The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sinopsis
Kisah ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama introvert kacukan Melayu- Cina Baba Nyonya yang bernama Syahira yang mengimbau kembali memori semalam dalam ingatannya setelah dia meningkat dewasa. Dia mengingat kembali sejak berusia 6 Tahun dia telah kehilangan kasih sayang tok sebelah ayahnya. Lebih tragis kehilangan grannyanya sebelah ibunya di hari raya Tahun Baru Cina. Kemudian bermulanya kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah kelambatan dan pembulian. Namun, disebalik semua itu masih tersemat sebuah kemanisan. Mampukah Syahira bangkit mengharungi kehidupannya? Nantikan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyifasuberi99, 2022-08-12 07:56:16

Memori Semalam

Sinopsis
Kisah ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama introvert kacukan Melayu- Cina Baba Nyonya yang bernama Syahira yang mengimbau kembali memori semalam dalam ingatannya setelah dia meningkat dewasa. Dia mengingat kembali sejak berusia 6 Tahun dia telah kehilangan kasih sayang tok sebelah ayahnya. Lebih tragis kehilangan grannyanya sebelah ibunya di hari raya Tahun Baru Cina. Kemudian bermulanya kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah rendah yang mengalami masalah kelambatan dan pembulian. Namun, disebalik semua itu masih tersemat sebuah kemanisan. Mampukah Syahira bangkit mengharungi kehidupannya? Nantikan

Keywords: #MemoriSemalam #Ebook

“Pisstt, aku rasa mengantuk sangat wey. Nak sandar sat kat belakang
bahu kau ya” Amirah bertanya dan kepalanya dilentokkan di belakang
bahuku untuk beberapa minit. Sebelum sesi pengetua untuk
memberikan ucapan.

“Bulan 5 akan dilaksanakan peperiksaan pertengahan tahun.
Manakala pelajar darjah 6, awak akan jalani peperiksaan percubaan.
Jadi saya menjangkakan keputusan untuk pertengahan dan percubaan
ini akan dilakukan yang terbaik oleh kamu semua. Terutama pelajar
darjah 6, awak dah nak semakin hampir dengan UPSR. Keputusan
percubaan ini akan memberi kesan semasa UPSR sebenar, jangan
main-main…” panjang lebar Pengetua Puan Aisyah memberikan
ucapan.

“Ehh…yang tersenggok tu bangun. Adakah ini cerminan diri
kamu…” Puan Aisyah menaikkan oktafnya untuk menyedarkan semua
pelajar yang hilang fokus dan tersenggok ke bintang. Orang kata
bebelan. 15 minit juga ucapan. Akhirnya!! Perhimpunan dah selesai
dengan lagu sekolah dan negeri. Kemudian, kami berarak ke kelas
masing-masing. Pintu kayu yang tertulis 6 Kreatif dimasuki oleh kami.

50

“Sekarang masa kelas cikgu apa wey?” Aku bertanya kepada Amirah
semasa kami menarik kerusi untuk duduk. Ahh!! Aku dan Amirah
dapat naik ke kelas yang sama iaitu 6 Kreatif. Kami memang seperti
belangkas rapat dan tak termiss sama-sama satu kelas.

“Kelas Bahasa Melayu Cikgu Roshada. Harini kita akan buat
karangan tak silap” Amirah membalas sambil mata meneliti buku
catatan kecil yang terletak jadual.

“Weyy…karangan surat tidak rasmi minggu lepas aku tak siap lagi.
Habis la” Amirah tersedar sesuatu apabila membelek buku khas untuk
karangan.

“Kau dah siap ka?” Amirah menyoal aku sambil tangannya ligat
menulis sisa karangan yang tidak selesai.

“Aku dah buat, tetapi format macam lari aja” aku menggaru
tudungku yang tak gatal.

“Tak apa asalkan kau dah siap. Aku tinggal perenggan last terlupa
wey” Amirah masih menekap matanya macam nak tembus ke buku.

“Bangun!!” ketua kelas Aina memberi arahan

51

Semua sepantas kilat berdiri tegak “Assalamualaikum cikgu” semua
mengikut ucapan ketua kelas. “Selamat pagi cikgu” semua pelajar
berucap dan menunggu ucapan balas dari Cikgu Roshada.

“Selamat pagi kelas…duduk” Cikgu Roshada meletakkan bukunya
dan mengarahkan kami untuk duduk.

“Harini kita akan belajar cara menulis karangan surat rasmi. Ini
penting sebab boleh menjadi salah satu soalan peperiksaan UPSR nanti.
Sebelum itu, cikgu nak tanya, siap tak karangan minggu lepas?” Cikgu
Roshada menikam satu demi satu pelajar. Melihat reaksi masing-
masing. Semua hanya menikus dan menggangguk saja.

“Kalau dah siap, hantar buku karangan sebelum balik nanti. Aina!
Nanti kamu kutip semua buku dan hantar ke meja saya” tegas memberi
arahan.

“Baik cikgu” Aina membalas.

“Semua catat dan dengar baik-baik. Satgi cikgu akan tanya” Cikgu
Roshada tanpa berlengah meneruskan sesi kelasnya dengan
menerangkan dan menconteng langkah-langkah menulis karangan
surat rasmi.

52

“Amni. Kat sini perlu tulis apa?” sesi pertanyaan dah mula. Cikgu
Roshada menunjukkan kea rah baris paling atas iaitu perlu menulis
nama pengirim dan alamat pengirim.

“Nama..pengirim dan alamat pengirim cikgu” Amni menjawab
dengan jaya. Cikgu Roshada tersenyum dan mengangguk tanda betul.

“Semua, kerja untuk kelas hari ini perlu hantar lusa. Tak ada
pertimbangan lain. Faham!!” kata Cikgu Roshada sebelum beredar.

Kelas matematik pula dilaksanakan dengan topik algebra. Topik yang
terpaling susah setakat ini. Kelas telah dikendalikan oleh Cikgu
Badriyah. Cikgu Badri ini pantang dengar tapak kaki mampu
menggegarkan seluruh kelas kreatif ini. Juga.. tidak lupa homework
yang tak pernah tertinggal.

Amirah dan aku sama-sama mengeliatkan tubuh dan mengepakkan
jari-jari tangan selepas 3 sesi pembelajaran untuk empat subjek tanpa
berehat.

“Banyaknya weyy kerja hari ini. Jom bincang sama–sama lepas
habis sekolah satgi. Sempat sebelum parents kita mai.”

Aku hanya menggangguk mengiyakan cadangan Amirah. Sejak masuk
darjah 6, memang betul nak berperang sungguh. Tak menyempat!

53

Berpusu-pusu kerja masuk. Cikgu sedang bertarung anugerah siapa
gerangan yang bagi banyak homework kot? Aku termanggu sendiri.
Pack jadual dengan kelas tusyen. Pengsan! Bisik hati kecilku mencoret
coretan mengenai kehidupan darjah 6.

“Kau ada kelas tusyen kan petang nanti sampai malam” Tanya
Amirah dengan pandangan yang bersimpati.

Hembusan nafas dikeluarkan seperti menghembus beban yang
menyelubungi diri. Letih! Penat! By the way, tempat tusyen aku tu
namanya Asasi Teguh. Sepupuku juga tenaga pengajar untuk subjek
Bahasa Inggeris. Semua guru di situ memang cemerlang dalam bidang
masing-masing. Tempat dia adalah kawasan rumah kedai yang
strategik. Paling favourite bila masa rehat, aku suka beli aiskrim
rainbow kat kedai serbaneka tingkat bawah.

Perkara kedua yang aku suka masa kelas sepupuku bila dia ajar, dia
pandai selitkan humour. Paling tak lupa Shrek. Pasal apa sebab dia agak
berisi sedikit. Nama dia…aku lupa pula. Dalam satu kelas ada dalam
18 orang pelajar. Paling top kat kelas adalah….Izrin (kaya tetapi
pendiam), Shrek (terlebih mulut bercakap, macam burung murai),
Akmal (naughty dalam kelas, suka mengusik orang). Mereka bertiga
antara yang stand out dalam kelas. Berjaya mencuri perhatian aku dan
kawan sekelas masa waktu tusyen.

54

Fikiran yang melilau mengingat pasal tusyen beralih semula ke realiti.
Aku dan Amirah mula mengemas untuk keluar berehat. Menu hari ini
yang menjadi pilihan adalah bihun sup dan air teh ais, tetapi sebelum
itu, kami singgah sebentar di koperasi untuk membeli buku nota bersaiz
sederhana. Buku Bahasa Inggeris dah habis.

Pakcik Mat, penjual koperasi yang berada dalam lingkungan umur 50-
an seorang yang ramah dan banyak bercerita pasal isu terkini kat
sekolah dan dalam televisyen. Selepas selesai membuat pembayaran
sebanyak RM5, kami berjalan pantas beratur di barisan. Boleh tahan
panjang!

Bihun sup yang berasap dari beberapa meter sebelum sampai ke
kaunter berjaya mengeluarkan aroma yang mengeliurkan tekak aku.
Cepat sikit! Aku berkata sendiri dalam hati. Menu bihun sup
merupakan menu terhangat kat kantin. Orang utara kata pisang goreng
panas. Laju habis kalau terlambat. Harap-harap masih ada portion
untuk aku dan Amirah. Tiba giliran aku selepas sesi berperang,
berhimpit macam sardin .Fuhh! Ada.

Aku tersenyum sendiri melihat masih tersisa 5 mangkuk lagi. Sepantas
kilat aku merampas dua mangkuk lalu meminta makcik meletakkan sup
segera. Amirah pula berdiri di belakang aku. Kemudian, aku pass

55

bahagian dia dan membuat sesi pembayaran untuk aku dan dia
menggunakan duit masing-masing. Lega! Bebas daripada himpunan
manusia sardin tadi. Hari ini lokasi yang menjadi port kami adalah
berhampiran tepi kolam

Nikmat!! Namun tak boleh relax. Masa sangat mencemburui kami.
Mengejar dengan pantas sepantas kami menghirup sup yang masih
panas membakar. Tinggal 5 minit lagi!! Mata aku terbuntang luas
mendengar amaran Amirah yang sesekali menjeling jam di
pergelangan tangannya. Air teh ais dua kali teguk. Tak menyempat
untuk feel kenyaman teh ais ini.

Kelas lepas ini Pendidikan Islam yang akan diadakan di surau. Surau
di sekolah bersebelahan dengan bilik kemahiran hidup di sebelah kiri
dan beranda untuk belajar dan lepak outdoor di sebelah kanan. Hari ini
kami akan belajar tentang perkara yang membatalkan solat dan aturan
mengambil air wudhuk.

“Sekarang, ustaz nak kamu semua salin kat dalam buku nota. Rujuk
dalam buku teks muka surat 20 hingga 21” Arah ustaz Shahbudin
selepas menerangkan mengenai perkara yang membatalkan solat dan
aturan mengambil air wudhuk.

56

“Ustaz nak ingatkan, tajuk ini penting. Ramalan untuk UPSR tahun
ini. Ingat UPSR kamu dah tak lama, lagi 5 bulan sahaja. Bulan depan
dah percubaan” tegas ustaz memperingatkan kami satu demi satu.

Ya, semakin hari semakin dekat, semakin rasa debaran yang menggila
di dada. Percubaan ini adalah penting. Markahnya akan digunakan
semasa memohon sekolah tingkatan 1 nanti terutama bagi pelajar yang
meminta sekolah berasrama. Namun aku bercadang nak sekolah sekali
dengan Amirah. Kami berdua plan nak minta SMK Bandar Aman.
Amirah berjanji akan sentiasa ada dengan aku. Namun, keluarga aku
tak setuju aku sekolah luar dari kawasan perumahan aku. Mereka
mahukan aku sekolah berhampiran dengan rumah. Boleh jalan kaki.
Senang! Tak perlu pening pasal transport. Itulah alasan yang diberikan
oleh mereka.

Tik tok tik tok! Akhirnya peperiksaan percubaan yang ditakuti oleh
semua pelajar darjah 6 sudahpun tiba. Meja di dewan dan setiap kelas
darjah 6 rancak bergeser antara satu sama lain bersatu dengan kerusi.
Slip maklumat setiap pelajar dilekatkan di sisi atas meja belah kiri.
Sesekali terdengar laungan pegawas bertugas yang membantu guru
dalam mempersiapkan meja dewan memanggil antara satu sama lain
untuk bertanya dan memberi arahan.

57

Keesokan hari, detik exam percubaan akhirnya tiba. Setiap pelajar
memasuki dewan dengan membawa slip kertas yang disediakan
sebelum ini. Setiap langkah diikuti dengan debaran yang menggila.
Kertas pertama adalah subjek Bahasa Melayu. Kedudukan aku dalam
dewan ini jauh di belakang juga. Apabila pengawas membolehkan
kami membuka kertas peperiksaan percubaan. Aku menghela nafas
lega. Kena dengan target yang dibincangkan oleh guru di sekolah dan
tempat tusyen. Masa menjawab soalan adalah selama 1 jam setengah.

“Weyy, kau boleh jawab tak?” aku menyerang Amirah apabila selesai
keluar daripada dewan.

“Boleh wey. Tepat mengena sasaran. Aku study contoh esei pasal
percutian tu semalam” Kami berjalan beriringan selepas menyimpan
semua perkakas dalam beg sandang sekolah

Exam kertas berikutnya adalah kertas matematik. MasyaAllah, subjek
yang tak boleh ngam dengan aku. Banyak juga soalan main tembak.
Ada tiga soalan yang tak cukup masa menjawab. Masa depan mengenai
matematik dapat dijangka selepas keluar dari dewan. Namun tak apa,
jangan putus asa Syahira. You can keep going up! Masih ada
kesempatan sebelum UPSR sebenar. Bisik aku dalam hati.

58

Cepat tiga hari berlalu, peperiksaan percubaan menutupkan tirai. So far,
subjek yang aku boleh skor adalah Bahasa Melayu, sains dan
Pendidikan Islam. Subjek yang aku tak ngam adalah matematik dan
Bahasa Inggeris. Walaupun sepupu aku adalah guru Bahasa Inggeris.

“Kelas, jangan sedih dengan results percubaan kamu. Ingat, masih
tersisa 2 bulan lagi untuk pulun sehabis mungkin. Sesiapa nak masuk
MRSM, take note dan sentiasa peka. Okay, kita sambung bincang
soalan apa yang kamu salah”

Cikgu Roshada meniupkan kata semangat kepada kami dengan tekun.
Kemudian, dia beralih semula ke kertas soalan dan skema yang berada
di tangan. Terdapat dalam 10 soalan berjaya dibincangkan dalam masa
1 jam setengah.

“Weyy, hang betul berapa soalan bahagian objektif ini? Aku betul
20 soalan” soal aku kepada Amirah.

“Aku betul 21. Markah keseluruhan berapa?” bermula sesi
mengorek keputusan masing-masing.

59

“Aku tak dapat A. Aku cuma dapat 65 peratus saja” Aku menutup
semula bahagian yang memaparkan keputusan. Range 60 hingga 79 ini
adalah gred B. Banyak drag dengan soalan esei. Giliran aku
menjongketkan kening menyoal Amirah. Amirah membalas dengan
bahasa tubuh. Menzip mulut. Ciss

“Alaa, bagitau aja. Selalunya skor hang gempak” aku cuba mencuri
menjeling muka hadapan yang memaparkan markah keseluruhan. Sipi-
sipi terlihat angka 7 untuk nombor pertama sebelum Amirah menutup
keseluruhannya.

“Yess, dah nampak…75 betul tak?” aku meneka digit kedua. Wajah
Amirah menunjukkan keterkejutan. Mesti betul ni. Bisik aku dalam hati
kecilku.
Kelas seterusnya adalah subjek Sains, gurunya ialah Cikgu Atiqah.
Markah yang aku dapat untuk Sains adalah sebanyak 80 peratus.
Alhamdulilah. Subjek sains ni aku dan Amirah okay saja. Kertas
percubaan terakhir yang dibincangkan adalah subjek Bahasa Inggeris
oleh Madam Puspa. Bahasa Inggeris ini pula skor aku dalam 55 peratus.
Aku banyak lemah bahagian literature dan karangan. Grammar
hangus.

60

Tiga bulan berlalu dengan pantas. Bulan exam UPSR sebenar
berkunjung jua. Kelas tusyen harini diakhiri dengan jamuan yang
dikumpulkan oleh semua guru di Asasi Teguh. Aku menyalam Cikgu
Asiah, pemilik Asasi Teguh merangkap guru Matematik disini.

“Syahira, ingat pesan cikgu. Jangan tinggal kosong. Lakukan latihan
tubi. Kamu boleh” ucap Cikgu Asiah. Dia memelukku dengan erat.
Hangat! Terasa berat untuk berpisah dengan mereka. Cikgu Asiah ini
umpama mak untuk semua students kat Tusyen Asasi ini.

Aku mengganguk dan tersenyum. Bibir menitipkan sebutan terima
kasih semasa pelukan terlerai. Hanya aku dan Cikgu Asiah. Kemudian,
beralih kepada Cikgu Ahmad, suami Cikgu Asiah merangkap guru
Bahasa Melayu di Asasi. Aku mengganguk dan menuturkan ucapan
yang sama seperti Cikgu Asiah. Kedudukan di tengah adalah guru
subjek sains Cikgu Asniza, seterusnya Cikgu Mazliza merangkap
sepupuku. Semasa memeluk sepupuku itu, dia berbisik mengucapkan
semangat dan mengajak untuk balik sekali dengan dia hari ini.

Empat hari berikutnya, semua pelajar dan guru tahun 6 berkumpul
untuk sesi majlis mohon restu. Majlis ini adalah majlis yang wajib
untuk setiap batch tahun 6 untuk memohon restu, kemaafan dan
menghalalkan segala ilmu. Di saat inilah setiap pelajar akan mula
dihimpit perasaan sebak dan insaf. Kebanyakan akan berdrama air

61

mata. Ada yang menangis biasa-biasa, ada juga yang akan menangis
mendayu lama sehingga sesi pembelajaran dalam kelas. Bagi aku, tidak
mengapa untuk menangis, tetapi biarlah berpada-pada. Kita perlu
buktikan janji yang ditaburkan kepada guru. Jangan insaf sekejap saja.
Kemudian, lakukan semula kesilapan. Itu pendapat saja.

Di barisan yang panjang ini terdiri guru-guru yang mengajar kelas
kreatif, cekal, setia dan rajin. Di depan aku berdiri Aina, Amirah yang
mula menyalam satu demi satu guru, apabila tiba giliran aku melihat
guru kelas sendiri auto memecut perasaan sebak dalam dada, tetapi
control lagi. Aku menyalam Cikgu Badri, memeluk dan membisikkan
kemaafan, menghalalkan ilmu dan meminta maaf dengan diri yang
lemah sangat dengan matematik. Cikgu Badri hanya menepuk
belakangku dengan lembut sambil berkata Syahira boleh. Syahira dah
menunjukkan banyak peningkatan terutama semasa percubaan
walaupun tak dapat B dengan A, tetapi masih kredit C.

Di dalam kelas untuk setiap subjek, semua guru memberikan pesanan,
motivasi terakhir sebelum exam UPSR yang akan bermula tiga hari
lagi.

“Ingat semua, kamu dah berjaya harungi sehingga sekarang. Usaha,
doa dan tawakal. Okay setakat itu saja ucapan last cikgu.” ucap Cikgu
Atiqah menutup tirai subjek Sains. Cikgu Atiqah sepanjang mengajar
dalam kelas kreatif ini merupakan seorang yang penyayang, penyabar
dan guru yang aku rapat. Banyak bagi nasihat, semangat bukan untuk
sains sahaja malah nasihat umum untuk belajar subjek lain juga.

62

Aku berdiri di hadapannya lalu ku memeluknya dengan erat dan
mengucapkan ucapan terima kasih kerana sentiasa ada di sisiku. Cikgu
Atiqah tersenyum. Bibirnya bergetar menahan sebak yang berkunjung
di mata.

Periksaan terakhir aku lakukan sebelum mengambil beg sandangku.
1. Slip selesai
2. Alat tulis cukup
3. Calculator ada

Okay. Here we go. Aku menarik nafas dan menghembus berkali-kali
bagi menghilangkan rasa nervous ini. Sebelum memasuki dewan
peperiksaan. Wakil ketua kelas membaca doa penerang bersama secara
beramai-ramai di perhimpunan ini. Aku melangkah dan duduk di
tempatku. Slip diletakkan di tepi meja untuk pemeriksaan oleh
pengawas peperiksaan bertugas. Kertas dibuka setelah membaca doa
Al Fatihah dan 3 Qul. Dan segala perjalanan baru akan diukir lagi
setelah fasa ini.

63

Bab 7 –
Balik ke
Realiti

64

Bab 7 – Balik ke
Realiti

Aku tersedar dari lamunanku yang panjang berjela. Dari
fikiranku yang terbang jauh dihilangkan dalam memori
semalam saat aku masih berusia 6 hingga 12 tahun. Aku
dibawa ke alam nyata. Ku memandang ke sekelilingku dan melihat
sahabatku Joanne dan Rachel sedang menggawang tangan mereka di
hadapan wajahku.

“Hey Syahira. What in your mind? Are you okay?” ucap Rachel.
Dia menggeleng kepalanya melihat telatah diriku. Manakala Joanne
pula hanya ketawa nipis sambil tangannya lincah menulis nota di
notebook mini berwarna peach and blue pastel.

65

“I.. am fine. Just some memory hit me off.” Aku membalas
pertanyaan Rachel sambil mengangguk kepala. Aku tersedar. Kini, aku
berada dalam kelas Dr. Smith, pensyarah bagi subjek Designing
Educational Research bagi pelajar Year 2 (Part IIA) dalam Education
Course. Ya, aku berjaya mengapai impianku untuk berada di puncak
universiti sekarang. Aku adalah seorang undergraduate students di
University of Cambridge, United Kingdom. Siapa sangka aku mampu
berdiri sendiri sekarang. Walaupun perjalanan yang berliku, berduri
telah diharungi, aku mampu mencapai impian ini.

Aku kembali merenung ke hadapan mendengar penjelasan topik
daripada Dr. Smith. Dewan kuliah ini boleh menempatkan lebih 100
orang pelajar. Sahabat aku Rachel itu merupakan orang United
Kingdom manakala Joanne pula pelajar dari Malaysia sama seperti aku.
Mereka berdua sahabat yang paling akrab, housemate sekali, susah
senang bersama mereka. Nun jauh dari bumi Malaysia, aku hanya ada
mereka berdua menjadi family aku di sini. Biarpun dihimpit dengan
perasaan yang sedih, sebak berpisah jauh daripada family di Malaysia.
Aku mampu melangkah lebih tinggi lagi. Aku mampu berdikari, aku
mampu menyambung dalam bidang pendidikan.

66

Namun disebalik kejayaan hari ini, segalanya dipenuhi dengan
kepingan demi kepingan memori yang dibawa bersama. Membawa
seribu harapan, perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-
kata. Kehilangan sesuatu mengajar aku erti kesabaran, mengajar aku
menghargai setiap inci keindahan yang diciptakan oleh Allah. Jauh di
sudut hati, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua yang
berharga dalam hidupku. Aku rindu! Namun yang pergi itu tidak akan
kembali.

Kelas Dr. Smith telah melabuhkan tirai. Setiap pelajar berpusu-pusu
mengemas, tidak sabar untuk ke cafeteria, ada yang mahu ke library
dan ada yang mahu menikmati keindahan musim Autumn yang
berguguran.

“Syahira, do you want to follow us? We are going to Sport Centre.
Catching up some workout.” Pelawa Rachel disisiku. Aku duduk di
antara Rachel dan Joanne.

“Yes…and watching some handsome dudes too. It will be so
stressful just to looking down on laptop every single days” Joanne
menokak tambah. Cahaya bersinar telah menonjol dalam mata mereka.

“I thinks…I will pass this invitation. I will making a call to my
parents in this evening.” Aku menolak dengan lembut.

67

“Sorry guys. Next time ya” aku mengangkat tanganku memohon
maaf. Aku kurang berminat sebenarnya dengan gym dan seangkatan
aktiviti.

“It’s okay. If you need anything. Just call us okay?” pesan Joanne
sebelum berlalu dengan Rachel.

Aku membalas dengan senyuman dan anggukan. Tangan diangkat
menjadi peace. Selepas 10 minit berlalu, aku juga turut beredar dari
dewan ini.

Sepanjang menyelusuri laluan taman universiti ini, aku merenung
setiap inci persekitaran, memerhatikan pentas langit kebiruan yang
memancarkan cahaya, memerhatikan musim autumn yang indah.
Sekejap dah satu tahun setengah aku menetap di bumi UK ini. Aku
bersyukur dengan apa yang dinikmati pada saat ini. Biarlah apa-apa
kelukaan dahulu pergi buat selama-lamanya.

~ ~TAMAT

68

www.hishamacademy.com

69

www.hishamacademy.com

70

www.hishamacademy.com

71

www.hishamacademy.com

72

www.hishamacademy.com

73

Semua orang mempuyai kisah hidupnya sendiri……

Diri terbentuk dari pengalaman lalu, latar belakang yang
bercampur darah, pendidikan dan meniti titik demi titik untuk
memperoleh kejayaan.

Ada kisah suka dan duka untuk dikongsikan. Ini kisah Syahira

yang tak terlepas dari memori semalam. Ditulis, dapat

dikongsikan melalui eBuku. Mampu menjadi teladan dan

sempadan. Walaupun sukar untuk ditempuhi namun tetap terus

melangkah meniti ke saat ini. eISBN

74


Click to View FlipBook Version