The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92111208, 2022-05-10 13:12:27

SECANGKIR HIKMAT PKP (NOVEL)

SECANGKIR HIKMAT PKP (NOVEL)

"Fikirkan hal-hal yang paling
hebat, Dan kamu akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal

tertinggi, Dan kamu akan
mencapai yang tertinggi."

KATA HIKMAH KEJAYAAN

BAITUL MUSLIM YANG ABADI

CINTA DI RUMAH
ABI UMMI

AHMAD ZHAFRAN
BIN MD NOOR

GURU MATEMATIK
SK SUNGAI TUA BAHARU

IJAZAH SARJANA MUDA
(MATEMATIK) IPG IPOH

NUR AFIFAH BT
MOHAMED SALLEH

GURU MATEMATIK
SK TAMAN SERI GOMBAK

IJAZAH SARJANA MUDA
(MATEMATIK)

IPG KAMPUS PEREMPUAN
MELAYU, MELAKAR

"Lakukanlah kebaikan
walau sekecil manapun
kerana kita tidak tahu
kebaikan mana yang

membawa kita ke
syurgaNYA "

Imam al-Ghazali

"Ya Allah,

Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah.
Andai KAU ciptakan makhluk ini (COVID-
19) untuk menggantikan masa untuk bersama

anak-anakku, maka Kau redhailah dan
berkatilah masa ini. Engkaulah tempat kami

bergantung dan hanya kepadaMu kami
berharap"

Amin Ya Rabbal 'Alamin...

DOA MUSTAJAB

"SETIAP ANAK ITU DILAHIRKAN DALAM KEADAAN
FITRAH. KEDUA IBU BAPANYALAH YANG
MENJADIKAN MEREKA YAHUDI, NASRANI
MAHUPUN MAJUSI."
(HR BUKHARI DAN MUSLIM) 

Pendidikan anak-anak terlalu penting. Pembentukan
peribadi anak-anak bermula dari rumah. Apa yang dilihat
itulah yang dicontohi. Bak kata pepatah, melentur buluh

biarlah dari rebung. Abi dan Ummi sangat bersetuju
dengan hakikat ini sebab apa yang dilalui oleh anak-anak
di awal kehidupannya banyak mencorakkan karakter dan

tingkah laku mereka di masa akan datang.

Imam al-Ghazali ada berpesan: “Anak-anak adalah
amanah atas ibu bapa. Jika sudah terbiasa dengan
perkara kebaikan, anak itu akan membesar dalam

kebaikan dan biasa dengannya.

Justeru itu, asas pendidikan seharusnya diberikan
keutamaan. Ini termasuk menanamkan akidah serta
mengajar mereka berkenaan syariat dalam agama seperti
solat di samping membina akhlak peribadi berteraskan

akhlak Islam.

PENDAHULUAN

Hikmah Makhluk Allah swt

(COVID 19)

 Abi dan Ummi dianugerahkan oleh Allah swt 4 orang anak
lelaki dengan jarak usia yang rapat, akrab dan aktif =)
iaitu Ahmad Musab (8 tahun), Ahmad Tholhah (6tahun) ,
Ahmad Miqdad (5 tahun) dan Ahmad Thoriq (1 tahun 7
bulan).

Kaedah 'Working At Home Mother' pernah diidamkan oleh
Ummi. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 yang
dilaksanakan pada 18 Mac hingga 14 April 2020 digunakan
sebaiknya oleh Abi dan Ummi. Kesempatan masa yang ada
ini memberi kepada Ummi untuk mempraktikkan kaedah ini
di kampung iaitu rumah Tok Ayah di Pasir Puteh, Kelantan.

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN

Aktiviti Harian
Anak-anak

1) SOLAT BERJEMAAH 5 2) QUR'AN DAN IQRA' TIME
WAKTU
Mengajar sendiri anak-anak mengenal huruf
Setiap kali masuk waktu solat fardhu, Abi akan hijaiyyah adalah impian utama Ummi. Peluang
mengimamkan solat secara berjemaah.  Abang cuti PKP ini Ummi gunakan untuk mengajar
Long Musab diberi kesempatan mengimamkan sendiri anak-anak membaca al-Qur'an dan Iqra'.
solat dhuha Tholhah dan Miqdad. Ummi juga Seusai Solat Subuh, Ummi akan mengajar anak-
mengambil kesempatan ini untuk membetulkan anak membaca al-Quran dan Iqra' manakala Abi
pergerakan dan bacaan solat anak-anak. akan mengajar al-Qur'an dan Iqra' selepas waktu
Maghrib.
3) ONLINE LEARNING
4) ENGLISH BOOK & SIFIR
Pembelajaran online atau e-
Pembelajaran adalah satu kaedah Setiap hari Ahad hingga Jumaat anak-anak
pembelajaran yang dilaksanakan oleh akan ke rumah sepupu mereka (Kak Rufaida)
sekolah-sekolah di Malaysia di belakang rumah Tok Ayah untuk membaca
termasuklah sekolah anak-anak. Abi buku Peter & Jane. Buku ini amatlah bagus
membantu anak-anak menyelesaikan untuk memperkasakan penguasaan anak-
pembelajaran dalam talian yang anak dalam English terutama bagi kanak-
diberikan oleh guru-guru. kanak yang 'early learning'.
Kebiasaannya, e-Pembelajaran ini akan Ummi juga menyoal Sifir kepada Abang Long
diselesaikan sebelum masuk waktu Musab manakala Abang Ngah Tholhah dan
Zohor. Abang Miqdad Ummi akan soal soalan
tambah secara congakan.

5) ADAB & AKHLAK 6) BERMAIN

Abi dan Ummi menekankan penerapan Abi dan Ummi menyediakan Jadual Harian kepada
adab dan akhlak di rumah Tok Ayah ini Abang Long Musab, Abang Ngah Tholhah, Abang
seperti memberi salam sebelum masuk ke Miqdad dan Adik Thoriq. Waktu bermain bagi anak-
dalam rumah, mengetuk pintu bilik sebelum anak ialah selepas menunaikan solat Asar secara
masuk bilik, tidak dibenarkan masuk ke berjemaah.
dalam bilik saudara-mara, bermain dengan Kebiasaanya Abi akan mengadakan mini
baik dan sebagainya. pertandingan antara anak-anak dan sepupu mereka.
Ini supaya dapat melatih anak-anak kalah dan
menang dalam pertandingan.

Big or small, every effort counts at

DALHAM ULILLAH, YA ALLAH...

MkhlukMu ini mengajar kami.........

Mendekatkan Menghargai
kami kepadaMU masa dengan
yang tersayang
semaksima

mungkin

Daripada Shuhaib RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Amat
menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah

baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada
seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat
sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan
baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah

kebaikan baginya.”
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 2999).

Kematian itu Membantu orang
sungguh dekat dalam kesusahan

KAMI BERSYUKUR PADAMU, YA ALLAH

FROM THE MILLERS

Aktiviti kami
sepanjang PKP

love and joy

CIRI-CIRI

ANAK YANG SOLEH

IMAN @ MENGHORMATI MENGAMAL
AQIDAH IBUBAPA, PERINTAH
YANG ALLAH SWT
SEMPURNA GURU, ORANG
TUA DAN JIRAN

IKHLAS IAITU AKHLAK YANG SENTIASA
MELATIH DIRI BAIK BERDOA
MELAKUKAN KEPADA KEDUA
BERUSAHA DAN IBUBAPA
SESUATU BERTAWAKKAL SAMADA
TUGAS IKHLAS KEPADA ALLAH HIDUP ATAU
KERANA ALLAH MENINGGAL
SWT
SWT

Ya Allah, jadikanlah kami dan keturunan kami anak yang soleh

Himpunan doa anak
soleh

‫ُﷲﱠ ﻟَ ِﻄ ۖﻴ ٌ َوﻒُﻫ ﺑَِﻮ ِﻌا ْﻟَﺒﺎَﻘ ِدِﻮ ِه ﱡيﻳَ ْﺮا ْﻟُز َُﻌقﺰِﻳ َﻣﺰُ ْﻦ ﻳَ َﺸﺎ ُء‬

Maksudnya: “Allah maha lembut tadbirNya
(serta melimpah-limpah kebaikan dan belas

kasihanNya) kepada hamba-hambanya. ia
memberi rezeki kepada sesiapa yang

dikehendakinya dan dialah yang maha kuat,
lagi maha kuasa.

(surah as-syura ayat 19)

‫َر ﱢب ٱ ُذرﱢﺟﻳﱠ َﻌِﺘﻠ ِﻨﻰﻰَرﺑﱠ َُﻨﻣﺎ ِﻘ َﻴوﺗََﻢ َﻘٱ ﱠﺒﻟ ﱠﻞﺼﻠَُد َﻮﻋ ِﺂة ِء َو ِﻣﻦ‬

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang
yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa

permohonanku”. (Surah Ibrahim, Ayat 40)

Salam Sayang..

Kasih Anak
Saudaraku

BAGI YANG SAMA NASIB DENGANKU,
MOGA KALIAN KUAT DAN TERUS MELANGKAH

AHMAD BIN HAJI MOHAMED SALLEH

Guru Pendidikan Jasmani 
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Sains Kejurulatihan)
UPSI

NUR HAMIZA BINTI BAHARUDIN

Guru Pendidikan Jasmani 
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pendidikan Jasmani)
UPSI

Percaya pada rezeki Allah SWT.
Nescaya harimu akan tiba

Musim-musim covid-19 ni banyak benda yang boleh
luangkan bersama, tak perlu nak stress, tak perlu nak
mengamuk pada orang yang kite pun tak tahu nak
amuk kat siapa hihihi. Cuba tengok sekeliling kita ada
apa ?? Jeng jeng jeng

ubjinaaUsAganaajankimdamiajmaneakal?laasakaniYhaslnaakmagAm?a,-iNnhmists,eAasaeatetnkKrsaipyai.ippnenapYaigrgkenitd.nmii!daktNg!aaeruiaAinmi.ptknbUaabdaehhdjeirkikauarag!oro!n!auknnAAuingattklngsaka?uiiuakk,a?Aka?dnkthn?kaaaam?annkub?mmatlsaaeigu,nlmsiausaayumipkkasuiiknakthag?uhimi

Tak tak tak! Kenapa? Sebab Kami takde si comel itu.
Kami belum berpeluang merasai nikmat itu, nikmat

di mana anak kami memeluk kami, nikmat kami
menyuap nasi ke mulut mereka, nikmat kami

meluangkan masa di taman permainan bersama
insan yang bernama ANAK. 6 tahun kami tunggu.

Sungguh! Sungguh lama, kami tak rasa lagi
bagaimana perasaan itu. Hebat! Begitu hebat
aturan perjalanan hidup kami. Namun kami
bersyukur sebab sekeliling kami ada ramai si comel.

Pada musim covid-19 ni, kami tak dapat bekerja. Oh ya, lupa

nak maklum, kami keduanye guru. Jadi, musim sebegini kami

bercuti di rumah ibu bapa suamiku. hehehehe panjang cuti

itu sampai tak tahu bila berakhirnye. Seandainye kami

tersekat di rumah kami sendiri di musim ini, alangkah

sayunye bila tiada penyeri kecil di rumah kami. Syukur, kami

tidak begitu! Kami tersekat di kampung halaman suamiku

membesar. Di mana ramai anak-anak saudara di sana

bermula umur 1 tahun hingga 21 tahun. Kalau dihitung

kesemuanya 31 orang!!! Huii meriah sakan!

Ya, sangat meriah.

Adik beradik suamiku

kesemuanya guru,

jadi bermula cuti

sekolah penggal 1,

kami berkumpul di

kampung ini dan

sambungnya pula

dengan cuti musim Anak-anak saudara lah
covid-19. menjadi kami merasai

kasih itu. Kasih anak

yang kami ingini, kasih

anak yang belum dirasai.

Jadi? penuhkanlah cuti di

musim ini dengan sesuatu

yang anda belum rasai!

Memasak bersama ?
Bersukan bersama ?
Membaca Al-quran bersama ?
Solat berjemaah bersama ?
Menonton movie bersama ?

Fikir, fikir dan fikir aktiviti bersama, jangan fikir nak
keluar rumah jee. Kami memilih semua di atas dan

seronoknya apabila beraktiviti bersama anak saudara.
Menumpang kasih mereka sementara menunggu harian

kami dikurniakan anak bersama. InshaAllah 

1Aktiviti harian kami
Round-round naik motosikal bersama

Bangun je dari tidur, aktiviti suami
membawa si comel ini pusing-pusing
halaman rumah dengan motosikal abah.
Cuba korang bayangkan satu motosikal
dihuni 6 orang penumpang. Hahaha!
Bunyi je suami start enjin moto, beratur
semua anak-anak saudara menunggu

giliran. Bila berhenti motor ni?
Selepas semua anak-anak saudara rasai
naik motor ni bersama. Ehemm, motosikal
ni bukan enjinnye start waktu pagi je,
kadang-kadang lebih 12x dalam sehari.

Tengok lembu bersama (dengan motor)

2Hahaha yang ni lucu, anak-anak saudara yang

penakut pun nak ikut tengok jugak. Digertaknye oleh
suami nak tinggal kat lembu kalau tak makan nasi!
kalau tak dengar cakap umi abi! Okey okey mereka
janji nak dengar kata umi abi. Nak naik motor punya
pasal, sanggup setuju kata-kata suami.
Kadang-kadang umi mereka pun gertak benda sama
"Ayah Mat, jangan bagi Miqdad naik moto, dia tokse
makan nasi" terus laju nasi ditelan. Ye lah, macam aku
kata tadi, nak naik moto punye pasal!!

3 Main telefon bersama

Bagi baby-baby kecik, mereka umpan kami dengan phone.
Bilamana teringat pada kami, pintu bilik diketuk tanda mereka nak

masuk. Bila dibuka, terus laju kata-kata pelat dikeluarkan
"nak atuk atuk, uuuu ane". Korang tahu apa tu? Hahahaha
"nak mengantuk mengantuk, uuuuu nak tido mana" maksudnye nak
suruh kami buka youtube lagu ‘didi and friends’ lagu mumia mengantuk
tu la. Dah bagi telefon, tersengeh-sengeh sampai ke telinga.
Telefon kami dikuasai mereka, kami pula menumpang di bahu mereka
melihat atuk atuk tu sekali. Dah lebih 15 minit, kami perlahan-lahan
tutup telefon tanda habis bateri. Maka, keluarlah semua ke ruang tamu
tanda bermain di sana pula. p/s: anak-anak sekecil ini tak boleh

terdedah dengan telefon dan televisyen lebih dari sejam.

4 Dalgona bersama

Viral dalgona ni oii. Kalau korang tak tahu, boleh

search di youtube cara buat air dalgona nescafe/milo/

horlick. Macam-macam ada! Sedap pula tu!

Rasa macam hirup segelas coffee di cafe have have ajo.

Aktiviti ni bagi anak-anak saudara yang dah besar.

Disuruh oleh kami untuk mereka mixer nescafe tu.

Aku? aku keluar modal beli susu aje lah.
So, dah siap mixer semua bahan, kami menjamu bersama-sama

keluarga semua. Kentung-kentang di dapur jangan tinggal

macam tu aje. Harus dicuci digilap sampai bersih. Itu amaran

rumah di kampung. Nak buat apa-apa pastikan rumah bersih

seperti sebelumnya. Baru aktiviti berjalan dengan lancar.

Haa gituuw :)

5Main bola beracun bersama
Tercungap-cungap suamiku berlari nak

elak bola beracun. Badan menggeletis

macam ulat beluncas takut pada bola

yang konon-kononye beracun.

Tambahan lagi nak elak baby-baby kecil

yang turut serta ditengah tu, kalau tak,

terlanggarnye badan bapa saudara

yang sasa tu, bergolek dek persis bola

jadinya. Beracun racun mak ayah

mereka nanti. Hahahaha

Itu beberapa aktiviti yang aku kongsi
bersama. Banyak! Kalau nak aku terus
menulis, tersangatlah banyak selepas

difikir dan direka bersama. Oh ya!
musim covid-19, dapatlah kami
merasai nikmat
ANAK

bersama-sama. Jadi, jangan cakap
kami bosan di kampung sebab kami
banyak aktiviti bersama. Cetuskan idea
korang untuk buat aktiviti yang belum

kita rasai di musim sebegini.

Kasih Anak

Kasihnya anak saudaraku adalah
kasihnya aku ikhlas untuk mereka.
Jangan lupa cipta aktiviti bersama

keluarga korang.

Tataa ~ Daaa 

nukilan pkp (covid-19)

SUMBER
INSPIRASIKU

AHMAD AMZAR BIN MAT SAID

GURU PENDIDIKAN ISLAM
IJAZAH SARJANA MUDA JURUSAN

PENDIDIKAN ISLAM (IPGKPI)
MAAHAD TAHFIZ PULAU CHONDONG

spread love everywhere you go

SITI FAIZAH BT MOHD SALEH @ SALLEH

GURU BAHASA ARAB
IJAZAH SARJANA MUDA JURUSAN

BAHASA ARAB
IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
MAAHAD MUHAMMADI LILBANAT

Pangkat, kedudukan, harta
benda, kemewahan dan  wang

ringgit bukanlah pengukur
sebuah kebahagiaan. 

Muhasabah diri, hargai diri dan
insan terdekat terutama ahli

keluarga dan anak-anak kerana
ia adalah cara terbaik untuk kita

mula belajar erti bahagia.
Bahagiakah kita?

JOM JADI INSAN YANG BAHAGIA
DAN MEMBAHAGIAKAN

Aku bersyukur

masih punyai abah. Ya Tuhan, Kau

panjangkanlah usia abah.

ABAH seorang lelaki yang kukagumi yang tak
pernah kuungkapkan. Abah punyai sifat yang
tidak dimiliki semua orang. Antara sifat yang abah
tanam dalam diri kami 9 adik beradik ialah belajar
berasa cukup dengan apa yang diberi. Sewaktu
aku belajar dulu, abah tak pernah suapkan
dengan kemewahan. Apa yang abah beri cukup
sekadar keperluan. Sampai sekarang abah tak
pernah tunjuk dia kaya, tapi aku tahu jauh di
sudut sana abah punya kekayaan hati yang
sangat tinggi nilainya. 

PERWIRA
HATIKU

Aku bersyukur

punyai ma yang.........

Tak pernah kenal erti penat
lelah dalam menguruskan

rumahtangga. Seawal 4 pagi
ma dah bangun untuk

menyediakan sarapan untuk
kami sekeluarga. Penat jerih

ma membesarkan kami tak
dapat kami bayar dengan wang

ringgit. Ketekunan ma
menguruskan rumah tangga

sangat aku kagumi.

Ma juga seorang ibu yang
mengutamakan

kebersihan.Akhlak ini 
dituntut di dalam Islam
dimana ia akhlak pertama
yang di tekankan dalam kitab
fiqh. Kini, ma sudah tua.
Umurnya hampir mencecah 70
tapi ma tak pernah jemu
menasihati anaknya yang
sudah besar panjang yang
diibaratkan masih kecil. Tiada
nasihat dan teguran yang
paling ikhlas melainkan dari

seorang ibu.

Aku bersyukur

punyai suami ......

Insan yang paling banyak tahu baik burukku.
Namun, kau masih memilih untuk menerima
diri ini seadanya.

Seandainya kau tahu, engkaulah yang
sentiasa membantu di kala aku perlukan.
Engkaulah yang sentiasa menjadi penghibur
hatiku dan sentiasa mencuit hatiku di kala
keresahan.

Terima kasih pemimpin dan imamku yang
sentiasa mencari rezeki dan buat yang
terbaik untuk keluarga kita. Ibu dan Maryam
Imani sayang ayah ketat-ketat.

terima kasih cinta....

Aku bersyukur.....

Allah hadirkan keluarga mertua yang baik. Rezeki yang tak
semua orang dapat. Sepanjang cuti PKP ini kami banyak
meluangkan masa bersama-sama memandangkan jarak antara
rumah kami tidaklah terlalu jauh. Bak kata orang, kahwin
dengan orang sebelah kampung je. Dengan adanya
pertambahan 2 ahli baru, suasana dalam rumah semasa PKP
menjadi lebih ceria dengan riuh suara anak saudara yang
sebaya umurnya.
Moga ma abah diberi kesihatan yang berpanjangan untuk
melihat telatah cucu yang sedang membesar.

syukuri dan hargai..

Siapa yang ada di sisi
kita dan apa yang ada

digenggaman kita
Jagalah ia, belailah ia
syukurilah kerana kita
tidak tahu berapa lama

lagikah kita diberi
peluang oleh Allah untuk
bersama-sama mereka

KEJUTKAN AKU PAGI-PAGI

DON'T WAIT FOR TOMORROW,
DO IT ALL TODAY

IF TOMORROW NEVER COMES,
YOU'LL NEVER REGRET A DAY

NURUL RUFAIDA 
KAMALUDDIN

“ Angoh, angoh, angoh” namaku diseru
berkali-kali.

Aku mula menoleh arah jam dindingku.
Huh baru jam 8.00 pagi, sudah sampai

anak-anak muridku.
Menyampah betul rungut hatiku.
Dahla mula dengan bagai-bagai jenis

ragam,
Ada yang mula dengan bawa kapal

terbang kertasnya
Ada yang bersama-samanya

mainan ultramannya
Ada yang datangnya soalan yang bertalu-

talu. BOSAN BETUL…

Aku
mula bergegas bangun, terlompat aku

dari lenaku yang panjang.
Itulah kerjaku

usai sahaja solat subuh maka
terbungkangla aku atas katil dengan

begitu lena sekali.
Aku akan pekakkan telinga walaupun
Umiku memanggil berkali-kali, aku

akan membatukan diri walaupun
Babaku menyuruh aku bangun.

Tapi, aku akan tersentak jika terdengar
namaku diseru oleh

sepupu-sepupuku. GERAM SUNGGUH.
Siap aku memberi warning “esok datang

kelas jam
10.00 pagi bukan pukul 8.00 pagi”
tengkingku pada sepupu-sepupuku.
Terkebil-kebil mata si Ammar yang
becok mulutnya, terkial-kial Tholhah

dengan
kerdipan matanya. Yang paling aku tak

tahan si Musab akan mula menyoal
pukul

10.00 tu masa lebih hebat dari pukul
8.00? EEEE!Pening betul…
Budak,budak,budak…

PKP, HUH PKP…

SESUNGGUHNYA DAN SEBENARNYA DENGAN
PKPLAH MAKA BERCAMBAHLAH

MINAT AKU BERKOBAR-KOBAR MENJADI SEORANG
GURU KERANA NABI MUHAMMAD SAW PERNAH
BERSABDA BAHAWA SESIAPA YANG MENGAJAR
SESEORANG HAMBA WALAU SEPOTONG AYAT

SAHAJA DARIPADA KITAB ALLAH, MAKA DIA AKAN
MENJADI TUANNYA.

ITULA CITA-CITAKU SEJAK DULU LAGI
SERONOKNYA…

BERMULA DENGAN BUKU PETER
AND JANE 1A HINGGALAH  MEREKA

TELAH MENGENALI SIAPAKAH
PETER
JANE

THE DOG
THE TREES DAN LAIN-LAIN

SERONOKNYA AKU…
SEMUA ANAK DIDIKKU BERMULA
YANG BERUMUR 4 TAHUN SEHINGGA

8TAHUN.
KINI, AKU TELAH BERJAYA MENJADI
SEORANG GURU KEPADA SEPUPU-

SEPUPUKU.

TERIMA KASIH PKP
KINI...

AWALNYA AKU MENJADI
SEORANG GURU WALAUPUN

USIA 15 TAHUN.
AKU INGIN MENJADI
SEORANG GURU YANG HEBAT

SEPERTI
CIKGU KOREA MFS
AKU MAHU MENJADI
USTAZAH YANG BIJAK
SEBIJAK USTAZAH SAL
AKU MAHU MAHU MENJADI
MACAM GURU-GURU YANG
MENCURAHKAN ILMU DI

LUAR SANA.

TIP:

KALIAN DOAKAN AKU, SEMOGA
IMPIAN INI MENJADI REALITI SUATU
HARI NANTI. SEBAB IBU, BAPA DAN
SEMUA EMAK SAUDARA DAN JUGA
BAPA SAUDARAKU JUGA GURU.
KECINTAAN HATIKU YANG UTAMA
JUGA SEORANG MURRABI 'TOK AYAH'
KESAYANGANKU…BEGITU JUGA
DENGAN KEBANGGANKU ‘MOK’ JUGA
SEORANG USTAZAH YANG HEBAT DI
ATAS SURAU SITI KHATIJAH.

WABAK COVID19

TIPS
MAHASISWA
SEMASA PKP

WAN NUR IZZATI BINTI WAN ADNAN

GURU PELATIH, IPG KAMPUS
DARULAMAN, KEDAH

Life isn't about waiting for the storm
to pass, it's about learning to dance

in the rain

Ya Allah, sesungguhnya kami
insan yang lemah, kami tidak
mampu melakukan sesuatu tanpa
keizinanMu. Hanya kepadaMu
kami memohon perlindungan

dan pertolongan. Ya Allah,
selamatkan semua umat manusia

daripada wabak penyakit ini
dan jauhilah kami daripada
segala bala dan keburukan.

Limpahilah kami dengan
barakah hidup di dunia dan

Akhirat. Amin.

Are you're a student? If yes, you're meant to be here!

TIPS
PENGURUSAN
MAHASISWA
SEMASA PKP

#KEEPCALMANDSTEADY

STUDENT'S LIFESTYLE

WHAT TO DO?

1. UTAMAKAN PERKARA YANG
PERLU DIUTAMAKAN

2. MASA YANG TERBAIK UNTUK
'FAMILY TIME'

3. PERBANYAKKAN AMAL KEBAIKAN
BAGAIKAN TIADA HARI ESOK

4. PENUHI MASA DENGAN PERKARA
BERFAEDAH

UPTEARMLUADKIAUNTAPMERAKKANRNA YANG

1 Settlekan assignment
dan tugasan hari ini,
nescaya kamu merasai
kelapangan jiwa di
esok hari

Sentiasa alert dengan 2
kelas online a.k.a
Google Classroom

Bagi student, masa PKP
bukanlah masa untuk
3 bercuti, maka buatlah
satu jadual harian agar
kamu tidak leka!

Jangan abaikan tugasan 4
tutorial GC sebab ia
ditandai sebagai

kehadiran  kelas online

5 Walaupun kamu di'anugerahi'

dengan lambakan assignment,
jangan lupa tunaikan hak
kepada Sang Pencipta

MASA YANG TERBAIK
UNTUK

'FAMILY TIME'

Sepanjang PKP ini, luangkanlah
masa bersama insan yang paling
ikhlas menyayangi kita. Lakukanlah

aktiviti bersama mereka.
Menghabiskan masa bersama
keluarga adalah sangat penting.
Tetapi ramai antara kita melupakan
hakikat ini, kerana kita terlalu sibuk
dengan tugas, kerjaya, kehidupan

peribadi dan sebagainya.

- Hugh Laurie

PERBANYAKKAN AMAL
KEBAIKAN BAGAIKAN

TIADA HARI ESOK

Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa
beramal dengan amalan soleh. Perbanyakkan

amal kebaikan bagaikan tiada hari esok
bermaksud kita perlu bersungguh-sungguh dan
istiqamah dalam ibadah harian serta sentiasa

mengingAti kematian.

perkara sunnah perlu diamalkan sepertI
membaca “Bismillah” untuk setiap perbuatan,
mengamalkan zikir harian, senyum dan bermanis

muka. Rasulullah (saw) adalah orang yang
paling pemurah dengan senyuman yang tak
lekang di wajahnya. Hal ini membuatkan orang

sekeliling senang padanya.

PENUHI MASA DENGAN
PERKARA BERFAEDAH

Berkebun bersama
famili di belakang
rumah

Cuba resepi baru di rumah

Tambah pengetahuan
dengan pembacaan buku

Bermain permainan 'indoor
games' seperti Sahiba dan

Sudoku

'FASA MENJADI STUDENT
MERUPAKAN FASA YANG
PALING MENCABAR KERANA
DI FASA INILAH MANUSIA
MULA BELAJAR ERTI SEBENAR
KEHIDUPAN. OLEH ITU,
JALANILAH KEHIDUPAN KAMU
DENGAN SEBAIK MUNGKIN.
SEMOGA SEMUA MAHASISWA

BERJAYA DALAM
MENYELUSURI FASA YANG

MENCABAR INI DENGAN
CEMERLANG'

KISAH MASAKAN DAN MAKANAN

permulaan
baru
seorang
remaja


Click to View FlipBook Version