Allah SWT memerintahkan agar melindungi kaum yang
lemah seperti firman-Nya dalam Surah An-Nisa’, ayat 75
yang bermaksud:
َو َما لَـكْم َْل تقَا ِتلو َْن ِف ْي َسبِي ِْل ّل ٰل ِاْ َوا لمستَضعَ ِفي َنْ ِم َْن ال ِر َجا ِلْ َْوا ل ِن َسآ ِءْ
َوا ل ِول َدا ِنْ الَّ ِذي َنْ يَقولو َْن َربَّنَاْ اَخ ِر ْجنَا ِم ْن ٰه ِذ ِهْ الـقَريَ ِةْ ال َّظا ِل ِْم اَهلْ َها ْۗ َوا
جعَ ْل لَّـنَا ِمنْ لَّدن َْك َو ِليًّا ْۗ َوا جعَ ْل لَّـنَا ِم ْن لَّدن َْك نَ ِصي ًرا
"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu
berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan
(untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum
lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu
(berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami
dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik)
yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang
pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan
jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang
membela kami (dari ancaman musuh)".
(QS. An-Nisa' 4: Ayat 75)
Kelompok mustad'afin (lemah dan tidak berdaya)
boleh sahaja terdiri daripada rakyat kita daripada
kalangan orang-orang miskin, orang-orang kelainan
upaya (OKU), orang-orang sakit, warga emas, anak-
anak yatim dan armalah (ibu tunggal). Mereka ini
amat memerlukan perlindungan dan pembelaan
agar mereka tidak mengalami penderitaan lebih
parah.
Sifat peduli terhadap keperluan dan kesukaran
dialami kelompok susah seperti ini harus disemai
guna membangun jati diri dan budi Wanita Amanah
melalui semangat kepedulian dan empati. Empati
bermaksud menghayati kesusahan orang lain yang
kemudiannya membangkitkan semangat kita untuk
segera menghulurkan bantuan.
Yang Rakyat Perlukan Itu Apa?
Rakyat Malaysia sebenarnya hanya perlukan pemimpin-
pemimpin negara yang berjiwa manusiawi, empati dan
dapat serta tidak malu untuk hidup sederhana.
Kemewahan yang diperolehi daripada politik sewajarnya
ditanggapi sebagai sesuatu yang memalukan khususnya
pada saat masih ada rakyat yang hidup susah malah
berada di bawah garis kemiskinan negara.
Dunia dan Malaysia memerlukan sentuhan para
wanita dalam menentukan Orde Baru Politik yang
terangkum dalam misi besar AWAN menjayakan
Politik Khidmat, Politik Nilai & Idea dan Politik
Mendidik.
Makanya, saya menyeru kepada AWAN di seluruh
negara untuk segera dan setuntasnya memposisi diri
dalam masyarakat dengan menjayakan peranan masing-
masing sebagai Duta Rahmah, sekaligus menjadi
Jurucakap Rakyat yang derita di bawah sana. Be visible
dalam masyarakat!
Kejayaan sebenar kita dalam membangun Amanah
adalah apabila kita dapat turun ke bawah bersama
merasai denyut nadi derita rakyat, dan kemudian sama-
sama mengangkat suara mereka menjadi sebahagian
utama perjuangan kita.
Kekayaan dan keuntungan negara harus dikembalikan
kepada rakyat sekurang-kurangnya dalam lima bentuk :
1. Penyediaan peluang pekerjaan dengan gaji
bermaruah;
2. Menstabilkan kos hidup berpatutan;
3. Memastikan pendidikan dan kesihatan berkualiti untuk
semua;
4. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan sistem
pengangkutan maju dan berkesan; dan
5. Penyediaan rumah selesa dan mampu milik.
INFIRU - HARAPAN RAKAN SETARA - SUKSES
BERSAMA
Ke hadapan dalam PRU15, rakyat tidak perlukan
politikus-politikus kaya harta dan hidup mewah pada saat
masih ramai pengundi-pengundinya hidup dhaif dan
susah. Pada saya ini lah syarat dan isyarat awal untuk
kita sama-sama bersiap memastikan perubahan dalam
politik negara dan kehidupan kita. Jiwa kita mesti kuat.
Niat perjuangan yang benar menjadikan kita tetap teguh
melaksanakan tugas dan tanggungjawab walau besar
manapun ujian yang terpaksa kita tempuh. Adakala usaha kita
tidak diterima, program tidak mendapat sambutan, aktiviti tidak
mendatangkan hasil yang diharapkan, senantiasa penat fizikal,
emosi dan mental, masa liburan dan diri sendiri menjadi
kurang, masa belajar menjadi pendek, adakala dikutuk,
difitnah, dibawang, diugut, dijatuhkan dan bermacam cabaran
menduga ikhlas dan jati diri perjuangan kita - semua
kesusahan ini, ubatnya saudara adalah NIAT YANG BERSIH
(IKHLAS) dan SABAR unconditionally.
Niat yang bersih dan Sabar menyelamatkan kita
daripada negativity mudah merajuk, suka mengeluh,
tidak puas hati, berkecil hati, berputus asa, kecewa
dan mengalah. Justeru, bangkitlah!
ًْٱن ِفروْا ِخفَافًا َو ِثقَال
Infiru Khifafan Wa Tsiqalan!
“Berangkatlah dalam keadaan ringan dan berat..”
Wanita perlu melihat semua kebobrokan politik
Malaysia hari ini dengan mata hati yang jujur
bertanggungjawab. Baru lah kita faham dan redha
apa perlunya kita meninggalkan zon selesa kita, dan
apa perlunya kita berjuang sejujurnya untuk watan;
bukan seputar mengejar sesuatu yang kita cita
cintakan untuk peribadi kita.
Akhawat semua, fokus kita mestilah jelas. Prioriti
kita mesti kemas. Jiwa kita mesti kuat. Semangat
dan stamina kita mesti hebat. Ayuh, bangkit
bersama memerdekakan negara dan watan
daripada cengkaman koruptor hina bermaharaja
lela di persada kuasa pentadbiran negara!
ْلَوْ َكا َنْ َع َر ًضا قَ ِريبًا َّو َسفَ ًرا قَا ِص ًدا َّلْ تَّْبَعو َكْ َو ٰلـ ِك ْن بَع َد ُْ َعْلَي ِهْم ال ُّشقَّة
ْۗ َو َسيَيِح ِلفو َْن بِا ّ ٰل ِْل لَ ِوْ استَ َطعنَا لَ َخـ َْرجنَا َمعَكْم ْۗ يه ِلكو َنْ اَنف َسهْمْ ْۗ َوا ّ ٰلْل
يَعلَمْ ِانَّهْم لَـ ٰك ِذبو َْن
"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka
(wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah
yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang
sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka
(yang munafik itu) akan mengikutmu;
tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka.
Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah
dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami
akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu)
mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah
mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu
orang-orang yang berdusta
(tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."
(QS. At-Taubah 9: Ayat 42).