2011 dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kassim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. Kursus berkenaan secara tidak langsung dapat membina hubungan dua hala antara JAWI dan PDRM dalam melaksanakan tugas pencegahan jenayah di Wilayah Persekutuan. KURSUS PENGENDALIAN SENJATA API DAN LATIHAN MENEMBAK Kursus Pengendalian Senjata Api Dan Latihan Menembak Pegawai Penguatkuasa (PPA) JAWI telah diadakan di Kelab Menembak Selangor pada 11 dan 12 November 2021. YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg Datuk Dr. Mohd Daud Bakar turut meluangkan masa menyertai kursus tersebut. Kursus berkenaan bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang teknik pengendalian senjata api dengan betul dan merupakan langkah persediaan kepada PPA pada masa akan datang. 68 Laporan Tahunan 2021
YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merasmikan Konvensyen Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Wilayah Persekutuan pada 15 November 2021 bertempat di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Konvensyen bertemakan ‘Syariah Diperkasa, Keluarga Malaysia Sejahtera’ dihadiri oleh 2000 orang peserta dan menampilkan pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Cabaran Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah Semasa Era Pandemik’ oleh YA Tuan Mohamed Fouzi bin Mokhtar, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan dan ‘Jenayah Di Media Sosial: Isu dan Cabaran Agensi Penguatkuasaan’ oleh ASP Puan Siti Baizura binti Yusof, Pegawai Kanan Polis, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. Selain itu, forum bertajuk ‘Kedudukan Gender Ketiga Dari Sudut Hukum Syarak dan Perundangan Dalam Konteks Keluarga Malaysia’ telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Lukman bin Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan dan Tuan Musa bin Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia. KONVENSYEN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH Laporan Tahunan 2021 69
SEMINAR PATUH SYARIAH Cawangan Penguatkuasaan JAWI Labuan telah mengadakan Seminar Patuh Syariah pada 10 April 2021 bertempat di Dewan Utama, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan. Program berkenaan telah disertai oleh 150 orang pelajar ILP Labuan dan disempurnakan oleh YBrs. Puan Sharidah binti Zainal Abidin, Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan. Program tersebut ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang maklumat dan pengetahuan berkaitan isu-isu jenayah syariah serta peruntukan di bawah akta jenayah Syariah di Wilayah Persekutuan. JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menganjurkan Webinar Kesalahan Undang-Undang Syariah dan Kesan Kepada Penjawat Awam pada 30 Mac 2021 bertempat di Ibu Pejabat JKDM Putrajaya. Program yang dihadiri seramai 1100 peserta bertujuan menerangkan kesan kesalahan jenayah syariah kepada penjawat awam. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd. Yunus bin Charlie Charington, Timbalan Ketua Pengarah JKDM dan dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hanifudin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI. WEBINAR KESALAHAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN KESAN KEPADA PENJAWAT AWAM 70 Laporan Tahunan 2021
LAPORAN STATISTIK BAHAGIAN PENGUATKUASAAN BAGI TAHUN 2021 Lain-lain Perbuatan Tidak Sopan Orang Lelaki Berlagak Perempuan Khalwat Persetubuhan Luar Nikah Berjudi 3 7 127 4 1 7 Akuan Palsu Kesalahan Berhubung Akad Nikah Poligami Tanpa Kebenaran Cerai Tanpa Kebenaran Mahkamah Percubaan dan Subahat ANALISIS STATISTIK MAKLUMAT/ADUAN BAGI TAHUN 2021 Akta 559 RISIKAN TANGKAPAN (OYDS) PELAKSANAAN WARAN TANGKAP 119 953 107 748 225 0 200 400 600 800 1000 MAKLUMAT SIASATAN Laporan Tahunan 2021 71
Maklumat/Aduan bagi Akta 303 407 94 Lain-lain Perbuatan Tidak Sopan Orang Lelaki Berlagak Perempuan Khalwat Persetubuhan Luar Nikah Berjudi 3 7 127 4 1 7 Akuan Palsu Kesalahan Berhubung Akad Nikah Poligami Tanpa Kebenaran Cerai Tanpa Kebenaran Mahkamah Percubaan dan Subahat 3 94 94 202 407 72 Laporan Tahunan 2021
PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA
Sepanjang tahun 2021, sejumlah 24 orang lantikan baharu telah dibuat melibatkan Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (KPNCR), Pendaftar (PNCR) dan Penolong Pendaftar (PPNCR). Sesi Taklimat Asas dan Majlis Penyerahan Surat Lantikan telah diadakan pada 8 Februari 2021 dan 28 Oktober 2021 di Menara Pusat Islam, Kuala Lumpur. YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI dalam ucapan perasmiannya menekankan bahawa lantikan tersebut merupakan suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai pemudah cara urusan masyarakat Islam berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk di Wilayahwilayah Persekutuan. LANTIKAN BAHARU KETUA PENDAFTAR, PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR MASJID SEBAGAI PUSAT TRANSIT MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA DI WILAYAH PERSEKUTUAN Bengkel Pengurusan Masjid Sebagai Pusat Transit Mangsa Keganasan Rumah Tangga di Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 29 Mac 2021 bertempat di Dewan Seminar, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bengkel berkenaan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Muhyidin bin Aziz, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan serta wakil-wakil agensi dari Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tujuan bengkel tersebut diadakan adalah untuk menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bersesuaian bagi pengendalian mangsa keganasan rumah tangga di masjid-masjid terpilih. Usaha tersebut akan menjadi titik tolak dalam merealisasikan masjid sebagai pusat transit sementara kepada mangsa keganasan rumah tangga di samping mempelbagaikan fungsi dan peranan masjid. 74 Laporan Tahunan 2021
JAWI dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), JAKIM telah mengadakan Majlis Serahan Modul Pascaperkahwinan Islam pada 26 April 2021 kepada 28 orang penceramah dan empat orang fasilitator yang dilantik oleh JAWI. Majlis yang diadakan di Dewan Bunga Tanjung, JAWI telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin PENYERAHAN MODUL PASCAPERKAHWINAN ISLAM KEPADA PENCERAMAH DAN FASILITATOR DI WILAYAH PERSEKUTUAN Ismail, Pengarah JAWI serta turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Modul tersebut menjadi panduan kepada penceramah, fasilitator serta peserta kursus untuk memantapkan dan memperkukuhkan institusi keluarga dan rumah tangga. Dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), JAWI melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah memberikan kebenaran serta kelonggaran dari semasa ke semasa kepada pasangan pengantin bagi melangsungkan pernikahan. Majlis akad nikah tetap dibenarkan walaupun dalam tempoh “Total Lockdown” bermula 1 hingga 28 Jun 2021. Perluasan kebenaran juga diberikan secara berperingkat bagi membolehkan majlis akad nikah dilaksanakan di masjid, dewan, hotel dan premis lain selaras dengan kelonggaran SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. MAJLIS AKAD NIKAH DALAM TEMPOH PANDEMIK Laporan Tahunan 2021 75
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Munakahat kepada Pendaftar dan Penolong Pendaftar sebanyak tiga siri sepanjang tahun 2021 iaitu pada 7 April, 24 Ogos dan 14 Oktober 2021 melalui platform Zoom dan secara fizikal di Dewan Syarahan, Masjid Negara. Para penceramah jemputan telah mengupas isu-isu munakahat khususnya berkaitan perceraian dan iddah serta hak-hak yang berkaitan dari sudut Hukum Syarak. Kelas Tafaqquh Munakahat disertai seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. KELAS TAFAQQUH MUNAKAHAT KEPADA PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR Sahibus Samahah Datuk Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyampaikan ceramah bertajuk “Pesanan dan Nasihat berkaitan Isu-isu NCR” dalam Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendaftar dan Penolong Pendaftar. Kurus tersebut diadakan secara dalam talian pada 2 September 2021 yang disertai seramai 100 orang peserta. Tujuan utama kursus berkenaan diadakan adalah bagi meningkatkan profesionalisme Pendaftar dan Penolong KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR Pendaftar di samping memberikan informasi terkini mengenai peraturan-peraturan berkaitan hal ehwal perkahwinan Islam. Slot kursus turut diisi dengan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Pendaftaran Negara dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. 76 Laporan Tahunan 2021
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah menganjurkan Kursus Kemahiran Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) pada 9 September 2021 secara dalam talian. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang kaedah mengendalikan sesi runding cara kekeluargaan Islam dengan lebih berkesan. Kursus disertai seramai 40 peserta dalam kalangan fasilitator PKKSK Kuala Lumpur dan Putrajaya. YBrs. Encik Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) BPPK telah hadir menyempurnakan acara perasmian. MENINGKATKAN KEMAHIRAN FASILITATOR PKKSK Seramai 164 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah mengikuti program Motivasi Remaja Sekolah yang dianjurkan pada 14 September 2021 secara dalam talian. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk membina generasi masa depan yang mempunyai akhlak yang tinggi, beriman, bertakwa serta bertanggungjawab dalam kehidupan. Penceramah jemputan telah mengupas topik berkaitan isi kandungan al-Quran serta menekankan kepentingan menghafaz al-Quran dalam kalangan pelajar. YBrs. Encik Rozimi bin Zamri, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) BPPK hadir merasmikan program tersebut. PROGRAM MOTIVASI REMAJA SEKOLAH JAWI melalui Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan kolaborasi bersama Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS), JAKIM bagi menganjurkan Webinar Kefahaman Undang-undang Syariah bertajuk “Akta 303: Nikah Tanpa Kebenaran, Implikasi dan Solusi” yang bersiaran secara langsung di Facebook rasmi JAKIM dan JAWI pada 15 September 2021. Webinar tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai Akta 303 dalam menyelesaikan permasalahan rumah tangga mengikut saluran undang-undang yang ditetapkan. Para peserta didedahkan dengan perkongsian ilmu melalui sesi pembentangan oleh YBrs. Encik Rozimi bin Zamri dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan YBrs. Encik Zakian bin Dio dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan. Program berkenaan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS, JAKIM. WEBINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG SYARIAH Laporan Tahunan 2021 77
Dua siri Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undangundang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] telah dianjurkan secara dalam talian sepanjang tahun 2021 iaitu pada 15 September dan 4 Oktober 2021. Program berkenaan disertai oleh 80 orang peserta yang terdiri daripada Pendaftar dan Penolong Pendaftar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Penceramah jemputan iaitu YAA Prof. Anjung Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengupas tajuk berkaitan Seksyen 54 (Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan), Seksyen 55 (Pendaftaran Perceraian) dan Seksyen 55A (Pendaftaran Perceraian di Luar Mahkamah). KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA 303 Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga telah menganjurkan program Diskusi Kekeluargaan Islam pada 28 September 2021 secara dalam talian melalui platform Facebook rasmi JAWI dan Radio JAWI. Seramai 64 orang peserta telah mengikuti program tersebut yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman terhadap kepentingan institusi kekeluargaan Islam khususnya ketika berhadapan dengan konflik kekeluargaan. Penceramah jemputan iaitu al-Fadhil Ustaz Mohd Erfino bin Johari telah mengupas topik yang bertajuk “Cahaya di Hujung Terowong: Fantasi@Realiti”. DISKUSI KEKELUARGAAN ISLAM 78 Laporan Tahunan 2021
Seminar Kemahiran Keibubapaan telah diadakan pada 5 Oktober 2021 secara dalam talian melalui platform Facebook dan Radio JAWI yang dihadiri sekitar 140 orang peserta. Tujuan program tersebut dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang kewajipan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak dalam situasi kehidupan semakin mencabar. Penceramah jemputan iaitu YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nor Mamat, Ketua Pusat Pengajian (Pendidikan dan Pengajian Islam), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengupas topik yang bertajuk: “Ibu Bapa Prihatin, Keluarga Cemerlang”. SEMINAR KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN CINTAI RASUL SAYANGI KELUARGA Sempena program Semarak Cinta Rasul Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 1443H/2021M, JAWI dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan program Diskusi Kekeluargaan Islam yang bertajuk “Cintai Rasul Sayangi Keluarga” pada 25 Oktober 2021 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program tersebut dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat awam. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Laporan Tahunan 2021 79
MAJLIS APRESIASI DAN PENYAMPAIAN SIJIL STANDARD PENARAFAN PUSAT-PUSAT KURSUS PRAPERKAHWINAN ISLAM Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Standard Penarafan Pusat-pusat Kursus Praperkahwinan Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan telah dianjurkan pada 26 Oktober 2021 bertempat di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Program tersebut diadakan bertujuan untuk meningkatkan standard kualiti pengurusan 26 pusat kursus di Wilayah-wilayah Persekutuan agar lebih tersusun dan bersistematik. Perasmian majlis dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. KUNJUNGAN HORMAT JHEAIPP KE BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI pada 23 November 2021. Delegasi diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ayub bin Yaacob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam bersama 10 orang pegawai kanan JHAEIPP. Tujuan kunjungan tersebut diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan berkaitan penambahbaikan pengurusan perkahwinan, perceraian dan rujuk, runding cara kekeluargaan Islam dan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) di Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. 80 Laporan Tahunan 2021
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK (NCR) PUTRAJAYA Program yang dihadiri seramai 20 orang Pendaftar dan Penolong Pendaftar NCR tersebut telah diadakan pada 8 April 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Al-Farabi, JAWI Cawangan Putrajaya. Program berkenaan diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan prosedur nikah, cerai dan rujuk orang Islam di Wilayah Persekutuan Putrajaya. TEMUDUGA FASILITATOR PKKSK, AKUAJA DAN PUSAT KHIDMAT NASIHAT KEKELUARGAAN Seramai tujuh orang calon telah menghadiri sesi temuduga Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK), Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) dan Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan pada 2 Disember 2021. Fasilitator yang dilantik akan ditempatkan di empat lokasi PKKSK, satu di Akuaja dan Pusat Khidmat Nasihat Kekeluargaan di Masjid Pusat Zon Wilayah Persekutuan. Laporan Tahunan 2021 81
PROGRAM BUAL BICARA KELUARGA ISLAM Sepanjang tahun 2021, JAWI Cawangan Putrajaya telah menganjurkan lima siri Program Bual Bicara Keluarga Islam secara dalam talian. Program tersebut bertujuan untuk memberikan khidmat nasihat, penerangan hukum dan prosedur berkaitan perkahwinan serta memberikan pendedahan kepada masyarakat berkaitan isu-isu semasa kekeluargaan dan pengurusan konflik rumahtangga. 82 Laporan Tahunan 2021
PEMANTAPAN PROGRAM PENYELIDIKAN DAN PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN
Pada bulan Disember 2021, Pusat Pelupusan al-Quran Darul Kalam telah menerima sebanyak 10,284.60 kilogram al-Quran rosak akibat banjir yang diterima dari agensi-agensi yang terlibat dengan misi bantuan banjir di sekitar Lembah Klang dan Pahang. Pengurusan pelupusan al-Quran akibat banjir kali ini merupakan suatu cabaran yang besar kerana pertama kali menguruskannya dalam skala yang besar. Walau bagaimanapun kolaborasi strategik bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Wilayah Persekutuan serta Alam Flora Sdn. Bhd., telah membantu proses pelupusan al-Quran dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Selain itu, beberapa orang sukarelawan yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI, rakan agensi dan orang awam turut membantu melancarkan proses pelupusan alQuran yang rosak akibat banjir selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan. AKTIVITI PELUPUSAN AL-QURAN AKIBAT BANJIR DI DARUL KALAM 84 Laporan Tahunan 2021
PEMANTAUAN PENYEMBELIHAN HALAL Sepanjang tahun 2021, Bahagian Penyelidikan telah melaksanakan beberapa siri pemantauan penyembelihan halal terhadap juru sembelih yang mendapat Surat Kebenaran Menyembelih. Aktiviti pemantauan tersebut dilaksanakan pada bulan Februari, September, Oktober dan Disember 2021 melibatkan premis sembelihan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemantauan berkala ini dilaksanakan bagi memastikan juru sembelih yang memiliki Surat Kebenaran Menyembelih dapat melaksanakan aktiviti penyembelihan binatang ternakan mengikut hukum syarak serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JAWI. Laporan Tahunan 2021 85
JAWI SPECIAL TALK 2021 Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan sepanjang tahun 2021 tidak menghalang JAWI Cawangan Putrajaya untuk melaksanakan program penjelasan isu-isu semasa berkaitan akidah dan syariah kepada umat Islam. Sebanyak tiga siri program JAWI Special Talk telah dilaksanakan secara dalam talian yang membincangkan isu-isu menarik iaitu “LGBT: Bimbing atau Boikot” pada 22 Jun 2021, “Bicara Merdeka: Bebas Jangan Sampai Terbabas” pada 14 September 2021 dan “Bicara Akidah: Jangan Tersalah Langkah” pada 9 November 2021. Majlis Pelancaran Pelan Strategik JAWI 2021-2025 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 6 Mei 2021 di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelan Strategik JAWI 2021-2025 dibangunkan bertujuan mendukung misi bagi memperkasakan pengurusan hal ehwal Islam secara efisien dan efektif berteraskan Maqasid Syariah untuk kesejahteraan ummah khususnya di Wilayah-wilayah Persekutuan. Pelan tersebut digubal dengan mengambil kira fungsi JAWI sebagai pelaksana kepada dasar-dasar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dasar-dasar kerajaan yang merangkumi RMKe-12, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan dasar pentadbiran Islam semasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan secara inklusif. MAJLIS PELANCARAN PELAN STRATEGIK JAWI 2021-2025 PROGRAM PENGUMPULAN AL-QURAN DAN CEBISAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN JAWI Cawangan Putrajaya dengan kerjasama surau-surau Jumaat Putrajaya telah mengadakan Program Pengumpulan al-Quran yang rosak bermula dari 8 Mac 2021 sehingga 7 April 2021. Program tersebut dilaksanakan bagi memastikan teks al-Quran dilupuskan mengikut kaedah yang menepati hukum syarak. Menerusi program ini, sejumlah 1.5 tan teks alQuran telah dihantar ke Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Taman Selaseh, Kuala Lumpur untuk proses pelupusan. 86 Laporan Tahunan 2021
BULAN PERMOHONAN JUMLAH DISOKONG TIDAK DISOKONG JAN 4 0 4 FEB 3 0 3 MAC 5 1 6 APRIL 4 0 4 MEI 4 0 4 JUN 0 0 0 JULAI 6 0 6 OGOS 3 0 3 NOV 4 0 4 DIS 3 0 3 JUMLAH 36 1 37 PERMOHONAN PAS LAWATAN IKHTISAS TENAGA PENGAJAR WARGANEGARA ASING BAGI TAHUN 2021 (Berdasarkan permohonan semasa) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalinkan kerjasama strategik bersama pasukan penyelidik daripada Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi melaksanakan penyelidikan berkaitan daya tahan psikologi pegawai dan kakitangan JAWI dalam mengurus kes bencana, wabak dan kerja berisiko. Beberapa siri bengkel dan sesi libat urus antara kumpulan penyelidik dengan pihak JAWI telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan dalam membangunkan sebuah pelan tindakan yang komprehensif sebagai panduan dan rujukan kepada pelbagai pihak berkepentingan. KERJASAMA STRATEGIK DENGAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) Laporan Tahunan 2021 87
Sumber akhbar: Berita Harian, Utusan Digital, Sinar Harian, Kosmo!, Harian Metro, The Star, New Straits Time SURAT KEBENARAN MENYEMBELIH 2021 (Berdasarkan permohonan semasa) BULAN PERMOHONAN JUMLAH SEDIA ADA BAHARU MAC 57 9 66 OGOS 16 5 21 JUMLAH 73 14 87 * Berdasarkan permohonan semasa PEMANTAUAN ISU-ISU SEMASA AGAMA DI MEDIA TAHUN 2021 BULAN KATEGORI Institusi Diraja/ perlembagaan Institusi agama Politik Hubungan antara kaum Akidah Halal Syariah Islamofobia Ekstremisme Isu semasa JUMLAH 42 199 33 15 97 65 445 18 13 150 88 Laporan Tahunan 2021
MEMPERKASA PEGURUSAN ORGANISASI DAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) Program Tranformasi Minda dilaksanakan sebagai salah satu daripada syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi Umum. Seramai 122 orang peserta terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 telah menghadiri program yang telah dianjurkan secara dalam talian pada 2-6 Ogos 2021 dan siri kedua pada 16-20 Ogos 2021. Objektif utama PTM adalah untuk memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme dalam kalangan peserta supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam di samping menerapkan budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan lebih cekap dan telus. Bengkel Retreat JAWI telah diadakan pada 29 hingga 31 Oktober 2021 di Bayview Hotel, Langkawi yang dihadiri seramai 41 orang peserta dalam kalangan pegawai JAWI. Objektif utama bengkel tersebut adalah untuk bertukartukar idea dan pandangan dalam merangka dan melaksanakan perubahan baharu bagi program atau aktiviti yang dirancang sekaligus melonjakkan momentum kompetensidan semangat kebersamaan pegawai-pegawai kanan dan pengurusan jabatan ke arah menjayakan visi dan misi JAWI. BENGKEL RETREAT JAWI 2021 90 Laporan Tahunan 2021
JAWI dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program “Mobile Vaccination” yang menyasarkan penyertaan guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Imam dan Bilal Masjid. Program tersebut bertujuan menyahut seruan kerajaan bagi mencapai sasaran 80% Hert Immunity Vaccine memandangkan jabatan ini mempunyai 4,344 pegawai yang sebahagian besarnya terdiri daripada guru, imam dan bilal yang merupakan petugas barisan hadapan. Program berkenaan dilaksanakan sebanyak dua siri suntikan dos pertama dan kedua di SRA Saidina Ali, Off Taman Pelangi, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2021 dan 2 Ogos 2021. PROGRAM “MOBILE VACCINATION” Laporan Tahunan 2021 91
KURSUS PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan telah diadakan pada 11 November hingga 13 November 2021 di Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel tersebut dihadiri oleh 35 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JAWI. Tujuan bengkel berkenaan diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang peraturan-peraturan berkaitan Pengurusan Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan Persekutuan supaya para peserta memahami seluruh kitaran Pengurusan Aset Alih Kerajaan. “WALKS ABOUT” PEGAWAI KANAN JAWI KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN “Walks About” Pegawai Kanan JAWI ke Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 17 November 2021 yang disertai oleh 27 orang pegawai gred 48 dan ke atas. Pelbagai program telah disusun seperti Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Keramat/Layangan, Program Turun Padang Penyerahan Sumbangan Bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Lawatan Tapak Pembinaan Masjid Dan Surau serta Taklimat Pengurusan Tanah Perkuburan Islam (TPI) Raudhah Sakinah di Kampung Sungai Labu, Labuan. 92 Laporan Tahunan 2021
BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA SISTEM E-PUSARA SIRI 1 DAN 2 Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Cawangan Teknologi Maklumat (ICT), JAWI telah mengadakan dua siri Bengkel Pengemaskinian Data Sistem E-Pusara melibatkan Penyelia-penyelia Tanah Perkuburan Islam di Wilayah Persekutuan. Bengkel tersebut diadakan di Makmal Komputer, Masjid Wilayah Persekutuan serta dibimbing oleh kakitangan ICT mengunakan perisian Microsoft Excel dan Adobe Photoshop untuk melakar peta serta mengemaskini maklumat ke dalam sistem e-Pusara. Laporan Tahunan 2021 93
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail telah hadir menyampaikan amanat kepada warga JAWI dalam Majlis Perhimpunan Bulanan pada 17 November 2021. Program yang merapatkan jarak di antara tiga wilayah ini diharapkan dapat memupuk semangat mahabbah dalam kalangan warga agensi. Program yang dianjurkan diadakan di Dewan Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan dan dihadiri oleh 150 orang guru dan kakitangan JAWI Labuan. PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN 2021-2025 JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2021 – 2025 dibangunkan sebagai sumber rujukan utama dalam menetapkan hala tuju pendigitalan bagi tempoh lima tahun bagi menjayakan visi dan misi jabatan. Pelan tersebut menggariskan strategi dan program sebagai panduan bagi pembangunan dan pelaksanaan inisiatif projek digital JAWI secara lebih tersusun dan efektif. Pembangunan PSP JAWI menggunakan khidmat perundingan daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN WARGA JAWI KURSUS PENGURUSAN PRESTASI JAWI 2021 Kursus Pengurusan Prestasi JAWI 2021 telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan pada 23 Mac 2021. Kursus tersebut dihadiri seramai 35 orang peserta bertujuan untuk memberikan sokongan secara praktikal dan bersesuaian dengan sumber yang sedia ada di samping memastikan para pekerja mengetahui dengan jelas tujuan penilaian prestasi dilaksanakan serta memberikan khidmat nasihat jika diperlukan. 94 Laporan Tahunan 2021
KURSUS PENULISAN SURAT DAN MEMO BERKUALITI Cawangan Khidmat Pengurusan, JAWI Cawangan Labuan telah melaksanakan Kursus Penulisan Surat Dan Memo Berkualiti pada 8 dan 9 September 2021 secara dalam talian. Kursus tersebut dihadiri oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru, pegawai dan kakitangan JAWI Labuan. Pengisian kursus telah disampaikan oleh Puan Siti Razmah Binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Objektif utama kursus berkenaan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan tentang kaedah penggunaan tatabahasa serta kepentingan pengurusan surat dan memo. Sepanjang tahun 2021, Bahagian Pembangunan telah berjaya melaksanakan 146 kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penyelenggaraan masjid, surau Jumaat, surau, Sekolah Rendah Agama dan Tanah Perkuburan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan berdasarkan permohonan dan hasil maklum balas lawatan tapak yang dilakukan secara berkala oleh kakitangan teknikal ke premis-premis seliaan JAWI. Antara skop kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pembaikan sivil, mekanikal dan elektrikal. Sepanjang tahun 2021, Bahagian Pembangunan menerima sejumlah 90 aduan kerosakan dan permohonan pembaikan untuk penelitian sebelum kerja-kerja pembaikan dilaksanakan. PROJEK MENAIK TARAF, PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN PREMIS JAWI Sekolah Rendah Agama JAWI (SRA) turut menerima manfaat daripada kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan pada tahun 2021. Bagi memastikan para pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kondusif, Bahagian Pembangunan telah melaksanakan kerja-kerja menaik taraf kemudahan di SRA Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda. Kerja-kerja awal telah dimulakan pada bulan Januari 2021 dan selesai sepenuhnya pada bulan Oktober 2021. KERJA-KERJA MENAIK TARAF TANDAS DAN BILIK DARJAH DI SRA SAIDINA HAMZAH, KG. BATU MUDA Laporan Tahunan 2021 95
KERJA-KERJA PEMBINAAN BANGUNAN PEJABAT PENTADBIRAN MASJID MAHMOODIAH, PRESINT 18, PUTRAJAYA Kerja-kerja pembinaan bangunan pentadbiran Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya telah bermula pada Mac 2021 yang menempatkan ruang kerja, bilik mesyuarat dan bilik utiliti bagi kegunaan petugas masjid. Proses pembinaan mengambil masa selama empat bulan dan telah siap sepenuhnya pada penghujung Julai 2021. 96 Laporan Tahunan 2021
KERJA-KERJA PENGGANTIAN KARPET DI SURAU IBU PEJABAT POLIS (IPD), PUTRAJAYA Pada tahun 2021, sebanyak 141 kerja-kerja pembaikan kecil telah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan, JAWI. Kerja-kerja pembaikan tersebut meliputi semua premis seliaan JAWI di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Antara kerjakerja yang telah dilaksanakan adalah penggantian karpet di keseluruhan ruang solat di bahagian atas dan bawah surau IPD Putrajaya, Presint 7. KURSUS KAD HIJAU CIDB KAKITANGAN JAWI Pada 1 Oktober 2021, JAWI telah mengadakan Kursus Induksi Keselamatan-Program Kad Hijau CIDB bagi kakitangan JAWI. Kursus tersebut dihadiri oleh para pegawai dari Bahagian Pembangunan, Bahagian Pelajaran, Bahagian Pengurusan Masjid dan JAWI Cawangan Labuan. Kursus yang diadakan secara dalam talian ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan aspek keselamatan di tapak pembinaan dan prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di tapak pembinaan. Antara kelebihan memiliki kad hijau CIDB adalah pemegang kad akan dilindungi di bawah pelan takaful sekiranya berlaku sebarang kemalangan sewaktu berada di tapak pembinaan. Laporan Tahunan 2021 97
Majlis Penyerahan Kerja Siap bagi kerja-kerja penggantian dua unit eskalator dan satu unit lif di Masjid Wilayah Persekutuan telah berlangsung pada 23 April 2021. Kerja-kerja penggantian yang bermula pada bulan Mei 2020 telah berjaya disiapkan lebih awal dari jadual yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI. Turut hadir YBhg. Dato’ Ir Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). KERJA-KERJA PENGGANTIAN ESKALATOR DAN LIF DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN 98 Laporan Tahunan 2021
PROJEK PEMBINAAN BAHARU Selain daripada projek-projek penyelenggaraan dan naik taraf, JAWI juga terlibat dalam kerja-kerja projek pembinaan baharu iaitu Masjid Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang sedang dalam pembinaan. Kemajuan purata projek tersebut bagi tahun 2021 adalah sebanyak 86%. Selain itu, kerja-kerja pembinaan 12 unit Kuarters Kakitangan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur telah siap sepenuhnya pada Disember 2021 dan dijangka diduduki pada suku pertama tahun 2022. Pada tahun 2021, JAWI telah menerima peruntukan sebanyak RM25 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kerja-kerja naik taraf keseluruhan Kompleks Pusat Islam (KPI). Kerja-kerja naik taraf akan mengambil masa selama tiga tahun bermula pada tahun 2022 sehingga 2024. JAWI turut mengemukakan permohonan di bawah RMK12 pada tahun 2021 bagi kerja-kerja menaik taraf Kompleks Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Laporan Tahunan 2021 99
JADUAL 1: JUMLAH PROJEK PENYELENGGARAAN MENGIKUT PREMIS BAGI TAHUN 2021 JADUAL 1 Menunjukkan sepanjang tahun 2021, sebanyak 146 kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan telah dilaksanakan di premis-premis seliaan JAWI. Kerja-kerja penyelenggaraan ini meliputi kerja-kerja inden (bernilai bawah RM20,000.00) dan sebut harga kerja (bernilai lebih dari RM20,000.00). Sekolah Rendah Agama 10 18 105 7 5 6 Tanah perkuburan Islam Kuarters Lain-lain Masjid Surau 100 Laporan Tahunan 2021