The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Rohani Haji Ismail, 2020-12-23 03:11:21

Cabaran dakwah nabi saw(1-5)

Cabaran dakwah nabi saw(1-5)

Baginda telah membentangkan kain serbannya dan
meminta keempat-empat pemimpin Quraisy
memegang hujung penjuru serban itu yang telah
diletakkan Hajar Aswad di tengahnya. Kemudian
mereka mengangkat dengan memegang hujung
serban itu, Apabila sampai ke Kaabah maka
Rasulullah telah mengangkat dan meletakkan Hajarul
Aswad di tempat asalnya. Tindakan bijak Baginda
telah berjaya melapangkan hati mereka semua dan
berjaya mengelakkan berlakunya perselisihan yang
panjang.

Ini adalah tanda kebijakkan yang dikurniakan oleh
Allah kepada Baginda.

Sepanjang hidup Baginda tidak pernah menyembah
berhala yang disembah oleh kaumnya. Baginda tidak
pernah minum arak dan tidak pernah makan
sembelihan atas nama berhala.

Baginda juga tidak percaya amalan karut dan berdoa
serta bersumpah atas nama Al Latta, Al Uzza dan Al
Manaf.



Segala bentuk hiburan dan perayaan jahiliyyah tidak
pernah dihadiri oleh Baginda bahkan akan diisi oleh
Baginda dengan beruzlah.

Dalam buku sirah Rahiq Maktum disebut,

Rasulullah mempunyai keistimewaan di kalangan
kaumnya, dengan akhlak-akhlak terpuji, pekerti-pekerti
mulia dan sifat-sifat terpuji.

Baginda tokoh termulia di kalangan bangsanya, elok
perangai, tinggi sikap kejiranan, lapang kesabarannya,
benar percakapan, lemah lembut pergaulan, bersih
jiwa, murah pemberian, mulia pekerjaan, menepati
janji, beramanah dan bertanggungjawab hingga
mereka menggelarnya sebagai "al-Amin " kerana
Baginda memiliki pekerti dan sifat-sifat yang
disenangi.

Begitulah hebatnya seorang manusia sebelum
diangkat menjadi Rasul sudah lengkap ciri akhlak
yang mulia. Khadijah berkata tentang Rasulullah,

"Seorang yang sentiasa menanggung beban,
membantu orang yang kesempitan, memberi makan
kepada tetamu dan menolong menegak kebenaran ".

Inilah sifat yang sewajarnya dipupuk oleh sesiapa
yang benar-benar cintakan Rasulullah. Dakwah bukan
hanya dengan kata-kata tetapi dengan akhlak dan
cara kehidupan dalam masyarakat.



Moga ianya menjadi asbab orang lain tertarik dengan
Islam. Namun kini ummat Islam jauh dari mengamati
cara hidup Rasulullah dalam masyarakat sebaliknya
hanya di beri perhatian perkara yang berkaitan ibadah
khusus sahaja.

Bersambung esok. Insha Allah.

Copy and paste. Sumber :telegram nasihat2
kehidupan
Semoga bermanfaat ..insyaAllah
# kredit ustaz Sabir


Click to View FlipBook Version