UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (EDISI KEMASKINI 2023)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM Unit Bimbingan Dan Pembangunan Insan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (EDISI KEMASKINI 2023) (EDISI KEMAS KINI 2023)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam i Isi Kandungan Pengantar ii Falsafah Pendidikan Guru 1 Visi dan Misi IPG 2 Pengenalan 3 Objektif 4 Garis Panduan Pengimarahan Masjid IPGKPI 5 Garis Panduan Pemakaian IPGKPI 12 Garis Panduan Hiburan IPGKPI 28 Garis Panduan Bina Insan Guru (BIG) dan Perkhemahan Unit Beruniform IPGKPI 36 Garis Panduan Bersukan IPGKPI 48 Garis Panduan Pergaulan IPGKPI 55 Garis Panduan Kolej Kediaman IPGKPI 63 Garis Panduan Penggunaan Kafeteria IPGKPI 68 Garis Panduan Mesyuarat atau Perbincangan IPGKPI 74 Bibliografi 80 Lampiran A 82 Lampiran B 83 Lampiran C 84
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ii PENGANTAR Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 2020 adalah sebuah panduan yang meliputi aspek penghayatan Islam sebagai salah seorang warga IPGKPI. Panduan ini adalah bagi membolehkan seluruh warga IPGKPI menjalani kehidupan sebagai Muslim yang berlandaskan acuan Islam yang syumul. Tugas memperkasakan dan memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak pentadbir malah tanggungjawab ini adalah tanggungjawab seluruh warga IPGKPI. Selain itu, Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 2020 ini juga bertujuan untuk membentuk masyarakat Islam yang menjadi Model Muslim. Model Muslim ini adalah ikon yang mencerminkan imej IPGKPI walau di mana sahaja mereka berada. Model Muslim ini dilengkapi dengan keilmuan, kepimpinan, kemahiran serta penghayatan Islam. EDISI KEMASKINI 2023 EDISI KEMAS KINI 2023
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam iii Keilmuan : Mendalami ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah serta ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara Kepimpinan : Mampu memimpin dengan baik serta berlandaskan acuan Islam Kemahiran : Mahir dalam ilmu keagamaan seperti solat jenazah, mengetuai majlis tahlil, menjadi imam. Bilal, khatib dan sebagainya Penghayatan Islam : Menjadikan Islam sebagai cara hidup seperti taat kepada perintah Allah, sentiasa beribadat dan berakhlak mulia,
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 1 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Institut Pendidikan Guru Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 2 VISI DAN MISI IPG Institut Pendidikan Guru VISI IPG Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru MISI IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 3 PENGENALAN Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi yang melahirkan siswa guru yang terdidik dengan nilai Islam. Biah solehah yang diamalkan di IPGKPI merupakan sebuah suasana yang perlu dijaga demi kemaslahatan serta pembentukan siswa guru yang mengamalkan nilainilai Islam yang sebenar. Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 2020 ini adalah salah satu usaha untuk memperkasakan serta memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI. Hal ini adalah bagi membentuk siswa pendidik yang memiliki ciri-ciri Muslim yang berpandukan syarak. EDISI KEMAS KINI 2023 EDISI KEMASKINI 2023
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 4 OBJEKTIF 1. Mengekalkan kesucian biah solehah di IPGKPI 2. Menyediakan garis panduan kepada warga IPGKPI untuk melaksanakan program atau aktiviti berlandaskan syarak 3. Memberi kefahaman tentang penghayatan syariat islam yang sebenar
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 5 GARIS PANDUAN PENGIMARAHAN MASJID IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 6 PENGENALAN Masjid merupakan sebuah institusi terpenting dalam IPGKPI. Masjid bukan sahaja berfokuskan tentang solat berjemaah semata-mata malah masjid juga menjadi sebuah pusat bagi melaksanakan program kerohanian dan kemasyarakatan untuk semua warga IPGKPI. Mengimarah masjid merupakan satu perbuataan atau af'al yang mana seorang individu itu melazimi dirinya dengan masjid iaitu mereka sentiasa menjaga solat jemaah di masjid, sentiasa beriktikaf dan sebagainya. Perbuatan imarah masjid ini juga telah ditunjukkan secara jelas oleh nabi Muhammad dan para sahabat. Kalau dilihat pada zaman nabi, semua urusan adalah dilakukan di masjid, tidak kira urusan pentadbiran, sosial masyarakat dan sebagainya. Oleh itu, semua warga IPGKPI perlu untuk mengimarahkan masjid dan mengambil peluang untuk memakmurkan masjid mengikut kemampuan masing-masing. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat ke 18: يَ ْوِم اآل ِخِر ْ َوال ِا ََّّللِ َم َن ب ِجدَ ََّّللاِ َم ْن آ َما يَ ْعُمُر َم َسا إنَّ ََّّللاَ فَعَ َسى ِالَّ ْخ َش إ ْم يَ َولَ َوآتَى ال َّز َكاةَ ال َّصالةَ َ قَام َ َوأ ُمْهتَِدي َن ْ ِم َن ال ْ ُكونُوا َن يَ ْولَئِ َك أ ُ أ
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 7 Maksudnya: ‘Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orangorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.’ Ganjaran yang diberikan kepada sesiapa yang memakmurkan masjid amatlah besar dan perlu direbut oleh semua Muslim terutamanya warga IPGKPI. Kita harus menjadikan masjid sebagai medan pentarbiahan diri serta mendidik diri beribadat kepada Allah dengan sebenar-benar ibadat. َّى َخ َّطا ِب قَا َل َسِم ْع ُت َر ُسو َل ََّّللاِ َصل ْ ِن ال َع ْن ُع َمَر ْب ْي ِه َكُر فِي ِه ا ْس ُم ََّّللاُ َعلَ يَقُو ُل َم ْن بَنَى َم ْس ِجدًا يُذْ َ م َّ َو َسل ِة َجنَّ ْ ََّّللاِ بَنَى ََّّللاُ لَهُ بَ ْيتًا فِي ال Dari Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga.”
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 8
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 9 OBJEKTIF • Menyeru seluruh warga IPGKPI untuk mengimarahkan masjid bagi memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI • Memberi panduan tentang pengimarahan masjid melalui solat berjemaah, program kerohanian serta program kemasyarakatan dan kebajikan SASARAN • Seluruh warga IPGKPI
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 10 GARIS PANDUAN PENGIMARAHAN MASJID IPGKPI 1.0 SOLAT BERJEMAAH a. Semua warga IPGKPI wajib menunaikan solat berjemaah lima waktu dengan istiqomah di masjid Imam as-Syafie b. Penuhkan saf hadapan terlebih dahulu c. Niat beriktikaf d. Memakai pakaian yang menutup aurat serta kemas dan bersih e. Jemaah masjid haruslah memanfaatkan masa di masjid dengan zikir, membaca alQuran dan perkara yang bermanfaat f. Waktu berada di masjid Imam as-Syafie pada hari Jumaat adalah sebelum jam 1.00 tengah hari bagi lelaki g. Elakkan bercakap-cakap tentang keduniaan semasa berada di dalam masjid
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 11 2.0 PROGRAM KEROHANIAN a. Menyertai program-program yang membina jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dijalankan di masjid b. Menyertai program kerohanian yang dianjurkan seperti usrah, tazkiran, kuliah, qiyamullail dan lain-lain c. Pelajar wajib menyertai usrah yang dianjurkan d. Menyokong dan manyumbang tenaga serta pemikiran dalam menjayakan pelbagai program memakmurkan masjid e. Menyokong dan bekerjasama terhadap semua usaha meningkatkan ibadat dan ilmu pengetahuan 3.0 PROGRAM KEMASYARAKATAN DAN KEBAJIKAN a. Memelihara kebersihan, keceriaan dan kesucian masjid dengan gotong-royong b. Jemaah masjid haruslah bekerjasama untuk menjayakan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pihak masjid
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 12 GARIS PANDUAN PEMAKAIAN IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 13 PENGENALAN Pada dasarnya Islam mempunyai garis panduan pemakaian yang jelas telah dinyatakan di dalam AlQuranul Karim. Ini berdasarkan kepada ayat 31 daripada Surah An-Nur : ْظ َن ِر ِه َّن َويَ ْحفَ َصا ْب َ ْغ ُض ْض َن ِم ْن أ ُمْؤ ِمنَا ِت يَ ْ ِل َوقُل ل َها َما َظ َهَر ِمْن ِالَّ ُه َّن إ ُرو َج ُه َّن َوال يُْبِدي َن ِزينَتَ فُ ِ ِه َّن َوال يُْبِدي َن ُخ ُمِر ِه َّن َعلَى ُجيُوب ِ يَ ْضِرْب َن ب ْ َول ْو َ ِه َّن أ ْو آبَاء بُعُولَتِ َ ِه َّن أ ْو آبَائِ َ ِه َّن أ ِلبُعُولَتِ ِالَّ ُه َّن إ ِزينَتَ ْو بَنِي َ ِه َّن أ ْخَوانِ ِ ْو إ َ ِه َّن أ ْبنَاء بُعُولَتِ َ ْو أ َ ِه َّن أ ْبنَائِ َ أ َملَ َك ْت ْو َما َ ِه َّن أ ْو نِ َسائِ َ ِه َّن أ َخَواتِ َ ْو بَنِي أ َ ِه َّن أ ْخَوانِ ِ إ ِل ِ ر َجا ِإل ْربَ ِة ِم َن ال وِلي ا ُ ِر أ ِ ِعي َن َغْي ِو التَّاب َ ُه َّن أ َمانُ ْي َ أ ِ َساء َوال ْظ َهُروا َعلَى َعْو َرا ِت الن ْم يَ ِذي َن لَ َّ ْف ِل ال طِ ِو ال َ أ ِه َّن َ َما يُ ْخِفي َن ِمن ِزينَتِ ِه َّن ِليُ ْعلَم ْر ُجِل َ ِأ يَ ْضِرْب َن ب ُكْم تُْفِل ُحو َن َّ ُمْؤ ِمنُو َن لَعَل ْ َها ال ُّ ي َ لَى ََّّللاِ َجِميعًا أ ِ َوتُوبُوا إ Maksudnya: ‘Dan katakanlah kepada perempuanperempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 14 mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudarasaudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orangorang yang beriman, supaya kamu berjaya.’ Berdasarkan ayat al-Quran tersebut, jelaslah bahawa Islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan di dalam ayat 31, surah An-Nur dan lebih daripada itu umat Islam juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan berseorangan meskipun di tempat yang tertutup. Untuk memenuhi tuntutan menutup aurat itu, Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap Muslim dan Muslimah sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 15 OBJEKTIF • Mendokong visi dan misi IPG Kampus Pendidikan Islam untuk melahirkan mahasiswa yang berketerampilan dan beretika profesional. • Memastikan sakhsiah rupa diri sebagai mahasiswa terpelihara mengikut syariat dan Akta IPGM. SASARAN • Semua warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 16 GARIS PANDUAN PEMAKAIAN IPGKPI 1.0 ETIKA PEMAKAIAN GURU PELATIH LELAKI IPGKPI Etika pemakaian guru pelatih lelaki terbahagi kepada dua; iaitu rasmi dan tidak rasmi. 1.1 RASMI 1.1.1 PAKAIAN KULIAH Berikut merupakan tatacara berpakaian guru pelatih lelaki bagi acara rasmi. Menurut Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru: a) hendaklah memakai baju kemeja berlengan panjang , bertali leher , berseluar panjang (slack) dengan bertali pinggan dan berkasut kulit warna gelap serta berstoking. b) baju hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.Lengan baju hendaklah dibutangkan dan tidak dilipat ke atas.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 17 4.3.5.1 Pelajar lelaki islam digalakkan memakai sut baju melayu lengkap bersongkok (hitam tanpa lilitan) dan bersamping pada hari jumaat. 1.1.2 PAKAIAN SUKAN Merujuk Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru: 4.3.2.1 Kokurikulum Unit Beruniform a) Pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam atau kemeja-T dan seluar yang telah ditetapkan oleh IPGM 4.3.2.3 Kokurikulum Sukan dan Permainan: a) Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang sesuai (Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 18 Oleh itu, kriteria pakaian sukan guru pelatih lelaki IPGKPI telah ditetapkan merujuk kepada perkara di atas: i. Pakaian sukan yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi. ii. Berseluar panjang berwarna gelap iii. Memakai kasut yang bersesuaian dengan aktiviti sukan 1.1.3 KASUT i. Kasut hendaklah menutupi dibahagian belakang tumit ii. Selipar adalah tidak dibenarkan 1.2 TIDAK RASMI Pakaian bagi guru pelatih lelaki IPGKPI adalah merujuk sama seperti yang telah ditetapkan oleh IPGM: i. Perkara 30 (30.1): Pelajar menetap hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan sama ada di dalam atau
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 19 di luar kolej kediaman selaras dengan Etika Pakaian Pelajar IPG ii. Perkara 42 (42.1) Etika dan Pakaian Semasa di Kafeteria/ Kantin: Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat di kafeteria atau kantin ( rujuk Perkara 4.3.1.2(b) ) iii. Luar kampus: Pakaian yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh syarak serta menutup aurat dan sopan. 1.2.1 T- SHIRT i. T- Shirt yang berkolar sahaja. ii. T- Shirt yang tidak sendat dan tidak mempunyai gambar yang keterlaluan. 1.2.2 SELUAR i. Seluar yang tidak lusuh, koyak, ketat, sendat dan tidak bertampal di mana-mana. ii. Seluar pendek paras lutut tidak dibenarkan
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 20 1.2.3 POTONGAN RAMBUT, MISAI, JANGGUT DAN JAMBANG Merujuk Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru: 4.4 Potongan Rambut , Misai , Janggut Dan Jambang 4.4.1 Potongan rambut pelajar perlu kemas dan sesuai dengan profesion keguruan 4.4.2 Rambut hendaklah disikat rapi 4.4.3 Pelajar dilarang mewanakan rambut 4.4.4 Pelajar lelaki dilarang berambut panjang 4.4.4.1 melepasi kolar baju 4.4.4.2 menutup garisan tengah dahi 4.4.4.3 menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan jambang melebihi paras anak telinga
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 21 4.4.5 Pelajar lelaki dilarang membotakkan kepala 4.4.8 Pelajar yang bermisai, berjanggut dan berjambang hendaklah sentiasa diurus dengan kemas. (Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 22 2.0 ETIKA PEMAKAIAN GURU PELATIH PEREMPUAN IPGKPI Etika pemakaian guru pelatih perempuan terbahagi kepada dua; iaitu rasmi dan tidak rasmi. 2.1 RASMI Berikut merupakan tatacara berpakaian guru pelatih perempuan bagi acara rasmi. Menurut Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru: 4.3.1.2 Pelajar perempuan: a) Sebarang jenis pakaian yang tidak mendedahkan mana-mana bahagian anggota dari paras bawah leher hingga ke paras bawah lutut, berkain dalam dan berkasut (court shoes) dan ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.5 cm). b) Pelajar perempuan islam digalakkan memakai pakaian yang menutup aurat dan bercirikan wanita muslimah; dan c) Pelajar dilarang memakai penutup muka/ purdah. (Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 23 Merujuk kepada Perkara 4.3.1.2 (b), maka etika pemakaian semasa Majlis Rasmi berikut telah ditetapkan. 2.1.1 PAKAIAN KULIAH i. Pelajar wanita mestilah berbaju kurung yang tidak ketat dan tidak jarang yang boleh menampakkan susuk tubuh ii. Mestilah memakai kain dalam iii. Bertudung labuh dan tidak jarang (rujuk 3.3) iv. Memakai sarung kaki panjang berwarna gelap dan tidak bercorak v. Memakai kasut berwarna hitam dan ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.5 cm)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 24 2.1.2 PAKAIAN SUKAN Merujuk Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru: 4.3.2.3 Kokurikulum Sukan dan Permainan: a) pelajar dikehendaki memakai pakaian yang sesuai b) pelajar perempuan Islam dikehendaki memakai track bottom dan kemeja t berlengan panjang dan berkolar serta bertudung (Buku Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru) Oleh itu, kriteria pakaian sukan guru pelatih perempuan IPGKPI telah ditetapkan merujuk kepada perkara di atas: i. Pakaian sukan yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi ii. Berseluar panjang berwarna gelap iii. Track bottom yang dipakai mestilah tidak menampakkan bentuk kaki
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 25 iv. Kemeja t-berlengan panjang mestilah labuh dan tidak menampakkan bentuk badan v. Bertudung labuh dan tidak jarang (rujuk 3.3) vi. Memakai sarung kaki panjang vii. Memakai kasut yang bersesuaian dengan aktiviti sukan 2.1.3. PAKAIAN UNIT BERUNIFORM & KELAB PERSATUAN i. Pelajar dikehendaki memakai pakaian seragam atau kemeja-T dan seluar yang telah ditetapkan oleh IPGM ii. Pakaian t- shirt uniform mestilah labuh dan tidak menampakkan bentuk badan iii. Bertudung labuh dan tidak jarang (rujuk 3.3) iv. Memakai sarung kaki panjang v. Memakai kasut berwarna hitam dan ketinggian tumit tidak melebihi 1.5 inci (3.5 cm)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 26 2.2 TIDAK RASMI Pakaian bagi guru pelatih perempuan IPGKPI adalah merujuk sama seperti yang telah ditetapkan oleh IPGM: i. Perkara 30 (30.1): Pelajar menetap hendaklah memakai pakaian yang kemas dan sopan sama ada di dalam atau di luar kolej kediaman selaras dengan Etika Pakaian Pelajar IPG ii. Perkara 42 (42.1) Etika dan Pakaian Semasa di Kafeteria/ Kantin: Pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat di kafeteria atau kantin ( rujuk Perkara 4.3.1.2(b) ) iii. Luar kampus: Pakaian yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh syarak serta menutup aurat dan sopan 2.2.1 TUDUNG Berikut ditetapkan Etika Pemakaian Tudung khusus bagi pelajar IPGKPI: i. Guru pelatih perempuan muslim, tudung mestilah labuh dan memenuhi ciri-ciri berikut: - bidang 50, 55, 60 (rujuk jadual 1 & 2)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 27 - tidak jarang - menutup bahagian dada dan belahan ketiak Cadangan bidang dan saiz tudung yang bersesuaian dengan guru pelatih perempuan: a) Tudung Bidang Saiz tudung inci (t × l) 50 55 60 Ketinggian pemakai (cm) 135 - 145 146 - 155 156 - seterusnya b) Tudung Shawl Saiz tudung (meter) 2 × 0.75 Ketinggian pemakai (cm) 145 155 165 ii. Pelajar non muslim, rambut mereka hendaklah diikat dan diurus supaya kelihatan kemas. Ikatan dandan plait atau pony tail dibenarkan.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 28 GARIS PANDUAN HIBURAN IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 29 PENGENALAN Seperti yang diketahui, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam merupakan sebuah institusi yang melahirkan siswa guru yang terdidik dengan nilai Islam. Biah solehah yang diamalkan di IPGKPI merupakan sebuah suasana yang perlu dijaga demi kemaslahatan serta pembentukan siswa guru yang mengamalkan nilainilai Islam yang sebenar termasuk dalam skop hiburan. Terdapat dalil yang membuktikan bahawa Nabi s.a.w pernah memberi keizinan untuk bergembira dan berhibur, antaranya: ِري ْن َعائِ َشة رضى هللا عنها ِن ِم ْن َجَو َع ا ِريَتَا ْكٍر َو ِعْنِدي َجا بُو بَ َ قَالَ ْت دَ َخ َل أ ِ َما ِن ب ِيَا ِر تُغَن َصا ْن ِن فَقَا َل األَ ِيَتَْي ِ ُمغَن ْي َستَا ب بُعَا َث قَالَ ْت َولَ َ َصا ُر يَ ْوم ْن ِت األَ َولَ تَقَا َمَزا ِمي ُر ال َّش َ ْكٍر أ بُو بَ ِن فِي بَ ْيت َر ُسو ِل أ ََّّللاِ صلى َ ْي ِل َك فِي َطا َوذَ هللا عليه وسلم َر يَ ْوِم ِعيٍد. ُسو ُل ََّّللاِ صلى هللا عليه وسلم ِ فَقَا َل " َّن ِل ْكٍر إ بَا بَ ْوٍم َ ل قَ يَا أ ُك ِ ِعيدًا، " َو َهذَا ِعيدُنَا Maksudnya: ‘Diriwayatkan daripada ‘Aishah r.a katanya : Aku telah diziarahi oleh Abu Bakar r.a di rumahku. Ketika itu disampingku ada dua orang jariah iaitu gadis dari golongan Ansar sedang mendendangkan syair golongan Ansar pada Hari Bu’ath iaitu hari tercetusnya peperangan antara golongan Aus dan Khazraj, Aishah berkata: Sebenarnya mereka berdua bukanlah penyanyi. Abu Bakar r.a berkata: Patutkah ada nyanyian syaitan di rumah Rasulullah s.a.w. dan pada Hari Raya pula? Lalu
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 30 Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Abu Bakar! Sesungguhnya setiap kaum itu mempunyai Hari Raya dan ini adalah Hari Raya kita’ Hiburan yang digariskan dalam islam adalah didasari dengan beberapa usul fiqh bagi memberi kefahaman yang lebih jelas tentang hiburan yang dibolehkan dalam Islam. Kaedah fiqh yang digunakan antaranya: 1. “al-Asl fi al-Ashya’ al-Ibahah hatta Yadull al-Dalil ‘ala al-Tahrim” iaitu hukum sesuatu itu adalah harus sehingga terdapat dalil yang jelas mengharamnya (al-Sayuti, 1932). 2. “al-Asl fi al-Ashya’ wa al-A‘yan al-Ibahah illa in Dall lil al-Khatar Dalil Faya‘mal Bih” (al-Sadlan, 1999). 3. ” Dar’ al-Mafsadah Awla ‘ala Jalb al-Masalih” (menolak kemudaratan lebih baik daripada mengambil manfaat). 4. “Taghyir al-Anfus Qabl Taghyir al-Anzamah” (Mengubah individu lebih utama daripada mengubah institusi atau organisasi). OBJEKTIF
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 31 • Mengekalkan kesucian biah solehah di IPGKPI • Menyediakan garis panduan kepada warga IPGKPI untuk melaksanakan program atau aktiviti • Memberi kefahaman tentang hiburan islam yang sebenar SASARAN • Jabatan dan unit • Kelab dan persatuan • Kumpulan persembahan pelajar
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 32 GARIS PANDUAN HIBURAN IPGKPI 1.0 SKRIP DAN LAGU 1.1 Pastikan skrip dan lagu tidak mempunyai perkataan dan kiasan yang boleh menjurus ke arah bertentangan dengan aqidah dan menghina Islam seperti mencerca Syariat Allah S.W.T., menghina Rasulullah S.A.W., memperlekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita. 1.2 Senikata, lagu dan nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai unsur maksiat, lagha (sia-sia), meransang keghairahan nafsu dan sebagainya menerusi tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 33 1.3 Lagu-lagu dari luar (lagu Inggeris, Sepanyol, Arab, Cina, Tamil dan lain-lain) harus diteliti liriknya agar tidak bertentangan dengan akidah seperti unsur pemujaan 2.0 SUASANA PERSEMBAHAN 2.1 Suatu persembahan atau konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan utama yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, menuntut ilmu dan sebagainya. 2.2 Lagu dan nyanyian yang didendangkan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument muzik dan bunyian yang melampau seperti irama rock keras sehingga penonton dan pendengar mengikut rentak (melompatlompat, menjerit dan bersorak) sehingga merosakkan akhlak dan adab mereka serta mendatangkan fitnah kepada agama bangsa dan diri mereka,
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 34 2.3 Pastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram di satu tempat tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi (asing), tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya drama dan lakonan-lakonan melampau dan seumpamanya. 3.0 PENYAMPAI PERSEMBAHAN DAN PENONTON 3.1 Pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan lenggokan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, namun tetap menjadi haram.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 35 3.2 Pembuat persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya terdiri daripada lelaki dan wanita. Manakala, jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. 3.3 Semasa raptai atau raptai penuh, perlulah melantik pensyarah atau warden sebagai panel penasihat hiburan IPGKPI untuk mengelakkan program atau aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan syariat. 3.4 Pemakaian bagi pembuat persembahan haruslah berlandaskan Etika Pemakaian IPGKPI yang telah ditetapkan
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 36 GARIS PANDUAN BINA INSAN GURU (BIG) DAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 37 PENGENALAN BIG merupakan program yang wajib dilaksanakan bagi setiap pelajar semester 5. Maka, apabila dijalankan program seperti ini, pastinya tindakan dan disiplin perlu dipelihara supaya program yang dijalankan akan sentiasa dalam keadaan yang terkawal. Dasar yang diambil ialah sirah Saidina Umar yang mewujudkan Sistem Hisbah dengan tujuan untuk memelihara disiplin tenteranya dan seluruh rakyat ketika di bawah pemerintahan beliau. Maka, pihak ahli jawatankuasa kerohanian dan disiplin mengambil inisiatif untuk mewujudkan ETIKA KEROHANIAN DAN DISIPLIN BINA INSAN GURU (BIG) 2020 dengan tujuan untuk memelihara kerohanian dan disiplin seluruh pelajar semester 5 sepanjang menjalankan program BIG ini.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 38 OBJEKTIF • Memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI • Membina jatidiri serta memelihara maruah seorang muslim • Memberi panduan untuk pelaksanaan aktiviti atau program yang berlandaskan syarak SASARAN • Penganjur • Jurulatih • Pensyarah • Pelajar
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 39 GARIS PANDUAN BINA INSAN GURU (BIG) DAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPGKPI 1.0 SISTEM MERIT Sistem Merit bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) setiap kumpulan. Setiap perlanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh Ajk Kerohanian dan Disiplin. Pada awal program, setiap kumpulan diberikan 100 markah yang perlu dijaga sepanjang program dijalankan. Kumpulan yang melakukan perlanggaran disiplin markahnya akan berkurangan dan sekiranya mereka memberi sumbangan markahnya akan bertambah. Setiap kumpulan yang markah demeritnya telah berkurangan sehingga 50 akan diambil tindakan oleh Ajk Kerohanian dan Disiplin (Berdasarkan Hisbah yang ditetapkan).
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 40 Panduan: - Permulaan : 100 MARKAH - Satu Kesalahan (Melibatkan kumpulan + Individu dalam kumpulan): Penolakan 10 Markah - Berkelakuan baik (Berdasarkan Penilaian Pensyarah dan Ajk Kerohanian dan Disiplin) : Penambahan 5 Markah - Kumpulan yang berkurangan sehingga 50 Markah akan dikenakan hisbah. - Kumpulan yang tertinggi akan terlepas daripada Hisbah yang ditetapkan.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 41 2.0 PANDUAN PERATURAN BIG 2.1 WARTA DISIPLIN BIG 2020 1. Ikhlaskan niat. 2. Solat berjemaah pada setiap waktu. 3. Setiap aktiviti termasuk persembahan dan lainlain mestilah mematuhi syariat dan menitikberatkan dua aspek berikut : 1. Ikhtilat 2. Unsur yang diterapkan. (Pemilihan lagu, pergerakan, peralatan dll) 4. Menepati masa bagi setiap slot/aktiviti. 5. Mematuhi etika Pemakaian BIG. (Rujuk Etika Pemakaian Sepanjang BIG) 6. Pemakaian tag diwajibkan bagi setiap aktiviti. (kecuali aktiviti lasak dan berbahaya) 7. Memastikan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sentiasa terjaga. 8. Dilarang merokok/vape. 9. Mematuhi kawasan larangan yang telah ditetapkan.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 42 10. Mengisi masa lapang dengan zikir atau perkara berfaedah. 11. Sentiasa menjaga kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. 12. Patuh Arahan : Setiap keputusan individu mahupun kumpulan mestilah mendapat kelulusan Pengarah BIG. 13. Sebarang pelanggaran warta disiplin akan dikenakan tindakan. 14. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 43 2.2 ETIKA PEMAKAIAN BIG 2020 Muslimin : 1. Pakaian yang mematuhi syariat. (Menutup aurat) 2. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek. 3. Pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang akan dijalankan: a. Seluar track. b. T-shirt lengan panjang atau pendek. Muslimat : 1. Pakaian yang mematuhi syariat. (Menutup aurat) 2. Tudung: a. bidang 50/55/60 sahaja. b. tudung bulat. c. tudung sarung labuh dan menepati syariat. 3. Baju T shirt muslimah sahaja. (sebarang pertanyaan boleh rujuk AJK kerohanian dan disiplin) 4. Tidak dibenarkan memakai seluar ketat/mengikut bentuk tubuh badan. 5. Pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan.
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 44 3.0 HISBAH YANG DIKENAKAN Hisbah yang dikenakan adalah bergantung kepada kesalahan dalam melanggar warta disiplin dan etika pemakaian yang telah ditetapkan. Bil. ISI PANDUAN PERATURAN BIG (2.1 DAN 2.2) HISBAH YANG DIKENAKAN SISTEM MERIT 1. Perkara 2.1.1: Ikhlaskan niat Perkara 2.1.4: Menepati masa bagi setiap slot dan aktiviti Perkara 2.1.5: Pematuhan Etika Pemakaian BIG Perkara 2.1.7: Memastikan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sentiasa terjaga Perkara 2.1.10: Mengisi masa lapang dengan zikir dan perkara berfaedah Perkara 2.2 : Keseluruhan Etika Pemakaian BIG a. Istighfar 100 Kali b. Kejutkan qiyamullail c. Menyiapkan dan mengemas tempat solat (bentang sejadah dan sebagainya) d. Membaca doa untuk setiap kali makan (sehari) PENOLAKAN 10 MARKAH (-10)
Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 45 2. Perkara 2.1.6: Pemakaian tag diwajibkan bagi setiap aktiviti (kecuali aktiviti lasak dan berbahaya) Perkara 2.1.11: Sentiasa menjaga kebersihan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan Perkara 2.1.12: Setiap keputusan individu mahupun kumpulan mestilah mendapat kelulusan Pengarah BIG a. Mencuci tandas b. Membasuh Perkakas Memasak c. Membasuh Talam Rakan d. Membasuh pinggan cawan pensyarah PENOLAKAN 10 MARKAH (-10)