MUQADDIMAH
REFRESH Malaysia
way forward to reimagining Malaysia
REFRESH Malaysia
jalan ke hadapan membayangkan
semula Malaysia
REFRESH MALAYSIA
َْو َمنْ يُّ َها ِج ْر فِ ْي َس ِبي ِْل ّل ٰل ِْا يَ ِجدْ ِفى ا ْلَ ر ِضْ مْ ٰر َغ ًما َكثِي ًرا َّو َسعَْةً ْۗ َو َمنْ يَّخرْ ْج ِمن
ُْ بَي ِتهْ م َها ِج ًرا اِلَى ّل ٰل ِاْ َو َرسو ِلهْ ث َّْم يد ِركهْ الْ َمو
فَقَْد َوقَ َْع اَجرهْ َعلَى ّل ٰل ِاْ ْۗ َو َكا َْن ّل ٰلْا َغفو ًرا َّرْي ِِحي ًما
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat
berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar
dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap
pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani." (QS. An-Nisa' 4: Ayat 100)
AQIDAH PERJUANGAN
• EP Hijrah Rasul SAW
"Membangun negara dan rakyat mestilah berpandu
kepada nilai-nilai agama yang meletakkan akhlaq,
beramanah dan rahmah itu sebagal nilai- nilai asas
sosiopolitik dan sosioekonomi yang akan membawa
kita kepada apa yang disebut al-Quran sebagai
Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur. Al-Quran
bahkan mempertegaskan betapa agama ini (Islam)
datang untuk membebaskan manusia daripada
keterjajahan, rasa lapar dan ketakutan."
"Kehidupan kita dalam apa jua aspek samada politik,
ekonomi dan sosial adalah seputar persoalan iman,
lhsan dan Itqan. IMAN itu adalah nilai utama yang
membentuk jati diri seseorang. Sedangkan IHSAN
adalah perihal hubungan kemanusiaannya dengan
semua di persekitarannya. Manakala ITQAN itu adalah
sikap dan budaya cemerlang dalam menunaikan
amanah yang dipertanggungjawabkan atas pundaknya."
"Perjuangan politik bernegara ini adalah bahagian
daripada siasatud dakwah yang mencakupi persoalan
aqidah, syariah, ibadah dan akhlaq. Melatari kehidupan
yang punya perhitungan pahala dan dosa, perkiraan
syurga dan neraka. Bahkan wajar mengimani bahawa
kita yang diciptakan ini sahaja pun bukanlah untuk
bermain-main, ada tugas dan tanggungjawab kita
sebagai khalifah yang perlu kita tunaikan secara tuntas."
• EP Slide Ulamak Su'
KERAJAAN NON GRATA
• EP Perbandingan Saiz Kabinet
DERITA RAKYAT
Firmanullah dalam Al Quran, surah At Taubah (9): 128
لَـ َقْد َجآ َءكمْ َرسو ْل ِم ْن اَنف ِسكمْ َع ِزيزْ َعلَي ِهْ َما َع ِنتُّْمْ يَِح ِري ْص َع َليكمْ ِبا لمؤ ِم ِني َنْ َرءوفْ َّريِِحيْم
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang
menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan
bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta
kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
• Kos Sara Hidup
• EP Zawawi Kata Lebih Rendah
RASUAH MUSUH
NO 1 NEGARA
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
َْو َْل تَ ۡأكل ٓواْ أَ ۡم ٰ َولَكم َب ۡي َنكم ِبٱۡل ٰبَ ِط ِلْ َوت ۡدلواْ ِب َهآْ إِ َْلى ٱۡليِح َّكا ِمْ ِلتَ ۡأكلواْ فَ ِريقا ِم ۡنْ أَ ۡم ٰ َو ِلْ ٱلْنَّا ِسْ ِبٱ ۡۡ ِل ۡث ِْم َوأَنت ۡم
تَ ۡع َلمو َْن
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula
kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-
hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya)." (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 188)
• EP Najib & Rosmah Dijatuhkan
Hukumani
REFRESH Malaysia
"POLITIK BERNEGARA ini bukan untuk kita memilih
samada mahu menjadi lebih Melayu, lebih Cina, lebih India
atau lebih Bumiputera; atau menjadi lebih Islam, lebih
Kristian, lebih Buddha, lebih Hindu atau seumpamanya.
Tetapi sebaliknya untuk memilih parti dan sosok kepimpinan
mana yang dapat menyediakan dasar, program dan sistem
sosio-ekonomi yang membolehkan rakyat hidup lebih
sejahtera, bermaruah dan mampu berdaya saing samada di
peringkat domestik mahupun global."
1. RECLAIM Malaysia dengan menggubal dan membentang Akta
Ombudsman dan mewujudkan Jabatan Ombudsman yang diberi
kuasa untuk memastikan pengurusan aduan awam yang lebih
berkesan. Hukuman tegas dan keras mesti dikenakan ke atas
pemimpin-pemimpin politik dalam anggota pentadbiran dan
pegawai-pegawai tinggi awam yang terlibat rasuah dan cuai
menjalankan tugas mengurustadbir kewangan negara dengan cara
melucutkan hak mereka daripada bertanding dalam mana-mana
pilihan raya dan tidak dibenarkan memegang sebarang jawatan
dalam mana-mana parti politik dan pentadbiran awam.
2. RESET Malaysia dengan menumpukan
kepada gerakan perubahan minda rakyat ke
arah membudayakan politik fathonah, inklusif
dan progresif.
3. REVIEW Malaysia dengan merangka Dasar
Afirmatif Ekonomi Berasaskan Keperluan dan
menetapkan garis masa merapatkan jurang
ekonomi rakyat Malaysia antara kaum sebagai
usaha dan ikhtiar kita memperkuatkan setiap
entiti negara sebagai aset penting dan saksama
untuk membangun negara.
4. RENEW Malaysia dengan
memperkenalkan Pendidikan Politik
Bernegara Dan Kenegaraan Malaysia
sekaligus diperluaskan menjadi agenda
penting membina negara, dan diurus secara
nonpartisan.
5. REFORM Malaysia dengan memberi fokus kepada
segala usaha mereformasi sistem, dasar dan institusi
bagi menggantikan sistem, budaya dan amalan
urustadbir lama yang tidak berkesan bahkan
merugikan.
6. REVIVE Malaysia dengan memposisi dan
membudayakan Politik Nilai & Idea, Politik
Mendidik dan Politik Khidmat di dalam masyarakat
sebagai halacara baharu mencerdikkan rakyat agar
dapat maju bermaruah, bukan sebaliknya berterusan
dilemahkan dengan propaganda dan pembodohan
yang menjadikan rakyat bergantung kepada elit-elit
politikus parasit, rakus dan korup.
7. REGENERATE Malaysia dengan memastikan
minima 1/3 daripada calon-calon PRU15 adalah
menampilkan wajah-wajah baharu, segar,
bersih sekaligus memenuhi aspirasi
keterangkuman, al-qawiyy (kuat)
dan al-amin.
8. REAFFIRM Malaysia dengan menubuhkan
Suruhanjaya Keharmonian Dan Perdamaian
Nasional bagi memastikan kelancaran usaha
memajukan negara secara bermaruah, inklusif
dan progresif, sekaligus meletakkan tindakan
propaganda kaum dan agama dikategori sebagai
jenayah sabotaj negara.
Rakyat Malaysia perlu kembali kepada perkara asas, dan
tidak ada cara yang lebih baik selain kembali kepada
dokumen asas seperti Perlembagaan Merdeka 1957,
Perjanjian Malaysia 1963, dan Rukun Negara 1970 untuk
memenuhi Cita Cinta Malaysia menjadi contoh kepada
dunia bagaimana sebuah negara dengan kepelbagaian
kaum, agama, bahasa, dan budaya boleh bersatu padu,
hidup dalam harmoni secara demokratik, progresif, dan
makmur, dengan kerajaan yang berintegriti yang dipandu
oleh prinsip tadbirurus dan tatakelola yang baik dan
bertanggungjawab.
AGENDA WANITA AMANAH
UNTUK MALAYSIA
Tuju Tumpu Pertama :
PENDEMOKRASIAN POLITIK &
KEPIMPINAN WANITA
Tuju Tumpu Kedua :
DASAR KETERANGKUMAN
GENDER
Tuju Tumpu Ketiga :
DASAR KELUARGA SELAMAT
Tuju Tumpu Keempat :
REFORMASI SISTEM DAN
KURIKULUM PENDIDIKAN
Tuju Tumpu Kelima :
REFORMASI SISTEM KESIHATAN
Tuju Tumpu Keenam :
DASAR KESELAMATAN MAKANAN
Tuju Tumpu Ketujuh :
KESEJAHTERAAN &
KEHARMONIAN SOSIAL
Tuju Tumpu Kelapan :
PEMBERDAYAAN, PENGGUBALAN, PINDAAN DAN
PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG BAGI
MENJAMIN KEADILAN SOSIAL UNTUK WANITA,
KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS
Tuju Tumpu Kesembilan :
KOMITMEN MALAYSIA UNTUK
DUNIA YANG MAMPAN
Tuju Tumpu Kesepuluh :
REFORMASI PILIHAN RAYA
DAN INSTITUSI
WANITA JURUCAKAP
ORANG SUSAH
(MUSTADH’AFIN)