The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 KSSR SEMAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Mardhiyyah, 2023-06-24 18:20:51

BUKU TEKS PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1 KSSR SEMAKAN

Keywords: PENDIDIKAN MORAL,TAHUN 1,BUKU TEKS

isbn 978-983-49-1145-4 RM6.00 BT111020


RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) RUKUN NEGARA.indd 1 23/03/16 7:21 PTG


Penulis Wang Lock Hui Junaidah binti Hassan Sing Bee Khim Editor Md Shukuri bin Hamzah Pereka Bentuk Khairul Azam bin Zain Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2O16 SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN MORAL Ilustrator Norazlinawati binti Hashim kurikulum standard sekolah rendah


KANDUNGAN Pendahuluan UNIT Tajuk : pegangan HIDUP SAYA 1 Nilai : kepercayaan kepada Tuhan UNIT Tajuk : BAIK HATI AMALAN SAYA 2 Nilai : baik hati UNIT Tajuk : TANGGUNGJAWAB SURESH 3 Nilai : bertanggungjawab UNIT Tajuk : TERIMA KASIH, KAWAN-KAWAN 4 Nilai : berterima kasih UNIT Tajuk : BUDI BAHASA AMALAN SAYA 5 Nilai : hemah tinggi UNIT Tajuk : HORMATI DIRI DISANJUNG 6 TINGGI Nilai : hormat UNIT Tajuk : SAYANGI DIRI SENDIRI 7 Nilai : kasih sayang v 1 - 5 6 - 10 11 - 15 16 -20 21 -25 26 -30 31 -35 iii


UNIT Tajuk : ADIL MEMBAWA SEJAHTERA 8 Nilai : keadilan UNIT Tajuk : BERANI MENGHADAPI CABARAN 9 Nilai : keberanian UNIT Tajuk : KOK HENG YANG JUJUR 10 Nilai : kejujuran UNIT Tajuk : BLOG KERAJINAN 11 Nilai : kerajinan UNIT Tajuk : KERJASAMA MEMBAWA BERKAT 12 Nilai : kerjasama UNIT Tajuk : PESANAN NENEK 13 Nilai : kesederhanaan UNIT Tajuk : BERTOLAK ANSUR AMALAN saya 14 Nilai : toleransi iv 36-40 41-45 46 -50 51 -56 57 -62 63 -68 69- 74


PENDAHULUAN v Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 telah disemak semula bagi memenuhi dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sejajar dengan perubahan ini, buku teks Pendidikan Moral Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) ditulis berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR Pendidikan Moral Tahun 1. Buku teks Pendidikan Moral Tahun 1 SK ini masih berfokus pada tema "Diri Saya". Sebanyak 14 nilai, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan dan toleransi dimuatkan dalam buku ini. Kandungan buku ini diolah dan disampaikan dalam pelbagai cara untuk menarik minat murid agar mereka memahami, menghayati dan mengamalkan nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Kandungan buku teks ini memberikan penekanan kepada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid bagi menghadapi cabaran pada abad ke-21. Antaranya, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diterapkan kepada murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi merangsang pemikiran murid. Selain itu, elemen kreativiti dan inovasi, elemen keusahawanan, elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), kemahiran berfikir, kemahiran penyelesaian konflik, pembelajaran berasaskan projek juga diaplikasikan melalui aktiviti yang telah dirancang. Elemen perpaduan turut diterjemahkan melalui idea-idea yang disampaikan agar dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid. Setiap unit dalam kandungan buku teks ini berfokus pada satu nilai seperti yang terkandung dalam DSKP. Pelbagai teknik PdP yang menarik seperti nyanyian, lakonan, dialog, bercerita, pantun, boria, teka silang kata, kod rahsia, peta pemikiran dan aktiviti hands-on digunakan bagi memantapkan pemahaman murid tentang nilai yang dipelajari. Bagi memastikan semua murid dapat mengikuti perkembangan pembelajaran secara berperingkat, bahagian-bahagian dalam setiap unit disusun mengikut komponen seperti yang berikut:


Konsep Komponen ini menerangkan konsep nilai dalam DSKP yang menjadi fokus sesuatu unit. Komponen ini bertujuan untuk membantu murid memahami nilai secara berkesan melalui aktiviti yang dirancang. Pengukuhan Komponen ini bertujuan untuk memberikan peneguhan terhadap pemahaman murid tentang nilai yang dipelajari melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. Tiga domain moral, iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral menjadi tunjang utama dalam komponen ini. Pemulihan Komponen ini membantu murid meningkatkan pemahaman mereka dalam menguasai dan mengaplikasikan nilai yang telah dipelajari melalui aktiviti yang lebih mudah dan berkesan. Pengayaan Komponen ini menyediakan aktiviti yang lebih mencabar pemikiran murid agar potensi murid dapat dikembangkan ke tahap yang lebih optimum untuk membantu mereka berperasaan dan bertindak mengikut nilai moral. Penilaian Komponen ini menyediakan pelbagai aktiviti penilaian bagi mengukur tahap penguasaan murid dalam sesuatu nilai. Standard Pembelajaran Komponen ini memberikan panduan kepada guru untuk membimbing murid mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam DSKP. Nota Guru Komponen ini bertujuan untuk menerangkan cadangan PdP dan idea tambahan bagi membantu guru melaksanakan aktiviti yang dirancang. kbat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. vi Penulis berharap buku teks ini akan memberikan manfaat kepada murid dalam usaha memupuk kerohanian dan moraliti murid melalui perkembangan moral dari segi penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Semoga kandungan dalam buku teks ini dapat meningkatkan pemahaman, penghayatan dan amalan nilai dalam kalangan murid untuk dijadikan sebagai panduan hidup mereka dalam membuat keputusan dan tindakan berteraskan moral. Akhir kata, diharap penerbitan buku teks ini dapat memenuhi matlamat DSKP KSSR Pendidikan Moral untuk melahirkan dan membentuk insan yang menyeluruh dan bersepadu berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Wang Lock Hui Junaidah binti Hassan Sing Bee Khim


1 Pegangan Hidup Saya Lihat gambar. Ceritakan. Kami ada agama. Kami hidup bahagia. Masjid Islam Hindu Kuil Wat Gereja Kristian Buddha l Bimbing murid mengenali pelbagai agama atau kepercayaan lain di Malaysia. l Bimbing murid menceritakan agama dan kepercayaan masing-masing. l Bimbing murid menyatakan kepentingan mempunyai agama atau kepercayaan. 1.1 1.2 1.5 1 Apakah agama atau kepercayaan kamu?


Indahnya Alam Lihat gambar di bawah. 2 1.3 1.4 l Bimbing murid menyatakan ciptaan Tuhan yang lain. l Bimbing murid melahirkan rasa syukur terhadap ciptaan Tuhan berdasarkan gambar. Sebutkan ciptaan Tuhan. Apakah perasaan kamu?


3 1.1 1.3 Kenali Alam dan Agama Kita l Bimbing murid supaya menjaga keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini. l Perbanyak halaman ini. A. Warnakan gambar ciptaan Tuhan. B. Gunting dan tampalkan. Kristian Sikh Islam Hindu


4 Lihat di sekeliling kamu. Catat dan lukis. l Perbanyak halaman ini. l Bimbing murid untuk menjalankan aktiviti ini di luar bilik darjah. l Galakkan murid mengenal pasti ciptaan Tuhan yang lain. 1.3 1.4 Hargai Ciptaan Tuhan Bil. Ciptaan Tuhan Gambar 1. Pokok bunga 2. 3. 4. 5. Saya melihat ciptaan Tuhan.


5 A. Lengkapkan perkataan dan suaikan dengan gambar. masjid gurdwara gereja p o _ o _ t _ p _ i b _ k i _ _ a t _ h a _ i B. Pilih jawapan yang betul. Unang beragama Kristian. Dia bersembahyang di . Ranjit Singh beragama Sikh. Dia bersembahyang di . Husin beragama Islam. Dia bersolat di . 1 2 3 4 1 2 3 l Perbanyak halaman ini.


BAIK HATI AMALAN SAYA 2 Contohi sikap Ranjit Singh. l Bimbing murid melakonkan situasi di atas. l Bimbing murid melaksanakan sumbang saran cara membantu orang lain dalam pelbagai situasi. 2.1 2.2 2.4 6 Senaraikan sikap baik hati Ranjit Singh. box 3D Ceritakan cara kamu membantu orang lain. Saya bantu orang lain. Saya berasa gembira. 1 2 3 4


Tanya Sama Kakak Mari kita bernyanyi. l Bimbing murid menyanyikan lagu di atas mengikut melodi lagu Tanya Sama Pokok. l Bersoal jawab dengan murid tentang cara dan kepentingan membantu orang lain. 7 2.1 2.3 2.4 Tanya sama kakak, Apa sebab duka, Nanti jawab kakak, Kakinya luka. Mari wahai kakak, Adik balut luka, Kakak senyum riang, Adik ceria. Kakak nanti kata, Adik baik hati, Selalu tolong orang, Hidup diberkati. Nyatakan sikap baik hati adik kepada kakak. Mengapakah kita perlu bantu orang lain? SALWA


Bantu dengan Ikhlas l Bimbing murid memahami gambar. l Galakkan murid memberikan pendapat tentang sifat baik hati pada diri mereka. 2.2 2.4 8 Fahami gambar. Tuliskan cara kamu membantu orang lain. (Situasi 1) (Situasi 2) Apakah perasaan kamu membantu orang lain? 1 2


Tolong-menolong Amalan Mulia l Sediakan topeng muka yang mudah bagi setiap watak. l Bimbing murid melakonkan cara membantu orang lain berdasarkan watak di atas. 9 2.2 2.3 2.5 Fahami situasi di bawah. Sakitnya! Tolong! Tolong! Apakah sikap baik hati gajah? Mengapakah kita perlu tolong orang lain? Saya dahaga. 1 3 2 4 Saya kalah. Sedihnya. Apakah yang patut saya buat?


Tandakan ( ) untuk perlakuan yang telah kamu lakukan. Amalan Sidai baju. Situasi ( ) Beri derma. Kongsi makanan. Sapu sampah. Beri hadiah. l Perbanyak halaman ini. 10 4 - 5 Tahniah, kamu baik hati! 2 - 3 Tingkatkan amalan baik hati. 0 - 1 Perlu ubah sikap. Skor: 1 2 3 4 5 BE KIM


3 TANGGUNGJAWAB SURESH Fahami gambar di bawah. l Bimbing murid menyenaraikan tanggungjawab terhadap diri sendiri. l Bimbing murid membincangkan tanggungjawab diri secara berkumpulan. 11 3.1 3.2 3.4 Senaraikan tugas Suresh di rumah. Mengapakah patut kamu lakukan tugas itu? Cuci pinggan. Kemas katil. Pam tandas. Buat kerja sekolah. Saya bangga buat semua ini. Susun kasut. Kemas mainan.


Robot yang Bertanggungjawab i-Kiro pulang dari sekolah. Selepas itu ... l Bimbing murid melakonkan situasi di atas. l Minta murid menceritakan perasaan mereka setelah melaksanakan tanggungjawab diri. l Minta murid meramalkan kesudahan cerita sekiranya i-Kiro menerima ajakan kawannya. 3.4 3.5 12 Lihat dan fahami gambar di bawah. Mengapakah i-Kiro tolak ajakan kawan? Sebutkan cara kamu bertanggungjawab. 1 3 2 Bagus i-Kiro, kamu bertanggungjawab.


Patut Saya Lakukan Sendiri l Sediakan kad situasi untuk menjalankan aktiviti di atas. Bimbing murid memilih kad situasi secara berpasangan. l Bincangkan situasi di atas dan nyatakan tindakan yang patut diambil. 13 3.3 3.4 Apakah yang patut kamu lakukan? 1 2 3 Ibu hendak cuci kasut saya. Kad situasi Tindakan Abang hendak warnakan lukisan saya. Ayah hendak butangkan baju saya. ? ? Cuci kasut sendiri. Pilih sekeping kad situasi dan lakonkan. Nyatakan perasaan kamu.


Pokok Tanggungjawab Diri 14 Apakah yang akan berlaku jika kamu tidak bertanggungjawab? Warna air, berus, bekas pembancuh warna dan gambar rangka pokok. Warna dan capkan ibu jari. 1 Tulis tanggungjawab. 2 Tulis perasaan kamu. 3 Hasilkan pokok tanggungjawab diri. l Bimbing murid menggunakan kreativiti dan bahan media lain untuk menghasilkan pokok tanggungjawab diri. l Galakkan murid menyenaraikan seberapa banyak tugas yang boleh dilakukan oleh mereka sendiri. l Pamerkan hasil kerja murid di Sudut Pendidikan Moral. 3.1 3.2 3.4 Alatan dan Bahan


Padankan gambar dengan tindakan yang bertanggungjawab. Apabila saya … Saya patut … lap lantai. minta ibu lap lantai. kemaskan alat tulis. biarkan alat tulis. sepahkan baju. masukkan baju ke dalam bakul. lipat pakaian. minta ayah susun buku. minta kakak lipat pakaian. susun buku. 15 l Perbanyak halaman ini. 1 4 5 3 2


Terima Kasih, Kawan-kawan 4 l Bimbing murid mengucapkan terima kasih secara berpasangan dalam pelbagai bahasa dengan sebutan yang betul. 4.1 4.4 16 Sebutkan. Xie xie. Nandri. Magsukul. Abor haknuk. Terima kasih. Kotoluadan. Apakah perasaan kamu apabila memberikan hadiah kepada kawan? Melayu Cina Bajau Semai India Kadazandusun


Catatan Diari Jia Yuan Ayah beri wang saku kepada saya. Kakak bantu saya belajar. Cikgu mengajar saya. l Bimbing murid mencadangkan cara lain memberikan penghargaan kepada orang yang telah membantunya. 4.2 17 4.3 Baca dan fahami. Terangkan cara Jia Yuan memberikan penghargaan. Mengapakah kamu perlu memberikan penghargaan kepada orang lain? 20 Ogos Saya peluk ayah. Saya beri hadiah. Saya beri kad ucapan. 1 2 3


Tampalkan benang kait di belakang kad. Bingkai Terima Kasih Bantu Bee Lan membuat bingkai terima kasih. l Bantu murid semasa membuat bingkai terima kasih. l Pamerkan hasil kerja murid di Sudut Pendidikan Moral. 18 Kad manila saiz besar, kad manila saiz kecil, pensel warna, gam, pita pelekat dan benang kait. Tampal kad pada kad manila besar. Tuliskan ucapan. Bingkai yang telah siap. Lukiskan corak pada kad. 1 2 3 4 5 Alatan dan Bahan 4.4 4.5 Apakah perasaan kamu apabila memberikan bingkai terima kasih kepada kawan?


Hargai Jasa Fahami situasi dan lengkapkan peta minda di bawah. Cara Memberikan Penghargaan Kebaikan Memberikan Penghargaan 1. 2. 3. l Bantu murid melengkapkan latihan di atas. l Perbanyak halaman ini. 4.2 19 4.3 Terima kasih mak cik kerana menjaga saya. 1 2 3 Situasi 1 Situasi 2 Situasi 3 Selamat Hari Bapa. Terima kasih kerana menemani saya ke perpustakaan desa.


20 A. Cari perkataan yang tersembunyi. DISAYANGI DIPUJI DISENANGI DISUKAI D I S E N A N G I A B A K D I T E B M R G A I H E T D O R P W P M N U I S D P U U A N K S A P A K J L G A U H E D O I Y K N K O L J E L E A O A D I S A Y A N G I l Perbanyak halaman ini. Perasaan Cara memberikan penghargaan B. Lengkapkan.


Budi Bahasa Amalan Saya 5 Baca dan fahami dialog di bawah. Selamat jalan, Sita. l Galakkan murid menyebut tutur kata dan mengamalkan tingkah laku yang sopan. 21 5.1 5.2 Sebutkan tutur kata sopan dalam situasi di atas. Nyatakan kesan setelah kamu bersikap sopan. Terima kasih kerana sudi datang. Tidak mengapa. Jumpa lagi. Sama-sama. Maafkan saya. Selamat pagi, cikgu. Selamat pagi, Yugan. Abu Situasi 1 Situasi 3 Situasi 2 Situasi 4


Beradab Sopanlah Selalu l Bimbing murid membezakan tingkah laku yang sopan dan sebaliknya. l Rangsang murid mengamalkan tingkah laku yang sopan. 5.1 5.4 22 Fahami gambar di bawah. Adik, jangan bermain di sini! Kenal pasti tingkah laku sopan. Apakah perasaan kamu apabila bersopan?


Hemah Tinggi Amalan Mulia Fahami gambar dan tampalkan jawapan yang betul. Silakan masuk. Selamat sejahtera. Terimalah hadiah saya. Jemput makan. l Perbanyak halaman ini. l Bimbing murid memahami gambar dan rangkai kata di atas. 5.4 l Tampal gambar dan rangkai kata pada buku latihan. 23 5.5 Lakonkan cara bersopan seperti gambar di atas. Apakah perasaan kamu setelah bersopan? 1 3 2 4


Indahnya Bersopan Majlis perkahwinan 5.2 5.3 24 Lakonkan dan lengkapkan peta minda. Ramalkan kesan jika kamu tidak bersopan dalam majlis di atas. l Bimbing murid melakonkan pelbagai situasi dalam gambar di atas. l Bimbing murid melengkapkan peta minda. l Perbanyak halaman ini. Ramai kawan. Disenangi Kesan jiran. tutur kata dan tingkah laku yang sopan.


Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Tahniah, Sandra! Mengejek rakan. Menjemput rakan duduk. Mengapakah hadiah ini kecil? Terima kasih, Kalang. Meminta izin untuk lalu. 1 3 2 4 25 YATI RAM JOHN l Perbanyak halaman ini.


HORMATI DIRI DISANJUNG TINGGI 6 l Bimbing murid berpantun. l Bimbing murid memahami maksud pantun di atas. l Minta murid memberikan contoh lain cara menghormati diri sendiri dalam kehidupan seharian. 6.1 6.2 26 Fahami pantun dua kerat di bawah. Sebutkan sikap hormati diri yang terdapat dalam pantun di atas. Terangkan faedah menghormati diri sendiri. Dayung sampan ke Pulau Angsa, Pakai sopan setiap masa. Petik ceri di tepi perigi, Hormati diri disanjung tinggi. Siang hari mencari mutiara, Maruah diri patut dipelihara. Bunga matahari menyinari pagi, Hormati diri disanjung tinggi.


Hormati Diri Hidup Bahagia l Bimbing murid membuat lakonan. l Bimbing murid menyatakan faedah menghormati diri sendiri. l Minta murid menyatakan perasaan apabila dapat menghormati diri. 27 6.2 6.3 6.4 6.5 Fahami dan lengkapkan. Lakonkan situasi di atas. Nyatakan faedah menghormati diri yang lain. Mei Hua disukai rakannya. Mi Kai dijauhi rakannya. MEI HUA MI KAI MEI HUA


Saya Menghormati Diri Sendiri l Bimbing murid membincangkan situasi di atas. 6.1 6.3 6.5 28 Labelkan gambar berdasarkan situasi. Menghormati diri sendiri Tidak menghormati diri sendiri Banding bezakan situasi di atas. 2 BE KIM AJU 1 2


Hormati Diri Hidup Dihargai l Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan pelbagaikan situasi menghormati diri untuk dijawab oleh murid. 6.1 29 6.4 Fikir dan jawab. Nyatakan perasaan kamu apabila menghormati diri sendiri. Situasi 2 Situasi 3 Semasa pulang ke rumah, rakan mengajak kamu pergi ke taman permainan. Kamu hendak keluar bermain dengan kawan. Kamu mengantuk semasa guru sedang mengajar. Situasi 1 Apakah tindakan kamu?


1. Saya berpakaian ketika ke pasar raya. 2. diri daripada orang yang tidak dikenali. 3. Saya sentiasa patuhi sekolah. 4. Jaga diri ialah tanggungjawab saya. 5. Saya sentiasa pada setiap masa. 6. Orang yang menghormati diri sendiri akan tinggi oleh orang lain. 7. Saya berasa kerana dapat menghormati diri sendiri. a b d e g h i j k l m n o p r s t u 30 Lengkapkan ayat berdasarkan petunjuk. Petunjuk: l Perbanyak halaman ini.


SAYANGI DIRI SENDIRI 7 l Galakkan murid menyatakan cara lain menjaga kebersihan dan keselamatan diri. 31 7.1 7.2 7.4 Senaraikan cara menjaga kebersihan dan keselamatan diri. Apakah akibat jika kita tidak menjaga kebersihan dan keselamatan diri? Nyatakan perasaan kamu apabila dapat menjaga kebersihan dan keselamatan diri. Baca dan fahami situasi di bawah. Lihat ke kanan, ke kiri dan Pakai topi keledar. ke kanan sebelum melintas. Mandi menggunakan sabun. Pakai baju bersih. Saya gembira kerana menyayangi diri.


Kempen Kebersihan dan Keselamatan Diri l Bimbing murid menjelaskan kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan diri dalam kehidupan seharian. l Bantu murid bercerita berdasarkan pengalaman mereka. 7.3 7.5 32 Fahami gambar di bawah. KEMPEN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI KEMPEN MENJAGA KESELAMATAN DIRI Mengapakah kamu perlu menjaga kebersihan dan keselamatan diri? Pilih satu cara di atas dan lakonkan.


Gunting dan tampal. Pohon Kasih Sayang l Bimbing murid mengenal pasti pernyataan kebersihan diri, keselamatan diri dan perasaan. l Jaga keselamatan murid semasa membuat aktiviti ini. l Perbanyak halaman ini. 7.1 33 7.4 pakai tali pinggang keledar lintas guna jejantas potong kuku gosok gigi berasa selamat puas hati


Utamakan Kebersihan dan Keselamatan Diri Teliti dan lengkapkan. Situasi Cara Kepentingan Elakkan kecederaan l Bimbing murid berbincang untuk melengkapkan jadual di atas. l Bantu murid menyatakan cara dan kepentingan menjaga kebersihan serta keselamatan diri yang lain. l Perbanyak halaman ini. 7.1 7.3 34 Memakai topi keledar 2 3 1


Baca dan warnakan jawapan yang sesuai. 35 Selalu: Kamu sentiasa jaga kebersihan dan keselamatan diri. Kadang-kadang: Kamu patut tingkatkan amalan menjaga kebersihan dan keselamatan diri. Tidak pernah: Kamu patut berubah sikap. Mandi guna sabun. Tutup mulut semasa bersin. Pakai pakaian yang bersih. Berlari di kawasan sekolah. Kunci pintu rumah. Jauhi orang tidak dikenali. Cuci tangan sebelum dan selepas makan. Gunakan gunting dengan berhati-hati. l Perbanyak halaman ini.


Adil Membawa Sejahtera 8 Buah rambutan masak ranum. Su Sing membahagikannya kepada Hakimi, Mohan dan Martin. l Bimbing murid memahami teks dan gambar di atas. l Galakkan murid menyatakan contoh perlakuan adil dalam kehidupan seharian. 36 8.1 8.2 8.3 Fahami situasi di bawah. Terima kasih, Su Sing. Kamu telah bersikap adil. Saya berpuas hati. Adakah Su Sing bersikap adil? Berikan sebabnya. Apakah kesannya jika kamu tidak bersikap adil? Kawan-kawan, rambutan tadi telah saya bahagikan dengan sama rata.


Bertindak Adil Lakonkan situasi di bawah. l Bimbing murid melakonkan situasi di atas berdasarkan sikap adil. 37 8.3 8.4 Roland, bahagikan 10 batang pensel ini antara kamu, Helen dan Julie. Julie Roland Helen Adakah Roland bersikap adil? Mengapa? Apakah kesan jika kamu bersikap tidak adil? Nyatakan perasaan kamu setelah mengamalkan sikap adil. JULIE Baik, cikgu


Benda Tersembunyi Cari benda tersembunyi dan warnakan. l Bimbing murid mencari benda yang tersembunyi. l Perbanyak halaman ini. 8.4 8.5 38 Bantu Sang Penyu mencari barang untuk rakannya secara sama rata. Arnab Kucing Burung 1. Lobak merah 1. Ikan 1. Jagung 2. Kangkung 2. Susu 2. Betik Apakah perasaan kamu setelah berlaku adil?


Benda Tersembunyi Adil Menceriakan Kehidupan l Bimbing murid memahami petikan dan pengiraan di atas. l Galakkan murid agar menyimpan baki wang saku mereka. 39 8.1 8.2 8.4 Baca dan fahami. Ini keluarga Ganesan. Abang Ganesan bernama Sinraj. Kakaknya bernama Vijaya. Setiap hari, ayahnya memberi wang saku kepada mereka seperti yang berikut: RM3.00 RM3.00 RM3.00 Wang saku Adakah Ganesan berpuas hati? Mengapa? Mengapakah kamu perlu bersikap adil?


Tuliskan perkataan "adil" atau "tidak adil" bagi pernyataan berikut. 40 Petrus memberikan seekor ikan kepada setiap kucingnya. Cikgu Chin membahagikan tugasan yang sama rata kepada kami. Alice hanya berkawan dengan rakan yang cantik. Siva selalu meminta wang saku berbanding dengan abangnya. Saya dan Lina berkongsi kek. Hakim pertandingan bercerita itu tidak berat sebelah. 1 2 3 4 5 6 l Perbanyak halaman ini.


BERANI MENGHADAPI CABARAN 9 Baca dan fahami situasi di bawah. Saya budak berani l Bimbing murid memahami situasi. l Galakkan murid menceritakan pengalaman berani mempertahankan maruah diri dalam pelbagai situasi. 41 9.1 9.2 9.5 Ha…ha…ha…, Si Tempang! Janganlah kamu mengejek saya. Nama saya Lokman, bukan Si Tempang. Maafkan saya. Betulkah kamu yang menyorokkan kotak pensel Rani? Ya, maafkan saya. Saya tidak mahu. Bahaya! Nyatakan contoh perlakuan berani dalam situasi di atas. Terangkan kepentingan bersikap berani untuk mempertahankan maruah diri. Mari kita berenang di sungai ini. Kamu patut minta izin sebelum meminjam buku saya. PREMA RANI imran


Click to View FlipBook Version