The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Knowledge sharing regarding to the experience during the house construction by using IBS method.
ISBN 978-967-2096-12-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chia, 2020-06-03 03:25:26

IBS Polyhome

Knowledge sharing regarding to the experience during the house construction by using IBS method.
ISBN 978-967-2096-12-2

Keywords: IBS,Polyhome,PSIS

Chia Soi Lee
Seti Suhadaini Binti Mohammed

Mohd Rizal Bin Abd Rahim
Rakiah Binti Omar

Cetakan Pertama 2017

HAK CIPTA POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada
penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiar dalam sebarang bentuk
dengan apa jua cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi,
rakaman atau cara lain tanpa mendapat izin bertulis daripada
Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah.

IBS POLYHOME
ISBN 978-967-2096-12-2

Dicetak oleh :
Print Expert Sdn. Bhd.
No 20, Jalan Bunga Tanjung 2/16, Seksyen 2,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.



Sistem Binaan Berindustri (Industrial Building System-IBS) telah diperkenalkan di
Malaysia sejak tahun 1983. Setelah daripada itu, ia berkembang pesat dan mula mendapat
tempat dalam industri pembinaan negara melalui pelan tindakaan yang diperkenalkan oleh
Kerajaan Malaysia iaitu Roadmap 2003-2010, Roadmap 2011-2015 dan seterusnya
Construction Industry Transformation Programme (CITP 2016-2020).

IBS menjanjikan binaan yang berkualiti disebabkan penghasilan produk berkualiti
tinggi dan meminimumkan pembaziran kerana produk yang dihasilkan di kilang telah
melepasi standard yang ditetapkan. Komponen-komponen utama dalam pembinaan rumah
seperti dinding, tiang dan rasuk telah disiapkan di kilang terlebih dahulu. Ini bermakna,
kerja-kerja di tapak binaan cuma perlu mencantum dan memasang komponen-komponen
berkenaan. Proses pembinaanya dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat
disamping penggunaan tenaga buruh yang lebih rendah. Oleh itu, jika dilihat secara
keseluruhannya, sistem IBS ini membolehkan kos pembinaan dikurangkan.

Selain itu, penggunaan acuan kayu dihapuskan dan digantikan dengan sistem
pasang siap yang lebih mudah serta sistem yang lebih sistematik. Dengan itu, projek dapat
disiapkan lebih cepat kerana komponen pasang siap hanya mengambil masa singkat untuk
disiapkan, di samping menjadikan tapak pembinaan lebih bersih dan selamat.

Pada masa ini, terdapat enam jenis IBS yang digunakan secara meluas di Malaysia
iaitu sistem kerangka keluli, sistem kerangka kayu, sistem blok, sistem konkrit pratuang,
sistem acuan dan sistem berinovatif lain. Salah satu cara pembinaan IBS yang kerap
digunakan adalah dengan menggunakan kaedah Sistem Blok yang mana ia menjadikan unit
blok ringan sebagai bahan utama membina bahagian dinding tidak tanggung beban. Selain
daripada itu, unit blok konkrit pula digunakan sebagai tiang dan rasuk struktur.

Pada pembentangan Bajet 2016, kerajaan menyalurkan pembiayaan sebanyak RM500
juta dengan maksimum RM10 juta akan diberikan kepada syarikat pengeluar komponen IBS
yang berkelayakan untuk memulakan operasi kilang komponen IBS. Kerajaan begitu komited
untuk melahirkan lebih ramai syarikat terutamanya bumiputera dalam pengeluaran komponen
IBS dengan sasaran 100 lagi syarikat menjelang 2020 di bawah. Pelan Transformasi Industri
Pembinaan (CITP).

Bagi mencapai impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan
sendiri, negara memerlukan tenaga kerja tempatan yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.
Langkah pihak kerajaan untuk memperkasakan dan menjenamakan semula sistem
Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) adalah satu pendekatan yang amat wajar
dan signifikan.

Selaras dengan dasar kerajaan dalam memperkasakan industri pembinaan dan TVET,
Jabatan Pendidikan Politeknik telah mengorak langkah dalam menjayakan projek rumah
komuniti yang dikenali sebagai POLYHOME di daerah Besut, Terengganu. Melalui program
ini, diharapkan supaya politeknik dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bersifat holistik dan
berkemahiran tinggi. Para pelajar dilengkapkan dengan pengetahuan dalam bentuk teori dan
praktikal dalam dunia sebenar industi pembinaan.

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) juga telah mengambil langkah proaktif dalam
menjayakan projek pembinaan rumah komuniti atau dikenali dengan nama POLYHOME.
Seramai 17 orang pelajar dari kursus Diploma Kejuruteraan Awam dengan bimbingan
pensyarah telah berjaya membina sebuah rumah dengan menggunakan kaedah IBS.

Melalui program ini, ia dilihat telah meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
keyakinan para peserta terutamanya dalam proses pembinaan. Adalah menjadi harapan agar
mereka akan menjadi pemain utama dalam bidang pembinaan terutamanya di dalam bidang
IBS.

Proses kerja pembinaan rumah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :

(A) Kerja-kerja (C)
semasa
Kerja-kerja Kerja-kerja
sebelum pembinaan pembersihan
rumah di tapak tapak rumah
pembinaan dan peralatan
rumah di tapak (B)
binaan

Pembersihan Tapak

Pembersihan tapak adalah bertujuan membuang pokok dan sampah serta meratakan dan
memadatkan tapak untuk memulakan kerja-kerja pembinaan rumah.

MEMBUAT KOTAK BENTUK / SPACER BLOCK

• Pemasangan kotak bentuk dibuat di bengkel politekniktermasuk pembuatan
Concrete Lintel

• Penghasilan spacer block
• Pembuatan bar tetulang (reinforcement bar)
• Pembuatan tupang kayu

Perkongsian Ilmu Pembinaan

Menghadiri sesi perkongsian ilmu yang diberi oleh staf PSA yang berpengalaman
dan pernah mengikuti program My PolyHome Fasa ke-4.

Perkongsian Ilmu Pembinaan

Bahan binaan dan peralatan yang diperlukan untuk pembinaan dihantar ke tapak
bina dengan menggunakan bas dan lori.

Taklimat Keselamatan Dan Perancangan Kerja

Taklimat keselamatan di tapak dan perbincangan perancangan kerja mengikut plan

diberi kepada semua pelajar dan pensyarah yang terlibat.

Setting Out Dan Side Rel

(a) Mengukur tapak dan membuat penandaan keluasan 20’ x 30’ (lebar x panjang)

(b) Penggunaan benang dan kayu pancang dengan kaedah segitiga (Pythagoras's
Theorem) untuk mendapatkan bentuk rumah bersudut tepat

Penghantaran Ibs Component

(a) Precast Column (12 batang – 125x125x3000mm), Precast Beam (3 batang –
100x100x3350mm, 3 batang – 100x100x2740mm, 8 batang – 100x100x3040mm), lightweight
concrete block (12 pallets, 100 biji/pallet) sampai di tapak (dibawa dengan menggunakan lori
20 tan 40 kaki panjang) dan di angkut turun ke tapak dengan menggunakan Backhoe dan
tenaga pekerja

(b) Roof Trusses (channel 75mm x 0.75mm think, batten 35mm x 0.45mm think)

(c) Papan manis (14 keping - 12’ panjang)

(d) Komponen perlu diletakkan pada stockpile/ stockyard yang bersesuaian dan berdekatan
dengan tapak kerja supaya mudah untuk handling



Pemasangan Formwork Foundation / Raft Slab

(a) Formwork dibuat menggunakan papan plywood (12mm tebal x 125mm lebar) dan kayu 1’’ x
2’’ sebagai penahan

(b) Formwork disusun mengikut benang settling out dan kedudukannya dikukuhkan dengan
menggunakan kayu pancang

(c) Aras lantai / formwork dilaras menggunakan tiub air dan spirit level

Pemasangan Formwork Foundation / Raft Slab

(a) Formwork dibuat menggunakan papan plywood (12mm tebal x 125mm lebar) dan
kayu 1’’ x 2’’ sebagai penahan

(b) Formwork disusun mengikut benang settling out dan kedudukannya dikukuhkan
dengan menggunakan kayu pancang

(c) Aras lantai / formwork dilaras menggunakan tiub air dan spirit level

Pemasangan Culvert Septic Tank

(a) Culvert septic tank ditanam/ diangkat menggunakan backhoe dengan bantuan tali
lump yang disewa untuk meratakan tanah dan mengangkat komponen IBS

(b) Culvert septic disusun secara melintang kerana mempertimbangkan paras air
bawah tanah yang tinggi

(c) Kedalaman adalah lebih kurang 4’

PEMASANGAN LAYING PLASTIC SHEET

Demp Proof Membrance (DPM) diletakkan terlebih dahulu di atas tapak bina sebelum BRC
diletakkan. DPM bertujuan untuk mengelakkan kandungan lembapan air bawah tanah meresap
naik ke atas lantai.

PEMASANGAN LAYING BRC

(a) Pemasangan BRC A8 , 1 lapisan dan dilapping sepanjang 2’ (60cm) dan diikat dengan
dawai.

(b) Spacer block (1” tebal) dilapikkan di bawah BRC menentukan kedudukan keluli bar utama
dengan permukaan konkrit, pada jarak yang dikehendaki dan tidak berubahsemasa kerja
pemadatan konkrit di lakukan.

Pemasangan Starter Bar Untuk Tiang

(a) Untuk setiap kedudukan tiang (12 tiang), pemasangan starter bar diperlukan dengan
menggunakan 4 batang besi Y12 yang berukuran 750mm setiap satu, dibengkokkan
menjadi L shape, dengan nisbah panjang 300mm ke bawah : 450mm ke atas dan diikatkan
pada BRC dengan menggunakan dawai.

(b) Besi pada bahagian atas (ukuran 450mm) juga akan diikat dengan link R6 dan
membentukkan segiempat sama dengan saiz 50mm x 50mm.

Kerja Concreting Raft Slab

(a) Ready mixed concrete sebanyak 8m3 gred G30 dengan ketebalan 125mm (5”) dan
dibiarkan curing semalaman

(b) Konkrit dipadatkan dengan menggunakan vibrator terutamanya di tepi muka formwork bagi
mengelakkan honeycone

(c) Kedudukan starter bar sentiasa dipastikan dalam kedudukan yang betul dan tidak berubah

Pemasangan Precast Column

(a) Pemasangan precast column adalah dengan mengangkat tiang tersebut (dengan
menggunakan tenaga kerja manusia seramai 5 orang) dengan bahagian bottom
hole precast tersebut ditemukan atau slot in pada starter bar yang terdapat pada raft
slab.

(b) Precast column dirembat (braced) menggunakan kayu kasau 1’ x 2’ dan paku.
(c) Ketegakan tiang diukur menggunakan spirit level
(d) Terdapat conduit pada hujung bawah precast column (bahagian sisi) yang perlu

dimasukkan simen grouting sehingga penuh dan dibiarkan keras semalaman.
Simen graounting dibancuh secara cair/ flawable (mengikut nisbah bancuhan pada
beg kampit) dan dialirkan ke dalam conduit menggunakan corong turas sehingga
penuh.



Kerja Mengikat Blockwall (Blok Konkrit Ringan)

(a) Pemasangan Blockwall adalah menggunakan Lightweight Concrete Block dengan
kaedah jointing menggunakan mortar (simen: pasir = 1:6) dengan ketebalan 10mm

(b) Asfalt felt (lebar 4”) diletakkan sebelum mortar dan blok konkrit ringan dipasangkan
untuk mengelakkan air dari lantai meresap ke dinding blok konkrit ringan

(c) Kerja-kerja yang terlibat adalah pemasangan scalfoding, memotong blok,
membancuh mortar, memasang blok dinding sehingga tinggi 3meter

(d) Pemasangan bar link R6 dan exmet pada setiap 600mm atau 3 lapisan block
(e) Benang perlu dipasang semasa mengikat blok konkrit ringan supaya setiap lapisan

blok yang dihasilkan adalah lurus



Pemasangan Kerangka Pintu / Tingkap

(a) Pemasangan kerangka pintu dan tingkap adalah mengikutkan kedudukan seperti dalam
drawing dan perlu mengambil kira ketebalan cement render 25mm bagi kedudukan
kerangka pintu

(b) Kerangka pintu dan tingkap adalah jenis metal/ adjustable louvers
(c) Pastikan pemasangan kerangka pintu dan tingkap nako terisi penuh mortar dibahagian tepi

jenang.
(d) Pada bahagian tepi jenang turut dipasang fishtail (3 nos untuk pintu dan 2 nos untuk

tingkap) untuk mengukuhkan kedudukan kerangka pintu / tingkap pada dinding blok konkrit
ringan
(e) Fishtail dibuat dengan menggunakan bar R6
(f) Kedudukan kerangka pintu juga perlu dikukuhkan dengan kayu kasau 1” x 2” dan diikat
pada precast column menggunakan dawai

Pemasangan Lintol

(a) Lintol konkrit dibuat secara insitu dengan menggunakan formwork konkrit / raft slab
yang terpakai dan terdapat bar tetulang 2Y12 di dalamnya

(b) Bilangan lintol yang diperlukan adalah 6 batang (100mm x 100mm x 1500mm) untuk
tingkap, 7 batang (100mm x 100mm x 1200mm) untuk pintu dan 2 batang (100mm x
100mm x 1050mm) untuk tingkap bilik air dan tandas

(c) Lintol diletakkan di atas bingkai pintu dan tingkap.
(d) Paras blok konkrit ringan dan jenang tingkap / pintu (bahagian atas) perlu diaraskan

dan diletakkan mortar sebelum letak lintol

Pemasangan Precast Roof Beam

(a) Ada 14 batang precast beam yang perlu dipasang mengikut saiz panjang dn
kedudukan seperti dalam lukisan

(b) Pemasangan precast beam adalah dengan mengangkat rasuk tersebut (dengan
menggunakan tenaga kerja manusia 5 orang) dan kemudiannya diangkat ke atas
scalfolding terlebih dahulu (3 orang berada di atas scalfolding). Kemudian precast
beam di angkat ke atas dinding.

(c) Kedua-dua hujung precast beam perlu diikat dengan bar bahagian atas hujung tiang
dengan menggunakan dawai. Sambungan antara precast beam dan precast column
dikemaskan dengan memenuhkan sambungan tersebut dengan konkrit G30.

Pembinaan In-Situ Beam

(a) Formwork in-situ beam dipasang pada kedudukan mengikut lukisan dan ditupang
menggunakan kayu tupang

(b) Bar tetulang 4Y12 diletakkan dalam formwork in-situ beam dan hujung bar tersebut
diikatkan pada hujung bar tetulang precast column dengan menggunakan dawai

(c) Bancuhan konkrit G30 diisi penuh dalam formwork in-situ beam (3 batang) dan
tempat sambungan antara rasuk dan tiang

(d) Scalfolding yang telah dipasang perlu dialihkan dari satu tempat ke tempat lain
untuk melakukan kerja-kerja pengisian bacuhan konkrit

Pemasangan Anggota Struktur Roof Trusses

(a) Terdapat 2 saiz kekuda bumbung mengikut lukisan yang diberi :
i. Truss section T1 – 4 set
ii. Truss section T2 – 3 set (anjung lebih panjang 1220mm berbanding 610mm, 1
sisi sahaja yang berbeza)

(b) Channel dipotong menggunakan grinder mata besi dan kemudian dibuat penandaan
dan dicantumkan membentuk satu kekuda bumbung

(c) Sambungan adalah menggunakan skru fastener dan handrill
(d) Ada bahagian pada channel yang perlu dicanai menggunakan grinder mata besi

Pemasangan Roof Trusses

(a) 7 set kekuda bumbung yang telah siap disambung diangkat naik untuk dipasang
pada roof beam.

(b) Peralatan yang diperlukan adalah safey harness dan scalfolding. Memerlukan
aktiviti memanjat bangunan lebih kurang 3 meter tinggi

(c) Bracket L dan wall plug digunakan untuk mengikat kekuda dengan roof beam
(d) Jarak antara kekuda bumbung yang dipasang ialah 1500mm manakala jarak antara

batten yang dipasang ialah 1000mm
(e) Diagonal bracing dipasang menggunakan batten manakala lateral bracing dipasang

menggunakan channel

Pemasangan Atap Bumbung

(a) Ada 2 saiz metal deck yang digunakan :
i. 14’ panjang (23 keping)
ii. 16’ panjang ( 5 keping, anjung depan rumah)

(a) Skru metal deck adalah jenis washer
(b) Pemasangan atap perlu teliti bagi mengelakkan lubang pada atap akibat daripada

kesalahan drill skru



Kerja Wall Plastering

(a) Melepa dinding dengan menggunakan bancuhan mortar (nisbah1:3) dengna
ketebalan 10mm kedua-dua muka dinding.

(b) Alat yang digunakan adalah plasting trowel, hawk, sponge float, wooden float dan
long wooden float

Kerja Wiring & Plumbing (M&E)

(a) Menandakan kedudukan / laluan paip wayer (conduit) pada dinding mengikut
lukisan

(b) Dinding ditebuk menggunakan circular saw / grinder mata batu atau tukul dan pahat
batu

(c) Pendawaian dan pemasangan paip adalah kaedah conceal (tanam dalam dinding)



Pemasangan Tangki Air Dan Paip

(a) Menandakan kedudukan / laluan paip wayer (conduit) dan paip air pada dinding
mengikut lukisan.

(b) Penyambungan paip air masuk dan keluar dari tangki untuk tandas dan bilik air
(c) Dinding ditebuk menggunakan circular saw / grinder mata batu atau tukul dan pahat

batu
(d) Pemasangan paip adalah kaedah conceal (tanam dalam dinding)
(e) Tangki air diletakkan di atas 2 kepingan plywood waterproof (4’ x 8’) yang diletakkan

di atas kayu 2’’ x 4’’ x 8’ panjang (di atas roof beam)

Pemasangan Papan Pemanis (Metal Fascia)

14 keping papan pemanis dicat pada satu muka sahaja sebelum dipasang pada kekuda
bumbung menggunakan skru.



Kerja Cement Render

(a) Ketebalan cement render adalah 25mm atau 1’.
(b) Bancuhan cement render terdiri daripada 1 beg simen 50 kg, 2½ muatan kereta

sorong pasir halus dan 2½muatan kereta sorong psir kasar
(c) Cement render mesti diratakan dengan sedikit cerun ke arah pintu utuk

mengelakkan takungan air dalam bilik
(d) Kecerunan cement render dalam bilik air adalah menghala ke arah floor trap.
(e) Cement render pada permukaan akan dilicinkan dengan menggunakan air simen

Konkrit Apron/Kaki Lima

(a) Setting out apron adalah berdasarkan panjang unjuran atap bumbung
(b) Apron konkrit di buat mengelilingi keluasan rumah setebal 50 mm dan selebar 610

mm dengan menggunakan konkret gred 30
(c) Papan plywood 12mm tebal x 125mm lebar dan kayu 1” x 2” dipasang pada keliling

perimeter rumah sebagai formwork
(d) 1 lapisan BRC A8 dipotong dan dihemparkan di dalam formwork bagi memastikan

apron tidak pecah apabila dikenakan beban



Pemasangan Accessories & Fittings

Melibatkan kerja-kerja pemasangan kipas, plug, pili paip , tombol pintu, cermin tingkap.

Kerja Mengecat

(a) Dinding luar dan dalam dicat menggunakan 3 tong (18 liter) undercoat putih dengan
1 lapisan cat

(b) Dinding luar dicat sekali lagi bagilapisan ke-2 dengan cat warna kuning 1 tong (18
litre) manakala dinding dalam dicat lapisan ke-2 dengan cat warna putih 2 tong (18
litre)

(c) Kerangka pintu dan tingkap menggunakan cat besi/kayu 7 litre (1 tin). Kerangka
pintu dan tingkap perlu digosok dengan kertas pasir atau dikikis dengan
menggunakan pemaras keluli untuk membuang kotoran (mortar keras) yang terlekat
supaya memudahkan kerja-kerja mengecat kerangka tingkap dan pintu





Pemasangan Siling

(a) Siling dalam rumah adalah menggunakan kaedah siling gantung
(b) 79 keping siling digunakan dengan saiz 2’ x 4’
(c) Kerja-kerja menanda ketinggian siling perlu dilakukan terlebih dahulu dengan

menggunakan tiub air untuk mendapat paras yang sama tinggi

(a) Pengumpulan sisa-sisa binaan dilakukan bagi memastikan keselamatan, keselesaan
dan kebersihan di sekitar rumah

(b) Pergerakan barang dan peralatan yang digunakan sentiasa dipantau dan dibersihkan
selepas digunakan

(c) Barang dan peralatan disemak bilangannya dan dikumpulkan semula dalam kotak untuk
dibawa balik ke politeknik



Penyertaan kali pertama oleh PSIS bagi Projek Polyhome Fasa Ke-5 telah memberi impak kepada
pelbagai pihak yang berkepentingan iaitu :

PELAJAR

 Peningkatan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Awam
khususnya bidang pembinaan bangunan.

 Peningkatan tahap keyakinan diri bagi pelajar untuk berkomunikasi secara
berkesan dengan pihak luar.

 Memupuk rasa kebertanggungjawaban pelajar kepada masyarakat.

PENSYARAH

 Peningkatan kemahiran pensyarah melalui pendedahan kepada budaya kerja
dalam sektor pembinaan.

 Peningkatan nilai tambah dalam kerjaya sebagai pendidik.
 Peningkatan kompetensi pensyarah dalam melahirkan graduan TVET yang

berkualiti selaras dengan Lonjakan ke-4 PPPMPT 2015 – 2025 iaitu Graduan
TVET Berkualiti.
 Melaksanakan tanggung jawab sosial berdasarkan pengetahuan dan kemahiran
yang dimiliki dalam membantu golongan asnaf.

INSTITUSI PSIS

 Memenuhi KPI Penglibatan Industri melalui penyertaan pelajar dan pensyarah
bersama dengan pihak industri dalam membina rumah mampu milik.

 Memenuhi kehendak JPP dan kerajaan dalam membantu golongan
berpendapatan rendah melalui projek pembinaan rumah mampu milik.

 Melaksanakan tanggung jawab sosial sebagai institusi pendidikan dalam
mencapai Visi PSIS sebagai Pusat Rujukan TVET Menjelang Tahun 2020.

ORGANISASI JPP

 Ke arah merealisasikan Transformasi Politeknik dalam melonjakkan politeknik
sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET.

 Menaikkan imej JPP selaras dengan Transformasi Politeknik untuk memperkasa
keupayaan politeknik dalam membangunkan modal insan negara.

 Mendokong saranan kerajaan dalam memenuhi Lonjakan ke-10 PPPMPT iaitu
Transformasi Penyampaian Pendidikan melalui pemantapan hubungan antara
Institusi Pengajian Tinggi, industri dan komuniti.

ORGANISASI JPP

 Mendapat bantuan kemudahan penginapan rumah mampu milik yang disediakan
oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh institusi pendidikan.

 Menyedari keprihatinan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan dalam
mengurangkan bebanan untuk menampung kos sara hidup.

 Peningkatan kesedaran peranan institusi pendidikan dalam mempelbagaikan
kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam membangunkan modal insan
negara.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Penyertaan program ini pada masa akan datang dapat dipertingkatkan dengan
membuat persediaan yang lebih baik. Antaranya:

 Peruntukan kewangan perlu ditambah bagi memenuhi kos bahan binaan dan peralatan
yang telah meningkat termasuk GST.

 Menyediakan peruntukan pengangkutan yang sesuai bagi membawa pelajar pergi dan
balik dari tempat penginapan dan tapak bina untuk kemudahan pelajar.

 Menyediakan keperluan peralatan yang lengkap dan selamat untuk memastikan projek
pembinaan rumah mampu milik disiapkan dalam tempoh yang singkat.

 Projek pembinaan yang dirancang juga perlu mengambil kira waktu rehat bagi
menjaga kebajikan pelajar dan pensyarah.

 Memberi peluang kepada kakitangan Unit Multimedia dan Sumber (UIDM) menjalani
SIP bagi menyediakan video atau bahan bantu mengajar (ABM) untuk kegunaan dan
kemudahan di masa akan datang.

 Jalinan kerjasama perlu dimeterai antara pihak industri dan JPP atau politeknik yang
terlibat supaya hubungan kerjasama yang wujud antara kedua-dua pihak dapat
diteruskan.

Projek POLYHOME merupakan satu inisiatif kerajaan bagi menyediakan
prasarana penginapan bagi golongan yang memerlukan. Projek POLYHOME pembinaan
rumah mampu milik yang dijalankan oleh pelajar politeknik bersama pensyarah merupakan
satu proses pembelajaran yang sangat efektif. Disamping itu, ianya juga dapat menerapkan
nilai-nilai murni dikalangan pelajar dalam membentuk sahsiah diri yang cemerlang. Projek
POLYHOME ini telah mendekatkan para pelajar dan pensyarah dengan penduduk kampung
dan ianya secara tidak langsung telah mendidik pelajar untuk berkomunikasi dengan
penduduk setempat.

Projek POLYHOME berjaya dilaksanakan dengan lancarnya dalam tempoh
dan kos yang ditetapkan. Pelbagai cabaran dapat dilalui dengan penuh sabar dan iltizam
yang kuat untuk merialisasikan hasrat membantu insan yang memerlukan tempat tinggal.
Walaupun projek dilaksanakan di musim tengkujuh, pembinaan dengan menggunakan
kaedah IBS terbukti masih mampu dijalankan tanpa mengenepikan aspek kualiti binaan.
Tapak projek yang bersih dan selamat telah menjamin keselamatan para peserta sepanjang
30 hari menjalankan projek.

Usahasama pintar dari pelbagai pihak seperti Parlimen Kuala Besut, GBIBS
(pembekal IBS) dan pihak pengurusan JPP serta PSIS telah membuahkan hasil yang amat
cemerlang. Setiap bantuan yang diberikan dalam apa jua bentuk termasuk sumbangan wang
ringgit amatlah dihargai.

POLYHOME meninggalkan begitu banyak pengalaman dan kenangan indah
buat semua. Sudah pasti ia memberikan kesan yang amat positif kearah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi suatu hari nanti. Selamat maju
jaya buat warga Politeknik Malaysia terutamanya dari Politeknik Sultan Idris Shah.


Click to View FlipBook Version