The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyatulhanaazmi, 2024-03-11 19:25:10

MPU3441(a) Pandu Puteri Kadet Penulisan (Buku Log Digital)

BUKU LOG PPK

PANDU PUTERI KADET BUKU LOG 2024 NAMA : AISYATUL HANA BINTI CHE AZMI (2021232340321) BM C NAMA PENSYARAH : PUAN MARIANI BINTI ALI PUAN HARIATUL HAFIDZAH BINTI MOHD KHORY PUAN TALHA BINTI TAUFIK PUAN HASHIRA BINTI HASHIM MPU3441A KOKURIKULUMUNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1


ISI KANDUNGAN Pengenalan Umum Biodata Diri Pengenalan Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Pendaftaran Ahli Pakaian Seragam Prinsip Asas Pandu Puteri Dasar pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Isyarat wisel serta isyarat tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia


Sejarah Perkembangan Riwayat hidup pengasas World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Hari Peringatan Sedunia Struktur Organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Cawangan IPG KPM Persatuan Pandu Puteri IPGK Perlis Pasukan Pandu Puteri Kadet Kemahiran Asas Pandu Puteri Simpulan Ikatan Gajet Masakan Solar Bantu Mula Laporan Aktiviti Mingguan Minggu 1 - Minggu 8 (QR SCAN CODE) 11 Perkara Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan


PENGENALAN PENGENALAN U M U M BIODATA DI R I


PENGENALAN UMUM Persatuan Pandu Puteri turut berjaya mendapatkan momentum dan kekuatan sejak diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 1916. Persatuan ini telah menjadi salah satu gerakan utama di Malaysia dan telah mendapat pengiktirafan khusus untuk sumbangannya dalam menyatukan pelbagai kumpulan etnik dalam masyarakat berbilang kaum Malaysia. Pada tahun 1960, Persatuan Pandu Puteri Malaya telah menjadi sebahagian ahli WAGGGS sebelum negara baharu Malaysia diisytiharkan pada tahun 1963. Setelah pengisytiharan tersebut diumumkan, Persatuan Pandu Puteri Sabah dan Sarawak turut menyertai penubuhan persatuan tersebut. Kini, persatuan ini telah mempunyai lebih daripada 130, 000 ahli. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) atau dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia telah berjaya menarik minat hampir 10 juta wanita daripada 153 negara di lima rantau utama dunia untuk bernaung di bawah organisasi tersebut.


BIODATA DIRI NAMA : AISYATUL HANA BINTI CHE AZMI UMUR : 21 TAHUN ANGKA GILIRAN : 2021232340321 ID PANDU PUTERI : 374534 KUMPULAN : TERATAI TEMPAT TINGGAL : ALOR SETAR, KEDAH INSTITUT : IPGM KAMPUS PERLIS 2 0 2 4


PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN PENDAFTARAN AHL I PAKAIAN SE RAGA M


PENDAFTARAN AHLI HUBUNGI Nombor Telefon : 03-22827776 / 03-22840229 Email : [email protected] Alamat : Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baaru, 59700 Kuala Lumpur. PEMBAYARAN Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama ‘PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA’ di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. AKAUN PPPM Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor Akaun : 1426-0006320-004 ( Faks/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia). PENDAFTARAN AHLI DAN PASUKAN Borang boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daera/ Ketua Pesurujaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Salinan Sijil Pendaftaran Pasukan/ Guild perlu disertakan. Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan berpandukan butiran pembayaran berikut : KAEDAH PENDAFTARAN Pendaftaran Ahli Baru Pendaftaran Ahli Baru melalui sistem e-Daftar di Sekolah/ Daerah/ Cawangan masingmasing. Ahli Seumur Hidup Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Yuran : RM250.00 sekali bayar sahaja. Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. Pendaftaran Pasukan Baru/Semula Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran. BORANG Sila klik di sini untuk mendapatkan borang pendaftaran : https://www.panduputeri.org.my/ YURAN KEAHLIAN RM2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas/ Remaja/ Renjer). RM5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet/ Siswi/ Dewasa/ Pemimpin/ Guild Trefoil). Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula. dan dibayar sebelum 31 April setiap tahun.


PAKAIAN SERAGAM


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS SHOULDER FLASHES Dijahit rapat pada kelim bahu kiri dan kanan baju LENCANA DUNIA Lencana dunia di atas garisan poket kanan. JATA Mengikut cawangan dan dijahit 5cm dari puncak skaf LAMBANG KUMPULAN Lambang kumpulan di dada kiri bersama tanda nama.


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KADET SHOULDER FLASHES Dijahit rapat pada kelim bahu kiri dan kanan baju Biru gelap, berpotongan lurus dan longgar. SELUAR LENCANA DUNIA Lencana dunia di atas garisan poket kanan. TUDUNG HITAM Tudung hitam kosong tanpa hiasan, dimasukkan ke dalam baju. KASUT Kasut hitam bertutup. WOGGLE PPPM Mengikat skaf royal blue. SKAF BLAUS Bewarna royal blue dan dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. Blaus hijau berlogo dengan dua poket di bahagian bawah.


PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI KLOVER SHOULDER FLASHES Dijahit rapat pada kelim bahu kiri dan kanan baju Biru gelap, berpotongan lurus dan longgar. SELUAR LENCANA DUNIA Lencana dunia di atas garisan poket kanan. TUDUNG HITAM Tudung hitam kosong tanpa hiasan, dimasukkan ke dalam baju. KASUT Kasut hitam bertutup. WOGGLE PPPM Mengikat skaf Maroon. SKAF BLAUS Bewarna maroon dan dilipat selebar 3 jari sebanyak 5 kali. Blaus hijau berlogo dengan dua poket di bahagian bawah. JATA Jata mengikut cawangan dijahit 5cm dari puncak skaf.


PAKAIAN SERAGAM baju aktiviti Seluar sukan berwarna biru gelap atau hitam. SELUAR TUDUNG HITAM Tudung hitam kosong tanpa hiasan, dimasukkan ke dalam baju. KASUT Kaur berwarna hitam. SKAF PERINGKAT Skaf tidak perlu dipakai bersama baju aktiviti. Baju aktiviti boleh dipakai oleh semua peringkat ahli PPPM. VEST Vest hanya boleh dipakai dengan baju aktiviti.


PAKAIAN SERAGAM PAKAIAN PEMIMPIN


PAKAIAN SERAGAM PAKAIAN PEMIMPIN : BAJU AKTIVITI


PRINSIP ASAS PANDU PUTERI DASAR PE RTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG A M DAN PE M I M PIN PE RSETIAAN DAN UNDANGUNDANG PANDU PUTE R I COGAN KATA DAN LA M BANG ISYARAT DAN HOR M AT PANDU PUTE R I BE R JABAT TANGAN DAN KHID M AT PANDU PUTE R I ISYARAT WISE L SE RTA ISYARAT TANGAN LAGU PANDU PUTE R I BENDE RA M ALAYSIA, BENDE RA PE RSATUAN PANDU PUTE R I M ALAYSIA (PPP M ) DAN BENDE RA DUNIA


LATAR BELAKANG Dasar Pertubuhan dan Undang-undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. TUJUAN Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. KANDUNGAN Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am PPPM mengandungi 12 perkara termasuk : Latar Belakang Program Pandu Puteri Kepimpinan Kejurulatihan Pesuruhjaya Waran dasar pertubuhan DAN UNDANGUNDANG AM PANDU PUTERI MALAYSIA Kuasa Melantik Ahli Baharu dan Kuasa Menguji Keagamaan Kewangan Perhubungan Prinsip Asas Pandu Puteri


PERSETIAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ‘ Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji da bersetia dengan sedaya updaya, menunaikan kewajipan saya kepada tuhan, raja dan negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi undang-undang Pandu Puteri.’


Seorang Pandu Puteri : Boleh dipercayai Sentiasa taat dan setia Suka menolong orang lain Bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. Sentiasa bersopan santun Melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar Sentiasa menurut perintah Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Sentiasa berjimat cermat Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan undang-undang pandu puteri malaysia


cogan kata persatuan pandu puteri malaysia TUNAS ‘Tolong Orang Selalu’ REMAJA ‘Selalu Sedia’ RENJER KLOVER ‘Selalu Sedia-Terus Berkhidmat’ ‘Selalu Sedia-Terus Berkhidmat’


visi & misi persatuan pandu puteri malaysia VISI ‘Menerajui Perkembangan Potensi Gadis dan Wanita untuk Membawa Perubahan’ ‘Taking The Lead In Developing The Potential Of Girls And Women For Change’ MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Girl Guides Association Malaysia is committed to develop girls and women a calibre through internationalization of Girl Guiding knowledge, skills and values to benefit the society and country.


lambang persatuan pandu puteri malaysia LOGO PPPM Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada lencana Pandu Puteri Malaysia dikelilingi perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia


lambang persatuan pandu puteri malaysia LENCANA PPPM Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia mulamula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat. Lencana PPPM mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 beerti perpanduan antara 13 buah negeri serta wilayah persekutuan di negara ini. Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri semasa istiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan.


lambang persatuan pandu puteri malaysia LENCANA DUNIA Lencana Dunia (World Badge) ialah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian, Perancis dalam tahun 1946. Trefoil emas yang berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanakkanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daun bercabang melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Tangkai di bawah daun melambangkan kasih sayang manusia sejagar. Jarum yang menghala ke atas di tengah daun itu menunjukkan arah. Dua bintang di sebelah kiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini.


lambang persatuan pandu puteri malaysia LOGO WAGGGS Trefoil telah menjadi simbol penting Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih dari 100 tahun. Walaupun reka cipta logo ini telah dikemaskinikan berulang kali, trefoil kekal menjadi ciri utama logo WAGGGS. Versi trefoil yang direka cipta pada tahun 1991 masih ada, tetapi elemen-elemen di sekitarnya telah diperbaharu. Logo WAGGGS terserlang, terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai khalayak.


isyarat dan hormat persatuan pandu puteri malaysia ISYARAT DAN HORMAT Seorang Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari yang menindih jari kelengkeng menunjukkan yang kuat membantu yang lemah. Tiga jari melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. BERJABAT TANGAN Tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain dan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan dengan orang yang tidak berpakaian seragam. Cara berjabat tangan dengan tangan kiri ini berkaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika. Lord Baden Powell banyak berhubung dengan puak ini semasa di Kenya telah memerhatikan bahawa mereka sering memegang senjata pada tangan kanan, manakala kiri memegang perisai. Sebagai tanda persahabatan, mereka melepaskan perisai dan berjabat tangan dengan tangan kiri.


isyarat wisel persatuan pandu puteri malaysia


isyarat tangan persatuan pandu puteri malaysia


isyarat tangan persatuan pandu puteri malaysia


isyarat tangan persatuan pandu puteri malaysia


lagu persatuan pandu puteri malaysia LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar Tidak berlipat di dunia harapan abadi Bersatu untuk kebenaran Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song Shall sing our song


lagu persatuan pandu puteri malaysia TAPS SIANG Kami puji nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, langit biru, Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and Praise, for our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky, As we go, this we know, God is high. TAPS MALAM Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day’s done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is high.


lagu persatuan pandu puteri malaysia TAPS SIANG Kami puji nikmat diberi, Matahari, bintang-bintang, langit biru, Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and Praise, for our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky, As we go, this we know, God is high. TAPS MALAM Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day’s done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is high.


lagu persatuan pandu puteri malaysia SIANTAN Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan MELUR Melur taat dan setia Berusaha setiap masa. CEMPAKA KENANGA TERATAI KESIDANG Cempaka bersuka ria ,Menolong orang duka Kami bernama Kenanga Berjasa dan bertenaga Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kami kesidang datang Menolong pagi petang


bendera BENDERA MALAYSIA Setelah dikenali sebagai Bendera Malaysia sejak 1950 (Pertandingan mereka cipta bendera kerajaan persekutuan), pada hari kemerdekaan ke-40 iaitu tahun 1997, namanya diubah kepada Jalur Gemilang di bawah pimpinan Mahathir Mohamad. Latar keseluruhan bendera ini BENDERA PPPM bewarna biru dan logo rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia berada di tengahtengahnya. Bendera ini dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, cawangan, daerah ataupun sekolah. BENDERA DUNIA Bendera ini ialah bendera rasmi Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia Keenam yang diadakan pada tahun tersebut. Tiga blok atau petak kuning menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan.


PERLEMBAGAAN 11 PE RKARA PE R L E M BAGAAN PANDU PUTE R I M ALAYSIA


Kepanduan bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERLEMBAGAAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada hari Jumaat, 9 Jun 2006. Berikut ialah Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. MUKADIMAH PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia


PERKARA 2- KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undand-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persetiaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut : Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya : menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut : 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain 4. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 6. 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan


PERKARA 2- 2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi : 1.Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-Undang 2.Perkembangan kendiri yang progresif 3.Pembelajaran melalui perbuatan Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab 4. 5.Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa 6.Khidmat masyarakat 7.Aktiviti luar 8.Simbolisme PERKARA 2- 2.2 KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut : Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.


Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi : Bahagian Kepanduan 5-25 Tahun Pandu Puteri Pra-Tunas 6 tahun ke bawah Pandu Puteri Tunas 6-12 tahun Pandu Puteri Remaja 12-15 tahun Pandu Puteri Renjer 15-18 tahun Pandu Puteri Kadet +18 tahun Pandu Puteri Siswi +18 tahun Pandu Puteri Dewasa +18 tahun Bahagian Dewasa +18 tahun Pemimpin Tidak Berwaran +18 tahun Penolong Pemimpin +18 tahun Pemimpin +21 tahun Jurulatih +24 tahun Pesuruhjaya +24 tahun Guild Mantan Pesuruhjaya +30 tahun Guild Pandu Puteri Raja +18 tahun Guild Trefoil +24 tahun


Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Ahli yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orangorang awam yang terkenal dan penting, serta individu-individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan.


Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan perletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu ‘Court of Honour’ akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurangkurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada ‘Court of Honour’ adalah muktamad. PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas ; melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluangpeluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia ; menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia ; untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 4 - LENCANA


Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialag Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut : mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 5 - PENAUNG PERKARA 6- LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.


Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut : Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2.Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3.Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5.Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2.Pesuruhjaya Program & Latihan 3.Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4.Pesuruhjaya Keahlian 5.Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6.Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa PERKARA 6- 6.1 KEAHLIAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN


Yang Dipertua Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia. Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya. Ketua Pesuruhjaya Calon yang dipilih sebagai Ketua Pesuruhjaya akan memegang jawatan untuk tempoh lima tahun. Tempoh tersebut tidak boleh disambung selanjutnya. Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6- 6.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN


Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Program & Latihan Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan Calon-calon yang dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, PesuruhjayaPesuruhjaya Bahagian Kebangsaan dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan akan memegang jawatan untuk tempoh tiga tahun. Calon-calon tersebut boleh terus dipilih untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, sehingga had tempoh maksimum enam tahun keseluruhannya. Demi memastikan kesemua jawatan Pegawai tidak diperbaharui atau digantikan pada waktu yang sama, dan seandainya Majlis Kebangsaan bersidang sekali setiap tahun, Lembaga Eksekutif Kebangsaan harus memastikan bahawa tidak lebih daripada satu pertiga jawatan akan dipilih pada setiap Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik, yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya.


USUL 3 : Sekiranya berkemungkinan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun dan 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1 : Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas pelaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. USUL 7 : Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa. PERKARA 6- 6.3 KEKERAPAN MESYUARAT Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesuruhjaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyurat tersebut.


PERKARA 6- 6.4 KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 6- 6.5 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksekutif Kebangsaan ialah : bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan; bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik; menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti; memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang; menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia; mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. USUL 7: melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Click to View FlipBook Version