6. Model-model pengajaran
• Model Pemprosesan Maklumat
• Model Behavioural
• Model Sosial
• Model Personal
• Implikasi model-model pengajaran terhadap
pengajaran dan pembelajaran
refresh
Keperluan mempelajari model pengajaran
• Pengetahuan tentang model pengajaran akan memberi panduan kepada
guru dalam merancang tentang langkah-langkah mengajar
supaya membolehkan mereka melaksanakan proses pengajaran dengan
berkesan.
• Selain itu, pengetahuan ini sesuai dalam membentuk rangka pengajaran
yang lengkap tentang proses pengajaran serta
sebagai panduan asas bagi guru membuat pengubahsuaian untuk proses
pengajaran yang selanjutnya
• Oleh itu, untuk menentukan pengajaran dan pembelajaran
berkesan, guru-guru haruslah mengambil pelbagai pertimbangan
seperti memilih model-model pengajaran
Satu perihalan persekitaran pembelajaran yang
boleh dijadikan panduan guru semasa
merancang kurikulum, kursus dan unit
pengajaran serta menyediakan bahan-bahan
pengajaran, seperti program multi-media,
pengajaran berbantukan komputer, lembaran-
lembaran kerja dan sebagainya.
•Model-model ini berdasarkan pengkategorian yang diutarakan
oleh Bruce, Weil & Calhoun (2009).
•Setiap mazhab tersebut mengandungi beberapa jenis model
pengajaran yg berkongsi orientasi yg sama terhadap manusia dan
cara manusia belajar.
1. Model Pemprosesan Maklumat
2. Model Behavioral
3. Model Sosial
4. Model Personal
• Model Pemprosesan Maklumat berfokus
kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia
dengan lebih mendalam melalui langkah-langkah
bersistematik dan berturutan iaitu:
– Kepekaan terhadap masalah yang timbul,
– Pemerolehan dan penyusunan maklumat,
– Penjanaan cara-cara penyelesaian yang sesuai,
– Pengembangan konsep yang berkenaan.
•Konsep: menyamakan ingatan manusia sama seperti komputer iaitu
menggunakan model input-output.
•Tiga mode ingatan yang mana pemprosesan maklumat berlaku dalam
otak manusia terdiri daripada daftar deria/sensori, ingatan jangka
pendek dan jangka panjang.
•Oleh itu, pemerosesan melibatkan proses mengumpul dan
mewakilkan maklumat, atau mengenkod, menyimpan maklumat dan
mendapatkan maklumat apabila diperlukan.
•Semua proses ini dikawal dengan program yang menentukan
bagaimana dan bila maklumat mengalir melalui sistem.
• Ramai orang membandingkan sistem pemerosesan maklumat manusia
dengan komponen komputer.
• Tiga bulatan menggambarkan struktur pengetahuan, dimana maklumat
disimpan atau dipindahkan. Sementara, anak panah menunjukkan
pengaliran maklumat. Kotak diatas rajah mewakili proses kawalan yang
mempengaruhi pengaliran maklumat sistem berkenaan.
•“Perolehan Konsep” merujuk kepada usaha mencari, kemudian
menyenaraikan atribut @ ciri-ciri yg membezakan contoh daripada
bukan contoh bagi suatu kategori yg dikenalpasti.
Aplikasi Model Perolehan Konsep Dalam Bilik Darjah:
➢Model ini sesuai di Prasekolah.
➢Konsep & contoh hendaklah mudah & sesi pengajaran agak
singkat masanya serta diarahkan oleh guru.
➢Cth: guru meminta murid menyenaraikan bentuk yg terdapat
dalam bilik darjah.
➢Jawapan murid mungkin kepelbagaian:meja, kerusi, papan tulis
dll.
Dipelopori oleh Joseph Schwab.
•Direka bentuk bertujuan meningkatkan kecekapan murid-murid
mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep.
•Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran melalui
proses menyoal.
•Penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah yang logikal dan
sistematik.
•Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran
melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya
dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk menguji,
mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis dan
membuat inferens serta kesimpulan.
Dipelopori oleh Joseph Schwab.
•Direka bentuk bertujuan meningkatkan kecekapan murid-murid
mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep.
•Satu proses mencari ilmu pengetahuan atau kebenaran
melalui proses menyoal.
•Penyelesaian masalah mengikut langkah-langkah yang logikal
dan sistematik.
•Justeru, strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran
melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal
supaya dapat meneroka, mencadangkan hipotesis untuk
menguji, mengumpul dan menyusun data untuk menguji
hipotesis dan membuat inferens serta kesimpulan.
• Teknik Inkuiri direka bentuk khusus untuk memberi
kebebasan dalam penyelesaian masalah.
• Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang
pendek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu
yang panjang seperti dua atau tiga minggu.
• Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi
beberapa unit konsep.
• Pendekatan inkuiri juga merupakan kaedah saintifik
penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan
terbimbing yang disarankan oleh John Dewey.
• Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk
mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau
daripada masalah yang dikemukakan.
• Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti
soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti
kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya
mendapatkan jawapan dan membuat rumusan.
• Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis
teknik inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri
terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan
segala proses kajian.
• Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah
rendah dan menengah.
• Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan.
Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu,
ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih
tinggi seperti di universiti.
• Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi
mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai
bidang khususnya bidang pendidikan.
• Arahan kendiri ,memajukan kemahiran pemikiran krikital dan kemahiran pemikiran aras
tinggi;
• Berpusatkan murid-murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran;
• Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan
membayangkan jawapan-jawapan atau penjelasan-penjelasan yang mungkin; perasaan
ingin tahu akan membawa kepada inkuiri seterusnya; dan
• Kurang perlu mencari jawapan yang betul kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk
tentatif sahaja; kesimpulan bergantung pada data yang sedia ada.
• Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenalpasti masalah. Guru
mewujudkan persekitaran yang menjamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan
perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi.
• Dipelopori oleh Gordon (1961).
• Istilah synectics bermaksud membawa kesemua perkara dalam satu
perkaitan yang bersepadu.
• Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
yang reka cipta oleh Gordon merupakan suatu pendekatan yang
menarik terhadap pembentukan pemikiran kreatif.
• Elemen utama dalam model synectics ialah penggunaan analogi, di
mana pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah.
• Kesepaduan perkara melibatkan kreativiti untuk membentuk struktur
yang baru.
• Setiap pemikiran kreatif berasaskan kepada pemikiran synectics.
•Satu pendekatan yg amat menarik untuk mencipta inovasi.
•Murid akan mula menganalisis elemen berdasarkan masalah
tersebut atau menyediakan satu senarai karangan fakta yg
penting.
•Ini merujuk kepada pengetahuan @ pengalaman sedia ada.
•Synectics memberi peluang untuk melihat objek atau
peristiwa yang berlaku, meluahkan perasaan & menghadapi
masalah dari perpektif baru.
➢Penggunaan model ini merentasi keseluruhan
kurikulum.
➢Boleh diaplikasikan dalam kelas bagi mewujudkan
sesuana yg kondusif.
• Model pengajaran yg terkandung dalam mahzab pemprosesan
maklumat berasaskan psikologi kognitif.
• Membantu murid untuk lebih mengenali dunia mereka, fokus
diberikan kepada cara mereka memperoleh maklumat,
menguruskan data, merangka masalah dan menjana penyelesaian.
• Implikasi pertama: Guru perlu ketahui jenis model manakah yg
sesuai dgn murid berdasarkan tahap pencapaian mereka.
• Implikasi kedua: Pengetahuan dan kemahiran yg harus ada pada
guru supaya murid yakin dan kompeten untuk melaksanakan model
pengajaran.
•Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk
menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik
pengajaran.
•Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik.
•Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar.
•Menambah konsep-konsep baharu ke dalam struktur
kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali
konsep-konsep tersebut.
2. MODEL BEHAVIORAL
Kumpulan model pengajaran yang paling berstruktur.
•Berdasarkan bagaimana seseorang bertindak balas
terhadap sesuatu tugasan.
•Idea Skinner.
•Guru memeringkatkan isi kepada bahagian yang kecil dan
sampaikannya langkah demi langkah mengikut kadar
penerimaan pelajar.
•Bila semua langkah dikuasai maka dapatlah menguasai
keseluruhan tajuk itu.
Pengajaran Langsung
Satu pendekatan untuk pengajaran kemahiran-kemahiran asas.
• Pelajaran terarah, bermatlamat dan persekitaran pembelajaran
adalah berstruktur.
• Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek:
1.Jenis hasil pembelajaran pelajar.
2.Aliran aktiviti pengajaran.
3.Persekitaran pembelajaran.
• Dalam pembelajaran langsung - latihan & mengulangi semula
merupakan proses yg membantu pelajar mengingat dan
menghasilkan perlakuan yg diperhatikan.
• Pengajaran jenis ini berpusatkan guru dan mengandungi lima
langkah, iaitu penentuan set, penerangan/ demonstrasi,
praktis/latihan terbimbing, maklum balas dan amalan/ praktis
lanjutan.
Pengajaran Langsung
•Proses Pengajaran Langsung
1.Pengenalan (Orientasi)
2.Perkembangan (Penyampaian)
3.Latihan Struktur (Amalan Berstruktur)
4.Latihan terbimbing (Amalan
Terbimbing)
5.Latihan kendiri (Amalan Berdikari)
6.Penilaian
•Proses Pengajaran Langsung
1.Pengenalan / Orientasi:
•Guru membentuk kerangka pengajaran dari
segi:
i.Objektif dan tahap pencapaian.
ii.Isi kandungan dan hubungan dengan
pengetahuan atau/dan pengalaman sedia ada.
iii.Langkah-langkah dan peranan murid bagi
aktiviti yang dijalankan.
•Proses Pengajaran Langsung
2. Perkembangan (Penyampaian)
Guru menerangkan konsep atau kemahiran baru
melalui contoh dan demonstrasi secara visual dan
lisan.
3. Latihan Struktur (Amalan Berstruktur)
Guru membimbing murid-murid dengan
menggunakan contoh-contoh dan memberi maklum
balas kepada respons mereka.
•Proses Pengajaran Langsung
4. Latihan Terbimbing (Amalan Terbimbing)
•Murid-murid berpeluang membuat latihan secara
individu dengan bimbingan guru.
5. Latihan Kendiri (Amalan Berdikari)
•Apabila prestasi amalan terbimbing murid-murid
telah mencapai tahap 85% hingga 90%, mereka
laksana latihan sendiri tanpa bimbingan guru.
Kebaikan dan Keterbatasan Pengajaran Langsung
Kebaikan:
•Meningkatkan gred pencapaian
•Pembelajaran yang berstruktur untuk pelajar
•Berkesan untuk murid-murid yang kecerdasan
sederhana dan lambat
Batasan:
•Hadkan pemikiran yang kritis dan kreatif
•Mengurangkan usaha pembelajaran kendiri
•Kurang mencabar untuk pelajar yang cemerlang
Aplikasi Model Pengajaran Langsung
dalam bilik darjah:
•Sesuai bagi pengajaran maklumat dan
kemahiran asas yang terkandung dalam
kurikulum teras.
Pembelajaran Masteri
• Pembelajaran masteri ialah satu kaedah pengajaran
secara individu yang menggunakan kurikulum
berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil
pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.
• Bloom (1968), pembelajaran ini merupakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara
yang diajar.
Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri:
1.Semua murid normal boleh menguasai apa-apa
yang diajar oleh guru.
2.Pembelajaran dipecah kepada unit-unti kecil di
mana pengetahuan disusun daripada mudah
kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.
3.Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan
fleksibel untuk semua murid mencapai objektif
pembelajaran
Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri:
i.Satu matapelajaran mempunyai objektif utama tersendiri yang
mewakili objektif satu kursus atau unit.
ii.Satu unit besar dibahagikan kepada unit-unit kecil yang mempunyai
objektif masing-masing.
iii.Bahan pembelajaran dikenalpasti dan strategi atau model
pengajaran dipilih.
iv.Setiap unit disertakan dengan ujian diagnostik ringkas yang
mengukur kemajuan murid-murid secara berterusan serta
mengenalpasti masalah setiap murid.
v.Guru boleh merancang seterusnya melaksanakan pengajaran
tambahan untuk membantu murid-murid berkenaan menyelesaikan
masalah pembelajaran masing-masing.
Pembelajaran Masteri
Individually Prescribed Instructional Program
(Penetapan Program Pengajaran Individu)
•Murid-murid berupaya meningkatkan inisiatif
kendiri, arah kendiri, penilaian kendiri dan motivasi
terhadap pembelajaran.
•Terdapat perbezaan antara murid-murid dari segi
kuantiti masa dan praktis yang diperlukan untuk
menguasai objektif-objektif pengajaran.
Pembelajaran Masteri
Individually Prescribed Instructional Program
(Penetapan Program Pengajaran Individu)
• Murid-murid belajar mengikut kadar masing-masing
dengan persekitaran yang kondusif dan pertimbangan
terhadap perbezaan masing-masing.
• Tahap penguasaan yang minimum bagi satu-satu unit
pembelajaran merupakan pra syarat bagi permulaan unit
baru.
• Penilaian formatif untuk mengesan kemajuan murid-
murid amat penting supaya dapat menjadi asas
membentuk pakej pembelajaran secara individu.
Aplikasi Pembelajaran Masteri Dalam Bilik Darjah
• Sesuai digunakan bagi pelbagai jenis matapelajaran (BI, MT,
GEO, SN, Statistik)
• Sesuai bagi semua peringkat persekolahan bermula daripada
prasekolah hingga ke kolej.
• Juga diaplikasikan bagi mengajar pembentukan konsep,
hafalan, kreativiti dan penyelesaian masalah.
• Guru perlu merancang dengan rapi agar dapat mewujudkan
suatu sistem pembelajaran yang positif dan kondusif.
• Guru hendaklah bersifat sedia mendorong dan membantu
sebagai pemangkin kepada harga diri positif murid-murid.
Simulasi
• Melibatkan murid-murid main peranan watak-
watak tertentu yang ada dalam kehidupan harian
mereka.
• Penjelasan model simulasi akan dibuat
berdasarkan empat fasa :
i.Sinopsis
ii.Sistem sosial
iii.Prinsip reaksi
iv.Sistem sokongan
Simulasi
Sinopsis Model Pengajaran Langsung
Fasa 1: Orientasi
-Gurumenyampaikan topik simulasi secara menyeluruh serta konsep yang perlu
disisipkan ke dalam aktiviti simulasi.
-Guru menerangkan tentang prosedur simulasi.
Fasa 2: Latihan Peserta
-Guru membentuk senario bagi simulasi, menentukan peranan-peranan tertentu
dan mengadakan sesi latihan.
Fasa 3: Operasi Simulasi
-Guru melaksanakan aktiviti simulasi.
-Murid-murid memberi maklumbalas dan penilaian.
-Guru menjelaskan sebarang miskonsepsi yang timbul
-Aktiviti simulasi diteruskan.
Fasa 4: Debriefing Peserta
-Guru membimbing murid-murid untuk buat rumusan, menganalisis proses,
membandingkan aktiviti dengan realiti hidup, mengaitkan dengan kandungan
matapelajaran serta menilai dan merekabentuk semula aktiviti.
Simulasi
Sistem Sosial
•Suasana persekitaran yang bersifat koperatif dan
interaktif harus wujud.
•Murid-murid dikehendaki berkongsi idea agar
membentuk satu sistem sosial rakan sebaya.
Simulasi
Prinsip-prinsip Reaksi:
• Guru tidak menjalankan sebarang penilaian
sepanjang aktiviti simulasi.
• Guru hanya perlu membawa murid-murid yang
kurang berminat semasa aktiviti simulasi
kembali ke pangkuan simulasi tersebut.
Simulasi
Sistem Sokongan:
• Bahan-bahan simulasi khususnya dalam bidang
sains sosial.
• Berbentuk komputer
Simulasi
Aplikasi Model Simulasi Dalam Bilik Darjah
• Berupaya merangsang pembelajaran mengenai unsur-
unsur:
i. Persaingan
ii. Bekerjasama
iii. Empati
iv. Sistem sosial
v. Konsep
vi. Kemahiran
vii. dan lain-lain
Implikasi Model Behavioral Terhadap P&P
1. Guru harus berpegang kepada prinsip
rangsangan-gerakbalas.
2. Jikalau inginkan tingkahlaku yang positif dalam
kalangan murid-murid, maka tumpuan
diberikan kepada pengukuhan positif dan
bukannya pengukuhan negatif atau hukuman.
3. Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru
haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian
bagi memastikan penguasaan murid-murid.
4. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah
mengajar dengan mengambil kira gaya
pembelajaran pelajar yang berbeza.
5. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar berbeza
boleh menguasai apa-apa yang diajar.
6. Guru digalakkkan untuk mempelbagaikan kaedah
pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-
apa yang diajar dalam masa yang paling singkat.
3. MODEL SOSIAL
• Model sosial ini melatih pelajar agar berkebolehan menyusun
maklumat serta-merta dan mensintesis maklumat untuk
menyelesaikan masalah.
• Model ini membantu untuk memperkembangkan perspektif
individu dan kumpulan dalam memperjelas dan
mengembangkan idea-idea.
• Mementingkan unsur interaksi sosial sambil murid-murid
bekerjasama untuk menyempurnakan suatu tugasan.
• Contoh:
- mengumpul
- mengkaji dan menganalisis maklumat
- menilai dan mentafsir
- membuat kesimpulan
Pembelajaran Koperatif
Pelopor: John Dewey dan Herbert Thelen.
•Pembelajaran koperatif berkisar atas tiga perkara:
1. Pencapaian akademik,
2. Penerimaan kepelbagaian (Pemahaman peribadi) dan
3. Perkembangan sosial.
•Pelajar-pelajar dalam situasi pembelajaran dikehendaki
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk
menyelesaikan satu tugasan bersama demi mencapai matlamat
yang sama.