KANDUNGAN i
ii
Perakuan iii
Penghargaan 1
Penafian 2
1 Pengenalan Kepada Meter Pelbagai 3
4
1.1 Meter Pelbagai Analog 5
1.2 Meter Pelbagai Digital
1.3 Fungsi-fungsi Meter Pelbagai 9
1.4 Prob Meter Pelbagai 10
15
2 Meter Pelbagai Analog 22
2.1 Bahagian Utama meter Pelbagai Analog 27
2.2 Pengukuran Arus Terus (DCA) 33
2.3 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV)
2.4 Pengukuran Voltan Ulang Alik (ACV) 38
2.5 Pengukuran Rintangan (R) 39
41
3 Meter Pelbagai Digital 43
3.1 Bahagian Utama meter Pelbagai Digital 47
3.2 Di Awal Penggunaan Meter Pelbagai Digital 51
3.3 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV). 54
3.4 Pengukuran Voltan Arus Ulang-Alik (ACV). 56
3.5 Pengukuran Arus Terus (DCA) 59
3.6 Pengukuran Arus Ulang-Alik (ACA) 61
3.7 Pengukuran Rintangan (R)
3.8 Pengujian Diod
3.9 Pemeriksaan Keterusan
KANDUNGAN 63
3.10 Pengukuran Kemuatan 68
69
4 Langkah Penjagaan 69
4.1 Penjagaan meter pelbagai 70
4.2 Penyelenggaraan 71
4.3 Keselamatan dan langkah berjaga-jaga
4.4 Simbol-simbol keselamatan dan berkaitan
BAB SATU
Pengenalan
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
BAB SATU
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
Meter Pelbagai atau dalam bahasa Inggerisnya Multimeter
merupakan satu peranti yang sangat berguna dan sinonim dengan dunia
elektronik. Ianya berkemampuan untuk membaca bacaan-bacaan nilai seperti
Voltan, Arus dan juga nilai rintangan. Penggunaannya sangat meluas
terutamanya dalam mencari punca masalah dalam litar atau Troubleshooting.
Terdapat berbagai-bagai jenis meter pelbagai dipasaran, namun begitu di
dalam buku ini kita hanya akan membincangkan dua jenis meter pelbagai
mudah alih iaitu Meter Pelbagai Analog (Analog Multimeter) dan juga Meter
Pelbagai Digital (Digital Multimeter).
1.1 Meter Pelbagai Analog
Meter Pelbagai analog adalah peranti pengukuran yang mana kaedah
pembacaan hasil nilai-nilai bacaan adalah secara manual. Ia adalah dengan
cara menghitung nilai-nilai bacaan tadi berdasarkan kedudukan yang
ditunjukkan oleh mata jarum penunjuk daripada meter pelbagai tadi.
2
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
BAB SATU
Rajah 1.0 : Contoh Meter Pelbagai Analog dan paparannya.
1.2 Meter Pelbagai Digital
Meter Pelbagai Digital pula adalah peranti pengukuran dengan
kaedah pembacaan nilai-nilai bacaan terus dibaca secara automatic seperti
yang tertera pada skrin LCD pada meter tersebut.
3
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
BAB SATU
Rajah 1.1: Contoh Meter Pelbagai Digital
1.3 Fungsi-fungsi Meter Pelbagai
Di antara fungsi-fungsi Meter Pelbagai yang selalu dipakai atau
digunakan adalah seperti pengukuran Voltan Arus Ulang-alik (Vac), Voltan
Arus Terus (Vdc), Arus dan juga Rintangan. Jadi ini seolah-olah dalam satu
Meter Pelbagai ini merangkumi banyak fungsi peranti pengukuran yang lain
seperti Voltmeter AC, Voltmeter DC, Ampere meter dan juga Ohm meter.
4
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
BAB SATU
Namun begitu, terdapat juga Meter Pelbagai di pasaran yang mempunyai
fungsi-fungsi tambahan seperti :
a) Penguji Diod (Diode Tester)
b) Penguji Transistor (Transistor Tester)
c) Penguji Penyambungan Litar (Continuity Tester)
d) Meter Kemuatan (Capacitance Meter)
1.4 Prob Meter Pelbagai
Meter Pelbagai mesti digunakan bersama-sama dengan Prob yang
menghubungkan antara litar ataupun barang ujian yang mahu dibuat
pengukuran dengan badan meter pelbagai.Prob-prob ini mestilah digunakan
dengan dua terminal yang kebiasaannya dibezakan dengan dua warna iaitu
MERAH dan HITAM. Terdapat banyak jenis prob-prob tersebut dan
bergantung kepada kesesuaian kaedah untuk kita mengambil bacaan
pengukurannya. Antara jenis-jenis prob yang biasa digunakan adalah seperti:
a) Prob Banana Jack –to-Test Pin:
Prob ini sangat popular dan selalu digunakan kerana kita dapat
mengambil ukuran dengan cepat. Kita hanya perlu meletakkan Test Pin prob
tadi kepermukaan atau pin yang mahu diambil bacaan.Kelemahan prob jenis
ini adalah kita perlu memegang kedua-dua prob ini semasa pengukuran
5
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
BAB SATU
dibuat. Kebiasaannya prob jenis ini digunakan bagi mengambil pengukuran
Voltan di dalam litar.
Rajah 1.2: Prob Banana Jack to Test pin
b) Prob Banana Jack –to-Crocodile Clip :
Prob jenis ini pula amat sesuai bagi menyambungkan prob kepada
tempat pengukuran berjenis wayar atau terminal pin yang besar seperti pada
litar breadboard. Melalui penggunaan prob jenis ini kita tidak perlu
memegang prob-prob ini semasa kita mengambil pengukuran pada litar.
Dengan itu kita hanya perlu menyepit terminal klip buaya pada prob tadi
kepada terminal pin yang akan dibuat pengukuran.
6
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
BAB SATU
Rajah 1.3: Prob Banana Jack to Crocodile Clip
c) Prob Banana Jack –to – Tweezer Clip :
Secara am nya, prob jenis ini digunakan bagi memudahkan
pengukuran komponen-komponen SMD (Surface Mount Devices) yang
kecil. Kebiasaannya ia selalu digunakan bagi mengukur nilai rintangan pada
perintang SMD atau nilai kapasitan pada kapasitor SMD. Cara
7
PENGENALAN KEPADA METER PELBAGAI
BAB SATU
penggunaannya adalah kita hanya perlu menyepit komponen-komponen
SMD dengan memastikan pin prob tadi menyentuh kedua-dua terminal
komponen tadi.
Rajah 1.4 : Prob Banana Jack to Tweezer Clip
Rajah 1.5 : Contoh Komponen elektronik SMD yang berlainan saiz
8
BAB DUA
Meter Pelbagai Analog
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
METER PELBAGAI ANALOG
2.1 BahagianUtama Meter Pelbagai
Sebelum kita boleh membaca meter, adalah penting bagi kita
mengenali dan mengetahui bentuk fizikal serta komponen-komponen asas
yang ada pada sebuah meter pelbagai.
1
2
9
5
36
7
48
Rajah 2.1: ContohBentukFizikalSebuah Meter Pelbagai Analog
10
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
Fungsi setiap komponen:
1. Penuding/Jarum penunjuk (Pointer)
Menunjukkan nilai sesuatu ukuran yang dibuat.
2. Julat skala (Range scale)
Digunakan untuk memilih julat pengukuran yang sesuai
3. Suis Pemilih (Range selector )
Digunakan untuk memilih jenis pengukuran yang sesuai
(contoh; arus, voltan dan rintangan)
4. Terminal pengukuran – COM (Measuring terminal–COM)
Tempat untuk menyambung probe meter negatif.
5. Skala bacaan (Scale reading)
Skala yang dirujuk bagi mewakili nilai pengukuran yang dibuat
(Pointer akan bergerak ke arah nilai yang sesuai pada skala
bacaan bergantung pada nilai yang diukur).
6. Pelaras zero ‘0’ (Zero corrector)
Digunakan untuk membetulkan kedudukan pointer (Pointer
seharusnya akan sentiasa menunjuk ke arah nilai kosong (0).
7. Pelaras 0 Ω (0 Ω adjusting)
Digunakan untuk melaras jarum penunjuk kepada 0 Ω (sebelum
mengukur rintangan adalah penting bagi seorang juruteknik
bagi menentukur meter agar ianya berada pada nilai 0 Ω.
11
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
8. Terminal pengukuran + (Measuring terminal +)
Tempat untuk menyambung probe meter positif.
9. Prob / Test Lead Meter
Untuk menyentuh titik/kawasan yang hendak diuji.
Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Memulakan Pengukuran?
Berikut adalah langkah-langkah yang PERLU dibuat sebelum
sesuatu pengukuran menggunakan meter pelbagai dilakukan :
Langkah 1
Pasangkan ‘probe/test leads’ pada meter.
Probe berwarna merah pada + jack dan warna hitam pada –COM
jack.
Langkah 2
Semak jarum penunjuk.
Untuk meter yang telah ditentukur dengan baik, jarum penunjuk akan
menunjukkan nilai 0 (nilai 0 yang dimaksudkan berada di sebelah kiri
meter).
12
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
Langkah 3
Sekiranya jarum penunjuk tidak berada pada nilai ‘0’, laraskan jarum
penunjuk pada ‘pelaras zero’ sehingga berada pada nilai yang
sepatutnya iaitu dengan menggunakan pena ujian (Test Pen).
Langkah 2 :
Jarum penunjuk
ditentukur supaya
berada pada nilai ‘0’
Langkah 3 :
Pelaras Zero (‘0’)
Rajah 2.2: UntukLangkah 2 danLangkah 3
13
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
Langkah 4
Untuk pengukuran rintangan, pelarasan kosong (‘0’) perlu dilakukan
setiap kali julat yang digunakan berubah.
Langkah 4 :
Pelarasan dibuat
setiap kali julat
Rajah 2.3 : Julat-julat Rintangan
14
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, meter pelbagai boleh
digunakan untuk membuat beberapa jenis pengukuran. Sebagaicontoh :
a) PengukuranArusTerus (DCA)
b) Pengukuran voltan Arus Terus (DCV)
c) Pengukuranvoltan AC (ACV)
d) Pengukuranrintangandan
e) Pengujian transistor
(tidak semua meter pelbagai mempunyai fungsi ini).
2.1 Pengukuran Arus Terus (DC A)
i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat skala DC A.
Putarkan sehingga
berada pada julat
skala DC A
Julat DC A
Rajah 2.4: PengukuranArusTerus
15
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
ii. Pilih nilai julat yang tertinggi ( ini bagi mengelakkan kerosakan pada
meter ) – nilai tertinggi meter seperti Rajah 2.5
Pilih julat
tertinggi
Rajah 2.5: Memilih JulatTertinggi (DC A)
16
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
iii. Sambungkan meter sesiri dengan cabang yang hendak diukur.
Rajah 2.6: Sambungan Sebenar Meter Pelbagai Pada Litar Sesiri
17
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
Rajah 2.7: Sambungan Sebenar Meter Pelbagai Pada Litar Selari
18
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
iv. Hidupkan bekalan kuasa litar, sekiranya jarum penunjuk tidak
menunjukkan sebarang bacaan ( jarum tidak bergerak), rendahkan ke
julat nilai seterusnya (PERHATIAN: Julat direndahkan langkah demi
langkah. Jangan langkau setiap julat yang ada).
v. Sekiranya jarum penunjuk bergerak dan menunjukkan nilai bacaan yang
mudah dibaca, pada kebiasaannya julat yang digunakan itu adalah betul.
Oleh itu bacaan bolehlah diambil.
vi. Secara amnya untuk membaca nilai bagi pengukuran DC A, skala bacaan
yang digunakan ialah pada bahagian yang ditanda dengan DC A
(biasanya ditulis dengan warna ‘hitam’).
19
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
1
3
2
Rajah 2.8: Cara Baca Arus Pada DCV
20
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
vii. Untuk memudahkan penerangan bagaimana mendapatkan nilai bacaan
arus, rujuk pada bulatan yang berwarna merah di rajah 2.8:
- Julat yang digunakan ialah 30m.
- ini bermakna nilai arus tertinggi yang boleh diukur
1 ialah 30mA.
- Sekarang julat DC A meter kita ialah dari ’0 ~
30mA’.
- Pada meter (DCA) nilai yang tertera ialah 300
(0 ~ 300mA).
- Seperti yang telah diterangkan pada (1) tadi, nilai
2 maksimum ialah 30mA sahaja.
- Oleh itu, bagi mendapatkan nilai setara dengan
julat yang digunakan maka nilai 300 tadi
hendaklah ditukar kepada 30
(dengan lain perkataan anggapkan 300 = 30)
- Nilai yang ditunjukkan oleh jarum penunjuk ialah
100.
3 - Pada langkah (2) kita telah anggapkan skala
meter kita ialah dari ’0 ~ 30’.
- Oleh itu bagi nilai 100 bacaan yang sepatutnya
ialah 10mA.
21
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
2.2 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV).
i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat skala DC V.
Julat DC V
Putarkan sehingga
berada pada julat
skala DC A
Pilih julat
tertinggi
Rajah 2.9: Skala bacaan DC V
ii. Pilih nilai julat yang tertinggi ( ini bagi mengelakkan kerosakan pada
meter )
22
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
iii. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur.
Rajah 2.10: Meter Disambung Selari Dengan Beban
23
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
iv. Rendahkan julat langkah demi langkah sehingga mendapat nilai yang
mudah dibaca. Untuk contoh ini julat yang sesuai ialah 12DCV
Julat yang sesuai
ialah 12 DCV
Rajah 2.8: Pemilihan Julat Meter Yang Sesuai
Rajah 2.11: Rendahkan Julat ke Skala yang Sesuai
v. Untuk membaca nilai yang diukur, rujuk pada skala DC AC V.
(Peringatan: Pastikan sentiasa gunakan skala yang betul bagi
mengelakkan ralat bacaan).
24
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
2
1
3
Rajah 2.12: Cara Baca Voltan Pada Skala DCV
25
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
viii. Untuk memudahkan penerangan bagaimana mendapatkan nilai bacaan
voltan AT, rujuk pada bulatan yang berwarna merah dalam rajah 2.12:
- Julat yang digunakan ialah 12 DCV.
- Ini bermakna nilai voltan tertinggi yang boleh
1 diukur ialah 12V.
- Sekarang julat DC A meter kita ialah dari ’0 ~
30mA’.
- Rujuk skala DC AC V (telah diterangkan tadi) nilai
yang ada ialah 300 (0 ~ 300V) dan 12 (0 ~ 12V).
Manakah skala yang perlu dibaca?
2 - Oleh kerana julat yang kita pilih pada langkah iv
ialah 12 DCV maka skala yang perlu kita rujuk
ialah pada skala 12 ( 0 ~ 12V).
- Tadi kita sudah kenalpasti julat dan skala meter
bagi DCV iaitu dari ’0 ~ 12V’.
3 - Disebabkan skala meter ini terbahagi kepada 6
petak (ditunjukkan dalam lakaran bulatan merah).
Maka setiap petak mewakili 2V.
- Jarum meter menunjukkanpadanilai 7.2
- Oleh itu voltan AT yang diukur ialah 7.2V.
26
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
2.3 Pengukuran Voltan Ulang Alik (ACV)
i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat skala AC V.
Putarkan sehingga Julat AC V
berada pada julat
skala AC V Pilih julat
tertinggi
Rajah 2.13: Skala Bagi Pengukuran AC V
ii. Pilih nilai julat yang tertinggi ( ini bagi mengelakkan kerosakan pada
meter).
iii. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur.
27
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
Rajah 2.14: Meter DisambungSelariDenganBeban
iv. ONkan bekalan kuasa AC. Rendahkan julat langkah demi langkah
sehingga mendapat nilai yang mudah dibaca. Untuk contoh ini, julat
yang sesuai ialah 30ACV.
28
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
Julat yang sesuai
ialah 30 ACV
Rajah 2.15: Pemilihan Julat Meter Yang Sesuai
29
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
v. Untuk ACV ada dua skala bacaan yang perlu dipertimbangkan iaitu:
a) Skala bacaan DC AC V – untuk julat 30, 120, 300 dan
1200ACV.
b) Skala bacaan AC 6V – untuk julat 6 ACV sahaja.
(Peringatan: Pastikan sentiasa gunakan skala yang betul bagi
mengelakkan ralat bacaan).
Untuk julat 30, Untuk julat
120, 300 dan 6ACV sahaja
1200.
Rajah 2.16 : Skala Bacaan Pada Julat ACV
vi. Disebabkan julat yang dipilih ialah 30ACV maka kita gunakan skala
bacaan pada DC AC V (telah diterangkan pada langkah v).
30
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
2
1
3
Rajah 2.17: Cara Baca Voltan Pada Julat ACV
31
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
- Julat yang digunakan ialah 30 ACV.
- Ini bermakna nilai voltan tertinggi yang boleh
1 diukur ialah 30V.
- Oleh itu, julat yang sepatutnya kita guna ialah dari
0 ~ 30V.
- Skala bacaan yang perlu dibaca bagi pengukuran
AC V (Rujuk pada skala DC AC V).
- Rujuk skala DC AC V, nilai yang ada ialah 300
2 (0~300V) dan 12 (0 ~ 12V). Manakah skala yang
perlu dibaca?
- Oleh kerana julat yang kita pilih pada langkah iv
ialah 30ACV maka skala yang perlu kita rujuk
ialah pada skala 300 ( 0 ~ 300V).
- Disebabkan oleh nilai maksimum julat ialah 30V
maka skala 0 ~ 300 perlu ditukar kepada 0 ~ 30.
- Sekarang julat DC AC V meter kita ialah dari 0 ~
30V.
- Tadi kita sudah kenalpasti julat dan skala meter
bagi ACV iaitu dari ’0 ~ 300V’.
- Sekali lagi kita lihat skala meter ini terbahagi
3
kepada 6 bahagian yang mewakili 5V setiap
bahagian sehingga 30V.
- Jarum meter menunjukkan pada nilai 125.
- Oleh itu nilai Voltan AC yang diukur ialah
12.5Vac.
32
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
2.4 Pengukuran rintangan
Pengukuran rintangan adalah jauh berbeza berbanding dengan pengukuran
arus serta voltan. Ini kerana pengukuran rintangan akan mengukur perintang
tanpa menggunakan sebarang voltan bekalan kuasa.
Langkah-langkah untuk mengukur rintangan:
i. Tetapkan suis pemilih pada julat rintangan ( bertanda Ω ).
Putarkan sehingga
berada pada julat
skala Ω
Julat Ω
Rajah 2.18: Julat Pengukuran Rintangan
ii. Tetapkan julat yang tertinggi. Walaupun kesalahan memilih julat
tidak kritikal sepertimana pengukuran arus dan voltan tetapi adalah
33
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
suatu amalan yang baik sekiranya pemilihan julat tertinggi diamalkan
dalam pengukuran.
iii. Laraskan jarum penunjuk pada nilai kosong (’0’) dengan
memintaskan probe merah dan hitam.
(Perhatian: Langkah ini perlu dilakukan setiap kali julat diubah)
iv. Letakkan probe meter pada cabang yang hendak diukur.
A & B ialah point
yang hendak
diukur bagi litar
perintang.
AB
Rajah 2.19: Probe Meter Pada Perintang Siri
34
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
v. Untuk rintangan, skala bacaan yang perlu dirujuk ialah pada yang
bertanda Ω.
Skala bacaan
pengukuran
rintangan
Rajah 2.20: Skala Bacaan Pengukuran Rintangan
vi. Bagaimana untuk membaca nilai rintangan?
a) Baca nilai yang ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada skala
bacaan Ω.
b) Kenalpasti rintangan pendarab.
c) Darabkan nilai yang diperolehi dengan rintangan pendarab.
35
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
2
1
Rajah 2.21: Contoh bacaan Pengukuran Rintangan
36
METER PELBAGAI ANALOG
BAB DUA
- Nilai pada skala bacaan – 12.5
1
- Rintangan pendarab – X100
- Darabkan nilai yang diperolehi dengan rintangan
2 pendarab :
12.5 X 100 = 1250 Ω @ 1.25K Ω
- Oleh itu nilai rintangan yang diukur ialah 1250 Ω
@ 1.25K Ω
37
BAB TIGA
Meter Pelbagai Digital
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
3.1 BAHAGIAN UTAMA METER PELBAGAI DIGITAL
Seperti Meter Pelbagai Analog juga, Meter Pelbagai Digital (DMM)
juga mempunyai Julat Skala (Range Scale), Suis Pemilih (Range Selector)
dan juga Terminal Pengukuran COM dan +. Tetapi yang membezakan
antara dua jenis Meter Pelbagai tersebut adalah Meter Pelbagai Digital
mempunyai paparan digital daripada LCD yang terus akan memaparkan
nilai-nilai bacaan sesuatu pengukuran. Walaubagaimana pun terdapat
berbagai-bagai jenis Meter Pelbagai Digital (DMM) yang berada di pasaran
yang mempunyai berbagai jenis rupa dan butang fungsi bergantung kepada
pengeluar tersebut.
13
4
2
Rajah 3.1 :Contoh Bentuk Fizikal Sebuah Meter Pelbagai Digital
39
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
Fungsi setiap komponen:
1. Paparan
• Kebiasaannya paparan boleh memaparkan empat (4) digit
nombor nilai pengukuran dan juga berkebolehan memaparkan
nilai-nilai negatif, sebagai contoh memaparkan nilai voltan
negative.
2. SuisPemilih ( Range Selector )
• Membenarkan pengguna meter pelbagai memilih jenis-jenis
pengukuran yang akan dibuat seperti pengukuran arus, voltan,
keterusan, kemuatan atau rintangan.
3. Prob Negatif
• Prob (Hitam) bagi penyambungan kepada terminal negative
pada litar.
4. Prob Positif
• Prob (Merah) bagi penyambungan kepada terminal positif
pada litar..
40
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
3.2 DI AWAL PENGGUNAAN METER PELBAGAI DIGITAL
Sebelum kita memulakan pengukuran menggunakan Meter Pelbagai
Digital tersebut, adalah amat perlu bagi kita memeriksa terlebih dahulu
keadaan meter pelbagai kita bagi mengelakkan sebarang bacaan pengukuran
yang tidak tepat. Pada permulaan, kita mesti memeriksa keadaan bateri meter
pelbagai yang mana jika terdapat paras bateri yang lemah, satu indikator
akan dipaparkan pada paparan LCD meter pelbagai tersebut. Jangan sesekali
menggunakan meter pelbagai yang telah rosak atau keadaan prob yang sudah
tidak sesuai digunakan. Setelah keadaan meter pelbagai diperiksa dengan
keadaan baik, lakukan ujian keterusan (Continuity Test) bagi menguji
keterusan meter dan fius.
Antara langkah-langkah bagi melakukan ujian keterusan meter adalah :
Langkah 1
Putarkan Suis Pemilih kepada fungsi mod keterusan Ω .
Langkah 2
Tekan Butang SELECT beberapa kali sehingga indikator simbol keterusan
dipaparkan.
Langkah 3
Pintaskan Prob Hitam dengan Prob Merah. Jika buzzer berbunyi,
menunjukkan keadaaan meter adalah baik dan sedia digunakan, tetapi jika
buzzer tidak berbunyi, bermakna meter tersebut rosak dan tidak boleh
digunakan.
41
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
Langkah 1
Putarkan Suis pemilih
kepada fungsi keterusan
Rajah 3.2 : Penetapan suis pemilih pada mod ujian keterusan.
Langkah 2
Paparan symbol keterusan
dipaparkan selepas butang
SELECT ditekan beberapa
kali.
Rajah 3.3 : Paparan Simbol Keterusan
42
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
Rajah 3.4 : Kedua-dua Probe di pintaskan.
3.3 Pengukuran Voltan Arus Terus (DCV).
i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat V.
Rajah 3.5 : Suis Pemilih pada Julat V (Voltan)
43
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
ii. Seterusnya tekan butan SELECT untuk memilih Arus Terus (a.t.).
Tekan butang
SELECT bagi
memilih jenis Voltan
Pengukuran
Simbol paparan bagi
Voltan Arus Terus
Rajah 3.6 : Pemilihan Pengukuran Voltan Arus Ulang-alik atau Terus
iii. Tekan butang RANGE bagi memilih bagi memilih julat voltan
bacaan yang sesuai iaitu samada dalam julat mV jika ramalan bacaan
voltan adalah kecil ataupun dalam julat V.
44
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
iv. Jika kita belum pasti ramalan bacaan voltan pengukuran yang akan
diambil, maka setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat
meter pelbagai kita adalah disetkan kepada mod automatik.
Simbol paparan bagi
tetapan mod
Automatik
Rajah 3.7 : Pemilihan Julat pada mod Automatik
v. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur. Seperti
rajah 3.8. Pastikan prob Hitam disambung kepada terminal –ve atau
Gnd pada litar, dan prob merah disambung kepada terminal +ve pada
litar. Jika keadaan kedua-dua prob ini terbalik, maka nilai bacaan
voltan yang akan diukur akan menjadi nilai negatif.
vi. Nilai voltan pengukuran terus boleh dibaca pada paparan seperti rajah
3.9.
45
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
Rajah 3.8: Meter Disambung Selari Dengan Beban
Rajah 3.9: Bacaan Voltan pengukuran 69.8V
46
METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA
3.4 Pengukuran Voltan Arus Ulang-Alik (ACV).
Sama seperti kaedah pengukuran Voltan Arus Terus sepertimana
dibincangkan sebelum ini, pengukuran Voltan Arus Ulang-Alik diambil
secara selari dengan litar arus ulang-alik.
Harus diingatkan supaya memeriksa terlebih dahulu nilai voltan
maksima yang boleh ditampung oleh meter pelbagai yang digunakan. Ini
adalah bagi mengelakkan meter pelbagai tersebut rosak semasa pengukuran
dibuat. Nilai voltan maksima ini boleh diperolehi daripada jadual spesifikasi
dalam manual penggunaan meter pelbagai tersebut.
Seperti contoh, jika nilai voltan maksima adalah 400Vac, meter
pelbagai ini adalah tidak sesuai untuk digunakan bagi membuat pengukuran
voltan arus ulang-alik yang bernilai 415Vac.
Antara langkah-langkah pengukuran adalah :
i. Tetapkan Suis Pemilih pada julat V.
Rajah 3.10: Suis Pemilih pada Julat V (Voltan)
47