TAJUK :
KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN
4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA
NAMA : MARSYA MAISARAH BINTI MAT ISA
NO MAKTAB : PB190014
KELAS : 4 HAITHAM
HOMEROOM : SIR ANUAR
NAMA GURU : SITI NORAKMA BINTI MUHAMMAD ARIFFIN
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
1 PENGHARGAAN
2 PENGENALAN SETIAP NOVEL
3 CERITA RINGKAS SETIAP NOVEL
4 BIOGRAFI SETIAP PENULIS NOVEL
5 KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL
6 SINOPSIS KESELURUHAN
7 SINOPSIS SETIAP BAB
8 KEKUATAN SETIAP NOVEL
9 KEKURANGAN SETIAP NOVEL
10 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SETIAP NOVEL
11 RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan
limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan buku skrap yang telah diusahakan selama ini
yang bertajuk “KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI MALAYSIA” .
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru terutamanya guru-guru Bahasa Melayu,
iaitu Cikgu Akma, Cikgu Shurdi, Cikgu Aisah, Cikgu Rosliza dan juga Cikgu Haryani yang telah
memberikan masa yang begitu panjang untuk saya menyiapkan tugasan buku skrap ini dan juga
banyak memberikan tunjuk ajr kepada saya serta rakan-rakan saya yang lain. Seterusnya, say juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan saya kemudahan
untuk melakukan tugasan ini. Terima kasih juga kerana telah memberikan saya sokongan dan
dorongan . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang bertungkus-lumus dalam
menyiapkan tugasan masing-masing. Bantuan kalian dari segi maklumat yang diberikan kepada
saya amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan anda saya juga tidak dapat menyiapkan tugasan ini
dengan baik. Segala jasa dan masa yang anda luangkan untuk saya menghasilkan tugasan ini tidak
akan saya lupa. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugsan buku skrap
ini. Segala jasa dan budi kalian akan sentiasa saya kenang. Sekian, terima kasih.
NOVEL
LEFTENAN ADNAN WIRA
BANGSA KARYA ABDUL
LATIP TALIB
PENGENALAN
CERITA RINGKAS NOVEL ( LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA )
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib merupakan komsas Tingkatan 4.
Dalam pertempuran dengan Askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu termasuk 7 pegawai Melayu
dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara
pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang
anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke
hujung nyawa.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL ( ABDUL LATIP TALIB )
Abdul Latip bin Talib yang juga sinonim dengan panggilan Pak Latip dilahirkan di Kampung Ulu
Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri Sembilan.
Beliau seorang penulis sepenuh masa yang menulis sajak, cerpen, rencana, drama televisyen dan
novel. Sebanyak 20 buah novel kanak-kanak, remaja dan dewasa telah diterbitkan. Sejak tahun
2007, beliau lebih banyak menumpukan pada penulisan novel sejarah dengan Syarikat Penerbitan
PTS, kini lebih 30 buah novel telah dihasilkan.
Beliau telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Sayembara Cerpen Berunsur Islam,
Sayembara Cerpen Perpaduan, Hadiah Sastera Utusan dan Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri
Sembilan, Sayembara Menulis Novel Sarawak 2005, hadiah sayembara menulis novel sejarah
Johor 2007, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 dan 2007 serta Pingat Khidmat Cemerlang
Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007.
Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak Latip juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan
kemanusiaan. Beliau gigih dalam kempen membantu masyarakat Islam Kemboja yang daif.
Melalui laman Facebook beliau, Pak Latip berusaha meminta masyarakat dan peminat beliau untuk
menyumbangkan wang bagi membantu minoriti Muslim Kemboja. Antara bantuan yang
dihulurkan melalui dana yang dikumpul adalah bantuan persekolahan, elaun kepada guru-guru,
menderma naskhah-naskhah Al-Quran serta membina perigi di kampung Trapiang Bralit dan
Ratanatkiri, Kemboja.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.Beliau dilahirkan di
sebuah kampung di Sungai Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam
kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar
cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu
Adnan yang membesarkan tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan
anak sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan
anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap
pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut
membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka
membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja merahsiakan keturunannya
kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan
inggeris.Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat patriotik yang
dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air.Beliau
sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara
sendiri.Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya
hidup dalam kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu
anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air
amat dikagumi oleh penduduk kampungnya.Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah
air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said,Mat
Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan
semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik
untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan tanah air.Oleh
sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar
bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah
sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai.Pelajaran yang diperolehi mereka setakat
boleh membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-
anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan Pak Saidi itu
mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan
diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung
itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di
sekolah aliran inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris
yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu
pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada
tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal sebagai
pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-
guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah tamat persekolahan,
beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan
bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih
menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih
untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.
Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera.Adnan
dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris.Adnan tidak menghiraukan
tempelak rakan-rakan sekampungnya.Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan
Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang.Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih
mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara
pertabalan King George VI di London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak
Fakih.Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa
menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang
mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu
menjajah Tanah Melayu.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan
Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan
pengambilan rekrut baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah
ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150
orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang.Mereka
dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan,seksyen semboyan, dan unit
tambur.Pada 1 Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17
pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat.Pada
bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi
tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri
oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British.Laporan perisikan menyatakan
bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya
25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap,dan kapal pembinasa
menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam
Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar
Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941.Pada
hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu
oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari kedua,kapal-kapal perang
Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini
banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan
diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar
Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan berundur.Dengan
itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam
masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan
tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki
kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke
tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris
terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan
askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota
Bharu,Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British juga menghantar
dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah
Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan
oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal
perang itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya.
Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah
Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar
Jepun.Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar Melayu telah
menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar
melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu
terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin
Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang
sehingga titisan darah yang terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki
Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British terpaksa menyerah kalah kepada
Jepun.
SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1 ( DARAH PAHLAWAN )
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama
keluarganya. Pak Saidi berasa amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang
sulung bernama Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan Amarullah.
Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga
memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning.
Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebahkan cerita itu kerana sentimen ‘siapa yang
menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu. Penjajah ( British) tidak suka
kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil
bumi daripada Tanah Melayu.
BAB 2 ( KAMPUNG SUNGAI RAMAL )
Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat menyelamatkan Kampung Sungai
Ramal Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi
kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus penyamun sedang menyerang
penduduk kampung. Banyak penduduk kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak
yang terbakar. Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering membayangkan
dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan ke kebun getah membantu ayahnya, setelah
solat Zohor gilirannya pula turun ke sawah.
BAB 3 ( HARAPAN SEORANG AYAH )
Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas mendengar deringan bunyi loceng
basikalnya. Pak Saidi berasa gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak-anaknya yang
sedang berlatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya dengan membawakan minuman.
Selepas itu dia kembali berlatih silat bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-
olok dan biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu mengalah. Adnan juga
memperlihatkan sikap kepahlawanan dan tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun
ketika bermain. Permintaan anak-anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun sudah dibuatkan
keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya membuat senapang kayu pula.
BAB 4 ( DUSUN DURIAN DI TANAH PERKUBURAN )
Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran Tanah Perkuburan. Pak Saidi
yang mewakafkan sebahagian daripada tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun
itu bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang dermawan menyebabkan orang
kampung menyenanginya. Apabila tiba musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-
buahan kepada penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan ibu Adnan
dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan bahawa dia pernah membantu Dol Said
Pahlawan Naning menentang British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Said menceritakan bagaimana Dol Said dilayan oleh British dengan baik
sedangkan pengikutnya dibuang ke India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh
masuk dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang penjajahan British
bukan melalui senjata tetapi melalui politik.
BAB 5 ( HARAPAN SEORANG IBU )
Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala pada waktu malam pula Adnan
diajar mengaji oleh ayahnya dan ada kalanya dengan ibunya. Adanan menyatakan hasrat untuk
mulai bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju kalau Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat
belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun
sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang pandangan orang kampung tetapi Pak
Saidi menyatakan bahawa penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi
berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak Saidi menyatakan hasrat
menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka
menerimanya dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak Saidi.
BAB 6 ( GURU BESAR STEWARD )
Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak
mahu anaknya bersekolah Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi
berfikiran sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi,
sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di
pekan Sungai Ramal. Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai baju
baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah bersekolah di sekolah Inggeris,
namun Pak Saidi tetapi mengajar anak-anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya
mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-anaknya tidak menjadi
sepertinya yang miskin. Pak Saidi menasihati anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa
yang dikatakan oleh orang lain.
BAB 7 ( MEREKA TIDAK MENGERTI )
Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi menyekolahkan anaknya di
sekolah Inggeris. Ternyata penduduk kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi.
Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya
bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun,
Tuk Ketua menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya anak Abu yang
tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan penduduk kampung. Abu berasa marah dengan
kelakuan anaknya dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk Ketua akan
hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.
BAB 8 ( SETEGUH KARANG )
Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah Chong hasil jualan getah,
Karim menyatakan bahawa Abu telah menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap
Pak Saidi kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak mengambil endah
tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim
juga ingin tahu apa sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris. Pak Saidi
menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu
pengetahuan yang tinggi. Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang
mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan semuanya tidak mampu
untuk Berjaya sebaliknya di tangan merekalah nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah
Pak Saidi dikunjungi oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak Saidi
menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Guru Melayu yang mengajar
di sekolah itu juga akan membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar
pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi walaupun tidak disenangi oleh
Lebai Pian.
BAB 9 ( ANAK-ANAK KAMPUNG )
Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di sekolah Inggeris. Adnan
menyatakan keseronokannya belajar di situ dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa
Inggeris yang dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di sekolah Inggeris
kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan bahawa dia lupa agama dan tidak berubah
walaupun sudah belajar di sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji dengan
ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita tentang cita-cita apabila besar nanti.
Adnan yang mahu menjadi askar supaya dapat mempertahankan Negara dari serangan musuh.
Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak dikenali. Dengan keberanian
Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari lintang pukang, walaupun ada seorang yang mengena
belutinya. Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak Saidi mendengar
tentang Nordin yang sakit kaki. Dia memberitahu isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga
yang datang pada malam tempoh hari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan mendapat
pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang tetap menjadi askar yang dinyatakan
kepada Cikgu Anderson.
BAB 10 ( MASUK JAWI BASIKAL BAHARU )
Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah sampai. Walaupun Tuk Mudim
berjenaka tetapi bagi Adnan itu bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintai dari luar. Adnan
menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan basikal baharu apabila dia
selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum
selepas dikhatankan. Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.
BAB 11 ( YAKIN BOLEH )
Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan menyatakan bahawa dia seronok
belajar di sekolah tersebut. Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris. Hanya Adnan yang bersetuju
untuk mengambil bahagian sedangkan rakan-rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan
tersebut dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy serta beberapa orang
lain terangsang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan
tersebut. Mak Milah bangga dengan semangat Adnan walaupun ditertawakan oleh rakan-rakannya.
Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat kepada Adnan dan bertambahlah berkobar-kobar
Adnan kerana mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhirnya Adnan
menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala Nizam mendapat tempat ketiga.
BAB 12 ( JAGUH KAMPUNG )
Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal berjaya mengalahkan
pasukan bola sepak dari Kampung Merab. Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati.
Mereka mencadangan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai Ramal dan jaguh Kampung
Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda
kampungnya. Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang dirancang
akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan Adnan berdamai kerana beranggapan
pertandingan tersebut tidak sah kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka
tidak berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan bertinju dan mencuri
rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin pulang ke rumah setelah mendengar berita
tersebut. Setelah ditanya oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan
tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.
BAB 13 ( DARAH MUDA )
Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di sekolah
Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang
askar. Namun ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi
askar Melayu bagi mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup
semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama dalam kalangan guru-guru.
BAB 14 ( ASKAR MELAYU DIRAJA )
Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak
muda bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera.
Pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam
pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon
tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus menjadi guru mendidik anak
bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.
BAB 15 ( BUKU BERTEMU RUAS )
Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan
ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari
Kajang ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi tentera
selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke rumahnya.
BAB 16 ( PERWIRA )
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental
bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Adnan.
Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenai perintah pertukaran.
Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura manakala Mamat pula ditukar ke Kedah.
Semua rekrut telah dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka
kerana masing-masing terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
BAB 17 ( KEHIDUPAN BARU )
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan
pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai
upacara pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat
sekali lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda.
BAB 18 ( BERHARI RAYA DI KAMPUNG )
Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga orang
anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu
meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan
membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam
kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.
BAB 19 ( PERANG DUNIA KEDUA )
Apabila berlaku Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka
Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan
masa yang gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak
mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke
Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama
membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang
menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
BAB 20 ( BUKIT CANDU )
Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa yang sama Pasir Panjang juga
di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad mencadangkan agar mereka mempertahankan satu
tempat sahaja namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu mempertahankan
Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Mereka
pun berkemas ke Bukit Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang pentig. Di situ ada penduduk
kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-
kubu siap dibina melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan Hassan, Adnan
berjumpa Penghulu Sidek bagi membincangkan masalah penduduk yang enggan berpindah.
Mereka tidak Berjaya mengajak penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat ialah
memperketat kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal kampung. Adnan gembira apabila
mendapat surat daripada isterinya yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam
keadaan selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak berminat untuk meneruskan
perjuangan. Adnan berpendapat bangsa Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.
BAB 21 ( DI AMBANG PERANG )
Sabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang. Menurut Sir Thomas
Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu
dapat dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit. Mereka
menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan Singapura. Cadangan Laksamana
Thomas C. Hart mendapat persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
British mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya
penduduk kampung mulai mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju
untuk berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh rumah
penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua
lembaga tersebut Berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.
BAB 22 ( HATI-HATI YANG RESAH )
Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan pejabat pangkalan tentera
di Bukit Candu. Mengikut jadual ada pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada
sebelah pagi dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya Kapten Rix
datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan
Ramshaw melaporkan ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka berpendapat
Jepun telah membuat persiapan untuk berperang. Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga
pesawat peninjau melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang sepatutnya.
Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan. Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan
berjaga-jaga. Adnan memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya
mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah memerhatikan Sophia yang semakin
berubah. Sophia kelihatan termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan.
Dia takut kehilangan Adnan.
BAB 23 ( BERMULANYA SENGKETA )
Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang.
Namun ada juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita mengenai perang.
Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga
orang anaknya iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut
dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi bangga kerana
ketiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku
peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-adiknya sambil memberi kata-
kata perangsang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah air.
BAB 24 ( PERANGKAP TIDAK MENGENA )
Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula membedil sepanjang
kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun sudah memulakan
pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula
menembak ke arah pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula
mendarat di pantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu
Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: “Kubu-kubu kecil musuh yang
disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang
kami terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka”. Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu
kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah mereka
menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya
menumpaskan tentera India British yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini
berlaku, gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam
British yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil
telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan Dogra.
Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak dapat dipertahankan lagi dan
pasukan pertahanan mula berundur.
BAB 25 ( GAGALNYA OPERASI MADATOR )
Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan Pangkalan Tentera British di
Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam
mendapati adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Ops Matador
dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan
mendapat berita tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudah pun mendarat di Kota Bharu. Namun
tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera British di situ. Pertempuran sengit berlaku
dan akhirnya tentera Jepun Berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala Krai. Mereka akhirnya
membakar Lapangan Terbang Pengkalan Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya.
Jerangkap samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah menyebabkan ramai
askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941,
tentera Jepun menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Tentera British
menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan
Maru yang merupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia Kedua.
Tentera membalas serangan tentera British di Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan
Sungai Petani.
BAB 26 ( SERANGAN BERTALI ARUS )
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa
yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS
Prince of Wales dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan. Walau
bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan oleh pihak Jepun. Sepuluh buah
pesawat Jepun diarahkan melakukan serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British
itu. Akhirnya dua buah kapal perang British berjaya ditenggelamkan oleh tentera Jepun. Pada 11
Disember 1941, Jeneral A.E. Percival memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan
tentera Jepun di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi menyerang tentera
Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom
Jepun menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun mereka tersalah sasar
dengan membuat serangan terhadap kawasan awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak
ke Jitra. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk memberikan lalukan
kepada tentera infantry menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha.
Walau bagaimanapun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah mengejutkan Sophia di
dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati
Sophia dirundung kebimbangan memikirkan nasib suaminya.
BAB 27 ( PERANCANGAN DUA GENERAL )
31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gembar dengan kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka
yang tiba dengan berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana-mana. Akibat
tiada pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun Berjaya menawan satu persatu negeri di Tanah
Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada tentera British yang selama ini dianggap paling
kuat di dunia. Akibat kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert Brooke-
Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang
31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera
British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan Tambak Johor sebagai usaha
menyekat kemaraan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak
tentera British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan kepada markas di
Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan
Adnan kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu.
BAB 28 ( PERTEMPURAN DEMI PERTEMPURAN )
3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan serangan. Jeneral Yamashita
menghantar 13000 orang tentera elitnya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura
berhampiran Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya memusnahkan tangki-
tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Singapura. Pasukan artileri Jepun pula menyerang
Pangkalan Udara Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun dipindahkan ke
Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di ruang udara Singapura berlangsung sepanjang
hari dari pagi hingga ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes dan
Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan kawalan menyebabkan
pertahanan tentera Berikat semakin lemah. Rejimen Askar Melayu bersungguh-sungguh
mempertahankan kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk bertempur
dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan anggotanya tetap akan berjuang hingga ke
titisan darah yang terakhir walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya
dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.
BAB 29 ( TERUS BERJUANG )
Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan pangkalan. Petang itu Penghulu
Deraman daripada pengawal kampung datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu menentang tentera Jepun. Dalam
perbincangan mereka mengagak bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan
menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu Penghulu Deraman Berjaya
mengesahkan bahawa Samad adalah tali barut Jepun. Malam keesokannya mereka Berjaya
dikalahkan. Jeneral Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak askar
Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera Jepun menambahkan kebimbangan
Jeneral A.E. Percival. Tentera Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal.
Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah beberapa buah kereta kebal
Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu
diserang oleh tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan. Apatahlah lagi
Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu mempertahankan Pasir Panjang.
BAB 30 ( SERANGAN BALAS )
Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan. Selepas solat Subuh,
mereka kembali menjalankan tugas masing-masing. Suasana hening menjadi gempar apabila
dikejutkan dengan berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anggotanya bersiap
sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding. Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti
dengan pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak.
Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan Bukit Candu. Pertempuran ini
memperlihatkan semangat juang askar Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya
mengalahkan askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun. Pertempuran berlaku
di Pasir Panjang menyebabkan anggota Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh
Adnan. Adnan bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar dengan memakai
pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang
hal itu. Akhirnya Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan tentera Jepun
banyak kehilangan nyawa.
BAB 31 ( BIAR PUTIH TULANG )
Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu petang tersebut hingga
musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang
mara. Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah musnah tiba-tiba dihujani
dengan tembakan mesingan dari arah bukit. Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang
semula kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu masih kukuh.
Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban. Keadaan semakin genting kerana musuh
menyerang dari pelbagai arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia. Tembakan
yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak mula-mula tadi Adnan memerintahkan
supaya jangan berundur dan mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih
kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.
BAB 32 ( TUMPAH DARAH PERWIRA )
Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom
tangan dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet.
tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebaliknya menyuruh
orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan
semangat juang orang-orangnya untuk bertahan bersungguh-sungguh. Tentera Jepun yang marah
kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai yang terkorban telah berjaya menawan
Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan
Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan
ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di
bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh
Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan boyonet. Kejadian itu dilihat oleh
Koperal Yaakob.
BAB 33 ( JATUHNYA KOTA SINGA )
Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menyerah kalah, Haji
Burhan dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di sana
terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus lehernya dan ada pula yang
terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang
masih hidup lalu merawatnya. Kemudian Koperal Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk kampung
mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
BAB 34 ( DARAH MENGALIR DI SUNGAI RAMAL )
Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak akan
bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera
Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi menentang pendudukan Jepun di
tanah Melayu
BAB 35 ( PERJUANGAN BELUM BERAKHIR )
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan kesusahan di bawah pemerintahan
Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi,
pisang ,dan apa saja yang boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya
iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat demam
panas. Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah
sebagai kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya.
Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia telah ditawarkan semula
mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan
dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri
yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia
disahkan menghidap penyakit leukimia.
KEKUATAN NOVEL
Setiap novel akan memberikan banyak manfaat kepada pembaca. Novel Leftenan Adnan
Wira Bangsa ini juga mempunyai banyak kekuatan. Antara kekuatan novel ini ialah pengutaraan
tema yang baik oleh pengarang. Hal ini dikatakan demikian kerana novel ini mengisahkan tentang
keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan negara serta mengisahkan tentang
kisah yang benar berlaku. Seterusnya, novel ini mempunyai nilai murni dan iktibar kepada setiap
pembaca terutamanya kepada pemuda-pemuda negara kerana dalam novel ini mempunyai banyak
kisah yang dapat mengispirasikan kita semua. Selain itu, novel ini dapat memberikan pengajaran
bahawa kita mestilah mempunyai semangat patritisme yang tinggi agar kita dapat
memperjuangkan tanah air kita jika diserang lagi. Seterusnya, novel ini menjadi menarik kerana
perwatakan watak utama dalam novel ini dapat meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa
pembaca. Akhir sekali, para pembaca akan lebih menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu
dalam mempertahankan negara kita kerana semua yang dilakukan amatlah susah dan mereka
sanggup mengadaikan nyawa untuk negara.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat beberapa kekurangan yang menjadikan novel ini tidak berapa menarik minat
pembaca. Antaranya, novel ini mempunyai jalan penceritaan yang terlalu panjang. Hal ini
demikian kerana dapat mengakibatkan para pembaca merasa bosan dan tidak tertarik untuk
menghabiskan novel ini. Seterusnya, para pembaca mengambil masa yang lama untuk mengetahui
lebih lanjut tentang apa yang berlaku terhadap Leftenan Adnan. Terdapat juga beberapa
penceritaan fakta yang membosankan para pembaca. Selain itu, penulis juga tidak menceritakan
dengan lebih lanjut tentang adik Leftenan Adnan, Amarullah yang merupakan seorang tentera laut.
Akhir sekali, penulis juga tidak menceritakan tentang apa yang berlaku kepada isteri Laeftenan
Adnan sepanjang dia berperang.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada novel
ini untuk menjadikan jalan penceritaan novel ini menjadi lebih menarik. Pertama, penulis
seharusnya tidak memanjangkan jalan penceritaan agar pembaca boleh menghabiskan novel tanpa
merasa bosan. Seterusnya, penulis perlu memendekkan cerita untukmpembaca mengetahui lebih
lanjut tentang Leftenan Adnan. Penulis juga digalakkan untuk mengurangkan fakta-fakta yang
membosankan supaya pembaca lebih tertarik. Selain itu, penceritaan tentang kehidupan adik
Leftenan Adnan perlu dimasukkan lagi supaya peceritaan lebih menarik. Akhir sekali penulis perlu
menceritakan tentang kehidupan isteri Leftenan Adnan yang bertungkus-lumus menjaga anak
mereka ketika Leftenan Adnan pergi berperang.
NOVEL
DI SEBALIK DINARA KARYA
DAYANG NOOR
PENGENALAN
CERITA RINGKAS NOVEL ( DI SEBALIK DINARA )
Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor merupakan novel Tingkatan 4. Novel ini
mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat
menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan
Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh
kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia
meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam 29arapa komunikasi
terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL ( DAYANG NOOR )
Dayang Noor (Noor Aziza Sulaiman, lahir pada 1974 di Pahang, Malaysia) ialah seorang penulis
novel Bahasa Melayu sambilan. Beliau memiliki ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik dan
Komputer dan kini bekerja sebagai Eksekutif IT dengan salah satu syarikat penyepaduan 29arapa
IT terbesar di Selangor, Malaysia. Beliau telah menulis 2 buah novel fiksyen pulpa dalam bahasa
Melayu – Jerat (2011) dan Hilang (2012). Beliau menetap di Selangor, Malaysia bersama suami
dan 3 anak lelaki.
Dayang Noor merupakan penulis yang tiba-tiba muncul dalam persada penulisan fiksyen
spekulatif. Bermula dengan FiXi dua tahun lepas (?), penulis ini mula mendapat “tempat” dan
kelibat, mempunyai kecenderungan sikap “noir” atau asasi 29arapa dalam pengolahan tulisan
ngerinya (dapat diteliti beliau cukup seronok dengan ngeri tekni/techno thriller), memberi kisah-
kisah ceritanya suatu konflik dan penyeleraian yang hitam dan sekali gus tidak mudah mencapai
“hidup dalam bahagia selama-lamanya”, memberi ruang paranoia dan wasangka dalam perspektif
amatan persekitaran, seperti mana yang diminta dalam mana-mana 30arapan noir mahupun negeri.
KULIT HADAPAN DAN BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
SINOPSIS KESELRUHAN NOVEL
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari,
Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu.
Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha)
telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai
bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram
di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari
kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan
Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang
penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam
tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida
memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana manakala
Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi
untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan
kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di
Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam
keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha
untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha
menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan
tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha,
kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala
secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng,
pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha
mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena
serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram
mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida
tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak
berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid
dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan
berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu.
Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia
bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr.
Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak
balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu
tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya
Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan
mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha
memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar
dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam
Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai,
Farisha diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya
ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul
Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan
meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan
Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida)
menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu
kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil
hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris
memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh
Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan
komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia
bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida)
dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan
Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat
terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di
Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih
berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida)
menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.
SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai
bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan
Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA. Farisha
agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan
elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila
melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan
serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment
mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel
Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman
Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk
mengkaji DNA Farisha.
BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang
akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula
daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut
semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu
lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding
untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran
Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL
yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan
Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk
menyelamatkan Dinara.
BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan
Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong,
berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah
memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta
kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh
empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha
dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang
diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya.
Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft
Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah
penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang
di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat
data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat
kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya
barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa
yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka
hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan
rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha.
Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana
yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan
dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur
untuk Farisha dan Shida.
BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar
ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada
dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram
menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi
Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom
jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah
tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi
semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat
bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di
Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha
bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah
diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi
kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga
menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada
sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa
Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat
di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami
mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.
BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha
berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam
tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta
pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan
butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika
Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram.
Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang
bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida
melalui kajiannya di Arkib.
BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-
ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba
Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat
meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka
diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya
kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa
perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis
dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan
malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak
mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya
mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak
angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.
BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha
pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi
hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula
maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke
hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa
soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada
Farisha mengandung.
BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha
dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam
dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan
teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang
mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang
bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan
bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah
dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-
apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha
menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran
Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila
Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu
alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang
menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya
Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di
dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia
sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah
ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat
di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan
menggantikan tempat Farisha.
BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di
Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah
dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke
atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi
berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak
seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan
seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin
berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh
mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia
berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu.
Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas
anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar
dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha,
dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga
telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas
Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar
yang ketakutan.
BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada
abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang
Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah
diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha
dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai
bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di
Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak
Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan
supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang
akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi
Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam
perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft
Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul
Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti
ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang
wanita sehingga menjadi cacat.
BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu
dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila
brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi
dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl
kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara
Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka
berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat
pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang
tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa
ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu
alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab
Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan
yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu
emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan
tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia
dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida
menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia
berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal
mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa
cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya
diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya selama
20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki
kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat
merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia
pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha
dihidupkan.
BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa
kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida.
Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima
oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang
sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di
sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah
sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya
menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila
dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa
kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga
adalah cyborg seperti Alia.
BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya
dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya
semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan
Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan
selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris
mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya
di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang
bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup. Tetapi terdapat
keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya Shida
mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa
yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan daripada setiap novel itulah yang menjadikan sesuatu novel itu menjadi istimewa
dan menarik untuk dibaca. Novel ini mempunyai kekuatan tersendiri juga, antaranya novel ini
memberikan inspirasi kepada para pembaca diluar sana. Hal ini demikian kerana novel ini ada
mengisahkan tentang kebijaksaan seseorang dalam menjalankan tugas dan kecanggihan sains yang
mendalam dalam mengesan DNA seseorang. Selain itu, novel ini juga akan menarik minat para
pembaca kerana dalam novel ini ada menceritakan tentang kecanggihan teknologi dunia pada masa
itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu
menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang terkandung dalam
pemikiran manusia. Seterusnya, jalan penceritaan cerita ini juga pendek dan memenuhi kehendak
pembaca. Hal ini kerana walaupun penceritaannya pendek tetapi ianya dapat sampai ke hati
pembaca. Novel ini juga dapat membuatkan pembaca lebih penting dalam memilih rakan kerana
dalam novel ini menceritakan tentang nilai setia kawan yang tinggi. Akhir sekali, penulis bijak
dalam mimilih tema penceritaan untuk menjadikan novel ini mendapat tempat di hati penulis.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat juga beberapa kekurangan dalam novel ini. Antaranya, penulis tidak menceritakan
lebih mendalam tentang bagaimana Karl boleh mendapatkan penyakit barah sebelum dia
meninggal. Seterusnya, kisah tentang mengapa Aqram sangat perlu Farisha juga tidak diceritakan
dengan lebih terperinci. Penulis juga tidak menceritakan kisah Dinara dengan begitu banyak.
Selain itu, perwatakan dalam novel ini terlalu banyak dan hal ini akan mengakibatkan pembaca
menjadi keliru dengan watak-watak tersebut. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan dengan
banyak kisah bagaimana pemikiran Karl yang sudah meninggal dunia masih tersimpan di dalam
Shida.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL
Pada pendapat saya, terdapat beberapa perkara yang boleh dibaiki untuk menjadikan novel
ini menarik. Pertama, penulis perlu menceritakan keadaan Karl bagaimana dia boleh mendapat
penyakit barah sehingga boleh menyebabkan kematian. Seterusnya, penulis juga perlu
menceritakan dengan lebih terperinci kelebihan yang akan diperoleh Aqram kerana dia mahu
sangat Farisha bekerja dengannya. Bukan itu sahaja, saya cadangkan juga supaya penulis
mengurangkan watak dalam novel ini. Hal ini kerana pembaca hanya akan dapat fokuskan kepada
watak yang betul-betul menarik dalam penceritaan ini. Selain itu, penceritaan bagaimana fikiran
Karl masih tersimpan di dalam Shida perlu dipanjangkan lagi. Akhir sekali, kisah Dinara juga
perlu dimasukkan lebih banyak supaya pembaca dapat memahami apa sebenarnya kisah di sebalik
Dinara itu.
NOVEL
JENDELA MENGHADAP
JALAN KARYA RUHAINI
MATDARIN
PENGENALAN
CERITA RINGKAS NOVEL ( JENDELA MENGHADAP JALAN )
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini MatDarin merupakan novel tingkatan 4. Novel ini
mengisarkan tentang seorang gadis yang bernama Lili yang mahu mempunyai pengalaman yang
pelbagai. Dari jendela yang terkuak yang menghadap jalan, Lili mengaut beribu pengalaman yang
menerjah dari luar. Juga menghadam makna hidup dari isi rumah yang penuh sejarah. Cerita datuk
yang teguh memaut tradisi, kisah nenek yang mengembara mengutip kematangan usia. Semuanya
mencantumkan keinginan Lili untuk mengetahui tentang falfasah di sebalik jendela itu.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL ( RUHAINI MATDARIN )
Ruhaini Matdarin dilahirkan pada 16 Mac 1981, di Kota Kinabalu, Sabah. Alhamdulillah
sepenuh masa hamba Allah. Mendapat pendidikan sehingga Sarjana Pengurusan Kewangan,
pernah berkhidmat sebagai juruaudit, pengurus kewangan dan penasihat kewangan di beberapa
buah syarikat pembinaan dan konsultansi. Pernah berkhidmat di Tak Community Collegge sebagai
tenaga pengajar separuh masa program budaya Asean 2012-2013. Bermula tahun 2016 memilih
untuk bekerja secara freelance (tapi hal ini ternyata menambah kesibukannya terhadap kerja hakiki)
supaya boleh menulis pada bila-bila masa yang disukai dan melakukan perkara lain yang lebih
bermanfaat selain bekerja keras hanya untuk membayar bil dan cukai-cukai. Ahli Badan Bahasa
dan Sastera Sabah serta ahli seumur hidup Penulis Nasional (PENA). Menjadi pembimbing dan
mentor bagi MPR peringkat negeri Sabah, bengkel penulisan novel dan cerpen anjuran unit
Penerbitan DBP cawangan Sabah. Alumni Mastera novel 2016. Pengasas bersama SUNTIK,
sebuah program bicara karya eceran (puisi dan cerpen) di surat khabar Sabah yang dianjurkan
setiap bulan bermula bulan Ogos 2017. Pengasas bersama program bicara santai Kupi & Snek
Sastera Malaysia - sejak Oktober 2020.
KULIT HADAPAN DAN KULIT BELAKANG NOVEL
SINOPSIS
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL
Pada mulanya Lili berasa berat hati untuk pulang bercuti ke kampung datuk dan nenek kerana
mahu memanfaatkan cuti persekolahan terakhir alam persekolahan menengahnya bersama-sama
dengan rakan-rakannya. Akan tetapi, demi menjaga hati ibu, Lili akur dan pulang bercuti ke
kampung.
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, dia bertemu dengan Geetha dan Danel, dua
orang rakan baharu yang menaiki bas yang sama, yang mempunyai destinasi tujuan yang sama.
Tanpa disedarinya, kedua-dua teman baharu itu membawanya pergi jauh menelusuri kisah-kisah
kehidupan penduduk kampung sepanjang berada di kampung datuk dan neneknya.
Sikap datuk yang tidak menjawab pertanyaan Lili berkenaan corak dan binaan jendela serta
pintu rumah penduduk di kampung tersebut menyebabkan Lili meneka sendiri-sendiri dan teruja
untuk mencari jawapannya. Dia mendapati dirinya mulai tertarik dengan suasana kampung yang
amat bertentangan dengan gaya kehidupan masyarakat di bandar.
Pekerjaan datuk sebagai pengamal rawatan tradisional telah memanjangkan semula
pertemuan antara Lili, Geetha dan Danel. Ini disebabkan ibu Geetha, iaitu Letchumi telah lama
menggunakan khidmat datuk Lili untuk merawat penyakit dalam tubuhnya. Begitu juga dengan
ayah Danel, iaitu William. Pertemuan semula ini telah membuka lebih banyak peluang buat Lili
untuk bertahan lebih lama lagi di kampung datuk dan nenek. Melaui pertemuan semula dengan
Danel Lili mengetahui Danel menulis artikel tentang pisang yang terkandung dalam buku
Segalanya Tentang Pisang.
Kehadiran Lili sejak hari pertama disambut dengan isu memasang kubah surau dan
pembinaan masjid, isu itu menarik perhatian Lili dan dia mempunyai pandangannya yang
tersendiri tetapi dia tidak berani meluahkannya ekoran sifatnya yang agak pendiam. Disamping itu
juga, Lili mendengar dan melihat isu anak-anak Che Jah yang menjadi musuh masyarakat kerana
perangai buruk mereka yang terlibat dengan pengambilan najis dadah serta gemar mencuri.
Pertemuan semula Lili dengan Geetha serta Danel telah membakar semangat Lili untuk
memikirkan setiap satu persoalan yang menjadi masalah besar buat penduduk Kampung Sentosa,
namun ia hanya berlegar-legar dalam fikirannya. Setiap kali Lili menyuarakannya kepada nenek,
neneknya selalu memintanya agar jangan masuk campur hal-hal orang dewasa. Namun, ia tidak
menghalang Lili untuk melontarkan buah fikirannya dan lebih baiknya lagi apabila Geetha dan
Danel mempunyai buah fikiran yang serupa.
Semasa dalam perjalanan pulang dari pekan, Lili telah diculik oleh Rafik dan Haziq, iaitu
dua orang anak lelaki Che Jah. Namun, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel. Lili tidak marah
tetapi sebaliknya bersimpati dan memutuskan mahu membantu keluarga Che Jah, yang pada
hematnya menjadi mangsa keadaan. Tindakan Lili pada mulanya ditentang oleh datuk dan nenek
tetapi lama-kelamaan sikap terbuka Lili ini berjaya mengubah pendirian datuk yang selama ini
bersikap tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling.
Cuti kali ini amat bermakna kerana pandangannya diterima oleh datuk dan orang dewasa
kampung itu, justeru dapat membantu keluarga Che Jah mendapat pengadilan dari segi undang-
undang dan menyelesaikah isu pemasangan kubah di surau.
Lili, Geetha dan Danel menghabiskan sisa cuti mereka di kampung dengan menikmati
suasana matahari terbit. Cuti yang hampir berakhir membuatkan Lili berasa berat untuk pulang
kerana dia berasa cutinya di kampung pada kali ini amat bermakna dan menggembirakan ekoran
perubahan sikap datuk yang pada mulai bercerita dan meluahkan. Begitu juga dengan neneknya
yang mulai bercerita tantang jendela menghadap jalan. Setelah berpisah, Daniel menghantar surat
kepada Lili dan menceritakan tentang Geetha dan rencana-rencana tentang pisang yang ditulisnya.
SINOPSIS SETIAP BAB
BAB 1
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung
datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira
untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.
BAB 2
Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan menyandang
dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala
Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas
Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan.
Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuruteraan Awam, Universiti Malaya
yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa
depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.
BAB 3
Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang
menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh
pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya
untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid
untuk pulang.
BAB 4
Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut
nenek, datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-
sama dengan masyarakat kampung.