e-Book Bera - Best Writing 2018 95 Budaya kerja yang positif dapat menjamin kecemerlangan institusi. Pihak atasan harus memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan budaya kerja yang baik. Budaya kerja yang positif penting kerana ia merupakan cara kakitangan bekerja. Penerapan nilai-nilai dalam budaya kerja yang berkualiti mampu menampilkan peribadi yang utuh. Bagi mengekalkan keutuhan peribadi, menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan budaya kerja yang cemerlang, setiap anggota perkhidmatan awam hendaklah mengamalkan nilai-nilai yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Nilai-nilai Utama dalam Perkhidmatanm Awam; Tonggak Dua Belas; Etika Perkhidmatan Awam dan Keutuhan dalam Perkhidmatan Awam. Penghayatan dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri setiap individu kakitangan awam merupakan aspek penting untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dasar pendidikan negara juga dapat membentuk nilai, kepercayaan, semangat dan budaya yang positif dalam melahirkan modal insan yang unggul. Pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara Malaysia berlandaskan kepada perakuan-perakuan Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru telah dijadikan panduan bagi pelaksanaan dasar. Menerusi pelbagai cadangan yang diperakukan, pelaksanaan dasar telah memperkemaskan dan memperkukuhkan Dasar Pendidikan Negara. Pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Proses ini adalah untuk membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberi sumbangan bakti terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Selaras dengan matlamat di atas, Falsafah Pendidikan Negara telah memperkenalkan, dengan menggariskan tiga bidang utama iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Berpandukan falsafah ini, perkembangan individu secara menyeluruh dapat
e-Book Bera - Best Writing 2018 96 menyumbang ke arah pengekalan perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Insan yang harmoni dan berakhlak mulia dapat meningkatkan kecemerlangan institusi. Nilai, kepercayaan, semangat dan budaya yang positif dalam melahirkan modal insan yang unggul ada tercatat di dalam Wawasan 2020. Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah tokoh yang telah memperkenalkan Wawasan 2020 ini. Sembilan cabaran yang disenaraikan dalam Wawasan 2020, semuanya untuk melahirkan modal insan yang unggul. Cabaran yang pertama iaitu membentuk sebuah negara dan bangsa yang bersatu padu. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama secara adil dan saksama dan membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” yang taat setia. Rakyat Malaysia mesti mempunyai semangat kenegaraan yang kuat bagi membentuk negara yang maju. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya, bangga dengan keadaannya, cukup tangkas untuk menghadapi segala jenis rintangan, mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, tidak terkongkong jiwanya dan dihormati oleh semua bangsa lain. Ini merupakan cabaran kedua Wawasan 2020. Jika seseorang individu mempunyai sifat mengejar kecemerlangan maka modal insan ini dapat mempertingkatkan kecemerlangan sesebuah institusi pula. Cabaran ketiga pula adalah cabaran membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat Malaysia demokratik yang matang, mengamalkan satu bentuk demokratik Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain. Budaya muafakat dan musyawarah dapat menghasilkan modal insan yang berkeyakinan untuk menjadikan institusi kukuh dan cemerlang. Cabaran yang keempat pula adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Nilai-nilai seperti inilah yang diperlukan untuk menghasilkan modal insan yang unggul. Cabaran yang terus menerus yang dihadapi ialah membentuk sebuah masyarakat yang matang dan bersifat toleran dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamal dan melaksanakan adat resam, kebudayaan dan kepercayaan agamanya tanpa berasa tersisih. Kepercayaan atau
e-Book Bera - Best Writing 2018 97 pegangan agama amat penting dalam mendidik seseorang individu agar menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan agamanya. Cabaran yang seterusnya ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hadapan yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi terkini tetapi turut menjadi penyumbang dalam pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Semangat yang tinggi diperlukan bagi menghasilkan masyarakat kreatif dan inovatif dalam bidang sains dan teknologi. Cabaran yang sangat berkait rapat adalah cabaran yang ketujuh iaitu membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan rakyat yang berasaskan pada sistem kekeluargaan yang kukuh dan mantap. Kita dapat lihat di sini bahawa budaya sesuatu masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang unggul. Cabaran kelapan adalah menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh semua rakyat. Masyarakat sedemikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi bedasarkan kaum. Jika semangat cintakan negara kuat dalam diri, maka cabaran ini akan tercapai dan dapat menghasilkan modal insan seperti yang dikehendaki. Cabaran yang terakhir adalah membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan memiliki daya ketahanan. Semangat bersaing dengan positif mampu melahirkan modal insan yang dapat meningkatkan kecemerlangan sesebuah institusi.
e-Book Bera - Best Writing 2018 98 PENGARUH PROMOSI SECARA ATAS TALIAN Siti Rahayu Binti Sheikh Abdullah Unit Pembangunan Pelajar [email protected] ABSTRAK Bahagian Pembanguan Pelajar telah menganjurkan satu pertandingan video pendek Life@CC yang melibatkan semua Kolej Komunti di Malaysia. Kolej Komuniti Bera mengambil peluang ini bagi memperkenalkan bidang Sijil Akuakultur kepada komuniti dan masyarakat sekeliling. Ini kerana ia berketepatan dengan matlamat utama kami dalam memperkenalkan perihal program, proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta aktiviti-aktiviti yang berlangsung dalam dan luar kolej. Selain itu, ini merupakan peluang untuk kami mendapatkan hadiah menarik yang merupakan peruntukan OS 42. Penyertaan pertandingan video pendek ini adalah terbuka kepada semua warga Kolej Komuniti sama ada secara individu atau berkumpulan. Saya mengambil peluang ini bergabung tenaga berbincang, mencurahkan idea, mendapatkan kerjasama antara Pegawai Teknologi Maklumat Kolej Komuniti Bera bagi menghasilkan video ini. Pada peringkat awal perbincangan dan pembahagian tugas antara ahli kumpulan, saya bertanggungjawab mendapatkan barisan pelakon yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah. Penerangan ringkas telah dibuat kepada barisan pelakon bagi mendapatkan hasil yang dikehendaki. Proses rakaman dibuat di sekitar kolej, dan seterusnya proses edit dan menghasilkan video dihasilkan. Setelah selesai, video yang dihasilkan akan di muat turun ke dalam Youtube. Setelah itu, url yang diperolehi akan dimuatnaik bersama borang penyertaan atas talian. Saya memainkan peranan sebagai orang yang bertanggungjawab mendapatkan pelajar, mencurah idea jalan cerita dalam menghasilkan video Life@CC. Saya juga memainkan peranan dalam memastikan jalan cerita mengikut tujuan utama video ini dihasilkan. Proses sepanjang menghasilkan video lakonan ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari para pelajar dan staf yang terlibat. Setelah selesai memuatnaik ke dalam Youtube dan mengisi borang penyertaan, penyertaan Life@CC Kolej Komuniti Bera memenangi tempat keempat dalam pertandingan ini.
e-Book Bera - Best Writing 2018 99 KATA KUNCI: pengambilan, internet, pelajar 1.0 PENGENALAN Bahagian Pembangunan Pelajar (BPP) Jabatan Kolej Komuniti merupakan gabungan dua bahagian yang sedia ada iaitu Bahagian Kebajikan Pelajar dan Bahagian Pengambilan Pelajar. Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan dengan pelajar dan kebajikan mereka. Unit Kemasukan dan Rekod adalah satu unit di bawah Bahagian Pengambilan Pelajar. Unit ini bertanggungjawab bagi proses kemasukan pelajar di Kolej Komuniti termasuklah urusan iklan pengambilan pelajar baharu. Sehubungan dengan itu, BPP telah menganjurkan satu pertandingan video pendek bagi memberi peluang kepada semua kolej komuniti untuk mempromosikan kolej kepada masyarakat dan komuniti sekitar dengan menyediakan ganjaran berupa wang peruntukan aktiviti pelajar bagi kolej yang berjaya. Kolej Komuniti Bera tidak melepas peluang ini untuk menghasilkan video pendek bagi mempromosi dan memperkenalkan program Sijil Akuakultur kepada masyarakat. Menyedari hebatnya peningkatan penggunaan internet di Malaysia, pihak Kolej Komuniti Bera menggunakan peluang ini sebagai salah satu platform untuk mempromosikan bidang akuakultur di kolej komuniti sebagai pilihan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran. Ini adalah kerana menyedari peratusan penggunaan laman sosial seperti facebook, instagram dan youtube di kalangan remaja dan belia masa kini mengalami peningkatan yang tinggi. Ini kerana ia berketepatan dengan matlamat utama kami dalam memperkenalkan perihal program, proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta aktiviti-aktiviti yang berlangsung dalam dan luar kolej. 2.0 INTERNET DI MALAYSIA Melihat kepada perkembangan terhadap peningkatan penggunaan jalur lebar di Malaysia, bermula abad ke-20 pemilihan internet sebagai sumber untuk mencari maklumat dilihat semakin penting. Kadar pertumbuhan penggunaan jalur lebar internet di Malaysia meningkat sebanyak 356.8 peratus dari tahun 2000 sehingga tahun 2010. Pertumbuhan yang sangat tinggi ini menjadikan ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah amat penting dalam kehidupan masa kini. Oleh itu, pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh pihak SKMM bagi memastikan semua golongan
e-Book Bera - Best Writing 2018 100 terutama luar bandar mendapat kemudahan jalur lebar ini. Antara pendekatan yang dilakukan adalah seperti pembinaan dan pertambahan menara komunikasi, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), WiFi Komuniti (WK), Perluasan Liputan Selular dan Jalur Lebar Mudah Alih serta Pakej Peranti Pintar Dengan Internet. Hasil dari pendekatan PI1M menunjukkan 61% ahlinya adalah di kalangan pelajar dan peringkat umur ahlinya yang tertinggi adalah 18-35 tahun sebanyak 44% berbanding 35% yang berumur 18 tahun ke bawah. Ini menunjukkan pelajar-pelajar lepasan SPM adalah antara pengguna paling tinggi internet di Malaysia terutamanya di kawasan luar bandar. Manakala pakej peranti pintar dengan internet menawarkan subsidi peranti pintar yang dimuatkan dengan aplikasi terpilih yang disertakan bersama pakej internet. Perkembangan dan peningkatan penggunaan internet telah banyak mempengaruhi cara hidup masyarakat kini. Bukan hanya ia mempengaruhi cara manusia bekerja tetapi juga mempengaruhi bagaimana masyarakat kini berkomunikasi antara satu sama lain. Dengan menggunakan internet, interaksi masyarakat kini lebih banyak dilakukan secara atas talian sama ada melalui komputer, tab atau telefon pintar. Tetapi, seiring dengan peningkatan penggunaan jalur lebar yang pesat, peningkatan mengakses internet melalui peranti mudah alih lebih tinggi pada tahun 2017. Penggunaan telefon pintar lebih menjadi pilihan pengguna untuk melayari internet sebanyak 89.4% pada tahun 2017. Manakala penggunaan komputer dan laptop menurun kepada 36.3% (2015: 46%) , tablet 18% (2015: 24.8%) dan telefon bimbit 9.4% (2015: 15.8%).
e-Book Bera - Best Writing 2018 101 Rajah 1: Peratus penggunaan peranti untuk melayari internet di kalangan pengguna tahun 2017 3.0 LAMAN SOSIAL Sedekad yang lalu menunjukkan percambahan yang meluas terhadap penggunaan laman sosial media sama ada kegunaan personal atau tujuan bisnes. Setiap individu tidak melepaskan peluang dengan mengambil kesempatan dari laman web yang mesra pengguna untuk bersosial dan berkomunikasi, menyuarakan pandangan dan pendapat. Dalam kajian terhadap 21.9 juta pengguna laman sosial media tahun 2017, 97.3% daripada pengguna mendakwa mereka mempunyai laman facebook, instagram (56.1%), youtube (45.3%) dan twitter (26.6%).
e-Book Bera - Best Writing 2018 102 Rajah 2: Peratus penggunaan laman sosial media di Malaysia tahun 2017 4.0 TELEFON PINTAR Penggunaan talian mudah alih telefon pintar telah menjadi peranti utama dalam proses interaksi di antara masyarakat masa kini. Menurut tinjauan yang di lakukan SKMM peratusan penggunaan telefon pintar terus meningkat dari 68.7% pada tahun 2016 kepada 75.9% pada tahun 2017. Antara faktor yang mendorong kepada pemilihan penggunaan telefon pintar adalah mudah didapati, harga yang murah, pakej data yang berpatutan serta peningkatan kepercayaan pada aplikasi berasaskan telefon pintar. Rajah 3: Peratus penggunaan telefon pintar di Malaysia tahun 2016 dan 2017 (Sumber SKMM)
e-Book Bera - Best Writing 2018 103 Jadual 1: Peratus penggunaan telefon mudah alih berdasarkan jenis telefon 2014 2015 2016 2017 Telefon Pintar 53.4 52.3 68.7 75.9 Telefon Bimbit 46.4 47.6 53 31 5.0 KESELAMATAN DAN PRIVASI ATAS TALIAN Peningkatan bilangan pengguna internet dalam menghabiskan masa boleh menyebabkan lebih banyak pertukaran maklumat boleh berlaku. Kebanyakan pengguna internet lebih mudah berkongsi maklumat diri secara atas talian seperti berkongsi gambar (68.9%), tarikh lahir (58.5%), nama sebenar (55%), alamat email (50.7%), tempat belajar/bekerja (41.3%), nombor telefon (40.5%) dan lokasi rumah (26.7%). Rajah 4: Peratus penyebaran maklumat diri di kalangan pengguna internet
e-Book Bera - Best Writing 2018 104 5.0 KESIMPULAN Penggunaan internet masa kini menunjukkan peningkatan yang berterusan dari masa ke semasa. Peratusan terhadap penggunaan laman sosial seperi facebook, instagram dan youtube menjadi tarikan utama di laman sosial di mana ia mendapat kedudukan tertinggi sebagai medium perantara untuk berkongsi maklumat dan berinteraksi. Seiring dengan peredaran masa, kami ingin menjadikan medium ini sebagai salah satu cara dan kaedah untuk mendekati masyarakat di samping aktiviti-aktiviti luar lain. Melalui video ini juga kami dapat memperkenalkan Kolej Komuniti Bera serta program Sijil Akuakultur yang dipelajari di sini. Walaupun kebanyakan pengguna internet terus berkongsi maklumat peribadi mereka secara dalam talian, mereka mengakui bahawa privasi dalam talian juga adalah penting. RUJUKAN Abdul Rahman Abdul Aziz (Cetakan Pertama 2014). Isu-Isu Ketahanan Nasional Malaysia: Perkembangan Internet dan Media Sosial di Malaysia. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2017). Internet Users Survey 2017, Statistical Brief Number Twenty-One. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2016). Internet Users Survey 2016, Statistical Brief Number Twenty. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2015). Usaha Kami ke Arah Sebuah Negara Yang Terhubung, Laporan Tahunan 2015. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2016). Mengoptimumkan Sumber, Laporan Tahunan 2016.