The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyatulhanaazmi, 2024-03-11 19:25:10

MPU3441(a) Pandu Puteri Kadet Penulisan (Buku Log Digital)

BUKU LOG PPK

PERKARA 7- BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 7- 7.1 KEANGGOTAAN MAJLIS KEBANGSAAN Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18-35 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarklan mengundi. Keanggotaan Majlis Kebangsaan merangkumi : Pegawai-pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga merupakan ahli Majlis Kebangsaan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ketua Pesuruhjaya, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat, enam (6) Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak tujuh belas (17) undi.


USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan semua ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa Tiada hak untuk mengundi. Wakil Cawangan USUL 9: 13 wakil daripada 16 15 Cawangan. 10 wakil dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak satu ratus enam lima puluh (160 150) undi. USUL 10: Majlis Kejurulatihan 10 wakil daripada Majlis Keujurulatihan. Guild Pandu Puteri Raja 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Trefoil 1 wakil daripada setiap 14 Cawangan dibenarkan mengundi. Jumlah undian sebanyak empat belas (14) undi. Guild Mantan Pesuruhjaya Setiap ahli yang hadir dibenarkan mengundi. Wakil Kelab Pandu Puteri Dibenarkan mengundi. Ahli-Ahli Kehormat: Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia, staf Persatuan Pandu Puteri Malaysia, kakitangan Kementerian Pelajaran & Kementerian Belia dan Sukan Tiada hak untuk mengundi.


PERKARA 7- 7.2 TEMPOH JAWATAN DAN KRITERIA PEMILIHAN Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, iaitu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. PERKARA 7- 7.3 KEKERAPAN MESYUARAT Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan silantik sebagai pengerusi semasa ketiasaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


PERKARA 7- 7.4 KORUM DAN KUASA PENGUNDIAN Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agong Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 7- 7.5 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MAJLIS KEBANGSAAN Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berikut : Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia; Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isu-isu penting; Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaunakaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; Memilih atau memberi persetujuan ke atas perlantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan; Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya; Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini; Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaan-pindaan susulan; Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu, di Majlis Kebangsaan, dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada : kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawanan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab mereka, tetapi dibenarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat. Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kehormat akan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN USUL 5: Bendahari Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diluluskan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember. Cawangan Persatuan terdiri daripada : Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. Kampus/Ibu Pejabat uatama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan. Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (14 21) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11- PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga untuk majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, aiitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuantujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


SEJARAH PERKEMBANGAN R IWAYAT HIDUP PENGASAS WOR LD ASSOCIATION GI R L GUIDES AND GI R L SCOUTS (WAGGGS) ASIA PASI F IK PE RSATUAN PANDU PUTE R I M ALAYSIA HAR I PE R INGATAN SEDUNIA


RIWAYAT HIDUP PENGASAS Agnes Smyth Baden-Powell (16 Disember 1858-2 Jun 1945) ialah adik perempuan kepada Robert Baden-Powell, 1st Baron Baden-Powell, dan terkenal dengan usahanya dalam menubuhkan gerakan Pandu Puteri seiring dengan penubuhan gerakan Pengakap abangnya. Agnes merupakan anak kesembilan daripada 14 anak kepada Reverend Baden Powell, yang telah berkahwin dua kali sebelum ini. Beliau merupakan Profesor Savilion dalam bidang Geometri di Universiti Oxford dari tahun 1827 hingga 1860. Agnes merupakan anak perempuan ketiga beliau, namun kedua-dua kakaknya telah meninggal sebelum beliau dilahirkan dan secara tidak langsung beliau menjadi anak tunggal ibunya. Ketika Agnes berumur dua tahun, Reverend Baden Powell meninggal dunia. Ibu Agnes, Henrietta menambahkan “Baden” ke dalam nama keluarga mereka sebagai penghormatan kepada suaminya. Agnes tidak dihantar ke sekolah seperti abangnya. Beliau dididik di rumah dan mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh dengan aktiviti mencabar. Dia meminati acara sukan, perkhemahan dan aktiviti luar. Robert Baden-Powell dan adik perempaunnya, Agnes Baden-Powell, menubuhkan Pandu Puteri di Great Britain pada tahun 1910 sebagai tindak balas kepada permintaan gadis-gadis yang berminat dalam gerakan Pengakap Lelaki yang ditubuhkan oleh Robert pada tahun 1908. Pada tahun 1912, Juliette Gordon Low menubuhkan sebuah organisasi Pandu Puteri di Amerika Syarikat, dan namanya kemudiannya diubah kepada Girl Scouts of the United States of America.


WORLD ASSOCIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) Persidangan Sedunia pertama yang diadakan di England pada tahun 1920, adalah satu peristiwa bersejarah yang membolehkan wakil-wakil Pandu Puteri dan Pengakap Puteri dari seluruh dunia berhimpun dan bertukar pendapat serta pengalaman. Ini tidak hanya menyumbang kepada perkongsian idea dan pengalaman pada peringkat global, tetapi juga meningkatkan pengetahuan dan profil gerakan tersebut. Setelah gerakan ini mula dikenali di International Council buat pertama kalinya mereka muka merancang lawatan ke luar negara. World Camp pertama diadakan serentak dengan Persidangan Antarabangsa ketiga pada tahun 1924 di Foxlease, United Kingdom, yang menghimpunkan 1100 gadis dan wanita muda dari 40 negara. Apabila gerakan berkembang dan meluas, wakil-wakil negara mula merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mencipta struktur yang lebih kukuh. Oleh itu, pembentukkan persatuan dunia dicadangkan selepas Persidangan Sedunia ke-4 pada tahun 1926. Pengasas Gerakan, Lord Robert Baden-Powell, mengambil kira pandangan semua organisasi Pandu Puteri dan Pengakap Puteri dan meminta mereka untuk mempertimbangkan cadangan itu. Wakilwakil dari 26 negara bertemu di Persidangan Antarabangsa ke-5 di Hungary pada tahun 1928 dan membentuk Persatuan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri (WAGGGS). Dengan pengisytiharan tersebut, World Council yang terletak di London, diarahkan menggantikan badan penasihat, International Council yang diwujudkan pada tahun 1919. Pada ketika itu, mesyuarat juga memutuskan bahawa Persatuan Sedunia yang baru ditubuhkan akan mengadakan pilihanraya untuk menentukan Jawatankuasa Sedunia, di mana Lord dan Lady BadenPowell, bersama-sama dengan Pengarah Pejabat Sedunia, akan menjadi ahli secara ex-officio. Persidangan Antarabangsa (kini dikenali sebagai Persidangan Sedunia) diadakan sekali setiap tiga tahun dan hingga hari ini, ia tetap menjadi platform untuk pembentukan dasar dan membuat keputusan oleh Pertubuhan Ahli.


ASIA PASIFIK Rantau Asia-Pasifik WAGGGS ditubuhkan di Persidangan Sedunia ke-20 di Finland pada tahun 1969. Puan Sita Rajasuriya dari Sri Lanka telah dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Serantau Asia-Pasifik yang pertama pada tahun yang sama. Rakan Asia-Pasifik WAGGGS (FAPW) terus berkemban dan telah mengumpulkan lebih daripada GBP 800 000 sejak penubuhannya. Dana FAPW digunakan untuk menawarkan biasiswa kepada gadis-gadis dan wanita muda untuk menghadiri acara pembangunan kapasiti dan projek kemahiran hidup di Pertubuhan Ahli. Persidangan Serantau Asia-Pasifik diadakan sekali setiap tiga tahun. Pemimpin sukarelawan utama dan kakitangan kanan dari Pertubuhan Ahli Asia-Pasifik menghadiri Persidangan untuk meraikan pencapaian dalam tiga tahun yang lepas dan membincangkan strategi untuk pembangunan masa depan dalam Panduan dan Pengakapan. Rantau Asia-Pasifik meraikan ulang tahun ke-40 pada tahun 2009 dan menerbitkan sebuah buku berkisarkan hikayat hidup penduduk dari rantau tersebut sempena perayaan ulang tahun ke40 pada tahun 2013.


1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1920 Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. SEJARAH PEMBENTUKAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.


1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937 - 1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperinta oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usahausaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948 - 1960 Sekali lai kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yan diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967 - 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktivitiaktiviti Perkhemahan Jubli Emas. Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zahirah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.


1977 - 1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori Pandu Puteri Kebangsaan. 1987 - 1996 Penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. 1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ‘98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ‘98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 8-15 Februari - Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. 2000 Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa; - ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)


2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand 2002 April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".


2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: NAMA LAMA NAMA BARU Tunas Puteri Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Pandu Puteri Remaja Renjer Puteri Pandu Puteri Renjer Kadet Puteri Pandu Puteri Kadet Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.


2006 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. 2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9. 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM.


2007 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM. 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah. 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011. 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom. HARI PERINGATAN SEDUNIA Pada 22 Februari setiap tahun, Pandu Puteri dan Pengakap Wanita (Girl Guides & Girl Scouts) akan menyambut Hari Peringatan Sedunia atau World Thinking Day secara bersama di seluruh dunia. Tarikh 22 Februari dipilih sebagai tarikh World Thinking Day kerana ia adalah tarikh kelahiran Sir Robert Louis Stevenson Baden-Powell, Ketua Pandu Puteri Dunia atau World Chief Guides. Hari Peringatan Sedunia ialah hari persahabatan antarabangsa dan inilah masanya peluang untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri dari seluruh dunia bersama-sama dengan satu suara berbicara tentang isu-isu yang mempengaruhi gadis, remaja perempuan dan wanita. Selain itu, sambutan hari tersebut telah diraikan setiap tahun sejak tahun 1926. Idea meraikan sambutan ini menjadi kenyataan ketika Pandu Puteri dan Pengakap Pandu Puteri mengadakan perjumpaan di Amerika Syarikat sempena Persidangan World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) keempat dan bersetuju bahawa harus ada sambutan hari istimewa setiap tahun bagi mengingati antara satu sama lain, mengucapkan terima kasih serta memberikan penghargaan.


STRUKTUR ORGANISASI PE RSATUAN PANDU PUTE R I M ALAYSIA PE RSATUAN PANDU PUTE R I CAWANGAN IPG KP M PE RSATUAN PANDU PUTE R I IPGK PE R L IS PASUKAN PANDU PUTE R I KADET


PENAUNG DIRAJA DYMM RAJA ZARITH SOFIAH BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH CARTA ORANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA YANG DIPERTUA YB DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH TIMBALAN YANG DIPERTUA YM DATO TENGKU SHIREEN KETUA PESURUHJAYA YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG PESURUHJAYA PANDU PUTERI TUNAS PUAN JULIA BINTI ZAIMON PESURUHJAYA PANDU PUTERI REMAJA PUAN HARIYANI BINTI MOHAMED PESURUHJAYA PANDU PUTERI RENJER PUAN AZLUL ADILA ZAGHLOL PESURUHJAYA KEAHLIAN PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY PESURUHJAYA PROGRAM CIK ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM @ SALIM PESURUHJAYA LATIHAN PUAN HINDON BINTI AHMAD PESURUHJAYA PANDU PUTERI KLOVER DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH PESURUHJAYA ANTARABANGSA CIK GOH YUE WAY PESURUHJAYA GUILD PUAN JURIAH BINTI MOHAMED PESURUHJAYA STRUKTUR DAN PENGURUSAN PUAN CRYSTAL WONG PESURUHJAYA HUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT DR. ZANARIAH BINTI AHMAD PESURUHJAYA KELIP-KELIP PUAN MAIZATUL AKMAM BINTI HASAN HUSAINI


CARTA ORANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGM YANG DIPERTUA (PENGARAH) NAIB YANG DIPERTUA (TIMBALAN PENGARAH) EX-OFFICIO (SETIAUSAHA GERKO) SETIAUSAHA (PESURUHJAYA KADET PANDU PUTERI) PEMIMPIN (PARA PENSYARAH) KETUA PASUKAN (AHLI KADET) PENOLONG KETUA (SEMESTER 1-5) KETUA PATROL (AHLI KADET IPG) PENOLONG KETUA PATROL (AHLI KADET) AHLI-AHLI KADET


PASUKAN PANDU PUTERI KADET MELUR SIANTAN TERATAI CEMPAKA KENANGA KESIDANG HANI DAHLIA HANIM NATASHA ALIAH RIJA HANA NABIHAH NUR IZZATI AIMY MAHIRAH AMNI AQILAH DANIA HANIE AINA SYAFINA AFIQKAH AISYATUL HANA SYAZA NAJMIN ANIS IZZATI NUR DINI NUR QHAIRINA AFRINA IWANIE NURZULAIKHA DEVASHIINI AIDA IZZATI NUR AININA ARFAH IZZATY NURADREEANA ARRISA ADRIANA YASMIEN NOOR DINI BATRISYIA FITRY AINNUL MARDHIAH HUDA INSYIRAH IKA SALFIN MAZWIN AIN MARDHIYAH NUR FATIHAH NUR AINA NABILA FATIN NUR HAWA NOORAUZWEENA BATRIESYA NUR SYAMIMI MAIZATUL AMNI AIN NADHIAH NUR AFIQAH SHARNIYA AIN SOFEA AZIDAH AWATIF NAZIFA SYAHIRAH SITI ZULAIKA ALYA NATASHA NUR QISTINA AMIRA EMYLIA SITI ZULAIKHA IRDINA BALQIS ALYA BATRISYA NURUL ATIKAH NUR EMIZA FATIN SHAMILA FAZLIN SHAFINAS NUR AMIRAH IRDINA FATINI NURUL ATHIRAH NUR MAISARAH IYLIA NAQIBAH THESIKAH IFFAH NUR ILYANI NUR SHAFIQAH AQILAH ARIEBAH PUTERI NURFIRZANAH NOR MAYUZI SOFEA BALQIS AMIRAH ADLINA FARISHA IDAYU NURSYADATUL YUHANIS ‘AINA NAJWA NURAINI ANIS AZILA AINA BATRISYIA HANISHA ANN


KEMAHIRAN ASAS PANDU PUTERI SI M PULAN IKATAN GAJ ET M ASAKAN SOLAR BANTU M ULA


SIMPULAN BUKU SILA (REEF KNOT) Buku Sila adalah simpulan yang kerap digunakan bagi menyambung dua utas tali yang sama besarnya. SIMPUL MANUK (CLOVE HITCH) Simpul manuk digunakan untuk mengikat tali pada tiang atua balak. Simpulan yang digunakan tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik atau diangkat ke tempat yang dikehendaki dengan selamat. Simpul manuk digunakan juga semasa memulakan dan mematikan ikat silang gunting dan lilit kacang/ular. BUNGA GETI (CLOVE HITCH) Simpul Bunga Geti digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar atau tali yang tidak sama besar. Ia juga digunakan untuk mengikat tali ke suatu tanjul. TINDIH KASIH (BOWLINE) simpul ini digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Simpul tindih kasih sangat berguna dalam kerja-kerja semasa menyelamat. Simpul ini akan diikat pada pinggang si malang. Kemudia si malang akan ditarik ke tempat yang selamat.


SIMPULAN SIMPUL BALAK Kegunaannya ialah mengikat pada balak dan bagi memindahkan dan mengheret kayu dan datang. SIMPUL BELIT Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (contoh kuda) supaya boleh dibuka dengan pantas. Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan tali.


IKATAN IKATAN SERAYA Kegunaannya ialah mengikat 2 batang kayu yang hendak disilangkan bagi dibuat bentuk campur (plus) dan untuk kegunaan membuat keseluruhan semasa berkhemah seperti kerusi, meja, khemah, pintu masuk, dapur, jambatan dan sebagainya. Ikatannya dimulakan dengan simpul manok dan dimatikan dengan simpul manok juga. IKATAN SERONG Ikatan ini digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang. Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.


IKATAN LILIT KACANG Mengikat susunan batang kayu atau buluh untuk dijadikan lantai dan membuat meja gajet khemah. SILANG TUNGKU SILANG GUNTING Digunakan untuk membuat gajet dan menyambung kayu, khas bagi mengikat tiga batang kayu/ buluh yang sama besar dan panjangnya. Ikatan ini dimulakan dengan menggunakan Lilit Balak atau Simpul Manok dan bagi mematikan Ikan Silang Tungku, Simpul Manok digunakan. Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali, belitkan tali di celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat. Ikatan ini ialah bagi membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu.


GAJET TUJUAN Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Perekaan membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gajet, hendaklah ia mempunyai fungsi. Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru. ‘Feeling of sense of achievement’, serta kejayaan dalam menghasilkan gajet. Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gajet-gajet yang berfaedah. KEPENTINGAN Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan. Melindungi makanan dari tercemar. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.


Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu : Bahagian pintu hadapan (pilihan) Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Jenis kepelbagaian pintu hadapan Tulis nama ahli kumpulan atau nombor kumpulan Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri Pintu gerbang bukan gajet tetapi projek perintis Bahagian pagar Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan. Pelbagai jenis pagar boleh dibuat Direka dengan menggunakan pokok-pokok kecil, menjalar dan menggunakan batang-batang kayu. Bahagian pintu belakang Mewujudkan sempadan Kawasan mempunyai perlindungan JENIS DAN KEGUNAAN GAJET GAJET KAWASAN PINTU


JENIS DAN KEGUNAAN GAJET GAJET KAWASAN DAPUR Diperbuat daripada bahan semula jadi Selain membuat gajet-gajet dapur juga gajet sampingan di dapur seperti : Rak pinggan mangkuk Rak atasan tajam seperti pisau, parang dan kapak Meja makan Penyangkut cawan/gelas Rak menyimpan kayu api/ tong gas Gajet gerobok (camp larder) Gajet lubang basah dan kering.


JENIS DAN KEGUNAAN GAJET GAJET KAWASAN TEMPAT BASUHAN Gajet tempat meletak besen air Gajet tempat menyimpan alat pergigian Gajet tempat menyimpan sabun Gajet menggantung tuala mandi Gajet kawasan tempat basuhan


JENIS DAN KEGUNAAN GAJET GAJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL Semua gajet yang dibuat hendaklah diatur/ susunan dengan baik, disamping menjaga kebesihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gajet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.


MASAKAN SOLAR PRINSIP PERALATANDAPUR SOLAR Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium. panci atau periuk nipis gam pelekat kertas foil aluminium kotak besar


MASAKAN SOLAR PRINSIP PERALATANDAPUR SOLAR Masakan solar ini amat sesuai digunakan di negara beriklim panas seperti Malaysia. Banyak kebaikan iaitu menjadikan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang murah, mengurangkan penggunaan bahan api dari kayu, tidak mempunyai ancaman bahaya kebakaran, keracunan asap dan gas. Masakan solar ini juga amat sesuai digunakan semasa membuat aktiviti gerak kerja luar seperti perkhemahan. 1 tin cat sembur yang sesuai untuk permukaan aluminium. panci atau periuk nipis gam pelekat kertas foil aluminium kotak besar


MASAKAN SOLAR KAEDAH MEMASAK MENU PUDING ROTI Empat kepin roti dipoton dadu 2 sudu gula halus 1 sudu tepun kastard 3 biji telur 450ml susu segar


BANTU MULA TUJUAN DAN PRINSIP KIT BANTU MULA DEFINISI : Bantuan permulaan atau rawatan segera pertama yang diberikan kepada mangsa yang tercedera di dalam sesuatu kemalangan atau mengalami sebarang kesakitan yang mengejut sementara menanti mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. TUJUAN & PRINSIP : Untuk menyelamatkan nyawa Mengurangkan keparahan kecederaan Memulihkan mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba Mengehadkan kesan-kesan pendarahan plaster - berbagai saiz dan bentuk dressing sterill - berbagai saiz kapas kasa sterill serta swab kasa dressing khas untuk kes terbakar bandage 3 segi bandage crepe penggulung pita lekat pad mata termometer gunting hujung tumpul penyepit pin penyelamat kertas tisu losyen antiseptik losyen kelamin beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan lampu suluh pensel dan kertas


ANDUH LENGAN Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas. ANDUH LUTUT Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya di atas lutut yang tercedera. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas. ANDUH DAN BALUTAN JENIS ANDUH : Anduh Besar Anduh Kecil Anduh Pergelangan Tangan Anduh Menarik Terdapat 5 jenis balutan anduh : Anduh lengan Anduh kepala Anduh luka atau siku Anduh pergelangan tangan Anduh tapak kaki


ANDUH KEPALA Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala. Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila. Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas. ANDUH DAN BALUTAN JENIS KAIN PEMBALUT : Pembalut Tiga Segi Pembalut Lebar Pembalut Kecil Pembalut Gulung


Rawatan Am Luka : Bawa mangsa atau pesakit ke tempat yang selamat dan edaran udara yang sempurna. Tenangkan mangsa sekiranya ia masih sedar. Pastikan tahap kesedaran mangsa, sama ada ia sedar atau sebaliknya. Pastikan saluran pernafasan mangsa berada dalam keadaan yang baik. Beri bantuan CPR jika diperlukan. Longgarkan pakaian si mangsa terutama di bahagian leher dan pinggang. Hentikan pendarahan sekiranya terdapat luka yang mengeluarkan darah yang banyak. GIGITAN DIGIGIT HAMA RUMPUT Gigitan ( Hama Rumput ) Hama-hama ini adalah didapati pada rumput panjang, allang dan belukar. Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat. Cara Merawat Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik Jangan menggaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak. Bagi melegakan rasa gatal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak antihistamine. BANTU MULA MERAWAT LUKA DAN GIGITAN


DIGIGIT LINTAH DAN PACAT Gigitan ( Lintah dan Pacat ) Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya akan tertinggal pada kulit. Gigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat. Cara Merawat Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk melonggarkan gigitan dan menggugurkannya. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu keras ataupun dengan minyak anti-histamine. Tutup dan balut dengan pembalut kering. DIPATUK ULAR Dipatuk ular Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang digigit dan bisa. Cara Merawat Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akanbahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah ke jantung. Janganikansehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat merasanadi pada pergelangan tangan atau kaki. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untukmenawarkan racun yang ada pada luka. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotongkedalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar terlebih dahulu. MERAWAT LUKA DAN GIGITAN


DIPATUK ULAR Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit dan tiap-tiap ½ jam. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas. Jika ia tidak bernafas, bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan. Hantar ke hospital yang terdekat Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan. Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular.Ini dapat diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itu tidak beracun meskipun tertelan. MERAWAT LUKA DAN GIGITAN


BANTU MULA MELECUR, PITAM DAN PATAH Melecur merupakan kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang lembab atau basah. Contohnya, wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain. TANDA-TANDA DAN GEJALA MELECUR : Sakit yang kuat Kulit menjadi bengkak, kemerahan dan panas Terjadi gelembung air pada kulit Tisu yang terdedah bewarna merah dan berair RAWATAN AM MELECUR : Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat dan berudara Tenangkan mangsa. Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu. Cuci tempat cedera dengan cermat. Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan. Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera. Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan. Jika pesakit dalam keadaan stabil, beri minum air yang banyak bagimenggantikan kehilangan cecair yang hilang Dapatkan rawatan perubatan segera.


MELECUR, PITAM DAN PATAH Pitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara. TANDA-TANDA DAN GEJALA PITAM : Mangsa mengadu pening Badan sejuk dan mangsa berkeadaan lemah Muka dan tangan jadi pucat Berpeluh dengan banyak Meloya dan kadang-kadang disertai muntah Hilang kesedaran RAWATAN AM PITAM : Bawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara. Baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah Longgarkan pakaian mangsa Tenangkan mangsa Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika mangsa telah pengsan Apabila mangsa telah pulih, berikan minuman. Rawat kecederaan jika mangsa mengalami kecederaan Dapatkan rawatan perubatan jika perlu


MELECUR, PITAM DAN PATAH Patah merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihak atau sebagainya. PUNCA-PUNCA PATAH : Secara Langsung Patah tepat pada tempat atau puncanya. Contohnya kena tembakkan, pukulan, tendangan atau kemalangan. Secara Tidak Langsung Patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan. Contohnya, berlaku kecutan otot atau pergerakan otot yang secara tiba-tiba, menyebabkan tulang patah. TANDA-TANDA DAN GEJALA PATAH : Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran. Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera. Terdapat kecacatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek. Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah. Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan. .


MELECUR, PITAM DAN PATAH JENIS-JENIS PATAH : Patah tebu/tertutup (simple fracture) Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah. Patah riok (compound fracture) Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit. Patah melarat (complicated fracture) Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan Patah remok (comminuted fracture) Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian Patah Terenyok (Impacted fracture) Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunyaterbenam ke dalam tulang yang patah itu. Patah Rebung (Green Stick fracture) Patah secara menyungkap dan tidak terus putus.Biasanya terjadi kepada tulang kanakkanak dan bayi. Pecah Remok (Depressed fracture) Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpitorgan lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenammenghimpit otak.


PATAH TENGKORAK KEPALA Pecah Tengkorak Kepala Kemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak Rawatan : Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring. Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa. Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dannadi tidak berfungsi. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. Dapatkan bantuan perubatan segera. MELECUR, PITAM DAN PATAH RAWATAN AM PATAH : Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukandi tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti. Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secarakaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduhmengikut keadaan dan tempat yang patah. Dapatkan bantuan perubatan segera.


PATAH TULANG RAHANG Rawatan : Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalamkeadaan baik. Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutandagu. Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan. Dapatkan bantuan perubatan. PATAH TULANG BELAKANG Rawatan : Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian. Tenangkan mangsa. Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkanpergerakan pesakit. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan. Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang. Dapatkan rawatan perubatan. PATAH TULANG RUSUK Rawatan : Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beribantuan pernafasan jika perlu. Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh. Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut danbersih. Dapatkan rawatan perubatan. PATAH TULANG PAHA Rawatan : Baringkan mangsa dalam keadaan selesa. Tenagkan mangsa. Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera. Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang. Dapatkan rawatan perubatan. MELECUR, PITAM DAN PATAH


KERACUNAN DAN TERSELIUH K E R A C U N A N Tanda-tanda : maklumat dari mangsa mangsa sakit dengan tiba-tiba kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti. Rawatan : Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dantiada tandatanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. Segera hubungi hospital Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau T E R S E L I U H Tanda-tanda : Kecederaan di ba agian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan : RICE Rest - Rehatkan kawasan yang cedera. Ice - Letakkan ais yang telah dibungkus di dalam kain ke tempat cedera. Compression - Balut tempat yang cedera. Elevation - Tinggikan tempat cedera dari paras jantung. Hantar ke hospital.


Click to View FlipBook Version