The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sinopsis
Kisah ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama introvert kacukan Melayu- Cina Baba Nyonya yang bernama Syahira yang mengimbau kembali memori semalam dalam ingatannya setelah dia meningkat dewasa. Dia mengingat kembali sejak berusia 6 Tahun dia telah kehilangan kasih sayang tok sebelah ayahnya. Lebih tragis kehilangan grannyanya sebelah ibunya di hari raya Tahun Baru Cina. Kemudian bermulanya kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah kelambatan dan pembulian. Namun, disebalik semua itu masih tersemat sebuah kemanisan. Mampukah Syahira bangkit mengharungi kehidupannya? Nantikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyifasuberi99, 2022-08-12 07:56:16

Memori Semalam

Sinopsis
Kisah ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama introvert kacukan Melayu- Cina Baba Nyonya yang bernama Syahira yang mengimbau kembali memori semalam dalam ingatannya setelah dia meningkat dewasa. Dia mengingat kembali sejak berusia 6 Tahun dia telah kehilangan kasih sayang tok sebelah ayahnya. Lebih tragis kehilangan grannyanya sebelah ibunya di hari raya Tahun Baru Cina. Kemudian bermulanya kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah kelambatan dan pembulian. Namun, disebalik semua itu masih tersemat sebuah kemanisan. Mampukah Syahira bangkit mengharungi kehidupannya? Nantikan

Keywords: #MemoriSemalam #Ebook

Memori Semalam

1

Memori Semalam

Bismillah
Dengan namaNya….aku menulis….

2

Penafian
Terbitan Pertama:
Nurul Syifa Binti Suberi
e-ISNB

Hak Cipta Terpelihara
E-book ini adalah hasil karya penulis. Hak cipta terpelihara. Tidak
dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian penulisan ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada secara
elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau apa saja tanpa izin
penulis.

Penghargaan
Penghargaan dan terima kasih kepada
https://canva.com.my
https://anyflip.com.my

Diterbitkan oleh
Nurul Syifa Binti Suberi

Disunting oleh
Md Hisham Abd Razak
Pegawai Farmasi UF54
Institut Perubatan Dan Pergigian Termaju,
Kampus IPPT, USM

3

ISI KANDUNGAN

Biodata Penulis ....................................................................... 5
Penghargaan........................................................................... 6
Sinopsis................................................................................... 7
Bab 1 – Kehilangan Teristimewa............................................. 9
Bab 2- Permulaan Persekolahan........................................... 15
Bab 3- Pembulian.................................................................. 22
Bab 4 – Move On .................................................................. 29
Bab 5 - Kesedihan Raya Cina................................................. 35
Bab 6 - UPSR! Debaran Terasa ............................................. 49
Bab 7 – Balik ke Realiti.......................................................... 65

4

Biodata Penulis

Nama diberi Nurul Syifa Binti Suberi. Berusia 23 Tahun. Kini sedang
menuntut di Universiti Sains Malaysia dalam bidang Pendidikan Khas.
Beliau merupakan anak keempat daripada empat adik beradik. Beliau
mempunyai seorang kakak dan dua orang abang. Beliau sekarang
sedang menetap di Sungai Petani, Kedah. Beliau merupakan pelajar
lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Sungai Petani. Berminat dalam bidang sastera dan
penulisan bermula sejak di bangku sekolah semasa berada di tingkatan
3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya.

5

Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulilah dengan Izin-Nya segala puji bagi Allah dapat saya
menyiapkan ebook pertama saya ini. Setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada mentor saya iaitu En. Md Hisham Abd Razak yang tidak
putus-putus berkongsi ilmu, memberikan semangat motivasi kepada
saya dan kumpulan dalam bidang penulisan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak team HEBAT-Indie
USM kerana memberi peluang kepada saya untuk meneroka bidang
penulisan dan mencapai impian yang dipendam sebelum ini. Tiada
kata–kata yang mampu dibalas melainkan kesyukuran yang tidak
ternilai. Terima kasih kepada En. Salwan, Dr. Intan yang
memperkenalkan dunia ebook kepada penulis.

Terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, sahabat dari peringkat sekolah
sehingga peringkat di USM serta rakan seperjuangan dalam kumpulan
HICSEF kerana memberikan inspirasi dan sokongan yang tidak
terhingga.

Akhir kalam, terima kasih kepada anda bakal pembaca yang
memberikan sokongan dengan membaca nukilan ebook pertama saya
yang masih serba kekurangan. Semoga dengan membaca ebook ini
dapat menitipkan semangat baru dalam kehidupan anda dan
memberikan mesej secara tersurat dan tersirat. Segala yang baik
dijadikan pengajaran dan pengalaman, segala yang buruk dijadikan
teladan.

6

Sinopsis

Kisah ini mengisahkan tentang seorang gadis introvert
kacukan Melayu -Cina Baba Nyonya yang bernama
Syahira yang mengimbau kembali memori semalam
dalam ingatannya setelah dia telah meningkat dewasa.
Dia mengingat kembali sejak berusia 6 tahun dia telah
kehilangan kasih sayang tok sebelah ayahnya. Lebih
tragis kehilangan grannynya sebelah ibunya di hari
raya Tahun Baru Cina. Kemudian bermulanya
kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang
mengalami masalah kelambatan dan pembulian.
Namun di sebalik semua itu masih tersemat sebuah
kemanisan. Mampukah Syahira bangkit mengharungi
kehidupannya? Nantikan…

7

8

Bab 1 –
Kehilangan
Teristimewa

Disember 2006

Di kelilingi dengan suara-suara tangisan mendayu
membuatkan seorang anak kecil hanya terpaku bagai anak
patung yang memandang kosong tanpa dapat mencerna
dalam minda tentang situasi yang berlaku. Fikirannya kosong! Dia
hanya memandang ke sudut hadapan rumah tamu pertama yang
terpisah ruangannya dari sudut ruang tamu yang dia berdiri. Dia
memandang sekujur tubuh yang kaku. Ya, dia tahu siapakah gerangan
yang terbaring di katil lusuh itu. Itu Tok! Kenapa Tok tidur tak bangun?
Kenapa seluruh tubuh Tok ditutupi dengan kain batik? Kenapa semua
mak menakanku seperti Mak Tam, Mak Lang, Mak Chaq dan sepupu-
sepupuku, kakakku menangis? Budak kecil itu hanya buntu.

9

“Syahira…” suara seorang wanita dalam lingkungan 40-an berbaju
kedah dan kain batik memanggilku dari arah belakang membawaku ke
realiti semula. Dia adalah mak aku.

“Dengar sini, Tok dah tak ada…” suara sebak kedengaran dari bibir
mak. Matanya dah berair. Mak aku memegang bahuku dan
membawaku dekat ke arah mak menakan yang lain. Kini! Aku berdiri
di sisi kiri katil memandang satu demi satu. Aku tak mengerti, tetapi
aku juga mula merasa sebak. Tok! Sebutir nama itu meniti di bibir
secara perlahan.

Tiba-tiba suara Mak Tam dan Mak Lang memecahkan keheningan
yang sebak dan tak tergambar. Mereka mengarahkan sepupu-sepupuku,
kakakku untuk mengambil surah yasin untuk dibacakan kepada arwah
tok. Sementara menunggu ayahku, Pak Lang dan yang lain berurusan
bertemu dengan ahli masjid, mencari penggali kubur dan sebagainya
untuk pengurusan jenazah. Aku duduk bersila di tepi dinding dan
menghadap bahagian kaki tok. Aku hanya mendengar alunan surah
yasin berkumandang di seluruh ruangan ini. Aku memandang ke pintu
kayu lama yang lusuh, pandanganku menerawang ke luar kepekatan
malam. Setelah yasin habis dibaca, aku melihat mak menekanku Mak
Lang diikuti mak tam, sepupuku kak dekda dan kakakku sedang
mengaji surah-surah al-Quran dari satu juzuk ke juzuk seterusnya di
sisi katil jasad tok dengan khusyuk.

10

Kepekatan malam yang panjang dihimpit penuh perasaan pilu. Secara
tak sedar, malam telah berganti menjadi fajar. Pada pukul 9:00 pagi,
setelah selesai mendapat persetujuan, berjaya menghubungi ahli
pengurusan jenazah dan mengetahui proses penanaman. Arwah tok
dibawa ke bilik untuk dimandikan di ruang bilik tidurnya bersebelahan
dengan ruang dapur rumah kampung papan ini.

Saat arwah tok sedang dimandikan, sahabat office abah dari JKR turut
datang menziarah. Suasana dalam dan di luar persekitaran dihujani
dengan penduduk kampung dan saudara-saudara yang datang
menziarah. Aku berdiri di luar pintu bilik pemandian jenazah dengan
memerhatikan mereka iaitu ayahku, ahli jawatankuasa masjid
menyirami jasad jenazah Terlihat wajah arwah tok yang berseri dan
bercahaya menyinari pandanganku.

“Siapa yang nak mandikan jenazah boleh berdiri di sini” terdengar
suara jawatankuasa masjid memanggil Mak Chaq dan mak menakanku
untuk menyambung mandikan jenazah dan diakhiri dengan
menaburkan bunga mawar. Haruman bunga meresap ke seluruh
ruangan bilik yang kecil ini.

11

10:30 pagi,
Saat jenazah untuk dikafankan. Seluruh ahli keluarga berkumpul di
sekeliling di ruang tamu kedua yang terletak di tengah rumah. Satu
demi satu mendekati dan mencium jenazah buat kali terakhir. Aku
dipimpin oleh ayahku untuk mencium arwah tok. Tiba-tiba, aku
terdengar tangisan kuat daripada sepupu anak Pak Andak yang
memandang ke arah jenazah sebelum diangkat untuk diletakkan dalam
keranda. Terdapat lima orang yang mengangkat arwah iaitu semestinya
ayahku, Pak Andak, Pak Cik dan ahli jawatankuasa masjid yang
terlibat.
11:00 pagi,
Keranda perlahan-lahan diangkat ditemani dengan bacaan surah dan
diselangi dengan air mata hiba dan mata masing-masing dihiasi merah
dan sembam. Semua mata tertumpu meliar mengekori keranda yang
dimasukan ke dalam van jenazah dan buat kali terakhir sebelum van
ditutup. Aku terkejut mendengar suara sepupuku menangis dan
menyebut nama tokku Che Amah semasa van bergerak menderu di atas
jalan berpasir di perkarangan luar rumah ini. Van jenazah itu sekejap
sahaja hilang dari radar pandanganku hingga membuatku kelu.

Buk!! Aku terkejut mendengar suara di belakangku. Mataku perlahan-
lahan beralih ke belakang. Aku melihat sepupuku longlai di atas jalan
berpasir ini.

12

Semua terkejut memerhatikan sepupuku. Dia tidak pengsan cuma
kakinya lemah lalu menghempap tanah. Ada anak Pak Cik aku
memegang sepupuku Fisol dan memimpin perlahan-lahan ke kereta.
Semua sedang berpusu-pusu menaiki kereta, mototsikal dan basikal
untuk mengikuti van jenazah yang berlalu sebentar tadi.

Kawasan tanah perkuburan terletak di kawasan sebelah kampung
Sungai Badak. Pak Man, orang kampung yang rapat dengan keluarga
tok aku membantu dalam pengurusan semasa menanam jenazah. Di
kala bacaan talkin, surah sunat dibacakan oleh imam masjid di barisan
paling depan menghadap kubur mayat, kami yang berada di barisan
belakang hanya mendengar dan cuba menghayati dengan teliti.
Kelihatan mata masing-masing menjadi sayu dan kosong. Tak lama
selepas meninggalkan tapak perkuburan ini, langit mula menampakkan
mendung dan setitik demi setitik air mula membasahi bumi dan
perkuburan ini. Bagai memahami kehilangan yang mencengkam pada
hari ini.

13

14

Bab 2-
Permulaan
Persekolahan

Roda berputar dengan pantas. Sudah sebulan lebih berlalu
sejak kematian arwah Tok. Aku sudah menginjak ke usia
tujuh tahun. Hari ini merupakan hari pertama persekolahan
di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota. Seiring masa berputar, aku
berubah menjadi tidak ceria. Melangkah ke kelas 1 Kreatif ditemani
ayahku di sisi, perasaan takut mula menyelubungi dalam fikiran.

Asing! Kosong! Itulah yang bermain-main dalam mindaku. Saat
kaki menapak ke dalam kelas selepas ayahku menyakinkan aku, dia
akan melihat di tingkap kelas ini. Aku masuk dengan kekok dan berdiri
di sisi Cikgu Aini.

15

“Hai Syahira. Syahira boleh duduk di meja sebelah Amirah ya.”
Ucap Cikgu Aini setelah memperkenalkan dirinya dan jarinya
menuding ke barisan nombor tiga. Aku hanya mengangguk tanpa
bicara. Mataku menyorot melihat budak perempuan bernama Amirah
yang ditunjukkan tadi. Dia berambut toncang, wajahnya kuning
langsat. Tangannya sedang ligat mewarna di atas sekeping kertas. Dia
leka mewarna tidak sedar akan kehadiranku sehingga aku berdehem
membuatkan dia mula perasan. Wajahnya manis tersenyum.

“Hai, nama aku Amirah. Nama hang apa?” dia memulakan bicara
bila aku menarik kerusi kayu berwarna biru ini untuk duduk.
Kedudukan dia di tepi tingkap manakala kedudukan aku di bahagian
laluan.

“Syahira. Boleh… nak ..pinjam warna?” Tanya aku kepada dia. Aku
membalas dengan perlahan dan tergagap-gagap. Di saat bersamaan
Cikgu Aini datang mengedarkan aku kertas gambar untuk diwarnakan.

“Boleh, jom share” aku tersenyum dan mula mewarna. Kami
berdua hanya dibuai dengan dunia kami sendiri. Warna dan kertas yang
dipegang untuk mewarna saling berlaga-laga. Sesekali lirikan mata
menjeling sekilas melihat hasil karya masing-masing. Ehh! Lupa nak
habaq. Untuk pengetahuan semua aku sebenarnya mempunyai masalah
kelambatan dalam percakapan. Di usia 7 tahun ini aku masih lagi tidak
fasih mengeja sesetengah perkataan.

16

Kring!! Kring!! Waktu telah menginjak ke pukul 6:00 petang, kelas
hari pertama telahpun berakhir. Amirah berjaya membuatkan aku mula
selesa sedikit dengan kehadirannya. Aku mengalihkan perhatian ke
pintu pagar dan melihat ayah aku sedang bersandar setia menanti
kehadiran.

Dalam diam tak diam sudah sebulan lebih berlalu, aku semakin rapat
dengan Amirah dan aku mula kenal semua kawan sekelas. Aku
dipanggil ke meja guru untuk dinilai berkaitan membaca teks perkataan
dan ayat, tetapi aku mempunyai masalah tidak lancar dalam menyebut
dan membunyikan sesuatu kata dalam helaian ujian. Oleh itu, aku
dimasukkan ke dalam kelas pemulihan yang terletak di bersebelahan
bangunan kantin. Aku, Jannah, Izzati, Amirah dan beberapa belas
orang dalam satu kumpulan.

Jadi sebelum mula sesi persekolahan pada pukul 1:30 petang, kami
perlu menghadiri kelas pemulihan pada pukul 12:30 tengah hari untuk
setiap hari.

“Syahira, tunggu aku” Amirah memanggilku kuat dari belakang.
Dia baru memasuki pintu pagar besi sekolah. Sekarang pukul 12:20
tengah hari. Kawasan koridor sekolah ini agak sibuk memandangkan
pelajar sesi petang dah mula datang ke sekolah manakala pelajar sesi
pagi pula ada beralih ke kelas khas.

17

“Ya, aku… tunggu. Jom masuk kelas.” Aku membalas dan sekelip
mata Amirah dah jalan beriringan denganku.

“Teman pi kantin. Nak beli air sat” dia meminta dengan wajah
comel. Aku mengangguk setuju. Tekak terasa kering dek suasana
matahari terpacak memancarkan sinar terang.

Suasana kantin dihiasi hiruk-pikuk dengan kebisingan pelajar. Ada
yang berlari, bermain di tepi kolam ikan. Tak kalah yang berebut dan
saling tolak menolak untuk membeli makanan dan ayaq. Air favourite
kami adalah…..Sirap ais. 20 sen sahaja untuk cawan bersaiz sederhana.
Nikmat!! Tekak terasa nyaman apabila cecair merah menerubos ke
rongga tekakku.

“Weyy!! Dah 12:30 tengah hari. Cepat satgi kena marah dengan
Cikgu Nurul” Amirah menampar bahuku secara mengejut membuatkan
aku tersedak sedikit. Nasib air dah habis diminum.

Kami berdua bergegas ke bilik tayangan 1 tempat di mana kelas
pemulihan diadakan. Nasib tengah beratur masuk dalam bilik. Sempat
juga!

18

“Buku merah itu kepunyaan Ali” Cikgu Nurul menyebut sambil
diikuti oleh kami semua.

“Sekarang, Cikgu nak Syahira sebutkan semula ayat tadi”

“Buku merah itu.. kepunyaan Ali” aku berjaya menyebutnya
walaupun jeda seketika. Aku melihat reaksi Cikgu Nurul dan dia
tersenyum kerana aku berjaya menyebut secara penuh.

“Kelas tepuk tangan. Syahira dah menunjukkan peningkatan. Syabas
Syahira. Kamu boleh duduk” Aku tersipu malu mendengar pujian
Cikgu Nurul. Rasa semangat makin berkobar-kobar. Ya! Aku perlu
lebih gigih selepas ini.

“Kelas, sekarang kita akan belajar lebih mendalam tentang suku kata
kvkvk. Cikgu nak kamu salin nota dengan segera. Pandang depan!”
suara yang lembut bertukar 180 darjah menjadi tegas.

Rancak tangan Cikgu Nurul menari-nari di papan putih dalam bilik
tayangan ini. Suku kata yang tertera ditulis dalam bentuk jadual.
Contohnya, kotak pertama mempunyai suku kata sakit kedua adalah
tidur, ketiga suku kata makan dan sebagainya hingga 10 suku kata.

19

“Cikgu nak ingatkan kamu untuk ulangkaji pelajaran hari ini di
rumah. Okay, kelas dah pukul 1:30 petang. Bersurai” Cikgu Nurul
menuturkan kata terakhir apabila memandang jam di dinding telah
menunjukkan pukul 1:30 petang.

20

Bab 3 –
Pembulian

21

Bab 3-
Pembulian

Aku tidak tahu mengapa dan dimana salahku tetapi aku
kemudiannya menjadi mangsa pembulian oleh kawan
sekelasku semasa aku darjah 4. Mungkinkah!! Kerana aku
lemah? Kerana aku pendek? Kerana aku tidak pandai berlawan dan
bersuara? Aku sering tertanya-tanya mengapa mereka mengganggu dan
membuliku. Aku masih takut. Aku membisukan diri daripada
pandangan orang termasuk Amirah sekalipun tidak tahu aku diganggu
oleh Izzati dan Jannah.

Ketika beberapa bulan lalu, aku mempunyai konflik dengan Jannah dan
Izzati. Mereka sering meminjam alat tulis kepunyaanku dan kadang
kala alat itu hilang dari radar. Dengan keberanian tak seberapa, aku
memarahi mereka dan tidak memberi pinjam alat tulis kepunyaanku
lagi.

22

Masih terngiang-ngiang saat ketika mereka memeras ugut di sudut
terpencil dalam tandas sekolah. Mereka memintaku wang semasa rehat.

“Wey Syahira bagi kami RM 1 ringgit cepat!” ucap Izzati dengan
mata terjegil. Suasana di sudut dinding tandas ketika itu sunyi sepi.
Hanya ditemani tiupan angin dari arah tapak perhimpunan. Sebelah
kanan tandas ini terletaknya tapak perhimpunan, tetapi saat pukul 9:45
pagi ini, kebanyakan pelajar berada di kantin. Tak ramai yang lepak di
kawasan ini. Hanya dua atau tiga sahaja yang masuk di tandas tetapi
Izzati pandai cover.

“Tak ada. Duit hanya cukup-cukup makan” aku membalas dengan
suara menggigil. Kedua-dua tanganku saling bersulam erat. Peluh
dingin mula membasahi pipiku.

Tanpa berlengah Jannah terus menyelongkar poket baju kurungku dan
mengeluarkan duit berupa beberapa keping syiling dan 1 keping wang
kertas RM1. Mereka terus merampas 1 keping RM1.

“Nahas kalau kau lapor kat cikgu atau siapa-siapa” peringatan
dilontarkan kepadaku sebelum mereka beredar dari tandas ini.
Disebabkan ketakutan yang amat sangat, aku tidak berani menceritakan
kepada guru. Aku memendam segala yang terjadi di tandas dalam
lubuk sanubariku.

23

Ketika kaki melangkah ke kantin dan menuju ke meja yang
menempatkan Amirah dan beberapa rakan yang lain seperti Afiqah,
Hidayah. Aku hanya membisu dan beriak biasa.

“Wey lama kau pergi tandas. Nah aku dah tolong belikan kau roti
sandwich favourite kau” Amirah menghulurkan bungkusan plastik roti
sandwich kepadaku. Masa rehat dah nak hampir tamat.

“Ya. Terima kasih wey” aku hanya tersenyum dan menyambut
huluran roti. Tanpa berlengah roti yang masih setia di tangan segera
dikunyah perlahan-lahan.

Kring!! Kring!! Bunyi loceng sudah berkumandang menandakan waktu
rehat sudahpun tamat

Semua bergegas beredar ke ruangan kantin kedua untuk beratur
mengikut kelas. Kelas aku ketika ini adalah 3 Cekal. Disebabkan aku
paling pendek sangat, aku perlu beratur paling depan. Amirah pula
berdiri di belakangku. Setelah mendengar beberapa pengumuman,
pelajar mula beredar satu demi satu kelas yang telah menjadi rutin.

24

Sekarang waktu kelas pendidikan sains, subjek kegemaran aku. Jadi
kami akan bergerak ke bilik khas, tetapi sebab apa aku suka sains.
Sebabnya?

1. Belajar planet-planet melalui tayangan video di bilik khas.
2. Eksperimen. Tak bosan, jadi tak mengantuk
3. Cikgu yang happy go-lucky.
Nah! Dah disenarai pendek kenapa aku suka dengan sains. Bilik khas
pula terletak bertentangan dengan dewan utama dan merupakan
kawasan blok pertama sekolah. Ketika menjejak kaki, aku melihat
Cikgu Zul sedang menghidupkan projector penayangan. Hari ini kami
didedahkan dengan bab tumbuh-tumbuhan. Entah mengapa hatiku
terpaut dengan sain. This is my favourite. Mungkin kerana guruku
sendiri? kerana tajuk yang membuka pandanganku?, atau subjek ini
mudah faham. Senang saja! Entah, tetapi bila kita minat dengan sesuatu
tu memang perjalanan akan terasa mudah. Jadi kejar apa yang diminati.

“Wey, termenung lagi kau. Fikir apa dalam kepala tu” panggilan
Amirah menyedarkan aku seketika daripada menolong seorang diri.
Aku lihat cikgu Zul sudahpun selesai setting projector dan membuka
file untuk tajuk hari ini.

25

“Ya, tak dak apa. Wey tengok video kat depan, cikgu pasang dah”
aku menampar paha Amirah. Fokus kami dah terarah dengan video
pasal pembiakan pokok seperti bunga mimosa, dandelion yang
membiak dibawa angin ke tempat baru. Menarik!

“Wey, cantikkan bunga dandelion tu.” Amirah menyahut diriku
selepas video ditayangkan. Tak lama hanya 20 minit saja dimainkan.

“Cantik. Wey kita ada kerja apa harini. Bahasa Melayu tak ada
kan?” aku bertanya semasa menyiapkan latihan lembaran yang
diedarkan lima minit lepas oleh cikgu Zul.
Aku mengerling Amirah yang sedang berfikir sejenak. Menghitung
homework untuk hari ini. Dia menggeleng kepalanya. Tiada! Okay
boleh layan tengok drama malam nanti. Aku hantu drama bersama
ibuku. Tambah-tambah drama dalam channel TV3. Amirah juga geng
peminat drama, lagu dan, sinetron Indonesia. Akhir dengan aku sekali
terjebak, terjatuh cinta dengan sinetron Indonesia juga. Ayoo!!, tetapi
zaman ini memang semuanya hantu sinetron Indonesia, Filipina.
Sepupu aku terjerat juga. Konflik tu perghh…suspense sangat.

Antara yang famous list sinetron Indonesia sekarang ini adalah…
1) Sejuta Cinta Marshanda lakonan Baim wong
2) Hafizah lakonan Randy Pangalila
3) Kejora dan Bintang
4) Cinta dan Anugerah

26

Ehh. Dah melalut topik sinetron pula. Balik semula situasi kelas sains
tadi. Masa kelas dah berakhir. Kelas terakhir untuk harini subjek
Pendidikan Seni, tetapi Cikgu Aina tak dapat hadir, kami perlu pergi
ke perpusatakaan yang terletak di bangunan yang sama dan paling
depan, Nak dekat dengan pintu pagar keluar dah. Jadi buku cerita yang
dipilih oleh aku untuk harini yang menarik diri macam magnet adalah
kisah Serigala dan Biri-biri. Tebal buku ni sesuai bagi aku yang tak
boleh nak tebal-tebal. Kandungan dia juga mudah untuk aku faham.
Simple dan nice. Perpustakaan di SK Indera Mahkota ini memiliki dua
tingkat, tetapi keluasan dia tak sebesar mana. Nice macam sebesar
cottage rumah English.

27

Bab 4 –
Move On

28

Bab 4 – Move
On

Segala yang disimpan akhirnya tersingkap. Setelah lima bulan
terjadi kes pembulian mengenai diriku. Aku akhirnya
membuka pintu mulutku yang terkunci bagaikan ada
menyimpan emas selama ini selepas didesak oleh keluargaku. Hal ini
terjadi sebab ayahku menyedari bahawa duit poket sekolahku cepat
habis. Sehingga akhirnya sampai ke pengetahuan guru kelasku Cikgu
Atirah. Terjadi ketegangan semasa menyiasat dan mengintegorasi kes
pembulian ini. Dari kes pembulian duit sehingga pergaduhan menarik
rambut dan tudung. Situasi di bilik guru ini terasa dingin sedingin salju.
Aku hanya menikus di hadapan meja Cikgu Liza merangkap guru
disiplin.

“Syahira, jelaskan baik-baik ya. Jangan takut. Bagitahu pelan” ucap
Cikgu Liza secara lembut. Dia memegang kedua-dua belah bahuku dan
meminta aku menerangkan secara perlahan. Aku memandang ke anak
mata cikgu yang bundar ni secara sekilas kemudian pandanganku jatuh
ke bawah. Tanganku hanya mengengam sesama sendiri. Kepalaku
buntu! Minda dan fizikalku sedang melawan sesama sendiri.

29

“Saya…baik-baik saja cikgu” itu saja yang dilontarkan terbit dari
bibir. Tanganku rasa mengiggil sehingga ke tulang walaupun cuaca
pada saat itu tidak sejuk mana.

Aku berharap cikgu Liza tidak akan bertanya lanjut tetapi jangkaan
dalam kotak fikiranku meleset kerana Cikgu Liza tidak berhenti
mengalah. Aku akhirnya tewas dan membuka juga mulut yang terasa
berat. Aku berusaha meminta Cikgu Liza untuk tidak memberitahu
perkara ini kepada mereka. Cikgu Liza menjamin tidak akan
membiarkan kes ini berlarutan dan berjanji akan memantau semua
tindakan mereka.

“Terima kasih cikgu. Saya balik ke kelas dulu ya” aku memohon
diri setelah selesai sesi siasat.

“Saya akan maafkan mereka dan mulakan semangat baru” Aku
menyelit ucapan terakhir sebelum meninggalkan ruangan bilik guru ini.
Aku perlu kuat! Ya, mulakan semangat baru dan fokus dengan
pelajaran. Lagipun dah tak lama lagi aku akan masuk ke darjah 5.
Abaikan mereka. Itu saja cara terbaik. Sekiranya aku berusaha
bersungguh-sungguh, aku akan berpindah ke kelas depan lagi dan
berpisah daripada mereka.

30

Setelah sejam berlalu selepas aku diintegorasi oleh Cikgu Liza. Tiba-
tiba, ketukan dipintu semasa dalam kelas pendidikan Islam yang
dikendalikan oleh ustazah Naimah menarik mata semua pelajar 4C.
Seorang pelajar berpakaian baju biru menandakan dia adalah pengawas
memanggil Izzati dan Jannah untuk ke bilik guru.
Kerutan mula terukir di wajah mereka dan semua classmate aku. Aku
hanya fokus saja menyiapkan tugasan mengenai sahabat Nabi iaitu Abu
Bakar As Siddiq dalam buku latihanku ini.

Mereka yang duduk di barisan belakang tanpa banyak tanya hanya
mengikuti langkah pelajar pengawas itu ke ruangan guru. Jarak kelas
aku ke ruangan guru boleh tahan juga sebab bangunannya berbeza.

“Hey, hang rasa sebab apa cikgu nak jumpa depa ya” Amirah
bermonolog sendiri. Dia kemudiannya meneruskan latihan apabila
melihat aku hanya khusyuk menyiapkan latihan.

“Satgi nak makan apa wey? Jom kita makan laksa” Amirah bertanya
selepas Ustazah Naimah keluar daripada kelas selepas tamatnya kelas
Pendidikan Islam.

“Aku baru nak tanya. Hang dah laju dulu” aku hanya tersenyum
dengan telatah Amirah. Dia macam dah boleh membaca fikiran aku bila
tiba bab makanan.

31

“Wey, aku nak beritahu kau something ni. Hang ingat tak sepupu
aku Farah yang aku pernah cerita kat hang? Dia nak mai pindah ke
sekolah kita masa darjah 5 nanti” berseri-seri seperti bunga mekar di
taman aku lihat wajah Amirah apabila menyampaikan berita sepupunya
itu. Ya! Farah, sepupunya yang duduk di Penang. Memoriku mula
mengingat nama itu.

“Wey, sekarang bulan 6 kan. Dah tak lama kita nak exam
pertengahan. Jom study lepas kelas nanti” Haa sudah. Aku lupa exam
pertengahan dah nak dekat. Nasib sister Amirah sorang ini tolong
peringatkan. Aku sengih kerang busuk sambil menggaru kepala yang
tidak gatal.

“Jom kita study math dulu. Aku lemah giler dengan math ni” aku
menyambung dengan memberi cadangan. Tanda jempol ditunjukkan
tanda setuju.

“Wey, aku nak cakap ni. Kalau kau ada masalah apa-apa, gitau aku.
Jangan simpan!” tiba-tiba kalimat itu terbit dari mulut dia. Amirah
macam dah nampak aku suspicious sembunyikan sesuatu.

32

“Tak ada apa la. Aku okay” aku tersenyum sepuluh sen kepada dia.
Memang ada, tetapi akan diselesaikan dengan baik tidak lama lagi.
Insyaallah, tetapi memang, tiga minggu kemudian, mereka memang
tidak menggangguku lagi. Hidup aku sudah tenang. Cikgu sentiasa
memantau mereka. Lagipun abah dah bagi warning kepada mereka,
Ya! Ayah aku datang ke sekolah berjumpa dengan Cikgu Liza dan
jumpa juga dengan Izzati dan Jannah. Untuk pengetahuan, Cikgu Liza
adalah guru disiplin di sekolah aku ini.

33

Bab 5 –
Kesedihan
Raya Cina

34

Bab 5 -
Kesedihan Raya
Cina

Jauh dalam sudut hatiku masih terasa sakit yang teramat seperti
belati tajam menikam hati apabila aku kehilangan tok sebelah
ibuku yang dipanggil granny pada petang Raya Cina yang
pertama. Memang tak dinafikan tubuh tua granny memang tidak
berdaya lagi saat kepulangan kami untuk menyambut Hari Raya Cina
bersama keluarga ibuku di Melaka. Ibuku sudah maklum akan hal itu.

“Hello granny. I am Syahira” aku mencium tangan tua yang lemah,
berkedut semasa granny sedang duduk di kerusi malasnya di dapur
rumah Uncle Peter ni. Mataku ralit merenung setiap inci wajah granny
yang menua, berambut putih berkerinting, berbaju favourite blouse
potongan seperti kebaya bercorak bunga-bunga kecil berlatarkan putih
cream, berkain hitam.

35

“Hello girl. there…take one” sahut granny sambil menuding jari ke
balang berisi biskut marie. Aku tersenyum dan mengambil sekeping
biskut itu. Dah jangka! Granny memang suka sangat dengan biskut
marie. Suka sangat menyuakan kepingan biskut marie kepada cucu-
cucunya apabila berjumpa atau cucunya lalu di hadapannya.

“Thank you granny” lidahku kelu untuk berkata. Granny …dia dah
tak ingat lagi nama cucu-cucunya. Dia hanya memanggil dengan
sebutan Girl! Boys!.

“Mummy, we are back. Do you remember me? I am Swee Neo” mak
aku pula ambil alih berborak dengan granny. Bibirnya tersenyum tetapi
matanya mula mengeluarkan cecair hangat yang bertakung di kelopak
mata.

“Ya Swee Neo. Staying in Kedah. When she will arrive ?” Granny
bertanya kepada mak. Dia lupa anaknya itu dah ada di depan matanya.
Tak lama selepas itu, abah datang bersama dua orang abangku.

“Mummy, we are back.” Abah menegur granny. Dia turut menyalam
dan mengisyaratkan abangku untuk bersalam dengan granny

“Swee Neo and her family infront of you mummy” giliran Uncle
Peter pula menyambung. Uncle Peter ini adalah adik mak dan anak
yang terakhir dalam keluarga mak.

36

“Swee Neo. Happy New Year. Come have this biscuit. Boys, take
that” akhir granny mengarahkan semua untuk makan biskut marrie.

“Mummy nak makan apa? Do you want milo?” mak aku pergi
membancuh milo selepas menerima anggukan.
Suasana petang raya riuh dengan adat ‘makan besar’ dan sembahyang
kepercayaan masyarakat Cina. Aku dan keluarga menghabiskan masa
petang kami dengan makan angin ke Dataran Pahlawan untuk bersiar
dan mencari kasut raya. Dataran Pahlawan adalah mall yang besar dan
trademark di Melaka. Terpisah kepada dua bahagian iaitu bahagian
tingkat atas yang menempatkan padang luas untuk aktiviti beriadah,
bermain bola sepak dan sebagainya. Manakala bahagian tingkat bawah
menempatkan shopping mall barang-barangan ternama. Keluasan
keseluruhannya adalah 7.7 hektar.

Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami memilih duduk santai di
bangku dan melihat telatah pengunjung yang lain. Ada yang sedang
bermain roller skate di sepanjang laluan. Ada yang sedang bermain
belon berbuih dan tak kalah berskooter.

37

“Mak dah nampak nak tenat. Dah call Suhanis ka beritahu?” aku
tersedar dari lamunanku yang panjang apabila terdengar suara ayah aku
memulakan perbualan dengan mak. Mataku masih ralit memandang
persekitaran di hadapan.

“Dah cuba call, tetapi tak dapat. Dia busy nak exam kot tak silap”
mak menjawab pertanyaan abah. Kenapa kakakku tak balik sekali ke
Melaka? Mesti anda tertanya–tanya kan?

Sebab…dia sekarang jauh beribu-ribu batu dari Malaysia. Kakakku
sekarang menuntut di bumi Australia. Dia menyambung pengajian di
sana bawah program maktab di Macquerie University, Sydney.
Hubungan aku dengan kakakku agak rapat sebelum dia ke sana.

Namun .. sejak akhir-akhir ini segalanya semakin renggang. Kakakku
ini merupakan anak kesayangan mak dan ayah. Almaklumla dia pelajar
cemerlang. Dia juga pelajar top zaman di sekolah.

Dalam diulit dengan hanyutan mengingat kakakku, bahuku dicuit oleh
ayahku untuk mengembalikan fokus yang lenyap sebentar tadi. “Jom,
dah pukul 6 petang sekarang. Tak solat lagi ni” abah memimpin tangan
abangku manakala aku pula memimpin tangan mak.

38

Setibanya sampai di rumah kampung kami iaitu rumah Uncle Peter,
suasana Raya Cina semakin debar terasa. Pokok bunga di luar pagar
dihiasi dengan angpau yang telah dijadikan bentuk origami serta
digantung pada dahannya.

“You orang dah makan ka?” sapa Uncle Peter di muka pintu rumah
yang telah dihiasi dengan tirai berwarna merah.

“Ya, nak solat dulu Peter. Makan ringan-ringan saja tadi” sahut
abahku.

“Peter…Mummy macam mana, dah makan ka? Dia lalu makan tak?”
sampuk mak aku. Wajahnya kelihatan risau memikirkan keadaan
granny. Segala kemungkinan yang buruk boleh terjadi.

“Mummy..sebentar tadi..” Jeda. Mimik muka yang berkerut yang
jelas kelihatan. Something dah berubah sekarang. Uncle Peter
menggeleng. “Dia tak boleh telan. Jadi kami hanya bagi minum air ”
Semua mengganguk faham. Sepi. Hanya angin sepi yang menyapa saat
ini. Hanya suara lagu raya yang terpapar di skrin televisyen di ruang
tamu menemani. Walaupun aku tak faham lagu itu, mataku lekap ke
skrin. Akhirnya, mak dan ayah aku masuk ke bilik tidur pertama yang
khas menjadi bilik kami apabila balik ke Melaka untuk solat.

39

Gedegung! Bunyi pintu pagar menarik diriku untuk melirik ke luar. Ku
melihat figura sepupuku sedang mengendong beg-beg kertas daripada
beberapa jenama seperti Carlo rino dan Padini. Persiapan terakhir
untuk raya esok mungkin. Telahku dalam minda

“Hey, you guys dah makan?” sepupuku yang manis jelita, berkulit
putih dan berambut panjang paras lengan menegur kami. Dia adalah
Fenny anak pertama Uncle Peter. Fenny berusia sebaya abang pertama
aku iaitu 18 tahun. Beg yang dipegang diletakkan di tepi tangga.

“Hey Fenny, Haah ya …sudah. Baru habis shopping raya ka?” abang
pertama aku menjawab. “Ya..Ehh jom main bunga api sebentar lagi. I
ada beli tadi. So, I naik atas dulu ya.” Fenny mengajak kemudian dia
mengusung beg tadi menaiki tangga tetapi terhenti seketika

“ Kalau you nak minum apa-apa air kotak, ambil kat tempat biasa”
dia menghabiskan sebelum menyambung semula langkah ke atas.

Semasa aku memasuki dapur, aku melihat mak dan ayah baru selesai
keluar dari bilik air. Mandikan granny. Aku membuka peti
sejuk…melihat teh bunga favourite tersedia pandangan mata.

40

“Mummy, do you do not wants to eat?. Jelingan mata aku meloroti
mak aku sedang memakai pakaian kepada granny sambil dibantu oleh
Uncle Peter, Uncle Sunny dan ayahku. Sahutan hanya dibalas dengan
gelengan.

“Dah wangi mummy. Jom masuk tidur. Esok dah nak raya” badan
granny diselimuti dengan selimut berwarna maroon. Abah menggamit
aku untuk turut serta mengucapkan selamat malam dan mencium
tangan granny dalam bilik tidur dalam bahagian dapur ini.

“Esok, kita nak pergi raya mana?” soal aku dan abangku semasa kami
sedang berbaring untuk tidur di atas tilam comforter ini.

“Esok kita duduk dulu sehingga petang. Lepastu baru keluar ke
rumah Uncle Harry dan Uncle Ronnie. Lagipun ramai yang akan
datang ke rumah granny pagi esok”

Dalam fikiran kanak-kanak seperti aku ini sudah teruja memikirkan
duit raya yang bakal diterima nanti. Mungkin? RM100 tahun ni.
Mata yang berat dibuka perlahan-lahan apabila cahaya silauan
menganggu pacainderaku. Aku melihat ayahku sedang mencari
pakaian untuk dipakai harini dalam lipatan beg sandangnya. Aku keliru
seketika. Ahh!! Lupa hari ini Chinese New Year. Dengan senang hati,
mata terasa segar dan zap!! Pantas aku bangun dari pembaringan.

41

“Haa dah bangun. Pergi basuh muka, satgi makan sarapan” sapa
ayahku.

“Mak mana? Granny semua dah makan ka?” aku menyoal sambil
membelek beg pakaianku. Aku mengapai baju blouse berwarna purple
bercorak bunga-bunga kecil dan seluar jeans.

“Mak ada kat dapur. Tadi bagi Granny mandi. Semua dah makan”
“Dah, pergi siap. Orang dah nak mai raya” ayahku memberikan
jelingan tajam. “Satgi tak sempat makan pula” dia telah mengeluarkan
suara veto.

Aku yang dah seram sejuk dengan intonansi abah terus melangkah
dengan pantas ke luar. Aku bergerak melalui laluan kecil ke ruang
dapur yang terletak di bahagian belakang rumah kayu ini.

“Pagi mak, morning granny, Uncle Sunny” aku menyapa dengan
ceria.

“Granny, can I have some of your biscuit marrie?” aku menunjukkan
balang biskut marrie kepada Granny dan mak. Granny hanya
membalas dengan senyuman lemah.

42

Aku pantas mengambil balang panjang biskut marrie itu lalu aku
suakan kepada mak, Granny dan semua yang ada di dapur ini. Aku
disuruh oleh makku untuk bersiap segera sebab sekarang jarum jam
terpapar di dapur dah menunjukkan angka 10 pagi.

Harini aku memakai pakaian blouse berwarna purple dipadankan
dengan seluar jeans berwarna blue black. Rambut yang sedia potongan
pendek disisirkan dengan lembut. Tepat pukul 10 lebih memang betul
jangkaan mak, orang dah mula berpusu datang beraya. Keluarga
pertama adalah keluarga Uncle Ronnie, abang mak yang kedua
bersama isteri dan anak-anaknya. Jason dan Boboy yang kacak
mengenakan samfoo berwarna merah. Kepercayaan warna merah
membawa kepada tuah. Orang kata banyak ong. Tetamu kedua yang
tiba adalah family Aunty Ahpeng, isteri Uncle Peter. Aku cuma
tersenyum dan menyapa mereka menyebut ‘Happy New Year’ dan
‘Nyennyen nyo yi’. Kata yang dituturkan oleh jiran rumah kampung
kami ini.

“Hey, you orang balik sini sampai bila?” sapa sepupuku Jason ketika
dia duduk di kerusi merah yang terletak di ruang luar rumah.

“Tak tahu lagi. Mungkin 5 hari sehingga habis cuti sekolah” abang
aku membalas. Aku tak berapa pandai bercakap. Jadi hanya memberi
respon lebih kepada senyum, dan mengangguk sahaja mengiakan apa-
apa yang diucapkan.

43

“Petang ni datang rumah Uncle Ronnie raya tak?” sambung Jason.

“Ya, datang mungkin pukul 4 kot” sambung abang pertama aku
bernama Syah.

Sepi semula. Masing-masing menyantap kuih-kuih yang terbentang di
depan mata. Ada juga makanan seperti asam, jeli. Wajib!! Hanya waktu
Raya Cina saja dapat menikmati begini. Jason dan lain-lain kemudian
pergi ke dapur untuk berjumpa dengan Granny dan Uncle Sunny. Aku
juga mengikuti. Dah jadi macam rombongan Mak Jenah.

“Ehh, kita orang balik dulu. Jumpa nanti. Nah angpau from Uncle
Ronnie” ucap Jason dan Artick.

Dalam sibuk menjalani suasana hari raya, petang dah menjelma tiba.
Abah dan mak pun dah bersiap untuk keluar ke rumah Uncle Ronnie
dan Uncle Harry. Jarak nak ke rumah mereka tidak jauh, masih dalam
kampung Banda Kaba ni juga. Boleh jalan kaki ja.

44

“Happy New Year!!” kami mengucap lagi apabila tuan rumah iaitu
Aunty Len Fong membuka pintu bagi kami. Rumah Uncle Ronnie ini
merupakan rumah pangsapuri yang berada di tingkat 5. Di rumah ini,
kami dihidangkan dengan air kotak kundur. Kami duduk tak lama
hanya dalam 20 minit saja sebelum bergerak ke rumah Uncle Harry
yang berada di seberang pangsapuri.

“Hello Uncle Harry and Velin, Happy New Year” kami menyapa
Uncle Harry pula. Disini dihidangkan dengan air kotak ais lemon tea.
Di saat mak sedang berborak dengan Uncle Harry. Tiba-tiba…telefon
bimbit Nokia abah bordering nyaring. Tertera nama Uncle Peter disitu.

“Hello Peter, ya…mm…” kami semua menoleh melihat abah.
Reaksi wajahnya menampakkan tidak senang. Bagaikan awan
mendung menghiasi wajahnya. Abah hanya menggangguk tanpa
berkata. Dia terdiam.

“Baik, kami segera sekarang” abah pantas menutup telefonnya.
“Cepat, mummy dah nazak” Abah membalas sebaris dengan terburu-
buru. Terkejut! Semua pantas berdiri dan sepantas kilat boleh berlari-
lari anak balik ke rumah Uncle Peter memakan masa selama 10 minit.

“Ya Allah, cepat bang. Semoga kita sempat tiba” ucap mak semasa
dalam keadaan berlari anak.

45

“Mummy!! Peter! ucap mak dan abah segera semasa masuk ke dalam
rumah. Tak cukup tanah berjalan laju ke dapur. Aku yang berada di
sana memerhatikan tubuh Granny terlayu longlai berbaring di kerusi
malasnya yang telah ditarik menjadi seperti katil. Nafas Granny
termengah-mengah. Macam nyawa-nyawa ikan. Semua setia di sisi,
memegang tangan granny, dan sekelip mata…dada yang berombak
terhenti. Tubuh yang bergerak sebentar tadi menjadi kaku. Abah
menutup mata Granny dengan tapak tangannya menggunakan cara
Islam. Kelopak mata dibasahi dengan aliran yang tidak henti. Suasana
pilu dirasakan pelusuk rumah ini.

Kemudian, kami segera berbincang dan bertanya kepada Uncle Peter
prosedur pengebumian Granny secara Kristian. Perlu memanggil
doktor hospital atau klinik untuk pengesahan, dan melapor kepada
gereja serta laporan polis. Aunty Ahpeng mengarahkan sepupu-
sepupuku untuk mengemas di seluruh rumah dan ruang tamu sebagai
tempat untuk meletakkan mayat.

Semua hiasan sticker berwarna merah, langsir, hiasan angpau di pokok
dicabut dan diletakkan dalam plastik dengan sepantas mungkin.
Manakala tempat sembahyang kepercayaan orang Cina ditutup dengan
kain putih. Kerusi dialihkan ke luar. Tinggal kosong di bahagian ruang
tamu yang bersaiz sederhana ini. Di luar rumah, seluruh meja untuk
majlis makan malam (open house) sempena Raya Cina dialihkan ke
rumah jiran bertentangan iaitu rumah Pakcik Harun. Sementara
menunggu kelulusan pengurusan gereja, dan mendapatkan kebenaran

46

untuk pengebumian kubur bersebelahan dengan grandpa. Majlis tetap
diteruskan tetapi penuh dengan kesepian dan kehibaan. Tiada bunyi
percikan bunga api dinyalakan. Lewat malam selepas majlis ringkas
berakhir, kami mendapat khabar bahawa mayat granny akan disimpan
selama 3 hari mengikut adat agama Kristian. Sebenarnya terdapat 3 hari
boleh pilih iaitu pada esok hari, disimpan 3 hari dan disimpan 5 hari.
Hal ini kerana menunggu saudara jauh dari Singapura atau menetap di
luar negara untuk memberi penghormatan terakhir.

Malam kedua, mak dapat menghubungi kak dan mengkhabarkan
kepergian Granny. Kak tidak banyak berkata…hanya menzahirkan
takziah dan memberikan kata-kata semangat kepada mak. Dia tidak
dapat pulang ke Malaysia.

Hari pengebumian, upacara dimulakan dengan perarakan membawa
mayat ke gereja di St Francis Xavier terletak hanya 15 minit,
bersebelahan dengan TNB di Banda Kaba ini. Upacara pengebumian
cara kristian memerlukan semua perlu memakai pakaian hitam atau
putih. Aku dan family aku hanya menunggu di rumah Uncle Peter
sehingga mereka selesai di gereja.

Pandangan terakhir aku menatap keranda granny semasa ditanam
dalam perkuburan membawa sejuta perasaan yang tidak tergambar.
Juga…segalanya masih jelas sehingga sekarang.

47

Bab 6 –
UPSR!
Debaran Terasa

48

Bab 6 - UPSR!
Debaran Terasa

Panahan cahaya menerobos ke dataran perhimpunan ini.
Juga…menerobos hingga ke dalaman mata. Aduhh! Sakit ya
amat. Silau mata. Bila la nak habis ni? Bisikan-bisikan pelajar
mula bingit menghiasi seluruh alam. Pukul 7:30, perhimpunan masih
rancak berjalan.

Hari ini perhimpunan hari Isnin, dengan adanya ceramah lebar cikgu
mengenai laporan kebersihan sekolah, kelas. Diikuti, pengumuman
kelas paling bersih dan teguran mengenai pelajar darjah 6. Ya aku kini
dah menginjak darjah 6, senior paling atas kalau ikut piramid tahap
sekolah kebangsaan. UPSR semakin datang menghantui setiap pelajar
darjah 6. Aku dan Amirah tetap teguh menahan kelopak mata. 99
peratus fokus cuba diberikan walaupun cahaya matahari setia menanti
tegak di atas kepala.

49


Click to View FlipBook Version