CABARAN DAKWAH NABI MUHAMMAD (Siri 1)
( Kisah Para Rasul dari Ustaz Sabir )
Bermula siri ini akan dikongsikan kisah yg paling
agung Nabi Muhammad s.a.w.
Penulis akan berusaha berkongsi kepada para
pembaca beberapa kisah yg penting. Rujukan adalah
berdasarkan beberapa kitab-kitab sirah dan tafsir.
Harapnya para pembaca dapat menghayati liku-liku
dakwah Baginda yang penuh cabaran.
Justeru itu tidak semua kisah akan dicoretkan dalam
Tazkirah Jiwa ini. Sekali lagi diingatkan fokus adalah
cabaran dakwah Baginda
Nabi Muhammad adalah Rasul akhir zaman.
Kelebihan yg dimiliki oleh Baginda tidak dapat
ditandingi oleh mana-mana manusia.
Maka tidak layak bagi mana-mana muslim yg
menuntut sanjungan melebihi sanjungan kepada
Baginda.
Para ilmuan yg mempunyai ramai pengikut tidak
sesekali patut merasakan kemuliaan setaraf dengan
Baginda.
Begitu juga para pengikut ilmuan jangan sesekali
meletakkan mana-mana tokoh setanding dengan
Rasulullah s.a.w.
Allah memuliakan Baginda sehingga diperintahkan
ummatnya berselawat keatas Baginda.
Lihat firman Allah,
إِ َّن اللهَّ َو َملَا ِئ َكتَ ُه ُي َص ُّلو َن َع َلى النَّ ِبيِّ ۚ َيا أَ ُّي َها ا َّل ِذي َن آ َمنُوا َص ُّلوا َع َل ْي ِه
َو َس ِّل ُموا تَ ْسلِي ًما
Maksudnya : Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikatNya berselawat untuk
Nabi. Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
(Al Ahzab 33:56)
Maksudnya : Imam Bukhari di dalam tafsir ayat ini
mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sa'id ibnu
Yahya ibnu Sa'id, telah menceritakan kepada kami ayahku,
dari Mis'ar, dari Al-Hakam, dari Ibnu Abu Laila, dari Ka'b ibnu
Ujrah yang menceritakan bahwa pernah ditanyakan kpd
Rasulullah,
َقا َل ا ْلبُ َخا ِر ُّي ِ -عنْ َد َتفْ ِسي ِر َه ِذ ِه الْآ َي ِة َ :-ح َّد َثنَا َس ِعي ُد بْ ُن َي ْح َيى بْ ِن َس ِعي ٍدَ ،ح َّدثَنَا
أَ ِبيَ ،ع ْن ِم ْس َعرَ ،ع ِن ا ْل َح َكمَِ ،ع ِن ا ْب ِن أَ ِبي َليْ َلىَ ،ع ْن َك ْع ِب بْ ِن ُع ْج َرة َقا َلِ :قي َل :يَا
َر ُسو َل اللهَِّ ،أَ َّما ال َّسلَا ُم َع َليْ َك َفقد َع َر ْفنَا ُهَ ،ف َكيْ َف ال َّصلَاةُ؟ َف َقا َلُ " :قو ُلوا :ال َّل ُه َّمِ ،ص ِّل
َع َلى ُم َح َّم ٍدَ ،و َع َلى آ ِل ُم َح َّم ٍدَ ] ،ك َما َص َّل ْي َت َع َلى آ ِل إِ ْب َرا ِهي َم ،إِنَّ َك َح ِمي ٌد َمجِي ٌد.
ال َّل ُه َّم ،بَا ِر ْك َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى آ ِل ُم َح َّم ٍد[ َك َما َبا َر ْك َت َع َلى آ ِل إِبْ َرا ِهي َم ،إِ َّن َك َح ِمي ٌد
" َمجِي ٌد
"Wahai Rasulullah, adapun cara mengucapkan salam
penghormatan kepadamu kami sudah mengetahuinya.
Maka bagaimanakah cara berselawat untukmu?"
Rasulullah Saw. menjawab: Ucapkanlah, Ya Allah,
limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan
keluarganya, sebagaimana telah Engkau limpahkan
selawat kepada keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha
Agung. Ya Allah, limpahkanlah keberkatan kepada
Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah
Engkau limpahkan keberkatan kepada keluarga
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung (Mulia).
Abu Abdillah Imam Ja’far al-Shadiq ditanya tentang
firman Allah.,
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-
malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai
orang-orang beriman, berselawatlah
kepadanya dan ucapkanlah selamat dengan
sebaik-baik selamat.”
Ia berkata, “Selawat dari Allah adalah rahmat, dari
malaikat adalah sanjungan dan dari manusia adalah
doa.
Adapun firmanNya, “wa sallimu taslim-an”,
sesungguhnya bermakna redha pada beliau dalam
apa yg datang dari beliau.”
Perawi bertanya, “Lantas bagaimana kita berselawat
kpd Muhammad dan keluarga beliau?”
Imam Ja’far menjawab, “Hendaknya kamu
mengatakan,
«َع َلى ُم َح َّم ٍد َخ ْل ِق ِه َِو َج ِمیع أاَنْل ِب ََّیسالَِئا ِه ُم َو َع َلُریْ ُِهسلِ َوِه َو َص َل َوا ُت َملَا ِئکَ ِت ِه َو ِّالل َه َص َل َوا ُت
الل ِهَّ َو َب َرکَا ُت ُه َر ْح َم ُه َع َل ْی ِه ْم َو َو » َو آ ِل ُم َح َّم ٍد
Perawi bertanya lagi, “Dan apa pahala orang yang
berselawat kepada Nabi dan keluarga beliau dengan
selawat cara tadi?”
Imam Ja’far menjawab, “Keluar darinya dosa-dosa,
demi Allah seperti di hari ia dilahirkan ibunya.” (Ma’ānī
al-Akhbār, hlm. 368).
Begitu tinggi peghormatan Allah kepada Rasulullah
s.a.w maka sewajarnya sosok tubuh ini dikenali
dengan lebih dekat dlm jiwa setiap muslim.
Insha Allah bersamb lagi.
Kisah Para Rasul
dari Ustaz Sabir
CABARAN DAKWAH NABI MUHAMMAD (Siri 2)
Nabi Isa adalah Rasul yang diutuskan sebelum Nabi
Muhammad s.a.w. Jarak sebenar antara kedua Rasul
ini tidak didapati secara tepat.
Antara faktor perbezaannya adalah bagaimana para
ahli sejarah menghitung.
Ada yang mula menghitung sejak kelahiran Nabi Isa
hingga kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan ada
yang mengira sejak kelahiran Nabi sehingga kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w. Secara kasarnya ada yang
memberi tempoh sekitar 570 tahun ke 620 tahun.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada hari Isnin 12
Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571M di Mekah iaitu
dikenali awal Tahun Gajah. Nama Baginda yang lengkap
adalah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin
Abdi Manaf bin Qushayi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luayy bin
Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin
Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’ad bin ‘Adnan dan
selanjutnya bertemu susur galur keturunan dengan Nabi Ismail.
Bapa Baginda bernama Abdullah merupakan seorang
anak yang disayangi oleh Abdul Mutalib. Abdullah
telah berkahwin dengan Aminah Binti Wahab juga dari
keturunan bangsa Quraisy.
Semasa Aminah mengandung Abdullah telah keluar
berniaga keluar dari kota Mekah.
Namun Abdullah meninggal dunia ketika dalam
perjalanan dalam usia yang muda iaitu 25 tahun.
Jasad Abdullah telah dikebumikan di daerah Bani
Hadyi Bin An Najar berhampiran Yathrib.
Aminah ibu Nabi Muhammad s.a.w telah melahirkan
Baginda pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal.
Kegembiraaan menyelubungi kaum Quraisy
terutamanya Abdul Mutalib kerana memperolehi
seorang cucu lelaki.
Allah telah mengilhamkan kepada Abdul Mutalib
menamakan cucunya dengan nama Muhammad,
sedangkan nama seperti ini tidak pernah digunakan
oleh bangsa arab pada waktu itu.
Kelahiran bayi lelaki adalah suatu yang diraikan oleh
kaum Quraisy sebagai tanda kesyukuran. Kelahiran
bayi yang yatim ini juga disambut gembira oleh bapa
saudara Baginda yang lain.
Satu generasi bangsa Quraisy yang dilahirakn itu
diraikan dengan penyembelihan dan jamuan makan
oleh bapa saudara Baginda.
Menjadi budaya dalam masyarakat Quraisy bayi baru
lahir akan disusukan oleh ibu susuan yang diberi
upah. Pada peringkat awal Baginda telah disusukan
oleh seorang wanita yang bernama Tsuwaibah dan
kemudiannya oleh Halimah Binti Abi Dzuaibi As
Saa'diyah. Beliau merupakan seorang wanita yang
miskin dan hidup dalam kesempitan.
Pada peringkat awalnya Halimah tidak mahu
mengambil Baginda untuk disusukan kerana khuatir
tidak mendapat upah kerana menyusukan anak yatim.
Namun akhirnya beliau bersetuju menyusukan bayi ini
kerana tiada lagi bayi yang ditawarkan untuk
disusukan.
Sepanjang penyusuan bayi ini, Halimah dan
keluarganya mendapat rezeki yang melimpah.
Kambing-kambingnya mengeluarkan susu yang
banyak dan menambah rezeki mereka sekeluarga.
Baginda telah dijaga hampir tempoh lima tahun dan
dikembalikan kepada Aminah. Seterusnya Baginda
telah dipelihara pula oleh Ummu Aiman Al
Habasiyyah. Ketika Baginda berumur 6 tahun ibunya
meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang
menziarahi makam Abdullah. Ketika perjalanan itu
Baginda turut serta dan juga ditemani oleh Ummu
Aiman. Jenazah Aminah telah dikebumikan di Abwa
yang terletak di antara Madinah dan Mekah.
Rasulullah s.a.w telah dibawa balik ke Mekah oleh
Ummu Aiman. Bermulah kehidupan Baginda sebagai
seorang anak yatim piatu di usia yang masih kecil.
Bersambung. Insha Allah.
Kisah Para Rasul
dari Ustaz Sabir
CABARAN DAKWAH NABI MUHAMMAD (Siri 3)
Abdul Mutalib datuk Rasulullah s.a.w telah mengambil
tanggungjawab memelihara cucunya yang sudah
menjadi yatim piatu.
Abdul Mutalib telah memberi perhatian yang lebih
kepada cucunya ini berbanding dengan yang lain.
Ibnu Hashim menceritakan, Abdul Mutalib seorang
yang dihormati di Mekah. Kebiasaannya akan
dihamparkan sebidang tikar di Kaabah untuk Abdul
Mutalib duduk. Anak-anaknya serta cucu-cucunya
akan duduk sekeliling tikar tersebut dan tiada seorang
pun yang akan duduk diatas tikar tersebut.
Gambar hiasan
Namun ketika Baginda masih kecil Baginda akan
duduk diatas tikar tesebt dan bapa-bapa saudaranya
akan menarik Baginda bagi memberi ruang kepada
Abdul Mutalib. Melihatkan gelagat Rasulullah itu Abdul
Mutalib berkata
"Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai
kedudukan."
Kemudian Abdul Mutalib duduk disamping Baginda
dan mengosok belakang Rasulullah. Perbuatan itu
menyenangkan Abdul Mutalib.
Kegembiraan Rasulullah dibelai dengan penuh kasih
sayang oleh datuknya Abdul Mutalib hanyalah sekitar
dua tahun sahaja.
Di usia Baginda lapan tahun dua bulan Abdul Mutalib
meninggal dunia pula. Sebelum kewafatan Abdul
Mutalib telah diwasiatkan agar Abu Talib bapa saudara
Nabi mengambil tanggungjawab untuk memelihara
Baginda. Walaupun Abu Talib bukan dari keluarga
yang senang beliau tetap menerima untuk memelihara
Rasulullah.
Abu Talib seorang yang pengasih, penyayang dan
mulia sentiasa melebihkan kasihnya kepada
Rasulullah.
Baginda pula sentiasa mendampingi Abu Talib dengan
senang dan sentiasa membantu bapa saudaranya ini.
Seringkali Abu Talib akan membawa Rasulullah
apabila ada urusan di luar.
Anak-anak Abu Talib yang juga merupakan sepupu
Rasulullah juga menyenangi Baginda.
Baginda pandai menyesuaikan diri dan tidak
menyusahkan Abu Talib. Sikap dan tingkahlaku
Baginda menyebabkan semua orang yang
mendekatinya akan merasa aman dan tenang.
Tidak terdapat kanak-kanak yang seusia Baginda
yang mempunyai perangai seperti Baginda yang
disenangi oleh sesiapa yang mendekatinya.
Walaupun Baginda seorang yatim piatu tidaklah
Baginda merasakan terasing dan menyendiri.
Al Quran menyebut Baginda walaupun seorang yatim
tetap berada dalam perlindungan Allah, lihat firman
Allah
أَ َل ْم َيجِ ْد َك َي ِتي ًما فَآ َو ٰى
Maksudnya : Bukankah Dia mendapatimu
sebagai seorang yatim, lalu Dia
melindungimu? (Dhuha 93:6)
Satu hari Abu Talib telah membawa Baginda dalam
perjalanan ke Syam. Waktu itu usia Baginda adalah 12
tahun. Setibanya di kota Busra iaitu kampung yang
bersempadan dengan Syria dan Semenanjung Arab,
ada seorang rahib yang bernama Buhaira
memerhatikan Baginda.
Rahib ini telah melihat tanda-tanda kenabian
sebagaimana diterangkan oleh kitab-kitab Nasrani
terdapat pada Baginda.
Lalu Buhaira memegang tangan Baginda dan beliau
berkata:
"Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang
diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian
alam."
Kemudian berkata Abu Talib,
"Dari mana maklumat ini tuan perolehi?
Jawab Buhaira,
"Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati "al-
Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang
tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya
berlaku kepada seorang nabi sahaja dan aku kenali
pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup
kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah
tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-
sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami."
Seterusnya beliau meminta supaya Abu Talib
membawa Baginda pulang ke Mekah dan jangan
diteruskan membawanya ke negeri Syam kerana
ditakuti tindakan buruk oleh Yahudi.
Mendengar nasihat Buhaira maka Abu Talib telah
mengirim Rasulullah untuk berpatah balik ke Mekah
bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.
Bersambung esok, Insha Allah.
Kisah Para Rahul
dari Ustaz Sabir
CABARAN DAKWAH NABI MUHAMMAD (Siri 4)
Di usia remaja Baginda Rasulullah telah melalui
pelbagai pengalaman hidup bersama masyarakat
Mekah. Antara peristiwa yang penting dalam hidupnya
ketika usia 15 tahun (menurut Syaikh Shafiyurrahman
Al Mubarakfuri) Baginda telah menyaksikan satu
peperangan Fijar dan perjanjian Fudhul.
Peperangan ini berlaku antara Kabilah Qais dan
musuhnya. Berlakunya peperangan ini iaitu antara Taif
dan Mekah. Punca berlakunya peperangan ini kerana
pelanggaran terhadap bulan-bulan haram.
Rasulullah terlibat dalam perang ini dengan
menyediakan anak-anak panah. Peperangan ini telah
mengorbankan banyak nyawa dari kedua-dua pihak.
Akhirnya seruan dari pembesar Quraisy agar berlaku
genjatan senjata dan mengadakan perdamaian
Fudhul.
Antara isi perjanjiannya adalah janganlah sampai ahli
Mekah teraniya dan diusir serta mencegah dari
berlakunya peperangan.
Baginda Rasulullah pernah bersabda berkaitan
pendamaian Fudhul ini,
Gambar hiasan
َِمأُا ْد َأعُ ِحى ُّبِب ِهأَ ِفَّن ِلي اَيل ِإِب ِه ْسل ُحا ْممِ َرلأَالَجنَّبْ َع ُمت ِح ْل ًفا ُج ْد َعا َن بْ ِن ال َّل ِه َعبْ ِد َدا ِر ِفي َش ِه ْد ُت َل َق ْد
َو َل ْو،
Maksudnya : “Aku menghadiri sebuah
perjanjian di rumah Abdullah bin Jud’an.
Tidaklah ada yang melebihi kecintaanku
pada unta merah kecuali perjanjian ini.
Jika aku diajak untuk menyepakati
perjanjian ini di masa Islam, aku pun
akan menerimanya.” (HR. Al Baihaqi dalam
Sunan Al Kubra no 12110, dihasankan oleh Al
Albani dalam Silsilah Ash Shahihah no.1900)
Ini menunjukkan Baginda mempunyai sikap lebih
cenderung untuk mengelakkan pertumpahan darah
dan lebih mencintai jalan-jalan perdamaian.
Sejarah awal kehidupan hidup tidak mudah sehingga
Baginda melakukan beberapa pekerjaan bagi
menyara kehidupannya.
Antara pekerjaan yang dilakukan oleh Baginda adalah
penternakan, mengembala, mengambil upah serta
berniaga barang dagangan Khadijah binti Khuwalid.
Terkenal dengan kejujurannya oleh penduduk Mekah
hingga Baginda digelar Al Amin.
Tiada perkataan keji dan kotor diungkapkan olehnya
apabila berurusan dengan masyarakatnya.
Kemuliaan akhlak Baginda sampai kepada
pengetahuan seorang wanita yang terlibat dalam
perniagaan iaitu Khadijah Binti Khuwalid.
Kebiasaanya Khadijah akan menawarkan kepada
peniaga Quraisy untuk membawa barang
dagangannya ke Syam untuk diniagakan.
Apabila diketahui ada seorang pemuda yang jujur
maka Khadijah telah menawarkan upah yang lebih
tinggi untuk membawa barang-barang dagangannya.
Rasulullah telah menerima dan diiringkan pula
pembantu Khadijah iaitu Maisarah (seorang lelaki)
bersama Baginda dalam misi perdagangannya.
Hasil perniagaan yang dibawa oleh Rasulullah telah
memberikan keuntungan yang lumayan.
Khadijah berasa gembira apabila mendengar dari
Maisarah ketangkasan dan kebijaksanaan Baginda
dalam perniagaan.
Ini menunjukkan terdapat keberkatan dalam
perniagaan hasil sikap Baginda yang jujur, mesra,
mudah berunding dan sebagainya sehingga
menghasilkan keuntungan besar.
Khadijah yang tidak berkahwin walaupun telah banyak
lamaran dari kaum Quraisy mula tertarik kepada
Rasulullah.
Diutuskan rombongan menyatakan hasrat Khadijah
dan Rasulullah pun berbincang dengan bapa-bapa
saudaranya yang turut menyokong hasrat untuk
mengahwini Khadijah.
Disebutkan mahar perkahwinan ini adalah 20 ekor
unta betina. Berkahwinlah Baginda bersama Khadijah
dengan dikurniakan beberapa cahaya mata iaitu anak
pertamanya bernama Qasim (kemudian Baginda
digelar Abu al-Qasim), Zainab, Rukiah, Umi Kalthum,
Fatimah dan Abdullah.
Namun kesemua anak lelakinya meninggal dunia
semasa kecil. Anak-anak perempuan baginda
kesemuanya sempat semasa Baginda dilantik menjadi
Rasul.
Seterusnya kesemua mereka memeluk Islam dan
berhijrah. Selain itu semua anak-anak Baginda wafat
semasa hayat Baginda kecuali Fatimah yang wafat
selepas kewafatan Baginda enam bulan kemudian.
Bersambung esok. Insha Allah
Kisah Para Rasul
dari Ustaz Sabir
CABARAN DAKWAH NABI MUHAMMAD (Siri 5)
Ketika umur Rasulullah menginjak 35 tahun telah
berlaku banjir besar di Mekah yang mengakibatkan
sebahagian dinding Kaabah runtuh.
Kaum Quraisy telah mengambil inisiatif untuk
membina semula bahagian Kaabah.
Apabila telah siap pembangunannya timbul isu
siapakah yang layak untuk meletakkan kembali Hajar
Aswad di tempatnya.
Maka terjadilah pertikaian dan pedebatan dikalangan
mereka sehingga menjurus kepada peperangan.
Kemudian bersuaralah Abu Umayyah Bin Mughirah
iaitu orang yang paling tua dikalangan berpengaruh
Quraisy,
"Wahai kaumku janganlah kamu semua bertentangan,
buatlah peraturan antara kamu dan sesiapa pun
hendaklah mematuhi peraturan tersebut."
Lalu mereka menjawab,
"Barangsiapa yang terlebih dahulu masuk ke Masjidil
Haram, maka dialah berhak meletakkan Hajar Aswad."
Tiba-tiba dengan aturan Allah Baginda Nabi
Muhammad adalah orang yang pertama masuk ke
Masjidil Haram.
Melihatkan Baginda mereka semua gembira kerana
Rasulullah adalah seorang yang jujur dan sentiasa
berkata benar.
Kemudian berkatalah mereka,
"Inilah Muhammad Al Amin, kami rela kepadanya."
Baginda tiba lalu mereka menceritakan perihal apa
yang terjadi dan persetujuan diantara mereka.