Helang terus bertahan tanpa makan dan
minum selama 150 hari tersebut kerana
Helang ingin menjadi burung yang lebih
hebat dari sebelum ini.
Apabila 150 hari berlalu, Helang mempunyai
paruh yang baharu serta kuku kaki dan bulu
yang sempurna untuk Helang terbang lebih
tinggi. Transformasi yang berlaku ini
menyebabkan Helang mampu hidup lebih
lama sehingga 30 tahun lagi.
Apa yang kamu oleh belajar dari kisah Sang
Helang ini anak-anak? Untuk menjadi insan
yang berjaya dan hebat, kamu perlu keluar
dari zon yang selesa.
50
Kamu perlu berubah, untuk berubah kamu
perlu melalui fasa-fasa yang menyakitkan
seperti yang dilalui oleh Helang tadi.
Anak-anak pelajar yang cikgu kasihi, adalah
sangat penting untuk kamu kenal diri kamu
sendiri, agar kamu dapat memanfaatkan
segala kelebihan atau potensi yang ada
pada diri kamu supaya kamu dapat
mengatasi batas-batas keupayaan diri kamu
dengan berubah (keluar dari zon selesa)
demi mencapai kejayaan yang kamu
inginkan dalam hidup ini.
“Seseorang yang luar biasa itu sederhana dalam
ucapannya tetapi hebat dalam tindakannya”.
51
BAB 10 : JADILAH SEPERTI NAKHODA
Anak-anak calon SPM, sesungguhnya
kekuatan itu sudah ada dalam diri kamu,
hanya menunggu untuk dicorakkan sahaja.
Untuk mencapai kejayaan yang cemerlang
kamu perlulah berusaha dan mengharungi
ombak yang besar dalam kehidupan ini.
52
“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”. Sesuatu kejayaan itu tidak
akan dicapai tanpa usaha. Usaha yang
dilakukan itu pula perlulah sehabis baik dan
dilaksanakan dengan penuh kesungguhan.
Apa yang boleh kamu lakukan untuk
membantu diri kamu menjadi insan yang
berjaya dalam hidup ini? Jadilah seperti
nakhoda yang berperanan mengawal dan
mengemudi sesebuah kapal.
Seseorang yang dipilih menjadi Nakhoda
semestinya mahir dalam ilmu pelayaran.
Mereka juga sangat arif dengan arah laluan
terbaik untuk belayar.
53
Begitu juga sebagai seorang calon SPM,
kamu mesti jelas dengan peranan kamu
sebagai seorang pelajar yang akan
mengambil peperiksaan.
Kamu perlu sedar bahawa kamu ada
tanggungjawab penting yang perlu digalas,
maka kamu tidak akan sia-siakan masa dan
peluang yang kamu ada sekarang ini.
Segala kemahiran belajar yang kamu ketahui
perlulah dikuasai dengan semaksimum yang
mungkin agar kamu dapat mengurus dan
menghadapi peperiksaan SPM dengan baik
dan seterusnya mampu memilih hala tuju
yang sesuai selepas tamat SPM nanti.
54
Mempunyai matlamat boleh membantu
kamu untuk mengurus kehidupan dengan
lebih baik, mengurangkan tekanan serta
membantu kamu untuk mengekalkan
momentum pelayaran yang telah ditetapkan.
Masalah dan rintangan pasti berlaku dalam
pelayaran menuju destinasi kejayaan ini.
55
Terpulanglah kepada kamu bagaimana
untuk mengatasinya samada menyerah
kalah atau kuatkan azam untuk terus
berjaya.
“Aku adalah tuan bagi takdirku. Aku adalah
nakhoda bagi jiwaku” – Nelson Mandela
56
PENUTUP
Anak-anak yang cikgu kasihi, jalanilah hidup
secara harmoni dengan wabak ini. Covid-19
adalah makhluk yang Allah cipta sebagai
peringatan kepada kita hamba-Nya yang
beriman. Kita tidak akan menang dalam
peperangan ini. Berdamailah kita dengan
Corona Virus ini. Hidup perlu diteruskan,
peluang yang kita ada jangan di sia-siakan.
Bukan kita sahaja, malah seluruh dunia
mengalaminya kesan pandemik ini. “We
have to stay with it…” Setiap apa yang berlaku
ada hikmahnya yang tersembunyi. Teruslah
melangkah, hadapi hidup ini dengan tabah.
Semoga kejayaan milik kamu semua…
57