The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATIMAHWATI BINTI TALIB, 2021-09-01 07:15:28

CATATAN PERJALANAN FULLY COMPLETE

1

TARIKH : 06.12.06 / RABU


6.30 PAGI : Bergerak ke KLIA menaiki 3 buah kereta.

8.00 PAGI : Sarapan pagi makan nasi lemak yang ditempah. Ramai juga ahli
keluarga dan sahabat handai yang hantar. Maklumlah nak jalan
jauh. Tambahan pula bilangan yang pergi ni seramai 7 orang.
Sedih juga rasanya hendak meninggalkan orang-orang yang
tersayang, tapi apakan daya keinginan untuk berjumpa dengan ahli
keluarga di sana, lawatan ke beberapa tempat yang menarik dan
perasaan untuk bermain salji menggamit hati kami untuk
meneuskan perjalanan ini.

9.00 PAGI : Lebih kurang satu jam kami menghabiskan masa untuk bermesra
dan menikmati juadah yang ada. Tiba saat yang dinantikan apabila
tepat jam 9.00 pagi, kami mula bersalaman dan berpeluk-pelukan
serta berpesan-pesan kepada ahli keluarga agar mendoakan kami
semua selamat sampai ke destinasi yang hendak dituju. Lambaian
kami berterusan sehinggalah ahli keluarga yang menghantar kami
hilang dari pandangan.

9.30 PAGI : Kami terus melangkahkan kaki menuju ke pintu pagar atau laluan
untuk pemeriksaan terakhir pihak imegresen sebelum kami
menaiki train menuju ke pesawat. Kami sentiasa berjalan dalam
kumpulan dan sebelum melangkahkan kaki ke dalam pesawat kami
membaca doa menaiki kenderaan.,

10.00 PAGI : Alhamdulillah kami telah berada dalam pesawat. Kami duduk
berdekatan walaupun tidak dapat duduk sebaris tetapi masih boleh
berhubung antara satu sama lain. Tepat jam 10.30 pagi
pesawatpun berlepas. Syukur alhamdulillah kami telah dapat
mengawal perasaan takut di peringkat awal ini. Tempat yang
menjadi pilihan ialah di bahagian ekor kapal terbang. Lokasi ini
agak selesa kerana tandas terletak 5 baris di belakang kami.
Tambahan pula nasib kami baik kerana ada tempat duduk yang
kosong.

11.45 PAGI : Pada ketika ini kami menikmati hidangan makan tengahari dalam
pesawat. Makanannay sedap dan menepati citarasa kami.

1.15 TGHARI: Arahan memakai tali pinggang kerana cuaca kurang memuaskan.
Selepas makan ada di antara kami yang menonton movie, main
game, bersembang dan ada juga yang tidur-tidur ayam.






2

2.35 PTG : Alhamdulillah roda pesawat yang kami naiki mencecah bumi
Taipeh. Semua penumpang diminta turun dari pesawat kerana
kerja-kerja pembersihan akan dilakukan. Kami mengikuti laluan
bagi penumpang yang menunggu untuk ke destinasi seterusnya ke
Los Angeles. Tempat pertama yang kami tuju ialah tandas.
Selepas melepaskan hajat, kami mengambil wuduk. Kemudian
kami bergerak ke ruang menunggu untuk solat dan melunjurkan
kaki bagi mendapatkan sedikit keselesaan sebelum meneruskan
perjalanan.

3.30 PTG : Kami bergerak memasuki pesawat. Sekali lagi doa dibaca. Kalau
dari Malaysia ke Taipeh perjalanan memakan masa lebih kurang 4
jam, kali ini dari Taipeh ke LA lebih kurang 18 jam. Itulah
makluman yang dikhabarkan oleh kapten pesawat ini. Kami masih
duduk di bahagian ekor. Di sini ada beberapa tempat kosong, jadi
kami cuba mencari tempat yang selesa sesuai dengan masa
perjalanan yang agak lama. Jam 4.10 petang waktu Taipeh
kapalterbang ini mula meninggalkanb landasan untuk berlepas.

4.10 PTG : Penumpang dihidangkan dengan minuman petang. Dapatlah kami
membasahkan tekak. Menunya hanya jus dan kacang.

5.25 MLM : Penumpang diminta mengisi boring untuk masuk ke LA. Tidak
lama kemudian, 5.30 petang kami dihidangkan makan malam.
Makanannya sungguh menyelerakan tambahan pula sesuai dengan
keadaan kami yang bergelar musafir.

6.15 MLM : Sepanjang perjalanan melalui Lautan Pasifik ini sering berlaku
gegaran yang kuat. Acapkali penumpang diminta memakai tali
pinggang untuk memastikan keselamatan. Gegaran demi gegaran
menyukarkan kami untuk melelapkan mata walaupun kami berasa
letih. Adakalanya kami berdiri di bahagian belakang untuk
menghilangkan rasa lenguh sambil melakukan senaman ringan.
Kami juga masuk ke tandas untuk membasahkan muka agar segar
sedikit. Tayangan filem tidak lagi menarik perhatian kami ketika
ini. Saat inilah yang paling getir bagi kami kerana terlalu lama
berada dalam pesawat. Namun akhirnya kami terlelap juga barang
seketika. Mungkin terlalu letih atau takut dengan situasi yang
berlaku. Dalam hati hanya Tuhan saja yang mengetahui. Apa
yang pasti kami bermohon supaya perjalanan ini sampai ke
destinasi yang hendak dituju. Insyaallah.









3

06 DEC 2006














































































4

TARIKH : 06. 12. 06 / RABU (DI LA)

10.50 PAGI : Pada saat ini pesawat yang kami naiki selamat mendarat. Syukur
alhamdulillah. Itulah yang kami ucapkan. Kami melangkah kaki
keluar dari pesawat menuju ke pemeriksaan kastam. Peringkat
awal kami bercadang untuk diperiksa secara berkumpulan. Jadi
kamipun beratur dalam satu barisan. Semasa menunggu giliran
kami dipuji kerana memakai tudung yang cantik, ada kerongsang.
Kami menjawab seadanya. Tetapi apabila mereka tanya borang
kemasukkan ke LA, kami diminta untuk mengisi semula borang itu
secara individu kecuali mereka yang ada keluarga dalam kumpulan
kami. Jadi kami keluar dari barisan untuk mendapatkan borang.
Yang ada di situ hanya borang berbahasa Cina. Oleh kerana kami
tiada pilihan, maka terpaksalah mengisi borang tersebut
berpandukan contoh borang yang diisi semasa dalam pesawat.
Setelah selesai, kamipun beratur semula. Ini bermakna kami akan
disoal dan diperiksa secara berasingan. Alhamdulillah segala
soalan yang dikemukakan dapat dijawab dengan baik. Dalam lain
perkataan tiada masalah yang dihadapi oleh kami. Kemudian kami
ke tempat bagasi untuk mengambil beg dan barang-barang yang
dibawa. Sekali lagi kami memanjatkan syukur kerana semua
barang yang dibawa tidak diperiksa langsung oleh pihak
imegresen.

12.00 TGH : Setelah semuanya selesai, kami mengikut laluan untuk keluar.
Sebaik saja keluar, kami telah disapa oleh seorang lelaki Indon
yang mengenali salah seorang daripada ahli kumpulan kami.
Beliau yang dimaksudkan ialah Makhasin iaitu kenalan saudara
kami yang tinggal di Texas. Makhasin dan sepupunya yang
bernama Imam telah membawa kami dari airport ke tempat
penginapan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

1.15 PTG : Kami sampai di hotel. Nama hotel ini ialah Holiday In. No. bilik
5024. Tetapi kami tidak dibenarkan masuk kerana pihak
pengurusan hotel sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.
Hanya jam 3.00 baru daftar masuk. Makhasin telah mempelawa
kami ke rumahnya. Menurut beliau perjalanan ke rumahnya
mengambil masa lebih kurang 15 minit saja. Oleh kerana tiada
pilihan, tambahan pula keadaan badan yang tidak berapa stabil,
maka kamipun bersetuju mengikutnya. Sebaik saja sampai di
rumahnya, kami dijamu makan tengahari. Menunya nasi, sup sayur
dan ayam masak kicap. Sikapnya yang selamba dan baik
menjadikan kami mesra walaupun baru berjumpa. Kami juga
sempat berkenalan dengan 3 orang anaknya iaitu Wahid, Jannah
dan Aman serta bibik.





5

4.00 PTG : Makhasin dan Imam menghantar semula kami ke hotel. Selepas
selesai mengangkat beg, kali ini kami minta pertolongannya untuk
membeli dapur masak di kedai berhampiran kerana barang-barang
keperluan memasak telah dibawa dari Malaysia. Tidak lama
kemudian Makhasin pun menghantar barang yang dipesan beserta
beberapa barang lain yang dibelikan untuk kami. Antaranya ialah
air mineral, beberapa botol air gas, buah-buahan dan pinggan serta
cawan kertas. Keikhlasan dan kemurahan hatinya menolong kami
menyebabkan kami terasa malu, jadi kami telah memberinya
sedikit barang-barang yang dibawa dari Malaysia kepadanya
sebagai tanda terima kasih di atas pertolongan yang telah
diberikan.

6.30 MLM : Saudara di Texas telah menghubungi kami. Tak sabar rasanya
hendak berjumpa dengan mereka. Tetapi kami akan berada di LA
selama 3 hari untuk melawat beberapa tempat yang menarik.
Kami solat dan menyediakan makan malam. Menunya mee
bandung maggi, teh tarik dan buah-buahan. Malam ni makan
simple je sebab badan terlalu letih. Jam 8.00 malam kami semua
tidur untuk memulihkan semula tenaga.

2.00 PAGI : Bangun sembahyang. Orang perempuan minum air panas dan
makan biskut. Lepas tu masak nasi lemak dan sambal ikan bilis
untuk bekalan sewaktu pergi ke Disneyland. Sebaik saja siap
masak, kami tidur semula.







































6

TARIKH : 07. 12. 06 / KHAMIS


5.30 PAGI : Saudara dari Texas telefon. Kali ni tujuannya untuk mengejutkan
kami solat. Selepas solat orang perempuan packing barang untuk
dibawa bekal ke Disneyland. Kemudian kami sediakan sarapan
pagi. Menu nasi putih, sambal sardin dan ikan masin.

7.00 PAGI : Kami mandi mengikut giliran. Maklumlah kumpulan kami ni
seramai 7 orang, terdiri dari 4 perempuan dan 3 lelaki.

8.30 PAGI : Telah siap untuk bergerak ke Disneyland. Kami boleh jalan kaki
pergi ke stesen. Dari stesen kami menaiki train ke Disneyland.
Makhasin dah ajar kami pergi ke sana. Tapi pagi ni dia datang
untuk hantar kami ke stesen. Kali ni dia bekalkan kami donat.
Perjalanan mengambil masa 15 minit saja. Jadi 8.45 sampai di
stesen dan jam 9.00 sampailah ke tempat yang hendak dituju.


9.30 PAGI : Kami membeli tiket masuk dengan harga US 63.00. Tempat
pertama yang kami pergi ialah Jungle Cruise. Di sini kami
menaiki bot secara beramai-ramai. Bot ini membawa kami melalui
sungai yang di kiri dan kanannya ada binatang beserta dengan
bunyi-bunyiannya. Pemandu bot itu akan bercerita setiap tempat
yang kami lalui. Seronok juga melihat haiwan yang dibuat dalam
bentuk replica. Bunyi dan pergerakan haiwan ini seolah-olah
objek itu hidup. Kemudian kami masuk pula ke Indiana Jones
Adventure. Peringkat awal kami akan berjalan mengikuti lorong.
Cahaya lampu di tempat ini agak samar-samar. Kami masih beratur
dalam kumpulan agar tidak terpisah. Sampai di suatu tempat kami
berhenti untuk menonton sebahagian daripada paparan filem.
Kemudian kami meneruskan perjalanan hinggalah kami menaiki
sejenis kenderaan. Kenderaan ini akan bergerak mengikut lorong
melalui kawasan yang tidak rata. Adakalanya kenderaan bergerak
ke kiri dan kanan dalam keadaan yang gelap, ditambah pula
dengan pergerakkannya yang adakalanya cepat, perlahan mengikut
muzik / bunyi menjadikan kami seronok serta takut.

10.30 PAGI : Kami berehat di suatu kawasan sambil makan donat yang
dibekalkan Makhasin.

11.00 PAGI : Selepas itu kami pergi ke beberapa tempat yang lain. Antaranya
menaiki kapal Mark Twain Riverboat, Fantacyland, Princess
Fantacy Faire, New Orleans Square, Winnie & Pooh, Mickeys
Toontown dan Small Wall Holiday.





7

3.30 PTG : Kami merehatkan diri setelah penat berjalan. Banyak lagi tempat
yang kami belum pergi. Kami makan bekalan nasi lemak dan
sambal ikan bilis. Dek kerana lapar, habis kami makan. Bukan
tiada makanan lain yang dijual, masalahnya tak yakin makanan itu
halal atau tidak.

4.00 PTG : Kami meneruskan perjalanan. Kali ini kami menaiki train yang
disediakan. Antara tempat yang kami masuk ialah kedai-kedai
menjual cenderahati. Walaupun harganya agak mahal, tetapi kami
beli juga sebagai tanda kenang-kenangan. Ada juga tempat yang
hanya dimasuki oleh kaum lelaki seperti Splash Mountain, Big
Thunder Mountain. Sebenarnya orang perempuan juga boleh
masuk, tetapi kami mengambil keputusan untuk menunggu mereka
di satu kawasan kerana adakalanya permainan itu tidak sesuai
dengan usia kami, ditambah dengan peringatan yang tertera bagi
aktiviti yang agak mencabar.


7.00 MLM : Kami menonton persembahan tarian dan nyayian daripada watak-
watak cerita Disney. Ramainya orang ketika itu. Kami cuba
mencari ruang dan sentiasa memastikan bersama dalam kumpulan
agar tidak timbul sebarang masalah. Ketika ini perut mula minta
diisi, jadi kami cuba mendapatkan air panas dari kedai makanan
yang berdekatan untuk membuat Maggi Slurp.

7.30 MLM : Kami menyaksikan persembahan bunga api. Pelbagai corak
mengikut alunan muzik. Cantik sekali, sebab mungkin sebelum ini
kami tidak pernah melihatnya. Tambahan pula petunjukan bunga
api ini berlangsung selama 30 minit. Akhir sekali turunlah salji
buatan seolah-olah buih sabun yang sangat halus.

8.00 MLM : Keluar dari kawasan Disneyland. Kami beratur tunggu giliran
menaiki train balik ke stesen. Dari stesen kami berjalan kaki saja
balik ke hotel. Kami terpaksa berjalan laju kerana dah penat. Ada
juga yang berlari-lari anak. Apapun kami gembira dan seronok
seharian berada di Disneyland.

8.30 MLM : Sebaik saja kami sampai di hotel, kami terus makan nasi putih
dengan sambal sardin, lebihan menu sarapan pagi. Diagihkan sama
rata. Kemudian kami buat maggi slurp ikut perasa yang diminati.
Ada juga yang makan biskut bersama air teh susu. Pokoknya
hanya makanan segera saja yang dapat dimakan malam ini kerana
kami tak larat nak masak. Buah limau juga menjadi tumpuan kami
kerana kandungan jusnya yang banyak dan rasanya sangat manis.







8

10.00 MLM : Selepas solat, kami terus tidur. Ini merupakan malam kedua kami
tidur di hotel.

12.00 MLM : Dua orang ahli kumpulan kami keluar membeli barang keperluan
bersama dengan Makhasin yang baru pulang dari kerja (Syif
Malam). US 100 diberikan kepada Makhasin untuk membeli
barang yang telah disenaraikan. Siap membeli mereka dihantar
pulang semula ke hotel. Sebelum Makhasin balik ke rumahnya,
dia telah memulangkan semula wang tersebut. Kami sungguh
terharu dengan kebaikan dan layanan yang diberikan sejak kami
sampai di LA. Tambahan pula pagi esok Makhasin akan
membawa kami ke Bandar LA.


























































9

07 DEC 2006













































































10

TARIKH : 08. 12. 06 / JUMAAT

6.20 PAGI : Bangun solat subuh. Sebenarnya kami terlewat bangun sebab
terlalu letih, maklumlah semalam seharian kami meronda
Disneyland. Tetapi kewajipan kepada Allah tetap ditunaikan.

7.00 PAGI : Sarapan pagi makan nasi, kari ayam dan sambal tumis ikan bilis.
Hari ini orang lelaki mandi dulu sebab orang perempuan perlu
menyediakan sarapan. Kami sarapan bergilir-gilir kerana ada yang
mandi, ada yang menggosok baju dan ada pula yang masih tidur.

8.30 PAGI : Setelah semuanya siap, kamipun turun ke bawah, maksud kami
keluar dari bilik hotel untuk menunggu Makhasin yang akan
membawa kami ke Long Beach. Sambil menunggu kami
menikmati udara sejuk yang menyegarkan. Daun pokok yang
beraneka warna menarik perhatian kami. Ada yang mula gugur
kerana tak lama lagi musim sejuk. Tiupan angina juga agak kuat
sehingga terasa hembusannya menampar pipi kami.

9.00 PAGI : Kami mula bergerak sebaik saja Makhasin sampai. Dalam
perjalanan kami melalui kawasan tanah tinggi. Kami berhenti di
satu kawasan untuk melihat pemandangan di sekitarnya
menggunakan teropong yang disediakan. Antara yang kami dapat
lihat ialah tebing batu yang dibuat agar pelabuhan selamat untuk
dimudikki oleh kapal-kapal yang ingin berlabuh. Tiupan angin
semakin kuat menyebabkan kami masuk semula ke dalam kereta.

10.30 PAGI : Kami meneruskan perjalanan. Kelihatan deretan kedai antaranya
KFC, Mc Donald, kedai kecantikan, supermarket dan juga deretan
rumah bungalow yang cantik di sepanjang jalan yang kami lalui.
Kemudian kami melalui satu jambatan yang agak panjang.
Kelajuan yang dibenarkan hanya 45 saja. Di sebelah kanan, kami
dapat melihat ribuan kontena yang tersusun rapi. Kerja-kerja
penyusunan ini sibuk dilakukan oleh mereka yang terlibat
menggunakan kenderaan khas. Ini merupakan pelabuhan yang
terbesar.

11.00 PAGI : Akhirnya kami sampai di Bandar Santa Monica. Di sini terdapat
Long Beach Performing Center, Islamic Convention Center, Kapal
Queen Mary, Marina Cruise dan lain-lain yang tidak dapat
disenaraikan. Kami mencari tempat parking yang berdekatan
untuk mengambil gambar. Menurut Makhasin, kapal Queen Mary
ini suatu ketika dulu merupakan kapal yang membawa penumpang
ke destinasi yang dituju melalui sistem pengangkutan air. Tetapi
sekarang kapal ini tidak dapat berfungsi lagi, jadi pihak
pengurusan membuat pengubahsuaian dan menjadikannya sebagai




11

hotel. Kapal ini sangat besar dan mempunyai beratus-ratus bilik
tetapi kami tak sempat masuk. Masa sangat terhad.

11.30 PAGI : Perjalanan diteruskan. Kali ini kami menuju ke Seal Beach dan
Atinton Beach. Kami berhenti sekejap di pam minyak. Setakat ini
semua kos perbelanjaan dibiayai oleh Makhasin. Sepanjang
perjalanan di tepi pantai ni terdapat banyak rumah yang besar serta
cantik. Peralatan berenang ada disediakan. Kami berlari-lari anak
menuju ke tepi pantai. Pemandangan di sini hari ini berkabus.
Deruan ombak sangat kuat. Kami berjaya sampai di gigi air dan
mencecahkan tangan ke dalam air sebagai tanda bahawa kami telah
sampai di sini. Menurut Makhasin kalau musim panas, ramailah
pengunjung datang ke sini untuk berjemur dan melakukan aktiviti
yang bersesuaian dengan budaya “orang Putih”

1.00 TGH : Orang perempuan balik semula ke hotel, sementara orang lelaki
mengikut Makhasin sembahyang Jumaat di masjid yang
berhampiran. Menu hari ini ialah ikan masin lemak dengan nenas
dan telur dadar. Orang perempuan saja yang makan sebab orang
lelaki makan di rumah Makhasin selepas solat Jumaat.

3.00 PTG : Kami berkumpul beramai-ramai. Berbincang untuk mengikut trip
ke LA AT Night. Pengangkutan disediakan oleh pihak hotel. Kata
sepakat dicapai. Tambang yang dikenakan setiap orang ialahUS48.
Setelah menghubungi pihak hotel maka kamipun bersiap untuk
solat Asar.

5.40 MLM : Kami turun bawah menuju ke loby hotel. Sementara menunggu
kenderaan sampai, kami masuk ke kedai cenderahati untuk
meninjau harga dan jenis barang yang boleh dibeli. Kawasan loby
itu telah dihias dengan lampu dan pokok krismas. Sempat juga
kami merakamkan beberapa gambar di situ.

6.05 MLM : Kami mula bergerak menuju ke sebuah hotel lain yang berdekatan
untuk mengambil penumpang iaitu 2 orang lelaki Arab. Jadi
jumlah penumpang dalam kenderaan itu cuma 9 orang saja. Ini
bermakna kami bebas duduk di mana saja kerusi yang kosong.
Antaranya kami dibawa melalui jalan Fly Over yang baru,
tingginya sama dengan bangunan 19 tingkat. Gayat juga apabila
melihat di bawahnya yang terdapat beberapa fly over yang berbeza
ketinggiannya dalam arah yang pelbagai. Malam itu jalan raya
agak sesak. Menurut pemandu pelancong itu, malam ni ada
perlawanan bola sepak. Ramai yang keluar untuk menyaksikan
perlawanan pasukan pilihan mereka. Kemudian kami menuju ke
Kodak Teater. Di sini kami dibenarkan turun selama 30 minit
untuk menikmati keindahan dan mengambil gambar. Selepas itu




12

kami dibawa melalui jalan yang premis di situ kepunyaan beberapa
bintang Hollywood. Kami juga sempat melihat kawasan rumah
kediaman artis-artis yang terkenal. Rumah bungalow mereka tidak
berpagar langsung. Ada halamannnya yang telah dihias sempena
krismas tetapi ada juga yang belum dihias lagi. Kenderaan kami
terus bergerak. Kami tidak boleh berhenti sembarangan kerana
rumah mereka dilengkapi dengan peralatan canggih. Silap
haribulan kena saman pulak. Kemudian kami dibawa ke tempat
orang-orang kaya menghabiskan duit untuk shopping. Nama jalan
ini ialah Radeo Dr. Kedai-kedai di sini hanya membuka pintunya
bagi mereka yang telah membuat temu janji terlebih dahulu. Pintu
itu ditutup semula malahan dikunci untuk keselamatan dan
kebebasan pengunjung tersebut memilih barang-barang yang
terdapat di situ tanpa sebarang gangguan. Menurut pemandu
pelancong kalau hendak gunting rambut, seseorang perlu
membayar US 250. Bayangkanlah betapa kayanya orang itu.
Selain itu kami juga melawat Muzical Teater dan China Teater.
Di hadapan China Teater ini ada logo bintang. Dalam logo bintang
itu terdapat nama artis-artis yang terkenal. Kemudian kami turun
menuju ke kedai berhampiran untuk membeli T Shirt dan barang
lain yang berkenan di hati. Tempat terakhir yang dilawati ialah di
Universal Studio. Kami hanya mengambil gambar saja di sini
sebab semua kedai dah tutup. Apatah lagi untuk masuk dalam
kawasannya. Mungkin tempat ini menjadi destinasi kami pada hari
esok.

11.00 MLM : Sampai di hotel. Malam ni kami makan roti dengan butter serta
jem. Minuman panas mesti ada. Kebiasaannya yang menjadi
pilihan kami ialah teh susu atau Ali cafe’ Power Root. Malam ni
maggi slurp gagal menarik perhatian kami. Mungkin perut tidak
berapa lapar sebab tengah hari tadi dah makan nasi. Yang pasti
kami seronok menghabiskan masa di sini dan setiap waktu yang
berlalu ada saja aktiviti yang dilakukan. Maklumlah bukan senang
hendak menjejakkan kaki di bumi US ini.

12.00 MLM : Setelah siap mengemas dapur, kami tidur. Hotel kami ni memang
best. Ia terbahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian ialah bilik
tidur dan toilet, manakala satu lagi ialah hall dan dapur. Masuk
saja pintu hotel ada dapur dan hall yang agak besar. Dalam bilik
pula ada 2 katil kelamin. Jadi 4 orang perempuan akan tidur dalam
bilik secara berpasangan manakala 3 orang lelaki akan tidur di hall.
Keistimewaan berpihak kepada orang perempuan kerana mereka
telah berumur dan terlibat dalam penyediaan makanan. Jadi
keselesaan dan rehat yang cukup amat penting bagi mereka.






13

08 DEC 2006












































































14

TARIKH : 09. 12. 06 / SABTU

6.45 PAGI : Kami bangun solat subuh. Hari ini juga lambat bangun. Namun
kewajipan tetap ditunaikan. Sarapan hari ini ialah cokodok cicah
cili sos. Selain itu kami juga buat sandwich untuk bekalan ke
Universal Studio.

9.30 PAGI : Turun bawah untuk menunggu Makhasin. Dia akan hantar kami
ke sana sebab hari ini dia kerja tengah hari. Dalam perjalanan
tidak banyak yang kami bualkan kerana ramai yang tidur.
Maklumlah malam tadi tidur lewat.

10.30 PAGI : Sampai ke destinasi. Kami beritahu Makhasin Kalau ada
pengangkutan, kami akan balik sendiri. Bermakna Makhasin tak
perlu jemput kami. Sebenarnya kami malu atas layanan yang
diberikan. Di sini kami tak boleh bawa masuk makanan. Jadi
kami terpaksa tinggalkan beg makanan dalam locker. Tiket masuk
ialah US89.

11.00 PAGI : Kami mula melangkahkan kaki memasuki Universal Studios.
Peta yang dibekalkan memudahkan kami merancang tempat atau
bahagian mana yang hendak dituju dulu kerana kawasannya
sungguh luas dan terdapat pelbagai stesen yang menghidangkan
beraneka persembahan menarik.

11.30 PAGI : Oleh itu tempat pertama yang menjadi pilihan kami ialah Jurassic
Park. Di sini kami menaiki kenderaan yang berupa sampan.
Muatan satu sampan lebih kurang 10 orang. Sampan yang kami
naiki ini akan bergerak di atas rel tetapi dalam air. Kemudian kami
melalui kawasan yang berbatu mengikut alur sungai. Ada juga
sedikit jeram. Di kiri atau kanan pula ada dinassour yang pelbagai
saiz beserta dengan bunyinya. Ada dinassour yang cuba
menyembur air kepada kami melalui mulutnya, ada pula yang
bergerak-gerak seolah-olah mahu menangkap kami. Terdapat juga
dinassour yang baru menetas dari telurnya. Selepas itu kami
melalui satu kawasan air terjun, seolah-olah memasukki sebuah
gua yang agak terang. Basah juga baju kami sebab tak boleh nak
mengelak. Tidak lama kemudian tiba-tiba sampan kami
berhadapan dengan seekor dinassour yang sangat besar yang
sedang membuka mulutnya seperti mahu menelan kami. Dalam
ketakutan yang amat sangat sebelum sampan memasukki mulutnya
kami menjerit sekuat hati, dalam masa yang sama, rupa-rupanya
sampan kami terjun menjunam ke bawah dengan laju menjadikan
kami terus menjerit kerana gayat. Akhirnya kami sampai di
garisan penamat. Sebaik saja keluar dari sampan, kami diminta
melihat aksi kami dalam ketakutan yang sempat dirakamkan di




15

kedai berhampiran. Kami setuju untuk membeli gambar tersebut
dengan harga US28.

12.00 TGH : Kami masuk ke Special Effects Stages. Di sini pula kami
didedahkan bagaimana sesuatu bunyi itu dihasilkan. Contohnya,
bunyi kuda berlari. Bunyi kuda berlari itu tak perlu dirakam
menggunakan kuda sebenar. Tetapi mereka menunjukkan
bagaimana bunyi itu dihasilkan menggunakan peralatan dalam
studio. Di sini juga ditayangkan filem dan penonton yang terpilih
diminta berlakon dalam filem tersebut. Apa yang kami saksikan
memang benar penonton itu yang berlakon, bukan pelakon
sebenar. Itulah yang specialnya di sini.

1.00 TGH : Seterusnya kami masuk ke Backdraf. Di sini dipaparkan
bagaimana satu kebakaran telah berlaku seolah-olah kebakaran
sebenar. Tapi kebakaran itu telah dilakukan hanya dalam studio.
Ini merupakan sebahagian daripada petikan filem yang telah
ditunjukkan kepada kami. Mereka menunjukkan kepada kami dari
mula terjadinya kebakaran sehinggalah berjaya dipadamkan. Kami
yang berada dalam studio tersebut berasa bahang kepanasan.
Takut juga apabila api itu mula merebak dan ada palang besi yang
jatuh dan sebagainya. Walau bagaimanapun kami masih dapat
mengawal keadaan berbanding di Jurassic Park.

2.00 PTG : Tempat yang menjadi pilihan seterusnya ialah Terminator 2: 3D.
Di sini kami disajikan dengan sebuah tayangan filem. Kami
diminta memakai cermin mata yang disediakan kerana filem ini
berbentuk 3D. Kami duduk dalam barisan yang sama. Seronok
juga menonton di sini kerana pelakon itu seolah-olah berlakon di
hadapan kami dan adakalanya seperti membawa diri kami ke
dalam filem itu.

2.40 PTG : Kali ini kami bergerak ke Universal’ Animal Actors. Di sini
kami menyaksikan persembahan beberapa ekor binatang.
Antaranya ialah burung kakak tua, orang hutan, anjing, dan lain-
lain. Aksi-aksi yang melucukan daripada haiwan peliharaan
menyebabkan kami tertawa sendirian.

3.00 PTG : Sebaik saja persembahan selesai, kami bergegas ke Water World.
Lebih kurang 20 minit berjalan akhirnya kamipun sampai.
Penonton telah ramai, jadi kami berjalan mencari kawasan yang
sesuai. Hal ini demikian kerana ada kawasan berhampiran yang
kosong tetapi basah kerana disimbah air sebelum persembahan
bermula. Kebanyakan penonton mencari tempat yang agak tinggi
agar terselamat dari disimbah air. Kedudukan penonton seolah-
olah terbagi kepada 2 kumpulan. Kemudian penonton diminta




16

mengeluarkan bunyi mengikut pelakon di hadapan mereka. Kalau
bunyi perlahan atau tak sedap maka penonton yang berdekatan
akan disimbah air. Tetapi itu hanya gimik permulaan saja.
Selepas itu kami menyaksikan adegan berani dan lasak beberapa
orang pelakon di kawasan berair secara langsung. Apa yang boleh
digambarkan di kawasan itu ada kapalterbang jatuh dalam air, ada
kapal, dan ada bot. Sungguh hebat. Kami dapat mendengar dialog
yang dituturkan dengan jelas disamping bunyi latar muzik yang
menarik setiap kali aksi berani dilakukan.

4.00 PTG : Menyaksikan persembahan The Bluess Brother. Nyayian dengan
iringan muzik bluess.

5.00 MLM : Kami keluar dari Universal Studios walaupun banyak lagi tempat
yang masih belum dilawati kerana perut dah lapar. Kami
mengambil makanan dari locker simpanan dan mencari tempat
yang sesuai untuk mengalas perut. Menunya ialah sandwich,
itupun sudah memadai bagi kami yang bertgelar musafir jalanan.
Sebenarnya selepas makan kami boleh masuk semula ke Universal
Studios, tetapi dah tak larat nak jalan.

5.30 MLM : Kami menuju dan meronda kedai-kedai yang terdapat di City
Walk. Antara barang yang dibeli ialah keychian.

6.30 MLM : Kami berkumpul di suatu tempat iaitu tempat yang diturunkan oleh
Makhasin pagi tadi. Ketika itu hujan turun dengan lebat. Angin
yang kencang menyebabkan kami kesejukan dan mula bergerak
dalam kedai untuk memanaskan badan.

8.00 MLM : Tiupan angin yang kencang dan udara yang sejuk memaksa kami
pergi ke kedai Hot Coklat. Tambahan pula sarung tangan dan jaket
yang dipakai tidak membantu kami memanaskan badan. Malah
ada di antara kami menggigil menahan kesejukan. Sesungguhnya
penantian itu satu penyiksaan.

8.20 MLM : Kami dijemput oleh Imam yang baru pulang dari kerja. Dalam
kereta tak banyak yang dibicarakan kerana kami sudah letih.

9.30 MLM : Akhirnya sampailah kami di hotel. Malam ini kami makan pasta
saja. Selepas membasuh pinggan, ada yang menggosok baju untuk
hari esok, ada yang mula packing barang masak yang tak pakai
dalam kotak. Yang pasti, esok kami akan berangkat ke Texas.

11.30 MLM : Tidur untuk malam terakhir di Los Angeles (LA).






17

09 DEC 2006














































































18

19

TARIKH : 10. 12. 06 / AHAD

7.00 PAGI : Bangun solat subuh.

7.30 PAGI : Sarapan pagi makan nasi, sambal sardin, dan timun.

8.00 PAGI : Buat sandwich untuk bekalan.

8.30 PAGI : Packing barang-barang keperluan memasak dan beg baju serta
bersiap untuk bergerak ke Texas.

9.30 PAGI : Keluar dari bilik, turun ke bawah membawa segala barang. Check
Out. Selesaikan bil sebelum meninggalkan LA.

10.30 PAGI : Makhasin menghantar kami ke airport. Van tak muat jadi 2 orang
lagi tinggal di pekarangan hotel, tunggu Agus kerana Imam tak
dapat hantar sebab kerja. Dalam perjalanan Makhasin singgah di
market untuk membeli barang katanya. Kami duduk saja dalam
kereta.

11.00 PAGI : Kami mula bergerak ke airport. Pada saat ini sebenarnya kami
cemas dan risau kerana takut terlewat. Tambahan pula 2 orang lagi
ahli kumpulan kami naik kereta lain.

12.00 TGH : Sampai di airport. Kami terus check inn. Semasa menimbang
barang, beg Kak Ida (saudara kami di Texas) melebihi berat yang
dibenarkan. Jadi kami terpaksa memunggah barang ke dalam beg
lain. Makhasin pula beri kami 2 tin biskut yang agak besar juga
saiznya kepada kami sebagai buah tangan. Nasib baik dapat
diselesaikan. Kelam-kabut juga kami waktu itu.

12.30 TGH : Kami memanjatkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada
Makhasin yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di
LA. Sukar untuk kami melupakan setiap pertolongan yang diberi.
Untuk itu kami telah memberi sedikit wang kepada anaknya
Wahid yang turut menghantar kami ketika itu. Semasa
pemeriksaan kastam , kami diminta membuka kasut, stokin dan
semua barang yang dibawa dimasukkan dalam bekas untuk di scan.
Pada masa itu Makhasin dan anaknya masih menunggu kami.
Kami sempai melambaikan tangan buat kali terakhir kepada
mereka sehinggalah hilang dari pandangan selepas pemeriksaan
kastam.

12.45 TGH : Kami semua masuk rest room secara bergilir-gilir sebelum menaiki
pesawat.





20

12.55 TGH : Penumpang mula masuk ke dalam pesawat mengikut arahan
nombor yang dipanggil. Kali ini kami tidak dapat duduk bersama
kerana check inn dah lewat. Nampaknya kami terpaksa duduk
dengan bangsa lain semasa dalam pesawat. Apapun itu bukanlah
masalah besar bagi kami. Yang pasti keinginan untk berjumpa
saudara kami di Texas semakin membara.

1.35 PTG : Pesawat berlepas.

2.15 PTG : Hidangan makanan dalam kapalterbang ialah sayur / salad, pizza
dan coklat bar. Kami minum air dan makan salad saja kerana
pizza dan coklat tu tak pasti halal atau tidak. Perjalanan dari LA
ke Houstan,Texas mengambil masa selama 2 jam 40 minit.Pesawat
kecil saja. Muatan lebih kurang 200 orang dan kebanyakannya
‘mat salleh’. Ada masanya suasana agak riuh apabila mereka
ketawa besar kalau tengok movie yang kelakar. Ada masanya pula
senyap bila ada yang tidur atau membaca dalam pesawat.

4.15 MLM : Kapalterbang selamat mendarat.

4.30 MLM : Kami bergerak keluar dari pesawat.

5.00 MLM : Kami pergi ke tempat bagasi. Di situ bahu salah seorang daripada
kami telah ditepuk dengan sapaan Bahasa Inggeris yang berbunyi
“ Hai mem, how are you ?” Apabila melihat orang yang
menyapa tadi, kamipun tergelak sebab sapaan itu datangnya
daripada anak saudara kami yang berada di Texas. Apa lagi, kami
pun bersalaman dan berpelukan untuk melepaskan rindu,
maklumlah dah setahun lebih tak jumpa. Yang pasti kegirangan
jelas terpancar di wajah kami semua. Sebak juga rasa di hati
apabila mengenangkan perjalanan jauh yang kami perlu harungi
untuk bertemu dengan mereka. Syukur alhamdulillah akhirnya
kami selamat sampai dan bertemu dengan keluarga di sana.
Setelah semua barang diambil, kamipun bergerak menaiki 2 buah
van ke rumah saudara kami di Houstan. Sebenarnya waktu di sini
perlu ditambah 2 jam. Jadi sekarang sudah pukul 7.00 malam.

8.00 MLM : Kami selamat sampai di rumah saudara kami. Kali pertama
menjejakkan kaki di sini menarik perhatian kami untuk melawat ke
seluruh bahagian rumah ini. Rumah bungalow ini mempunyai 4
bilik, 3 bilik di tingkat atas dan satu bilik di bawah. 4 bilik air.
Ruang tamunya pula ada 3. Seluruh bahagian dalam rumah ini
dipasang karpet berwarna putih kecuali dapur dan bilik air.. Yang
tinggal di rumah ini ialah sepasang suami isteri dan 3 orang anak
iaitu seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Kedatangan kami ke
sinipun atas pelawaan mereka. Selepas siap melawat, kami dijamu




21

dengan hidangan makan malam yang begitu menyelerakan iaitu
nasi beriani, sambal ayam, dalca, jelatah, air sirap bandung
dan 2 jenis desert iaitu cheese cake serta banana split. Mereka
sekeluarga begitu teruja menerima kedatangan kami dan khabarnya
suami dan anak-anak turut terlibat dalam menyediakan hidangan
makan malam ini. Apa yang boleh kami katakan ialah kami
sungguh gembira dan terharu di atas layanan yang diberikan.

9.30 MLM : Mengeluarkan barang-barang saudara kami yang dibawa dari
Malaysia. Sambil itu kami bersembang, maklumlah dah lama tak
jumpa. Banyak cerita yang hendak disampaikan.

10.30 MLM : Kami naik ke tingkat atas untuk solat dan tidur.




























































22

10 DEC 2006
















































































23

TARIKH : 11.12. 06 / ISNIN

6.35 PAGI : Bangun solat subuh. Kami dikejutkan oleh laungan azan dari jam
tuan rumah ini. Tuan rumah ini yang mesra dengan panggilan
“Din” dan isterinya “Faridah” memainkan peranan mengejutkan
anak-anaknya untuk solat dan bersedia ke sekolah sekiranya
mereka tidak bangun atau terjaga dari tidur.

7.00 PAGI : Sarapan pagi hari ini ialah nasi beriani. Selepas sarapan Din akan
menghantar anak-anaknya iaitu Tahirah, Afiq, dan Hanis ke
sekolah. Hanya Hanis yang masih berada di sekolah rendah.
Abang dan kakaknya belajar di sekolah menengah, perjalanan
mengambil masa 10 – 15 minit.

10.30 PAGI : Kami makan lagi. Selepas itu kami membasuh baju. Maklumlah 3
hari berada di LA, maka banyaklah baju yang hendak dibasuh.
Yang menariknya mesen baju di sini seperti di kedai dobi. Baju
yang dibasuh tak perlu disidai atau dijemur kerana mesennya boleh
mengeringkan baju. Siap saja cucian, baju boleh terus dilipat.
Seronok pulak rasanya. Sambil membasuh, kami juga mengemas
barang-barang kepunyaan kami dan juga tuan rumah.

2.15 PTG : Kami (orang perempuan saja) mengikut Faridah pergi ke sekolah
untuk mengambil anak-anaknya. Kami sampai awal dan
meletakkan kenderaan di kawasan pam minyak. Kami
berkesempatan melihat sekolah menengah di sini. Pelajarnya tidak
memakai uniform seperti di Malaysia. Mereka boleh memakai apa
saja pakaian asalkan tidak mencolok mata. Buku teks pula
diberikan 2 set. Satu tinggal di sekolah dan satu lagi letak di
rumah. Masalah membawa beg berat tidak timbul di sini. Ada
juga pelajar di sekolah ini membawa kenderaan sendiri. Mengikut
peraturan di sini pelajar boleh bawa kereta tetapi minyak mesti isi
sendiri, maksudnya tidak boleh minta duit bapa. Jadi pelajar boleh
kerja hujung minggu. Kemudian kami pulang semula ke rumah
untuk menghantar 2 orang anaknya. Kami tidak turun sebab nak
ke sekolah rendah pula. Perjalanan mengambil masa 20 minit.
Sekolah rendah balik sekolah pukul 3.15 petang. Sekolah ini
khusus untuk mereka yang beragama Islam saja. Bukan tak ada
sekolah rendah yang lain yang pelajarnya terdiri dari anak-anak
“mat salleh”, tetapi memandangkan tiada masa sembahyang
diperuntukkan di sekolah ini, maka sekolah yang berunsurkan
Islam menjadi pilihan.

3.30 PTG : Kami sampai di rumah. Orang lelaki berada di tingkat atas. Ada
saja perkara yang dilakukan. Ada yang main game, ada yang
menonton televisyen dan ada pula yang melayari internet. Mereka




24

ni turun ke bawah (dapur) apabila terasa lapar atau dahaga atau
apabila diminta turun untuk membantu sesuatu atau untuk makan
bersama. Kami yang bergelar perempuan ini terus ke dapur
memasak untuk makan malam. Menu malam ini ialah nasi putih,
ikan masak kicap, asam pedas ikan duri dan sayur goreng.

5.00 MLM : Solat Maghrib. Orang lelaki solat berjemaah di tingkat bawah.

5.30 MLM : Makan malam bersama-sama. Jumlahnya ialah 12 orang. Kami
dari Malaysia 7 orang dan penghuni rumah ini 5 orang. Sedap
sungguh makan sebab dah lama tak dapat asam pedas. Tambahan
pula apabila makan beramai-ramai ni selera memang sentiasa
terbuka. Tak kiralah apa menunya. Yang pasti tuan rumah ini
terpaksa berbelanja lebih untuk menyara kami selama berada di
sini. Mudah-mudahan mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan
hanya Allah saja yang dapat membalas kebaikannya.

7.30 MLM : Orang lelaki mengikut ketua keluarga rumah ini ke masjid untuk
solat Isyak. Di sini, walaupun waktu Isyak telah masuk tetapi
penduduk Islam yang berada di sekitar kawasan ini telah
menetapkan solat Isyak perlu dilaksanakan lambat sedikit untuk
memberi peluang kepada jemaah menghadirkan diri ke masjid
sebelum solat dimulakan. Masjid di sini berupa bangunan batu
yang didirikan oleh seseorang melalui bantuan atau derma dari
penduduk Islam lain yang ingin memberi sumbangan secara ikhlas.
Masjid di sini tiada laungan azan berkumandang seperti di
Malaysia. Sementara menunggu orang lelaki balik dari masjid,
kamipun bersembanglah tentang keluarga di Malaysia dan
kehidupan masyarakat di sini.


9.00 MLM : Kami naik ke tingkat atas untuk menonton televisyen. Ada juga di
antara kami yang melihat gambar video camera semasa berada di
LA. Sebelum ini kami tak dapat lihat sebab bateri dah habis.

11.00 MLM : Kami yang perempuan ni masuk bilik untuk tidur. Orang lelaki
biasanya tidur lewat.


















25

TARIKH : 12. 12. 06 / SELASA

6.30 PAGI : Faridah (permaisuri rumah ini) mengejutkan semua untuk solat
subuh. Biasanya waktu pagi begini sebelum solat kami hanya
berus gigi saja, jarang mandi sebab sejuk.

7.10 PAGI : Din (ketua keluarga) akan menghantar anak-anak ke sekolah.
Inilah rutin yang dilakukannya sebelum menuju ke pejabatnya.
Bukan tiada perkhidmatan bas sekolah yang disediakan secara
percuma tetapi disebabkan laluan ke sekolah dan pejabatnya adalah
melalui jalan yang sama, oleh itu tak jadi masalah baginya untuk
menghantar anak-anak ke sekolah. Cuma waktu balik saja perlu
diambil oleh isterinya kerana berbeza antara pejabat dan sekolah.

7.20 PAGI : Pagi ini kami sarapan spegeti goreng dan serial bersama susu
segar. Selepas sarapan, kami terus masak untuk makan tengah
hari. Kami masak awal sebab nak ikut Faridah pergi ke kedai.

9.35 PAGI : Kami pergi ke kedai Wall Mart. Di sini ada menjual pelbagai
jenis pakaian dan barang-barang keperluan dapur dengan harga
berpatutan. Kedai ini besar tetapi setingkat saja.

11.30 PAGI : Kami bergerak ke kedai lain. Namanya Ross. Di kedai ini kami
melihat beg tangan, barang-barang kaca (kristal), dan lain-lain.
Biasanya barang-barang yang dijual di sini untuk menghabiskan
stok. Contohnya mangkuk kaca ada sebiji saja. Jadi harganya jauh
lebih murah berbanding harga asal. Kedai ini barangnya agak
terhad berbanding dengan Wall Mart. Namun kami sempat
membeli beberapa jenis barang dari kedua-dua kedai ini.

2.30 PTG : Kemudian kami pergi ke sekolah menengah untuk mengambil anak
saudara yang telah lama menunggu kami.

3.00 PTG : Sampai di rumah. Hanya Faridah saja yang mengambil Hanis
kerana kami belum sembahyang Zohor lagi. Tak lama lepas tu
solat Asar.

3.30 PTG : Kami makan tengahari sebab orang lelaki yang tinggal di rumah
dah makan dulu. Selepas itu kami melihat barang-barang yang
dibeli di kedai Wall Mart dan Ross.

5.50 MLM : Solat Maghrib.

6.00 MLM : Malam ni kami dibawa berjalan di kedai Marshall. Kali ni semua
pergi. Orang lelaki bilangannya 5 orang menaiki kereta yang
dipandu oleh Afiq, manakala orang perempuan 7 orang menaiki




26

van dipandu oleh Faridah. Di sini banyak menjual kain / seluar
jeans. Selain itu ada juga barang-barang kristal yang cantik, beg
tangan dan lain-lain. Namun harga barang-barang di sini mahal
sedikit dari kedai Wall Mart dan Ross. Kalau stok sesuatu barang
itu tinggal sedikit, barang-barang tersebut akan dihantar ke
Marshall. Jadi bilangan juga agak terhad mengikut saiz.
Walaupun agak mahal, tetapi kami tetap beli untuk kenang-
kenangan. Istimewanya kedai-kedai di sini ialah kita boleh pulang
balik barang yang kita dah beli dengan syarat tanda harga masih
ada lagi atau barang tersebut belum digunakan.

8.30 MLM : Balik rumah. Kami semua makan malam. Sekepas itu kemas
dapur. Di sini barang seperti pinggan, cawan, periuk dan lain-lain
semuanya disimpan dalam kabinet selepas dibasuh. Di sini juga
ada mesen mencuci pinggan mangkuk tetapi kami jarang gunakan.
Yang seronoknya kalau basuh pinggan menggunakan mesen,
pinggan, sudu, cawan dll akan disusun di atas rak yang disediakan.
Semua barang itu akan dicuci sehingga bersih.

11.30 MLM : Oleh kerana terlalu letih, kami naik ke atas dan tidur.
















































27

TARIKH : 13. 12. 06 / RABU

6.30 PAGI : Solat subuh.

9.00 PAGI : Sarapan pagi hari ini ialah cokodok udang kering, serial beserta
susu segar.

9.30 PAGI : Menonton video ahli keluarga rumah ini ketika pergi ke
Disneyland di Florida. Oleh kerana kami telah pergi ke
Disneyland sewaktu berada di LA, jadi kami dapat membayangkan
suasana tempat itu.

11.15 PAGI : Hari ini kami masak nasi ayam.


2.00 PTG : Kami pergi mengambil anak saudara kami di sekolah. Dalam
perjalanan balik kami singgah di kedai HEB untuk membeli
barang dapur. Kemudian kami terus pulang ke rumah untuk
menghantar anak saudara yang belajar di sekolah menengah ni.

2.40 PTG : Kami tidak turun, anak-anak saudara saja yang mengangkat barang
yang dibeli sebab kami akan bergerak semula ke sekolah rendah
untuk mengambil seorang lagi anak saudara kami.

3.30 PTG : Makan nasi ayam. Fulamak sedapnya. Maklumlah makan ayam
yang dipanggang dalam oven. Nasinya pula guna beras bathmathi.
Aduhai terasa nikmatnya. Walaupun berada di luar negara tetapi
makanan dan suasana dalam rumah ini seolah-olah kami berada di
Malaysia. Bilangan ahli rumah seramai 12 orang termasuk kami
menjadikan suasana dalam rumah ini riuh dan sentiasa ceria
terutamanya pada waktu malam apabila semuanya berkumpul.
Cuma apabila kami keluar dari rumah barulah terasa berada di
negeri orang kerana persekitarannya berbeza. Tambahan pula
ketika ini musim sejuk telah bermula. Daun pokok bertukar warna
dari hijau ke kuning-kuningan, kemerah-merahan dan akhirnya ke
warna coklat sebelum gugur ke bumi. Suhunya pula semakin sejuk
dan tiupan angin adakalanya kencang. Kami banyak menghabiskan
masa di dalam rumah. Namun boleh dikatakan setiap hari kami
keluar untuk mengambil anak-anak saudara dari sekolah dan juga
pergi ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan. Setiap
hari kami rasa macam kenduri kecil terutamanya apabila memasak
dengan kuantiti yang banyak dan menunya sentiasa bertukar.
Pendek kata perut kami sentiasa kenyang dengan juadah yang
disediakan. Syukur kepada Allah yang sentiasa memberi rezeki
dan terima kasih kepada tuan rumah ini yang sentiasa melayan






28

karenah kami sewaktu berada di sini. Hanya Allah saja yang dapat
membalasnya.

5.00 MLM : Solat Maghrib.

6.00 MLM : Kami duduk di ruang atas dan main game.

7.00 MLM : Kami menonton rancangan masakan di televisyen. Ini merupakan
rancangan kegemaran kami kerana bahan dan cara masakannya
sungguh mudah.

7.30 MLM : Kemudian kami menonton movie

11.00 MLM: Solat Isyak dan terus tidur.

























































29

TARIKH : 14. 12. 06 / KHAMIS

6.30 PAGI : Solat subuh.

7.00 PAGI : Pagi ini 2 orang ahli rombongan kami pergi berjoging. Nak pergi
seorang diri takut. Maklumlah tempat orang, jadi kalau berdua tu
panjang sedikit akal sekiranya menghadapi sesuatu. Sebelum tu
kami melakukan regangan otot dan larian bermula dari jalan di
hadapan rumah ini sehinggalah kami belok ke kiri. Bukan apa
kalau banyak sangat belok takut sesat pula. Suasana pagi agak
sibuk kerana anak-anak yang pergi ke sekolah dan mereka yang
bekerja bergerak ke pejabat. Tiba-tiba kami terdengar bunyi hon
kereta, rupa-rupanya mereka itu ialah anak-anak saudara kami
yang sedang dihantar oleh bapanya ke sekolah menaiki kereta.
Kami sempat melambaikan tangan. Kami juga bertemu dengan
sukarelawan yang melintaskan kanak-kanak terutamanya untuk
pergi ke sekolah dan sempat juga kami menyapanya. Kanak-kanak
di sini dididik agar tidak berkomunikasi dengan orang yang tidak
dikenali. Jadi barulah kami faham mengapa mereka tidak
menunjukkan reaksi positif setiap kali kami menyapa mereka
dengan perkataan “hai” atau “morning”.

8.00 PAGI : Kami sampai di rumah semula. Sarapan pagi ini ialah nasi ayam
dan roti yang disapu butter dan jem.

9.00 PAGI : Selepas sarapan, kami bersantai di ruang tamu bawah. Ada yang
main game dalam komputer. Orang lelaki di atas masih tidur.
Itulah kebiasaannya yang dilakukan selepas solat subuh sebab
mereka sering tidur lewat. Pendek kata selagi tak rasa lapar dan
dahaga, mereka tidak akan turun ke bawah untuk mengmbil
makanan. Namun kerjasama yang diberikan setiap kali kami
meminta bantuan mereka, tak pernah menghampakan. Itulah dia
anak-anak manja yang pandai menyesuaikan dirinya dengan situasi
dan keadaan.

10.00 PAGI : Kami mengikut permaisuri rumah ini pergi ke sekolah rendah di
mana anaknya belajar. Menurutnya barang untuk persembahan
yang akan diadakan pada hari ini tertinggal. Itulah keistemewaan
anak-anak di sini. Peranan dan kerjasama ibu bapa dengan anak-
anak serta pihak sekolah sangat baik.

11.00 PAGI : Masak makan tengah hari. Menu hari ini ialah ikan masak sambal
cili padi, sayur goreng campur cendawan, suun dan rencahnya
udang. Minumannya pula ialah air mata kucing. Selalunya kami
minum air kosong saja tapi hari ini pakej special sikit.





30

12.30 TGH : Makan awal daripada biasa.

1.00 TGH : Solat Zohor. Selepas itu kami masuk ke dapur semula untuk
menyediakan juadah minum petang. Kami bercadang untuk
membuat kuih insang pari atau lebih dikenali sebagai seri muka.
Sebelum itu kami memastikan bahan untuk membuat kuih ini ada
di rumah. Jadi tak perlulah keluar untuk membeli barang. Salah
seorang dari kami pula memang pakar membuat kuih ini. Bilangan
yang ramai menjadikan kuih dapat disiapkan dengan cepat.
Loyang pertama dah masak, sementara menunggu loyang kedua,
kami menyejukkan loyang pertama agar boleh dipotong dengan
cepat.

3.00 PTG : Minum petang telah tersedia. Sekali hadap saja loyang pertama
dah selesai. Maklumlah kuih ini sedap gila.

3.40 PTG : Kami mengambil kesempatan untuk mengambil angin petang
dengan bersiar-siar di kawasan persekitaran. Rumah di kawasan
ini terdiri dari rumah bungalow. Sebelah rumah ada garaj kereta
yang bertutup, hadapan rumah ada halaman dan ada sebatang
pokok besar serta sedikit pokok bunga. Oleh kerana hari Krismas
semakin hampir, jadi halaman rumah dibersihkan dan dihias
dengan lampu serta arca yang sesuai dengan perayaan mereka.
Kami mengecam nama jalan yang dilalui sebab ada banyak juga
simpang. Kemudian kami berhenti seketika di kawasan permainan
untuk menghilangkan penat. Di kawasan sekitarnya ada rumah
sedang dibaiki garaj keretanya, maklumlah raya semakin hampir.
Yang pastinya rumah di sini sentiasa tertutup dan penghuninya
hanya keluar rumah jika ingin pergi ke kedai. Tak kelihatan
penduduk di sini bersantai di luar rumah seperti di Malaysia.

4.30 PTG : Kami juga meluangkan masa untuk bermain basket ball di
pekarangan rumah saudara kami ini untuk mengeluarkan peluh.
Semua turun main kecuali pasangan suami isteri rumah ini.
Walaupun banyak kali percubaan untuk memasukkan bola dalam
jaring dilakukan tetapi ada yang berjaya, namun tak kurang juga
yang gagal. Apapun kami merasa gembira kerana dapat
mengeluarkan peluh dan menghirup udara petang yang segar.

5.00 PTG : Kami berehat diruang tamu di tingkat bawah rumah ini untuk
mendengar lagu-lagu permintaan menerusi handphone. Ada le 3
lagu favourite yang sangat popular ketika ini. Antaranya kenangan
terindah oleh Samson dan beribu bintang dilangit kini
menghilang oleh Man Bai.

6.00 MLM : Solat Maghrib dan bacan Yasin.




31

6.30 MLM : Makan malam.

8.30 MLM : Basuh baju menggunakan mesen. Lepas tu buat inti kaipap.
Sementara menunggu baju selesai dibasuh, buat karipap dan
simpan dalam peti ais. Esok pagi boleh terus goreng.

10.30 MLM : Lipat baju dan tidur.






































































32

14 DEC 2006















































































33

TARIKH : 15. 12. 06 / JUMAAT

6.30 PAGI : Solat subuh.

7.30 PAGI : Hari ini kami pergi joging berempat. Tuan rumah ini telah mula
bercuti. Anaknya yang sekolah menengah pun hari ini last sekolah
sebab minggu depan dah mula cuti. Ketika joging bertembung
dengan mat saleh yang membawa anjing. Adakalanya kami
berhenti untuk memberi laluan kepadanya dahulu dan adakala
sebaliknya. Mungkin mereka faham kami takut kepada anjing.
Anjing di sini pula ada yang comel dan ada juga yang besar. Yang
pasti mereka sangat sayang kepada binatang peliharaan mereka.

8.30 PAGI : Sarapan pagi makan karipap panas, serial, roti sapu butter dan jem.

9.30 PAGI : Menu makan tengah hari ini ialah masak lemak labu dan ayam
panggang. Atas permintaan ramai, hari ini kami buat lagi kuih
insang pari sebab tak puas makan pada hari semalam.

12.00 TGH : Mandi dan solat Zohor. Kemudian kami keluar pergi kedai Wall
Mart untuk shopping.

3.00 PTG : Kami pulang ke rumah untuk solat Asar.

4.00 PTG : Kami (semua perempuan kecuali Din) keluar semula pergi ke
rumah Pakcik Ramli kerana mereka sekeluarga akan berangkat
menunaikan fardhu haji hari ni. Sebaik saja kami sampai, keluarga
ini berada di pekarangan rumah sebab mereka hendak bergerak ke
airport. Ada 2 keluarga yang turut menziarahi mereka yang juga
merupakan kenalan saudara kami di Texas ni, mereka ialah makcik
Ani dan Makcik Som. Mereka telah lama menetap di sini kerana
mengikut suami. Malahan mereka juga telah membeli rumah dan
berjiran antara satu sama lain. Kami tak sempat masuk ke rumah
memandangkan keadaan tidak mengizinkan. Jadi kami mengambil
keputusan untuk turut serta menghantar mereka ke airport.
Seronok juga dapat hantar orang pergi haji. Di airport, kami
sempat bersembang, walaupun perkenalan kami singkat , tapi
kemesraan jelas terpancar membuatkan kami tidak berasa kekok
dan sempat bergambar bersama sebagai tanda kenang-kenangan.
Sebelum masuk untuk pemeriksaan kastam kami bepelukan antara
satu sama lain sambil menitipkan beberapa pesanan semasa berada
di tanah suci dan doa kami untuk mereka agar mendapat haji yang
mabrur. Kami sempat melambaikan tangan sehinggalah mereka
sekeluarga hilang dari pandangan. Sedih pulak rasanya seolah-olah
menghantar ahli keluarga sendiri pergi haji. Itulah kuasa Tuhan.
Di sini semuanya menjadi saudara. Jadi tak hairanlah hubungan




34

silaturrahin orang Islam di sini begitu erat walaupun berlainan
bangsa.

6.00 MLM : Kami terus balik ke rumah untuk Solat Maghrib.

7.00 MLM : Selepas solat, kami turun ke dapur untuk menyediakan hidangan
makan malam kerana lauk tengah hari tadi dah habis. Menu
malam ni ialah sambal telur. Malam ni kami juga masak rendang
untuk dibekukan sebab nak bawa bekal ke Santa Fee.

8.00 MLM : Kami makan beramai-ramai. Itulah tradisi kami setiap malam.
Selepas itu kami bersembang dan merancang menu untuk bekalan
ke Santa Fee sementara menunggu rendang kering.

9.30 MLM : Naik ke tingkat atas. Malam ni kami tengok movie Lord of The
Ring.

10.30 MLM : Masuk bilik dan tidur.



















































35

TARIKH : 16. 12. 06 / SABTU

6.30 PAGI : Seperti biasa kami dikejutkan untuk solat subuh oleh tuan umah
ini. Adakalanya kami bangun sendiri. Apapun kewajipan kepada
Allah tetap ditunaikan.

7.30 PAGI : Hari ini kami pergi joging beramai-ramai. Maklumlah anak-
anakpun dah cuti sekolah. Cuma orng lelaki saja yang tak join.
Biasalah remaja lelaki ni suka tidur semula selepas solat subuh.
Semasa berjoging, kami sempat bergambar sebagai kenangan dan
bukti bahawa kami tetap ada masa untuk beriadah. Kemudian
kami singgah di kedai Krooger untuk beli roti dan junkfood. Jauh
juga kami berjalan pagi ni. Hal ini kerana dalam perjalanan balik
jarak antara kami agak jauh kerana ada yang dah letih, namun tetap
bersemangat untuk cepat sampai ke rumah.

840 PAGI : Kami sarapan. Menunya ialah spegeti goreng sebab di US ni tak
ada mee kuning. Alhamdulillahlah kami boleh menelan apa saja
sepanjang berada di sini. Bak kata orang tolak batu dengan kayu
je.

9.00 PAGI : Kami mandi dan bersiap kerana tuan rumah ni nak bawa kami
jalan. Destinasi hari ini ialah ke Galveston.

10.00 PAGI : Kami mula bergerak.Semua pergi. Jadi orang perempuan (7 orang)
naik van dan lelaki (5 orang) naik kereta. Perjalanan mengambil
masa 1 – 2 jam. Dalam perjalanan kami singgah di AAA untuk
ambil map/peta.

10.30 PAGI : Kami meneruskan perjalanan. Kami melalui jambatan untuk ke
Galveston. Dari situ kami dapat melihat pejabat Din (tuan rumah
ini) dan bandar Houstan. Bangunan di sini tinggi-tinggi belaka dan
pelbagai bentuk. Sempat juga kami merakamkan pemandangan di
bandar ini menerusi video camera.

12.00 TGH : Kami sampai di Galveston dan terus mencari masjid untuk solat
Zohor jamak Asar. Nama masjid ini ialah Masjid Uthman Ibn
Affan. Selepas solat, kami bentang tikar di pekarangan masjid
untuk makan bekalan yang dibawa iaitu sandwich.

1.00 TGH : Kami melihat bandar Galveston, Fuyooh cantiknya. Kemudian
kami mencari kawasan untuk meletak kenderaan. Seterusnya kami
berjalan kaki menuju ke tempat menunggu train. Train ini akan
membawa kami melawat kawasan sekitar. Seronok juga naik train
dalam bandar. Lebih-lebih lagi yang menaiki train ini hanya kami.
Dalam perjalanan, kami melihat juga pengangkutan yang lain




36

seperti kereta, bas dan juga kereta kuda, tapi kami tak sempat nak
naik. Walau bagaimanapun kami puas hati kerana lama jugalah
kami berada dalam train ni dan banyak juga tempat yang kami lihat

3.00 PTG : Kami bergerak dengan kenderaan kami di sepanjang pantai. Ada
pengunjung yang membawa anak-anak ke gigi air untuk
melakukan aktiviti yang sesuai. Ada juga yang berjalan kaki
menghirup udara pantai yang segar dan nyaman serta ada yang
bermain bola tampar. Banyak kedai cenderahati dan hotel di
sekitar bandar ini. Akhirnya kami berhenti di sebuah kedai yang
agak unik kedudukannya, bahagian bawah kedai ini ialah laut, jadi
kami terpaksa melalui jambatan kayu untuk ke sana. Banyak juga
barang yang dijual. Antaranya ialah T- Shirt, barang-barang
karangan laut, keychain dan lain-lain. Harga boleh tahan, ada yang
mahal dan ada pula yang murah(promosi). Boleh dikatakan semua
beli barang di sini. Lama juga kami di kedai itu, maklumlah
rambang mata dibuatnya. Yang pasti kebanyakan cenderahati di
sini tertulis perkataan Galveston.

5.00 PTG : Kami menaiki feri untuk pergi ke sebuah pulau. Feri ini melalui
laut / Teluk Mexico. Saiz feri ini agak besar. Kami keluar dari
kereta dan berjalan di atas feri ini. Dari sini kami dapat melihat
banyak burung yang berterbangan di udara. Selain itu banyak itik
berwarna putih di permukaan air dan ada juga yang berterbangan.
Seronoknya apabila sesekali melihat pemandangan laut yang luas.
Adakalanya feri ini berselisih dengan kapat-kapal yang membawa
kontena dan Cruise yang membawa penumpang pergi ke France.
Perjalanan mengambil masa 30 minit. Sebaik saja sampai di pulau
tersebut, kami masuk semula dalam kereta dan bergerak turun dari
feri serta meninjau kawasan sekitar. Kebanyakannya bekerja
sebagai nelayan kerana banyak bot dan perahu di pantai
berhampiran tempat kami lalu. Kami tak pergi ke bandar pulau ini
memandangkan hari semakin senja. Jadi kami berpatah semula ke
jeti untuk menunggu feri membawa semula kami ke Galveston.

6.00 MLM : Kami singgah semula di Masjid Uthman Ibn Affan untuk solat
Maghrib jamak Isyak. Kami makan baki bekalan yang dibawa dan
sempat juga main 2 jenis permainan di pekarangan masjid ini iaitu
basket ball dan bola sepak yang menggunakan tangan untuk
menahan dan menendang bola. Kesimpulannya masjid di sini
bukan saja tempat untuk solat tetapi juga merupakan tempat untuk
beriadah.

7.00 MLM : Cuaca mulai sejuk. Kami mula bergerak untuk balik ke rumah.
Keadaan di luar berkabus, jadi kereta tak boleh pandu laju.
Akhirnya kami melewati Bandar Houstan. Pemandangan Bandar




37

ini pada waktu malam sangat cantik. Dalam perjalanan kami juga
dapat menyaksikan satu kemalangan yang berlaku di jalan raya
bersebelahan kami. Apa yang menarik ialah polis dan ambulan
sampai cepat dan keadaan dapat di kawal dengan mudah.

8.00 MLM : Kami singgah di kedai kasut Skechers. Sempena Krismas ada
promosi. Kalau beli 2 pasang, kasut yang kedua harganya separuh.
Kami mengambil kesempatan ini untuk membeli 4 pasang.

9.30 MLM : Kami selamat sampai di rumah. Ketika ini lapar gile. Tapi malam
ni kami makan roti dengan telur je sebab dah penat, tak larat nak
masak. Lepas kemas dapur, tengok semula barang-barang yang
dibeli.

11.30 MLM : Masuk bilik dan tidur.

























































38

16 DEC 2006

















































































39

40

TARIKH : 17. 12. 06 / AHAD

6.30 PAGI : Solat subuh.

7.30 PAGI : Hari ni tiada siapa yang nak berjoging. Tambahan pula tiupan
angin yang kuat dan udara yang sejuk menjadikan kami semua
malas untuk keluar rumah. Jadi hari ni kami gunakan masa untuk
membasuh baju kotor yang semakin bertimbun.

8.00 PAGI : Menu sarapan pagi ini ialah nasi lemak, sambal ikan bilis, telur
rebus dan ulam timun.

9.45 PAGI : Kami (orang perempuan saja kecuali Din) pergi menghantar
Tahirah mengajar kelas mengaji Al Quran di masjid berhampiran.
Itulah antara aktiviti kebajikan yang dilakukan pada hujung
minggu. Semua itu dilakukan dengan ihklas kerana ada juga
masyarakat Islam di sini yang tidak tahu mengaji. Program yang
dilakukan bukan saja dapat memanfaatkan masa yang terluang
bahkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim masyarakat
Islam di sini yang berbagai bangsa. Tenaga pengajar terdiri
daripada orang dewasa dan dibantu oleh golongan remaja yang
berpengetahuan dalam bidang tertentu.

10.15 PAGI : Kemudian kami pergi ke sebuah kedai. Biasalah kedai di sini
semuanya berbentuk 4 segi dan besar serta tidak bertingkat. Nama
kedai ini ialah Sams Club. Kedai ini akan dikunjungi oleh mereka
yang menjadi ahli kelab saja. Terdapat pelbagai barang yang
dijual di sini seperti pakaian, peralatan rumah, barang dapur dan
lain-lain. Saiz trolinya agak besar berbanding dengan kedai-kedai
lain yang kami pergi. Apa yang menariknya di sini ialah setelah
mengira harga, barang tersebut akan dimasukkan semula ke
dalam troli tanpa plastik beg. Kemudian barang tersebut akan
dipunggah ke dalam boot kereta. Jadi agak bertaburanlah barang
tersebut. Dari boot nak bawa ke rumahpun kena peluk je . Oleh
kerana kami tiada kad , jadi Din yang bayar dahulu semua harga
barang. Apabila sampai di rumah kami akan mengagihkan barang
mengikut pemiliknya untuk memudahkan proses pembayaran
semula kepada Din dilakukan. Disamping itu kami menyemak
tanda harga barang yang diprint pada bil. Semak punya semak, ada
3 helai baju yang tak diprint. Jadi kami mengambil keputusan
untuk membawa baju tersebut ke kedai itu semula dan membayar
harga barang itu. Itulah lumrah kehidupan masyarakat di sini.
Walaupun kesilapan itu datang dari kedai tersebut tetapi minda
mereka telah dididik untuk tidak mengambil kesempatan atas
perkara yang berlaku.





41

12.00 TGH : Seterusnya kami dibawa ke sebuah kedai lain. Namanya ialah
Burlington. Antara barang yang terdapat di sini seperti handbag,
alas meja, barang perhiasan bilik air, baju dan juga barang dapur.
Pendek kata ke mana saja kami dibawa, ada saja barang yang
dibeli. Lama juga kami di sini, kalau boleh semua nak beli tetapi
memandangkan tukaran wang dollar US tinggi maka kami terpaksa
membuat pilihan yang tepat.

1.30 TGH : Dalam perjalanan balik, kami singgah pula di kedai Fiesta. Di sini
ada pelbagai jenis barang dari negara Asia. Antara barang yang
dibeli oleh tuan rumah ini ialah sayur, cili padi, terung dan lain-
lain. Ubi kayu dan keledek juga ada dijual.

2.10 PTG : Kami mula bergerak ke masjid untuk mengambil Tahirah. Sebaik
saja sampai di rumah, kami makan nasi lemak. Kemudian solat
Zohor serta Asar.

4.00 PTG : Kami masuk semula ke dapur untuk masak kari ayam, ayam masak
kicap dan sambal. Menu yang dimasak ini untuk disejuk bekukan
sebagai bekalan untuk ke Santa Fee.

7.00 MLM : Solat Maghrib

8.00 MLM : Malam ni semua orang perempuan pergi ke rumah Melur iaitu
salah seorang kenalan Faridah. Melur ni berasal dari Singapura,
berbangsa Melayu, kulitnya hitam manis, berkahwin dengan lelaki
“Mat Salleh” bernama Roger dan mempunyai 2 orang anak iaitu
Adila dan Sharif. Pernah mengikut suaminya bertugas di negara
Arab, Malaysia, Indonesia dan sekarang ni di Texas. Hobi Roger
ni berburu rusa. Menurut Melur, rusa yang telah ditembak,
kepalanya akan dihantar ke suatu tempat untuk memastikan
pemburu menembak rusa yang dibenarkan mengikut saiz kepala
rusa tersebut. Ini untuk mengelakkan binatang tersebut pupus.
Kemudian rusa itu akan dihantar ke tempat pemprosesan untuk
mengasingkan tulang selangka, membuat sosej, daging dipotong
mengikut citarasa pemburu dan akhir sekali akan di packing
mengikut saiz yang sesuai untuk memudahkan proses
penyimpanan. Adakalanya daging ini disimpan sehingga 5-6 bulan.
Malam itu kami dibekalkan dengan sosej daging rusa sebelum
balik ke rumah. Melur ni juga menjaga ibu mertuanya yang
bernama Ruth. Usianya lebih kurang 70 tahun. Menurut Melur
mertuanya baru saja memeluk agama Islam. Malam tu kami
bersembang dalam bahasa Melayu tetapi sekali sekali Melur
berbahasa Inggeris untuk menerangkan apa yang kami bualkan
kepada ibu mertuanya. Melur merupakan menantu
kesayangannya. Malam tu kami dijamu dengan desert ala orang




42

putih. Dari pemerhatian kami, Melur seorang yang peramah, baik
dan kelakar. Wajah dan gaya percakapannya seiras dengan kak
Enab Mak Itam. Lama juga kami bersembang, sehinggalah Ruth
minta diri untuk masuk tidur.

9.30 MLM : Kami balik rumah dan makan malam.

11.30 MLM : Tidur.




































































43

TARIKH : 18. 12. 06 / ISNIN

6.30 PAGI : Solat Subuh.

7.00 PAGI : Sarapan pagi dan menunya ialah roti canai cicah kuah kari, nasi
goreng dan air teh.

9.00 PAGI : Selepas sarapan kami duduk di ruang tamu bawah. Aktiviti
sembang pagi dijalankan. Plumber datang rumah untuk
membetulkan kerosakan toilet di bilik Afiq dan Faridah. Hanya
kerosakan kecil dan lebih kurang 30 minit dah siap.

10.00 PAGI : Kawan Faridah bernama Anita, suami dan anaknya datang ke
rumah. Memandangkan Din dan Faridah sibuk melayan tetamu,
selepas bersalaman dan memperkenalkan diri, kami bekejar ke
dapur untuk menghidangkan minuman. Kami goreng karipap yang
ada dalam peti ais dan buat air teh susu. Itulah dia kami yang
sentiasa memberikan servis yang terbaik dalam hal makan minum
baik kepada penghuni rumah mahupun tetamu yang datang
bertandang.

11.00 PAGI : Selepas tetamu balik, kami mula masak untuk makan tengah hari.
Menu hari ini ialah sambal ikan dan nenas masak lemak ikan
masin.

1.00 TGH : Makan tengah hari bersama-sama.

2.00 PTG : Atas permintaan ramai, petang ni kami buat lagi kuih insang pari.
Sambil tu kami berbincang menu untuk dibawa ke Santa Fee
secara detail mengikut bilangan hari bermula dengan sarapan pagi,
makan tengah hari dan makan malam. Jadual menu dibuat untuk
memudahkan kami menyedikan bahan dan masak untuk didingin
bekukan mengikut kuantiti dan bilangan hari yang ditetapkan.

4.00 PTG : Solat Asar. Turun bawah untuk melipat kain yang telah dibasuh.
Naik atas semula untuk menghantar baju yang telah dilipat.
5.00 PTG : Kami berkumpul dalam satu bilik. Antara topik yang kami
sembangkan ialah tentang pengambilan anak angkat. Ada yang
setuju malah ada juga yang kurang setuju memandangkan
tanggungjawab menjaga seorang anak itu bukanlah senang. Lebih-
lebih lagi kalau seseorang itu telah berusia. Nak ambil baby
mungkin tak larat nak bangun malam, kalau ambil yang dah besar
pulak takut tak sayang. Seelok-eloknya banyakkan amal ibadat
sebagai bekalan di akhirat. Seronok juga topik perbincangan hari
ini tapi kami terpaksa berhenti untuk memberi laluan mengerjakan
solat Maghrib pada jam 6.00 MLM.




44

7.00 MLM : Kami berkumpul semula. Kali ni kami berbual tentang barang-
barang yang telah dibeli dan baki duit yang tinggal. Bukan apa
mungkin ada lagi barang keperluan yang perlu dibeli untuk pergi
ke Santa Fee atau mungkin duit tabung perbelanjaan ke sana perlu
ditambah untuk penginapan di hotel dan sewa van. Dari Malaysia
lagi kami sepakat untuk menubuhkan tabung perbelanjaan kerana
kami tak mahu membebankan tuan rumah seratus peratus. Kami
cukup berterima kasih di atas layanan, kemudahan tempat tinggal,
makan minum dan lain –lain yang sukar diucapkan dengan kata-
kata sepanjng kami berada di sana.Tambahan pula kami berada di
sana lebih kurang sebulan, satu jangka masa yang lama.

8.00 MLM : Makan malam. Kemudian kami masak kuah lontong, sambal
goreng dan rebus nasi empet untuk sarapan pagi esok.

10.30 MLM : Naik ke bilik dan tidur.





















































45

18 DEC 2006















































































46

TARIKH : 19. 12. 06 / SELASA

6.30 PAGI : Solat Subuh.

7.00 PAGI : Pagi ni semua orang perempuan pergi joging kecuali Tahirah.
Inilah salah satu cara kami memanaskan badan memandangkan
cuaca semakin sejuk dan tiada aktiviti lasak yang boleh kami
lakukan. Tambahan pula kesihatan perlu dijaga kerana kami
banyak menghabiskan masa dalam rumah dan hanya melakukan
kerja-kerja ringan. Dalam keadaan cuaca begini peluh pun susah
nak keluar, sesekali menghirup udara segar di luar terasa nyaman
kerana rumah di sini jarang tingkap dibuka pada waktu begini
kerana tiupan anginnya kuat dan sejuk pulak tu. Maklumlah kami
jarang mengalami situasi seperti ini, tambahan pula tak lama lagi
nak main salji, tak dapat kami bayangkan kesejukan yang akan
kami hadapi. Sekarang nipun kalau keluar pergi kedai, kami pakai
baju 2 lapis. Dari tempat parking kereta nak masuk dalam kedai tu
yang tahan sejuk sebab anginya kuat dan sejuk. Apapun itulah
pengalaman baru yang kami dapat selama kami berada di sini.

8.00 PAGI : Balik rumah dan tanpa berlengah lagi kami mengambil sarapan
iaitu lontong. Aduhai nikmatnya. Seperti yang kami nyatakan
semua yang ada dalam rumah ini bercirikan Malaysia, terutamanya
makan minum, cara hidup , cakap pun menggunakan bahasa
Melayu. Itulah yang seronoknya. Tapi semua menu kena masak
sendiri sebab tak ada jual seperti di Malaysia, kalau adapun belum
tentu halal. Jadi kalau teringin nak makan sesuatu kenalah tunggu
2 atau 3 hari untuk mencari bahan makanan tersebut. Apapun
setakat hari ni pelbagai menu telah disediakan kecuali kuih insang
pari saja yang kami buat banyak kali. Itupun atas permintaan
ramai, bukan kami saja-saja nak buat.

9.00 PAGI : Kami pergi ke kedai Dollar Tree. Dalam kedai ini ada pelbagai
jenis barang yang dijual dengan harga 1.00 US. Antaranya ialah,
hanger, toys, pinggan, cawan dan lain.lain. Sempat juga kami
mencuci mata. Tapi kualitinya kurang baik sesuai dengan
harganya agak murah.

10.00 PAGI : Kami bergerak ke kedai T. J Maxx pula. Kedai ini terletak
bersebelahan dengan kedai Dollar Tree jadi kami berjalan kaki
saja. Walaupun banyak barang yang dijual, tetapi tidak banyak
barang yang kami beli. Antara barang yang berjaya mencuit hati
kami ialah handbag, stokin, dan seluar ketat untuk dibawa ke
Santa Fee.






47

12.00 TGH : Bergerak ke Wall Mart. Di sini kami membeli barang-barang
keperluan dapur untuk dibawa ke Santa Fee. Ini mungkin
shopping terakhir bagi kami sebelum bergerak ke sana.

2.30 PTG : Sampai di rumah, solat Zohor dan makan lontong. Kemudian kami
masak kari ayam, rebus telur, goreng ikan bilis untuk di bawa ke
Santa Fee.

4.30 PTG : Selepas solat Asar, kami berbincang berapa banyak pakaian dan
jenis pakaian yang perlu dibawa memandangkan cuaca semakin
sejuk, takut kami tak tahan sejuk semasa di sana. Kami juga
terpaksa kongsi beg, satu beg kongsi 2 orang, kerana jumlah kami
12 orang bermakna dah ada 6 beg besar untuk dimuatkan dalam
boot satu van. Sebelum ni kami dah berbincang untuk menyewa
satu van memandangkan bilangan kami yang ramai dan perjalanan
memakan masa yang lama , jadi lebih selesa menggunakan 2 buah
van. Tambahan pula satu van dah penuh beg baju, manakala satu
van lagi untuk membawa bahan makanan dan peralatan memasak.
7.00 MLM : Solat Maghrib dan basuh baju kotor.

8.00 MLM : Goreng cokodok untuk makan malam dan minum air teh 0.
Kemudian kami packing barang-barang mentah untuk dimasak
selama 5 hari. Peralatan memasak, cawan, pinggan kertas, sudu,
tisu dan lain-lain yang perlu dalam kotak. Setelah siap orang lelaki
susun dalam boot van tuan rumah ini.

9.00 MLM : Kami mengemas dapur sebab lepas ni dapur akan ditutup buat
sementara waktu sapanjang kami bercuti di Santa Fee. Semua
barang disimpan dengan teratur dalam kabinet. Lantai divakum
dan dimop untuk memastikan semuanya bersih.

10.00 MLM : Kami naik ke tingkat atas untuk mengemas beg baju yang akan
dibawa. Setelah siap, beg itu akan dilonggokkan di ruang tengah
kerana orang lelaki akan membawa turun ke bawah seawal pagi
untuk disusun dalam van. Pendek kata sebelum tidur semuanya
mesti beres.

11.00 MLM : Kami masuk bilik tidur kerana esok pagi kena bangun awal nak
masak bekal sepanjang perjalanan hari esok.















48

19 DEC 2006














































































49

TARIKH : 20. 12. 06 / RABU

4.30 PAGI : Kami bangun awal sebab nak masak nasi dan sandwich telur untuk
bekalan makanan hari ni. Din dan Afiq bersiap untuk pergi ambil
van yang disewa. Jauh juga tempatnya, sebab kami ambil van
yang agak besar sedikit. Kami juga memasukkan lauk yang telah
dibekukan dalam kontena khas(tahan sejuk) agar tidak basi,
kecuali lauk untuk makan tengahari. Kerja -kerja memasukkan
nasi dalam bekas, sandwich untuk dimakan dalam perjalanan dan
makanan lain dilakukan dengan baik bagi memastikan makanan itu
selamat dan tidak rosak. Tambahan pula krew yang bertugas ni
memberikan kerjasama yang memuaskan.

6.30 PAGI : Mandi dan solat Subuh. Remaja lelaki mula main peranan
berdasarkan tugasan yang diberi.

7.30 PAGI : Kami minum air teh 0 saja sebab makan sandwich dalam
perjalanan.

8.00 PAGI : Kami mengemas dapur dan vakum untuk kali terakhir sebelum
berangkat. Memastikan semua suis lampu dan hitter ditutup.
Orang lelaki masih lagi melakukan kerja-kerja penyusunan barang
dalam van.
8.30 PAGI : Semua orang keluar rumah kerana kerja-kerja penyelenggaraan
terakhir akan dilakukan oleh tuan rumah sebelum dikunci. Kami
mengambil kesempatan untuk sesi fotografi. Sempat juga kami
merakamkan gambar 4 orang adik beradik perempuan di
pekarangan rumah ini sebagai kenangan.

8.45 PAGI : Orang perempuan menaiki van tuan rumah ini dipandu oleh
Faridah kecuali Tahirah yang menjadi co pilot bapanya menaiki
van yang disewa terdiri daripada orang lelaki, ini bermakna sebuah
van ada 6 orang penumpang. Setiap van ini mempunyai aukitoki
untuk memudahkan kami berhubung, memandangkan perjalanan
kami ini sangat jauh, jadi sekiranya ada masalah bolehlah kami
berkomunikasi. Setelah semuanya mengambil tempat duduk
masing-masing, doa menaiki kenderaan dibaca oleh ketua rumah
yang juga selaku ketua rombongan ini menerusi system
komunikasi dan kami yang perempuan ini mengaminkan agar
perjalanan kami selamat. Insyaallah.

9.00 PAGI : Kami mula bergerak menuju ke stesen minyak berhampiran untuk
mengepam tayar van sewa yang kelihatan agak lembik.
Sebenarnya ramai ahli rombongan ni yang dah mula batuk-batuk.
Keadaan dalam van ni juga penuh dengan winter jaket, makanan
untuk sarapan, dan bekalan makanan tengahari.




50


Click to View FlipBook Version