Va = (4 + 5 + 3) x (5 x 5)
32
= 12 x (5 x 5) m³
6
Vb = (4 + 2 + 3) x (5 x 5)
32
= 9 x (5 x 5) m³
6
Maka, isipadu tanah yang diperolehi adalah 87.5 cu.m.
Contoh 4
Dengan menggunakan Kaedah Grid, tentukan jumlah isipadu kerja tanah
pada Rajah 2.7.
Rajah 2.7 Contoh kaedah grid
Penyelesaian
Jumlah Isipadu = Va + Vb + Vc + Vd
Isipadu = Purata kedalaman x Luas
Isipadu a = (10 + 30 + 20 + 20) x (50 x 50)
4
= 80 x (50 x 50) m³
4
51 | D C A 2 0 4 2
Isipadu b = (30 + 40 + 50 + 20) x (50 x 50)
4
= 140 x (50 x 50) m³
4
Isipadu c = (20 + 20 + 30 + 40) x (50 x 50)
4
= 110 x (50 x 50) m³
4
Isipadu d = (20 + 50 + 40 + 30) x (50 x 50)
4
= 140 x (50 x 50) m³
4
Maka, jumlah isipadu = 470 x (50 x 50)
4
= 293 750 m³
Contoh 5
Syarikat Damai Sdn. Bhd. dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja pemotongan
dan penambakan bagi kawasan seluas 100m x 100m. Dengan menggunakan
format berjadual, hitung jumlah isipadu pemotongan dan penambakan untuk
kawasan seluas 25m x 25m pada grid seperti yang ditunjukan dalam Rajah
2.8. Aras pembentukan yang ditentukan, RL adalah 75m. Anda juga
dikehendaki menentukan isipadu tanah yang berlebihan (dikeluarkan) atau
dibawa masuk sekiranya ada.
52 | D C A 2 0 4 2
Rajah 2.8 : Kaedah grid bagi penambakan dan pemotongan
Penyelesaian :
Nilai aras pembentukan yang ditentukan ialah 75m.
Perhatikan nilai pada penjuru grid yang mewakili nilai setiap aras
pembentukan, nilai yang melebihi 75m membawa maksud aras pada titik
tersebut lebih tinggi. Maka, kerja pemotongan akan dilakukan pada kawasan
tersebut
Begitu juga sebaliknya, nilai kurang daripada 75m membawa maksud
aras pada titik tersebut lebih rendah maka, kerja penambakan akan dilakukan
pada kawasan tersebut.
Bahagikan jadual kepada dua bahagian iaitu, Isipadu Pemotongan dan
Isipadu Penambakan.
53 | D C A 2 0 4 2
Isipadu Pemotongan
Isipadu Penambakan
Nilai-nilai dalam jadual diperolehi dengan cara:
• GP = Grid Point, sebagai contoh B1 = 75.9. Beza ketinggian aras
(height) pada B1 adalah 75.9 – 75.0 = 0.9
54 | D C A 2 0 4 2
• Mod Factor = Bilangan segitiga yang terlibat pada grid point tersebut.
Contoh pada B1 terdapat 3 segitiga yang terlibat. Maka, Mod Factor =
3
• Weighting = Height X Mod Factor
Contoh untuk B1, 0.9 x 3 = 2.7
• Contoh pada B2, Mod Factor = 4 atau 5. Ini disebabkan oleh terdapat
juga separuh segitiga yang menyentuh Grid Point B2.
** Untuk Grid Point yang mempunyai Mod Factor lebih
daripada 2 nilai, bebas untuk memilih mana-mana nilai Mod
Factor. Contoh pada B2, nilai Mod Factor yang diambil
adalah 4.
55 | D C A 2 0 4 2
Maka, formula Isipadu = Kedalaman x Luas
*Isipadu pemotongan dan penambakan dikira hendaklah
secara berasingan
Isipadu pemotongan = 74.4 (25 x 25) /6
= 7750 m3
Isipadu penambakan = 25.7 (25 x 25) / 6
= 2677 m3
*Nilai 6 bermaksud jumlah semua segitiga pada Grid Point
Didapati isipadu pemotongan lebih banyak daripada isipadu penambakan.
Maka terdapat banyak tanah berlebihan yang boleh dijual hasil daripada kerja
pemotongan. Ini dikira sebagai exported soil .
Jumlah tanah dibawa keluar / exported soil
= 7750 m3 – 2677 m3
= 5073 m3
2.3 Ukuran Kuantiti bagi Kerja Pembinaan Jalanraya (Taking Off
Roadwork)
Setiap negara di dunia amat memerlukan struktur jalan kerana ia
memainkan peranan yang sangat penting dalam perhubungan di antara
kawasan ke kawasan yang lain. Jalan di Malaysia diklasifikasikan kepada
lebuhraya, jalan raya kebangsaan atau laluan persekutuan, jalan raya negeri
56 | D C A 2 0 4 2
atau wilayah, jalan kampung dan estet. Ada beberapa jenis yang digunapakai
mengikut kesesuaian keadaan tempat seperti jalan tanah, jalan batu kelikir,
jalan berturap bitumen, jalan konkrit (turapan tegar) dan sebagainya.
Secara asasnya, pembinaan jalan raya adalah proses pembukaan
laluan trafik yang mengatasi pelbagai rintangan geografi. Proses ini
melibatkan pengalihan muka bumi, pembinaan jambatan atau terowong,
malah pengalihan tumbuh-tumbuhan juga. Kekuatan tanah harus diuji untuk
melihat sama ada ia mampu menanggung beban yang dikenakan oleh
kenderaan. Laporan-laporan ini boleh diperolehi hasil daripada kerja
penyiasatan tanah (soil investigation) dan akan dihantar ke Jurutera
Geoteknikal Tanah untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai
supaya tanah itu menjadi kuat dan mampu menampung beban.
Salah satu kaedah pembinaan jalan yang digunakan adalah kaedah
MacAdam di mana kaedah ini mempunyai kecerunan ke tepi jalan yang
bertujuan untuk mengalirkan air hujan. Tanah yang telah lulus Ujian Kekuatan
CBR, permukaan tanah boleh dibentuk dengan menggunakan sejenis mesin
yang dinamakan mesin grader. Pemotongan tanah akan dilakukan mengikut
kecerunan yang telah ditentukan, biasanya 25% untuk jalan-jalan biasa.
Selepas tanah digredkan mengikut kecerunan, jalan itu akan dilapisi
dengan asas dasar (sub-base). Lapisan ini diperlukan bergantung kepada
keadaan dan rekaan ketebalan jalan yang dibina. Sub-base biasanya terdiri
dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dikenali juga sebagai
crusher run. Crusher run mempunyai campuran batuan bersaiz antara 40mm
sehinggalah ke saiz debu tanah. Ada juga yang menggunakan pasir sebagai
sub-base.
Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hamper sama seperti kaedah
sub-base tetapi mempunyai spesifikasi yang lebih teliti dan tepat. Ini kerana,
asas jalan (roadbase) berfungsi sebagai penyebar beban di mana beban tayar
kenderaan dari atas / beban tumpu akan disebarkan ke bawah hingga ke
permukaan tanah. Semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauh beban
tersebar dan semakin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Lapisan ini
memainkan peranan yang peting sebagai penanggung dan pengurai beban
trafik.
57 | D C A 2 0 4 2
Asas jalan (roadbase) mestilah terdiri daripada campuran batuan, pasir
dan kelodak di mana setiap satunya mempunyai peranan dan nisbah masing-
masing. Batuan berfungsi sebagai penanggung beban, pasir sebagai pengisi
ruang dan kelodak berfungsi sebagai pengikat.
Proses yang seterusnya adalah priming coat iaitu satu proses
penyemburan minyak hitam ke atas permukaan batuan asas jalan (roadbase)
supaya permukaan tersebut kalis air sebelum lapisan berbitumen
dihamparkan di atasnya. Setelah proses ini siap, bermulah proses premix
atau menurap jalan (surface) yang dilakukan dengan menggunakan mesin
penurap (paver machine). Mesin ini akan menurap mengikut ketebalan yang
telah diset pada acuan perata yang terletak di belakang mesin penurap ini.
Setiap projek jalanraya yang dibina memerlukan proses pengiraan
kuantiti sama seperti pembinaan struktur-struktur lain bagi mengetahui kos
dan bahan yang diperlukan untuk pembinaan.
Rajah 2.9 : Pekerja dan mesin penurap jalan
58 | D C A 2 0 4 2
Rajah 2.10 : Contoh lapisan-lapisan yang terdapat pada
jalanraya
Rajah 2.11 : Keratan rentas jalanraya
59 | D C A 2 0 4 2
Seperti yang dapat dilihat, keratan rentas jalan adalah menyerupai
bentuk trapezium.
Setelah semua lapisan pada jalan telah siap, kerja-kerja penstabil
cerun (turfing) akan dilakukan mengikut luas permukaan yang telah
ditentukan. Pada umumnya, kestabilan cerun bergantung kepada kekuatan
ricihnya. Gelinciran boleh menyebabkan tanah menggelangsar ke bahagian
kaki cerun. Analisis kestabilan cerun amat penting dilakukan bagi
mengelakkan daripada berlakunya kejadian tanah runtuh.
Contoh 1
Anda dikehendaki menyediakan kos anggaran untuk penyediaan tanah
tambak kerja jalanraya. Diberi ketinggian tambak jalan adalah 1.35m pada
ch.00 dan 2.4m pada ch.216 berpandukan harga yang diberikan. Dibenarkan
anggaran jumlah kontigensi adalah sebanyak 5%.
Rajah 2.12 : Keratan rentas jalanraya
Diberi Harga bahan:
1) Kerja awalan = RM4500
2) Pasir = Rm10 / m³
3) Crusher run = RM35 / m³
4) Bahan permukaan = RM 18 / m²
5) Tanah import = RM12 / m³
6) Penstabil cerun / area to be turfed = RM7 / m³
60 | D C A 2 0 4 2
Penyelesaian
Dengan menganggap keratan rentas sebagai satu bentuk trapezium, bentuk
jalanraya boleh diilustrasikan seperti rajah di bawah.
Pengiraan ukur kuantiti :
Pasir, Vs =bxdxL
= 11m x 0.3m x 216m
= 712.8 m³
Crusher run, Cr = b x d x L
= 11m x 0.5m x 216m
= 1188 m³
Bahan permukaan = b x L
= 11m x 216m
= 2376 m²
Luas keratan rentas pada rantaian (chainage), A00
= bd00 + sd00²
= (11m x 1.35m) + (2.3 x 1.35²)
= 19.04 m²
Luas keratan rentas pada rantaian (chainage), A216
= bd00 + sd00²
= (11m x 2.4m) + (2.3 x 2.4²)
= 39.65 m²
61 | D C A 2 0 4 2
Tanah import = Aavg x L
= A00 + A216 X 216m
2
= 19.04 + 39.65 x 216
2
= 6338.52 m³
Penstabil cerun (area to be turfed), At = davg x √ s² + 1 x 2L
** 2L membawa maksud kedua-dua permukaan mempunyai keluasan yang
sama
Maka = 1.35m + 2.4m x √ 2.3² + 1 x 2 (216m)
2
= 1.88 x √ 6.29 x 432
= 1.88 x 2.51 x 432
= 2038.52 m² (luas untuk kedua-dua kawasan)
62 | D C A 2 0 4 2
Bil kuantiti bagi kerja pembinaan jalanraya adalah seperti berikut :
No. Keterangan Kuantiti Unit Kadar Amaun
1 Kerja awalan LS 4500.00
2 Pasir 712.8 m³ 10 7128.00
3 Crusher run 1188 m³ 35 41580.00
4 Bahan permukaan 2376 m² 18 42768.00
5 Tanah import 6338.52 m³ 12 76062.24
6 Penstabil cerun 2038.52 m² 7 14269.64
(turf) 186307.88
Jumlah
5% jumlah 9315.40
kontigensi yang 195623.30
dibenarkan
KESIMPULAN
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat mengenalpasti item - item yang
perlu diambil untuk ukur kuantiti bagi kerja tanah dan kerja jalan.
63 | D C A 2 0 4 2
LATIHAN/PENILAIAN
1. Rajah 2.13 di bawah menunjukkan 90m panjang sebuah jalanraya dengan
aras tanah yang tidak sekata. Lebar formasinya adalah 200m manakala
cerun tepi adalah 2 : 1. Tinggi tambak di rantaian ch.00 dan ch.200 adalah
1.5m dan 2.2m masing-masing. Kira kuantiti tanah untuk diisi pada
kawasan tersebut serta jumlah luas kawasan yang akan dilapisi pada
jalanraya tersebut.
Rajah 2.13 : Keratan rentas jalanraya
2. Tentukan isipadu kerja tanah seperti yang ditunjukan pada rajah di bawah
dengan mengaplikasikan Kaedah Grid.
Rajah 2.14 : Keratan rentas jalanraya
64 | D C A 2 0 4 2
3. Syarikat Damai Sdn. Bhd. dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja
pemotongan dan penambakan bagi kawasan seluas 100m x 100m.
Dengan menggunakan format berjadual, hitung jumlah isipadu
pemotongan dan penambakan untuk kawasan seluas 30m x 30m pada
grid seperti yang ditunjukan dalam Rajah 8. Aras formasi yang ditentukan
adalah 100m. Anda juga dikehendaki menentukan isipadu tanah yang
dieksport/dijual atau diimport/beli sekiranya ada.
Rajah 2.15 : Keratan rentas pemotongan dan penambakan jalanraya
65 | D C A 2 0 4 2
SKEMA JAWAPAN
1. Rajah di bawah menunjukkan 90m panjang sebuah jalanraya dengan
aras tanah yang tidak sekata. Lebar formasinya adalah 200m manakala
cerun tepi adalah 2 : 1. Tinggi tambak di rantaian ch.00 dan ch.200
adalah 1.5m dan 2.2m masing-masing. Kira kuantiti tanah untuk diisi
pada kawasan tersebut serta jumlah luas kawasan penstabilan cerun
pada jalanraya tersebut (area to be turfed).
Dapatkan maklumat seperti b = 35m d = 1.5m L = 200m s : 1 =
3 : 1 (maka, s = 3)
Luas permukaan / Surface area = bd + sd²
A00 = bd00 + sd²00
= (35 x 1.5) + (3 x [1.5]²)
= (52.5) + (6.75)
= 59.25 m²
A100 = bd100 + sd ²100
= (35 x 2.2) + (3 x [2.2]²)
= (77) + (14.52)
= 91.52 m²
66 | D C A 2 0 4 2
Maka, purata luas permukaan, A = A00 + A100
2
= 59.25 + 91.52 = 75.39 m²
2
Isipadu, V = Purata luas permukaan x Panjang
= 75.39 x 200
= 15 078 m³
Kawasan penstabilan cerun (area to be turfed) :
Dengan menggunakan formula = dp x √ s² + 1 x 2L
= d00 + d100 X √ s² + 1 x 2L
2
= 1.5 + 2.2 X √ 3² + 1 x 2(200)
2
= 2340.10 m²
2. Tentukan isipadu kerja tanah seperti yang ditunjukan pada rajah di
bawah dengan mengaplikasikan Kaedah Grid.
Berpandukan gambarajah, didapati kedalaman, D setiap penjuru adalah
berbeza. Rajah kiub dipindah ke rajah grid dengan keluasan 700m x 700m
67 | D C A 2 0 4 2
Menggunakan kaedah grid, Isipadu = Purata Kedalaman x Luas
= (200 + 250 + 500 + 500) x (700 x 700)
4
Maka, Isipadu tanah adalah 343 000 000 m³
3. Syarikat Damai Sdn. Bhd. dilantik untuk menyiapkan kerja-kerja
pemotongan dan penambakan bagi kawasan seluas 100m x 100m.
Dengan menggunakan format berjadual, hitung jumlah isipadu
pemotongan dan penambakan untuk kawasan seluas 30m x 30m pada
grid seperti yang ditunjukan dalam Rajah 8. Aras formasi yang ditentukan
adalah 100m. Anda juga dikehendaki menentukan isipadu tanah yang
dieksport/dijual atau diimport/beli sekiranya ada.
68 | D C A 2 0 4 2
Penyelesaian
Nilai aras formasi yang ditentukan ialah 100m. Maka, perlu buat
pembahagian isipadu pemotongan dan penambakan dalam jadual berikut
:
69 | D C A 2 0 4 2
Isipadu Pemotongan Height Mod Factor Weighting
GP 1 1 1
A1 0.9 3 2.7
A2 0.7 3 2.1
A3 2.1 3 6.3
A4 2.0 3 6.0
B1 2.2 6
B2 0.5 3 13.2
C1 1.3 5-6 1.5
C2 0.6 2 6.5
E1 Jumlah 1.2
40.5
Isipadu Penambakan Height Mod Factor Weighting
GP 0.2
A5 0.6 1 0.4
B3 1.0
B4 2.5 1-2 1.2
B5 1.2
C3 2.0 4-5 4.0
C4 2.0
C5 0.2 3 7.5
D2 1.5
D3 0.3 4 4.8
D4 0.2
D5 1.2 6 12
E1 0.2
E2 0.2 36
E3 0.2
E4 2.0 3-4 0.6
E5
Jumlah 69
6 1.8
3 0.6
1-2 2.4
3 0.6
3 0.6
3 0.6
2 4.0
56.1
70 | D C A 2 0 4 2
Maka, formula Isipadu = Kedalaman x Luas
*Isipadu pemotongan dan penambakan dikira hendaklah
secara berasingan
Isipadu pemotongan = 40.5 (30 x 30)
6
= 6075 m3
Isipadu penambakan = 56.1 (30 x 30)
6
= 8415 m3
*Nilai 6 bermaksud jumlah semua segitiga pada Grid Point
Didapati isipadu penambakan lebih banyak daripada isipadu
pemotongan. Maka tanah dari luar perlu dibawa masuk ke
tapak pembinaan (imported soil).sebanyak 2340 m3.
Jumlah tanah dibawa keluar
= 8415 m3 – 6075 m3
= 2340 m3
71 | D C A 2 0 4 2
NOTA KURSUS
KANDUNGAN 3
COST ESTIMATION
72 | D C A 2 0 4 2
PENGENALAN
Kebanyakan industri pengeluaran dan perkhidmatan perlu mengetahui
kos bagi setiap produk yang dihasilkannya. Kos selalunya digunakan untuk
menentukan harga bagi sesuatu produk. Harga bagi sesuatu produk akan
dikira berdasarkan keuntungan pada sesuatu produk tersebut. Bagi sesuatu
industri yang menghasilkan hanya satu jenis produk pengiraan kos adalah
mudah, sebaliknya bagi industri yang mengeluarkan pelbagai jenis produk,
pengiraan kos adalah amat kompleks. Oleh itu pengiraan kos adalah amat
penting bagi semua bidang industri samada pengeluaran atau perkhidmatan.
Penghasilan sesuatu produk selalunya melibatkan proses yang
dinamakan sebagai kos. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah
menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk
produk yang akan dihasilkannya. Peruntukan kos-kos ini boleh diambil kira
berdasarkan faktor-faktor yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan
produk yang terlibat.
OBJEKTIF
Pada akhir unit ini pelajar akan dapat:
1) Membuat anggaran kos dengan mengambil kira faktor kaedah anggaran,
penjadualan pembelian bahan, anggaran kos dan bahan, anggaran pekerja
dan anggaran keperluan mesin dan peralatan.
73 | D C A 2 0 4 2
NOTA PENERANGAN
3.0 COST AND ESTIMATION
3.1 FACTOR INFLUENCE ESTIMATING
Anggaran kos dianggap sebagai salah satu proses yang paling penting
dalam pengurusan kos projek. Ia merupakan peringkat awal kos projek pada
pelbagai peringkat pembangunan projek. (Hendrickson, 2008). Seperti yang
digunakan dalam proses pembangunan projek, anggaran kos projek terdiri
daripada semua perbelanjaan modal, termasuk pembinaan dan landskap
tetapi biasanya tidak terdiri daripada perbelanjaan sokongan modal. (Jabatan
Pengangkutan California, 2009).
Anggaran kos digunakan sebagai salah satu kayu ukur agar
pengurusan sesuatu projek berjaya. Adalah penting untuk menganalisis dan
menganggar kos melalui penggunaan satu siri kepakaran untuk mendapatkan
anggaran kos yang tepat dan sepadan dengan butiran pembinaan dan reka
bentuk sebaik sahaja bajet asas diwujudkan. (Institut Sains Bangunan
Negara, 2014). Keuntungan adalah berdasarkan anggaran kos yang tepat dan
lengkap dalam pembinaan.
Menurut Rajapakse (2017), anggaran kos adalah sebahagian daripada
pengurusan kos projek yang diperlukan untuk menilai kos projek pembinaan.
Pemilik projek ingin mengetahui kos am sebelum memulakan projek. Berikut
adalah jenis perbelanjaan yang menentukan kos am projek:
a) Kos bahan – Konkrit, bar pengukuhan, dinding pratuang, pintu,
tingkap dan lain-lain
b) Kos pengangkutan – Kos pengangkutan bahan seperti pembancuh
penghantar, lori pembuangan, lori rebar keluli dan lain-lain
c) Kos Buruh – Kos buruh termasuk upah untuk pekerja mahir, pekerja
batu, tukang kayu, pekerja rebar, penyelia, dan buruh lain; dan
d) Kos Profesional – Kos menggaji perunding, pereka bentuk dan
profesional pembinaan lain.
Anggaran kos terdiri daripada dua kategori: merancang projek dan
mereka bentuk projek. (Jabatan Pengangkutan California, 2009).
Perancangan projek digunakan sebagai asas projek, pengaturcaraan,
74 | D C A 2 0 4 2
pengenalpastian dan analisis alternatif, dan kelulusan anggaran kos. Mereka
bentuk projek digunakan untuk menggariskan kos projek dan juga digunakan
untuk dokumen pembinaan yang ditetapkan untuk senarai item tawaran.
Menurut Hendrickson (2008), anggaran kos projek mungkin dilihat pada
pelbagai pandangan kerana pelbagai keperluan konvensional. Walaupun
terdapat pelbagai jenis anggaran kos yang digunakan pada pelbagai peringkat
projek, anggaran kos boleh dikategorikan dengan terbaik kepada tiga kategori
penting mengikut tujuannya. Tambahan pula, reka bentuk, bidaan dan
kawalan ialah tiga fungsi asas anggaran kos pembinaan. Anggaran tawaran
digunakan untuk mengatur pembiayaan projek.
1) Anggaran Reka Bentuk – Bagi pemilik projek atau profesional
pembinaannya, jenis anggaran kos yang dihadapi berjalan selari
dengan perancangan dan reka bentuk projek seperti berikut:
Anggaran saringan (atau susunan anggaran magnitud)
i) Anggaran awal (atau anggaran konsep)
ii) Anggaran terperinci (atau anggaran muktamad)
iii) Anggaran jurutera berdasarkan pelan dan spesifikasi
Bagi setiap anggaran pelbagai yang disebutkan di atas, jumlah maklumat reka
bentuk yang tersedia biasanya meningkat. (Hendrickson, 2008).
2) Anggaran Tawaran – Anggaran tawaran yang diberikan kepada
pelanggan projek untuk bersaing untuk membida terdiri daripada kos
langsung pembinaan termasuk penyeliaan lapangan, begitu juga
jumlah yang ditambah kepada harga kos untuk membayar kos overhed
dan keuntungan untuk kontraktor. Untuk anggaran bida, kos langsung
pembinaan biasanya diperoleh daripada gabungan pendekatan di
bawah:
i) Sebutharga subkontraktor
ii) Kuantiti berlepas
iii) Prosedur pembinaan
3) Anggaran Kawalan – Untuk menyelia projek semasa pembinaan,
anggaran kawalan diperoleh daripada maklumat yang ada untuk
mencipta:
i) Anggaran bajet untuk pembiayaan
ii) Kos bajet selepas kontrak tetapi sebelum pembinaan
75 | D C A 2 0 4 2
iii) Anggaran kos penyiapan semasa kemajuan pembinaan
Secara ringkasnya, anggaran reka bentuk menunjukkan kemajuan reka
bentuk dalam fasa perancangan dan reka bentuk projek. Anggaran bida
selalunya menunjukkan keghairahan kontraktor untuk memenangi bidaan
dengan mempunyai prosedur anggaran kos yang mantap. Dan dalam
anggaran kawalan, fasa awal untuk kawalan kos semasa pembinaan mesti
diterima pakai oleh kedua-dua pemilik projek dan kontraktor. Anggaran
belanjawan juga mesti diterima pakai oleh pemilik projek seawal mungkin
untuk membuat keputusan untuk membiayai peruntukan untuk tempoh jangka
panjang. (Hendrickson, 2008).
3.1.1 Faktor Yang Mempengaruhi Anggaran Kos
Menurut Jacob (2015), Terdapat banyak faktor yang mesti dijangka
semasa membuat anggaran kos. Daripada jumlah itu, keadaan pasaran paling
banyak mempengaruhi anggaran. Terdapat banyak sub-faktor anggaran kos
seperti harga bahan, kualiti, ketersediaan, kos buruh, prestasi dan bilangan
pesaing.
a) Harga bahan
Harga bahan adalah salah satu faktor yang paling berubah dalam
pasaran semasa. (Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, 2015). Oleh
kerana banyak sub-faktor seperti ketersediaan, kualiti dan saiz pesanan
memainkan fungsi penting dalam harga sesuatu bahan. Bahan binaan terdiri
daripada barangan besar seperti konkrit, bar bertetulang, kayu, batu kelikir,
kelengkapan elektrik dan paip kepada bahan yang lebih kecil seperti skru dan
paku. Kos pembelian bahan dipengaruhi oleh kemahiran pengilang
menghasilkannya. Jika bahan dibeli daripada pengilang pada masa tempahan
bahan adalah tinggi, maka harga akan lebih tinggi daripada jika ia dibeli pada
tempoh masa apabila pesanan bahan adalah rendah. (Jacob, 2015).
b) Kualiti
Kualiti bahan yang digunakan mesti diambil kira kerana bahan yang
lebih berkualiti digunakan, kos juga meningkat apabila anggaran kos. Bahan
berkualiti rendah menyebabkan kos pembinaan lebih tinggi daripada jangkaan
76 | D C A 2 0 4 2
kerana kehilangan bahan semasa pembinaan. Ini berpunca daripada
kekurangan piawaian untuk bahan dan sistem pengurusan. (Jacob, 2015).
c) Ketersediaan
Apabila bahan mentah seperti kayu atau batu boleh didapati dengan
mudah di kawasan sekitar, kos anggaran berkurangan. Walau bagaimanapun,
jika bahan tersebut mengalami kekurangan bekalan, kos akan meningkat dan
kemampanan bahan turut menyumbang kepada anggaran. Jika bahan itu
biasa dijumpai, maka jumlah kos akan lebih murah berbanding jika bahan itu
jarang ditemui. (Jacob, 2015).
d) Harga buruh
Tenaga manusia adalah aset yang diperlukan untuk sebarang projek
pembinaan. Sekiranya terdapat ramai buruh, maka kos untuk mengupah
mereka akan jatuh di luar anggaran. Namun begitu, sekiranya buruh terlalu
sedikit, maka pembinaannya tidak akan siap tepat pada masanya. (Jacob,
2015).
e) Prestasi
Dalam prestasi kontraktor dan sub-kontraktor, kemahiran komunikasi
mesti sentiasa dilaksanakan jika tidak ia boleh mengakibatkan konflik antara
kontraktor dan kumpulan lain, tugas pemilihan bahan juga mungkin diabaikan
dan secara amnya pengurusan yang lemah. (Jacob, 2015).
f) Ketersediaan
Ketersediaan tenaga kerja mahir dan tidak mahir membolehkan
sesebuah pengurusan menjadi berkesan kerana ia membolehkan tenaga
kerja diagihkan mengikut peruntukan pekerjaan yang paling sesuai. Jika
tenaga kerja diurus dengan baik, ia boleh mengurangkan kos buruh dan
memberi keuntungan yang lebih besar. (Jacob, 2015).
g) Bilangan pesaing
Bilangan pesaing membolehkan pelanggan mendapatkan tawaran
kontrak untuk harga termurah. Apabila terdapat banyak kontraktor yang ingin
mendapatkan kontrak yang sama, mereka cuba untuk menjalankan kerja
untuk tawaran projek yang lebih murah. Jika projek itu adalah pekerjaan yang
besar, kontraktor kecil tidak boleh mendapatkan pekerjaan kerana dia tidak
mencukupi untuk memulakan projek besar mengikut kategori kontraktornya.
(Jacob, 2015).
77 | D C A 2 0 4 2
Apabila terdapat lebih banyak pesaing yang membida untuk projek itu,
pelanggan akan menjimatkan kos kerana banyak kontraktor akan cuba untuk
memenanginya dengan mengurangkan kos pembinaan mereka yang
bermaksud keuntungan yang lebih kecil. Walau bagaimanapun, jika tiada
pembida lain untuk projek tersebut, kontraktor boleh mengenakan harga
bidaan yang lebih tinggi berbanding jika ia mempunyai persaingan. Satu-
satunya penyelesaian yang mungkin untuk pelanggan adalah sama ada
mencari persaingan untuk satu kontraktor atau akhirnya membuat perjanjian.
(Jacob, 2015).
h) Jurutera Kos
Jurutera dan penganggar kos bertanggungjawab untuk mewujudkan
'anggaran kos' yang digunakan sebagai kriteria untuk membina keputusan
perniagaan. Walau bagaimanapun, ramalan kos produk adalah tugas yang
berani. Pencapaian anggaran memerlukan banyak pengalaman, data,
pengetahuan dan kebolehan pelbagai teknik dan metodologi. (Rios et. al.,
2016).
i) Lebihan Kos
Menurut Akinci (1998), lebihan kos mewujudkan masalah kewangan
yang penting kepada kedua-dua kontraktor dan pemilik projek. Walau
bagaimanapun, di sebalik masalah yang terlibat, sejarah industri pembinaan
penuh dengan projek yang telah disiapkan dengan lebihan kos yang penting.
Kontraktor dahulu boleh menampung beban lebih kos mereka dengan markup
mereka. Walau bagaimanapun, dengan penurunan markup, walaupun
bebanan kos marginal boleh menghapuskan keuntungan mereka dengan
serta-merta dan malah mengakibatkan beban tunai yang berlebihan. Oleh itu,
kontraktor perlu mengetahui punca masalah utama yang menyebabkan
bebanan kos lebih awal menjadi proaktif dalam mengendalikannya.
3.1.2 Kos Pengurusan
Kos pengurusan ialah salah satu elemen asas pengurusan projek dan
kayu ukur yang penting untuk mengurus dan membangunkan kos sesuatu
projek. Salah satu peranan pengurusan kos projek adalah untuk memastikan
bajet projek adalah minimum dan tidak berlebihan. Pengurusan kos yang tidak
78 | D C A 2 0 4 2
betul selalunya akan menyebabkan kos projek berlebihan. Tambahan pula,
mereka juga menyatakan bahawa kos adalah bahagian terpenting dalam
kitaran hayat projek yang perlu diambil kira. Oleh itu, adalah sangat penting
untuk mengekalkan kawalan dan pengurusan kos dari peringkat awal projek
kerana dapat mengurangkan hasil pengurusan kos daripada kos projek yang
berlebihan. (Azis et. al., 2013).
Menurut Seetharaman (2015), dalam projek yang diperlukan segera,
kebimbangan untuk faktor masa dan kos adalah sama kerana pada bila-bila
masa, lanjutan masa diperlukan bagi menyiapkan projek dan secara tidak
langsung, kos juga akan turut meningkat. Pengurus projek perlu mengambil
kira masa dan kos dari peringkat awal projek sehingga peringkat terakhir
untuk menghasilkan kualiti terhadap hasil projek dan dalam masa yang sama
memastikan anggaran kos dan masa yang dirancang dapat dipatuhi.
3.2 METHOD OF ESTIMATING
3.2.1 Pembinaan kadar kos
- Pembinaan kadar kos ialah proses untuk menentukan kos bagi sesuatu
projek
- Pengukuran mata benda perlu ditentukan harganya untuk
mendapatkan anggaran keseluruhan kos projek
- Setiap kos untuk sesuatu mata benda merangkumi kos seperti berikut :
• Kos Bahan
• Kos Upah
• Kos Loji dan Alatan
• Kos Pengurusan dan Keuntungan
i. Kos Bahan
o Kos bahan seperti bata, genting, kaca, besi, simen dan pasir berbeza
dari masa ke masa dan dari tempat ke tempat.
o Ketika membuat anggaran kos bahan, harga yang digunakan
hendaklah mengikut harga pasaran terkini dan harga bahan di lokasi
pembinaan
79 | D C A 2 0 4 2
o Apabila menentukan kos bahan, kos lain yang perlu diambil kira ialah
kos asal bahan, kos penghantaran, kos penyimpanan dan kos
pembaziran
ii. Kos Upah
o Kos upah merupakan bayaran upah atau gaji kepada pekerja setelah
kerja disempurnakan
o Contohnya, penerap bata akan dibayar upah apabila kerja penerapan
bata selesai dalam masa yang dipersetujui
o Dalam industri pembinaan, pekerja dikelaskan kepada dua iaitu :
a) Pekerja mahir
▪ Pekerja yang mahir melakukan sesuatu kerja dalam bidangnya.
Contohnya tukang besi, tukang kayu dan penerap bata
b) Pekerja am
▪ Pekerja yang melakukan kerja selain dari pekerja mahir seperti
mengangkut, membuang dan membersihkan Kawasan
▪ Kadar bayaran yang diberi adalah berbeza mengikut kemahiran
pekerja
▪ Pekerja mahir akan menerima upah yang lebih tinggi dari pekerja
am
▪ Penentuan upah adalah bergantung kepada pemalar pekerja
▪ Pemalar pekerja adaah purata masa yang diambil oleh seseorang
pekerja untuk menyiapkan sesuatu unit kerja
80 | D C A 2 0 4 2
Jadual 3.1 : Pemalar pekerja bagi kerja bata
Pemalar Pekerja Bagi Kerja Bata
Keterangan Kerja Pekerja Am Penerap
Bata
(jam/m2)
(jam/m2)
Dinding bata setebal 225 mm bata (1 bata 1.25 2.50
tebal) 0.75
Dinding bata setebal 113 mm bata (1/2 bata 1.50
tebal)
Jadual 3.2 : Pemalar pekerja bagi kerja konkrit
Pemalar Pekerja Bagi Kerja Konkrit
Keterangan Kerja Insani Mesin
(jam / m3) (jam / m3)
Asas 5.00 2.00
Lantai bawah 4.00 2.20
Lantai atas 6.00 4.00
Tiang / rasuk 7.75 5.50
iii. Kos loji dan alatan
- Projek pembinaan memerlukan penggunaan loji dan alatan supaya
kerja dapat dilaksanakan dengan berkesan dan cepat
- Kontraktor boleh membeli atau menyewa loji dan alatan seperti berikut
a. Loji dan alatan tidak berjentera seperti peranca, tangga, kereta
sorong dan baldi
b. Loji dan alatan berjentera seperti lori, jentolak, mesin penggaul
konkrit dan mesin penggetar konkrit
iv. Kos Pengurusan dan keuntungan
- Merupakan pelbagai jenis pembayaran yang berkaitan dengan urusan
sesebuah syarikat kontraktor
- Kos pengurusan termasuk :
81 | D C A 2 0 4 2
a. Gaji kakitangan pengurusan, caruman KWSP, PERKESO, sewa
pejabat, bengkel dan ruang
b. Kos dan susut nilai alatan pejabat
c. Bayaran bil elektrik, bil air, telefon berkaitan dengan operasi
pejabat dan bengkel
d. Kos kelengkapan pejabat dan bengkel serta pembelian alat tulis
e. Elaun ahli lembaga pengarah
- Amalan yang biasa dilakukan ialah kos pengurusan dan
keuntungan dikira secara membuat tambahan dalam peratus
ke atas jumlah kos bahan, kos upah dan kos loji dan alatan
- Contohnya jika kontraktor berhajatkan keuntungan sebanyak
10% dan kos pengurusan sebanyak 10% maka kos
pengurusan dan keuntungan ialah 20%.
- Peratus ini ditambah kepada kos bahan, kos upah dan kos
loji dan alatan.
Jadual 3.3 : Jenis kos, asas penilaian dan faktor pengiraan
Jenis Kos Asas Penilaian Kos Faktor Pengiraan
• Harga asal bahan • Kos bahan sentiasa berubah
• Kos Penghantaran mengikut pasaran semasa
• Kos Penyimpanan • Kos bahan berbeza antara lokasi
• Kos Pembaziran • Tempat penyimpanan bahan
Bahan diperlukan untuk keselamatan dan
menghindarkan kerosakan
• Pembaziran bahan sentiasa
berlaku
• Kos pembayaran upah • Kadar pembayaran upah berbeza
bagi kerja yang telah mengikut kemahiran dan jenis
siap kerja
Upah • Upah berkadar kepada • Kadar upah berubah mengikut
pekerja mahir dan keadaan semasa dan lokasi
pekerja am • Kiraan upah berasaskan kepada
pemalar pekerja
82 | D C A 2 0 4 2
Loji dan • Harga asal loji, nilai • Contoh loji yang digunakan ialah
alatan faedah keatas hutang loji berjentera seperti kren, lori,
dan usia loji jentolak dan pembancuh konkrit
• Kos sewa loji • Upah pemandu dan pekerja
• Kos pengendalian loji • Kos sewa dan kos senggaraan
Pengurusan • Kos pengurusan seperti penggunaan minyak dan
dan syarikat dan lain-lain
keuntungan • Pembayaran gaji kaki tangan
Keuntungan pengurusan, sewa pejabat, cukai,
sewa beli mesin, insurans dan
elaun
• Pembayaran bil perkhidmatan
alatan tidak berjentera dan alatan
tangan
• Modal dan susut nilai alatan
pejabat
3.3 SCHEDULE OF MATERIALS PURCHASE
3.3.1 Pengenalan
Dalam anggaran perbelanjaan membina bangunan, dua bahagian yang
utama ialah kos bahan dan kos buruh. Kedua-duanya saling berkait kerana
bahan yang dianggar, dibeli dan akhirnya memerlukan buruh yang perlu
dibayar upahnya. Bagaimanapun dalam kompetensi ini, perbincangan akan
ditumpukan kepada anggaran bahan dan kos sahaja.
3.3.2 Apakah yang dimaksudkan dengan anggaran bahan dan
kos
Anggaran adalan pengiraan kuantiti item-item kerja dan segala
perbelanjaan yang ditanggung sehingga projek siap sepenuhnya. Jadi Jumlah
83 | D C A 2 0 4 2
kemungkinan perbelanjaan yang akan ditanggung untuk membiayai projek
yang dibina diistilahkan sebagai anggaran kos kerja/bahan.
3.3.3 Elemen-elemen anggaran bahan dan kos
• Dalam anggaran perbelanjaan membina bangunan, dua bahagian yang
utama ialah kos bahan dan kos buruh. Biasanya kos bahan ialah bilangan
bahan yang sebenar kali kos seunit ditambahkan 5 % bagi buangan dan
kerosakan.
• Kos bahan-bahan dihitung dengan memindahkan kuantiti daripada borang
dimensi dan dikalikan dengan kos per unit. Anggaran kos ini biasanya
dibuat dalam borang anggaran kos.
Jadual 3.4 : Borang anggaran kos
Bil. Butiran Unit Kuantiti Kadar $ ¢
• Harga bagi bahan-bahan dihitung mengikut kadar unit yang tertentu. Bata
dikira mengikut bilangan bijinya; konkrit, batu baur, pasir dikira mengikut
meter padu; simen dikira mengikut jumlah beg; kayu dan besi pula dikira
dalam unit tan.
Jadual 3.5 : Sampel borang anggaran kos
Bil. Butiran Unit Kuantiti Kadar $ ¢
Tembok luar dan kemasan dalam
kerja bata dan mortar simen (1:6)
1. Kerja bata 1 bata tebal m² 755
2. Tembok ½ bata dengan tetulang 29
“fabric” 56mm lebar x 22G. 6
873
ditempatkan pada tiap-tiap lapisan
keempat. m²
3. Acuan separuh bulat 900 mm
diameter untuk tembok 1 bata tebal. Bil.
4. Lepa simen (1:6) 22 mm pada
tembok dan tiang. m²
84 | D C A 2 0 4 2
5. Pasangan 100 mm engsel Loyang. Bil. 4
6. Pasangan 150 mm – sda – Bil. 4
7. Selak aluminium 150 mm. Bil. 4
3.3.4 Jenis-jenis anggaran kos bahan
Kesepadanan antara anggaran kos kerja/bahan dengan kos sebenar
bergantung kepada ketepatan kaedah anggaran yang digunakan dan
visualisasi kerja yang betul. Terdapat beberapa jenis teknik anggaran yang
dikelasifikasi kepada dua kategori utama iaitu:
i. Anggaran Nilaian Hampir /Approximate Estimate
Adalah anggaran kasar yang disediakan bagi memperolehi kos
terhampir dalam tempoh yang singkat. Bagi tujuan dan situasi tertentu kaedah
ini adalah sesuai dan boleh digunakan.
ii. Anggaran Terperinci / Detail Estimate
Anggaran terperinci kos disediakan dengan menentukan kuantiti dan
kos setiap item yang diperlukan oleh kontraktor bagi menyedia dan
menyiapkan projek dengan memuaskan. Kaedah ini adalah terbaik dan boleh
dipercayai. Ia boleh disediakan dalam dua bentuk atau kaedah iaitu:
a. Unit Kuantiti
➢ Unit Kuantiti dikira berasaskan kepada Kaedah Senarai Kuantiti
yang sebahagian maklumat telah dijelaskan dalam kompetensi 1 -
perform take-off
➢ Kerja di bahagi kepada seberapa banyak operasi atau item yang
diperlukan. Unit pengukuran ditentukan. Jumlah kuantiti kerja bagi
setiap item dikeluarkan (take-off) mengikut unit pengukuran yang
betul.Jumlah kos per unit kuantiti bagi setiap item dianalisa dan
diproses.
➢ Jumlah kos bagi item diperolehi dengan mendarab kos per unit
kuantiti dengan bilangan unit. Contohnya, dalam masa anggaran
kos kerja-kerja bangunan dibuat, kuantiti kerja bata dalam
bangunan diukur dalam meter padu. Jumlah kos (termasuk kos
bahan, buruh, peralatan, overhead dan keuntungan) per meter
padu kerja bata diperolehi. Kos unit ini di darab dengan bilangan
85 | D C A 2 0 4 2
meter padu kerja bata memberikan anggaran kos bagi kerjabata
tersebut.
➢ Kaedah ini mempunyai kelebihan dimana kos unit bagi setiap kerja
boleh dibuat perbandingan dan jumlah anggaran boleh
diperbetulkan dengan mudah bagi variasi dalam kuantiti
b. Jumlah Kuantiti
Dalam kaedah Jumlah Kuantiti, item kerja dibahagi kepada
lima bahagian kecil iaitu:
− Bahan-bahan
− Buruh
− Peralatan/mesin/jentera
− Overhead
− Keuntungan
Jumlah kuantiti bagi setiap jenis atau kelas bahan atau buruh
yang diperolehi didarab dengan kos unit secara individu. Bersamaan
juga dengan kos Peralatan/mesin/jentera, Overhead dan
keuntunganyang ditentukan. Kos bagi semua bahagian di jumlahkan
bagi memberi kos anggaran item. Contoh, kos kerja bata boleh
ditentukan dengan cara berikut:
Jadual 3.6 : Contoh kos kerja bata
Bil Kos komponen Kos (RM)
1 Bahan
Bata
Pasir
Simen
Air
Kendalian dan Pengangkutan bahan-
bahan di atas
2 Kos Buruh, mahir dan kurang mahir
3 Kos Peralatan/mesin/jentera
4 Kos Overhead
86 | D C A 2 0 4 2
5 Keuntungan
Jumlah Kos Kerja Bata
3.3.5 Membina anggaran nilai terhampir (approximate cost
estimate)
Terdapat 6 kaedah lazim yang digunapakai dalam membuat anggaran nilai
terhampir diantaranya adalah
1. Unit Perkhidmatan
2. Meter persegi Luas Lantai
3. Meter Padu Bangunan
4. Bil Elemen atau Kumpulan Kasar Kuantiti
5. Kuantiti Terperinci mengikut Ruang (Detailed quantities of a bay)
6. Perbandingan Kos pada Tarikh berkaitan
i. Unit Perkhidmatan
Bangunan dibina bagi memenuhi keperluan spesifik. Contohnya
hospital direka bagi memuatkan sejumlah katil pesakit. Setiap katil
dianggap sebagai Unit Perkhidmatan. Hotel direka bagi menempatkan
sejumlah bilik-bilik tetamu. Setiap bilik tetamu dianggap sebagai Unit
Perkhidmatan. Apabila satu bangunan dibina ,jurutera atau arkitek akan
menyimpan rekod tempat, Kos sebenar,bilangan Unit Perkhidmatan dan
tahun pembinaan . Daripada rekod tersebut proses mendapatkan kos
per unit perkhidmatan dapat dilakukan. Kos disesuaikan ke akaun . Kos
per Unit Perkhidmatan yang telah diselaras didarab dengan bilangan unit
perkhidmatan dalam projek cadangan bagi mendapatkan anggaran kos
Nilaian Hampir (approximate cost estimate)
ii. Luas Lantai Bangunan (Floor Area)
Anggaran dilakukan dengan mengira keluasan lantai dan didarab
dengan kadar harga yang ditetapkan. Keluasan lantai diperolehi dengan
mendarabkan ukuran panjang bangunan dengan lebar bangunan. Ukuran
panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar
dindingnya. Contohnya : 20 m x 10 m =200 m² . Untuk mendapatkan
harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah
diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain, dimana cara
87 | D C A 2 0 4 2
pembinaan dan rekabentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang
hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-
pengalaman yang lalu. Katakan dari pengalaman di masa lalu harga bagi
satu meter persegi sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan
dan rekabentuk yang sama ialah RM 1500.00 maka harga anggaran bagi
bangunan yang luasnya 200 meter persegi ialah RM 1500.00 x 200 m² =
RM 300000.00
iii. Meter Padu Bangunan
Kaedah ini lebih tepat berbanding kaedah keluasan Lantai
Bangunan kerana kedalaman asas dan ketinggian struktur di atas aras
bumi adalah dimensi yang diambil kira. Pengiraan isipadu dilakukan
dengan mendarab panjang, lebar dan tinggi bangunan itu. Tetapi
sebelum itu hendaklah dikaji dengan teliti faktor-faktor seperti berikut:
➢ Ukuran panjang bangunan dan lebar bangunan sesebuah bangunan
itu hendaklah diukur di antara permukaan luar. Ukuran tinggi
sesebuah bangunan hendakalah ditentukan apabila membuat
anggaran bagi menghasilkan kiraan dengan cara isipadu.
Contoh pengiraan
Panjang bangunan = 20 m
Lebar bangunan = 10 m
Tinggi bangunan = 5 m
Jadi isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi
= 20 x 10 x 5 = 1000 m³
Jika kadar harga 1m³ = rm 200.00,
Maka harga bagi 1000 m³ bangunan seperti di atas
Adalah = RM 200.00 x 1000 = RM 200 000.00
Bil Elemen atau Kumpulan Kasar Kuantiti
➢ Bangunan dibahagi kepada beberapa item yang boleh diukur. Kos
per unit kuantiti bagi setiap kumpulan diproses dan dinilai secara
berasingan,mengambil kira semua operasi yang berbeza yang
digabungkan untuk lebih mudah.
➢ Adalah jelas kaedah ini memerlukan lukisan rekabentuk konsep
disediakan untuk pengukuran kasar kuantiti /rough take off.
88 | D C A 2 0 4 2
Kuantiti Terperinci mengikut Ruang (Detailed quantities of a bay)
➢ Kaedah ini sesuai bagi bangunan yang mengandungi sebilangan
ruang-ruang seperti garaj, bengkel dan sebagainya. Kuantiti
terperinci dikeluarkan daripada item kerja yang terlibat dalam satiap
ruang dan menentukan harga item menggunakan kadar yang sesuai.
iv. Kaedah Perbandingan kos
Nilai Kos terhampir bagi struktur yang dicadangkan di tentukan
dengan mengubahsuai kos yang telah diketahui bagi struktur yang sama
yang telah dibina. Pertimbangan diberikan terhadap harga turun naik
antara tarikh pembinaan struktur lama dengan struktur yang akan dibina.
Biasanya kaedah ini memberi hasil anggaran yang baik tetapi hanya
boleh dipakai kepada struktur dan kerja-kerja yang sama yang dibina
berulang.
3.3.6 Penyediaan anggaran
1) Penyediaan Anggaran Terperinci / Detail Estimate
Dalam bentuk Unit Kuantiti
Sediakan data/maklumat terperinci
Bagi menyediakan anggaran terperinci atau Detail Estimate,
beberapa data berikut perlu ada:
i. Pelan, Keratan dan perincian-perincian yang berkaitan
dengan kerja
i. Spesifikasi yang menunjukkan kelasifikasi bahan yang perlu
digunakan
ii. Kadar dimana item-item kerja yang berbeza digunakan. Bagi
membolehkan juruukur bahan mengeluarkan kuantiti dengan
tepat, lukisan hendaklah jelas, mengikut fakta dan skala, siap
sempurna dengan dimensi.
2) Lakukan Pengukuran / Taking Off
Tiga langkah dalam proses pengukuran/ Taking Off
i. Mengeluarkan Kuantiti
89 | D C A 2 0 4 2
ii. Pemprosesan Data (Squaring Out)
iii. Abstrak
3.4 ESTIMATION OF MATERIALS AND COSTING
3.4.1 Dalam bentuk jumlah kuantiti
Anggaran Kuantiti Bata
➢ Bilangan bata yang diperlukan dalam pembinaan tembok banguna
dihitung berdasarkan kepada luas permukaan 1 meter persegi dan ½
bata tebal.
Kaedah Pengiraan adalah:
1 meter persegi = 1 000 mm x 1 000 mm
Muka sisi bata = 225 mm x 75 mm
Bilangan bata = 1 000 x 1 000 / 225 x 75 = 59.259
= 60 biji
Bermakna jika tembok ½ bata tebal memerlukan 60 biji bata maka tembok
tebal 1 bata perlu digandakan menjadi 120 biji dan 1½ bata menjadi 180 biji.
Hasilnya dicatit dalam jadual dibawah.
➢ Sebelum memulakan pengiraan beberapa jadual rujukan perlu
disediakan bagi memudahkan penyediaan dan menghasilkan anggaran
yang sewajarnya.
➢ Jadual Rujukan bagi Pengiraan Kos Kuantiti
Bagi mengira anggaran bata ada dua perincian yang perlu
diketahui iaitu;
Samada
− Kadar Kos bagi setiap 1 m² (harga bata bagi setiap 1 m² )
Atau
− Jumlah bata mengikut ketebalan tembok
90 | D C A 2 0 4 2
Diberi :
½ bata 1 bata 1½ bata 2 bata
Tebal Tembok 120 180 240
Bil Bata 60
Contoh 1:
Bina sebuah tembok ½ bata tebal, 8 m panjang dan 3 m tinggi. Kirakan
anggaran bata yang diperlukan untuk pembinaan tersebut.
Penyelesian:
Luas tembok = Panjang x Tinggi
=8mx3m
= 24 m²
Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1 m²
= 24 x 60
= 1440 biji #
91 | D C A 2 0 4 2
Contoh 2:
3.4.2 Pengiraan anggaran mortar
1. 1 litre simen = 1.44 kg.
2. 1 beg simen = 50 kg
3. 1 beg simen = 0.035 m3
4. 1 m³ simen = 28.25 kampit/bag
Contoh 1:
Hitung bahan-bahan bata, pasir dan simen yang diperlukan untuk membina
sebuah tembok bata 1 bata tebal berukuran 3 m x 5 m. Nisbah bancuhan
mortar ialah 1:6. Faktor yang digunakan adalah adalah 1.3 (30% tambahan).
92 | D C A 2 0 4 2
Penyelesaian:
Luas tembok = Panjang x Tinggi
=3mx5m
= 15 m²
Bilangan bata = Luas tembok x Jumlah bata dalam 1m²
= 15 m² x 120
= 1800 biji
Isipadu mortar (Berpandukan bilangan bata) = 1800 biji x 0.5/1000
= 0.90 m³
Isipadu mortar kering = 0.90 m³ x 1.3
= 1.17 m³
Isipadu simen = Isipadu mortar kering x nisbah simen
= 1.17 m³ x 1/7
= 0.17 m³
Kiraan kampit/bag = 0.17 m³ x 28.25 kampit/bag
= 4.8 ~ 5 bag
Isipadu pasir = Isipadu mortar kering x nisbah pasir
= 1.17 m³ x 6/7
= 1.003 m³
Oleh itu, bahan - bahan yang diperlukan untuk membina sebuah tembok bata
1 bata tebal berukuran 3 m x 5 m adalah:
Bata = 1800 biji
Simen = 5 bag
Pasir = 1.003 m³
93 | D C A 2 0 4 2
3.4.3 Pengiraan untuk kerja melepa
Contoh 1:
Hitung bahan-bahan yang diperlukann untuk melepa satu permukaan tembok
bata 4 m tinggi dan 6 m panjang. Tebal lepa ialah 20 mm dan nisbah
bancuhan lepa simen ialah 1:4. Faktor yang digunakan adalah adalah 1.3
(30% tambahan).
Penyelesaian:
Luas tembok = 4 m x 6 m
= 24 m²
Isipadu mortar = 24 m² x 20 mm/1000 (ketebalan lepa)
= 0.48 m³
Isipadu mortar kering = 0.48 x 1.3
= 0.624 m³
Isipadu simen = Isipadu mortar kering x nisbah simen
= 0.624 m³ x 1/5
= 0.125 m³
Kiraan kampit/bag = 0.125 m³ x 28.25 kampit/bag
= 3.53 ~ 4 bag
Isipadu pasir = Isipadu mortar kering x nisbah pasir
= 0.624 m³ x 4/5
= 0.5 m³
94 | D C A 2 0 4 2
Contoh 2:
3.4.4 Pengiraan anggaran konkrit
✓ Konkrit dihitung dalam meter padu (m³) dan segala ukurannya adalah
dalam meter (m)
✓ Isipadu komkrit dikira mengikut lebar x panjang x tebal
✓ Bahan-bahan yang dijadikan konkrit iaitu simen, pasir dan batu baur
juga dianggarkan dalam meter padu.
✓ Simen boleh juga dihitung mengikut bilangan beg berdasarkan 1 beg
= 50 kg = 0.035 m³
✓ Dalam anggaran konkrit, isipadu yang dihitung adalah isipadu padat,
di mana ia memerlukan isipadu bahan-bahan kering iaitu simen, pasir
dan batu baur yang lebih untuk menghasilkannya.
95 | D C A 2 0 4 2
✓ Satu faktor yang berubah-ubah dari 1.25 hingga 1.5 hendaklah
dikalikan dengan isipadu padat supaya anggaran bagi bahan-
bahannya adalah mencukupi.
✓ Faktor ini merupakan tambahan 25% hingga 50% pada isipadu padat
dengan mengambil kira buangan dan pembaziran yang sering berlaku
dalam proses menggaul, mengangkut dan meletakkan konkrit.
✓ Jika konkkrit dibancuh dengan menggunakan tangan, maka
dikehendaki menambah 10% simen tambahan untuk mencapai
kekuatan yang sama.
Contoh 1:
Lantai konkrit 4 m x 5 m x 100 mm tebal. Nisbah bancuhan konkrit ialah 1:2:4.
Anggarkan bahan-bahan yang diperlukan. Faktor yang digunakan adalah
adalah 1.5 (50% tambahan).
Penyelesaian:
Isipadu konkrit padat = 4 x 5 x (100/1000)
= 2.0 m³
Isipadu konkrit kering = 2.0 x 1.5
= 3.0 m³
Isipadu simen = Isipadu konkrit kering x nisbah simen
= 3.0 x (1/7)
= 0.43 m³
Bilangan beg simen = 0.43 m³ / 0.035 m³ @ 0.43 x 28.25
= 12.28 ~ 13 beg
Isipadu pasir = Isipadu konkrit kering x nisbah pasir
= 3.0 x (2/7)
= 0.86 m³
Isipadu batu baur = Isipadu konkrit kering x nisbah batu baur
= 3.0 x (4/7)
= 1.72 m³
96 | D C A 2 0 4 2
Contoh 2:
Asas konkrit 6 m x 0.6 m x 0.3 m tebal dengan nisbah bancuhan 1:3:6..
Konkrit ini dibancuh dengan menggunakan tangan. Faktor yang digunakan
adalah adalah 1.5 (50% tambahan).
Hitungkan:
a) Simen
b) Pasir
c) Batu baur
Penyelesaian:
Isipadu konkrit padat = 6 m x 0.6 m x 0.3 m
= 1.08 m³
Isipadu konkrit kering = 1.08 m³ x 1.5
= 1.62 m³
Isipadu simen = Isipadu konkrit kering x nisbah simen
= 1.62 x (1/10)
= 0.162 m³
Untuk mendapatkan kekuatan yang sama, 10% simen tambahan diperlukan
kerana konkrit dibancuhkan dengan menggunakan tangan. Maka isipadu
simen;
Isipadu simen sebenar = 0.162 x (1 x 10%)
= 0.1782 m³
Bilangan beg simen = 0.1782 m³ / 0.035 m³ @ 0.1782 x 28.25
= 5.09 ~ 5 beg
Isipadu pasir = Isipadu konkrit kering x nisbah pasir
= 1.62 x (3/10)
= 0.486 m³
97 | D C A 2 0 4 2
Isipadu batu baur = Isipadu konkrit kering x nisbah batu baur
= 1.62 x (6/10)
= 0.972 m³
3.4.5 Anggaran kayu
➢ Anggaran kayu biasanya dibuat berdasarkan kepada saiz nominal
iaitu saiz kayu yang belum diketam. Contohnya: kayu bersaiz
nominal 50 mm x 100 m tetapi sebenarnya ialah berukuran 38 mm
x 90 mm diketam.
➢ Kuantiti kayu yang digunakan dalam kerja kecil seperti membuat
pintu, tingkap, gerobok dan sebagainya adalah dihitung mengikut
senarai potongan nya iaitu bilangan bilangan batang kayu yang
sebenar digunakan.
➢ Dalam pasaran tempatan, kayu biasanya dipesan dan dibeli
dengan banyak berdasar kepada beratnya mengikut tan atau 1 000
kg. Satu tan (1 000 kg) kayu dianggap mempunyai isipadu 50 kaki
padu atau 1.25 meter padu. Hitungan ini adalah khusus untuk
pemasaran sahaja walaupun isipadu yang sama bagi jenis kayu
yang berlainan tidak mempunyai berat yang sama. Harga kayu juga
dikira mengikut tan.
➢ Bagi menghitung kos sebatang / keeping kayu, jika harga satu tan
RM800.00, maka harga bagi kayu 25 mm x 200 mm x 5.0 mm
ialah:
Bilangan kayu 25 mm x 200 mm x 5 m dalam 1 tan
= 1.25 ÷ (25 / 1 000 x 200 / 1 000 x 5) = 50 keping
Harga sekeping = RM800.00 / 50 = RM16.00
➢ Harga kayu bukan sahaja mengikut jenis kayu , ia juga mengmbil
kira saiz kayu. Harga kayu berukuran 50 x 150 akan berbeza
daripada harga kayu yang berukuran 50 x 50. Biasanya saiz kayu
yang besar lebih mahal daripada saiz kayu yang kecil.
➢ Bilangan kayu bagi tiap-tiap bahagian kerja adalah dihitung
mengikut pelannya, kemudian jumlah kayu yang diperlukan di
98 | D C A 2 0 4 2
pesan berdasarkan tan. Kuantiti papan lapis adalah dihitung
mengikut bilangan keping yang digunakan. Saiz papan lapis yang
lazim ialah 1.2 m x 2.4 m (4 kaki x 8 kaki) iaitu 2.88 m².
Contoh 1:
Berapakah keping papan lapis akan diperlukan untuk membina lantai seluas
100.8 meter persegi?
Bilangan keping papan lapis = Luas lantai/Luas sekeping papan lapis
= 100.8 /1.2 x 2.4
= 100.8 / 2.88
= 35 keping
#Harga papan lapis berbeza mengikut tebal papan. Semakin tebal papan itu,
semakin tinggi harganya.
3.4.6 Kos bahan
Faktor utama dalam menyediakan kadar harga sesuatu bahan atau
kerja adalah kos bahan mentah atau kerja itu sendiri. Untuk itu, kontraktor
haruslah memperolehi sumber yang realistik dan berkesan kerana factor ini
akan mengesani secara terus baik pada kadar per unit mahupun kos
keseluruhan projek.
3.4.6.1 Kaedah memperolehi Harga Bahan Binaan Semasa
Kaedah yang paling tepat untuk memperolehi harga bahan binaan
semasa adalah dengan cara berhubung terus dengan pihak yang membekal
bahan binaan tersebut iaitu pembekal (Supplier). Kebiasaannya kontraktor
memperolehi harga bahan binaan semasa melalui:-
Secara Langsung:-
- Sebutharga dari pengilang, pengedar
1. Contoh sebutharga
99 | D C A 2 0 4 2
Jadual 3.7: Contoh sebut harga
Item Description Quantity Unit Price/unit
(RM)
1. Ordinary Portland Cement 1 BAG 14.50
1 NOS 1.20
2. Facing Brick 1 MC 30.00
1 KG 10.00
3. Fine Sand 1 NOS 25.00
4. Lime stone ( Liquid )
5. 2” x 4” x 12’ ( Meranti )
2. Jadual Bahan
Dalam menyediakan sesuatu kadar harga, kontraktor juga perlu
mengetahui kadar/ kuantiti penggunaan suatu bahan. Ini amat perlu agar
kadar harga yang diperolehi adalah berdasarkan kepada keperluan kerja yang
sebenar. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan tahap penggunaan
sesuatu bahan bagi beberapa jenis kerja :-
Jadual 3.8 : Tahap penggunaan sesuatu bahan kerja bata dan konkrit
BIL JENIS KERJA UNIT JENIS KUANTITI
BAHAN
A KERJA BATA 113MM TEBAL DINDING
1. Bata MS Bata 60 biji
2. Motar ( 1 : 6 ) MS Simen 6.86 kg
Pasir 0.04 mc
B KERJA BATA 225MM TEBAL DINDING
1. Bata MS Bata 120 biji
2. Motar ( 1 : 6 ) MS Simen 13.75 kg
Pasir 0.09 mc
C KONKRIT
Simen 10.91 kg
1. 1 : 1: 2 MC Pasir 0.51 mc
Batu baur 1.02 mc
100 | D C A 2 0 4 2