The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92111208, 2022-05-10 13:12:27

SECANGKIR HIKMAT PKP (NOVEL)

SECANGKIR HIKMAT PKP (NOVEL)

LEGASI AYAHANDA HJ SALLEH & BONDA HAJJAH KHATIJAH

SecangkPiKrPHikmah

Tiada pahit,
tiada manis,
tak dinamakan

air kopi.
Begitu jua rencah

kehidupan kami.

Wahai awan...
Bisikkan kisah ini pada dunia

Cerita ini cerita kita

Isi Kandungan

Kata Pengantar Ayahanda
Kata Pengantar MFS

Bicara Keramat Ayahanda
Kata Azimat Bonda
Tips 5S

Mantapkan Mindaku
Sesuci al-Quran

Aku, Motosikal Kuning & Dana Kita
Hiburkan Anak Anda : Tips Muat Turun Movies

Covid 19; Munajat Keluarga Kami
Imam PKP

10 Tips Cikgu Korea
Cinta di Rumah Abi Ummi

Kasih Anak Saudaraku
Sumber Inspirasi

TIPS Mahasiswa semasa PKP
Permulaan Baru Seorang Remaja

Kejut Aku Pagi-Pagi
Kopi Tanpa Gula

Prakata ayahanda

TUAN HAJI MOHAMED SALLEH BIN HJ HUSSAIN

Secangkir PKP, merupakan hasil
nukilan anak menantu saya bagi
berkongsi pengalaman semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
diarahkan oleh pihak kerajaan.

Covid-19 merupakan ujian
daripada Allah s.w.t untuk
menguji hambanya. Ujian

keimanan dan perlu
muhasabah diri atas ujian
yang telah diturunkan. Kita
yang merancang Allah yang

menentukan

Perlu menyusun kembali
semua aktiviti semasa PKP
agar selari dengan kehendak

Allah SWT

Taat dan patuhlah arahan
kerajaan . Semoga kita

dapat memutuskan rantaian
Covid ini bersama-sama

#stayhome

KATA PENGANTAR MFS

Satu bacaan santai dari kami sekeluarga
Tiada kisah yang mengguris hati mahupun

mencalar minda
Hanyalah celoteh dari hati

buat kita semua 

Kerana rupanya
PKP ini bukanlah cerita biasa

Bukan jua mimpi kita
COVID-19 ini benar merubah segalanya

Yang pasti menjadi sejarah
buat tatapan cerita anak cucu kita

Happy Reading!

Bicara Keramat

Ayahanda!

Hero kami

1) SMK Abdul Samad, Pulai Chondong (1972-1975)
2) SMK Tok Janggut (1975-1981)
3) Pengetua SMK Putra (Kompleks Sekolah Wakaf

Mek Zainab) (1975-1983)
4) Pengetua SMK Hamzah (1983-1994)
5) Pengetua SMK Tok Janggut (1994-1995)
6) Pengarah Maktab Perguruan Kota Bharu

(IPGKB) ( 1995-2002)

Kita perlu faham
saat ini ramai
masyarakat
tersepit,

tidak dapat keluar
mencari rezeki

BICARA AYAHANDA

KATA ABAH...

INI MASANYA
MEMBANTU

Usah lagi bicara tentang kita, tapi bicara juga
tentang mereka

>

Pesan Abah.....

01 Kenalilah jiran tetangga

Kita perlu sentiasa
menghubungkan silaturrahim
dengan jiran tetangga.
Sebagai anggota
masyarakat, kita perlu
mengetahui keadaan jiran
sekeluarga samada dari
sudut kesihatan atau
keperluan

02 Membantu mengikut
kemampuan

Berusahalah dengan apa cara
sekalipun untuk membantu
jiran tetangga dan
masyarakat mengikut kadar
dan kemampuan yang kita ada

03 Makanan Asasi

Bantuan yang terbaik ialah
makanan asasi seperti beras,
gula, minyak dan tepung.
Keperluan asasi ini dapat
mengelak mereka yang
kesusahan daripada
kelaparan

04 Berusaha sedaya upaya

Kita perlu menggembeleng
tenaga dan usaha untuk
membantu sedaya upaya kita.
Agar kita tidak dipersoalkan
di hari kiamat nanti

05 Mulakan dengan diri kita
06
Jadikan diri kita pencetus
untuk membantu. Bantulah
masyarakat dengan hasil poket
kita sendiri, serulah ahli
keluarga untuk membantu.
Akhirnya bukalah peluang
kepada sesiapa yang ingin
menyumbang. Supaya
sumbangan ini mampu dirasai
oleh ramai.

Luaskan bantuan itu

Apabila dana semakin besar,
kutipan semakin banyak.
Bantuan boleh diperluaskan
kepada masyarakat luar yang
memerlukan. Biarlah bantuan
itu dapat membantu lebih
ramai masyarakat

SEDEKAH
tidak akan
membuat
dirimu miskin
SEDEKAH
mtihedanargktuaarmkaaunngi

HADIS RIWAYAT MUSLIM

(NO 2558)

Kata azimat Abah...

"Musim ni orang
susah. Ramai sangat

orang susah. Musim
ni kena bantu ramai

orang. Ini
waktu terbaik untuk
bagi bantuan.Masa
terbaik untuk bayar

ZAKAT juga

Ramai orang
terdesak tak boleh
kerja dan langsung

tak ada duit."

"BUKANLAH ORANG MUKMIN
(YANG SEMPURNA IMANNYA)
YANG BERADA DALAM KEADAAN KENYANG,
SEDANGKAN (DIA TAHU) JIRANNYA DALAM

KEADAAN LAPAR"

(HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI DALAM "AL-ADAB AL-MUFRAD"
DAN AL-BAIHAQI, SUMBER IBNU ABBAS: SAHIH)

"Jika suatu hari nanti
abah sudah tiada,

teruskan anakku jadi
insan berbakti"

Dengarlah sayang

KATA
AZIMAT
BONDA

NASIHAT DARI HATI PASTI SAMPAI KE HATI

Hajjah Khatijah bt

Haji Mohd

Guru al-Quran di rumah Hajjah
Guru al-Quran di Surau

Khatijah 9 orang anak
Bonda kepada 30 orang cucu
Nenda kepada

"Kami bangun pagi
sebaik saja azan
Subuh, sarapan pagi
sudah terhidang di
atas meja

Kami cuba bangun
sebelum Subuh,
semuanya juga sudah
siap umpama ada

tetamu akan
mengunjungi kami"

Walau anak-anak sudah dewasa,
cucu-cucu juga makin bertambah.
Namun susuk tubuh itu tidak henti
berkhidmat tanpa hiraukan penat

lelah... memberi tanpa syarat.
Sentiasa memastikan seluruh ahli
rumah tidak kelaparan, pakaian
kami terjaga, kebersihan rumah

diamati, halaman rumah juga
tersusun rapi

ITULAH "MA"
BONDA
KESAYANGAN KAMI

01

Inilah pesan Bonda...

Jagalah Masa

Bangunlah awal pagi kerana
pada pagi itu ada barokah
Mesti mandi awal pagi
sebelum melakukan apa-apa
kerja
Rapikan diri
Bersedia untuk menjalankan
tugas rumahtangga

02 Rancang Sebelum Memasak
Lauk perlu dikeluarkan awal sebelum
memasak
Buat kerja 2 in 1
(semasa menyediakan sarapan, terus
masak lauk tengahari)
Pelbagaikan menu bersesuaian dengan
minat ahli keluarga

03 Pengurusan Stok Dapur

Bonda akan bersedia lebih awal untuk
membeli lauk-pauk terutama sekiranya
anak cucu akan pulang
Keperluan barang perlu disenaraikan
untuk mengelak pembaziran
Stok bahan mentah yang tahan lama &
wajib ada di dapur ialah bawang,
minyak masak, telur, ikan bilis,
meehun.

04 Utamakan Kebersihan

Kebersihan rumah hendaklah sentiasa
diutamakan

Pastikan dapur bersih selepas selesai
memasak

Pakaian hendaklah dibasuh dan dilipat
setiap hari

05 Jaga Hubungan dengan
Allah

Lazimi tahajjud di sepertiga malam.
Banyakkan zikir dan berdoa kepada Allah
Jaga ibadah solat
Patuhlah kepada Allah, Nabi serta ibu bapa

Amanat Kebersihan Bonda

Basuh tangan sebaik sahaja bangun
tidur

Pastikan tangan bersih sebelum
memulakan urusan seharian
Tangan yang bersih dapat menjamin
kesihatan ini kerana kuman mudah
berkumpul pada tangan & apabila kita
memasak atau memegang sesuatu
dengan tangan yang kotor, kita akan
mudah terkena penyakit

PANTANG LARANG
UTAMA BONDA!

1 Jangan
membazir
makanan

Jangan masuk 2
dapur sebelum
membersihkan diri

Jangan letak

3 tuala di
kepala

Bangun awal 4
pagi

Ingatlah Anakku

"SESUNGGUHNYA ORANG-
ORANG YANG MEMBAZIR
ITU ADALAH SAUDARA-

SAUDARA
SYAITAN,SEDANGKAN

SYAITAN ITU PULA
ADALAH MAKHLUK YANG
SANGAT KUFUR KEPADA

TUHANNYA

Surah al-Isra' ayat 27

kasih ibu
membawa ke
syurga !

WABAK COVID19

PENGURUSAN
5S RUMAH

IDAMAN KAMI

WAN ADNAN BIN WAN HASHIM

Guru Pend. Islam SM Sains
Tengku Abdullah

Ijazah Sarjana Muda Pend. Islam,
UM

Sarjana dakwah dan
Pembangunan Insan, Um

NORHANA BT MOHAMED SALLEH

Guru Pend. Islam SM Sains
Tengku Abdullah
Ijazah Sarjana Muda Pend. Islam,
UM
Sarjana dakwah dan
Pembangunan Insan, UM

Never lose hope. Never give
up. Because Allah is

always with you, that's
enough.

"Ya Allah Ya Rahman,
kami sekeluarga memohon

perlindungan dariMu
daripada segala

keburukan dan bala.
Sesungguhnya kami adalah

insan yang lemah dan
kerdil, hanya kepadaMu,

Ya Allah kami
menyembahMu dan hanya

kepadaMu kami mohon
pertolongan".

Hoowucrlteohaoknue?seep 5S!

PENGURUSAN
5S SEMASA
PKP

#KEEPCLEANSTAYHOME

APA ITU 5S?

5S IALAH SISIH, SUSUN,
SAPU, SERAGAM, DAN
SENTIASA AMAL.

WHAT TO DO?

Perkara pertama yang perlu dilakukan
adalah proses sisihan. Mungkin anda tidak tahu

macamana nak mulakan proses sisihan ini.
Sebenarnya dalam proses sisihan ini kita akan
menyingkirkan semua barang yang tidak lagi

mempunyai fungsi dan tujuan di dalam
rumah. Ia merupakan proses pertama dalam

operasi pembersihan rumah. Operasi ini
perlu dilakukan dengan kerap untuk kekalkan

kekemasan rumah. Proses ini perlu
dilakukan dari satu ruang ke satu ruang, dari

satu bahagian ke satu bahagian dan
dari satu almari ke satu almari yang lain.

TETAPKAN
RUANG, ZON,
BAHAGIAN
YANG HENDAK
DIBUAT PROSES
SISIHAN

SEDIAKAN PLASTIK
SAMPAH,
KOTAK/BAKUL
BERLABEL KITAR
SEMULA, DERMA, JUAL
DAN RUANGAN LAIN.

MULA PROSES
SISIHAN

Buat mengikut turutan ruang ya, jangan stress-stress tau...

SISIHAN

KITAR SEMULA

Diletakkan barang yang boleh dikitar
semula seperti kertas, barangan plastik, kaca,

tin, besi dan aluminium.

DERMA

Diletakkan barang yang boleh diberi pada
orang seperti keluarga terdekat, jiran, orang susah

JUAL

Diletakkan yang bernilai atau
barangan collectible untuk dijual.

SUSUN Proses ini sangat penting untuk memastikan
setiap barang disusun dengan sistematik
dan praktikal. Perkaracasas dalam proses
susun ialah memastikan setiap barang ada
“rumah”nya dan setiap “rumah” mestilah
dilabel. Proses ini perlu dilakukan dari satu
ruang ke satu ruang, dari satu bahagian ke
satu bahagian dan dari satu almari ke satu
almari yang lain.

1.Pecahkan ruang kepada 2. Tetapkan turutan zon.
beberapa zon. Cipta Siapkan satu zon (atau
beberapa stesen dalam zon stesen), baru mula zon
jika perlu. yang lain.

3. Keluarkan semua barang 4. Semasa mengeluarkan
dalam zon/bahagian tersebut. barang,
Kosongkan ruang. kumpulkan terus barang
5. Sediakan bekas mengikut kategori.
penstoran
yang sesuai mengikut .
kategori barang.
6. Mulakan proses
7. Labelkan bekas susunatur barang
penstoran mengikut pada ruang yang
kategori. ditetapkan.

SERAGAM

Untuk proses seragam, anda
boleh melakukan kaedah susun barang-

barang anda samada :
· Mengikut
kategori
· Mengikut

saiz (tinggi, besar)
· Mengikut
warna

Anda boleh libatkan suami dan anak-anak
semasa melakukan proses ini. Percayalah

apabila telah siap satu ruangan, anda
akan bersemangat untuk menyiapkan
ruangan yang lain pula

BILA 5S DIAMALKAN, INILAH
HASILNYA...

semoga anda
bersemangat
untuk memastikan
kediaman anda
sentiasa bersih

dan selesa
supaya

mewujudkan

“ “Baiti Jannati

DIARI
KELUARGAKU

KELUARGAKU

HAJI KAMALUDDIN
HASBULLAH

TANTA, MESIR

NORASMA
SALLEH

UPM, SERDANG

Aku seorang
guru,

Saat-saat
Perintah
Kawalan

Pergerakan(PKP)
  Kali pertama
cukup terkesan
bagiku.

Entah apa yang perlu
aku lakukan.

Entah apa yang perlu
aku hadapkan.

Entah apa yang perlu
yang perlu aku
rencanakan

ENTAH APA...
ENTAH APA...

Ya…
Aku telah ketemui ,
Satu ilmu yang cukup

bermakna ,
Satu ilmu yang perlu aku

timba

Aku sudah terpukau
dengan teknologi

cambahan minda yang
terkini.

        

AKU SUDAH MULA MENGENALI...

PEMBELAJARAN ATAS TALIAN
(EPSA, COURSERA,

EDX,FUTURELEARN)
        

WEBINAR
        

E-LEARNING
    

ZOOM LEARNING DAN BAGAI
LAGI

YANG PALING MENARIK
AKU SUDAH PANDAI
MEMBUAT E-BOOK SENDIRI

Huh,
sungguh seronok barulah kutahu

betapa jengkelnya aku
dengan ilmu,

betapa kurangnya aku dengan
teknologi kini,

betapa jahilnya aku
seorang guru yang sentiasa aku
rasakan banyaknya ilmu yang aku

ada selama ini.

Ya, usah
mendabik dada,

usah berasa
bangga, usah
berasa diri hebat

Dengan PKP juga aku
mula belajar,

Dengan PKP juga
aku sudah

mula merangkak
kembali,

KU Kini, aku
bermula jadi
muda kembali

Kini, aku
remaja kembali
Kini, aku bukan

guru lagi

Kini, aku
menjadi seorang
penggali ILMU

TERIMA KASIH PKP


Click to View FlipBook Version