Lapisan alas dengan batu kerikil disedia di sepanjang dasar peparit.yang siap digali.
               Lapisan fabrik penyaring di hampar sepanjang peparit dan disesuaikan untuk menerima paip
                   perimeter.
               Tempatkan paip dalam peparit . Pastikan kecuraman peparit konstan dan rata bagi
                   memboleh bahagian aliran masuk pada paip dibina sama aras dengan aras dasar (invert
                   Level ) atau dasaran aliran .Kecuraman minimum ¼ per kaki.
               Tutupkan dengan fabric penyaring (water-permeable sheet) yang bertindak sebagai penapis
                   bagi menghalang tanah / kotoran memasuki paip dan mengelak dari tersumbat
           v) Menimbus peparit /paip perimeter
            Paip ditimbus dengan lapisan kelikir dengan saiz yang dibenarkan , secara umumnya lapisan
                kelilkir bersaiz besar menutupi jaluran paip dan diikuti lapisan kelikir bersaiz kecil .
            Kelikir membenarkan air mengalir lancar ke poin pembuangan dalam satu sistem
                pembetungan tanpa risiko tersumbat
            Lapisan kelikir ditimbus dengan tanah .
    5. COORDINATE SANITARY, DRAINAGE AND SEWERAGE WORK INSPECTION
         TAJUK: KO-ORDINASI PEMERIKSAAN KERJA SANITARI, SALIRAN DAN PEMBETUNGAN
PREPARED BY: HE
TUJUAN:
         Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja KO-ORDINASI
         PEMERIKSAAN KERJA SANITARI, SALIRAN DAN PEMBETUNGAN mengikut spesifikasi
         yang ditetapkan dengan menggunakan teknik yang betul supaya mutu kerja dapat dihasilkan
         mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan
    PENERANGAN
        1.0 PENDAHULUAN
    Koordinasi pemeriksaan melibatkan sistem perpaipan dan saliran diatas permukaan dan dibawah
    permukaan tanah. Pemeriksaan di atas permukaan akan melibatkan saluran paip ke lekapan sanitari
    dan pemeriksaan dibawah tanah melibatkan sistem pembetungan
        2.0 PERSONEL YANG DIBERI KUASA MENGENDALIKAN PEMERIKSAAN
      2.1 Jurutera/ Arkitek berdaftar
      Akta Kawalan Bangunan memerlukan pemeriksaan visual dilakukan oleh jurutera structural yang
      didaftarkan sebagai jurutera professional dalam disiplin kejuruteraan awam atau stuktural. Ini adalah
      kerana keperluan atau kepentingan untuk melakukan penilaian dan penghakiman professional dalam
      kejuruteraan structural semasa pemeriksaan berkenaan
      Jurutera Awam dan Struktur adalah didaftarkan dengan Board Of Engineers Malaysia.
      2.2 Pihak Berkuasa Tempatan
        PBT pada umumnya diberi kuasa oleh undang-undang untuk memastikan kawasan
             pentadbirannya berada dalam keadaan selamat dan merancang sesuatu pembangunan dalam
             keadaan sempurna sesuai dengan keadaan masyarakat tempatan
        Pengawalan pembinaan bangunan merupakan salah satu fungsi yang dipertanggungjawabkan
             kepada PBT untuk dilaksanakan melalui Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (akta 133).
             Pengawalan pembinaan bangunan dilaksanakan untuk memastikan segala binaan yang terdapat
             dalam kawasan PBT berada dalam keadaan selamat dan sempurna berasaskan syarat-syarat
             yang ditetapkan.
        Dalam kontek ini PBT berperanan memastikan setiap kaedah pembinaan termasuk strukturnya
             dibina mengikut syarat-syarat yang dibenarkan dan pemeriksaan kualiti dilaksanakan sebaiknya
           2.2.1 Tanggungjawap Pihak Berkuasa Tempatan
PREPARED BY: HE
Sistem sanitasi dan saliran tidak boleh dipasang sehingga permit bagi kerjakerja berkenaan
           dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan sama ada bagi utiliti sedia ada atau bagi bangunan
           baru atau mana-mana premis yang lain. Bagi memastikan proses berjalan, Pihak berkuasa
           tempatan bertanggungjawap
           i) Menerima dan memproses permohonan Permit. Permohonan biasanya disertakan dengan
                 pelan saliran bangunan dan diskripsi lengkap cadangan pemasangan saliran dan sanitasi
                 dengan butiran-butiran berikut:
                   Pelan bangunan dengan susunan lekapan perpaipan
                   Sistem pembuangan sanitasi
                   Sistem pengudaraan dalam sistem saliran bangunan
                   Bahan-bahan, saiz dan kecerunan bagi semua paip yang dicadangkan
                   Posisi lurang, perangkap, paip Bungan, pain hujan, paip bolong, tandas, urinal, sink dan
                        lain-lain kelengkapan dalam premis dan sambungannya dengan sistem pembetungan
                        /saliran atau sistem pembungan persendirian
           ii) Melulus atau menolak permohonan
                 PBT bertanggungjawab meluluskan atau tidak permohonan yang dimajukan. Bagi tujuan ini
                 pegawai bangunan perlu memeriksa atau sebab yang perlu diperiksa bagi semua
                 permohonan permit dan segala pindaan . Jika permohonan tidak mematuhi keperluan bagi
                 semua peraturan, permohonan akan ditolak . Jika ianya menepati semua kos dan keperluaan
                 , PBT akan mengeluakan permit yang tidak boleh dipindah.
         3.0 KRITERIA PEMERIKSAAN PEMBETUNGAN DAN SALIRAN
         Penguatkuasa tempatan boleh memeriksa perkakasan dan fitting sebelum pemasangan atau semasa
         progress kerja. Pemasangan kerja perpaipan, sama ada baru atau sedia ada, yang didapati
         mengalami kecacatan atau tidak selamat, perlu dihalang penggunaanya kecuali pembetulan di buat
         bagi mematuhi keperluan kod dimana kriteria pemeriksaan diberi perhatian
         3.1 Sambungan / Connection dan Jointing
         connection dan jointing adalah dua istilah yang membawa maksud yang sama tetapi diguna pada
         situasi yang berbeza. Connection diguna pada situasi yang memperlihatkan gabungan antara
         bahagian –bahagian dan jointing lebih kepada sambungan yang spesifik antara dua bahagian
         tertentu.
PREPARED BY: HE
3.1.1 Jointing
               Sambungan antara paip dilakukan dengan menggunakan fitting yang sesuai dan
                   dierkemaskan dengan kaedah yang ditetapkan mengikut jenis paip. Paip PVC
                   menggunakan perekat solvent simen, Besi galvani dengan sambungan berbenang, paip
                   tanah liat dengan sambungan Gelang getah dan paip besi dengan sambungan bebibir
                   (Flanged joint)
               Sambungan antara paip dan fitting handaklah mematuhi standard seperti dalam jadual 3a .
                   Keperluan untuk sambungan yang tidak dinyatakan dalam jadual hendaklah tertakluk
                   kepada kelulusan Penguasa Bangunan
                   Jadual 3a.
               Sambungan dalam sistem saliran dan pengudaraan hendakalah kedap gas dan kedap air
                   bagi tekanan yang diperlukan untuk ujian , dengan pengecualian kepada perpaipan dengan
                   sambungan terbuka atau berliang yang dipasang bagi tujuan mengumpul dan membawa air
                   tanah atau air yang menyerap ke dalam tanah
          3.1.2 Connection
PREPARED BY: HE
Terdapat dua jenis penyambungan yang distilahkan sebagai connection saliran sanitari iaitu sistem
saliran bawah tanah yang melibatkan sistem pembetungan dan sistem saliran sanitari. Kedua-dua
sambungan ini perlu dipastikan menepati standard sambungan berasaskan kepada kaedah 2
sambungan berikut .
      Perangkap Sempadan (Boundary Trap)
      Perangkap Bukan sempadan ( Non- boundary trap)
Perangkap Sempadan (Boundary Trap)
Sambungan yang diguna untuk memutuskan sambungan pembetung awam daripada sistem saliran
sanitari. Mengandungi paip udara menaik dan menurun.
Perangkap Bukan sempadan ( Non- boundary trap)
Sambungan Perangkap Bukan sempadan adalah sambungan terus kepada pembetung awam dan
saluran utama. Sambungan ini mempunyai shaf pemeriksaan yang ditempatkan berhampiran poin
sambungan kepada pembetung pihak berkuasa dan paip udara menaik (upstream vent)
Perangkap Sempadan  Perangkap Bukan sempadan
3.2 Kecerunan
    Paip hendaklah di tempatkan pada kecerunan yang sekata dan jika terdapat perubahan
        kecerunan, ianya hendaklah digabungkan dengan dengan ruang masuk yang disediakan bagi
        menanggani masalah tersumbat.
    Sistem saliran bangunan dan pembetungan hendaklah direka bagi mengeluarkan berat bebanan
        serentak dengan kelajuan self–cleansing minimum 0.75m per.saat. Bagaimana pun
        kecerunan yang lebih rata boleh digunakan jika perlu tetapi kelajuan minimum tidak kurang
        daripada 0.6 m per saat
         3.3 Saiz Paip
            i) Secara umumnya pensaizan paip ditentukan mengikut :
              Fungsi dan tugas paip yang digunakan pada lokasi tertentu
PREPARED BY: HE
 Jumlah unit lekapan yang disambung .
              Panjang paip bagi kes paip menegak - Contoh nya paip bolong hendaklah ditentukan dari
                  panjang dan bilangan unit lekapan yang bersambung
            ii) Saiz paip berbeza –beza mengikut lokasi ia dipasang
              Paip buang cawangan (Branch waste pipe) dari bilik air, besen atau sink adalah
                  bergarispusat 32mm- 50mm. Saiz yang dicadangkan bagi paip pugak buangan (waste stack)
                  adalah 75mm
              Garispusat bagi paip bolong cawangan (Branch Vent Pipe) hendaklah tidak kurang dari
                  25mm atau 1/3 daripada garispusat paip buangan cawangan (Branch waste pipe)
              Paip bolong cawangan pada paip tanah hendaklah bergarispusat tidak kurang dari 32mm
                                                                           Paip bolong cawangan pada paip
                                                                                  tanah
         3.4 Jajaran/Keselarian (Alignment)
         Pemasangan paip dalam penjajaran yang betul akan memperlihatkan keseluruhan paip berada dalam
         posisi selari antara satu sama lain samada menegak atau melintang. Penjajaran menegak dan
         melintang paip diperiksa dengan melihat sepanjang crown ,invert dan sisi paip serta memeriksa
         pergerakan atau mendapan pada sambungan antara bahagian yang mengakibatkan larian paip
         melenduk.
         Penjajaran melintang diperiksa pada kelurusan atau kelancaran lengkung. Ketidakselarian boleh
         ditentukan dari aspek Faulting ,sagging dan invert heaving.
         i) Kesilapan Penjajaran (Faulting) – perbezaan jajaran antara sambungan paip yang
                   menyebabkan ketidaksekataan profil paip
         ii) Melenduk (Sagging) – Air bertakung di bahagian invert disebabkan paip melenduk dan tidak
                   selari
         iii) invert heaving- Menghalang kefungsian dalam sistem perpaipan.
PREPARED BY: HE
3.5 Ketahanan
    Dalam sistem perpaipan dan sanitari , keadaan yang mencabar ketahanan bahan paip yang digunakan
    akan kita jumpa. Ia mungkin disebabkan oleh udara dan efluen. Efluen adalah air sisa atau air buangan
    yang terhasil dari bangunan.
    Tiga keadaan utama yang boleh memjejaskan ketahanan bagi aplikasi saliran atau perpaipan adalah :
          Karat/ Corrosion
          Kakisan dari efluen
          Cuaca – suhu, radiasi ultraviolet
    Dengan menggunakan bahan yang dapat bertahan daripada 3 penyebab diatas, maka jangkahayat
    sistem perpaipan akan bertambah. Pemeriksaan akan meneliti penggunaan jenis bahan,adakah ia
    menepati spesifikasi yang ditetapkan .
   3.6 Permukaan
    Bagi memastikan perintang kepada ketidaktahanan dan penyerapan, kefungsian permukaan terhadap
    perintang kakisan,lelasan, calaran dan impak hendak mencukupi . ia bagi memastikan keselenggaraan
    pada integritinya.
    Lekapan sanitari seperti tab mandi, hendaklah terhindar dari membentuk, mempengaruhi atau
    mendorong kepada keadaan yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan
    pengguna.Kebolehbersihan dan perintang gelincir adalah diperlukan bagi permukaan baru dan lama.
    Pemeriksaan permukaan yang dilakukan mengandungi dua fungsi utama,
        Menyediakan prosedur standard untuk pemeriksaan permukaan lekapan sanitari, bagi menilai
            karekteristik prestasi teknikal.
        Menjelaskan jenis-jenis ketidaksempurnaan dan had bilangan lekapan baru yang dibenar.
    3.7 Pembersihan
          Kontraktor perlu membekalkan bahan dan pekerja yang perlu bagi melakukan pembersihan
              semua sistem perpaipan yang dalam skop kerja dan prosedur
          Saluran paip yang dipasang hendaklah bebas dari bahan-bahan yang tidak diperlukan yang
              mungkin berada dalam saluran paip. Pemeriksaan dan tindakan menyingkir sebarang kotoran
              dalam saluran perlu dilakukan.
          Caranya adalah dengan melalukan air atau udara dalam saluran paip pada tekanan kelajuan
              mencukupi.
          Dalam kes ini pembersihan dan pembilasan konvensional dilakukan melibatkan hidrant yang
              terbuka di kawasan sasaran yang berbeza bagi mengeluarkan air sehingga bahan terkumpul
PREPARED BY: HE
disingkirkan dan air yang dihasilkan bersih. Kaedah ini memerlukan air yang banyak bagi
              menyempurnakan proses ini.
    3.8 Kefungsian / Functionality
             Bagi memastikan dan menentukan pemasangan saluran paip memenuhi keperluan
                 kefungsian dan prestasi seperti dinyatakan dalam spesifikasi umum atau khusus, ujian
                 prestasi kefungsian hendaklah dilakukan .
             Ujian prestasi kefungsian melibatkan pemeriksaan fungsi lekapan sanitari, injap, pili , meter,
                 hidrant dan menguji semua lekapan mengandungi tandas ,tab mandian , pancuran ,sink dan
                 sebarang spigot luaran. Ujian ini bagi menentukan fungsi setiap lekapan dan meneliti jika
                 terdapat sebarang masaalah.
             Pada pancuran dan tab, pemeriksaan dibuat dengan melalukan air dan meneliti tekanannya,
                 memamstikan tiada kebocoran dari tab atau kepala pancuran.
             Pada sinki,pemeriksaan yang sama seperti mana dilakukan pada pancuran dan
                 tab.Pemeriksaan juga dilakukan pada paip bekalan dan sistem saliran. Ianya adalah
                 pemerisaan visual , membuat penelitian ke atas paip yang terdedah di kawasan seperti ruang
                 bawah bangunan /basement. Kamera optik fiber juga digun untuk memeriksa saluran paip
                 yang sukar diakses.
             Sebarang hasil yang tidak menepati keperluan prestasi semasa ujian hendaklah dinilai bagi
                 menentukan sebab-sebabnya dan mengambil tindakan pembaikian. Ujian ulangan hendaklah
                 dilakukan.
      4.0 JENIS- JENIS BORANG PEMERIKSAAN (rin/ rfi)
      . Borang-borang ini terdiri dari tiga jenis yang mengandungi tiga (3) peringkat pemeriksaan iaitu
       Peringkat Penerimaan, Peringkat Pembinaan dan Peringkat Produk Siap.
       Daripada ketiga-tiga jenis borang pemeriksaan ini , pelaksanaan pemeriksaan diperincikan seperti
       berikut:
                 i) Peringkat Penerimaan
                       Penerimaan untuk tujuan operasi dan senggara;
                       Penerimaan untuk tujuan daftar aset khusus;
                 ii) Peringkat Pembinaan
PREPARED BY: HE
 Peringkat operasi dan penyenggaraan aset;
                   ii) Peringkat Produk Siap
                         Peringkat penilaian awal bagi tujuan pemulihan, ubah suai dan naik taraf;
                         Peringkat penilaian awal bagi tujuan pemuliharaan
                         Peringkat penilaian awal bagi tujuan penilaian risiko dan keselamatan
                         Peringkat penilaian keadaan bangunan selepas bencana (jika berkaitan)
                 Bagi melaksanakan tugas ini berikut beberapa item /aspek yang perlu disemak dan ditelliti. Item-
                 item yang berkaitan boleh diambil daripada kriteria pemeriksaan yang telah digariskan
 Sebelum Pembinaan
         a) Saiz Paip- penentuan saiz paip dibuat sebelum memulakan pemasangan atau
              penempatan paip.
         b) Kecerunan – diukur dalam proses merancang tanda
 Semasa pembinaan                        d) Permukaan
  a) Sambungan / Connection dan Jointing  e) Pembersihan
  b) Jajaran/Keselarian (Alignment)       f) Kefungsian / Functionality
  c) Ketahanan
 Selepas Pembinaan
    Pada peringkat ini pemeriksaan dilakukan bagi memastikan item-item yang dibangunkan
    semasa pembinaan berada dalam keadaan tepat dan mematuhi spesifikasi
PREPARED BY: HE
Contoh Borang Pemeriksaan :Perpaipan dan Sanitari (Peringkat Penerimaan)
   5.0 KAEDAH MENGISI BORANG PEMERIKSAAN
           Rujuk Nota Praktikal
   6.0 MENGATUR PEMERIKSAAN KERJA SANITARI, SALIRAN DAN PEMBETUNGAN
         Pemeriksaan bangunan diatur melibatkan prosedur berikut :-
         i) Pemeriksaan secara visual ; dan
         ii) Pemeriksaan terperinci oleh Jurutera pakar
         Pemeriksa bangunan perlu melaksanakan pemeriksaan tinjauan awalan sebagai salah satu
         keperluan kepada pemeriksaan penyiasatan terperinci oleh Jurutera pakar. Walau bagaimana pun ia
PREPARED BY: HE
bergantung kepada jenis dan tahap kecacatan serta kerosakan yang dilaporkan di dalam laporan
         awalan pemeriksaan visual.
         Maklumat berkaitan telah dibincangkan secara terperinci dalam modul@ kompetensi yang lepas
         (WTP 3013: Komp 4. Co ordinate Roofing System Inspection )
         6.1 Proses pelaksanaan pemeriksaan
              6.1.1 Perlantikan Pemeriksa Bangunan
              6.1.2 Penyediaan Jadual Perancangan Program Pemeriksaan
              6.1.3 Penyediaan borang semak pemeriksaan, keperluan sumber, dan peralatan dalam
                        pemeriksaan bangunan.
              6.1.4 Mengatur perkhidmatan pihak Jurutera pakar yang diperlukan
           6.2 Merancang Pemeriksaan
              6.2.1 Senarai semak
              6.2.2 Borang Pemeriksaan
           6.3 Kaedah Pemeriksaan
                    Berjadual
                    Berterusan
         Kedua-dua kaedah ini lazimnya diaplikasi bagi proses penyenggaraan. Bagi proses menentukan
         yang sistem perpaipan dalam keadaan baik dan berfungsi, pemeriksaan boleh diatur pada masa
         tertentu mengikut kesesuaian sebelum penyerahan projek.
      7.0 PENGEMASAN DAN AKTIVITI 3 R
    7.1 Pengemasan (Housekeeping)
    Pengemasan yang berkesan boleh menghapuskan bahaya ditempat kerja dan membantu melakukan
    kerja dengan betul,selamat..Pengemasan bukan sahaja tentang kebersihan ditempat kerja,tetapi juga
    memastikan tempat kerja dalam keadaan tersusun,persekitaran kerja selamat dan bersedia untuk
    digunakan.
    7.1.1 Aktiviti pengemasan bagi kerja Perpaipan dan sanitari
     Pengemasan yang baik mampu merancang dan mengatur penyimpanan dan pergerakan bahan
         perpaipan dan sanitari dari poin masuk ke poin keluar secara teratur. Ia termasuk pelan alir bagi
         memastikan pengendalian yang minima. Perancangan yang baik akan memastikan kawasan kerja
         tidak diguna sebagai kawasan simpanan bahan, lekapan atau kelengkapan dengan pekerjanya
         menggerakkannya dengan bebas.
     Aktiviti pengemasan yang baik dapat mengenalpasti dan mengagihkan tanggungjawab dengan
         melaksanakan aktiviti – aktiviti pengemasan berikut:
PREPARED BY: HE
a) Pembersihan semasa kerja
              b) Pembersihan hari-ke-hari
              c) Pembuangan bahan terbuang
              d) Penyingkiran bahan-bahan yang tiidak digunakan
              e) Pemeriksaan bagi memastikan pembersihan disiapkan
     Aktiviti terakhir bagi proses pengemasan adalah pemeriksaan.Ia adalah satu cara menguji
         ketidakpatuhan dalam proses pengemasan supaya perubahan boleh dilakukan
    7.2 3R (Reduction, Recycle & Reuse) bagi kerja Perpaipan dan sanitari
         Pengurangan , Kitar semula dan Gunasemula (Reduction, Recycle & Reuse) adalah tiga tindakan
         saling berkait . Ia mempunyai matlamat yang sama iaitu menyumbang kepada pengurang
         pencemaran , menjimatkan tenaga dan sumber asli dan mengurangkan kos .
         Pengurangan adalah usaha mengurang jumlah pembaziran dari prosduk yang dihasilkan, jika tidak
         berjaya atau tidak dapat dielakkan, cuba kaedah guna semula dan jika masih tidak berjaya, lakukan
         kitar semula bagi mengelakkan bahan dibuang tapi dikitar semula dalam bentuk produk baru
         7.2.1 Kaedah Pengurangan (Reduaction)
         Pengurangan dapat mengelakkan bahan buangan terbuang dari sepatutnya. Cara produk
         direkabentuk, diguna atau dipasang boleh mengelakkan sisa dalam bentuk perekat, bungkusan,
         lebihan bahan ,lebihan potongan, lebihan kemasan dan sebagainya.
         Kaedah berikut mungkin dapat membantu dalam merancang pengurangan :
               Rancang perpaipan dan saliran bagi meminimum penggunaan panjang paip seboleh yang
                   mungkin., contohnya menetapkan laluan paip yang paling pendek antara poin ke poin.
               Pilih panjang paip dan fitting yang sepadan dengan tujuannya tetapi juga minimakan lebihan
                   potongan semasa pemasangan
               Pilih bahan atau produk yang boleh dikitar semula., contohnya dengan menentukan jenis
                   plastic
               Kembalikan lebihan bekalan kepada pembekal, simpan untuk kegunaan akan datang, jual
                   balik atau derma.
         7.2.2 Kaedah Kitar Semula
         Lekapan lazimnya diperbuat darippada porcelain. Bahan seramik ini boleh dihancur dan akhirnya di
         ubah kepada bahan untuk jalan pavemen dan laluan pejalan kaki. Mengubah porcelain kepada
         konkrit juga adalah kaedah terbaik bagi guna semula item-item untuk dikitar semula
         7.2.3 Kaedah Guna Semula
         Menderma lekapan perpaipan yang masih boleh diguna kepada agensi yang memerlukan merupakan
         satu kaedah guna semula. Bahan-bahan lekapan boleh juga ditukar dengan bahan lain di pusat jualan
         atau kedai atau dijual sebagai bahan terpakai.
PREPARED BY: HE
8.0 KEPERLUAN BADAN KAWAL SELIA
     Badan kawal selia adalah bertanggungjawab terhadap keperluan-keperluan seperti Kawalan
         Kualiti dan Keselamatan dan kesihatan.
     Di Malaysia, The Construction Industry Development Board of Malaysia (CIDB), merupakan
         badan kawal selia dalam industry pembinaan.
     Dibawah akta 520, CIDB diberi kepercayaan mengawalselia pematuhan standard bagi mutu kerja
         dan bahan, mempromosi dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industry pembinaan.
     Bagi mencapai fungsi-fungsi yang dinyatakan, satu rujukan diperlukan sebagai panduan. CIDB
         telah membangunkan Construction Industry Standard (CIS) yang menyentuh aspek khusus seperti
         Keselamatan dan Kesihatan serta Kawalan Kualiti
     Dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan serta Kawalan Kualiti, Construction Industry Standard
         (CIS) yang mengandungi beberapa parti khususnya stakeholder dan pakar industry telah
         menghasilkan CIS yang diantara adalah
         CIS 7:2014 Quality Assessment System For Building Construction Work (QLASSIC)
         CIS 10:2008 Safety And Health Assessment System In Construction (SHASSIC)
         8.1 Keselamatan dan Kesihatan
         Standard yang CIS bangunkan CIS 10:2008 Safety And Health Assessment System In
         Construction (SHASSIC)
         Standard ini mengambil beberapa komponen dengan merujuk Occupational Safety and Health
         Act Regulations (OSHA), 1994 (Act 514), Factory and Machinery Act (FMA), 1967 (ACT 139),
         Occupational Health and Safety Management System, OHSAS 18001:2007; Occupational Safety
         and Health Management System.
       2.1 Keselamatan dan Kesihatan Personal
         Keselamatan Personal memerlukan pekerja dan orang awam menggunakan perkakas
         keselamatan yang ditetapkan. Diantara perkakas keselamatan yang diperlukan adalah
               Pelindung kepala
               Pelindung mata
               Pelindungan tangan
               Penutup hidung
               Pelindung kaki
       2.2 Keselamatan operasi
         Keselamatan bagi pekerja paip semasa operasi adalah berbeza.Ia melibatkan mengangkat,
         mengimpal, bahan kimia, dan asbestos .Premis terbaik bagi sebarang operasi keselamatan adalah
         mengetahui bagaimana mengguna dan berkerja dengan mesin
PREPARED BY: HE
8.2 Kawalan Kualiti
CIS 7:2014 Quality Assessment System For Building Construction Work (QLASSIC)
merupakan standard kawalan kualiti yang digariskan sebagai panduan pematuhan.
Kawalan Kualiti dibahagi kepada aspek berikut:
Kawalan Kerja
 Bagi memastikan kawalan kualiti, penyelia perlu memeriksa dan meluluskan kerja sebelum
      membenarkan pekerja berkerja pada hari berkenaan. Apabila menerima notifikasi dari ketua
      pasukan berkaitan penyiapan sesuatu tugas, penyelia perlu memeriksa dan mengesahkan
      kerja-kerja yang disiapkan.
 Jika kerja-kerja berkenaan disiapkan dengan jaya dan memuaskan, kumpulan kerja di lepas kan
      dari tugasan dan jika tidak disiapkan atau siap dengan tidak memuaskan , kumpulan kerja
      berkenaan perlu meneruskan kerja dan melakukan kerja pembaikian sebelum meninggalkan
      tapak.
 Jika tugasan tidak dapat disiapkan sebelum berakhir hari berkerja normal (8 sejam), penyelia
      perlu mencari sebab-sebab tertangguh, adakah disebabkan pekerja atau penetapan/
      penyelarasan tugas .
Pematuhan standard
Dalam kerja perpaipan dan sanitari, kriteria yang menjadi kriteria pemeriksaan perlu diberi perhatian.
Sebagai contoh , sambungan antara paip dan fitting merupakan kriteria penting yang memerlukan
pematuhan terutama standard yang ditetapkan.
Sambungan Paip
Sambungan antara paip dan fitting yang berbeza perlu mematuhi standard seperti mana jadual yang
disertakan. Keperluan bagi sambungan yang tidak dinyatakan dalam jadual perlu mendapatkan
kelulusan Penguasa Bangunan
          Bahan-bahan                              Standard
          Paip Plastik ABS dan fittings            ASTM D2235, ASTM D2661, ASTM D3212,
                                                   ASTM F628 ASME B1.20.1
          Tiub Aluminium/ Aluminium tubing         ASTM C564
          Asbestos cement pipe and fittings        ASTM D1869
          Paip Tembaga/Brass pipe and fittings     ASME B1.20.1
          Paip Besi Tuang /Cast iron pipe and      ASTM C564
          fittings
          Paip Konkrit dan fittings                ASTM C443
         Copper or Copper‐alloy pipe and fittings  ASTM B32, ASME B1.20.1
         Copper‐alloy tubing and fittings          ASTM B32 CPVC
PREPARED BY: HE
Paip Plastik dan fittings       ASTM F493, ASME B1.20.1
Paip Besi galvani dan fittings  ASME B1.20.1
Paip Plastik PE dan fittings    ASTM D2657
PREPARED BY: HE
