The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Sekolah PSS SMKTBM, 2021-01-27 07:34:13

Pertanian Tingkatan 5

Pertanian Tingkatan 5

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Nota kredit dihantar oleh penjual kepada pembeli kerana terdapat kerosakan pada satu unit
takung yang dihantar melalui nota serahan (Gambar foto 2.76). Nota kredit ditunjukkan dalam
Gambar foto 2.78.

ASAL

Nota Kredit

9hb Mei 2017

: Invois 2032

Akaun tuan dikreditkan dengan butir-butir berikut: RM 50.00

Butir
1 Set DIY B (takung 8 luang) yang berharga RM50.00 dikembalikan
kerana didapati telah rosak.
Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja

Gambar foto 2.78 Nota kredit

Nota debit dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang dikenakan dalam
invois terkurang dalam invois (Gambar foto 2.77) kerana tidak dimasukkan kos angkutan.
Gambar foto 2.79 menunjukkan nota debit.

ASAL

Nota Debit

10hb Mei 2017 RM 50.00

: Invois 2032

Akaun tuan didebitkan dengan butir-butir berikut:
Butir

Pembelian bertarikh 8hb Mei 2017 (Invois 2032) tidak disertakan
dengan kos penghantaran sebanyak RM50.00.
Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja

Gambar foto 2.79 Nota debit

194

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Dokumen Selepas Urus niaga

Jenis Dokumen Huraian

Bil Tunai • Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli bagi pembayaran untuk
belian barang niaga dengan wang tunai atau cek.

• Bukti bagi aset yang dibeli secara tunai atau perkhidmatan yang
dibuat secara tunai.

Resit • Dikeluarkan oleh penjual apabila menerima bayaran daripada
pembeli.

• Bukti penerimaan dan pembayaran yang telah dibuat.
Penyata Akaun • Dihantar oleh penjual kepada pembeli.

• Nota makluman dan peringatan kepada penghutang yang dihantar
setiap akhir bulan.

• Maklumat terdiri daripada baki hutang pada awal bulan, jumlah
jualan, pulangan bayaran dan baki hutang akhir bulan yang perlu
dijelaskan.



Polibeg
Dulang Semaian‘Plug’
Cocopeat (Sabut kelapa)

Gambar foto 2.80 Bil tunai

195

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5 Tarikh: 10hb Mei 2017
Fax: 03-2447 7732

Gambar foto 2.81 Resit rasmi

No. Akaun Pelanggan: BE03/2017

15.2.2017
18.2.2017
03.1.2017

Ringgit Malaysia:Dua Ratus Tiga Puluh sahaja

Gambar foto 2.82 Penyata akaun
196

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Pengiraan Kos Projek Tanaman

Pengiraan kos projek tanaman adalah berbeza mengikut jenis projek iaitu hidroponik, fertigasi
atau aeroponik. Pengurus perlu menyediakan belanjawan bagi projek yang akan dilaksanakan.
Format belanjawan yang berikut boleh digunakan untuk mengira kos projek tersebut.

Format Belanjawan:

Anggaran Pendapatan = Anggaran Kuantiti Hasil x Harga Seunit Hasil
Anggaran Kos = Kos Berubah + Kos Tetap

Anggaran Kos Luar Jangka = 10 Peratus x Anggaran Kos
Anggaran Perbelanjaan = Anggaran Kos + Anggaran Kos Luar Jangka
Anggaran Keuntungan = Anggaran Pendapatan – Anggaran Perbelanjaan
Pulangan Modal (PM) = Jumlah Pendapatan
Jumlah Perbelanjaan

Titik Pulangan Modal (TPM) = Jumlah Perbelanjaan
Jumlah Kuantiti Hasil

Contoh Pengiraan Kos Projek Tanaman Fertigasi

Pengiraan kos projek tanaman fertigasi berikut dibuat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari
dokumen seorang pengusaha ladang. Andaikan kos pembinaan sistem fertigasi ialah RM25,000.00.

i) Kos Bahan Berubah Unit Kos (RM) / Unit Jumlah Kos (RM)
5 paket 30.00 150.00
Benih Cili Kulai F1 568 5000 helai 0.40
50 biji 10.00 2,000.00
Polibeg (Beg Politena) 50 bag 10.00 500.00
1000 guni 2.00 500.00
Dulang semaian 1000 guni 2.00
Peat moss (50L/bag) 100 set 2,000.00
20 botol 120.00 2,000.00
Cocopeat (sabut kelapa) 75.00 12,000.00
Serkam bakar 1,500.00
20,650.00
Baja set A dan set B 25,000.00
45,650.00
Racun kimia 4,565.00

Jumlah 50,215.00

ii) Kos Tetap

iii) Jumlah Kos

iv) Kos Luar Jangka 10%
v) Jumlah Perbelanjaan

(RM 45,650.00 + RM 4,565.00)

197

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.5.3 Hasil Pendapatan Projek Tanaman

Hasil pendapatan bermaksud wang yang diterima atau wang yang akan diterima oleh peniaga
pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga yang dilakukan. Pengusaha projek tanaman
hidroponik, fertigasi atau aeroponik akan mengira hasil pendapatan daripada jualan hasil tanaman
mereka bagi tujuan rekod serta prestasi projek yang dilaksanakan. Pengusaha akan mengira
anggaran pendapatan berdasarkan harga seunit hasil di pasaran semasa seperti ditunjukkan dalam
Jadual 2.39. Harga pasaran terkini dapat dirujuk di laman sesawang Kementerian Pertanian
dan Asas Tani Malaysia kerana secara purata harga di ladang adalah berdasarkan harga musim
penanaman biasa (tanaman secara konvensional).

Contoh Hasil Pendapatan Dan Kos Pengeluaran Tanaman Sistem Fertigasi

Jadual 2.39 Anggaran hasil pendapatan tanaman secara fertigasi bagi 2000 polibeg

Tanaman Jangka Anggaran Purata Jumlah Anggaran Hasil Pendapatan
Masa Hasil/ Harga/kg Hasil Kos Bersih/ Bersih /
(Bulan) Pokok/ Kasar Bulan
Beg (RM) (RM) Operasi/ Beg (RM)
(kg) 2000 Beg (RM)

(RM)

Tomato 4 3.0 2.50 12,000.00 4,200.00 4.88 1,950.00
Cili 5 3.0
Kubis 3 1.3 3.00 14,400.00 10,380.00 2.51 804.00
Salad 2 0.5
Sawi 1 0.5 2.00 4,160.00 2,850.00 0.82 436.67

3.00 2,400.00 750.00 1.03 825.00

2.00 1,600.00 750.00 0.53 850.00

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Terengganu
Nota:Pengiraan pendapatan berdasarkan 1600 polibeg (80% Jualan)

198

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

SPH diperlukan dalam sistem fertigasi untuk mengawal kelembapan berlebihan terutama
semasa hujan lebat. Bumbung yang dibina haruslah membenarkan cahaya matahari menembusinya
kerana tanaman memerlukan cahaya yang cukup. Berikut adalah contoh kos pembangunan
teknologi sistem fertigasi sebagai panduan:

Bil Keperluan Asas Unit Harga Unit Jumlah (RM)
(RM)
1. Struktur Pelindung Hujan 20 unit - 25,605.00
- 10,013.00
2. Sistem Pengairan -
5,000.00 5,000.00
3. Bangsal Teduhan Rangka 1 unit
(12’ X 24’) - 8,935.96
49,553.96
4. Keuntungan (22%) -

Jumlah Kos Struktur

Sumber: Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

Tanaman fertigasi juga boleh tidak menggunakan SPH. Penggunaan SPH merupakan pilihan
kepada petani. Oleh itu, tanaman fertigasi dilakukan secara terbuka. Petani masih boleh mendapat
kuantiti dan hasil tanaman yang baik.

Contoh Pengiraan Hasil Pendapatan Tanaman

Anggaran Pendapatan

Anggaran pendapatan adalah pendapatan yang dijangka akan diperolehi oleh pengusaha bagi satu
jangka masa pengeluaran. Anggaran pendapatan penting dihitung untuk menjangka pulangan
bidang yang diusahakan.

Berikut ialah contoh pengiraan hasil pendapatan tanaman Cili Kulai F1568 untuk projek penanaman
secara fertigasi.

Anggaran Pendapatan = Anggaran Kuantiti Hasil x Harga Seunit

Contoh pengiraan anggaran pendapatan:

Bidang Usaha: Cili (fertigasi)

Bilangan Pokok: 1 000

Anggaran Hasil Semusim: 5kg/ pokok x 1 000 = 5 000kg

Anggaran Harga: RM 8.00/kg

Anggaran Pendapatan: 5 000 x RM 8.00 = RM 40,000.00

Laman ICT

Maklumat Harga Bulanan dan Indeks Harga Purata Runcit
Bagi Komoditi Agromakanan Terpilih Di Malaysia

199

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan adalah kos yang dijangka dikeluarkan untuk membiayai sesuatu bidang
usaha. Anggaran perbelanjaan meliputi kos tetap dan kos berubah.

Kos Tetap

Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)
Sewa tanah (4 bulan) 2,000.00
Susut nilai sistem pengairan 1 ekar 500/bulan 500.00
Jumlah
5,000 x 10% RM 2,500.00

Kos Berubah Kos Belanja 1 musim
Bil Perkara (RM)
50.00
1. Benih cili
2. Polibeg 400.00
3. Dulang semaian 100.00
4. Cocopeat 400.00
5. Baja fertigasi (Set A dan Set B) 2,400.00
6. Racun kimia 300.00
7. Sekam bakar 400.00
8. Bil air JBA 100.00
9. Bil elektrik 250.00
10. Bil telefon/faksimile
11. Buruh (Seorang) 50.00
12. Lain-lain keperluan 4,000.00

Jumlah kos 500.00
RM 8,950.00

Anggaran Kos = Kos Tetap + Kos Berubah
= RM 2,500.00 + RM 8,950.00
= RM 11,450.00

Kos Luar Jangka (10%) = RM 1,145.00
Anggaran Perbelanjaan = RM 12,595.00

200

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.5.4 Penyata Untung Rugi Projek Tanaman

Penyata untung rugi adalah suatu penyata yang menunjukkan segala ringkasan hasil dan
perbelanjaan perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan. Penyata ini digunakan untuk menilai
prestasi sesuatu perniagaan tersebut. Kepentingan penyediaan penyata untung rugi adalah untuk:

• Mengetahui keuntungan atau kerugian bagi sesuatu bidang usaha.

• Memudahkan pengusaha mengkaji prestasi atau kecekapan pengurusan mereka.

• Membantu bakal-bakal pelabur atau rakan kongsi mengetahui keupayaan dan keuntungan
perniagaan.

• Kegunaan pihak luar seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pemiutang.

Pendapatan ialah wang yang diperolehi oleh pengusaha bagi satu jangka masa pengeluaran.
Perbelanjaan ialah kos yang dikeluarkan untuk membiayai sesuatu bidang usaha. Perbelanjaan
meliputi kos tetap dan kos berubah.

Keuntungan ialah pendapatan yang diperolehi setelah ditolak dengan jumlah perbelanjaan.
Keuntungan yang diperolehi dalam satu bidang usaha akan digunakan sebagai pengiraan cukai
pendapatan individu atau perniagaan syarikat.

Format Penyata Untung Rugi berikut hanya menunjukkan jumlah untuk tahun semasa sahaja
dan tidak dikumpul atau dibawa untuk tahun berikutnya. Pendapatan diperolehi apabila kuantiti
hasil per unit didarab dengan harga per unit. Jumlah perbelanjaan diperolehi daripada jumlah
kos berubah dan kos tetap. Manakala, keuntungan diperolehi apabila jumlah pendapatan ditolak
dengan jumlah perbelanjaan.

Format Penyata Untung Rugi

Perkara A B Jumlah
Kuantiti / Unit Harga RM (RM)
i. Pendapatan
AxB

ii. Perbelanjaan
a) Kos Berubah
b) Kos Tetap
Jumlah Perbelanjaan
(a+b)

iii. Keuntungan
( i - ii )

Info Tambahan

Dua jenis keuntungan dalam perniagaan iaitu keuntungan kasar dan keuntungan bersih.
• Keuntungan Kasar - keuntungan perniagaan yang diperolehi selepas menolak kos yang

berkaitan dengan penghasilan dan penjualan produk.
• Keuntungan Bersih - diperolehi apabila jumlah jualan yang tinggal selepas semua

perbelanjaan operasi, faedah, cukai dan dividen saham utama telah ditolak daripada
jumlah pendapatan perniagaan.

201

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tajuk: Pengiraan Untung Rugi Projek Tanaman.

Hasil Pembelajaran:

Menghitung:
i. Pendapatan projek tanaman.
ii. Kos tetap projek tanaman.
iii. Kos berubah projek tanaman.
iv. Jumlah perbelanjaan projek tanaman.
v. Keuntungan projek tanaman.

Arahan: Berikut adalah maklumat bidang usaha projek tanaman timun. Sediakan penyata
untung rugi projek tanaman mengikut format yang betul.

Nama Tanaman : Timun

Keluasan Tanaman : 1 hektar

Bilangan Pokok : 10 000 pokok/hektar

Jangkamasa Memungut Hasil : 8 minggu

Berat Hasil : 16 000 kg

Harga/Kg : RM 1.35

Perkara Kuantiti / Unit Kos ( RM )
Benih 2.5 kg @RM 23.00 57.50
Baja kimia 500 kg@RM 1.26
Baja tahi ayam 630.00
Racun kimia 3 guni @RM 250.00 750.00
Membaja 36 L @RM 6.00 216.00
Merumput Kontrak 150.00
Memungut hasil Kontrak 450.00
Membuat tapak semaian Kontrak 2,000.00
Penyediaan tanah dan batas Kontrak 180.00
Pengangkutan ke setor Kontrak 600.00
Lain-lain keperluan 350.00
Sewa tanah 10 kali @RM 35.00 300.00
Insurans 3,000.00
300.00

202

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.5.5 Menghitung Pulangan Modal dan Titik Pulangan Modal

Pulangan Modal (PM)

Pulangan modal (PM) adalah pendapatan yang diperolehi daripada setiap ringgit (RM) yang
dilaburkan. Bidang usaha yang memberikan pulangan setiap ringgit dilabur tertinggi menunjukkan
bahawa bidang usaha lebih berdaya saing dan menguntungkan. Pengiraan PM adalah menggunakan
persamaan berikut:

Contoh pengiraan PM

Bidang usaha : Tanaman petola

Jumlah Pendapatan Pendapatan : RM 9,000.00
Jumlah Perbelanjaan
Perbelanjaan : RM 5,659.50

Contoh pengiraan : RM 9,000.00

RM 5,659.50

= 1.59

1.59 bermaksud setiap ringgit modal mendapat pendapatan RM1.59
dengan keuntungan RM0.59

Titik Pulangan Modal (TPM)

Titik pulangan modal adalah harga minimum bagi setiap kuantiti hasil yang akan dijual. Apabila
pengusaha memperuntukkan sejumlah wang yang dilaburkan untuk menjalankan sesuatu bidang
usaha, pelaburan tersebut akan memberi pulangan dalam bentuk keuntungan. Pada titik ini,
perniagaan tidak akan mendapat untung atau mengalami kerugian dan ini bermakna untung
perniagaan ialah sifar. Kaedah yang digunakan untuk menghitung TPM adalah menggunakan
kaedah margin caruman iaitu melibatkan penggunaan formula seperti berikut:

Contoh pengiraan TPM

Bidang usaha : Tanaman petola

Perbelanjaan : RM 5,659.50

Bilangan pokok : 300 pokok

Jumlah Perbelanjaan Anggaran hasil : 6kg/pokok
Jumlah Kuantiti Hasil
Kuantiti hasil : 1 800 kg

Contoh pengiraan : RM 5,659.50

1 800kg

= RM 3.14/kg

Kegunaan Titik Pulang Modal
Titik pulangan modal digunakan untuk:
• Menentukan jumlah tahap jualan yang perlu dikeluarkan bagi mengelak kerugian.
• Mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian pada tahap pengeluaran tertentu.
• Merancang pengeluaran bagi memperoleh untung yang disasarkan.
• Merancang pengeluaran dan jualan dengan mengkaji kesan ke atas titik pulang modal jika

perubahan dibuat ke atas kos tetap, kos berubah seunit atau harga jualan seunit.

203

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Contoh, penyata untung rugi, pulangan modal (PM) dan titik pulangan modal (TPM) projek
tanaman cili fertigasi di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH)
a) Penyata Untung Rugi.

Jenis Tanaman : Cili Merah (30 unit/hektar)
Bilangan Musim/Tahun : 1 musim (4 bulan)

Bilangan Pokok/SPH : 240 pokok
Hasil : 2.5 kg/pokok/musim

Jumlah Hasil : 240 x 2.5 x 1 x 30 = 18 000kg
Harga Jualan Ladang : RM 5.00/kg

Pendapatan Kasar Berat Hasil (kg) Harga/kg Pendapatan (RM)
18 000
Perbelanjaan 5.00 90,000.00

I Kos Berubah Kuantiti/unit Harga (RM)/unit Nilai kos (RM)
Benih cili
Polibeg (16 inci x 16 inci) 5 paket 100.00 500.00
Dulang semaian 2 000 helai 1.00 2,000.00
Peat moss
Cocopeat 50 buah 10.00 500.00
Sekam bakar 50 beg 10.00 500.00
Baja fertigasi (Set A dan Set B) 50 beg 60.00 3,000.00
Racun kimia 50 beg 80.00 4,000.00
Lain-lain keperluan 100 set 100.00 10,000.00
Penyediaan tapak 150.00 1,500.00
Memungut hasil 10 botol 1,000.00 1,000.00
Jumlah Kos Berubah 2,500.00
Kontrak 2,500.00
II Kos Tetap Kontrak 28,000.00
Sewa tanah
Susut nilai alatan pengairan 1 musim 5,000.00 5,000.00
Insurans 20%/tahun 5,000.00 5,000.00
Jumlah Kos Tetap
1 tahun 100.00
III Jumlah Perbelanjaan 10,100.00
(RM 28,000.00 + RM 10,100.00)
38,100.00
IV Keuntungan
(RM 90,000.00 – RM 38,100.00) 51,900.00

204

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

b) Pulangan Modal (PM)

Pulangan Modal (PM) = RM 90,000.00

RM 38,100.00

= *2.36

(*2.36 bermaksud setiap ringgit modal mendapat pendapatan RM 2.36 dengan keuntungan

RM 1.36)

c) Titik Pulangan Modal (TPM)

Titik Pulangan Modal (TPM) = RM 38,100.00
18,000kg

= **RM 2.12/kg
(**RM 2.12/kg bermaksud jualan hasil pada harga RM 2.12 sekilogram akan mendapat
pulangan modal)

Info Tambahan

Kaedah menentukan titik pulangan modal
Satu lagi cara menentukan titik pulangan modal perniagaan adalah melalui kaedah graf.
Titik pulangan modal diketahui dengan melihat pada titik persilangan antara keluk jumlah
kos dengan keluk jumlah hasil. Pada titik persilangan itu jumlah kos adalah menyamai hasil
jualan. Pada tingkat output di kawasan bawah titik pulangan modal, kerugian akan ditanggung.
Manakala, tingkat output di kawasan atas titik pulangan modal akan memperoleh keuntungan.

Kos (RM) Jumlah hasil

Jumlah kos

Titik Pulangan Modal

Kos tetap

Keluaran (unit)

205

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Tajuk: Penyata Untung Rugi, Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM).

Hasil Pembelajaran:

Menghitung:
i. Pendapatan
ii. Kos berubah

iii. Kos tetap
iv. Jumlah perbelanjaan
v. Keuntungan
vi. Pulangan Modal (PM)
vii. Titik Pulangan Modal (TPM)

Tugasan:

Berdasarkan maklumat projek tanaman fertigasi berikut, sediakan penyata untung rugi,
hitungkan pulangan modal dan titik pulangan modal projek tersebut.

Jenis Tanaman: Projek Tanaman Fertigasi Kos ( RM )
Keluasan: 150.00
Tempoh Tanaman: Tomato
Harga Pasaran: 1 unit rumah tanaman berukuran 10m x 20m
Anggaran Berat Hasil: 4 musim/tahun
RM 2.50/kg
Bil 1 050kg/musim
1. Benih
Kos-Kos Pengeluaran Tomato/Hektar

Perkara

2. Baja fertigasi 350.00
3. Polibeg 100.00
4. Sekam bakar 200.00
5. Dulang semaian 100.00
6. Racun kimia 100.00
7. Sistem pengairan 600.00
8. Sewa tapak 200.00
9. Insurans
10. Bil elekrik 60.00
11. Bil air 200.00
12. Susut nilai peralatan 100.00
13. Belanja am 250.00
14. Upah memungut hasil 200.00
500.00

206

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

2.5.6 Membuat Keputusan

Memilih Bidang Usaha
Pemilihan bidang usaha penting dilakukan untuk menentukan bidang usaha yang bakal diceburi.
Dalam proses pemilihan tersebut, pengusaha akan dapat mengenal bidang usaha tersebut dan
menilai kemampuan diri untuk mengelolakannya. Untuk menentukan bidang usaha yang akan
diceburi, pengusaha perlu mengenal pasti faktor-faktor berikut (Rajah 2.40).

Minat
dan Bakat

Pengalaman Faktor Modal
Waktu / Masa Memilih
Bidang Pulangan
Usaha Modal

Keuntungan

Rajah 2.40 Faktor pemilihan bidang usaha

Minat dan Bakat

Minat boleh mendorong seseorang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang
diceburinya. Bakat diperolehi secara semula jadi, namun ada juga bakat yang dibentuk melalui
pelbagai kursus berkaitan yang diceburi. Dengan adanya minat dan bakat, seseorang pengusaha
akan dapat memberi tumpuan serta meningkatkan bidang usaha yang diceburi.

Modal

Modal adalah wang tunai atau gabungan wang tunai dan aset tetap untuk membiayai urus niaga
atau perladangan. Modal boleh dibahagikan kepada modal fizikal dan modal kerja. Modal fizikal
seperti jentera, bangunan pentadbiran ladang, tanah dan kilang tempat memproses. Modal kerja
pula meliputi wang, bahan mentah dan stok.

Pulangan Modal

Pengusaha perlu menghitung pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan. Pulangan modal
lebih dari 1.00 menunjukkan ada keuntungan. Pulangan modal 1.00 menunjukkan pendapatan yang
diperolehi sama dengan modal yang dilabur. Pulangan modal kurang daripada 1.00 menunjukkan
bidang usaha itu mengalami kerugian.

207

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Keuntungan

Seseorang pengusaha perlu mempertimbangkan keuntungan yang ingin diperolehi. Keuntungan
perlu dianggarkan semasa membuat perancangan kewangan projek. Pengusaha juga perlu
memastikan jangka waktu untuk memperoleh keuntungan. Pengusaha yang bijak akan memastikan
pulangan modal terlebih dahulu sebelum menikmati keuntungan.

Waktu

Pengusaha perlu menentukan masa dan matlamat yang perlu dicapai dalam bidang usaha
yang dilakukannya. Tentukan matlamat keuntungan. Terdapat bidang usaha yang memperoleh
keuntungan dalam masa singkat, sederhana atau dalam jangka panjang. Contohnya, bidang usaha
pertanian seperti pengeluaran tanaman makanan atau komoditi makanan perlukan masa sekurang-
kurangnya empat musim (1 tahun) untuk mencapai keuntungan maksimum. Ada juga bidang
usaha yang memerlukan masa antara 1 tahun hingga 3 tahun seperti bidang usaha pemprosesan
makanan dan masa lebih daripada 3 tahun untuk bidang usaha tanaman komoditi seperti kelapa
sawit, koko dan lada hitam.

Pengalaman

Pengalaman boleh secara pengalaman peribadi ataupun diperolehi dari pengalaman orang lain.
Pengalaman peribadi dapat diperolehi dengan cara mengikuti kursus-kursus atau latihan secara
praktikal. Manakala, pengalaman dari orang lain yang sudah berjaya dapat diperolehi melalui
pembacaan atau penerokaan profil usahawan-usahawan berjaya.

Menganalisis Keputusan

Penentuan bidang usaha juga boleh dilakukan dengan
menggunakan analisis SWOT. Kaedah ini sangat popular
di kalangan usahawan untuk menilai suatu bidang usaha
itu secara lebih tepat. Rajah 2.41 menunjukkan maksud
analisis SWOT.

Faktor Dalaman

Kekuatan (S) Kelemahan (W)

• Mempunyai kepakaran tertentu. • Kekurangan kepakaran di pasaran.
• Mudah mendapat sumber. • Produk yang serupa dengan pesaing.
• Produk atau perkhidmatan baru dan inovatif. • Pesaing mempunyai akses lebih baik.
• Proses dan prosedur berkualiti. • Proses dan prosedur tidak berkualiti.
• Reputasi yang baik. • Reputasi yang tidak baik.

Faktor Luaran

Kekuatan (O) Kelemahan (T)

• Peluang pasaran yang berkembang. • Pesaing baru yang sedia ada.
• Boleh berubah ke pasaran yang lebih baik. • Pesaing lebih inovatif.
• Persaingan harga.
mempunyai pasaran lebih luas di luar • Cukai produk dan perkhidmatan meningkat.
negara.

Rajah 2.41 Maksud Analisis SWOT
208

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Masa Hadapan Bidang usaha
Berpandukan analisis faktor dalaman dan luaran yang telah dilakukan, pengusaha boleh membuat
keputusan dengan meneruskan memilih bidang usaha yang dirancang. Rajah 2.42 menunjukkan
langkah membuat keputusan seterusnya. Sekiranya pengusaha mengambil keputusan untuk tidak
memilih bidang usaha tersebut kerana keputusan yang tidak meyakinkan, ia perlu mengubahsuai
kepada bidang usaha yang lain.

Masa Hadapan Bidang Usaha

Keputusan

YA TIDAK
Meneruskan bidang usaha • Mengubahsuai pengurusan bidang
• Menggantikan dengan bidang

usaha yang lain
• Membubarkan bidang usaha

Rajah 2.42 Langkah membuat keputusan suatu bidang usaha

Meneruskan Bidang Usaha

Sekiranya suatu bidang usaha yang memberi keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang
dilaburnya adalah tinggi, pengusaha perlu meneruskannya. Pengusaha boleh meneruskan bidang
usaha tersebut dengan kapasiti sedia ada atau boleh membesarkan lagi bidang usaha tersebut.
Mengubahsuai Pengurusan Bidang Usaha

Pengurusan yang tidak cekap boleh menyebabkan kerugian. Sekiranya pihak pengurusan telah
mengenal pasti penyebab kepada kerugian bidang usahanya, tindakan menukar pengurusan
perlu dilakukan segera. Pengurusan adalah melibatkan pengurus, juruteknik, mandur dan
pekerja. Namun menukar pengurusan bukan bermaksud menukar keseluruhan pekerja. Mungkin
pengurus sahaja yang dikenal pasti menyebabkan kerugian tersebut.
Menggantikan Dengan Bidang Usaha Lain
Jika bidang usaha tidak menguntungkan, pengusaha perlu menggantikannya dengan bidang
usaha lain. Perkara ini juga boleh dibuat sekiranya pengusaha mengalami persaingan yang
sangat sengit, sukar mendapatkan bekalan input, sukar memasarkan hasil atau harga yang terlalu
rendah.
Membubarkan Bidang Usaha

Bidang usaha yang mengalami kerugian perlu dihentikan supaya risiko kerugian tidak ditanggung
secara berpanjangan. Selepas itu, pengusaha boleh memilih untuk menutup terus ladang atau
menggantikan dengan bidang usaha lain. Jika tindakan menutup ladang dibuat, pengusaha boleh
menjual segala aset yang dimiliki untuk mendapatkan kembali modalnya.

209

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

PENGURUSAN KEWANGAN

Modal Permulaan dan Modal Akhir
• Modal Permulaan merupakan sumber kewangan atau aset yang membantu dalam proses

pengeluaran.
• Modal Akhir diperolehi apabila modal awal ditambah dengan keuntungan dan ditolak

dengan ambilan.
• Kos Tetap adalah bayaran untuk input tetap.
• Kos Berubah adalah kos yang berubah secara langsung dengan tingkat output.
• Ambilan adalah penggunaan tunai atau aset perniagaan oleh pemilik perniagaan untuk

kegunaan peribadi.

Dokumen
• Jenis dokumen terbahagi kepada sebelum urus niaga, semasa urus niaga dan selepas urus

niaga.
• Dokumen sebelum urus niaga adalah surat tanya, katalog, senarai harga dan sebut harga.
• Dokumen semasa urus niaga adalah borang pesanan, nota serahan, invois, nota kredit

dan nota debit.
• Dokumen selepas urus niaga adalah resit, bil tunai dan penyata akaun.

Hasil Pendapatan Projek Tanaman
• Anggaran pendapatan ialah pendapatan yang dijangka akan diperolehi oleh pengusaha.
• Anggaran perbelanjaan ialah kos yang dikeluarkan untuk membiayai suatu bidang usaha.

Penyata Untung Rugi Projek Tanaman
• Penyata untung rugi adalah suatu penyata yang menunjukkan ringkasan hasil dan

perbelanjaan bidang usaha dalam satu tempoh perakaunan.

Pulangan Modal (PM) dan Titik Pulangan Modal (TPM)
• Pulangan modal (PM) adalah pendapatan yang diperolehi daripada setiap ringgit yang

dilabur.
• Titik pulangan modal (TPM) adalah harga minimum bagi setiap hasil yang akan dijual.

Membuat Keputusan
• Faktor memilih bidang usaha ialah minat dan bakat, modal, pulangan modal,

keuntungan, waktu dan pengalaman.

210

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Jawab Semua Soalan

1. Encik Baharom ingin memulakan projek tanaman fertigasi secara besar-besaran tetapi
kekurangan modal. Nyatakan dua cara bagaimanakah beliau dapat menyelesaikan masalah
tersebut?
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................

2. Ketika menyediakan belanjawan projek tanaman cili merah, Encik Tahar telah memasukkan
pengiraan kos luar jangka. Nyatakan tiga situasi yang melibatkan kos luar jangka.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii)......................................................................................................................................

3. Setelah membuat pengiraan, didapati modal akhir projek tanaman fertigasi cili merah adalah
kurang 50% daripada modal permulaan. Nyatakan bagaimana keadaan ini berlaku.
..........................................................................................................................................

4. Nyatakan tiga maklumat yang terdapat dalam sebut harga.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii)......................................................................................................................................

5. Syarikat anda menjalankan urusniaga dengan seorang pengusaha projek tanaman aeroponik.
Anda telah menghantar katalog berserta borang pesanan kepada pengusaha tersebut.
Nyatakan apakah tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh pengusaha itu?
..........................................................................................................................................

6. Ketika menghantar pesanan set fertigasi kepada pembeli, Syarikat Tiara telah menyerahkan
satu dokumen. Nyatakan nama dokumen itu dan tujuan menyerahkannya.
..........................................................................................................................................

7. Syarikat Muara telah menghantar 5 guni baja NPK yang dipesan kepada pembeli. Setelah
menyerahkan invois didapati harga yang tertulis di dalamnya kurang daripada harga yang
sepatutnya.
a) Nyatakan apakah yang perlu dilakukan oleh Syarikat Muara?
..........................................................................................................................................

211

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

b) Nyatakan apakah tujuannya?
..........................................................................................................................................

8. En. Rustam telah mendapat diskaun tunai ke atas pembelian baja daripada Pembekal Tekun.
Nyatakan jenis urus niaga yang berlaku dan namakan dokumen yang terlibat.

.........................................................................................................................................

9. Kumpulan projek tanaman fertigasi anda telah menentukan kos luar jangka sebanyak 5%
daripada kos bahan. Kos bahan adalah sebanyak RM 5,000.00. Hitungkan modal permulaan
projek sekiranya kos pembinaan sistem adalah RM 3,000.00.

.........................................................................................................................................

10. Nyatakan apakah yang boleh dilakukan oleh seorang pengurus ladang untuk meningkatkan
modal akhir dalam sesuatu projek tanamannya?

.......................................................................................................................................

11. Syarikat Gurun telah menentukan Titik Pulangan Modal untuk projek tanaman hidroponiknya
adalah sebanyak RM 2.50. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan nilai itu dari segi untung
dan rugi projek tanamannya?

.......................................................................................................................................

12. Anda ingin mengusahakan satu projek tanaman secara hidroponik. Nyatakan tiga faktor yang
perlu anda beri perhatian sebelum membuat keputusan untuk memilih bidang usaha itu.

i)......................................................................................................................................

ii).....................................................................................................................................

iii)....................................................................................................................................

Jadual 1

Bidang Usaha Pendapatan (RM) Perbelanjaan (RM) Pulangan Modal
Petola 9,500.00 5,759.50 1.65
Bendi 9,947.00 1.81
Cili 18,000.00 2.57
Kacang panjang 33,000.00 12,839.60 1.74
4,950.00
8,600.00

13. Jadual 1 menunjukkan prestasi sebuah ladang.
a) Terangkan tentang bidang usaha dari segi pulangan setiap ringgit yang dilaburkan.
.......................................................................................................................................
b) Nyatakan dua bidang usaha yang boleh diteruskan.
.......................................................................................................................................

212

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

GLOSARI

Antagonis Agen mikrob yang mampu bertindak membunuh dan merencat
pertumbuhan mikrob penyebab penyakit tanaman.
Asid amino
Sebatian organik yang terdiri daripada kumpulan amino (NH2) dan asid
Aksil karboksilik (COOH), yang apabila bergabung dengan rantaian tertentu,
Benah maka wujudlah struktur yang dinamakan sebagai protein.

Ekosistem bumi Tunas yang keluar pada batang tumbuhan.

Enzim Serangga dalam Order Hemiptera (Kepinding) yang mempunyai mulut
Debunga jenis menyucuk-menghisap.
Fumigan
Gutasi Sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara maklum
K.&K. di K. hidup dan persekitarannya.
Kalibrasi
Karotena Bio molekul berupa protein yang mempercepatkan proses perubahan
menjadi molekul lain atau tindak balas biologi.
Resistan
Butiran dalam anter yang merupakan benih jantan tumbuhan.
Kuarantin
Bahan wasap.
Komoditi
Pembentukan titis air pada tumbuhan daripada lembapan udara.
Mikroorganisma
Multisel Kesilapan dan kesalahan dikecualikan.
Musuh
semulajadi Penentuan ukuran rawatan bagi rawatan bandingan.
Nutrien
Osmosis Pigmen berwarna merah-jingga yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan
buah-buahan.
Parasitoid
Keupayaan sesuatu tanaman menahan daripada dijangkiti atau diserang
Patogen serangga perosak tanaman atau patogen.

Pendekatan melalui kuasa undang-undang dalam membendung perebakan
perosak dan penyakit.

Barang yang diperdagangkan terutamanya keluaran ladang, bahan mentah
dan bahan galian.

Organisma yang sangat kecil dan dapat dilihat hanya dengan menggunakan
mikroskop.

Organisma yang mempunyai lebih daripada satu sel.

Organisma yang secara semulajadi menyerang perosak tanaman sebagai
sumber makanannya lantas membantu mengawal serangga perosak
tanaman.

Zat makanan yang diperlukan oleh organisma untuk hidup.

Pergerakan molekul pelarut daripada larutan kurang pekat kepada larutan
lebih pekat melalui membran separa telap.

Serangga yang bertindak memparasit ke atas serangga perosak untuk
tumbesarannya justeru akhirnya membunuh dan merencat pembiakan
perosak.

Organisma mikrob seperti kulat, bakteria dan virus sebagai penyebab
penyakit.

213

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Pemangsa Haiwan yang menangkap, memakan dan membunuh mangsanya.
Tindakan dan langkah-langkah yang diambil untuk membunuh dan
Pengawalan mengawal bilangan perosak apabila mencapai aras ambang ekonomi agar
perosak bilangan perosak dihindari daripada meningkat mencapai aras kecederaan
ekonomi.
Perosak Agen yang sama ada mencederakan, menyebabkan penyakit mahupun
bersaing untuk tumbuh dan mendapatkan air, nutrien, ruang dan sinaran
Perumah matahari.
Pigmen Tanaman yang dijadikan sumber makanan mahupun teduhan oleh agen
Rentan perosak.
Residu kimia Bahan berwarna yang terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan.
Spesies Tidak berupaya menahan serangan perosak atau penyakit.
Spora Sisa atau baki bahan kimia.
Tanaman Kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama dan boleh
industri membiak dalam kalangan mereka.
Tanaman Biji benih bagi tumbuhan tidak berbunga.
makanan Tanaman seperti getah dan kelapa sawit yang menghasilkan bahan mentah
Vegetatif untuk industri pembuatan dan pemprosesan.
Vektor
Zat organik Tanaman yang digolongkan sebagai sumber makanan.

Tumbesaran yang berbentuk tunas bawah tanah dan bukan organ
pembiakan.
Agen seperti serangga sebagai pembawa dan penyebar penyakit.
Sebatian organik yang terdapat secara semula jadi pada tumbuhan.

214

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

INDEKS

A 27 Glukosa 39,41,43 O 6
Adventitius 42 Granum 41 Order 44,45,51
Aerob 125,126 H Osmosis
Afid 42 Hamama 127,155 P 9
Anaerob Hipertonik 45,46 Palmae 47,50
Angiosperma 6 Hipogel 37,61 Parenkima
Antosianin 17 Hipokotil 8 Pengehad 53
Aksil 17 I Pigmen 17,40
Araceae 72 Isotonik 46 Pinat
Asid amino 47 K Plasmolisis 19
Atmosfera 48, 60 Kalibrasi 120 R 45,46
B Karotena 17,72 Radikal
Benah perang 126 Kapilari Rhizom 37
Beras bario 169 Kandungan 155 S 47
Beri 144,145 kelembapan Sistem Tatanama
Biokimia 6,40,42 Kelembapan 153 Binomial 6
Biologi bandingan Sklerenkima
Brassicaceae 6 Kelompokan 155 Sintetik 50
C 72 Kitaran Calvin 40 Solanaceae 36
Convolvulaceae Kitaran kreb 43 Spora 71
Cucurbitaceae 72 Klorosis Stolon 13,32
D 71 Kolenkima 89,90 Sukrosa 23
Dikotomus Krista 50 T 47
Dwilapisan 23 K.&K.di K 43 Testa
E 44 L U 36
Ekosistem bumi Larutan organik 192 Umbisi
Eksokarpa 5,33 Lenggai V 9
Embrio 75 M 25 Vermiculite
Endodermis Malvaceae 128,142,143 X 94
Enzim 8,36,55 Margin Xantofil
Epigeal 21,29 Meristem 71,75 17
Epikotil Mesofil 161,163
F 43,53,55 Mesokarpa 24,32,38
Fermentasi 37,61 Monopodial 41,43,51
G 8 Multisel
Gas metana N 75
Gas nadir 150 National 23
Genus Biodiversity 4,21,36
Genetik 46 Centre
4 Nukleus 5
6
24
6,36

215

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

BIBLIOGRAFI

Abd Aziz, O., dan Rohaniah, M. N. (2014). Hortikultur landskap. Putrajaya: Jabatan Pengajian
Politeknik.

Eldra, P. S., Linda, R. B., dan Diana, W. M. (2011). Biology (9 edition). Florida: Life Sciences.
Gan, W. Y., Manoharan, A/L. S., dan Azmah, R. (2011). Biologi Tingkatan 4. Petaling Jaya:

Bakaprep Sdn. Bhd.
Hassan, A., Amutha, V. P., dan Anuar, M. I. (2016). Pertanian Tingkatan 4. Petaling Jaya: Multi

Educational Book Enterprise
Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Modul Pembelajaran Tanaman Makanan Tingkatan

5. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohammad Jaafar, S. (2010). Sains Pertanian Tingkatan 5. Bukit Katil, Melaka: Percetakan

Surya Sdn. Bhd.
Ng Chee, K., Fadhilah, M., dan Rose Lee, S. H. (2012). Sains Tingkatan 2. Cheras: Percetakan

Rina Sdn. Bhd.
Radcliffe, E. B. dan Hutchison, W. D. (2008). Integrated Pest Management. London:

Cambridge University Press.
Robi, S., dan Zaleha, U., (2011). Pengeluaran Kangkung Dan Bayam. Serdang: Taman

Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia.
Wan Abdullah,W. Y., dan Illani Zuraihah, I. (2015). Penanaman Sayuran Secara Organik Di

Malaysia. Serdang: MARDI.
Yusof, I. (2012). Serangga dan Kerosakan Tanaman di Malaysia. Serdang: Universiti Putra

Malaysia Press.
Yusof, I., dan Ridzwan, C. R. (2013). Modul Kursus VEA3036 Tanaman Industri. Tanjong

Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zaleha, U., dan Robi, S. (2010). Pengeluaran Sawi. Serdang: Taman Pertanian Universiti,

Universiti Putra Malaysia.
Zulhazmi, S., Hanim, A., dan Ab. Kahar, S. (2016). Inovasi Pertanian Bandar. Serdang:

MARDI.

216

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Rujukan Laman ICT/QR Code

Bil. Tajuk Muka Surat
5
1. Bilangan pokok di dunia (How many trees in the world) 5
https://youtu.be/jqdokXQngw8 12
12
2. Bagaimana pokok membersihkan udara (How trees clean the air) 27
https://youtu.be/XVUAgcSCP_U 27
27
3. Teknik mengenal tumbuhan (Technique in plant ID) 38
https://youtu.be/93gjF1IRhDW 38
40
4. Struktur tumbuhan dan fungsi (Plant structure and function) 40
http://youtu.be/J9fm9RbL_Sw 47
47
5. Bahagian dan fungsi tumbuhan (Plant parts and functions) 50
https://youtu.be/uaZjDUiANcs
56
6. Anatomi tumbuhan (Plant anatomy)
https://youtu.be/ebQdr-UnV6E 56

7. Struktur tumbuhan (Plant structure) 57
https://youtu.be/zHp_voyo7MY
57
8. Pertumbuhan primer (primary growth)
https://youtu.be/qlxPTNzQB5U 121
217
9. Pertumbuhan sekunder (secondary growth)
https://youtu.be/i_ly3DblRew

10. Fotosintesis (light reaction)
https://youtu.be/hj_WKgnL6MI

11. Makanan dan pengangkutan tumbuhan (Plant nutrition and transport)
https://youtu.be/bsY8j8f54I0

12. Xilem dan fleom berfungsi (Xylem and phloem works)
https://youtu.be/u_8fOz_R-I0

13. Struktur sel tumbuhan (Plant cell structure)
https://youtu.be/IWU6ma5405U

14. Fotosintesis dan respirasi (Photosynthesis and respiration)
https://youtu.be/0IJMRsTcwcg

Faktor mempengaruhi fotosintesis (Factors affecting the rate of
15. photosynthesis)

https://youtu.be/PQ1zZ9G5d7m

Kesan perubahan cuaca pada tanaman (Effect of climate change on
16. crops)

https://youtu.be/JaUItiaeLBU

17. Kesan cahaya pada fotosintesis (Effect of light on photosynthesis)
https://youtu.be/s2vOJmljGkM

Keperluan cahaya pada fotosintesis (Sunlight is necessary for
18. photosynthesis - experimental)

https://youtu.be/j6Le0S52wt0

19. Maklumat GAP
https://m.youtube.com/watch?v=jNDR6QFE-I0&feature=youtu.be-

KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5

Bil. Tajuk Muka Surat
121
20. Maklumat MyGAP 122
http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/373?mid=68 122
128
21. Maklumat SALM
http://www.moa.gov.my/web/guest/salm 129

22. Maklumat SOM 128
http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/377?mid=70 132
141
Penyakit lenggai (Buah) hitam pada buah koko
23. http://croped.koko.my/index.php?option=com_content&view=article&i 142
149
d=23:penyakit-buah-hitam&catid=9:penyakit-buah&Itemid=6 149
150
GAP Tanaman Padi 167
24. http://www.doa.gov.my/index/resources/aktiviti_sumber/sumber_awam/ 167
172
maklumat_biosekuriti/perosak_tanaman_padi.pdf
172
GAP Tanaman Koko
25. https://www.scribd.com/mobile/ 174
199
document/239390707/11-Keselamatan-Koko-Amalan-Pertanian-Baik

26. Program Rakan Alam Sekitar
https://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php

Indeks kematangan jagung
27. http://www.fama.gov.my/

documents/10157/852829b9-8e82-429c-8172-83ac880fb023

Indeks kematangan sayur-sayuran
28. http://www.fama.gov.my/spesifikasi-gred-dan-piawaian#.

WW8ox4oRXCS

29. Penanaman padi di Sekinchan
https://www.youtube.com/watch?v=iiJlomK5-yk

30. Sistem pengeringan dan pengilangan padi secara komersial
http://www.bernas.com.my/index.php/drying-milling-process

31. Teknologi penuaian pemprosesan biji koko
https://m.youtube.com/watch?v=1NXYxqhCY0A

32. Maklumat pemasaran pertanian oleh FAMA
http://www.fama.gov.my/pasar-tani#.WW8psIoRXCS

33. Laman Agro MAEPS
https://youtu.be/iOjj81TY8Og

34. Dasar keselamatan makanan kebangsaan
http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/dasar-keselamatan-makanan-kebangsaan/

Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan

35. http://fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/
MKMPK/Pelan%20Tindakan%20Keselamatan%20Makanan%202010-
2020.pdf

36. Laporan analisis harga
http://www.fama.gov.my/harga-pasaran-terkini2#.WW8qM4oRXCR

Maklumat Harga Bulanan dan Indeks Harga Purata Runcit Bagi Komoditi
37. Agromakanan Terpilih Di Malaysia

http://www.moa.gov.my/laporan-bulanan-indeks-harga-purata-runcit

218


Click to View FlipBook Version