The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISBN 978-967-12029-3-7
Irwandih Mat Jaili
Wan Mohd Rumaizi Wan Taib

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanrumaizi.poli, 2021-09-30 06:08:48

Cara Penggunaan Meter Pelbagai

ISBN 978-967-12029-3-7
Irwandih Mat Jaili
Wan Mohd Rumaizi Wan Taib

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

ii. Seterusnya tekan butan SELECT untuk memilih Voltan Arus Ulang-
alik (a.c.).

Tekan butang
SELECT bagi
memilih jenis Voltan
Pengukuran

Simbol paparan bagi
Voltan Arus Ulang-
alik

Rajah 3.11 : Pemilihan Pengukuran Voltan Arus Ulang-alik.

iii. Tekan butang RANGE bagi memilih bagi memilih julat voltan
bacaan yang sesuai iaitu samada dalam julat mV jika ramalan bacaan
voltan adalah kecil ataupun dalam julat V.

48

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

iv. Jika kita belum pasti ramalan bacaan voltan pengukuran yang akan
diambil, maka setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat
meter pelbagai kita adalah disetkan kepada mod automatik.

Simbol paparan bagi
tetapan mod
Automatik

Rajah 3.12 : Pemilihan Julat pada mod Automatik

v. Sambungkan meter selari dengan beban yang hendak diukur seperti
rajah 3.13. Pastikan prob –prob disambung pada terminal litar arus
ulang-alik yang hendak diukur seperti contoh terminal LIVE dan
terminal NEUTRAL .

vi. Nilai voltan pengukuran terus boleh dibaca pada paparan seperti rajah
3.14.

49

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Rajah 3.12: Meter Disambung Selari Dengan Beban
Rajah 3.13: Bacaan Voltan pengukuran 250.6 Vac

50

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

3.5 Pengukuran Arus Terus (DCA)
Tidak seperti kaedah pengukuran voltan, harus diingat bahawa, bagi

pengukuran arus iaitu samada arus terus ataupun arus ulang-alik, prob-prob
yang disambung pada litar bebanan adalah secara sesiri.

Bagi mengelakkan kerosakkan pada meter pelbagai, adalah lebih baik
terlebih dahulu bagi mematikan sumber kuasa pada litar bebanan sebelum
penyambungan prob-prob meter pelbagai pada litar bebanan.

Selepas memastikan semua penyambung telah dibuat iaitu secara
sesiri, barulah boleh menghidupkan sumber kuasa litar dan pengukuran boleh
dibuat.
Antara langkah-langkah untuk pengukuran Arus Terus adalah:

i. Sambungkan meter sesiri dengan litar beban yang hendak diukur.
Pastikan prob hitam disambung pada terminal –ve daripada sumber
kuasa dan prob merah disambung kepada terminal +ve daripada litar
beban.

Rajah 3.14: Sambungan Meter Pelbagai Pada Litar Sesiri

51

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

ii. Tetapkan Suis Pemilih pada Julat mA.

Rajah 3.15 : Suis Pemilih pada Julat mA
iii. Seterusnya tekan butan SELECT untuk memilih Arus Terus (a.t.).

52

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Tekan butang
SELECT bagi
memilih jenis Arus
Pengukuran

Simbol paparan bagi
Arus Terus

Rajah 3.16 : Pemilihan Pengukuran Arus Terus.
iv. Setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat meter pelbagai

kita adalah disetkan kepada mod automatik sama seperti pengukuran
voltan.
v. Sekarang hidupkan sumber kuasa litar tersebut.
vi. Ambil bacaan terus pada paparan meter pelbagai.

53

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

3.5 Pengukuran Arus Ulang-Alik (ACA)
Dari segi tatacara dan kaedah pengukuran bagi arus ulang-alik adalah

sama seperti kaedah pengukuran arus terus, melainkan butang SELECT
dipilih untuk mod arus ulang-alik.
Antara langkah-langkah untuk pengukuran Arus Ulang-alik adalah:

i. Sambungkan meter secara sesiri dengan litar beban arus ulang-
alik yang hendak diukur.

Rajah 3.17: Sambungan Meter Pelbagai Pada Litar Sesiri

ii. Tetapkan Suis Pemilih pada Julat mA.
iii. Seterusnya tekan butang SELECT untuk memilih Arus Terus

(a.t.).

54

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Rajah 3.18 : Suis Pemilih pada Julat mA

Tekan butang
SELECT bagi
memilih jenis Arus
Pengukuran

Simbol paparan bagi
Arus Ulang-alik

Rajah 3.19 : Pemilihan Pengukuran Arus Ulang-alik.

55

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

iv. Setkan julat meter tersebut kepada AUTO iaitu julat meter pelbagai
kita adalah disetkan kepada mod automatik.

v. Sekarang hidupkan sumber kuasa litar tersebut.
vi. Ambil bacaan pada meter pelbagai.

3.7 Pengukuran Rintangan (R)

Harus diingat, bagi pengukuran nilai rintangan sesuatu perintang, kita
tidak boleh mengukur perintang diatas papan litar yang mempunyai pelbagai
komponen-komponen lain. Ini adalah kerana jika kita mengukur, komponen-
komponen lain akan mempengaruhi nilai rintangan tersebut dan memberi
nilai yang tidak tepat keatas perintang.

Semasa pengukuran dibuat, jangan memegang terminal perintang
yang diukur dengan menggunakan tangan, ini adalah kerana nilai
pengukuran yang dipengaruhi oleh rintangan dalam badan manusia dan juga
member satu nilai yang kurang tepat.

Antara langkah-langkah untuk pengukuran adalah :

i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / .
ii. Tekan butang SELECT untuk memilih Ω.
iii. Letakkan prob-prob keatas terminal-terminal perintang yang

hendak diukur.
iv. Ambil bacaan pada paparan meter pelbagai.

56

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Rajah 3.20 : Pemilihan Pengukuran bagi Rintangan

Tekan butang SELECT
beberapa kali bagi
memilih jenis Arus
Pengukuran
Simbol paparan bagi
Arus Ulang-alik

Rajah 3.21 : Pemilihan Pengukuran Rintangan.

57

METER PELBAGAI DIGITAL A & B ialah point
BAB TIGA yang hendak
diukur bagi litar
AB perintang.

Rajah 3.22: Probe Meter Pada Perintang Siri

Rajah 3.23: Bacaan Rintangan 0.985 kΩ.

58

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Jika bacaan pada meter pelbagai menunjukkan nilai “OL” (over-
load), tekan butang RANGE untuk menukar julat pengukuran kepada yang
lebih besar. Dan jika keadaan ini masih sama, berkemungkinan perintang
tersebut sudah rosak ataupun putus secara dalaman.

3.6 Pengujian Diode
Tidak semua meter pelbagai yang mempunyai fungsi meter pelbagai

untuk menguji keadaan sesuatu Diod. Bagi meter pelbagai yang mempunyai
fungsi ini tujuan pengujian diod ini adalah untuk memeriksa keadaan diode
samada masih berfungsi ataupun sudah rosak.

Antara langkah-langkahnya adalah :
i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / .

Rajah 3.24 : Pemilihan Pengukuran bagi Pengujian Diod.

59

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

ii. Tekan butang SELECT untuk memilih fungsi diod .

Simbol paparan bagi
Pengujian Diod

Tekan butang SELECT
beberapa kali bagi
memilih mod Pengujian
Diod

Rajah 3.25 : Pemilihan Pengukuran Pengujian Diod.
iii. Letakkan prob hitam kepada terminal Katod Diod dan prob merah

pada terminal Anod Diod.

Rajah 3.26: Probe Meter Pada terminal Diod

60

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

iv. Untuk diod yang baik, meter pelbagai akan memaparkan nilai
kejatuhan voltan hadapan (forward Voltage) diode tersebut,
sebagai contoh nilai Voltan jatuh adalah 0.7V.

v. Sekarang tukar tempat prob-prob merah dan hitam iaitu prob
hitam pada terminal Anod dan prob merah pada terminal Katod.

vi. Paparan pada meter pelbagai sepatutnya “OL”.
vii. Ini bererti diode tersebut masih baik, jika keadaan sebaliknya

maka diod yang diuji itu adalah berkeadaan rosak.

3.9 Pemeriksaan Keterusan
Untuk fungsi ini, ia adalah untuk memeriksa atau menguji keterusan sesuatu
litar atau pun pengalir.
Langkah-langkahnya :

i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / .
ii. Tekan butang SELECT untuk memilih fungsi keterusan .
iii. Letakkan prob hitam pada hujung atau terminal litar dan prob

merah pada hujung litar yang lain.
iv. Jika Buzer meter pelbagai berbunyi, maka litar atau pengalir

tersebut adalah baik, dan jika tidak berbunyi maka litar atau
pengalir adalah sebaliknya,

61

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Langkah 1
Putarkan Suis pemilih
kepada fungsi keterusan

Rajah 3.27 : Penetapan suis pemilih pada mod ujian keterusan.

Langkah 2
Paparan symbol keterusan
dipaparkan selepas butang
SELECT ditekan beberapa
kali.

Rajah 3.28 : Paparan simbol keterusan.

62

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Rajah 3.29 : Prob pada kedua-dua hujung terminal pengujian.

3.10 Pengukuran Kemuatan
Sama seperti fungsi pengujian diod, tidak semua meter pelbagai yang
mempunyai fungsi pengukuran nilai kemuatan sesuatu pemuat.

Harus diingat, bagi pengukuran nilai kapasitan sesuatu kapasitor,
ianya sama kaedahnya seperti mengukur nilai rintangan iaitu kita tidak boleh
mengukurnya diatas papan litar yang mempunyai pelbagai komponen-
komponen lain. Ini adalah kerana jika kita mengukur, komponen-komponen
lain akan mempengaruhi nilai tersebut dan memberi nilai yang tidak tepat ke
atas kapasitor.

63

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Langkah-langkahnya :

i. Setkan Suis Pemilih kepada Ω / / / .

Langkah 1

Putarkan Suis pemilih
kepada fungsi kemuatan

Rajah 3.30 : Penetapan suis pemilih pada mod ujian
kemuatan.

ii. Tekan butang SELECT untuk memilih fungsi kemuatan .
iii. Tekan butang REL untuk mensetkan semula kepada nilai

00.00nF.
iv. Letakkan prob hitam pada terminal katod kapasitor dan prob

merah pada terminal anod kapasitor.

64

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Langkah 2
Paparan symbol kemuatan
dipaparkan selepas butang
SELECT ditekan beberapa
kali.

Rajah 3.31 : Paparan simbol kemuatan.

Rajah 3.32 : Kedudukan prob-prob pada terminal kapasitor.

65

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

v. Baca bacaan nilai kemuatan pada paparan meter pelbagai.
Bandingkan dengan nilai kemuatan pada badan kapasitor yang
diukur. Kebiasaannya nilai bacaan yang diambil akan berbeza
sedikit dengan nilai yang tertera pada badan kapasitor. Ini adalah
bergantung kepada nilai toleran sesuatu kapasitor bergantung
kepada pengilang kapasitor tersebut.

Sebagai contoh :
Nilai kemuatan yang tertera pada badan kapasitor adalah 47uF.
Setelah diambil kira nilai toleran dari pengilang iaitu 20%, maka
pengiraan nilai kemuatan yang dibenarkan untuk beroperasi
adalah seperti berikut :

Nilai toleran = 47 × 20% = 9.4
Nilai kemuatan Minimum ;

47 −
47 − 9.4 = .
Nilai kemuatan Maksimum ;

47 +
47 + 9.4 = .

Maka nilai kemuatan yang dibenarkan untuk berfungsi adalah di
antara 37.6uF sehingga 56.4uF. Selain dari julat tersebut, boleh
dikatakan kapasitor tersebut telah rosak.

66

METER PELBAGAI DIGITAL
BAB TIGA

Rajah 3.33 : Nilai bacaan kemuatan 51.3uF

67

BAB EMPAT

Langkah Penjagaan

LANGKAH PENJAGAAN
BAB EMPAT

4.1 Penjagaan Meter Pelbagai
Untuk memanjangkan hayat sebuah meter, perkara berikut perlu diamalkan:

i. Tentukan kuantiti yang hendak diukur
• Arus, voltan atau rintangan.

ii. Semasa pengukuran voltan terutamanya, pastikan meter pelbagai
tidak tersalah set kepada mod selain dari mod voltan.

iii. Tentukan julat yang perlu digunakan
 Sentiasa gunakan julat yang tertinggi bagi mengelakkan
gelung terputus.

iv. Sentiasa rujuk kepada manual spesifikasi pengeluar meter pelbagai
bagi merujuk julat yang dibenarkan untuk unit pengukuran.

v. Pastikan polariti meter adalah betul semasa mengukur voltan dan
arus.

4.2 Penyelenggaraan
Sekiranya keadaan memerlukan meter pelbagai untuk dibuat

penyelenggaran, langkah-langkah penting harus diambil kira. Adalah paling
penting bagi kita untukmembaca terlebih dahulu manual pengunaan yang
dikeluarkan oleh pengeluar meter pelbagai tersebut. Ini termasuklah
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Langkah ini adalah penting
bagi menjaga prestasi meter pelbagai dan juga jangka hayatnya.

69

LANGKAH PENJAGAAN
BAB EMPAT

a. Pemeriksaan
• Sentiasa periksa keadaan luaran meter pelbagai.
• Periksa keadaan prob-prob dan juga keterusan wayar prob
tersebut.

b. Calibration / Penentukuran
• Hanya syarikat pengeluar meter pelbagai itu sahaja yang
boleh membuat penentukuran.

c. Penukaran Bateri dan Fius.
• Sekiranya Fius dalaman meter pelbagai telah terputus, hanya
pengukuran arus sahaja tidak dapat dibuat.
• Sebelum menukar fius dan juga bateri, pastikan meter
pelbagai telah dimatikan terlebih dahulu.
• Tukar bateri atau fius mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan oleh pengeluar.
• Periksa arah polariti bateri semasa menukarnya.

4.3 Keselamatan dan langkah berjaga-jaga

• Sentiasa berhati-hati apabila mengukur voltan 50V dan
keatas, terutamanya pada terminal yang mempunyai voltan
tinggi. Kebiasaanya label voltan tinggi akan diletakkan pada
peralatan atau terminal yang mempunyai voltan tinggi.

• Apabila memnuat pengukuran arus, pastikan sumber kuasa
pada litar dimatikan terlebih dahulu sebelum membuat
penyambunyan prob kepada litar.

70

LANGKAH PENJAGAAN
BAB EMPAT

• Sebelum membuat pengukuran rintangan atau diod didalam
litar, pastikan kuasa pada litar dimatikan dan discas terlebih
dahulu.

• Sentiasa mengambil peringatan untuk tidak membuat
pengukuran unit selain dari julat yang dibenarkan dari jadual
spesifikasi pengeluar meter pelbagai.

4.4 Simbol-simbol keselamatan dan berkaitan

Simbol perhatian dan menunjukkan bahawa haruslah berujuk
kepada manual spesifikasi untuk mengelakkan kerosakkan
kepada peralatan dan/atau untuk mengelakkan kecederaan
peribadi.
Tanda AMARAN bahaya. Ia memberi peringatan sebarang
prosedur atau amalan yang dijalankan secara tidak betul,
boleh mengakibatkan kecederaan peribadi.

Tanda AWAS menandakan bahaya. Ia memberi peringatan
sebarang prosedur atau amalan yang dijalankan secara tidak
betul, boleh mengakibatkan kerosakan kepada peralatan.

Ini menasihati pengguna supaya terminal pada peralatan yang
ditandakan ini tidak perlu disambungkan ke litar bervoltan
terus ke bumi, melebihi 500 volt.

Simbol kepada voltan berbahaya dan harus diambil perhatian
dalam mengendali peralatan tersebut.

Menunjukkan peralatan tersebut telah dilindungi dengan
penebatan berganda.

Piawaian keselamatan Eropah.

71

LANGKAH PENJAGAAN
BAB EMPAT

DC (Arus terus).
DC (Arus terus) dan AC (Arus ulang-alik)
AC (Arus ulang-alik).

72


Click to View FlipBook Version