KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Sistem Fertigasi
Sistem fertigasi merupakan kaedah penanaman tanpa tanah. Medium seperti cocopeat, sekam
padi, rockwool, perlite, zeolite, peatmoss dan vermiculite digunakan bagi menggantikan tanah.
Namun cocopeat dan sekam padi lebih banyak digunakan kerana harganya yang murah, ringan dan
mudah didapati. Penanaman sayur-sayuran secara fertigasi pada masa ini telah menjadi popular
dan meluas dalam kalangan pengusaha tanaman. Tanaman ditanam dalam bekas atau polibeg yang
mengandungi medium dan diletakkan di bawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) atau terbuka
(Gambar foto 2.19). Nutrien yang lengkap disalurkan kepada tanaman menggunakan cara ini.
Sistem fertigasi sesuai untuk tanaman yang bernilai tinggi. Bagi petani yang mempunyai
kawasan terhad, mereka dapat menggunakan kreativiti mereka dengan cara tanaman bertingkat
atau berpara. Bagi kawasan yang mempunyai masalah banjir atau sering diserang binatang
buas, sistem fertigasi gantung adalah sangat praktikal (Gambar foto 2.20). Tanaman yang sesuai
mengunakan teknik ini ialah timun, terung dan kacang panjang. Kaedah fertigasi atas tanah boleh
dipraktikkan seperti Gambar foto 2.21.
Gambar foto 2.19 Kaedah fertigasi dalam Gambar foto 2.20 Kaedah fertigasi gantung
bekas
Gambar foto 2.21 Kaedah fertigasi atas tanah
94
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.1.6 Pembajaan
Pembajaan adalah proses membekalkan satu nutrien utama atau lebih kepada tanaman. Tujuan
melakukan pembajaan adalah untuk membantu merawat dan memulih tanah, membantu menyimpan
air, mengawal pH tanah dan merangsang pertumbuhan dan kegiatan mikroorganisma.
Jenis-Jenis Baja
Baja dikelaskan kepada baja organik dan baja kimia (Rajah 2.12).
Pengkelasan Baja
Baja Organik Baja Kimia
Tinja Haiwan Sisa Kilang Sisa Ladang
Baja Tunggal Baja Campuran Baja Sebatian Baja Lengkap
Rajah 2.12 Pengkelasan baja
Perbandingan Baja Organik Dengan Baja Kimia
Jadual 2.13 menunjukkan perbandingan antara baja organik dengan baja kimia dari segi keadaan
tanah, kadar penyerapan dan pegangan air, kandungan nutrien dan ketersediaan nutrien.
Jadual 2.13 Perbandingan baja organik dan baja kimia
Baja Organik Perkara Baja Kimia
Membaiki tekstur dan struktur Keadaan tanah Pengumpulan bahan toksik
tanah. meningkatkan keasidan tanah.
Menambah rongga udara Kadar penyerapan Tidak meningkatkan kadar
di dalam tanah (banyak dan pegangan air serapan air dalam tanah.
mikroorganisma) akan
meningkatkan kadar serapan
air.
Meningkatkan nutrien dalam Kandungan nutrien Membekalkan hanya nutrien
tanah dengan cara mengikat khusus.
nutrien bercas positif.
Kandungan nutrien Ketersediaan nutrien Kesan tindak balas nutrien
dibebaskan secara perlahan. cepat.
95
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kaedah Pembajaan Tanaman Atas Tanah
Pelbagai kaedah pembajaan boleh digunakan. Ini bergantung kepada jenis tanaman serta keluasan
tapak kawasan penanaman. Lima kaedah pembajaan ditunjukkan dalam Rajah 2.13.
Titisan
Poket Taburan
Kaedah
Pembajaan
Semburan Alur
Rajah 2.13 Kaedah pembajaan Alur
Taburan
• Baja ditabur secara sekata di atas • Baja pepejal diletak dalam alur dan
permukaan tanah. Cara ini juga dikenali dikambus semula dengan tanah. Cara ini
sebagai pembajaan permukaan dan sesuai untuk tanaman yang mudah rosak
lazimnya melibatkan penggunaan baja apabila tersentuh bahan baja.
nitrogen.
96
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Poket
• Lubang-lubang poket digali sedalam 10-15cm di hujung kanopi kerana bahagian ini
merupakan zon akar yang aktif. Baja diletakkan dalam lubang poket dan dikambus.
Semburan Titisan
• Larutan cecair baja disembur untuk • Kaedah pemberian baja berbentuk cecair
merawat kekurangan nutrien tertentu pada terus ke pangkal pokok. Contoh pembajaan
tanaman. titisan ialah sistem fertigasi.
97
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.1.7 Pembajaan Tanaman Tanpa Tanah
Pembajaan tanaman tanpa tanah dilakukan melalui sistem pengairan. Melalui sistem pengairan,
nutrien dibekalkan kepada tanaman secara terkawal dan kos efektif. Jenis baja yang sesuai
digunakan adalah baja kimia yang mengandungi nutrien lengkap bagi keperluan pokok. Baja
dilarutkan terlebih dahulu di dalam air mengikut sukatan yang dicadangkan dan disalurkan
kepada tanaman melalui kaedah Nutrient Filem Technique (hidroponik), kaedah semburan kabus
(aeroponik) dan kaedah titisan (fertigasi).
Kaedah Pembajaan Tanaman Menggunakan Nutrient Film Technique (NFT)
Larutan baja yang disimpan dalam tangki simpanan dan dipam naik ke dalam palung yang
diletakkan di atas para secara sendeng. Ini bertujuan supaya larutan baja itu mengalir turun ke
bahagian palung yang rendah dan masuk semula ke dalam tangki simpanan. Pengaliran larutan baja
secara perlahan dengan kadar aliran yang tetap ini membolehkan akar tumbuhan menyerap nutrien
yang diperlukan. Bahagian hujung akar yang aktif akan menyentuh lapisan larutan baja yang
mengalir di dalam palung. Kemahiran dan pengetahuan pemasangan sistem pam air diperlukan
untuk memastikan hanya 1mm hingga 3mm larutan baja mengalir dengan darjah kecerunan palung
yang tepat (3o hingga 5o). Rajah 2.14 menunjukkan pengaliran larutan baja ke sistem NFT.
Palung tanaman
Pengaliran baja
Tangki Nutrien Akar tumbuhan
Pam air
Rajah 2.14 Pengaliran larutan baja ke sistem NFT
Kaedah Semburan Kabus (Aeroponik)
Larutan baja disembur secara semburan Senmobzuerlan Set pemasa
kabus pada akar tanaman dengan selang Nozel Pam air
masa. Sistem ini memerlukan alat
kawalan masa dan pam elektrik bagi Larutan baja
penjadualan semburan kabus dengan Tangki nutrien
kerap. Akar tanaman akan mudah kering
sekiranya berlaku kelewatan semburan Rajah 2.15 Baja dibekalkan kepada tanaman melalui
atau berlakunya gangguan pam elektrik. semburan kabus mengikut masa yang telah ditetapkan
Larutan baja lebih cepat diserap dengan
cara semburan kabus ini dan secara
tidak langsung oksigen juga dibekalkan
kepada pokok. Rajah 2.15 menunjukkan
baja dibekalkan kepada tanaman melalui
semburan kabus mengikut masa yang
telah ditetapkan.
98
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kaedah Titisan (Fertigasi)
Fertigasi ialah sistem penanaman yang menyatukan pembajaan dalam sistem pengairannya.
Pemberian baja yang lengkap dalam bentuk larutan disalurkan ke zon akar tanaman. Sistem ini
boleh diaplikasi dengan menggunakan pen penitis atau pita titis.
• Pen penitis menyalurkan larutan baja melalui tiub mikro yang disambung dari paip sub di
setiap lorong tanaman. Pen penitis boleh menyalurkan air ke dalam polibeg, ke atas batas atau
di mana-mana sahaja yang dikehendaki kerana pen penitis ini disambungkan dari tiub mikro.
• Pita titis menyalurkan larutan baja melalui lubang-lubang halus (emitter) yang berada di
sepanjang saluran paip tersebut. Pita titis hanya boleh diaplikasikan ke atas tanaman yang
mempunyai batas yang lurus atau pokok yang ditanam terus di atas tanah.
Rajah 2.16 menunjukkan konsep pembajaan fertigasi secara am. Larutan baja dibancuh dan
dimasukkan ke dalam tangki nutrien. Pam air yang dipasang selepas saluran tangki nutrien akan
mengepam larutan baja dan air untuk disalurkan ke paip-paip ladang yang diletakkan di sepanjang
batas tanaman (Gambar foto 2.22), manakala tanaman yang ditanam di dalam polibeg saluran
paip akan disambung pada set penitis dan diletakkan bersebelahan pokok (Gambar foto 2.23).
Pemberian baja adalah dikawal oleh set pemasa yang dipasang pada pam air.
Set pemasa
Cocopeat Set penitis
Injap kawalan
Pasu atau Polibeg Paip poli / PVC Pam air Tangki nutrien
Rajah 2.16 Konsep pembajaan sistem fertigasi secara am
Gambar foto 2.22 Fertigasi secara pita titis Gambar foto 2.23 Fertigasi secara pen penitis
99
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Penyediaan Larutan Baja
Pengetahuan tentang penyediaan larutan baja amat penting kerana kadar nutrien yang diperlukan
oleh setiap tanaman tidak sama. Lazimnya baja yang dijual di pasaran adalah dalam bentuk
serbuk dan perlu dilarutkan mengikut kepekatan yang betul. Pengusaha tanaman harus mempunyai
pengetahuan tentang keperluan pH dan kepekatan larutan baja untuk tanaman yang akan ditanam
kelak. Baja penanaman tanpa tanah terdiri daripada larutan A dan larutan B (Jadual 2.14).
Jadual 2.14 Kandungan nutrien larutan baja A dan B.
Larutan Baja A Larutan Baja B
Kalsium nitrat, ammonium nitrat, kalium Kalium nitrat, mono kalium posfat, kalium
nitrat dan ferum. sulfat, magnesium sulfat, mangan sulfat,
kuprum sulfat, zink sulfat, asid borik dan
ammonium molibdat.
Terdapat pelbagai formula penyediaan larutan baja A dan B di pasaran dan harga bergantung
kepada formula yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral
atau cecair. Jadual 2.15 menunjukkan panduan kepekatan larutan baja berkala mengikut jenis dan
usia (minggu) tanaman.
Jadual 2.15 Kepekatan larutan baja sayur-sayuran terpilih
Kepekatan EC
Minggu Jenis Tanaman
Cili Kubis
Tomato Sayur Daun
1 1.2 1.2 1.5 1.1
2 1.2 1.2 1.5 1.1
3 1.4 1.2 1.5 1.2
4 1.4 1.3 1.7 1.2
5 1.6 1.3 1.7 1.2
6 1.6 1.5 1.7 1.2
7 1.8 1.8 2.0 1.2
8 2.0 2.0 2.0 1.2
9 2.0 2.0 2.0 1.2
pH Meter Gambar foto 2.24 EC Meter
pH meter ialah alat untuk mengukur kadar kemasaman air atau
tanah dengan menggunakan skala pH antara 0 hingga 14.
EC Meter
EC adalah merupakan singkatan kepada Electrical
Conductivity. Digunakan untuk mengetahui kepekatan larutan
baja. Bacaannya adalah menunjukkan caj elektrik di dalam
sesuatu larutan (Gambar foto 2.24).
100
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tajuk: Penyediaan Larutan Stok Baja A dan Baja B.
Objektif: Menyediakan larutan stok baja.
Bahan: Serbuk baja A dan serbuk baja B
Silinder penyukat (2 buah), botol plastik (2 buah), paip PVC
Alatan: dan penimbang.
Langkah Keselamatan:
Baca dan ikut arahan pada label dengan betul serta gunakan sarung tangan ketika melakukan
aktiviti.
Langkah Kerja:
1. Sediakan alatan dan bahan. Labelkan 2. Isi silinder penyukat A dan B dengan
silinder penyukat serta botol dengan A 500ml air bersih.
dan B.
3. Timbang 125g serbuk baja A dan 125g 4. Tuangkan serbuk baja A ke dalam
serbuk baja B. silinder penyukat A.
Info Tambahan
Panduan penyediaan stok baja A dan baja B adalah 2.5kg serbuk baja untuk 10 liter air bersih.
101
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
5. Tuangkan serbuk baja B ke dalam silinder 6. Kacau hingga serbuk baja A larut
penyukat B. sepenuhnya.
7. Kacau hingga serbuk baja B larut 8. Masukkan larutan baja pekat ke dalam
sepenuhnya. botol berlabel A.
9. Masukkan larutan baja pekat ke dalam 10. Larutan stok baja A dan B sudah sedia
botol berlabel B. untuk penggunaan.
Larutan stok baja A dan baja B hanya boleh dicampurkan apabila hendak digunakan
terus pada sistem pengairan. Bincangkan mengapa dan kesannya.
102
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tajuk: Penyediaan Larutan Baja A dan Baja B.
Objektif: Menyediakan larutan baja untuk penanaman.
Bahan: Stok baja A dan stok baja B.
Tangki nutrien, silinder penyukat, pengacau plastik dan EC
Alatan: meter.
Langkah Keselamatan:
Ikut sukatan yang tepat dan basuh tangan dengan bersih selepas melakukan aktiviti.
Langkah Kerja:
1. Isi tong dengan air bersih sebanyak 150 2. Sukat stok baja A sebanyak 250ml,
liter. Ambil bacaan awal EC meter. masukkan ke dalam tangki nutrien dan
kacau dengan plastik sehingga rata.
3. Sukat stok baja B sebanyak 250ml, 4. Ambil bacaan EC meter. Sesuaikan
dimasukkan ke dalam tangki nutrien kepekatan larutan baja dengan jenis
dan kacau dengan pengacau plastik tanaman. Larutan baja A dan baja B
sehingga rata. sudah sedia untuk kegunaan sistem
pengairan tanaman.
Info Tambahan
Sebagai panduan penyediaan larutan baja yang mudah adalah dengan menggunakan 2 bahagian
larutan stok baja (1 bahagian A + 1 bahagian B) untuk 100 bahagian air bersih.
103
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.1.8 Reka Bentuk Sistem Penanaman
Reka bentuk sistem penanaman perlu dihasilkan berasaskan kemudahan, keperluan dan kos yang
bersesuaian. Pengusaha ladang harus mengenal pasti jenis reka bentuk yang sesuai dengan kawasan
dan keluasan tapak serta kemudahan yang ada. Setelah menentukan jenis teknik penanaman
yang akan digunakan, pengusaha boleh mereka bentuk sistem yang sesuai dengan keperluannya.
Pengetahuan tentang keperluan asas tentang suatu sistem penanaman dapat membantu pengusaha
dalam mereka bentuk sistem penanaman yang dikehendaki.
Reka Bentuk Asas Sistem Hidroponik NFT
Binaan asas sistem hidroponik NFT terdiri daripada Jadual 2.16 Komponen dan fungsi
tangki nutrien, paip PVC, takung, set pemasa dan
pam air (Jadual 2.16). Pengusaha ladang boleh Komponen Fungsi
menyesuaikan keperluan untuk reka bentuk sistem
berdasarkan binaan asas sistem yang ditunjukkan Tangki nutrien Menempatkan larutan
dalam Rajah 2.17. Senarai komponen dan fungsi nutrien.
adalah seperti berikut:
Paip PVC Berfungsi mengalirkan
larutan nutrien ke tanaman.
Paip PVC Takung Takung Menempatkan lubang-
lubang untuk tanaman.
Set pemasa Mengawal kekerapan dan
tempoh semburan kabus ke
akar tanaman.
Pam air Mengepam larutan
nutrien daripada tangki ke
05.30 tanaman.
Set pemasa
Pam air Tangki nutrien
Rajah 2.17 Reka bentuk asas hidroponik NFT
Contoh reka bentuk sistem hidroponik NFT ditunjukkan dalam Rajah 2.18. Reka bentuk sistem
ini direka agar mudah digerak atau dipindahkan ke tempat lain mengikut kesesuaian.
Aliran air keluar Takung
Aliran air masuk
Tangki nutrien
Rajah 2.18 Contoh reka bentuk baharu hidroponik NFT
104
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Contoh Cara Pemasangan Sistem Hidroponik NFT
1. Pasang bahagian-bahagian sistem 2. Sambungkan paip air masuk dan air keluar
mengikut lakaran reka bentuk yang telah dengan kemas.
dibuat.
3. Pasang pam air dan sambungkan ke set 4. Tuangkan stok baja A dahulu ke dalam
pemasa. Masukkan air bersih ke dalam tangki dan kacau. Masukkan pula stok
tangki mengikut keperluan sukatan baja B ke dalam tangki dan kacau.
campuran stok baja A dan baja B.
5. Uji kepekatan larutan baja menggunakan 6. Ubah anak benih daripada dulang semaian
EC meter. Dapatkan bacaan yang sesuai ke bakul plastik dan letak pada lubang-
untuk jenis sayur yang akan ditanam. lubang yang telah tersedia.
105
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Reka Bentuk Sistem Aeroponik
Sistem penanaman aeroponik merupakan sistem hidroponik berteknologi tinggi. Binaan asas
sistem ini ditunjukkan dalam Rajah 2.19. Keperluan asas sistem ini ialah tangki nutrien, paip
PVC, pam air, nozel kabus dan set pemasa seperti dalam Jadual 2.17.
Jadual 2.17 Komponen asas sistem aeroponik dan fungsi
Komponen Fungsi
Tangki Nutrien Menempatkan larutan nutrien.
Paip PVC Berfungsi mengalirkan larutan nutrien ke tanaman.
Pam Air Mengepam larutan nutrien daripada tangki ke akar tanaman.
Nozel Kabus Menyemburkan larutan nutrien secara kabus ke akar tanaman.
Set Pemasa Mengawal kekerapan dan tempoh semburan kabus ke akar tanaman.
Tangki nutrien Set pemasa
Nozel
05.30
Paip PVC Pam air
Rajah 2.19 Reka bentuk asas aeroponik
Atap
Takung Set pemasa
Saluran ke nozel
Saluran air masuk
Tangki Nutrien Saluran air keluar
Rajah 2.20 Contoh reka bentuk baharu sistem aeroponik
106
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Contoh Cara Pemasangan Sistem Aeroponik
1. Sediakan bahan dan peralatan yang 2. Ukur dan potong bahagian penutup atas
diperlukan mengikut lakaran reka bentuk sistem.
sistem.
3. Pasang sistem perpaipan dengan kemas. 4. Pasang kepala nozel pada sistem dan
sambungkan pam pada paip.
5. Masukkan air sehingga bawah aras batang paip dan uji sistem aeroponik tersebut.
6. Masukkan larutan stok baja A dan baja B mengikut sukatan serta tentukan kepekatan larutan
menggunakan EC meter.
7. Masukkan bebenang dalam bakul kecil dan basahkan bebenang tersebut.
8. Semai biji benih.
107
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Reka Bentuk Sistem Fertigasi
Reka bentuk asas sistem fertigasi terdiri daripada komponen berikut iaitu tangki nutrien, paip
PVC, pam air, set pemasa, set penitis dan polibeg seperti dalam Jadual 2.18. Manakala, Rajah
2.21 menunjukkan reka bentuk asas sistem fertigasi. Reka bentuk ini boleh disesuaikan dengan
keperluan, keluasan tempat dan kemudahan yang ada. Rajah 2.22 menunjukkan contoh reka
bentuk baharu sistem fertigasi.
Jadual 2.18 Komponen asas sistem fertigasi dan fungsi
Komponen Fungsi
Tangki Nutrien Menempatkan larutan nutrien.
Paip PVC Berfungsi mengalirkan larutan nutrien ke set penitis.
Pam Air Mengepam larutan nutrien daripada tangki ke tanaman.
Set Pemasa Mengawal kekerapan semburan kabus ke akar tanaman.
Set Penitis Menitiskan larutan nutrien ke pangkal tanaman.
Polibeg Menempatkan tanaman.
Set pemasa Tangki nutrien
Paip poli
Set penitis
Injap
kawalan
Polibeg Pam air
Rajah 2.21 Reka bentuk asas fertigasi
Set Penitis Paip poli
Pasu
Tangki nutrien
Rajah 2.22 Contoh reka bentuk baharu sistem fertigasi
108
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Contoh Cara Pemasangan Sistem Fertigasi Asas
1. Tebuk lubang pada tangki. 2. Buat penyambungan daripada pam di
dalam tangki ke penyambungan luar.
Gunakan penyambungan L.
3. Pasang penyambung L pada sambungan 4. Sambung paip utama (paip poli) ke
di luar tangki. penyambungan yang telah dibuat tadi.
5. Pasang satu lagi penyambung L di 6. Sambungkan injap kawalan pada paip
bahagian hujung paip utama. utama. Lakukan penyambungan paip
sekunder pada bahagian selepas injap
kawalan.
109
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
7. Buat lubang pada paip sekunder 8. Masukkan set penitis ke dalam
menggunakan penebuk. Masukkan tiub polibeg yang diisi dengan cocopeat.
mikro yang telah disambungkan kepada
pen penitis.
9. Lengkapkan semua penyambungan set 10. Isi air ke dalam tangki, masukkan stok
penitis. baja A ke dalamnya dan kacau.
11. Masukkan pula stok baja B dan kacau 12. Pindahkan anak benih pokok ke dalam
rata. polibeg. Pastikan pen penitis dibenamkan
berhampiran pangkal anak benih itu.
110
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.1.9 Projek Penanaman
Sebelum melaksanakan projek penanaman hidroponik, fertigasi dan aeroponik, anda perlu
menyediakan satu kertas cadangan tentang pelaksanaan projek dari awal sehingga tanaman
dituai dan dijual. Kertas cadangan yang disediakan adalah secara berasingan mengikut projek
penanaman yang dijalankan.
Contoh Kertas Cadangan
Berikut adalah contoh kertas cadangan untuk tanaman fertigasi:
Nama Projek : Tanaman Secara Fertigasi.
Objektif : i) Mencapai hasil pendapatan sebulan RM600.00 dan ke atas.
ii) Mengaplikasi pengetahuan dalam penanaman fertigasi.
Keterangan Mengenai Projek
1. Nama Tanaman: Cili Merah F1.
2. Lokasi Projek: Kampung Serting, Selangor.
3. Saiz Kawasan: 100 kaki x 100 kaki.
4. Jumlah Beg: 450 polibeg.
5. Kadar Pengeluaran: 3 kg/pokok.
6. Harga Pasaran: RM11.00/kg.
Cadangan Tarikh Pelaksanaan: Jun.
Kos Projek:
1. Kos Permulaan (kos tetap): RM 5,000.00
2. Kos Operasi (satu pusingan): RM 600.00
Perihal Projek:
Pengenalan: Projek yang hendak dijalankan ialah tanaman cili menggunakan kaedah
fertigasi secara pusingan tanaman.
Tenaga Kerja: 3 orang.
Jangkaan Pemasaran: Mulai bulan Ogos.
Anggaran Hasil Dikeluarkan Semusim:1 200kg.
Saluran Pemasaran: Jualan borong, Jualan runcit.
Tugasan:
Sediakan kertas cadangan projek untuk penanaman hidroponik, fertigasi dan aeroponik.
Pilih reka bentuk sistem yang bersesuaian untuk projek penanaman.
111
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Contoh Format Laporan Projek
Setelah selesai pelaksanaan projek penanaman, anda perlu menyediakan satu laporan berkaitan
projek tersebut. Tujuan penyediaan laporan adalah untuk mengetahui status dan pencapaian projek
serta kekuatan dan kelemahan sekiranya berlaku untuk tujuan penambahbaikan. Berikut ialah
format yang boleh digunakan untuk tujuan membuat laporan projek penanaman anda.
Tajuk (Nama Projek):
Nama Penyedia Laporan:
Pengenalan:
Persediaan Awal:
Pemasangan Sistem:
Penyemaian Biji Benih:
Pemindahan Anak Benih (Transplant):
Penjagaan:
i. Sokongan
ii. Pemangkasan
iii. Pembajaan
iv. Kawalan Perosak dan Penyakit
Penuaian:
Penyata Kewangan:
Hasil Jualan:
Kelebihan dan Kekurangan Sistem:
Refleksi:
Rujukan:
Lampiran:
Tugasan:
Kumpulkan semua dokumen berkaitan penyediaan laporan projek. Sediakan laporan projek
penanaman mengikut format. Bentangkan hasil laporan.
112
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
PROJEK TANAMAN
Jenis Tanaman Makanan Mekanisasi Pertanian
• Tanaman bijirin: Padi dan jagung. • Faedah mekanisasi: menjimatkan masa,
• Sayur-sayuran: Jenis daun, buah, tenaga, lebih berkesan dan menepati
masa.
kekacang dan umbisi.
• Komoditi makanan: Kelapa Sawit, • Faktor pemilihan: kesesuaian kerja,
kemudahan alat ganti, harga, mudah
Koko dan Lada Hitam. disenggara, jenis kuasa dan mudah
dikendali.
Penanaman
• Jenis pembajakan: primer dan sekunder
• Sistem penanaman: segi tiga, segi empat • Kaedah pembajakan: sehala, casting,
sama dan siku keluang.
terkumpul dan pusingan.
• Pengiraan kepadatan tanaman.
Kepentingan Nutrien Penanaman Menggunakan Tanah dan
Tanpa Tanah
• Jenis-jenis nutrien: makro dan mikro.
• Peranan nutrien utama iaitu NPK • Banding beza tanaman atas tanah
dan tanaman tanpa tanah dari segi
kepada pokok. pemberian baja, kutipan hasil, kos, hasil
• Kesan kekurangan dan berlebihan unsur. tuai, penyediaan dan peralatan.
nutrien. • Kelebihan dan kekurangan penanaman
atas tanah dari segi kos, kualiti,
Pembajaan kendalian, pertumbuhan pokok serangan
penyakit, masalah rumpai dan tempoh
• Jenis-jenis baja: baja organik iaitu tinja penanaman.
haiwan, sisa kilang, sisa ladang. Baja
kimia iaitu baja tunggal, baja sebatian, • Penanaman tanpa tanah: Hidroponik
baja campuran dan baja lengkap. NFT, aeroponik dan fertigasi.
• Kaedah pembajaan atas tanah: kaedah Reka Bentuk Sistem Penanaman
titisan, taburan, alur, semburan dan
poket. • Komponen dan fungsi untuk sistem
hidroponik NFT, aeroponik dan
Pembajaan Tanaman Tanpa Tanah fertigasi.
• Kaedah pembajaan: teknik hidroponik • Reka bentuk asas sistem hidroponik
NFT, semburan kabus (aeroponik) dan NFT, aeroponik dan fertigasi.
titisan (fertigasi).
• Penyediaan larutan baja: pH larutan
baja, EC meter.
Projek Penanaman
• Membuat kertas cadangan projek penanaman.
• Membuat laporan projek penanaman.
113
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Jawab Semua Soalan
1. Nyatakan tiga kepentingan tanaman makanan kepada negara.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
Jadual 1
2012 2013 2014
Jenis Tanaman Luas bertanam Pengeluaran Luas bertanam Pengeluaran Luas bertanam Pengeluaran
Padi (Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik) (Ha) (Tan metrik)
510 606 2 230 937 498 805 2 233 835 516 444 2 268 306
2. Jadual 1 menunjukkan keluasan bertanam dan pengeluaran bagi tanaman padi di Malaysia
antara tahun 2012 hingga 2014.
Rumuskan tentang hasil pengeluaran mengikut luas kawasan penanaman pada tahun-tahun
tersebut. Nyatakan sebab berlakunya pertambahan dan pengurangan hasil pengeluaran.
3. Nyatakan nama biasa bagi tanaman berikut:
Bil. Nama saintifik Nama biasa
i Cucumis sativus ................................................................
ii Capsicum annum ...............................................................
iii Solanum lycopersicum ...............................................................
iv Ipomoea reptans ...............................................................
4. Nyatakan tiga kegunaan lain kelapa sawit selain daripada minyak.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii)......................................................................................................................................
5. Baka kelapa sawit tenera lebih banyak ditanam di ladang-ladang di negara ini. Jelaskan kenapa
baka ini menjadi pilihan?
..........................................................................................................................................
6. Terangkan bagaimana penggunaan mekanisasi dapat menjimatkan tenaga buruh ketika
melakukan kerja menyemai padi di sawah.
..........................................................................................................................................
114
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
7. Nyatakan dua faktor yang menentukan jarak tanaman jagung hibrid.
i)......................................................................................................................................
ii).....................................................................................................................................
8. Kesan kekurangan unsur nitrogen dalam tumbuhan dapat dilihat melalui daunnya yang pucat
dan kuning. Nyatakan pula dua kesan sekiranya unsur nitrogen dibekalkan berlebihan.
i)......................................................................................................................................
ii).....................................................................................................................................
9. Penanaman tanpa tanah dapat mengatasi masalah penduduk yang tinggal di rumah flat atau
kondominium. Nyatakan tiga kelebihan penanaman tanpa tanah.
i)......................................................................................................................................
ii).....................................................................................................................................
iii)....................................................................................................................................
10. Sistem penanaman segi tiga sama dikatakan lebih baik berbanding dengan segi empat. Jelaskan
dari segi populasi tanaman dan penggunaan tanah.
.......................................................................................................................................
Jadual 2
Tempoh Matang Jarak Tanaman
(hari) (cm)
A 100 75 x 40
B 70 50 x 20
11. Jadual 2 menunjukkan jarak tanaman antara jagung hibrid A dan B. Jelaskan perbezaan yang
ditunjukkan dan nyatakan kenapa?
.......................................................................................................................................
12. Teknik pembajaan tanpa tanah berbeza dengan teknik pembajaan penanaman menggunakan
tanah.
a) Nyatakan perbezaan tersebut.
.......................................................................................................................................
b) Jelaskan tentang penyediaan larutan baja tanaman tanpa tanah dari segi kepekatan larutan.
.......................................................................................................................................
13. Kaedah penanaman tanpa tanah dapat menjimatkan kos baja. Nyatakan tiga kaedah pembajaan
tanpa tanah tersebut.
i).....................................................................................................................................
ii)....................................................................................................................................
iii)...................................................................................................................................
115
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
UUNnIiTt 24..22 PPEeNnGgaAwWaAlLaAnNPePrEoRsOaSkATKanTaAmNAanMAN
Perosak merupakan halangan utama kepada pembangunan dan kemajuan pertanian. Kebiasaannya
pada peringkat awal penanaman, masalah perosak adalah terkawal. Walau bagaimanapun,
penanaman berterusan akan meningkatkan bilangan perosak dan menyebabkan pengusaha ladang
tidak dapat menangani kerosakan yang berlaku. Oleh itu, isu perosak perlu diberi perhatian
dengan cara pengawalan yang betul dan berkesan.
Perosak ialah organisma yang memberi kesan negatif kepada tanaman seperti mengurangkan
hasil tanaman sehingga menyebabkan kerugian. Contoh perosak tanaman ialah belalang, kumbang,
ulat daun, lintah bulan, siput babi, koya, burung, hamama, mamalia seperti gajah, monyet, babi
hutan, tikus dan tupai. Patogen ialah agen mikrob yang menyebabkan penyakit pada tanaman
seperti virus, bakteria dan kulat.
Kesan Serangan Perosak dan Patogen
Antara kesan serangan perosak dan patogen adalah seperti berikut.
• Mengganggu sistem pertumbuhan tanaman seperti pembahagian sel dan perkembangannya.
• Tanaman terbantut dan rosak yang akan menurunkan kualiti dan nilai tanaman tersebut.
• Peningkatan kos pertanian contohnya untuk membeli racun perosak. Manakala, kerugian
perlu ditanggung sekiranya tanaman perlu dimusnahkan akibat serangan perosak yang telah
merebak dan tidak dapat dikawal.
• Berlaku kekurangan bekalan bahan makanan yang boleh menjejaskan ekonomi.
116
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.2.1 Perundangan Alam Sekitar Dalam Pengawalan Perosak Tanaman
Pelbagai jenis racun serangga perosak (insektisid) atau racun makhluk perosak (pestisid) digunakan
oleh pengusaha ladang dalam mengawal kerosakan tanaman akibat serangan. Kesan daripada
penggunaan racun makhluk perosak ini akan membawa kepada pencemaran dan kemudaratan
sekiranya digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Penggunaan racun makhluk perosak di negara ini dikawal selia oleh Lembaga Racun Makhluk
Perosak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Fungsi utamanya adalah
untuk melaksana dan menguatkuasakan beberapa perundangan alam sekitar berkaitan pengawalan
makhluk perosak. Racun makhluk perosak diklasifikasikan kepada lima tahap berdasarkan tahap
kemudaratannya kepada pengguna. Jadual 2.19 menunjukkan klasifikasi racun makhluk perosak.
Jadual 2.19 Klasifikasi racun makhluk perosak
Kelas Warna Tahap
IA Hitam Tersangat beracun (disertai lambang tengkorak dan tulang bersilang).
IB Merah Sangat beracun (disertai lambang tengkorak dan tulang bersilang).
II Kuning Beracun.
III Biru Berbahaya.
IV Putih Kurang bahaya.
Gambar foto 2.25 Label racun Kelas IV Gambar foto 2.26 Label racun Kelas IA
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149)
Racun makhluk perosak di Malaysia ialah bahan kawalan di bawah Akta Racun Makhluk Perosak
1974 (Akta 149) pindaan 2004 yang merupakan garis panduan kaedah-kaedah pengendalian
racun makhluk perosak. Akta ini bertujuan mengawal atur penggunaan racun makhluk perosak
melalui perlesenan selain memastikan pengendaliannya secara berkesan dan selamat. Dengan
penguatkuasaan ini individu atau syarikat yang ingin menjalankan pengawalan makhluk perosak
ke atas harta orang lain sebagai upahan hendaklah mempunyai lesen yang diselia dan dikeluarkan
oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia.
Terdapat tiga jenis perlesenan yang diberikan iaitu:
• Lesen pengendali kawalan perosak untuk individu, syarikat atau perniagaan yang menjalankan
pengendalian kawalan perosak ke atas harta orang lain dengan mengambil upah.
• Lesen pemakai racun makhluk perosak untuk individu yang menjalankan pengendalian
kawalan makhluk perosak atau menyelia.
• Lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak untuk seseorang yang menjalankan tugas
kawalan perosak yang utama di bawah penyeliaan.
117
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Melalui akta ini juga penguatkuasaan terhadap perkara-perkara berikut dilakukan iaitu:
• Pengeluaran permit import bagi racun perosak untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.
• Pengeluaran lesen premis untuk menjual racun perosak dan penyimpanan racun perosak
untuk jualan.
• Pendaftaran racun perosak yang diimport dan dikilangkan untuk jualan.
• Kelulusan penyemburan racun perosak melalui udara.
• Kelulusan pengiklanan racun perosak.
Memahami segala maklumat racun akan dapat mengelakkan terkena kesan sampingan yang
memudaratkan apabila menggunakannya. Berikut adalah cara racun memasuki badan berserta
langkah berjaga-jaga.
Menerusi kulit
Elakkan racun dari terpercik pada permukaan kulit kita.
Menerusi mulut
Elakkan menyimpan racun di dalam bekas makanan atau bersama dengan tempat menyimpan
makanan. Jangan memegang makanan selepas menggunakan racun.
Menerusi hidung
Pastikan pengaliran udara adalah baik di tempat racun digunakan, patuh arahan pada label untuk
memakai penutup hidung.
Menerusi mata
Racun yang memasuki mata boleh menyebabkan buta atau kematian. Pastikan anda melindungi
mata anda dari racun. Jangan menggosok mata dengan tangan anda selepas menggunakan racun.
Dengan adanya berbagai akta bagi mengawal Racun Makhluk Perosak tersebut, dapat dilihat
bagaimana kerajaan memandang serius terhadap penggunaan racun makhluk perosak ini. Kawalan
amat perlu bagi memelihara keselamatan pengguna, manusia atau haiwan sekeliling dan juga
alam sekitar.
Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167)
Kuarantin tumbuhan bermaksud satu sekatan pergerakan menurut undang-undang ke atas
komoditi dengan tujuan untuk menghalang kemasukan makhluk perosak tumbuhan di kawasan
yang diketahui tidak wujudnya makhluk perosak tersebut. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
bertujuan mencegah kemasukan dan kemerebakan perosak tumbuhan, mengawal, menyekat dan
menghapuskan makhluk-makhluk perosak tumbuhan yang telah berjaya masuk dan menyerang
tanam-tanaman. Selain daripada itu, ia memudahkan pengeksportan hasil-hasil pertanian negara
dengan memastikan bahawa bahan-bahan tanaman yang dieksport memenuhi peraturan-peraturan
kuarantin negara pengimport.
Beberapa kaedah penguatkuasaan dilakukan seperti:
• Pengeluaran permit import bagi tumbuh-tumbuhan, produk tumbuhan dan organisasi.
• Pengeluaran Sijil Fitosanitasi (SF) dari negara pengeksport.
• Pemeriksaan konsainan (kiriman dagangan) bahan pertanian di pintu-pintu masuk negara.
• Menyatakan kaedah rawatan.
• Pemeriksaan di Stesen Kuarantin Selepas Masuk (KSM) dikenakan pada pengimportan.
118
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Bahan pertanian yang dikenakan Kuarantin Selepas Masuk adalah dikategorikan seperti berikut:
• Kuarantin Risiko Tinggi (mesti dikuarantin di Stesen KSM, Serdang).
• Kuarantin Risiko Rendah (boleh di kuarantin di Stesen KSM, Serdang atau rumah saringan
milik pengimport).
Protokol kuarantin bahan atau tanaman import bermula dengan:
• Pemeriksaan kuarantin di makmal pintu masuk untuk pemeriksaan Sijil Permit Import (PI)
dan Sijil Fitosanitasi (SF).
• Jika ada PI tetapi tiada SF, semua bahan berkenaan akan dimusnahkan.
• Jika ada kedua-dua PI dan SF, sampel tanaman akan diambil untuk ujian makmal di mana
pemeriksaan perosak dan penyakit serta analisis risiko dibuat. Jika sampel didapati bersih
daripada perosak dan penyakit, bahan atau tanaman berkenaan dibenarkan masuk dengan
diberikan Sijil Pelepasan (SP). Jika masih ada perosak dan penyakit, rawatan kawalan akan
dibuat dan jika masih gagal semua bahan berkenaan akan dimusnahkan.
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (1985) Pindaan
Akta berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memulihara alam
sekitar dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Akta ini berkuatkuasa pada 15
April 1975 dan sejak itu ia telah mengalami empat kali pindaan, iaitu pada tahun-tahun 1995,
1996, 1998 dan 2001. Ketika dibentangkan pada 15 Februari 1975, rang undang-undang ini
dinamakan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekitar. Akta ini berkaitan dengan keperluan
melindungi alam sekitar dan keseimbangan ekosistem dalam melaksanakan proses pembangunan
negara. Alam sekeliling ialah faktor-faktor fizikal bagi kawasan di sekeliling manusia termasuk
tanah, air, udara, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi, binatang-binatang dan tumbuh-
tumbuhan. Oleh yang demikian, akta ini mencakupi lima jenis pencemaran iaitu:
Pencemaran tanah
Apabila berlakunya hakisan atau runtuhan tanah yang mengakibatkan pencemaran air sungai,
ketidaksuburan tanah dan berlakunya banjir.
Pencemaran air
Sisa buangan industri atau pertanian menyebabkan ketiadaan air bersih, menjejaskan hidupan
air dan mengganggu aktiviti rekreasi.
Pencemaran bunyi
Terhasil dari kesesakan lalu lintas, bunyi kapal terbang dan kerja-kerja pembinaan. Pencemaran
bunyi boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal.
Pencemaran laut
Pembuangan sisa pengeluaran atau tumpahan minyak memusnahkan kehidupan ikan dan
makanan laut. Keadaan ini akan menyebabkan aktiviti pelancongan dan rekreasi terjejas.
Pencemaran udara
Akibat daripada asap kenderaan, aktiviti pembakaran terbuka, kebakaran hutan, letupan gunung
berapi atau ribut pasir yang menyebabkan gangguan pernafasan, menjejaskan kadar penglihatan
seterusnya gangguan kepada aktiviti pengangkutan dan rekreasi.
119
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.2.2 Pengurusan Pengawalan Perosak Tanaman
Aktiviti penggunaan racun makhluk perosak dalam pengeluaran hasil, pengendalian pascatuai
buah-buahan dan sayur-sayuran memberi banyak kesan sampingan kepada manusia dan alam
sekitar. Kesan tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kesan bahaya (hazard)
kepada manusia dan alam sekitar dapat dielakkan dan dikawal dengan beberapa langkah seperti
berikut:
i. Pengusaha ladang hanya menggunakan racun makhluk perosak yang berdaftar di bawah
Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (pindaan 2004).
ii. Penggunaan racun makhluk perosak mesti mengikut arahan pada label.
iii. Pemilihan racun makhluk perosak mesti digilirkan berdasarkan cara racun bertindak (mode
of action) untuk mengelakkan kerintangan perosak.
iv. Penyimpanan racun makhluk perosak mengikut garis panduan yang disediakan oleh
Lembaga Racun Makhluk Perosak.
v. Pengusaha ladang perlu mengutamakan keselamatan pekerja dengan menyediakan dan
memastikan penggunaan Pakaian Pelindung Diri (PPD) atau Personal Protective Equipment
(PPE) seperti Gambar foto 2.27.
vi. Pekerja ladang perlu diberi latihan mengenai penggunaan racun makhluk perosak.
vii. Pengusaha ladang perlu melupuskan baki bancuhan racun makhluk perosak, racun makhluk
perosak lapuk, air bilasan peralatan dan bekas racun makhluk perosak yang kosong
mengikut peraturan dan undang-undang semasa yang berkenaan.
viii. Peralatan semburan yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan keadaan tanaman,
dikalibrasi dan perlu diselenggara.
Gambar foto 2.27 Antara contoh Pakaian Pelindung Diri (PPD)
120
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Garis panduan alam sekitar berkaitan pengawalan perosak tanaman adalah seperti Amalan
Pertanian Baik atau Good Agriculture Practice (GAP), Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
(SALM) dan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Pengiktirafan juga diberikan seperti
Sijil Organik Malaysia (SOM), Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) dan Skim Pensijilan
Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM).
Amalan Pertanian Baik (GAP)
Amalan Pertanian Baik (GAP) merupakan satu cara Laman ICT
pengurusan ladang pertanian yang dilaksanakan Maklumat GAP
mengikut standard dan undang-undang bagi mengawal
dan mengurangkan risiko dan impak terhadap aktiviti
pengeluaran pertanian. Sistem pengurusan ini dapat
meningkatkan produktiviti, menjaga keselamatan dan
kebajikan pekerja, keselamatan makanan dan pemuliharaan
alam sekitar.
Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)
Satu skim pensijilan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang
mengamalkan GAP. MyGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan
Ladang Baik Malaysia (SALM). Gambar foto 2.28 menunjukkan logo MyGAP Malaysia, manakala
Gambar foto 2.29 menunjukkan hasil pertanian yang menggunakan label MyGAP.
Laman ICT
Gambar foto 2.28 Logo MyGAP Malaysia Maklumat MyGAP
Gambar foto 2.29 Antara produk yang mendapat sijil pengiktirafan MyGAP Malaysia
121
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)
Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) adalah satu skim pensijilan yang diperkenalkan
oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan Amalan
Pertanian Baik (GAP) bagi mengeluarkan hasil tanaman yang berkualiti dan selamat untuk
dimakan.
Pengusaha-pengusaha ladang yang ingin memohon untuk pensijilan SALM ini perlulah
mematuhi garis panduan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pemeriksaan ke atas ladang
akan dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian selepas ladang tersebut diberi nombor
pendaftaran. Ladang yang telah mencapai peringkat ini akan dianugerahkan sijil dan layak
menggunakan logo SALM. Ladang yang telah diberi pensijilan SALM boleh menggunakan logo
SALM untuk produk mereka. Pensijilan adalah sah untuk tempoh dua tahun dan pembaharuan
pensijilan akan dikeluarkan jika ladang dapat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Laman ICT
Maklumat SALM
Skim Organik Malaysia (SOM)
Ini merupakan suatu program pensijilan yang telah dibangun dan diperkenalkan oleh Jabatan
Pertanian Malaysia pada tahun 2002. Tujuannya adalah untuk menarik minat penyertaan usahawan
tani. Pengiktirafan diberikan kepada ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut
kriteria dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Standard SOM dengan berasaskan kepada
Malaysian Standard MS1529: 2001 The Production, Processing, Labelling and Marketing of
Plant Based Organically Produced Foods.
Perladangan organik ini merupakan suatu sistem perladangan yang tidak melibatkan penggunaan
bahan berunsurkan kimia seperti racun perosak dan baja kimia semasa proses pengeluaran di
samping memelihara alam sekitar bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan selamat dimakan.
Pada tahun 2003, usahawan tani yang telah dianugerahkan sijil SOM telah menggunakan logo
Skim Organik Malaysia pada produk ladang atau mempamerkan logo berkenaan di perkebunan
organik mereka. Pada tahun 2015, Jabatan Pertanian Malaysia telah membuat penjenamaan semula
dan logo untuk pensijilan daripada SOM kepada MyOrganic. Sayuran organik yang dihasilkan
berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang agak mahal berbanding dengan sayur-sayuran yang
dihasilkan secara konvensional.
Laman ICT
Maklumat SOM Gambar foto 2.30 Logo MyOrganic
Malaysia
122
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.2.3 Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman
Pada asasnya terdapat tujuh kaedah kawalan perosak, iaitu kawalan kultur, fizikal, biologi, kimia,
organik, perundangan dan pengurusan perosak bersepadu seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.23.
Pengurusan Kawalan Kawalan
Perosak Kultur Fizikal
Bersepadu Kaedah Kawalan
Kawalan Biologi
Perundangan Perosak
Kawalan Kawalan
Racun Kimia
Organik
Rajah 2.23 Kaedah kawalan perosak
Kawalan Kultur
Kawalan kultur adalah kawalan perosak yang akan mengganggu perkembangan atau kitaran
hidup perosak. Gangguan ini termasuklah menyekat perosak daripada sumber makanannya dan
mendedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai. Antara amalan kawalan kultur adalah:
Memugar Tanah
Semasa penyediaan penanaman, perosak akan
termusnah apabila terkena alat pemugar atau mati
apabila terdedah kepada cahaya matahari terik
atau dimakan oleh burung. Pemugaran tanah akan
memusnahkan sarang-sarang atau perumahan perosak
seperti tikus dan sebagainya. Gambar foto 2.31
menunjukkan mesin memugar tanah.
Penggiliran Tanaman
Tanaman berlainan ditanam bergilir-gilir pada tapak Gambar foto 2.31 Memugar tanah
yang sama. Sesuai untuk perosak yang menyerang
tanaman perumah spesifik. Perosak akan mati kerana
sukar mendapat makanan dan tidak dapat melengkapkan
kitaran hidupnya apabila punca makanan terputus.
123
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tanaman Perangkap
Cara ini dilakukan dengan menanam tumbuhan yang Gambar foto 2.32 Bunga Marigold sebagai
rentan dan menarik perosak. Tanaman perangkap tanaman perangkap
mempunyai nilai ekonomi yang rendah daripada
tanaman utama. Bau yang dikeluarkan oleh tanaman
perangkap bertindak sebagai mesej kimia untuk
menarik perosak seperti cacing nematod untuk
menjangkitinya. Contoh tanaman perangkap adalah
bunga marigold (Tagetes patula). Gambar foto 2.32
menunjukkan bunga Marigold sebagai tanaman
perangkap.
Tanaman Campuran
Penanaman campuran dilakukan dengan cara Gambar foto 2.33 Tanaman campuran
menanam dua atau lebih jenis tanaman pada kawasan
dan masa yang sama. Contohnya, menanam tanaman
serai wangi, bawang, kemangi dan bunga tahi ayam
yang akan menjauhkan perosak (repellent) daripada
tanaman resistan. Gambar foto 2.33 menunjukkan
tanaman campuran.
Penggunaan Varieti Resistan
Menanam varieti tanaman yang tahan daripada serangan perosak atau penyakit. Tanaman resistan
tidak akan mati dan masih mengeluarkan hasil. Contohnya, terdapat beberapa jenis hibrid padi
yang resistan terhadap penyakit hawar disebabkan oleh patogen Magnaporthe oryzae.
Menjaga Kebersihan Ladang
Kebersihan ladang adalah kaedah penting dalam mengurangkan serangga perosak dan patogen
penyakit di kawasan penanaman. Ini dilakukan dengan penghapusan dan pemusnahan tumbuh-
tumbuhan berpenyakit, rumpai dan juga bahagian tumbuhan yang mungkin menjadi punca kepada
penyakit dan perosak. Cara ini dapat menghalang penyebaran penyakit dan jangkitan kepada
tanaman. Lazimnya, kaedah pembersihan ini dilakukan secara manual (Gambar foto 2.34).
Gambar foto 2.34 Ladang yang bersih
124
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kawalan Fizikal Gambar foto 2.35 Cahaya sebagai
perangkap serangga perosak
Kawalan fizikal adalah dengan cara menggunakan
alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak.
Kaedah kawalan ini tidak menimbulkan kesan
sampingan dan mudah dilaksanakan. Namun ada
antaranya yang memerlukan modal permulaan yang
tinggi dan keberkesanannya hanya sementara. Antara
contoh kawalan fizikal ialah dengan menggunakan
perangkap cahaya untuk memerangkap serangga
perosak. Lampu dengan cahaya yang terang diletakkan
di kawasan tanaman dan pada malam hari cahaya
terang lampu akan menarik mangsa kepada perangkap
seperti yang ditunjukkan oleh Gambar foto 2.35.
Manakala, Gambar foto 2.36 menunjukkan plastik pelekat berwarna kuning digunakan untuk
menarik perhatian perosak yang diletakkan di bawah teduhan untuk memerangkap serangga
seperti afid, benah dan berimbing (thrips).
Gambar foto 2.36 Plastik berpelekat yang terang akan menarik perosak kepadanya
Membalut hasil tanaman terutamanya tanaman jenis buah dengan plastik atau surat khabar
dapat mengelakkan serangan perosak seperti lalat buah. Gambar foto 2.37 dan Gambar foto 2.38
menunjukkan buah dan sayur jenis buah yang dibalut dengan plastik dan surat khabar.
Gambar foto 2.37 Jambu batu dibalut dengan Gambar foto 2.38 Petola dibalut dengan kertas
plastik surat khabar
125
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kawalan Biologi
Kawalan biologi adalah dengan memperkenalkan musuh semula jadi atau agen biologi seperti
parasitoid, pemangsa dan patogen ke kawasan tanaman untuk mengurangkan populasi perosak.
Kawalan biologi ialah komponen utama pengurusan perosak dalam sistem pertanian organik.
Penggunaan Pemangsa
Pemangsa ialah haiwan yang memburu, menangkap dan
memakan mangsanya. Contoh pemangsa ialah kumbang kura-
kura (Menochilus sexmaculatus) yang memakan afid, lelabah
Lycosa pseudoannulata yang memakan lelompat benah perang
perosak padi dan burung jelapang Tito alba yang memakan
tikus perosak padi, koko dan kelapa sawit (Gambar foto 2.39). Gambar foto 2.39 Lelabah
Penggunaan Parasitoid Lycosa pseudoannulata
Parasitoid ialah serangga yang bersifat spesifik memparasit
serangga lain dengan hidup di dalam badan serangga perosak
(perumah) yang mana akhirnya mati dimakan dari dalam.
Contohnya, penyengat Apanteles sp. menyerang ulat beluncas
Parasa lepida perosak kelapa sawit, penyengat Cortesia
plutellae menyerang kepompong rama-rama intan Plutella
xylostella perosak sawi dan kubis (Gambar foto 2.40).
Penggunaan Patogen Gambar foto 2.40 Parasit
Cortesia plutellae menyerang
Patogen ialah hidupan seni atau mikrob seperti kulat, bakteria kepompong Plutella xylostella.
dan virus yang menyebabkan penyakit ke atas serangga dan
akhirnya akan mati. Terdapat juga yang bersifat antagonis
iaitu merencatkan perkembangan mikrob penyebab penyakit
tanaman. Contoh yang terkenal ialah:
• Kulat Metarrhizium anisopliae yang membunuh ulat
kumbang badak perosak kelapa sawit, kulat Beauveria
bassiana yang membunuh benah perosak padi dan ulat
rama-rama intan dan kulat Iseria paecilomyces yang
membunuh ulat beluncas dan ulat bungkus perosak
kelapa sawit.
• Bakteria Bacillus thuringiensis yang menyebabkan
penyakit ke atas banyak spesies ulat seperti ulat rama- Gambar foto 2.41 Benah perang
rama intan perosak sawi dan kubis. sebelum diserang kulat.
• Virus nukleopolihedra (NPV) seperti Oryctes rhinoceros
nudivirus (OrNV) yang khusus menyebabkan kematian
ulat kumbang badak perosak kelapa sawit.
• Kulat Colletotrichum gloeosporioides f.sp. clidemiae
yang khusus memusnahkan rumpai senduduk bulu
Clidemia hirta.
• Kulat antagonis Trichoderma harzianum yang khusus
merencatkan perkembangan kulat Ganoderma Gambar foto 2.42 Benah perang
boninense yang menyebabkan pereputan pangkal diserang kulat Beauveria bassiana
batang pokok kelapa sawit.
126
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kawalan Kimia
Pendekatan ini merangkumi penggunaan racun makhluk perosak berunsurkan kimia, antaranya
racun serangga, racun kulat, racun herba, racun tikus, racun hamama dan racun siput. Antara
kelebihan kawalan kimia ialah bertindak cepat maka kesannya dilihat segera, manakala
kelemahannya ialah kimia berspektrum luas, juga membunuh serangga bukan sasaran seperti
pemangsa dan parasitoid. Serangga perosak juga akan menjadi resistan apabila menggunakan
kimia yang sama secara berterusan.
Racun perosak dapat dikelaskan mengikut cara tindakannya ke atas perosak. Jadual 2.20
menunjukkan pengkelasan jenis racun perosak .
Jadual 2.20 Pengkelasan jenis racun perosak mengikut cara tindakan
Jenis Racun Keterangan Bahan Aktif
Racun Perut
• Racun ini dalam bentuk cecair, • Racun serangga: Malathion
Racun Sentuh serbuk, bintil atau umpan. • Racun tikus: Zink fosfida dan
Membunuh apabila dimakan oleh warfarin.
perosak.
• Racun dijadikan umpan atau
disembur.
• Membunuh apabila terkena perosak, • Racun serangga seperti karbaril,
memasuki sistem peredaran darah, heptaclor dan BHC.
sistem pernafasan perosak atau • Racun kulat yang mengandungi
mengganggu sistem saraf. kuprum dan raksa.
• Digunakan dalam bentuk semburan • Racun rumpai contohnya parakuat.
kabus.
Racun Sistemik • Meresap melalui sistem vaskular • Racun kulat contohnya benomil.
tumbuhan ke arah daun dan bahagian • Racun serangga seperti dimetoat
lain tumbuhan. dan furadan.
• Ini menyebabkan tanaman menjadi
beracun kepada perosak.
Racun Pewasap • Racun dalam bentuk wasap. • Contoh: Metil bromida, kloropikrin,
natrium fluorida dan vapam.
(fumigan) • Racun masuk ke dalam sistem
respirasi melalui pernafasan oleh
perosak.
Kawalan Organik
Bahan kawalan perosak boleh didapati di pasaran atau boleh disediakan sendiri menggunakan
ramuan daripada bahan-bahan di dapur seperti cili api, bawang putih dan sabun (detergan). Cili
api digunakan bersama bawang putih kerana dapat membantu meningkatkan keberkesanan bahan
aktif yang terdapat di dalam bawang putih. Manakala, sabun boleh dicampur bersama sekiranya
racun organik ini perlu digunakan kepada serangga perosak yang badannya diselaputi lapisan lilin
(wax) seperti koya dan teritip. Sabun berfungsi mencairkan lapisan lilin tersebut menyebabkan
badan serangga terdedah kepada cecair racun yang disembur itu. Campuran cili adalah sesuai
bagi menghalang serangga jenis mengunyah, manakala ekstrak bawang putih sangat sesuai untuk
kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan benah putih.
127
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kawalan Secara Undang-Undang
Kaedah kawalan undang-undang berkesan untuk mengawal perosak atau penyakit tanaman yang
dibawa ke dalam negara. Penyebaran perosak dan penyakit yang sedia ada boleh dikekang melalui
pendekatan kuarantin. Namun keberkesanan kaedah ini bergantung kepada penguatkuasaan
undang-undang yang ditetapkan.
Kuarantin
Tanaman yang dibawa masuk dari negara luar akan diperiksa dan diuji terlebih dahulu dalam
jangka masa tertentu untuk disahkan bersih sebelum dibenarkan masuk. Contohnya, dengan
menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan Undang-
undang bertulis yang berkaitan dengan pemeriksaan, kuarantin dan penguatkuasaan di pintu
masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin. Ini termasuklah keluaran pertanian dan makanan
yang diimport ke dalam dan di eksport ke luar Malaysia agar mematuhi aspek kesihatan manusia,
binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan.
Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 hendaklah dibaca bersama
undang-undang bertulis yang berkaitan iaitu Akta Binatang 1953, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976,
Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971, Akta Makanan 1983, Akta Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan 1965 dan Akta Perikanan 1985.
Penguatkuasaan Undang-Undang
Berikut adalah langkah-langkah mengawal kemasukan perosak berbahaya dari Negara Berisiko
Tinggi atau High Risk Country (HRC):
• Penguatkuasaan dan pemeriksaan dokumen dan konsainan secara visual yang konsisten.
• Konsainan boleh dilepaskan untuk pemeriksaan selepas 30 hari dari tarikh eksport dari negara
asal.
• Mengambil sampel untuk tujuan penyaringan perosak dan Kuarantin Selepas Masuk (KSM).
Pensijilan
Biji benih atau bahan tanaman yang ingin dibawa masuk perlu ada sijil perakuan yang
mengesahkannya bebas daripada sebarang penyakit sebelum dibenarkan dibawa masuk. Antara
sijil perakuan yang dikeluarkan adalah:
• Sijil Perakuan Pematuhan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) – Import.
• Sijil Perakuan Pematuhan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) – Eksport
(dikeluarkan oleh Jabatan/Agensi berkaitan).
• Akta Racun Makhluk Perosak 1974 pula menetapkan peraturan bagi kedai-kedai yang menjual
dan menyimpan racun makhluk perosak.
Penghapusan Laman ICT
Contohnya, serangan penyakit lenggai hitam Penyakit Lenggai (Buah) Hitam
pada buah koko yang disebabkan oleh kulat
Phytophthora palmivora. Semua buah koko Pada Buah Koko
yang diserang akan dikutip dan dimusnahkan
dengan cara menanam buah koko ke dalam
tanah.
128
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB)
Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) merupakan satu kaedah kawalan yang dijalankan secara
bersepadu untuk mengurangkan penggunaan racun makhluk perosak bagi menyelamatkan alam
sekitar daripada kesan racun dan memberi pendapatan tambahan kepada petani. Asas utama
dalam PPB adalah dengan mengawal dan menguruskan perosak ke tahap yang rendah dan tidak
menjejaskan hasil tanaman. Contohnya, penggunaan racun serangga yang sangat minimum di
kombinasikan dengan kaedah kawalan biologi, kaedah kawalan fizikal dan penggunaan kaedah
lain.
Konsep PPB ialah:
• PPB merangkumi kawalan perosak, kawalan rumpai dan amalan kultur serta agronomi
keseluruhan bagi tanaman tertentu.
• Mengambil kira faktor ekonomik, ekologi dan sosiologi.
• Konsep aras ambang ekonomik diambil kira iaitu kawalan hanya dilaksanakan apabila
populasi perosak mengancam dan mengurangkan hasil.
• Memberi keutamaan kepada cara kawalan biologi.
• Mengambil kira kitaran hidup perosak yang menyerang tanaman dari masa menanam hingga
kutipan hasil.
• Merendahkan populasi perosak, bukan menghapuskannya.
• Racun perosak digunakan apabila perlu sebagai usaha terakhir sahaja.
Laman ICT Laman ICT
Amalan Pertanian Baik - Tanaman Padi Amalan Pertanian Baik - Tanaman Koko
Info Tambahan
Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu menggalakkan petani mengguna pakai prinsip ekologi
dalam pengurusan ladang di samping mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengurusan
ekosistem yang cekap dan berkesan. Musuh semula jadi memainkan peranan dalam mengawal populasi
perosak.
129
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.2.4 Kesan Pengawalan Perosak Tanaman
Kawalan serangga perosak tanaman perlu dilakukan di peringkat awal sebelum serangga
menyerang tanaman. Oleh itu, petani menggunakan pelbagai kaedah bagi mengoptimumkan hasil
pengeluaran. Terdapat kesan baik dan buruk setiap kaedah pengawalan yang digunakan.
Kesan Kawalan Kultur
• Jika diamalkan secara berterusan dapat mengurangkan kos pengeluaran, mengurangkan
penyebaran penyakit serta serangan perosak akibat termusnahnya sarang atau tempat
berlindung perosak-perosak tersebut.
• Meningkatkan kesuburan tanaman dengan menggaulkan sisa tanaman dan larva ke dalam
tanah. Pada masa yang sama ini akan memperbaiki struktur dan pengudaraan tanah setelah
digemburkan.
• Hasil tanaman tidak dicemari sisa bahan kimia.
• Jika dilakukan dengan betul kejadian serangan perosak dapat dihalang daripada merebak
kerana perkembangan perosak terencat dalam tanaman giliran. Persekitaran tanaman juga
menjadi tidak sesuai setelah dimanipulasi oleh agen biologi.
• Memerlukan banyak tenaga buruh kerana penggunaan jentera amat terhad.
• Keberkesanan hanya dapat dilihat dalam jangka masa panjang.
Kesan Kawalan Biologi
• Kesihatan manusia tidak tergugat kerana makanan selamat untuk dimakan dan kehidupan
spesies lain terjamin.
• Efektif dalam jangka masa panjang.
• Nutrien dalam tanah bertambah akibat perkumuhan binatang.
• Tumbesaran tumbuhan tidak tergugat.
• Komuniti asal terjejas kerana pengenalan spesies baharu di kawasan mereka . Ini menimbulkan
masalah persaingan antara spesies asal dan spesies baharu yang diperkenalkan.
• Haiwan lain turut dimusnahkan. Ada antara haiwan yang diperkenalkan memakan spesies
serangga yang berguna kepada tumbuhan. Contohnya, burung jelapang tidak hanya memakan
tikus tetapi turut membunuh agen semulajadi yang lain.
• Perlahan dan sukar diperhatikan keberkesanannya. Haiwan perlukan masa untuk mencerna
bangkai perosak sebelum membunuh lebih banyak makhluk perosak. Haiwan yang
diperkenalkan mungkin akan keluar dari kawasan lingkungan dan sukar dijejaki.
• Bilangan perosak lain meningkat. Keadaan akan jadi lebih serius kerana kurang persaingan
daripada perosak yang dikawal.
Info Tambahan
Pokok neem (semambu) ialah biopestisid paling awal digunakan sebagai agen kawalan perosak
botani. Ia mempunyai kesan racun terhadap serangga, hamama, nematod dan kulat di samping kesan
antimakan dan bahan pengawalan pertumbuhan serangga. Neem bertindak sebagai racun di dalam
perut pada pelbagai serangga. Pada masa ini banyak produk berasaskan neem telah digunakan untuk
kawalan pelbagai serangga perosak dan patogen tumbuhan.
130
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kesan Kawalan Kimia
• Bertindak cepat dan kesan dapat dilihat segera.
• Racun kimia berspektrum luas memberi kelebihan ekonomi kerana mampu mengawal banyak
spesies secara sekali gus. Ini penting bagi penyakit tanaman bawaan vektor kerana kurang
melibatkan tenaga pekerja.
• Racun kimia mudah meruap dan hilang akibat dibawa agen alam seperti angin dan air.
• Kebanyakan racun kimia mengandungi bahan benzena dan klorida yang mengakibatkan
keasidan tanah.
• Boleh menyebabkan keracunan makanan akibat sayur-sayuran tercemar bahan kimia.
• Boleh mengakibatkan cirit-birit, muntah dan boleh membawa maut.
• Semburan bahan kimia mengandungi bahan beracun terlarut yang boleh menyebabkan
pencemaran air.
• Kekerapan menggunakan racun kimia menyebabkan serangga perosak akan imun apabila
menggunakan kimia yang sama secara berterusan. Untuk lebih berkesan, dos semburan akan
ditambah dan ini memberi kesan kepada manusia.
• Namun ia juga membunuh serangga bukan sasaran seperti pemangsa, parasitoid dan lebah.
• Terdapat bahan kimia yang boleh menyebabkan kecacatan anggota badan dan juga
mengakibatkan penyakit barah. Jika tidak disedari residu kimia membahayakan manusia
kerana boleh terkumpul di dalam rantaian makanan dan menyumbang kepada fenomenon
biological magnification.
Kesan Kawalan Fizikal
• Tidak akan merosakkan kualiti hasil lepas tuai dan ketika simpanan.
• Kesannya adalah terus kepada perosak.
• Tidak ada kesan sampingan.
• Mudah dikendalikan.
• Memerlukan modal yang tinggi bagi pembelian dan penyelenggaraan alat dan jentera.
Kesan Kawalan Organik
• Hasil tanaman segar dan selamat dimakan tanpa kesan sampingan.
• Kawalan yang selamat dan kos efektif.
• Tidak berlaku pencemaran alam sekitar.
• Mengekalkan ekosistem alam, memelihara mikroorganisma tanah, memulihara tanah dan
secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
• Menjejaskan keluasan untuk tanaman kerana telah digunakan untuk menanam tanaman
penolak dan tanaman bersama, malah meningkatkan kos kerana perlu menjaga kesuburannya.
• Keberkesanan membunuh perosak tidak terjamin berbanding kesan menggunakan kawalan
kimia.
131
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.2.5 Kesan Aktiviti Pengawalan Perosak Tanaman Terhadap Alam
Sekitar
Alam sekitar merupakan anugerah yang amat bernilai kepada hidupan. Aktiviti manusia dalam
kemajuan sains dan teknologi telah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan antaranya
ialah aktiviti perladangan dan pertanian.
Aktiviti perladangan dan pertanian Pencemaran
melibatkan pelbagai cara pengawalan perosak Air
tanaman. Penggunaan kawalan secara kimia
terutamanya boleh mengakibatkan pencemaran Kesan
alam sekitar. Tiga jenis pencemaran yang Pengawalan
disebabkan oleh aktiviti pengawalan perosak Perosak Pada
tanaman ialah pencemaran air, pencemaran Alam Sekitar
tanah dan pencemaran udara (Rajah 2.24).
Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang Pencemaran Pencemaran
berlaku dari segi kandungan, fizikal dan warna Tanah Udara
sehingga tidak sesuai dan akan memberikan
kesan terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan Rajah 2.24 Kesan aktiviti pengawalan perosak
apabila digunakan. Sisa racun yang larut terhadap alam sekitar
dalam air mengalir ke sungai, tali air, kolam
dan tasik. Keadaan ini mengganggu ekosistem.
Pencemaran Tanah
Pencemaran tanah terjadi apabila berlakunya pertukaran warna, hilang kesuburan dan berlakunya
hakisan tanah. Ini disebabkan terdapat bahan buangan atau bahan toksik sama ada dalam bentuk
cecair atau pepejal di dalam tanah. Bahan toksik berpunca daripada bahan kimia berlebihan yang
dilepaskan ke dalam tanah selepas aktiviti pertanian yang menyebabkan berlakunya pencemaran.
Keadaan ini menyebabkan ketidaksuburan tanah, kerana tanah menjadi berasid dan menyukarkan
nutrien diserap oleh pokok.
Pencemaran Udara
Semburan racun perosak secara besar-besaran di kawasan penanaman yang luas akan menyebabkan
pencemaran udara. Keadaan ini juga akan mengganggu kesihatan manusia dan hidupan lain.
Info Tambahan
Program Rakan Alam Sekitar (RAS) telah dilancarkan pada 4 Jun 2009. Program Rakan Alam Sekitar
(RAS) merupakan inisiatif Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dalam membangunkan
kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar. Rakan Alam Sekitar melibatkan anggota masyarakat secara `hands-on’ iaitu menjadi `mata
dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membanteras
kegiatan-kegiatan yang merosakkan atau mencemarkan alam sekitar. Daftar Keahlian Rakan Alam
Sekitar melalui laman sesawang berikut: https://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php
132
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tajuk: Penyediaan Bahan Pengawalan Perosak Organik.
Objektif: i. Menyediakan bahan pengawalan perosak.
Bahan: ii. Melakukan pengawalan perosak tanaman menggunakan racun
Alatan:
organik.
1 liter air, 100 gram cili padi dan 200 gram bawang putih.
Penapis, penimbang, botol penyembur 1.5 liter, mesin pengisar,
sarung tangan dan botol kaca.
Langkah Keselamatan:
Ikut sukatan yang tepat dan basuh tangan dengan bersih selepas melakukan aktiviti.
Langkah Kerja:
1. Sediakan bahan dan peralatan. Gunakan 2. Sukat cili padi dan bawang putih
sarung tangan sebelum melakukan mengikut sukatan yang diperlukan.
aktiviti seterusnya.
3. Masukkan ke semua bahan ke dalam 4. Tuangkan separuh daripada sukatan air
mesin pengisar. ke dalam mesin pengisar.
133
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
5. Kisar bahan sehingga halus. Kemudian 6. Tuangkan bahan yang telah dikisar ke
tuangkan baki air ke dalam pengisar dan dalam botol kaca dan tutup rapat.
kisar semula.
7. Letakkan botol kaca berisi bahan 8. Tapis campuran untuk mengasingkan dari
campuran di tempat yang ada cahaya bahan kasar.
matahari atau dalam keadaan suhu bilik.
Biarkan semalaman.
9. Cairkan bahan dengan nisbah 1:200. 10. Semburkan bahan pada tanaman. Pastikan
Masukkan cecair ke dalam botol semburan. arah tiupan angin sebelum melakukan
semburan untuk tujuan keselamatan.
134 Lakukan semburan selang 4 hari atau 5
hari untuk mendapat kesan yang baik.
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
PENGAWALAN PEROSAK TANAMAN
Perundangan Alam Sekitar
• Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).
• Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167).
• Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (1985) Pindaan.
Pengurusan Pengawalan Perosak Tanaman
• Amalan Pertanian Baik (GAP) iaitu sistem pengurusan ladang yang baik.
• Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) adalah skim pensijilan mengiktiraf ladang-
ladang yang mengamalkan APB.
• Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) adalah merupakan penjenamaan semula SALM
iaitu skim pensijilan mengiktiraf ladang-ladang yang mengamalkan APB.
• Skim Organik Malaysia (SOM) merupakan program pensijilan kepada ladang-ladang yang
diusahakan secara organik.
Kaedah Pengawalan Perosak Tanaman
• Kawalan kultur iaitu amalan pengawalan perosak tanpa menggunakan bahan kimia.
• Kawalan fizikal iaitu menggunakan alatan untuk mengawal perosak seperti cahaya, plastik
warna berpelekat.
• Kawalan biologi iaitu menggunakan pemangsa, parasitoid dan patogen.
• Kawalan kimia iaitu menggunakan racun kimia yang dikelaskan kepada racun perut,
sentuh, sistemik dan pewasap.
• Kawalan racun organik iaitu menggunakan ramuan daripada bahan-bahan di dapur seperti
cili, bawang putih, halia, sabun dan minyak.
• Kawalan undang-undang dengan mengenakan kuarantin, penguatkuasaan undang-undang,
pensijilan dan penghapusan.
• Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) iaitu kaedah kawalan secara bersepadu.
Kesan Pengawalan Perosak Tanaman
• Kesan positif dan negatif kawalan kultur, biologi, kimia dan organik.
Kesan Aktiviti Pengawalan Perosak Tanaman Terhadap Alam Sekitar
• Pencemaran air di mana sisa racun larut dalam air yang mengalir ke sungai, tali air, kolam
dan tasik.
• Pencemaran tanah apabila bahan buangan (toksik) meresap ke dalam tanah.
• Pencemaran udara sekiranya melakukan semburan secara besar-besaran tanpa kawalan.
135
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Jawab Semua Soalan
1. Nyatakan tiga jenis perlesenan yang diperlukan dalam pengendalian kawalan makhluk perosak.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
2. Lembaga Racun Perosak Malaysia telah mengklasifikasikan racun makhluk perosak kepada
lima. Lengkapkan jadual pengkelasan berikut dengan maklumat yang betul.
Warna pada label Kelas Tahap
Hitam IA
Merah IB
Kuning II
Biru III
Putih IV Kurang bahaya.
3. Nyatakan empat cara bagaimana racun perosak boleh memasuki badan manusia.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................
4. Nyatakan tiga prosedur import hasil tanaman daripada luar negara.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
5. Terangkan bagaimana Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dapat mengawal penyebaran
perosak tanaman di negara ini.
.........................................................................................................................................
136
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
6. Nyatakan empat jenis pencemaran yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
(1985) Pindaan.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................
7. Apakah definisi Amalan Pertanian Baik (GAP ) dan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia
(SALM). Jelaskan.
.........................................................................................................................................
• Perladangan organik
• Memelihara alam sekitar
• Produk berkualiti dan selamat dimakan
8. Berdasarkan pernyataan di atas:
a. Nyatakan program tersebut.
.....................................................................................................................................
b. Nyatakan faedahnya kepada pengguna.
.....................................................................................................................................
9. Nyatakan tiga kelemahan kawalan perosak menggunakan bahan kimia.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
10. Nyatakan tiga cara mengenal pasti pencemaran air secara fizikal.
i)......................................................................................................................................
ii).....................................................................................................................................
iii)....................................................................................................................................
11. Satu daripada kesan pengawalan perosak kepada alam sekitar adalah berlakunya pencemaran
air. Jelaskan bagaimana perkara ini berlaku.
.......................................................................................................................................
137
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
12. Sistem perladangan ini tidak melibatkan penggunaan bahan kimia langsung.
a) Nyatakan sistem perladangan tersebut.
...................................................................................................................................
b) Nyatakan pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Pertanian Malaysia kepada jenis
perladangan itu.
....................................................................................................................................
13. Dalam Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP), kebajikan dan keselamatan pekerja
di ladang diberi tumpuan. Jelaskan bagaimana ia dilakukan.
i)....................................................................................................................................
ii)...................................................................................................................................
iii)..................................................................................................................................
iv)..................................................................................................................................
14. Nyatakan satu keistimewaan yang diperolehi pengusaha ladang yang telah mendapat
pengiktirafan Sijil Organik Malaysia (SOM).
......................................................................................................................................
15. Namakan tiga contoh patogen yang menyebabkan penyakit tanaman.
i)....................................................................................................................................
ii)...................................................................................................................................
iii)..................................................................................................................................
138
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
UNIT 2.3 PENUAIAN DAN PENYIMPANAN HASIL TANAMAN
Penuaian adalah aktiviti memetik, mengutip dan memungut hasil tanaman yang telah mencapai
tahap kematangan yang dikehendaki untuk tujuan kegunaan sendiri atau untuk dijual. Penuaian
hasil yang tidak sempurna boleh menjejaskan kualiti, harga dan permintaan ke atas tanaman itu.
Penuaian perlu dilakukan dengan teknik dan peralatan yang betul untuk mengurangkan kerosakan
pada hasil tuaian seperti lebam, calar, pecah atau patah, layu, kecut dan lembik. Jadual 2.21
menunjukkan contoh cara menuai tanaman sayur-sayuran dan komoditi makanan.
Jadual 2.21 Cara menuai tanaman sayur-sayuran dan tanaman komoditi makanan
Cara Menuai Tanaman
Memotong dengan pisau, sekateur Bendi, kundur, peria, petola, timun,
atau sabit labu, koko dan kelapa sawit.
Mencabut
Sayur jenis daun (bayam, kangkung)
Memetik sayuran jenis umbisi (lobak) dan
kacang tanah.
Menggali dengan cangkul atau Sayur kekacang, cili, terung, tomato,
serampang lada hitam dan jagung.
Sayuran jenis umbisi seperti keledek,
keladi, sengkuang dan ubi kayu.
Penyimpanan hasil tanaman selepas tuai merupakan aktiviti penting dan perlu dipatuhi
bagi mengekalkan tempoh kesegaran produk hasil tanaman. Pelbagai cara penyimpanan boleh
digunakan dengan bantuan teknologi semasa. Kaedah penyimpanan jenis tanaman adalah berbeza-
beza mengikut keperluan. Kaedah paling mudah adalah dengan menyimpan hasil di dalam bangsal
teduhan pada suhu rendah dengan menggunakan bilik sejuk (Gambar foto 2.44).
Gambar foto 2.43 Memetik buah timun Gambar foto 2.44 Penyimpanan hasil
139
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.3.1 Penuaian Hasil
Aktiviti penuaian dilakukan apabila tanaman telah mencapai tahap kematangan yang dikehendaki.
Aktiviti ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan pascatuai (Rajah 2.25).
Sebelum Menuai Semasa Menuai Pascatuai
Rajah 2.25 Aktiviti penuaian
Sebelum Menuai
Sebelum menuai tentukan kaedah penuaian yang akan digunakan iaitu sama ada memetik atau
memotong menggunakan tangan atau menggunakan alatan, mesin atau jentera penuai yang sesuai.
Untuk tanaman sayur-sayuran pula, pastikan tanaman tidak disembur dengan racun perosak dua
minggu sebelum masa penuaian.
Indeks Kematangan Tanaman
Penentuan indeks kematangan tanaman yang sesuai adalah penting kerana ia mempengaruhi mutu
selepas tuai dan ketahanan semasa penyimpanan. Indeks kematangan adalah merujuk kepada
parameter yang digunakan dalam membuat anggaran peringkat kematangan yang sesuai bagi
penuaian sesuatu tanaman. Indeks kematangan tanaman adalah berbeza mengikut jenis tanaman
dan juga spesies. Bagi tanaman sayur-sayuran, indeks kematangannya adalah berdasarkan saiz
dan warna. Secara keseluruhannya, terdapat tiga kaedah untuk menentukan kematangan tanaman
seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.26 dan Jadual 2.22.
Kaedah Menentukan Kematangan Tanaman
Fizikal Kimia Fisiologi
Rajah 2.26 Kaedah menentukan kematangan tanaman
Fizikal Jadual 2.22 Kaedah menentukan kematangan tanaman
Kimia • Melalui penglihatan iaitu dengan melihat warna kulit, saiz, bentuk dan daun
Fisiologi sebelah luar yang menjadi kering.
140
• Senang dileraikan, melalui tekstur, bau, rasa masam, dan pahit serta bunyi
apabila ditepuk atau dijentik.
• Melakukan analisis kimia iaitu melalui ujian keasidan, menganalisis kandungan
gula (glukosa), kandungan kanji dan mengetahui pH.
• Melakukan pengiraan iaitu bilangan hari atau bulan selepas pokok mulai
berbunga atau diubah ke kawasan tanaman.
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kepentingan indeks kematangan
• Menentukan strategi pemasaran
Harga sesuatu tanaman dipengaruhi oleh permintaan dan penawaran. Melalui maklumat
mengenai indeks kematangan, petani boleh merancang pengeluaran hasil tanaman mereka
untuk mendapat harga yang premium.
• Menentukan kesesuaian waktu penuaian
Indeks kematangan yang optimum perlu dipastikan untuk mengelakkan hasil yang belum
matang atau terlalu masak untuk dituai.
• Pengurusan buruh dan sumber yang cekap
Tanaman di Malaysia adalah bermusim, oleh itu petani perlu merancang dengan tepat operasi
penuaian dan pengendalian supaya pengambilan tenaga buruh dan peralatan dapat diuruskan
dengan baik.
• Sebagai asas pengkelasan
Melalui indeks kematangan dapat dijadikan asas untuk mengasingkan hasil tanaman mengikut
kegunaan sama ada untuk pasaran domestik atau untuk dieksport. Selain dari itu gred juga
dapat ditentukan dengan cara ini.
Contoh Indeks Kematangan Tanaman Bijirin
• Indeks kematangan padi
Padi biasanya mengambil masa antara 105 hingga 125 hari selepas penanaman untuk matang,
iaitu apabila 80% buah masak dan ini juga bergantung kepada varieti. Pada ketika itu, warna
buah padi sudah menjadi kekuning-kuningan dan batangnya menunduk ke bawah sebab buah
telah berisi penuh.
• Indeks kematangan buah jagung
Purata buah jagung matang dan boleh dituai hasilnya kira-kira 68 hingga 72 hari selepas
ditanam. Tongkol jagung pada peringkat ini akan mempunyai rerambut berwarna perang.
Tongkol jagung sesuai dikutip sebagai jagung segar apabila kernelnya telah mencapai saiz
maksimum tetapi belum menunjukkan tanda kecut. Saiz maksimum lebih kurang 30cm
dengan berat 500gm.
Laman ICT
Indeks Kematangan Buah Jagung
141
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Contoh Indeks Kematangan Tanaman Sayur Terpilih
Indeks kematangan bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan
warna. Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada
beberapa saiz mengikut keperluan pasaran. Manakala, kebanyakan sayur buah yang diperlukan
pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung kepada perubahan
warna sayur tersebut. Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama
bagi indeks kematangan. Manakala, sayur seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai
asas penuaian. Jadual 2.23 menunjukkan contoh indeks kematangan beberapa jenis sayur yang
dikeluarkan oleh FAMA.
Jadual 2.23 Indeks kematangan beberapa jenis sayur yang dikeluarkan oleh FAMA.
Jenis Sayur Indeks Kematangan
Sawi Mula dituai pada minggu keempat atau kelima selepas menyemai. Daun pokok telah
banyak dan saiz pokok memuaskan. Dituai sebelum daun pokok keras dan mula
mengeluarkan bunga.
Bayam Mula dituai pada minggu keempat selepas menyemai.
Pokok yang terlebih matang akan berserabut dan berbunga.
Kangkung Mula dituai pada minggu ketiga dan keempat selepas disemai.
Penuaian yang lewat menyebabkan batang dan daun menjadi liat.
Kailan Mula dituai pada minggu kelima dan keenam setelah daun pokok banyak. Batang
dan daun belum menjadi keras. Boleh juga dituai pada minggu ketiga atau keempat
sebagai baby kailan mengikut permintaan pengguna.
Salad Mula dituai pada minggu kelima.
Apabila daun pokok banyak dan saiz pokok memuaskan.
Timun Mula dituai selepas 50 hari ditanam. Penuaian dilakukan dua hari sekali selama satu
bulan atau lebih. Ukuran panjang buah sederhana dan bijinya belum matang.
Warna buah bertukar dari hijau gelap kepada hijau cerah dan berkilat. Tiada duri atau
benang sari pada hujung buah mula tanggal.
Tomato Kutipan hasil bergantung kepada permintaan dan tempat pasaran. Mula pengutipan
hasil selepas 55 hari ditanam. Untuk pasaran jauh, buah dituai pada peringkat hijau
matang. Untuk pasaran dekat, buah dituai pada peringkat bermulanya perubahan
warna tampuk daripada hijau kepada kemerahan.
Cili Mula dituai selepas 60 hari ditanam selama tiga hingga enam bulan. Hasil tuaian
dilakukan dua atau empat hari sekali. Buah dituai mengikut permintaan sama ada cili
hijau atau cili merah. Buah masak berwarna merah.
Terung Mula dituai selepas 60 hari ditanam. Buah sudah mencapai sederhana besar dan
berwarna ungu berkilat. Biji belum cukup matang dan buah rapuh.
Bendi Dituai ketika masih muda, lembut dan hujungnya mudah patah.
Kacang panjang Dituai apabila lenggai mulai membengkak.
Kacang buncis Tidak sesuai dituai apabila lenggai mula mengecut dan genting antara bijinya.
Laman ICT
Indeks kematangan sayur-sayuran
142
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Contoh Indeks Kematangan Tanaman Komoditi Terpilih
• Indeks kematangan buah kelapa sawit
Pokok kelapa sawit boleh mengeluarkan hasil selepas 2 ½ hingga 3 tahun ditanam dan boleh
dituai 5 hingga 6 bulan selepas pendebungaan berlaku. Tandan dikira masak apabila buah
kelapa sawit bertukar warna daripada warna gelap kepada warna jingga kemerah-merahan
dan terdapat sekurang-kurangnya sebiji buah lerai (gugur) daripada tandan buah. Tahap buah
masak ini disebut sebagai Buah Tandan Segar (BTS). Pada peringkat ini, BTS sudah boleh
dituai kerana buah berada pada tahap masak yang optimum dan kadar perahan minyak akan
tinggi. Berikut ialah klasifikasi kematangan buah kelapa sawit:
Tandan Muda Tandan Mengkal Tandan Masak
Tandan segar yang berwarna Tandan segar yang berwarna
hitam atau ungu kehitaman. jingga kemerahan atau ungu Tandan segar yang berwarna
Tiada buah lerai daripada kemerahan. Kurang daripada jingga dan mempunyai
tandan. 10 soket buah lerai daripada sekurang-kurangnya 10 soket
tandan. buah lerai dan 50% buah
masih melekat pada tandan.
• Indeks kematangan lenggai (pod) koko
Pokok koko mula berbunga pada umur 18 hingga 30 bulan selepas ditanam. Selepas 5 ke 6
bulan pendebungaan, buah koko yang warnanya hijau atau merah semasa muda akan bertukar
kepada warna kuning apabila matang. Pada peringkat ini buah koko sedia untuk dituai.
Koko Muda Koko Matang Terlalu Masak
Info Tambahan
Terdapat lima varieti koko yang disyorkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk ditanam di
negara ini iaitu KKM 22, MCBC1, PBC 123, QH 1003 dan MCBC 8. Disarankan juga penanaman
koko dilakukan dengan menggabungkan 3 hingga 6 jenis klon untuk mengurangkan risiko serangan
perosak dan penyakit.
143