The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Knowledge sharing regarding to the experience during the house construction by using IBS method.
ISBN 978-967-2096-12-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Chia, 2020-06-03 03:25:26

IBS Polyhome

Knowledge sharing regarding to the experience during the house construction by using IBS method.
ISBN 978-967-2096-12-2

Keywords: IBS,Polyhome,PSIS

Pengalaman Secara Hands-on

Penyertaan PSIS dalam Projek Polyhome Fasa Ke-5 telah memberi impak
yang positif kepada pihak pengurusan, pensyarah dan pelajar. Projek ini
telah memberi satu pengalaman secara hands-on kepada semua pihak
yang terlibat daripada kerja perancangan, pembinaan dan penilaian.
Usahasama pintar pelbagai pihak iaitu Industri pembinaan IBS, komuniti
dan PSIS telah memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah
mempelajari kemahiran teknologi IBS (Industrial Building System )
daripada pihak industri. Pengalaman membina rumah mampu milik bagi
kumpulan B40 ini bukan saja memberi kompetensi teknikal kepada pelajar dan pensyarah bahkan dapat
mempraktikkan kemahiran insaniah sebagai satu tanggung jawab sosial kepada komuniti. Kepelbagaian
kaedah pengajaran dan pembelajaran di lapangan ini dapat meningkatkan lagi kompetensi pensyarah
dan pelajar bagi menyokong untuk melahirkan graduan TVET yang berkualiti selaras dengan Lonjakan
ke-4 PPPMPT 2015 – 2025 iaitu Graduan TVET Berkualiti. – Hjh Norehan

Membuktikan mereka mampu menjayakan projek ini

Penglibatan staf dan pelajar dalam Projek Polyhome Fasa ke 5 telah membawa
impak yang besar kepada komuniti,staf,pelajar dan Politeknik Sultan Idris
Shah. Pengurusan masa dan perancangan kerja yang berkesan oleh semua
pihak (Pengurusan PSIS dan Jabatan Kejuruteraan Awam) telah
membolehkan staf dan pelajar melaksanakan projek ini dengan jayanya tanpa
menjejaskan tugas hakiki mereka. Hasil lawatan dan penilaian, saya dapati
Pasukan Polyhome ini telah membuktikan bahawa mereka mampu
menjayakan projek ini melalui ketahanan diri yang tinggi dalam menghadapi
cabaran, semangat kerja berpasukan dan kesediaan untuk membawa sesuatu
perubahan. TAHNIAH. – Hjh Wan Yasima Binti Mohamad Amin

Memberi manfaat dalam mencari redha

Alhamdulillah, projek POLYHOME ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Saya berasa cukup gembira dan terharu dengan semangat yang ditunjukkan
oleh semua yang terlibat, perit jerih dan cabaran dapat diharungi dengan
sabar dan penuh semangat. Diharapkan program-program CSR seperti ini
dapat memberikan manfaat buat semua dalam kita mencari keredhaan Allah.
– Rakiah Binti Omar

Pendedahan Kemahiran Secara Praktikal

Penyertaan Program Polyhome merupakan satu kenangan manis bagi
saya buat selama-lamanya. Di situlah terbinanya semangat kerja
berpasukan yang sangat kukuh antara pensyarah dan pelajar serta
keyakinan diri kerana dapat pendedahan kemahiran secara praktikal bagi
menyiapkan pembinaan sebuah rumah setingkat buat kali pertama.
Kekangan yang ditempohi juga telah menjadikan satu pengalaman yang
bagus bagi pembangunan diri dari segi teknikal mahupun pengurusan.
Hasil daripada penglibatan program ini, juga didapati terutamanya pelajar

dapat berkongsi dan memperluaskan ilmu yang telah dipelajari dalam projek-projek CSR seperti
Pembinaan Gazebo di SK Simpang 4, BNO, My Beautiful Home di Manjung, Skill Fighter Apprentice
2017 dan Touch Point “Cabinet Away” di negeri Selangor – Chia Soi Lee

Kemahiran komunikasi dan semangat kerja

POLYHOME merupakan satu usaha yang membawa impak yang amat
positif kepada semua termasuk pelajar, pensyarah, penerima bantuan dan
masyarakat setempat. Daripada projek ini, para pelajar dan pensyarah
dapat meningkatkan pengalaman dan keyakinan dalam bidang pembinaan
dan Kejuruteraan Awam. Kemahiran komunikasi dan semangat kerja
berpasukan dapat dipupuk selain kesedaran kepada tanggungjawab sosial
telah membawa POLYHOME kearah kejayaan. - Seti Suhadaini Binti
Mohammed

Berkongsi Pengalaman dengan Pelajar

POLYHOME merupakan bukti bahawa politeknik begitu komited dalam
usaha melahirkan warga TVET yang berkemahiran dan bersahsiah tinggi
di Malaysia. Ia juga menjadi kayu pengukur kepada tahap pengetahuan
dan kemahiran pesertanya dalam dunia pembinaan sebenar terutamanya
yang melibatkan teknologi pembinaan terkini iaitu IBS.Melalui program
POLYHOME, saya dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang pembinaan dan pengurusan projek. Keyakinan untuk
melibatkan diri dengan projek-projek pembinaan
meningkat dengan begitu ketara sebaik sahaja projek POLYHOME ini selesai dilaksanakan dengan
jayanya. Pengalaman yang telah diperolehi dapat saya kongsikan dengan para pelajar di bilik kuliah
dan proses pengajaran juga dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Saya yakin bahawa
POLYHOME telah memberikan impak yang begitu besar kepada semua yang terlibat termasuklah
penerima bantuan dan penduduk setempat. POLYHOME telah membawa saya ke beberapa projek
seterusnya seperti: My Beautiful New Home 2017, Setiawan, PerakTouch Point Cabinet Away Day
2017, Sabak Bernam, SelangorSkill Fighter 2017, PSIS. – Mohd Rizal Bin Abd Rahim

Pendedahan Kemahiran Secara Praktikal

POLYHOME adalah satu usaha yang amat membanggakan. Ia merupakan
satu titik mula kepada pelajar dan pensyarah untuk menjadi seorang yang
berpengetahuan luas dalam pembinaan dan Kejuruteraan Awam. Semoga
penerima bantuan dapat hidup dengan lebih selesa dan bahagia di rumah
baru. POLYOME sentiasa di hati. – Zaiyad Bin Idrus

Mampu memberi impak yang besar kepada
kehidupan masyarakat

Syukur dan terima kasih di atas kesempatan terlibat dalam program
POLYHOME khusus untuk golongan miskin dan asnaf di Daerah Besut,
Terengganu. Pelajar dan tenaga pengajar di politeknik telah diberi perluang
untuk memperolehi kemahiran, pengalaman dan kepakaran daripada aktiviti
latihan praktikal, sangkutan industri, pensijlan industri, permindahan teknologi
dan penyelidikan. Pendedahan ini, kepakaran dan tenaga profesional warga
di Politeknik mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan
masyarakat. Ini merupakan konsep lingkaran empat pihak (quadruple helix) seperti Lonjakan 7
PPPM(PT) yang menekankan rangkaian kerjasama academia, industri, kerajaan dan komuniti. – Zamri
Bin Jamaluddin

membawa perubahan terhadap sistem pendidikan
dalam memperkukuhkan TVET

POLYHOME telah membawa perubahan terhadap sistem pendidikan
dalam memperkukuhkan TVET di Malaysia. Pelbagai pihak telah
memainkan peranan yang aktif bagi memastikan program ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Program ini memberi impak yang positif
kepada pelajar serta memberi pengalaman yang berharga kepada semua
yang telah terlibat dalam menjayakan program POLYHOME ini.
– Ab Razak Bin Ahmat

Pengalaman dalam masa yang singkat

POLYHOME salah satu program yang amat bekualiti dan memberi pengalaman
dalam masa yang singkat. Ianya juga dapat praktik kan antara teori dan praktikal.
Program ini perlu diteruskan dan diperluaskan supaya semua pelajar boleh terlibat.
– Hisham

Bimbingan dan pengorbanan pensyarah

Dengan adanya program POLYHOME yang dianjurkan oleh pihak politeknik,
saya dapat belajar serba banyak ilmu yang berkaitan dengan pembinaan yang
pada mulanya ia nampak agak sukar. Tetapi dengan adanya bimbingan dan
pengorbanan pensyarah dalam mendidik, menguruskan dan mengaturkan anak
muridnya, kerja yang dilakukan akan nampak cantik sekali perjalananya.
Disamping itu, adanya semangat kerja berkumpulan, kerja yang dilakukan pasti
berjalan dengan lancar tanpa berlakunya penangguhan. Akhir kata, program ini
haruslah dianjurkan setiap semester bagi pelajar lain dapat merasakan sendiri
pengalaman yang bertuah ini dalam membina sesebuah rumah. – Farhan

Meningkatkan kualiti diri pelajar

POLYHOME merupakan program yang sangat baik bagi saya dalam mencari
pengalaman dan kemahiran disamping dapat membentuk sahsiah diri sebagai
seorang pelajar. Program ini dapat menjadikan saya seorang yang beretika dan
meningkatkan nilai diri dari segi aspek sikap, permikiran, percakapan dan emosi.
Selain itu, program ini dapat membantu orang yang tidak berkemampuan untuk
mempunyai kediaman memiliki rumah dengan kos yang rendah. Program ini harus
diteruskan bagi meningkatkan kualiti diri dalam kalangan pelajar. Bersedia
berkhidmat untuk negara. – Abu

Meningkatkan sahsiah diri

POLYHOME Merupakan program dimana dapat kita mengaplikasikan teori
kepada praktikal dan pada masa yang sama dapat menimba ilmu yang baru
serta pengalaman dalam dunia pembinaan. Di samping itu, ia juga dapat
meningkatkan sahsiah diri. Pada era globalisasi ini, program seperti Polyhome
harus diperbanyakkan lagi kerana dunia sekarang ini mementingkan
pengalaman dari teori. Sekian terima kasih. – Danial

Mengeratkan silaturrahim

POLYHOME adalah satu peluang untuk mencari pengalaman dan ilmu. Dimana
peluang ini sukar dimiliki oleh pelajar yang lain. POLYHOME juga dapat
mengeratkan silaturrahim antara pelajar, pensyarah, orang-orang kampung dan
dapat mencari kenangan paling manis membantu orang-orang asnaf. Di samping
itu, POLYHOME juga dapat membuat bekalan di akhirat kelak. Bak kata pepatah
melayu “Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang”
maksudnya Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha. – Oden

Boleh dipraktikkan di alam pekerjaan

Program POLYHOME ini telah banyak membantu saya untuk mengetahui ilmu
pembinaan dalam praktikal mahupun teori. Mengetahui proses membuat rumah
dari tanah yang lapang sehinggalah menjadi sebuah rumah yang kukuh.
Pengalaman ini juga boleh dipraktikan di alam pekerjaan yang penuh
mencabar. Program-program seperti ini amat bagus untuk anak muda dan
harus diteruskan di masa akan datang. Saya menyokong untuk program seperti
ini diteruskan. – Hanafi

Membantu golongan yang kurang berkemampuan

POLYHOME merupakan satu program yang sangat berimpak tinggi
kerana ianya dapat memberikan beribu pengalaman dalam pelbagai
aspek. Mendidik peserta dalam ilmu ditapak kerja pembinaan sebuah
rumah yg nyata dan sebenar secara lansung. Ianya juga dapat memberi
peluang untuk menjadi sukarelawan membantu golongan susah yang tiada
kemampuan untuk membina rumah. Peserta juga dapat mempelajari
teknologi terkini IBS. Sangat mudah dan murah serta mencepatkan masa.
POLYHOME juga telah memberikan kelebihan pengalaman kepada
pelajar diploma kerana pengalaman ini sangat mahal dimata pihak industri.
– Hasif

Memberi nilai tambah kepada pelajar

POLYHOME merupakan progam yang amat berharga dan bernilai kepada
saya. Para pelajar dikira sebagai menjalani latihan praktikal atau latihan
industri. Disini sekali lagi ilmu dan kepakaran pensyarah terlibat dicurahkan
dalam memberi latihan hands on di tapak yang sebenar kepada para pelajar
dalam membina PolyHome. Para pelajar juga selain diajar secara praktikal
dalam pembinaan, kami juga di uji oleh CIDB bagi mendapatkan Sijil
Kecekapan Kemahiran (SKK) Tahap 1 dalam beberapa kemahiran pembinaan.
SKK yang diperolehi dapat membantu dan memberi nilai tambah kepada kami
selepas tamat pengajian dalam merebut peluang pekerjaan. – Nabil

Memupuk sifat bekerjasama

POLYHOME mampu memberikan suatu pengalaman , ilmu dan kemahiran yang
terbaik sekali dalam bidang kejuruteraan awam. Pada masa yang sama,
POLYHOME juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar,
lecturer dan masyarakat. Akhir kata, program ini juga, boleh memupuk sifat saling
bantu-membantu antara satu sama lain dan sifat bekerjasama dalam kumpula. -
Fareez



POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Sungai Lang,

45100 Sungai Air Tawar,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : +603-32806200 Fax : +60332806400


Click to View FlipBook Version