WTP 4012 SANITARY,
DRAINAGE AND
SEWERAGE SYSTEM
PREPARED BY: HE
KOMPETENSI 1: IDENTIFY RESIDENTIAL SANITARY, DRAINAGE AND SEWERAGE SYSTEM
REQUIREMENT
TAJUK: MENGENALPASTI KEPERLUAN SISTEM SANITARI,SALIRAN DAN KUMBAHAN
TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh MENGENALPASTI KEPERLUAN SISTEM
SANITARI,SALIRAN DAN KUMBAHAN mengikut spesifikasi yang ditetapkan supaya mutu kerja
dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
sistem sanitari,saliran dan kumbahan merupakan bahagian penting bagi sesebuah bangunan dan ianya
menjadi keperluan utama bagi memastikan keselesaan kepada penghuni. Selain dari keperluan
dokumen kontrak yang menjadi asas kepada syara pembinaan, komponen yang akan dibincangkan
dalam kompetensi ini akan melibatkan jenis-jenis symbol dan legend sistem perpaipan dan sanitari ,
jenis-jenis sistem perpaipan dan jenis-jensi sistem saliran dan pembetungan.
2.0 KEPERLUAN SISTEM SANITARI,SALIRAN DAN KUMBAHAN
Dalam melaksana dan melengkapkan kerja –kerja sanitari,saliran dan kumbahan bagi
melengkapkan keperluan bangunan , ia bermula dengan proses ikatan kontrak pembinaan antara
pemilik dengan kontraktor . Dokumen kontrak menjadi perjanjian bagi kontraktor menyiapkan kerja
sehingga selesai. Dokumen-dokumen yang terkandung dalam dokumen kontrak adalah Lukisan
o Lukisan/Pelan o Kos
o Spesifikasi o Duration/
o Bill of Quantities
i) Lukisan – Mengandung pelan-pelan yang telah disah dan diluluskan untuk pembinaan.
Lukisan- lukisan berikut adalah di perlukan untuk memberikan gambaran kepada petender secara
keseluruhan tentang jenis dan skop kerja, dan butiran-butiran lain yang diperlukan untuk
mengharga kerja yang disenaraikan di dalam senarai kuantiti.
a) Lukisan bangunan
Pelan Struktur
Pelan arkitek
Perpaipan dalaman
b) Lukisan Mekanikal dan Elektrikal
Lukisan pelan tapak (satu fasa atau tiga fasa)
Lukisan pendawaian elektrikal
PREPARED BY: HE
ii) Spesifikasi - Semua maklumat lanjut berkaitan dengan kaedah kerja-kerja pemasangan
bumbung dan bahan –bahan yang diperlukan terkandung dalam dokumen spesifikasi. Ia
merupakan penetapan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor.. Contoh Jadual Spesifikasi yang dipetik
dari Standard Specification For Building Work – JKR
Perkara Keterangan Spesifikasi
1. Water supply 1.2 Pipe Work
Plumbing 1.2.1 Pipework for water supply plumbing shall be to the
dimension shown or as specified hereinafter and shall be
complete wit all bend, tees,
socket,plugs,reducer,bracket,supports and everything else
necessary to complete thhe installation
1.2.2 Unless stated or shown otherwise, water supply pipeworks
in distribution pipes above ground shall be executed in
approved Class ‘B’ galvanized mild steel tubing and fitting to
BS 1387. All service pipe,pump delivery pipework and
pipework below ground level shall be in class ‘C’ galvanized
mild steel tubing
iii) Senarai Kuantiti /Bill of Quantities -
Mengandungi huraian serta kuantiti butir-butir kerja yang terlibat dalam pembinaan projek
Pembinaan dan pemasangan kerangka bumbung . Senarai kuantiti membolehkan kontraktor
menghargakan dan membuat anggran kos setiap butiran kerja yang terlibat untuk mendapatkan
jumlah harga tawaran
Contoh Senarai kuantiti (Bill of Quantitiy (BQ) Bumbung.
“ SPESIFIKASI PIAWAI UNTUK KERJA-KERJA BANGUNAN Kontraktor adalah diwajibkan merujuk
dan mematuhi Spesifikasi Piawai untuk Kerja-kerja Bangunan edisi terkini yang dikeluarkan oleh
Jabatan Kerja Raya dalam melaksanakan semua kerja di dalam Jadual Kadar Harga ini “
Nota:
PREPARED BY: HE
Maklumat kadar harga adalah dipetik dari JADUAL KADAR HARGA KERJA-KERJA KECIL
DAN MEMPERBAIKI TAHUN 2008
iv) Kos
Kebanyakkan industri pengeluaran dan perkhidmatan perlu mengetahui kos bagi setiap produk
yang dihasilkannya. Kos selalunya digunakan untuk menentukan harga bagi sesuatu produk. Harga
bagi sesuatu produk akan dikira berdasarkan keuntungan pada sesuatu produk tersebut.
Kos perlu dibuat anggaran dan dikira dengan teliti merangkumi semua aspek bermula dari kos
bekalan produk yang diperlukan iaitu kerangka bumbung(kasau, pengikat,beloti dll)
pengangkutan , kelengkapan-kelengkapan logam , upah pemasangan dan aspek-asek lain yang
difikirkan perlu.
Kegagalan atau kesilapan dalam pengiraan kos anggaran ,menyebab perlaksanaan dan penyiapan
pemasangan akan terganggu.
v) Tempoh (Duration)
Tempoh adalah jangka masa siap projek kerja pemasangan kerangka bumbung bagi keseluruhan
ruang dibawah kontrak
MINGGU/BULAN
ETERANGAN KERJA JANUARI FEBRUARI MAC APRIL
1 Menjalankan Penyiasatan 1234123412341 23 4
Tapak
2
Pra Pembinaan / Pra
Kondisi Survey
3
Merancang tanda & Kerja-
kerja Penggalian
4 pemasangan paip-paip
sanitari,saliran dan
kumbahan
Kerja-kerja Menimbun
5 Tanah
3.0 LUKISAN-LUKISAN BANGUNAN YANG DILULUSKAN
3.1 Lukisan Mekanikal dan Elektrikal
Lukisan mekanikal dan Elektrikal yang lengkap adalah menjadi sebahagian daripada lukisan
pembinaan yang boleh digunakan untuk permohonan permit bangunan
3.1.1 Lukisan Penyamanan Udara
Lukisan Penyamanan Udara adalah terkandung dalam lukisan sistem mekanikal.
PREPARED BY: HE
merupakan lukisan teknikal yang menjelaskan maklumat tentang pemanasan, ventilasi
dan penyamanan udara. Lukisan ini sering digunakan untuk projek pembinaan bagi
keperluan kerja-kerja HVAC (heating, ventilation, and air conditioning).
Diantara lukisan yang menjadi set bagi Lukisan Penyamanan adalah:
a) Lukisan skematik
b) Lukisan Butiran
c) Lukisan pemasangan
d) Lukisan rekod
3.1.2 Lukisan Pemadaman Kebakaran
Lukisan pemadaman kebakaran menjadi sebahagian lukisan pembinaan yang perlu
diluluskan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Lukisan ini menjelaskan laluan keselamatan , pintu –pintu tahan api/panas, ruang
pengumpulan jika berlaku kebakaran
Mengandungi keterangan set lengkap sistem kebakaran aktif seperti
a) Hose Reel
b) Dry Riser
c) Sprinkler
d) Loceng keselamatan
e) Pengesan haba dan asap
3.1.3 Lukisan Elektrikal
Lukisan yang menjelaskan tentang elektrik kuasa,lampu /pencahayaan dan komunikasi bagi
projek kejuruteraan dan senibina.
Sebarang lukisan kerja elektrik mengandungi garisan, simbol,dimensi dan notasi bagi
menjelaskan rekabentuk kejuruteraan kepada pekerja yang memasang sistem elektrik di
lokasi kerja.
Set lengkap lukisan kerja bagi keseluruhan sistem elektrik projek besar biasanya
mengandungi:
a) Plan plot menunjukkan lokasi bangunan dan pendawaian elektrikal luaran
b) Plan lantai menunjukkan lokasi sistem elektrik bagi setiap tingkap
c) Gambarajah Power- riser menunjukkan papan panel
d) Gambarajah pendawaian kawalan
e) Jadual dan maklumat-maklumat lain yang digabungkan dengan lukisan pembinaan
3.2 Lukisan Bangunan
3.2.1 Pelan Struktur
Pelan Struktur adalah sejenis lukisan kejuruteraan atau set pelan yang menunjukkan
bagaimana bangunan atau struktur akan dibina.
PREPARED BY: HE
Ia merupakan dokumen yang boleh memajukan atau mengembangkan konsep senibina
dengan menetapkan bentuk dan posisi semua bahagian struktur. Dengan ini akan
membolehkan pembinaan struktur dijalankan di tapak bina.
Set lukisan struktur mengandungi pelan asas dan butiran, pelan kerangka dan butiran,
butiran keratan tembok, kolum dan rasuk serta lain-lain pelan, keratin, butiran dan jadual
yang diperlukan untuk menjelaskan komponen struktur atau bangunan
3.2.2 Pelan/Lukisan Arkitek
Pelan yang menampilkan ilustrasi tentang bagaimanakah produk akhir kelihatan termasuk
arahan-arahan bagaimana ianya diperolehi.Lukisan seni bina dikhususkan untuk
menggambarkan keseluruhan bangunan dan elemen-elemen dengan terperinci.
Jenis-jenis Lukisan yang menjadi sebahagian lukisan Arkitek
i) Lukisan Pelan Tapak
ii) Lukisan Pelan Lantai
iii) Lukisan Pelan Bumbung
iv) Lukisan pelan Pembalikan Siling
v) .Lukisan Pandangan
vi) Lukisan Keratan
vii) Lukisan Butiran
3.2.3 Perpaipan dalaman
Sejenis lukisan teknikal yang menunjukkan sistem perpaipan untuk air bersih yang
dibekalkan kedalam rumah dan sisa buangan cecair dan solid yang dikeluarkan dari saluran
outlet.
Lazimnya lukisan perpaipan mengandungi lukisan sistem bekalan air, sistem saliran, ,sistem
pengairan dan sistem air rebut. Dalam lukisan sistem bekalan air, terdapat sistem
perpaipan air panas dan air sejuk serta paipan kembali air panas (hot water return piping)
Diantara lukisan yang menjadi set bagi Lukisan Perpaipan adalah:
Lukisan skematik
Lukisan Butiran
Lukisan pemasangan
Lukisan rekod
3.2.4 Sistem Pembetungan/Kumbahan
Bagi melengkapkan keperluan dalam urursan pembinaan bangunan, pelan perpaipan dan
pembetungan perlu disediakan. Pelan-pelan yang perlu disediakan termasuklah pelan sistem
pembetungan/kumbahan. Lukisan pembetungan /kumbahan ini adalah bertujuan untuk
mengawalselia pembinaan sistem pembetungan melalui penetapan spesifikasi di dalam lukisan
PREPARED BY: HE
teknikal tersebut selaras dengan peruntukan Seksyen 45 (1) dan Seksyen 46 Akta Industri
Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).
Pelan Sistem Pembetungan
Pelan yang menunjukkan sistem pembetungan lengkap bagi sesebuah rumah atau bangunan. Pelan
ini menjelaskan kedudukan lokasi, saiz dan jenis semua kelengkapan perpaipan dan pembetungan.
Pelan Pembetungan mengandungi maklumat berikut:
a) Lokasi kelengkapan perpaipan dan saliran
b) Saiz dan jenis paip yang digunakan
c) Jadual kelengkapan perpaipan dan pembetungan
d) Lagend Simbol
e) Nota-nota umum
contoh pelan pembetungan
Pemasangan lekapan sanitari dan paip-paip saliran
4.0 SIMBOL DAN LAGEND SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
Simbol adalah salah satu elemen dan petunjuk yang diperlu untuk lagend. Bagi sistem sanitari dan
perpaipan , simbol yang diguna sebagai petunjuk untuk menjelaskan susunaturnya dalam bentuk
yang lebih ringkas. Simbol lebih kecil tetapi mempunyai maksud yang boleh dikenalpasti segera.
contohnya suatu pelan/lukisan sistem Sanitari dan Perpaipan yang memerlukan maklumat yang
yang banyak dalam ruang yang terhad kaedah terbaik adalah mengunakan simbol untuk
menjimatkan ruang dan menjelaskan maksud dengan tepat.
Lagend diguna bersama dengan simbol.Tanpa lagend, nombor atau garisan yang ada pada pelan
atau lukisan tidak akan bermakna kepada seseorang yang tidak memahaminya. Contohnya garisan
pada pelan Sanitari dan Perpaipan tidak akan difahami oleh seseorang yang tidak memahaminya
jika tidak disertakan dengan lagend .Jadi Lagend yang dikenali sebagai kekunci adalah jadual yang
menerangkan maksud simbol, warna dan singkatan
PREPARED BY: HE
4.1 Simbol dan Lagend bagi Jenis-jenis Fitting dan aksesori
LAGEND
Simbol Deskripsi
Water Closet
Wash hand basin
Floor trap FT
Gully trap
Tap
Tab Mandi
Shower
Bidet
P Trap
PREPARED BY: HE
Stopcock 4.
Gate Valve
Ball Valve
Globe Valve
Swing-Check Valve 4.2
Flow-check valve
Pressure control valve
3- way valve
Salenoid Valve
ButteflyValve
Balancing Valve
Jenis –Jenis Bahan Perpaipan
Singkatan LAGEND
1 ABS Deskripsi
2 CPVC
3 PE Acrylonitrile Butadiene-Styrene- Injap , fittings dan paip.
4 PP chlorinated polyvinyl chloride
5 GI Polyethylene - Injap dan fittings
6 PVC Polypropylene- paip
7 CxC Galvanized pipe- Injap , fittings dan paip
8 HDPE Polyvinyl chloride - Injap , fittings dan paip
Fitting disepadankan bagi paip copper
High-Density Polyethylene pipe
5.0 JENIS-JENIS SISTEM PERPAIPAN
Jenis-jenis sistem perpaipan yang dimaksudkan adalah berkaitan kaedah penyaluran bekalan air .
Kaedah penyaluran terbahagi kepada dua iaitu Sistem Terus dan Sistem Tidak terus.
i) Sistem Terus
Bekalan air ke lekapan sanitari diterima terus daripada paip utama melalui paip perkhidmatan.
Air daripada paip induk disalur ke paip komunikasi hingga ke meter air.
PREPARED BY: HE
Selepas meter,air disalurkan melalui paip perkhidmatan terus ke lekapan sanitari
ii) Sistem Tidak terus
Bekalan air menggunakan menggunakan paip perkhidmatan dengan 2 cara agihan iaitu paip
perkhidmatan dan tangki simpanan air. Kaedah bekalannya adalah seperti berikut:
a) Air daripada paip utama disalur ke paip komunikasi hingga ke meter air.
b) Selepas meter,air disalur melalui paip perkhidmatan yang disimpangkan kepada 2.
c) Simpang pertama disalur terus ke sinki dapur dan air minum. simpang ke dua ke tangki air.
d) Daripada tangki simpanan, air diagihkan ke bilik mandi, tandas,besen dan lain-lain lekapan
sanitari melalui paip agihan.
6.0 JENIS-JENIS SISTEM SALIRAN DAN PEMBETUNGAN BAGI RUMAH KEDIAMAN
Sistem sistem saliran dan pembetungan bagi rumah kediaman membantu mengalirkan air jauh dari
laluan pejalan kaki, laluan memandu dan bumbung bagi mengelakkan dari banjir. Sistem ini sangat
penting kerana ia dapat mengelakkan dari berlumut , bercendawan, mereput dan kerosakan struktural
bangunan
6.1 Sistem saliran
Sistem Saliran adalah proses mengalirkan air buangan daripada sistem saliran sanitasi dan saliran
ribut melalui paip,terowong,terusan,longkang dan peparit ke paip kumbahan utama
PREPARED BY: HE
Dalam kerja saliran ditapak, perlaksanaan dilakukan dalam kaedah tertentu mengikut kesesuaian
rupabumi . Oleh itu adalah penting mengetahui sesuatu berkaitan sistem saliran khususnya
jenis dan kaedah saliran yang boleh digunakan. Penentuannya perlu dibuat bagi memastikan
penggunaan saliran yang ditetapkan memberi hasil yang lebih efisien
Jenis-jenis sistem saliran
a) Sistem Saliran Permukaan
b) Sistem Saliran Sub-permukaan
c) Sistem Saliran Bercerun
d) Sistem Saliran Downspout /Talang
6.1.1 Sistem Saliran Permukaan
Mengandungi parit cetek yang digali dalam corak selari bertindak sebagai terusan bagi air larian.
Parit ini mengalirkan air ke saliran utama bagi mengelakkan air melimpah atau banjir
6.1.2 Sistem Saliran Sub-permukaan
Dikenali juga sebagai Saliran Peranchis. Sistem saliran ini ditempatkan dibawah lapisan tanah pada
bahagian atas bagi menyingkirkan air berlebihan pada aras akar.Saliran ini memerlukan penggalian parit
dalam dan pemasangan paip bawah tanah .Paip salirannya mempunyai liang-liang bagi menerima air .
6.1.3 Sistem Saliran Bercerun
Paip dipasang dan di cangkuk pada kedudukan menyerong pada sudut kecil bagi membentuk saliran
bercerun. Saliran bercerun ini membolehkan air mengalir dari struktur dengan bantuan paip pada posisi
curam.
PREPARED BY: HE
6.1.4 Sistem Saliran Downspout /Talang
Sistem saliran ini membawa air dari talang dan dialirkan ke tanah. Downspout menggunakan paip Paip
Salur tegak yang disambung kepada sistem talang pada cucur atap bagi menerima air dari bumbung .
Paip salur tegak mengalirkan air ke bawah terus ke longkang atau sistem saliran perimeter
6.2 Sistem Pembetungan
Sistem Pembetungan adalah satu kaedah bagaimana kumbahan dibawa keluar dari kediaman
hingga ke pelupusan
Sistem ini mengurus pembuangan sisa cecair atau air buangan yang mengandungi jirim
manusia,haiwan,domestik atau zarah ampaian atau dalam keadaan larut dan termasuk cecair
yang mengandungi bahan kimia dalam keadaan larut sama ada dalam bentuk mentah,terolah
atau separa terolah.
6.2.1 Jenis-jenis sistem Pembetungan
PREPARED BY: HE
Terdapat dua sistem pembetung awam berfungsi
i. Sistem Berasingan
ii. Sistem Bergabung
ii) Kaedah Berasingan
Menggunakan dua pembetung berasingan untuk menyalirkan kumbahan dan air permukaan hingga ke
loji rawatan. Dalam kaedah ini ,satu pembetung akan menerima najis dan air sisa dari paip dan
menyalirkannya ke loji rawatan.Pembetung kedua menerima air permukaan dari bangunan dan
sekitarnya untuk dialirkan ke sungai atau laut.
ii) Kaedah Bergabung/Kombinasi
Menggunakan satu pembetung tunggal. Dalam kaedah ini ,pembetung yang terdiri dari paip besar akan
menerima najis,air sisa dan air permukaan dari paip salir. Bahan buangan kumbahan dan air hujan
dialir dalam paip pembetung iaitu paip besar dan disalirkan ke loji rawatan. Saiz garispusat pembetung
kaedah bergabung lebih besar kerana isipadu kumbahan yang lebih besar .
7.0 LUKISAN /RAJAH TUKANG SISTEM SALIRAN DAN PEMBETUNGAN (SHOP DRAWING)
Lukisan atau rajah tukang adalah set lukisan yang dihasilkan oleh kontraktor, sub kontraktor
pembekal, pengilang . Lukisan ini berkait dengan komponen pra-fabrikasi , menunjukkan
PREPARED BY: HE
bagaimana komponen –komponen boleh atau perlu dipasang. Dengan mengambil kira
kehendak lukisan rekabentuk dan spesifikasi yang disediakan oleh pasukan rekabentuk projek
(jurutera dan arkitek) , lukisan/rajah tukang ini dibangunkan untuk menunjukkan dengan
terperinci bagaimana komponen tertentu sebenarnya di fabrikasi,digabung atau dipasang
Lukisan/ rajah tukang juga boleh diguna bagi memeriksa pemasangan komponen di tapak.
Pembekal boleh melawat tapak sebelum atau semasa penyediaan lukisan/rajah tukang bagi
mengesahkan dimensi kunci adalah tepat terutama pada projek pengubahsuaian atau renovasi.
Kepentingan Lukisan Tukang
Sebelum pembinaan , kontraktor perlu menyerahkan lukisan tukang bagi semua item pembinaan
pembetungan sanitari kepada pihak berkuasa tempatan bagi mendapat kelulusan .
Apabila dimensi menjadi keutamaan dan kepentingan, lukisan berkenaan perlu di luluskan oleh
pengilang . Tiada bahan perlu dibeli atau difabrikasi untuk peralatan sehinggalah Jurutera yang
berkuasa meluluskan lukisan tukang . Kelulusan lukisan tukang tidak akan melepaskan kontraktor
dari tanggung jawab dari memperinci rekabentuk, dimensi dan sebagainya kerana ianya adalah perlu
bagi fitting dan memastikan kerja-kerja pembinaan yang betul
Contoh lukisan Tukang bagi sistem pembetungan
PREPARED BY: HE
PREPARED BY: HE
2. CARRY OUT PLUMBING AND SANITARY SYSTEM ALIGNMENT
TAJUK: MELAKSANAKAN PENJAJARAN SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja PENJAJARAN
SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan
menggunakan teknik yang betul supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan
standard yang ditetapkan
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Penjajaran sistem sanitari dan perpaipan akan melibatkan kerja kerja pelarasan penjajaran
perpaipan di atas permukaan bumi sahaja dengan mengambil kira pengertian dalam sistem
perpaipan sanitari
Pengertian:
Sistem Perpaipan Sanitari (sanitary plumbing system) bermaksud kerja-kerja perpaipan sanitari
diatas permukaan bumi mengandungi satu atau lebih paip buang, paip pugak buang
(waste/discharge stacks),paip udara/bolong, fitting bagi membawa kumbahan dari mana-mana
premis ke sistem saliran sanitari (sanitary drainage system) iaitu sistem perpaipan dibawah bumi
2.0 PENJAJARAN SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
Pengukuran penjajaran sistem sanitari dan perpaipan melibatkan pemasangan paip diatas
aras bumi. Prosesnya bagi menentukan adakah komponen lurus, aras, pugak dan persegi. Oleh
itu semua paip perlu dibangunkan kepada penjajaran yang betul mengikut garisan, gred dan elevasi
seperti mana dinyatakan dalam lukisan yang diluluskan Semua paip hendaklah direntang dalam
garisan lurus mengikut pacang yang ditetapkan serta pepenjuru, bengkok atau poin tangen melintang
atau lengkung dan menegak yang dibenarkan.
.
3.0 LOKASI SISTEM SANITASI PERPAIPAN
Sistem perpaipan dan sanitari akan melibatkan jaluran paip yang membekalkan air dan mengeluarkan
air sisa serta lokasi kelengkapan dan aksesori perpaipan. Laluan yang dipilih bagi jaluran paip ini
hendaklah menyediakan perkhidmatan yang memuaskan pada kos penyenggaraan minimum,
menyediakan jarak laluan yang pendek ke pembetung utama awam sedia ada
PREPARED BY: HE
3.1 Lokasi Saluran Utama
Saluran utama perlu ditempatkan disepanjang jalanraya bagi menyediakan cabang hidran
yang pendek dan sambungan perkhidmatan yang berkesan. Ianya tidak seharusnya diletak
dibawah pavemen atau kawasan laluan yang sibuk. Lebih sesuai diasingkan daripada utiliti
lain bagi memastikan keselamatan bekalan air potable, dengan ini penyenggaraan untuk satu
utiliti akan melibatkan gangguan minimum pada utiliti lain.
3.2 Lokasi Injap
Injap perlu ditempatkan dibeberapa lokasi bagi tujuan menutup bekalan disebabkan pembaikian dan
penyenggaraan. Injap perlu dipasang pada sela yang lazimnya tidak melebihi 5,000 kaki panjang
garisan paip dan 1200 kaki dalam sistem agihan air utama atau penyuap (feeders) merujuk kepada
paip bekalan air yang diagihkan dalam satu sistem , (rujuk kod negeri dan tempatan bagi
penempatan). Semua cawangan utama bersambung kepada penyuap utama (main feeder) perlu ada
injap, jadi cawangan utama boleh ditutup perkhidmatan tanpa mengganggu bekalan kepada lokasi
lain.
4.0 JENIS DAN SAIZ SISTEM SANITASI PERPAIPAN
4.1 Saiz paip untuk sistem bekalan air dan air sisa
Dalam sistem bekalan air ke bangunan jenis dan saiz paip memainkan peranan yang penting
kepada keberkesanan bekalannya. Saluran paip utama yang membawa bekalan untuk paip cabang
seharusnya bersaiz lebih besar, bagi memastikan jumlah air yang diagih seimbang.
Secara umumnya pensaizan paip ditentukan mengikut :
Fungsi dan tugas paip berkenaan iaitu adakah ianya Paip Agihan Air dan Penaik Bekalan Air
(tanpa mengambilkira jenis paip)
PREPARED BY: HE
Jumlah unit lekapan yang disambung . Bagi kes paip menegak ,panjang paip diambil kira
sebagai penentuan saiznya.
4.3 Jenis-jenis paip
Terdapat pelbagai jenis paip bagi kegunaan sanitari perpaipan . Jenis-jensi yang dinyatakan dibawah
adalah sebahagian yang lazim digunakan . Saiz-saiz yang disertakan adalah saiz spesifik kepada paip
berkenaan.
i) Polyethylene atau PE
Terdiri dari 2 jenis dengan saiz yang lazim digunakan
1. High Density Poly Ethylene (HDPE) – 30mm
2. Low Density Poly Ethylene (LDPE) – 16mm atau 20mm
Dengan 2 jenis paip dan saiz yang berbeza bertujuan memberikan fungsi yang berbeza.
Bagaimana?
Air yang mengalir di dalam paip HDPE yang merupakn paip primer didatangi terus daripada sistem
tangki dan akan melalui paip ini untuk jarak yang jauh. Sudah tentu kita tidak mahu tekanan air
akan terganggu sepanjang proses pengangkutan air tersebut.
saiz paip primer yang digunakan juga lebih besar berbanding paip sekunder. Lagi besar paip, lagi
banyak air boleh dihantar untuk satu-satu masa. Dari segi ketahanan, HDPE lebih keras dan tebal
berbanding LDPE yang mudah lentur, lembut dan mudah dipotong dengan gunting biasa.
PREPARED BY: HE
Paip LDPE yang merupakan paip sekunder dihubungkan dengan paip primer bagi menerima
bekalan air yang diagih kepada beberapa cabang.Jadi saiz paipnya lebih kecil bagi memastikan
agihan dan tekanan yang seimbang.
ii) Paip PVC
Paip PVC tidak mempunyai ketahanan yang tinggi seperti paip PE. Jika kedudukan paip PVC tersebut
di kawasan laluan kerja yang aktif dan kawasan yang terdedah kepada kepanasan matahari secara
terus, akan mengurangkan lagi usia ketahanannya. Paip PVC lebih mudah dan cepat reput berbanding
paip PE. Paip pembetung gravity dan kelengkapan fitting hendaklah mematuhi keperluan ASTM
Specification D-3034 and ASTM D-2321.
Saiz –saiz yang digunakan adalah mengikut penggunaannya.
Paip Tanah (Soil Pipe) yang membawa pepejal dan cecair kotoran dari lekapan sanitari ke
saluran outlet hendaklah bergaris pusat 100mm
Paip cabang dari bilik air, basen atau sink hendaklah bergarispusat 32mm- 50mm dan saiz
minimum bagi paip buang ( waste stack) dicadangkan 75mm
Setiap bangunan perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu Paip Udara/paip Bolong (vent
stack) bergarispusat 100mm dan tidak kurang dari 50mm.Garispusat paip bolong cawangan
(branch)
PREPARED BY: HE
iii) Paip uPVC (unplasticised Polyvinyl Chloride)
Bahan yang biasa digunakan bagi paip buang luaran. Plastik jenis ini tahan daripada kebanyakan
produk kelengkapan rumah seperti serbuk bleach dan pembersih
Kegunaan;
Pemasangan paip buangan yang disalurkan dari lekapan sanitari ke tangki septik
paip pengudaraan
paip saluran air hujan dari talang ke longkang.
Paip saliran bawah tanah
Perpaipan atas permukaan tanah
iv) Paip Besi Tuang/ Cast iron Pipe
Paip besi tuang diperbuat daripada besi melalui proses penuangan di kilang. Lebih kuat daripada
paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang lebih kukuh. Paip ini sesuai diguna didalam
tanah yang tidak stabil tetapi kurang sesuai digunakan di dalam tanah berpaya dan mengandungi
sulfat yang tinggi.
Sering diguna untuk paip Stack Vent, soil pipe, soil stack dan waste stack
Ciri-ciri paip besi tuang adalah :
Kurang tahan kepada kakisan apabila tanah berasid
Memerlukan salutan enamel tahan kakisan jika persekitaran berasid
Tahan kepada beban berat
v) Paip Besi Bergalvani (GI)
Paip besi yang disalut lapisan zinc luar dan dalam merupakan paip yang kuat dan tahan lasak. Oleh
itu ia sesuai digunakan bagi pemasangan yang ditanam dalam tanah dan pada permukaan bumi
atau tembok.
PREPARED BY: HE
Untuk pemasangan paip agihan dan paip perkhidmatan yang disalur ke sanitari, paip udara & paip
limpah.
Paip besi galvani disediakan dalam saiz dari 20mm –DN 300mm dibekalkan dalam panjang
standard 5.8 -6 meter mengikut BS 1387
(DN =diameter nominal)
Vitrified Clay Pipe Paip Besi Galvani
vi) Paip Tanah Liat berkekaca/ Vitrified Clay Pipe
Vitrified Clay Pipe (VCP) dihasilkan dari tanah liat melalui proses vitrifikasi / vitrification, iaitu
proses yang menukarkan partikel tanah liat menjadi keras dan lengai.
Boleh diguna dalam bangunan sebagai paip saliran tetapi lazim diguna bagi aplikasi kumbahan
bergarispusat besar. Walaupun menggunakan tenaga buruh secara intensif, paip vitrified adalah
bahan paip kumbahan dan buangan paling tahan. Paip VCP ini biasanya diguna dalam sistem
kumbahan graviti kerana harganya yang berpatutan,tahan hakisan,mudah dipasang,dipotong
,disambung dan tahan lasak kepada hampir semua kumbahan domestk dan industri.
Sistem kumbahan graviti digunakan untuk menyalurkan air sisa dari pelbagai sumber dan
membawanya melalui paip saliran kumbahan bangunan yang dipasang pada kecuraman yang
cukup bagi memastikan kumbahan solid bergerak lancar ke lokasi berpusat.
vii) Acrylonitrile butadiene systems (ABS),
Acrylonitrile butadiene systems (ABS) adalah plastik yang kukuh yang boleh diguna bagi paip buang
panas dan sejuk. Ia boleh disambung menggunakan samada solven atau sambungan mampatan (
compression joints
5.0 AKSESORI DAN FITTING BAGI SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
Fitting bagi perpaipan dan sanitari disediakan dalam pelbagai jenis dengan penyesuaian yang
berbeza . Terdapat beberapa fitting yang mempunyai bukaan dengan semua bersaiz sama , terdapat
juga yang mempunyai saiz yang mengecil pada beberapa bukaan dan fitting berganda dengan bukaan
PREPARED BY: HE
pada kedua-dua bahagian. Aksesori pula akan memberi tambah nilai kepada sistem Fitting perpaipan
dan sanitari .
Memahami Fitting dan aksesori
Fitting bagi sistem perpaipan merupa perkakasan penyambungan yang melengkapkan sistem
penyambungannya bagi membolehkannya berfungsi mengikut susunatur yang ditetapkan
Aksesori adalah kelengkapan tambahan kepada kelengkapan utama bagi menambah
keselesaan kefungsian.
.
5.1 Aksesori
Jenis Aksesori yang disenarai dan dipaparkan dibawah adalah sebahagian
Daripada pelbagai jenis yang terdapat dipasaran.
5.1.1 Aksesori bagi sistem Sanitari
Dalam sistem sanitasi, pengendaliannya melibatkan lekapan dan perbekalan air dimana
kelengkapan utama adalah tab mandi, besen dan tandas. Perkakasan seperti rak, bar atau
gelang tuala, pemegang tisu dan bekas sabun merupakan aksesori.
i) Injap Penutup (Stop Corks)
Injap penutup juga dikenali sebagai pili penutup diguna bagi membolehkan aliran air dikawal.
ii) Paip Mandian (Shower)
Paip bagi tujuan mandian di bilik air. Dilengkapi dengan paip pancuran dan pili
iii) Perangkap lantai
Penyaring yang dipasang pada permukaan lantai bilik air . Bertindak menghalang
kemasukan objek –objek besar
iv) Penyaring sinki (Sink Strainer)
Penyaring dipasang pada lubang outlet sinki. Bertindak menghalang kemasukan objek –
objek besar
Perangkap lantai
Sink Strainer
PREPARED BY: HE
Gelang Tuala Pemegang tisu Penggantung
Rak bertingkat Rak Kaca Bekas Sabun
5.1.2 Aksesori Perpaipan
Dalam sistem perpaipan yang mengendalikan agihan bekalan air, kelengkapan utama
adalah saluran paip agihan utama dan aksesori adalah stesyen booster, injap,hydrant,
meter penyambung perkhidmatan
stesyen booster- mengepam air dari simpanan atau salauran utama bertekanan rendah ke
sistem agihan .
Injap – Mengawal aliran air dalam sistem agihan pada bahagian tertentu bagi tujuan
pembaikian atau mengawal selia aliran atau tekanan
Hidrant- Menyediakan punca air bagi membolehkan air dari sistem agihan diguna bagi
tujuan pemadaman kebakaran
Meter – merekod aliran air yang dibealkan ke dalam bangunan
PREPARED BY: HE
Injap
stesyen booster
Hidrant meter
5.2 Fitting
Fitting atau kelengkapan penyambungan diguna dalam sistem paip. Ia menyambung antara paip-
paip lurus dan penjuru, penyesuai kepada saiz dan bentuk paip yang berbeza dan mengubah arah
aliran. Diantara jenis fitting ditunjukkan dalam gambarajah
PREPARED BY: HE
6.0 TUJUAN PENJAJARAN SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
PREPARED BY: HE
Penjajaran yang betul adalah penting sekiranya sistem perpaipan difabrikasi dengan cara yang
betul. Penjajaran yang lemah boleh menyebabkan kelancaran fungsi dalam sistem sanitari dan
perpaipan terjejas
Tujuan:
Memastikan kelancaran aliran dalam satu sistem perpaipan sama ada secara menegak atau
melintang
Memastikan tidak berlaku kebocoran terutama pada sambungan lekapan sanitasi
Memastikan tidak berlaku masalah tersumbat
Mengelakkan dari berlaku kecacatan structural yang boleh menyebab kerosakan pada
sistem perpaipan.
7.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENJAJARAN SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
Dibawah adalah Kaedah diamalkan bagi menghasilkan penjajaran yang betul
7.1 Menggunakan Timbang Air
i) Jaluran paip dan fitting yang difabrikasi dalam keadaan aras menggunakan timbang air
a) .Sambungan antara paip diaras
PREPARED BY: HE
b) Pemasangan penyambung siku / elbow 45º dan 90º ke paip pada posisi yang betul
c) Pemasangan penyambung Tee ke paip diaraskan
d) Pemasangan Bebibir / Flange ke paip pada posisi tetengah .
Jajarkan dua lubang bebibir atas
Tentukan kepersegian tengah pada muka bebibir
7.2 Menggunakan Tali dan Pita Penukur
Paip hendaklah direntang dengan tepat mematuhi garisan dan gred dimana penjajaran diperolehi
dengan menetapkan ketepatan pugak dan lintang secara mengukurnya menggunakan tali yang
direntang tegang atau garisan ditetapkan pada larian selari dengan gred garis aliran .Bagi paip
pembetung kelurusan dan keselarian ditentukan mengikut langkah berikut :
Beberapa unit Batterboards dipasang melintang peparit
Tali direntang disepanjang tetengah peparit
Kedudukan tali ditentukan supaya berada pada garisan tengah pembetung. Penentuan dbuat
dengan cara batterboards atau bar yang ditempat dengan tepat dan dikat kemas melintang
peparit
Tali direntang melintang batterboard melalui dan berpandukan beloti (batten) pugak
PREPARED BY: HE
Tali dilaras supaya berada pada garisan tengah pembetung . Ia dilakukan dengan
menggunakan batu pelambab yng digantung melepasi rentangan tali hingga ke paip
pembetung
7.3 Menggunakan Laser
Laser adalah sinaran cahaya yang tajam/kuat yang dipancarkan dalam bentuk sinar halus yang
biasanya dalam warna * merah. Sinaran ini diunjurkan bagi jarak pendek atau panjang dan dapat
lihat dengan jelas sebagai tanda sasaran.
Laser menyediakan pengukuran tepat bagi memguji aras,jajaran dan kepersegian
Menjajar Paip
Laser di tetapkan dalam arah yang betul pada jarak yang diperlukan diatas invert paip (poin
yang terendah pada garispusat dalaman paip). Dengan bantuan L-shaped pole, kawalan boleh
dilakukan ke atas ketinggian invert.
PREPARED BY: HE PIPER TARGET
ASSEMBLY
3. CARRY OUT PLUMBING AND SANITARY SYSTEM INSTALLATION
TAJUK: MEMASANG SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja MEMASANG
SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan
menggunakan teknik yang betul supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian
dan standard yang ditetapkan
PENERANGAN
6.0 PENDAHULUAN
Apabila anda selesai menggunakan air yang dibekalkan, air yang telah digunakan adalah air kotoran
yang perlu dialir buang. Dalam proses pembuangan ini, setiap bangunan menggunakan sistem saliran
yang dilengkapi dengan sistem perpaipan dan sanitari .Secara keseluruhannya sistem saliran domestik
melakukan tiga tugas iaitu membuang air sisa, menyalur keluar sisa bahan buangan pepejal untuk
pelupusan dan pengudaraan gas kumbahan. Oleh itu penghuni atau pengguna perlu menyedari
kepentingannya dan mampu memilih bahan-bahan kelengkapan untuk sistem saliran yang bersesuaian
untuk kediaman dan lokasi pemasangan paip-paip saliran jika diperlukan.
7.0 JENIS –JENIS DAN FUNGSI SISTEM PERPAIPAN ( PLUMBING) DAN SANITARI ,
PERALATAN DAN PERKAKASAN
7.1 Sistem Perpaipan
Sistem Perpaipan atau plumbing adalah sistem rangkaian paip dan saliran yang dipasang
dalam bangunan bagi pengagihan air minuman dan penyingkiran bahan buangan.
Secara spesifik, ia mengandungi rangkaian paip yang membawa kumbahan,air hujan
(saluran air hujan pada bumbung disalur ke paip turun) dan sebarang buangan cecair
dari lekapan sanitari keluar ke sistem saliran perpaipan ke tempat pelupusan cecair.
Kelengkapan yang digunakan adalah saluran paip, injap, papasang, tangki dan
aksesori berkaitan
7.2 Sistem Sanitari
Sistem sanitasi adalah salah satu kaedah saliran sisa air dari bangunan, melalui kelengkapan –
kelengkapan yang ditetapkan mengikut fungsi bagi membolehkannya disambung kepada sistem
saliran lengkap perpaipan (plumbing) dari penerimaan sehingga ke penghapusan.
PREPARED BY: HE
Tujuan sistem ini adalah untuk menyediakan kaedah bagi mengalirkan bahan buangan untuk
tujuan penghapusan melalui pemasangan lekapan sanitari,paip-paip saluran , ruang
pemeriksaan dan tangki septik.
Bahan buangan terdiri daripada najis manusia atau binatang, sisa bahan buangan pepejal, air
bahan buangan domestik (kumbahan, urin, bahan buangan mandian atau cucian), bahan
buangan industri dan bahan buangan pertanian.
SISTEM SANITARI
SISTEM PERPAIPAN
2.3 Perkakasan dan Kelengkapan
Bagi membantu dalam kerja-kerja perpaipan dan sanitari beberapa peralatan dan
kelengkapan khusus disenaraikan mengikut keperluan terutama bangunan kediaman
2.3.1 Perpaipan(plumbing) dan aksesori
Rujuk kompetensi 2
2.3.2 Kelengkapan/Lekapan sanitari
Lekapan sanitari adalah kelengkapan tadahan air sisa atau kumbahan/najis yang dipasang
dalam sistem sanitari di rumah atau bangunan.
Jenis -Jenis:
i) Lekapan najis terdiri daripada :
Tandas Cangkung
Terdiri daripada kelengkapan mangkuk,ruang cangkung, dan pemijak yang diperbuat
daripada tembikar/seramik dan tangki simbah aras tinggi diperbuat daripada bahan tembikar
atau plastic
Tandas Duduk
Terdiri daripada takung utama/ mangkuk duduk dan tangki simbah aras rendah.
PREPARED BY: HE
Urinal - Terdiri daripada jenis berikut;
i) Papak
Mempunyai rekabentuk yang panjang dengan penghadang dipanggil papak sisi
pada kedua-dua hujungnya.
ii) Mangkuk
Rekabentuk mangkuk untuk tadahan dengan pemasangan tergantung
iii) Kandang
mempunyai dinding pembahagi atau pengadang
ii) Lekapan air sisa terdiri daripada:
Dulang Pancuran
Untuk tujuan mandian
Tab Mandian
Untuk tujuan mandian
Besen Cucian
Bagi membasuh tangan dan muka
Sinki Dapur
Diguna untuk penyediaan makanan dan membasuh pinggang mangkuk
PREPARED BY: HE
2.3.3 Tangki Air
Adalah bekas takungan air yang menerima air bekalan air dari paip pekhidmatan untuk disimpan
dengan kapasiti tertentu mengikut saiz tangki. Tangki ini diperbuat daripada bahan –bahan seperti
kepingan besi galvani, gentian kaca dan poli.
Tujuan:
Menakung air sebelum diagihkan melalui paip agihan
Tangki simpanan air akan menyimpan dan membekalkan air semasa gangguan atau
terputus bekalan.
2.3.4 Lurang/ Ruang Pemeriksaan
Lurang ialah satu ruang yang dibina di sepanjang saluran sistem pembetungan mengikut syarat-
syarat penempatan lurang.
Setiap lurang mempunyai ke dalaman melebihi 900mm. Bagi kedalaman yang kurang daripada
900mm dipanggil lubang/ruang pemeriksa ( inspection chamber). Keduanya mempunyai fungsi
yang sama tetapi kedalaman yang berbeza.
TujuanLurang
Tujuan lurang dibina ialah memudahkan kerja penyenggaraan dan pemeriksaan jika berlaku
kerosakan atau bahan tersumbat pada sistem saliran.
Lokasi Penempatan Lurang
PREPARED BY: HE
Lurang dibina mengikut kedudukan dan lokasi tertentu berdasarkan spesifikasi atau undang-
undang pembinaan pihak berkuasa tempatan. Pembinaannya dibuat berdasarkan lokasi-lokasi
tertentu iaitu:
a) pada setiap kecerunan
b) pada setiap perubahan saiz paip saliran
c) pada jarak maksima 1200mm (1.2m)
d) pada pertemuan paip saluran.
e) Pada perubahan arah paip
f) Berhampiran sempadan perumahan
2.3.5 PPE/personal protective equipment
Bagi melindungi pekerja dari kemalangan,kecederaan dan risiko ditempat kerja. Ia termasuk
perkakasan berikut: Helmet, sarung tangan,pelindung mata, kasut keselamatan abah-abah
keselamatan (safety harnesses) dan Pelindung penafasan (respiratory)
2.3.6 Tangga (Ladder) – diguna untuk melakukan kerja-kerja pada aras tinggi. .Ketinggian Tangga
juga perlu disesuaikan dengan ketinggian aras bumbung . Terdapat dua jenis tangga iaitu
Sokongan Sendiri /Independent dan Disokong(Dependent)
PREPARED BY: HE
2.3.7 Alat Pemotong
Dalam kerja sanitari dan perpaipan sering melibatkan pemotongan paip. Alat pemotong yang sering
digunakan adalah :
i) Gergaji besi (hacksaw)
Kegunaan
Memotong paip besi dan plastic. Bagaimanapun ia tidak
sesuai untuk mendapatkan potongan bersudut tepat
kerana bilah matana yang halus.
ii) Gergaji tangan
Kegunaan
Memotong bersudut tepat paip PVC, paip kumbahan
Hitam atau ABS .
iii) Pemotong paip bebola
(Wheel Pipe Cutter)
kegunaan
Memotong dengan keratan tepat persegi
dan cepat pada batang paip besi bergalvani.
Memotong objek-objek bulat
Memotong paip plastic dengan dengan tepat dan
cepat. Bahagian belakang badannya mempunyai
pelulas untuk membersih sisa potongan pada hujung
lubang paip
iv) Pemotong paip
Pipe cutter mempunyai versi yang lebih lasak
berbanding pemotong tiub. Ia digunakan untuk
memotong paip keluli seperti paip besi hitam dan paip
besi bergalvani.
Pada kebiasaannya ia mempunyai pemegang berbentuk
Tee bagi mengetatkan roda kepada bendakerja.
PREPARED BY: HE
v) Pemotong tiub /Tubing Cutters
Pemotong Tiub diguna bagi memotong tiub
copper/tembaga tetapi boleh juga diguna untuk tiub
besi tahan karat, aluminium, kuprum , brass dan
PVC. Pada kebiasaannya ia mempunyai pemegang
jenis tombol dan bulat bagi megetatkan roda kepada
bendakerja..
vi) Pemotong paip PVC
Kegunaan
Khusus untuk memotong
paip PVC. Terdiri dari bilah mata dan rahang berbentuk
bulat membolehkan paip dipotong dengan mudah
MESIN PEMOTONG PAIP BERCAKERA
Digunakan untuk memotong paip GI,paip keluli
hitam,keluli tahan karat dan keluli lain dengan cepat dan
tepat
2.3.8 Tukul
Tukul kuku kambing
Kegunaan- Mengetuk dan mencabut paku semasa memasang paip
Tukul ball –peen
Kegunaan- Diguna bersama dengan cold chisel untuk menyingkirkan nat berkarat dan jubin-jubin
pecah
2.3.9 Gergaji besi (Hacksaw)
Kegunaan
Memotong paip besi dan plastic. Bagaimanapun ia
tidak sesuai untuk mendapatkan potongan bersudut
tepat kerana bilah matana yang halus.
3.0 JENIS DAN FUNGSI MESIN KERJA PAIP DAN SANITARI
PREPARED BY: HE
3.1 Mesin Pembenang
Mesin pembenang luar
Diguna untuk memotong paip,membuat bebenang luar dan melulas paip GI
3.2 Back hoe dan Jengkaut
i. Bagi kerja yang lebih besar dengan penggalian dalam dan panjang penggunaan jengkaut dan
backhoe akan dapat menjimatkan masa.
4.0 KAEDAH DAN TEKNIK LAY OUT PERPAIPAN DAN SANITARI DAN ARAS ALIRAN
Air dibekalkan melalui siri paip agihan diatas dan dibawah tanah sebagai saluran utama , ia dipanggil
“Main”. Paip yang lebih kecil di hubungkan dari Main ke bangunan bagi mengekalkan tekanan air .
Dua Susunatur/layout bagi rangkaian paip utama atau “Main” adalah :
a) Grid/loop layout- air mengalir lebih dari satu arah dengan injap terpencil (isolated valve)
Jika berlaku kerosakan atau penyenggaraan,pada satu rangkaian, rangkaian lain masih
berfungsi
b) Cawangan /Branch layout.- Air mengalir dalam satu arah. Jika berlaku kerosakan atau
penyenggaraan , keseluruhan rangkaian akan ditutup.
PREPARED BY: HE
Bagi paip-paip yang terpasang pada bangunan dengan rekabentuk susunatur/layout tertentu , ia
dipanggil perpaipan/plumbing
Fahami Susunatur perpaipan (Plumbing Layout)
Lay out perpaipan dan sanitari adalah susunatur dan laluan larian perpaipan dan sanitari dari satu
poin ke poin yang lain dengan paip cawangan,injap, paip-paip khusus dan intsrumentasi seperti
mana dinyatakan dalam P &ID ( Piping and Instrumentation Diagram).
Layout akan menjelaskan laluan pemasangan alat-alat saliran seperti jaluran paip dengan arah
alirannya dengan . menetapkan kecerunannya sehingga ke ruang pelupusan. Layout/ Susuatur
paip akan memberi arah aliran air sisa . Kecerunan pula perlu ditentukan sebaiknya pada larian
alat saliran bagi mengelakkan aliran air terganggu, terhalang dan akhirnya tersumbat.
4.1 Susunatur (layout) Perpaipan dan Sanitari
Apabila merancang susunatur/layout sistem perpaipan dan sanitari yang akan membekalkan
air,perkara berikut perlu diambil kira:
i) Larian paip dan panjang- Pastikan larian paip sependek yang mungkin.
ii) Poin kemasukan ke dalam bangunan- Pertimbangkan ruang utiliti seperti
garaj,laundry,
iii) Sistem Pemanasan Air – Tempatkan secara berpusat bagi mengurangkan larian paip
ke lekapan (sanitari) kerana larian paip yang panjang memerlukan lebihan air yang
perlu ditarik sebelum air panas di keluarkan
iv) Elakkan paip pada larian merentasi atau berhampiran bilik tidur dan ruang tamu
v) Pastikan susun atur didalam tandas tidak menghalang pergerakan.
vi) Bagi memastikan akses yang lebih praktikel untuk penyelenggaraan, dan bagi memastikan
perkakasan dalam rumah tidak menjejaskan kualiti air, laluan paip hendaklah disusunatur
melalui ruang communal seperti koridor,
PREPARED BY: HE
Laluan paip untuk bekalan air invidual Laluan paip untuk bekalan air tunggal bagi
menggunakan ruang communal apatmen menggunakan ruang communal
Ruang communal Ruang communal
Kaedah Layout / Susunatur
i. Apabila merancang pemasangan dan menyusunatur paip, perlu mengambil kira
kehadiran lekapannya seperti :
tandas,
tab mandi atau pancuran,
dandang,
sinki
pam, dan lain-lain
ii. Dengan mengambil kira lekapan-lekapan ini, layout paip dan sanitari boleh dilakukan dengan
menetapkan dan menempat kedudukan lekapan sanitari terlebih dahulu berdasarkan pelan.,
diikuti dengan pemasangan paip mengikut laluan yang dicadangkan pada (4.1)
iii. Larian paip memerlukan pelbagai jenis fitting (rujuk 2.3.2) bagi melengkapkan sistem
perpaipan . dimana sistem ini akan bersambung menggunakan sistem perpaipan kepada
lekapan sanitari.
Contoh : Kedudukan lekapan dan layout paip yang menghubungkan lekapan ditunjukkan dalam
pelan dibawah :
PREPARED BY: HE
5.0 TEKNIK PEMASANGAN SISTEM PERPAIPAN
i. Pemasangan Paip tembikar bergerlis
Sambungan paip ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut jenis bahannya.
a. Bagi paip bersoket, sambungannya dibuat dengan mortar simen dan gaset, atau
kumai polyester dan gelang getah.
b. Bagi paip yang tidak bersoket,sambungannya dibuat dengan cara menyambung
sarung (sleeve) dan gelang getah
c. Menggunakan gelang getah dimasukkan pada spigot atau pada kolar atau soket
Gaset (Tali Gelang getah Sarung polipropilena
bersalutTar )
Gelang getah
PREPARED BY: HE
Gelang getah dipasang pada soket
Tujuan Gaset
Bagi menghalang mortar dari memasuki ke dalam paip melalui celah-celah sambungan
Memastikan sambungan paip berada dalam posisi selari dan lurus
Memastikan sambungannya kedap air
ii. Pemasangan Paip BesiTuang
Sambungan bagi paip besi dilakukan dengan menggunakan plumbum cecair dan gasket.
Gasket yang telah dimasukkan kedalam cecair tar terlebih dahulu dililit pada hujung spigot
dan ditekan masuk kedalam soket.
Tujuan gasket ialah mengelakkan plumbum cecair terkeluar dari sambungan.
Plumbum cecair dituang masuk ke dalam soket dan diratakan.
iii. Pemasangan Paip Plastik
cara menyambung Paip-paip plastik dan kelengkapan/fitting
Penyambungan perekat solven
Perekat solven adalah larutan jernih dan likat yang digunakan untuk menyambung antara dua
paip pvc dengan cara menyapu padakedua-dua permukaannya. Cantumkan antara kedua-dua
paip sebelum solven mengering. Solven mengering hanya dalam tempoh kurang dari satu
minit.
Penyambungan Pepasang/ Insert fitting Joint
PREPARED BY: HE
6.0 KAEDAH DAN TEKNIK PEMASANGAN AKSESORI DAN FITTING SANITARI
Terdapat pelbagai cara memasang aksesori dan fitting bergantung keada jenis kelengkapan
tersebut
Kaedah pemasangan pili dan injap Plastik dan Keluli
Pili dan injap merupakan salah satu aksesori perpaipan . Bagi memastikan ianya berfungsi
dalam sistem, ia perlu dihubungkan dengan lekapan sanitari. Dalam waktu yang sama bagi
melengkapkannya pemasangannya, fitting perlu diguna dan dipasang pada bahagian tertentu
supaya susunatur larian paip memenuhi pelan yang ditetapkan .
i) Memasang Pili /paip berbenang
Melilit Pita PTFE (white tape)
Pita dililit pada bebenang pada pili/ injap mengikut arah pusingan jam.
Pili / Injap disambung pada penyesuai soket injap dengan memutarkan kelengkapan berkenaan
ii) Memasang kelengkapan fitting paip poli
PREPARED BY: HE
a) Masukkan bahan A ke dalam paip poli
b) Masukkan bahan C (sleeve) ke dalam paip poli
c) Masukkan bahan D ke dalam paip poli
d) Masukkan bahan E (gelang getah) ke dalam paip poli
e) Masukkan paip poli bersama gelang getah sehingga paip mencecah had maksima
f) Ikat bahan A dan F hingga ketat dengan playar cengkam seribu
7.0 PROSEDUR PEMASANGAN SISTEM SANITARI DAN PERPAIPAN
7.1 Membersih Kawasan
Kerja-kerja pembersihan kawasan biasanya akan melibatkan aktiviti membuang rumput
rampai, belukar kecil dan pokok tanaman yang terdapat pada tapak projek, menebang pokok dan
mencungkil tunggul kayu. Dan akhir sekali membuang akar kayu sehingga 1m di bawah subgred.
Kerja –kerja pembersihan tapak dilakukan melalui 3 kaedah iaitu Menumbang/Pushover,
Menebang dan Membakar.
Kerja-kerja membersih perlu dibantu dengan Peralatan dan jentera. Diantara Kumpulan dan
Jenis-jenis mesin dan jentera adalah:
a) Peralatan Memotong –Kapak, gergaji (steel frame Bow Saw)
b) Peralatan menggali – Cangkul dan skop
c) Peralatan mengangkut – kereta sorong,stretcher, bakul
d) Mesin Pemotong - mesin gergaji berantai (chain saw)
e) Jentera Penggali- jengkaut dan jentolak.
f) Jentera penganggkut – Lori & Pembuang (Dumper)
7.2 Mengukur dan menanda mengikut Invert Level
Sebelum melakukan penggalian dan pemasangan paip, proses merancang tanda haendaklah terlebih dahulu
dilakukan. Ia bagi memastikan setiap kerja yang hendak di lakukan mengikut penentuan.atau spesiifikasi.
i. Posisi Paip
Langkah pertama menentukan posisi paip dan menetapkan lokasi tepat paip .
ii. Tandakan posisi larian paip dan bahagian yang aan digali
iii. Rancang ke dalaman peparit
PREPARED BY: HE
Aras dimana paip/ pembentung dibina perlu pertimbangan teliiti apabila menyediakan
rekabentuk terperinci. Krdalaman peparit perlu disertakan dengan kadar kecuraman paip
(paip betung)
iv. Tentukan kecuraman peparit dimana ia hendaklah konstan dan rata bagi memboleh
bahagian aliran masuk pada paip/ pembentung dibina sama aras dengan aras dasar (invert
Level ) atau dasaran aliran atau aras tanah disekitarnya.
Invert Level adalah aras dasar dalaman paip,peparit atau terusan. Ia boleh dianggap"floor"
level.
7.3 Pengggalian peparit
Penggalian peparit adalah kerja-kerja yang lazim dilakukan setiap kali melibatkan pemasangan
paip bawah tanah atau paip betung. Dasar parit yang digali hendaklah rata dan padat sebagai
pengalas. Dasar peparit juga perlu dicerunkan bagi memastikan arah aliran .
Jika paip diperlukan untuk aliran, seperti paip pembetung, ia perlu mempunyai kecerunan pada
kadar tertentu . Kecerunan paip ditentukan mengikut saiz garispusat paip . Kecerunan minima
bagi paip berdiameter 100 mm ialah 1 :80 dan paip berdiameter 150 mm ialah 1 :150.
Spesifikasi peparit
Peparit hendaklah digali mengikut spesifikasi. Ia hendaklah sesuai ,lurus,mempunyai
pelapik/bedding dengan tidak melebihi 200 mm lebar daripada garis pusat paip bagi memberikan
ruang kerja kepada kerja-kerja memasang paip nanti.
Sebarang peningkatan pada lebar parit seperti yang ditentu dalam jadual, akan meningkatkan
bebanan pada paip. Peparit yang sempit boleh menyebabkan halangan pada penempatan dan
kekukuhan konkrit pelapik (bedding)
Peparit digali samada dalam keadaan stabil atau tidak stabil. Ia ditentukan oleh keadaan
tanah,lebar,kedalaman dan kaedah menggali.
7.4 Memasang Paip
Membina tapak paip (Pengalas)
Tapak paip adalah pengalas yang juga dikategori sebagai struktur Penyokong dan Pelindung
kepada jaluran paip. Tujuannya
Pengalas bertindak menahan dan menyediakan perlindungan kepada paip yang ditanam dari
tekanan melampau yang boleh menyebabkan paip-paip pecah.
PREPARED BY: HE
bagi mengaras sebarang ketidakseragaman dalam corak dan memastikan sokongan seragam
disepanjang jaluran paip.
Jenis-jenis Struktur Penyokong dan Perlindung
Perlindungan dan sokongan untuk paip-paip bawah tanah terdiri daripada dua jenis iaitu :
i. Pengalas (bedding and Haunching)
Menyediakan perlindungan separuh.
Pengalas/Bedding bertindak sebagai pengalas sokongan pada bahagaian bawah paip-
paip bawah tanah yang bergarispusat 100mm,150mm dan 225mm.
Pembinaan dilakukan dengan membina pengalas konkrit (1:3:6) setebal 150mm didalam
parit pada kedalaman 1.2m dan tidak melebihi 5.4m.
Paip-paip dipasang di atas pengalas / bedding berkenaan
Bonggol/Haunching dibina pada sepanjang sisi paip-paip setelah paip-paip siap dipasang
dan diuji. Haunching terhenti pada bahagian penyambung bagi memudah pembaikan
dilakukan
ii. Perlindungan Keliling (Surrounding)
Menyediakan perlindungan sepenuhnya dengan paip disokong disekeliling paip.
Dibina apabila paip ditanam kurang dari 1.2m pada kedalaman pariit.
Paip yang melalui bawah bangunan atau pada ruang terbuka
Paip bawah tanah
konkrit
Menempatkan Paip
Paip ditempat dan dipasang dalam susunatur yang ditetapkan .Tali atau garisan laser (alat
terkini bagi mendapatkan jajaran dan aras yang tepat).
PREPARED BY: HE
Pengalas atau bedding yang disediakan terdahulu dengan kelegaan pada soket paip
menjadi susunatur dan posisi barisan paip lebih stabil. Gambarajah dibawah disertakan
sebagai panduan
Tebal Y= min 100mm -150mm dibawah paip dan 50mm dibawah soket. Jika batu digunakan,
tebal min 200mm dibawah paip dan 150mm dibawah soket
spigot
soket
Sambungan antara paip perlu dilakukan mengikut kaedah yang betul berdasar jenis paip
yang digunakan
Menyambung Paip
Paip disambung dengan kaedah bergantung kepada bahan dan tuntutan perkhidmatan. Paip keluli,
tembaga dan bronze biasanya dibenangkan dan diskru kepada pepasang dan fitting. Fitting akan
bertindak penyambung paip, menyediakan perubahan arah paip, penyambung cawangan pada
sebarang sudut dan memberi kesan kepada perubahan saiz.
Kaedah Penyambungan
Bebenang
Soldered joint
Connection by bolded flanges
Perekat simen- Solven
Kimpalan (weld)
Penyambungan menggunakan fitting kimpal Soldering
Screw fitting Bolded flange
Sambungan berkimpal /Welded Joint Toilet closet flange
Flanges Joint (sambungan flange)
Solder fittingt
Slip fitting
(paip plastik)
4. CARRY OUT PERIMETER DRAINAGE WORK
PREPARED BY: HE
TAJUK: MENLAKUKAN KERJA SALIRAN PERIMETER
TUJUAN:
Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja SALIRAN
PERIMETER mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan menggunakan teknik yang betul
supaya mutu kerja dapat dihasilkan mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan
PENERANGAN
1.0 PENDAHULUAN
Semua rumah dan bangunan kediaman mempunyai semua jenis saliran yang terpasang lengkap. Selain
dari itu terdapat satu jaluran saliran /paip yang ditempatkan diluar rumah di sepanjang perimeternya.
Paip atau saluran ini dipanggil Saliran Perimeter atau weeping tile system. Jika sistem ini beroperasi
dengan baik , masalah basahan pada ruang basemen atau ruang bawah rumah akan berakhir. Bagi
tujuan ini, hanya perimeter bawah tanah yang akan dibincangkan
2.0 APAKAH SISTEM SALIRAN PERIMETER?
Saliran Perimeter adalah saluran yang dipasang sama ada sebelah luar bangunan atau
dalaman, dipermukaan atau dibawah tanah.
Saliran perimeter boleh terdiri dari saluran terbuka seperti longkang bagi posisi dipermukaan dan
boleh ditanam didalam tanah disekeliling perimeter bangunan atau rumah.
Ia menggunakan paip yang lazimnya terdiri daripada PVC atau plastic (Ø100mm) . Disepanjang
paip tersebut mengandungi liang-liang kecil yang membolehkan air memasuki paip dan dialirkan
jauh dari asas bangunan.
PREPARED BY: HE
2.1 Mengapa memerlukan paip perimeter
Apabila sesebuah rumah dibina, sejumlah tanah disekitar perimeter rumah digali. Setelah binaan
selesai, tanah diletak kembali, menjadikan tanahnya lebih longgar daripada sebelum disentuh. Oleh
itu air dapat meresap lebih mudah menyebabkan ruang basemen basah atau berair atau bertakung.
Keadaan begini boleh memberi kesan kepada kestabilan asas dan perlu dihindari. Kaedahnya adalah
menggunakan paip perimeter bagi memenuhi tujuan berikut:
2.2 Tujuan Penempatan paip Perimeter
Menerima air hujan dari paip downspout untuk dibawa jauh dari bangunan
Mengelakkan air dari meresap ke ruang bawah tanah dengan cara menarik air hujan, yang
terkumpul dalam tanah atau kenaikan air bawah tanah jauh dari bangunan.
Memastikan paip perimeter yang menerima air hujan, dapat berperanan bersama dan selari
dengan sistem saliran bumbung yang mengalirkan air hujan dari bumbung ke paip perimeter
3.0 PROSEDUR KERJA PAIP PERIMETER
Bagi memastikan pelaksanaan pemasangan kerja paip perimeter berkesan dan dapat berfungsi
dengan baik, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian
i) Reka bentuk lay out paip hendaklah berasaskan kepada Jumlah air permukaan (Surface
Runoff)
Kebanyakan aliran air permukaan datang dari bumbung dan jumlahnya berubah-ubah mengikut
saiz dan gaya bumbung. Bumbung Tebeng layar menghasilkan semua air permukaan ke bumi
dengan sedikit dari hujung tebengnya,Bumbung limas mengagihkan air permukaan lebih sekata
pada semua sisiannya.
Pada musim tengkujuh, kadar air permukaan meningkat menyebabkan tambahan dari jumlah air
yang perlu dialir jauh dari asas bangunan
Dengan jumlah air hujan yang akan diterima, penempatan , saiz paip ,panjang larian paip dan
lain-lian aspek perlu disesuaikan.
ii) Tapak sekitar rumah dicuramkan mengikut pengkadaran yang sesuai .
PREPARED BY: HE
Kebanyakan masalah air bawah tanah boleh diselesaikan dengan mencuramkan tanah
disekeliling rumah . Penyudahan tapak hendaklah curam jauh dari asas pada kadar ½ in
ke 1 in per kaki bagi 6 ke 10 kaki.
iii) Penggunaan Talang mampu mengawal jumlah aliran air larian
Penggunaan Talang mampu mengurangkan keluasan kawasan tanah bagi menerima aliran air.
Adalah penting menggunakan sloped leader bagi menjarakkan aliran jatuh air dari asas
iv) Penggunaan Hardscape.
Konkrit atau blok paver juga boleh mengawal resapan air larian ke dalam timbusan. Hardscape
hendaklah cukup lebar bagi menutupi keseluruhan kawasan timbusan dengan permukaannya
dicuramkan untuk mengalir air jauh dari kawasan asas
v) Menggunakan Fabrik Penyaring
Semua saliran yang ditanam perlu litupi dengan kerikil kasar atau batu pecahan dan dibungkus dengan
bahan penyaring. Tanpa penyaring , lumpur akan mencemari batu dan memasuki serta menyumbat
rongga dalam paip.
Pelbagai geotextiles (fabric telapan) disediakan dalam bentuk rol dan pra -bungkus
PREPARED BY: HE
vi) Memastikan lokasi paip dengan betul
Paip perlu dipasang dengan teliti dan di lokasi yang betul dengan mengambil kira penapak dan
sebarang slab dalaman.
Tempat yang paling ideal menempatkan paip perimeter adalah berhampiran , disepanjang sisi asas
kerana air daripada Permukaan air tanah ( water table) boleh memasuki paip dengan cepat.
(Permukaan Air tanah adalah air yang terdapat dalam lapisan tanah atau bebatuan di bawah
permukaan tanah)
Diantara lokasi yang boleh menempatkan paip perimeter dan butiran dimensi yang ditetapkan
Bahagian atas sebelah asas Bahagian bawah sebelah asas
Dibawah aras asas
iv) Menghala liang-liang pada paip ke bawah
Paip yang direntang hendaklah dipastikan liang-liangnya mengadap ke bawah/sisi pada posisi jam
pukul 4 dan 8. Kaedah ini akan membolehkan kenaikan air permukaan bawah tanah (water table)
masuk ke dalam paip pada poin yang paling bawah
PREPARED BY: HE
4.0 KAEDAH MENEMPATKAN PAIP PERIMETER
i) Menetapkan kawasan penempatan paip perimeter
Penempatan paip perimeter boleh dilakukan sama ada di kawasan sebelah luar bangunan atau
dalaman
Bagi penempatan paip perimeter diluar bangunan, rekabentuknya perlu mengambil kira
pengendalian bersama antara sistem saliran bumbung dengan paip perimeter yang akan
membawa air jauh dari bangunan perlu diambil kira.
Adalah lebih baik dipanjangkan 6 kaki bagi mewujudkan jarak yang sesuai paip perimeter dari
bangunan.
ii) Kawasan dibersih dan diterangi
Setelah Penetapan kawasan bagi penempatan paip dibuat, keseluruhan kawasan tersebut
hendaklah dibersih ,bebas dari semak, taman, tangga ,anjung dan sebagainya.
iii) Gali untuk ruang paip di perimeter rumah
Jika penempatan dilakukan diluar rumah, maka kerja-kerja menggali perlu dilakukan pada
ketetapan tersebut.
Peparit digali disekeliling bangunan bagi menempatkan jaluran paip perimeter.Kedalam peparit
antara 450mm -600mm
Dasar peparit hendaklah bercerum mengikut pengkadarannya bagi memasti alirannya sampai
ke poin pelupusan
iv) Menempat dan Memasang Paip
Susunatur pemasangannya bermula dari Talang (gutter) bersambung dengan paip ke bawah
(down pipe) dan terus ke paip perimeter .Penyambungan dibuat mengikut langkah –langkah berikut:
Paip bawah disimpangkan untuk disambung dengan paip perimeter..
PREPARED BY: HE