The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ASSESSMENT BM 8 BUAH NOVEL ( MARSYA 4H )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by marrrsyaaa12, 2022-06-11 04:44:02

ASSESSMENT BAHASA MELAYU

ASSESSMENT BM 8 BUAH NOVEL ( MARSYA 4H )

SINOPSIS

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Hakimi yang hidup bersama-
sama dengan umi, bapa tirinya, dan adik tirinya, Nurul Asiyah di Kuala Terengganu, Terengganu.
Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan berada di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat,
Johor. Haiqal terpisah dengan bapanya apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka
tidak sehaluan. Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan mempunyai kedai di Pasar
Payang tidak dapat menerima bapanya sebagai seorang pencinta seni sastera dan budaya.
Akibatnya, perkahwinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya
telah meninggal dunia sewaktu Haiqal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Umi
dan bapa tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menziarahi jenazah tetapi melarang
Haiqal untuk turut sama atas alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis
kerana tidak dapat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Walaupun Haiqal berasa terkilan
namun dia amat menyayangi uminya dan tidak berani membantah kata-katanya. Pada suatu hari,
Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang gadis berbangsa Cina melalui
kiriman pos. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat, iaitu tempat arwah
bapanya tinggal. Manuskrip yang diterima itu menceritakan pelbagai peristiwa berkaitan dengan
kehidupan bapanya yang melibatkan diri dalam aktiviti untuk memperkasa seni dan budaya zapin.
Justeru, Haiqal berasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya itu bagi mengubat
kerinduan yang ditanggung olehnya sejak kecil.

Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin ke kampung
halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan rancangannya itu dan memarahinya
dengan alasan tiada apa-apa di kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal
dunia. Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi Haiqal mengugut
Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia kekampung arwah

ayahnya itu. Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan
menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, walid dan adik tirinya,
Nurul Asiyah sahaja yang mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal dihantar oleh Ratna ke
stesen bas. Haiqal sampai di stesen bas Batu Pahat pada waktu subuh. Selesai menunaikan solat
subuh di surau, Haiqal menaiki sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.

Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut tentang rumah arwah
ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin menyuruhnya menunggu Tauke Ong untuk
membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak
Min. Tauke Ong menghantar Haiqal ke rumah arwah ayahnya. Haiqal disuruh berehat dan dia akan
membawa Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa
sijil dan gambar yang ada. Haiqal mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan adalah lebih
hebat daripada yang dia sangkakan.

Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang untuk membawa
Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke Ong memberitahu bahawa banyak
kerja yang Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong memegang amanah untuk menguruskan ladang kelapa
sawit dan kebuh getah milik arwah ayah Haiqal dan dia akan menyerahkan semua urusan itu
kepada Haiqal.

Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa dia ada urusan di
bank dan meminta anaknya, See Hwa membawa Haiqal makan di sebuah restoran. Di restoran itu,
See Hwa berbual-bual dengan Haiqal tentang tempat tinggal masing-masing. Pada waktu itu,
Haiqal teringatkan rakan karibnya, Ratna. Sejak tiba di kampung pada pagi itu, dia masih belum
menghantar SMS kepada Ratna. Semasa makan, See Hwa memberitahu bahawa ayah Haiqal
pandai memasak ciii padi ikan haruan. Haiqal merasakan bahawa See Hwa beruntung kerana dapat

merasai kasih sayang arwah ayahnya dan dapat mengisi kekosongan jiwa arwah ayahnya itu.
Haiqal ingin mendekati See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan rahsia
hidup ayahnya. Dia jugs membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam manuskrip yang ditulis
oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.

See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan di sekitar pekan Parit Raja dan mereka berhenti di
sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya manakala Haiqal
membeli majalah yang berkaitan dengan bahasa dan sastera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa
mereka meminati penulis yang sama. Pertemuan itu telah menimbuikan kemesraan antara mereka
berdua. Pada petang itu, Haiqal tersedar daripada tidurnya. Haiqal membaca SMS yang dihantar
oleh Nurul Asiyah dan membaiasnya.

Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang dipinjamkan oleh Tauke
Ong. Haiqal membaca surah al-Fatihah dan berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah
Yaasin. Semasa Haiqal menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan
motosikalnya berhampiran dengan sekumpulan remaja yang sedang memancing ikan. Haiqal
berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak Cik Bakar mempelawa Haiqal ke rumahnya untuk
bercerita lebih lanjut tentang arwah ayahnya. Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di
masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan
Haji Salim berbual-bual mengenai tarian zapin.

Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri Purnama. Di situ, Haiqal
dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa album, majalah, dan buku-buku milik arwah
ayahnya juga dipamerkan di situ. Haiqal sedar bahawa ayahnya benar-benar seorang penari zapin.
Di warung, Haigal bertanya tentang Aksara kepada See Hwa dan memberitahu bahawa perkara itu
ada dalam manuskrip ayahnya. See Hwa memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya
perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia meninggal dunia. See
Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah singkatan kepada Akademi Sastera Rakyat dan arwah
ayah Haiqal bercita-cita untuk menjadikan kampung Seri Purnama sebagai pusat pengembangan

sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai bidang sastera rakyat dan menganggap
bahawa tugas itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan
masyarakat dengan sastera.

Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk mengadakan persembahan tarian
zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua kampung. Mesyuarat untuk
membincangkan cadangan Haiqal telah diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal itu diterima
sebulat suara oleh penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis yang bakal diadakan
itu turut dilakukan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja jamuan
semasa majlis itu berlangsung kelak. Oleh itu, persiapan sempena majlis tersebut dilakukan oleh
penduduk kampung. Haiqal juga turut serta dalam membuat persiapan itu. Tauke Ong
mencadangkan agar Haiqal turut mempelajari tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar,
Haji Selamat, Wak Parmin, Abang Ramlan, dan Wak Seman bersungguh-sungguh mahu
mengajarnya tarian zapin.

Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya
tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan Nurul Asiyah mendoakannya agar
dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita
bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim
mengemukakan cadangan supaya See Hwa menggantikan Lazim memandangkan Lazim tidak
dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji Salim menyuruh Haiqal
memujuk See Hwa untuk menari zapin dengannya.

Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. Dia memberitahu Tauke Ong tentang
tujuannya untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya pada malam itu. Haiqal
terkejut apabila mendapati See Hwa sedang menggosok baju zapin. See Hwa berterus terang
kepada Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat kejutan kepada Haiqal.
Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya bagi menggantikan tempat Lazim.

Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat mempersembahkan tarian
zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi terpesona melihat kelembutan gerak tari See Hwa
dan Haiqal. Ketika asyik menari, Haiqal terpandang uminya, walid, dan Nurul Aisyah yang sedang
berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas. Haiqal amat terharu dan
bersyukur apabila melihat mereka datang untuk melihatnya menari.

Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di sebuah universiti di Bumi
Kenyalang. Haiqal percaya bahawa dendam uminya terhadap ayahnya juga telah lebur apabila
uminya datang ke Kampung Seri Purnama untuk melihat dia menari zapin. Umi Haiqal sedar
bahawa darah merah yang mengalir dalam setiap pelosok tubuh Haiqal merupakan darah Abdullah
bin Kayan yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna telah bertunang dengan seorang
usahawan. Ketika Haiqal meninggalkan Kampung Seri Purnama, See Hwa telah menangis. Haiqal
sedar bahawa dia perlu menjadi seperti ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu
masih terlalu jauh daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin Aksara.
Haiqal merasakan bahawa silir daksina benar-benar mendamaikannya.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1 ( TERSINGKAP RAHSIA )

Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat. Hatinya
tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut
uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan l Fikiran Haiqal
menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang
dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya memberitahu
ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal menyimpan tekad untuk menncari
ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2 ( KISAH SEORANG TEMAN )

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah. Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan pengajian
STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu
Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. Sambil mereka bersiar-siar di pantai,
Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin tahu punca
perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi
dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu
tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat
Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3 ( SENASKAH MANUSKRIP LAMA )

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai
kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan perkidmatannya untuk
membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman
yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku
menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya
digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah
aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke
Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta
peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan untuk
meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya
membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya
Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim
tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya
dalam bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan
SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti

cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong
aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan
kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah
ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim
menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-
nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai
Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang-
bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu
Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun Enamnya.
Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh
Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam. Aku
menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya
mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak
mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

Sudah sepuluh tahun Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu
menggantikannya dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan
anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan. Dia hanya
menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim mempelawa aku ke
pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku menolongnya membeli bateri
kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling menjenguk dari muka pintu dan aku berasa
alangkah bahagianya jika yang tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku.
Tauke Lim agak malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku
yang sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus terang tentang
kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk membenarkan Ai Ling menaiki
kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri.
Tauke Lim meminta aku bersabar dan yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi
menenangkan perassan Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan
aku. Banyak kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.

Sesi latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir. Ai
Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan Pak Haji Salam
memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan Warisan Negeri akan
membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan mewartakan sebagai satu rentak asli
dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan
terbaik bagi menghidupkan semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana
perpecahan dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke
Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang dengan Roslan
tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan slot deklamasi puisi tentang
sejarah zapin jincat aku (yang dipanggil Zam) uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak
terus merajuk sehingga tidak lagi meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya
kepada dirinya sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.

Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah memberitahunya Ai Ling antara 15 orang
pelajar yang akan menyertai pertandingan deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam
kereta aku bertanya kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu
aku yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa takut tetapi
aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada petang itu. Pada petang itu
pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai
Ling yang bertemakan kasih sayang. Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat
persembahan deklamasi sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali
terasa sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,

Ai Ling memenangi pertandingan mendeklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah
mulut penduduk kampung. Tauke Lim paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan
di warung Abang Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-
muji bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di balai raya
seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara aku mendeklamasikan
puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda kembali berkumpul di balai raya untuk
sama-sama berlatih berkompang, bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah

bangsa itu akan pupus jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita
aku menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim memberitahu
aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat kemeriahan yang dirasai oleh
aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda berlatih memalu kompang di balai raya suatu
ketika dahulu. Setelah penat mereka akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang
mengelikan hati. Fikiran aku masih bercelaru. Sehingga lewat malam aku masih berterusan
memikirkan kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih merajuk . Aku tidak pernah bercerita
tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang menguburkan
semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan Aiman. Aku hanya memiliki
sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling dan Aiman dirasakan mulai menguasai
hidup aku. Aku menjadi seperti arwah ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling

Cadangan Abang Bakir direstui Haji Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak
sebelum persembahan zapin dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu.
Kawasan balai raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman mendeklamasikan
sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa. Tepukan gemuruh diberikan
kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu. Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan
sebaik saja mendengar kumpulan zapin D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil
peranan memukul kiuburn iaitu gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB
Samsuri amat gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam.
Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para pelajar
Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat. Hasil dari persembahan
tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat muzik zapin yang baharu. Roslan pula
mahu kumpulan itu bekerja keras menarik golongan pelapis muda untuk menyertai program
budaya di kampung itu. Aku memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika
golongan dewasa berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan
peranannya dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.

Ai Ling sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku merahsiakan penyakitnya
daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke

Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis. Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang
kekerapannya berkunjung ke pantai itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung
ke situ.Aku terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai
Ling Ai Ling berasa simpati akan aku. Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah ayahnya amat
sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan mengenangkan kisah pahit dalam
rumahtangganya.

Kampung Seri Purnama dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
mukim pada bulan Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang
akan dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju mendeklamsikan
sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang terlibat bersungguh- sungguh
menjalani latihan. Kumpulan zapin juga berlatih dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih
mendeklamasikan sajak, Aku menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan
begitu teliti. Aku dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan
kekuatan kepadanya. Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke Lim.
Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling tertarik dengan
manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama yang membaca manuskrip itu
apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling.
Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku
yang sentiasa termenung jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam. ix Penduduk Kampung Sri
Pernama sibuk membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi. Aku berharap Aksara yang
menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu menyudah
puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian lagi manuskrip dan
disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin kerap menyerang Dalam keadaan
ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan Aiman. Aku menangis.

BAB 4 ( DESAKAN HATI )

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak
untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun
di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri.,
Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan

suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu. Dalam
kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu
Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya
itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang
digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi
impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa
ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu ,
ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan
ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun
hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak
pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya
ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

BAB 5 ( RINDU )

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada
Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama.
Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa
rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi
dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak.
Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan
dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku
di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah
jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya
dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal
terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap
biadap jika bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6 ( SATU KETETAPAN )

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan
Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia
menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan
alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
diam-diam.

BAB 7 ( PERJALANAN YANG JAUH )

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani
oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

BAB 8 ( TIBA DI KAMPUNG )

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.
Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut.
Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong
yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia
diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke
rumah arwah ayahnya.

BAB 9 ( PERTEMUAN )

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah.
Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana
dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal
bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

BAB 10 ( PUSARA )

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan
pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah
berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11 ( SUASANA BAHARU )

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam
tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke
Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya
iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai
pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal
mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai
kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit
iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama
diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah
mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji
Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal
telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing,
Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-
kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

BAB 12( RAHSIA BALAI RAYA )

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai
banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa
buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah,
sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar
yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat
mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah
orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13 ( SINAR HARAPAN )

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14 ( MENCARI KESERASIAN )

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

BAB 15 ( TETAMU ISTIMEWA )

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-
masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

BAB 16 ( BERMULALAH EPISOD )

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang.
Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid
serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal
mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi
tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

KEKUATAN NOVEL

Dalam sesuatu penceritaan mesti mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan yang pertama
ialah perwatakan watak utama boleH dijadikan sebagai satu pengajaran iaitu kita haruslah gigih
dalam melakukan sesuatu perkara untuk membuahkan hasil yang baik. Sebagai contoh, dalam
novel ini Haiqal gsanggup pergi ke kampung halaman arwah ayahnya hanya kerana ingin
mengetahui kisah ayahnya walaupun ditentang oleh uminya. Seterusnya, novel ini juga banyak
menceritakan kisah kesenian tarian zapin. Hal ini akan menarik perhatian pembaca untuk
mengetahui lebih lanjut tentang warisan tarian zapin itu. Dalam pada itu, saya amat menyukai
tentang perwatakan watak utama yang diutarakan oleh penulis. Hal ini menaikkan lagi penceritaan
dalam novel ini. Seterusnya, bahasa yang digunakan oleh penulis dalam mengarang novel sangat
mudah untuk difahami bagi peringkat umur remaja dan pelajar Tingkatan 5. Akhir sekali, novel
ini juga mempunyai jalan penceritaan yang tesusun berbanding nove-novel sebelumnya. Novel ini
sangat menunjukkan penceritaan yang jelas dan dapat difahami plot ceritanya.

KEKURANGAN NOVEL

Setiap penceritaan yang menarik dan mempunyai banyak kekuatan mesti terselitnya juga
kekurangan. Terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini. Kekurangan yang pertama, bagi saya
penggunaan watak sampingan oleh penulis terlalu banyak. Hal ini akan mengakibatkan pembaca
menjadi keliru tentang tugas-tugas watak itu. Seterusnya, tempat-tempat yang digunakan
mempunyai banyak peristiwa yang berlaku yang boleh membuatkan penceritaan menjadi banyak
dan meleret. Dalam pada itu, penulis tidak menceritakan mengapa umi Haiqal melarangnya untuk
ke kampung halaman arwah ayahnya. Kekurangan seterusnya, pengakhiran cerita agak tidak
menarik dan tidak dapat menarik perhatian pembaca kerana pengakhirannya boleh dikatakan biasa
sahaja. Akhir sekali, ada sesetengah fakta yang membosankan. Hal ini boleh mengakibatkan
pembaca merasa tidak ingin mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentangnya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya terdapat beberapa penabahbaikan yang boleh dilakukan terhadap novel
ini. Antaranya, penulis boleh mengurangkan penggunaan watak sampingan yang terlalu banyak.
Hal ini boleh menjadikan penceritaan lebih menarik dan tidak meleret. Seterusnya, saya
cadangakan supaya penulis mengurangakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di sesuatu tempat itu.
Penulis hanya boleh masukkan peristiwa yang benar-benar berlaku pada suatu tempat. Di samping
itu, saya juga mencadangkan supaya penulis seharusnya menceritakan mengapa umi Haiqal
melarang sama sekali Haiqal untuk pulang ke kampung halaman arwah ayahnya dan juga
merupakan tempat tinggal arwah ayahnya ketika masih hidup dulu. Dalam pada itu, pengakhiran
cerita juga perlu diubah oleh menarik untuk membangunkan cerita sesuatu novel itu. Apabila
pengakhiran itu menari, pembaca dapat mendalami novel itu dan menerapkan nilai-nilai yang ada
dalam novel itu. Akhir sekali, jika penulis ingin memasukkan banyak fakta-fakta, penulis juga
membuat selidik dengan sebetulnya dahulu dan tidak menggunakan fakta yang membosankan. Hal
ini secara tidak langsung pembaca akan hilang fokusnya dalam membaca jika membaca sesuatu
yang membosankan.

RUJUKAN

BUKU

1. Abdul Latib Talib ( 2009 ), Leftenan Adnan Wira Bangsa, PTS Litera Utama Sdn Bhd.
2. Dayang Noor ( 2012 ), Di Sebalik Dinara, Kuala Lumpur, Utusan Publications &

Distributors Sdn.Bhd
3. Ruhaini MatDarin ( 2014 ), Jendela Menghadap Jalan, Kuala Lumpur, Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd
4. Azmah Nordin ( 2014 ), Pantai Kasih, Dewan Ilmu Publications
5. Khairuddin Ayip ( 1991 ), Songket Berbenang Emas, Dewan Bahasa dan Pustaka
6. Beb Sabariah ( 2008 ), Tirani, Dewan Bahasa dan Pustaka
7. Sri Rahayu Mohd Yusop ( 2011 ), Bimasakti Menari, Kuala Lumpur, Utusan Publications

& Distributors Sdn. Bhd.
8. Nizar Parman ( 2010 ), Silir Daksina, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

INTERNET

1. https://bmssbj.blogspot.com/2015/02/biodata-pengarang-leftenan-adnan-wira.html
2. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-leftenan-adnan.html
3. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-komsas.html
4. http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2015/01/sinopsis-di-sebalik-dinara-bab-1-bab-5.html
5. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-jendela-menghadap-jalan.html
6. https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-pantai-kasih-komsas-tingkatan-4.html
7. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-songket-berbenang-emas.html
8. https://www.sistemguruonline.my/2019/08/novel-tirani.html
9. https://www.sistemguruonline.my/2019/09/novel-bimasakti-menari.html
10. https://cikgusimile.blogspot.com/2016/02/novel-tingkatan-5-silir-darsina.html
11. https://guruselamanya.wordpress.com/2020/02/23/novel-silir-daksina-sinopsis-mengikut-

bab/
12. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Rahayu_Mohd_Yusop


Click to View FlipBook Version