e-Book Bera - Best Writing 2018 45 Habitat Ikan Tilapia Ikan tilapia berupaya beradaptasi pada pelbagai keadaan persekitaran yang menyebabkan ikan tilapia tersebar di seluruh dunia. Kebanyakkan ikan tilapia hidup di kawasan tropika dan sub-tropika pada suhu 20⁰C - 30⁰C (Wohlfarth and Hulata, 1983). Di Malaysia ikan tilapia boleh dijumpai di sekitar sungai utama, tasik, bekas lombong, parit, serta paya. Ikan tilapia merupakan ikan air tawar namun ikan tilapia juga boleh hidup pada air masin (El-Sayed, 2006). Walaupun kebanyakkan pengeluaran ikan tilapia tertumpu di kawasan tropika dan sub-tropika dalam persekitaran semi intensif, namun kini penternakan tilapia beralih kepada cara ternakan yang lebih maju iaitu sistem ternakan secara dalaman (indoor) yang membolehkan negara-negara beriklim sejuk juga boleh mengeluarkan ikan tilapia (Morrison, 1998). Di kawasan tropika dan sub-tropika, Ikan tilapia boleh diternak dalam pelbagai sistem ternakan seperti kolam tanah, tangki konkrit, sistem palung (raceways) dan sangkar. Strategi pengurusan ternakan pula boleh dilakukan secara ekstensif, intensif, semi-intensif, monokultur, polikultur, monosex atau campuran jantina serta di dalam persekitaran berbeza iaitu air payau atau air tawar (Altun et al., 2006).
e-Book Bera - Best Writing 2018 46 Habitat Ikan Tilapia Tabiat Pemakanan Ikan Tilapia
e-Book Bera - Best Writing 2018 47 Menurut Popma & Masser (1999), tabiat pemakanan tilapia meliputi pelbagai jenis organisma akuatik termasuk plankton, tumbuhan akuatik, makrofaj akuatik, invertebrat planktonik & bentik, larva ikan serta bahan organik yang mereput. Di antara semua makanan-makanan berikut, tumbuhan akuatik merupakan diet utama bagi ikan tilapia di perairan semulajadi.
e-Book Bera - Best Writing 2018 48 Rujukan Altun, T., Tekelioglu, N. and Danabas, D. (2006). Tilapia Culture and Its Problems in Turkey. Journal of Fisheries and Aquatic sciences, 23(3-4): 473-478. El-Sayed, A.F.M. (2006). Tilapia culture. CAB International Wallingford Oxfordshire OX10 8DE UK, 277. pp. El-Sayed, A.F.M, Mansour, C.R. and Ezzat, A.A (2003). Effects of dietary protein levels on spawning performance of Nile tilapia (Oreochromis niloticus) broodstock reared at different water salinities. Aquaculture, 220: 619-632. Lovshin, L. L. (2000). Criteria for selecting Nile Tilapia and red tilapia for culture. In: International Symposium on Tilapia Aquaculture, Rio de Janeiro, 49-57pp. Mansour, C.R. (2001). Nutritional requirements of Nile Tilapia broodstock reared at different water salinities. Ph.D thesis, Alexandria University, Alexandria, Egypt. Morrison, E.M. (1998). Go Fsih, Egyptian Style: A Renville co-op garazes to million on the prairie. The Newspaper of the Agricultural Utilization Research Institute, 7: 3-3. Popma, T.J. and Masser, M. (1999). Tilapia Life History and Biology. Southern Regional Aquaculture Center. Publication No, 283. pp. Trewavas, E. (1983). Tilapiine fishes of the genera Sarotherodon, Oreochromis and Danakilia. British Museum (Natural History) London, 583.pp. Wohlfarth, G.W. and Hulata, G. (1983). Applied Genetics of Tilapias. ICLARM Studies and Reviews 6, International Center for Living Aquatic Resources Management, Manila, 6: 1-26
e-Book Bera - Best Writing 2018 49 Bibliografi Penulis Penulis berasal dari Kampung Senggora, Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Senggora, Maran (1992-1997), sekolah menengah di SMK Seri Jengka (1998-2000) dan SMK Maran (2001-2002). Seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor dari tahun 2003-2004. Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu dari tahun 2004-2007 dalam bidang Sains Agroteknologi (Akuakultur). Selesai tamat pengajian, penulis mengikuti pengajian Diploma dalam Pendidikan di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Pertanian pada tahun 2008. Pada bulan Mac tahun 2009, mula berkhidmat sebagai Pensyarah Akuakultur di Kolej Komuniti Cawangan Manjung, Perak dan berkhidmat selama 1 tahun 2 bulan di sana. Pada Mei 2010, penulis di pindahkan untuk berkhidmat di Kolej Komuniti Bera sehingga kini. Mempunyai 9 tahun pengalaman mengajar dalam bidang Akuakultur. Merupakan salah seorang penggubal dalam pembangunan kurikulum Sijil Akuakultur di Kolej Komuniti dan juga terlibat dalam penggubalan soalan peperiksaan Sijil Akuakultur. Penulis juga merupakan Ketua Program Akuakultur di Kolej Komuniti Bera dan terlibat secara langsung dalam menjalinkan hubungan kolaborasi Bersama pihak industri akuakultur dengan Kolej Komuniti Bera.
e-Book Bera - Best Writing 2018 50 TEMOLEH OH TEMOLEH Nurul Huda binti Mahasan Unit Akuakultur [email protected] Sebut sahaja ikan sungai kita pasti membayangkan ikan patin, ikan baung, ikan lampam namun, ikan temoleh atau juga dipanggil sebagai ikan tamalian, jarang kita terbaca mengenai spesies hebat ini. Mungkin penggemar-penggemar ikan sungai biasa dengan ikan ini namun demikian anak-anak muda sekarang kurang mengenali spesies ini. Nama saintifik bagi ikan temoleh adalah Probarbus jullieni yang termasuk dalam famili Cyprinidae dan nama inggerisnya dikenali sebagai Jullien's Golden Carp. Ciri-ciri asas yang terdapat pada ikan ini ialah mempunyai tujuh garisan hitam pada badan. Mulutnya yang menghadap ke bawah yang mana bersesuaian dengan cara ikan ini makan. Ikan temoleh merupakan spesies omnivor iaitu mencari makan di dasar sungai dan memakan tumbuhan air, serangga, kerang- kerangan, buah-buahan, ketam serta udang (Poulsen et al. 2004; Baird 2006). Ikan ini mendiami sungai-sungai besar di semenanjung Malaysia terutamanya di sungai Pahang dan Perak. Di Pahang Ikan temoleh ini boleh di dapati dari hulu sungai Pahang hingga hampir ke Pekan di kuala sungai Pahang. Ikan ini juga banyak di perairan sungai di Cambodia, Laos, Thailand dan Vietnam. Saiz ikan temoleh boleh mencecah 59 inci panjang dan berat melebihi 70 kilogram. Walau bagaimanapun menurut kajian, dari tahun 1985 sehingga kini purata saiz dan berat ikan temoleh menurun hampir 50% berikutan ancaman pembangunan
e-Book Bera - Best Writing 2018 51 dan tangkapan yang berleluasa (Baird, 2006). Di Malaysia pula, populasi ikan ini telah berkurangan disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri iaitu seperti pembinaan empangan di beberapa lokasi di Sungai Perak yang menghalang ikan naik ke hulu sungai untuk menghempas telur. Penggunaan racun perosak yang berleluasa dan aktiviti pembalakan di hulu sungai adalah di antara penyebab ikan ini semakin berkurangan. Ikan temoleh kini telah dimasukkan ke dalam senarai merah International Union for the Consevation of Nature and Natural Resource (ICUN Red List) dan dikelaskan sebagai sebagai ikan terancam (endangered). Ikan temoleh mempunyai harga pasaran yang menarik iaitu dijual antara RM35/kg hingga RM45/kg di pasar-pasar tani tempatan terutamanya di Pahang. Walaupun harganya dianggap mahal, namun pembelinya sentiasa ada kerana isinya yang sedap membuatkan pembeli tidak kecewa dengan rasa daging ikan ini. Selain sedap di makan, ikan ini juga sentiasa diburu oleh kaki-kaki pancing kerana kekuatan ikan ini melawan tali pancing kerana saiznya yang besar. Temoleh dikatakan pejuang yang tak mengenal erti kalah sekiranya terpedaya dengan helah pancingan pemancing. Mungkin pertarungannya sehebat mahseer di Sg. Cauvery, India tetapi yang nyata lariannya boleh memberi tentangan sengit dan jangan harap atau terlalu yakin temoleh gergasi yang sedang 'mengamuk' di hujung tali pemancing mampu ditumbangkan dengan mudah. Berbekalkan tenaga dan saiznya yang besar, ia sudah cukup menggerunkan pemancing bertuah untuk bertarung, tentunya beratus meter tali dibawa lari apatah lagi di dalam sungai yang mengalir agak laju seperti di Sungai Tembeling dan bahagian Sungai Perak di daerah Kuala Kangsar, kawasan yang dilaporkan banyak terdapat spesies ini. Oleh itu, kaki pancing perlu bersiap sedia dengan peralatan pancing aksi berat ataupun sederhana berat dengan tali berketahanan sekurang-kurangnya 25 paun. Mulut temoleh yang menjulur keluar (seperti lee koh dan kelah) menunjukkan sifatnya yang 'pemalu' dan suka menyelongkar makanan di dasar, maka ia amat berhati-hati meneIan umpan si pemancing. Ini mungkin salah satu sebab mengapa ikan ini amat sukar dipancing di samping populasinya yang semakin berkurangan. Bahagian belakang badan temoleh kadang-kala boleh dilihat timbul di permukaan air sewaktu perarakan ikan ini ke hulu malah ia turut dikatakan 'bertempur' sesama sendiri sehingga boleh didengari penduduk kampung di tepi sungai. Ikan temoleh turut sesuai
e-Book Bera - Best Writing 2018 52 menjadi ikan hiasan untuk diletakkan di dalam akuarium ketika usianya masih kecil kerana rupanya yang unik. Di perairan semulajadi, induk jantan temoleh yang matang mempunyai berat di antara 5 hingga 20 kg/ekor dan induk betina beratnya 10 hingga 50 kg/ekor (Mattson et al. 2002). Manakala berat ikan temoleh matang yang diternak, berat induk jantan ialah 2 hingga 7 kg/ekor dan 5 hingga 15 kg/ekor untuk induk betina (Mattson et al., 2002). Spesies ini membiak sekali setahun iaitu pada hujung tahun November hingga disember. Menurut penggemar ikan temoleh, semasa musim ikan ini membiak, musim tersebut dipanggil sebagai musim menghempas. Pada musim menghempas ini, ikan temoleh akan membuat bising di permukaan air sungai dan ikan betina akan menghempas badannya di permukaan air sungai. Di negara jiran kita, anak ikan temoleh bergerak keluar dari Sungai Tonle Sap ke Sungai Mekong pada bulan Oktober dan November (Hogan et al., 2006). Ikan dewasa membuat migrasi dari hulu ke hulu. Ikan temoleh yang di pasang alat pengesan, dikesan bergerak 135 km ke hulu dari Sungai Tonle Sap di Sungai Mekong (Hogan et al., 2006). Migrasi penyebaran hulu berlaku antara Oktober dan Februari dari Kompong Cham di Kemboja ke Chiang Khong di Thailand. Di Chiang Khong, nelayan melaporkan bahawa ikan temoleh bergerak di atas bukit Nam Ta di Laos untuk membiak pada bulan Mac-April. Tiga spesies ikan temoleh juga dilaporkan berpindah bersama, tetapi bertelur secara berasingan, pada Januari-Februari di Sungkom, Provinsi Nong Khai di Thailand (Sohkeng et al., 1999). Ikan temoleh telah dikelaskan sebagai sebagai ikan terancam kerana kemerosotan bilangannya. Beberapa faktor mungkin menyumbang kepada kemerosotan ikan ini, termasuk perubahan kepada habitat air tawar dan peningkatan penangkapan ikan oleh penangkap ikan. Walaupun ikan ini mempunyai status pemuliharaan antarabangsa namun, permintaan untuk ikan makanan kegemaran ini tetap tinggi kerana saiznya yang besar dan dagingnya yang berlemak menjadikan ikan ini sentiasa dicari. Nelayan atau pemancing pula menangkap ikan temoleh dari semua saiz samada kecil atau besar. Ikan betina yang sedang membiak juga ditangkap kerana mempunyai permintaan dan harga yang tinggi di pasaran. Oleh kerana nilai ikan betina yang sedang membiak lebih tinggi, nelayan di PDR Lao utara, Vietnam menyasarkan kawasan pembiakan ikan ini semasa musim pembiakan pada bulan
e-Book Bera - Best Writing 2018 53 Disember-Februari dengan menggunakan jaring yang besar yang direka untuk menangkap spesies ini. (Baird 2006). Di Malaysia, oleh kerana spesies ini telah dikategorikan sebagai spesies terancam, pelbagai inisiatif telah diambil oleh Jabatan Perikanan Malaysia bagi mengelakkan berlakunya kepupusan spesies ini. Antara usaha kerajaan adalah, mengadakan program pembiakan aruhan ikan temoleh, kajian taburan ikan temoleh di Sungai Pahang, kajian biologi pembiakan, kajian kryo serta program pelepasan umum. Di Pahang, Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut telah berjaya menghasilkan benih temoleh hampir 50 ribu benih pada tahun 2011. Manakala pada tahun 2012, 20 ribu benih temoleh berjaya dihasilkan dan setakat Mac tahun 2013 sebanyak 40 ribu benih ikan temoleh telah dihasilkan. Benih yang berjaya dibiakkan ini dilepaskan di sungai-sungai utama Malaysia seperti di Pahang dan Perak. Ikan temoleh telah berjaya dibiak melalui kaedah pembiakan aruhan pada tahun 1989 di Batu Berendam Melaka dan kini ianya masih diteruskan lagi oleh pihak kerajaan. Dengan adanya pelbagai usaha ini maka, kepupusan spesies ini di harap dapat dielakkan dan generasi akan datang berpeluang mengenali ikan temoleh. Walaupun pelbagai sumber mengatakan temoleh yang besar tidak mungkin dapat dijumpai lagi namun, jauh di hati penggemar ikan ini mengatakan masih ada yang bernasib baik akan menemui temoleh yang bersaiz 50 kg!
e-Book Bera - Best Writing 2018 54 Rujukan Baird, Ian. (2006). Probarbus jullieni and Probarbus labeamajor: The management and conservation of two of the largest fish species in the Mekong River in southern Laos. Aquatic Conservation: Marine and Freshwater Ecosystems. 16. 517 - 532. 10.1002/aqc.763. CITES, UNEP-WCMC, 2017. The Checklist of CITES Species Website. Appendices I, II and III valid from 04 April 2017. CITES Secretariat, Geneva, Switzerland. Compiled by UNEP-WCMC, Cambridge, UK. https://www.cites.org/eng/app/appendices.php [Accessed 01/08/2017]. Hogan, Z., Samy, E.M., Phanara, T., Hortle, K. 2006. Tagging fish – a case study from the Tonle Sap, Cambodia. Mekong River Commission, Vientiane. Mattson, N.S., Buakhamvongsa, K., Sukumasavin, N., Tuan, N. and Vibol, O. 2002. Mekong giant fish species: on their management and biology. MRC Technical Paper. Mekong River Commission, Phnom Penh. Poulsen, A.F., Hortle, K.G., Valbo-Jorgensen, J., Chan, S., Chhuon, C.K., Viravong, S., Bouakhamvongsa, K., Suntornratana, U., Yoorong, N., Nguyen, T.T., and Tran, B.Q. 2004. Distribution and ecology of some important riverine fish species of the Mekong River Basin. MRC Technical Paper. Mekong River Commission, Phnom Penh. Sokheng, C., Chhea, C.K., Viravong, S., Bouakhamvongsa, K., Suntornratana, U., Yoorong, N., Tung, N.T., Bao, T.Q., Poulsen, A.F. and Jørgensen, J.V. 1999. Fish migrations and spawning habits in the Mekong mainstream: a survey using local knowledge (basin-wide). Assessment of Mekong fisheries: Fish Migrations an. Assessment of Mekong fisheries: Fish Migrations and Spawning and the Impact of Water Management Project (AMFC). AMFP Report 2/99., Vientiane, Lao, P.D.R.
e-Book Bera - Best Writing 2018 55 Bibliografi Penulis Penulis berasal dari Kampung Senggora, Maran, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Senggora, Maran (1992-1997), sekolah menengah di SMK Seri Jengka (1998-2000) dan SMK Maran (2001-2002). Seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Tangkak, Johor dari tahun 2003-2004. Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu dari tahun 2004-2007 dalam bidang Sains Agroteknologi (Akuakultur). Selesai tamat pengajian, penulis mengikuti pengajian Diploma dalam Pendidikan di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Pertanian pada tahun 2008. Pada bulan Mac tahun 2009, mula berkhidmat sebagai Pensyarah Akuakultur di Kolej Komuniti Cawangan Manjung, Perak dan berkhidmat selama 1 tahun 2 bulan di sana. Pada Mei 2010, penulis di pindahkan untuk berkhidmat di Kolej Komuniti Bera sehingga kini. Mempunyai 9 tahun pengalaman mengajar dalam bidang Akuakultur. Merupakan salah seorang penggubal dalam pembangunan kurikulum Sijil Akuakultur di Kolej Komuniti dan juga terlibat dalam penggubalan soalan peperiksaan Sijil Akuakultur. Penulis juga merupakan Ketua Program Akuakultur di Kolej Komuniti Bera dan terlibat secara langsung dalam menjalinkan hubungan kolaborasi Bersama pihak industri akuakultur dengan Kolej Komuniti Bera.
e-Book Bera - Best Writing 2018 56 DAUN SEBAGAI HIASAN AKUARIUM Suganti Ealangov Unit Akuakultur [email protected] 1.0 PENGENALAN Kebanyakan ikan kegemaran kita berasal dari perairan yang mengalir melalui tumbuhtumbuhan tebal dan hutan. Bekalan berterusan daun yang jatuh menyebabkan air sungai bertukar menjadi keperangan atau adakalanya hitam. Salah satu penyebab keadaan ini adalah sebatian organik yang dipanggil tannin, yang boleh didapati dalam kebanyakan daun kering. Tannin merupakan asid lemah, yang boleh mengurangkan pH air dan amat berkesan untuk air lembut kerana kapasiti penimbal air keras boleh meneutralkan keasidan. Kebanyakan spesies ikan air hitam memerlukan air lembut, jadi dengan daun yang dipilih dengan teliti, kita boleh mendapatkan air gelap ber-pH rendah tanpa menggunakan bahan kimia. Selain tanin, terdapat beberapa jenis daun yang mengandungi sebatian organik lain yang boleh digunakan untuk mengatasi jangkitan kulat dan bakteria tanpa menggunakan ubat-ubatan. Daun Catappa (juga dikenali sebagai badam India atau Ketapang) digunakan secara meluas oleh penternak ikan dan pengeksport di Negara Timur untuk mengurangkan tekanan dan menyembuhkan penyakit. Daun pokok Walnut pula mempunyai kesan yang sama dan sangat popular di kalangan penternak udang. Daun kering juga boleh membantu spesies ikan yang pemalu, seperti Liquorice gourami, Parosphromenus sp., untuk beradaptasi dengan mudah. Daun-daun tersebut menyediakan tempat yang sempurna untuk bersembunyi. Cory Catfish suka menyorok antara daun dan sering memilih daun yang lebih besar untuk menyimpan telur berbanding sisi kaca akuarium.
e-Book Bera - Best Writing 2018 57 Penggunaan daun kering juga sebagai hiasan dalam akuarium dan bagi yang tidak berminat dengan warna air yang berkeperangan, boleh memilih daun yang tidak akan mewarnakan air atau merendamkan daun tersebut terlebih dahulu. Antara daun yang boleh digunakan untuk menghias akuarium adalah daun pokok Plane, Turki oak, ketapang, daun Oak, Hazelnut, Beech, Silver Birch atau Hornbeam. Daun boleh dikutip segar atau dikeringkan dimana nutrien dan sebatian organik yang berguna untuk tujuan pemakanan dan rawatan air boleh disimpan. Namun demikian, kita perlu berhati-hati dengan dos daun yang digunakan kerana jika terlebih daun boleh menyebabkan kekeruhan dan kemerosotan kualiti air. 2.0 DAUN DAN KEBAIKAN Daun mullberi, Morus sp. Merupakan daun yang amat sesuai sebagai makanan udang kerana daun ini mengandungi kandungan protin yang tinggi dan jika digunakan dengan baik daun ini tidak akan mengubah kualiti air. Rajah 1: Daun Mullberi, Morus sp.
e-Book Bera - Best Writing 2018 58 Daun walnut, Juglans regia merupakan daun yang sesuai digunakan untuk kesihatan ikan dan udang. Daun ini boleh merawat penyakit bakteria dan fungi serta mengurangkan tekanan sepeti daun ketapang namun daun ini tidak merendahkan pH atau mengubah warna air. Rajah 2: Daun Walnut, Juglans regia Daun oak merupakan daun yang mengandungi kandungan tannin yang tinggi dan dan merupakan pengurang pH semulajadi. Daun ini juga menyebabkan air bertukar warna kepada perang oleh itu tidak sesuai untuk akuarium air jernih. Rajah 3: Daun Oak Daun beech, Fagus sylvatica mempunyai daun agak nipis dan kecil, yang biasanya air bertukar warna kekuningan. Daun ini menyebabkan pengurangan pH yang sedikit. Oleh sebab saiznya yang kecil, daun ini sangat sesuai digunakan untuk tangki nano atau udang seperti Cherry udang, spesies Neocaridina yang memerlukan pH berhampiran julat sifar
e-Book Bera - Best Writing 2018 59 Rajah 4: Daun Beech, Fagus sylvatica Daun hornbeam, Carpinus betulus merupakan daun kecil yang memberi kesan asid seperti daun ketapang . Walaubagaimana pun, daun ini akan menurunkan pH dengan cepat. Oleh itu pengguna perlu lebih berhati-hati semasa menggunakan daun ini agar perubahan pH yang mendadak tidak memberi tekanan kepada ikan. Cara yang paling sesuai adalah dengan meletakkan dua daun pada setiap hari sehingga mencapai kesan yang diingini. Kaedah ini juga akan memberi warna keperangan yang menarik. Rajah 5: Daun Hornbeam, Carpinus betulus Daun Silver birch, Betula pendula merupakan daun yang mudah dikenali melalui kulit pokoknya yang berwarna perak-putih. Daun ini bersaiz kecil dan tidak mengubah pH atau warna air serta merupakan daun kering yang sangat lambat mengurai. Oleh itu, daun ini sesuai digunakan untuk memastikan kejernihan air dan sebagai hiasan atau tempat persembunyian dalam akuarium.
e-Book Bera - Best Writing 2018 60 Rajah 6: Daun Silver birch, Betula pendula Daun Hazel, Corylus avellana merupakan daun yang bersaiz besar, tebal dan bertahan lama dengan hanya memberi perubahan warna air serta pH yang sedikit. Daun ini berfungsi sebai hiasan yang tahan lama dan biasanya digunakan untuk ikan pemakan alga serta udang. Rajah 7: Daun Hazel, Corylus avellana Daun Sycamore, Acer pseudoplatanus merupakan daun yang besar sedikit daripada daun Hazel tetapi memberi kesan perubahan warna air yang kuat dan cepat. Daun ini luntur dengan cepat dan menjadi separa lutsinar dalam air serta sesuai sebagai
e-Book Bera - Best Writing 2018 61 makanan siput dan udang. Daun ini berupaya menurunkan pH secara mendadak pada peringkat awal namun pH akan meningkat kembali selepas kesan berkurangan. Rajah 8: Daun Sycamore, Acer pseudoplatanus Daun plane, Platanus x hispanica merupakan daun yang bersaiz besar dan mampu bertahan dengan pencemaran. Daun ini sesuai untuk akuarium yang besar dan tidak mempengaruhi warna dan pH air. Rajah 9: Daun plane, Platanus x hispanica
e-Book Bera - Best Writing 2018 62 3.0 PEMILIHAN DAUN Adalah penting untuk mengenal pasti dengan teliti, mengumpul, dan menyediakan daun bagi penggunaan dalam akuarium bagi tujuan hiasan. Hanya daun-daun yang perlu dikumpul adalah daun yang jatuh daripada pokok dan tidak segar. Bagi mengenalpasti spesis pokok, adalah penting untuk memiliki panduan atau rujukan yang sesuai. Pengumpulan daun juga perlu dilakukan jauh dari jalan raya dan kawasan punca pencemaran serta kawasan yang berlumpur. Daun yang dipilih juga haruslah bebas daripada jangkitan kulat, serangga dan najis. 4.0 PENUTUP Sebagai penutup, pengamal hobi akuarium perlu lebih mesra alam dan memahami bahawa kaedah penggunaan daun mati tidak mengotorkan air dan habitat berharga tidak dimusnahkan kerana daun mati untuk menjadi mesra alam, murah serta menarik. Selain itu, adalah juga disyorkan bahawa penggunaan daun mati dapat menyediakan persekitaran yang menyerupai habitat semulajadi ikan. Walaubagaimana pun, pengamal hobi akuarium perlu memberi perhatian dalam pemilihan jenis daun yang sesuai dengan hidupan akuatik yang dipilih. Rujukan Horvath, G. (2016). Free Tank Décor. Retrieved from https://www.practicalfishkeeping.co.uk/features/articles/2016/10/28/free-tank-decor Dunlop, C. (2010). Leaves for Aquaria. Retrieved from http://www.tfhmagazine.com/details/articles/leaves-for-aquaria-full-article.htm Dunlop, C. (2012). All the leaves are brown. Retrieved from http://www.seriouslyfish.com/all-the-leaves-are-brown/
e-Book Bera - Best Writing 2018 63 PENGHASILAN MAKANAN HIDUP Abd Halim Bin Safi Unit Akuakultur [email protected] Makanan yang sesuai untuk diberi pada ikan terbahagi kepada 2 jenis iaitu makanan hidup dan makanan formulasi. Makanan hidup biasanya diberi kepada anak ikan atau fri yang berumur kurang daripada 2 minggu. Makanan formulasi pula boleh diberikan kepada fri seawal umur 2 minggu hingga anak ikan boleh dipasarkan. Makanan hidup dibahagi kepada 2 kategori besar iaitu fitoplankton dan zooplankton. Fitoplankton adalah tumbuhan hijau yang biasa disebut sebagai air hijau dan zooplankton adalah organism halus yang terapung di dalam air. Contoh air hijau bagi air tawar yang biasanya digunakan adalah daripada spesies Chlorella sp. Manakala contoh zooplankton yang biasa digunakan dalam industri pembenihan ikan adalah Artemia sp., Moina spp., Daphnia sp. dan Copepode sp. Makanan formulasi yang sesuai untuk anak benih ikan boleh dihasilkan sendiri atau didapati di pasaran. Ia terdapat dalam pelbagai saiz agar sesuai dengan bukaan mulut dan sistem penghadaman ikan. Contoh makanan formulasi yang digunakan oleh penternak adalah seperti powder feed, micropellet, dan juga pellet.
e-Book Bera - Best Writing 2018 64 Penghasilan Air Hijau Air hijau adalah air yang mengandungi fitoplankton iaitu organisma satu sel yg terdiri daripada beberapa spesies yang mempunyai klorofil a untuk menjalankan proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan untuk pertumbuhan sel & membiak untuk membentuk koloni atau populasi yang banyak. Ia boleh dihasilkan menggunakan ikan atau baja.
e-Book Bera - Best Writing 2018 65 Kaedah yang biasa digunakan untuk menghasilkan air hijau adalah: Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Ikan Masa Aktiviti Penerangan - 2 hari Penyediaan tangki Kira luas tangki Rawat, basuh dan keringkan tangki Pasang pengudaraan - 1 hari Penyediaan air Masuk air yang ditapis Rawat dan nyah klorin air 0 hari Masuk ikan Biasa menggunakan ikan tilapia Kadar kepadatan antara 25-30 ekor/m2 1-7 hari Pengurusan makanan Ikan diberi makan pellet 2 kali sehari Keluarkan makanan berlebihan 1-7 hari Dedah pada cahaya matahari Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari (bergantung pada cuaca) Kaedah1: Guna Ikan • Penyediaan tangki • Penyediaan air • Masukkan ikan • Pengurusan makanan • Dedah pada cahaya matahari Kaedah 2: Guna Baja • Penyediaan tangki • Penyediaan air • Masukkan baja • Dedah pada cahaya matahari
e-Book Bera - Best Writing 2018 66 Prosedur Penghasilan Air hijau Menggunakan Baja Masa Aktiviti Penerangan - 2 hari Penyediaan tangki Kira isipadu air Rawat, basuh dan keringkan tangki Pasang pengudaraan - 1 hari Penyediaan air Masuk air yang ditapis Rawat dan nyah klorin air 0 hari Masuk baja Guna fish meal Baja 1.2kg/m3 0 hari Masuk air hijau 5 – 10% starter air hijau boleh dimasukkan ke dalam air 1-7 hari Dedah pada cahaya matahari Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari (bergantung pada cuaca) Ternakan Moina Moina adalah sejenis kutu air yang banyak dijumpai di loji kumbahan. Ia bersaiz 500- 1000µm dan sangat sesuai untuk fri kerana mempunyai pergerakan yang unik. Moina yang dipungut di loji kumbahan tidak sesuai untuk pemberian makanan ikan kerana
e-Book Bera - Best Writing 2018 67 mengandungi banyak bakteria. Berikut adalah kaedah untuk menghasilkan Moina yang sesuai dan bebas daripada untuk pemberian makanan kepada ikan: Prosedur Ternakan Moina Masa Aktiviti Penerangan - 2 hari Penyediaan tangki Kira isipadu air Rawat, basuh dan keringkan tangki Pasang pengudaraan - 1 hari Penyediaan air hijau Rujuk langkah-langkah penghasilan air hijau menggunakan baja 0 hari Masuk induk Moina Dapatkan induk Moina (pure culture) Jumlah 1% daripada isipadu air 1-7 hari Dedah pada cahaya matahari Air akan menjadi hijau selepas 5-7 hari (bergantung pada cuaca) 7-14 hari Tuai Moina Selepas 7 hari, Moina boleh dituai menggunakan plankton net bersaiz 150 – 200 µm Penyediaan tangki Penyediaan air hijau Masukkan induk Moina Dedah pada cahaya matahari
e-Book Bera - Best Writing 2018 68 Penetasan Artemia Foto oleh Divino dan Schultz (2014). Artemia adalah makanan semulajadi yang digunakan secara meluas di dalam industri pembenihan ikan kerana kandungan nutrisi yang baik. Walaupun kini terdapat pelbagai makanan formulasi yang telah berjaya dihasilkan untuk anak benih ikan, Artemia masih menjadi pilihan penternak dalam proses asuhan ikan. Artemia tidak boleh ditemui di perairan Malaysia secara semulajadi kerana ia berasal daripada laut mati yang berkemasinan tinggi mencecah 300 ppt. Zooplankton ini boleh ditetaskan menggunakan air masin sama ada dalam larutan garam atau air laut. Sista Artemia boleh didapati di pasaran dalam pelbagai jenama dan cara pembungkusan.
e-Book Bera - Best Writing 2018 69 Berikut adalah 2 kaedah yang biasa digunakan untuk menetaskan Artemia: • i. Penyediaan tangki penetasan • ii. Penyediaan air masin • iii. Rendam dalam air tawar • iv. Masukkan sista • v. Eram sista • vi. Tuai sista Kaedah 1: Penetasan biasa • i. Penyediaan tangki penetasan • ii. Penyediaan air masin • iii. Rendam air tawar • iv. Bilas dengan peluntur • iv. Masukkan sista • v. Eram sista • vi. Tuai sista Kaedah 2: Penetasan secara decapsulation
e-Book Bera - Best Writing 2018 70 Prosedur Penetasan Biasa Masa Aktiviti Penerangan - 1 hari Penyediaan tangki penetasan Kira isipadu air Rawat, basuh dan keringkan tangki Pasang pengudaraan - 1 hari Penyediaan air masin Air laut atau larutan garam yang bersaliniti antara 25 – 30 ppt - 1 hari Rendam air tawar Sekurang-kurangnya 30 minit Supaya kulit sista terhidrat semula - 1 hari Masukkan sista Setelah direndam dan dibilas, sista dimasukkan ke dalam tangki penetasan 0 hari Eram sista Eram sista 24 jam Beri pengudaraan dengan kuat 1 hari Tuai sista Tuai sista selepas 24 jam Guna plankton net bersaiz 150 – 200 µm. Bilas dengan air tawar Prosedur Penetasan Secara Decapsulation Masa Aktiviti Penerangan - 1 hari Penyediaan tangki penetasan Kira isipadu air Rawat, basuh dan keringkan tangki Pasang pengudaraan - 1 hari Penyediaan air masin Air laut atau larutan garam yang bersaliniti antara 25 – 30 ppt - 1 hari Rendam air tawar Sekurang-kurangnya 30 minit Supaya kulit sista terhidrat semula - 1 hari Bilas dengan peluntur Tidak lebih 5 minit. Sista keperangan Supaya kulit sista menjadi nipis - 1 hari Masukkan sista Setelah dibilas hingga bau klorin, sista dimasukkan ke dalam tangki penetasan 0 hari Eram sista Eram sista 24 jam Beri pengudaraan dengan kuat 1 hari Tuai sista Tuai sista selepas 24 jam Guna plankton net bersaiz 150 – 200 µm. Bilas dengan air tawar
e-Book Bera - Best Writing 2018 71 Penyediaan larutan garam Penyediaan air masin untuk penetasan Artemia boleh dilakukan menggunakan larutan garam. Larutan garam ini terhasil daripada campuran antara air dengan garam kasar. Bagi menghasilkan air yang mempunyai kemasinan yang dikehendaki boleh menggunakan formula 1 gram/liter bagi menghasilkan air 1 ppt. Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan air 30 ppt. Bagi menghasilkan saliniti air 30 ppt, kadar garam adalah 30gram/liter. Andaikan isipadu air tangki penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang diperlukan adalah: Jumlah garam = isipadu air x kadar garam = 30 liter x 30g/L = 900 gram Contoh pengiraan jumlah garam bagi menghasilkan 25 ppt. Bagi menghasilkan saliniti air 25 ppt, kadar garam adalah 25gram/liter. Andaikan isipadu air tangki penetasan adalah 30 liter, maka jumlah garam yang diperlukan adalah: Jumlah garam = isipadu air x kadar garam = 30 liter x 25g/L = 750 gram
e-Book Bera - Best Writing 2018 72 Rujukan Arun Prasad Baidya, S. S. (2004). Artificial Egg Collection Technique fo African Catfish, Clarias gariepinus. Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Divino, Jeffrey and Schultz, Eric. (2014). Juvenile threespine stickleback husbandry: standard operating procedures of the Schultz lab. Rev. 31 July. 47 pp. FAO (1997). FAO Database on Introduced Aquatic Species. FAO, Rome. Graaf, G. D, & Janssen, J (1996). Handbook On The Artificial Reproduction And Pond Rearing Of The African Catfish Clarias Gariepinus In Sub-Saharan Africa. Rome. FAO, Fisheries Technical Paper 362. Groenewald, A.A.v.J., (1964). Observations on the food habits of Clarias gariepinus Burchell, the South African freshwater Barbel (Pisces: Clariidae) in Transvaal. Hydrobiologia 23: 267-273. Mohsin, M. & Azmi, A. (2015). Ikan air tawar di semenanjung Malaysia. Dewan Bahasa & Pustaka. Moussa, T.A., (1956). Morphology of the accessory air-breathing organs of the teleost Clarias lazera (C&V). J. Morph., 98:125-160. Munro, J.L., (1967). The food of a community of East African freshwater fishes. J. Zool., Lond. 151:389-415.
e-Book Bera - Best Writing 2018 73 Bibliografi Penulis Penulis berasal dari Pekan, Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Biram (1990-1995), sekolah menengah di SMK Tengku Abdullah (1996-2000. Seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Perikanan di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM), Terengganu dari tahun 2001-2004. Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari tahun 2004-2007 dalam bidang Sains Agroteknologi (Akuakultur). Pada bulan Julai tahun 2007, mula berkhidmat sebagai Pegawai Sains di Institut Akuakultur Tropika (Akuatrop), Terengganu selama 3 tahun. Pada Januari 2011, penulis mendapat tawaran sebagai pensyarah di Kolej Komuniti Tampin sehingga November 2015. Selepas itu, penulis berpindah ke Kolej Komuniti Bera pada November 2015 sehingga kini. Mempunyai pengalaman di dalam industri akuakultur selama 3 tahun dan pengalaman mengajar dalam bidang Akuakultur selama 8 tahun. Merupakan Ketua Fasilitator dalam pembangunan kurikulum Sijil Akuakultur di Kolej Komuniti dan juga terlibat dalam penggubalan soalan peperiksaan Sijil Akuakultur. Penulis juga terlibat secara langsung dalam menjalinkan hubungan kolaborasi bersama pihak industri akuakultur dengan Kolej Komuniti Bera.
e-Book Bera - Best Writing 2018 74 PERUSAHAAN PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU DI MALAYSIA Siti Raihan Binti Jamaludin Unit Pengajian Am [email protected] Cendawan tergolong dalam tumbuhan yang berspora, tidak berklorofil ataupun bukan berwarna hijau. Tubuhnya terdiri dari sel-sel dan berganding dengan benang (hifa). Kumpulan hifa yang berbentuk tubuh buah dipanggil miselium. Hifa akan tumbuh bercabang, manakala miselium berbentuk gumpalan kecil pada awal pembentukannya. Seterusnya, gumpalan-gumpalan tersebut akan bertambah besar dan membentuk bulatan. Struktur yang berbentuk bulat ini adalah permulaan tubuh buah pada cendawan atau dikenali sebagai promodium. Cendawan tergolong di dalam organisma heterotrof iaitu satu organisma yang tidak mampu mengeluarkan zat-zat sendiri sehinggakan harus mengambilnya dari organisma lain seperti kayu yang reput atau batang-batang pokok. Cendawan yang dikaji dalam kajian ini adalah Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus sajor-caju. Cendawan tiram kelabu memiliki banyak khasiat, antaranya mengawal atur darah termasuk antithrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus serta bakteria, merencat pertumbuhan tumor dan antioksidan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lalu. Orang Jepun menyebut cendawan tiram sebagai shimeji. Lain pula halnya dengan orang Eropah dan Amerika Syarikat, mereka lebih mengenali cendawan ini dengan panggilan oyster mushroom manakala di Jawa Barat, Indonesia cendawan tiram ini lebih popular dengan gelaran supa liat. Pengeluaran Pleurotus sajor-caju atau cendawan tiram kelabu meningkat dengan banyak iaitu sebanyak 418.3%. dari tahun 1986 hingga 1997. Dalam kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, China merupakan pengeluar utama cendawan tiram kelabu yang mengeluarkan kira-kira 1,675,496 lbs setiap tahun atau 86.8% keseluruhan di dunia pada tahun 1997.
e-Book Bera - Best Writing 2018 75 Di Malaysia, prospek industri cendawan adalah cerah disebabkan permintaan yang semakin meningkat di pasaran tempatan bagi cendawan segar dan yang diproses. Lebih 300 petani dan syarikat menjalankan perusahaan cendawan tiram kelabu di mana Selangor dan Johor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 48 dan 67 orang pengusaha. Permintaan terhadap cendawan dan produk berasaskan cendawan dijangka terus meningkat sejajar dengan pertambahan jumlah penduduk dan penggunaan per kapita. Selain itu, purata pendapatan pengusaha cendawan kini mencecah RM3,000.00 sebulan jika memulakan penanaman cendawan sebanyak 12,000 beg media. Eksport cendawan tumbuh pada kadar 19% setahun daripada RM12 juta pada tahun 2000 kepada RM67 juta pada tahun 2010. Destinasi utama eksport adalah Amerika Syarikat, Brazil dan Singapura. Sebanyak 49% cendawan dieksport adalah dalam bentuk segar dan kebanyakannya adalah Cendawan Butang (Agaricus spp.) manakala 51% lagi dalam bentuk proses seperti Cendawan Lingzhi, Jeli Hitam dan Jerami (Dasar Agromakanan Negara 2011-2020). Cendawan tiram mendominasi 55-60% jumlah pengeluaran cendawan di Malaysia. Dasar Agromakanan (2011-2020), penggunaan per kapita cendawan dijangka meningkat daripada 1 kilogram pada 2008 kepada 2.4 kilogram pada 2020. Pengeluaran cendawan dianggarkan berkembang sebanyak 16% setahun iaitu daripada 15 ribu metrik tan pada tahun 2010 kepada 67 ribu metrik tan pada tahun 2020. Nilai eksport cendawan Malaysia diunjur meningkat kepada RM300 juta pada tahun 2020 iaitu pada kadar 16% setahun. Cendawan tiram adalah salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dulu lagi. Selain itu, menurut Chazali (2009) Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Mycoremediation adalah satu bentuk biopemulihan, proses menggunakan kulat untuk merendahkan atau mengasingkan bahan cemar dalam alam sekitar. Merangsang mikrob dan aktiviti enzim, miselium mengurangkan toksin in-situ. Sesetengah kulat
e-Book Bera - Best Writing 2018 76 hyperaccumulators, mampu menyerap dan menumpukan logam berat dalam badanbadan buah cendawan. Penanaman cendawan tiram kelabu agak mudah diusahakan. Walaupun mudah diusahakan, namun terdapat beberapa faktor yang perlu dijaga. Menurut Ibrahim (2012) Biological Effeciency Ratio (BER) cukup tinggi pada cendawan tiram iaitu daripada satu log tanaman, rata-rata tubuh buah cendawan dihasilkan adalah seberat 600-1500 gram. Selain itu, menurut MARDI (2010) suntikan bagi benih cendawan adalah sebanyak 1 sudu makan. Manakala, menurut Mizatie (2012) benih yang disuntik kepada substrat cendawan adalah dalam julat (5-8g) pada beg media 30sm x 10sm x 10 sm, dengan berat beg media 1 kilogram. Dalam kajian yang dijalankan oleh Stanly (2010), penghasilan miselium yang tinggi dicatatkan dengan penggunaan benih dari substrat jagung putih berbanding red sorghum, sekoi,guinea corn, jagung kuning dan gandum. Menurut Chazali (2009), faktor-faktor persekitaran yang diperlukan dalam penanaman cendawan tiram seperti ketinggian tempat, lingkungan tempat pertumbuhan seperti (suhu, cahaya, dan kelembapan), kebersihan (tempat, alat, bahan dan pekerja) kesabaran, serta ketahanan selama masa perawatan. Media bagi komposisi beg media cendawan memainkan peranan dalam penghasilan cendawan yang tinggi. Kajian oleh Hartati (2011) mendapati bahawa komposisi rawatan penanaman medium yang boleh menghasilkan cendawan tiram putih yang tertinggi adalah 75% habuk kayu + 25% rumpai kompos dengan penghasilan 171,153 g berat segar; berat kering 15,380 g dan BER (Nisbah Kecekapan Biologi) 24,453% untuk 3 beg media berbanding dengan peratusan kandungan media yang berbeza. Pertumbuhan cendawan memerlukan bahan pokok seperti selulosa, lignin serta unsur lain (Santosa, 2008). Selain itu, menurut MARDI (2012), 100 % habuk kayu lembut, 10% dedak padi, 1% kapur bagi komposisi beg media boleh digunakan bagi penghasilan cendawan yang baik.
e-Book Bera - Best Writing 2018 77 Pengusaha cendawan tiram kelabu di Gombak, Wan Razman Wan Hassan dengan 40 000 bongkah mampu mengeluarkan hasil cendawan sebanyak 1000 kilogram sebulan. bahan adunan serbuk dalam bongkah dikukus dan dimasukkan benih cendawan sebelum diperam selama sebulan. Apabila benih yang diperam itu mula mengeluarkan hasil, ia berterusan selama empat hingga lima bulan jika dijaga dengan baik. Bagi memastikan cendawan dapat memberi hasil maksimum serta berkualiti, suhu di dalam rumah tanaman perlu berada dalam keadaan yang lembap iaitu di bawah 28 darjah Celsius. Penjagaan cendawan tiram juga membolehkan saya memasang jaring bagi mengelak serangga memasuki zon ini kerana jika tidak dikawal, serangga boleh menjadi ancaman kepada cendawan. Sebagai kesimpulan, perusahaan cendawan tiram kelabu memberikan hasil yang lumayan kepada para pengusaha kerana permulaan modal yang tidak tinggi dan selain keadaan iklim di Malaysia yang menggalakkan pertumbuhan cendawan tersebut. Selain daripada itu, dengan permintaan yang semakin meningkat memungkinkan banyak lagi hasil tanam dapat dieksport ke luar negara. Harapan untuk pengusaha meningkatkan lagi penanaman cendawan tiram kelabu di Malaysia turut dibantu oleh agensi-agensi kerajaan yang turut menberikan latihan asas dan lanjutan kepada pengusaha seperti
e-Book Bera - Best Writing 2018 78 RUJUKAN Chang (1999). Cultivation of Oyster Mushrooms. Agriculture Research and Cooperative Extension: College of Agriculture Science: Pennstate. Chazali, Syammahfuz (2009). Industri cendawan tiram.Synergy Media: Jogjakarta. Dasar Agromakanan Negara 2011-2020, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia.ms 96.Bab 7. Fadly, R. (2017, Mei 23). Tauke cendawan tiram kelabu. Didapatkan dari MyMetro: https://www.hmetro.com.my/agro/2017/05/231738/tauke-cendawan-tiram kelabu. Hartati, E. W. T., & WPD, A. R. A. Kajian Pertumbuhan Dan Hasil Cendawan Tiram Putih Pleurotus Ostreatus Pada Berbagai Komposisi Medium Tanam. Jurnal pembangunan pedesaan journal of rural development, 37. Tugong, Agnes. (2014). Perusahaan cendawan dipergiat. Dicapai pada 28 Oktober 2014, dari http://www.theborneopost.com/2014/05/22/perusahaan-cendawantiram-dipergiat/#ixzz3HOnUdZ54 Willis, W. L., Wall, D. C., Isikhuemhen, O. S., Ibrahim, S., Minor, R. C., Jackson, J & Anike, F. (2012). Effect of different mushrooms fed to eimeria-challenged broilers on rearing performance. Int J Poult Sci, 11(7), 433-7.
e-Book Bera - Best Writing 2018 79 KAJIAN KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP GRADUAN KOLEJ KOMUNITI BERA 1.0 AMIR BIN ABDULLAH Unit Latihan Industri [email protected] 1. PENGENALAN Keupayaan memanipulasi pembangunan sumber manusia (modal insan) dengan baik akan menyebabkan sesebuah negara mampu bersaing dengan negara maju yang lain walaupun tidak mempunyai sumber fizikal yang baik. Firma yang menyediakan latihan, pengetahuan, kemahiran dan pendidikan kepada sumber manusia akan menyebabkan pencapaian syarikat menjadi bertambah baik. Sesebuah organisasi yang memiliki sumber manusia (modal insan) yang dapat menangani perubahaan persekitaran seperti k-ekonomi dan globalisasi akan memudahkan matlamat sesebuah organisasi dicapai Pendidikan Teknikal dan Vokasional perlu mengintegrasikan elemen kemahiran kebolehkerjaan dalam kurikulum supaya graduan releven dengan permintaan majikan dan industri. Hal ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa berusaha memastikan graduan yang dihasilkan bukan sahaja cemerlang akademik malah bersedia bersaing di pasaran kerja global termasuk di dalam syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negara (Abd. Hair et al., 2013). Sehubungan dengan itu, aspek kepuasan majikan terhadap graduan kolej komuniti merupakan salah satu aspek yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan kolej komuniti. Kepuasan majikan dalam konteks kajian ini, kepuasan majikan merujuk kepada keupayaan pelajar menjalankan atau melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh majikan. Menurut Marchant (2017), kepuasan majikan bermaksud kepuasan yang dikaitkan dengan prestasi tinggi di mana kepuasan dalam pencapaian dan hubungan kerja yang berkesan.
e-Book Bera - Best Writing 2018 80 Graduan yang diingini oleh majikan pada masa kini ialah tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai kemahiran kebolehkerjaan pelajar Kolej Komuniti Bera (KKB) menurut kaca mata majikan. 2. OBJEKTIF, PERSOALAN KAJIAN DAN KEPENTINGAN KAJIAN Objektif Kajian Secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan KKB berdasarkan persepsi majikan. 2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan KKB berdasarkan persepsi majikan. 3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan KKB berdasarkan persepsi majikan. Persoalan Kajian 1. Apakah tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Bera berdasarkan persepsi majikan ? 2. Apakah tahap pengetahuan graduan KKB berdasarkan persepsi majikan? 3. Apakah tahap kemahiran insaniah graduan KKB berdasarkan persepsi majikan? Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia amnya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Bera khususnya dalam perancangan program. Dapatan kajian ini boleh dijadikan tanda aras bagi penggubalan kurikulum di kolej komuniti terutama elemen kemahiran kebolehkerjaan. Pihak industri juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk pengetahuan tentang keperluan kemahiran kebolehkerjaan dalam kalangan pekerja yang diambil bagi meningkatkan produktiviti kerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti syarikat. Pengurusan sumber manusia yang lebih terancang dapat diolah dengan lebih teratur supaya pekerja yang berkemahiran dapat digunapakai dengan lebih
e-Book Bera - Best Writing 2018 81 optimum. Kajian ini menjadi garis panduan bagi pihak industri dalam merancang keperluan ekonomi di era globalisasi. 3. SOROTAN KAJIAN Para majikan menginginkan pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran pekerjaan termasuk pengetahuan dan kemahiran insaniah. Kebolehkerjaan graduan yang dihasilkan juga merupakan kayu pengukur kepada kejayaan kolej komuniti dan program yang diikuti oleh pelajar tersebut. Justeru, amatlah penting untuk pihak kolej komuniti melahirkan para graduan yang mempunyai ciri-ciri pekerja yang berkualiti seperti mana yang dikehendaki oleh para majikan. Pekerja berkualiti merujuk kepada ciri-ciri individu yang dikaitkan dengan prestasi kerja yang berjaya (Butcher et al., 2011). Australian Council for Education Research/ACER (2002) merumuskan tenaga kerja berkualiti memiliki kompetensi yang diperlukan bukan sahaja untuk berjaya dalam dunia pekerjaan malah dalam kehidupan. Pekerja berkualiti juga bukan sahaja mahir dan pakar dalam pekerjaannya tetapi juga memiliki akhlak serta kelakuan yang terpuji. Mereka adalah pekerja yang produktiviti berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi . Pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah juga perlu seiring dalam kebolehkerjaan dan merupakan indikator yang penting dalam dunia pekerjaan hari ini. Para pekerja hari ini tidak dapat dianggap lengkap atau tidak berketrampilan jika mereka hanya memiliki kemampuan teknikal yang baik tanpa pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan. Dengan kemahiran kebolehkerjaan akan mendapat peluang pekerjaan lebih luas, berkekalan dan seterusnya berjaya dalam pekerjaan. Dengan penerapan kemahiran kebolehkerjaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Kini, majikan bukan sahaja melihat kepada kelayakan akademik semata-mata tetapi juga melihat kepada keupayaan atau kemahiran graduan dari aspek spiritual dan keusahawanan. Permasalahan isu kemahiran yang perlu dimiliki oleh graduan di
e-Book Bera - Best Writing 2018 82 samping mempunyai kelulusan akademik yang baik. Penemuan kajian mereka mendapati graduan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi seperti berkebolehan bekerja sendiri, kemahiran teknologi maklumat, kepimpinan, mudah menyesuaikan diri dan kemahiran intelektual telah membantu graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh singkat. Menurut Gunn et al., (2010), kebolehpasaran graduan merujuk kepada kemahiran yang meliputi personaliti, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik. Ia menyatakan bahawa dalam keadaan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, para majikan industri memerlukan para pekerja yang lebih kreatif, fleksibel, dan mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Banyak kajian kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh para penyelidik terdahulu mendapati majikan memerlukan pekerja yang mempunyai sikap positif, kemahiran efektif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran bekerja dalam kumpulan, berdaya usaha, interpersonal dan juga kemahiran memimpin (Goodwin & Vicki, 2012). 4. PERNYATAAN MASALAH Kajian Pengesanan Graduan menunjukkan pengangguran disebabkan oleh kurangnya kemahiran yang diperlukan bagi menjamin kebolehpasaran. Esa et al., (2014) juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar kejuruteraan mempunyai kemahiran teknikal yang baik, namun kemahiran insaniah mereka tidak berada di tahap yang sama. Ini adalah kerana mereka mempunyai kekurangan dari segi komunikasi, keyakinan diri, dan penyesuaian diri di tempat kerja. Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan para majikan memerlukan graduan yang menyerlah dalam kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, serta mempunyai sikap yang positif terhadap kerja. Para pengkaji berpendapat ketidaksepadanan pengetahuan dan kemahiran yang berlaku dalam kalangan graduan adalah jurang di antara kriteria yang diperlukan oleh industri dengan pendidikan yang dilalui para graduan. Berdasarkan
e-Book Bera - Best Writing 2018 83 kajian Bilal dan Ummah (2016), terdapat kelompangan dari segi pengetahuan teorikal dan praktikal dalam kalangan pelajar di sebuah universiti semasa mereka menjalani latihan industri. Justeru, terdapat keperluan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran insaniah bagi graduan Kolej KomunitiJusteru itu kajian ini dijalankan untuk melihat permasalahan ini samada dari graduan ataupun sebaliknya. Sektor industri juga digesa memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menggalakkan pihak berkenaan menyuntik input kepada kurikulum kolej komuniti dan bekerjasama untuk penempatan pelajar di syarikat tempatan dan multinasional. 5. METODOLOGI Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian kuantitatif yang melibatkan seramai 8 orang majikan kepada bekas pelajar KKB di sekitar negeri Pahang. Borang soal selidik diperoleh dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyelidik menggunakan Skala Likert Lima Mata. Mata yang diberi nilai 1 hingga 5 di mana 1 = Sangat rendah, 2 = Rendah, 3 = Sederhana, 4 = tinggi dan 5 = Sangat Tinggi. Seterusnya, borang soal selidik dikumpulkan untuk dianalisis menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 23. Penganalisisan data ini melibatkan statistik deskriptif untuk menerangkan demografi sampel kajian seperti peratus dan frekuensi. Analisis secara statistik deskriptif juga dibuat berdasarkan interpretasi skor min. Skor min yang diperoleh ditafsirkan menggunakan cara interpretasi dapatan statistik deskriptif adalah seperti Jadual 1.
e-Book Bera - Best Writing 2018 84 Jadual 1 Penilaian skor min Skor min Interpretasi 3.67 hingga 5.00 Tinggi 2.34 hingga 3.66 Sederhana 1.00 hingga 2.33 Rendah Sumber : Sumarni dan Jamil Ahmad (2002) 6.DAPATAN KAJIAN Kajian ini melibatkan seramai 8 orang majikan kepada bekas pelajar KKB. Profil responden kajian dilibatkan dalam kajian ini lebih terperinci dipaparkan seperti Jadual 2 berikut. Jadual 2 Profile Responden Kajian Demografi Kekerapan 1 1 1 1 1 1 1 1 7 Peratus Nama Organisasi Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd Bera Hatchery & Farm Chicken Rice Shop Embun Klasik Bridal Boutique McDonalds PTPTN Teratak Ikan Bakar Sri Murni Tiada Syarikat Status organisasi Swasta 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 12.5 87.5
e-Book Bera - Best Writing 2018 85 Kerajaan/berkanun Kluster Organisasi Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Fesyen dan kecantikan Kewangan dan insuran/takaful Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman Bilangan graduan kk yang sedang bekerja di organisasi tan/puan Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd Bera Hatchery & Farm Chicken Rice Shop Embun Klasik Bridal Boutique McDonalds PTPTN Teratak Ikan Bakar Sri Murni Tiada Syarikat 1 3 1 1 3 1 2 1 1 1 1 1 2 12.5 37.5 12.5 12.5 37.5 10 20 10 10 10 10 10 20 Gaji permulan RM501 – RM1,000 5 50 RM1,001 – RM1,500 3 30 RM1,501 – RM2,000 2 20 Jadual 2 menunjukkan bahawa berdasarkan majikan, seramai 8 majikan yang terlibat dalam kajian ini iaitu Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd (12.5%), Bera Hatchery & Farm
e-Book Bera - Best Writing 2018 86 (12.5%),Chicken Rice Shop (12.5%), Embun Klasik Bridal Boutique (12.5%), Mc Donalds (12.5%), PTPTN (12.5%), Teratak Ikan Bakar Sri Murni (12.5%) dan Tiada Syarikat (12.5%). Berdasarkan status organisasi, 7 organisasi (87.5%) adalah swasta dan hanya satu (12.5%) organisasi Kerajaan/Berkanun. Berdasarkan kluster organisasi, 37.5 % adalah daripada kluster Pertanian, Perhutanan dan Perikanan yang menyamai jumlah dengan kluster Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman iaitu 3 majikan. Manakala, bagi kluster Fesyen dan Kecantikan serta Kewangan dan insuran/takaful, masing-masing menyumbang kepada 12.5 % bersamaan 1 orang majikan. Manakala bagi gaji permulaan, separuh daripada majikan iaitu 50 % memberi gaji permulaan antara RM501 – RM1,000, tiga majikan (30%) memberi gaji permulaan antara RM1,001 – RM1,500 dan dua majikan (20%) memberi gaji permulaan antara RM1,501 – RM2,000 7.ANALISIS DAPATAN KAJIAN Analisis dapatan kajian yang dihuraikan berikut mengikut persoalan kajian yang telah dinyatakan pada bahagian sebelumnya. Hasil analisis dapatan kajian dipaparkan seperti berikut. Jadual 3 Dapatan bagi Konstruk Kemahiran No Item Min Sisihan Piawai Interpretasi 1 Kemahiran pengurusan maklumat Information management skills 4.10 0.567 Tinggi 2 Kemahiran menggunakan komputer Computer skills to process information 4.20 0.632 Tinggi 3 Kemahiran memilih peralatan Skills in choosing equipment/technology 4.70 0.483 Tinggi 4 Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif Skills in creative and innovative thinking 4.50 0.527 Tinggi 5 Kemahiran membuat keputusan mudah Skills in decision making 4.70 0.483 Tinggi 6 Kemahiran menyelesaikan masalah Skills in problem solving 4.60 0.516 Tinggi
e-Book Bera - Best Writing 2018 87 JUMLAH 4.47 0.535 Tinggi Jadual 3 menunjukkan bahawa terdapat tiga item yang berada pada tahap tinggi, item “Kemahiran memilih peralatan” (min = 4.70 dan sp = 0.483) dan item “Kemahiran membuat keputusan mudah” (min = 4.70 dan sp = 0.483) mempunyai kedudukan yang paling tinggi manakala item Kemahiran pengurusan maklumat (min = 4.10 dan sp = 0) mempunyai kedudukan yang paling rendah dalam kategori item yang sederhana. Jadual 4 Dapatan bagi Konstruk Pengetahuan No Item Min Sisihan Piawai Interpretasi 1. Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja Technical knowledge based on job requirement 5.00 0.000 Tinggi 2. Pengetahuan mengaplikasi teknologi dalam kerja Knowledge on technology application 5.00 0.000 Tinggi 3. Pengetahuan pengurusan tentang organisasi Knowledge on information management 4.00 0.000 Tinggi 4. Pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas Knowledge on job scope 4.90 0.316 Tinggi JUMLAH 4.73 0.316 Tinggi Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat keempat-empat item berada pada tahap yang tinggi. Item Pengetahuan pengurusan tentang organisasi mempunyai skor min paling rendah iaitu 4.00 dengan sisihan piawai 0.00. Jadual 5 Dapatan bagi Konstruk kemahiran Insaniah No Item Min Sisihan Piawai Interpretasi 1. Berdisiplin dalam menjalankan tugas Dicipline in work task 5.00 0.000 Tinggi 2. Kebolehan berkomunikasi lisan Good communication skills 5.00 0.000 Tinggi 3. Kemahiran melaksanakan arahan 4.90 0.316 Tinggi
e-Book Bera - Best Writing 2018 88 4. Kebolehan bekerja secara berpasukan Able to work in a team 4.90 0.316 Tinggi 5. Kemahiran pengiraan Able to count 4.30 0.483 Tinggi 6. Ketelitian dalam tugasan Meticulous in task given 4.30 0.483 Tinggi 7. Ketepatan waktu Practise moral values 4.90 0.316 Tinggi 8. Mempamerkan ciri-ciri keusahawanan Entrepreneurship skills 4.00 0.000 Tinggi JUMLAH 4.67 0.239 Tinggi Jadual 5 menunjukkan bahawa terdapat lapan item yang berada pada tahap tinggi, item “Mempamerkan ciri-ciri keusahawanan” (min = 4.00 dan sp = 0.239) mempunyai kedudukan yang paling rendah manakala item “Berdisiplin dalam tugas” (min = 5.00 dan sp = 0.00) dan juga item “Kebolehan berkomunikasi lisan” (min = 5.00 dan sp = 0.00) mempunyai kedudukan yang paling tinggi. Jadual 6 Rumusan Keseluruhan Konstruk Min S.P Kemahiran 4.47 0.535 Pengetahuan 4.73 0.316 Kemahiran Insaniah 4.67 0.239 Min keseluruhan 4.62 0.363 Secara keseluruhannya setiap konstruk mempunyai kedudukan item yang berada pada tahap tinggi.
e-Book Bera - Best Writing 2018 89 8. PERBINCANGAN Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya kepuasan majikan terhadap tahap kemahiran graduan Kolej Komuniti Bera adalah tinggi iaitu nilai min 4.62. Dapatan ini selari dapatan kajian Kwok et al., (2014) yang merumuskan graduan yang berkeupayaan menguasai kemahiran mampu memperoleh pekerjaan dan menepati kehendak pekerjaan. Justeru objektif kajian ini dapat dicapai. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap kepuasan majikan terhadap graduan KKB berada pada tahap tinggi. Perkara ini dapat memberi gambaran secara keseluruhan bahawa graduan KKB mampu mencapai kualiti yang dikehendaki oleh pihak majikan. Faktor ini berkemungkinan disebabkan kursus akuakultur yang ditawarkan oleh pihak KKB dapat memberi nilai tambah kepada pelajar yang mengikutinya serta sangat praktikaliti apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Pihak Kolej Komuniti Bera dapat mengenalpasti kekuatan dan juga kelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara keseluruhannya, pihak majikan menilai tinggi graduan KKB dari segi kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik, tetapi pihak Kolej Komuniti masih dapat mengesan ruang yang dapat dipertingkatkan lagi. Seterusnya, mempunyai peluang untuk meningkatkan mutu pendidikan dari segi teknikal dan kemahiran generik untuk memastikan graduan KKB menepati semua kehendak yang diperlukan dalam alam pekerjaan yang dinamik. Justeru menjamin graduan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan seramai 93.33% pihak majikan sanggup menerima graduan KKB sebagai pekerja jika terdapat kekosongan. Dengan itu, majikan juga bermanfaat dengan langkah penambahbaikan yang akan diambil oleh pihak KKB untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik graduan yang bakal menjadi pekerja mereka yang lebih terlatih. Pasaran pekerja separa profesional dapat diisi dengan graduan yang menepati keperluan dan kehendak industri tanpa perlu diberi latihan semula yang melibatkan kos tambahan. Sumber tenaga terlatih ini akan dapat membantu pihak industri dan majikan untuk bergerak dengan lebih maju.
e-Book Bera - Best Writing 2018 90 Namun, dapatan kajian ini juga memberi gambaran bahawa beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dan tenaga pengajar KKB terutama sekali mengenai kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif dan ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan graduan KKB. Faktor ini berkemungkinan disebabkan pendekatan pengajaran pensyarah di dalam kelas perlu dipelbagaikan lagi. 9.IMPLIKASI KAJIAN Kajian ini diharapkan dapat memberi beberapa implikasi kepada beberapa pihak yang berkaitan dalam bidang pendidikan tinggi. Antara implikasi kajian yang diperoleh dari kajian yang dijalankan ialah: 1. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan majikan terhadap graduan KKB adalah berada pada tahap tinggi. Untuk itu, kajian ini membuktikan bahawa PdP, persekitaran dan piawaian akademik yang diberikan oleh pihak KKB adalah memuaskan. 2. Kajian ini juga membuktikan bahawa kurikulum kursus Sijil Akuakultur yang disediakan oleh pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) adalah memuaskan dan menepati kehendak majikan. 10.PENUTUP Secara rumusannya, dapatan kajian ini telah mencapai objektif kajian dan menjawab persoalan kajian yang merangkumi analisis deskriptif. Kajian ini berjaya mendapat maklumat tahap kepuasan majikan terhadap graduan KKB yang mengambil Sijil Akuakultur. Namun, kajian ini hanya terhad di kohort graduan 2016 sahaja. Di harapkan kajian seterusnya akan melibatkan kohort graduan yang lebih meluas lagi.
e-Book Bera - Best Writing 2018 91 RUJUKAN Abd. Hair Awawang, Izz uraz lia Ibrahim, Mohd Yusof Hussain, Zaima h Ram li & Novel Lyndon. (2013). Kualiti dan Prestasi Kerja Graduan Kolej Komuniti: Penilaian oleh Majikan Bandar. Jurnal Akademika 83(1) 2013:65-76. Bilal, M. N. M. & Ummah, M. A. C. S. 2016. A Case Study on the Impact of Internship Training in Finding Successful Job Placements: With Special Reference to South Eastern University of Sri Langka. Proceedings of the 3rd International HR Conference, 3(1). Butcher, Val, Smith, Judith, Kettle, Jane and Burton, Laila (2011). Review of good practice in employability and Enterprise Development by Centres for Excellence in Teaching and Learning. York: Higher Education Academy. Esa, A., Selamat, A.S., Padil, S. & Jamaludin, J. (2014). Applications of soft skills in engineering programme at polytechnic Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 140, 115-120. Goodwin & Vicki (2012) “North West Graduate Employability Programme.” York: Higher Education Academy. Gunn, V. Bell, S and Kafmann. (2010) Thinking strategically about employability and graduate attributes: Universities and enhancing learning for beyond university. Enhancement themes. Available at http://www.enhancementthemes.ac.uk/ documents/G21C/Employability_230210.pdf Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu penilaian. Tesis doktor Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia. Kwok, D., Gujral, M. & Chan, J. 2014. Work readiness: a study of student intern’s self-perception and supervisor evaluation. International Conference on Teaching & Learning in Higher Education, National University of Singapore. Machart, R. 2017. The implementation of industrial training in tertiary education in Malaysia: Objectives, realisations and outputs in the case of foreign language students. International Review of Education, 63 (1), 103–122.
e-Book Bera - Best Writing 2018 92 NILAI, KEPERCAYAAN, SEMANGAT DAN BUDAYA YANG POSITIF DAPAT MENINGKATKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG UNGGUL Asma Laily Binti Md Hanafiah Unit Pengajian Am [email protected] Modal insan yang berkualiti dan produktif berupaya menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mendorong kepada kecemerlangan organisasi. Penguatkuasaan sistem-sistem nilai yang berpandukan kepada peraturan tetap dan etika kerja adalah bertujuan untuk melahirkan pekerja-pekerja (kakitangan awam) yang patuh, berdisiplin dan seragam mengenai perlakuan mereka. Beberapa nilai utama yang dikategorikan sebagai nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam telah diperkenalkan dalam setiap peringkat pentadbiran kerajaan. Semua kakitangan awam hendaklah berpegang teguh kepada nilai-nilai utama ini. Sebelas nilai utama yang perlu dipatuhi oleh kakitangan awam ialah amanah, bertanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur. Dasar kerajaan yang berkait rapat dalam melahirkan modal insan yang unggul adalah seperti dasar bersih, cekap dan amanah. Dasar ini telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat pada April 1982. Tujuan dasar ini ialah untuk mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru berpandukan nilai yang telah dikenal pasti dapat menghasilkan produktiviti dan mutu kerja yang tinggi. Dasar ini berkehendakkan semua rakyat termasuk pegawai awam memiliki moral yang tinggi, sifat bersih dari segi rohani dan jasmani, menjalankan tugas dengan cekap, berketerampilan dan rela menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan secara ikhlas dan tidak mementingkan diri sendiri.
e-Book Bera - Best Writing 2018 93 Penjawat awam mestilah mempunyai moral yang tinggi, bertata tertib, tidak menyeleweng dan tidak mengamalkan rasuah. Selain itu, mereka juga perlu bersikap adil, tidak mementingkan diri sendiri serta tidak bersifat khianat dan hasad dengki. Bagi meningkatkan kecemerlangan institusi, pihak kerajaan memastikan bahawa amalan yang cekap perlu dilakukan. Penjawat awam perlu berani dan cepat membuat keputusan. Jika lambat bertindak, ia akan menjejaskan prestasi sesebuah institusi. Sebarang krisis haruslah dihadapi dengan keadaan yang tenang. Sikap tegas dan berpegang kepada prinsip merupakan amalan yang cekap kerana ia boleh meningkatkan mutu kerja yang cemerlang. Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang tertentu perlu ada dalam setiap penjawat awam di samping berkeyakinan terhadap diri sendiri. Setiap pegawai sektor awam hendaklah menanam sifat luhur dan murni dalam diri sendiri. Sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan gigih, ikhlas dan amanah. Sifat jujur juga perlu diterapkan dengan berlaku jujur kepada diri sendiri, rakan-rakan sejawat dan organisasi. Satu lagi dasar kerajaan yang berkait rapat dalam usaha melahirkan modal insan yang unggul ialah dasar penerapan nilai-nilai murni. Pelaksanaan nilai-nilai murni sesuai diamalkan dalam perkhidmatan awam kerana ia merupakan proses yang tiada penghujung dan berterusan yang memerlukan usaha pemantauan serta penambahbaikan yang berterusan dibuat dari semasa ke semasa. Kejayaan boleh dilihat dalam jangka masa yang panjang. Nilai – nilai murni yang harus diterapkan adalah seperti adil dalam pelantikan. Pemilihan, pelantikan kakitangan baru, pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat hanya dibuat terhadap calon yang benarbenar berkelayakan sahaja. Penjawat awam tidak boleh khianat / menyeleweng terhadap tanggungjawab yang diberikan dari segi penggunaan masa pejabat atau perbelanjaan wang awam. Amanah diberi hanya kepada orang yang layak dan berhak menerimanya sahaja. Selain itu, mereka perlu bertanggungjawab iaitu sanggup menerima hukuman terhadap sebarang kesalahan / kecuaian yang dilakukan. Bekerja juga bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ikhlaslah dalam melakukan apa jua pekerjaan. Bersungguh-sungguh sepenuh jiwa, masa dan tenaga tanpa rasa jemu serta tabah menghadapi dugaan adalah salah satu nilai murni. Mereka juga perlu berdisiplin
e-Book Bera - Best Writing 2018 94 dengan mematuhi segala peraturan, prosedur kerja dan arahan yang ditetapkan. Bersyukur iaitu redha dengan apa yang ada, tidak tamak atau dengki terhadap orang lain adalah sikap yang terpuji di samping bersopan santun, suka tolong menolong dan berbudi mulia. Sikap kepercayaan juga dapat meningkatkan kecemerlangan institusi dalam melahirkan modal insan yang unggul. Kepercayaan merupakan keselesaan terhadap seseorang. Keselesaan pula dikaitkan dengan keyakinan dimana pihak lain mengambil berat tentang kebajikan orang yang memberi kepercayaan itu dan pihak lain itu boleh diharapkan untuk memenuhi segala harapan orang lain. Sikap saling percaya mempercayai antara rakan sekerja perlu wujud dalam sesebuah institusi bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Tanpa sikap kepercayaan, institusi tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan misi serta visi tidak dapat direalisasikan dengan sempurna. Kepercayaan seseorang individu datangnya dari komunikasinya dengan orang lain. Kemahiran komunikasi merupakan ciri penting ke arah pembangunan dan kemajuan sumber manusia atau modal insan. Kemahiran komunikasi terbentuk menerusi penerapan lima faktor utama iaitu membaca, menulis, bertutur dan mendengar. Faktor-faktor ini amat penting bagi mewujudkan sistem pentadbiran dan pengurusan yang berkesan. Mendengar merupakan proses yang paling kerap digunakan tetapi faktor ini kurang mendapat tumpuan daripada pihak pengurusan. Menerusi proses mendengar membuatkan seseorang itu lebih dipercayai. Mereka yang berkebolehan mendengar dengan baik mematuhi arahan dengan cara yang terbaik, jarang melakukan kesilapan, kurang bercakap dan lazimnya individu seperti ini menjadi tumpuan rakan sekerja untuk mendapatkan nasihat. Penjawat awam harus mempunyai semangat juang yang tinggi, tidak mudah berputus asa jika sesuatu yang dilakukan tidak menemui kejayaan. Modal insan yang unggul adalah modal insan yang bersemangat melakukan kerja tanpa merasa jemu atau bosan. Mereka sentiasa mencetuskan idea yang baru dan segar dalam usaha menjadikan institusi mereka setaraf dengan institusi lain yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Semangat seperti inilah yang dimahukan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan negara.