The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

10 Perkara Bakal Calon SPM Perlu Lakukan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lennyshafinaz13, 2021-09-08 22:13:43

10 Perkara Bakal Calon SPM Perlu Lakukan

10 Perkara Bakal Calon SPM Perlu Lakukan

PENGENALAN

Ebook ini merupakan coretan motivasi santai
buat anak-anak pelajar bakal calon SPM
yang menghadapi kesan akibat wabak
Covid-19 yang berlaku ketika ini.

Ini merupakan buah tangan pertama Cikgu
Lenny tentang tips-tips penting yang mesti
pelajar SPM lakukan untuk menghadapi
peperiksaan. Apa yang penting adalah
kemahuan untuk berjaya dalam hidup.

Kegagalan merupakan proses untuk
menempa kejayaan. Impian perlu dihidupkan
agar cita-cita dapat dicapai.

1

BAB 1 : TERIMA HAKIKAT

Allah hantar Covid-19 untuk tinggikan darjat
kita semua di sisi-Nya. Sebagai seorang
pelajar yang akan mengambil peperiksaan
SPM tidak lama lagi, perlu kamu sedar
bahawa bukan kamu sahaja yang terkesan
dengan wabak Corona Virus ini.

2

Ramai orang di luar sana lagi teruk
keadaannya menjadi mangsa kepada virus
tersebut. Kamu perlu menerima hakikat
bahawa zaman sudah berubah.

Suasana kamu mengambil peperiksaan
SPM, tidak sama dengan suasana mak ayah
atau abang kakak kamu yang pernah
menduduki peperiksaan tersebut.

Telah digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012-
2025) bahawa setiap murid wajib mendapat:

▪ Akses kepada Pendidikan supaya
potensi diri dapat dicapai.

▪ Peluang mengikuti Pendidikan,
walaupun mereka tidak dapat hadir ke
sekolah.

3

Oleh yang demikian, kelas PdPR membantu
guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah sebagai alternatif
pembelajaran norma baharu.

Maka tugasan demi tugasan diberikan oleh
guru secara dalam talian, walaupun kamu
tidak pernah berjumpa dengan guru-guru
kamu secara bersemuka.

4

Kamu terpaksa menulis nota kamu sendiri.
Kamu terpaksa mengulangkaji pelajaran
kamu sendiri. Ada kalanya, kamu juga
terpaksa menonton video-video Youtube
sebagai pengganti pelajaran dalam kelas
kamu.

Cuti sekolah yang berbulan-bulan dan
terpaksa belajar secara dalam talian (PdPR)
merupakan antara halangan yang terbesar
untuk menghadapi peperiksaan SPM ini.

Lagi-lagi keadaan sekarang yang seolah-
olahnya kamu terpaksa hidup bersama
wabak ini.

5

Persekitaran tempat tinggal kita sudah tidak
selamat lagi, ramai ahli keluarga, sanak-
saudara dan rakan taulan yang telah
dijangkiti wabak ini.

Terimalah hakikat kesan pandemik ini
sebagai salah satu cara kamu membina jati
diri dan kejayaan dalam kehidupan norma
baharu.

“Kita menderita bukan kerana kenyataan, melainkan
kerana kita sendiri yang tidak mahu menerima
kenyataan itu…”

6

BAB 2 : IMPIAN VS CITA-CITA

Apa bezanya antara impian dan cita-cita?
Masa Cikgu Lenny darjah satu dahulu, guru
Cikgu Lenny pernah bertanya apakah cita-
cita Cikgu Lenny masa tu, Cikgu Lenny
jawab nak jadi Arkitek. Cikgu Lenny pun tak
tahu apa sebenarnya pekerjaan tersebut
pada masa tu. Cuma yang Cikgu Lenny tahu,
Arkitek ni ialah kerja buat bangunan.

7

Rupa-rupanya Allah itu maha berkuasa.
Cikgu Lenny tak dapat jadi Arkitek
bangunan, tapi Allah anugerahkan Cikgu
Lenny sebagai Arkitek manusia.
Kerjaya Cikgu Lenny sebagai Guru
Bimbingan dan Kaunseling banyak memberi
peluang untuk Cikgu Lenny membantu anak-
anak pelajar Cikgu Lenny membina hala tuju

kerjaya mereka. Alhamdulillah akhirnya

8

tercapai juga cita-cita Cikgu Lenny nak
menjadi Arkitek.

Sebenarnya anak-anak pelajar calon SPM,
impian atau cita-cita adalah perkara yang
hampir sama. Cuma impian adalah sesuatu
yang kita impikan iaitu angan-angan,
manakala cita-cita bermaksud hasrat atau
keinginan yang kuat untuk kita capai perkara
tersebut.

Ramai antara kita yang tanpa sedar hidup
atas impian orang lain. Kita selalu
terperangkap dengan pengalaman masa
lampau orang lain, sehingga kita takut untuk
mempunyai impian atau cita-cita kita sendiri.

Impian atau cita-cita tidak akan datang
bergolek. Ianya merupakan proses ke arah

9

mencapai apa yang kita mahukan dan apa
yang perlu kita fokuskan dalam kehidupan.

Kita sibuk nak menggembirakan hati mak
dan ayah kita, sedangkan diri kita sendiri
tersiksa kerana tidak dapat membina
kehidupan seperti yang kita angan-
angankan.

Anak-anak pelajar SPM, hidup ini perlu ada
impian dan cita-cita, dengan impian kamu
dapat mewujudkan matlamat yang hendak
kamu capai. Cita-cita pula akan menjadi
keinginan yang kuat untuk kamu realisasikan
matlamat tersebut dalam hidup kamu.

Matlamat itulah yang akan menjadi motivasi
terhadap tindakan kamu selanjutnya nanti.

10

Jadi janganlah risau untuk gagal mencapai
impian atau cita-cita yang kamu inginkan.

Kamu perlu berani untuk gagal berkali-kali,
kerana gagal itu merupakan proses dalam
perjalanan kamu untuk merealisasikan
impian hidup tersebut.

Impian yang baik adalah impian yang
mampu kita tuliskan di atas kertas, yang kita
boleh lihatnya setiap hari. Cita-cita yang
bagus pula adalah cita-cita yang dapat kita
capai suatu hari nanti. InshaAllah..

“Redesigning our life…”

11

BAB 3 : URUS MASA

Sering kali alasan “… saya tak cukup masa,
kerja rumah saya banyak, saya kena tolong
ibu jaga adik, SPM lambat lagi, saya tak
sempat nak ulangkaji pelajaran lah cikgu...”

12

Jawapan cliché ini memang selalu
kedengaran apabila pelajar tidak mendapat
keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Allah beri kita masa 24 jam sehari, semua
orang mendapat tempoh masa yang sama.
Tidak ada yang terlebih atau terkurang
masanya setiap hari. Kenapa ada orang
boleh berjaya dan ada orang tidak.

Masa akan terus berlalu pergi, kita tidak akan
dapat mengejar kembali masa yang telah
berlalu itu.

Imam Ghazali pernah bertanya kepada anak
muridnya; Apakah yang paling jauh dari kita?

13

Persoalan sebenar yang dikemukakan oleh
beliau adalah tentang masa. Masa yang
telah berlalu pergi itulah yang paling jauh
dengan kita. Masa yang tinggal hanyalah
masa yang ada sekarang dan yang akan
datang kepada kita.

Masa itu umpama pedang anak-anak, jika
kamu tidak menggunakannya dengan sebaik
mungkin, pedang itu mungkin akan
melukakan kamu.

Sebagai seorang pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan SPM, adalah
sangat penting untuk kamu mempunyai
jadual belajar sendiri.

14

Ada juga pelajar yang tidak mempunyai
jadual belajar, tapi dia tetapkan matlamat
setiap hari perlu belajar selama beberapa
jam.

Cara begini juga boleh digunakan sekiranya
kamu selesa dengan cara tersebut, dari
semasa ke semasa kamu boleh tambah
jumlah jam kamu belajar tu.

Pilihan di tangan kamu, pilihlah cara belajar
yang sesuai dengan diri kamu ya. Elakkan
meniru daripada cara belajar rakan kamu.
Mungkin cara belajar tu sesuai untuk dia tapi
tak sesuai untuk kamu.

15

Adanya jadual belajar, kamu akan dapat
membahagi - bahagikan masa untuk
mengulangkaji pelajaran, membuat kerja
rumah, membantu keluarga, melakukan
aktiviti yang kamu suka, dapat berehat serta
tidur yang mencukupi.

Jadual belajar yang teratur dapat melatih diri
kamu untuk lebih berdisiplin dan menepati
masa. Kamu pasti tidak akan mempunyai
masalah tidak sempat atau tiada masa untuk
mengulangkaji pelajaran lagi.

16

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal kebajikan serta saling menasihati
untuk kebenaran dan saling menasihati untuk
kesabaran…”

17

BAB 4 : JELAS TENTANG HALA TUJU

Selepas tamat alam persekolah... Aku nak
buat apa ya? Pastinya persoalan ini sering
kali bermain dalam minda anak-anak pelajar
semua. Nak kerja ke? Nak sambung belajar
ke? Atau nak tunggu sahaja mana-mana
tawaran daripada UPU nanti…

18

Cikgu Lenny nak tanya kamu, ada kah akan
timbul persoalan-persoalan di atas,
sekiranya sekarang ini kamu jelas ke mana
kamu akan pergi setelah tamat belajar
tingkatan lima nanti.

Cikgu Lenny nak bagi tahu, sekarang ini
adalah masanya untuk kamu kenal diri kamu
sendiri, kena kenal minat kerjaya, kena kenal
kebolehan dan juga personaliti diri kamu.

Pastinya kamu dah pernah mengambil Ujian
Psikometrik seperti Inventori Minat Kerjaya
(IMK), Inventori Tret Personaliti (ITP) dan
juga Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKP).

19

Tapi pernahkan kamu semua ambil peduli
dengan keputusan tersebut? Untuk
pengetahuan anak-anak pelajar, setiap
individu perlu mengenali diri mereka sendiri
bagi tujuan peningkatan dan pembangunan
diri.

Pentaksiran psikometrik IMK, ITP dan IKP
boleh memberi maklumat tentang
kebolehan, kekuatan, kelemahan, bakat,
sikap, potensi serta minat seseorang
terhadap kerjaya mereka.

Sebagai contoh, sekiranya cita-cita kamu
ingin menjadi seorang guru. Sekarang ini
kamu perlu jelas, kamu nak jadi guru subjek
apa?

20

Kamu nak jadi guru di sekolah rendah atau
guru di sekolah menengah? Kamu nak
sambung belajar bidang perguruan ini
selepas SPM ataupun STPM? Apa
kelayakan untuk menjadi seorang guru? Di
mana kah boleh saya sambung belajar
nanti?

Apabila sudah jelas semuanya, barulah
kamu boleh fokus pada pencapaian SPM
kamu. Tidaklah kamu tertanya-tanya… nak
pergi belajar ke mana selepas SPM nanti.

Kenapa tak bersedia dari awal, kalau
persediaan ini mampu memberi sesuatu
yang baik untuk kamu di kemudian hari.

21

Oleh itu, berjumpalah dengan Guru
Bimbingan dan Kaunseling kamu untuk
mengetahui lebih lanjut akan potensi kamu
semua. Apabila sudah kenal diri, kamu
tentunya akan nampak hala tuju kerjaya
kamu selepas SPM nanti.

“Orang yang mempunyai matlamat tahu ke mana arah
tuju kehidupan mereka”

22

BAB 5 : HAPUSKAN MENTAL BLOK

Kita adalah apa yang kita fikirkan! Hebatnya
kita adalah kerana hebatnya kuasa percaya
pada diri kita sendiri. Namun kebanyakan
kita masih ragu-ragu dengan potensi diri
masing-masing…

23

Sebabnya ialah, kita masih terperangkap
dengan pertimbangan-pertimbangan dan
ketakutan-ketakutan yang akhirnya menjadi
penghalang kepada kejayaan sebenar kita.

Bak kata sifu saya “ PE KE HA”… bahasa
orang Perak katanya.

PE = pertimbangan-pertimbangan
KE = ketakutan
HA = halangan

Allah jadikan manusia ini sebaik-baik
kejadian. Kamu adalah insan yang terpilih
daripada berjuta-juta sperma ayah kamu.
Kalau kamu tidak hebat berjuang ketika itu,
mana mungkin kamu dapat hidup di muka
bumi ini.

24

Allah ada berfirman dalam Surah At-Tiin,
ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya
benar Kami ciptakan manusia dengan
bentuk yang sebaik-baiknya.”

Setuju tak, jika cikgu katakan bahawa…
kamu yang merosakkan kehidupan kamu
sendiri dengan pertimbangan-pertimbangan
negatif tersebut.

Kamu leka dengan media sosial, kamu leka
dengan pengaruh rakan-rakan dan kamu
terhimpit dengan pengalaman masa lampau
kamu.

25

Anak-anak, percaya tak… kamu sebenarnya
terhalang oleh gambaran-gambaran minda
yang tidak elok (negatif) tentang diri kamu
sendiri, aku tak pandai lah, subjek
matematik susah lah, cikgu tak sayang aku
lah, kawan-kawan benci aku lah dan
bermacam-macam lagi “lah…” yang kamu
ciptakan sendiri.

Kamu juga seringkali menghadapi
pengalaman-pengalaman lampau seperti
keputusan akademik kamu yang dahulu,
aku budak kelas belakang, aku budak
biasa-biasa je, UPSR pun dapat satu A je.

26

Kamu kenal dengan Jack Ma? Seorang
jutawan dan usahawan teknologi paling
berjaya dan merupakan pengasas syarikat
e-dagang terbesar di dunia iaitu Alibaba
Group Holding Ltd.

Seperti insan lain yang berjaya, Jack Ma
juga pernah berhadapan dengan pelbagai
liku kehidupan selain masalah penolakan
sejak di bangku sekolah hinggalah ke alam
pekerjaan.

Tapi itu bukan alasan untuk dia berputus
asa, sebaliknya kegagalan beliau itulah
yang menjadi pencetus semangat untuk dia
bangkit menjadi insan yang hebat pada
masa kini.

27

Jack Ma pernah gagal tiga kali dalam
peperiksaan kemasukan ke universiti.
Namun, itu tidak menghalang dia untuk
mengenggam segulung Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang Bahasa Inggeris
beberapa tahun berikutnya.

28

Anak-anak pelajar SPM, halangan minda
yang seterusnya ialah… kebanyakan kamu
selalu memilih sumber dan rujukan yang
salah tentang kejayaan dalam hidup ini.

Carilah individu yang boleh menjadi sumber
inspirasi untuk meraih kejayaan, Nabi
Muhammad S.A.W adalah idola terbaik
untuk manusia di muka bumi ini.

Kamu juga boleh google dalam internet
tentang tips-tips kejayaan mereka yang
sudah berjaya dalam peperiksaan SPM
ataupun dalam hidup.

29

Cara terbaik, hubungi atau berjumpalah
dengan guru bimbingan kaunseling atau
guru-guru subjek di sekolah kamu yang
boleh memberikan bimbingan dan kata-kata
nasihat, bukannya menjadikan sahabat-
sahabat gamers atau tik-tok kamu sebagai
mentor.
“Antara sebab kenapa kita tidak berjaya
adalah kerana banyaknya alasan…”

30

BAB 6 : JAGA HUBUNGAN

Dalam menjalani kehidupan sebagai
seorang pelajar, perkara penting yang perlu
kamu jaga adalah hubungan kamu dengan
Allah dan juga hubungan kamu dengan
manusia.

31

Hubungan kita dengan Allah berkaitan
dengan melaksanakan rukun iman dan juga
rukun islam atau dengan kata lainnya
melaksanakan perintah Allah SWT iaitu
menghambakan diri kepada-Nya.

Manakala hubungan sesama manusia yang
paling utama adalah menjaga hubungan kita
dengan ibu dan ayah. “Ibu, ibu, ibu…” Itu
adalah jawapan baginda Rasulullah apabila
ditanya berkenaan siapakah yang patut kita
taati.

Kewajipan mengamalkan adab dengan ibu
bapa amatlah dituntut. Ibu bapa adalah
sumber keberkatan dalam hidup kita.

32

Sebagai anak kita hendaklah patuh dan
sentiasa mendengar nasihat mereka selagi
tidak melanggar syarak. Janganlah kita
berbalah dengan mereka, perbuatan
tersebut boleh mengguris hati ibu dan ayah
kita.

Seringkali kita melihat situasi rakan-rakan
yang melawan cakap guru, guru dikhianati
oleh rakan-rakan kita kerana dendam dan
juga kata-kata cemuhan menghina guru
selalu kita lihat di media-media sosial.

Islam mengajar kita supaya menghormati
guru sebagaimana kita menghormati ibu dan
bapa kerana mereka umpama pengganti
kedua orang tua kita ketika kita berada di
sekolah.

33

Namun sekiranya kita mengaibkan atau
memburuk-burukkan guru kita, sudah pasti
keberkatan dalam menuntut ilmu itu akan
hilang. Mungkin keberkatan itu tidak kita
sedari pada ketika ini, namun kesannya akan
dirasai pada masa akan datang.

Selain ibu bapa dan adik-beradik, orang
yang paling rapat dengan kamu adalah
rakan-rakan di sekolah. Jangan memburuk-
burukkan rakan kita di hadapan rakan-rakan
yang lain.

Jangan buka aib rakan, kelak Allah S.W.T
akan buka aib kita di akhirat kelak. Jangan
cemburu dengan kejayaan rakan-rakan.
Cemburu yang membuta tuli akan
menimbulkan perasaan hasad dengki.

34

Menjaga hubungan dengan rakan-rakan di
sekolah juga
tidak kurang
pentingnya.
Jika
hubungan
persahabatan
bertukar
menjadi

konflik atau permusuhan berkemungkinan
akan menyebabkan kamu mengalami
tekanan perasaan dan seterusnya memberi
kesan tidak boleh fokus pada pelajaran.
Akhirnya kamu juga yang akan rugi.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.” – (Al-Baqarah: 286)

35

BAB 7 : BELIEVE IT

Hidup adalah pilihan. Mahu berjaya atau
gagal, kamu yang menentukannya. Jika
kamu percaya bahawa kamu akan berjaya,
pastinya diri kamu akan bertindak ke arah
kejayaan yang kamu mahukan.

36

Namun jika sebaliknya pilihan kamu, maka
kegagalanlah yang akan kamu kecapi.

Anak-anak pelajar yang cikgu kasihi, walau
apa pun ujian dan kesusahan yang kamu
hadapi sepanjang perjalanan untuk
menghadapi peperiksaan SPM ini, kamu
mesti percaya bahawa pasti ada
kesenangan di akhirnya nanti inshaaAllah.

Jika kamu sendiri ragu-ragu dengan diri
kamu sendiri, kamu tidak bersangka baik
dengan Allah, kamu tidak bersabar dan
kamu tidak bersyukur dengan setiap perkara
yang berlaku.

37

Bagaimana kamu nak mengecapi kejayaan
dalam SPM nanti. Ubahlah cara kamu
melihat kehidupan dalam dunia norma
baharu ini. Bangkitlah anak-anak, walaupun
berkali-kali kamu diuji.

Seperti yang Cikgu Lenny beritahu pada
awal bab dalam ebook ini, gagal itu adalah
satu proses
untuk kamu
menempa
kejayaan
dalam
hidup.

38

Gagal sekali belum bererti kamu akan gagal
selama-lamanya. Thomas Edison, pencipta
lampu mentol juga pernah gagal lebih dari
1000 kali dalam eksperimennya mencipta
lampu mentol sebelum beliau berjumpa
dengan formula sebenar cara menyalakan
lampu mentol.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui
oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan.

Apa yang membezakan pelajar yang berjaya
dengan pelajar yang tidak berjaya adalah,
cara mereka melihat kegagalan itu sebagai
peluang untuk belajar dan berusaha
bersunguh - sungguh agar kegagalan
tersebut tidak akan diulangi lagi.

39

Katakan pada diri kamu anak-anak, “Aku
akan terus bangun, berdiri dan berlari…
kerana aku percaya aku bukan insan yang
biasa-biasa…”

“Orang biasa-biasa percaya selepas berjaya. Orang
luar biasa percaya sebelum berjaya.”

40

BAB 8 : BERFIKIRAN POSITIF

Orang yang berfikiran positif biasanya
memiliki semangat yang luar biasa dan tidak
mudah berputus asa untuk melangkah maju
ke hadapan dan mencipta kejayaan.
Sebagai seorang pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan SPM tidak berapa
lama lagi, pastinya kamu menghadapi
pelbagai halangan dan tekanan akibat Virus

41

Corona yang menyebabkan sukar untuk
kamu mengekalkan pemikiran positif ini.

Pertama sekali, penting untuk kamu
bersyukur dengan segala kebaikan dan
nikmat yang telah Allah berikan kepada
kamu.

Sebagai contoh, sehingga kini kamu masih
diberi kesihatan yang baik untuk
meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Kamu masih ada guru-guru yang setia
mendidik dan mengajar kamu untuk berjaya
dalam peperiksaan SPM walaupun
pembelajaran dijalankan secara dalam
talian.

42

Kedua, selalulah memandang sisi baik
dalam setiap situasi yang berlaku.
Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang
ditetapkan oleh kerajaan menyebabkan
kamu terpaksa belajar dari rumah, tak boleh

bertemu rakan - rakan dan juga guru - guru
di sekolah. Jangan sesekali kamu
kehilangan hilang ‘mood’ untuk menghadapi
peperiksaan SPM ini.

43

Ketiga, buanglah jauh-jauh perasaan negatif
yang sering mengganggu pemikiran positif
kamu itu. Jangan berputus asa dengan apa
yang berlaku sekarang ini.

Setiap sesuatu yang Allah buat itu pasti ada
hikmah disebaliknya. Walaupun kamu antara
individu yang termasuk dalam kumpulan
mereka yang mengambil masa agak lama
untuk menghabiskan zaman persekolahan.

Bila kamu bersabar dan positif dengan apa
yang berlaku pasti kamu mampu melawan
segala pemikiran negatif yang timbul dalam
diri kamu itu. Teruslah memandang ke
hadapan…

44

Elakkan dari terjebak dengan pengaruh
negatif rakan-rakan yang tidak mahu
meneruskan persekolahan kerana mahu
bekerja, mahu mendapat wang segera dan
sebagainya.

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab
perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat
tidak pernah akan selesai.”

45

BAB 9 : KELUAR DARI ZON SELESA

Sedar tak anak-anak semua, manusia ni
unik. Allah jadikan kita sebagai hamba-Nya
yang berbeza antara satu sama lain. Begitu
juga dengan potensi yang Allah hadirkan
dalam diri kita semua.

46

Penting untuk kamu sedar bahawa sudahkah
kamu menggunakan sepenuhnya potensi
yang kamu ada atau sekadar merasa selesa
dengan keadaan kamu sekarang ini.

Bercerita tentang potensi ini, cikgu teringat
kisah Helang yang diceritakan oleh Bapak
Parlindungan Marpaung dalam buku beliau
bertajuk Hidup Ini Pilihan.

Pada usia 40 tahun, Helang dilanda dilema,
samada untuk kekal hidup atau berserah
untuk mati kerana pada usia tersebut paruh
Helang mula membengkok hingga ke
dadanya menyebabkan Helang susah untuk
makan.

47

Kuku kakinya juga semakin panjang dan
tidak kuat untuk menangkap mangsanya.
Bulu sayap Helang semakin menebal dan
rosak menyebabkan Helang tidak mampu
terbang pantas lagi.

Jika helang merasa selesa dengan keadaan
tersebut, maka usia Helang mungkin akan
sampai sehingga 70 tahun sahaja. Namun,
Helang ingin hidup lebih lama lagi, Helang
ingin jadi Helang yang hebat di muka bumi
ini.

Maka, Helangpun menjalani proses
transformasi selama 150 hari. Helang
terbang hingga ke puncak gunung untuk
bertapa.

48

Semasa di puncak gunung, Helang
mematuk-matukkan paruhnya pada batu
sehingga patah.

Apabila paruhnya sudah mulai tumbuh,
Helang mula mencabut kuku kakinya yang
panjang menggunakan paruh yang baharu
itu.

Kemudian, setelah selesai mencabut semua
kuku, Helang pun mencabut pula bulu di
badannya satu persatu. Proses yang dilalui
oleh Sang Helang ini amat menyakitkan.

49


Click to View FlipBook Version