Siri Indahnya Bahasa Melayu
PERUMPAMAAN
DAN
PERIBAHASA
Nordin Razak
C Pustaka Sukses
1
PUSTAKA SUKSES
(Syarikat Bumiputera)
Lot 873, Jalan Atas Tali Air
Tepi Sekolah Kebangsaan Lati
17000 Pasir Mas
Kelantan Darul Naim
Tel : 012-3680674
© PUSTAKA SUKSES
Cetakan pertama 2010
Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini
tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi atau diubah suai dalam sebarang bentuk atau
cara, sama ada secara elektronik, mekanikal, penggambaran
semula, perakaman atau sebaliknya tanpa mendapat kebenaran
terlebih dahulu daripada penerbit.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-
dalam-Penerbitan
Nordin Razak
Perumpamaan dan peribahasa / Nordin Razak.
(Siri indahnya bahasa Melayu)
Bibliografi: ms.
ISBN 978-967-5184-97-0 (set)
ISBN 978-967-5450-00-6
1. Proverbs, Malay. 2. Maxims, Malay. 3. Epigrams, Malay.
I. Judul. II. Siri.
398.99923
2
Kandungan
PRAKATA 4
PERUMPAMAAN 7
PERIBAHASA 18
BUKAN PERIBAHASA 19
Bahasa Kiasan 19
Kiasan Asal 19
Kiasan Berpindah 19
Kiasan Permanusiaan 21
Kiasan Berkacau 21
Tamsil 21
Ibarat 21
Kiasan Ibarat 21
Tamsil Ibarat 22
Cerita Ibarat atau Cerita Kiasan 22
SENARAI PERIBAHASA YANG MUDAH 23
PERIBAHASA LENGKAP DAN MAKNANYA 26
Bibliografi 91
3
Prakata
Bahasa Melayu ( Jawi: ) ialah sejenis bahasa
Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang
telah digunakan di wilayah Indonesia, di Malaysia, dan di
kawasan sekitarnya sejak lebih dari 1,000 tahun yang lalu.
Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang
khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi
pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari
Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan di Palembang. Rekod
terawal bahasa Melayu Kuno ada tercatat pada sebuah batu
bersurat bertarikh 682 Masihi yang ditemukan di Sumatera
Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia,
Indonesia, dan Brunei, serta sebagai salah satu bahasa rasmi
di Singapura juga. Di Indonesia, bahasa Melayu dipanggil
sebagai Bahasa Indonesia. Di Malaysia, bahasa Melayu
dipanggil juga sebagai Bahasa Malaysia. Selain keempat-
empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh
penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, di Filipina,
di Kemboja, di Vietnam, di Sri Lanka dan di Afrika Selatan.
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur
bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih daripada
300 juta orang (bersama penutur bahasa Indonesia) dan
merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur
yang terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa
Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu.
Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu
bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala
di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa
Melayu juga diajar di universiti-universiti di United
Kingdom, di Amerika Syarikat, di Australia, di Belanda, di
4
China, di Jerman, di New Zealand dan di beberapa tempat
yang lain.
Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau,
Indonesia seperti yang dipersetujui oleh Indonesia,
Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap
sebagai tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia,
bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali.
Pada awal 1970-an, bahasa Melayu dinamakan bahasa
Malaysia atas sebab politik.
Namun sejak akhir-akhir ini, nama ‘bahasa Melayu’
digunakan semula. Bermula pada 2007, bahasa kebangsaan
Malaysia kembali dinamakan sebagai bahasa Malaysia, dan
menjadi simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua
tanpa mengira kaum.
Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenal sebagai
bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa
Indonesia, iaitu Sumpah Pemuda pada 1928. Di Singapura
dan di Brunei, bahasa Melayu tidak mengalami sebarang
perubahan nama.
Bahasa Melayu banyak mempunyai dialek dan setiap
dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa
kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahasa Jawa banyak
mempunyai perkataan yang tidak diketahui oleh penutur
bahasa Melayu yang lain. Selain itu, bahasa yang digunakan
oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (hasil perkahwinan
campur antara imigran Cina dengan penduduk asal)
merupakan campuran bahasa antara bahasa Melayu dengan
dialek Hokkien. Dahulunya, bahasa ini banyak digunakan di
Negeri-negeri Selat seperti di Pulau Pinang dan di Melaka.
Walau bagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar
berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan
bahasa aglutinatif yang bermaksud makna perkataan dapat
diubah dengan menambahkan imbuhan tertentu. Umumnya,
kata dasar atau kata akar terdiri daripada kata kerja.
Penggunaan bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza
bergantung pada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi
5
bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi bahasa Inggeris
masih digunakan dengan meluas terutama sekali dalam
kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei.
Berbeza di Indonesia, bahasa Indonesia telah berjaya
menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca
untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih
kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan bahasa
Indonesia selain bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan.
Di Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai ‘bahasa
berkerja’.
Di Singapura, bahasa Melayu dikekalkan statusnya
sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai
empat bahasa rasmi, iaitu bahasa Inggeris, Cina, India, dan
Melayu. Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan
oleh masyarakat daripada Kesultanan Melayu Patani
(orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperoleh sebarang
pengiktirafan daripada kerajaan.
Pada awal 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan
MABBIM telah mencadangkan agar bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh
daripada jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam
Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, perkara ini masih
dalam perbincangan.
6
Perumpamaan
Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu
mengandungimaknatersuratdantersirat.Terdapatduabentuk
perumpamaan, iaitu yang menyatakan perbandingan secara
terang-terangan dan yang tidak menyatakan perbandingan
secara terang-terangan.
Perumpamaan yang menyatakan perbandingan
secara terang-terangan didahului kata-kata perbandingan
seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala
perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan
tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut. Contoh
perumpamaan yang disebut perbandingan adalah seperti
yang berikut:
1. Seperti katak di bawah tempurung.
2. Umpama kaca dengan permata.
3. Bagai pungguk rindukan bulan.
4. Ibarat air di daun keladi.
5. Laksana katak diharung ular.
Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
adalah seperti yang berikut:
1. Genggam bara api biar sampai jadi arang.
2. Diberi betis hendak peha.
3. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas dan
kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Selalunya,
perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana,
seperti, dan umpama.
7
Senarai Perumpamaan dan Maknanya
PERUMPAMAAN: Bagai aur dengan tebing
MAKNANYA: Bantu membantu antara satu sama
lain.
PERUMPAMAAN: Bagai bunyi cempedak jatuh
MAKNANYA: Bunyi jatuh yang kuat.
PERUMPAMAAN: Bagai bulan dipagari bintang
MAKNANYA: Kecantikan gadis yang tiada tolok
bandingannya.
PERUMPAMAAN: Bagai diiris dengan sembilu
MAKNANYA: Perasaan yang sangat pedih.
PERUMPAMAAN: Bagai duri dalam daging
MAKNANYA: Sesuatu perkara yang tidak
menyenangkan.
PERUMPAMAAN: Bagai itik pulang petang
MAKNANYA: Berjalan terlalu lambat.
PERUMPAMAAN: Bagai isi dengan kuku
MAKNANYA: Persahabatan yang sangat akrab.
PERUMPAMAAN: Bagai enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing
MAKNANYA: Mementingkan diri sendiri.
PERUMPAMAAN: Bagai kacang melupakan kulit
MAKNANYA: Orang yang tidak mengenang budi.
PERUMPAMAAN: Bagai kumbang putus tali pantas
MAKNANYA: Terlepas daripada sengsara.
PERUMPAMAAN: Bagai melepaskan batuk di tangga
MAKNANYA: Membuat sesuatu kerja sambil lewa
saja.
8
PERUMPAMAAN: Bagai menatang minyak yang penuh
MAKNANYA: Mendidik anak dengan penuh belaian
kasih sayang.
PERUMPAMAAN: Bagai mencincang air
MAKNANYA: Membuat pekerjaan yang tidak
berfaedah.
PERUMPAMAAN: Bagai murai tercabut ekor
MAKNANYA: Seseorang yang sangat becok
mulutnya.
PERUMPAMAAN: Bagai si kudung mendapat cincin
MAKNANYA: Orang yang tidak dapat merasai
nikmat atau menggunakan
kemudahan yang diperoleh.
PERUMPAMAAN: Bagai pinang dibelah dua
MAKNANYA: Pasangan yang sama padan dan sama
cantik.
PERUMPAMAAN: Seperti cincin dengan permata
MAKNANYA: Pasangan yang sama padan dan sama
cantik.
PERUMPAMAAN: Bagai tikus membaiki labu
MAKNANYA: Merosakkan lagi barang yang
dibaikinya.
PERUMPAMAAN: Seperti abu di atas tunggul
MAKNANYA: Kedudukan tidak tetap atau tidak
terjamin.
PERUMPAMAAN: Seperti telur di hujung tanduk
MAKNANYA: Kedudukan tidak tetap atau tidak
terjamin.
PERUMPAMAAN: Seperti anak ayam kehilangan ibu
MAKNANYA: Berpecah dan hilang tempat
bergantung.
9
PERUMPAMAAN: Seperti anjing dengan kucing
MAKNANYA: Adik-beradik yang suka bergaduh.
PERUMPAMAAN: Seperti anjing dengan bayang-bayang
MAKNANYA: Orang yang tamak, tidak cukup
dengan apa-apa yang ada.
PERUMPAMAAN: Seperti api dalam sekam
MAKNANYA: Perbuatan jahat yang tersembunyi.
PERUMPAMAAN: Seperti ayam berak kapur
MAKNANYA: Muka yang pucat dan tidak bermaya.
PERUMPAMAAN: Seperti bertih digoreng
MAKNANYA: Bunyi bising atau percakapan yang
tidak berhenti-henti.
PERUMPAMAAN: Seperti cacing kepanasan
MAKNANYA: Tidak diam atau tenang; gelisah.
PERUMPAMAAN: Seperti embun di hujung rumput
MAKNANYA: Kasih sayang yang tidak berkekalan.
PERUMPAMAAN: Seperti gergaji dua mata
MAKNANYA: Seseorang yang mencari keuntungan
daripada kedua-dua belah pihak.
PERUMPAMAAN: Seperti talam dua muka
MAKNANYA: Seseorang yang berbuat baik terhadap
dua orang yang berseteru demi
keuntungan dirinya sendiri.
PERUMPAMAAN: Seperti harimau menyembunyikan
kukunya
MAKNANYA: Menyembunyikan kelebihan yang ada
pada dirinya.
PERUMPAMAAN: Seperti hujan jatuh ke pasir
MAKNANYA: Memberikan nasihat kepada orang
tetapi tidak berkesan.
10
PERUMPAMAAN: Seperti mencurahkan air ke daun
keladi
MAKNANYA: Memberikan nasihat kepada
seseorang tetapi nasihat tersebut tidak
di terima.
PERUMPAMAAN: Seperti katak di bawah tempurung
MAKNANYA: Orang yang cetek pengetahuannya
mengenai hal dunia luar.
PERUMPAMAAN: Seperti kera kena belacan
MAKNANYA: Tidak suka duduk diam.
PERUMPAMAAN: Seperti kera mendapat bunga
MAKNANYA: Seseorang yang tidak menghargai
pemberian orang lain.
PERUMPAMAAN: Seperti kerbau dicucuk hidung
MAKNANYA: Seseorang yang lurus; menurut segala
perintah orang lain tanpa usul periksa.
PERUMPAMAAN: Seperti langit dengan bumi
MAKNANYA: Perbezaan yang amat ketara.
PERUMPAMAAN: Seperti mengajar itik berenang
MAKNANYA: Mengajar seseorang yang arif atau
pandai daripada kita.
PERUMPAMAAN: Seperti pahat dengan penukul
MAKNANYA: Orang yang hanya bekerja apabila
diperintah, saling membantu
PERUMPAMAAN: Seperti pungguk rindukan bulan
MAKNANYA: Mengharapkan sesuatu yang tidak
mungkin diperoleh.
PERUMPAMAAN: Seperti rusa masuk ke kampung
MAKNANYA: Berasa hairan dan tercengang-
cengang apabila berada di tempat
yang baru.
11
PERUMPAMAAN: Seperti tikus jatuh di beras
MAKNANYA: Memperoleh kekayaan yang tidak
disangka-sangka.
PERUMPAMAAN: Seperti ular kena palu
MAKNANYA: Jalan atau barisan yang bengkang-
bengkok.
PERUMPAMAAN: Bagai air di daun keladi
MAKNANYA: Pendirian yang tidak tetap dan sering
berubah-ubah.
PERUMPAMAAN: Bagai air titik ke batu
MAKNANYA: Kesukaran memberi pengajaran
kepada orang yang degil.
PERUMPAMAAN: Bagai anak dara mabuk andam
MAKNANYA: Perempuan yang lemah dan lesu tetapi
tiada berpenyakit.
PERUMPAMAAN: Bagai anak sepat ketohoran
MAKNANYA: Orang yang bermalas-malas di rumah
orang lain.
PERUMPAMAAN: Bagai anjing beranak enam
MAKNANYA: Perempuan yang menjadi terlalu kurus
selepas bersalin.
PERUMPAMAAN: Bagai anjing buruk kepala
MAKNANYA: Orang yang dibenci oleh masyarakat.
PERUMPAMAAN: Bagai anjing kalau biasa makan tahi,
tak dimakan dicium ada juga
MAKNANYA: Orang yang selalu berbuat jahat,
walaupun tidak melakukannya lagi
akan masih teringat-ingat untuk
melakukannya.
PERUMPAMAAN: Bagai anjing melintang denai
MAKNANYA: Orang yang sangat sombong.
12
PERUMPAMAAN: Bagai anjing menyalak di ekor gajah
MAKNANYA: Orang yang lemah hendak melawan
orang yang berkuasa.
PERUMPAMAAN: Bagai anjing tersepit di pagar
MAKNANYA: Mendapat kesusahan sehingga
menjadi tidak tentu arah dan meminta
pertolongan ke sana dan ke mari.
PERUMPAMAAN: Bagai antan pencungkil duri
MAKNANYA: Membuat pekerjaan yang sia-sia.
PERUMPAMAAN: Bagai api dengan asap
MAKNANYA: Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.
PERUMPAMAAN: Bagai api dengan rabuk
MAKNANYA: Mudah menimbulkan sesuatu hal yang
tidak baik kalau didekatkan.
PERUMPAMAAN: Bagai aur di atas bukit
MAKNANYA: Orang yang sering menyerahkan
dirinya kepada nasib.
PERUMPAMAAN: Bagai ayam dimakan tungau
MAKNANYA: (i) Orang yang pucat dan kuning
kerana menghidap penyakit.
(ii) Orang yang sentiasa gelisah.
PERUMPAMAAN: Bagai ayam disambar helang
MAKNANYA: Orang yang hilang dengan tiba-tiba
dan tidak diketahui khabar beritanya
lagi.
PERUMPAMAAN: Bagai ayam mabuk tahi
MAKNANYA: Orang yang pucat lesi kerana penyakit
atau kurang darah.
PERUMPAMAAN: Bagai ayam mengerang telur
MAKNANYA: Perempuan yang berwajah elok dan
merah mukanya.
13
PERUMPAMAAN: Bagai ayam naik ke surau
MAKNANYA: Bertandang ke rumah orang yang
tidak menghidangkan apa-apa
makanan.
PERUMPAMAAN: Bagai bajak wangkang makan diangkat
MAKNANYA: Orang yang suka kena puji.
PERUMPAMAAN: Bagai balak terendam
MAKNANYA: Orang yang gemuk dan malas
bergerak.
PERUMPAMAAN: Bagai batu jatuh ke lubuk
MAKNANYA: Orang yang hilang dengan tiba-tiba
dan tidak diketahui khabar beritanya
lagi.
PERUMPAMAAN: Bagai Belanda minta tanah
MAKNANYA: Orang yang telah diberi sedikit namun
minta banyak lagi.
PERUMPAMAAN: Ibarat ayam tiada mengais tiada
makan
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERUMPAMAAN: Ibarat beban belum lepas daripada bahu
MAKNANYA: Sesuatu yang belum lepas daripada
tanggungan.
PERUMPAMAAN: Ibarat beban sudah ke tepi
MAKNANYA: Sesuatu pekerjaan yang hampir selesai.
PERUMPAMAAN: Ibarat burung, mata lepas badan
terkurung
MAKNANYA: Tidak bebas untuk berbuat sesuatu.
PERUMPAMAAN: Ibarat burung, mulut manis jangan
dipakai
MAKNANYA: Kata-kata yang manis biasanya
memperdaya.
14
PERUMPAMAAN: Ibarat negeri berubah resam, ibarat
tahun berubah musim
MAKNANYA: Orang yang tidak tetap kedudukannya.
PERUMPAMAAN: Ibarat pasang masuk muara
MAKNANYA: Celaan yang diucapkan tanpa
berhenti-henti.
PERUMPAMAAN: Ibarat pasir, sekali air dalam sekali
berubah
MAKNANYA: Rakyat terpaksa menurut perubahan
yang dilaksanakan oleh setiap
pemerintah baru.
PERUMPAMAAN: Ibarat perahu tak akan karam sebelah
MAKNANYA: Dua orang yang berkongsi dalam
perniagaan, akan sama-sama
menanggung kerugian.
PERUMPAMAAN: Ibarat rumput sudah kering ditimpa
hujan, segar kembali
MAKNANYA: Orang yang melarat yang dengan tiba-
tiba mendapat pertolongan.
PERUMPAMAAN: Ibarat telur sesangkak, pecah satu
pecah semua
MAKNANYA: Orang yang semuafakat, sehidup
semati, dan tidak berubah
kesetiaannya.
PERUMPAMAAN: Laksana apung dipermainkan
gelombang
MAKNANYA: Anak dagang yang melarat di negeri asing.
PERUMPAMAAN: Laksana barang yang disadur
MAKNANYA: Orang yang tidak tahan diuji.
PERUMPAMAAN: Laksana batang manau seribu kali
embat haram tak putus
MAKNANYA: Orang yang kuat dan teguh.
15
PERUMPAMAAN: Laksana batik lasam
MAKNANYA: Sesuatu yang semakin lama dipakai
semakin baik keadaannya.
PERUMPAMAAN: Laksana buah masak lum, dihinggut
perdu luruh sendiri
MAKNANYA: Orang tua yang sudah uzur, pada bila-
bila masa sahaja mungkin mendapat
sakit tenat.
PERUMPAMAAN: Laksana burung diam dalam sangkar
MAKNANYA: Orang yang tidak bebas hidupnya.
PERUMPAMAAN: Umpama anjing makan muntahnya
MAKNANYA: Orang yang tamak yang tidak
membezakan yang baik dengan yang
jahat.
PERUMPAMAAN: Umpama burung, tumpang beramai
dengan kawan yang banyak
MAKNANYA: Orang dagang yang berhibur di negeri
asing.
PERUMPAMAAN: Umpan habis ikan tak dapat
MAKNANYA: Usaha yang membawa kepada
kerugian.
PERUMPAMAAN: Umpama kasih bunga seceper,
terbuang bunga sekaki
MAKNANYA: Kerana kasihkan kepada orang
banyak, disisihkan orang yang
seorang.
PERUMPAMAAN: Umpama kayu buruk, buruk di panas
reput di hujan
MAKNANYA: Nasib malang yang tidak dapat
dielakkan.
16
PERUMPAMAAN: Umpama kayu lempung, belum
ditolak condong sendiri
MAKNANYA: Orang yang bodoh dan penakut,
mudah mengikut kehendak orang
lain.
PERUMPAMAAN: Umpama kesturi mati kerana baunya
MAKNANYA: Perihal orang yang ditimpa bencana
kerana perbuatannya.
PERUMPAMAAN: Umpama pucuk dan umbut, tiada lauk
baru dibaham
MAKNANYA: Sesuatu yang kurang berguna akan
dipakai juga apabila yang lain-lain
tiada lagi.
PERUMPAMAAN: Umpama semut mempersembahkan
paha belalang kepada raja
MAKNANYA: Pemberian yang sangat kecil atau
tidak berharga.
PERUMPAMAAN: Umpama sirih menjalar dahulu,
kemudian melilit, barulah memanjat
ke pucuk junjung
MAKNANYA: Melakukan sesuatu pekerjaan
hendaklah mengikut tertibnya,
daripada yang kecil kepada yang besar,
daripada yang senang kepada yang
susah.
17
Peribahasa
Menurut Za’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek
dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap
didengar dan bijak perkataannya.
Terdapat pihak yang mengklasifikasikan peribahasa
seperti yang berikut:
1. Peribahasa selapis yang terdiri daripada pepatah, bidalan
dan perbilangan (pepatah).
2. Peribahasa berlapis, iaitu perumpamaan.
3. Lidah pendeta.
Namun, ada juga yang membahagikan peribahasa seperti
yang berikut:
1. Simpulan bahasa
2. Perumpamaan
3. Bidalan
4. Pepatah atau Perbilangan
Manakala bukan Peribahasa adalah seperti yang berikut:
1. Kiasan
2. Metafora
18
Bukan Peribahasa
Kumpulan ini hampir sama dengan peribahasa dari segi
maksudnya, kerana kumpulan ini juga mempunyai maksud
di balik makna harfiahnya. Perbezaannya ialah ungkapan
ini terus berubah dan tidak begitu mantap susunan dan
bentuknya.
Bahasa Kiasan
Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara
dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan
menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan.
Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk
membanding sesuatu. Bahasa kiasan merupakan ciptaan
penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan,
situasi atau persekitaran.
Menurut Za’ba, bahasa kiasan terbahagi kepada kiasan
asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau,
tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat atau cerita kiasan.
Kiasan Asal
Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan
sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai
perbandingan. Jenis kiasan ini mengggunakan kata-kata
perbandingan seperti, ibarat, umpama, laksana, bagai, macam
dan bak. Contohnya:
• Merah macam biji saga.
• Berlari pantas seperti dikejar hantu.
• Hancur bagai kaca jatuh ke batu.
Kiasan Berpindah
Kiasanberpindahtidakmenggunakankata-kataperbandingan.
Kata yang hendak dibandingkan itu terus dicantumkan
19
dengan benda yang dibuat perbandingan. Berbanding kiasan
asal, kiasan berpindah memberikan kesan yang lebih kuat
kerana dua benda yang disamakan tanpa kata perbandingan
itu menghasilkan satu makna yang utuh dan konkrit.
Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu:
1. Kiasan sandar - kiasan yang dikaitkan dengan benda lain
kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut
mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak
dikiaskan. Contohnya: mandi kerbau, tidur ayam,
hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati, pening lalat dan
sebagainya.
2. Kiasan terus - kiasan yang menyatakan sesuatu perkara
secara terus dengan benda lain. Contohnya: Ayam
tambatan, pisau cukur dan sebagainya.
3. Kiasan berangkap - kiasan yang menunjukkan
perbandingan secara berirama atau mempunyai rentak
bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda
yang dikiaskan. Contohnya:
• Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan
binasa.
• Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
• Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak
ragam.
4. Kiasan berbunga - menggunakan perkataan-perkataan
yang berbunga-bunga dan indah. Contohnya: angin
lembut, merah menyala-nyala.
5. Kiasan pemanis atau gayang - kiasan untuk melindungi
seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang
elok atau manis jika disebut secara berterus-terang.
Contohnya: nafkah batin, datang bulan, datang adat,
orang ruah, meninggal dunia, membuang air besar dan
sebagainya.
6. Kiasan melompat - kiasan yang melangkah satu tingkat
atau lebih daripada perkara yang sebenarnya. Contohnya:
Minum kopi, menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.
7. Kiasan melarat - kiasan daripada perkataan yang sudah
menyimpang jauh daripada maksud asal perkataan
tersebut. Contohnya: Kaki botol, memotong cakap
orang, mengambil berat, badan berisi, dan sebagainya.
20
Kiasan Permanusiaan
Kiasan ini menggunakan objek tertentu yang tidak bernyawa
dan diberikan sifat atau pelakuan manusia. Kiasan ini juga
dikenal sebagai personifikasi.
Contohnya:
• Sungai mengalir lesu.
• Tiupan angin menyampaikan salamku kepadanya.
• Kalam menari di atas kertas itu.
Kiasan Berkacau
Kiasan yang dapat menimbulkan kekeliruan kerana
mengandungi fakta-fakta yang bertentangan antara satu
dengan yang lain. Contohnya: Nafsunya merentak-rentak
seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lautan cinta
berahi.
Tamsil
Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi
pengajaran dan teladan. Contohnya: Bawa resmi padi, makin
berisi makin menunduk.
Ibarat
Ibarat mempunyai maksud berlapis, iaitu maksud tersurat
berbeza dengan maksud yang tersirat. Kiasan sering digunakan
untuk menyindir.
Contohnya:
• Lukah Tok Guru sudah mengena.
• Ikan sudah termakan kail.
Kiasan Ibarat
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-
bunga. Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi juga.
Contohnya: Segala penat lelahnya sudah membuahkan hasil.
21
Tamsil Ibarat
Tamsil ibarat ialah gabungan bahasa tamsil dan ibarat dan
terkandung unsur pengajaran dalamnya. Contohnya: Sesiapa
berusaha memanjat pokok rajin dan melelai dahannya
sudah pasti ia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah
kesenangan.
Cerita Ibarat atau Cerita Kiasan
Memberikan pengajaran, teladan, dan panduan hidup kepada
manusia. Contohnya: Cerita Sang Kancil, Burung Bayan
Budiman dan sebagainya.
22
Senarai Peribahasa
Yang Mudah
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud: Mengalami susah senang bersama-sama.
Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud: Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar
sehingga mencapai kejayaan.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud: dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat.
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud: Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan
sesuatu.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri
23
Maksud: Walaupun negeri orang lebih hebat dan banyak
kelebihan, namun negeri sendiri tetap lebih baik lagi.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi
pantai
Maksud: Kalau takut berhadapan dengan penderitaan, lebih
baik jangan melakukan sesuatu yang susah.
Indah khabar daripada rupa
Maksud: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-
lebihkan.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud: Pengagihan yang sama banyak.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Perhubungan yang sangat akrab, senang dan susah
akan dihadapi bersama-sama.
Kacang lupakan kulit
Maksud: Orang yang lupakan asal usulnya atau melupakan
orang yang pernah menolongnya setelah mendapat
kesenangan.
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud: Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita
diami atau tinggal.
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang
kerbau menguak
Maksud: Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud: Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang
menyebabkan orang lain yang menerima
akibatnya.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud: Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu
berusaha dan bersusah payah.
24
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-
sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud: Bersusah payah lebih dahulu untuk mendapatkan
kesenangan pada kemudian hari.
Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang
Maksud: Sesuatu kejayaan tidak akan datang tanpa usaha.
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud: Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil
juga.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
Yang kita kejar tidak dapat, yang kita kendong pula
berciciran
Maksud: Bernasib malang kerana setelah memperoleh
sesuatu, tetapi yang sudah ada di tangan hilang
pula.
Biar mati anak, jangan mati adat
Maksud: Orang yang kuat berpegang pada adat.
Sediakan payung sebelum hujan
Maksud: Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu
bencana.
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud: Adat yang lama tetap diamalkan di samping
budaya hidup yang baharu.
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan
nanti-nantikan
Maksud: Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
25
Peribahasa Lengkap
Dan Maknanya
A
PERIBAHASA: Ada air adalah ikan.
MAKNANYA: Ada negeri adalah rakyatnya.
PERIBAHASA: Ada angin ada pohonnya.
MAKNANYA: Segala yang terjadi ada sebab-sebabnya.
PERIBAHASA: Ada bangkai adalah kering.
MAKNANYA: Ada perempuan jahat di situlah juga
terdapat lelaki jahat.
PERIBAHASA: Ada batang mati, adalah cendawan timbul.
MAKNANYA: Walau di mana-mana kita tinggal, akan ada
rezeki untuk kita.
PERIBAHASA: Ada beras taruh dalam peti, ada ingat
taruh dalam hati.
MAKNANYA: Rahsia hendaklah disimpan dengan
sebaik-baiknya.
PERIBAHASA: Ada bukit ada paya.
MAKNANYA: Kaya dan miskin, senang dan susah adalah
lumrah hidup manusia.
26
PERIBAHASA: Ada gula adalah semut.
MAKNANYA: (i) Orang berharta dan berkedudukan
mempunyai banyak kawan.
MAKNANYA: (ii) Di tempat orang mudah mendapat
rezeki, di situlah orang bertumpu.
PERIBAHASA: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.
MAKNANYA: Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya.
PERIBAHASA: Ada kari ada nasi.
MAKNANYA: Seseorang akan beroleh rezeki selagi
masih hidup.
PERIBAHASA: Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak
dibakar tidak berbau.
MAKNANYA: Seseorang yang berilmu tetapi tidak
digunakan atau diajarkan kepada orang
lain tidak akan membawa faedah.
PERIBAHASA: Ada padang ada belalang.
MAKNANYA: Ada negeri adalah rakyatnya.
PERIBAHASA: Ada padi masak adalah pipit.
MAKNANYA: Walau di mana-mana pun kita tinggal,
pasti ada rezeki untuk kita.
PERIBAHASA: Ada padi semua kerja jadi, ada beras
semua kerja deras.
MAKNANYA: Semua pekerjaan dapat dilaksanakan
sekiranya ada kemampuan, kemahiran
atau bayaran.
PERIBAHASA: Ada rotan ada duri.
MAKNANYA: Dalam kesenangan tentu ada kesusahan
juga.
PERIBAHASA: Ada rupa ada harga.
MAKNANYA: Sesuatu yang mahal itu biasanya bermutu
dan cantik.
27
PERIBAHASA: Ada sampan hendak berenang.
MAKNANYA: Ada perkara yang senang tetapi sengaja
hendak bersusah payah.
PERIBAHASA: Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.
MAKNANYA: Perbuatan jahat akan dibalas jua akhirnya.
PERIBAHASA: Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.
MAKNANYA: Setiap perbuatan baik atau jahat ada
balasannya.
PERIBAHASA: Ada udang di balik batu.
MAKNANYA: Ada maksud di balik sesuatu perbuatan.
PERIBAHASA: Adakah buaya menolak bangkai?
MAKNANYA: Seseorang yang jahat akan memcuba
berbuat jahat sekiranya ada kesempatan.
PERIBAHASA: Adakah dari telaga yang jernih mengalir
air yang keruh?
MAKNANYA: Tidak mungkin orang yang daripada
keturunan yang yang baik-baik akan akan
melakukan perbuatan keji.
PERIBAHASA: Adakah duri dipertajam?
MAKNANYA: (i) Orang cerdik tidak guna ditunjuk ajar.
(ii) Musuh tidak perlu diberi pertolongan.
PERIBAHASA: Adapun buah peria itu kalau ditanam
di atas batas sakar dan dibaja dengan
madu, lagi disiram dengan manisan atau
diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila
masak pahit juga.
MAKNANYA: Orang jahat yang tidak dapat diperbaik
kelakuannya.
PERIBAHASA: Adat bernegeri memagar negeri, adat
berkampung memagar kampung.
MAKNANYA: Tidak mementingkan diri sendiri.
28
PERIBAHASA: Adat bersendi syarak, syarak bersendi
adat.
MAKNANYA: Pergaulan dalam masyarakat hendaklah
bersesuaian dengan adat dan syarak.
PERIBAHASA: Arang itu jikalau dibasuh dengan air
mawar sekalipun tidak akan putih.
MAKNANYA: Orang yang jahat walaupun telah
diberikan kesenangan tetap akan
mengulangi perbuatan jahatnya jika ada
kesempatan.
PERIBAHASA: Asal ada kecil pun ada.
MAKNANYA: Kalau tidak dapat banyak sedikit pun
memadai.
PERIBAHASA: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik
hendak ke pelimbahan.
MAKNANYA: Tabiat yang tidak akan berubah.
PERIBAHASA: Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik
pulang ke pelimbahan.
MAKNANYA: Tabiat yang tidak akan berubah.
PERIBAHASA: Asal berisi tembolok senang hati.
MAKNANYA: Cukup makan dan pakai, sudahlah.
PERIBAHASA: Asal besi pengapak kayu, asal emas
menjadi penduk.
MAKNANYA: Darjat seseorang ditentukan oleh tingkah
lakunya.
PERIBAHASA: Asal ditugal adalah benih.
MAKNANYA: Sesuatu usaha itu ada hasilnya.
PERIBAHASA: Asal kuda itu kuda juga, asal keldai itu
keldai juga.
MAKNANYA: Tiap-tiap sesuatu itu menurut asalnya.
29
PERIBAHASA: Asal sabut terapung, asal batu tenggelam.
MAKNANYA: Kalau bernasib baik tentu untung atau
berjaya dan kalau bernasib malang tentu
rugi dan gagal.
PERIBAHASA: Ayam baru belajar berkokok.
MAKNANYA: (i) Baru cukup umur.
(ii) Baru berkehendakkan perempuan.
PERIBAHASA: Ayam berlaga sekandang.
MAKNANYA: Berselisihan dengan orang serumah.
PERIBAHASA: Ayam beroga itu, jika di pinggan emas
sekalipun diberi makan, ke hutan juga
perginya.
MAKNANYA: Orang yang berdagang akan terus
mengingati negerinya sendiri walaupun
telah senang di negeri orang.
PERIBAHASA: Ayam bertelur di atas padi mati kelaparan.
MAKNANYA: Orang yang menderita di tempat yang
serba mewah.
PERIBAHASA: Ayam ditambat disambar helang, padi
ditanam tumbuh lalang.
MAKNANYA: Bernasib malang (berkenaan suami/isteri
atau tunangan diambil orang).
PERIBAHASA: Ayam hitam terbang malam, hinggap di
pokok pandan, bergeresek ada rupanya
tiada.
MAKNANYA: Kejahatan yang sulit telah diketahui orang
tetapi buktinya tiada.
PERIBAHASA: Ayam menang kampung tergadai.
MAKNANYA: Untung yang tiada faedahnya.
PERIBAHASA: Ayam menetas telur itik, anaknya itu ke air
juga suka dituju.
MAKNANYA: Tabiat yang tidak akan berubah.
30
PERIBAHASA: Ayam tak patuk, itik tak sudu.
MAKNANYA: Orang yang hina dalam masyarakat.
PERIBAHASA: Ayam terlepas tangan bau tahi.
MAKNANYA: Orang yang mengerjakan perbuatan yang
dilarang akhirnya mendapat malu.
PERIBAHASA: Ayam tidur senang di dalam reban,
musang yang susah beredar keliling.
MAKNANYA: Iri hati melihat kesenangan atau
kebahagiaan orang lain.
PERIBAHASA: Ayam yang tangkas di gelanggang.
MAKNANYA: Orang yang pandai dan petah berbicara
dalam sesebuah majlis.
B
PERIBAHASA: Badan boleh dimiliki tetapi hatinya tidak.
MAKNANYA: Orang yang lemah memang berada di
bawah kekuasaan orang yang kuat, namun
hati mereka tidak dapat dikuasai.
PERIBAHASA: Busuk tak tahu dibaunya.
MAKNANYA: Orang miskin yang tidak tahu akan
kekurangannya.
PERIBAHASA: Busuk-busuk embacang.
MAKNANYA: Kelihatannya sahaja bodoh tetapi
sebenarnya pandai.
PERIBAHASA: Buta baru celik.
MAKNANYA: Orang miskin yang mengada-ngada
setelah mendapat kedudukan atau
pangkat.
PERIBAHASA: Buta kehilangan tongkat.
MAKNANYA: Menghadapi keadaan yang lebih sukar.
31
C
PERIBAHASA: Cacing hendak menjadi naga.
MAKNANYA: Orang yang berdarjat kecil yang hendak
menjadi seperti orang besar-besar atau
orang kaya.
PERIBAHASA: Cacing menelan naga.
MAKNANYA: Orang yang lemah yang dapat
mengalahkan orang yang kuat.
PERIBAHASA: Cacing menjadi ular naga.
MAKNANYA: Orang yang hina menjadi mulia.
PERIBAHASA: Cakap berdegar-degar tumit di keting.
MAKNANYA: Orang yang bercakap besar tetapi
sebenarnya penakut.
PERIBAHASA: Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di
gelegar.
MAKNANYA: Cakap sahaja yang besar tetapi tiada satu
pun pekerjaan yang dilakukan.
PERIBAHASA: Cakap berlauk-lauk, makan dengan
sambal lada.
MAKNANYA: Cakapnya sahaja seperti orang kaya,
padahalnya miskin.
PERIBAHASA: Cakapan sejengkal dibawa ke hasta.
MAKNANYA: Cakap berlebih-lebihan daripada perkara
yang sebenarnya.
PERIBAHASA: Campak baju nampak kurap.
MAKNANYA: Mendedahkan keburukan diri sendiri.
PERIBAHASA: Campak bunga dibalas dengan campak tahi.
MAKNANYA: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
32
PERIBAHASA: Campur dengan pemaling, sekurang-
kurangnya jadi pencecak.
MAKNANYA: Sekiranya kita bercampur dengan orang
jahat, sedikit banyak akan menjadi jahat
juga.
PERIBAHASA: Cari umbut kena buku.
MAKNANYA: Mencari yang baik, dapat yang tidak baik.
PERIBAHASA: Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.
MAKNANYA: Pergaduhan antara keluarga, akhirnya akan
berbaik juga.
PERIBAHASA: Cekur jerangau belum habis lagi.
MAKNANYA: Masih terlalu muda.
PERIBAHASA: Cekur jerangau masih ada lagi di ubun-
ubun.
MAKNANYA: Masih terlalu muda.
PERIBAHASA: Cencaru makan petang.
MAKNANYA: Pekerjaan yang lambat tetapi
mendatangkan hasil yang baik.
PERIBAHASA: Cepat kaki ringan tangan.
MAKNANYA: Orang yang rajin dan pantas bekerja.
PERIBAHASA: Cepat tangan terjembakan, cepat kaki
terlangkahan, cepat mulut terkatakan.
MAKNANYA: Melakukan sesuatu dengan tidak
memikirkan kesan buruk baiknya dapat
mendatangkan kesusahan.
PERIBAHASA: Cerdik bagai ekor kerbau.
MAKNANYA: Melakukan sesuatu pekerjaan yang
merugikan diri sendiri.
33
PERIBAHASA: Cerdik helang bingung si kikih, lamun murai
terkecoh juga.
MAKNANYA: Kecerdikan atau kebodohan orang besar
akhirnya akan menyebabkan orang kecil
yang akan menanggung kerugiannya.
PERIBAHASA: Cermat masa banyak, jimat masa sedikit.
MAKNANYA: Berhati-hati semasa berbelanja atau semasa
menggunakan sesuatu.
PERIBAHASA: Cincin emas takkan tampan bermata kaca.
MAKNANYA: Gadis hartawan yang cantik tidak akan ber-
jodoh dengan pemuda miskin dan hodoh.
PERIBAHASA: Condong ditumpil, lemah dianduh.
MAKNANYA: Memberi pertolongan kepada orang yang
lemah dan miskin.
PERIBAHASA: Condong puar ke uratnya, condong manusia
kepada bangsanya.
MAKNANYA: Setiap orang akan lebih suka kepada
keluarganya daripada keluarga orang lain.
PERIBAHASA: Condong yang akan menimpa.
MAKNANYA: Perbuatan yang sangat berbahaya.
PERIBAHASA: Condong yang akan menongkat, rebah yang
akan menegakkan.
MAKNANYA: Pemimpin yang akan menolong dan
menjaga kepentingan rakyatnya.
PERIBAHASA: Corak kain mengikut penenunnya.
MAKNANYA: Undang-undang di sesebuah negara
mengikut kehendak pemerintahnya.
PERIBAHASA: Cuba-cuba menanam menebang, jika hidup
terus negeri.
MAKNANYA: Menjalankan sesuatu pekerjaan yang diharap
akan mendatangkan hasil.
34
PERIBAHASA: Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga.
MAKNANYA: Jika seseorang ahli keluarga mendapat
susah yang lain akan turut berasa susah.
PERIBAHASA: Cupak sudah tertegak, suri sudah
terkembang.
MAKNANYA: Tiap-tiap pekerjaan telah berdiri adatnya.
D
PERIBAHASA: Dada manusia tidak dapat diselam.
MAKNANYA: Fikiran seseorang itu tidak dapat diduga.
PERIBAHASA: Dahan pembaji batang.
MAKNANYA: Berbudi kepada orang dengan menggunakan
harta benda orang itu sendiri.
PERIBAHASA: Dahulu parang sekarang besi.
MAKNANYA: Barang yang tidak dapat digunakan lagi.
PERIBAHASA: Dalam dua tengah tiga.
MAKNANYA: (i) Orang yang tidak jujur.
(ii) Hati yang tidak tetap.
PERIBAHASA: Dalam genggaman tangan orang.
MAKNANYA: Di bawah kekuasaan orang lain.
PERIBAHASA: Dalam kilat ada kilau.
MAKNANYA: Kelakuan dan pertuturan menunjukkan
maksud yang tersembunyi.
PERIBAHASA: Dalam madu berisi hempedu.
MAKNANYA: Jangan percaya akan perkataan yang
manis-manis kerana selalunya perkataan
tersebut mengandungi tipu daya.
PERIBAHASA: Dalam menyelam, untuk bertimba.
MAKNANYA: Hasil atau pendapatan yang sedikit cuba
dicukup-cukupkan.
35
PERIBAHASA: Dalam rumah membuat rumah.
MAKNANYA: Mencari keuntungan dengan cara
menggunakan perbelanjaan orang lain.
PERIBAHASA: Dalam sudah kejukan, dangkal sudah ke
seberang.
MAKNANYA: Telah diketahui tujuan atau maksudnya.
PERIBAHASA: Dapat durian runtuh.
MAKNANYA: Mendapat keuntungan atau kekayaan
dengan mudah.
PERIBAHASA: Dapat harta karun.
MAKNANYA: Mendapat keuntungan atau kekayaan
dengan mudah.
PERIBAHASA: Dapat tebu rebah.
MAKNANYA: Mendapat keuntungan atau kekayaan
dengan mudah.
PERIBAHASA: Dapur tidak berasap.
MAKNANYA: Terlalu miskin.
PERIBAHASA: Darah baru setampuk pinang.
MAKNANYA: Masih terlalu muda.
PERIBAHASA: Dari lecah, lari ke duri.
MAKNANYA: Mencuba lari daripada kesusahan kecil,
mendapat kesukaran yang lebih besar
pula.
PERIBAHASA: Daripada segenggam jadi segantang.
MAKNANYA: Bertambah baik.
PERIBAHASA: Dari semak ke belukar.
MAKNANYA: Bercerai dengan isteri atau suami yang
jahat, berkahwin pula dengan yang lebih
jahat lagi.
36
PERIBAHASA: Dari telaga yang jernih takkan mengalir air
yang keruh.
MAKNANYA: Daripada sifat yang mulia tidak mungkin
akan lahir budi bahasa yang kasar.
PERIBAHASA: Daripada bersahabat dengan orang yang
bodoh lebih baik berseteru dengan orang
yang berakal.
MAKNANYA: Tidak berfaedah bersahabat dengan orang
bodoh.
PERIBAHASA: Daripada buah dikenal pohonnya.
MAKNANYA: Daripada pertuturan dan kelakuan
seseorang akan diketahui asal usulnya.
PERIBAHASA: Daripada cempedak baiklah nangka.
MAKNANYA: Daripada tidak ada langsung sedikit pun
cukuplah.
PERIBAHASA: Daripada hidup bercermin bangkai, lebih
baik mati berkalung tanah.
MAKNANYA: Lebih baik mati daripada menanggung
malu.
PERIBAHASA: Datang nampak muka pergi nampak
belakang.
MAKNANYA: (i) Datang dengan baik, pergi pun dengan
baik.
(ii) Memberitahu semasa datang dan
pergi.
PERIBAHASA: Datang seperti ribut, pergi seperti semut.
MAKNANYA: Berkenaan dengan penyakit yang datang
dengan tiba-tiba tetapi sembuh dengan
perlahan-lahan.
PERIBAHASA: Ditolak tak tumbuh.
MAKNANYA: (i) Pendirian yang teguh.
(ii) Orang yang banyak hamba.
37
PERIBAHASA: Ditukar dibelah, dipalu dibelah, tembikai
juga akan jadinya.
MAKNANYA: Walau disiksa dengan pelbagai cara,
kesudahannya akan jadi mayat juga.
PERIBAHASA: Ditumbuk dikisar barulah lumat.
MAKNANYA: Berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan sesuatu yang dikehendaki.
PERIBAHASA: Diturutkan gatal tiba ke tulang.
MAKNANYA: Menurut kehendak nafsu akan menjadi
binasa.
PERIBAHASA: Dua badan senyawa.
MAKNANYA: Sangat akrab.
PERIBAHASA: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil
mati di tengah.
MAKNANYA: Orang kecil yang mencampuri pergaduhan
antara orang besar akhirnya dia sendiri
yang binasa.
PERIBAHASA: Duduk sehamparan, tegak sepermatang.
MAKNANYA: Dua orang yang sama darjatnya dalam
adat.
PERIBAHASA: Duduk berkelompok, tegak berpusu.
MAKNANYA: Mencari orang yang sama taraf dalam
sesuatu majlis.
PERIBAHASA: Duduk berkisar tegak berpaling.
MAKNANYA: Mungkir dengan janji atau kata-kata yang
pernah diucapkan.
PERIBAHASA: Duduk dengan cupak dan gantang.
MAKNANYA: Ketua yang adil.
PERIBAHASA: Duduk dengan sukatan.
MAKNANYA: Orang kaya.
38
PERIBAHASA: Duduk diambung-ambung taji.
MAKNANYA: Selalu dalam kekhuatiran.
PERIBAHASA: Duduk meraut ranjar, tegak meninjau
jarak.
MAKNANYA: Bekerja dengan tidak berhenti-henti.
PERIBAHASA: Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
MAKNANYA: Dua orang yang sama darjatnya dalam
adat.
PERIBAHASA: Duduk seorang bersempit-sempit, duduk
banyak berlapang-lapang.
MAKNANYA: Pendapat yang diberikan melalui sesuatu
rundingan itu adalah lebih baik daripada
pendapat kita seorang.
PERIBAHASA: Duduk seperti kucing, melompat seperti
harimau.
MAKNANYA: Perihal kehebatan seseorang seperti
pahlawan, dan sebagainya.
PERIBAHASA: Dulu besi sekarang timah.
MAKNANYA: Orang yang telah diturunkan pangkatnya.
PERIBAHASA: Dunia diadang kikir diperbuat, dunia
diadang saku dijahit.
MAKNANYA: Hendak bersuka ria tetapi tidak mahu
mengeluarkan perbelanjaan.
PERIBAHASA: Duri di hutan siapa pertajam?
MAKNANYA: Menunjukkan kekuasaan Tuhan yang
tiada batasnya.
PERIBAHASA: Durian dengan mentimun menggolek
rosak, kena golek binasa.
MAKNANYA: Orang yang lemah tidak akan berdaya
untuk melawan orang yang berkuasa
kerana yang lemah akan rugi juga
akhirnya.
39
E
PERIBAHASA: Ekor anjing betapa pun dilurut tiada juga
betul.
MAKNANYA: Orang jahat sukar diajar kerana hendak
berbuat jahat juga.
PERIBAHASA: Elok bahasa kau bakal hidup, elok budi
kau bakal mati.
MAKNANYA: Keelokan bahasa menjadi kesayangan
orang sewaktu hidup dan keelokan budi
menjadi kenangan sesudah mati.
PERIBAHASA: Elok balut penebat kurang.
MAKNANYA: Nampak elok tetapi belum sembuh atau
baik betul.
PERIBAHASA: Elok buruknya.
MAKNANYA: Baik ataupun buruknya.
PERIBAHASA: Elok lenggeng di tempat datar.
MAKNANYA: Bersuka ria hendaklah pada tempatnya
atau pada waktunya yang bertepatan.
PERIBAHASA: Emas berpeti, kerbau berkandang.
MAKNANYA: Harta benda hendaklah dijaga mengikut
keperluan harta-harta tersebut.
PERIBAHASA: Embun di hujung rumput.
MAKNANYA: Bersifat sementara, tidak kekal.
PERIBAHASA: Empang sampai ke seberang, dinding
sampai ke langit.
MAKNANYA: (i) Pertelingkahan yang tidak dapat
didamaikan.
(ii) Aturan yang tidak boleh diubah.
40
PERIBAHASA: Empat ganjil, lima genap, dikandung
berdenting ditegang berjela-jela.
MAKNANYA: Percakapan orang yang bijaksana sukar
untuk difahami oleh orang kebanyakan.
PERIBAHASA: Empat sudah bersimpul satu.
MAKNANYA: Kesempurnaan diperoleh daripada empat
orang iaitu, orang yang berilmu, berakal,
mahir dan rajin.
PERIBAHASA: Empat susu dua perut.
MAKNANYA: Amat berbeza.
PERIBAHASA: Enam memanjat sigai.
MAKNANYA: Perempuan mendapatkan lelaki.
PERIBAHASA: Enau sebatang dua sigainya.
MAKNANYA: Pekerjaan yang mempunyai dua orang
ketua.
PERIBAHASA: Enggan seribu daya, mahu sepatah kata.
MAKNANYA: Jikalau tidak suka memang banyak
alasannya, kalau suka berkata ya sahaja.
PERIBAHASA: Enggang apa kepada enggang, orang apa
kepada orang.
MAKNANYA: Susah senang sendirilah sendiri yang
menanggungnya, susah senang orang,
oranglah yang menanggungnya.
PERIBAHASA: Enggang lalu ranting patah.
MAKNANYA: Mendapat kesusahan atau kemalangan
secara kebetulan.
PERIBAHASA: Enggang lalu jatuh anak raja ditimpanya.
MAKNANYA: Mendapat kemalangan kerana kebetulan
berada di tempat kejadian itu.
41
PERIBAHASA: Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
MAKNANYA: Berkawan dengan orang yang sama taraf
dengan kita.
PERIBAHASA: Engkau belum mencapai pengayuh, aku
telah sampai ke seberang.
MAKNANYA: Mendahului pihak lawan dalam tindakan
atau perbuatan.
PERIBAHASA: Esa hilang dua terbilang.
MAKNANYA: Berusaha dengan keazaman yang
bersungguh-sungguh dan tidak takut
untuk menanggung risiko.
G
PERIBAHASA: Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan
juga.
MAKNANYA: Perbuatan yang terlanjur walaupun
sekali atau kecil, akibatnya sama dengan
kesalahan yang besar.
PERIBAHASA: Gading pada gajah yang sudah dikeluar itu
bolehkah dimasukkan pula?
MAKNANYA: (i) Raja yang telah diturunkan darjatnya,
tidak mungkin mendapat darjatnya
yang asal.
(ii) Sesuatu yang telah berlaku tidak dapat
diubah lagi.
PERIBAHASA: Gagak bersuara murai.
MAKNANYA: Rupa sahaja hodoh tetapi suaranya merdu
dan baik budi bahasa pula.
PERIBAHASA: Gagak lalu pungguk rebah.
MAKNANYA: Orang yang menunjukkan kuasanya
terutama kepada golongan yang lemah.
42
PERIBAHASA: Gaharu dibakar kemenyan berbau.
MAKNANYA: Orang yang memperlihatkan kelebihannya
supaya dipercayai orang.
PERIBAHASA: Gajah berak besar, kancil pun hendak
berak besar, akhirnya mati kebebangan.
MAKNANYA: Mencuba meniru perbuatan orang besar
atau orang kaya, akhirnya diri sendiri yang
binasa.
PERIBAHASA: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati
tersepit.
MAKNANYA: Raja-raja yang berselisih, rakyat yang
mendapat kesusahan.
PERIBAHASA: Gajah berhati, kuman pun berhati juga.
MAKNANYA: Semua orang mempunyai fikiran dan
nafsu masing-masing tidak kira orang itu
kaya ataupun miskin.
PERIBAHASA: Gajah dialahkan oleh pelanduk.
MAKNANYA: (i) Orang berkuasa dialahkan oleh orang
yang lemah.
(ii) Perempuan bangsawan berkahwin
dengan orang kebanyakan.
PERIBAHASA: Gajah dipandang seperti kuman.
MAKNANYA: Terlalu masak sehingga menjadi terlalu
berani.
PERIBAHASA: Gajah ditelan ular lidi.
MAKNANYA: (i) Orang berkuasa dialahkan oleh orang
yang lemah.
(ii) Perempuan bangsawan berkahwin
dengan orang kebanyakan.
PERIBAHASA: Gajah empat kaki lagi tersaruk.
MAKNANYA: Ada kalanya orang besar pun kehilangan
kebesaran atau pangkatnya.
43
PERIBAHASA: Gajah lalu dibeli, kuasa tidak terbeli.
MAKNANYA: Mengerjakan hal yang besar tetapi
melupakan hal-hal yang kecil sedangkan
hal yang kecil itu diperlukan untuk
menyelesaikan hal yang besar itu.
PERIBAHASA: Gajah mati dicatuk katak.
MAKNANYA: (i) Orang berkuasa dialahkan oleh orang
yang lemah.
(ii) Perempuan bangsawan berkahwin
dengan orang kebanyakan.
PERIBAHASA: Gajah mati kerana gadingnya.
MAKNANYA: Mendapat kecelakaan kerana kelebihan
yang dimiliki.
PERIBAHASA: Gajah mati meninggalkan tulang, harimau
mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama.
MAKNANYA: Orang yang baik akan meninggalkan
nama yang baik dan orang yang jahat akan
meninggalkan nama yang jahat setelah
meninggal dunia.
PERIBAHASA: Gajah mati tulang setimbun.
MAKNANYA: Orang kaya yang meninggal dunia dan
banyak meninggalkan harta.
PERIBAHASA: Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati
di tengah-tengah.
MAKNANYA: Raja-raja yang berselisih, rakyat yang
mendapat kesusahan.
PERIBAHASA: Gajah turun tengah rumah.
MAKNANYA: Orang besar-besar bertamu ke rumah
orang miskin sehingga menyusahkan
orang miskin itu sendiri.
PERIBAHASA: Gali lubang menutup lubang.
MAKNANYA: Meminjam wang untuk membayar hutang.
44
PERIBAHASA: Gamak-gamak seperti menyambal.
MAKNANYA: Hanya dengan cuba-cuba atau agak-agak
sahaja.
PERIBAHASA: Ganti hidup berkeredaan, ganti mati
berkebulatan.
MAKNANYA: Mencari ganti seseorang ketua harus
dengan muafakat.
PERIBAHASA: Gantikan penu di bibir.
MAKNANYA: Tidak dapat menghindarkan ahli keluarga
yang buruk kelakuannya.
PERIBAHASA: Garam dikulum tak hancur.
MAKNANYA: Orang yang pandai menyimpan rahsia.
PERIBAHASA: Guna-guna alu, sesudah menumbuk
dicampakkan.
MAKNANYA: Sesuatu atau seseorang yang digunakan
ketika perlu sahaja, sesudah itu
ditinggalkan.
PERIBAHASA: Gunung juga dilejang panas.
MAKNANYA: (i) Orang kaya juga biasanya yang
mendapat untung atau bertambah kaya.
(ii) Orang yang biasa berbuat jahat akan
dituduh apabila berlaku kejadian yang
tidak baik di tempat dia berada.
PERIBAHASA: Gunung yang tinggi akan runtuh jikalau
digali setiap hari.
MAKNANYA: Harta yang menimbun akan habis jika
dibelanjakan setiap hari dan tidak ditokok
tambah.
PERIBAHASA: Guru kencing berdiri, murid kencing
berlari.
MAKNANYA: Kelakuan guru akan dicontohi oleh
muridnya terutamanya dalam hal-hal yang
tidak baik.
45
H
PERIBAHASA: Habis air setelaga arang dibasuh tak putih.
MAKNANYA: Orang jahat sukar diajar kerana hendak
berbuat jahat juga.
PERIBAHASA: Habis akal baru tawakal.
MAKNANYA: Setelah berusaha bersungguh-sungguh
barulah berserah diri kepada Allah SWT.
PERIBAHASA: Habis cupak dari pelelehan.
MAKNANYA: Adat yang ditinggalkan sedikit-sedikit itu
akan ditinggalkan semuanya pada suatu
masa nanti.
PERIBAHASA: Habis geli oleh geletek, habis rasa oleh
biasa.
MAKNANYA: Kerja yang sukar, jikalau selalu dilakukan
akan menjadi mudah.
PERIBAHASA: Habis kapak berganti beliung.
MAKNANYA: Orang yang sangat rajin bekerja.
PERIBAHASA: Habis kuman disembelih hendak memberi
gajah makan.
MAKNANYA: Menyusahkan orang kecil kerana hendak
menyenangkan orang besar.
PERIBAHASA: Habis manis sepah dibuang.
MAKNANYA: Sesuatu atau seseorang yang digunakan
ketika perlu sahaja, sesudah itu
ditinggalkan.
PERIBAHASA: Habis miang kerana bergeser.
MAKNANYA: Kerja yang sukar, jikalau selalu dilakukan
akan menjadi mudah.
46
PERIBAHASA: Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut
tidak akan lurus.
MAKNANYA: Orang jahat sukar untuk diajar kerana
hendak berbuat jahat juga.
PERIBAHASA: Habis umpan kerong-kerong tak dapat.
MAKNANYA: Perbuatan atau usaha yang mendatangkan
kerugian.
PERIBAHASA: Hancur badan dikandung tanah, budi baik
dikenang juga.
MAKNANYA: Budi bahasa yang baik tetap tidak
dilupakan walaupun orang itu telah
meninggal dunia.
PERIBAHASA: Hangat-hangat tahi ayam.
MAKNANYA: Melakukan pekerjaan dengan tidak
bersungguh-sungguh.
PERIBAHASA: Hangus tiada berapi, karam tiada berair.
MAKNANYA: Menderita kerana menghidapi kesusahan
yang amat sangat.
PERIBAHASA: Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari.
MAKNANYA: Menolong seseorang yang ditimpa
kesusahan.
PERIBAHASA: Harap hati hendak peluk gunung, apakah
daya tangan tak sampai.
MAKNANYA: Hajat yang terlalu besar sehingga tiada
upaya untuk mencapainya.
PERIBAHASA: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk.
MAKNANYA: Harta benda habis dibelanjakan kerana
hendak hidup mewah.
PERIBAHASA: Harap mulut besar cakap, kerja satu tak
boleh cekap.
MAKNANYA: Harapkan cakapnya sahaja sedangkan
kerjanya tidak dapat diharap.
47
PERIBAHASA: Harapkan anak buta mata sebelah,
harapkan teman buta kedua-duanya.
MAKNANYA: Apabila membuat sesuatu pekerjaan,
janganlah diharapkan kepada orang lain,
walaupun anak kita sendiri.
PERIBAHASA: Harapkan bidang sampai ke kaki.
MAKNANYA: Orang yang tidak mahu berusaha dan
mengharapkan kesenangan datang
kepadanya.
PERIBAHASA: Harapkan burung terbang tinggi, punai di
tangan dilepaskan.
MAKNANYA: Mengharapkan keuntungan besar yang
belum tentu lagi, keuntungan kecil yang
telah pasti dilepaskan.
PERIBAHASA: Harapkan guruh di langit air tempayan
dicurahkan.
MAKNANYA: Mengharapkan keuntungan besar yang
belum tentu lagi, keuntungan kecil yang
telah pasti dilepaskan.
PERIBAHASA: Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk
terubuk ditinggalkan.
MAKNANYA: Mengharapkan keuntungan besar yang
belum tentu lagi, keuntungan kecil yang
telah pasti dilepaskan.
PERIBAHASA: Harapkan pagar, pagar makan padi.
MAKNANYA: Berharap pada orang yang dipercayai,
sebaliknya orang yang dipercayai itu
berlaku khianat.
PERIBAHASA: Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
putih-putih hampas kelapa dibuang.
MAKNANYA: Sesuatu yang buruk tetapi berguna tetap
akan disimpan berbanding dengan sesuatu
yang cantik tetapi tidak berguna akan
dibuang.
48
PERIBAHASA: Hujan berbalik ke langit.
MAKNANYA: Orang yang berkuasa meminta
pertolongan daripada orang yang lemah.
PERIBAHASA: Hujan berpohon, panas berasal.
MAKNANYA: Sesuatu itu ada sebab-sebabnya.
PERIBAHASA: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di
negeri sendiri.
MAKNANYA: Walaupun negara orang lebih hebat,
namun pada hakikatnya negeri sendiri
lebih baik lagi.
PERIBAHASA: Hujan jatuh ke pasir.
MAKNANYA: Berbudi bukan pada tempatnya.
PERIBAHASA: Hujan menimpa bumi.
MAKNANYA: Tidak dapat melepaskan diri daripada
perintah orang yang berkuasa.
PERIBAHASA: Hujan panas permainan hari, susah senang
permainan hidup.
MAKNANYA: Kehidupan manusia ada kalanya senang
dan ada kalanya susah.
PERIBAHASA: Hujan tak sekali jatuh, simpul tak sekali
erat.
MAKNANYA: Keuntungan dan kebahagiaan tidak datang
sekali gus.
PERIBAHASA: Hujan tempat berteduh, panas tempat
berlindung.
MAKNANYA: Orang yang memberikan pertolongan
kepada orang yang memerlukan.
PERIBAHASA: Hutan jauh diulangi, hutan dekat
dikendana.
MAKNANYA: Harta benda atau kaum keluarga yang
jauh dan yang dekat hendaklah dijaga atau
diziarahi.
49
PERIBAHASA: Hutang biduk belum langsai, hutang
pengayuh tiba pula.
MAKNANYA: Hutang yang lama belum berbayar datang
pula orang yang menagih hutang yang
baru.
PERIBAHASA: Hutang emas dibalas emas, hutang budi
dibawa mati.
MAKNANYA: Budi bahasa seseorang tidak dapat dibalas
dengan wang dan haruslah dikenang
seumur hidup.
PERIBAHASA: Hutang samir belum langsai, hutang
kajang datang pula.
MAKNANYA: Hutang yang lama belum berbayar datang
pula orang yang menagih hutang yang
baru.
PERIBAHASA: Hutang sebelit pinggang.
MAKNANYA: Orang yang banyak berhutang.
I
PERIBAHASA: Ikan belum dapat, airnya sudah keruh.
MAKNANYA: Sesuatu pekerjaan yang menyebabkan
keadaan menjadi buruk sebelum pekerjaan
itu selesai.
PERIBAHASA: Ikan biar dapat serampang jangan pokah.
MAKNANYA: Sesuatu yang diusahakan biarlah ada
hasilnya, supaya susah jerihnya tidaklah
hilang begitu sahaja.
PERIBAHASA: Ikan dalam keroncong.
MAKNANYA: Tiada tertolong lagi kerana telah
tertangkap atau sebagainya.
PERIBAHASA: Ikan di hulu, tuba di hilir.
MAKNANYA: Suatu usaha yang sia-sia.
50