PERJANJIAN BERSAMA KE SEMBILAN
MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD
DENGAN
KESATUAN PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA
AIRPORTS SABAH & LABUAN
K
E
P
M
A
S
1 JANUARI 2020 – 31 DISEMBER 2022
ARTIKEL PERJANJIAN BERSAMA KE SEMBILAN DI ANTARA MUKA SURAT
MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD DENGAN
1 KESATUAN PEKERJA-PEKERJA MALAYSIA AIRPORTS BERHAD 1
2 1
3 SABAH DAN LABUAN (KEPMAS) 1
4 1
5 KANDUNGAN 1
6 3
PERKARA
7 4
8 BAHAGIAN 1 4
9 PERUNTUKAN AM 4
10 4
11 Pihak-Pihak Dalam Perjanjian 4
12 Tajuk Perjanjian 5
13 Tempoh Perjanjian 6
14 Tujuan Perjanjian 6
Tafsiran
15 Naskah Sahih Dan Edaran 7
16 7
17 BAHAGIAN 2 8
18 PERHUBUNGAN SYARIKAT / KESATUAN 8
19 8
20 Pengiktirafan Kesatuan Dan Skop Perwakilan 9
21 Pemakaian Perjanjian 9
22 Rangkuman Perjanjian 9
23 Perundangan 10
24 Penyelesaian Muktamad 10
Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Kutipan Yuran Kesatuan
Penyelesaian Pertikaian
BAHAGIAN 3
TERMA DAN SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
SEKSYEN A : SYARAT PERKHIDMATAN
Gred Jawatan Dan Struktur Gaji Pekerja Bukan Eksekutif
Perlantikan Pekerja Dan Tempoh Percubaan Pekerja Baru
Penamatan Perkhidmatan Dan Perletakan Jawatan
Kenaikan Gaji Tahunan
Kenaikan Gred Jawatan
Kenaikan Pangkat
Bonus
Pertukaran
Waktu-Waktu Bekerja
Daftar / Merakam Kedatangan
i
ARTIKEL PERKARA MUKA SURAT
25 10
26 Kerja Lebih Masa 11
27 Bayaran Untuk Kerja Pada Hari Rehat / Cuti Mingguan 11
28 Bayaran Untuk Kerja Pada Hari Cuti Am 11
29 Caruman Kepada KWSP Dan PERKESO 11
30 Umur Persaraan 12
31 Faedah Persaraan 13
32 Persaraan Kerana Hilang Upaya 13
33 Faedah Kematian / Bantuan Pengkebumian 13
Faedah-Faedah Pengurangan Pekerja
34 14
35 SEKSYEN B : CUTI 14
36 15
37 Cuti Kerana Urusan Kesatuan 15
38 Cuti Am 15
39 Cuti Rehat Tahunan 16
40 Cuti Kecemasan 16
41 Cuti Ehsan 16
42 Cuti Kahwin 16
Cuti Haji Dan Umrah
43 Cuti Kerana Menyertai Sukan / Pertandingan 16
44 Cuti Kerana Menyertai Pasukan Sukarela Tentera, Polis, Jabatan 17
45 Pertahanan Awam, Rela, Persatuan Bulan Sabit Merah Dan 17
46 Agensi Kerajaan 17
47 Cuti Peperiksaan 18
48 Cuti Belajar 19
49 Cuti Kerana Urusan Mahkamah 20
50 Cuti Sakit Pekerja Lantikan Terus Syarikat 20
51 Cuti Sakit Pekerja (DCA) 20
52 Cuti Kecederaan 20
53 Cuti Kuarantin 21
Cuti Bersalin Pekerja Wanita
54 Cuti Kerana Isteri Bersalin 21
Cuti Tanpa Gaji
Cuti Separuh Gaji
SEKSYEN C : TATATERTIB
Tatatertib Dan Perlanggaran Kontrak Perkhidmatan
ii
ARTIKEL PERKARA MUKA SURAT
55 21
Prosedur Rungutan
56 23
57 SEKSYEN D : ELAUN DAN TUNTUTAN 23
58 23
59 Elaun Prestasi 24
60 Elaun Tanggung Kerja 24
61 Elaun Memangku 24
62 Elaun Syif 25
63 Elaun Tunggu Sedia Penjaga Jentera Elektrik (PJE) 25
Elaun Memandu Bagi Bukan Pemandu
64 Elaun Gangguan 28
Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Semasa Menjalankan Tugas
65 Rasmi, Menghadiri Kursus Dan Latihan Dalam Negeri 31
66 Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Semasa Menjalankan Tugas 33
67 Rasmi Di Luar Negara 34
68 Elaun Dan Bayaran Pertukaran Ke Luar Stesen 34
69 Elaun Dan Bayaran Kerana Berpindah Rumah 34
70 Elaun Bahasa 34
71 Elaun Sara Hidup (COLA) 35
72 Elaun Pengangkutan Khas Tetap 35
73 Elaun Hidup Susah 35
74 Bayaran Perpindahan Untuk Pekerja Yang Bersara 35
75 Bayaran Insentif Wilayah 36
76 Bayaran Lesen Memandu 36
77 Tambang Mengunjungi Wilayah Asal 36
78 Bantuan Sewa Rumah Bagi Pertukaran Antara Wilayah 37
Imbuhan Tetap Perumahan
79 Honorarium 37
80 Pakaian Seragam 38
81 39
SEKSYEN E : FAEDAH
82 39
83 Faedah-Faedah Kesihatan 40
Rawatan Bersalin
84 Skim Insurans Hayat Berkelompok (“Group Term Life Insurance 41
Scheme”)
SEKSYEN F : PINJAMAN
Pinjaman Perumahan
Pinjaman Kenderaan
SEKSYEN G : LAIN-LAIN
Bantuan Guaman
iii
ARTIKEL PERKARA MUKA SURAT
85 41
86 Faedah-Faedah Sedia Ada 41
87 Kemaskini Data Peribadi 41
Elaun Perumahan
Lampiran A 42
LAMPIRAN-LAMPIRAN
Lampiran B 45
Senarai Perjawatan Kumpulan Bukan Eksekutif Malaysia Airports
Lampiran C Holdings Berhad Dan Anak-Anak Syarikat 46
Lampiran D Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Semasa Menjalankan Rasmi 47
Lampiran E Luar Negara 48
Lampiran F Tuntutan Berpindah Rumah 49
Lampiran G Senarai Penyakit Kritikal 50
Lampiran H Carta Aliran Proses Prosedur Rungutan 51
Borang Rungutan
Elaun Hidup Susah
Faedah-Faedah Sedia Ada (Sabah Dan Labuan)
iv
BAHAGIAN 1
PERUNTUKAN AM
ARTIKEL 1 : PIHAK-PIHAK DALAM PERJANJIAN
Perjanjian ini adalah di antara Malaysia Airports Holdings Berhad, sebuah syarikat yang ditubuhkan di
Malaysia yang mana alamat berdaftarnya ialah Malaysia Airports Holdings Berhad, Pejabat Korporat,
Persiaran KLIA, 64000 KLIA, Sepang, Selangor atau mana-mana pengganti, pemegang harta atau
penerima pindah miliknya (yang kemudian daripada ini disebut sebagai "Syarikat") sebagai satu pihak,
dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sabah termasuk Labuan (KEPMAS), sebuah
Kesatuan Sekerja yang berdaftar di bawah Akta Kesatuan Sekerja dengan Nombor Pendaftaran S60
dan beralamat di Beg Berkunci 134, Tingkat 4, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, 88740
Kota Kinabalu, Sabah, atau mana-mana penggantinya (yang kemudian daripada ini disebut
“Kesatuan”) di pihak yang lain.
ARTIKEL 2 : TAJUK PERJANJIAN
Perjanjian ini diberi tajuk Perjanjian Bersama (Ke Sembilan) Di Antara Malaysia Airports Holdings Berhad
dengan Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Sabah Dan Labuan (KEPMAS) (selanjutnya
disebut sebagai Perjanjian).
ARTIKEL 3 : TEMPOH PERJANJIAN
Tempoh Perjanjian ini adalah selama 3 tahun mulai 01 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2022. Tanpa
mengambil kira tempoh di atas, Perjanjian ini hendaklah terus digunakan selanjutnya, sehingga kedua-
dua pihak dalam Perjanjian ini, Syarikat dan Kesatuan, bersetuju menggantikannya dengan Perjanjian
Bersama yang baru.
ARTIKEL 4 : TUJUAN PERJANJIAN
4.1 Tujuan Perjanjian ini ialah untuk mewujudkan keharmonian perusahaan di antara Syarikat
dengan Kesatuan dengan mengadakan peraturan dan kefahaman yang jelas dalam perkara-
perkara berkaitan dengan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan para pekerja yang
diwakili oleh kesatuan; untuk menjelaskan hak dan tanggungjawab Syarikat dan pekerja-
pekerjanya, Kesatuan dan ahli-ahlinya; dan mengadakan saluran dan cara yang teratur dan
berkesan untuk menyelesaikan salah faham, rungutan atau kemusykilan yang timbul dalam
tempoh perjanjian ini.
4.2 Kedua-dua pihak akur kepada hakikat bahawa kesejahteraan Syarikat serta pekerja-pekerjanya
bergantung kepada kerjasama yang rapat di antara kedua-dua pihak, dan kesediaan untuk
berganding bahu dalam mencapai aspirasi dan visi Syarikat. Pihak-pihak kepada Perjanjian ini
mengesahkan keinginan mereka untuk mewujudkan perhubungan berdasarkan perasaan saling
hormat menghormati dan percaya mempercayai.
ARTIKEL 5 : TAFSIRAN
Kecuali disebutkan sebaliknya, takrif-takrif berikut akan digunakan di dalam Perjanjian ini:-
5.1 Pekerja
Ertinya semua pekerja tetap, termasuk yang ditakrif sebagai pekerja (DCA) yang dilantik untuk
bekerja dengan Kumpulan Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad di bawah satu kontrak
perkhidmatan dan tertakluk di bawah bidang kuasa perjanjian ini.
5.2 Pekerja (DCA)
Adalah pekerja yang berkhidmat dengan Jabatan Penerbangan Awam sehingga 31 Oktober
1992, dan telah memilih untuk berkhidmat dengan Syarikat mulai 1 November 1992, samada di
bawah Skim A atau Skim B, setelah ditawarkan sedemikian.
5.3 Keluarga/Tanggungan
Adalah suami/isteri-isteri dan anak-anak pekerja yang sah yang diisytiharkan kepada Syarikat.
Anak-anak adalah yang berumur lapan belas (18) tahun ke bawah atau, sekiranya masih
1
belajar di sekolah/institusi yang diiktiraf oleh kerajaan dan swasta secara sepenuh masa,
sehingga umur dua puluh empat (24) tahun. Bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh
kelemahan otak atau jasmani, had umur ini tidak dipakai. Istilah 'anak' akan termasuk juga anak
tiri dan anak angkat di bawah tanggungan, yang diambil mengikut undang-undang.
5.4 Ketua Bahagian
Ertinya ketua bagi sesuatu bahagian/ Lapangan Terbang/ Unit dalam Syarikat yang
bertanggungjawab secara terus ke atas perkhidmatan seseorang pekerja.
5.5 Kuasa Tertentu
Akan ditentukan oleh Pihak Pengurusan Syarikat.
5.6 Tugas Rasmi
Ertinya kewajipan/tanggungjawab yang dilaksanakan, yang berkaitan dengan pejabat/ Syarikat
dan jawatan yang dipegang.
5.7 Kursus
Ertinya pelajaran mengenai sesuatu perkara yang diberi dalam jangkamasa tertentu.
5.8 Pejabat
Adalah bangunan atau premis yang menempatkan Malaysia Airports Holdings Berhad atau
anak-anak Syarikatnya di mana pekerja melaporkan diri untuk bertugas.
5.9 Stesen
Ertinya satu lingkungan kawasan 40 km dari Pejabat tempat bertugas.
5.10 Wilayah
Bermakna Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Labuan atau Sarawak.
5.11 Gaji
Ertinya ‘Upah’ (Wages) seperti ditafsirkan di bawah Akta Kerja 1955/Ordinan Buruh Sabah 1950
melainkan kandungan ayatnya memaksudkan makna yang lain.
5.12 Tempoh Perkhidmatan
Ertinya tempoh perkhidmatan yang berterusan dari tarikh dilantik berkhidmat, termasuk
perkhidmatan dengan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), yang digunakan bagi tujuan
pengiraan faedah yang dinyatakan dalam perjanjian ini melainkan faedah-faedah di bawah
Skim Persaraan Syarikat, yang mana tempoh perkhidmatan yang akan diambilkira bermula
pada atau selepas 1 November 1992 atau sebarang tarikh selepasnya, akan dikira berdasarkan
tahunan di mana perkhidmatan yang cukup bulan dalam setahun akan dikira satu per dua
belas(1/12). Tempoh perkhidmatan lima belas (15) hari atau lebih dalam satu bulan dikira
sebagai satu bulan dan sekiranya kurang dari lima belas(15) hari, tidak akan diambil kira.
5.13 Faktor Gaji
Gaji x 12
52 x 48
5.14 Syif
Ertinya giliran kerja yang dikehendaki dijalankan secara berterusan atau bersambungan oleh
dua (2) giliran atau lebih mengikut mana-mana yang berkenaan.
5.15 Minggu
Adalah satu tempoh tujuh (7) hari kalendar yang berterusan. Bagi pekerja syif tempoh tujuh (7)
hari ini termasuk hari-hari rehat sepertimana dijadualkan.
5.16 Hari
Ertinya satu tempoh berterusan selama dua puluh empat (24) jam mulai tengah malam. Bagi
pekerja-pekerja syif, ‘hari’ ertinya satu tempoh berterusan selama dua puluh empat (24) jam
bermula dari bila-bila detik masa.
5.17 Hari Rehat / Cuti Mingguan
Ertinya hari Ahad atau hari Jumaat mengikut mana yang berkenaan, bagi waktu bekerja
pejabat. Bagi pekerja syif Hari Rehat akan ditentukan mengikut jadual giliran. Jika terdapat lebih
2
daripada satu (1) hari rehat dalam seminggu, hari terakhir adalah Hari Rehat manakala hari-hari
lain adalah Hari Kelepasan (off).
5.18 Cuti
Ertinya satu jangkamasa seseorang pekerja itu dibenarkan tidak hadir bertugas dan
ketidakhadirannya itu tidak membawa kepada terputusnya perkhidmatan pekerja tersebut,
ataupun pemberhentian kerjanya.
5.19 Dipanggil Bertugas
Panggilan untuk datang bekerja di luar waktu bekerja biasa seseorang pekerja.
5.20 Doktor Panel Syarikat
Adalah Doktor (Pengamal) Perubatan/Pergigian (di mana berkenaan), yang berdaftar di
bawah badan-badan perubatan/pergigian yang diktiraf, serta hospital, klinik dan pusat-pusat
perubatan Kerajaan, yang dipilih untuk memberi rawatan perubatan/ pergigian kepada pekerja
atas tanggungan Syarikat di bawah syarat-syarat yang telah ditetapkan. Senarai Doktor akan
diedarkan kepada para pekerja dari semasa ke semasa.
5.21 PERKESO
Pertubuhan Keselamatan Sosial
5.22 KWSP
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
5.23 Bilangan dan Tatabahasa
5.23.1 Perkataan bentuk tunggal dalam Perjanjian ini adalah termasuk yang majmuk dan
sebaliknya;
5.23.2 Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki akan termasuk jantina perempuan
dan neutral.
5.24 Kecemasan
5.24.1 Mendapat rawatan di hospital/klinik berdekatan dengan tempat kejadian
kecemasan/kemalangan kerana tiada klinik panel yang berhampiran; atau
5.24.2 Keperluan rawatan serta-merta yang tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan
nyawa pesakit (life-threatening); dan
5.24.3 Pengesahan kecemasan oleh Pegawai Perubatan hospital/klinik dimana rawatan
kecemasan/kemalangan diperolehi.
5.25 COLA
Elaun Sara Hidup (Cost Of Living Allowance)
5.26 Undang – Undang yang Terpakai
Adalah merujuk kepada undang-undang yang berkuatkuasa di bawah peruntukan undang-
undang Persekutuan atau Negeri di mana ia adalah berkaitan.
ARTIKEL 6 : NASKAH SAHIH DAN EDARAN
6.1 Sekiranya berlaku sebarang pertikaian berhubung dengan interpretasi Perjanjian ini, maka naskah
Perjanjian dalam Bahasa Malaysia adalah menjadi naskah sahih.
6.2 Perjanjian ini akan dicetak oleh Syarikat dalam Bahasa Malaysia dan diedarkan kepada semua
ahli Kesatuan.
3
BAHAGIAN 2
PERHUBUNGAN SYARIKAT/KESATUAN
ARTIKEL 7 : PENGIKTIRAFAN KESATUAN DAN SKOP PERWAKILAN
Syarikat mengiktiraf Kesatuan sebagai badan perundangan bersama tunggal yang mewakili para
pekerja di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan dan Sarawak, kecuali mereka yang digaji oleh
Syarikat bagi jawatan-jawatan/kategori-kategori berikut:-
7.1 Jawatan-jawatan peringkat Eksekutif dan Pengurusan;
7.2 Jawatan-jawatan Setiausaha kepada mereka diperenggan 7.1;
7.3 Jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Keselamatan; dan
7.4 Jawatan-jawatan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Kewangan Ibu Pejabat, Pejabat
Wilayah dan Lapangan-Lapangan Terbang yang boleh mendapat maklumat berhubung dengan
gaji Eksekutif dan Pengurusan, serta akaun untung rugi Syarikat.
ARTIKEL 8 : PEMAKAIAN PERJANJIAN
8.1 Peruntukan dalam Perjanjian ini akan dinikmati oleh pekerja-pekerja di Sabah dan Labuan dalam
Kumpulan Bukan Eksekutif Skim Jawatan dan Struktur Gaji Syarikat.
8.2 Pekerja-pekerja yang ditukarkan ke anak-anak Syarikat milik penuh Malaysia Airports Holdings
Berhad atau Organisasi lain adalah juga tertakluk dalam Perjanjian ini.
8.3 Pekerja yang bukan Ahli Kesatuan tetapi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam
Perjanjian ini, tidak berhak mendapat faedah-faedah lebih baik atau lebih menguntungkan
daripada yang diperuntukkan di dalam Perjanjian ini.
8.4 Peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian ini tidak boleh dinikmati oleh pekerja-pekerja yang telah
menamatkan perkhidmatan dengan Syarikat atas apa sebab sekalipun sebelum tarikh 1 Januari
2020.
ARTIKEL 9 : RANGKUMAN PERJANJIAN
Perjanjian ini meliputi perkara-perkara berikut:-
9.1 Terma dan Syarat Perkhidmatan yang ditetapkan ke atas pekerja-pekerja Syarikat seperti faedah-
faedah perkhidmatan/persaraan, elaun-elaun dan lain-lain;
9.2 Skim Jawatan dan Struktur Gaji pekerja Kumpulan Bukan Eksekutif Syarikat yang tertakluk kepada
Perjanjian ini.
ARTIKEL 10 : PERUNDANGAN
Jika terdapat mana-mana peruntukan undang-undang yang sedang atau akan berkuatkuasa yang
ada kaitan dengan peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian ini, maka peruntukan yang lebih baik
hendaklah digunakan.
ARTIKEL 11 : PENYELESAIAN MUKTAMAD
11.1 Kesatuan dan Syarikat menerima dengan sepenuhnya segala peruntukan yang terkandung di
dalam Perjanjian ini. Perjanjian ini juga adalah penyelesaian muktamad ke atas segala tuntutan
oleh pihak-pihak dalam Perjanjian ini. Tiada pihak yang boleh menuntut daripada pihak yang lain
apa-apa tambahan dalam terma dan syarat-syarat Perkhidmatan yang telah dipersetujui. Kedua-
dua pihak tidak boleh meminda, mengubahsuai, membatal atau menambah apa jua syarat
kecuali dipersetujui bersama atau dengan kuatkuasa undang-undang.
4
11.2 Terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang telah dipersetujui, hendaklah diserahkan secara
bersama oleh kedua-dua pihak dalam perjanjian ini kepada Mahkamah Perusahaan untuk
pengiktirafan. Penyerahan hendaklah dilakukan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
persetujuan. Setelah pengiktirafan diperolehi, perubahan seterusnya pada terma dan syarat-
syarat perkhidmatan ini hanya boleh berkuatkuasa pada suatu tarikh dan tempoh selepas tarikh
penguatkuasaan Perjanjian ini.
11.3 Notis selama enam (6) bulan hendaklah diserahkan oleh kedua-dua belah pihak jika
perbincangan mengenai terma serta syarat-syarat perkhidmatan yang baru dan lain-lain perkara
yang berkaitan hendak dijalankan. Apabila perubahan hendak dibuat ke atas mana-mana terma
dan syarat-syarat perkhidmatan, terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang sedang digunakan
hendaklah terus digunakan sehingga digantikan oleh terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang
baru yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak atau yang telah diputuskan oleh
Mahkamah Perusahaan.
11.4 Setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk mengubah mana-mana terma dan syarat-syarat
Perkhidmatan di dalam Perjanjian ini, persetujuan yang telah dicapai hendaklah dikemukakan
secara bersama oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah Perusahaan untuk
maklumannya dalam tempoh sebulan dari tarikh persetujuan perubahan ini.
11.5 Sekiranya berlaku sebarang perubahan tafsiran terhadap mana-mana Artikel di dalam Perjanjian
ini, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa apa-apa faedah yang timbul, hendaklah terhad
tempoh kebelakangannya kepada tarikh sesuatu perkara itu ditimbulkan oleh mana-mana pihak
atau tarikh kuatkuasa perubahan yang ditetapkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.
11.6 Perjanjian ini hendaklah mengatasi semua perjanjian lain berhubung dengan terma dan syarat-
syarat perkhidmatan pekerja Syarikat.
ARTIKEL 12 : JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
12.1 Syarikat hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran
Pekerjaan di Ibu Pejabat, semua Lapangan Terbang dan semua Anak Syarikat Malaysia Airports
Holdings Berhad dengan tujuan memberi perlindungan keselamatan, kesihatan dan persekitaran
pekerjaan di tempat kerja.
12.2 Jawatankuasa ini diwajibkan diwakili oleh pihak Majikan dan Kesatuan yang mana pihak majikan
dan kesatuan akan memilih wakil masing-masing.
12.3 Jawatankuasa ini perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali diperingkat Ibu
Pejabat, Bahagian dan Lapangan Terbang.
12.4 Tanggungjawab Syarikat terhadap Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran:
12.4.1 Syarikat diwajibkan menyediakan peralatan yang bersesuaian (Personal Protective
Equipment/Peranti Perlindungan Diri) dan berdasarkan keperluan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan kepada pekerja.
12.4.2 Syarikat juga diwajibkan menyediakan latihan yang bersesuaian bagi melengkapkan
pekerja dengan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan keselamatan,
kesihatan pekerjaan dan persekitaran.
12.5 Tanggungjawab Pekerja terhadap Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Persekitaran:
12.5.1 Pekerja adalah diwajibkan mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan
oleh Syarikat dari semasa ke semasa.
12.5.2 Pekerja adalah diwajibkan memakai apa-apa peralatan keselamatan termasuk
pakaian keselamatan bagi memastikan keselamatan semasa menjalankan tugas
Syarikat.
5
12.6 Syarikat berhak mengambil sebarang tindakan termasuk tindakan tatatertib ke atas mana-mana
pekerja yang dianggap gagal mematuhi mana-mana arahan berkaitan dengan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan.
ARTIKEL 13 : KUTIPAN YURAN KESATUAN
Syarikat bersedia membantu pihak Kesatuan untuk membuat kutipan bayaran yuran bulanan ahli-
ahlinya melalui potongan gaji, tertakluk kepada Seksyen 24 Akta Kerja 1955/ Seksyen 113 Ordinan Buruh
Sabah 1950. Jumlah kutipan akan dikemukakan kepada Kesatuan.
ARTIKEL 14 : PENYELESAIAN PERTIKAIAN
14.1 Sebarang pertikaian berhubung dengan tafsiran atau perlaksanaan hendaklah diselesaikan
secara rundingan antara Syarikat dan Kesatuan sebelum dirujukkan kepada Mahkamah
Perusahaan menurut peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
14.2 Kedua-dua belah pihak hendaklah menyelesaikan sebarang pertikaian yang timbul dari
perlaksanaan Perjanjian secara rundingan bersama. Jikalau tiada penyelesaian diperolehi maka
perkara tersebut hendaklah dirujuk oleh kedua-dua pihak secara bersama atau berasingan
kepada Menteri Sumber Manusia untuk mendapatkan penyelesaian.
6
BAHAGIAN 3
TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN
ARTIKEL 15 : GRED JAWATAN DAN STRUKTUR GAJI PEKERJA BUKAN EKSEKUTIF
15.1 Gred Jawatan dan Struktur Gaji Pekerja Bukan Eksekutif Syarikat di bawah Perjanjian Bersama (Ke
Sembilan) ini yang berkuatkuasa mulai daripada 1 Januari 2020 adalah seperti lampiran berikut:-
Gred Struktur Gaji
Jawatan
Min (RM) Max (RM)
16
15 2,900.00 7,260.00
14
13 2,400.00 6,570.00
12
11 2,200.00 5,150.00
10
9 1,900.00 4,960.00
8
1,700.00 3,980.00
1,550.00 3,510.00
1,400.00 3,240.00
1,300.00 2,700.00
1,200.00 2,460.00
15.2 Senarai Perjawatan berasaskan Gred dan Struktur Gaji di atas adalah seperti di Lampiran A.
ARTIKEL 16 : PERLANTIKAN PEKERJA DAN TEMPOH PERCUBAAN PEKERJA BARU
16.1 Semua pekerja baru Syarikat perlu menjalani tempoh percubaan selama enam (6) bulan.
16.2 Setelah tamat tempoh percubaan itu, Syarikat boleh samada mengesahkan perlantikan pekerja
itu atau melanjutkan tempoh percubaannya selama tiga (3) bulan lagi atau menamatkan
perkhidmatannya. Jika pada akhir jumlah tempoh percubaan itu Syarikat masih belum
mengesahkan atau menamatkan perkhidmatan pekerja berkenaan, maka dia dianggap masih
dalam percubaan.
16.3 Sekiranya dalam masa menjalani atau setelah tamat menjalani tempoh percubaan asal atau
tempoh percubaan yang dilanjutkan pihak Syarikat tidak berpuashati dengan prestasi atau
kelakuan seseorang pekerja, maka Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan pekerja
berkenaan dengan memberi notis empat belas hari (14) hari genap ataupun membayar
sejumlah wang yang sama banyak dengan empat belas (14) hari gaji sebagai ganti notis
berkenaan.
16.4 Perlantikan pekerja baru hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
16.4.1 Mengemukakan dokumen yang sah (asal/salinan yang diakui sah) kepada Syarikat
berhubung kewarganegaraannya, umur, kelayakan akademik, pengalaman bekerja
16.4.2 (jika ada) dan rujukan (jika perlu);
16.4.3
16.4.4 Disahkan sihat untuk bekerja oleh Doktor Panel Syarikat;
16.4.5
Bebas daripada rekod jenayah;
Tidak muflis;
Pekerja yang mencapai umur persaraan wajib, boleh dipertimbangkan untuk lantikan
secara kontrak bergantung kepada keperluan Syarikat.
7
ARTIKEL 17 : PENAMATAN PERKHIDMATAN DAN PERLETAKAN JAWATAN
17.1 Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja yang telah diterima bertugas
disebabkan mana-mana keadaan berikut :-
17.1.1 Kesihatannya didapati tidak memuaskan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan
oleh Doktor Panel Syarikat.
17.1.2 Pekerja telah memberikan maklumat palsu ketika memohon pekerjaan.
17.1.3 Didapati mempunyai rekod jenayah seperti terlibat dengan penyalahgunaan dadah
atau pernah didapati bersalah di bawah mana-mana Kanun Keseksaan.
17.1.4 Pekerja didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
17.2 Perletakan jawatan
17.2.1 Pekerja yang telah disahkan dalam jawatan boleh meletakkan jawatan dengan
17.2.2 memberi notis tiga puluh (30) hari atau membayar satu (1) bulan gaji sebagai ganti
notis. Pekerja yang belum disahkan dalam jawatan boleh meletakkan jawatan
dengan memberi empat belas (14) hari notis atau sebagai ganti notis membayar
sejumlah wang yang sama banyak dengan empat belas (14) hari gaji kepada Syarikat.
Melainkan telah diberi kebenaran oleh Syarikat, pekerja yang mempunyai apa-apa
ikatan dengan Syarikat, umpamanya syarat perlu berkhidmat bagi sesuatu tempoh
tertentu, atau mempunyai hutang dengan Syarikat yang belum diselesaikan,
dikehendaki menyelesaikan segala ikatannya itu sebelum meletakkan jawatan.
Kegagalan berbuat demikian membolehkan pihak Syarikat mengambil tindakan
undang-undang.
ARTIKEL 18 : KENAIKAN GAJI TAHUNAN
18.1 Kenaikan gaji tahunan adalah berdasarkan prestasi syarikat dan pekerja serta kadar pasaran
semasa dan ianya akan diberi pada 1 Januari setiap tahun.
18.2 Jika tarikh perlantikan atau kenaikan pangkat seseorang pekerja bukan pada 1 Januari,
kenaikan gaji tahunannya akan diselaraskan pada I Januari tahun berikutnya dengan bayaran
kenaikan dibuat secara pro-rata.
18.3 Pekerja baru yang telah disahkan dalam jawatan akan diberi kenaikan gaji pada 1 Januari
tahun berikutnya dengan bayaran kenaikan secara pro-rata.
18.4 Pekerja-pekerja yang menerima gaji maksima boleh dipertimbangkan Elaun Prestasi.
18.5 Seseorang pekerja yang gaji asalnya adalah di bawah gaji maksima grednya, tetapi dengan
kenaikan gaji tahunan yang berdasarkan prestasi menjadikan gaji ini lebih daripada gaji
maksima grednya, akan diberi gaji maksima gred tersebut. Baki daripada kenaikan ini jika ada,
akan diberi sebagai Elaun Prestasi bagi tahun berkenaan.
ARTIKEL 19 : KENAIKAN GRED JAWATAN
19.1 Syarikat tanpa menjejaskan hak-haknya, boleh mempertimbangkan pekerja-pekerja bagi
kenaikan gred dalam keadaan-keadaan berikut:-
19.1.1 Pekerja telah berkhidmat dengan cemerlang tetapi tidak dapat dinaikkan pangkat
kerana tiada kekosongan jawatan yang berkenaan, serta telah memenuhi syarat-
syarat kenaikan gred yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
19.1.2 Pekerja telah berada di atas gaji maksima gred jawatannya sekurang-kurangnya
selama tiga (3) tahun dan telah berkhidmat dengan cemerlang serta memenuhi
syarat-syarat kenaikan gred yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
8
19.2 Pekerja yang dinaikkan gred akan diberi pelarasan gaji sebanyak sepuluh peratus (10%)
daripada gajinya sebelum dinaikkan gred atau sehingga gaji maksima gred jawatan kenaikan
gred, yang mana lebih rendah.
19.3 Sekiranya pelarasan mengikut kadar berkenaan belum meletakkan gaji baru pekerja dalam
lingkungan gaji gred barunya, gaji pekerja yang dinaikkan gred itu akan diselaraskan kepada
gaji minima gred jawatan yang lebih tinggi itu.
ARTIKEL 20 : KENAIKAN PANGKAT
20.1 Syarikat, tanpa menjejaskan hak-haknya, boleh, apabila berlakunya kekosongan jawatan,
mempertimbangkan pekerja-pekerjanya yang berkelayakan, berpengalaman dan memenuhi
kesemua syarat yang ditetapkan, untuk kenaikan pangkat.
20.2 Pekerja yang dinaikkan pangkat akan diberikan pelarasan sebanyak sepuluh peratus (10%)
daripada gaji pokok bagi kenaikan satu (1) jawatan dan dua puluh peratus (20%) bagi kenaikan
dua (2) jawatan atau gaji minima gred jawatan yang lebih tinggi itu, yang mana lebih tinggi,
atau sehingga gaji maksima gred jawatan kenaikan pangkat yang mana lebih rendah.
20.3 Pekerja yang mendapat kenaikan seperti di Artikel 19.2 tidak melucutkan haknya mendapat
kenaikan gaji tahunan yang telah ditetapkan melalui Artikel 18. Sekiranya tarikh kenaikan
pangkat sama kenaikan gaji tahunan, kenaikan gaji bagi gred jawatan baru akan didahulukan.
20.4 Pekerja yang dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi dikehendaki menjalani tempoh
percubaan selama enam (6) bulan dalam jawatan yang lebih tinggi itu.
20.5 Setelah menjalani tempoh percubaan dengan memuaskan, pekerja tersebut akan disahkan
dalam jawatan yang lebih tinggi itu mulai daripada tarikh tamat tempoh percubaan bagi
kenaikan pangkat itu dan dibayar gaji bersamaan dengan gaji semasa dalam tempoh
percubaan.
20.6 Pekerja yang tidak disahkan dalam jawatan barunya akan ditempatkan kembali ke jawatan,
gred dan gaji asalnya atau mana-mana jawatan yang setaraf dengan gred asalnya tanpa
menjejaskan peluang kenaikan pangkatnya pada masa hadapan.
ARTIKEL 21 : BONUS
Bonus tahunan, berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarikat, boleh dipertimbangkan
selepas mengambilkira prestasi sebenar Syarikat berbanding dengan matlamat pencapaian yang
telah ditetapkan sebelumnya, serta akaun Syarikat diaudit dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
ARTIKEL 22 : PERTUKARAN
22.1 Pekerja-pekerja boleh ditukarkan ke mana-mana tempat dalam Malaysia, atas budi bicara dan
arahan Syarikat. Dalam hubungan ini, Syarikat hendaklah memberi sekurang-kurangnya satu (1)
bulan notis atau satu tempoh yang difikirkan wajar untuk keperluan operasi kepada pekerja
sebelum ia ditukarkan. Perbelanjaan pengangkutan, elaun-elaun dan lain-lain yang berkaitan
akan ditanggung oleh Syarikat sekiranya pertukaran adalah atas arahan, keperluan atau
kepentingan Syarikat dan dibayar merujuk Artikel 65 sebelum pertukaran tersebut.
22.2 Pekerja yang telah menerima semua elaun dan bayaran pertukaran/ perpindahan, perlu
berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) bulan di pejabat barunya. Jika pekerja
meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh tersebut, dia hendaklah membayar balik semua
elaun dan bayaran pertukaran/perpindahan yang telah diberi kepadanya.
22.3 Pekerja yang gagal melaporkan diri di pejabat barunya pada tarikh pertukaran yang ditetapkan
atau tarikh lain yang dipersetujui oleh Syarikat secara bertulis, tanpa persetujuan daripada Pihak
Pengurusan adalah dianggap sebagai telah sendirinya menamatkan perkhidmatannya dengan
Syarikat tanpa notis.
9
22.4 Syarikat akan mengkaji peluang untuk pertukaran setiap lima (5) tahun bagi pekerja yang telah
ditukarkan dari wilayah asal atas keperluan Syarikat atau kekosongan jawatan melainkan atas
kehendak pekerja. Semua perbelanjaan pertukaran akan ditanggung oleh Syarikat mengikut
Artikel 65.
ARTIKEL 23 : WAKTU-WAKTU BEKERJA
23.1 Waktu Bekerja Pejabat
23.1.1 Waktu Bekerja Pejabat di Sabah dan Labuan ialah:-
Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Waktu Bekerja
Isnin hingga Khamis 0800 - 1300 1300 - 1400 1400 - 1700
Jumaat 0800 - 1130 1130 - 1400 1400 - 1700
23.1.2 Hari Rehat Mingguan bagi Waktu Bekerja Pejabat lima (5) hari seminggu adalah Ahad.
23.1.3 Cuti Am yang diwartakan atau diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan, atau Kerajaan
Negeri di mana-mana pekerja bertugas, akan digantikan sekiranya jatuh pada Hari
Rehat.
23.1.4 Setiap Cuti Am yang jatuh pada Hari Kelepasan Sabtu akan diganti dan dikreditkan
kepada Cuti Tahunan.
23.2 Waktu Bekerja Bukan Pejabat (Syif)
23.2.1 Jumlah masa bekerja bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang tertakluk kepada waktu
bekerja bukan pejabat ialah purata empat puluh lapan (48) jam seminggu (termasuk
waktu rehat).
23.2.2 Setiap seorang pekerja akan diberi satu (1) hari dalam seminggu (7 hari) sebagai Hari
Rehat.
23.2.3 Pekerja wanita yang mengandung dua puluh dua (22) minggu ke atas boleh
dikecualikan daripada bekerja mengikut syif.
ARTIKEL 24 : DAFTAR/ MERAKAM KEDATANGAN
Pekerja dikehendaki mendaftar/merakam waktu mula dan tamat bertugas dengan menggunakan
sistem perakam waktu atau sistem daftar kedatangan yang disediakan oleh Syarikat.
ARTIKEL 25 : KERJA LEBIH MASA
25.1 Kerja lebih masa yang melebihi waktu bekerja biasa seseorang pekerja hanya boleh
dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Syarikat. Pekerja yang diluluskan bekerja lebih masa
akan diberi bayaran mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan.
25.2 Kerja yang dijalankan pada Hari (hari-hari) Rehat atau Cuti (cuti-cuti) Mingguan / Am melebihi
waktu bekerja yang biasa adalah dikira sebagai kerja lebih masa.
25.3 Kadar bayaran kerja yang dijalankan melebihi waktu bekerja biasa pada hari kerja biasa, Hari
Rehat, Cuti Mingguan dan Cuti Am adalah dibayar mengikut formula yang diperuntukkan
Labour Ordinance Of Sabah (Amendment) Act 2005 – Act A 1238.
25.4 Dalam mengira kadar bayaran lebih masa, gaji yang digunakan tidak boleh melebihi Ringgit
Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja (RM2,500.00) walaupun jika gaji pekerja yang terlibat
telah melebihi angka tersebut.
25.5 Pekerja syarikat boleh juga memohon cuti sebagai ganti kepada kerja lebih masa yang telah
dilaksanakan. Kadar Cuti Gantian ialah satu (1) hari bagi setiap enam (6) jam kerja lebih masa.
10
ARTIKEL 26 : BAYARAN UNTUK KERJA PADA HARI REHAT / CUTI MINGGUAN
Pekerja yang dikehendaki bekerja pada Hari Rehat/ Cuti Mingguannya akan dibayar kadar lebih masa
seperti berikut:-
26.1 Setengah (½) hari gaji pada kadar biasa sekiranya jumlah jam bekerja kurang daripada separuh
jumlah jam kerja biasa.
26.2 Satu (1) hari gaji pada kadar biasa sekiranya jumlah jam bekerja melebihi daripada separuh
tetapi kurang daripada jumlah waktu kerja biasa.
26.3 Dua (2) kali ganda gaji sejam bagi jumlah jam bekerja melebihi daripada jumlah jam bekerja
biasa. Bagi maksud ini, formula perkiraan adalah seperti berikut:-
______G__a_j_i _b_u_l_a_n_a__n__x__2_______
26 x Jumlah Jam Kerja Biasa
26.4 Dalam mengira kadar bayaran lebih masa, gaji bulanan yang digunakan tidak boleh melebihi
Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja (RM2,500.00) walaupun jika gaji pekerja yang
terlibat telah melebihi angka tersebut.
ARTIKEL 27 : BAYARAN UNTUK KERJA PADA HARI CUTI AM
Pekerja yang dikehendaki bekerja pada Hari Cuti Am akan dibayar kadar seperti berikut :-
27.1 Dua (2) hari gaji pada kadar biasa bagi kerja yang dilakukan yang tidak melebihi jumlah kerja
jam biasa.
27.2 Tiga (3) kali ganda gaji sejam bagi setiap jam kerja yang dilakukan melebihi jam kerja biasa. Bagi
maksud ini, formula pengiraan adalah seperti berikut:-
______G__a_j_i _b_u_l_a_n_a__n__x__3_______
26 x Jumlah Jam Kerja Biasa
ARTIKEL 28 : CARUMAN KEPADA KWSP DAN PERKESO
28.1 Syarikat dan pekerja akan mencarum kepada KWSP berdasarkan syarat-syarat dan sekurang-
kurangnya mengikut kadar yang ditetapkan oleh Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
28.2 Syarikat dan pekerja juga akan mencarum kepada PERKESO mengikut syarat-syarat dan kadar
yang ditetapkan oleh Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969.
ARTIKEL 29 : UMUR PERSARAAN
29.1 Umur-umur persaraan wajib dan pilihan bagi pekerja Syarikat adalah seperti berikut :-
Jantina Umur Persaraan Wajib Umur Persaraan Pilihan
Berakhir umur 60 tahun 50 Tahun
Lelaki Berakhir umur 60 tahun 45 Tahun
Perempuan Berakhir umur 60 tahun 45 Tahun
Pekerja
Perkhidmatan
Bomba dan
Menyelamat
29.2 Syarikat walau bagaimanapun, berhak mengkaji semula umur persaraan pilihan para pekerjanya,
kecuali mereka yang sebelum ini berkhidmat dengan Jabatan Penerbangan Awam, yang mana
perbekalan di dalam Akta Pencen 1980 dan apa-apa pindaan yang dibuat ke atasnya, akan
terus terpakai bagi mereka.
11
29.3 Umur seseorang pekerja itu adalah berdasarkan tarikh lahir yang tercatat di dalam surat
beranaknya. Jika surat beranak tiada, tarikh lahir yang tercatat di dalam kad pengenalan
pekerja akan digunakan. Dalam menentukan tarikh lahir seseorang, sekiranya bulan sahaja
yang diketahui, tarikh lahirnya akan dianggap sebagai jatuh pada hari terakhir dalam bulan itu.
Jika tahunnya sahaja diketahui, maka tarikh lahir tersebut akan dianggap sebagai jatuh pada
31 Disember, tahun itu.
ARTIKEL 30 : FAEDAH PERSARAAN
30.1 Skim Faedah Persaraan pekerja yang telah digunakan sejak 1 November 1992, ditamatkan pada
31 Disember 2004, dan digantikan dengan caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP), seperti berikut berkuatkuasa pada 1 Januari 2005:-
30.1.1 Caruman wajib syarikat dan pekerja kepada KWSP berdasarkan syarat-syarat dan
kadar-kadar yang ditetapkan oleh Akta KWSP 1991, atau apa-apa pindaan ke
atasnya selepas ini .
30.1.2 Caruman tambahan oleh majikan/syarikat berdasarkan kadar–kadar seperti berikut:-
30.1.2.1 Tempoh perkhidmatan : Tiga peratus(3%)
Kurang daripada lima (5) tahun
30.1.2.2 Tempoh perkhidmatan : Lima peratus(5%)
lima (5) tahun dan ke atas
30.2 Faedah Persaraan kepada pekerja sehingga 31 Disember 2004, dibayar berdasarkan formula
berikut sekiranya pekerja memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
F x (Purata satu (1) bulan gaji bagi setiap tahun perkhidmatan sehingga 31
Disember 2004) x tempoh perkhidmatan sehingga 31 Disember 2004
30.2.1 Persaraan Wajib (Tempoh perkhidmatan sehingga 31 Disember 2004)
30.2.1.1 Kurang daripada lima (5) tahun : F = 0.50
30.2.1.2 Lima (5) tahun tetapi kurang
daripada sepuluh (10) tahun
: F = 0.75
30.2.1.3 Sepuluh (10) tahun ke atas : F = 1.50
30.2.2 Persaraan Pilihan (Tempoh perkhidmatan sehingga 31 Disember 2004)
30.2.2.1 Kurang daripada lima (5) tahun : F = 0.50
30.2.2.2 Lima (5) tahun tetapi kurang
daripada sepuluh (10) tahun
: F = 0.75
30.2.2.3 Sepuluh (10) tahun ke atas : F = 1.50
30.2.3 Persaraan disebabkan Hilang Upaya Kekal/Kematian : F = 2.0
(Tempoh perkhidmatan sehingga 31 Disember 2004)
30.2.4 Tempoh perkhidmatan dengan Syarikat adalah dikira dengan kiraan tahun, di mana
setiap bulan perkhidmatan yang disempurnakan dalam setahun dikira sebagai satu per
dua belas (1/12). Tempoh perkhidmatan kurang daripada lima belas (15) hari dalam
sebulan tidak akan diambil kira.
30.3 Pekerja yang dilantik oleh syarikat pada atau selepas 1 Januari 2005 tidak layak mendapat
faedah persaraan seperti di atas.
30.4. Faedah Persaraan terakru sehingga 31 Disember 2004 akan dilaburkan ke dalam Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja yang layak secara berperingkat bermula pada
tahun 2011, 2012 dan 2013.
30.4.1 Pekerja yang telah mencapai umur persaraan wajib atau bersara pilihan empat puluh
lima (45) tahun bagi wanita serta pekerja Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat (Gred
12
11 hingga 13) dan lima puluh (50) tahun bagi lelaki dalam tempoh pelaburan dibuat,
akan dibayar baki faedah persaraan yang belum dilaburkan pada umur persaraan.
30.4.2 Pekerja yang disarakan kerana hilang upaya kekal atau yang meninggal dunia akan
dibayar perbezaaan faedah persaraan berdasarkan Artikel 30.2.3 dengan kelayakan
perkiraan pada 31 Disember 2004.
30.4.3 Bagi pekerja yang meletak jawatan, faedah persaraan akan terus dilaburkan ke dalam
KWSP secara berperingkat seperti di Artikel 30.4.
30.4.4 Bagi pekerja yang ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja kerana tindakan
disiplin, majikan berhak menuntut kembali faedah persaraan yang telah dilaburkan
daripada pekerja tersebut.
ARTIKEL 31 : PERSARAAN KERANA HILANG UPAYA
31.1 Pekerja yang mengalami hilang upaya boleh memohon untuk bersara kerana hilang upaya
dengan mengemukakan laporan perubatan yang disahkan oleh Doktor Panel Syarikat sebagai
bukti bahawa dia tidak dapat meneruskan perkhidmatannya secara aktif dengan syarikat
samada kerana masalah fizikal dan/atau mental.
31.2 Syarikat juga boleh mensarakan pekerja setelah dirujuk kepada Lembaga Perubatan atau atas
perakuan sebuah lembaga perubatan yang ditubuhkan oleh syarikat.
31.3 Faedah persaraan terakru akan dibayar berdasarkan Artikel 30.2.3.
ARTIKEL 32 : FAEDAH KEMATIAN / BANTUAN PENGKEBUMIAN
32.1 Sekiranya pekerja yang telah disahkan dalam jawatan, meninggal dunia sebelum mencapai
umur persaraan wajib, waris si mati yang sah disisi undang-undang akan menerima faedah
kematian, seperti Artikel 30.2.3.
32.2 Syarikat akan memberi Bantuan Pengkebumian sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus
(RM 2,500.00) atas kematian pekerja kepada waris dan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu
(RM1,000.00) atas kematian tanggungan pekerja kepada pekerja semasa dalam perkhidmatan.
32.3 Syarikat juga akan menanggung pembayaran pengangkutan jenazah, mengikut perbelanjaan
sebenar yang disokong dengan resit, bagi pekerja atau tanggungan yang meninggal dunia dari
tempat di mana ia atau tanggungan meninggal dunia ke tempat ia atau tanggungan akan
dikebumikan.
32.4 Sekiranya pekerja yang terlibat di dalam pertukaran antara wilayah, atau tanggungannya
meninggal dunia, Syarikat menanggung bayaran tambang waris terdekat (terhad kepada dua
orang sahaja) untuk mengiringi jenazah pekerja atau tanggungan yang berkenaan.
ARTIKEL 33 : FAEDAH-FAEDAH PENGURANGAN PEKERJA
33.1 Pekerja-pekerja boleh diberhentikan atau diisytiharkan sebagai berlebihan oleh Syarikat atas
sebab-sebab berikut:-
33.1.1 Penutupan Syarikat;
33.1.2 Penyusunan semula Syarikat;
33.1.3 Pertukaran pemilik Syarikat; atau
33.1.4 Kemerosotan perniagaan.
33.2 Apabila pekerja hendak diberhentikan, setelah diisytiharkan berlebihan mengikut mana-mana
peruntukan 33.1 di atas, Syarikat akan mengutamakan prinsip, “Masuk Kemudian Keluar Dulu”
(Last In First Out).
33.3 Syarikat akan terlebih dahulu memberikan sekurang-kurangnya enam (6) bulan notis kepada
Pekerja bagi tindakan di atas.
13
33.4 Pekerja yang terlibat di dalam urusan ini berhak mendapat faedah-faedah penamatan
perkhidmatan seperti berikut :-
F x [Gaji Terakhir] X (Tempoh perkhidmatan yang layak diambilkira]
33.4.1 Faktor “F” bergantung kepada tempoh perkhidmatan pekerja iaitu,
Kurang daripada sepuluh (10) tahun : F = 1.5
Sepuluh (10) tahun dan lebih : F = 2.0
33.5 Pekerja yang mencapai umur persaraan pilihan sendiri dan diberhentikan kerana pengurangan
pekerja akan menerima samada faedah penamatan perkhidmatan atau faedah persaraan,
yang mana lebih tinggi.
ARTIKEL 34 : CUTI KERANA URUSAN KESATUAN
34.1 Selaras dengan Seksyen 6 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, pekerja yang ingin menjalankan
tugasnya atau menggunakan haknya sebagai pegawai Kesatuan Sekerja, hendaklah membuat
permohonan bertulis kepada pihak Syarikat untuk mendapatkan cuti dengan menyatakan
tempoh dan tujuan permohonannya itu. Pihak Syarikat boleh meluluskan permohonan cuti
tersebut sekiranya tempoh cuti yang dipohon itu tidak melebihi satu tempoh yang munasabah
bagi tujuan yang dinyatakan di dalam permohonannya. Pekerja, walau bagaimanapun, tidak
layak mendapat cuti bergaji sekiranya tujuan cuti itu bukan untuk mewakili Ahli-Ahli Kesatuan
atau bukan mengenai urusan Perhubungan Perusahaan yang berkaitan dengan Syarikat.
34.2 Pekerja yang menjadi Ahli Kesatuan boleh memohon Cuti Tanpa Rekod untuk menghadiri
seminar / bengkel / lawatan sambil belajar di dalam atau luar negara dari semasa ke semasa.
34.3 Ahli Kesatuan yang dilantik secara rasmi oleh Kerajaan untuk menjadi Ahli Panel Mahkamah,
Suruhanjaya Siasatan, PERKESO dan KWSP boleh memohon Cuti Tanpa Rekod untuk menghadiri
atau menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dengan badan-badan tersebut.
ARTIKEL 35 : CUTI AM
35.1 Setiap pekerja akan diberi cuti bergaji pada semua hari Cuti Am yang diwartakan atau
diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri di mana ia bekerja.
35.2 Waktu Bekerja Pejabat
35.2.1 Cuti Am yang jatuh pada Hari Rehat Jumaat (di negeri-negeri Kedah, Kelantan dan
Terengganu) atau pada Hari Rehat Ahad (di negeri-negeri selain daripada Kedah,
Kelantan dan Terengganu), akan digantikan dengan hari kerja yang berikutnya;
35.2.2 Setiap Cuti Am yang jatuh pada Hari Kelepasan Sabtu, akan diganti dan dikreditkan
kepada Cuti Tahunan.
35.3 Waktu Bekerja Bukan Pejabat (Syif)
35.3.1 Cuti Am yang jatuh pada Hari Rehat atau Hari Kelepasan atau Cuti Mingguan pekerja
akan digantikan dengan hari bekerja yang berikutnya.
35.4 Sekiranya mana-mana Cuti Am atau hari-hari gantiannya jatuh pada hari pekerja sedang
bercuti rehat, pekerja berhak mendapat cuti tambahan sebagai ganti kepada setiap Cuti Am
berkenaan.
35.5 Sekiranya Cuti Am atau hari gantiannya jatuh semasa seseorang pekerja sedang bercuti sakit,
pekerja berhak mendapat cuti tambahan sebagai ganti kepada setiap Cuti Am berkenaan.
35.6 Pekerja yang tidak hadir bertugas pada hari-hari kerja sebelum atau selepas Cuti Am atau
mana-mana hari atau hari-hari gantiannya berturut-turut tanpa kebenaran Syarikat, tidak
berhak mendapat cuti bergaji bagi tempoh ia tidak hadir bertugas dan tempoh Cuti Am atau
14
mana-mana hari atau hari-hari gantiannya, melainkan ia mempunyai alasan yang munasabah
bagi ketidakhadirannya itu.
ARTIKEL 36 : CUTI REHAT TAHUNAN
36.1 Pekerja (DCA) yang mula berkhidmat dengan Syarikat pada 1 November 1992 layak menikmati
Cuti Rehat Tahunan berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti berikut:-
Gred Jawatan Jumlah Cuti Rehat
15,16 35 hari
13, 14 30 hari
25 hari
8, 9, 10, 11, 12
Tempoh perkhidmatan pekerja (DCA) dengan Jabatan Penerbangan Awam akan diambil kira
untuk menentukan kelayakan Cuti Rehat Tahunan mereka.
36.2 Pekerja lantikan terus Syarikat akan diberi Cuti Rehat Tahunan seperti berikut:-
Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat Jumlah Cuti rehat
Kurang daripada (5) tahun 15 hari
Lima (5) tahun ke atas 20 hari
36.3 Cuti Rehat Tahunan tidak mengambil kira / tidak termasuk Hari Rehat, Cuti Mingguan, Cuti Am
(yang diwartakan) dan Cuti Sakit.
36.4 Setiap pekerja hendaklah memastikan permohonan Cuti Rehatnya telah diluluskan sebelum
bercuti.
36.5 Syarikat boleh, atas kepentingan perkhidmatan, menolak, membatal, menunda atau
menjadualkan permohonan Cuti Rehat Tahunan para pekerjanya.
36.6 Pekerja, boleh dibenarkan oleh Syarikat mengumpul 1/2 kelayakan Cuti Rehat dalam tempoh
dua tahun perkhidmatan ke tahun berikutnya (tahun ketiga). Cuti tahun pertama yang tidak
dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga yang berkenaan.
ARTIKEL 37 : CUTI KECEMASAN
Cuti Kecemasan atas sebab-sebab yang tidak disangkakan, boleh diberikan kepada seseorang
pekerja atas budi bicara Syarikat. Cuti ini akan ditolak dari Cuti Rehat Tahunan pekerja. Sekiranya Cuti
Rehat Tahunan telah habis, Syarikat boleh memberikannya Cuti Tanpa Gaji.
ARTIKEL 38 : CUTI EHSAN
38.1 Syarikat, atas budi bicaranya boleh memberi Cuti Ehsan sebagai tambahan kepada cuti bergaji
kepada pekerjanya atas sebab-sebab berikut :-
Jenis Cuti Jumlah Cuti
38.1.1 Kematian ahli keluarga yang rapat. (Ahli keluarga Lima (5) hari bagi setiap kali
yang rapat ertinya suami/ isteri-isteri, anak-anak peristiwa
yang sah, ibubapa, ibu/bapa tiri yang sah, mertua
dan adik beradik sendiri. Lima (5) hari bagi setiap kali
peristiwa
38.1.2 Bencana Alam seperti kebakaran, banjir, rebut
taufan dan lain-lain lagi.
15
38.1.3 Menjaga ahli keluarga/tanggungan yang Dua Puluh (20) hari setahun
38.1.4 disahkan sakit dan dimasukkan ke wad Hospital (3 hari maksimum bagi setiap
Kerajaan/Swasta. Jika suami/isteri-isteri pekerja
adalah juga pekerja Syarikat, hanya salah peristiwa)
seorang sahaja layak menuntut cuti tersebut.
Lima (5) hari setahun
Menyambut Kelahiran Cucu
38.2 Cuti Ehsan ini tidak termasuk Hari Rehat, Cuti Mingguan atau Cuti Am. Jika sebab-sebab yang
melayakkan pekerja menikmati Cuti Ehsan berlaku pada Hari Rehat, Cuti Mingguan atau Cuti
Am, Cuti Ehsannya akan bermula pada hari berikutnya.
38.3 Dokumen yang berkaitan perlu dikemukakan apabila memohon Cuti Ehsan.
ARTIKEL 39 : CUTI KAHWIN
Pekerja tetap yang berkahwin bagi kali pertama dalam perkhidmatan dengan Syarikat Kumpulan
Malaysia Airports Holdings Berhad layak mendapat Cuti Kahwin bergaji bagi tempoh lima (5) hari kerja
berterusan. Jika hari perkahwinannya adalah pada Hari Rehat, Cuti Mingguan atau Cuti Am, Cuti
kahwinnya akan bermula pada hari bekerja berikutnya.
ARTIKEL 40 : CUTI HAJI DAN UMRAH
40.1 Pekerja Islam yang telah disahkan dalam jawatan layak mendapat Cuti Haji bergaji untuk
menunaikan Fardhu Haji di Mekah sekali dalam perkhidmatannya (termasuk perkhidmatan
dengan Jabatan Penerbangan Awam).
40.2 Jumlah Cuti Haji tertakluk kepada jumlah hari yang ditentukan oleh pihak pengurusan Haji di
Malaysia tidak melebihi empat puluh hari (40) termasuk Hari Rehat, Cuti Mingguan dan Cuti Am
yang jatuh dalam tempoh tersebut.
40.3 Pekerja Islam yang telah disahkan dalam jawatan layak mendapat Cuti Umrah sebanyak lima
(5) hari bekerja sekali sepanjang perkhidmatan dengan Syarikat. Cuti ini tidak termasuk Hari
Rehat, Cuti Mingguan dan Cuti Am yang jatuh dalam tempoh tersebut.
ARTIKEL 41 : CUTI KERANA MENYERTAI SUKAN / PERTANDINGAN
41.1 Pekerja yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang sukan/ pertandingan sebagai
wakil Syarikat, atau di peringkat Negeri atau Negara, boleh diberi cuti tidak berekod bagi masa
yang betul-betul diperlukan untuk mengambil bahagian dalam sukan/ pertandingan tersebut.
Jumlah maksima cuti tersebut ialah tiga puluh (30) hari.
41.2 Cuti tidak berekod ini diberi atas budi bicara Syarikat dan tertakluk kepada kepentingan
perkhidmatan. Sebarang cuti tambahan yang diperlukan bagi urusan ini boleh
dipertimbangkan oleh Kuasa Tertentu Syarikat.
ARTIKEL 42 : CUTI KERANA MENYERTAI PASUKAN SUKARELA TENTERA, POLIS, JABATAN
PERTAHANAN AWAM, RELA, PERSATUAN BULAN SABIT MERAH DAN AGENSI KERAJAAN
Pekerja yang dikehendaki menghadiri latihan/kursus tahunan pasukan-pasukan sukarela Tentera, Polis,
Jabatan Pertahanan Awam, RELA, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Agensi Kerajaan boleh diberi Cuti
Tidak Berekod tidak melebihi tiga puluh (30) hari setahun dengan kelulusan Syarikat.
ARTIKEL 43 : CUTI PEPERIKSAAN
Pekerja boleh memohon Cuti Tidak Berekod untuk menduduki peperiksaan bagi kursus/mata pelajaran
yang difikirkan sesuai oleh Syarikat dan boleh membaiki dan meningkatkan taraf hidup dan pekerjaan
pekerja yang berkenaan. Cuti ini adalah dihadkan kepada hari peperiksaan sahaja.
16
ARTIKEL 44 : CUTI BELAJAR
44.1 Syarikat boleh membenarkan seseorang pekerja mengambil Cuti Belajar samada bergaji penuh,
separuh gaji atau tanpa gaji bagi jangka masa yang diperlukan. Syarat-syarat lain Cuti Belajar
ini akan ditentukan oleh Syarikat dari semasa ke semasa.
44.2 Pekerja yang diberi Cuti Belajar bergaji penuh atau separuh gaji boleh disyaratkan mengikat
perjanjian dengan Syarikat. Syarat-syarat perjanjian ini akan ditetapkan oleh Syarikat mengikut
keperluan.
ARTIKEL 45 : CUTI KERANA URUSAN MAHKAMAH
45.1 Pekerja yang disapina ke Mahkamah untuk urusan atau sebagai saksi Syarikat atau saksi pakar
boleh diberi Cuti Tanpa Rekod sepanjang tempoh dia dikehendaki berada di Mahkamah.
45.2 Pekerja tersebut juga layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran sama seperti tuntutan
menjalankan tugas rasmi semasa hadir di Mahkamah.
ARTIKEL 46 : CUTI SAKIT PEKERJA LANTIKAN TERUS SYARIKAT
46.1 Pekerja lantikan terus Syarikat layak mendapat Cuti Sakit bergaji apabila disahkan sakit selepas
diperiksa oleh Doktor Syarikat. Jumlah Cuti Sakit serta syarat-syarat kelayakan adalah seperti
berikut:-
46.1.1 Tidak Masuk Hospital Jumlah Cuti Setahun
Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat Lima belas (15) hari
Kurang daripada dua (2) tahun Dua puluh (20) hari
Dua (2) hingga kurang lima (5) tahun Dua puluh lapan (28) hari
Lima (5) tahun dan ke atas
46.1.2 Masuk Hospital Jumlah Cuti Setahun
Tempoh Perkhidmatan Dengan Syarikat Enam puluh (60) hari
Tanpa mengira tempoh perkhidmatan
46.1.3 Cuti Sakit di bawah perenggan 46.1.2 di atas boleh juga diberi kepada pekerja yang
disahkan sakit dan perlu masuk hospital, tetapi tidak berbuat demikian atas apa jua
sebab yang munasabah.
46.2 Bagi Cuti Sakit di bawah perenggan 46.1.2 jumlah enam puluh hari (60 hari) adalah
mengambilkira Cuti Sakit di bawah perenggan 46.1.1.
46.3 Dalam keadaan kecemasan bilamana pekerja tidak dapat diperiksa oleh Doktor Syarikat, Sijil
Sakit dari Pengamal Perubatan berdaftar yang lain boleh diterima dengan syarat tidak terdapat
Doktor Syarikat semasa dan di tempat berlakunya kecemasan berkenaan. Jumlah Cuti Sakit
yang boleh diberi atas keadaan sedemikian tidak boleh melebihi dua (2) hari bagi satu-satu
keadaan kecemasan dan lima belas (15) hari dalam setahun. Cuti Sakit ini akan ditolak
daripada Cuti Sakit di bawah perenggan 46.1 di atas.
46.4 Pekerja juga boleh menikmati Cuti Sakit di bawah perenggan 46.1 di atas selepas diperiksa dan
disahkan sakit oleh Pengamal Pergigian yang berdaftar.
46.5 Pekerja yang tidak hadir di tempat kerja kerana sakit akan dianggap sebagai tidak hadir
bertugas tanpa kebenaran Syarikat dan tanpa alasan munasabah, sekiranya pekerja gagal
memberitahu atau tidak cuba memberitahu Syarikat mengenai perkara tersebut dalam tempoh
empat puluh lapan (48) jam daripada permulaan Cuti Sakitnya, walaupun Cuti Sakit pekerja itu
diberikan/ disahkan oleh Doktor Syarikat atau Pengamal Perubatan/Pergigian yang berdaftar.
17
46.6 Pekerja yang menerima bayaran pampasan (kerana hilang upaya) dari PERKESO mengikut
syarat-syarat di dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 akan dipertimbangkan bagi
menikmati Cuti Sakit tanpa gaji selepas menghabiskan Cuti Sakit di bawah perenggan 46.1.
46.7 Sijil cuti sakit hendaklah diserahkan kepada Ketua Jabatan/Bahagian dengan kadar segera.
46.8 Cuti-cuti Sakit yang di bawah Artikel ini tidak boleh dikumpulkan atau di bawa ke tahun-tahun
berikutnya.
46.9 Cuti Sakit Berpanjangan
46.9.1 Pekerja lantikan terus yang telah disahkan oleh Pakar Perubatan yang dilantik oleh
SOCSO atau Pihak Berkuasa Hospital Kerajaan sebagai tidak sihat untuk bertugas, tetapi
mempunyai harapan untuk sihat semula bagi meneruskan perkhidmatannya, boleh
diberi tempoh cuti tambahan yang tidak melebihi satu ratus lapan puluh (180) hari.
46.9.2 Sekiranya semua cuti mengikut Artikel 46.9.1 telah habis, Syarikat, dengan perakuan
Pakar Perubatan atau Pihak Berkuasa Hospital Kerajaan, boleh memberi Cuti Separuh
Gaji sehingga sembilan puluh (90) hari kepada pekerja.
46.9.3 Sekiranya semua cuti di 46.9.2 telah digunakan, pekerja boleh diberi Cuti Tanpa Gaji
selama maksimum sembilan puluh (90) hari.
46.9.4 Sekiranya beliau masih didapati tidak sihat, Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan
pekerja berkenaan.
ARTIKEL 47 : CUTI SAKIT PEKERJA (DCA)
47.1 Pekerja (DCA), layak mendapat Cuti Sakit bergaji apabila disahkan sakit/tidak sihat untuk
menjalankan tugas-tugasnya selepas diperiksa oleh Doktor Syarikat. Jumlah Cuti Sakit yang
boleh dinikmati ialah sembilan puluh (90) hari dalam sesuatu tahun. Cuti Sakit yang diperlukan
selebih dari itu perlu mendapat kelulusan Kuasa Tertentu yang boleh memberi tidak lebih
daripada sembilan puluh (90) hari lagi cuti sedemikian.
47.2 Sekiranya pekerja (DCA) tersebut masih disahkan tidak sihat setelah menghabiskan cuti-cuti di
bawah perenggan 47.1, Syarikat boleh memberinya apa-apa Cuti Rehat yang dia masih
berkelayakan.
47.3 Pekerja (DCA) yang telah diberikan semua cuti di bawah perenggan 47.1 dan 47.2 di atas, tidak
boleh diberi sebarang cuti lagi sehingga beliau telah diperiksa oleh Lembaga Perubatan yang
dilantik oleh Syarikat.
47.4 Seseorang pekerja (DCA) yang telah mengambil Cuti Sakit melebihi empat puluh lima (45) hari
dalam setahun selama tiga (3) tahun berturut-turut, boleh diminta oleh Syarikat untuk diperiksa
kesihatannya oleh Lembaga Perubatan. Keputusan mengenai kedudukannya akan dibuat oleh
Syarikat berdasarkan Laporan Perubatan tersebut.
47.5 Dalam keadaan kecemasan bilamana pekerja tidak dapat diperiksa oleh Doktor Syarikat, Sijil
Sakit daripada Pengamal Perubatan berdaftar yang lain, boleh diterima dengan syarat tidak
terdapat Doktor Syarikat semasa dan di tempat berlakunya kecemasan berkenaan. Jumlah Cuti
Sakit yang boleh diberi atas keadaan sedemikian tidak boleh melebihi dua (2) hari bagi satu-
satu keadaan kecemasan dan lima belas (15) hari dalam setahun. Cuti Sakit ini akan ditolak
daripada Cuti Sakit di bawah perenggan 47.1 di atas.
47.6 Pekerja yang tidak hadir di tempat kerja kerana sakit akan dianggap sebagai tidak hadir
bertugas tanpa kebenaran Syarikat dan tanpa alasan munasabah, sekiranya pekerja gagal
memberitahu atau tidak cuba memberitahu Syarikat mengenai perkara tersebut dalam tempoh
empat puluh lapan (48) jam daripada permulaan Cuti Sakitnya, walaupun Cuti Sakit pekerja
telah diberikan/ disahkan oleh Doktor Syarikat atau Pengamal Perubatan/ Pergigian yang
berdaftar.
18
47.7 Cuti Sakit Lanjutan
47.7.1 Pekerja (DCA) yang telah disahkan oleh Lembaga Perubatan yang dilantik oleh Syarikat
sebagai tidak sihat untuk bertugas, tetapi mempunyai harapan untuk sihat semula bagi
meneruskan perkhidmatannya, boleh, atas syor Lembaga, diberi tempoh cuti tambahan
yang tidak melebihi tiga (3) bulan. Untuk tujuan ini pekerja tersebut boleh diberi cuti-cuti
mengikut perenggan 47.1 dan 47.2.
47.7.2 Sekiranya semua cuti mengikut perenggan 47.7.1 telah habis, Syarikat, dengan
perakuan Lembaga Perubatan, boleh menimbang untuk memberi Cuti Separuh Gaji
sehingga sembilan puluh (90) hari kepada pekerja (DCA). Sementara menunggu
Laporan Lembaga Perubatan, pekerja (DCA) hendaklah diberi Cuti Tanpa Gaji mengikut
Artikel 52.
47.7.3 Sekiranya semua cuti di 47.7.2 telah digunakan, pekerja (DCA) boleh diberi Cuti Tanpa
Gaji selama tiga puluh (30) hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatannya, tetapi
tidak boleh melebihi tiga ratus enam puluh (360) hari. Pekerja (DCA) yang telah
diluluskan Cuti Sakit Lanjutan Tanpa Gaji di bawah perenggan ini boleh
dipertimbangkan oleh Syarikat untuk pemberian elaun bantuan mengikut kadar yang
akan ditetapkan oleh Syarikat.
47.7.4 Pekerja (DCA) yang telah diberikan cuti sakit lanjutan dikehendaki diperiksa sekali lagi
oleh Lembaga Perubatan sebelum Cuti Sakitnya berakhir. Sekiranya beliau masih
didapati tidak sihat, Lembaga tersebut boleh mengesyorkan penamatan perkhidmatan
pekerja berkenaan.
47.8 Cuti Tibi, Kusta Dan Barah
Pekerja (DCA) yang disahkan mengidap penyakit tibi, kusta atau barah boleh mendapat
rawatan perubatan di Hospital Kerajaan mengikut kelayakan, atas tanggungan Syarikat.
Pekerja (DCA) juga boleh diberi:-
47.8.1 Cuti Sakit bergaji penuh yang tidak melebihi dua puluh empat (24) bulan untuk penyakit
barah dan kusta, dan tidak melebihi dua belas (12) bulan bagi penyakit tibi, dengan
tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain;
47.8.2 Kemudahan 47.8.1 juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi,
kusta dan barah, yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis
penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh Lembaga Perubatan;
47.8.3 Setelah menghabiskan semua cuti sama ada mengikut perenggan 47.8.1 atau 47.8.2,
pekerja (DCA) yang berkenaan boleh mengambil mana-mana Cuti Rehat yang dia
masih berkelayakan;
47.8.4 Cuti Separuh Gaji yang tidak melebihi dua belas (12) bulan boleh diberi kepada pekerja
(DCA) setelah menghabiskan cuti-cuti di perenggan 47.8.1 hingga 47.8.3;
47.8.5 Setelah menghabiskan semua cuti di 47.8.1 hingga 47.8.4, tiada apa-apa cuti lagi yang
boleh diberikan kecuali atas budi bicara Kuasa Tertentu setelah meneliti Laporan
Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbangkan apa-apa cuti tambahan
samada separuh gaji atau tanpa gaji. Seterusnya pekerja (DCA) boleh disarakan dari
perkhidmatannya jika tiada harapan untuk sembuh sepenuhnya daripada penyakit
berkenaan.
ARTIKEL 48 : CUTI KECEDERAAN
48.1 Pekerja yang ditimpa kemalangan semasa menjalankan tugas boleh diberi cuti bergaji penuh
sehingga enam (6) bulan atas perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan atau Doktor Panel
Syarikat yang diiktiraf oleh PERKESO.
48.2 Apa-apa cuti yang diperlukan seterusnya selepas itu, yang melebihi tempoh di perenggan 48.1,
boleh dipertimbangkan atas budi bicara mutlak Syarikat, dan adalah tertakluk kepada Akta
19
Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969, yang mana berkenaan, serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
48.3 Pekerja yang menerima bayaran pampasan (kerana hilang upaya) dari PERKESO mengikut
syarat-syarat di dalam Akta Keselamatan Sosial 1969 tidak layak menikmati Cuti Sakit Bergaji
(berbayar) di bawah perjanjian ini bagi tempoh-tempoh dia menerima bayaran tersebut.
Pekerja yang berkenaan hanya akan dipertimbangkan bagi menikmati Cuti Sakit Tanpa Gaji di
sepanjang tempoh hilang upaya yang dimaksudkan.
ARTIKEL 49 : CUTI KUARANTIN
49.1 Pekerja yang dikuarantin oleh Pihak Berkuasa Kesihatan, di mana-mana tempat sekembalinya
dari luar negara kerana dikhuatiri membawa wabak penyakit merebak, boleh diberi Cuti
Kuarantin bergaji penuh untuk keseluruhan tempoh dia dikuarantin.
49.2 Sekiranya pekerja didapati sakit semasa dalam kuarantin, maka tempoh tersebut hendaklah
dikira sebagai Cuti Sakit samada mengikut Artikel 46 atau Artikel 47.
ARTIKEL 50 : CUTI BERSALIN UNTUK PEKERJA WANITA
50.1 Pekerja wanita Syarikat layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak sembilan puluh
(90) hari berturut-turut bagi setiap kali bersalin. Walaubagaimanapun, cuti ini tidak layak
diberikan sekiranya pada masa pekerja wanita itu bersalin, ia mempunyai lima (5) atau lebih
anak-anak kandung yang masih hidup tidak mengira umur (bagi kelahiran kembar, ianya akan
dianggap sebagai kelahiran satu anak).
50.2 Pekerja wanita yang tidak hadir bertugas kerana keguguran kandungan sebelum minggu
kedua puluh dua (22) tidak akan dianggap sebagai Cuti Bersalin tetapi akan dianggap sebagai
bercuti sakit biasa.
ARTIKEL 51 : CUTI KERANA ISTERI BERSALIN
51.1 Cuti Kerana Isteri Bersalin sebanyak lima (5) hari boleh diberi kepada pekerja lelaki bagi
membantu urusan ketika isteri mereka bersalin. Artikel ini berkuatkuasa mulai daripada 25
Oktober 2011.
51.2 Pemberian cuti ini adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:-
51.2.1 Ianya hendaklah bermula pada tarikh isteri pekerja bersalin atau pada hari berikutnya
jika isteri pekerja berkenaan bersalin selepas waktu pejabat;
51.2.2 Cuti ini tidak boleh diganti dengan hari lain sekiranya isteri pekerja bersalin pada Hari
Rehat/Cuti Mingguan/Am;
51.2.3 Cuti kerana isteri bersalin boleh diberi sebanyak lima (5) kali sahaja kepada pekerja
lelaki sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan Syarikat (termasuk
perkhidmatan dengan Kerajaan);
51.2.4 Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
ARTIKEL 52 : CUTI TANPA GAJI
52.1 Syarikat, boleh menimbang permohonan Cuti Tanpa Gaji dari pekerja-pekerjanya atas sebab-
sebab persendirian yang mustahak. Cuti ini hanya boleh dipertimbangkan setelah semua Cuti
rehat Tahunan yang pekerja tersebut berkelayakan semasa memohon Cuti Tanpa Gaji,
dihabiskan.
52.2 Semua permohonan Cuti Tanpa Gaji hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat melalui Ketua
Bahagian masing-masing. Pekerja hanya layak bercuti tanpa gaji setelah mendapat kebenaran
bertulis dari Syarikat.
20
52.3 Tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak akan diambil kira sebagai faktor yang melayakkan bagi tujuan
pengiraan faedah-faedah perkhidmatan seperti kenaikan gaji tahunan, kekananan dan
persaraan.
52.4 Sekiranya Syarikat mendapati Cuti Tanpa Gaji yang telah diluluskan kepada seseorang pekerja
disalahgunakan olehnya, Syarikat berhak mengambil tindakan tatatertib ke atas pekerja
berkenaan.
52.5 Syarikat juga berhak membatalkan dan menarik balik kelulusan Cuti Tanpa Gaji kepada mana-
mana pekerja kerana kepentingan perkhidmatan serta memanggilnya kembali bertugas pada
bila-bila masa yang diperlukan.
ARTIKEL 53 : CUTI SEPARUH GAJI
53.1 Cuti Separuh Gaji boleh dipertimbangkan oleh Syarikat kepada pekerja (DCA) atas sebab-
sebab kesihatan ahli keluarga/tanggungan pekerja (DCA) dengan perakuan Doktor Syarikat.
53.2 Kadar Cuti Separuh Gaji boleh diluluskan sebanyak tiga puluh (30) hari bagi tiap-tiap genap
tahun perkhidmatan yang melayakkan, tetapi tidak boleh melebihi satu ratus lapan puluh (180)
hari.
ARTIKEL 54 : TATATERTIB DAN PERLANGGARAN KONTRAK PERKHIDMATAN
54.1 Syarikat boleh mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana pekerja sekiranya berlaku
salah laku, ketidakcekapan atau tidak berdisiplin mengikut Prosedur Tatatertib Malaysia Airports
Holdings Berhad dan adalah berdasarkan kepada Prinsip Keadilan Asasi.
54.2 Yang tertuduh (ahli kesatuan) boleh mewakili dirinya atau diwakili oleh maksimum dua (2) orang
wakil Kesatuan sebagai pembela di dalam sesi siasatan dalaman.
ARTIKEL 55 : PROSEDUR RUNGUTAN
55.1 Adalah menjadi hasrat kedua-dua pihak di dalam Perjanjian ini untuk menyelesaikan apa jua
rungutan yang wujud/timbul antara pekerja dan Syarikat dengan secara adil dan secepat
mungkin. Bagi mencapai hasrat ini, kedua-dua belah pihak bersetuju bahawa setiap rungutan
dikendalikan mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di bawah Artikel ini, agar rungutan
dapat diselesaikan di peringkat yang terbawah dan seterusnya mengekalkan hubungan baik
antara kedua-dua pihak.
55.2 Rungutan adalah ditakrifkan sebagai satu aduan yang dikemukakan oleh seorang pekerja
kepada Penyelia yang terdekat tanpa mengira jawatan Penyelianya itu tetapi telah gagal
diselesaikan.
55.3 Bagi tujuan Artikel ini, Penyelia terdekat bermaksud Ketua kepada seseorang pekerja tanpa
mengira pangkat atau jawatannya.
55.4 Adalah menjadi tanggungjawab Penyelia terdekat untuk mengambil segala daya usaha bagi
menyelesaikan apa-apa rungutan yang dibawa oleh pekerja di bawahnya dengan secepat
mungkin melalui saluran dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
55.5 Tatacara Rungutan
Cara-cara yang harus diikuti dalam mengendalikan aduan atau rungutan pekerja adalah
seperti berikut:-
55.5.1 Peringkat Pertama
Pekerja yang mempunyai rungutan hendaklah berbincang dengan Penyelianya yang
terdekat dalam tempoh tiga (3) hari kerja daripada tarikh rungutan itu timbul.
21
55.5.2 Peringkat Kedua
(i) Jika rungutan tersebut tidak dapat diselesaikan oleh Penyelia terdekatnya, pekerja
berkenaan hendaklah mengemukakan masalah atau rungutannya secara bertulis
kepada Pengurus Lapangan Terbang/Ketua Bahagiannya, dengan menggunakan
Borang yang disediakan, dalam tempoh tiga (3) hari kerja selepas tamatnya
tempoh peringkat pertama. Untuk tujuan ini pekerja boleh diwakili oleh pihak
Kesatuan.
(ii) Pengurus/Ketua Bahagian pekerja hendaklah menyelesaikan rungutan tersebut
dalam tempoh tujuh (7) hari kerja.
55.5.3 Peringkat Ketiga
(i) Jika aduan atau rungutan yang dikemukakan oleh pekerja tidak dapat diselesaikan
oleh Pengurus/Ketua Bahagiannya selepas tamat tempoh yang dinyatakan di
peringkat kedua, pertikaian dianggap telah bermula. Notis secara bertulis
hendaklah diberi oleh salah satu pihak yang terlibat untuk penyelesaian diperingkat
Perhubungan Perusahaan Ibu Pejabat.
(ii) Perbincangan di antara Syarikat dan Kesatuan hendaklah diadakan tidak lewat
daripada empat belas (14) hari selepas notis dikeluarkan. Penyelesaian kepada
rungutan tersebut hendaklah dicapai dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh
perbincangan berkenaan diadakan.
(iii) Kedua-dua pihak boleh mengadakan seberapa banyak perbincangan yang
difikirkan perlu dan hendaklah menandatangani dan menyimpan minit mesyuarat
secara bersama sebaik sahaja mesyuarat selesai.
55.5.4 Peringkat Keempat
Di mana pertikaian tersebut masih tidak dapat diselesaikan di peringkat ketiga ianya
bolehlah dirujuk secara bertulis oleh salah satu pihak kepada Ketua Pengurusan Sumber
Manusia.
55.5.5 Peringkat Kelima
Jika tiada persetujuan dicapai dalam tempoh empat belas (14) hari selepas ia
dikemukakan kepada Ketua Pengurusan Sumber Manusia, pertikaian tersebut bolehlah
dirujuk kepada Pengarah Urusan untuk penyelesaian.
55.5.6 Hak Sesuatu Pihak Sementara Menunggu Penyelesaian Rungutan / Pertikaian
Atas sebab-sebab kepentingan operasi Syarikat, kedua-dua pihak tidak boleh
mengambil apa-apa tindakan sepanjang tempoh rungutan/pertikaian sedang diproses
mengikut prosedur yang telah ditetapkan di atas.
55.5.7 Carta aliran proses prosedur rungutan boleh dirujuk di Lampiran E.
55.6 Seseorang pekerja hendaklah terus menjalankan tugas-tugasnya sebagaimana yang diarahkan
oleh Ketuanya walaupun tugas itu berkaitan dengan rungutan/pertikaian yang telah
dikemukakannya dan sedang dicari penyelesaian. Dalam tempoh itu pekerja tersebut dianggap
menjalankan tugas dengan protes sehingga rungutan/ pertikaian tersebut diselesaikan. Walau
bagaimanapun dalam keadaan di mana arahan tersebut bercanggah dengan mana-mana
undang-undang atau peraturan, arahan tersebut bolehlah diketepikan.
55.7 Sekiranya pada sesuatu masa aduan atau rungutan itu tidak dirujukkan ke peringkat yang lebih
tinggi oleh pekerja atau wakilnya, atau sekiranya pekerja atau wakilnya gagal menghadiri
sebarang perjumpaan yang telah diaturkan berhubung dengan rungutan tersebut di dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan pada setiap peringkat, maka rungutan tersebut akan
dianggap telah diselesaikan.
55.8 Borang rungutan boleh dirujuk di Lampiran F.
22
ARTIKEL 56 : ELAUN PRESTASI
56.1 Pekerja yang telah berada pada gaji Maksima gred jawatannya boleh dipertimbangkan bagi
pemberian Elaun Prestasi mulai dari tarikh kenaikan gaji tahunan Syarikat.
56.2 Pemberian Elaun ini adalah berdasarkan kepada kemampuan Syarikat dan prestasi pekerja.
56.3 Elaun Prestasi akan dibayar melalui gaji pekerja yang berkelayakan setiap bulan sehingga bulan
Disember tahun berkenaan. Pemberian serta kadar elaun ini pada tahun berikutnya akan
ditentukan serentak dengan kenaikan gaji tahun tersebut.
56.4 Syarat-syarat lain bagi pemberian Elaun Prestasi akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh
Syarikat.
ARTIKEL 57 : ELAUN TANGGUNG KERJA
57.1 Pekerja layak dibayar Elaun Tanggungan Kerja apabila diarah menjalankan tugas-tugas satu
jawatan lain yang mempunyai gred yang sama dengan jawatannya atau lebih tinggi sama
ada di dalam skim yang sama atau berlainan, di samping menjalankan tugas-tugasnya sendiri
tidak kurang daripada empat belas (14) hari berturut-turut (termasuk Hari Rehat, Cuti Mingguan
dan Cuti Am).
57.2 Pekerja yang menjalankan tugas-tugas jawatan yang lebih rendah dari jawatannya, dan
berada di bawah susunan kuasanya tidak boleh dibayar elaun ini.
57.3 Kadar bulanan Elaun Tanggungan Kerja ialah dua puluh lima peratus (25%) daripada gaji
minima jawatan yang ditanggung kerja dan sekiranya tempoh tanggungan kerja kurang dari
satu (1) bulan, Elaun Tanggungan Kerja akan dikira melalui Pro-rata.
57.4 Pekerja yang menanggung kerja tidak layak menerima elaun, faedah perkhidmatan,
kemudahan dan bonus jawatan yang ditanggung kerja.
ARTIKEL 58 : ELAUN MEMANGKU
58.1 Pekerja yang diarahkan memangku jawatan dalam gred yang lebih tinggi berdasarkan syarat-
syarat berikut akan dibayar Elaun Memangku :-
58.1.1 Pekerja tersebut menjalankan tugas dan memikul tanggungjawab jawatan yang
dipangku dengan sepenuhnya;
58.1.2 Pemangkuan adalah bagi tempoh sekurang-kurangnya dua puluh lapan (28) hari
sehingga tidak melebihi satu (1) tahun (termasuk Cuti Mingguan dan Cuti Am);
58.1.3 Pekerja yang telah memangku jawatan lebih tinggi, dalam tempoh lebih daripada
enam bulan dan jika kemudiannya dinaikkan pangkat ke jawatan tersebut, tidak perlu
lagi melalui tempoh percubaan kerana tempoh memangku itu telah diambil kira
sebagai tempoh percubaan. Sekiranya tempoh pemangkuan adalah kurang daripada
enam (6) bulan, maka tempoh percubaan akan dikira berdasarkan baki tempoh
pemangkuan tersebut.
58.2 Pekerja yang memangku layak menerima segala jenis elaun dan kemudahan atas jawatan
yang dipangkunya kecuali Pinjaman Syarikat, Kemudahan Perubatan dan Cuti Tahunan yang
mana hendaklah berdasarkan jawatan hakiki pekerja. Selain daripada itu, pekerja layak untuk
terus menikmati faedah sedia ada atas jawatan hakikinya sekiranya faedah tersebut tidak
terdapat pada jawatan yang dipangku.
58.3 Kadar bulanan Elaun Memangku ialah lapan peratus (8%) daripada gaji minima jawatan yang
dipangku atau sepuluh peratus (10%) daripada gaji semasa pekerja, yang mana lebih tinggi.
23
ARTIKEL 59 : ELAUN SYIF
59.1 Syarikat akan membayar Elaun Syif seperti berikut kepada pekerja yang bertugas mengikut syif:-
59.1.1 Jenis Syif Kadar Bayaran Sebulan
59.1.2 Dua (2) pusingan RM 130.00
Tiga (3) pusingan RM 150.00
59.2 Pekerja yang bertugas mengikut syif akan terus menerima Elaun Syif seperti di atas, dalam
keadaan-keadaan berikut:-
59.2.1 Semasa Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti Bersalin atau cuti-cuti bergaji lain yang diluluskan
untuk tempoh tidak melebihi enam puluh (60) hari berturut-turut;
59.2.2 Semasa menghadiri kursus/seminar untuk tempoh tidak melebihi enam puluh (60) hari
berturut-turut;
59.2.3 Semasa menggantikan tugas seorang pekerja lain yang bekerja waktu pejabat atas
asas sementara untuk tempoh tidak lebih daripada enam puluh (60) hari berturut-turut.
59.3 Elaun ini akan ditarik balik sekiranya pekerja tidak lagi bertugas mengikut syif secara tetap.
Penarikan balik Elaun Syif ini akan berkuatkuasa mulai satu (1) haribulan bulan berikutnya
selepas pekerja tamat bertugas mengikut syif.
ARTIKEL 60 : ELAUN TUNGGU SEDIA PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (PJE)
60.1 PJE yang dikehendaki oleh Syarikat berada dalam keadaan tunggu sedia di luar masa
bekerjanya yang biasa boleh dibayar Elaun Tunggu Sedia. Kadar-kadar Elaun tersebut adalah
seperti berikut:-
60.1.1 Jenis Syif Kadar Bayaran Sehari
60.1.2 Hari Biasa RM 10.00
60.1.3 Hari Rehat/ Cuti Mingguan RM 15.00
Hari Cuti Am RM 25.00
60.2 Pekerja tidak boleh diminta berada dalam keadaan tunggu sedia melebihi sepuluh (10) hari
dalam mana-mana satu (1) bulan kalendar kecuali dalam keadaan-keadaan yang tidak dapat
dielakkan.
60.3 Elaun Penjaga Jentera Elektrik (Chargeman)
Syarikat akan membayar Elaun Kekompetenan kepada Penjaga Jentera Elektrik seperti berikut:
Jawatan Gred Elaun Kekompetenan
(Sebulan)
Chargeman (A4) 16
Chargeman (A0) 14/15 RM 660.00
RM400.00
ARTIKEL 61 : ELAUN MEMANDU BAGI BUKAN PEMANDU
Pekerja yang bukan berjawatan pemandu tetapi memiliki lesen memandu yang sah dan dibenarkan
memandu kenderaan Syarikat berdasarkan keadaan tertentu, akan dibayar elaun memandu seperti
berikut:-
61.1 RM 6.00 sehari sekiranya diarahkan memandu dari semasa ke semasa, sekurang-kurangnya
selama empat (4) jam sehari;
61.2 RM 150.00 sebulan jika ditugaskan memandu secara terus menerus atas keperluan tugas;
24
61.3 Pekerja yang tugasnya memang melibatkan penggunaan kenderaan dan memandu sendiri
kenderaan tersebut (umpamanya yang menjalankan tugas rondaan) tidak layak mendapat
elaun ini.
ARTIKEL 62 : ELAUN GANGGUAN
62.1 Pekerja (DCA) yang diarah oleh Syarikat untuk bertukar antara Wilayah layak dibayar Elaun
Gangguan bersamaan gaji terakhir dalam perkhidmatan Kerajaan (yang diterima pada
31.10.1992). Separuh (1/2) daripada jumlah tersebut boleh dituntut sebelum melaporkan diri
bertugas di Wilayah baru, manakala separuh (1/2) lagi hendaklah dituntut sebelum bertukar
semula ke Wilayah asal, atau apabila pekerja (DCA) tersebut bersara.
62.2 Sekiranya pekerja (DCA) ditukarkan bersama dengan pasangannya (suami/isteri) yang juga
adalah pekerja (DCA) Syarikat, maka hanya seorang sahaja boleh menuntut bayaran Elaun
Gangguan, lazimnya yang mana bergaji lebih tinggi.
62.3 Elaun ini tidak akan dibayar kepada pekerja yang bertukar antara Wilayah atas permohonan
sendiri atau pasangannya layak menerima Elaun seumpama ini dari majikannya (pasangan).
ARTIKEL 63 : ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI,
MENGHADIRI KURSUS DAN LATIHAN DI DALAM NEGERI
63.1 Elaun Makan
63.1.1 Pekerja yang menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan di luar pejabatnya
bagi tempoh dua puluh empat (24) jam (yang dikira mulai dari waktu bertolak),
sehingga tidak lebih daripada tiga (3) bulan terus menerus, layak menuntut Elaun
Makan seperti berikut:-
Gred Semenanjung Sabah/Sarawak/
Jawatan Malaysia (RM) Labuan (RM)
Semua
60.00 70.00
Gred
63.1.2 Elaun Makan tidak boleh dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Syarikat atau
penganjur. Jika hanya sebahagian sahaja kemudahan makan disediakan, pekerja
layak menuntut bahagian bahagian yang tidak di sediakan itu:-
Sarapan Pagi Sa20ra%pdaanrPipaagdi a Elaun Makan
Makan Tengahari Ma4ka0%n TdeanrgipaahdaariElaun Makan
Makan Malam 40% daripada Elaun Makan
63.1.3 Sekiranya Syarikat atau Penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi
menampung perbelanjaan makan tersebut maka pekerja layak menuntut perbezaan
antara kelayakannya dengan wang tersebut, jika ada.
63.2 Elaun Harian
Elaun Harian pada kadar separuh daripada Elaun Makan boleh dituntut jika tempoh bertugas di
luar stesen melebihi lapan (8) jam, tetapi kurang daripada dua puluh empat (24) jam (termasuk
waktu perjalanan).
63.3 Bayaran Sewa Hotel
63.3.1 Pekerja Syarikat, yang menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan dan
terpaksa bermalam diluar stesen bagi tempoh dua puluh empat (24) jam sehingga tidak
lebih daripada tiga (3) bulan terus menerus, layak menuntut Bayaran Sewa Hotel
dengan syarat tuntutan disokong dengan resit. Kadar Maksima tuntutan ini adalah
seperti berikut:-
25
Gred Jawatan Semenanjung Malaysia/ Sabah /
Semua Gred Sarawak
RM170.00
63.3.2 Pengecualian untuk tuntutan melebihi kadar tersebut boleh dipertimbangkan dan
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
63.3.2.1 Disebabkan situasi mendesak dan/atau tidak dapat dielakkan; dan
63.3.2.2 Diperakui dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan/Bahagian/Unit; dan
63.3.2.3 Diluluskan oleh pihak Pengurusan Syarikat.
63.3.3 Pekerja boleh menuntut bayaran Cukai Kerajaan dan Caj Perkhidmatan jika dikenakan
ke atas Bayaran Sewa Hotel, sebagai tambahan kepada kelayakan Maksimanya.
63.3.4 Pekerja tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika tempat
penginapan disediakan oleh Syarikat atau pihak penganjur.
63.3.5 Walaubagaimanapun, pihak Syarikat berhak menguruskan penginapan pekerja semasa
menjalankan tugas rasmi atau menghadiri kursus dan latihan mengikut kesesuaian dan
peruntukan kewangan yang ada.
63.4 Elaun Lojing
63.4.1 Pekerja yang bermalam diluar stesen kerana tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan
tetapi tidak menuntut Bayaran Sewa Hotel, boleh menuntut Elaun Lojing, tanpa perlu
mengemukakan resit.
63.4.2 Kadar Elaun Lojing ini adalah seperti berikut:-
Gred Jawatan Semenanjung Sabah/ Sarawak/
Semua Gred Malaysia (RM) Labuan (RM)
55.00 60.00
63.5 Elaun Gantian Tetap
63.5.1 Pekerja yang menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan di luar pejabat
bagi tempoh melebihi tiga (3) bulan tetapi kurang daripada enam (6) bulan layak
menuntut Elaun Gantian Tetap berdasarkan kadar-kadar berikut:-
Melibatkan Bermalam x Tidak Melibatkan Bermalam
2/3 (Elaun Makan + Elaun Lojing) 2/3 (Elaun Harian) x Jumlah Hari
Jumlah Hari Bertugas Rasmi Bertugas Rasmi
63.5.2 Bagi tujuan ini, jumlah yang sebenar pekerja itu menjalankan tugas rasmi, menghadiri
kursus dan latihan hendaklah dikira mulai dari tarikh ketibaannya. Pekerja yang pulang
sementara ke Pejabatnya kerana urusan rasmi selama tidak lebih daripada tujuh (7)
hari, dan kemudiannya kembali semula menjalankan tugas yang sama, tidak akan
dianggap sebagai menjalankan tugas baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas
asalnya.
63.5.3 Jika Syarikat atau pihak Penganjur menyediakan mana-mana komponen Elaun Gantian
Tetap, pekerja layak menuntut dua pertiga (2/3) daripada komponen Elaun (samada
Elaun Makan, Elaun Lojing atau Elaun Harian) yang tidak disediakan.
26
63.6 Elaun Perjalanan Kenderaan
Pekerja Syarikat yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas-tugas rasmi,
menghadiri kursus dan latihan dalam negeri, boleh menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan
dalam keadaan-keadaan berikut:-
63.6.1 Jarak di antara kedua-dua tempat adalah kurang daripada dua ratus empat puluh
(240) km;
63.6.2 Apabila pekerja dikehendaki menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan di
beberapa tempat di sepanjang perjalanan;
63.6.3 Apabila didapati mustahak dan terpaksa bagi pekerja berkenderaan sendiri;
63.6.4 Apabila pekerja dikehendaki membawa bersamanya pekerja lain yang juga
menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan sebagai penumpang;
63.6.5 Kelulusan Ketua Bahagian hendaklah diperolehi terlebih dahulu bagi peruntukan-
peruntukan 63.6.1, 63.6.2 dan 63.6.3. Kelulusan ini hendaklah dikemukakan bersama
Borang Tuntutan semasa membuat tuntutan kerana menjalankan tugas rasmi, berkursus
dan menjalani latihan di luar pejabat;
63.6.6 Elaun perjalanan Kenderaan ini hendaklah dituntut mengikut jarak sebenar perjalanan.
Butir-butir Elaun berkenaan adalah seperti berikut:-
Jenis Kenderaan Jarak Kadar Tuntutan
Kadar Rata (RM)/km
Kereta 0.80
Motosikal/Skuter 0.40
63.7 Perkhidmatan Pengangkutan Awam
Pekerja yang tidak memenuhi syarat untuk menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan mengikut
Artikel 63.6 di atas, dikehendaki menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti
keretapi, bas, teksi atau kapal terbang bagi menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan
latihan di tempat yang mempunyai perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
63.8 Tambang Pengangkutan Awam
Pekerja yang tidak menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan yang disediakan oleh
Syarikat/penganjur untuk menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan sama ada
dalam lingkungan atau di luar Pejabat layak menggunakan pengangkutan awam atau
menuntut tambang pengangkutan awam seperti berikut:-
63.8.1 Keretapi / Feri / Motobot / Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori Ini
Gred Jawatan Kelas
Semua Gred Satu
63.8.2 Teksi/Kereta Sewa/Bas/Jenis Pengangkutan Lain Dalam Kategori ini
Tambang yang biasanya dikenakan bagi sesuatu perjalanan yang menggunakan
pengangkutan jenis yang berkenaan.
63.9 Kapal Terbang
Pekerja boleh menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk menjalankan tugas rasmi,
menghadiri kursus dan latihan jika perkhidmatan ini adalah lebih murah dan menjimatkan masa
berbanding dengan pengangkutan awam yang lain, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-
63.9.1 Perjalanan udara hendaklah melalui arah perjalanan yang paling dekat;
63.9.2 Kelayakan tempat duduk penerbangan pekerja adalah kelas ekonomi untuk
penerbangan dalam negeri dan luar negara;
27
63.9.3 Sekiranya pekerja menjadi ketua sesuatu delegasi, dia layak mendapat kemudahan
penerbangan mengikut kelayakan ahli yang paling kanan dalam delegasi tersebut.
63.10 Tambang Gantian
63.10.1 Pekerja yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas luar pejabat
tetapi tidak memenuhi mana-manapun di antara syarat-syarat di bawah peruntukan-
peruntukan 63.6.1 hingga 63.6.5 di atas untuk menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan,
boleh menuntut Tambang Gantian yang bersamaan dengan tambang pengangkutan
awam yang sesuai dengan kelayakannya.
63.10.2 Pekerja yang menuntut Tambang Gantian tidak layak menuntut apa-apa tambang
atau bayaran tambahan yang ada kaitan dengan perkhidmatan pengangkutan
awam berkenaan, seperti tambang dari rumah ke stesyen keretapi/lapangan terbang
dan sebaliknya, tambang dari stesyen keretapi/ lapangan terbang ke tempat
penginapan dan sebaliknya, caj tempat tidur keretapi, bayaran cukai lapangan
terbang dan sebagainya. Pekerja walau bagaimanapun boleh menuntut bayaran bagi
caj-caj tol yang dikenakan, dengan syarat resit bayaran disertakan.
63.11 Perbelanjaan Pelbagai
Pekerja Syarikat juga layak menuntut perbelanjaan-perbelanjaan berikut ketika menjalankan
tugas rasmi, menghadiri kursus dan latihan:-
63.11.1 Bayaran telefon, telegram, pos dan faks atas urusan rasmi;
63.11.2 Bayaran dobi yang disokong dengan resit apabila bertugas dan terpaksa menginap di
luar kawasan tidak kurang daripada tiga (3) malam;
63.11.3 Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;
63.11.4 Bayaran “Excess Baggage” untuk barang-barang rasmi, yang disokong dengan resit;
63.11.5 Bayaran letak kereta, tol dan tambang feri yang disokong dengan resit.
ARTIKEL 64 : ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR
NEGARA
64.1 Kadar-Kadar Elaun Makan, Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Lojing
Pekerja Syarikat yang diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar negara layak menuntut Elaun
Makan, Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Lojing, serta elaun-elaun lain yang berkaitan
bagi setiap tempoh yang melayakkan mengikut kadar-kadar seperti di Lampiran B.
64.2 Elaun Makan & Elaun Harian
64.2.1 Elaun Makan layak dituntut jika pekerja meninggalkan tempat bertugas rasmi pada jam
1800 petang waktu tempatan atau selepasnya.
64.2.2 Pekerja yang meninggalkan tempat bertugas rasmi pada jam 1300 tengahari waktu
tempatan atau selepasnya tetapi sebelum jam 1800 petang waktu tempatan pada hari
ketibaan atau hari-hari yang lain hanya layak menuntut Elaun Harian sahaja iaitu
separuh daripada Elaun Makan.
64.2.3 Pekerja yang sedang dalam perjalanan dan terpaksa menunggu penerbangan di
sesuatu tempat di luar negara bagi tempoh melebihi enam (6) jam layak menuntut
Elaun Harian bagi tempoh tersebut.
64.2.4 Elaun Makan tidak boleh dituntut jika kemudahan makan disediakan oleh Syarikat atau
penganjur. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan,
pekerja hanya layak menuntut bahagian yang tidak disediakan itu tertakluk kepada
kadar berikut:-
28
Sarapan pagi 20% daripada Elaun Makan Sarapan pagi
Makan Tengahari 40 % daripada Elaun Makan Makan Malam
40% daripada Elaun Makan
Makan Malam
64.2.5 Elaun Makan tidak boleh dituntut untuk tempoh masa bertugas yang melebihi tiga (3)
bulan terus menerus.
64.2.6 Sekiranya Syarikat atau penganjur menyediakan kemudahan dalam bentuk wang bagi
menampung perbelanjaan makan, pekerja layak menuntut perbezaan antara
kelayakannya dengan wang tersebut jika ada.
64.3 Bayaran Sewa Hotel & Elaun Lojing
64.3.1 Bagi maksud memohon pendahuluan diri, kadar Bayaran Sewa Hotel seperti yang
dinyatakan di Lampiran B hendaklah digunakan sebagai panduan.
64.3.2 Bayaran Sewa Hotel tidak boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi tiga (3)
bulan terus menerus.
64.3.3 Pekerja boleh menuntut Cukai Kerajaan dan Caj Perkhidmatan yang dikenakan ke atas
Sewa Hotel sebagai tambahan kepada kelayakan Maksimanya.
64.3.4 Pekerja boleh menuntut Elaun Lojing mengikut kadar-kadar di Lampiran B jika tidak
menuntut Bayaran Sewa Hotel.
64.3.5 Pekerja tidak layak menuntut Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing jika penginapan
disediakan oleh Syarikat, Penganjur atau Syarikat Penerbangan.
64.4 Elaun Dan Bayaran Semasa Singgah Dalam Perjalanan
64.4.1 Pekerja Syarikat yang berada dalam penerbangan melebihi dua belas (12) jam terus
menerus untuk menuju matlamatnya, dibenarkan singgah bermalam untuk satu (1)
malam sahaja di mana-mana tempat dalam perjalanannya, iaitu sekali semasa dalam
perjalanan pergi dan sekali dalam perjalanan pulang, dengan syarat perjalanan yang
dilalui itu merupakan perjalanan yang terdekat sekali. Bagi tempoh persinggahan itu,
pekerja layak menuntut Elaun Makan atau Elaun Harian seperti di perenggan 65.2 dan
Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing seperti di perenggan 65.3.
64.4.2 Pekerja yang perlu singgah bermalam semasa dalam perjalanan disebabkan oleh
ketiadaan kapal terbang atau pengangkutan lain, tetapi kemudahan / perbelanjaan
bermalamnya tidak disediakan oleh Syarikat Penerbangan, boleh menuntut Elaun
Makan atau Elaun Harian seperti di perenggan 65.2 dan Bayaran Sewa Hotel atau Elaun
Lojing seperti di perenggan 65.3.
64.5 Elaun Gantian Tetap
64.5.1 Pekerja yang menjalankan tugas rasmi di luar negara bagi tempoh yang melebihi tiga
(3) bulan tetapi kurang daripada enam (6) bulan layak menuntut Elaun Gantian Tetap
seperti berikut:-
(Elaun Makan + Elaun Lojing) x Jumlah Hari Bertugas Rasmi
64.5.2 Bagi tujuan ini, jumlah hari yang sebenar pekerja itu menjalankan tugas rasmi di luar
negara hendaklah dikira mulai dari hari ketibaannya. Pekerja yang pulang sementara
ke Pejabatnya selama tidak lebih daripada tujuh (7) hari dan kemudiannya berangkat /
berlepas semula bagi menyambung/ menjalankan tugas yang sama, tidak akan
dianggap sebagai menjalankan tugas baru tetapi dikira sebagai menyambung tugas
asalnya.
29
64.5.3 Pekerja layak menuntut mana-mana komponen Elaun Gantian Tetap sama ada Elaun
Makan atau Elaun Lojing jika komponen tersebut tidak disediakan oleh Syarikat,
penganjur atau Syarikat Pengangkutan.
64.6 Elaun Pakaian Panas
64.6.1 Pekerja Syarikat yang telah disahkan dalam jawatan (tidak termasuk mereka yang
berkhidmat di luar negara yang tertakluk kepada peraturan yang berasingan), layak
menuntut Elaun Pakaian Panas apabila dikehendaki menjalankan tugas rasmi.
64.6.2 Syarat- syarat berikut perlu dipatuhi sebelum membuat tuntutan:-
64.6.2.1 Menjalankan tugas rasmi, menghadiri kursus, latihan, seminar dan yang
berkaitan di luar Negara di atas arahan Syarikat.
64.6.2.2 Cuaca di Negara/kawasan tersebut tidak melebihi suhu 15 darjah celcius,
sepanjang tempoh perjalanan tersebut.
64.6.2.3 Resit asal/bukti pembelian pakaian panas.
64.6.3 Kadar maksimum Elaun ini ialah RM 600.00 dan boleh dituntut sekali dalam tempoh tiga
(3) tahun. Elaun ini hendaklah seboleh-bolehnya dituntut sebelum pekerja berlepas ke
luar Negara atau selewat-lewatnya dalam tempoh satu (1) bulan selepas pulang.
64.7 Pembayaran Pasport Dan Visa
Bayaran untuk pasport Antarabangsa dan Visa bagi pekerja yang ditugaskan ke luar Negara
atas urusan rasmi akan ditanggung oleh Syarikat mengikut syarat-syarat seperti berikut;
64.7.1 Jika pekerja perlu membuat pasport yang baru atau memperbaharui pasport untuk
perjalanan tersebut.
64.7.2 Jika Visa diperlukan untuk masuk/tinggal di negara tersebut.
64.8 Perbelanjaan Pelbagai
Pekerja Syarikat juga layak menuntut perbelanjaan pelbagai seperti berikut kerana menjalankan
tugas rasmi di luar negara:-
64.8.1 Tambang pengangkutan jika kenderaan tidak disediakan;
64.8.2 Bayaran telefon, telegram, faks dan bayaran pos;
64.8.3 Bayaran dobi yang disokong dengan resit apabila bertugas dan terpaksa menginap di
luar negara tidak kurang daripada tiga (3) malam;
64.8.4 Bayaran cukai lapangan terbang yang disokong dengan resit;
64.8.5
64.8.6 Bayaran “Excess Baggage” bagi barangan rasmi yang disokong dengan resit;
64.8.7 Tiga peratus (3%) daripada jumlah tuntutan Elaun Perjalanan sebagai ganti rugi bagi
pertukaran kepada matawang asing;
Lima belas peratus (15%) daripada Elaun Makan bagi tujuan bayaran “tip”, “gratuities”
atau “porterage”.
64.9 Belanja Keraian
Pekerja layak menuntut Belanja Keraian sekiranya ahli-ahli sesuatu perwakilan ini terdiri daripada
pekerja-pekerja sahaja. Peruntukan kewangan untuk mengadakan keraian hanya boleh
dipertimbangkan oleh Syarikat jika dapat disahkan terlebih dahulu bahawa keraian rasmi perlu
diadakan untuk kepentingan Syarikat.
64.10 Belanja Perubatan
Pekerja yang jatuh sakit semasa bertugas rasmi di luar negara dan terpaksa mengeluarkan
perbelanjaan perubatan layak menuntut Belanja Perubatan tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:-
30
64.10.1 Perbelanjaan perubatan yang dituntut mestilah munasabah. Jika terdapat
Perkhidmatan Kesihatan Negara (Malaysia) di negara berkenaan, ianya hendaklah
seberapa boleh digunakan.
64.10.2 Belanja Perubatan ini adalah bagi rawatan perubatan biasa sahaja.
64.10.3 Pekerja yang mendapat rawatan wad tidak layak menuntut Elaun Makan/ Elaun Harian
dan Bayaran Sewa Hotel / Elaun Lojing semasa di dalam hospital.
64.10.4 Bayaran hospital akan ditanggung oleh Syarikat dan pekerja hanya dikenakan menurut
kadar dan kelayakan yang ditetapkan bagi rawatan dalam negeri, kecuali bagi
kecederaan yang berlaku semasa menjalankan tugas rasmi. Dalam hubungan ini,
bayarannya akan ditanggung sepenuhnya oleh Syarikat.
64.10.5 Bayaran premium insurans bagi pekerja yang memerlukan rawatan di negara yang
mewajibkan pengambilan insurans bagi mendapatkan rawatan hospital, akan
ditanggung oleh Syarikat.
ARTIKEL 65 : ELAUN DAN BAYARAN PERTUKARAN KE LUAR STESEN
Pekerja yang diarahkan bertukar ke luar stesen oleh Syarikat, layak menuntut elaun dan bayaran bagi
membiayai perbelanjaan pertukaran tersebut mengikut syarat-syarat dan kadar-kadar seperti berikut
merujuk kepada status keluarga/tanggungan:-
65.1 Kelayakan Memohon
Pekerja hendaklah berpindah rumah serta mendiami rumah di stesen barunya. Pekerja yang
bertukar tetapi tidak berpindah rumah hanya layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan /
Tambang Pengangkutan Awam bagi dirinya, mengikut kelayakan di bawah peraturan bertugas
rasmi, kerana melaporkan diri bertugas di tempat baru.
65.2 Syarat-Syarat
65.2.1 Jika Syarikat menyediakan kemudahan perjalanan bagi pekerja / keluarganya dan /
atau menguruskan pengangkutan barang-barangnya, pekerja tidak layak menuntut
komponen elaun / bayaran yang disediakan.
65.2.2 Jika isteri / suami pekerja adalah juga pekerja Syarikat, hanya salah seorang sahaja
layak menuntut bayaran pertukaran / perpindahan, lazimnya yang mendapat tuntutan
lebih tinggi.
65.2.3 Pekerja layak menuntut bayaran bagi mengangkut kenderaannya jika disokong
dengan resit, sebagai tambahan kepada bayaran pertukaran, apabila bertukar ke
tempat-tempat yang tidak boleh dihubungi dengan jalan raya.
65.3 Kadar Dan Perkiraan Elaun / Bayaran
Kadar dan perkiraan Elaun serta Bayaran Pertukaran adalah seperti berikut:-
65.3.1 Tuntutan Pertukaran (Bayaran-Bayaran Tetap) akan dibayar secara “lump sum”
sebelum pertukaran tersebut.
Sabah & Labuan
Gred Di Luar Stesen Di Dalam Stesen
Jawatan Antara / Dalam Bahagian Antara / Dalam Bahagian
Semua Bujang (RM) Keluarga (RM) Bujang (RM) Keluarga (RM)
Gred
2,950.00 8,700.00 659.00 1,667.00
31
Tuntutan Pertukaran Antara Wilayah:
Dari Semenanjung ke Sabah (Termasuk Labuan)
Atau Sebaliknya
Gred Dari Dari Sabah (Termasuk Labuan)
Jawatan Semenanjung
14, 15, 16 Bujang (RM) Keluarga (RM) Bujang (RM) Keluarga (RM)
11, 12, 13
2,600.00 7,576.00 2,800.00 8,075.00
8, 9, 10
1,605.00 4,875.00 1,705.00 5,075.00
1,225.00 3,838.00 1,325.00 4,038.00
Tuntutan Pertukaran Antara Wilayah:
Dari Semenanjung ke Sarawak Atau Sebaliknya
Gred Dari Dari
Jawatan
Semenanjung Sarawak
14, 15, 16
11, 12, 13 Bujang (RM) Keluarga (RM) Bujang (RM) Keluarga (RM)
8, 9, 10 2,600.00 7,576.00 2,800.00 8,075.00
1,605.00 4,875.00 1,705.00 5,075.00
1,225.00 3,838.00 1,325.00 4,038.00
Tuntutan Pertukaran Antara Wilayah:
Dari Sabah (Termasuk Labuan) ke Sarawak Atau Sebaliknya
Gred Dari Sabah (Termasuk Labuan) Dari
Jawatan Sarawak
14, 15, 16 Bujang (RM) Keluarga (RM) Bujang (RM) Keluarga (RM)
11, 12, 13
2,950.00 8,700.00 2,950.00 8,700.00
8, 9, 10
1,860.00 5,600.00 1,860.00 5,600.00
1,400.00 4,350.00 1,400.00 4,350.00
65.3.2 Tuntutan Perjalanan Kenderaan dan Tambang Pengangkutan Awam/Kapal Terbang
Syarikat akan membayar kos sebenar bagi perkara-perkara berikut:-
a) Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan seperti di Artikel 63.6.6 sekiranya pekerja
menggunakan kenderaan sendiri; atau
b) Tuntutan Tambang Pengangkutan Awam untuk pekerja dan tanggungannya
seperti di Artikel 63.8 yang disokong dengan resit.
c) Tuntutan Tambang Kapal Terbang bagi pekerja dan tanggungannya yang
diarahkan bertukar dari Semenanjung ke Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak
atau sebaliknya tertakluk kepada kelayakan yang dinyatakan di Artikel 63.9.
65.3.3 Tuntutan Bayaran Pengangkutan Barang
65.3.3.1 Bagi pekerja yang berpindah ke stesen barunya melalui jalan darat, Syarikat
akan menanggung perbelanjaan sebenar pengangkutan dan pembungkusan
barang-barang kepunyaan pekerja dan keluarganya yang disokong dengan
resit tertakluk kepada had maksimum sewa lori seperti berikut:
a) Bujang:
Satu (1) lori yang beratnya lapan (8) tan.
b) Keluarga/Tanggungan:
Tiga (3) lori yang beratnya lapan (8) tan setiap satu.
65.3.3.2 Di dalam keadaan di mana perpindahan pekerja melibatkan kawasan-
kawasan yang tidak boleh dilalui oleh lori yang beratnya lapan (8) tan, Pekerja
boleh menggunakan perkhidmatan lori yang lebih kecil di mana had
maksimum keseluruhan masih lagi tertakluk kepada had maksimum seperti
yang dinyatakan di Artikel 65.3.3.1.
32
65.3.3.3 Bagi pekerja yang berpindah dari Semenanjung ke Sabah (termasuk Labuan)
dan Sarawak atau sebaliknya, Syarikat akan menanggung kos pengangkutan
dan pembungkusan barang-barang kepunyaan pekerja dan keluarganya
melalui laut yang disokong dengan resit tertakluk kepada had maksimum
seperti berikut:
a) Bujang:
6.13 meter padu untuk pekerja.
b) Keluarga/Tanggungan:
▪ 6.13 meter padu untuk pekerja.
▪ 6.13 meter padu untuk suami/isteri-isteri Pekerja.
▪ 3.00 meter padu untuk setiap anak pekerja.
65.3.3.4 Sebagai tambahan kepada Artikel 65.3.3.3, Syarikat juga akan menanggung
kos pengangkutan barang kepunyaan Pekerja dan keluarganya ke/dari
pelabuhan bagi tujuan pengangkutan melalui laut (“door to door”).
65.3.4 Tuntuan Belanja Pelbagai.
65.3.4.1 Pekerja layak untuk membuat Tuntutan Belanja Pelbagai seperti berikut:
a) Bayaran tol, bayaran tempat letak kereta, bayaran feri yang
disokong dengan resit.
b) Bayaran telefon, telegram, bayaran pos dan bayaran faks atas
urusan rasmi.
c) Bayaran Cukai Lapangan Terbang yang disokong dengan resit.
65.4 Pekerja yang bertukar dalam stesen tidak boleh menuntut apa-apa elaun dan bayaran
pertukaran di bawah Perjanjian ini.
65.5 Pekerja yang dibenarkan bertukar atas permohonan sendiri atas sebab-sebab peribadi seperti
masalah kesihatan, menjaga ibubapa yang sakit termasuk permohonan melalui IFA yang
dikeluarkan bagi Gred / Jawatan yang sama, hanya layak menuntut bayaran pertukaran,
sekiranya mendapat kelulusan Syarikat.
65.6 Bayaran untuk pasport terhad dan permit kerja bagi pekerja dan keluarga yang ditukarkan ke
Limbang akan ditanggung oleh Syarikat.
65.7 Bayaran untuk pasport terhad dan permit kerja untuk pekerja yang diarahkan bertugas ke
Limbang akan ditanggung oleh Syarikat.
65.8 Bagi tujuan semua tuntutan di atas, Pekerja yang sudah berkeluarga tetapi bertukar secara
berseorangan (tanpa membawa keluarga) hanya layak menuntut pada kadar Bujang. Apabila
keluarga pekerja berpindah kemudian, Pekerja layak menuntut baki tuntutan pertukaran
tersebut mengikut kelayakan keluarga/tanggungan.
ARTIKEL 66 : ELAUN DAN BAYARAN KERANA BERPINDAH RUMAH
Pekerja yang berpindah rumah boleh menuntut elaun dan bayaran bagi membiayai perpindahan
tersebut mengikut syarat-syarat dan kadar-kadar seperti berikut:-
66.1 Kelayakan Memohon
66.1.1 Berpindah dari rumah sendiri / rumah sewa ke rumah Syarikat atau sebaliknya atas
arahan Syarikat atau pihak berkuasa yang berkenaan; atau
33
66.1.2 Berpindah dari rumah sewa/rumah Syarikat ke rumah sendiri yang dibeli melalui Skim
Pinjaman Perumahan Kerajaan (bagi pekerja lantikan DCA)/Syarikat.
66.2 Syarat-Syarat
66.2.1 Tuntutan adalah tertakluk kepada syarat-syarat bahawa pekerja mendiami sendiri
rumah tersebut;
66.2.2 Bagi perpindahan yang tidak melibatkan perbelanjaan pengangkutan barang-barang,
misalnya berpindah rumah antara blok dalam kompleks yang sama, pekerja hanya
layak menuntut lima puluh peratus (50%) daripada bayaran penuh. Pekerja tidak layak
menuntut apa-apa bayaran perpindahan jika berpindah rumah antara tingkat dalam
blok yang sama.
66.2.3 Pekerja tidak layak menuntut elaun serta bayaran perpindahan jika kemudahan
makan, perjalanan dan pengangkutan barang-barang disediakan.
66.3 Kadar-Kadar
66.3.1 Kadar tuntutan elaun dan bayaran perpindahan ini adalah berdasarkan kadar dalam
stesen sahaja;
66.3.2 Tertakluk kepada syarat dan kemudahan makan, perjalanan dan pengangkutan
barang-barang tidak disediakan, jumlah elaun dan bayaran perpindahan yang layak
dituntut adalah seperti di Lampiran C.
ARTIKEL 67 : ELAUN BAHASA
Pekerja yang berjawatan Pembantu Penerangan dan ditugaskan untuk menggunakan Bahasa selain
daripada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan bahasa ibundanya di dalam tugas sehariannya akan
dibayar Elaun Bahasa sebanyak RM 50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sebulan.
ARTIKEL 68 : ELAUN SARA HIDUP (COLA)
68.1 Syarikat akan membayar pekerja Elaun Sara Hidup sebanyak RM160 (Ringgit Malaysia Seratus
Enam Puluh) sebulan.
68.2 Pekerja yang memohon cuti tanpa gaji melebihi tiga puluh (30) hari tidak layak untuk
menerima elaun pada waktu cuti tersebut.
ARTIKEL 69 : ELAUN PENGANGKUTAN KHAS TETAP
Syarikat akan membayar pekerja Elaun Pengangkutan Khas Tetap sebanyak RM160 (Ringgit Malaysia
Seratus Enam Puluh) sebulan.
ARTIKEL 70 : ELAUN HIDUP SUSAH
70.1 Elaun ini dibayar kepada pekerja yang diarah bertugas di kawasan pedalaman sebanyak
RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sebulan.
70.2 Pekerja yang bertugas dan berasal dari tempat yang disenaraikan sebagai kawasan
pedalaman yang sama adalah tidak layak.
70.3 Kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan pedalaman adalah seperti di Lampiran G.
70.4 Pekerja hendaklah berkhidmat selama tempoh satu (1) bulan atau lebih di kawasan
pedalaman.
34
ARTIKEL 71 : BAYARAN PERPINDAHAN UNTUK PEKERJA YANG BERSARA
71.1 Pekerja yang bersara pilihan atau kerana mencapai umur persaraan wajib atau atas perakuan
sebuah Panel Perubatan, layak menuntut Bayaran Perpindahan dan semua jenis elaun yang
biasanya dituntut oleh pekerja yang bertukar atas arahan Syarikat, untuk dirinya dan keluarga.
71.2 Tuntutan perpindahan hendaklah dibuat dari tempat terakhir pekerja bertugas ke mana-mana
destinasi dalam Malaysia yang menjadi pilihannya untuk tinggal selepas bersara. Tuntutan juga
hendaklah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Artikel 65 atau Artikel 66, yang
mana berkenaan.
ARTIKEL 72 : BAYARAN INSENTIF WILAYAH
Pekerja (DCA) yang bertugas antara Wilayah layak menerima Bayaran Insentif Wilayah (BIW) yang
dikekalkan seperti sedia ada.
ARTIKEL 73 : BAYARAN LESEN MEMANDU
73.1 Bayaran lesen memandu termasuk bayaran Lesen Pengangkutan Awam (P.S.V)/ lesen Barang-
barang (G.D.L) /Lesen Memandu Forklif bagi pemandu sepenuh masa dan pekerja yang
ditugaskan untuk memandu, akan ditanggung oleh Syarikat.
73.2 Pemeriksaan kesihatan dan perubatan pemandu yang diperlukan bagi memperolehi lesen
pengangkutan awam dan barang-barang boleh dibuat oleh Doktor Panel Syarikat.
ARTIKEL 74 : TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL
74.1 Pekerja (DCA) dan pekerja lantikan terus Syarikat yang bertukar Wilayah serta keluarganya,
layak menikmati kemudahan tambang kapal terbang yang dibiayai sepenuhnya oleh Syarikat
bagi mengunjungi Wilayah asal mengikut peraturan-peraturan berikut:-
74.1.1 Sebanyak dua (2) tahun sekali di sepanjang tempoh penempatan pekerja (DCA) dan
pekerja lantikan terus Syarikat termasuk ahli keluarga di Wilayah yang berkenaan;
74.1.2 Kemudahan ini meliputi tambang kapal terbang yang sebenar dari lapangan terbang
di mana pekerja bertugas ke lapangan terbang yang terdekat dengan tempat
asalnya. Kemudahan ini walau bagaimanapun tidak termasuk tuntutan-tuntutan seperti
tambang pengangkutan ke tempat-tempat lain, Elaun Lojing atau Bayaran Sewa Hotel;
74.1.3 Kemudahan ini boleh diambil selepas enam (6) bulan penempatan untuk kali pertama
atau sebelum tamatnya tempoh penempatan pekerja (DCA) dan pekerja lantikan terus
Syarikat. Kelayakan selanjutnya boleh dinikmati pada bila-bila masa dalam tempoh
kelayakan seterusnya;
74.1.4 Kemudahan ini tidak boleh dikumpul atau di bawa ke hadapan.
74.2 Bagi pekerja (DCA) dan pekerja lantikan terus Syarikat pasangan suami/isteri yang bertukar
Wilayah, kemudahan ini hanya boleh dituntut oleh salah seorang sahaja.
74.3 Kemudahan ini tidak akan dibayar kepada pekerja (DCA) dan pekerja lantikan terus Syarikat
yang bertukar antara Wilayah atas permohonan sendiri atau pasangannya diberi kemudahan
seumpama ini oleh majikan (pasangan).
74.4 Kelulusan kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat pejabat di mana pekerja (DCA) dan
pekerja lantikan terus Syarikat bertugas mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk
menampung perbelanjaan yang diperlukan.
35
ARTIKEL 75 : BANTUAN SEWA RUMAH BAGI PERTUKARAN ANTARA WILAYAH
75.1 Pekerja Syarikat yang bertukar antara Wilayah adalah layak dibayar Bantuan Sewa Rumah atas
kadar-kadar seperti berikut:-
Gred Semenanjung Kadar Sebulan Sarawak
Sabah
75.1.1 15, 16 RM600.00 RM1,050.00 RM600.00
75.1.2 14 RM533.00 RM1,005.00 RM533.00
75.1.3 13 RM500.00 RM780.00 RM500.00
75.1.4 12 RM467.00 RM730.00 RM467.00
75.1.5 11 RM433.00 RM595.00 RM433.00
75.1.6 RM400.00 RM575.00 RM400.00
8, 9, 10
75.2 Sekiranya yang bertukar antara Wilayah adalah pasangan suami/isteri dan kedua-duanya
adalah pekerja Syarikat, Bantuan Sewa Rumah ini akan dibayar kepada seorang sahaja,
lazimnya kepada pasangan dalam Gred Jawatan yang lebih tinggi.
75.3 Bantuan Sewa Rumah ini tidak akan dibayar kepada pekerja yang bertukar antara Wilayah atas
permohonan sendiri atau yang pasangannya diberi kemudahan seumpama ini oleh majikannya
(pasangan).
75.4 Pekerja yang diarah/memohon bertukar ke wilayah asalnya tidak layak menerima bantuan
sewa rumah seperti di Artikel 75.1.
75.5 Pekerja yang layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan (Artikel 76) dan Elaun Perumahan
(Artikel 87) tidak layak menerima Bantuan Sewa Rumah Pertukaran Antara Wilayah.
ARTIKEL 76 : IMBUHAN TETAP PERUMAHAN
76.1 Pekerja (DCA) dalam Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat layak dibayar Imbuhan Tetap
Perumahan pada kadar seperti berikut:-
76.1.1 Gred Jawatan Kadar Sebulan
11, 12, 13 RM200.00
76.2 Pekerja (DCA) dalam perkhidmatan yang sama yang bertukar antara Wilayah (dari
Semenanjung ke Sabah atau Sarawak) dan layak menerima Bantuan Sewa Rumah seperti di
Artikel 75 di atas tidak layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan ini.
76.3 Pekerja yang layak menerima Bantuan Sewa Rumah Pertukaran Antara Wilayah (Artikel 75) dan
Elaun Perumahan (Artikel 87) tidak layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan.
ARTIKEL 77 : HONORARIUM
77.1 Pekerja yang dipilih untuk bertugas dengan Urusetia Persidangan anjuran Syarikat sama ada
peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa, atau ditugaskan sebagai Pegawai Protokol, layak
menerima bayaran Honorarium sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja (RM50.00) sehari
disepanjang tempoh dia diperlukan bertugas.
77.2 Pekerja yang terlibat di dalam tugas ini tidak dibenarkan menuntut bayaran lebih masa.
36
ARTIKEL 78 : PAKAIAN SERAGAM
78.1 Pekerja yang dikehendaki memakai pakaian seragam semasa bertugas akan dibekalkan
dengan pakaian seragam seperti berikut:-
78.1.1 Pakaian Jumlah Setahun
78.1.2 Pakaian Seragam Tiga (3) pasang
78.1.3 Dua (2) pasang
Kasut Dua (2) pasang
Stokin
78.2 Syarikat akan membekalkan pakaian dan alat perlindungan yang perlu di tempat kerja kepada
mana-mana pekerja yang dikehendaki menggunakannya.
78.3 Pekerja yang dibekalkan Pakaian Seragam tetapi tidak memakainya boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
78.4 Pakaian Seragam dan alat kelengkapan adalah hak milik Syarikat dan dengan itu perlu
diserahkan kembali kepada Syarikat sekiranya pekerja bersara meletakkan jawatan, atau
ditamatkan perkhidmatan.
78.5 Syarikat akan membayar Elaun Dobi kepada pekerja yang telah dibekalkan pakaian seragam
pada kadar seperti berikut:-
78.5.1 Gred Jawatan Kadar Sebulan
Semua Gred RM 50.00
ARTIKEL 79 : FAEDAH-FAEDAH KESIHATAN
79.1 Jenis Faedah dan Rawatan
Syarikat akan memberi dan menanggung faedah dan perkhidmatan rawatan dan perubatan
kepada pekerja serta keluarga/tanggungannya seperti berikut:-
79.1.1 Rawatan dan perubatan doktor dan dispensari di hospital kerajaan, klinik/dispensari
swasta, pengamal homoepati dan akupunktur (acupuncture) yang berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
79.1.2 Dalam keadaan kecemasan bilamana pekerja dimasukkan ke mana-mana institusi
perubatan berdaftar untuk rawatan pesakit dalam, Syarikat akan menanggung
perbelanjaan rawatan tersebut sepenuhnya jika berpuas hati dengan penjelasan dan
bukti yang diberikan oleh pekerja mengenai rawatan yang diterimanya itu. Sekiranya
tiada penjelasan diberi atau penjelasan yang diberi itu tidak dapat diterima oleh
Syarikat, maka bayaran akan dibuat berdasarkan kepada kadar di dalam Akta Fi 1951
dan perintah-perintah dibawahnya (selepas dari ini disebut sebagai Akta Fi 1951).
Dalam keadaan di mana sesuatu kos rawatan itu tidak dinyatakan di dalam Akta Fi
1951, Syarikat akan hanya membayar lima puluh peratus (50%) daripada perbelanjaan
rawatan tersebut.
79.1.3 Rawatan dan perubatan yang telah diberikan oleh mana-mana pakar perubatan
kepada pekerja Syarikat yang telah dirujukkan kepadanya oleh Doktor Panel Syarikat.
79.1.4 Rawatan di Hospital Kerajaan atau mana-mana institusi perubatan yang diluluskan oleh
Syarikat mengikut kelas kelayakan pekerja. Syarikat juga akan menanggung segala kos
perubatan dan pembedahan dengan syarat pekerja berkenaan dimasukkan ke
hospital. Kuasa Tertentu, atas budibicaranya, boleh meluluskan rawatan dan
pembedahan di mana-mana tempat di luar Malaysia jika pada pendapat Doktor Panel
Syarikat atau Doktor Kerajaan rawatan dan pembedahan tersebut tidak dapat
dijalankan di Malaysia.
79.1.5 Rawatan perubatan semasa bertugas rasmi di seberang laut akan diuruskan mengikut
prosedur yang sama dengan rawatan perubatan di dalam negeri.
37
79.1.6 Syarikat, walau bagaimanapun tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan
perubatan yang disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, kecederaan atau kesakitan
atau penyakit yang dialami akibat daripada penyertaan seseorang pekerja dalam
aktiviti-aktiviti haram atau merbahaya.
79.1.7 Pekerja atau seorang anggota keluarga/tanggungannya dibenarkan menjadi
pengiring jika anggota keluarga/ pekerja memerlukan rawatan di luar stesen atas
perakuan Doktor Panel Syarikat atau Pegawai Perubatan Kerajaan. Pengiring boleh
menuntut elaun/bayaran/kemudahan berasaskan kelayakan pekerja semasa
menjalankan tugas rasmi, ketika mengiringi pesakit, untuk tempoh tidak melebihi
daripada lima (5) hari.
79.2 Pemeriksaan Perubatan
Syarikat akan menanggung perbelanjaan pemeriksaan kesihatan menyeluruh oleh Doktor Panel
Syarikat mengikut kelayakan pekerja (tidak termasuk tanggungan) dan keperluan pekerja
apabila mencapai umur 45 tahun ke atas. Artikel ini berkuatkuasa mulai daripada 25 Oktober
2011.
79.3 Kelayakan Wad
Pekerja dan keluarga/tanggungan layak menikmati rawatan pesakit dalam, termasuk kos
rawatan pakar atau pembedahan di Wad Hospital Kerajaan Kelas Satu.
79.4 Bantuan Alat Pemulihan Anggota
Syarikat membiayai pembelian alat pemulihan anggota bagi pekerjanya yang memerlukan
peralatan tersebut dengan pengesahan doktor.
79.5 Rawatan Pergigian Dan / Atau Bantuan Cermin Mata
79.5.1 Pekerja (DCA) dan keluarga/tanggungan layak mendapat rawatan pergigian yang
terhad kepada cabutan gigi dan tampalan sahaja.
79.5.2 Pekerja Lantikan Terus Syarikat layak menuntut rawatan pergigian dan/atau bantuan
cermin mata untuk diri sendiri dan keluarga/tanggungan tidak melebihi RM400 (Ringgit
Malaysia Empat Ratus sahaja) setahun.
79.5.3 Bagi pekerja DCA dan keluarga/tanggungan, bantuan cermin mata adalah terhad
kepada RM220 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Dua Puluh Sahaja) setahun.
79.6 Rawatan Perubatan Ibu Bapa Pekerja
Rawatan perubatan dan pembedahan termasuk semua alat bantuan pemulihan anggota
badan Ibu bapa (yang sah) pekerja (DCA) dengan pengesahan dan perakuan pihak doktor
Kerajaan, yang dimasukkan ke mana-mana Hospital Kerajaan atas perakuan Doktor Kerajaan,
akan ditanggung oleh Syarikat. Kos rawatan dan wad yang akan ditanggung adalah mengikut
kadar kelayakan pekerja berkenaan.
ARTIKEL 80 : RAWATAN BERSALIN
80.1 Syarikat akan menanggung bayaran rawatan bersalin pekerja wanita yang taraf
perkahwinannya yang sah dan berdaftar dengan Syarikat atau isteri-isteri pekerja yang bersalin
di Hospital Kerajaan, mengikut kelayakan masing-masing.
80.2 Mereka yang memilih untuk bersalin di Hospital/Klinik Swasta hanya layak menuntut
perbelanjaan bagi rawatan bersalin terhad untuk lima (5) kelahiran sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatan dengan syarikat tertakluk kepada had maksima seperti berikut:
Rawatan Bersalin Had Maksima
Bersalin Biasa RM2,000
Pembedahan RM2,500
38
ARTIKEL 81 : SKIM INSURANS HAYAT BERKELOMPOK (“GROUP TERM LIFE INSURANCE SCHEME”)
Semua wargakerja adalah dilindungi di bawah Skim Insurans Hayat Berkelompok merangkumi
perlindungan dua puluh empat (24) jam dan di mana-mana di seluruh dunia (’worldwide’). Aspek
perlindungannya adalah seperti berikut:-
81.1 Kematian Dan Hilang Upaya Kekal (’Death And Permanent Total Disablement (DPTD)’), seperti
amaun di bawah:-
81.1.1 Gred Jawatan Jumlah yang Diinsuranskan
Semua gred RM100,000.00
81.2 Faedah Tambahan Penyakit Kritikal Kumpulan (’Group Dread Disease Accelerated (GDDA)’),
bagi jumlah yang dilindungi iaitu 25% dari Jumlah yang diinsuranskan apabila syarat-syarat di
bawah dipenuhi:-
81.2.1 Didiagnosis dari salah satu daripada Penyakit Kritikal seperti yang tersenarai dalam
Lampiran D.
81.2.2 Mengalami penyakit Kritikal tersebut lebih dari 90 hari.
81.2.3 Didiagnosis oleh Doktor Perubatan yang berdaftar /Pakar Perubatan (Lampiran D).
81.3 Perbelanjaan Pengkebumian
Jumlah perlindungan adalah RM5,000.00
81.4 Bayaran Pampasan
81.4.1 Syarikat mempunyai kuasa mutlak untuk menggunakan sepenuhnya bayaran
pampasan bagi maksud melangsaikan dan/atau menolak baki mana-mana pinjaman
dan/atau bayaran dan/atau sejumlah baki dan hutang oleh wargakerja dengan
Syarikat. Baki tersebut, sekiranya ada boleh dibayar kepada wargakerja dan/atau waris
berdasarkan Artikel 81.4.2 dan 81.5.
81.4.2 Baki dari bayaran pampasan setelah ditolak amaun seperti di perenggan 81.4.1 di atas
akan dibayar kepada warga kerja dan/atau warisnya. Walaupun, wargakerja dan/atau
waris telah menerima bayaran pampasan dari lain-lain polisi insurans/syarikat insurans
yang mana wargakerja tersebut adalah pemegang polisinya.
81.5 Kegagalan Menamakan Waris
Sekiranya wargakerja gagal, secara sengaja dan/atau menolak untuk tidak menamakan waris
bagi tujuan bayaran pampasan bagi kematian, hilang upaya kekal, penyakit kritikal dan
perbelanjaan pengkebumian, Syarikat atas budi bicaranya berhak membayar pampasan
kepada pihak yang difikirkan patut dan/atau yang akan menggunakan pampasan secara
betul dan difikirkan perlu.
ARTIKEL 82 : PINJAMAN PERUMAHAN
82.1 Syarikat boleh meluluskan Pinjaman Perumahan kepada pekerja yang layak, untuk membeli
rumah berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan. Pinjaman ini adalah sehingga had maksima
Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Ribu (RM 240,000.00) bagi semua Gred Jawatan
pekerja.
82.2 Pekerja yang layak mendapat Pinjaman ini ialah mereka yang telah disahkan dalam jawatan
dan telah berkhidmat dengan Syarikat sekurang-kurangnya selama dua (2) tahun.
82.3 Pinjaman Perumahan ini diberi sekali sahaja di sepanjang tempoh perkhidmatan pekerja
dengan Syarikat (dengan syarat pinjaman semasa di DCA telah habis dibayar).
82.4 Tempoh Maksima pembayaran balik Pinjaman ialah tiga puluh (30) tahun, atau sehingga
pekerja mencapai umur persaraan wajib mengikut yang mana terdahulu.
39
82.5 Kadar faedah Pinjaman ini ialah empat peratus (4%) setahun yang dikira atas baki bulanan
yang belum diselesaikan.
82.6 Potongan bulanan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman ini dan potongan-potongan lain,
hendaklah tidak melebihi enam puluh peratus (60%) daripada gaji pokok pekerja. Dalam
keadaan tertentu Syarikat boleh menimbangkan peratusan potongan gaji sehingga tujuh puluh
lima peratus (75%), termasuk bagi bayaran balik pinjaman perumahan.
82.7 Pekerja yang meletakkan jawatan atau ditamatkan perkhidmatan hendaklah, menjelaskan baki
pinjamannya dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh perletakan jawatan /
penamatan perkhidmatan. Kadar faedah semasa pasaran akan dikenakan ke atas baki
tersebut mulai dari tarikh perletakan jawatan/ penamatan perkhidmatan. Tindakan undang-
undang akan diambil sekiranya pinjaman tidak diselesaikan dalam tempoh tersebut.
ARTIKEL 83 : PINJAMAN KENDERAAN
83.1 Syarikat boleh meluluskan Pinjaman Kenderaan kepada pekerja yang layak yang telah disahkan
dalam jawatan dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun untuk membeli
kenderaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Butir-butir pinjaman adalah seperti
berikut:-
Artikel Gred Jenis Amaun
Jawatan Kenderaan Maksima (RM)
83.1.1
83.1.2 Semua Kereta 70,000.00
Gred Motosikal 8,000.00
83.2 Pinjaman membeli kereta di perenggan 83.1.1 boleh dipertimbangkan oleh Syarikat dengan
syarat Ketua Bahagian pekerja memperakukan bahawa pekerja tidak dapat menjalankan
tugas rasminya dengan cekap setiap hari tanpa menggunakan keretanya sendiri, atau pun
pekerja disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai tidak boleh menunggang motosikal.
83.3 Pekerja hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah semasa mengemukakan
permohonan Pinjaman membeli kereta dan motosikal.
83.4 Pinjaman ini diberi sekali sahaja dalam tempoh lima (5) tahun dengan syarat pinjaman
terdahulu telah diselesaikan. Syarat ini, boleh dikecualikan kerana kerosakan teruk kenderaan
yang menyebabkan ianya tidak ekonomik untuk dibaiki serta tidak selamat lagi untuk
digunakan, atau sebab-sebab lain yang tertentu atas kelulusan Syarikat.
83.5 Jumlah potongan bulanan gaji pekerja termasuk potongan Pinjaman Kenderaan tidak boleh
melebihi lima puluh peratus (50%) dari jumlah gaji pokok dan elaun-elaun.
83.6 Kadar faedah Pinjaman ialah empat peratus (4%) setahun yang dikira atas baki bulanan yang
belum diselesaikan. Kadar faedah sebanyak sepuluh peratus (10%) setahun akan dikenakan ke
atas ansuran-ansuran tertunggak sehingga diselesaikan.
83.7 Tempoh bayaran balik Pinjaman bagi pembelian kenderaan baru adalah lapan (8) tahun atau
sebelum peminjam mencapai umur persaraan wajib mengikut mana-mana yang terdahulu.
Artikel ini berkuatkuasa mulai daripada 25 Oktober 2011.
83.8 Tempoh bayaran balik Pinjaman bagi pembelian kenderaan terpakai adalah lima (5) tahun
atau sebelum peminjam mencapai umur persaraan mengikut mana-mana yang terdahulu.
Kenderaan terpakai yang hendak dibeli tidak boleh melebihi usia lima (5) tahun.
40
ARTIKEL 84 : BANTUAN GUAMAN
Mana-mana pekerja yang menerima notis perbicaraan mahkamah atau tuntutan undang-undang
terhadapnya yang berkaitan dengan perkara-perkara yang berlaku semasa melaksanakan tugas
rasmi, boleh memohon Bantuan Guaman dari Syarikat, Bantuan Guaman tersebut adalah tertakluk
kepada budi bicara Syarikat.
ARTIKEL 85 : FAEDAH-FAEDAH YANG SEDIA ADA
Tanpa mengira peruntukan dalam Perjanjian ini mana-mana faedah yang memang telah disediakan
oleh Syarikat dan tetapi tidak termaktub dalam Perjanjian ini akan terus dikekalkan. Syarikat berhak
mengubah, meminda, menggantung, menamatkan atau memperbaiki faedah-faedah tersebut jika
difikirkan baik tetapi perlu berbincang dengan pihak kesatuan.
ARTIKEL 86 : KEMASKINI DATA PERIBADI
86.1 Pekerja syarikat dikehendaki memaklumkan kepada Bahagian Sumber Manusia berkaitan
dengan pertukaran maklumat seperti nama penuh, alamat terkini, nombor telefon, status
perkahwinan, bilangan anak/tanggungan dan sebagainya dalam tempoh satu (1) bulan
daripada tarikh pertukaran atau yang berkenaan berserta dengan dokumen sebagai bukti
pertukaran tersebut.
86.2 Rekod peribadi adalah penting dan perlu dikemaskini oleh setiap pekerja syarikat bagi
membolehkan pihak syarikat berhubung terus dengan waris terdekat sekiranya berlaku
kecemasan dan bagi proses penyediaan bayaran yang tepat.
86.3 Syarikat akan menganggap alamat terakhir di dalam rekod Sistem Maklumat Sumber Manusia
adalah betul dan sebarang surat menyurat telah diterima oleh pekerja berkenaan berdasarkan
kepada maklumat akhir tersebut.
ARTIKEL 87 : ELAUN PERUMAHAN
87.1 Syarikat akan membayar pekerja Elaun Perumahan sebanyak RM100 (Ringgit Malaysia Seratus)
sebulan.
87.2 Pekerja yang layak menerima Bantuan Sewa Rumah (Artikel 75) dan Imbuhan Tetap Perumahan
(Artikel 76) tidak layak menerima Elaun Perumahan.
41
Lampiran A
SENARAI PERJAWATAN KUMPULAN BUKAN EKSEKUTIF
MALAYSIA AIRPORTS HOLDINGS BERHAD DAN ANAK-ANAK SYARIKAT
GRED GAJI MINIMA GAJI MAKSIMA
BIL JAWATAN
16 RM2,900.00 RM7,260.00
1 Jurugambar Kanan Senior Photographer
2 Pegawai Akaun Kanan Senior Accounts Officer
3 Pegawai Tadbir/Operasi Kanan Senior Admin/Operations Officer
4 Pegawai Operasi Kanan Senior Operations Officer
5 Pegawai Tadbir Kanan Senior Administration Officer
6 Pegawai Arkitek Kanan Senior Architecture Officer
7 Pegawai Bomba Kanan Senior Fire Officer
8 Pegawai Keselamatan Kanan Senior AVSEC Officer
9 Pegawai Komersil Kanan Senior Commercial Officer
10 Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Kanan Senior Customer Service Officer
11 Penjaga Jentera Elektrik (A4) Electrical Chargeman (A4)
12 Pegawai Penerangan Kanan Senior Information Officer
13 Pegawai Sokongan Teknologi Maklumat Senior Information Technology Support
Kanan Officer
14 Pegawai Teknikal Kanan Senior Technical Officer
15 Pegawai Jaminan Kualiti Kanan Senior Quality Assurance Officer
16 Setiausaha Kanan Senior Secretary
17 Pegawai Teknikal Kanan (Pakar BHS) Senior Technical Officer (BHS Specialist)
18 Pegawai Teknikal Kanan (Awam/ Elektrik/ Senior Technical Officer (Civil / Electrical /
Elektronik/ Mekanikal) Electronics / Mechanical)
19 Pegawai Pengurusan Dokumen Kanan Senior Document Control Officer
20 Pegawai Pengurusan Fasiliti Kanan Senior Facilities Management Officer
21 Penyelia Pengemas Bilik Kanan Senior Housekeeping Supervisor
22 Penyelia Penyambut Tetamu Kanan Senior Front Office Supervisor
23 Pegawai Pembangunan Kanan ICT Senior ICT Development Officer
24 Pegawai Audit Dalam Kanan Senior Internal Audit Officer
25 Pegawai Perpustakaan Kanan Senior Library Officer
26 Pegawai Latihan Kanan – AFRS Senior Training Officer – AFRS
27 Pegawai Latihan Kanan – AVSEC Senior Training Officer – AVSEC
28 Pegawai Pengurusan Kontrak Kanan Senior Contract Management Officer
29 Pegawai Usahasama Perniagaan Kanan Senior Business Venture Officer
30 Pegawai Pengawasan Perkhidmatan Kanan Senior Service Monitoring Officer
31 Pelukis Grafik Kanan Senior Graphic Artist
42
GRED GAJI MINIMA GAJI MAKSIMA
BIL JAWATAN 15 RM2,400.00 RM6,570.00
14 RM2,200.00 RM5,150.00
32 Jurugambar Photographer
33 Pegawai Akaun Accounts Officer
34 Pegawai Tadbir/Operasi Admin/Operations Officer
35 Pegawai Operasi Operations Officer
36 Pegawai Tadbir Administration Officer
37 Pegawai Arkitek Architecture Officer
38 Pegawai Bomba Fire Officer
39 Pegawai Keselamatan AVSEC Officer
40 Pegawai Komersil Commercial Officer
41 Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Customer Service Officer
42 Penjaga Jentera Elektrik (AO) Electrical Chargeman (AO)
43 Pegawai Penerangan Information Officer
44 Pegawai Sokongan Teknologi Maklumat Information Technology Support Officer
45 Pegawai Teknikal Technical Officer
46 Pegawai Jaminan Kualiti Quality Assurance Officer
47 Setiausaha Secretary
48 Pegawai Teknikal (Pakar BHS) Technical Officer (BHS Specialist)
49 Pegawai Teknikal (Awam/ Elektrik/ Technical Officer (Civil / Electrical / Electronics /
Elektronik/ Mekanikal) Mechanical)
50 Pegawai Pengurusan Dokumen Document Control Officer
51 Pegawai Pengurusan Fasiliti Facilities Management Officer
52 Penyelia Pengemas Bilik Housekeeping Supervisor
53 Penyelia Penyambut Tetamu Front Office Supervisor
54 Pegawai Pembangunan ICT ICT Development Officer
55 Pegawai Audit Dalam Internal Audit Officer
56 Pegawai Perpustakaan Library Officer
57 Pegawai Latihan – AFRS Training Officer – AFRS
58 Pegawai Latihan – AVSEC Training Officer – AVSEC
59 Pegawai Pengurusan Kontrak Contract Management Officer
60 Pegawai Usahasama Perniagaan Business Venture Officer
61 Pegawai Pengawasan Perkhidmatan Service Monitoring Officer
62 Pelukis Grafik Graphic Artist
43
GRED GAJI MINIMA GAJI MAKSIMA
BIL JAWATAN 13 RM1,900.00 RM4,960.00
12 RM1,700.00 RM3,980.00
11 RM1,550.00 RM3,510.00
63 Ahli Bomba Fireman
64 Jurulatih – AFRS Trainer – AFRS
65 Jurulatih – AVSEC Trainer – AVSEC
66 Juruteknik (Awam/ Elektrikal/ Elektronik/ Technician (Civil / Electrical / Electronics /
Mekanikal/ Pertanian/ Quality Mechanical / Agriculture / Quality Assurance)
Assurance)
67 Operator Aerobridge Aerobridge Operator
68 Pelukis Pelan Draughtsman
69 Pembantu Akaun Accounts Assistant
70 Pembantu Jurugambar Assistant Photographer
71 Pembantu Keselamatan AVSEC Assistant
72 Pembantu Operasi Operations Assistant
73 Pembantu Pelukis Grafik Graphic Artist Assistant
74 Pembantu Penerangan Information Assistant
75 Pembantu Pengemas Bilik House Keeping Assistant
76 Pembantu Penyambut Tetamu Front Office Assistant
77 Pembantu Perpustakaan Library Assistant
78 Pembantu Sokongan Technical Technical Support Assistant
79 Pembantu Tadbir Administration Assistant
80 Pembantu Teknikal Technical Assistant
81 Setiausaha Secretary
GRED GAJI MINIMA GAJI MAKSIMA
BIL JAWATAN 10 RM1,400.00 RM3,240.00
09 RM1,300.00 RM2,700.00
08 RM1,200.00 RM2,460.00
82 Jaga (Khas Untuk Penyandang) Watchman (Personal To Holder)
83 Operator Loji Plant Operator
84 Pekerja Am General Worker
85 Pemandu Driver
86 Pembantu Pejabat Office Assistant
87 Penghantar Surat Despatch
88 Pengawal Keselamatan Security Guard
89 Tukang (Awam - Kayu / Batu/Cat / Paip ) Artisan (Civil - Carpenter / Mason / Painter /
Plumber)
90 Tukang (Elektrik - Pendawai / Pencari Artisan (Electric - Electrician/ Fault Finder)
Kerosakan)
44
Lampiran B
ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN
SEMASA MENJALANKAN TUGAS RASMI LUAR NEGARA
Kadar-kadar Elaun Makan, Bayaran Sewa Hotel dan Elaun Lojing
KUMPULAN I : Gred 8 -16 Elaun Makan : RM175.00 Lojing : RM100.00
Bayaran Sewa Hotel - Bilik Standad
Afghanistan Colombia Maldives Pakistan Sri Lanka
Bangladesh Ecuador Mauritius Peru Tanzania
Bolivia Fiji Myanmar Philippines Tonga
Bulgaria India Nepal Portugal Tuvalu
Cambodia Kiribati North Korea Samoa Vietnam
Chile Laos
KUMPULAN II : Gred 8 -16 Elaun Makan : RM195.00 Lojing : RM120.00
Bayaran Sewa Hotel - Bilik Standad
Angola Indonesia Mozambique Republic Czech Taiwan
Argentina Lesotho Thailand
Botswana Madagascar Namibia Republic Slovak Tunisia
Ethiopia Malawi Uganda
Nauru Senegal
Ghana Mali Uruguay
New Zealand Seychelles
Greece Malta Vanuatu
Guinea Morocco Papua New South Africa Zimbabwe
Hungary Guinea Solomon Island
Paraguay
Poland Swaziland
KUMPULAN III : Gred 8 -16 Elaun Makan : RM215.00 Lojing : RM140.00
Bayaran Sewa Hotel - Bilik Standad
Albania Brunei Darussalam Ireland Libya Russia
Algeria China Jamaica Luxembourg Spain
Armenia Cuba Jordan Moldova Sudan
Australia Cyprus Kazakhstan Mongolia Tajikistan
Austria Egypt Kenya Netherlands Turkmenistan
Azerbaijan Georgia Kuwait Norway Ukraine
Bahrain Gibraltar Kyrgyzstan Qatar Uzbekistan
Belarus Iraq Lebanon Romania
KUMPULAN IV : Gred 8 -16 Elaun Makan : RM235.00 Lojing : RM160.00
Bayaran Sewa Hotel - Bilik Standad
Belgium Croatia Guyana Serbia Syria
Denmark Montenegro Singapore Venezuela
Benin (Dahomey)
France Niger Surinam Yemen
Bosnia- Gambia Nigeria Switzerland Zambia
Herzegovina Germany Saudi Arabia
Brazil
Canada
KUMPULAN V : Gred 8 -16 Elaun Makan : RM255.00 Lojing : RM180.00
Bayaran Sewa Hotel - Bilik Standad
Barbados Iran Mexico Sweden United Arab
Emirates
Italy Oman Trinidad & Tobago United Kingdom Finland
Japan South Korea Turkey USA
Macau St. Lucia Hong Kong
45