The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan pengajaran untuk guru.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norliza11-125, 2022-03-09 20:21:24

MODEL PENGAJARAN

Panduan pengajaran untuk guru.

Keywords: Model pengajaran

Pembelajaran Koperatif

• Pembelajaran koperatif berhasrat untuk
mengubah norma dalam kalangan pelajar muda
agar mereka dapat menerima hakikat untuk
mencapai kecemerlangan dalam tugasan dan
pembelajaran.

• Model ini dapat memanfaatkan kumpulan
pelajar berpencapaian rendah dan tinggi apabila
mereka menyelesaikan tugasan pembelajaran
bersama.

Pembelajaran Koperatif

Konsep Utama Pembelajaran Koperatif:
1. Pasukan
2. Pengurusan pembelajaran koperatif
3. Keinginan untuk bekerjasama
4. Kemahiran untuk bekerjasama
5. Prinsip-prinsip pembelajaran koperatif

Inkuiri Sosial

• Pelopor: Byron Massialas dan Benjamin
Cox.

• Tujuan:
– Penyelesaian masalah social melalui
pembelajaran kolektif dan penaakulan
logikal.

Inkuiri Jurisprudential

• Pelopor: James Shaver dan Donald Oliver.
• Tujuan:

– Analisis isu-isu polisi melalui kerangka
Jurisprudential (Realiti Berhemah).

– Pengumpulan data analisis soalan nilai, kajian
kepercayaan peribadi.

Inkuiri Sosial Berstruktur

•Pelopor: Robert Salvin dan rakan-rakan.
•Tujuan:
–Fokus kepada inkuiri akademik dan perkembangan

sosial serta peribadi.
–Penggunaan strategi koperatif sebagai pendekatan

pengajian akademik.

Saling Pergantungan

• Pelopor: David Johnson, Roger Johnson, Elizabeth Cohen.
• Tujuan:

– Pembentukan strategi interaksi sosial yang bersifat saling
pergantungan.

– Pemahaman hubungan dan emosi kendiri- orang lain.

Main Peranan

•Pelopor: Fanny Shaftel.
•Tujuan:
–Kajian tentang nilai dan peranan dalam

interaksi sosial.
–Kefahaman peribadi tentang nilai dan

tingkahlaku.

Main Peranan

• Main peranan merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar
memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri
atau individu lain.

• Main peranan bertujuan untuk memberikan peluang kepada
pelajar melibatkan diri dalam lakonan dan perbincangan.

• Pelajar boleh menguasai kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.

Main Peranan

• Pelajar dapat memahami tingkah laku orang lain melalui dalam
lakonan dan perbincangan.

• Model ini dijangka dapat membantu peljar yang pasif
melibatkan diri dalam aktiviti main peranan dan seterusnya
membina keyakinan diri mereka.

• Pelajar juga dapat memupuk sifat-sifat sosial.
• Mereka diberikan peluang melahirkan pelbagai perasaan

mengikut situasi watak yang dimainkan, berbincang serta
memikirkan masalah sendiri dan dengan ini dapat memahami
diri sendri secara lebih mendalam

Main Peranan

• Pelajar juga dapat mengawal perasaan dan emosi
dalam pelbagai situasi.

• Satu pengajaran dalam mata pelajaran dapat
disampaikan dalam bentuk yang menarik dan
berkesan.

Main Peranan

Jenis-jenis Peranan

1. Memerihal
2. Demonstrasi
3. Latihan
4. Cerminan
5. Kepekaan

Simulasi

• Simulasi boleh dalam bentuk permainan,
permasalahan, berbentuk persaingan atau koperatif.

• Model ini terdapat empat fasa, iaitu:
1. Orientasi
2. Latihan peserta
3. Proses simulasi dan
4. Perbincangan.

Simulasi

Fasa 1:
• Guru akan megemukakan topik yang ingin diajar,

menerangkan konsep dalam simulasi dan apakah
sebenarnya semulasi serta gambaran umum
permainan tersebut.
Fasa 2:
• Pelajar mula simulasi dan guru memperkenalkan
peraturan, peranan, prosedur, cara mendapat skor,
jenis keputusan yan gperlu dibuat dan matlamat
simulasi.

Simulasi

Fasa 3:
•Pelajar melibatkan diri dalam simulasiu.
•Guru sebagai pengadil dan jurulatih.
•Permainaan boleh dihentikan untuk pelajar memperoleh maklum balas,
menilai prestasi dan keputusan serta memperjelas salah tanggapan.

Fasa 4:
•Merangkumi perbincangan pelajar selepas simulasi tentang hasil
pembelajaran, proses simulasi dan banding beza antara simulasi dengan dunia
sebenar, hubung kait aktiviti dengan kandungan kursus atau pelajaran dan
menilai serta mereka cipta semula simulasi.

Implikasi Model Sosial Terhadap P & P

1. Pelajar meniru tingkah laku positif secara tidak
langsung yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam
main peranan dan simulasi.

2. Peranan guru sebagai role model harus memastikan
dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang
positif supaya pelajar dapat menirunya.

3. Guru menasihati pelajar tentang program yang
sesuai ditonton di televisyen dan filem yang tidak
sesuai ditonton oleh mereka.

• Berfokus kepada penggunaan prinsip-prinsip

psikologikal dalam bilik darjah.
• Melibatkan guru-murid, murid-murid, dan murid-

guru.
• Pola interaksi yang positif akan membawa

kepada peningkatan murid-murid daripada aspek

akademik, sikap, dan konsep kendiri.

4. MODEL PERSONAL

• Model personal adalah untuk membentuk personaliti
yang kompeten, bersepadu dan berkeyakinan diri.

• Model pembelajaran melalui kaunseling ingin
membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin serta
mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

Kesedaran Peribadi

• Pelopor: Carl Rogers.
• Tujuan:

– Membina kapasiti untuk perkembangan, pemahaman kendiri,
autonomi, dan harga diri.

• Model ini mementingkan peranan guru sebagai fasilitator, di
mana guru akan cuba melihat dunia dari perspektif murid-murid,
serta mewujudkan komunikasi bersifat empati bertujuan
memupuk dan mengembangkan arah kendiri masing-masing.

• Persekitaran pembelajaran dapat membantu murid untuk
mencapai integrasi personal yang lebih tinggi, dan penilaian
kendiri yang realistik.

Penyempurnaan Kendiri (Self-
actualization)

•Pelopor: Abraham Maslow.
•Tujuan:
–Meningkatkan perkembagan
pemahaman personal dan kapasiti untuk
berkembang

Latihan Kesedaran

• Pelopor: Fritz Perls.
• Tujuan:

– Meningkatkan pemahaman kendiri dan harga
diri.

– Mengembangkan kepekaan interpersonal
sensitiviti dan empati.

Perjumpaan Kelas

•Pelopor: William Glasser
•Tujuan:
–Meningkatkan pemahaman kendiri dan
tanggungjawab terhadap diri dan orang lain.

Aplikasi Model Kesedaran
Peribadi Dalam Bilik Darjah

• Sesuai digunakan dalam beberapa jenis situasi
bermasalah seperti personal, sosial dan akademik.

• Juga sesuai digunakan dalam bilik darjah di mana
murid-murid sudah kurang berminat terhadap
pengajaran yang disampaikan, dan guru sedang
mengahadapi masalah kawalan murid.

Pemupukan Konsep Kendiri dan Harga Diri

• Ahli psikologi Maslow dan Rogers menegaskan bahawa kompetensi kita untuk
berinteraksi dengan persekitaran kita dipengaruhi oleh pandangan kita
terhadap diri.

• Apabila kita mempunyai konsep kendiri yang tinggi, kita akan bertindakbalas
terhadap persekitaran kita dengan penuh yakin diri.

• Jika seseorang pelajar mempunyai harga diri yang positif akan
membantu perkembangan orang lain.

• Pelajar yang mempunyai harga diri yang negatif cenderung kepada perasaan
kecewa dan enggan untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Implikasi Model Personal Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Berdasarkan prinsip-prinsip psikologi humanistik yang
berfokuskan kepada individu dan menitikberatkan kendiri.

2. Guru perlu membantu murid-murid berpuas hati dengan diri
mereka, berupaya memaksimumkan potensi serta mempunyai
kawalan ke atas hidup masing-masing.

3. Guru hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran berhubung
dengan peranan mereka sebagai fasilitator yang akan
mendorong murid-murid untuk memainkan peranan aktif dalam
menentukan matlamat dan hala tuju pendidikan masing-masing.

SOALAN TUTORIAL

Secara berkumpulan pilih satu aktiviti yang menunjukkan
penggunaan model berikut dalam PdP dan bincang
kelebihan dan kesesuaian model tersebut dalam aktiviti
yang dipilih itu :

• Model Pemprosesan Maklumat (kumpulan 1)
• Model Behavioural (kumpulan 2)
• Model Sosial (kumpulan 3)
• Model Personal (Kumpulan 4)


Click to View FlipBook Version