The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FATIMAHWATI BINTI TALIB, 2021-09-01 07:15:28

CATATAN PERJALANAN FULLY COMPLETE

9.05 PAGI : Meneruskan perjalanan didahului dengan van orang lelaki diikuti
oleh van perempuan.. Kami mula membuka bekalan sarapan kami
iaitu sandwich. Sebelum tu kami memberitahu van di hadapan
menerusi talian komunikasi untuk mengambil sarapan dalam bekas
yang kami sediakan dalam van tersebut. Alhamdulillah kami
sentiasa bertunda antara satu sama lain. Mungkin jalan raya tidak
berapa sibuk ketika ini. Tiga jam telah berlalu. Di sepanjang
perjalanan kami dapat melihat kawasan padang rumput yang luas .
Padang rumput ini kelihatan putih kerana telah diliputi oleh salji.
Kami juga melihat beberepa ekor lembu yang berwarna hitam dan
kuda di kiri dan kanan jalan sedang meragut rumput. Kami tak
dapat bayangkan bagaimana lembu dan kuda itu mengunyah
rumput sebelum ditelan. Walaupun padang rumput itu luas tetapi
haiwan ini banyak berkumpul dalam bangsal mungkin kesejukan.

1.10 TGH : Kami baru saja melewati bandar Dallas. Tidak lama kemudian
kami sampai di bandar Fort Worth, kemudian kami menuju ke
sebuah stesen minyak exonmobil untuk buang air, solat Zohor
jamak Asar berjemaah dan makan tengah hari. Menu kami hari ini
ialah nasi, kari ayam, rendang daging dan sambal belacan. Begitu
berselera lagi kami makan ala bersantai di stesen tersebut. Selepas
makan kami mengemas semula peralatan yang digunakan. Itulah
pertama kali kami bersembahyang di tempat terbuka dalam
perjalanan ini. Setakat ini jarak perjalanan kami ialah sejauh 207
batu.

2.10 TGH : Setelah semua bersedia kami meneruskan perjalanan. Destinasi
kami seterusnya ialah Clearen Dan sejauh 260 batu. Menurut
lakaran map, kami akan bergerak 107 batu lagi baru exit.

3.30 PTG : Selepas exit, kami berhenti sekejap kerana Faridah mengantuk
dan tempatnya akan di ambil alih oleh Afiq. Walaupun sebahagian
besar ahli rombongan kami ini mempunyai lesen memandu tetapi
kami kekok kerana stereng kereta di sini kedudukannya sebelah
kiri, tambahan pula kami tak biasa memandu dalam keadaan ini
terutamanya apabila nak masuk sempang atau keluar dari sempang.
Tentu kami keliru lorong mana nak masuk. Faridah akan masuk ke
dalam van lelaki untuk melelapkan mata barang seketika sebab
perjalanan kami masih jauh. Sebenarnya Faridah tidak pernah
memandu sejauh ini, tetapi itulah pengorbanan yang dilakukan
semata-mata untuk membawa kami ke tempat yang ada salji. Nak
sampaikan setengah perjalanan pun memakan masa selama satu
hari. Itulah dia Amerika, negaranya luas dan jarak antara satu
negeri dengan negeri lain memakan masa 2 hari jika menaiki
kenderaan biasa. Buktinya kami bergerak dari Texas. Santa Fee ni




51

terletak dalam negeri New Mexico. Negeri ni kedudukannya
berselahan je dengan Texas, lebih tepat lagi lokasinya di barat laut
Texas . Boleh rujuk peta untuk memastikan fakta ini benar.

4.30 PTG : Tukar pemandu semula.

5.00 PTG : Kami berhenti di stesen minyak Citro untuk buang air. Kemudian
kami meneruskan perjalanan. Ada juga yang tidur kerana
keletihan. Ada pula yang besembang untuk menghilangkan rasa
mengantuk.

6.15 MLM : Suhu ketika ini ialah 4 darjah C.Udara di luar sangat sejuk. Waktu
bertolak dari Houstan suhu baru 22 darjah C. Akhirnya kami
sampai di Clearen Dan. Namun kami masih meneruskan
perjalanan sebab kalau boleh perjalanan hari ini lebih dari separuh
( ¾ ) agar hari esok perjalanan tidak mengambil masa sehari
suntuk. Kemudian kami mencari hotel untuk bermalam sebelum
meneruskan perjalanan esok hari. Kami mencari lokasi hotel yang
telah dibooking.

6.40 MLM : Selamat sampai di hotel. Nama hotel ini ialah Best Western.
Bangunan ini berwarna putih dan mempunyai 3 tingkat saja. Kami
keluar dari kenderaan dan membawa barang yang perlu saja
terutamanya bekalan untuk makan malam. Tiupan angin yang
kencang dengan suhu 4 darjah celcius menjadikan kami terlalu
sejuk dan segera menuju ke lobby sementara menunggu
pendaftaran selesai.

6.50 MLM : Bergerak masuk ke bilik. Kami sewa 2 bilik, satu bilik orang lelaki
dan satu lagi orang perempuan. Satu bilik ada 2 katil kelamin.

8.00 MLM : Juadah makan malam ialah pasta dan minum air teh. Orang lelaki
akan bertandang ke bilik perempuan untuk makan. Tugas mereka
ialah angkat barang, beli barang dan susun barang dalam boot
kereta. Walaupun nampak ringan, tapi mereka kena tahu nak
angkat barang mana yang diperlukan, manakala orang perempuan
akan memasak dan mengemas barang selepas digunakan. Malam
ni kami juga masak sardin untuk buat sandwich pagi esok.

9.30 MLM : Kami sempat menonton tv cerita CSI N. York. Malam ni ramai
yang dah batuk. Agak kronik juga bunyinya.

11.30 MLM : Tidur.








52

20 DEC 2006















































































53

TARIKH : 21. 12. 06 / KHAMIS

3.30 PAGI : Kami mula bangun dari tidur. Ada yang masak nasi dan ada pula
yang sembahyang sunat.

6.00 PAGI : Kami berhubung dengan bilik orang lelaki untuk bertanya waktu
subuh masuk pukul berapa. Menurut Din waktu sambahyang di
sini lewat sedikit dari Houstan.

6.30 PAGI : Kami buat sandwich untuk bekalan sepanjang perjalanan. Kalau
semalam sandwich telur, hari ni sandwich sardin pula.

7.30 PAGI : Panggil orang lelaki datang ke bilik kami untuk sarapan. Menu
ialah nasi putih, ayam kicap(yang dibekukan) dan sambal belacan.
Minuman pula air teh dan Ali café. Pagi ni memang kami
sediakan sarapan yang mengenyangkan sebab lepas ni dalam
kereta kami hanya akan makan roti saja.

8.00 PAGI : Seperti biasa kami akan mengemas dan packing semula barang dan
kebersihan bilik mestilah dijaga agar tidak menimbulkan sebarang
masalah apabila kami meninggalkan hotel ini.

8.20 PAGI : Kami check out dan berkumpul untuk mengambil gambar berlatar
belakangkan hotel ini sebagai kenangan. Sesi fotografi ni pun
secara ringkas saja kerana tiupan angin yang kencang dan udara
yang sejuk menyebabkan kami tidak boleh bertahan lama berada di
luar dan terus menuju ke van.

8.30 PAGI : Seperti biasa sebelum memulakan perjalanan, doa menaiki
kenderaan akan dibaca oleh ketua rombongan menerusi talian
komunikasi, jadi kami dapat mendengar dengan jelas dan turut
mengaminkan bacaan doa. Perjalanan hari ini dianggarkan sejauh
335 batu. Semalam kami telah melepasi jarak 524 batu.

8.40 PAGI : Kami berhenti di stesen minyak. Din seorang saja yang akan
turun. Cermin kereta dibersihkan kerana kotor dan berkabus.
Kedua-dua van telah siap dan sedia untuk bergerak.

8.45 PAGI : Perjalanan diteruskan. Suhu pada ketika ini ialah 0 darjah celcius.
Destinasi kami seterusnya ialah bandar Amarillo. Jaraknya lebih
kurang 60 batu. Sepanjang jalan kami melihat ladang lembu dan
kuda. Nampaknya salji telah turun di kawasan ini. Bahagian bahu
jalan juga kelihatan putih kerana dilitupi oleh salji. Cantik
pemandangan di sini kerana selain ladang kuda ada juga rumah
orang, tetapi jaraknya sangat jauh antara satu rumah dengan rumah





54

yang lain. Jadi kami menjangkakan rumah ini milik tauke lembu
atau kuda. Kenderaan tidak boleh di pandu laju kerana jalan licin.

10.00 PAGI : Akhirnya kami sampai di bandar Amarillo. Di sini kami melihat
pemandangan yang sangat cantik. Pokok-pokok besar yang tinggal
ranting itu seperti kristal, bercahaya apabila disinari panas terik
mentari, cuaca panas tapi udara sejuk.. Kami kagum dengan
keindahan ciptaan Tuhan, Apa yang dapat kami ungkapkan ialah
syukur alhamdulillah dan subhanallah. Mungkin sebelun ini
kami tidak pernah melihat pemandangan seperti ini di depan mata
kami sendiri. Kami begitu teruja untuk memegang salji yang
memutih seperti air batu kepal di sepanjang jalan. Jadi kami
mencari lokasi yang sesuai untuk meletakkan kenderaan.
Akhirnya kami parking di tepi jalan raya di suatu kawasan
perumahan. Sebelum turun kami pakai winter jaket. Sarung
tangan kami buka buat seketika untuk memegang salji yang
memutih di halaman rumah tersebut. Suasana ketika ini agak riuh
kerana masing-masing begitu asyik melakukan aksi-aksi yang
tersendiri. Selain sesi fotografi, kami juga merakamkan
wawancara secara spontan tentang perasaan ahli rombongan ketika
ini menerusi video came. Rata-ratanya gembira dan dapat rasa
salji itu halus seperti ais yang diparut, apabila dipijak terasa
lembut, tetapi apabila ia bertukar menjadi seperti ais, strukturnya
licin dan perlu berhati-hati, silap haribulan boleh terjatuh. Ini
merupakan kenangan kami yang terindah maka lahirlah ungkapan
My dream came true. Kalaulah Mat salleh ni lihat gelagat kami,
panik juga mereka. Namun yang pasti kami dapat merasakan
nikmat kepuasan yang tidak terhingga ketika ini.

10.30 PAGI : Kami meneruskan perjalanan ke Santa Fee.

11.30 PAGI : Kami baru saja masuk sempadan New Mexico. Kami berhenti di
sebuah kedai iaitu Visitor Information untuk buang air.
Kemudian kami membancuh sendiri kopi yang diberi secara
percuma untuk menghilangkan kesejukan. Sambil tu kami
mengambil beberapa maklumat melalui bahan bercetak tentang
Santa Fee. Akhir sekali kami mengambil gambar di papan tanda
Welcome to New Mexico.

12.00 TGH : Kami meneruskan perjalanan. Di kiri kanan jalan tiada lagi ladang
ternakan, tetapi ada bukut-bukit yang berbatu dan ditumbuhi pokok
ru. Pemandangannya sangat luas sejauh mata memandang. Suhu
di sini 4 darjah C. Matahari terik bersinar, silau juga, jadi kami
pakai cermin mata hitam. Sepanjang perjalanan banyak lori-lori
besar. Tiada kawasan perumahan di sini. Bersebelahan jalan ini






55

ada jalan keretapi yang membawa kontena dan arangbatu. Panjang
betul keretapi ni. Kalau tak silap kami ada 100 lebih gerabak.

1.50 PTG : Singgah di kedai untuk membeli pelekat peti ais ikut negeri-negeri
di US.

3.00 PTG : Kemudian kami singgah di Clines Conners untuk buang air. Ada
juga yang turun untuk bergambar sementara menunggu giliran
untuk masuk toilet. Suhu ketika ini ialah negative 3 ( -3 ), sejuk
gile, tapi terpaksa turun untuk melepaskan hajat.

3.20 PTG : Meneruskan perjalanan. ke Santa Fee. Di kiri kanan jalan bolehlah
diibaratkan seperti padang pasir yang memutih atau lautan salji.
Ada kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok yang diliputi
salji. Sangat indah pemandangan ciptaan Tuhan di sini. Dalam
perjalanan kami bertembung dengan lori yang membersihkan jalan
yang diliputi salji. Jalan di sini bukan lagi lebuhraya tetapi
merupakan jalan 2 hala.

3.40 PTG : Ketika ini kami melalui pemandangan kawasan berbukit dan
berbatu. Ada juga pokok-pokok ru yang masih hijau. Sangat
cantik. Kadangkala kami rasa sebak kerana dengan izinNya dapat
kami melihat pemandangan cintaan Allah yang sungguh indah.

4.00 PTG : Kami masih lagi mengamati pemandangan di hadapan berbukit-
bukau yang dilitupi salji. Sementara itu di kiri kanan jalan pula
ada kawasan penempatan penduduk. Waktu di sini lewat sejam
dari Clearen Dan. Di Clearen Dan masa / waktu sama dengan
Houstan tetapi waktu sembahyang bertukar. Kalau houstan masuk
waktu pukul 4, di sini pukul tiga.

4.30 PTG : Alhamdulillah kami selamat sampai di hotel. Nama hotel ini ialah
El Rey Inn. Bayangkan pekarangan hotel ini memutih seperti
hamparan salji. Malahan salji juga melitupi kereta-kereta penghuni
hotel ini. Tapi semua itu tak lagi menarik perhatian kami kerana
kami telah keletihan. Tambahan pula gian telah kami lepaskan
sewaktu berada di Amarillo. Jadi perkara pertama yang dilakukan
ialah punggah barang dan solat Zohor jamak Asar. Lepas tu
barulah kami makan nasi berlaukkan ayam masak kicap dan
sambal telur. Sayur biasanya kami makan ulam timun atau salad.
Desert pala makan roti dengan jem strawberry jenama knoffer.

6.00 MLM : Selepas solat Maghrib dan Isyak kami semua tidur awal sebab
kesihatan yang kurang memuaskan menyebabkan pergerakan kami
terbatas. Kami semua kena batuk peringkat melampau. Mungkin
cuaca terlalu sejuk. Walau bagaimanapun kami tak dapat tidur




56

lena kerana suis lampu bilik air sama dengan lampu hall, situasi
yang terang dan bunyi batuk yang seakan-akan bersahutan ,
adakalanya kami terpaksa bangun untuk membuang kahak.
Keadaan pada masa itu kurang selesa bagi kami. Keadaan hotel
yang kami duduk ni, buka saja pintu ada hall dan ada dua buah
katil kelamin. Di hadapan katil ni ada tv. Kemudian ada satu bilik
serta satu bilik air. Kami mengubah sebahagian susunan perabut
untuk memudahkan kami memasak. Walaupun agak kecil tapi
cukup selesa. Di sini bilik kami dengan orang lelaki jauh sikit.
Tapi tak kisah sebab mereka masih boleh jalan kaki untuk datang
ke bilik kami. Tapi dua-dua van parking dekat dengan bilik kami.
Tujuannya agar mudah mengambil barang yang diperlukan. Tapi
malam ni kami tak keluar langsung dari bilik.

12.00 MLM : Faridah dan Hanis bangun untuk masak maggi kerana terasa
lapar. Tambahan pula mata tak boleh lelap. Diikuti oleh orang
lain pada jam berikutnya, sehinggalah pagi. Pendek kata malam tu
kami tak cukup tidur. Selain solat, ada juga yang bangun untuk
membasahkan tekak dengan air panas beserta biskut. Tergerak
juga nak buka pintu bilik kalau –kalau ada salji yang turun lagi
malam ni, tapi tak ada. Hotel yang kami duduk ni setingkat saja.
Jadi kalau buka pintu terus nampak salji yang terhampar. Tapi nak
buka pintupun takut sebab terlalu sejuk. Sejuknya tu kata orang
sampai ke tulang. Jadi kami buka tv sehinggalah kami tertelap
semula.








































57

21 DEC 2006
















































































58

59

TARIKH : 22. 12. 06 / JUMAAT

6.00 PAGI : Bangun untuk solat subuh. Sarapan pagi ini ialah sandwich sardin
dan ada juga yang masukkan inti karipap dalam roti serta dibakar
dalam sandwich maker. Siap je baker kami makan panas-panas.
Ada juga yang gunakan jem dan butter, pendek kata ada saja
alternatif kami, sebab kalau dah pedas , nak manis pulak. Pagi ni
orang perempuan sarapan dulu sebab orang lelaki tidur lagi.
Apabila diorang sampai baru kami baker untuk mereka.

7.00 PAGI : Pagi ni kami terpaksa mandi, sebab dah 2 hari tak mandi. Sebelum
tu kami lap saja badan. Kalau nak ikutkan hati tak nak juga mandi,
sebab tak berbaupun, maklumlah sejuk-sejuk macam ni mana ada
peluh. Selepas mandi kami terus bersiap. Baju yang kami pakai
berlapis-lapis, ada yang 3, ada 4 dan ada 5 lapis termasuk winter
jaket, manakala seluar pula 2 / 3 lapis. Semua ketebalan tu
bergantung kepada individu itu sendiri. Inilah pengalaman pertama
pakai baju berlapis-lapis. Kalau dah tebal sangat nak bergerak pun
rasa susah, tapi apa boleh buat, semua tu untuk menyelamatkan
diri dari kesejukan. Kami juga pakai stokin yang tebal dan sarung
tangan yang sesuai. Cermin mata hitam mesti ada kerana silau
cahaya matahari yang terik. Kadangkala kami tergelak kerana rupa
kami dalam keadaan ini seperti peluncur salji yang professional.
Telefon bilik lelaki, jemput sarapan pagi.

8.00 PAGI : Kami orang perempuan keluar dari bilik hotel, meninjau kawasan
persekitaran setelah semalaman berkurung. Sempat juga kami
bergambar di beberapa lokasi yang menarik. Suhu ketika ini ialah
-4 darjah C. Kami tak dapat bertahan lama di luar. Jadi kami
balik semula ke bilik untuk menambah lapisan baju jika perlu.

8.30 PAGI : Kami bergerak ke Nasional Forest. Perjalanan mengambil masa
½ jam atau lebih. Pendek kata kami akan mendaki jalan yang
bersalji untuk menuju ke salah satu kawasan luncur salji yang
terkenal di Santa Fee ini. Dalam perjalanan kami menyaksikan
pemandangan yang memutih, bukan saja menarik tapi terasa
kesejukannya. Pendakian ini agak sukar, tambahan pula jalan raya
licin. Di kiri kanan jalan ada banyak pokok yang diliputi salji,
adakalanya kami lihat pucuknya saja apabila kedudukan kami
berada semakin tinggi dari aras laut. Sekali sekala kami terpaksa
menelan air liur kerana telinga mula berdengung, Din ada juga
menghubungi kami melalui talian komunikasi agar tidak leka
melihat pemandangan, kerana kenderaan kami adakalanya agak ke
tepi, dan memberi panduan kepada Faridah cara mengatasi
rintangan yang dilalui. Waktu ini kami hanya mendiamkan diri
untuk membolehkan Faridah lebih focus melalui jalan yang agak




60

getir ini. Jalan raya di sini merupakan jalan 2 hala iaitu satu naik
dan satu turun. Banyak kenderaan naik, namun ada juga yang
turun, mungkin mereka telah menginap di atas semalam.

9.30 PAGI : Dalam perjalanan kami telah singgah di Hyde Memorial State
Park. Kami meletakkan kenderaan di kawasan yang sesuai.
Selain sesi fotografi, kami juga merakamkan gambar melalui video
came. Fuyoo cantik gile kawasan pemandangan di sini. Banyak
pokok ru yang besar-besar yang penuh dengan salji dan hamparan
tanah yang memutih. Kalau pijak, terbenam juga kasut kerana
lapisan saljinya tebal. Kemudian kami berjalan kaki menuju ke
suatu kawasan yang agak tinggi. Sebelum tu kami singgah di
kedai untuk membeli sejenis alat permainan. Alat ini berbentuk
panjang dan bujur., ringan kerana dibuat daripada plastic. Cara
mainnya ialah, kita pergi di kawasan yang berbukit / kawasan
tinggi, duduk berlunjur atas papan ini, tangan pegang bahagian tepi
alat ini kiri dan kanan, setelah bersedia, orang lain akan tolak dan
papan ini akan meluncur ke bawah melalui kawasan yang bersalji.
Kalau tak pandai imbang badan, papan ini boleh terbalik. Gayat
juga rasanya sebab pergerakannya agak laju. Semua orang
mencuba permainan ini kecuali Faridah selaku jurugambar yang
merakamkan aksi-aksi kami selama permainan ini berlangsung.
Ada yang melakukannya berkali-kali sehingga mahir. Permainan
ini di kenali dengan nama tobogen. Seronok sebab kalau jatuh pun
tak sakit, cuma baju akan basah, jadi setiap kali jatuh, ada krew
yang tolong membuang salji yang melekat pada baju kami. Kalau
dibiarkan saja, baju akan basah, dan kami akan kesejukan. Lama
juga kami berada di sini sebab selain kami ada juga mat salleh
serta anak-anaknya bermain dengan kami. Oleh kerana
kawasannya tidak besar, jadi kami mengambil giliran kerana tak
boleh turun serentak, takut accident. Apapun kami cukup terhibur
dengan permainan ini.

12.00 TGH : Kami menaiki kenderaan untuk bergerak ke kawasan yang lebih
tinggi atau puncak. Oleh kerana parking dah penuh, jadi kami
meletakkan kenderaan di satu kawasan dan kena menapak mendaki
bukit itu. Di sini kami mengalami kesejukan yang melampau, ada
yang tidak dapat meneruskan perjalanan dan balik semula ke van.
Kami sukar untuk bernafas seolah-olah kurang oksigen, namun
hasrat untuk melihat orang main ski menguatkan semangat kami
untuk mendaki melalui jalan raya yang ada. Apabila sampai di
atas, kami rasa cukup penat, tambahan pula udara sangat sejuk.
Kami buang air dulu. Kemudian kami melihat kedai yang
menyediakan peralatan meluncur untuk disewa. Ramainya orang
di sana. Semuanya orang putih. Pemandangan di sini sangat
cantik, sukar kami nak gambarkan dengan kata-kata. Sungguh




61

indah pemandangan ciptaan Tuhan. Kami juga melihat kereta
kabel yang membawa semula orang yang telah meluncur ke bawah
naik semula ke atas. Dapat juga kami melihat aksi-aksi yang
menarik di sana. Kami tidak lama di sini, tambahan pula
sebahagian ahli rombongan berada dalam van, jadi kami mula
turun. Turun lebih laju dari naik, cuma kami perlu berhati-hati
kerana jalan agak licin.

2.00 PTG : Kami bergerak balik ke hotel. Solat Zohor dan Asar. Perut
lapa:jadi kami makan nasi goreng (telah siap goreng pagi tadi),
sandwich sardin, sandwich inti karipap, roti cicah sambal telur.
Desert roti sapu butter dan jem saja. Kami banyak makan roti
kerana senang nak dapat dan halal. Walau bagaimanapun kena
baca juga kandungan bahan yang digunakan. Kalau guna lemak
haiwan tak boleh juga makan sebab takut tak halal.

4.00 PTG : Berehat dalam bilik. Sambil tu kami buat persiapan untuk makan
malam. Letih juga rasanya, tetapi kami tetap seronok.
Bayangkanlah di usia 40 an baru dapat tengok salji secara live.
Namun kami tetap bersyukur di atas nikmat yang diberi.

8.30 MLM : Kami makan malam bersama. Menu malam ni ialah nasi, sambal
ayam dan ulam. Selepas makan, orang lelaki lepak di bilik kami
kerana kami nak melihat gambar video yang diambil siang tadi.

11.30 MLM : Orang lelaki balik ke biliknya. Kami menonton televisyen pula.
Menurut ramalan berita, malam ni salji akan turun. Jadi kami
bercadang nak tunggu sebab nak rasa salji turun di atas tapak
tangan kami. Suhu di bilik menjadi panas kerana kami pasang
hitter, tambahan pula semua ahli rombongan berkumpul, jadi kami
mengambil keputusan padamkan semua lampu dalam bilik dan
buka pintu untuk mendapat udara sejuk dari luar. Waduh, terasa
nyaman sekali. Apabila suhu dah sejuk, pintu ditutup semula sebab
ada juga mat saleh yang lalu lalang depan bilik kami untuk pergi
ke restaurant. Banyak juga kemudahan di hotel ini seperti sarapan
pagi, internet servis, spa dan servis kecantikan yang lain.

4.00 PAGI : Kami terjaga dari tidur. Teringat nak tengok salji, tetapi tiada salji
yang turun. Kami tidur semula. Maklumlah malam semalam tak
cukup tidur, jadi malam ni kena cover.










62

22 DEC 2006
















































































63

64

TARIKH : 23. 12. 06 / SABTU

5.00 PAGI : Bangun tidur. Oleh kerana belum masuk waktu , ada yang
mengerjakan sembahyang sunat. Namun ada juga yang sibuk
menyediakan sarapan pagi.

5.50 PAGI : Solat subuh.

6.40 PAGI : Sebenarnya hari ni kami kena pindah bilik lain pada pukul 12 .00
tangah hari. Bilik tersebut di sekitar kawasan hotel ni saja.
Sekarang ni kami tinggal di bilik no. 73, manakala orang lelaki
bilik no. 18. Ini bermakna kami kena menyediakan sarapan dan
juga makan tengah hari, sebab barang-barang perlu di packing
semula selepas masak.

7.00 PAGI : Kalau ikut jadual makan hari ni, sarapan pagi ialah nasi lemak, dan
makan tengah hari nasi goreng. Tetapi setelah berbincang, kami
ambil keputusan sarapan nasi goreng dan makan tengah hari nasi
lemak, sambal ayam dan rendang daging.

8.30 PAGI : Kami keluar bilik menuju ke van untuk menghantar barang seperti
beg baju. Bahadian atas van kami ada tompokan ais, kami ambil
air dalam botol dan jirus. Kemudian masuk semula ke bilik,
packing barang masak pula.

9.30 PAGI : Kami menuju ke bandar New Mexico. Setelah meletakkan
kenderaan, kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat berjalan
kaki beramai ramai. Sesi fotografi dijalankan di lokasi yang
menarik terutamanya di kawasan yang bersalji. Banyak aksi
menarik antaranya berbaring di atas salji, kejar-mengejar seperti
dalam filem Hindustan, ada yang meniarap, duduk atas salji dan
sebagainya. Semasa berjalan, kami melalui kaki lima jalan raya
yang kebanyakan saljinya telah mula cair. Jadi adakalanya
kawasan itu menjadi lecah sama seperti di Malaysia selepas hujan.
Bagi kawasan lain pula, salji yang dipijak itu menjadi mampat dan
licin seperti berjalan di atas ketulan ais. Kemudian kami masuk
ke kedai cenderahati, di sini kami lihat dulu barangnya, kalau
murah belilah. Yang menariknya kami masuk di sebuah kedai
Arab yang menjual cincin dan barang perhiasan wanita. Lama
juga kami di kedai ini, sempat juga bersembang dengan pemilik
kedai. Pendekkan cerita di sinilah Din telah membelikan sebentuk
cincin buat isteri kesayangannya. Mahal juga harganya. Fuyoo,
kami tumpang gembira je le, sebab nak beli memang kami tak
mampu. Tambahan pula poket money kami semakin berkurangan.






65

2.00 PTG : Seterusnya kami bergerak ke kedai Wall Mart. Di sini kami
membeli barang-barang berupa cenderahati dan ada juga yang
membeli barang kaca. Harga boleh tahan sebab ada potongan
sempena Hari Krismas yang bakal menjelang.

3.30 PTG : Balik semula ke hotel. Kami telah tukar bilik. Orang perempuan
no. 31 manakala orang lelaki no. 29. Selepas solat Zohor dan
Asar, kami makan tengah hari nasi lemak, sambal ayam, rendang
daging dan ulam timun atau lactius. Semasa memanaskan lauk-
pauk tadi, bekalan elektrik terputus, tapi kami teruskan makan
hidangan tersebut. Selepas makan, kami packing barang keperluan
memasak untuk dihantar ke bilik lelaki sementara waktu, sebab
kami panggil pekerja hotel untuk membetulkan kerosakan. Kami
minta remaja lelaki duduk di bilik kami sebab Din dan Faridah
pergi ke kedai Arab untuk mengambil cincin yang ditempah.

6.30 MLM : Solat Maghrib dan Isyak.

7.20 MLM : Remaja lelaki memasang peralatan video came di bilik perempuan,
mereka balik semula ke bilik mereka sebab mereka nak menonton
televisyen.

10.00 MLM : Tidur.











































66

23 DEC 2006























































67

68

TARIKH : 24. 12. 06 / AHAD

6.30 PAGI : Bangun solat subuh.

7.00 PAGI : Mandi bergilir-gilir. Packing barang sebab hari ini kami akan
bertolak balik ke Texas. Dua orang ahli rombongan pergi
breakfast di kantin hotel. Antara menunya ialah pelbagai Janis
serial, susu, muffin, pelbagai jenis roti ,butter dan jem serta telur
rebus. Minuman pula jus dan coffee serta teh.

8.30 PAGI : Kami bergerak meninggalkan hotel El Rey Inn.

1.30 TGH : Melepasi sempadan New Mexico. Ini bermakna kami sudah masuk
ke negeri Texas.

4.00 PTG : Kami sampai di Amarillo dan sembahyang. Salji di sini banyak
yang dah cair. Pemandangan tak cantik sewaktu pergi.

4.15 PTG : Kami meneruskan perjalanan. Sepanjang jalan kami main teka teki
menggunakan talian komunikasi antara van lelaki dan van
perempuan untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk.
Banyak juga soalan yang dikemukakan. Seronok juga sebab semua
orang kena beri teka-teki. Antara soalannya ialah, mengapa
superman suka pakai baju yang ketat ? Jawapan sebab dia pakai
baju saiz S. Apa yang ada di Texas, ada di New Mexico tetapi
tiada di Amarillo ? Jawapan Wall Mart. Banyak lagi teka-teki
yang diberi secara spontan yang tidak dapat dicatatkan di sini.

7.00 MLM : Selamat sampai di hotel Fairfield Inn Marriott yang terletak di
Wichila. Kami solat Maghrib dan Isyak. Kemudian kami
memanaskan lauk menggunakan rice cooker untuk makan malam.
Menunya ialah nasi goreng lebihan makan tengah hari, sambal
sardin, rendang daging, roti dan teh 0 panas. Remaja lelaki sempat
berenang di kolam renang sebelum makan malam. Hotel ini tiada
kemudahan peralatan microwave, mungkin tidak membenarkan
penghuni memasak. Jadi semasa memanaskan lauk, kami
membuka tingkap agar berbau. Nombor bilik kami ialah 321 dan
orang lelaki 323. Selepas makan kami menonton tv, tak banyak
yang disembangkan kerana letih.

9.30 MLM : Kami tidur awal.









69

TARIKH : 25. 12. 06 / ISNIN

5.00 PAGI : Bangun tidur. Waktu di sini sama waktu dengan Texas.

6.25 PAGI : Solat subuh bergilir-gilir kerana ruangnya agak kecil. Hari ni kami
masak nasi lemak dan sambal ikan bilis untuk di makan dalam
perjalanan. Kemudian kami berkemas semula barang dan
peralatan memasak. Kami tak buat sarapan pagi ni sebab nak
sarapan di bawah.

7.00 PAGI : Kami turun ke tingkat satu untuk sarapan pagi. Yang boleh di
makan ialah serial, telur rebus, buah peach, pisang dan epal.
Minuman kopi, teh, susu dan jus. Ada juga makanan lain seperti
roti, muffin, dan lain-lain, tapi tak makan sebab tak tahu halal atau
tidak. Kami sempat mengambil beberapa biji telur rebus untuk
dimakan bersama dengan nasi lemak. Ramai juga mat saleh yang
turun minum ketika ini.

8.00 PAGI : Perjalanan diteruskan. Destinasinya ialah Dallas. Masa yang
dianggarkan selama 2 ½ . Sebelum bergerak kami membaca doa
menaiki kenderaan.

10.15 PAGI : Kami berhenti di Irving Islamic Center. Di sini kami makan nasi
lemak dengan sambal ikan bilis, rendang daging dan sambal
sardin. Minum air dari watercooler je. Irving Islamic Center ni
merupakan sebuah masjid yang besar. Jadi selepas makan, kami
berehat di sini sambil menunggu waktu Zohor pada jam 12.30
tengah hari. Antara aktiviti yang dilakukan ialah sembahyang
sunat Tahiyatul masjid, sunat Duha, dan mengaji Quran.
Walaupun suhu di sini 8 darjah C, tapi tiupan anginnya sangat
kuat. Udaranya yang sejuk menyebabkan kami berlari menuju ke
van selepas bergambar di luar bangunan ini.

1.00 PTG : Kami meneruskan perjalanan ke Houstan, Texas. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Dallas. Dalam
perjalanan, kami pusing bandar Dallas. Bangunan-bangunan di
sini bukan saja tinggi tetapi ada pelbagai bentuk yang menarik.
Oleh kerana hari ini merupakan Hari Krismas, jadi suasana di
kawasan ini agak lengang. Tetapi kenderaan di lebuhraya bertali
arus dan kaju. Kami juga sempat melalui jalan raya yang
ditandakan X (di atas jalan raya ). Menurut sumber yang boleh
dipercayai, tanda X itu merupakan tempat John F. Kennedy iaitu
salah seorang presiden Amerika yang mati ditembak sewaktu
menyambut suatu perayaan di jalan raya tersebut.






70

2.15 PTG : Bergerak balik ke Houstan. Dalam perjalanan hanya main 2 teka-
teki saja sebab remaja lelaki tidur kerana terlalu banyak makan
nasi lemak.

4.15 PTG : Singgah di petrol pam untuk ambil minyak dan buang air.
Sebenarnya setiap kali masuk toilet orang perempuan akan bawa
botol mineral kerana tiada getah paip. Kadangkala kalau ramai
orang, kami terpaksa beratur menunggu giliran. Kemudian
meneruskan perjalanan.

5.15 PTG : Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di rumah. Kami
mengangkat barang dari boot masuk ke dalam rumah.

6.00 MLM : Solat Maghrib dan Isyak.

7.00 MLM : Turun bawah ( dapur) makan roti dengan inti karipap dan jem.

8.00 MLM : Kami orang perempuan keluar ke bandar Houstan menaiki van
yang disewa. Pemandangan waktu malam di sini cantik. Bandar
ini hanya sibuk pada waktu siang saja sebab di sinilah terletak
pusat segala office. Jadi orang hanya dating ke sini untuk bekerja..
Pada waktu malam suasana lengang kerana di sini tiada kedai
untuk membeli belah. Kedai makan ada, tetapi dibuka hanya
waktu siang saja. Begitulah keadaan di bandar Houstan. Namun
begitu ada juga orang yang berkeliaran di sekitar bandar ini.
Mereka yang kami maksudkan ialah orang kulit hitam yang miskin
dan tiada tempat tinggal.

9.30 MLM : Sampai di rumah kami terus masuk bilik, tidur.

12.30 MLM : Chips (hamster ) Hanis terlepas dari sangkar, berkeliaran dalam
bilik dan naik atas katil. Terperanjat ahli bilik kami, akhirnya
berjaya ditangkap dan masukkan semula dalam sangkar. Sambung
semula tidur.























71

25 DEC 2006












































































72

TARIKH : 26. 12. 06 / SELASA

6.30 PAGI : Solat subuh

8.00 PAGI : Sarapan pagi. Menu spegeti dan roti butter serta jem. Kemas
dapur.

9.00 PAGI : Menonton video semasa pergi ke Santa Fee.

12.30 TGH : Solat Zohor. Suhu ketika ini masih sejuk. Adakalanya pasang
hitter dalam rumah. Ada juga yang mengalami selsema dan batuk.

2.00 PTG : Hanis buat sejenis kuih bernama Macthmello. Senang je buat
kuih ni. Caranya ialah ambil 2 keping biskut, dalamnya masukkan
cooking coklat dan krim, masukkan dalam aluminium foil dan
bakar dalam makrowave beberapa minit untuk mencairkan coklat
dan krim tadi. Boleh dimakan panas-panas, krim tadi seolah-olah
seperti bergetah apabila digigit. Sedap rasanya.

4.30 PTG : Solat Asar. Tak banyak aktiviti yang dilakukan mungkin rasa
letih sebab baru balik dari berjalan jauh semalam.

5.00 PTG : Solat Maghrib dan Isyak.

7.00 MLM : Kami makan malam. Menunya ialah nasi putih, sambal ayam dan
labu masak lemak. Desert makan conflake madu serta susu segar
dan kami kemas dapur.

8.00 MLM : Bersembang tentang Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang
dan pengalaman Malik semasa belajar di US di ruang tamu atas .

9.00 MLM : Kami menonton televisyen sambil main game. Antaranya congkak
dan kad tipu-tipu.

11.00 MLM : Kami masuk bilik dan tidur.























73

TARIKH : 27. 12. 06 / RABU

6.30 PAGI : Solat subuh.

9.00 PAGI : Sarapan pagi makan cokodok cicah kuah lada. Bersembang
tentang anak-anak saudara. Berbincang untuk buat susur galur
keturunan TASU. Mencatatkan susunan anak saudara bermula
dari yang sulung hingga yang paling kecil iaitu seramai 36 orang.

12.30 TGH : Solat Zohor dan Asar.

3.00 PTG : Makan tengah hari. Menunya ialah ayam goreng, coslow, kentang
putar, sedapnya macam pergi ke kedai KFC. Tambahan pula kami
makan beramai-ramai. Di sini ada kedai KFC tapi tak pergi sebab
takut ayamnya tidak halal. Pendek kata apa je yang teringin nak
makan kena buat sendiri. Kalau bahan dah ada boleh terus buat
tapi kalau tak ada kena cari bahan dulu, adakalanya mengambil
masa 2 atau 3 hari kalau bahan yang diperlukan tiada di kedai.
Namun Faridah telah pelajari masakan pelbagai jenis makanan
untuk dijamu kepada anak-anaknya. Secara tidak langsung menu
yang pelbagai dapat mengubat hati anak-anak yang teringin atau
rindu dengan makanan di Malaysia.

4.30 PTG : Kami semua duduk di ruang tamu atas. Ada yang menonton tv,
ada yang main game UNO dan ada juga yang bersembang. Kami
banyak menghabiskan masa bersama kerana ini merupakan
minggu terakhir kami berada di sini sebelum balik ke Malaysia.
Tak sangka dah hampir sebulan kami berada di bumi US. Begitu
pantas masa berlalu. Tapi ada juga ahli rombongan kami yang
sudah menghitung hari kerana tak sabar nak balik Malaysia sebab
terlalu rindukan anak-anak dan suami tercinta yang ditinggalkan.

7.00 MLM : Kami turun ke dapur. Cadangnya nak masak mee bandung tetapi
terpaksa tukar menu sebab ayam goreng banyak lagi. Jadi malam
ni kami buat nasi goreng. Selepas makan malam kami buat kek
oren sebab ada orang teringin nak makan kek ni.

9.00 MLM : Menonton televisyen. Sebenarnya di Malaysia hari ini keputusan
peperiksann PMR keluar. Salah seorang ahli rombongan ada yang
ambil PMR jadi malam ni kami cuba mendapatkan maklumat
tersebut dari Alang yang berada di Malaysia. Keputusan
diumumkan selepas jam 2 petang.

11.00 MLM : Kami masuk bilik dan tidur dulu.






74

TARIKH : 28. 12. 06 / KHAMIS

6.00 PAGI : Kami dikejutkan dengan berita gembira iaitu kejayaan cemerlang
kedua-dua orang anak saudara kami yang mengambil peperiksaan
PMR. Fatin (anak Tahir) mendapat 9A manakala Haiqal yang
merupakan ahli rombongan kami mendapat 8A kerana mengambil
8 mata pelajaran saja. Suasana riuh juga pagi tu dengan ucapan
tahniah, kami tumpang gembira dan bersyukur dengan kejayaan
mereka berdua.

6.30 PAGI : Solat subuh.

8.00 PAGI : Sarapan pagi ini ialah mee hoon goreng.

9.00 PAGI : Kami berkumpul di ruang tamu atas sambil menonton tv.
Sebenarnya udara di luar masih sejuk, jadi kami pasang hitter
untuk mengawal keadaan, tambahan pula ramai di antara kami
yang mengalami selsema dan batuk.

12.30 TGH : Solat Zohor. Kami turun dapur panaskan mee hoon dan minum air
teh 0 panas.

2.00 TGH : Naik atas semula. Tengok movie tajuknya Maid in Honour.

3.00 PTG : Kami main game kad tipu-tipu. Ada banyak game antaranya main
rest, main colek, main banglak dan bangjijik . Permainan ini
kami belajar sewaktu zaman kanak-kanak. Remaja sekarang tak
tau main, jadi kami ajarlah apa yang patut. Sambil main kami
makan Lays iaitu sejenis kerepek kentang yang pedas dan rangup
seperti kerepek ubi di Malaysia.

6.00 MLM : Kami turun ke dapur untuk masak mee bandung yang dibatalkan
menu ni pada petang semalam. Mee buatan sendiri ni boleh tahan
sedapnya. Kami makan awal dan kira makan malamlah ni.

8.00 MLM : Kami naik ke atas, masuk bilik dan packing barang-barang yang
tak pakai lagi dalam beg. Sebenarnya kami ni jasad je ada kat US
tapi hati dah sampai di Malaysia. Sebab tulah sejak-akhir-akhir ni
banyak sebut Malaysia, baik dalam perbualan, makanan dan
keluarga.

9.30 MLM : Kawan Din dan Faridah iaitu Zabidi, Som dan anaknya datang
rumah. Makan keropok ikan dan air teh susu.

10.30 MLM : Tidur.





75

TARIKH : 29. 12. 06 / JUMAAT

6.30 PAGI : Solat subuh.

7.15 PAGI : Kami orang perempuan pergi ke Wall Mart. Mungkin ini kali
terakhir kami shopping di sini. Kalau ada barang yang teringin nak
beli inilah masanya.

9.15 PAGI : Sarapan pagi ni ialah wafer. Bahan telur, tepung, gula dan butter
dicampur menjadi doh yang agak cair. Kemudian doh ini akan
dituang dalam acuan berbentuk bulat atau empat segi, dibakar
selama beberapa minit. Setelah masak sapu butter atau jem atau
honey mengikut cita rasa masing-masing. Makan panas-panas
sebab kalau dah sejuk wafer ni menjadi lembik.

10.30 PAGI : Kami masak untuk makan tengah hari. Menunya ialah ikan masak
asam pedas, ayam masak kicap dan terung masak manis.
Menurut tuan rumah ini kawannya nak datang. Jadi kami masak
lebih dari biasa.

12.30 TGH : Hari ini kami makan awal sebab orang lelaki nak pergi solat
Jumaat di masjid. Semua orang begitu berselera sekali makan,
maklumlah semalam menunya hanya makan mee hoon dan mee
bandung saja. Jadi hari ni masakan yang pelbagai rasa seperti
pedas, manis dan masin, menyebabkan kami menikmati hidangan
makan tengah hari dengan begitu lazat sekali., tambahan pula hari
ini hujan renyai-renyai dan adakalanya lebat. Masakan ini pula
dimasak oleh chief yang sungguh berbakat di kalangan kami.
Sebenarnya apa saja yang dimasak semuanya sedap, seperti yang
pernah kami katakana, orang macam kami ni semuanya makan,
tolak batu dengan kayu je. Syukur alhamdulillah perut kami
sentiasa kenyang sepanjang berada di sini.

3.30 PTG : Kawan Din sampai di rumah. Sebenarnya mereka dari Wilcinson.
Namanya Sabri, isterinya Nor dan membawa 2 orang anak,
seorang lelaki berusia 14 tahun dan seorang perempuan berusia 9
bulan. Ketika ni kami berada di bilik atas sebab gosok baju untuk
esok. Kami pilih baju kurung sesuai dengan suasana hari raya, tapi
lapisan dalam mesti pakai tshirt sebab udara masih sejuk. Tak
lama lepas tu kami turun ke bawah dan Faridah memperkenalkan
kami kepada kawannya. Itulah yang biasanya dilakukan oleh
Faridah setiap kali bersua dengan kawannya.

4.30 PTG : Minum petang makan keropok ikan dan kuih insang pari.






76

6.30 MLM : Kami menyediakan makan malam untuk tetamu sebab mereka nak
meneruskan perjalanan. Tambah sejenis lauk lagi iaitu udang
goreng bersama dengan butter serta potong buah-buahan. Malam
ni rebus nasi himpit buatan sendiri, perap daging ayam dan daging
lembu untuk buat sate. Malam ni juga nak cucuk sate, buat sambal
goreng dan kuah kacang. Pendek kata semua orang sibuk kerana
masing-masing ada tugas sebab malam ini ialah malam raya. Esok
kami akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Inilah kali pertama
kami menyambutnya di rantau orang. Sedih juga tapi seronok
pulak sebab menunya sama seperti di Malaysia. Teringat juga
keluarga di sana kerana siapalah yang masak untuk mereka di sana
kerana tukang masak pergi US.

8.30 MLM : Selepas tetamu makan, barulah orang rumah makan. Remaja lelaki
diminta mengemas bilik tidur mereka kerana tetamu akan
menginap di sini malam ini setelah dipelawa oleh tuan rumah.

9.00 MLM : Menurut tuan rumah Zabidi dan Som pun nak datang rumah
selepas Isyak kerana mereka kenal tetamu yang datang rumah Din
ni. Wah meriah nampaknya kerana ramai kenalan Din datang
rumah malam ni. Mereka berbual di ruang tamu bawah sementara
kami pula di dapur menyiapkan kerja-kerja memasak untuk
persediaan hari raya. Pertama kali kami belajar mencucuk sate,
kalau daging ayam senang sikit, sebaliknya daging lembu agak liat
sikit, namun itu tidak melemahkan semangat kami untuk terus
mencucuk seolah-olah nak masuk pertandingan siapa yang paling
banyak cucuk sate. Adakalanya remaja lelaki turut serta dalam
aktiviti memasak pada malam ini seperti mengangkat nasi himpit
yang telah siap direbus. Keriuhan dan bualan kami agak terkawal
kerana ada tetamu. Cuma malam ni kami tak dapat mendengar
takbir raya. Yang pasti esok kami akan pergi solat raya di
kedutaan Indonesia.

1.30 PAGI : Setelah semua kerja dapur selesai, kami semua naik ke atas, rehat
sekejap, gosok gigi dan tidur.






















77

29 DEC 2006















































































78

TARIKH : 30. 12. 06 / SABTU

6.15 PAGI : Solat Subuh.

6.30 PAGI : Mandi sunat Aidiladha secara bergilir-gilir sebab remaja lelaki pun
terpaksa kongsi bilik air dengan kami, sebab bilik mereka ada
tetamu.

7.15 PAGI : Kami semua bersiap dengan pakaian hari raya untuk berangkat ke
masjid. Sebelum tu kami ambil wuduk dan terus pakai stokin. Di
bawah kedengaran takbir raya yang dipasang oleh tuan rumah
melalui CD. Setelah semua siap kami berkumpul di ruang tamu
bawah membawa beg berisi telekung.

7.45 PAGI : Kami semua masuk kenderaan dan bergerak ke kedutaan
Indonesia. Perjalanan memakan masa selama 40 minit. Ada juga
masjid dekat tetapi kali ni tuan rumah sengaja nak bawa kami
sembahyang jauh sikit. Kami saling bertunda antara satu sama
lain. Kami melalui lebuhraya yang bertol.

8.20 PAGI : Kami selamat sampai di kedutaan. Sempat juga kami mengambil
gambar untuk kenang-kenangan. Tambahan pula ialah kali pertama
kami mengenakan pakaian berbaju kurung sejak menjejakkan kaki
di US. Ramai orang mula membanjiri tempat ini. Kami
mengambil tempat sambil bersalaman dengan mereka yang
terdahulu dari kami dan membaca takbir bersama–sama orang
Indon. Sekejap je ruang untuk solat telah penuh. Orang Indonesia
yang ada ni bukanlah bekerja sebagai buruh tetapi mempunyai
kerja yang profesional dan kaya-kaya belaka. Pakaian mereka juga
agak moden tetapi ada yang mengenakan baju negaranya seperti
kebaya.

8.45 PAGI : Kami menerima kertas edaran cara mengerjakan solat sunat
Aidiladha dan membetulkan niat mengunjungi tempat ni.
Maklumlah kadangkala apabila berjumpa dengan kenalan,
biasanya kita akan bertanya khabar.

9.00 PAGI : Sembahyang sunat hari raya.

9.20 PAGI : Mendengar khutbah dalam bahasa Indonesia. Antara isi
khutbahnya ialah kita haruslah sentiasa mengingati mati dan
menyediakan diri ke arah itu. Selepas mati tiga perkara yang
ditinggalkan iaitu harta, anak yang saleh dan amalan kita. Hanya
amalan saja bekalan kita ketika berada dalam alam barzakh, di
samping itu doa dari anak yang saleh serta harta yang dibelanjakan
ke jalan Allah. Khutbah ini diadakan dalam dua bahasa dimulai




79

dengan bahasa Indonesia diikuti dengan bahasa Inggeris kerana
ada jemaah yang terdiri dari orang putih yang beragama Islam.
Semasa khutbah, ada juga edaran tabung sekiranya ada jemaah
yang ingin menghulurkan sumbangan atau derma ikhlas. Doa yang
dibaca khusus ditujukan kepada mangsa Tsunami yang meragut
ramai nyawa terutamanya rakyat Indonesia. Selepas solat, kami
bersalaman dengan kenalan Faridah yang terdiri dari ibu-ibu yang
aktif dalam usrah dan juga isteri kedutaan di sana.

10.00 PAGI : Kami bergerak balik ke rumah. Orang perempuan singgah di kedai
Krooger sekejap untuk beli cream cheese. Pesan remaja lelaki
masak air.

10.30 PAGI : Kami sampai di rumah dan bubuh lauk pauk dalam bekas untuk
dihidang. Juadahnya ialah lontong, kuah kacang, sate ayam dan
daging, banana split, carrot kek, buah-buahan, air teh dan jus
oren. Suasana ketika ini sungguh meriah. Tambahan pula perut
dah mula lapar kerana sunat makan selepas solat raya. Selepas
makan kami memanaskan lauk, dan ketika inilah satu peristiwa
cemas telah berlaku apabila stove Faridah terbakar. Kami semua
panik sekejap. Asap memenuhi ruang dapur. Ada yang mengambil
kain basah tekap stove tersebut tetapi api datang dari arah dalam
dapur. Remaja lelaki turut dipanggil untuk membantu mengawal
keadaan. Din selaku tuan rumah bertindak mematikan suis dapur
di garaj. Alhamdulillah keadaan dapat dikawal namun hasrat
untuk memanaskan lauk pauk terpaksa dibatalkan. Kemudian
kami mencuci pinggan mangkuk, mengemas dapur dan
menyimpan semula peralatan yang telah digunakan dalam kabinet.

12.00 TGH : Solat Zohor berjemaah di ruang tamu bawah.

12.30 TGH : Kawan Din iaitu Sabri, Nor dan 2 orang anaknya bertolak balik ke
Dallas. Faridah menitipkan sedikit makanan seperti lontong dan
sate untuk bekalan dalam perjalanan.

1.00 TGH : Kami semua naik semula ke atas, masuk bilik dan tidur.
Maklumlah malam tadi tidur lewat. Inilah salah satu cara untuk
memulihkan semula tenaga.

4.20 PTG : Faridah mengajak kami pergi ke Wall Mart. Din yang memandu
van. Mereka turunkan kami saja sebab Faridah nak pergi kedai
lain sebab nak cari barang untuk dikirimkan kepada saudara mara
di Malaysia. Mereka akan mengambil semula kami mengikut
masa yang ditetapkan. Ini merupakan shopping kami yang terakhir
di sini sebab lepas ni nak packing barang sebelum pulang ke
Malaysia. Banyak juga yang dibeli.




80

6.30 MLM : Sampai rumah solat Maghrib dan Isyak.

7.30 MLM : Turun bawah makan malam.

9.00 MLM : Naik atas semula dan paking barang untuk kali terakhir.

11.30 MLM : Tidur.






































































81

30 DEC 2006















































































82

TARIKH : 31. 12. 06 / AHAD

6.30 PAGI : Solat Subuh

7.15 PAGI : Bawa beg yang telah siap packing ke bawah untuk timbang berat
setiap beg. Muatan sebuah beg tidak boleh melebihi 30 kg untuk
penerbangan antarabangsa.

9.00 PAGI : Kami sarapan pagi. Menunya ialah nasi himpit, sambal telur, sate
dan carrot cake. Pagi ni kami mengambil kesempatan untuk
menyalin resepi cheese cake, carrot cake dan banana split.

10.30 PAGI : Kami naik atas semula untuk mandi dan bersiap.

12.00 TGH : Turun semula ke bawah makan sosej daging rusa yang Melur beri
tempoh hari. Sengaja Faridah masak untuk kami sebelum
berangkat balik ke Malaysia. Hari ni tak banyak perkara yang
kami sembangkan, masing-masing banyak mendiamkan diri,
mungkin kami sedih kerana akan berpisah dengan keluarga ini.
Maklumlah hampir sebulan bersama, banyak memori indah yang
akan menjadi kenangan buat kami dan keluarga ini. Namun setiap
pertemuan pasti ada perpisahan. Itulah hakikat yang terpaksa kami
terima.

12.30 TGH : Kami solat Zohor jamak Asar.

12.40 TGH : Tuan rumah ini bermurah hati membawa kami menghadiri majlis
jamuan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid
Campion. Semua pergi, jadi seperti biasa orang perempuan
menaiki van manakala orang lelaki menaiki kereta kepunyaan tuan
rumah ini. Sebaik saja sampai di sana, Faridah memperkenalkan
kami kepada rakan-rakannya yang terdiri dari orang Arab, orang
Indonesia, orang Putih, Pakistan dan juga orang Melayu.
Semuanya beragama Islam. Kami bersalaman dan ada yang
berpelukan antara satu sama lain. Seronok juga menghadiri majlis
ini. Antara kawan Faridah yang kami jumpa ialah Som, yang lain
tak kenal kecuali seorang warga Indonesia yang kami jumpa di
kedutaan sewaktu solat hari raya . Kami makan menu yang
disediakan iaitu nasi beriani kambing dan dal kacang
kuda,jelata dan ayam. Minumannya ialah air sprite. Ada juga
kalangan kami yang mengambil nasi tambahan. Ramai sungguh
orang yang menghadirinya. Hanis berkesempatan berjumpa
dengan guru dan kawannya sewaktu makan. Begitu juga Faridah
yang sempat bersembang dengan beberapa orang kawannya. Itulah
cara kehidupan masyarakat Islam di luar negara. Walaupun
penganut agama Islam merupakan golongan minoriti tetapi




83

hubungan mereka sangat erat dan mesra antara satu sama lain.
Kami rasa kagum dengan cara kehidupan mereka .

2.00 PTG : Malangnya kami tak boleh lama di sini kerana perjalanan kami
masih jauh. Dalam perjalanan balik kami singgah di kedai
starbuck untuk membeli mark yang dikirim oleh keluarga dari
Malaysia. Hanya seorang saja yang turun kerana kami kesuntukan
masa. Din terus ke rumah Som/Zabidi untuk meminjam van
mereka setelah menghantar orang lelaki balik ke rumah.

3.15 PTG : Kami semua keluar rumah untuk memasukkan beg ke dalam van.
Suasana pilu menyelubungi emosi dan perasaan kami. Namun
kami kuatkan semangat dan mengambil kesempatan mengadakan
sesi fotografi untuk kali terakhir di lokasi rumah ini.

3.45 PTG : Kami bergerak menuju ke Airport. Dalam kereta tak banyak yang
dibualkan, Masing-masing mempunyai perasaan yang sukar untuk
diucapkan dengan kata-kata.

4.15 PTG : Sampai di Airport. Kami terus check in barang kecuali hang
lagage. Timbul sedikit masalah apabila ada beg yang melebihi
muatan yang dibenarkan dan terpaksa dipindahkan ke beg yang
lain. Namun semuanya itu dapat diatasi. Kami juga mengambil
gambar di sini secara beramai-ramai. Kemudian kami bergerak ke
tempat pemeriksaan kastam. Faridah dan keluarganya turut
mengiringi kami ke tempat ini. Inilah saat yang paling
menyedihkan apabila kami mula bersalaman dan berpelukan antara
satu sama lain. Kami terpaksa merelakan perpisahan antara anak
dengan ibu, ayah serta adik-adik kerana seorang anak Faridah akan
mengikut kami balik semula ke Malaysia untuk menyambung
pelajarannya di sini. Tiga daipada ahli rombongan ini merupakan
adik beradik perempuan Faridah dan tiga lagi merupakan ipar dan
anak saudaranya. Antara ungkapan yang terucap ialah Selamat
jalan, selamat tinggal,jumpa lagi, doakan kami selamat sampai
ke Malaysia, dan halalkan makam minum kami. Itulah kata-
kata terakhir sebelum kami melangkahkan kaki ke pintu cermin
yang berdekatan.

5.00 PTG : Kami melalui pemeriksaan kastam. Seperti biasa, kami akan
membuka kasut dan meletakkan segala barang dalam bekas yang
disediakan untuk melalui alat pengesan. Setelah siap, kami pakai
semula kasut dan menyandang hand lagage dan melambaikan
tangan ke arah Faridah sekeluarga yang masih menunggu kami di
bahagian tepi tempat pemeriksaan kastam sehinggalah hilang dari
pandangan. Sayu juga rasa hati hendak meninggalkan mereka.
Banyak kenangan yang hendak dibawa pulang bersama. Namun




84

semangat kami untuk pulang ke tanah air tercinta juga semakin
kuat memandangkan kerja-kerja yang telah sedia menunggu sebaik
saja kami sampai ke Malaysia.

5.30 PTG : Kami berjalan menuju ke pesawat. Sebelum tu kami sempat
singgah di kedai berhampiran untuk membeli sedikit barang untuk
cenderahati. Kami juga pergi ke restroom untuk melepaskan hajat
buat kali terakhir sebelum berangkat.

5.40 PTG : Kami memasuki pesawat dan membaca doa menaiki kenderaan.
Dalam pesawat ni kami terpaksa duduk dengan bangsa lain.
Namun itu bukanlah masalah bagi kami.

6.00 MLM : Kami mendengar makluman yang disampaikan oleh kapten yang
bertugas, antaranya perjalanan ke LA mengambil masa selama 2
jam 40 minit.

6.05 MLM : Kapalterbang mula bergerak.

6.15 MLM : Terbang meninggalkan landasan.

7.00 MLM : Hidangan diedarkan kepada penumpang iaitu salad, roti bun dan
coklat sneekers serta minuman.

8.05 MLM : Menonton televisyen dalam pesawat sambil menulis catatan
perjalanan. Catatan ini dibuat bukan untuk suka-suka tetapi
cadangnya nak dijadikan buku untuk tatapan semua ahli
rombongan. Mungkin catatan ini akan menjadi kenangan yang
terindah dalam tahun 2006.

9.35 MLM : Selamat mendarat di airport LA. Tetapi waktu di sini kena tolak
dua jam. Bermakna waktu di LA sekarang ialah 7.35 malam.

7.50 MLM : Kami keluar dari pesawat

8.00 MLM : Kami menuju ke tandas dan ambil wuduk. Kemudian kami
mencari kawasan yang sesuai untuk solat Maghrib dan Isyak.
Kami juga mengambil sedikit masa untuk makan bekalan burger
yang disediakan oleh Faridah sebelum bertolak. Menurutnya ada
14 biji burger, bilangan kami yang balik ialah 7 orang, ini
bermakna satu orang boleh makan dua biji. Sebenarnya tuan rumah
ni bimbang kami kelaparan semasa di LA sebelum menaiki
pesawat ke Malaysia. Minumannya hanya air watercooler, itu
sudah memadai bagi kami yang bergelar musafir ni. Setelah
semuanya selesai, kami mula bergerak menuju ke kaunter






85

penerbangan Malaysia. Jauh juga kami berjalan kerana kawasan
airport LA ni sangat besar.

8.30 MLM : Kami check in untuk penerbangan ke Malaysia. Ramai juga orang
di sekitar airport ni. Pekerjanya pula terdiri dari pelbagai bangsa,
ada Cina, ada Filipina dan lain-lain.

9.00 MLM : Kami lepak di suatu kawasan kerana flight ke KLIA lama lagi. Di
sini kami beli air tin dan makan baki burger yang ada. Remaja
lelaki ada yang melayari internet yang terdapat di kawasan sekitar
kami. Dalam pada itu kami selalu mendengar pengumuman dari
pekerja airport agar semua orang berhati-hati dengan pickpocket
yang disampaikan dalam 2 bahasa iaitu Inggeris dan Cina. Sambil
menunggu kami juga sempat melihat gelagat orang lain yang
berada di situ. Tambahan pula malam ni merupakan malam tahun
baru.

10.30 MLM : Kami bergerak ke tempat pemeriksaan kastam. Alhamdulillah
semuanya ok. Kemudian kami mencari ruang yang sesuai dan
duduk di balai berlepas. Letih juga rasa badan ketika ini. Betullah
kata orang penantian itu merupakan satu penyiksaan. Kalau di
Texas dah pukul 12.30 malam, pastinya kami dah lena dibuai
mimpi yang indah. Namun realitinya sekarang ni kami berada di
airport LA. Nak tidur takut kapalterbang tinggalkan kami, jadi
terpaksalah kami berjaga. Yang pasti semangat untuk pulang ke
Malaysia tetap utuh di minda kami, cuma yang berdetik ketika ini
ialah saat melalui lautan pasifik yang penuh dengan gegaran dan
cabaran.

11.15 MLM : Setelah mendengar pengumuman, kami pun bergerak menuju ke
pesawat. Sekali lagi doa dibaca, ahli rombongan yang lain tolong
aminkan. Lokasi yang kami pilih ialah masih di bahagian ekor
kapalterbang. Kami duduk berdekatan dan berpasangan antara
satu sama lain.

11.20 MLM : Makluman dari pilot yang bertugas, antaranya pesawat akan
berlepas dari LA ke Taipeh, jarak perjalanan sejauh 11 427km,
perjalanan memakan masa selama 14 jam 25 minit, dan dijangka
sampai di Taipeh pada jam 6.05 pagi.

11.45 MLM : Kapalterbang berlepas meninggalkan landasan.Tak lama kemudian
kami dijamu dengan minuman jus oren dan kacang. Seperti biasa
kami sukar melelapkan mata walaupun gegeran tidak kuat seperti
waktu datang, namun adakalanya kami tidur-tidur ayam juga. Ini
bermakna sepanjang malam kami berada di ruang udara dan yang
specialnya azam tahun 2007 juga dibuat dalam pesawat.




86

31 DEC 2006






















































87

88

TARIKH : 02. 01. 07 / SELASA

5.00 PAGI : Ketika ini kami masih lagi berada dalam pesawat tapi mungkin dah
berada di ruang angkasa Taipeh. Waktu Taipeh dengan Malaysia
lebih kurang sama. Pagi ni hidangan sarapan kami ialah chieken
sosej, buah-buahan,desert yourgurt campur rasberry.

5.15 PAGI : Dua orang ahli rombongan kami diiringi seorang pramugari naik
tangga yang terletak di bahagian ekor kapalterbang untuk melihat
tempat tidur yang ada di situ. Walaupun ruangnya kecil tetapi
lebih kurang 12 orang boleh tidur, ada juga tilam nipis, tali
pinggang keselamatan, dan selimut disediakan. Kemudian kami
turun semula ke bawah.

5.30 PAGI : Masuk toilet, cuci muka dan ambil wuduk untuk solat subuh
sebelum mendarat.

6.05 PAGI : Semat mendarat di Taipeh.

7.00 PAGI : Pergi toilet sebelum menaiki pesawat semula.

7.10 PAGI : Kami bergerak menuju ke balai berlepas. Perasaan gembira kerana
beberapa jam saja lagi akan sampai ke destinasi kami seterusnya.

7.40 PAGI : Kami menaiki pesawat. Pengumuman kapten bertugas, bilangan
krew, jarak perjalanan dan dijangka sampai pada pukul 11.50 pagi
waktu Malaysia. ( 4 jam masa perjalanan)

7.50 PAGI : Pesawat berlepas. Ini merupakan penerbangan kami yang terakhir
sebelum kapalterbang ini mendarat di bumi Malaysia. Bermakna
kalau dihitung sebanyak 12 kali kami naik dan turun dari pasawat
sepanjang perjalanan kami pergi dari Malaysia, LA dan Texas dan
balik ( 6 kali naik, 6 kali turun ). Fuyooh hebatnya macam orang
business. Walau bagaimanapun perasaan takut setiap kali pesawat
naik dan turun tetap ada di sanubari kami.

11.50 PAGI : Selamat mendarat di KLIA. Kami keluar last sekali dan ketika ini
perasaan kami sungguh gembira kerana telah menjejakkan kaki di
Tanah air tercinta.

12.00 TGH : Kami melepasi pemeriksaan passport dan singgah di kedai bebas
cukai untuk membeli cenderahati dan coklat. Kemudian kami
menaiki train untuk menuju ke balai ketibaan.

12.30 TGH : Bergerak mengambil beg mengikut bilangan yang mencukupi.





89

1.00 TGH : Kami melalui pemeriksaan kastam. Alhamdulillah semuanya lepas.
Mereka tak check pun sebab kami dah maklumkan kepada mereka
yang kami dari Texas menziarahi saudara di sana.

1.10 TGH : Jumpa saudara mara yang menanti kepulangan kami. Kami
bersalaman dan berpelukan untuk melepaskan rindu.

1.30 TGH : Kami semua menaiki kenderaan dan bergerak ke sebuah restoran
di Kajang. Salah seorang saudara kami ingin belanja makan nasi
beriani gam tetapi malangnya kedai itu tutup. Akhirnya kami
semua makan nasi campur di kedai berhampiran.

2.30 PTG : Ahli rombongan berpecah, ada yang balik ke Pulapol terdiri
daripada Rohaya, Fatimahwati, Hashimah, Hakeem dan Haiqal
serta Rubaie dan ada yang balik Setapak iaitu Fauziah.

3.30 PTG : Solat dan ahli keluarga menonton CD sewaktu kami di US.

4.30 PTG : Minum petang. Menunya keropok ikan dan air kopi.

6.30 PTG : Abang yang sulung datang ke Pulapol hantar nasi beriani kerana
kami tidak dapat menghadiri majlis cukur jambul cucunya iaitu
Sofeya Maisara.

8.00 MLM : Hashimah dan dua orang anaknya balik ke rumahnya di Melawati,
manakala Fatimahwati dibawa oleh Afandi ke rumah Fauziah
untuk mengambil kiriman barang buat orang tersayang di Melaka.
Kemudian singgah di Seremban jumpa Apeng. Seterusnya hantar
Syahir balik Air Keruh. Akhirnya sampai di Duyong pada jam
11.30 malam.

12.00 MLM : Minum air kosong dan tidur. Maka berakhirlah sebuah episode
catatan perjalanan ke USA. Sekian Wassalam.
















90

91

Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
saudara kami yang berada di Texas iaitu Mohd. Tahir bin Ismail, isterinya
Faridah bt Talib, anak-anaknya iaitu Tahirah, Afiq dan Hanis yang sudi
mempelawa kami bercuti di sana . Kami mengambil masa yang lama untuk
membuat keputusan kerana US tu bukanlah dekat tapi suatu tempat yang

sangat jauh. Tambahan pula di peringkat awal pemergiannya, salah seorang
adik beradik kami baru saja pulang kerahmatullah. Hampir setahun kami
mendiamkan diri, mungkin diam itu lebih baik bagi kami ketika itu. Tetapi
pelawaan demi pelawaan dan keikhlasan hati mereka menyebabkan kami teruja
untuk ke sana. Tambahan pula ramai di antara ahli rombongan ini tak pernah
ke luar negara lebih-lebih lagi negara yang mempunyai 4 musim. Akhirnya
pertengahan tahun 2006 kata sepakat dicapai dan tindakan susulan diambil.
Yang pasti pada 06 .12. 06 merupakan tarikh keramat bagi kami berangkat ke
US.

Selama kami berada di LA, keluarga di Texas ini selalu menghubungi
kami terutamanya memberitahu kami waktu sembahyang. Mereka seolah-olah
berada dekat dengan kami walaupun jaraknya beratus batu. Tiga hari berlalu

dengan cepat kerana tiap waktu yang terluang dipenuhi dengan aktiviti yang
berfaedah. Tiap hari hati kami digamit rindu untuk berjumpa dengan
keluarga di Texas. Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan mereka
sekeluarga. Akhirnya kedatangan kami disambut dalam suasana yang sungguh
gembira. Semua ahli keluarga ini turut menyertai ibu bapa mereka ke airport
menaiki dua buah van untuk menjemput kami. Kami terus dibawa ke
rumahnya. Sebaik saja pintu dibuka, bau aroma makanan untuk hidangan
makan malam menusuk hidung kami. Pada kami hidangan itu sungguh istimewa,
kami terharu dengan persiapan rapi keluarga ini, tambahan pula suami Faridah

turut mengambil cuti untuk membantu dalam kerja-kerja memasak. Terima
kasih kami ucapkan.

Sepanjang kami berada di sana, setiap hari ada saja menu baru yang
dimasak. Kuantiti yang dimasak pula agak banyak kerana bilangan kami yang
ramai. Hari-hari seperti ada kenduri kecil. Biasanya dimulakan dengan
sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Kalau lauk
tengah hari tak cukup, malam kami masak lagi. Pendek kata sepanjang berada
di sini perut kami sentiasa kenyang. Keluarga ini tak pernah jemu melayan
karenah kami. Selain itu kami juga diberi tempat penginapan yang sungguh







92

selesa. Dua buah bilik khas disediakan untuk kami lengkap dengan cadar dan
comforter memandangkan musim sejuk telahpun bermula.

Boleh dikatakan setiap hari kami dibawa berjalan. Selain dari ke
sekolah, kami dibawa mengunjungi kedai-kedai yang berdekatan seperti Wall

Mart, Burlington, Doller Tree, Khol”s , ada juga kedai yang jauh dari rumah
mereka seperti Marshall, Sam’s Club dan lain-lain yang tak dapat nak
dicatatkan di sini. Itu tidak menjadi masalah bagi keluarga ini, yang pasti
kami dapat memilih barang yang kami suka dan menepati citarasa kami. Kami
juga dibawa ke tempat-tempat yang menarik seperti Galveston, bandar
Houstan, Dallas, Amarillo, dan Santa Fee. Terima kasih kepada keluarga
ini terutamanya pasangan suami isteri yang sudi meluangkan masa bercuti
bersama kami malah memandu kenderaan dalam jarak yang sangat jauh.
Sesungguhnya jasa dan budi kalian sekeluarga tetap kami kenang hingga ke
akhir hayat.

Selain itu, kami juga dibawa mengunjungi rumah kenalan mereka
seperti Roger dan Melur. Mereka juga membawa kami pergi ke rumah Pakcik

Ramli dan Siti Habsah yang akan berangkat menunaikan fardhu haji. Kami
juga sempat berkenalan dengan Zabidi dan Som serta Ani. Mereka juga
sering mengenalkan kami kepada kenalan mereka terutamanya semasa
sembahyang Hari Raya di Kedutaan Indonesia serta di Masjid Champion
sewaktu jamuan hari raya. Secara tidak langsung ramai kenalannya yang kami
jumpa. Ada juga kenalannya yang datang ke rumah. Antara sedar atau tidak
, keluarga inilah yang menaja makan minum kami selama kami berada di sana.

Apapun sekali lagi kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang

tidak terhingga kepada Din dan Faridah yang begitu senang menerima
kedatangan kami dari saat kami menjejakkan kaki di Texas sehinggalah kami
berangkat balik ke Malaysia. Sesungguhnya Allah sajalah yang dapat
membalas kebaikan mereka sekeluarga.












93

JASAMU DIKENANG






BUAT TATAPAN KELUARGA DI TEXAS
ASSALAMUALAIKUM MULA BICARA

MEMORI SILAM MENGGAMIT RINDU
MENAMBAT RASA KASIH DAN SAYANG


AKAN KAMI HARGAI

LAYANAN MESRA BERPANJANGAN
PENGOBANAN MASA DAN TENAGA

SEGALA KEMUDAHAN YANG DIBERI
TAK TERUCAP DENGAN KATA-KATA


JUSTERU ITU
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA

DI ATAS SEGALA-GALANYA.
MOGA BERSUA LAGI

DI TAHUN HADAPAN
INSYAALLAH.

ASSALAMUALAIKUM.














94

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Makhasin dan Imam
iaitu kenalan Din dan Faridah yang tinggal di Los Angeles. Makhasin dan
Imam adalah anak jati Indonesia yang telah mendapat kerakyatan Amerika.
Beliau banyak membantu kami sebaik saja kami melangkahkan kaki keluar
dari di airport LA. Makhasin bekerja sebagai doctor disalah satu hospital di

LA manakala Imam bekerja di sebuah pasaraya di sana.

Antara bantuan yang diberikan ialah menguruskan tempahan bilik di
hotel Holiday Inn selama tiga hari kami berada di LA. Mereka jugalah yang
menjemput kami dari airport dan menghantar kami ke hotel. Malah mereka
telah membawa kami ke rumahnya yang tidak berapa jauh dari tempat
penginapan kami. Bukan itu saja, kami turut dijamu dengan hidangan makan
tengah hari di rumahnya. Semasa menghantar kami balik ke hotel, Makhasin
telah membekalkan kami dengan buah limau, air mineral, beberapa botol air
berkabonat, pinggan dan cawan kertas. Sebelum balik, beliau membantu kami
membeli dapur untuk kegunaan memasak. Itu baru hari pertama kami
mengenalinya. Hari ini ialah hari Rabu.


Keesokkan harinya Makhasin telah menghantar kami ke station train
untuk pergi ke Disneyland. Walaupun station ini dekat dan kami boleh
berjalan kaki saja tapi dia yang hantar, siap bekalkan kami sekotak donat.

Seterusnya Makhasim membawa kami ke beberapa tempat menarik di
sekitar LA seperti Long Beach, Islamic Convention Center, Kapal Queen
Mary, Marina Cruise, Seal Beach dan Atinton Beach. Oleh kerana hari ni
Jumaat jadi kami kena balik awal sebab orang lelaki nak pergi sembahyang .


Pada pagi Sabtu pula Makhasin telah menghantar kami ke Universal
Studios. Dia juga sanggup menjemput kami jika kami memerlukan
perlhidmatannya, tetapi kami cuba mencari transport lain dulu, kalau tak
dapat baru kami minta pertolongannya. Ternyata malam tu nasib tak
menyebelahi kami, jadi Imam yang menjemput kami kerana Makhasin kerja
malam.

Akhir sekali Makhasin telah menghantar kami ke airport kerana kami
akan berangkat ke Texas. Dialah yang menolong kami memindahkan barang-
barang dalam beg yang melebihi muatan ke dalam beg lain. Dia menunggu
sehinggalah kami selesai menjalani pemeriksaan kastam.





95


Click to View FlipBook Version