The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PANDUAN BIAH SOLEHAH IPGKPI TERKINI (1) (1) (1) (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 389-11-ainin, 2023-06-05 22:48:48

BUKU PANDUAN BIAH SOLEHAH IPGKPI TERKINI (1) (1) (1) (1)

BUKU PANDUAN BIAH SOLEHAH IPGKPI TERKINI (1) (1) (1) (1)

Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 46 HISBAH KESALAHAN MANDATORI Bil ISI PANDUAN PERATURAN BIG (3.1) HISBAH DIKENAKAN SISTEM MERIT 1. Perkara 3.1.2: Solat berjemaah pada setiap waktu Perkara 3.1.3: Setiap aktiviti mematuhi syariat dan menitikberatkan dua aspek iaitu ikhtilat dan unsur yang diterapkan dalam aktiviti Perkara 3.1.7: Memastikan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sentiasa terjaga Perkara 3.1.8: Dilarang merokok/vape Diserahkan Kepada Kem Komandan PENOLAKAN 10 MARKAH (-10)


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 47 i. Satu Kesalahan = 1 Hisbah akan dikenakan. ii. Dua Kesalahan Dan Keatas = 2 Hisbah. iii. Hisbah yang akan dikenakan bergantung kepada Kem Komandan atau AJK Kerohanian dan Disiplin yang ditugaskan. iv. Setiap individu berperanan untuk mematuhi warta tersebut kerana hisbah akan dikenakan kepada setiap individu yang melakukan kesalahan. v. Penolakan merit akan dilakukan kepada kumpulan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah kesalahan individu. Peraturan yang digariskan itu wajib dipatuhi juga oleh setiap kumpulan.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 48 GARIS PANDUAN BERSUKAN IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 49 PENGENALAN Bersukan adalah suatu aktiviti yang amat digalakkan dalam Islam kerana dengan bersukan kesihatan dan kecergasan tubuh badan dapat dikekalkan sekaligus menjauhkan diri daripada sebarang penyakit. Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26: َر َم ِن َّن َخْي ِ ِج ْرهُ إ ْ بَ ِت ا ْستَأ َ ْحدَا ُه َما يَا أ ِ قَالَ ْت إ ِمي ُن ُّي األَ ِو قَ ْ َج ْر َت ال ْ ا ْستَأ Maksudnya: ‘Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia jadi orang upahan (menggembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.’ Pada hari ini sukan bukan hanya sekadar aktiviti masa senggang semata-mata bahkan mempunyai peranan yang lebih luas terutamanya kepada siswa pendidik IPGKPI. Hal ini kerana menerusi sukan semangat muhibah, perpaduan dan keharmonian antara individu dapat dijalinkan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara. Bersukan juga merupakan salah satu aktiviti yang menyumbang kepada pembentukan muslim yang proaktif dan sihat tubuh badan.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 50 OBJEKTIF • Memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada individu yang terlibat sama ada daripada aspek fizikal, mental dan spiritual; • Memantapkan pelaksanaan ibadah dan ketaatan diri seseorang individu muslim terhadap Allah SWT; dan • Memupuk perpaduan dan keharmonian sesama manusia. SASARAN • Penganjur • Jurulatih • Peserta • Penyokong


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 51 GARIS PANDUAN BERSUKAN IPGKPI 1.0 KEJURULATIHAN Dalam aspek kejurulatihan, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Antaranya adalah seperti yang berikut: a. Jurulatih dan ahli sukan sebaik-baiknya terdiri daripada jantina yang sama; dan b. Sekiranya berbeza jantina, batas-batas pergaulan antara jurulatih dan ahli sukan hendaklah dijaga selaras dengan tuntutan syarak seperti menjaga maruah diri, akhlak, adab dan tatasusila. Bagi maksud ini juga, jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan perempuan yang dilatihnya dan begitu juga 2.0 PAKAIAN SUKAN Pakaian sukan yang dipakai hendaklah memenuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan yang diceburi. Contohnya seperti yang berikut:


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 52 a. Lelaki : T-shirt dan berseluar panjang atau seluar panjang b. Perempuan : T-shirt lengan panjang yang melepasi paras lutut, berseluar panjang dan menutup rambut serta leher. Pakaiannya juga mestilah longgar dan tidak menampakkan susuk badan. 3.0 PENGGUNAAN TEMPAT BERSUKAN Penggunaan tempat bersukan hendaklah memenuhi beberapa kriteria seperti yang berikut: a. Semasa bersukan, percampuran bebas antara lelaki dan wanita adalah dilarang; b. Penggunaan tempat bersukan antara lelaki dengan perempuan seperti padang permainan, trek olahraga, gimnasium dan sebagainya hendaklah digunakan secara berasingan; dan c. Sekiranya kemudahan penggunaan tempat bersukan secara berasingan tidak dapat disediakan, sebagai alternatif, jadual masa penggunaan bagi lelaki dan wanita hendaklah dilaksanakan.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 53 d. Penggunaan semasa waktu solat adalah dilarang e. Sebarang aktiviti sukan perlulah dihentikan 15 minit awal sebelum masuk waktu solat 4.0 PENGANJURAN PROGRAM SUKAN Bagi setiap program sukan yang dianjurkan, hendaklah memenuhi beberapa kriteria seperti yang berikut: a. Diadakan pada masa, tempat dan waktu yang bersesuaian b. Tidak melalaikan daripada menunaikan perintah Allah SWT. Contohnya tidak menghalang pelaksanaan ibadah seperti sembahyang dan puasa c. Bagi kaum wanita, penyertaan mereka dalam sukan-sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan mereka dan bertentangan dengan adab, adat dan tatasusila adalah dilarang d. Tidak disertai dengan perbuatan-perbuatan haram atau maksiat. Contohnya meraikan kemenangan dalam pertandingan sukan dengan bersentuh-sentuhan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 54 e. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis, permusuhan dan pergaduhan f. Tidak mencetuskan vandalisme yang merosakkan harta benda awam g. Tidak melakukan kekerasan sehingga menyebabkan kecederaan kepada pemain lain h. Tidak menggunakan lambang-lambang keagamaan lain seperti salib, api (obor) dalam penganjuran program sukan; i. Tidak membawa kepada unsur-unsur pembaziran; dan j. Pengadil wajib mengadili perlawanan dengan adil dan tidak berat sebelah kepada manamana pihak. 5.0 TANGGUNGJAWAB PENGANJUR Penganjur hendaklah memastikan acara sukan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan ini.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 55 GARIS PANDUAN PERGAULAN IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 56 PENGENALAN Islam merupakan agama yang mementingkan penjagaan jatidiri serta maruah umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan. Sebagai kehidupan seorang pelajar IPGKPI, sememangnya tidak asing lagi dengan gerak kerja yang melibatkan individu yang berlainan jantina. Hal ini menyebabkan mereka saling bekerja untuk mencapai matlamat masing-masing. Ajaran Islam amat menitik beratkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ataupun percampuran antara lelaki dan perempuan selayaknya dilihat sebagai sesuatu yang besar impaknya kepada keruntuhan moral ummah. Syariat Islam tidak melarang pergaulan antara lelaki dan wanita asalkan mengikut lunas dan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh syarak. Malah Islam menggalakkan pergaulan yang sihat dan membuahkan manfaat kepada mereka. Dalam Islam pergaulan yang sihat mengambil kira batas-batas mahram dan juga jenis aktiviti yang dijalankan. Firman Allah dalam ayat 30 surah An-Nur:


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 57 ُظوا َويَ ْحفَ ِر ِه ْم َصا ْب َ ُمْؤ ِمنِي َن يَغُ ُّضوا ِم ْن أ ْ ِل قُل ل ِ َما ِي ٌر ب َّن ََّّللاَ َخب ِ ُهْم إ ْز َكى لَ َ ِل َك أ ُرو َج ُهْم ذَ فُ يَ ْصنَعُو َن30 ْظ َن ِر ِه َّن َويَ ْحفَ َصا ْب َ ْغ ُض ْض َن ِم ْن أ ُمْؤ ِمنَا ِت يَ ْ ِل َوقُل ل َها... َما َظ َهَر ِمْن ِالَّ ُه َّن إ ُرو َج ُه َّن َوال يُْبِدي َن ِزينَتَ فُ Maksudnya: ‘Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan katakanlah kepada perempuanperempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan persiapan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…”. Islam telah meletakkan peraturan bahawa antara lelaki dan perempuan mesti mengawal pandangan dan tidak bebas bergaul antara keduanya. Sedangkan pandangan mata sahaja pun Islam sudah mengawal, inikan pula lebih dari itu seperti berbual-bual, bermesra, keluar sama-


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 58 sama, berpegang pegangan tangan malahan Islam tidak pernah merestui hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan belum berkahwin dengan tanpa batasan. Pendek kata, ia hanya akan meletakkan diri seseorang itu dalam keadaan berdosa serta boleh menjerumuskan diri ke dalam perzinaan.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 59 OBJEKTIF • Memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI • Menyedari hakikat batasan pergaulan • Menjaga maruah diri sebagai muslim • Mencerminkan keperibadian muslim sebenar SASARAN • Semua warga IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 60 GARIS PANDUAN PERGAULAN IPGKPI 1.0 KEHIDUPAN SEHARIAN a. Pertemuan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan fitnah b. Pertemuan antara seorang lelaki dan seorang perempuan di tempat tertutup adalah dilarang c. Perjumpaan yang dilakukan antara lelaki dan perempuan haruslah mempunyai tujuan yang mustahak atau penting d. Individu yang terlibat haruslah menjaga adabadab ketika bergaul seperti menjaga suara dan tidak bergurau secara berlebihan e. Perjumpaan yang dilaksanakan haruslah menjaga batas-batas pergaulan berlandaskan syarak seperti menjaga jarak, menjaga suara dan menjaga maruah f. Dilarang menaiki kenderaan dengan berlainan jantina tanpa sebab yang darurat g. Keluar berdua-duaan atau bercampur antara lelaki dan perempuan adalah dilarang h. Sebarang aktiviti yang dijalankan haruslah ditetapkan batasan had antara lelaki dan


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 61 perempuan seperti di perpustakaan, bilik kuliah, dewan, dapur dan sebagainya. i. Wajib memakai pakaian yang menutup aurat jika berlaku pertemuan antara lelaki dan perempuan j. Diwajibkan untuk memakai stoking kaki dan tangan bagi perempuan


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 62 2.0 MEDIA SOSIAL a. Sebarang siaran di media sosial perlu menjaga batas-batas pergaulan berlandaskan syarak seperti menjaga jarak, menjaga suara dan menjaga maruah b. Sebarang gambar atau video yang dimuatnaik ke akaun sosial media mestilah tidak secara berdua-duaan atau menunjukkan percampuran antara lelaki dan perempuan c. Gambar atau video yang dimuatnaik tidak berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan d. Pakaian haruslah menepati syarak seperti tidak jarang, tidak ketat, labuh, longgar serta menutupi bahagian aurat yang lain. e. Tidak memuatnaik gambar atau video yang menimbulkan fitnah, provokasi dan menyentuh sensitiviti


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 63 GARIS PANDUAN KOLEJ KEDIAMAN IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 64 PENGENALAN Kolej kediaman merupakan sebuah prasarana yang disediakan oleh IPGKPI untuk kemudahan para pelajar. Kolej kediaman juga merupakan sebuah pusat untuk pelajar bermasyarakat dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri pelajar. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Kolej Kediaman seperti bilik gerakan warden, bilik rekreasi, bilik rehat dan bilik tidur. Kolej Kediaman merupakan tempat tumpuan pelajar dalam melakukan aktiviti seharian. Bagi memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI, pelajar perlu mematuhi Garis Panduan Kolej Kediaman IPGKPI yang ditetapkan.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 65 OBJEKTIF • Mengekalkan kesucian biah solehah di IPGKPI • Menyediakan garis panduan kepada warga IPGKPI untuk menjaga adab di kolej kediaman • Menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri pelajar SASARAN • Pelajar IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 66 GARIS PANDUAN KOLEJ KEDIAMAN IPGKPI 1.0 AURAT a. Menjaga aurat sesama jantina dengan mematuhi batas-batas aurat yang digariskan syarak b. Menjaga aurat dengan pelajar bukan Islam dengan mematuhi batas-batas aurat yang digariskan syarak c. Pelajar perlu menjaga batasan aurat apabila keluar daripada kawasan asrama (Rujuk Etika Pemakaian) 2.0 PENETAPAN WAKTU a. Pertemuan antara pelajar lelaki dan perempuan di kawasan asrama dilarang sama sekali b. Segala perbincangan atau aktiviti di kawasan asrama hendaklah tidak melebihi jam 11.30 malam


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 67 3.0 DISIPLIN a. Dilarang merokok atau vape di kawasan asrama b. Pelajar hendaklah menjaga suara di asrama supaya tidak mengganggu keharmonian penghuni lain seperti tidak menjerit, mengilai dan sebagainya c. Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan asrama yang berlainan jantina 4.0 KEBERSIHAN a. Kebersihan di kawasan asrama haruslah dijaga dengan baik seperti kawasan bilik tidur, tandas, pantri dan sebagainya. b. Tuala wanita perlulah dibuang di tong yang disediakan


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 68 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KAFETERIA IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 69 PENGENALAN Kafeteria merupakan sebuah tempat umum yang sering digunakan oleh para pelajar dalam urusan seharian mereka. Tidak dinafikan bahawa kafeteria juga menjadi pusat perbincangan siswa pendidik IPGKPI untuk menyelesaikan tugasan dan sebagainya. Islam bukan hanya berkisar tentang solat, puasa dan zakat malah Islam adalah cara hidup seorang Muslim. Maka, sebagai seorang warga IPGKPI, kesedaran tentang mengahayati Islam yang sebenar menjadikan kita sebagai Muslim yang meletakkan keutamaan agama dalam setiap amalan kita. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 208 iaitu: ْ ِعُوا َوالَ تَتَّب ِم َكافَّةً ْ فِي ال ِ سل ْ ُوا ا ْد ُخل ْ َمنُوا ِذي َن آ َّ َها ال ُّ ي َ أ ِي ٌن مب ُّ و ٌّ ِنَّهُ لَ ُكْم َعدُ ِن إ ُخ ُطَوا ِت ال َّشْي َطا Maksudnya: ‘Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata’


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 70 Sebagai seorang pelajar IPGKPI, hakikat sebenar penghayatan Islam itu harus disedari walau di manamana sahaja. Hal ini bagi membantu memberikan panduan serta membataskan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku sehingga mencemarkan kesucian biah solehah di IPGKPI.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 71 OBJEKTIF • Memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI terutamanya di tempat umum • Menyediakan garis panduan kepada warga IPGKPI untuk menjalani kehidupan muslim yang berlandaskan syariat • Memberi kefahaman tentang penghayatan syariat islam yang sebenar SASARAN • Pelajar IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 72 GARIS PANDUAN PENGGUNAAN KAFETERIA IPGKPI 1.0 PENGASINGAN MEJA a. Meja makan bagi pelajar lelaki dan perempuan haruslah diasingkan b. Meja makan tidak boleh digunakan oleh jantina yang berlainan 2.0 HAD PENGGUNAAN a. Waktu penggunaan kafeteria hanya terhad sehingga jam 11.30 malam 3.0 PAKAIAN (Rujuk Etika Pemakaian IPGKPI) 4.0 BATAS PERGAULAN a. Pelajar haruslah menjaga adab-adab di tempat awam seperti tidak membuat bising, menjaga suara dan tidak bergurau secara berlebihan


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 73 b. Perjumpaan yang dilaksanakan haruslah menjaga batas-batas pergaulan berlandaskan syarak seperti menjaga jarak, menjaga suara dan menjaga maruah


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 74 GARIS PANDUAN MESYUARAT ATAU PERBINCANGAN IPGKPI ___________________________________ PANDUAN BIAH SOLEHAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 2020 ___________________________________ UNIT BIMBINGAN DAN PEMBANGUNAN INSAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 75 PENGENALAN Mesyuarat atau perbincangan merupakan salah satu kaedah yang amat ditekankan dalam Islam untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah ini sesuai untuk mendapatkan persetujuan serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159 ada menyebut tentang amalan bermesyuarat: َّن ِ َو َّك ْل َعلَى ََّّللاِ إ ِذَا َع َز ْم َت فَتَ ْمِر فَإ ِو ْر ُه ْم فِي األَ َو َشا َو كِ ِلي َن ُمتَ ْ ب ال ُّ ََّّللاَ يُ ِح Maksudnya: ‘…dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.’


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 76 Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi ada menyebut tentang amalan bermesyuarat iaitu Dari ibnu Abbas r.a berkata, bila mana turun ayat ini : ْمِر ِو ْر ُه ْم فِي األَ َو َشا (Sentiasalah bermesyuarat dgn mereka dalam urusanurusan penting) Maka, rasulullah saw telah bersabda: Allah dan RasulNya tidak perlu pada mesyuarat, tetapi Allah telah menjadikan sebagai rahmat bagi umatku, maka barang siapa di kalangan umatku yang bermesyuarat, dia sentiasa berada pada jalan yang lurus, dan barangsiapa yang tidak bermesyuarat di kalangan umatku, dia akan sentiasa dalam kesusahan Amalan bermesyuarat sangat penting untuk dilaksanakan dengan berpandukan beberapa panduan supaya tidak terpesong daripada matlamat asal bermesyuarat. Dalam bermesyuarat, akan berlaku pergaulan dan perbincangan antara berlaina jantina, maka penekanan aspek penjagaan iktilat dan adab semasa mesyuarat amat digalakkan bagi memelihara kesucian biah solehah di IPGKPI.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 77 OBJEKTIF • Mengekalkan kesucian biah solehah di IPGKPI • Menyediakan garis panduan kepada warga IPGKPI untuk melaksanakan mesyuarat berlandaskan syarak • Memastikan matlamat tercapai sepanjang mesyuarat atau perbincangan berlangsung SASARAN • Semua warga IPGKPI


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 78 GARIS PANDUAN MESYUARAT ATAU PERBINCANGAN IPGKPI 1.0 PELAKSANAAN a. Mesyuarat atau perbincangan tidak terlalu lama dan berulang b. Pertemuan dan kerjasama yang dilakukan dalam suasana yang serius c. Mesyuarat dan perbincangan tidak menghalang pelaksanaan ibadah seperti sembahyang dan puasa; d. Pemilihan waktu yang bersesuaian iaitu tidak dilakukan sehingga lewat malam e. Sebarang mesyuarat atau perbincangan yang dilakukan melebihi jam 11.30 malam adalah dilarang f. Pemilihan tempat haruslah bersesuaian iaitu di tempat yang terbuka g. Pastikan perjumpaan atas perkara yang mustahak dan penting


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 79 2.0 PERGAULAN a. Tidak dilaksanakan secara berdua-dua antara berlainan jantina sehingga menimbulkan fitnah b. Pelajar haruslah menjaga adab-adab bermesyuarat seperti tidak membuat bising, menjaga suara dan tidak bergurau secara berlebihan c. Perjumpaan yang dilaksanakan haruslah menjaga batas-batas pergaulan berlandaskan syarak seperti menjaga jarak, menjaga suara dan menjaga maruah 3.0 PEMAKAIAN a. Ahli mesyuarat perlu mematuhi Etika Pemakaian yang ditetapkan (Rujuk Etika Pemakaian IPGKPI)


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 80 BIBLIOGRAFI Al-Hadis. Al-Imam Abi al-Husain Muslim bin al-Hajjaj. (1992). Mausu‘ah as-Sunnah, al-Kutub al-Sittah wa Shuruhuha Sahih Muslim, c. 2. Istanbul: Dar al-Da‘wah. Al-Quran. Al-Syeikh Saleh bin ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad bin Ibrahim. (2000). Mausu‘ah al-Hadith al-Syarif alKutub al-Sittah, Sahih Bukhari, c. 3. Riyadh: Dar al-Salam. Jalal al-Din ‘Abd. Al-Rahman al-Sayuti. (1932). alAshbahwa al-Nazair fi Qawa’id wa furu’ fiqh al Syafi’iyyah. Mesir: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh. Kamus Dewan (2005) Edisi Keempat Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perak. (2008). Garis Panduan Karnival Dan Hiburan Yang Dibenarkan Dalam Islam. Dimuat turun pada 19 Julai 2019 dari http://mufti.perak.gov.my/images/garis_panduan/ GP_HIBURAN-KARNIVAL.pdf


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 81 Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2019). Bayan Linnas Siri ke-197 Islam dan Muzik. Diakses pada 19 Julai 2019 dari http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayanlinnas/3570-bayan-linnas-siri-ke-197- islam-dan-muzik Mohamad Kamil Ab Majid & Muhammed Bin Yusof. (2008). Ke Arah Memperkasakan Islamisasi Seni Muzik Sebagai Satu Alternatif : Satu Pengamatan Awal. Jurnal Hadhari: 105-121. Mohd Asri Che Ibrahim & Shukeri Bin Mohamad Pelaksanaan Dasar Kesenian Di Negeri Kelantan Dari Tahun 1990 Hingga 2015: Analisis Menurut Siasah Syar‘Iyyah. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 17: 97-112. Nafisah Tahir & Kamal Ashaari. (2016). Ajarkan Wanitamu Surah An-Nur. Kuala Lumpur. Pustaka Zhilal. Salih bin Ghanim al-Sadlan. (1999). al-Qawa’id alFiqhiyyah al-Kubra wama Tafarra’ ‘Anha. Riyadh: Dar Balansiah. Sektor Hal Ehwal Pelajar & Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru. Selangor. Kementerian Pendidikan Malaysia. Sheikh Abdullah Basmeih. (2001). Tafsir Pimpinan alRahman Kepada Pengertian al-Quran (2001), c. 12. Kuala Lumpur: Darul Fikir.


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 82 ETIKA PEMAKAIAN SISWA PENDIDIK INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM LAMPIRAN A


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 83 PERATURAN RAMBUT PELAJAR LELAKI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM LAMPIRAN B


Panduan Biah Solehah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam 84 PERATURAN TUDUNG PELAJAR PEREMPUAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM LAMPIRAN C M


Click to View FlipBook Version