The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ruslan M, 2019-02-27 08:54:42

BSTEM 2017 SRT

17 BSTEM 2017 SRT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIRI BAHAN SUMBER

SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING
DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
SAINS RUMAH TANGGA



SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (STEM)

BSTEM
SAINS RUMAH TANGGA

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2018

Terbitan Jun 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa
jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blk E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

CIP/ISBN

ISBN 978-967-420-401-3

KANDUNGAN v
vii
Rukun Negara ix
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Kata Aluan 3
Pendahuluan
Panduan Pelaksanaan BSTEM 7
12
Contoh PdP 1 - Inovasi Pengurusan Pakaian Terpakai 14
16
Pengenalan
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 23
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 25
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 27
29
Lampiran bagi Contoh PdP 1 31
33
A-1 Ujian Pra 35
B-1 Ujian Pasca 37
C-1 Lembaran Kerja Murid 39
D-1 Hasil Ujikaji Pembakaran Fabrik 41
E-1 Lakaran Projek
F-1 Pengiraan Kos dan Pembentangan 45
G-1 Borang Penilaian untuk prototaip dan pembentangan murid
H-1 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri
I -1 Exit Card
J-1 Aktiviti murid mengikut langkah

Rujukan 1

Contoh PdP 2 – NObes 48
53
Pengenalan 55
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 57
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 65
66
Lampiran Contoh PdP 2 67
A-2 Ujian Pra 70
B-2 Ujian Pasca
C-2 Lembaran Kerja Murid 71
D-2 Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI) dan Pengiraan Nilai 72
74
Tenaga Makanan 76
E-2 Borang Rekod Hasil Ujikaji Nutrien (Lemak) 78
F-2 Lakaran Projek 76
G-2 Pengiraan Kos dan Pembentangan 80
H-2 Borang Penilaian Lakaran Idea dan Pembentangan
I -2 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Kendiri 82
J-2 Exit Card

Rujukan 2

Penghargaan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan konsep-konsep berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan sebuah
buku yang menjadi panduan dan contoh kepada guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah.
STEM merupakan akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering
(Kejuruteraan) dan Matematik adalah bidang pengajian yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni
dalam disiplin ilmu yang berkaitan.

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 dan transformasi kurikulum yang melibatkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), STEM
sewajarnya diberi perhatian dan penekanan. Pembelajaran STEM diperkukuhkan
dengan aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Contoh aktiviti STEM dengan ciri-ciri tersebut telah dibangunkan dan dikumpulkan di
dalam buku ini. Buku ini mengandungi contoh aktiviti STEM yang melibatkan mata
pelajaran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang
dicadangkan dalam buku ini adalah bersifat situasi sebenar yang mungkin pernah
dialami sendiri oleh murid. Saya percaya aktiviti yang melibatkan pengalaman murid
seperti ini adalah lebih menyeronokkan, menarik minat, meyakinkan dan merangsang
daya fikir mereka. Aktiviti seperti ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bidang STEM di
sekolah.

Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat. Semoga buku
ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal insan
yang menjadi aspirasi negara.

Sekian, terima kasih.

SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan
minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang
ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Melalui inisiatif ini KPM berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan
berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat
tertiari. Pelaksanaan pendekatan STEM berhasrat melahirkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta membudayakan amalan
STEM.

Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah

membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali

sebagai Siri Bahan Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik

(BSTEM). Bahan sumber ini merupakan lanjutan kepada Buku Panduan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM yang telah dibangunkan

sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP STEM di sekolah. Siri

BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017

BSTEM 2016 BSTEM 2017

Biologi Pengajian Pengajian Pengajian
(Sek. Men.) Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Kejuruteraan Elektrik

Fizik (Sek. Men.) Mekanikal dan Elektronik
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Grafik Komunikasi
Kimia Teknikal Reka Bentuk dan Sains Rumah Tangga
(Sek. Men.) Teknologi (Sek. Men.)
Matematik (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Tambahan
(Sek. Men.) Sains Sukan Asas Sains Komputer Sains Tambahan
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Reka Cipta
(Sek. Men.) Matematik Sains Pertanian
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)

Asas Kelestarian Sains Matematik
(Sek. Men.) (Sek. Ren.) (Sek. Ren.)

Sains Komputer Reka Bentuk dan Pembelajaran -
(Sek. Men.) Teknologi Bersepadu
(Sek. Ren.)
(Pra Sekolah)

1

Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti
untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan
strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi
peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM
yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan
murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir
berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.
BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi
tajuk lain dalam mata pelajaran ini.

2

PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang
melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk
menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam
sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka
persekitaran melalui inkuiri serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
dunia sebenar dalam usaha membudayakan amalan STEM. Sehubungan itu,
Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan adalah untuk membudayakan amalan
STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang
menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM ini mengandungi
dua contoh PdP untuk mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT). Contoh PdP
ini diharap dapat menjadi panduan kepada guru untuk membina lebih banyak
aktiviti PdP STEM berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai.
Secara umumnya, setiap contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

 Pengenalan
 Komponen Pengajaran dan Pembelajaran
 Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca
 Lembaran Kerja Murid
 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri
 Exit Card
 Aktiviti murid mengikut fasa langkah

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang
disediakan. Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian prototaip,
penilaian pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian
pasca serta Exit Card sebagai refleksi PdP.

PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang
disyorkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik dalam PdP 1. Urutan langkah asas aktiviti PdP STEM yang perlu
dilalui oleh murid adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.

3

1 Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenal
pasti masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar.

Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai
2 sumber termasuk melalui internet, media cetak dan

sebagainya.

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan
dalam bentuk inkuiri.

Murid mengumpulkan data, menganalisis dan

4 mempersembahkan supaya boleh difahami/
digunakan oleh orang lain.

Murid menunjukkan pemahaman dengan
menggunakan perkataan mereka sendiri tentang
sesuatu fenomena atau pemerhatian, perwakilan
5 secara grafik atau formula yang boleh diterima.
Murid mereka cipta dengan mengulangi proses
untuk menambahbaik prototaip (termasuk kaedah)
secara sistematik.

Murid membentangkan prototaip disokong dengan
6 justifikasi data, manakala rakan lain diberi peluang

untuk berkomunikasi dan memberikan pendapat.

Murid menambah baik prototaip bagi menyelesaikan
7 masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

1 Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran
dan Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

4

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM
dengan lebih sistematik. Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah
yang harus guru ikuti bagi merancang dan mengurus perjalanan PdP supaya
menjadi lebih berkesan. Langkah-langkah umum untuk melaksanakan PdP
STEM bagi setiap fasa dinyatakan seperti dalam Rajah Rajah 2.

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan
SEBELUM pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai
bagi tujuan di atas.
FASA
SEMASA 3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi
PdP PdP.

FASA 4. Menyediakan bahan (softcopy dan hardcopy) dan
SELEPAS peralatan yang diperlukan serta mencari tempat dan
tarikh yang sesuai bagi PdP ini.
PdP
5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi/ masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid.

7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis
panduan kepada murid melaksanakan tugasan ini.

8. Menggalakan murid menjana idea semasa
perbincangan kumpulan dalam proses penyelesaian
masalah/ melengkapkan tugasan (dengan soalan-
soalan yang telah disediakan guru semasa Fasa
Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai prototaip/ pencapaian
murid.

10. Mentadbir Ujian Pasca.

11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
dilaksanakan.

12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.

Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan
berkesan serta memberi peluang dan galakan kepada murid untuk memperolehi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.

5



CONTOH PdP 1

INOVASI
PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI

PRODUK
INOVASI



PENGENALAN

Aktiviti mereka bentuk idea dan inovasi untuk menghasilkan produk daripada
pakaian terpakai boleh dilaksanakan semasa murid mempelajari Standard
Kandungan 3.1 Pemilihan Pakaian dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Sains Rumah Tangga Tingkatan 4. PdP STEM di dalam
aktiviti ini menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dan
berasaskan inkuiri. Murid didedahkan dengan isu alam sekitar iaitu lambakan
pakaian terpakai dan mereka ditugaskan untuk mencari, meneroka serta
mencadangkan cara atau kaedah bagi mengatasinya. Aktiviti ini menggalakkan
murid menghasilkan prototaip daripada pakaian terpakai yang boleh digunakan
dalam kehidupan harian mereka dan yang mungkin juga berpotensi untuk
dikomersialkan.

Pengetahuan dan kemahiran asas mereka bentuk produk telah dipelajari murid di
dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) semasa di Tahap 2
sekolah rendah dan di peringkat menengah rendah. Melalui aktiviti dalam mata
pelajaran SRT ini, murid boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
untuk mereka bentuk lakaran produk yang baharu berdasarkan ciri-ciri fabrik
pakaian terpakai yang telah dikaji semasa proses PdP. Di samping itu, murid juga
akan diterapkan dengan kesedaran mengenai kepentingan menjaga persekitaran
yang bersih serta nilai menghargai alam sekitar dengan menyertai sesi
perbincangan mengenai kesan dan akibat jika mereka gagal menangani isu yang
dibangkitkan.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini mencakupi standard pembelajaran mengenai
jenis gentian fabrik serta sumbernya. Sehubungan itu, guru perlu merancang dan
membuat persediaan bahan dan peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan
rangsangan, serta kos yang diperlukan untuk menjayakan aktiviti tersebut. Guru
juga perlu menggalakkan murid untuk menghasilkan prototaip atau produk yang
mesra pengguna serta mesra alam, kos yang minima dan boleh dikomersialkan.
Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 9 jam bersemuka bergantung
kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk disesuaikan dengan situasi sekolah,
murid dan faktor-faktor lain.

7

Guru perlu merancang bilangan sesi PdP berdasarkan peruntukan masa yang
ditetapkan. Cadangan aktiviti sebelum, semasa dan selepas PdP melibatkan 3
sesi pembelajaran mengikut agihan jam dinyatakan seperti berikut:

SESI 1: (3 Jam PdP)

Sebelum PdP  Menyediakan senario/ situasi/ masalah yang sesuai.
 Menentukan strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang hendak diajar.
 Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid terhadap

situasi yang dikemukakan
 Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan akhbar, majalah,

artikel, klip video atau imej yang berkaitan tentang inovasi daripada
pakaian terpakai dan kelestarian alam sekitar.
(Kata kunci: kelestarian alam)
 Memperbanyakkan helaian Ujian Pra dan Ujian Pasca, lembaran kerja
murid, serta helaian penilaian rubrik untuk guru dan murid.
 Menyediakan bahan dan alat radas yang diperlukan bagi
melaksanakan projek ini.
 Menetapkan tarikh yang sesuai bagi melaksanakan PdP STEM ini.
 Membentuk kumpulan kecil murid secara undian. Murid menamakan
kumpulan masing-masing.
 Mengarahkan murid meneroka dan mencari maklumat melalui
pelbagai sumber berkaitan pengurusan pakaian terpakai.
 Memaklumkan murid untuk membawa pakaian yang tidak dipakai lagi
pada tarikh yang guru tentukan.

Semasa PdP  Mentadbir Ujian Pra ke atas murid.
 Menayangkan klip video tentang lambakan/ pengurusan pakaian

terpakai sebagai set induksi bagi mencetus minda murid.
 Menyoal murid tentang situasi dan isu yang dipaparkan bertujuan

untuk mengenal pasti masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar.
 Mengemukakan senario/ situasi/ masalah untuk tugasan murid.
 Mengedarkan lembaran arahan kerja sebagai panduan melaksanakan

tugasan yang diberi.
 Menyelia aktiviti murid mengumpulkan dan menganalisis maklumat

yang diperolehi daripada pelbagai sumber.
 Menjadi fasilitator semasa murid membuat pembentangan
 Memantau Ujian Pembakaran Fabrik bagi menguji jenis fabrik yang

dibawa murid.
 Membimbing murid menjana idea dan mereka bentuk berbagai

lakaran produk yang kreatif atau inovatif, yang boleh dihasilkan
berdasarkan jenis fabrik yang dipilih.

8

Semasa PdP  Memantau perbincangan kumpulan murid dalam proses
mencapai kata sepakat bagi memilih lakaran idea yang terbaik
untuk dilengkapkan secara terperinci.

 Memberi respons dan menilai pencapaian murid.
 Membimbing murid mengenal pasti bahan dan keperluan untuk

menghasilkan produk prototaip yang boleh dikomersialkan
daripada pakaian terpakai.

Selepas PdP  Mengedarkan Exit Card 1 untuk dilengkapkan oleh murid.
 Membuat penilaian prototaip inovasi daripada lakaran idea reka
Semasa
PdPSemasa bentuk yang telah disediakan oleh murid.
PdPSelepas  Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan dan
Pd
penambahbaikan untuk PdP seterusnya.
Sebelum PdP
SESI 2: (3 Jam PdP)

 Menyedia dan memastikan bahan dan peralatan yang diperlukan
oleh murid mencukupi untuk membina prototaip berdasarkan
lakaran idea mereka.

Semasa PdP  Memantau murid merancang dan mengagihkan tugas dalam
kalangan ahli kumpulan.
Semasa
PdPSemasa  Membimbing murid mengukur, mendraf pola dan membina
PdP prototaip berdasarkan lakaran yang telah dipersetujui oleh ahli
kumpulan.

 Memantau murid menyediakan prototaip dengan mengamalkan
langkah keselamatan dan menjaga kebersihan.

 Menilai murid dari aspek amalan nilai STEM dan nilai murni.
 Mengingatkan murid untuk membuat catatan pelaksanaan

projek bagi tujuan menyediakan laporan.
 Membimbing murid membuat pengiraan kos menghasilkan

seunit prototaip

Selepas PdP  Memantau murid menguji prototaip dari aspek:
- Menepati fungsinya
- Estetika
- Keselamatan
- Nilai komersial
- Berkesan dalam menyelesaikan masalah

 Membimbing murid mengumpul data dan menyediakan laporan
pembentangan prototaip Inovasi Pengurusan Pakaian Terpakai
dalam bentuk laporan bertulis, persembahan power point, video
atau sebarang bentuk mengikut kreativiti masing-masing.

 Mengedarkan Exit Card 2 untuk dilengkapkan oleh murid.
 Membuat refleksi terhadap PdP yang telah dilaksanakan.
 Menambah baik rancangan PdP ini bagi sesi yang berikutnya.

9

SESI 3: (3 Jam PdP)

Sebelum PdP  Menyediakan peralatan seperti kertas sebak, komputer riba,
projektor LCD (Liquid-Crystal Display) dan keperluan untuk
pembentangan lakaran idea dan hasil prototaip bagi Projek
Inovasi Pengurusan Pakaian Terpakai oleh murid. Murid
digalakkan untuk membuat pembentangan menggunakan power
point.

Semasa PdP  Menjadi fasilitator sesi pembentangan laporan dalam
menghasilkan lakaran idea serta prototaip bagi Projek Inovasi
Semasa Pengurusan Pakaian Terpakai.
PdPSemasa
PdP  Menggalakkan murid berkomunikasi dengan memberi pendapat
dan kritikan berhemah.

 Memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi saintifik
bagi penambahbaikan.

 Mengarahkan murid menambah baik prototaip berdasarkan
komen yang dikemukakan bertujuan untuk menjadi kaedah
penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan.

 Mentadbir ujian pasca.
 Membuat penilaian menggunakan borang penilaian prototaip dan

pembentangan murid.
 Murid mengisikan borang penilaian rakan sebaya dan penilaian

kendiri.
 Mengarahkan murid menyediakan laporan projek yang lengkap

dan perlu dihantar kepada guru dalam tempoh satu minggu.

Selepas PdP  Mengumpul semua prototaip murid.
 Mengedarkan Exit Card 3 untuk dilengkapkan oleh murid.
Semasa  Membuat refleksi PdP yang telah dilaksanakan.
PdPSemasa  Menyemak laporan murid yang telah diterima. Menyimpan
PdPSelepas
PdSee beberapa hasil kerja yang baik sebagai bahan contoh untuk
pameran semasa Minggu Sains dan Matematik atau Hari
Kokurikulum.

10

Sepanjang proses PdP, guru perlu menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam supaya PdP tersebut menjadi lebih bermakna. Pengalaman
pembelajaran murid bagi menghasilkan lakaran idea dan prototaip Projek Inovasi
Pengurusan Pakaian Terpakai seperti yang dinyatakan dalam setiap sesi PdP
bersemuka selama 9 jam, dirumuskan dalam Carta 1.

1. MENGENAL PASTI MASALAH
2. MENGUMPUL MAKLUMAT

SESI 1 3. MENJANA IDEA KREATIF DALAM REKA BENTUK
BEBERAPA LAKARAN

4. MEMILIH LAKARAN REKA BENTUK TERBAIK

SESI 2 5. MENGENAL PASTI BAHAN DAN PERALATAN UNTUK
MEMBINA PROTOTAIP

6. i. MEMBINA PROTOTAIP BERDASARKAN
LAKARAN TERBAIK

6. ii. MENGUJI KEBERKESANAN PROTOTAIP

TIDAK PROSES
PENAMBAH
BERJAYA
BAIKAN

YA

SESI 3 7. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK
MEMBERI KOMEN DAN SOAL JAWAB

8. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Carta 1: Aliran Pelaksanaan Aktiviti Murid Menghasilkan Prototaip Inovasi
Pengurusan Pakaian Terpakai.

11

KOMPONEN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai
STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat
dan alam sekitar. Penguasaan Kemahiran Abad ke-21 diberi penekanan melalui
PdP STEM dengan hasrat dapat melahirkan murid yang berupaya bersaing di
peringkat global. Manakala komponen Pengintegrasian STEM bertujuan supaya
pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid akan berlaku secara
berterusan. Bahan sumber PdP juga perlu dirancang dan disediakan oleh guru bagi
memastikan objektif pembelajaran dicapai.

Konteks:
/ Kehidupan Harian

/ Alam Sekitar

/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad ke-21:
/ Kreativiti dan Inovasi
/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
/ Komunikasi dan Kolaborasi
/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya
/ Nilai dan Etika
/ Bersifat Ingin Tahu

Pengintegrasian STEM:

Sains: Menjalankan Ujikaji Pembakaran Sampel Fabrik

Teknologi: Penggunaan Mesin Jahit Elektronik, peralatan TMK

Kejuruteraan: Mereka Bentuk Prototaip

Matematik: 1. Mendimensi Lakaran Prototaip
2. Mendraf Pola Prototaip
3. Pengiraan Kos Projek

12

Bahan Sumber:

Alat, Bahan 1. Pakaian terpakai
dan Radas 2. Lilin/ Penunu Bunsen
yang 3. Penyepit
diperlukan: 4. Pemetik api
5. Mangkuk penyejat
6. Alatan mendraf
7. Alatan menjahit
8. Mesin Jahit
9. Kertas A4
10. Alat tulis
11. Gam

Sumber 1. Blog dan laman web, klip video
yang 2. Persembahan Powerpoint berkaitan jenis gentian, ciri-ciri
disediakan
oleh guru: dan contoh fabrik
3. Contoh Kepingan/Helaian/ Potongan Fabrik
4. Lampiran A-1: Ujian Pra
5. Lampiran B-1: Ujian Pasca
6. Lampiran C-1: Lembaran Kerja Murid
7. Lampiran D-1: Hasil Uji Kaji Pembakaran Fabrik
8. Lampiran E-1: Lakaran Projek
9. Lampiran F-1: Pengiraan Kos dan Pembentangan
10.Lampiran G-1: Borang Penilaian untuk Prototaip dan

Pembentangan
11. Lampiran H-1: Borang Penilaian Rakan Sebaya dan

Penilaian Kendiri
12. Lampiran I -1: Exit Card
13. Lampiran J-1: Aktiviti Murid Mengikut langkah

13

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rancangan PdP mengandungi maklumat utama tentang persediaan untuk
melaksanakan BSTEM supaya lebih jelas dan tersusun. Antara maklumat penting
yang perlu dinyatakan ialah senario tentang isu atau masalah yang akan diatasi,
serta pernyataan mengenai pengetahuan, kemahiran, nilai dan pengalaman yang
murid akan perolehi setelah melalui aktiviti yang dirancang mengikut peruntukan
masa yang ditetapkan. Contoh Rancangan PdP projek BSTEM SRT adalah seperti
dalam Jadual 1.

Jadual 1: Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Tingkatan: 4 Anggerik
Sains Rumah Tangga
Mata Pelajaran:
3.0 Pakaian dan Jahitan
Tajuk Modul:
Standard 3.1 Pemilihan Pakaian
Kandungan:
3.1.4 Menjalankan ujikaji fabrik mengikut prosedur ujian
Standard pembakaran sampel fabrik.
Pembelajaran:
3.1.6 Menganalisis hasil ujian pembakaran sampel fabrik.

Kemahiran: Inovasi dalam menghasilkan Prototaip daripada Pakaian
Terpakai

Tempoh (waktu): 9 Jam (3 + 3 + 3)

Ringkasan Aktiviti: Senario:

Kempen Kitar Semula telah dilaksanakan di negara kita
bertujuan untuk mengingatkan dan menggalakkan rakyat
supaya bersama-sama memelihara kebersihan,
kesejahteraan dan kelestarian alam sekitar. Secara tidak
langsung ia juga dapat mengurangkan kos pelupusan
sisa pepejal. Namun apa yang dihasratkan oleh kempen
ini masih belum sepenuhnya menjadi amalan budaya
masyarakat Malaysia.

14

Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), merupakan
sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
memainkan peranan penting bagi mewujudkan
kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar
semula dan kaitannya dengan alam. Pihak PASS
menerima pelbagai barangan untuk dikitar semula.
Antara barangan yang paling banyak diterima adalah
pakaian terpakai.

Sebagai seorang usahawan anda diminta untuk
menghasilkan pelbagai produk inovasi menggunakan
pakaian terpakai tersebut. Sebelum produk inovasi
boleh dikomersialkan, anda perlu menyediakan
prototaip yang ada nilai pasaran. Anda juga perlu
menganalisis ciri fabrik pakaian terpakai bagi
menentukan produk yang sesuai dihasilkan dari fabrik
berkenaan.

Apa pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai
kemahiran dan nilai
yang murid perolehi  Mengenal pasti masalah dunia sebenar iaitu isu
setelah melalui lambakan pakaian terpakai.
aktiviti ini?
 Menghubungkaitkan masalah pengurusan pakaian
terpakai dengan kelestarian alam.

 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
saintifik dalam menyelesaikan masalah.

 Melahirkan sikap tanggungjawab dan bekerjasama
dalam kumpulan.

Apa pengalaman Pengalaman baru murid
baharu murid
setelah melalui  Peningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam
aktiviti ini? mereka bentuk dan melakar idea inovasi untuk
menguruskan pakaian terpakai.

 Membuat prototaip berdasarkan lakaran idea
inovasi yang boleh dikormesialkan.

 Peranan melaksanakan tanggungjawab sosial.
 Mengetahui pelbagai jenis dan ciri fabrik.
 Mengetahui bidang keusahawanan berkaitan

bidang fabrik yang yang boleh diceburi.
 Nilai menghargai alam sekitar.

15

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktiviti PdP disediakan dengan merujuk kepada objektif yang hendak dicapai pada sesi
tersebut. Objektif yang dinyatakan perlu memenuhi ciri PdP STEM dan boleh dicapai
melalui aktiviti murid yang dirancang oleh guru. Strategi PdP guru yang menggunakan
Pendekatan STEM adalah dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai
melalui inkuiri, penyelesaian masalah atau projek.

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif

Sesi 1 (3 Jam)

1. Mengukur Menduduki ujian Memberi ujian pra Mengaplikasi Ujian Pra
pembelajaran. pengetahuan
pengetahuan pra pembelajaran. dan (Lampiran A-1)
pemahaman
sedia ada murid kandungan
mata pelajaran
dalam isu ini. dengan isu
alam sekitar.

Penglibatan
(Engagement)

2. Membuat  Menonton dan  Menayangkan Meningkatkan Mengguna-
kepekaan kan buku nota
pemerhatian mencatatkan klip video tentang terhadap isu untuk
dan masalah mencatat
dan mengaitkan fakta/ meneliti isu isu lambakan dunia sebenar pemerhatian
dan
pengetahuan, atau masalah pakaian terpakai. Mengemuka- permasalahan
kan soalan dan atau isu yang
kemahiran dan yang dipaparkan  Menyoal murid mendefinisi- diramalkan.
nilai sedia ada dalam tayangan tentang kan masalah
dengan isu klip video permasalahan
sebenar. berkaitan isu pengurusan
lambakan pakaian terpakai.
pakaian terpakai.

3. Berkomunikasi  Sumbangsaran Soalan:
secara jelas tentang isu/ a. Apa?
dan berhemah. masalah yang b. Siapa?
dibangkitkan. c. Di mana?
d. Kenapa?
e. Bagaimana?

 Mengedarkan
lembaran arahan
kerja sebagai
garis panduan
melaksanakan
tugasan yang
diberi.

16

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
Penerokaan
(Exploration)

4. Meneroka dan  Bersoal jawab  Memberikan satu Mengemuka- Lembaran Kerja
mencari dan berbincang senario berkaitan
maklumat untuk sambil dengan kan soalan dan Murid
mengenal pasti menyenaraikan pernyataan
masalah fakta yang masalah. mendefinisikan (Lampiran C-1)
berkaitan diketahui,
pengurusan ingin ketahui dan  Mengarahkan masalah
pakaian akan ketahui murid (dalam
terpakai dan berkaitan kumpulan) Kajian dalam
usaha pemasalahan mengenal pasti bentuk inkuiri
mengatasinya. pengurusan fakta-fakta yang dan
pakaian terpakai, berkaitan dengan penerokaan
serta cara pengurusan terbuka
mengatasinya. pakaian terpakai,
usaha dan Merancang dan
 Mengagihkan cadangan untuk menjalankan
tugas dalam mengatasi kajian
kalangan ahli masalah tersebut.
kumpulan Mencari dan
 Memantau dan mengumpul
 Mendapatkan membimbing maklumat
maklumat murid mencari berkaitan
daripada pelbagai maklumat, soalan/
sumber seperti sumber dan masalah
internet dan bahan yang
media cetak. diperlukan. Amalan kerja
sepasukan
 Bekerja dan  Menegaskan yang produktif
berkomunikasi amalan nilai
secara berkesan STEM dalam
dalam kumpulan kalangan murid

Penghuraian
(Explaination)

5. Mengumpul  Mengumpulkan  Menyelia aktiviti Menganalisis
dan Meneliti, murid dan
menganalisis menganalisis dan mengumpulkan menginterpre-
maklumat yang membincangkan dan menganalisis tasi data
diperolehi data dan maklumat yang
daripada maklumat yang diperolehi Amalan kerja
pelbagai diperolehi. daripada pelbagai sepasukan
sumber. sumber. yang produktif
 Mempersembah-
kan maklumat  Menjadi fasilitator
supaya boleh semasa murid
difahami/ membuat
digunakan oleh pembentangan.
orang lain.

17

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif
Penerokaan
(Explore)

6. Menjalankan  Merancang dan  Mengedarkan  Merancang Lembaran
uji kaji fabrik menjalankan lembaran kerja dan Kerja Murid
mengikut eksperimen ujikaji fabrik menjalankan
prosedur Ujian kepada murid. uij kaji (Lampiran D-1)
Ujian Pembakaran
Pembakaran Fabrik. dalam bentuk

inkuiri.

 Memantau Ujian

Fabrik.  Berbincang dan Pembakaran  Menganalisis

7. Menganalisis menyenaraikan Fabrik bagi dan
ujian fakta yang menguji jenis menginter-
pembakaran mereka sudah fabrik yang pretasi data
ke atas fabrik ketahui, ingin dibawa murid.
terpakai.  Amalan kerja
ketahui dan akan

ketahui berkaitan  Menegaskan

jenis dan amalan nilai sepasukan

kegunaan fabrik STEM dalam

melalui ujian yang

pembakaran. kalangan murid produktif

8. Mengklasifi-

kasi fabrik  Merumus dan

mengikut ciri- membuat
cirinya. kesimpulan hasil
uji kaji.

Pengembangan
(Expansion)

9. Mereka cipta  Mendengar  Menayangkan  Membina Lakaran
pelbagai penyelesaian Projek
lakaran idea penerangan guru. slaid proses dan mereka
untuk bentuk (Lampiran E-1)
menghasilkan  Mereka cipta mereka bentuk penyelesaian
prototaip berbagai lakaran sesuatu produk.
dengan  Mengaplikasi
mengulangi produk yang  Mengedarkan kemahiran
proses bagi kreatif atau borang-borang proses
menambahbaik inovatif, yang yang berkaitan Mereka
prototaip boleh dihasilkan bentuk.
(termasuk
kaedah) secara berdasarkan jenis  Membimbing  Amalan kerja
sistematik berpasukan
fabrik yang dipilih. murid menjana yang
produktif
 Berbincang idea dan mereka
dalam kumpulan bentuk berbagai
untuk memilih lakaran produk.

lakaran idea yang  Memantau

terbaik dan perbincangan

dilengkapkan kumpulan murid.

secara terperinci.

 Melengkapkan  Mengedarkan
Exit Card 1 untuk
Exit Card 1 dilengkapkan

oleh murid.

18

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif

Sesi 2 (3 Jam)

Penghuraian
(Explaination)

10. Menyediakan  Menambahbaik  Mengedarkan  Mengaplikasi Lakaran
lakaran idea lakaran yang borang-borang pemahaman Projek
yang lengkap terpilih (berskala yang berkaitan. kandungan,
dan dilabel dan berlabel) di kemahiran dan (Lampiran E-1)
untuk Lampiran E,  Memantau nilai STEM.
membuat melalui perbincangan
prototaip dari perbincangan kumpulan  Mengaplikasi
pakaian secara kritikal dan murid. kemahiran
terpakai. analitikal. proses
Mereka
 Memberi justifikasi bentuk.
pemilihan terbaik
dengan  Memberi
menerangkan ciri- pelbagai
ciri fabrik dan jawapan/
melengkapkan penyelesaian
jadual di Lampiran kreatif beserta
E. justifikasi

11. Menyediakan  Mengukur,  Menyediakan  Mengaplikasi Pengiraan
prototaip dari mendraf pola dan alatan dan pemahaman Kos dan
pakaian membina prototaip bahan yang kandungan,
terpakai berdasarkan diperlukan kemahiran dan Pembentangan
lakaran yang telah untuk membuat nilai STEM.
dipersetujui oleh prototaip. (Lampiran F-1)
ahli kumpulan.
 Memantau
 Bekerja dan murid
berkomunikasi merancang dan
secara berkesan mengagihkan
dalam kumpulan. tugas dalam
kalangan ahli
 Mengamalkan kumpulan.
langkah
keselamatan dan  Membimbing
menjaga murid
kebersihan. menyediakan
prototaip
dengan
mengamalkan
langkah
keselamatan
dan menjaga
kebersihan.

19

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

 membuat  Mengingatkan
catatan murid untuk
pelaksanaan membuat catatan
projek bagi pelaksanaan
tujuan projek bagi tujuan
menyediakan menyediakan
laporan. laporan.

 Mengira kos  Membimbing
bagi murid membuat
menghasilkan pengiraan kos.
seunit prototaip.

Penilaian
(Evaluation)

12. Menguji  Menguji samada  Menilai Penilaian
kefungsian prototaip Prototaip dan
prototaip berfungsi kemahiran pembentangan
dengan baik dan manipulatif murid
menepati kriteria semasa (Lampiran G-1)
yang ditetapkan. membina
prototaip.

 Membuat  Memberi
penambah-
baikan prototaip. komen bagi

tujuan

menambahbaik

13. Mengenal  Mencatat prototaip.

pasti masalah masalah yang
dihadapi
yang dihadapi semasa  Mengedarkan
semasa pengujian
pengujian prototaip. Exit Card 2
kefungsian untuk
prototaip Mengumpul data dilengkapkan
oleh murid.


berkaitan

dengan

kefungsian dan

kebolehan

prototaip

menyelesaikan

masalah.

 Melengkapkan
Exit Card 2

20

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM Penilaian
Formatif

Sesi 3 (3 jam)

Penghuraian
(Explaination)

14. Membentang  Mempamerkan  Menjadi Mempersembah- Penilaian
hasil prototaip hasil lakaran idea fasilitator sesi kan produk Prototaip dan
dengan yakin serta prototaip pembentangan pembentangan
beserta bagi Projek laporan. Memberi
justifikasi dan Inovasi pelbagai (Lampiran G-1)
eviden yang Pengurusan  Menilai jawapan/
kukuh. Pakaian pembentangan penyelesaian Borang
Terpakai. murid. kreatif dan Penilaian
inovatif berserta Rakan Sebaya
15. Menerima  Membentangkan  Menggalakkan justifikasi. dan Penilaian
teguran dan prototaip murid Kendiri
kritikan disokong dengan berkomunikasi Menambah baik
dengan baik justifikasi dari dengan memberi produk/ prototaip (Lampiran H-1)
dan data. pendapat dan
berhemah. kritikan
 Memberi berhemah.
16. Melatih diri peluang kepada
untuk rakan untuk  Memastikan
membina berkomunikasi murid jelas
soalan yang dan dengan konsep
baik dan mengutarakan dan justifikasi
relevan. pendapat, saintifik bagi
soalan, ulasan penambah-
17. Menambah dan kritikan baikan
baik prototaip berhemah.
berdasarkan  Mengarahkan
komen yang  Mencatat segala murid
dikemukakan komen guru dan menambah baik
rakan bagi prototaip
menambahbaik berdasarkan
prototaip. komen yang
dikemukakan.
 Menambah baik

prototaip bagi
menyelesaikan
masalah dan
meningkatkan
kefungsiannya.

21

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

Penilaian
(Evaluation)

18. Menilai Menduduki Mentadbir Ujian Pasca Ujian Pasca
pembelajaran Ujian Pasca Pembelajaran
mereka Pembelajaran (Lampiran B-1)
melalui
perbandingan
sebelum dan
selepas PdP.

19. Membuat  Membuat  Mengedarkan Lampiran H-1
refleksi diri penilaian lampiran2 Lampiran I-1
tentang rakan sebaya
pembelajaran. dan penilaian  Memastikan murid Lampiran G-1
kendiri. melengkapkan Borang
Penilaian Rakan
 Membuat Sebaya Dan Penilaian
refleksi Kendiri serta Exit Card
dengan untuk membuat
melengkapkan penilaian dan refleksi
Exit Card 3. PdP.

 Menilai prototaip
berdasarkan rubrik.

 Mengarahkan murid
menyediakan laporan
projek yang lengkap
dan perlu dihantar
kepada guru dalam
tempoh 1 minggu

Refleksi Guru:

22

SOALAN UJIAN PRA dan UJIAN PASCA

Lampiran A-1

UJIAN PRA
[CONTOH 1: INOVASI PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI]

NAMA: …………………………………………. TARIKH: …………………
Sila jawab semua soalan.

1. Senaraikan tiga cadangan produk yang boleh dihasilkan daripada pakaian
terpakai.
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
c) ______________________________________________________

2. Fabrik terdiri daripada dua jenis gentian. Nyatakan jenis gentian tersebut.
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________

3. Senaraikan tiga jenis fabrik daripada pakaian terpakai yang boleh
menghasilkan produk inovasi. Namakan produk yang dihasilkan.
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
c) ______________________________________________________

4. Berikan tiga contoh kegunaan fabrik yang terdapat dalam kediaman anda.

a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
c) ______________________________________________________

5. Apakah yang berlaku terhadap alam sekitar sekiranya masalah lambakan
pakaian terpakai di negara kita tidak diuruskan dengan berkesan?

a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
c) ______________________________________________________

23

6. Tahukah anda bahawa proses kitar semula hanya melibatkan barangan
seperti tin, botol, kertas dan barangan plastik. Namun tidak terdapat kaedah
yang khusus untuk menguruskan pakaian terpakai.
Pada pendapat anda, apakah kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
menguruskan pakaian terpakai secara efisyen? Paparkan idea anda
dengan menggunakan Peta Buih beriku:.

KAEDAH
PENGURUSAN

PAKAIAN
TERPAKAI

24

Lampiran B-1
UJIAN PASCA
[CONTOH 1: INOVASI PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI]

NAMA: …………………………………………. TARIKH: …………………

Sila jawab semua soalan.

1. Senaraikan tiga cadangan produk yang boleh dihasilkan daripada pakaian
terpakai.
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
c) ______________________________________________________

2. Fabrik terdiri daripada dua jenis gentian. Nyatakan jenis gentian tersebut.
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________

3. Nyatakan tiga nama fabrik yang anda tahu untuk menghasilkan produk
inovasi daripada pakaian terpakai.
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
c) ______________________________________________________

4. Berikan tiga contoh kegunaan fabrik yang terdapat dalam kediaman anda.
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
c) ______________________________________________________

5. Apakah yang berlaku terhadap alam sekitar sekiranya masalah lambakan
pakaian terpakai di negara kita tidak diuruskan dengan berkesan?
a) ______________________________________________________
b) ______________________________________________________
______________________________________________________

25

6. Tahukah anda bahawa proses kitar semula hanya melibatkan barangan
seperti tin, botol, kertas dan barangan plastik. Namun tidak terdapat kaedah
yang khusus untuk mengurangkan pengurusan pakaian terpakai.
Pada pendapat anda, apakah kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
menguruskan pakaian terpakai secara efisyen? Paparkan idea anda
dengan menggunakan Peta Buih berikut:.

KAEDAH
PENGURUSAN

PAKAIAN
TERPAKAI

26

LEMBARAN KERJA MURID

Lampiran C-1

LEMBARAN KERJA MURID
[CONTOH 1: INOVASI PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI]

Tarikh:…………… Sekolah:………………………. Tingkatan:……………

Nama Ahli Kumpulan:
1.
2.
3.
4.
5.

Hasil Pembelajaran:

Murid dapat:

1. Mempraktik amalan mencintai alam sekitar sebagai tanggungjawab sosial.
2. Mengaplikasi apa yang dipelajari dalam tajuk pemilihan pakaian
3. Bekerja serta berkomunikasi secara berkesan dalam kumpulan.
4. Menerang dan membentang rekabentuk lakaran idea inovasi pengurusan

pakaian terpakai.

A. Pencarian Fakta
Berdasarkan senario dan tayangan video yang diberikan, kenal pasti isu
yang berkaitan dengan pengurusan pakaian terpakai dan cadangan untuk
mengatasi masalah tersebut.

FAKTA ISU CADANGAN
1
2
3
4

27

B. PerluTahu atau Isu pembelajaran
Dengan bantuan fakta-fakta yang dikemukakan, apakah isu yang perlu
anda tahu atau isu pembelajaran yang akan membolehkan anda untuk
menyelesaikan tugas anda?
Bil. Isu yang perlu anda tahu atau isu pembelajaran
1
2
3
4
5

C. Pelan Tindakan
Pelan tindakan bertujuan menangani isu pembelajaran yang dikenal pasti,
termasuk sumber dan bahan yang diperlukan. Paparkan pelan tindakan
anda dengan menggunakan Carta Alir berikut:

28

Lampiran D-1

HASIL UJIKAJI PEMBAKARAN FABRIK
[CONTOH 1: INOVASI PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI]

NAMA: …………………………………………. TARIKH: …………………

Lekatkan sampel fabrik dan tandakan () pada hasil pemerhatian di ruang
jawapan yang disediakan.

SAMPEL FABRIK UJI KAJI BAKAR BAU
COTTON Berbau seperti kertas
Dekat api : terbakar
(TAMPAL FABRIK DI SINI) -mudah menyala
(TAMPAL FABRIK
LINEN Dalam api : YANG DIBAKAR
-terus terbakar &
(TAMPAL FABRIK DI SINI) menyala DI SINI)

Di luar api : Berbau seperti kertas
-masih menyala terbakar

Dekat api : (TAMPAL FABRIK
-tiada perubahan YANG DIBAKAR

Dalam api : DI SINI)
-terus terbakar
berbau seperti plastik
Di luar api : terbakar
-masih terbakar
(TAMPAL FABRIK
JACQUARD Dekat api : YANG DIBAKAR
-tiada perubahan
(TAMPAL FABRIK DI SINI) DI SINI)
Dalam api :
-terus menyala

Di luar api :
-masih menyala

29

VISKOS Dekat api : bau seperti plastik/
-tiada perubahan kertas terbakar
(TAMPAL FABRIK DI SINI)
Dalam api : (TAMPAL FABRIK
POLIESTER -terus tebakar YANG DIBAKAR

(TAMPAL FABRIK DI SINI) Di luar api : DI SINI)
-mudah padam
Bau seperti plastik
Dekat api : terbakar
-menggulung
(TAMPAL FABRIK
Dalam api : YANG DIBAKAR
-terus menggulung
DI SINI)
Di luar api :
-berhenti menggulung

JERSEY Dekat api : Berbau seperti
-mengecut rambut/ plastik
(TAMPAL FABRIK DI SINI)
Dalam api : (TAMPAL FABRIK
-terus mengecut YANG DIBAKAR

Di luar api : DI SINI)
-terus mengeras
berbau seperti plastik
LYCRA Dekat api : terbakar
-menggulung
(TAMPAL FABRIK DI SINI) (TAMPAL FABRIK
Dalam api : YANG DIBAKAR
-lambat menyala
DI SINI)
Di luar api :
-masih menyala

Rumusan Jenis Fabrik Yang Di Uji:
______________________________________________________________
________________________________________________________________

30

Lampiran E-1

LAKARAN PROJEK
[CONTOH 1: INOVASI PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI]
Tarikh:……………. Nama Kumpulan: ………….…… Tingkatan:…………….

Penyelesaian yang dicadangkan:

1. Melalui sumbang saran, cadangkan empat reka bentuk lakaran idea
berkaitan pernyataan masalah.

2. Lakarkan reka bentuk yang terpilih serta penambahbaikan (berskala dan
berlabel).

Reka bentuk Lakaran Idea 1 Reka bentuk Lakaran Idea 2

Reka bentuk Lakaran Idea 3 Reka bentuk Lakaran Idea 4

Lakaran Idea Terbaik

31

Lakaran Idea Terbaik (Berskala dan Berlabel)

3. Terangkan ciri prototaip yang direkabentuk berdasarkan kriteria yang
ditetapkan.

Ciri-ciri Penerangan
1

2

3

4

5

32

Lampiran F-1
PENGIRAAN KOS DAN PEMBENTANGAN
[CONTOH 1: INOVASI PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI]

Tarikh:……………. Nama Kumpulan: ………….…… Tingkatan:…………….

Senaraikan kos yang terlibat dalam menghasilkan lakaran idea inovasi prototaip
pengurusan pakaian terpakai.

a) Pengiraan Kos Bahan:

Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah (RM)
1. (RM)
2.
3.
4.
5.

JUMLAH

b) Kos Upah:
Bilangan pekerja x Bilangan Jam x Upah = RM_______________

c) Kos Sampingan:
Sewa + elektrik + pengangkutan = RM____________

d) Kos Pengeluaran:
Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan = RM___________

e) Penentuan Harga Jualan:
(Peratus Keuntungan x Kos Pengeluaran) + Kos pengeluaran = RM_______

33

Pembentangan
1. Menghuraikan prototaip berdasarkan reka bentuk lakaran idea inovasi
menggunakan pakaian terpakai.
2. Membuat pembentangan menggunakan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) atau kaedah yang sesuai untuk menjelaskan pilihan
bahan, ciri prototaip, kelebihan dan bagaimana reka bentuk prototaip anda
menepati sasaran.

Laporan
Menghantar laporan hasil lakaran idea prototaip inovasi pengurusan
pakaian terpakai pada tarikh yang ditetapkan.

34

BORANG PENTAKSIRAN

Lampiran G-1

PENILAIAN UNTUK PROTOTAIP DAN PEMBENTANGAN
[ CONTOH 1: INOVASI PENGURUSAN PAKAIAN TERPAKAI]

Tarikh: ………………………………. Kumpulan: …………………………..

Kategori 4 32 1 Skor

Pembinaan Bahan yang Bahan yang Bahan yang Bahan yang
Prototaip digunakan digunakan digunakan digunakan tidak
lakaran idea sesuai, kurang sesuai, kurang sesuai, sesuai,
prototaip cantuman cantuman cantuman cantuman tidak
inovasi kukuh dan kurang kukuh kurang kukuh kukuh dan tidak
pengurusan selamat dan selamat dan tidak selamat
pakaian digunakan. digunakan. selamat digunakan.
terpakai digunakan.

Kreativiti fabrik diubah terdapat terdapat Tidak berupaya
dan Inovasi suai secara percubaan percubaan untuk mengubah suai
pengurusan kreatif serta untuk mengubah suai fabrik secara
pakaian berjaya mengubah suai fabrik namun kreatif dan tidak
terpakai menghasilkan fabrik secara kurang kreatif dapat
prototaip baru kreatif dan dan berjaya menghasilkan
yang berjaya menghasilkan prototaip baru.
mempunyai menghasilkan prototaip baru
nilai estetika prototaip baru yang mempunyai
dan boleh yang nilai estetika
dikomersialkan. mempunyai nilai tetapi tidak boleh
estetika tetapi dikomersialkan.
tidak boleh
dikomersialkan.

35

Kategori 432 1 Skor

Sikap Semua ahli Sebahagian Sebahagian ahli Semua ahli
saintifik kumpulan dapat besar ahli kumpulan tidak kumpulan tidak
menunjukkan kumpulan dapat dapat dapat
pemahaman menunjukkan menunjukkan menunjukkan
yang jelas dan pemahaman pemahaman pemahaman yang
dapat yang jelas dan yang jelas dan jelas dan tidak
mengaplikasi dapat tidak dapat dapat
konsep sains mengaplikasi mengaplikasi mengaplikasi
dalam membuat konsep sains konsep sains konsep sains
pemilihan dalam membuat dalam membuat dalam membuat
fabrik. pemilihan fabrik. pemilihan fabrik. pemilihan fabrik.

Literasi Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan Ahli kumpulan
teknologi mengaplikasi tidak dapat
maklumat teknologi mengaplikasi mengaplikasi mengaplikasi
dan maklumat dan teknologi
komunikasi komunikasi teknologi teknologi maklumat dan
secara optimum komunikasi
semasa maklumat dan maklumat dan samada semasa
penyelidikan penyelidikan dan
dan komunikasi yang komunikasi pembentangan
pembentangan. lakaran idea
bersesuaian secara minimum prototaip inovasi
pengurusan
samada semasa samada semasa pakaian terpakai

penyelidikan dan penyelidikan dan

pembentangan pembentangan

lakaran idea lakaran idea

prototaip inovasi prototaip inovasi

pengurusan pengurusan

pakaian terpakai pakaian terpakai

Komunikasi Ahli Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan tidak
dan berfungsi berfungsi kurang berfungsi berfungsi dengan
kolaborasi dengan sangat dengan baik. dengan baik. baik. Ramai ahli
baik. Semua Sebahagian Tidak semua ahli yang tidak
ahli besar ahli dapat memberi
berkomunikasi berkomunikasi berkomunikasi kerjasama.
dengan baik, dengan baik, dengan baik,
berkongsi berkongsi dan berkongsi dan
pengetahuan menyokong menyokong
dan menyokong usaha ahli usaha ahli
usaha ahli kumpulan yang kumpulan yang
kumpulan yang lain. lain.
lain.

Jumlah
skor

36


Click to View FlipBook Version